25
Laman Utama Sistem Permohonan Penempatan Murid Berkeperluan Khas (e-PKHAS) 1. Laman Utama ePKHAS. 2. Sila baca Manual Pengguna yang disediakan bagi kemudahan pengguna sebelum menggunakan sistem ini. 1/25

Guru penyelaras

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Guru penyelaras

Laman Utama Sistem Permohonan Penempatan Murid Berkeperluan Khas (e-PKHAS)

1. Laman Utama ePKHAS.

2. Sila baca Manual Pengguna yang disediakan bagi kemudahan pengguna sebelum menggunakan sistem ini.

1/25

Page 2: Guru penyelaras

3. Klik pada menu Bahagian/JPN/Sekolah untuk memasuki sistem sebagai pengguna Guru Penyelaras.

4. Bagi pengguna yang pertama kali memasuki sistem ini, sila masukkan ID Pengguna dan Katalaluan yang telah diberikan oleh Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan klik pada butang Masuk.

2/25

Page 3: Guru penyelaras

5. Untuk pertama kali memasuki sistem, pengguna dikehendaki mengisi butir-butir peribadi dan menukar Katalaluan.

3/25

Page 4: Guru penyelaras

6. Katalaluan hendaklah ditukar kepada yang baru mengikut pilihan pengguna. Katalaluan mestilah terdiri daripada gabungan huruf dan nombor dan minima gabungan ini adalah 6 aksara. Selepas semua maklumat yang dikehendaki telah diisi dengan betul, klik pada butang Daftar.

4/25

Page 5: Guru penyelaras

7. Klik butang Cetak untuk mencetak ID Pengguna dan Katalaluan baru untuk simpanan.

5/25

Page 6: Guru penyelaras

8. Selepas butang cetak diklik, skrin seperti diatas akan dipaparkan. Klik butang Cetak untuk meneruskan dengan mencetak laman ini atau klik butang Kembali untuk kembali ke menu utama.

Nota Penting : ID pengguna dan katalaluan ini hendaklah disimpan ditempat yang selamat agar tidak disalahgunakan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

6/25

Page 7: Guru penyelaras

9. Sila login ke dalam sistem menggunakan ID Pengguna dan Katalaluan yang baru ditukar. Sila pastikan ID Pengguna dan Katalaluan yang dimasukkan adalah betul. Klik pada butang Masuk.

7/25

Page 8: Guru penyelaras

10. Setelah pengguna memasuki sistem, paparan seperti di atas akan kelihatan. Terdapat tiga(3) menu utama untuk paparan pengguna iaitu :-

i. Senarai Permohonan- Untuk melihat senarai dan jumlah permohonan yang telah dimasukkan.

ii. Laporan Permohonan- Untuk melihat laporan permohonan.

iii. Permohonan- Untuk membuat permohonan baru.

8/25

Page 9: Guru penyelaras

11. Sub menu Senarai Permohonan adalah seperti yang dipaparkan di atas. Klik pada menu senarai yang dikehendaki. Contoh : Sekiranya senarai permohonan Ting 1 Mengikut Kat Murid & Negeri diklik, paparan seperti dibawah akan kelihatan.

9/25

Page 10: Guru penyelaras

12. Contoh laporan Ting 1 Mengikut Kat Murid & Negeri. Klik butang Cetak untuk mencetak laporan ini dan klik Kembali untuk kembali ke menu utama.

10/25

Page 11: Guru penyelaras

13. Contoh laporan Ting 4 Mengikut Kat Murid & Negeri. Klik butang Cetak untuk mencetak laporan ini dan klik Kembali untuk kembali ke menu utama.

11/25

Page 12: Guru penyelaras

14. Sub menu Laporan Permohonan adalah seperti yang dipaparkan di atas. Klik pada senarai laporan yang dikehendaki.

12/25

Page 13: Guru penyelaras

15. Contoh laporan Mengikut Kategori Murid adalah seperti yang dipaparkan di atas. Klik pada Kembali untuk kembali ke menu utama.

13/25

Page 14: Guru penyelaras

16. Contoh laporan Mengikut Jenis Sekolah Pohon adalah seperti yang dipaparkan di atas. Klik pada Kembali untuk kembali ke menu utama.

14/25

Page 15: Guru penyelaras

17. Apabila menu Permohonan diklik, paparan seperti dibawah akan dipaparkan.

15/25

Page 16: Guru penyelaras

18. Pilih tingkatan pemohon yang ingin ditambah.

16/25

Page 17: Guru penyelaras

19. Klik pada butang Tambah Rekod untuk memasukkan permohonan yang baru.

17/25

Page 18: Guru penyelaras

20. Isi maklumat pemohon dengan betul. Lengkapkan semua maklumat yang dikehendaki.

Nota penting : Semua maklumat yang bertanda * adalah wajib diisi dan tidak boleh ditinggalkan kosong.

18/25

Page 19: Guru penyelaras

21. Sekiranya pemohon menghidapi sebarang penyakit dan mempunyai surat pengesahan daripada doktor yang memeriksa, pengguna boleh imbas (scan) surat dan upload (muat turun) surat pengesahan tersebut. Klik pada butang Browse untuk upload fail tersebut.

22. Pada ruangan Gambar calon, masukkan gambar yang berukuran penuh dan fail gambar hendaklah dalam format .gif sahaja. Klik Browse untuk upload gambar.

23. Seterusnya klik pada butang Simpan & Keluar (sekiranya pengguna mahu simpan dan keluar daripada sistem) atau Simpan & Seterusnya (sekiranya pengguna mahu simpan dan meneruskan dengan mengisi maklumat yang selanjutnya).

19/25

Page 20: Guru penyelaras

24. Masukkan Butir-butir Ibu Bapa / Penjaga dengan lengkap. Rujuk kepada contoh seperti diatas.

25. Klik pada butang Simpan & Keluar (sekiranya pengguna mahu simpan dan keluar daripada sistem) atau Simpan & Seterusnya (sekiranya pengguna mahu simpan dan meneruskan dengan mengisi maklumat yang selanjutnya).

20/25

Page 21: Guru penyelaras

26. Isi Maklumat Akademik dengan tepat seperti yang tercatat dalam sijil peperiksaan. Masukkan Tahun Peperiksaan dan Nama Sekolah/Pusat. Sila rujuk contoh diatas. Klik pada butang Simpan & Keluar (sekiranya pengguna mahu simpan dan keluar daripada sistem) atau Simpan & Seterusnya (sekiranya pengguna mahu simpan dan meneruskan dengan mengisi maklumat yang selanjutnya).

21/25

Page 22: Guru penyelaras

27. Isikan semua maklumat yang berkaitan.

Contoh :

Nama Kelab = Persatuan Bahasa MelayuJawatan = Ahli BiasaPeringkat = Peringkat SekolahTahun = 2008

28. Klik pada butang Tambah untuk menyimpan maklumat yang telah diisi. Apabila butang Tambah diklik, maklumat yang telah dimasukkan akan tertera seperti contoh diatas. Jika terdapat lebih maklumat yang ingin dimasukkan, buat pilihan pada menu Nama Kelab, Jawatan, Peringkat, Tahun dan klik pada butang Tambah.

29. Sekiranya maklumat yang ditambah adalah salah, klik pada gambar kunci untuk menghapuskan maklumat yang telah ditambah tadi.

22/25

Page 23: Guru penyelaras

30. Pada ruangan Pengakuan, Pengesahan Pemohon dan Ibubapa/Penjaga adalah wajib ditandakan sebelum butang Simpan & Seterusnya diklik.

23/25

Page 24: Guru penyelaras

31. Isikan maklumat disiplin pelajar yang memohon.

32. Seterusnya, klik pada butang Simpan & Keluar (untuk simpan dan keluar dari sistem) atau Simpan & Tambah (untuk simpan dan tambah permohonan yang baru).

24/25

Page 25: Guru penyelaras

33. Apabila butang Simpan & Tambah diklik, skrin seperti diatas akan dipaparkan. Klik pada butang Tambah Rekod untuk memasukkan rekod permohonan yang baru (jika ada).

34. Sekiranya pengguna ingin :-

i. Mengemaskini maklumat yang telah dimasukkan, klik pada butang Ubah.

ii. Mencetak maklumat pelajar yang memohon, klik pada butang Cetak.

iii. Memadamkan maklumat yang dimasukkan, klik pada butang Padam.

35. Klik Kembali untuk kembali ke menu utama.

36. Klik Keluar untuk keluar daripada sistem.

25/25