11
KKP EDU 3106 3.0 ADAT RESAM KEMATIAN DALAM ETNIK BAJAU Seperti masyarakat etnik Sabah yang lain, etnik Bajau juga terkenal dengan adat resam mereka yang pelbagai dan unik. Dalam kehidupan mereka, adat resam berkaitan kelahiran, perkahwinan dan kematian begitu dititikberatkan. Jadi, di sini saya akan mengupaskan mengenai adat resam etnik Bajau berkaitan dengan adat resam Kematian 3.1 Pengenalan Antara etnik Bajau dengan masyarakat Islam yang lain memang tidak banyak perbezaan dari segi menguruskan pengebumian kerana mereka sama-sama mengikuti peraturan agama Islam walaupun terdapat sedikit sebanyak pengaruh adat tempatan. Orang Bajau percaya bahawa seseorang yang telah meninggalkan dunia akan meneruskan hidupnya di alam baqa dan sekiranya tidak dikebumikan dengan betul, maka keluarga dan saudara mara telah berdosa kerana melupakan tanggung jawab mereka. Upacara kematian mereka dilakukan secara teliti bersandarkan keperluan agama dan adat kerana melalui upacara inilah si mati dipercayai dapat menyesuaikan diri dengan keadaan hidup baru di akhirat. Sama ada kehidupan si mati di alam baqa baik atau tidak bergantung kepada dua faktor utama iaitu: 4

09 Adat Resam Kematian Dalam Etnik Bajau

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: 09 Adat Resam Kematian Dalam Etnik Bajau

KKP EDU 3106

3.0 ADAT RESAM KEMATIAN DALAM ETNIK BAJAU

Seperti masyarakat etnik Sabah yang lain, etnik Bajau juga terkenal dengan adat resam

mereka yang pelbagai dan unik. Dalam kehidupan mereka, adat resam berkaitan

kelahiran, perkahwinan dan kematian begitu dititikberatkan. Jadi, di sini saya akan

mengupaskan mengenai adat resam etnik Bajau berkaitan dengan adat resam

Kematian

3.1 Pengenalan

Antara etnik Bajau dengan masyarakat Islam yang lain memang tidak banyak

perbezaan dari segi menguruskan pengebumian kerana mereka sama-sama mengikuti

peraturan agama Islam walaupun terdapat sedikit sebanyak pengaruh adat tempatan.

Orang Bajau percaya bahawa seseorang yang telah meninggalkan dunia akan

meneruskan hidupnya di alam baqa dan sekiranya tidak dikebumikan dengan betul,

maka keluarga dan saudara mara telah berdosa kerana melupakan tanggung jawab

mereka. Upacara kematian mereka dilakukan secara teliti bersandarkan keperluan

agama dan adat kerana melalui upacara inilah si mati dipercayai dapat menyesuaikan

diri dengan keadaan hidup baru di akhirat.

Sama ada kehidupan si mati di alam baqa baik atau tidak bergantung kepada dua faktor

utama iaitu:

1) Kelakuannya di dunia

Orang Bajau percaya bahawa kelakuan yang baik dan selalu beramal ibadat

akan diperlakukan dengan baik di akhirat. Sesetengah orang Bajau pula

berpendapat bahawa semua orang akan mendapat layanan yang sama di akhirat

kerana menurut mereka, Tuhan bersifat penyayang sedia mengampuni dan

menerima baik semua makhluknya, termasuk mereka yang disifatkan sebagai

jahat dan berdosa

4

Page 2: 09 Adat Resam Kematian Dalam Etnik Bajau

KKP EDU 3106

2) Cara pengebumian yang betul

Untuk mendapat kesenangan di akhirat, si mati harus dikebumikan dengan baik,

iaitu selaras dengan keperluan adat dan agama. Tanggungjawab untuk

menguruskan hal-ehwal si mati terserah kepada keluarga atau kaum kerabat

dekatnya. Kebaikan yang dilakukan oleh mereka untuk si mati akan diterima oleh

si mati di akhirat. Misalnya, amalan bersedekah kepada orang lain selepas

berlakunya satu-satu kematian adalah cara yang membolehkan si mati

memperoleh kebaikan di akhirat. Itulah sebabnya, dalam kalangan orang Bajau,

seperti dalam kalangan orang Islam yang lain, wang, pakaian dan beberapa

benda lain kepunyaan si mati disedekahkan kepada orang lain. Benda-benda

yang disedekahkan kepada orang lain secara tidak langsung akan diterima oleh

si mati di akhirat. Amalan ini adalah berdasarkan konsep kebaikan dibalas

dengan kebaikan dan sebaliknya kejahatan akan dibalas dengan kejahatan. Jadi

jika keluarga atau kaum kerabat bersikap kedekut dan tidak bersedekah, si mati

akan mengalami kesusahan dan kekurangan di akhirat.

5

Page 3: 09 Adat Resam Kematian Dalam Etnik Bajau

KKP EDU 3106

3.2 Upacara Memandikan dan Mengafankan Mayat

Apabila seseorang itu meninggal dunia, doa akan dibaca dan mayatnya akan ditutup

dengan kain. Pada masa itu, “tawak-tawak patai” atau pukulan gong akan dibunyikan

sebagai tanda seseorang itu telah meninggal dunia. Mengikut adat bajau, mereka mesti

menangisi kematian tersebut kerana ia melambangkan kesedihan mereka. Seterusnya

mayat tersebut akan diuruskan sepenuhnya mengikut peraturan agama Islam, seperti

dimandi, dikafan dan disembahyangkan.

Sebelum mayat dikebumukan, dia dimandikan terlebih dahulu dengan beberapa jenis

air oleh ahli agama yang lazimnya terdiri daripada lima atau tujuh orang dewasa dan

tiga atau empat bagi kanak-kanak. Mula-mula mayat dicebok atau dikeluarkan najisnya.

Ia akan dilakukan oleh imam dan ahli agama yang lain berperanan sebagai pembantu.

Selepas dicebok, mayat akan dimandikan. Semasa hendak dimandikan, mayat akan

dibaringkan diatas lantai yang tidak beralas. Badan mayat digosok dengan sabun

sementara imam menyiram air suci ke badannya. Air yang digunakan itu mestilah telah

ditapis dengan kain putih, diasap dengan kemenyan dan dibacakan dengan ayat-ayat

suci oleh iman supaya terlepas daripada segala kotoran.

Setelah mayat dimandikan, rambutnya akan dibersihkan. Bagi menghilangkan daki

rambutnya, mereka menggunakan “air lubi” (santan). Setelah daki dihilangkan, barulah

rambut si mati dicucikan dengan air bersih. Penggunaan air lubi disusuli dengan “air

sembilan”. Air ini merupakan air yang seci yang telah ditapis baik-baik dengan

menuangkan air biasa ke dalam cerek yang mulutnya ditutupkan dengan kain putih

serta diasapkan dengan kemenyan terlebih dahulu sebelum dituangkan ke dalam cerek.

Air ini hendaklah disiramkan ke badan si mati dari kepala hingga ke kaki dan digunakan

sebanyak sembilan mangkuk. Selepas selesai dimandikan, mayat sudah boleh

dikafankan.

6

Page 4: 09 Adat Resam Kematian Dalam Etnik Bajau

KKP EDU 3106

Bagi mengafan mayat tersebut, mayat dikafankan sebanyak dua lapis. Lapisan pertama

terdiri daripada baju dan seluar putih. Seterusnya mayat dibungkuskan dengan sehelai

kain putih yang merupakan lapisan kain kafan yang kedua. Setelah dikafankan, si mati

akan disembahyangkan oleh orang ramai. Cara menyembahyangkan mayat mengikut

orang Bajau adalah sama seperti sembahyang mayat bagi masyarakat Islam yang lain

7

Page 5: 09 Adat Resam Kematian Dalam Etnik Bajau

KKP EDU 3106

3.3 Semasa Pengebumian (Pagkubulan)

Selepas disembahyangkan, si mati akan dikebumikan. Apabila mayat sudah sedia

untuk dibawa ke tanah perkuburan, sekali lagi dibunyikan gong sebagai isyarat. Adat

naja-naja iaitu berjalan berulang-alik di bawah keranda si mati oleh keluarga dan

saudara mara terdekat akan dilakukan. Adat ini menyerupai adat masyarakat Melayu di

Semenanjung Malaysia. Adakalanya bagi orang yang berpangkat tinggi, tembakan

sebanyak tiga kali akan dibunyikan sebelum mayat mereka dikebumikan. Di samping itu

dua gong atau sulimbak akan dipalu dan tiap satunya akan dipalu sebanyak tiga kali.

Pukulan dua gong ini lazimnya dikhaskan untuk orang yang berpangkat sahaja seperti

panglima, maharaja, imam, bilal dan ahli agama yang lain. Bagi orang biasa yang tidak

jelas pangkatnya, hanya sebuah gong dengan paluan sebanyak tiga kali sahaja

dilakukan.

Apabila mayat hendak dikebumikan, adakalanya bersama-sama mayat tersebut

disertakan beberapa biji buah pinang untuk mewakili anak cucu si mati yang masih

kecil. Pinang tersebut dibungkus dalam sehelai kain putih yang sama dan diletakkan di

sisi mayat. Tujuannya adalah supaya semangat mereka akan bersama si mati ke alam

baqa. Selain pinang, lazimnya tidak ada benda lain yang dikuburkan bersama-sama

mayat kerana perbuatan ini dianggap menyalahi undang-undang agama Islam.

Walaubagaimanapun, kadang kala jika si mati kaya atau merupakan anak kesayangan

ibu bapanya, barang kepunyaanya turut dikuburkan dan menurut keterangan penduduk,

pernah juga enjin perahu si mati dibuatkan nisannya. Seterusnya upacara keagamaan

sepertimana yang dilakukan oleh masyarakat Islam lain akan diadakan sperti tahlil dan

berdoa.

8

Page 6: 09 Adat Resam Kematian Dalam Etnik Bajau

KKP EDU 3106

3.4 Selepas Pengebumian : Kenduri Arwah dan “Magjaga-jaga”

Selepas kematian seseorang, terdapat beberapa adat tertentu dilakukan. Antaranya

ialah mengadakan kenduri arwah, adat menjaga-jaga dan berpantang. Selesai

pengebumian, satu tempat tidur yang terdiri daripada tikar atau tilam beserta bantal

akan dibentang untuk memperingati si mati. Bantal-bantal itu diletakkan di bahagian

kepala dan kiri kanan tempat tidur itu. Segala pakaian si mati juga diletakkan di

bahagian kepala tempat tidurnya. Setiap pagi dan petang, seorang imam akan menjaga

tempat tidur tersebut serta membacakan doa untuk si mati.

Selain itu, tujuh hari berturut-turut diadakan kenduri arwah dan bacaan doa selamat

secara kecil-kecilan kecuali pada hari ketujuh. Tujuannya adalah untuk mendoakan

kesejahteraan roh di alam baqa. Kenduri lazimnya akan mengiringi acara doa selamat

tersebut. Bilangan piring yang dihidangkan untuk ketujuh-tujuh hari adalah berbeza

antara satu hari dengan hari yang lain, kerana ia juga menentukan bilangan ahli agama

yang diajak untuk membacakan doa selamat tersebut. Lazimnya kenduri hari pertama

disajikan tiga piring, pada hari kedua, lima piring dan pada hari ketiga tujuh piring.

Angka ganjil ini merupakan sesuatu yang sinonim dengan agama Islam. Kenduri hari

ketujuh adalah yang paling besar dan istimewa sekali dan bilangan orang yang hadir

juga adalah ramai berbanding hari-hari sebelumnya.

9

Page 7: 09 Adat Resam Kematian Dalam Etnik Bajau

KKP EDU 3106

Biasanya dari hari pertama sehingga hari ketujuh selepas kematian, keluarga dan

masyarakat setempat akan mengikuti beberapa pantang larang. Antaranya adalah

seperti berikut;

1) Mereka tidak boleh memecahkan barang-barang seperti gelas, mangkuk dan

lain-lain barangan kerana ini menunjukkan petanda yang tidak baik.

2) Mereka tidak boleh membakar benda yang menjadi makanan.

3) Mereka tidak boleh melakukan kerja-kerja seperti menjahit baju, bertukang atau

menganyam.

4) Mereka tidak boleh bersin di rumah si mati kerana ada kemungkinan kematian

akan berlaku di rumah orang yang bersin tadi

5) Dari hari pertama sehingga hari ketujuh, rumah si mati tidak boleh dicuci.

Selepas kenduri hari ketujuh pula, mereka akan mengadakan kenduri pada hari kedua

puluh dan pada hari keempat puluh. Selepas kematian seseorang kebanyakan

masyarakat Bajau tidak mengadakan kenduri selepas hari keempat puluh, tetapi bagi

yang mampu, kenduri arwah masih diadakan pada hari keseratus dan pada hari

ulangtahun kematian seseorang itu. Ia adalah sama seperti adat yang dilakukan

masyarakat Melayu.

10

Page 8: 09 Adat Resam Kematian Dalam Etnik Bajau

KKP EDU 3106

3.5 Kesimpulan

Kematian adalah fenomena yang bukan sahaja menimbulkan suasana sedih, tetapi

sering menggangu kehidupan manusia. Hal ini jelas apabila berlaku sesuatu kematian,

kaum kerabat si mati, khusunya mereka yang mempunyai pertalian, terpaksa

mengetepikan kerja biasa untuk menguruskan hal-ehwal si mati dan disamping itu

terpaksa mengamalkan beberapa pantang larang yang menyekat gerak-geri biasa

mereka. Pengurusan hal-ehwal si mati dengan cara yang betul dirasakan perlu sekali,

bukan sahaja untuk menyelamatkan roh si mati di akhirat, malahan menyelamatkan

orang yang masih hidup daripada ganguan roh si mati yang boleh menjelma sebagai

“hantu bangkit” atau pangguah untuk menggangu orang. Pengurusan ini perlu kerana

orang Bajau percaya bahawa orang mati yang tidak dilayan atau dikebumikan dengan

sempurna akan menghadapi kesusahan di akhirat dan berkemungkinan akan

berdendam dengan kaum kerabat yang bertanggungjawab terhadap keadaannya itu.

Dengan adanya kepercayaan begini didapati orang Bajau amat teliti tentang

pengurusan upacara kematian. Si mati perlu dimandikan dengan air suci, dikafankan

dengan kain putih, didoakan dan disembahyangkan oleh ahli agama, kenduri arwah

diadakan dan yang sebagainya. Upacara ini memakan masa dan wang yang banyak

sekali dan dalam keadaan itu, bantuan serta kerjasama kaum kerabat adalah penting

sekali. Pada ketika begini, kaum kerabat jauh dan dekat akan berkumpul untuk

membantu anggota keluarga si mati agar tekanan jiwa yang dihadapi oleh mereka

dapat dilegakan.

11