44
ISI KANDUNGAN Apa itu Fiverr? 9 Langkah Mengaktifkan Gigs Pertama Anda Di Fiverr Ketahui Ciri-Ciri Gigs Terlaris Di Fiverr Bagaimana Fiverr Berfungsi? Ketahui Terma & Syarat Di Fiverr Secara Ringkas Sistem Urusniaga Di Fiverr 2 Tips Mudah Kaji Permintaan Pasaran Di Fiverr 3 Tips Jana Wang Secara Online Di Fiverr 4 Servis-Perkhidmatan Paling Hot Di Fiverr Alternatif Sumber Pendapatan US Dollar Di Fiverr Bina Empayar Anda Di Fiverr Gigs Paling Hot & Mendapat Sambutan Di Fiverr Idea Servis-Perkhidmatan Untuk Gigs Anda Di Fiverr Jana Income 5 US Dollar Di Fiverr Jana Pendapatan Secara Optimum Di Fiverr Jom Jana Income Di Fiverr Newbie Juga Mampu Jana Wang Di Fiverr Servis-Perkhidmatan Penulisan Untuk Jana Wang 5 US Dollar Di Fiverr Servis-Perkhidmatan Popular Di Fiverr Software Penjana Income Automatik Di Fiverr

Rahsia wang fiverr

  • Upload
    fieybiz

  • View
    707

  • Download
    10

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Rahsia Menjana Wang Tanpa Modal Dengan Fiverr

Citation preview

Page 1: Rahsia wang fiverr

ISI KANDUNGAN

Apa itu Fiverr?

9 Langkah Mengaktifkan Gigs Pertama Anda Di Fiverr

Ketahui Ciri-Ciri Gigs Terlaris Di Fiverr

Bagaimana Fiverr Berfungsi?

Ketahui Terma & Syarat Di Fiverr Secara Ringkas

Sistem Urusniaga Di Fiverr

2 Tips Mudah Kaji Permintaan Pasaran Di Fiverr

3 Tips Jana Wang Secara Online Di Fiverr

4 Servis-Perkhidmatan Paling Hot Di Fiverr

Alternatif Sumber Pendapatan US Dollar Di Fiverr

Bina Empayar Anda Di Fiverr

Gigs Paling Hot & Mendapat Sambutan Di Fiverr

Idea Servis-Perkhidmatan Untuk Gigs Anda Di Fiverr

Jana Income 5 US Dollar Di Fiverr

Jana Pendapatan Secara Optimum Di Fiverr

Jom Jana Income Di Fiverr

Newbie Juga Mampu Jana Wang Di Fiverr

Servis-Perkhidmatan Penulisan Untuk Jana Wang 5 US Dollar Di

Fiverr

Servis-Perkhidmatan Popular Di Fiverr

Software Penjana Income Automatik Di Fiverr

Page 2: Rahsia wang fiverr

Apa itu Fiverr?

Pernahkah anda mendengar tentang Fiverr? Tahukah anda laman Fiverr menyediakan peluang

untuk anda menjana pendapatan US Dollar secara online? Fiverr adalah sebuah laman web

yang menyediakan tempat kepada anda menjual produk, menawarkan servis/perkhidmatan

atau apa saja dengan kadar harga 5 US Dollar. Tawarkan apa sahaja yang sanggup anda lakukan

untuk bayaran berjumlah 5 US Dollar.

Ketahui 2 kategori pengguna di laman Fiverr, iaitu :

i. Penjual – menawarkan pelbagai produk dan servis/perkhidmatan

ii. Pembeli produk atau servis/perkhidmatan

Jika anda ingin merebut peluang menjana pendapatan dalam US Dollar, anda boleh bertindak

sebagai penjual di laman Fiverr dengan menawarkan apa jua produk atau servis/perkhidmatan

dengan kadar harga 5 US Dollar. Tawarkan apa jua yang anda miliki – produk, kemahiran,

bakat dll. Pastikan ianya berbaloi pada kadar harga 5 US Dollar! Iklankan tawaran anda di

Fiverr kepada prospek/pembeli di laman Fiverr. Antara servis/perkhidmatan yang mendapat

permintaan tinggi di laman Fiverr adalah seperti kemahiran grafik, programming, penulisan

artikel, servis SEO, pemasaran sosial, perkhidmatan pengiklanan dan pelbagai lagi jenis

servis/perkhidmatan.

Untuk bermula di Fiverr, anda hanya perlu melayari laman Fiverr << http://fiverr.com/ >> dan

mendaftar akaun Fiverr. Tiada sebarang bayaran dikenakan untuk tujuan pendaftaran. Pastikan

anda membaca syarat, terma dan peraturan yang ditetapkan oleh pengendali Fiverr agar tidak

menawarkan produk atau servis/perkhidmatan yang tidak dibenarkan. Rujuk bahagian FAQ

untuk sebarang persoalan yang berkaitan dengan Fiverr. Pastikan anda memahami syarat,terma

dan peraturan yang ditetapkan sebelum mula menyediakan gigs pertama anda di Fiverr. Jika

melanggar terma, syarat dan peraturan yang ditetapkan, akaun Fiverr anda boleh

disenaraihitamkan atau dibatalkan.

Sebagai penjual di Fiverr, anda menawarkan produk atau servis/perkhidmatan pada kadar

harga 5 US Dollar. Setiap order yang anda perolehi dan dihantar kepada pelanggan, anda akan

menerima hanya 4 US Dollar sahaja. Pengendali Fiverr mengenakan caj 1 US Dollar bagi setiap

transaksi jualan yang anda lakukan. Pastikan anda mempunyai akaun Paypal bagi urusan jual-

beli di laman Fiverr. Daftar akaun Paypal di sini <<https://www.paypal.com/>>. Tiada

sebarang bayaran dikenakan bagi tujuan pendaftaran akaun Paypal.

Page 3: Rahsia wang fiverr

Selain membuat tawaran jualan produk atau servis/perkhidmatan anda di laman Fiverr, anda

juga digalakkan turut membuat pengiklanan gigs anda di laman-laman lain. Contohnya di blog

rakan-rakan anda, laman sosial Facebook, Tweeter dan banyak lagi. Prospek produk atau

servis/perkhidmatan yang anda ditawarkan bukan sekadar terdapat di Fiverr sahaja. Kini

terdapat lambakan laman web yang turut memperkenalkan konsep sama seperti yang

ditawarkan di laman Fiverr. Menariknya terdapat kepelbagaian kadar harga yang diperkenalkan

di laman lain. Jadi terdapat pelbagai pilihan untuk anda iklankan produk atau

servis/perkhidmatan yang anda tawarkan di Fiverr.

Teknik Jana Wang Online Dengan MUDAH

& PANTAS Tanpa Mengeluarkan Sesen

Modal Pun Di Fiverr ..!

Page 4: Rahsia wang fiverr

9 Langkah Mengaktifkan Gigs Pertama Anda Di Fiverr

Mulakan langkah pertama anda menjana pendapatan secara online di Fiverr dengan

mengaktifkan gigs pertama anda. Selepas anda mendaftar & mengaktifkan akaun Fiverr, anda

boleh membuat gigs bagi menawarkan produk atau servis/perkhidmatan di laman Fiverr.

Langkah 1 :

Login ke akaun Fiverr anda. Klik Start Selling.

Klik Create First Gigs

Langkah 2 :

Masukkan penerangan ringkas tentang produk atau servis/perkhidmatan yang anda

ingin tawarkan.

I will ..........( maksima 140 patah perkataan ).......... for $5

Cth :

I will draw a cute chibi for $5

I will distribute your 50 flyers in Dubai Mall Shops for $5

I will make you a Halloween video for $5

Default featured

I will create a video or audio testimonial in any emotion or style for $5

Page 5: Rahsia wang fiverr

Langkah 3 :

Pilih Category bagi produk atau servis/perkhidmatan anda.

Categoty yang terdapat adalah :

Fun & Bizarre

Social Marketing

Grafik

Advertising

Writing

Tips & Advice

Business

Technology

Programming

Music & Audio

Gifts

Travel

Video

Page 6: Rahsia wang fiverr

Langkah 4 :

Masukkan Description, iaitu penerangan tentang produk atau servis/perkhidmatan yang

anda tawarkan di laman Fiverr.

Contoh :

I will write a fan sign saying anything ( except adult ) you want and take a cute HD picture

holding it. I'll rock your world! Feel free to provide special instructions if needed :) I'll send you

bunch of pictures for you to pick.

1400+ orders and near 100% A+++ feedback! This Gig is the Real Deal Folks! Beware of others

(scams which could get you suspended from LinkedIn). Want to grow your Network So Fast

Your Head will Spin? I'm ranked one of the top 50 most connected worldwide on LinkedIn:

linkedin.com/in/robertmbrown For $5 I'll send you a list of 1000 folks who will accept your

invite RIGHT NOW. Buy the Gig Extras and I'll send you 5000 MORE (that's 6000 invites)!

For just a fiverr, I will make sure that before the top of the hour every hour for a week I will

schedule your advert, up to 60 seconds, which I am willing to voice for the price too, The radio

station is a dance music station called Immense Radio, currently only broadcasting on a 50

listener server but growing quickly with people listening around the world 24 hours a day! For

168 plays high profile advertising campaign this is a bargain!

Langkah 5 :

Isikan Instruction To Buyer. Nyatakan langkah yang perlu dilakukan oleh pelanggan

yang membuat order produk atau servis/perkhidmatan anda.

Page 7: Rahsia wang fiverr

Langkah 6 :

Masukkan Tags / Keywords yang relevan kepada gis/ produk yang anda tawarkan.

Langkah 7 :

Nyatakan tempoh masa yang diambil dan diperlukan untuk menyiapkan tugasan

servis/perkhidmatan yang anda tawarkan. Pastikan anda menghantar produk atau

menyiapkan servis/perkhidmatan mengikut tempoh masa ini. Pelanggan berhak

membatalkan order sekiranya melebihi tempoh yang dinyatakan.

Langkah 8 :

Masukkan gambar yang berkaitan dengan produk atau servis/perkhidmatan yang anda

tawarkan. Maksima 3 keping gambar dibenarkan untuk diupload ke laman Fiverr bagi

setiap gigs.

Langkah 9 :

Klik Save & gigs anda telah disenaraikan di laman Fiverr.

Tahniah! Anda kini sudah mempunyai akaun Fiverr dan telah mempunyai gigs sendiri. Selamat

maju jaya!

Page 8: Rahsia wang fiverr

#Setiap akaun Fiverr, jumlah maksima gigs adalah sebanyak 20 gigs.

#Anda boleh mendaftar akaun Fiverr lebih dari 1 akaun, tetapi menggunakan e-mail yang

berlainan.

#Akaun Paypal yang sama boleh digunakan lebih dari 1 akaun Fiverr.

Teknik Jana Wang Online Dengan MUDAH

& PANTAS Tanpa Mengeluarkan Sesen

Modal Pun Di Fiverr ..!

Page 9: Rahsia wang fiverr

Ketahui Ciri-Ciri Gigs Terlaris Di Fiverr

Telah ramai IM yang berjaya menjana pendapatan yang memberangsangkan dan berterusan

melalui laman Fiverr. Untuk menjana pendapatan sehingga 5000 US Dollar sebulan di laman

Fiverr agak tidak relevan walaupun ianya tidak mustahil untuk dicapai. Bayangkan 1 order

bernilai 5 US Dollar. Untuk mendapat 5000 US Dollar anda memerlukan sekurang-kurangnya

1000 order setiap bulan! Jumlah yang agak besar. Katakan 1 order memerlukan masa 30 minit

untuk disiapkan. Untuk menyiapkan 1000 order anda memerlukan tempoh masa 30,000 minit

bersamaan 500 jam! Perghhhh....

Jadi kita gunakan peluang yang ada di Fiverr sebagai salah satu alternatif sumber pendapatan

secara pasif. Elakkan menjadikan Fiverr sebagai sumber utama pendapatan anda kerana ianya

tidak relevan seperti mana yang dinyatakan di dalam perenggan di atas. Oleh itu untuk

mengambil peluang yang ada di laman Fiverr secara efisen dan bijak, kita mestilah menawarkan

servis/perkhidmatan yang boleh disiapkan dalam tempoh masa kurang dari 10-15 minit. Makin

kurang tempoh masa, makin baik. Jangan sesekali menawarkan servis/perkhidmatan yang

mengambil masa yang lama untuk disiapkan kerana kadar harganya adalah 5 US Dollar untuk

setiap order.

Persoalannya apakah ciri-ciri gigs yang mampu menghasilkan order yang banyak dan

memerlukan masa yang singkat, kurang dari 10-15 minit untuk disiapkan dan dihantar kepada

pelanggan. Jadi anda perlu membuat kajian/research trend yang wujud dalam pasaran Fiverr.

Melalui kajian/research yang anda lakukan, anda akan dapat mengenalpasti gigs yang

mendapat permintaan yang banyak dan tidak memerlukan masa yang lama untuk disiapkan.

Kajian/research ini penting untuk mengelakkan anda dari menawarkan gigs yang tiada

permintaan. Untuk mengetahui dan mengenalpasti gigs yang tiada permintaan, anda juga perlu

membuat kajian/research trend pasaran di Fiverr.

Bagaimana hendak membuat kajian/research pasaran di Fiverr? Anda boleh gunakan data-data

atau maklumat yang terdapat di laman Fiverr. Contohnya gigs yang mempunyai riben

'FEATURED' biasanya gigs yang unik, tetapi tidak semestinya mendapat order yang banyak.

Lihat ciri-ciri gigs yang mengandungi riben tersebut. Terdapat 4 gigs paling atas di laman utama

Fiverr yang mempunyai riben 'FEATURED'. Apabila gigs anda berada dikedudukan sedemikian,

ianya mempunyai potensi yang cukup besar untuk menarik banyak trafik melihat gigs tersebut.

Secara tidak langsung, order untuk gigs tersebut boleh meningkat berbanding gigs yang berada

di laman ke-2,ke-3 dan seterusnya. Lihat apakah ciri-ciri yang ada pada gigs tersebut. Ciri-ciri

asas yang perlu anda ketahui tentang gigs tersebut adalah dari segi kategori gigs tersebut,

ketahui proses menyiapkan gigs tersebut ( samada menggunakan perisian/software atau tidak ),

Page 10: Rahsia wang fiverr

penerangan tentang servis/pekhidmatan yang ditawarkan di ruangan 'DESCRIPTION' dan

beberapa aspek lain.

Melalui kajian/research yang anda lakukan untuk mengetahui trend pasaran Fiverr, anda akan

beroleh idea untuk gigs anda. Jadi sebelum anda mengiklankan gigs anda di Fiverr, mulakan

langkah pertama dengan melakukan kajian/research trend pasaran Fiverr. Semoga berjaya!

Teknik Jana Wang Online Dengan MUDAH

& PANTAS Tanpa Mengeluarkan Sesen

Modal Pun Di Fiverr ..!

Page 11: Rahsia wang fiverr

Bagaimana Fiverr Berfungsi?

Secara asasnya Fiverr berfungsi secara 2 hala yang melibatkan 2 pihak, iaitu PENJUAL &

PEMBELI.

PENJUAL

Penjual buat gigs yang menawarkan servis/perkhidmatan. Setiap akaun Fiverr boleh

memuatkan maksima 20 gigs.

Penjual akan mengaktifkan gigs di laman Fiverr.

Penjual akan dimaklumkan melalui e-mail apabila terdapat order untuk gigs yang diiklankan.

Penjual boleh berkomunikasi dengan pelanggan tentang order dan pengesahan order akan

dibuat oleh pelanggan.

Selepas order lengkap dan telah dihantar ke pelanggan, Fiverr akan memasukkan 4 US Dollar ke

akaun Fiverr penjual dalam tempoh 48 jam. Setiap transaksi per order, caj 1 US Dollar akan

dikenakan oleh pihak Fiverr.

Selepas 14 hari, wang tersebut boleh dikeluarkan/withdraw ke akaun Paypal penjual.

PEMBELI

Pembeli akan mencari item atau servis yang mereka inginkan.

Pembeli boleh berkomunikasi dengan pihak penjual untuk mendapatkan maklumat lanjut

tentang gigs yang diiklan sebelum bersedia melakukan pembelian.

Setiap order, pembeli perlu membayar 5 US Dollar menggunakan akaun Paypal atau Kad Kredit.

Apabila gigs yang dibeli telah lengkap, dimana pihak penjual menghantar item berkaitan kepada

pembeli.

Pembeli mempunyai masa selama 48 jam selepas penerimaan item dari penjual untuk

melakukan sebarang perubahan.

Selepas lengkap pembelian gigs, pembeli boleh menulis feedback tentang penjual.

Page 12: Rahsia wang fiverr

Biasanya pembeli mementingkan feedback yang diperolehi oleh pihak penjual, dimana

pelanggan yang pernah melakukan pembelian servis/perkhidmatan yang ditawarkan menulis

feedback mereka, samada ianya positif atau negatif. Feedback yang positif akan meningkatkan

kredibiliti penjual dan tahap kepercayaan pelanggan terhadap sesuatu gigs. Feedback yang

negatif boleh menyebabkan kredibiliti penjual terjejas. Pembeli perlu berhati-hati memilih

servis/perkhidmatan agar berpuashati dengan apa yang diperolehi. Walaupun setiap order

bernilai 5 US Dollar, tidak bermakna kepuasan pelanggan diabaikan.

Untuk merebut peluang menjana US Dollar sebagai penjual di laman Fiverr, anda perlulah

menawarkan servis/perkhidmatan yang lain dari yang lain dan kreatif agar dapat bersaing

dengan penjual-penjual lain di Fiverr. Apabila memperolehi order, berikan mutu kerja yang

berkualiti agar mendapat feedback yang positif dari pembeli. Semakin banyak feedback positif

yang anda perolehi, semakin tinggi level kredibiliti anda dan secara tidak langsung tahap

kepercayaan pelanggan turut meningkat. Ianya adalah elemen penting yang perlu diambil serius

untuk berjaya dalam bidang perniagaan secara online, bukan hanya di laman Fiverr sahaja.

Rebut peluang menjana pendapatan US Dollar di laman Fiverr dengan menawarkan

servis/perkhidmatan yang kreatif dan unik. Dengan teknik & formula yang betul, anda mampu

menjana pendapatan secara berterusan di Fiverr. Mulakannya hari ini.

Masih buntu dan kekeringan idea untuk gigs anda di Fiverr? Dapatkan Formula Teknik Fiverr

XXXXX yang membongkarkan formula rahsia mencipta gigs yang mendapat sambutan &

permintaan yang tinggi, gigs yang mudah & senang disiapkan dalam tempoh masa kurang dari

15 minit. Mulakan langkah awal anda menjana income di Fiverr dengan Teknik Fiverr XXXXX.

Teknik Jana Wang Online Dengan MUDAH

& PANTAS Tanpa Mengeluarkan Sesen

Modal Pun Di Fiverr ..!

Page 13: Rahsia wang fiverr

Ketahui Terma & Syarat Di Fiverr Secara Ringkas

Sebelum menawarkan servis/perkhidmatan di laman Fiverr, anda perlu mengetahui secara

ringkas terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak pengendali Fiverr. Ianya untuk

mengelakkan anda dari menawarkan servis/perkhidmatan yang dilarang atau melakukan

sesuatu yang melanggar syarat yang ditetapkan. Jika ini berlaku akaun Fiverr anda akan

disenaraihitamkan atau ditamatkan. Ibarat berkunjung ke laman orang, kita perlu menghormati

tuan rumah.

Berikut adalah terma & syarat Fiverr secara ringkas yang perlu anda ketahui :

>Servis/perkhidmatan yang ditawarkan di laman Fiverr dinamakan gigs.

>Setiap gigs yang ditawarkan berharga 5 US Dollar.

>Hanya pelawat laman Fiverr yang berdaftar sahaja boleh melakukan urusan jual-beli.

Pendaftaran akaun Fiverr adalah percuma.

>Gigs diorder melalui fungsi butang 'ORDER NOW'.

>Penjual menerima bayaran gigs melalui akaun Paypal.

>Bagi pembeli pula, bayaran boleh dibuat menggunakan akaun Paypal atau Kad Kredit.

>Setiap transaksi order, caj 1 US Dollar dikenakan oleh pihak Fiverr. Jadi penjual akan

menerima 4 US Dollar untuk setiap order.

>Pembeli akan membuat bayaran 5 US Dollar kepada pihak Fiverr apabila membuat order.

>Selepas pembeli menerima order dari pihak penjual, Fiverr akan memasukkan 4 US Dollar ke

akaun Fiverr penjual.

>Penjual perlu menyiapkan gigs yang ditawarkan mengikut tempoh masa yang dinyatakan di

dalam gigs. Jika gagal menyiapkan dalam tempoh masa tersebut, pembeli boleh membatalkan

order dan 5 US Dollar akan dipulangkan. Pembatalan order mungkin akan menjejaskan reputasi

dan rating penjual.

>Pihak penjual juga boleh membatalkan order yang diterima dalam masa yang ditetapkan.

Namun hal ini boleh menjatuhkan rating penjual.

>Pihak Fiverr bertanggungjawab menjaga privasi pengguna Fiverr dan info berkaitan pengguna

Fiverr adalah dilindungi. Pengguna tidak dibenarkan mendedahkan atau meminta details

pengguna lain seperti e-mail, skype dll.

Page 14: Rahsia wang fiverr

>Komunikasi antara pihak penjual-pembeli boleh dilakukan menggunakan fungsi mesej yang

disediakan oleh pihak Fiverr.

>Gigs yang dilarang adalah seperti mengandungi unsur-unsur lucah ( 18SX ), perisian cetak

rompak/ciplak, spam dll. Akaun Fiverr anda boleh disenaraihitamkan secara tetap jika berlaku

perlanggaran terma dan syarat yang ditetapkan.

>Penjual perlu menghantar gigs yang telah siap menggunakan fungsi 'Deliver Worked

Completed' ( ada di laman Order Page ). Pihak Fiverr tidak bertanggungjawab atas sebarang

penghantaran dokumen yang mengandungi virus, malware dll oleh pihak penjual kepada

pembeli.

>Setiap gigs yang telah lengkap & dihantar oleh penjual, pihak pembeli mempunyai tempoh

masa selama 3 hari untuk memaklumkan respon bahawa order gigs tersebut telah

selesai/lengkap.

>Bayaran gigs yang dimasukkan ke akaun Fiverr boleh dikeluarkan/withdraw melalui akaun

Paypal.

>Baki wang di akaun Fiverr boleh digunakan untuk membuat bayaran untuk order gigs dengan

syarat baki wang akaun Fiverr anda sekurang-kurangnya 5 US Dollar.

>Tempoh 'safety clearance' untuk mengeluarkan wang dari akaun Fiverr ke akaun Paypal dalah

14 hari selepas Fiverr mencreditkan bayaran order ke akaun Fiverr.

>Paypal mengenakan caj sebanyak 2% bagi setiap transaksi withdraw dari akaun Fiverr ke

akaun Paypal.

Mulakan gigs pertama anda di laman Fiverr untuk menjana pendapatan 5 US Dollar bagi setiap

order. Pastikan gigs anda mematuhi terma, syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh Fiverr.

Jom Fiverr dan selamat menjana pendapatan di Fiverr!

Teknik Jana Wang Online Dengan MUDAH

& PANTAS Tanpa Mengeluarkan Sesen

Modal Pun Di Fiverr ..!

Page 15: Rahsia wang fiverr

Sistem Urusniaga Di Fiverr

Dengan memegang sehelai kertas yang tertera nama seseorang atau mesej ringkas dan berlatar

belakangkan monumen / pemandangan menarik, anda akan dibayar 5 US Dollar. Mudah dan

senang, bukan? Ini adalah salah satu contoh dari ribuan servis/perkhidmatan unik dan kreatif

yang boleh anda tawarkan di laman Fiverr untuk menjana wang secara online. Apa itu Fiverr?

Fiverr merupakan satu laman web yang menyediakan tempat untuk sesiapa sahaja di seluruh

dunia menawarkan apa jua servis/perkhidmatan dengan kadar bayaran 5 US Dollar. Fikirkan

sesuatu yang unik dan kreatif untuk anda persembahkan di dalam gigs akaun Fiverr anda dan

aktifkan gigs untuk di laman web Fiverr. Setiap order bernilai 5 US Dollar.

Gunakan kemudahan dan peluang yang ditawarkan di laman Fiverr untuk menjana pendapatan

secara online. Kenalpasti kemahiran yang anda miliki dan servis yang sanggup anda lakukan

untuk menerima bayaran berjumlah 5 US Dollar.Secara mudahnya Fiverr beroperasi secara 2

hala, iaitu antara pihak penjual yang menawarkan servis/perkhidmatan di Fiverr dan pihak

pembeli yang membeli apa yang ditawarkan dengan kadar harga 5 US Dollar.

Bagaimana menjual di Fiverr?

Buat 1 gigs untuk menawarkan servis/perkhidmatan anda. Aktifkan gigs tersebut di laman

Fiverr dan kongsikan juga gigs tersebut kepada rakan-rakan anda. Anda boleh promosikan gigs

anda melalui pelbagai medium promosi secara online.

Anda akan dimaklumkan melalui e-mail apabila terdapat order untuk gigs anda dari pihak

Fiverr. Terima order dan lengkapkan order tersebut. Selepas pelanggan menerima order

tersebut, Fiverr akan memasukkan 4 US Dollar ke akaun Fiverr anda dalam tempoh 48 jam.

Setiap transaksi order, caj 1 US Dollar dikenakan oleh pihak Fiverr. Selepas amoun tersebut

dimasukkan ke akaun Fiverr, anda boleh mengeluarkannya/withdraw ke akaun Paypal anda.

Bagaimana membeli di Fiverr?

Cari dan pilih gigs yang anda inginkan. Buat pembayaran berjumlah 5 US Dollar menggunakan

akaun Paypal atau Kad Kredit. Anda juga boleh berkomunikasi dengan pihak pembeli sebelum

membuat order gigs yang anda inginkan. Anda akan mendapat order gigs dalam masa yang

ditentukan oleh pihak penjual. Jika berlaku kelewatan, anda berhak membatalkan order dan

mendapat semula ( refund ) bayaran 5 US Dollar. Selepas anda menerima order, anda

digalakkan memberikan feedback terhadap gigs yang anda order itu.

Page 16: Rahsia wang fiverr

Urusniaga di Fiverr cukup mudah dan ringkas. Tidak melibatkan prosedur yang kompleks.

Pasaran servis/perkhidmatan berharga 5 US Dollar cukup luas di mana pelawat Fiverr datang

dari seluruh dunia. Gunakan peluang ini untuk menjana pendapatan secara online dengan

menawarkan servis/perkhidmatan di laman Fiverr. Mulakannya hari ini dan jana US Dollar.

Teknik Jana Wang Online Dengan MUDAH

& PANTAS Tanpa Mengeluarkan Sesen

Modal Pun Di Fiverr ..!

Page 17: Rahsia wang fiverr

2 Tips Mudah Kaji Permintaan Pasaran Di Fiverr

Sebelum anda menawarkan servis/perkhidmatan di laman Fiverr, anda mestilah melakukan

sedikit kajian pasaran dan permintaan di Fiverr. Ianya penting untuk memastikan

servis/perkhidmatan yang bakal anda tawarkan di laman Fiverr mendapat order. Secara tidak

langsung, anda dapat menjana 5 US Dollar untuk setiap order. Ianya juga untuk mengelakkan

anda dari menawarkan servis/perkhidmatan yang tiada permintaan di Fiverr.

Tips 1 rujuk gigs yang mempunyai riben 'Featured'. Gigs yang mempunyai riben 'Featured' tidak

semestinya mempunyai permintaan yang tinggi. Biasanya gigs yang mempunyai ciri begitu

merupakan gigs yang kreatif. Kaji apakah yang ditawarkan di dalam gigs tersebut. Rujuk

ruangan description, iaitu penarangan tentang servis/perkhidmatan yang ditawarkan. Lihat

jumlah order untuk gigs tersebut. Gigs yang mempunyai 'featured' akan berada di muka depan

laman Fiverr. Kebanyakan gigs yang mempunyai 'featured' menawarkan servis/perkhidmatan

yang berkaitan penyediaan video. Apabila gigs anda berada di senarai teratas di muka depan

laman Fiverr, gigs tersebut akan mendapat traffik yang tinggi berbanding gigs yang berada

dalam senarai di laman ( page ) ke-2 dan ke-3. Secara tidak langsung meningkatkan potensi gigs

tersebut mendapat order. Semakin banyak order, semakin banyak pendapatan yang bakal anda

perolehi.

Tips ke-2 yang boleh anda gunakan untuk menkaji permintaan di laman Fiverr ialah

penggunaan fungsi tapisan, iaitu 'filter gigs by' yang terdapat di laman Fiverr. Disyorkan buat

pilihan 'filter gigs by popularity'. Apabila menggunakan fungsi tapisan ini, anda akan dapat

mengetahui gigs yang paling popular dan mendapat sambutan di Fiverr. Apabila menggunakan

fungsi 'filter gigs by popularity', anda akan mengetahui 20 gigs paling popular yang dipaparkan

di laman ( page ) utama/pertama Fiverr. Gigs yang berada di page utama Fiverr akan mendapat

traffik yang cukup tinggi. Jadi potensi gigs itu untuk di order amat tinggi. Sepertimana yang

dinyatakan dalam tips 1, semakin banyak order, semakin banyak pendapatan yang bakal anda

perolehi di laman Fiverr.

20 gigs yang tersenarai di laman ( page ) pertama laman web Fiverr akan memberikan info dan

data yang dapat membantu anda mengetahui ciri-ciri gigs yang mendapat sambutan dan

popular. Ini dapat mengelakkan anda dari menyediakan gigs yang tidak mendapat sambutan.

Kaji dan ketahui apakah yang ditawarkan oleh 20 gigs tersebut. Rujuk bagaimana penerangan

tentang servis/perkhidmatan yang ditawarkan. Lihat penggunaan gambar atau video yang

relevan untuk gigs tersebut.

Page 18: Rahsia wang fiverr

Dengan 2 tips mudah ini, anda boleh memulakan langkah mengkaji gigs yang mendapat

permintaan yang tinggi di Fiverr. Hasil daripada kajian ini akan memberikan idea untuk anda

bagi menawarkan servis/perkhidmatan yang mempunyai permintaan di laman Fiverr. Fikirkan

servis/perkhidmatan yang unik dan kreatif berdasarkan 20 gigs yang paling popular di Fiverr.

Selamat mencuba dan semoga berjaya menjana pendapatan di Fiverr.

Teknik Jana Wang Online Dengan MUDAH

& PANTAS Tanpa Mengeluarkan Sesen

Modal Pun Di Fiverr ..!

Page 19: Rahsia wang fiverr

3 Tips Jana Wang Secara Online Di Fiverr

Jika anda ingin menjana pendapatan secara online di laman Fiverr, anda perlu mengetahui tips

penting agar objektif utama anda menyertai Fiverr, iaitu menjana pendapatan US Dollar

tercapai.

Tips pertama – apakah servis/perkhidmatan yang anda ingin jual atau tawarkan di laman

Fiverr? Sebelum membuat keputusan tentang apakah servis/perkhidmatan yang ingin anda

tawarkan, anda perlu mengambil kira aspek ratio tugasan servis/perkhidmatan : bayaran. Di

Fiverr, segala yang ditawarkan adalah bernilai 5 US Dollar. Nilai ini dibahagikan pula, di mana 1

US Dollar untuk Fiverr dan Paypal. Selebihnya iaitu 4 US Dollar adalah hak milik anda. Jadi

anda perlu tentukan had masa untuk menyiapkan tugasan servis/perkhidmatan yang anda

tawarkan adalah berbaloi dan efektif untuk memperolehi 4 US Dollar.

Kebanyakan IM di Fiverr menawarkan servis/perkhidmatan yang mengambil masa yang lama

untuk menyelesaikan 1 order dari pelanggan. Contohnya mengambil masa hampir 1 jam untuk

menyiapkan artikel yang berkapasiti 400-500 patah perkataan atau penyediaan video

pemasaran yang memakan masa 2 jam untuk disiapkan. Adakah ianya efektif dan berbaloi

untuk memperolehi 4 US Dollar untuk tempoh tugasan servis/perkhidmatan yang mengambil

masa 2 jam untuk diselesaikan? Ini bukan cara yang efektif untuk menjana US Dollar secara

maksimum di Fiverr.

Untuk menjana pendapatan US Dollar secara efektif di Fiverr, anda perlu menawarkan

servis/perkhidmatan yang hanya memerlukan masa sekitar 10-15 minit untuk diselesaikan dan

dihantar kepada pelanggan. Contohnya anda menyediakan list 50 tips bagaimana membina

kredibiliti dalam laman social dalam bentuk pdf. Apabila terdapat order, anda hanya perlu

menghantar dokumen dalam bentuk pdf kepada pelanggan. Ianya mengambil masa kurang dari

5 minit untuk menghantar order kepada pelanggan.

Tips kedua pula adalah tentang tajuk gigs anda di Fiverr. Bagaimana anda menulis tajuk gigs

anda di Fiverr? Tajuk gigs adalah satu elemen penting yang perlu diberi perhatian agar dapat

menarik minat pelanggan terhadap servis/perkhidmatan yang anda tawarkan di Fiverr.

Maksima tajuk gigs anda adalah 140 patah perkataan. Elakkan penggunaan tajuk yang terlalu

panjang. Tajuk gigs anda mampu menarik minat prospek untuk mengetahui tentang

servis/perkhidmatan yang anda tawarkan. Pastikan idea utama servis/perkhidmatan anda

berada di dalam tajuk. Servis/perkhidmatan yang berkualiti dan mendapat permintaan tidak

memerlukan tajuk gigs yang panjang.

Page 20: Rahsia wang fiverr

Tips ke-3 pula adalah berkaitan dengan penggunaan gambar yang betul dan berkait dengan

servis/perkhidmatan yang anda tawarkan. Sebagai contoh jika anda menawarkan

servis/perkhidmatan yang berkaitan Facebook, gunakan logo Facebook sebagai salah satu

gambar di dalam gigs anda. Secara tidak langsung pelawat Fiverr atau prospek dapat

mengetahui servis/perkhidmatan yang anda tawarkan adalah berkaitan dengan laman sosial

Facebook. Pastikan anda menggunakan gambar yang relevan dengan servis/perkhidmatan yang

anda tawarkan.

Dengan menawarkan servis/perkhidmatan yang ringkas dan mudah beserta penggunaan fungsi

gigs di laman Fiverr secara teratur, anda mampu menarik prospek terhadap gigs yang anda

sediakan. Pelbagai teknik dan formula menjana US Dollar di laman Fiverr yang boleh anda

aplikasikan dan menjana pendapatan secara maksimum di Fiverr!

Teknik Jana Wang Online Dengan MUDAH

& PANTAS Tanpa Mengeluarkan Sesen

Modal Pun Di Fiverr ..!

Page 21: Rahsia wang fiverr

4 Servis/Perkhidmatan Paling Hot Di Fiverr

Apakah servis/perkhidmatan paling hot dan mendapat sambutan ramai di Fiverr? Berdasarkan

kajian dan pemerhatian, servis/perkhidmatan yang paling mendapat sambutan dari pengguna

laman Fiverr adalah :

Grafik

Video

Pengiklanan

Penulisan

1-Grafik

Servis/perkhidmatan berasaskan grafik merupakan antara servis/perkhidmatan yang paling

mendapat sambutan. Antara servis/perkhidmatan yang ditawarkan ialah seperti membuat logo,

banner, latar belakang laman web, latar belakang blog/wordpress, membuat cover e-book, cover

software atau perisian, cover CD/DVD dll. Bagi yang mempunyai kemahiran grafik, anda boleh

memanafaatkan permintaan tinggi terhadap servis/perkhidmatan berasaskan grafik di laman

Fiverr untuk mendapat order berganda. Dengan hasil kerja yang kreatif, unik dan disukai

pelanggan, anda mampu untuk mendapat pendapatan secara berterusan melalui

servis/perkhidmatan yang anda tawarkan. Banyak pilihan yang boleh anda tawarkan dengan

kemahiran grafik yang anda miliki.

2-Video

Salah satu lubuk US Dollar di laman Fiverr. Servis/perkhidmatan video seperti membuat video

pendek ( durasi 60 saat/ 1 minit ), edit/suntingan video, rakaman video dll. Pelbagai idea kreatif

dan unik boleh anda lihat bagi servis/perkhidmatan video yang di tawarkan di laman Fiverr.

Contohnya rakaman selama 60 saat seseorang menyelam di dalam air sambil memegang

sekeping kertas yang tertera nama seseorang atau mesej tertentu. Ianya unik dan lain dari yang

lain. Servis/perkhidmatan video yang biasa adalah seperti membuat video tentang sesuatu

produk atau perkhidmatan, testimonial, syarikat dll. Servis/perkhidmatan seperti ini juga

mendapat permintaan ramai untuk kadar bayaran 5 US Dollar. Selain itu servis/perkhidmatan

edit atau suntingan video juga mendapat order yang banyak. Tampilkan idea yang unik dan

kreatif untuk servis/perkhidmatan video anda untuk menjana pendapatan secara konsisten di

laman Fiverr.

Page 22: Rahsia wang fiverr

3-Pengiklanan

Servis/perkhidmatan pengiklanan antara gigs yang paling banyak ditawarkan di laman Fiverr.

Pelbagai idea pengiklanan yang unik dan kreatif ditawarkan. Skop servis/perkhidmatan

pengiklanan adalah luas dan pelbagai cara boleh digunakan. Apa yang penting di Fiverr adalah

gigs yang dihasilkan mestilah menawarkan servis/perkhidmatan yang unik dan kreatif.

Contohnya anda memegang sekeping kertas tertulis nama seseorang, nama syarikat atau mesej

dan berlatarbelakangkan monumen atau bangunan menarik seperti menara berkembar KLCC,

jambatan Pulau Pinang dll. Ianya 1 cara unik dan kreatif. Seseorang memegang sekeping kertas

yang tertulis nama syarikat yang berpangkalan di London dengan berlatarbelakangkan

bangunan menara berkembar Petronas di Kuala Lumpur, Malaysia.

4-Penulisan

Servis/perkhidmatan penulisan juga boleh membantu anda menjana pendapatan US Dollar

secara konsisten di laman Fiverr. Pelbagai cabang servis/perkhidmatan penulisan yang boleh

ditawarkan di laman Fiverr. Antaranya ialah menulis 1 artikel dengan kapasiti 400-500 patah

perkataan. Pilihan niche artikel bergantung kepada pelanggan. Atau penulisan artikel review

sesuatu produk, perkhidmatan, syarikat atau laman web. Selain itu, terdapat software atau

perisian yang berfungsi sebagai 'article spinner/re-write' yang boleh menukar artikel asal

kepada artikel lain yang unik. Dengan penggunaan software atau perisian ini, anda boleh

menawarkan servis/perkhidmatan spin artikel. Tugas itu dilakukan oleh software atau perisian.

Mudah bukan?

Apa yang dinyatakan di atas, adalah antara servis/perkhidmatan yang mendapat sambutan di

Fiverr. Fikirkan secara kreatif untuk menawarkan servis/perkhidmatan di laman Fiverr untuk

mula menjana pendapatan secara US Dollar. Jika anda masih belum mempunyai idea untuk

menawarkan servis/perkhidmatan di laman Fiverr, anda boleh mencuba Formula Teknik Fiverr

XXXX yang membongkar teknik dan tips bagaimana seorang newbie mampu menjana

pendapatan lumayan walaupun tanpa kemahiran seorang pakar. Jom klik Formula Teknik

Fiverr XXXXX.

Page 23: Rahsia wang fiverr

Alternatif Sumber Pendapatan US Dollar Di Fiverr

Jika anda seorang newbie atau masih tercari-cari alternatif untuk menjana pendapatan secara

online dengan teknik yang mudah serta ringkas, laman Fiverr boleh dianggap sebagai jawapan

kepada situasi anda itu. Kenapa? Di laman Fiverr anda berpeluang menjana pendapatan US

Dollar tanpa memerlukan modal. Tak percaya? Fiverr menyediakan satu pasaran secara online

untuk sesiapa sahaja di seluruh dunia menawarkan apa jua servis/perkhidmatan pada kadar

harga 5 US Dollar. Walaupun tanpa kemahiran/kepakaran tertentu, anda mampu menjadikan

laman Fiverr sebagai alternatif sumber pendapatan anda secara online. Di Fiverr terdapat

pelbagai servis/perkhidmatan yang unik dan kreatif ditawarkan pada kadar harga 5 US Dollar.

Pernahkah anda terfikir dengan merakam video di mana rakan anda mengayuh basikal sambil

melaungkan nama seseorang atau melaungkan mesej tertentu, anda akan dibayar 5 US Dollar?

Tentunya anda tidak pernah terfikir. Itu adalah salah satu contoh keunikan

servis/perkhidmatan yang ditawarkan di laman Fiverr dengan kadar harga 5 US Dollar. Dengan

menawarkan servis/perkhidmatan yang hanya mengambil masa kurang dari 10 minit, anda

memperolehi 5 US Dollar, kira-kira RM 15. Menarik bukan? Itulah peluang yang boleh anda

rebut di laman Fiverr.

Tawarkan sesuatu yang unik dan kreatif kepada pengunjung laman Fiverr yang datang dari

seluruh pelusuk dunia. Jika anda memiliki bakat atau kemahiran tertentu, pastinya ada peluang

dan potensi besar untuk menjana pendapatan lumayan di Fiverr. Katakan anda pandai bermain

gitar dan boleh menyanyi. Gunakan bakat tersebut untuk menawarkan servis/perkhidmatan

dengan menyanyikan ucapan Selamat Hari Jadi kepada bakal pelanggan anda sambil anda

memetik gitar. Mungkin tugasan ini hanya mengambil masa kurang dari 5 minit dan anda

dibayar dengan harga 5 US Dollar. Mudah dan ringkas. Servis/perkhidmatan sebegini

merupakan salah satu servis/perkhidmatan yang mendapat permintaan tinggi di Fiverr.

Mungkin ada yang beranggapan nilai 5 US Dollar adalah kecil. Tetapi cuba kita lihat dari sudut

ratio masa tugasan servis/perkhidmatan:harga. Dengan melakukan tugasan

servis/perkhidmatan yang mengambil masa antara 10-15 minit, anda memperolehi 5 US Dollar.

5 US Dollar untuk tugasan yang mengambil masa 15 minit. Mudah dan ringkas. Selain itu, tiada

limit untuk pelanggan membuat order bagi servis/perkhidmatan yang ditawarkan di Fiverr.

Katakan dalam sehari, anda mendapatkan 5 order. Untuk hari tersebut anda bakal memperolehi

25 US Dollar. Seminggu 7x5=35 order. 35 x 5 US Dollar = 175 US Dollar setiap minggu.

Lumayan!

Page 24: Rahsia wang fiverr

Tawarkan semaksima mungkin servis/perkhidmatan yang mudah dan ringkas untuk disiapkan.

1 akaun Fiverr membenarkan gigs pengiklanan servis/perkhidmatan sehingga 20 gigs. Anda

boleh membuka banyak akaun Fiverr bagi mengatasi limit maksima yang ditetapkan oleh pihak

pengendali Fiverr untuk satu akaun. Selagi tidak melanggar terma, syarat dan peraturan yang

ditetapkan oleh Fiverr, anda bebas tanpa halangan untuk menawarkan seberapa banyak

servis/perkhidmatan. Semakin banyak gigs yang anda tawarkan, semakin ramai traffik yang

melihat gigs anda yang secara tidak langsungnya meningkatkan potensi mendapat order dari

pelanggan. Rebut peluang yang ada di laman Fiverr dengan menawarkan servis/perkhidmatan

yang unik dan kreatif. Jana US Dollar di Fiverr tanpa sebarang modal!

Teknik Jana Wang Online Dengan MUDAH

& PANTAS Tanpa Mengeluarkan Sesen

Modal Pun Di Fiverr ..!

Page 25: Rahsia wang fiverr

Bina Empayar 5 US Dollar Anda Di Fiverr

Secara mudahnya Fiverr merupakan laman web yang membolehkan anda menawarkan untuk

melakukan sesuatu ( servis/perkhidmatan ) dengan caj bayaran 5 US Dollar kepada pelanggan.

Apa jua servis/perkhidmatan boleh anda tawarkan di laman web Fiverr ( tertakluk pada terma,

syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pengendali Fiverr ). Lakukan apa sahaja dengan caj

sebanyak 5 US Dollar seperti menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi dalam versi Bahasa Jepun,

menulis nama seseorang atau mesej di anggota badan, menulis artikel untuk laman blog dan

pelbagai lagi.

Ianya nampak cukup mudah dan senang. Tetapi tidak ramai yang memanafaatkan peluang

menjana pendapatan dalam US Dollar di laman Fiverr secara optimum dan efektif. Terdapat

potensi yang cukup luas untuk 'dimanupulasikan' apa yang ditawarkan di laman web Fiverr

untuk anda nikmati. Pengguna Fiverr yang kreatif mampu menghasilkan pendapatan yang

lumayan dengan hanya menawarkan servis/perkhidmatan ringkas kepada para pelanggan

dengan dibayarj sebanyak 5 US Dollar.

Jika anda hanya menyediakan 1 gigs yang menawarkan produk atau servis/perkhidmatan di

laman Fiverr dan menantikan order dari pelanggan, anda bakal terlepas banyak peluang mudah

menjana 5 US Dollar di Fiverr. Peluang gigs anda berada di muka depan Fiverr yang menjadi

tumpuan ramai adalah sangat tipis. Secara tidak langsung mengecilkan peluang anda menarik

pelanggan dengan tawaran servis/perkhidmatan yang anda iklankan. Tanpa traffic ke gigs anda

bermakna tiada hasil. Seperti mana peluang-peluang menjana pendapatan secara online secara

mudah dan ringkas, ianya memerlukan sesuatu yang unik dan kreatif. Paling penting

mempunyai permintaan. Tanpa permintaan, gigs yang anda iklankan bakal berkubur. Jadi anda

perlu fikirkan formula dan teknik terbaik untuk menarik traffic ke gigs anda dan

menukarkannya kepada 5 Us Dollar untuk setiap traffik. Sukar dan mustahil ? Tahukah anda

terdapat IM tempatan yang menjana pendapatan lumayan dengan menawarkan

servis/perkhidmatan yang mudah dan ringkas di Fiverr.

Pelbagai teknik dan formula berkaitan teknik menjana wang di laman Fiverr telah dibongkarkan

oleh otai-otai Fiverr. Pelajari teknik dan formula yang mereka kongsikan. Ada yang berbayar.

Namun caj yang dikenakan tidaklah terlalu tinggi. Dengan ilmu dan kemahiran yang anda akan

perolehi, dalam masa singkat kos pembelian teknik atau formula Fiverr dapat diperolehi

semula. Dengan syarat mengikut apa yang diajar dan berusaha. Anda juga boleh berkongsi info

tentang Fiverr secara percuma melalui ruangan diskusi tentang Fiverr di laman forum

wangcyber. Ramai otai Fiverr yang sudi meluangkan masa menjawab dan berkongsi teknik

menjana US Dollar secara percuma di ruangan perbincangan tersebut. Kepelbagaian teknik atau

formula untuk anda gunakan. Yang penting belajar dan berusaha melakukannya.

Page 26: Rahsia wang fiverr

Servis/perkhidmatan yang berkualiti juga bakal memberi potensi besar untuk anda di Fiverr.

Jika pelanggan berpuas hati dan memberikan feedback yang positif tentang

servis/perkhidmatan yang anda tawarkan, secara tidak langsung meningkatkan kredibiliti dan

tahap kepercayaan pelanggan lain untuk turut sama menggunakan servis/perkhidmatan yang

anda tawarkan di laman Fiverr. Jangan ambil mudah untuk setiap order yang anda perolehi.

Teori pemasaran mengatakan 'pelanggan adalah raja'. Berikan yang terbaik kepada pelanggan

anda. Anda mungkin memperolehi pelanggan tetap dan mampu membina sebuah empayar

servis/perkhidmatan anda di Fiverr. Menarik bukan? Mulakan membina empayar anda di

Fiverr hari ini!

Teknik Jana Wang Online Dengan MUDAH

& PANTAS Tanpa Mengeluarkan Sesen

Modal Pun Di Fiverr ..!

Page 27: Rahsia wang fiverr

Gigs Paling Hot & Mendapat Sambutan Di Fiverr

Gigs manakah yang paling mendapat sambutan di laman Fiverr? Apakah kelebihan gigs

tersebut? Berapakah jumlah order yang diperolehi? Pelbagai persoalan berlegar difikiran. Untuk

mendapatkan jawapannya, layari laman Fiverr!

Gunakan fungsi 'filter gigs by popularity' dan anda boleh lihat 3 gigs teratas yang paling popular

dikalangan pengunjung Fiverr. Apakah ciri-ciri gigs tersebut? Apakah keistimewaan gigs

tersebut dan bagaimana gigs tersebut mampu menarik ribuan order untuk gigs yang

ditawarkan?

Apabila saya menggunakan fungsi 'filter gigs by popularity' pada masa ini, gigs teratas adalah

gigs yang menawarkan perkhidmatan berkaitan video, iaitu 'I will create 3 videos about a topic

of your choice for $5'. Gigs ini telah berjaya memperolehi 1603 order! 1603 x 5 US Dollar = 8015

US Dollar. Hampir RM 25,000!!

Lihat description gigs tersebut :

"..Videos is a must have for any business to be successful. If you give me an idea or topic, I can

create 3 1 minute videos about your topic. I will find the images and add the text as well as mix

the music into the video. You can see a sample here:

http://www.demotest123.com/fiverr/sample.html Topic in this video is 'vitamins and

supplements.."

Servis/perkhidmatan yang simple, mudah dan ringkas. Paling utama mendapat permintaan

tinggi.Berdasarkan gigs ini anda boleh membuat pengubahsuaian terhadap gigs tersebut dengan

menampilkan beberapa ciri-ciri tambahan bagi menyaingi gigs tersebut. Gigs yang anda cuba

buat terbukti mempunyai permintaan berdasarkan carian 'filter gigs by popularity' dan telah

memperolehi 1000 lebih pesanan. Anda perlu mengikut trend di Fiverr. Elakkan menawarkan

sesuatu yang telah terbukti tiada sambutan atau permintaan.

Jadi apa yang penting di sini, anda perlu membuat kajian terlebih dahulu sebelum memasuki

pasaran Fiverr dan mengaktifkan gigs anda. Apa yang akan anda tawarkan di laman Fiverr

adalah servis/perkhidmatan yang telah mempunyai permintaan. Anda perlu lebih kreatif untuk

bersaing dengan menawarkan nilai tambah atau apa sahaja yang boleh menarik minat pembeli.

Page 28: Rahsia wang fiverr

Bersaing secara sihat di laman Fiverr. Elakkan menawarkan gigs yang melanggar syarat, terma

dan peraturan yang telah ditetapkan.

Walaupun 5 US Dollar dilihat sebagai satu jumlah yang kecil, tetapi dengan menggunakan

formula fiverr, anda mampu menjana pendapatan berganda dengan memperolehi order dari

pelanggan secara berterusan. Jika newbie mampu menjana income lumayan di laman fiverr,

anda juga mampu. Pelbagai teknik telah diperkenalkan oleh rakan-rakan IM. Take Action!

Gunakan peluang yang ada untuk meraih 5 US Dollar dengan mudah, ringkas dan senang.

Tanpa kemahiran tertentu, anda juga mampu menjana pendapatan di laman Fiverr. Jom

Fiverr!!

Teknik Jana Wang Online Dengan MUDAH

& PANTAS Tanpa Mengeluarkan Sesen

Modal Pun Di Fiverr ..!

Page 29: Rahsia wang fiverr

Idea Servis/Perkhidmatan Untuk Gigs Anda Di Fiverr

Menjana US Dollar dari laman Fiverr dilihat agak mudah dan senang jika pendekatan yang

digunakan adalah betul. Tetapi jika pendekatan yang salah diambil, ianya boleh menjadi sesuatu

yang sukar bagi memperolehi satu order bernilai 5 US Dollar di Fiverr. Jadi fikir dan rancang

terlebih dahulu servis/perkhidmatan yang ingin anda tawarkan di Fiverr.

Tidak tahu servis/perkhidmatan untuk ditawarkan di laman Fiverr? Baiklah, di sini saya

kongsikan beberapa idea yang boleh anda kembangkan untuk servis/perkhidmatan yang mudah

dan ringkas di Fiverr :

1-SERVIS/ PERKHIDMATAN BERKAITAN DENGAN PENGIKLANAN

-Postkan URL link laman web atau blog di Facebook, Fan Page atau Twitter

-Postkan URL link laman web atau blog di laman sosial seperti Folkd, Bibsonomy, Digg dll.

-Setup akaun Facebook, Fan Page, Twitter dll.

-Setup akaun akaun laman sosial seperti Stumble Upon, Tagged dll.

-Setup blog wordpress atau blogspot

-Setup sistem autoresponder.

-Pakai baju/t-shirt atau topi yang tertulis nama pelanggan, laman web pelanggan atau mesej

ringkas yang pelanggan inginkan.

-Memegang sekeping kertas yang tertera nama pelanggan, URL link, nama syarikat atau mesej

ringkas dengan berlatar belakangkan bangunan atau pemandangan yang menarik.

2-SERVIS BERKAITAN PENULISAN

-Servis membuat artikel dengan kapasiti 400-500 patah perkataan mengikut niche tertentu

-Servis spin/re-write artikel ( penggunaan perisian/software )

-Penulisan artikel review atau testimonial

-Servis komen di blog, laman web, FB dll

-Penulisan tutorial tentang sesuatu kemahiran

Page 30: Rahsia wang fiverr

-Penulisan laporan atau kajian kes ( study case )

3-SERVIS BERKAITAN KEMAHIRAN GRAFIK DESIGN

-Buat logo, banner untuk laman web

-Buat e-cover untuk e-book

-Design background untuk akaun twitter

-Penggunaan software Adobe Photoshop untuk pelbagai teknik berkaitan gambar

-Design laman web, blog dll

5-SERVIS BACKLINK & SEO

-Guna software percuma atau berbayar untuk membuat laporan backlink

-Social bookmark laman web & blog pelanggan

-Membuat komen di laman web/blog

-Servis SEO kepada pelanggan

-Tutorial tentang SEO

-Servis mencari keyword

-Servis ping laman web URL, blog

-Tutorial strategi backlink atau SEO

-Setup RSS Feed dan submit ke direktori RSS

6-SERVIS BERKAITAN WORDPRESS & BLOG

-Setup blog wordpress pelanggan

-Setup plugin,themes dan media untuk blog wordpress

-Buat tutorial bagaimana menggunakan wordpress

7-SERVIS BERKAITAN PENYEDIAAN VIDEO

Page 31: Rahsia wang fiverr

-Menyediakan video pendek tentang produk & perkhidmatan

-Menyediakan video pendek tentang laman web, syarikat dll

-Menyediakan video mengikut apa yang pelanggan inginkan

-Servis edit video

8-SERVIS BERKAITAN BAKAT NYANYIAN

-Menyanyikan lagu sambutan Selamat Hari Jadi kepada pelanggan

-Rakaman suara untuk komentar sesebuah produk, syarikat atau perkhidmatan

-Rakaman suara testimonial produk atau perkhidmatan

-Rakaman suara untuk pengiklanan produk

Kesimpulannya pelbagai servis/perkhidmatan yang boleh anda tawarkan di laman Fiverr

dengan kadar harga 5 US Dollar. Tawaran yang unik dan kreatif pastinya mampu menjana

pendapatan US Dollar untuk anda. Apa yang penting ratio tempoh masa tugasan

servis/perkhidmatan:harga diambil kira agar servis/perkhidmatan yang anda tawarkan mampu

menjana pendapatan US Dollar secara optima dan efesien. Elakkan menawarkan

servis/perkhidmatan yang memerlukan masa yang lama untuk diselesaikan. Pastikan

servis/perkhidmatan berbaloi untuk diri anda. Selamat menjana pendapatan di Fiverr!

Teknik Jana Wang Online Dengan MUDAH

& PANTAS Tanpa Mengeluarkan Sesen

Modal Pun Di Fiverr ..!

Page 32: Rahsia wang fiverr

Jana Income 5 US Dollar Di Fiverr

Fiverr adalah sebuah laman website yang menyediakan tempat untuk sesiapa sahaja

menawarkan apa jua servis / perkhidmatan dan produk digital atau fizikal pada kadar harga 5

US Dollar. Pelbagai servis / perkhidmatan dan produk ditawarkan oleh IM seluruh dunia. Dari

servis / perkhidmatan dan produk yang biasa ditawarkan secara online seperti e-book, servis

design cover e-book, servis membuat laman blog hinggalah kepada servis/perkhidmatan yang

unik dan kreatif. Antaranya tawaran menulis nama anda atau apa jua mesej yang anda inginkan

di pantai Costa Rica dan diabadikan di dalam sekeping foto. Anda akan memperolehi foto

tersebut dengan kadar harga 5 US Dollar. Menarik bukan ?

Terdapat pelbagai servis / perkhidmatan yang unik dan agak melucukan ditawarkan oleh IM

seluruh pelusuk dunia. Mungkin dari satu sudut, ianya lebih kepada sesuatu yang

menyeronokkan. Tetapi selagi ianya mendapat permintaan dari pelanggan, keseronokan itu

boleh ditukar menjadi sesuatu yang bernilai 5 US Dollar!

Bagi IM yang kreatif, Fiverr dilihat sebagai satu peluang menjana pendapatan secara online

yang cukup mudah dan ringkas. Hanya dengan beberapa langkah transaksi, urusniaga dengan

pihak penjual selesai. Tiada bayaran tambahan dikenakan oleh pengendali Fiverr. Segalanya

ditawarkan pada harga 5 US Dollar. Dengan menawarkan servis / perkhidmatan yang ringkas

dan mudah, boleh disiapkan dalam tempoh kurang dari 10-15 minit, anda sudah boleh menjana

5 US Dollar, kira-kira RM 15. Sesuatu yang cukup berbaloi. Itu hanya untuk 1 order. Bagaimana

jika anda berjaya memperolehi 10 order setiap hari secara purata untuk servis / perkhidmatan

yang mudah? Setiap order dapat disiapkan dalam masa 10-15 minit. Cukup mudah dan ringkas.

Bagi pembeli pula, pelbagai servis / perkhidmatan dan produk ditawarkan pada kadar harga 5

US Dollar. Pembeli yang bijak akan menikmati dan memperolehi servis / perkhidmatan atau

produk yang cukup bernilai. Terdapat servis / perkhidmatan dan produk yang ditawarkan

melebihi nilai 5 US Dollar. Mungkin nilainya boleh mencecah 100 US Dollar atau lebih, tetapi di

Fiverr anda hanya perlu membayar 5 US Dollar. Buat pilihan servis / perkhidmatan dan produk

yang bijak bagi 5 US Dollar anda. Mungkin di laman web lain, servis / perkhidmatan dan

produk yang ditawarkan pada harga yang melebihi 5 US Dollar.

Tiada sebarang bayaran pendaftaran dikenakan oleh pengendali Fiverr. Daftar di laman web

Fiverr http://fiverr.com/ dan nikmati pelbagai peluang, samada anda sebagai penjual,

mahupun pembeli. Pelbagai servis / perkhidmatan dan produk ditawarkan oleh IM seluruh

dunia. Rebut peluang menjana pendapatan di laman Fiverr sebagai IM / penjual atau nikmati

Page 33: Rahsia wang fiverr

dan perolehi servis / perkhidmatan dan produk pada kadar harga yang lebih rendah berbanding

di laman web lain. Segalanya 5 US Dollar.

Teknik Jana Wang Online Dengan MUDAH

& PANTAS Tanpa Mengeluarkan Sesen

Modal Pun Di Fiverr ..!

Page 34: Rahsia wang fiverr

Jana Pendapatan Secara Optimum Di Fiverr

Seperti yang anda semua ketahui Fiverr menyediakan tempat untuk sesiapa sahaja menawarkan

servis/perkhidmatan dengan kadar harga 5 US Dollar. Dengan pendaftaran akaun Fiverr adalah

percuma, anda berpeluang menjana pendapatan secara online tanpa melibatkan modal.

Tawarkan apa saja yang sanggup anda lakukan untuk memperolehi 5 US Dollar. Gunakan

peluang yang ada di Fiverr secara optimum dan efektif agar hasil kerja anda berbaloi serta dapat

menjana pendapatan secara pasif dan berterusan.

Apakah objektif anda di Fiverr? Berapakah pendapatan yang anda sasarkan secara harian,

mingguan dan bulanan? Dengan kadar bayaran 5 US Dollar untuk setiap servis/perkhidmatan,

sasaran pendapatan anda seharusnya realistik dan berbaloi dengan apa yang anda tawarkan di

Fiverr. Anda perlu bijak mengambil peluang di Fiverr, biarpun kadar bayaran untuk setiap

servis/perkhidmatan anda adalah berjumlah 5 USD Dollar. Jadi anda perlu tanya pada diri

anda, apakah yang sanggup anda lakukan untuk 5 US Dollar?

Jadi ratio masa yang diperlukan untuk menyiapkan servis dengan kadar bayaran perlu ada

fikirkan agar dapat mengambil peluang menjana pendapatan di Fiverr secara optimum dan

berbaloi. Ratio masa servis:5 US Dollar.

Katakan anda mensasarkan pendapatan mingguan di Fiverr adalah 500 US Dollar. Bermakna

anda perlu mendapat sekurang-kurangnya 100 order seminggu untuk mencapai sasaran

tersebut. Bagaimana pula dengan masa yang diambil untuk menyiapkan 1 order. Berapakah

tempoh masa yang diperlukan untuk anda melengkapkan order dari pelanggan yang membayar

5 US Dollar untuk servis/perkhidmatan yang anda tawarkan?

Cuba anda fikirkan 2 situasi ini :

Gigs A : 1 order mengambil masa 60 minit=1 jam untuk disiapkan dan anda memperolehi 5 US

Dollar.

Gigs B : 1 order mengambil masa 10 minit untuk disiapkan dan anda memperolehi 5 US Dollar.

Page 35: Rahsia wang fiverr

Gigs manakah yang lebih efektif dan ingin anda tawarkan di laman Fiverr? Anda fikir dan anda

pilih.

Jika gigs A, 1 order memerlukan 1 jam bersamaan 60 minit. Untuk mendapat 500 US Dollar

seminggu, perlukan 100 order. Masa yang diambil untuk menyiapkan 100 order adalah 60 minit

x 100 order = 6000 minit.

Jika gigs B, 1 order memerlukan 10 minit. Untuk mendapat 500 US Dollar seminggu, perlukan

100 order. Masa yang diambil untuk menyiapkan 100 order adalah 10 minit x 100 order = 1000

minit

Fikirkan. Pilihan di tangan anda. Peluang untuk anda menjana pendapatan secara pasif dan

optimum di laman Fiverr. Mulakan dengan mendaftar akaun Fiverr, sediakan gigs anda dan

aktifkan gigs anda. Gis yang kreatif dan unik mampu memberikan order yang

memberangsangkan. Secara tidak langsung pendapatan anda turut bertambah. Selamat maju

jaya! Jumpa anda di Fiverr!

Teknik Jana Wang Online Dengan MUDAH

& PANTAS Tanpa Mengeluarkan Sesen

Modal Pun Di Fiverr ..!

Page 36: Rahsia wang fiverr

Jom Jana Income Di Fiverr

Jana income di Fiverr? Fiverr? Pelbagai soalan diajukan apabila menyatakan peluang menjana

income di laman Fiverr. Untuk makluman, Fiverr adalah sebuah laman web yang menyediakan

tempat untuk sesiapa sahaja menjual/menawarkan apa sahaja produk atau perkhidmatan

dengan bayaran 5 US Dollar. Paling senang apa yang anda sanggup lakukan untuk 5 US Dollar.

Apa sahaja, asalkan ianya berbaloi bagi anda. Tetapi harus diingatkan, bayaran 5 US Dollar.

Tetap! Tak kira nilai produk atau perkhidmatan yang ditawarkan itu melebihi berganda-ganda

dari 5 US Dollar. Seperti yang dinyatakan sebelumnya : apa sahaja yang sanggup anda buat

untuk 5 US Dollar.

Daftar akaun Fiverr secara percuma dan buat gigs untuk mengiklankan apa sahaja yang

sanggup anda lakukan untuk 5 US Dollar. Tiada sebarang caj pendaftaran akaun dikenakan.

Setiap akaun Fiverr boleh mempunyai 20 gigs. Ini bermakna, anda boleh menawarkan 20

servis/perkhidmatan untuk 1 akaun. Gigs yang anda buat mestilah mengikut terma, syarat dan

peraturan yang ditetapkan oleh pihak pengendali Fiverr agar akaun anda tidak

disenaraihitamkan atau ditutup. Pengguna/pelawat laman Fiverr datang dari seluruh pelusuk

dunia, samada untuk menawarkan apa sahaja dengan harga 5 US Dollar atau mencari sesuatu

yang mereka inginkan dengan harga 5 US Dollar.

Terdapat gigs yang cukup berbaloi dengan harga 5 US Dollar. Malah ia sepatutnya lebih tinggi

harganya berganda-ganda berbanding nilai yang ditawarkan di Fiverr iaitu pada harga 5 US

Dollar. Pada masa sama terdapat juga gigs yang boleh dikategorikan sebagai 'sampah' atau tiada

nilai. Jadi kita perlu berhati-hati, samada sebagai pihak penjual, mahupun pihak pembeli.

Terdapat juga penjual yang menjual produk digital pihak bagi keuntungan singkat tanpa

mempunyai lesen kelayakan untuk menjual produk tersebut. Hal ini boleh menyebabkan akaun

penjual ditamatkan serta-merta mengikut pertimbangan pihak pengendali Fiverr.

Boleh dikatakan persaingan di Fiverr sangat banyak. Setiap gigs dipecahkan kepada beberapa

bahagian. Untuk bersaing di laman Fiverr, anda perlu menampilkan idea yang kreatif dan unik.

Walaupun laman Fiverr, dilihat lebih kepada satu bentuk 'fun'/keseronokan, tetapi ada peluang

untuk menjana pendapatan sampingan secara online. Seperti motto laman web Fiverr :

Buy.Sell.Have Fun - apa yang sanggup anda buat untuk 5 US Dollar? Fikirkan idea untuk 5 US

Dollar dan buat gigs untuk mula menjana US Dollar. Anda akan menemui banyak

servis/perkhidmatan yang pelik, lain dari yang lain dan lucu yang berharga 5 US Dollar setiap

order. Contohnya menulis mesej tertentu menggunakan spagetti, menjerit nama syarikat sambil

menunggang basikal, menulis nama seseorang di anggota badan dan lain-lain lagi.

Page 37: Rahsia wang fiverr

Cuba anda terokai apa yang ada di laman Fiverr. Ramai IM yang menjana pendapatan di laman

Fiverr dengan menyediakan servis/perkhidmatan yang ringkas dan mudah. Ini adalah cara

merebut peluang di laman Fiverr secara optimum dan efisien. Ketahui formula atau teknik

untuk menghasilkan gigs yang mudah, ringkas, mendapat sambutan dan cepat disiapkan di

laman web Teknik Fiverr!!

Teknik Jana Wang Online Dengan MUDAH

& PANTAS Tanpa Mengeluarkan Sesen

Modal Pun Di Fiverr ..!

Page 38: Rahsia wang fiverr

Newbie Juga Mampu Jana Wang Di Fiverr

Bagi mereka yang kreatif dan memiliki kemahiran tertentu, laman web Fiverr merupakan lubuk

untuk menjana pendapatan secara online dengan mudah dan senang. Dengan menawarkan

servis / perkhidmatan yang mudah dan hanya memerlukan sekitar 10-15 minit untuk

diselesaikan, ganjaran 5 US Dollar diperolehi untuk satu order. Walaupun 5 US Dollar dilihat

satu jumlah yang kecil, namun kuantiti order yang banyak mampu menghasilkan pendapatan

yang lumayan. Ibarat kata pepatah ' kumpul sedikit demi sedikit, lama-lama jadi bukit '.

Pepatah yang cukup relevan bagi peluang menjana pendapatan di laman fiverr.

1 order di Fiverr, anda memperolehi 5 US Dollar. Sasarkan 10 order sehari di laman Fiverr.

Anda bakal memperolehi 50 US Dollar sehari dengan menawarkan servis / perkhidmatan yang

ringkas, di mana anda hanya memerlukan masa antara 10-15 minit untuk menyelesaikannya.

Untuk 10 order, anda mungkin memerlukan masa kurang dari 60 minit atau 1 jam dan akan

memperolehi 50 US Dollar sehari. Kira-kira RM 150 setiap hari. Lumayan bukan ? Jika ada IM

tempatan yang mampu memperolehi antara 50 - 100 US Dollar setiap minggu melalui

penawaran servis / perkhidmatan yang ringkas di Fiverr, mengapa anda tidak mampu?

Tawarkan sesuatu yang unik dan kreatif.

Bagi newbie, mungkin agak susah untuk memikirkan apakah servis / perkhidmatan yang boleh

ditawarkan di laman Fiverr. Tidak perlu risau tentang hal ini. Terdapat beberapa otai IM

tempatan yang telah berjaya menjana pendapatan di laman Fiverr menyediakan beberapa

pilihan teknik atau formula bagi mengenalpasti servis / perkhidmatan yang boleh ditawarkan di

Fiverr dan mula menjana 5 US Dollar untuk setiap order. Terdapat produk digital seperti e-book

dan video berkaitan teknik atau formula Fiverr yang ditawarkan oleh otai IM tempatan pada

harga yang berpatutan. Dapatkan produk digital seperti e-book dan video yang berkaitan teknik

dan formula Fiverr untuk mengetahui tips serta panduan menjana pendapatan di laman Fiverr.

Anda juga boleh mendapatkan info berguna secara percuma melalui perbincangan tentang tips

dan teknik menjana pendapatan dalam US Dollar di laman Fiverr melalui perbincangan tentang

Fiverr di forum wangcyber.

Pelbagai info dan tips berguna berkaitan Fiverr yang boleh anda perolehi samada melalui

produk digital ( e-book, video dll ) berbayar atau melalui ruang diskusi tentang Fiverr di forum

wangcyber. Banyak medium perkongsian info dan maklumat online berkaitan teknik menjana

pendapatan di laman Fiverr. Antara produk digital yang menawarkan tips dan teknik menjana

pendapatan di laman Fiverr adalah seperti Formula Rahsia Jana Wang Fiverr, Teknik Advance

Fiverr, Formula Buat USD 3000 Sebulan Di Fiverr dan lain-lain lagi. Jom Fiverr!

Page 39: Rahsia wang fiverr

Servis/Perkhidmatan Penulisan Untuk Jana Wang 5 US Dollar Di Fiverr

Terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk menjana pendapatan secara online.

Antaranya menawarkan perkhidmatan penulisan artikel, pengiklanan secara online, jual produk

digital, jual produk fizikal secara online dan lain-lain lagi. Bagi yang masih baru & ingin mencari

sumber pendapatan secara online, laman web Fiverr merupakan medium terbaik untuk

menjana pendapatan dengan penawaran servis/perkhidmatan bernilai 5 US Dollar. Jika anda

seorang IM yang menjana pendapatan secara online, anda berpotensi untuk menjana

pendapatan yang lumayan antara 5 US Dollar - 50 US Dollar di Fiverr.

Fiverr merupakan laman web yang menyediakan peluang kepada sesiapa sahaja untuk

menawarkan servis/perkhidmatan dengan kadar harga 5 US Dollar. Setiap hari laman web

Fiverr menjadi 'lokasi pertemuan' penjual dan pembeli dari seluruh pelusuk dunia secara

online. Penjual menawarkan servis/perkhidmatan dengan kadar harga 5 US Dollar, manakala

pembeli pula akan membelanjakan 5 US Dollar untuk memperolehi sesuatu produk atau

servis/perkhidmatan yang ditawarkan di laman Fiverr.

Jika anda mempunyai bakat atau kemahiran tertentu, anda boleh mengambil peluang ini untuk

menawarkan servis/perkhidmatan di laman web Fiverr. Apa sahaja produk atau

servis/perkhidmatan yang sanggup anda lakukan untuk memperolehi bayaran berjumlah 5 US

Dollar. Salah satu servis/perkhidmatan yang popular dan mendapat permintaan yang tinggi di

laman Fiverr adalah servis/perkhidmatan yang berkait dengan penulisan. Jika anda gemar

dalam bidang penulisan, anda boleh menawarkan servis/perkhidmatan penulisan di laman

Fiverr. Berikut disenaraikan servis/perkhidmatan yang berkait dengan penulisan yang boleh

anda tawarkan di laman Fiverr:

1-Penulisan Artikel

Servis penulisan artikel juga merupakan salah satu servis 'panas' yang mendapat permintaan

yang tinggi. Kapasiti artikel sekitar 400-500 patah perkataan. Anda boleh menawarkan

servis/perkhidmatan menulis artikel mengikut apa yang diinginkan oleh pelanggan. Selain itu

anda boleh menyediakan 10-20 artikel dalam niche tertentu dan dijual secara pakej untuk

artikel yang anda sediakan itu. Siapkan sejumlah artikel terlebih dahulu sebelum

mengaktifkankan gigs anda di Fiverr. Selepas siap pakej artikel tersebut, anda boleh aktifkan

gigs anda di Fiverr. Apabila terdapat order, anda hanya perlu menghantarkan artikel tersebut

kepada pelanggan. Mudah dan senang!

Page 40: Rahsia wang fiverr

2-Penulisan Artikel Review & Testimonial

Anda juga boleh menawarkan servis/perkhidmatan penulisan artikel review untuk sesuatu

produk, perkhidmatan, syarikat, organisasi atau laman web. Anda akan memperolehi 5 US

Dollar bagi setiap review yang anda tulis. Terdapat banyak permintaan dari pengeluar produk

digital yang inginkan artikel review atau testimonial tentang produk atau perkhidmatan yang

mereka tawarkan di pasaran.

3-Penulisan Laporan

Anda boleh menyediakan laporan berkaitan servis/perkhidmatan SEO bagi sesebuah laman

web. Ramai pemilik laman web yang ingin mendapatkan laporan berkaitan SEO laman web

masing-masing bagi tujuan analisa pasaran.

4-Penulisan Tutorial

Sediakan tutorial atau manual tentang sesuatu yang berguna dalam bentuk pdf dan dijual di

laman Fiverr. Contohnya anda menulis tutorial bagaimana menjalankan kempen promosi di

laman web Facebook. Selepas ianya siap dalam bentuk pdf, anda aktifkan gigs anda untuk

menawarkan tutorial bagaimana menjalankan kempen promosi di laman web Facebook dengan

harga 5US Dollar. Apabila terdapat order, anda hanya perlu menghantar laporan tersebut

kepada pelanggan. Mudah dan cepat.

5-Penulisan Kajian Kes ( Study Case )

Kajian kes berkaitan cara menjana pendapatan secara online. Anda menulis laporan tentang

kajian kes bagaimana seorang IM berjaya menjana pendapatan secara online. Contohnya

Laporan Bagaimana Seorang IM Berjaya Menjana Pendapatan Sebanyak RM 3500 Dalam Masa

10 Hari. Siapkan laporan tersebut dan tawarkannya di dalam gigs anda di laman Fiverr.

6-Komen Di Laman Web / Blog

Membuat komen ringkas di laman web, blog, Facebook, Fan Page dll.

Seperti yang anda sedia maklum, pelbagai servis/perkhidmatan yang boleh anda tawarkan di

laman Fiverr. Dengan menggunakan kemahiran penulisan sahaja, terdapat pelbagai peluang

untuk anda tawarkan di laman Fiverr. Fikirkan idea servis/perkhidmatan berkaitan dengan

penulisan dan tawarkannya di laman Fiverr!

Page 41: Rahsia wang fiverr

Servis/Perkhidmatan Popular Di Fiverr

Tahukah anda terdapat laman web online yang menawarkan ‘tempat’ untuk anda berurusniaga

dengan menjual apa jua produk atau servis/perkhidmatan dengan kadar harga 5 US Dollar? Di

Fiverr, anda boleh menjual pelbagai jenis produk atau menawarkan servis/perkhidmatan pada

harga 5 US Dollar. Terdapat IM tempatan dan luar negara yang menjadikan Fiverr sebagai

lubuk menjana 5 US Dollar secara maksimum dengan menawarkan servis/perkhidmatan yang

ringkas dan mudah tetapi mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan. Dengan

memperolehi 20 order sehari, anda akan memperolehi 100 US Dollar sehari, iaitu sekitar RM

300. Cukup lumayan untuk tugasan servis/perkhidmatan yang hanya memerlukan 10-15 minit

sahaja untuk disiapkan dan dihantar kepada pelanggan.

Tiada bayaran pendaftaran akaun yang dikenakan bagi pengaktifan akaun Fiverr. Harga yang

ditetapkan untuk produk atau servis/perkhidmatan yang ditawarkan di Fiverr adalah 5 US

Dollar. Tiada sebarang had yang dikenakan oleh pengendali Fiverr bagi tawaran bernilai 5 US

Dollar. Bagi IM yang bijak mengambil peluang dengan apa yang ditawarkan di laman Fiverr,

menjana pendapatan secara online dalam US Dollar menjadi semakin mudah!

Apakah servis/perkhidmatan yang boleh ditawarkan di laman Fiverr dengan kadar bayaran 5

US Dollar? Jom kita bincang dan senaraikan buat panduan bakal usahawan Fiverr!

i. Penulisan Artikel – Jika anda mempunyai kemahiran penulisan artikel dalam sesuatu

niche dengan menghasilkan artikel yang unik, Fiverr menyediakan peluang untuk anda menjana

US Dollar. Sebuah artikel dengan kapasiti 400 – 500 patah perkataan dengan harga 5 US

Dollar. Artikel yang unik dan berkualiti sememangnya mempunyai permintaan yang cukup

tinggi. Bagi yang berkemahiran dalam penulisan, lubuk US Dollar anda ada di Fiverr!

ii. Reka bentuk Grafik ( Graphic Design ) – Bagi yang mempunyai kemahiran reka bentuk

grafik, terdapat peluang yang cukup luas untuk anda menjana pendapatan dalam US Dollar di

laman Fiverr. Salah satu servis/perkhidmatan yang mendapat permintaan yang cukup tinggi.

Pakar grafik mampu menjana pendapatan mencecah 1000 US Dollar sebulan! Cukup lumayan.

iii. Penghasilan Video – Kemahiran penghasilan video pendek dengan durasi antara 1 – 3

minit juga berpeluang menjana pendapatan lumayan di laman Fiverr. Servis/ perkhidmatan ini

juga mendapat sambutan yang memberangsangkan. Pelbagai variasi untuk penghasilan video

samada untuk tujuan korporat, organisasi, syarikat, produk dan orang perseorangan.

Page 42: Rahsia wang fiverr

iv. Khidmat Nasihat – Tawarkan servis/ perkhidmatan khidmat nasihat bagi hal-hal

tertentu seperti motivasi, masalah dengan pasangan, masalah rumahtangga, krisis kendiri dan

pelbagai lagi. Servis/perkhidmatan yang berkualiti pastinya mendapat permintaan yang tinggi.

Contohnya anda tawarkan khidmat nasihat selama 10 minit dengan kadar bayaran 5 US Dollar.

Berbaloi?

Apa yang disenaraikan di atas adalah sebahagian cara yang boleh anda jadikan panduan dalam

memilih servis/perkhidmatan yang ingin anda tawarkan di laman Fiverr. Terdapat pelbagai lagi

teknik & tips mudah untuk anda tawarkan di laman Fiverr dan menjana 5 US Dollar bagi setiap

order. Fikirkan sesuatu yang unik dan kreatif untuk jana wang US Dollar secara maksima dan

efektif di Fiverr!

Teknik Jana Wang Online Dengan MUDAH

& PANTAS Tanpa Mengeluarkan Sesen

Modal Pun Di Fiverr ..!

Page 43: Rahsia wang fiverr

Software Penjana Income Automatik Di Fiverr

Tahukah anda terdapat software atau perisian yang boleh membantu anda menjana pendapatan

secara automatik di laman Fiverr? Seperti yang anda ketahui, laman Fiverr merupakan satu

tempat untuk sesiapa sahaja menawarkan apa sahaja produk atau perkhidmatan dengan harga 5

US Dollar. Dengan memiliki software atau perisian tertentu, anda boleh memanafaatkannya

dengan menjadikan ianya sebagai mesin penjana wang secara automatik anda di Fiverr.

Mungkin software atau perisian sedemikian adalah berbayar. Tetapi terdapat juga software atau

perisian percuma yang boleh anda manafaatkan untuk merebut peluang menjana pendapatan

US Dollar di laman Fiverr. Jika software atau perisian tersebut berbayar, anda boleh

menganggap bayaran untuk mendapatkannya sebagai satu bentuk pelaburan. Software atau

perisian itu bukan sahaja untuk kegunaan sendiri sahaja, malah membuka peluang untuk anda

menawarkan servis/perkhidmatan di laman Fiverr. Apabila anda berjaya memperolehi

beberapa order, kos pembelian software atau perisian tersebut dapat ditampung dan anda akan

mula memperolehi hasil dari pelaburan anda mendapat software atau perisian tersebut.

Andakah sudah dapat idea untuk menawarkan servis/perkhidmatan di laman Fiverr dengan

menggunakan software atau perisian yang dapat membantu anda menjana pendapatan secara

US Dollar secara automatik? Terdapat pelbagai software atau perisian yang membantu

memudahkan kerja-kerja. Antaranya software atau perisian yang mempunyai fungsi mendaftar

laman web atau blog anda ke pelbagai direktori secara serentak. Anda tidak perlu lagi

menggunakan cara manual yang memakan masa. Dengan software atau perisian begini, ianya

mengambil alih tugas anda mendaftar laman web atau blog anda ke ratusan atau ribuan laman

direktori. Mudah dan menjimat masa serta tenaga anda. Selain membantu anda untuk kerja-

kerja begitu, anda boleh menggunakan fungsi tersebut untuk menawarkan servis/perkhidmatan

di laman Fiverr. Servis/perkhidmatan yang anda tawarkan itu berfungsi 100% secara automatik

dengan bantuan software atau perisian tersebut. Mudah, jimat dan menguntungkan. Terdapat

pelbagai pilihan software atau perisian yang boleh menjadi mesin penjana wang automatik anda

di Fiverr.

Selain itu terdapat juga laman web yang menyediakan servis/perkhidmatan berasaskan

penggunaan software atau perisian. Contohnya servis/perkhidmatan menghantar artikel anda

ke ratusan atau ribuan direktori artikel dengan kadar bayaran tertentu. Biasanya kadar bayaran

yang dikenakan adalah dengan kadar bayaran bulanan. Katakan anda melanggan

servis/perkhidmatan ini bagi tujuan penghantaran artikel anda. Dalam situasi ini, anda boleh

mengiklankan servis/perkhidmatan seperti ini di laman Fiverr. Dengan beberapa order dari

perkhidmatan ini, sekurang-kurangnya boleh menampung 1/2 kos bayaran bulanan langganan

anda. Anda tidak perlu melakukan servis/perkhidmatan tersebut, ianya diuruskan oleh

pengendali laman web tersebut. Ianya juga salah satu cara menjana pendapatan di Fiverr secara

automatik.

Page 44: Rahsia wang fiverr

Apa yang dinyatakan di atas merupakah salah satu contoh sahaja. Terdapat pelbagai lagi pilihan

yang boleh anda tawarkan di laman Fiverr sebagai mesin automatik menjana 5 US Dollar anda.

Manafaatkan apa yang anda ketahui dan miliki untuk menjana pendapatan secara automatik di

laman Fiverr. Tidak semestinya software atau perisian berbayar sahaja yang boleh anda

gunakan untuk menawarkan servis/perkhidmatan, terdapat juga pelbagai pilihan software atau

perisian percuma yang boleh anda manafaatkan. Tanpa modal untuk jana income di Fiverr!

Teknik Jana Wang Online Dengan MUDAH

& PANTAS Tanpa Mengeluarkan Sesen

Modal Pun Di Fiverr ..!