60

018/028/038 SAINS · 2019-01-12 · Iaitu tentang tumbuhan melindungi diri ... Contoh: Kekuatan jawapan ... Calon mengemukakan respons dengan cara menyalin semula ayat penyataan yang

Embed Size (px)

Citation preview

018/028/038 SAINS

Sains 1 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

INSTRUMEN PENTAKSIRAN Kod Mata Pelajaran : 018 (SK), 028 (SJKC), 038 (SJKT) Bentuk Ujian : Ujian Subjektif Markah Penuh : 50 markah Masa : 1 jam 15 minit REKA BENTUK INSTRUMEN PENTASIRAN Kertas soalan Sains UPSR terdiri daripada 2 bahagian; Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A terdiri daripada 30 soalan aneka pilihan yang mesti dijawab. Markah yang diperuntukkan ialah 30. Bahagian B terdiri daripada lima (5) soalan respons terhad yang mesti dijawab. Markah yang diperuntukan ialah 20. Konstruk yang diukur ialah: a) Pengetahuan b) Pemahaman c) Kemahiran Mengaplikasi d) Kemahiran Proses Sains

PRESTASI KESELURUHAN: Sebahagian besar calon menunjukkan penguasaan yang tinggi dalam aspek pengetahuan, kefahaman dan aplikasi yang diuji di Bahagian A. Manakala calon berprestasi sederhana dan rendah hanya menguasai soalan aras pengetahuan dan kefahaman sahaja. Untuk Bahagian B, sebahagian besar calon dalam kumpulan prestasi tinggi dapat mempamerkan penguasaan Kemahiran Proses Sains yang baik. Kebanyakan calon dalam kumpulan ini boleh memberikan jawapan yang menepati kehendak soalan. Hal ini menunjukkan ramai calon telah menguasai Kemahiran Proses Sains. Calon prestasi sederhana dan rendah, hanya menguasai sebahagian Kemahiran Proses Sains yang ditaksir di Bahagian B. Calon sederhana kurang berkemahiran dalam memberi jawapan yang baik bagi soalan inferens, pemerhatian, hubungan dan kesimpulan. Calon berprestasi rendah pula tidak mempunyai kemahiran dalam menjawab kebanyakan soalan Kemahiran Proses Sains (KPS) yang diuji. Kebanyakan mereka hanya mempamerkan kemampuan dalam soalan pembolehubah, tujuan dan corak sahaja.

Sains 2 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

PRESTASI MENGIKUT KUMPULAN CALON: Kumpulan Tinggi: Jawapan disampaikan dengan baik melibatkan penggunaan terminologi, kosa kata dan nahu dan juga kata kunci yang betul, sama ada calon menjawab sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Ibunda. Walau bagaimanapun sebahagian calon pula didapati kurang berjaya memberikan jawapan yang tepat khususnya untuk sub soalan 3(c), 4(d), 5(a), 5(b)(i) dan 5(c). Calon tidak dapat mempersembahkan jawapan untuk soalan pemerhatian, meramal, inferens dan pembolehubah yang dimalarkan dengan tepat. Kesilapan yang dikenalpasti untuk soalan 3(b) dan 3(c) ialah kerana ‘error carry forward’ dari soalan 3(a), jawapan calon tidak lengkap, calon gagal membuat pemerhatian lain berdasarkan jawapan 3(a). Untuk soalan 4(d), calon tersilap menyatakan pembolehubah manipulasi untuk digunakan dalam kesimpulan. Soalan 5(a) jawapan tujuan calon salah kerana silap menulis pembolehubah manipulasi. Sementara soalan 5(b)(i), calon gagal menulis pembolehubah yang dimanipulasi dengan tepat. Oleh kerana 5(b)(i) (pembolehubah manipulasi) salah maka jawapan 5(a) (tujuan) dan 5(c) (kesimpulan) calon juga salah.

Dari aspek pengetahuan, kefahaman dan aplikasi yang cuba ditaksir, sebahagian besar calon dalam kumpulan ini telah dapat menguasai dengan baik. Calon dapat memahami konstruk yang hendak dinilai. Ini menunjukkan bahawa calon telah menguasai Kemahiran Proses Sains dengan baik. Sebahagian besar calon juga boleh mengaplikasikan konsep/prinsip sains yang dipelajari dengan baik.

Kumpulan Sederhana: Mutu jawapan calon masih dianggap baik dan mudah difahami serta sebahagian besarnya menepati kehendak soalan. Calon masih menguasai konstruk pengetahuan dengan baik terhadap beberapa konsep/prinsip sains dan Kemahiran Proses Sains yang ditaksir. Kehilangan markah disebabkan calon kurang memahami tugasan soalan dengan tepat dan memberi jawapan yang tidak sesuai serta menggunakan kosa kata dan terminologi Sains yang salah dalam menyampaikan jawapan terutama soalan 1(b), 2(c), 2(d), 3(b), 3(c), 4(d), 5(a) dan 5(b).

Walau bagaimanapun majoriti calon dalam kumpulan ini masih menguasai pengetahuan asas tentang beberapa konsep/prinsip sains dan Kemahiran Proses Sains yang ditaksir, tetapi tahap penguasaan dari aspek kefahaman dan aplikasi masih rendah. Kebanyakan calon boleh menguasai soalan aras rendah dan sederhana. Contoh 1(a), 1(c), 2(a), 2(b), 3(a), 3(d), 4(a) dan 5(b).

Kumpulan Rendah: Penguasaan calon dalam kumpulan ini terhadap aspek pengetahuan, kefahaman dan juga kebolehan mengaplikasi konsep dan prinsip asas sains amat rendah. Calon juga masih belum menguasai Kemahiran Proses Sains dengan baik dan belum menguasai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

Sains 3 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

Sebahagian besar calon dalam kumpulan ini tidak dapat menjawab mengikut kehendak soalan khususnya yang memerlukan jawapan menggunakan pola ayat tertentu seperti tujuan penyiasatan, hubungan antara pembolehubah, kesimpulan, pemerhatian dan juga inferens (memberi sebab). Sebahagiannya tidak memahami tugasan soalan serta kemahiran proses yang hendak ditaksir. Tambahan pula dengan penguasaan bahasa yang sangat lemah menyebabkan calon tidak dapat mempersembahkan jawapan dengan baik

Kebanyakan calon hanya menjawab pecahan soalan yang memerlukan jawapan ringkas iaitu satu perkataan sahaja atau nombor seperti di soalan 2(b), 3(a), 3(d), 4(a) dan 5(b)(ii). Sebahagian kecil calon hanya menyalin semula maklumat dalam stimulus atau stem soalan. Terdapat juga calon yang langsung tidak menjawab.

PRESTASI TERPERINCI

Soalan 1

Soalan ini merupakan soalan dari bidang penyiasatan Menyiasat Alam Kehidupan Tahun 4 bersesuaian dengan bidang penyiasatan yang pertama dipelajari oleh calon-calon dalam huraian sukatan pelajaran sekolah rendah. Iaitu tentang tumbuhan melindungi diri dan tumbuhan mempunyai ciri-ciri tertentu untuk melindungi diri daripada angin kuat. Fokus soalan adalah tujuan penyiasatan, membuat inferens dan mengenalpasti pembolehubah.

Sains 4 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

Sub Item 1(a)

Soalan ini memerlukan calon menyatakan tujuan penyiasatan yang dijalankan. Calon diminta membuat penyataan tentang maksud sesuatu data atau pun maklumat yang dikemukakan.

Contoh:

Kekuatan jawapan calon dapat dikesan melalui keupayaan mengenal pasti pembolehubah dimanipulasi dan pemboleh ubah bergerak balas dengan betul meskipun ia tidak dinyatakan dengan jelas dalam rangsangan soalan, seterusnya menggunakan kedua-duanya dalam satu ayat untuk menyatakan tujuan penyiasatan dengan betul.

Contoh:

Sains 5 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

Kelemahan calon dalam soalan ini kerana tertinggal kata kunci “pokok” didalam pembolehubah dimanipulasi menyebabkan jawapan calon tidak diterima sebagai jawapan yang betul.

Contoh:

Calon tidak berupaya mengesan pembolehubah dimanipulasi yang betul daripada rangsangan yang dinyatakan dalam soalan.

Contoh:

Sains 6 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

Calon tidak memperoleh markah bagi soalan ini kerana kesilapan menyatakan parameter yang betul untuk pembolehubah dimanipulasi yang terlibat dalam ayat tujuan.

Sub Item 1(b)

Item ini memerlukan calon menyatakan 2 inferens yang munasabah secara perbandingan berdasarkan maklumat pada jadual 1 yang dikemukakan dalam stimulus.

Contoh :

Sains 7 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

Kekuatan jawapan calon dapat dikesan melalui keupayaan calon menyatakan 2 inferens yang munasabah berdasarkan pengetahuan sedia ada. Inferens-inferens itu dinyatakan secara perbandingan dalam satu ayat yang jelas dan mudah difahami serta menepati fakta dan pengetahuan sains yang dipelajari.

Contoh 1:

Sains 8 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

Calon mengemukakan ayat inferens yang tidak lengkap walaupun mempunyai ‘point’ yang terkandung di dalam peraturan pemarkahan. Kelemahan calon adalah tidak mengemukakan perbandingan iaitu tidak menyatakan sebab bagi pokok J dan pokok K dalam satu jawapan lengkap dalam jawapan.

Contoh 2:

Kebanyakan kesilapan calon adalah salah memahami maklumat yang dibekalkan dalam stimulus antara pokok J dan K . Kecuaian dan kekeliruan calon adalah menyatakan ciri yang betul tentang tumbuhan melindungi diri daripada angin kencang.

Sains 9 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

Contoh:

Sains 10 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

Contoh:

Kesilapan calon yang lain adalah dari aspek menyatakan respons secara menamakan jenis pokok tanpa menyatakan sebab mengapa pokok itu tumbang atau pun tidak.

Sub Item 1(c)

Soalan ini memerlukan calon menyatakan satu pembolehubah dimalarkan berpandukann maklumat yang dikemukakan dalam stimulus.

Sains 11 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

Contoh:

Calon berupaya mengenal pasti pembolehubah dimalarkan daripada stimulus yang diberikan dan dapat menyatakannya dalam jawapan dengan jelas dan tepat.

Contoh 1:

Calon tidak berupaya untuk mengenalpasti pembolehubah dimalarkan yang dipersembahkan di dalam stimulus soalan. Kenyataan calon terlalu umum dan tidak menjurus kepada pembolehubah yang dimaksudkan. Terdapat juga calon menyatakan sesuatu maklumat yang tidak berkaitan atau tidak relevan sebagai pembolehubah dimalarkan.

Sains 12 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

Contoh 2:

Walaupun calon berjaya mengenalpasti maklumat yang terlibat sebagai pembolehubah dimalarkan namun kesilapan calon menggunakan parameter yang terlalu umum dan tidak relevan bagi pembolehubah tersebut menjadikan jawapan ditolak

Contoh 1:

Calon mengemukakan respons dengan cara menyalin semula ayat penyataan yang terdapat dalam stem soalan berkenaan menyebabkan calon gagal meraih markah yang diperuntukkan bagi soalan ini.

Sains 13 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

Contoh 2:

Sains 14 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

SOALAN 2

Soalan ini adalah dari tema Menyiasat Alam Fizikal (Force and Energy) Tahun 5. Soalan ini mengemukakan pernyataan dan Carta Palang sebagai stimulus di mana calon perlu meneliti dan mentafsir maklumat tentang keadaan penurunan suhu air dalam bikar L dan bikar M. Berdasarkan maklumat tersebut calon dikehendaki menjawab soalan.

Item soalan ini keseluruhannya terdiri daripada item aras sederhana dan memerlukan kemahiran berfikir untuk menjawab soalan.

Sains 15 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

Sub soalan 2(a)

Soalan ini memerlukan calon menyatakan corak perubahan suhu air L dan M apabila masa bertambah. Contoh:

Kekuatan jawapan calon apabila dapat melihat corak perubahan suhu air dengan jelas berpandukan carta palang yang diberikan sebagai rangsangan pada soalan. Sub soalan ini banyak juga membantu calon dalam kumpulan sederhana untuk menjawab dengan betul.

Sains 16 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

Contoh:

Kelemahan jawapan calon tidak dapat mengenalpasti perubahan corak yang terdapat pada carta palang berkembar dan memberikan jawapan sebaliknya dari apa yang diberi pada carta palang.

Contoh:

Sains 17 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

Kesilapan calon apabila memberikan jawapan dengan melihat gambar secara keseluruhan tanpa menganalisa keadaan perubahan suhu air bikar M dan bikar L pada carta palang dan juga calon terkeliru dengan keadaan carta palang berkembar.

Sub soalan 2(b)

Soalan ini meminta calon untuk menyatakan hanya satu maklumat sahaja iaitu pembolehubah yang boleh didapati dari penyiasatan sama ada pembolehubah dimanipulasi, pembolehubah bergerakbalas atau pembolehubah dimalarkan. Calon perlu ada pengetahuan kemahiran proses sains untuk mengenalpasti pembolehubah. Contoh:

Kekuatan jawapan calon dapat mengenalpasti maklumat dengan tepat dan boleh mendapatkan maklumat tersebut daripada carta palang dan pernyataan soalan .

Sains 18 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

Contoh:

Kelemahan jawapan calon kerana gagal mengenalpasti maklumat yang dikumpul dan tidak dapat memahami kehendak soalan sedangkan jawapan jelas terdapat dalam pernyataan soalan dan carta palang yang diberikan. Contoh:

Calon kebanyakannya cuai dan melakukan kesilapan dalam meletakkan parameter yang betul pada pembolehubah.

Sains 19 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

Sub soalan 2(c)

Soalan ini memerlukan calon menyatakan satu sebab tentang perubahan suhu air dalam bikar M. Suhu air dalam bikar M didapati turun mendadak berbanding dalam bikar L dan fokus soalan adalah suhu air pada bikar M sahaja. Contoh:

Kekuatan calon apabila dapat menyatakan sebab dan mengemukakan fakta yang tepat mengenai perubahan penurunan suhu air yang mendadak dengan jelas pada bikar M berpandukan carta palang yang diberikan sebagai rangsangan pada soalan.

Sains 20 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

Contoh:

Calon tidak dapat menyatakan mengapa perubahan suhu air pada bikar M lebih cepat menurun berbanding bikar L dan lemah kefahaman tentang faktor yang menyebabkan kehilangan haba berlaku . Calon tidak fokus pada bikar M kerana bikar L juga turut menurun kadar suhu airnya.

Sains 21 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

Contoh:

Kesilapan jawapan calon apabila tidak berupaya untuk memahami kehendak soalan yang hanya memfokuskan pada penurunan suhu air bikar M sahaja. Calon memberikan jawapan dengan melihat gambar secara keseluruhan tanpa menganalisa keadaan perubahan suhu air bikar M dan L pada carta palang dan hanya memberikan pemerhatian sahaja. Keadaan suhu air yang turun mendadak pada bikar M tidak dapat di bezakan dengan suhu air bikar L.

Sains 22 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

Sub soalan 2(d)

Soalan ini meminta calon untuk meramalkan suhu air pada minit ke enam jika air dalam bikar L dan bikar M dicampurkan bersama . Calon perlu ada pengetahuan mengenai suhu dan haba serta perubahan keadaan suhu. Contoh :

Kekuatan calon dapat mengenalpasti fakta tentang suhu dan haba dengan mengaplikasikan keadaan hidup seharian mengenai air suam. Ianya boleh didapati apabila air bersuhu tinggi bercampur dengan air bersuhu sederhana. Contoh:

Calon gagal dan lemah dalam mengenalpasti serta memahami perubahan keadaan suhu air yang tinggi apabila bercampur dengan suhu air yang rendah atau sederhana. Maka bacaan pada suhu air yang baru tidak akan menjadi terlalu tinggi atau terlalu rendah. Contoh:

Calon kebanyakannya cuai dalam memahami fakta tentang suhu yang merupakan petunjuk kepada tahap kepanasan. Calon cenderung menjalankan operasi tambah atau tolak pada kedua-dua bacaan suhu yang dinyatakan dalam soalan.

Sains 23 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

SOALAN 3

Soalan ini dari bidang kajian Alam Bahan Tahun 6 Pengurusan Bahan Buangan. Calon telah mempelajari kaedah pengurusan bahan buangan dengan teratur.

Sub soalan 3(a)

Soalan ini meminta calon mencadangkan satu sebab (inferens) yang munasabah tentang keadaan air sungai K yang lebih keroh berbanding air sungai L.

Sains 24 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

Contoh 1:

Contoh 2:

Calon dalam kumpulan ini mempunyai kekuatan dalam mengemukakan fakta yang betul sebagai jawapan seperti maklumat yang dipelajari iaitu kekotoran air sungai disebabkan oleh pembuangan sampah sarap atau faktor lain yang munasabah mengapa air sungai telah tercemar.

Sains 25 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

Contoh:

Kelemahan calon dalam kumpulan ini tidak menyatakan jawapan tentang perbezaan antara air sungai K dan sungai L. Sebaliknya hanya menulis semula maklumat pemerhatian sebagaimana yang terdapat dalam rangsangan soalan. Contohnya air sungai K kotor atau air sungai K tidak jernih. Faktor yang menyebebkan air sungai kotor tidak dijelaskan. Contoh 1:

Contoh 2:

Sains 26 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

Kesilapan calon dalam kumpulan ini tidak memahami kehendak soalan. Calon cenderung memberikan jawapan berbentuk pola atau corak dan juga ayat penyataan umum.

Sub soalan 3(b)

Soalan ini memerlukan calon menyatakan satu pemerhatian lain tentang keadaan air di sungai K untuk menyokong inferens yang telah dibuat di soalan 2(a).. Contoh:

Sains 27 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

Kekuatan jawapan calon dapat mengaitkan maklumat jawapan yang ditulis dalam soalan 3(a) dengan soalan 3(b). Calon dapat menyatakan satu pemerhatian lain selain daripada pemerhatian yang telah diberikan dalam rangsangan soalan.

Contoh:

Kelemahan calon tidak dapat memberikan pemerhatian lain walaupun telah mendapat betul pada respons di 3(a) tetapi calon masih lagi tidak menjawab pemerhatian lain sebagaimana yang dikehendaki sebaliknya hanya memberikan jawapan dalam bentuk inferens.

Sains 28 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

Contoh:

Kesilapan calon tidak memberikan repons tentang pemerhatian lain keadaan air sungai K sebaliknya masih lagi memberikan respons inferens sebagai jawapan.

Sains 29 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

Sub soalan 3(c)

Soalan ini mengkehendaki calon menyatakan satu hubungan antara apa yang diubah (pembolehubah manipulasi) dengan apa yang diperhati (pembolehubah bergerakbalas) berdasarkan inferens di 3(a). Contoh:

Kekuatan calon dapat memberikan respons 3(c) yang berdasarkan inferens di 3(a) dengan betul. Calon perlu menggunakan jawapan di 3(a) sebagai pembolehubah dimanipulasikan untuk digandingkan dengan pembolehubah bergerakbalas yang diambil daripada pemerhatian awal.

Sains 30 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

Contoh:

Calon tidak menggunakan maklumat jawapan dalam soalan 3(a) untuk digunakan sebagai pembolehubah dimanipulasi untuk membina jawapan di 3(c). Calon menggunakan faktor lain sebagai pembolehubah dimanipulasi untuk melengkapkan ayat hubungan pada 3(c). Contoh:

Sains 31 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

Calon dapat memberikan jawapan yang munasabah dalam soalan 3(c) tetapi gagal mengaitkan dengan maklumat jawapan di 3(a) kerana jawapan di 3(a) tidak menepati kehendak peraturan pemarkahan. Maka jawapan di 3(c) tidak boleh diterima.

Sub soalan 3(d)

Soalan ini memerlukan calon meramal keadaan hidupan akuatik di sungai K setelah memberikan sebab mengapa air sungai K menjadi kotor. Contoh:

Sains 32 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

Calon dapat memberikan jawapan yang betul berasaskan logik situasi yang dikemukakan dalam rangsangan soalan. Contoh:

Calon tidak menyatakan apa yang akan berlaku pada hidupan akuatik tetapi hanya menyatakan jenis hidupan yang terdapat dalam sungai K. Contoh:

Calon mengemukakan jawapan yang langsung tiada kaitan dengan kehendak soalan

Sains 33 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

SOALAN 4

Soalan ini adalah sedutan dari tema Menyiasat Bumi dan Alam semesta Tahun 4 tentang Bumi dan jaraknya dari Matahari dan jaraknya dari Bulan. Juga menceritakan tentang keadaan suhu planet-planet dalam sistem suria serta keadaan suhu di tempat tinggi dan tempat rendah. Soalan ini mengemukakan empat pecahan maklumat dan gambarajah serta jadual sebagai stimulus di mana calon perlu meneliti dan mentafsir maklumat mengikut pecahan maklumat yang disediakan Maklumat 1 dan Maklumat 2 ini adalah sebagai stimulus untuk sub soalan 4(a) dan 4(b) yang mana calon perlu memahami maklumat yang telah dipelajari ini untuk panduan menjawab soalan.

Sains 34 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

Sub soalan 4(a)

Soalan ini memerlukan calon menyatakan satu ramalan tentang purata suhu permukaan bumi berdasar maklumat yang diberi. Untuk menjawab soalan ini calon perlulah menggunakan pemikiran yang kritis untuk membuat satu anggaran yang munasabah. Jawapan di 4(a) mestilah betul atau mempunyai 'point' yang tepat untuk memberikan markah pada jawapan bagi soalan 4(b).

Contoh:

Calon dapat membuat ramalan dengan mengunakan data yang ada serta mengaplikasikan pengetahuan sains dengan baik. Calon dapat memberikan jawapan yang tepat mengikut kehendak soalan dan peraturan pemarkahan walaupun soalan ini perlu dibaca dengan berhati-hati oleh calon. Maklumat sedia ada amat membantu calon untuk menjawab soalan ini.

Contoh:

Calon tidak memahami dengan baik kehendak soalan dan tidak dapat menganalisis atau mencari idea bagi membuat ramalan sebagaimana kehendak soalan serta memberikan jawapan di luar anggaran yang sepatutnya.

Sains 35 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

Contoh:

Kesilapan calon apabila tidak membaca maklumat yang diberi dengan baik dan tidak dapat mengaplikasikan maklumat tersebut untuk mencari jawapan. Calon juga menjawab di luar anggaran sepatutnya sebagaimana kehendak peraturan permarkahan.

Sub soalan 4(b)

Soalan ini memerlukan calon menyatakan satu kesimpulan tentang jarak Bumi dari Matahari dan purata suhu permukaan bumi berdasar maklumat yang diberi. Untuk menjawab soalan ini, jawapan di 4(a) mestilah betul atau mempunyai 'point' yang tepat untuk mendapatkan markah pada jawapan bagi soalan 4(b) ini. Contoh:

Sains 36 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

Calon dapat membuat kesimpulan dengan mengunakan data yang ada serta mengaplikasikan pengetahuan sains dengan baik serta dapat memberikan jawapan yang tepat mengikut kehendak soalan. Soalan ini perlu dibaca dengan teliti oleh calon untuk mengenalpasti pembolehubah yang terlibat . Calon dapat mengenalpasti maklumat pada rajah dan pernyataan yang dikemukakan pada soalan.

Contoh:

Sains 37 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

Calon tidak dapat memahami kehendak soalan dan tidak dapat menganalisis atau mencari idea bagi menghubungkan jarak Bumi dari Matahari dan purata suhu permukaan bumi sebagaimana kehendak soalan.

Contoh:

Sains 38 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

Kesilapan calon apabila tidak membaca maklumat yang diberi dengan baik dan tidak dapat mengaplikasikan maklumat tersebut untuk mencari jawapan serta keliru dengan jarak Bumi dari Matahari untuk dikaitkan dengan purata suhu permukaan bumi .

Sains 39 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

Sub soalan 4(c)

Maklumat 3 ini adalah sebagai stimulus untuk sub soalan 4(c) di mana calon perlu memahami maklumat yang telah diberi pada jadual ini sebagai panduan menjawab soalan.

Soalan ini memerlukan calon menyatakan corak perubahan bagi planet-planet yang dinyatakan dalam maklumat 3. Untuk menjawab soalan ini , calon perlulah menggunakan data yang telah diberikan dalam jadual.

Sains 40 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

Contoh:

Calon dapat menyatakan corak perubahan purata suhu permukaan planet dengan mengunakan data yang ada serta mengaplikasikan pengetahuan sains dengan baik. Calon dapat memberikan jawapan yang tepat mengikut kehendak soalan

Contoh:-

Sains 41 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

Calon tidak memahami dan tidak membaca data dengan baik mengikut kehendak soalan serta tidak dapat menganalisis corak pada data yang dikemukakan untuk menjawab soalan.

Contoh:

Kesilapan calon apabila tidak membaca maklumat yang diberi dengan baik dan tidak dapat menggunakan kata kunci yang betul untuk menyatakan corak pada data maklumat tersebut untuk mencari jawapan.

Sains 42 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

Sub soalan 4(d)

Maklumat 4 ini adalah sebagai stimulus untuk sub soalan 4(d) dan yang mana calon perlu memahami maklumat yang telah diberi ini untuk panduan menjawab soalan. Calon juga perlu menentukan pembolehubah yang terlibat untuk menyatakan penerangan berdasar prinsip sains yang dipelajari.

Soalan ini memerlukan calon menyatakan satu hubungkait tentang kedudukan sesuatu tempat dan suhu di kawasan tersebut pada waktu tertentu berdasar maklumat yang diberi. Untuk menjawab soalan ini murid harus memahami tentang suhu ditempat tinggi dan suhu ditempat rendah.

Contoh:

Sains 43 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

Calon dapat mengenalpasti pembolehubah yang dimanipulasi dan pembolehubah bergerakbalas dan menghubungkannya dengan mengunakan data yang sedia ada serta mengaplikasikan pengetahuan sains dengan baik. Calon dapat memberikan jawapan yang tepat mengikut kehendak soalan.

Contoh:

Sains 44 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

Calon tidak dapat memahami kehendak soalan dan tidak dapat menganalisis atau mencari idea bagi menghubungkan pembolehubah yang dimanipulasi dan pembolehubah bergerakbalas serta tidak menyatakan corak yang betul sebagaimana kehendak soalan.

Contoh:

Sains 45 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

Kesilapan calon apabila tidak membaca maklumat yang diberi dengan baik dan tidak dapat mengaplikasikan maklumat tersebut untuk mencari jawapan. Calon keliru untuk mengenalpasti pembolehubah yang dimanipulasi dan pembolehubah bergerakbalas berdasarkan maklumat yang diberi .

Sains 46 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

SOALAN 5

Soalan ini adalah salah satu tajuk dari tema Menyiasat Teknologi Tahun 6. Stimulus atau rangsangan yang digunakan bagi memandu calon mengenalpasti maklumat ialah grafik/rajah dan jadual. Calon perlu meneliti dan mentafsir maklumat daripada stimulus yang disediakan tentang bilangan bebenang skru dan bilangan putaran yang diperlukan untuk mengetatkan engsel pada pintu.

Sains 47 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

Sub Soalan 5 (a)

Soalan ini memerlukan calon menyatakan tujuan penyiasatan yang dijalankan dengan mengemukakan pembolehubah dimanipulasi dan pembolehubah bergerakbalas. Calon diminta membuat penyataan tentang maksud data atau maklumat yang diberi dan perlu menjawab dengan laras ayat tujuan yang tepat.

Contoh:

Sains 48 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

Calon dapat menjawab saoalan ini dengan menggunakan kunci jawapan yang tepat sebagaimana kehendak konstruk soalan dengan penggunaan pembolehubah dimanipulasi dan pembolehubah bergerakbalas yang betul serta tepat. Contoh:

Calon tidak dapat menyatakan pembolehubah manipulasi dengan tepat. Ini mungkin disebabkan ketidakupayaan calon untuk mengenalpasti beberapa istilah yang sesuai bagi “bebenang skru”. Jadi mereka mengambil jalan mudah dengan menyatakan “jenis skru” sebagai pembolehubah manipulasi. Contoh:

Sains 49 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

Kesilapan utama calon yang dapat dikesan ialah tertinggal perkataan-perkataan atau istilah-istilah yang boleh mengubah maksud keseluruhan jawapan calon. Ini menyebabkan jawapan yang dikemukakan tidak diterima.

Sains 50 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

Sub Soalan 5 (b)(i)

Soalan ini memerlukan calon menyatakan maklumat pembolehubah dimanipulasikan yang ada dalam setiap penyiasatan. Contoh:

Calon dapat menjawab dengan tepat sebagaimana kehendak soalan. Walaupun menggunakan pelbagai istilah, tetapi masih boleh diterima kerana istilah yang digunakan tidak lari dari maksud sebenar sebagaimana yang dikehendaki.

Sains 51 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

Contoh 1:

Contoh 2:

Calon tidak dapat menyatakan parameter yang betul untuk pembolehubah dimanipulasikan. Calon tidak membuat penelitian yang terperinci terhadap setiap maklumat yang terdapat dalam soalan seperti perbezaan pada rajah, data ataupun penerangan soalan.

Sains 52 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

Contoh 1:

Contoh 2:

Kebanyakan calon melakukan kesilapan menjawab dengan menggunakan parameter yang salah bagi pembolehubah dimanipulasi. Terdapat juga calon yang menggunakan pembolehubah bergerakbalas sebagai jawapan untuk soalan ini.

Sains 53 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

Sub Soalan 5 (b)(ii)

Soalan ini memerlukan calon menyatakan pembolehubah bergerakbalas yang perlu ada dalam penyiasatan yang dijalankan . Contoh:

Calon dapat mengenalpasti jawapan melalui jadual yang telah disediakan sebagai rangsangan. Sebahagian besar calon berjaya menjawab soalan ini dengan tepat. Contoh:

Calon tidak dapat menjawab dengan sempurna kerana kelemahan calon menyatakan parameter yang tepat bagi pembolehubah bergerak balas. Terdapat juga kesalahan calon yang dapat dikesan atas kesilapan tertinggal perkataan yang amat penting iaitu putaran.

Sains 54 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

Contoh:

Terdapat juga calon yang terikut-ikut atau terpengaruh dengan soalan 4 kerana terlalu cepat membaca atau terlalu cuai maka perkataan PUTARAN tertukar menjadi PURATA. Calon menemui perkataan purata ini semasa mereka menjawab soalan 4(b) iaitu purata suhu permukaan bumi. Sub Soalan 5 (c)

Soalan ini memerlukan calon menyatakan kesimpulan penyiasatan yang dijalankan. Calon perlu menjawab dengan laras ayat kesimpulan yang tepat dengan menghubungkan pembolehubah dimanipulasi dengan pembolehubah bergerakbalas.

Contoh:

Sains 55 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

Calon dapat menjawab dengan tepat menggunakan laras ayat kesimpulan sebagaimana dikehendaki. Calon juga menggunakan maklumat yang betul dan tidak terbalik kedudukan pembolehubah dalam ayat jawapan kesimpulan yang mesti mendahulukan pembolehubah dimanipulasikan dan diikuti pembolehubah bergerakbalas.

Contoh 1:

Sains 56 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

Contoh 2:

Kebanyakan calon melakukan kesilapan yang sama seperti di 5(a), kerana mereka menggunakan semula pembolehubah dimanipulasi yang salah di 5(a) untuk menjawab soalan ini. Ini seolah-olah soalan 5(a) dan soalan 5(c) ini mempunyai perkaitan antara satu sama lain. Ramai calon melakukan kesilapan disebabkan perkara yang telah dinyatakan di atas. Contoh 1:

Sains 57 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

Contoh 2:

Kebanyakan kesalahan yang dilakukan adalah kecuaian calon seperti tertinggal parameter bagi pembolehubah dan terikut-ikut dengan soalan sebelumnya.

Sains 58 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

SARANAN KEPADA CALON

1. Baca dan fahamkan maklumat yang terdapat dalam stimulus setiap soalan. Jika perlu, garis kata kunci yang boleh menjadi petunjuk kepada pembolehubah yang dimanipulasi (What to change), yang bergerak balas (What to observe/measure) dan yang dimalarkan (What to keep the same).

2. Fahami konsep atau prinsip sains yang cuba disiasat kerana kebiasaannya aspek ini tidak dapat ‘diperhatikan’ atau ‘diukur’ secara langsung. Calon sewajarnya dapat membezakan antara pembolehubah (variable), pemerhatian (observation) dengan faktor yang boleh digunakan untuk menerangkan sesuatu pemerhatian.

3. Kenalpasti ‘pembolehubah’ daripada maklumat yang diberi melalui stimulus, samada dalam bentuk teks, geraf, jadual, carta atau gambar rajah, sebelum menjawab soalan. Calon dapat mengenalpasti ‘pembolehubah’ dengan betul akan memudahkan calon menjawab soalan berkaitan dengan inferens, hipotesis, tujuan penyiasatan, hubungan di antara pembolehubah dan pembolehubah itu sendiri.

4. Baca kesemua sub-soalan secara am sebelum menjurus kepada setiap sub-soalan dan menjawabnya. Jawab dahulu sub-soalan tentang ‘what to change/observe/keep the same’. Apabila telah dapat mengenalpasti atau memberikan maklumat-maklumat ini, akan memudahkan anda menjawab pecahan soalan lain seperti tujuan penyiasatan, hubungan dan juga kesimpulan.

5. Buat latih tubi membina ayat yang menunjukkan tentang pemerhatian, hubungan di antara pemboleh ubah, inferens, kesimpulan dan corak perubahan.

6. Usahakan untuk menjawab menggunakan pelbagai format jawapan. Jangan terikat dengan satu format tertentu sahaja.

7. Jika soalan berkaitan inferens, lazimnya melibatkan perbezaan antara dua pemerhatian. Oleh itu pastikan murid membuat perbandingan. Nyatakan sebab untuk kedua-dua keadaan yang berbeza tadi, bukan hanya mengulang perbezaan pemerhatiannya.

8. Apabila membuat ramalan tentang yang melibatkan nombor, pastikan ia ditulis dalam satu nombor bulat dan bukan julat.

9. Libatkan diri dalam aktiviti ‘hands-on’ atau penyiasatan yang dijalankan. Kenalpasti apakah perkara yang diubah (what to change), perkara yang diperhati/ukur (what to observe), perkara yang sama (what to keep the same). Ini dapat membantu memperkukuhkan kefahaman anda dalam mengenalpasti maklumat yang terlibat/perlu dikumpul.

10. Jika sesuatu maklumat (information) yang tidak mempengaruhi sesuatu keputusan penyiasatan, maka ia tidak boleh dijadikan ‘what to keep the same’.

Sains 59 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

SARANAN KEPADA GURU

1. Perbanyakkan aktiviti ‘hands-on’ yang menghendaki murid ‘explore’, seperti

menjalankan eksperimen, kajian lapangan, penghasilan buku skrap dan perbincangan. Ini akan mendedahkan dan menimbulkan minat murid kepada penyiasatan yang pastinya melibatkan mengenalpasti pembolehubah.

2. Gunakan kaedah mengajar secara ‘questioning’ dan bukan sekadar ‘telling’. Soalan ini akan mendorong murid berfikir dan mereka akan belajar secara aktif. Guru perlu terlebih dahulu menguasai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) agar dapat menyerapkan unsur-unsur KBAT dalam teknik penyoalan dan aktiviti pengaqjaran dan pembelajaran. Pelbagaikan kaedah diperingkat ‘induksi set’ supaya murid berasa seronok dan gembira dalam memulakan pembelajaran mereka.

3. Setengah-setengah konsep sains tidak dapat diukur secara langsung. Contoh: Konsep kestabilan tidak boleh diukur, oleh itu cepat atau lambatnya sesuatu objek tumbang apabila disengetkan dapat dijadikan pengukur kestabilan. Guru perlu menerangkan konsep sains dengan jelas dan apakah pembolehubah yang terlibat.

4. Guru perlu menjalankan Ujian Penilaian Kerja Amali Sains (PEKA) dengan lebih kerap dan sempurna dengan menyediakan lebih banyak tugasan bagi membolehkan murid melakukan semua Kemahiran Proses Sains (KPS) dan Kemahiran Manipulatif Sains (KMS) yang telah ditetapkan.