8
10 jenis pendahuluan karangan umum (SPM) 1. Perenggan jenis definisi 2. Perenggan jenis pendapat tokoh 3. Pendahuluan jenis suasana/gambaran 4. Pendahuluan jenis persoalan 5. Pendahuluan jenis peribahasa/pepatah/cogan kata 6. Pendahuluan jenis latar belakang sejarah 7. Pendahuluan jenis fakta 8. Pendahuluan jenis tajuk berita 9. Pendahuluan jenis puisi 10.Pendahuluan jenis gabungan 1)Perenggan jenis Definisi Perenggan pendahuluan ini dimulakan dengan memberi takrifan atau definisi tentang tajuk karangan yang ditulis. Di samping definisi, anda juga boleh memberi huraian tentang tajuk karangan yang ditulis. Penulisan perenggan pendahuluan ini sesuai untuk karangan jenis deskriptif dan perbahasan. Tajuk: Gejala Sosial Skop : Langkah-langkah untuk membendung gejala sosial Gejala sosial bermaksud perbuatan buruk atau negatif yang dilakukan oleh segelitir anggota masyarakat. Hal ini jika tidak dibendung mendatangkan pelbagai masalah kepada masyarakat. Kini, gejala ini membabitkan golongan muda yang akan menjadi pewaris pucuk pimpinan negara ini, malah gejala ini melibatkan pelajar sekolah. Antara kes yang membabitkan pelajar sekolah ialah ponteng sekolah, mengugut guru, merosakkan harta benda awam, membuli pelajar junior sehingga menyebabkan kematian, dan sebagainya. Manakala, kes-kes yang membabitkan golongan muda ialah penyalahgunaan dadah, curi motosikal, pecah rumah, lumba haram, dan sebagainya. Masalah ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Oleh itu, langkah kerajaan mengadakan Program Latihan Khidmat Negara merupakan satu langkah wajar untuk membendung gejaa sosial dalam kalangan remaja. Selain itu, langkah-langkah lain, perlu dijalankan untuk membendung gejala sosial yang membabitkan golongan remaja. 2)Pendahuluan jenis Pendapat Tokoh Dalam pendahuluan jenis ini, anda memaparkan pendapat tokoh berkaitan dengan tajuk perbincangan. Tokoh yang dikemukakan itu boleh yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia, tetapi tokoh tersebut hendaklah yang dikenali oleh kebanyakan orang. Pendapat ini ditulis dalam bentuk prosa atau dalam bentuk dialog, yakni dalam pengikat kata. Pendahuluan jenis ini sesuai untuk karangan jenis deskriptif, syarahan, ceramah, ucapan, rencana dan perbahasan. Tajuk : Tabiat membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia Skop : Cara-cara untuk memupuk minat membaca

10 Jenis Pendahuluan Karangan Umum

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: 10 Jenis Pendahuluan Karangan Umum

10 jenis pendahuluan karangan umum (SPM)

1. Perenggan jenis definisi

2. Perenggan jenis pendapat tokoh

3. Pendahuluan jenis suasana/gambaran

4. Pendahuluan jenis persoalan

5. Pendahuluan jenis peribahasa/pepatah/cogan kata

6. Pendahuluan jenis latar belakang sejarah

7. Pendahuluan jenis fakta

8. Pendahuluan jenis tajuk berita

9. Pendahuluan jenis puisi

10.Pendahuluan jenis gabungan

1)Perenggan jenis Definisi Perenggan pendahuluan ini dimulakan dengan memberi takrifan atau definisi tentang tajuk

karangan yang ditulis. Di samping definisi, anda juga boleh memberi huraian tentang tajuk

karangan yang ditulis. Penulisan perenggan pendahuluan ini sesuai untuk karangan jenis

deskriptif dan perbahasan.

Tajuk: Gejala Sosial

Skop : Langkah-langkah untuk membendung gejala sosial

Gejala sosial bermaksud perbuatan buruk atau negatif yang dilakukan oleh segelitir anggota

masyarakat. Hal ini jika tidak dibendung mendatangkan pelbagai masalah kepada masyarakat.

Kini, gejala ini membabitkan golongan muda yang akan menjadi pewaris pucuk pimpinan negara

ini, malah gejala ini melibatkan pelajar sekolah. Antara kes yang membabitkan pelajar sekolah

ialah ponteng sekolah, mengugut guru, merosakkan harta benda awam, membuli pelajar junior

sehingga menyebabkan kematian, dan sebagainya. Manakala, kes-kes yang membabitkan

golongan muda ialah penyalahgunaan dadah, curi motosikal, pecah rumah, lumba haram, dan

sebagainya. Masalah ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Oleh itu, langkah kerajaan

mengadakan Program Latihan Khidmat Negara merupakan satu langkah wajar untuk

membendung gejaa sosial dalam kalangan remaja. Selain itu, langkah-langkah lain, perlu

dijalankan untuk membendung gejala sosial yang membabitkan golongan remaja.

2)Pendahuluan jenis Pendapat Tokoh Dalam pendahuluan jenis ini, anda memaparkan pendapat tokoh berkaitan dengan tajuk

perbincangan. Tokoh yang dikemukakan itu boleh yang masih hidup atau yang sudah meninggal

dunia, tetapi tokoh tersebut hendaklah yang dikenali oleh kebanyakan orang. Pendapat ini ditulis

dalam bentuk prosa atau dalam bentuk dialog, yakni dalam pengikat kata. Pendahuluan jenis ini

sesuai untuk karangan jenis deskriptif, syarahan, ceramah, ucapan, rencana dan perbahasan.

Tajuk : Tabiat membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia

Skop : Cara-cara untuk memupuk minat membaca

Page 2: 10 Jenis Pendahuluan Karangan Umum

Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Universiti Sains Malaysia 9USM), Tan Sri Ani Arope

mengatakan bahawa rakyat Malaysia belum bersedia menjadikan amalan membaca sebagai tabiat

harian mereka untuk menggantikan tabiat lain, terutamanya makan. Beliau mengatakan bahawa

membaca ialah tabiat yang amat mustahak berbanding makan kerana setiap bahan bacaan

berupaya mendatangkan pelbagai idea untuk kegunaan manusia. Ketika berucap merasmikan

pelancaran buku penerbit USM di Dewan Kuliah A, Universiti Sains Malaysia pada 27 Mac

2004, beliau berkata "Jadual makanan boleh ubah. Cuba jangan lupa membaca. Tabiat membaca

rakyat negara ini amat kurang berbanding dengan penduduk di negara Asia lain seperti Jepun,

Korea dan China. Orang Jepun misalnya, membaca dua buah buku sebulan. Orang kita nak baca

dua buah buku setahun pun payah. Selepas keluar universiti pun, lupa membaca. Kita perlu

membangkitkan budaya membaca ini. Saya fikir masyarakat harus kembali kepada buku,

khususnya bacaan yang lebih serius dan bermotifkan ilmu pengetahuan. Walaupun

perkembangan penerbitan di negara kita semakin pesat, namun tentunya tidak serancak

perkembangan penerbitan majalah hiburan dan bacaan ringan yang lebih banyak melaporkan

mengenai dunia artis dan glamor." Berdasarkan kenyataan Tan Sri Ani Arope di atas, maka

usaha-usaha perlu dilaksanakan untuk memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat

Malaysia.

3) Pendahuluan jenis Suasana -Dimulakan dengan mengisahkan satu keadaan atau suasana di suatu tempat yang akan dijadikan

fokus untuk tajuk karangan.

-Jadi, pendahuluan jenis ini sesuai untuk karangan jenis cerita dan dekriptif.

Tajuk: Boros berbelanja

Skop: Kesan jika masyarakat suka berbelanja boros

Selepas tamat kelas tuisyen, saya pun keluar dari rumah Cikgu Siva dan menuju ke stesen bas

untuk menaiki bas pulang ke rumah yang sejauh empat kilometer dari pusat bandar Sungai

Petani. Dalam perjalanan ke stesen bas, saya mendapati sekelompok orang sedang menuju ke

sebuah pasar raya. Pelanggan masuk dan keluar dari pasar raya itu. Setelah itu, baharulah saya

mengetahui bahawa pasar raya itu sedang mengadakan promosi jualan hebat bersempena dengan

perayaan Tahun Baru Cina dan Hari Raya Aidilfitri.Pengunjung pasar raya itu terpaksa ber asak-

asak masuk kerana pasar raya itu terlalu sesak.Manakala,orang yang keluar dari pasar raya saya

didapati menjinjing barangan di kedua-dua belah tagan.Mereka membeli barangan,makanan,dan

pakaian dalam kuantiti yang banyak.Tidak hairanlah kadar inflasi di negara kita semakin

meningkat dari setahun ke setahun.Sikap boros dan membeli tanpa perancangan patu di kawal

dan sebaliknya sikap berjimat cermat patut diamalkan kerana berjimat cermat patut diamalkan

kerana berjimat cermat merupakan satu amalan nilai murni.Sekiranya semua rakyat Malaysia

boros berbelanja,maka pelbagai kesan akan timbul kelak.

4)Pendahuluan jenis Persoalan

- Mudah ditulis kerana pelajar perlu menulis banyak ayat tanya tentang tajuk, yakni

mengemukakan beberapa persoalan yang dibincangkan dalam isi karangan.

-Sesuai untuk karangan jenis perbahasan, syarahan, ceramah, ucapan dan deskriptif.

Page 3: 10 Jenis Pendahuluan Karangan Umum

Tajuk : Kemalangan jalan raya

Skop : Faktor-faktor yang menyebabkan peningkatan kadar kemalangan jalan raya

Dewasa ini, kadar kemalangan jalan raya di Malaysia semakin meningkat dari semasa ke semasa,

terutamanya pada musim perayaan. Adakah kemalangan jalan raya terjadi akibat kelalaian diri-

sendiri atau kelalaian orang lain? Mengapakah jumlah kemalangan jalan raya semakin meningkat

dari setahun ke setahun, khususnya pada cuti perayaan? Apakah punca sebenar kemalangan

berlaku? Mengapakah kemalangan jalan raya banyak membabitkan motosikal dan bas ekspres

berbanding dengan kenderaan lain? Bagaimanakah kita hendak mengelak atau mengurangkan

kadar kemalangan jalan raya? Adakah dengan mengadakan kempen keselamatan kita dapat

mengawal kadar kemalangan jalan raya? Mungkin ada anatara kita yang mengatakan bahawa

kemalangan jalan raya hanya disifatkan sebagai takdir daripada Allah. Persoalannya, apakah

faktor-faktor sebenarnya yang menyebabkan kemalangan jalan raya berlaku?

Pendahuluan jenis Peribahasa, Pepatah dan Cogan Kata

-Mengandungi beberapa peribahasa, pepatah, atau cogan kata yang ada kaitan dengan tajuk yang

hendak dibincangkan.

-Pelajar-pelajar tidak dikehendaki menghuraikan maksud peribahasa, pepatah, dan cogan kata

yang diberi.

-Sesuai untuk karangan jenis perbahasan, ucapan, ceramah, syarahan, dan deskriptif.

Tajuk : Belia

Skop : Peranan belia dalam pembangunan negara

Peribahasa Melayu dicipta untuk dijadikan pedoman dan panduan hidup masyarakat Melayu.

Antara peribahasa Melayu yang menggambarkan peranan belia dalam pembangunan negara ialah

“jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya” dan “di mana ada kemahuan, di situ ada

jalan”. Kedua-dua peribahasa ini menekankan kepentingan daya usaha semua golongan

masyarakat, terutamanya golongan belia dalam membangunkan negara. Hal ini membuktikan

bahawa pembangunan negara memang bergantung kepada golongan belia kerana “pemuda

harapan bangsa, pemudi tiang negara”, “generasi muda pelapis dan peneraju wawasan”, “remaja

penggerak wawasan”, “generasi muda wawasan bangsa”, dan banyak lagi. Oleh itu,

pembangunan negara memang dipertanggungjawabkan kepada golongan belia untuk

merealisasikan Wawasan 2020 seperti kata pepatah “satu matlamat,satu wawasan”. Oleh itu,

setiap belia perlu mengetahui peranan mereka dalam memajukan dan membangunkan negara ini.

Page 4: 10 Jenis Pendahuluan Karangan Umum

Formula Menulis Pendahuluan Karangan

Teknik Penulisan Pendahuluan Karangan Jenis Fakta

Kebanyakan pelajar alpa bahawa pendahuluan dalam karangan merupakan titik awal dalam

proses pemarkahan. Pendahuluan yang bebas daripada kesalahan, mempunyai kesinambungan

yang erat antara fakta dengan huaraian berserta intipan isi yang samar-samar akan menyebabkan

pemeriksa terpikat untuk meneruskan pembacaan, yakni penyemakan sekali gus memberikan

markah yang baik untuk anda dalam peperiksaan. Kali ini, saya akan menggunakan formula

"Bidang (B), Tajuk (T), Soalan (S)" untuk menghasilkan pendahuluan yang baik. Pembinan

karangan ini sesuai untuk tahap PMR dan SPM, sama ada karangan bergambar mahupun

karangan panjang. Lihat contoh soalan dan kerangka karangan untuk bahagian pendahuluan yang

akan kita bincangkan di bawah ini:

Soalan: Isu gengsterisme semakin mendapat liputan dalam media massa. Pihak sekolah seolah-olah

gagal membanteras gejala ini daripada terus menular. Huraikan faktor-faktor yang

menyebabkan gejala ini semakin membimbangkan.

Kerangka pendahuluan

B - Masalah sosial -> semakin membimbangkan

-> mencatatkan peningkatan yang mendadak.

T - Gejala gengsterisme -> melibatkan pelajar sekolah rendah dan menengah

-> bermaharajalela di sekolah

S -> banyak faktor

Daripada kerang di atas, dapatlah kita membina 5 ayat dengan mudah. Lihat contoh pendahuluan

di bawah:

Pendahuluan Kualiti PMR

Pada zaman pascakemerdekaan, masalah sosial tetap menjadi isu yang hangat diperkatakan

kerana sudah mencapai tahap yang membimbangkan. Hal ini demikian kerana kes gengsterisme

yang dilaporkan mencapai peningkatan yang mendadak. Masalah sosial yang menjadi buah

mulut masyarakat ialah gejala gengsterisme. Gejala ini melibatkan pelajar sekolah menengah,

justeru melibatkan pelajar sekolah rendah. Golongan gengster ini semakin bermaharajalela di

alma mater. Sebenarnya, banyak faktor yang menyebabkan gejala tidak sihat ini terus

meningkat.

Pendahuluan Kualiti SPM Dalam keasyikan negara menari rancak bersama bayang-bayang pembangunan yang bergerak

pantas pada zaman pascakemerdekaan, masalah sosial tetap menjadi isu yang hangat

diperkatakan kerana sudah mencapai tahap yang membimbangkan. Hal ini demikian kerana

pihak polis mendapati kes gengsterisme yang dilaporkan mencapai peningkatan yang mendadak

sejak akhir-akhir ini. Antara masalah sosial yang terus menjadi buah mulut yang hangat ialah

gejala gengsterisme yang bukan sahaja melibatkan pelajar sekolah menengah, justeru

melibatkan pelajar sekolah rendah. Keadaan menjadi semakin kronik kerana golongan gengster

Page 5: 10 Jenis Pendahuluan Karangan Umum

ini semakin bermaharajalela di sekolah mahupun di luar sekolah. Sebenarnya, banyak faktor

yang menyebabkan gejala tidak sihat ini terus meningkat.

Pendahuluan Karangan STPM dan SPM

Pendahuluan Karangan SPM dan STPM

Cara Menulis Pendahuluan Karangan dengan Menggunakan Teknik FACLK

Cikgu mendapati bahawa masih banyak anak murid cikgu yang kurang faham dan menghadapai

masalah untuk menulis perenggan pendahuluan yang mantap. Jadi, kali ini cikgu akan

membincangkan cara atau panduan untuk menulis pendahuluan karangan. Hal ini perlu diberi

perhatian kerana terdapat juga murid yang tidak mementingkan aspek pendahuluan dalam

karangan. Buktinya, ada murid yang menulis dua ayat sahaja dalam pendahuluan karangannya.

Selain itu, ada juga murid yang menulis dua ayat tanya dalam perenggan pendahuluannya. Jadi,

siapakah yang akan menjawab soalan tersebut? Jika perkara ini berlaku sudah pastilah markah

pendahuluan akan kurang dan markah keseluruhan karangan akan terjejas terutamanya dalam

peperiksaan STPM. Karangan yang baik seharusnya mempunyai pendahuluan yang diolah

dengan baik dan seimbang dengan perenggan-perenggan yang lain.

Sebenarnya, terdapat banyak cara untuk menulis pendahuluan karangan seperti yang terdapat

dalam buku-buku panduan menulis karangan di pasaran. Ada penulis yang menyarankan

pelbagai cara seperti pendahuluan jenis definisi, sejarah, berdasarkan pandangan tokoh-tokoh,

dan sebagainya. Jadi, dalam paparan kali ini saya mencadangkan satu cara lagi untuk

memudahkan murid berfikir dan menulis pendahuluan karangan tersebut dengan menggunakan

teknik FACLK. Diharapkan teknik ini akan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran murid

untuk menulis pendahuluan karangan, selain teknik yang biasa digunakan oleh murid-murid

sebelum ini.

Teknik FACLK (Fokus, Akibat, Contoh, Langkah, Kepentingannya)

Teknik ini memerlukan murid-murid membina ayat pertama dengan merujuk kepada fokus

penyataan (F) dalam soalan. Kemudian, ayat kedua iaitu akibat (A) daripada ayat pertama tadi.

Selepas itu, bina pula ayat ketiga iaitu contoh (C) yang boleh dikaitkan dengan penyataan soalan.

Seterusnya, murid-murid perlu membina ayat keempat, iaitu langkah (L) dan ayat kelima ialah

kepentingannya (K) berdasarkan langkah yang telah diambil tadi. Kemudian, masukkan

peribahasa atau gunakan ungkapan menarik, yang dirasakan sesuai dalam mana-mana ayat

pendahuluan itu tadi. Jika murid-murid dapat menulis ayat yang ada pertalian rapat antara satu

ayat dengan ayat yang lain, sudah pasti pendahuluan itu menjadi satu pendahuluan yang menarik

dan mantap serta menepati kehendak skema pemeriksa.

Soalan Contoh 1 Kerajaan telah berusaha untuk membanteras gejala rasuah, namun amalan yang berakar umbi

Page 6: 10 Jenis Pendahuluan Karangan Umum

dalam kalangan masyarakat ini masih wujud.

Pada pendapat anda, mengapakah masalah rasuah perlu dibendung?

Perenggan Pendahuluan Contoh 1 Kebelakangan ini, kes rasuah semakin bertambah dan nampaknya sukar dibanteras kerana

melibatkan pegawai kerajaan dan swasta, ahli politik, dan orang awam. (F) Keadaan ini

membimbangkan kita kerana jika dibiarkan, sudah tentu perkara ini akan menjadi seperti api di

dalam sekam. (A) Fenomena ini sekali gus akan melahirkan masyarakat yang tiada integriti,

contohnya jika seseorang pegawai menawarkan rasuah untuk menutup kesalahan dirinya

daripada landasan undang-undang, jelaslah betapa rendahnya akhlak dan maruah dirinya. (C)

Oleh itu, semua pihak harus berusaha untuk membanteras gejala rasuah agar masyarakat

Malaysia yang amanah dan berintegriti dapat dilahirkan. (L) Hal ini perlu dititikberatkan

kerana rasuah perlu dibanteras dari awal iaitu, mencegah lebih baik daripada mengubati

sesuatu penyakit. (K)

Soalan Contoh 2 Bangunan bersejarah tinggalan penjajah pada zaman penjajahan perlu dikekalkan kerana

mempunyai nilai warisan yang tinggi.

Jelaskan kelebihan bangunan bersejarah tersebut.

Perenggan Pendahuluan Contoh 2

Bangunan bersejarah tinggalan penjajah pada zaman penjajahan memang banyak terdapat di

negara kita yang perlu dikekalkan kerana mempunyai nilai warisan yang tinggi. (F) Bangunan

tersebut boleh dijadikan fakta sejarah yang menarik pelancong asing ke negara kita. (A) Oleh

itu, Pulau Pinang dan Melaka yang telah diisytiharkan sebagai tapak warisan dunia oleh

UNESCO baru-baru ini masih banyak memiliki bangunan bersejarah seperti di Fort Cornwalis

di Pulau Pinang dan Bangunan Stadhuyst di Melaka. (C) Jadi, kerajaan kedua-dua buah negeri

tersebut perlulah mengekalkan bangunan-bangunan bersejarah tersebut jika tidak mahu

perisyhtiharan itu ditarik balik. (L) Oleh itu, langkah yang diambil oleh UNESCO itu perlu

disokong kerana hal ini pasti meningkatkan imej negara. (K)

Murid-murid harus menyedari bahawa perenggan pendahuluan sama pentingnya dengan

perenggan isi dan perenggan penutup. Perenggan pendahuluan juga akan memberikan gambaran

atau impression awal tentang keseluruhan karangan murid-murid. Oleh hal yang demikian,

cubalah berlatih untuk menulis pendahuluan karangan dengan menggunakan teknik ini.

Sebenarnya, banyak cara lagi untuk menulis pendahuluan karangan dan cikgu mendangkan satu

lagi teknik tambahan kepada murid-murid. Jadi, murid-murid mempunyai banyak cara yang

boleh dipilih untuk menulis perenggan pendahuluan. Bagi calon-calon STPM, biasakan diri

dengan menulis perenggan pendahuluan karangan yang panjangnya lebih kurang 90 hingga 100

perkataan. Bagi calon-calon SPM pula, biasakan diri dengan menulis pendahuluan karangan

yang panjangnya lebih kurang 50 hingga 60 perkataan. Bagi calon-calon STPM, ingatlah bahawa

markah perenggan pendahuluan sudah ditetapkan sebanyak 3 markah, dan kelemahan perenggan

pendahuluan sudah pasti akan menjejaskan markah aspek relevan (R) dan juga mempengaruhi

markah pengolahan (P).

Page 7: 10 Jenis Pendahuluan Karangan Umum

Perenggan Penutup Karangan STPM dan SPM

Menulis Perenggan Penutup dengan Menggunakan Teknik KHPK dan KHH

Selepas memeriksa karangan pelajar-pelajar dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun, pada bulan

Mei lalu, cikgu mendapati masih terdapat kelemahan dalam penulisan perenggan penutup atau

kesimpulan. Kebanyakan pelajar menulis perenggan penutup atau kesimpulan yang pendek iaitu

satu atau dua ayat sahaja. Perenggan itu juga tidak diolah dengan baik dan tidak dimasukkan

peribahasa atau ungkapan yang menarik. Oleh itu cikgu akan membincangkan cara atau teknik

untuk menulis perenggan tersebut agar dapat membantu pelajar-pelajar untuk memantapkannya.

i. KHPK – (Kesimpulan, Huraian, Peribahasa, Kepentingan)

Perenggan Penutup Contoh 1

Oleh hal yang demikian, masalah rasuah perlulah ditangani oleh pihak berkuasa dengan

kerjasama anggota masyarakat. (Kesimpulan) Pihak berkuasa hendaklah mengadakan kempen

secara besar-besaran tentang keburukan dan kesan rasuah kepada masyarakat. (Huraian – Apa

yang perlu dibuat) Hal ini demikian kerana, jika masalah rasuah tidak diatasi sudah tentu perkara

ini akan merosakkan jentera pentadbiran negara. (Huraian – Apa kesannya) Jadi, sebelum nasi

menjadi bubur, kita berharap agar masalah ini dapat ditangani dengan berkesan sebelum menjadi

lebih serius. (Peribahasa) Sekiranya hal ini dapat direalisasikan, sudah pastilah masyarakat dan

negara kita akan bebas daripada belenggu rasuah. (Kepentingan)

Perenggan Penutup Contoh 2

Oleh hal yang demikian, pelaburan asing memang penting untuk menjana ekonomi sesebuah

negara. (Kesimpulan) Usaha-usaha yang serius hendaklah dipertingkat untuk menarik pelaburan

asing agar hal ini akan menambahkan pelaburan ke dalam negara kita. (Huraian – Apa yang

perlu dibuat) Sekiranya pelabur asing kurang membuat pelaburan di sesebuah negara sudah

pastinya ekonomi negara tersebut sukar untuk berkembang. (Huraian – Apa kesannya) Hal ini

demikian kerana, negara-negara tersebut mengalami masalah kekurangan modal untuk

membangunkan negara mereka. (Huraian – Apa kesannya) Jadi, pihak yang bertanggungjawab

dalam bidang pelaburan ini hendaklah mencari jalan (Peribahasa) bagi menarik lebih banyak

pelabur asing untuk membuat pelaburan. (Kepentingan)

ii. KHH (Kesimpulan, Hurai, Harapan)

Perenggan Penutup Contoh 3

Kesimpulannya, semua pihak perlulah bekerjasama untuk membanteras masalah jenayah yang

berlaku di negara kita. (K) Dengan kata lain, anggota masyarakat perlulah berganding bahu

dengan pihak berkuasa iaitu melaporkan kejadian jenayah yang berlaku itu dengan segera. (H)

Dengan cara itu, masalah jenayah ini sudah pasti dapat dikurangkan dan dibanteras daripada

terus berleluasa di negara kita. (H)

Page 8: 10 Jenis Pendahuluan Karangan Umum

Teknik yang dibincangkan tadi diharapkan dapat membantu pelajar-pelajar atau calon-calon

STPM dan SPM untuk menghuraikan dan mengembangkan perenggan penutup atau kesimpulan

dengan baik. Diharapkan juga murid-murid dapat membina setiap perenggan karangan dengan

teratur dan seimbang. Perenggan pendahuluan, perenggan isi, dan perenggan kesimpulan akan

seimbang jika olahan dan huraian dirancang dengan baik dan jumlah perkataan yang dikehendaki

akan dapat dipenuhi oleh murid-murid. Selain itu murid-murid juga dinasihatkan supaya banyak

berlatih untuk mengembangkan setiap perenggan karangan supaya tidak menghadapi masalah

semasa berada di dalam dewan peperiksaan.