35
ADAB, AKHLAK DAN ETIKA DALAM ISLAM

2 Adab Akhlak Dan Etika Dalam Islam

  • Upload
    percaya

  • View
    109

  • Download
    14

Embed Size (px)

DESCRIPTION

2 Adab Akhlak Dan Etika Dalam Islam

Citation preview

  • ADAB, AKHLAK DAN ETIKA DALAM ISLAM

  • Matlamat Asas Kehidupan ManusiaMentauhidkan Allah serta mengabdikan diri kepadaNya selaras dengan kehendak syarak.Mematuhi dan menjadikan apa yang telah digariskan oleh Allah di dalam Al-Quran dan As-Sunnah sebagai garis panduan hidup.Memakmurkan bumi serta mempertingkatkan kehidupan manusia ke tahap yang paling tinggi selaras dengan pemuliaan Allah kepada manusia.

  • Tujuan Pembentukan AkhlakBerinteraksi dengan Allah melalui aqidah yang sempurna dan ibadah yang sahih.Berinteraksi dengan diri dan jiwa secara rasional, jelas & benar serta memberi komitmen yang mutlak terhadap manhaj Allah s.w.t.Berinteraksi dengan Allah melalui pelaksanaan hak kepada yang berhak berdasarkan kepertanggungjawaban akal dan syarak dengan itu mendapat redha jiwa & manusia melalui akhlak Islam.

  • Definisi AkhlakAkhlak dari segi bahasa bermaksud kebiasaan, tabiat atau maruah. Imam al-Ghazali memberi maksud istilah akhlak ialah satu sifat yang tertanam dalam jiwa yang daripadanya timbul perbuatan2 dengan mudah, dengan tidak memerlukan pertimbangan fikiran terlebih dahulu.Ibnu Maskaweh mendefinisikan akhlak ialah keadaan jiwa seseorang yang mendorong untuk melakukan perbuatan2 tanpa melalui pertimbangan fikiran terlebih dahulu.

  • Kecantikan batin akan terhasil dengan sempurna apabila asasnya baik & cantik. Asas-asas yang menjadi tonggak kepada kecantikan batin ialah:-

    Kuasa ilmu/hikmat kebaikan ilmu tercapai melalui kesusahannya untuk mengetahui dan membezakan antara benar & bohong dalam percakapan, antara hak & batil dalam iktiqad dan antara yang baik & buruk dalam perbuatan. Apabila kekuatan ilmu itu baik maka ia akan meningkat kepada peringkat hikmat. Firman Allah dan barangsiapa yang mencapai tahap hikmat maka ia akan mendapat kebaikan yang amat banyak al-Baqarah ayat 269. (hikmat ialah satu keadaan jiwa di mana menerusinya dapat mengetahui perkara yang betul dan salah bagi membuat pilihan)

  • 2. Kuasa Kemarahan kebaikan marah ialah apabila ia mengecut dan mengembang selaras dengan kehendak hikmat. Kebolehan mengurus marah dikatakan baik & berani. Jika kemarahan melampaui had dikatakan pengacau. Jika kemarahan lemah dikatakan penakut.3. Kuasa Syahwat - Kebaikannya apabila ia berada di bawah arahan hikmat iaitu arahan daripada akal dan syarak. Kebolehan mengurus syahwat dikatakan baik dan suci. Jika syahwat melampaui batas dikatakan jahat. Jika syahwat kurang dikatakan beku.4. Kuasa Keadilan iaitu mengawalselia syahwat & kemarahan di bawah arahan akal & syarak. Jika berlaku perbuatan menjangkaui batasan maka ia dikatakan zalim

  • Akhlak yang baik dan akhlak yang buruk merupakan 2 jenis tingkahlaku yang berlawanan dan lahir daripada kualiti kerohanian yang berbeza. Kedua2nya memberikan kesan secara langsung kepada kualiti kehidupan seseorang manusia dalam masyarakat. Masyarakat yang dikuasai dan dianggotai oleh nilai2 dan akhlak yang baik akan melahirkan masyarakat yang sejahtera dan sebaliknya jika masyarakat dikuasai oleh individu yang mempunyai nilai2 dan tingkahlaku yang buruk maka akan porak peranda dan kacau bilau masyarakat sekelilingnya.

  • Kesimpulannya akhlak ialah tingkahlaku yang dipengaruhi oleh nilai2 yang diyakini oleh seseorang dan sikap yang menjadi sebahagian daripada keperibadiannya. Nilai2 dan sikap itu terpancar daripada aqidahnya iaitu gambaran tentang kehidupan yang dipegang dan diyakininya.Aqidah yang benar dan gambaran tentang kehidupan yang tepat dan tidak dipengaruhi oleh kepalsuan, khurafat dan falsafah2 serta ajaran2 palsu akan menerbitkan keimanan yang sebenar.

  • Perbezaan Antara Akhlak dan PerilakuAkhlak merupakan perkara atau sifat yang maknawi(rohani) manakala perilaku merupakan terjemahan atau kesan daripada akhlak yang bersifat maknawi tadi.Kadang2 perilaku yang diterjemahkan bukannya dari akhlak yang sebenar kerana ianya dibuat2 atau ada pengaruh dari luar.Oleh yang demikian, 3 syarat utama untuk memastikan bahawa perilaku adalah terjemahan dari akhlak ialah:-1. Perlu kepada ulangan dan dilakukan secara berterusan. (Istiqomah)2. Perilaku yang diterjemahkan itu bukanlah daripada unsur luar.3. Perilaku tersebut mestilah bertepatan dengan al-Quran dan as-Sunnah.

  • Perbezaan Antara Akhlak & Etika1) Akhlak merupakan perilaku berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah manakala etika bermaksud sistem tingkahlaku manusia berdasarkan perundangan atau peraturan yang diciptakan oleh manusia.2) Akhlak mempunyai daya kekudusan dalam melakukannya manakala etika dilakukan kerana peraturan atau keadaan masyarakat berkehendakkan sedemikian dan bukanlah lahir dari keikhlasan semata-mata.3) Matlamat daripada akhlak yang baik adalah untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat manakala etika bermatlamat untuk mendapatkan keuntungan dan mengelakkan daripada kerugian.

  • 4) Prinsip akhlak dalam Islam adalah tetap dan tidak berubah2 semenjak dari zaman Rasulullah sehingga hari kiamat manakala etika berdasarkan pemikiran dan pandangan manusia sentiasa berubah mengikut tempat dan masa.5) Akhlak yang baik memberi kesan yang mendalam kepada seluruh kehidupan seseorang dari segi mental, fizikal dan rohani manakala etika memberi kesan kepada satu keadaan sahaja kerana ia berdasarkan logik akal semata2 dan bukannya atas pegangan akidah.

  • Hubungan Akhlak Dengan ImanSumber akhlak Islam ialah al-Quran dan As-Sunnah yang menjadi dasar kepada kaum muslimin dan muslimat untuk berfikir dan bertindak.Dalam surah al-Qalam ayat 4 Allah s.w.t berfirman bermaksud dan bahawa sesungguhnya engkau (Muhammad)mempunyai akhlak yang sangat2 mulia.Dalam surah An-Nahl ayat 90 Allah berfirman bermaksud Sesungguhnya Allah memerintah berlaku adil, berbuat kebaikan serta memberi bantuan kepada kaum kerabat dan melarang daripada perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman

  • Surah al-Maidah ayat 13 di mana Allah berfirman yang memberi maksud supaya orang2 Islam memberi kemaafan dan kelonggaran kepada orang yang bersalah.Surah Fussilat ayat 34 Allah berfirman yang membawa maksud supaya orang2 Islam menolak kejahatan dengan cara yang sebaik2nya.Rasulullah pula senantiasa berdoa sebagaimana diriwayatkan oleh Ahmad

    Hadith riwayat Baihaki Rasulullah s.a.w. ada menyebut bermaksud sesungguhnya aku diutuskan untuk melengkapkan akhlak yang mulia.

  • Kedudukan Akhlak Dalam IslamAkhlak mempunyai kedudukan yang tertinggi dalam kehidupan manusia asas kepada kebangkitan & kemuliaan Nabi Muhammad s.a.w. yang membawa manusia kepada kehidupan yang bertamadun.Perutusan para nabi bertujuan untuk membawa cara hidup yang bermutu dan berkualiti & cemerlang untuk menyusun kehidupan manusia.Akhlak meningkatkan cara hidup/gaya hidup seseorang manusia melalui tingkah laku yang sopan, pemakanan, menjaga kebersihan dll. Akhlak juga mengangkat darjat keimanan seseorang manusia. Surah Ar-Rad ayat 12.

  • 4. Satu cara hidup yang membawa kepada kejayaan manusia dalam melaksanakan misi & visi yang telah diamanahkan oleh Allah di atas muka bumi dengan menyebarkan perkara yang makruf dan mencegah kemungkaran.5. Akhlak ialah neraca kejayaan yang sebenar kepada seseorang manusia di akhirat malah ia juga merupakan salah satu aspek asas bagi membebaskan diri dari azab api neraka & memasuki syurga.6. Akhlak membezakan antara mereka yang baik & mulia dengan yang sebaliknya.

  • KAEDAH-KAEDAH PENINGKATAN AKHLAK1. Mengurangkan pengaruh nafsu negatif serta mengekang diri dari melakukan perbuatan yang bersifat keji.2. Berusaha untuk melakukan penyucian diri - melatih & menerapkan perkara kebaikan dengan melakukan ibadah wajib & sunat spt. Puasa, solat, zikir, membaca al-Quran dan menjauhi daripada sifat yang keji & tidak baik spt. Dengki, malas, mengumpat dll.3. Self recover iaitu menyedari & memahami terhadap kebaikan & keburukan sesuatu perbuatan yang dilakukan dan segera memperbetulkannya dengan bertaubat, memohon maaf dll.

  • AKHLAK TERHADAP SESAMA MANUSIAAl-Quran & As-Sunnah menggariskan akhlak2 mulia dalam realiti kehidupan manusia iaitu melalui persaudaraan. Surah al-Hujuraat:10 bermaksud sebenarnya orang2 yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah antara dua saudara kamuHadith riwayat Ahmad Rasulullah s.a.w. bersabda berbunyi perumpamaan orang2 yang beriman itu dari segi saling berkasih sayang dan berkasihan belas, adalah seperti jasad apabila satu anggota mengadu sakit, membawa seluruh jasad turut berjaga malam an demam.Perasaan kasih sayang yang disemai dalam diri orang2 mumin adalah sebagaimana ajaran al-Quran dan As-Sunnah.

  • Hadith riwayat at-Tirmizi Rsulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud melemparkan senyuman kepada wajah saudaramu adalah sedekahRasulullah bersabda lagi berkenaan kepentingan mengucapkan selamat atau memberi salam berbunyi ..sebarkanlah salam di kalangan kamuOrang2 Islam diingatkan supaya menyembunyikan keburukan yang dilakukan oleh seorang mumin yang lain. Hadith riwayat Muslim, Ahmad an Abu Daud yang bermaksud Sesiapa yang menutup keaiban seseorang Islam, Allah menutup keaibannya di dunia & akhiratMenjadi kewajipan orang2 Islam juga untuk memberikan nasihat & berpesan ke arah kebaikan kepada semua orang Islam.

  • AKHLAK PENENTU HUBUNGAN ANTARA MANUSIA DENGAN ALLAHMenggunakan akal, hati atau nafsu scara positif ke arah memberikan kepimpinan terhadap diri dan perkara di luar diri. Allah turunkan mukjizat yang agung iaitu al-Quran sbg petunjuk & ilmu supaya manusia terus melakukan sesuatu yang diredhai olehNya.Al-Quran juga memberikan penegasan bahawa Rasulullah pembawa rahmat bagi sekalian alam dan contoh ikutan yang mempunyai watak atau akhlak Qurani. Sesuai dengan hadith Rsulullah yang berbunyi aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak manusia

  • ETIKA KERJA DALAM ISLAMKeperluan bekerja dan berkemahiran dalam sesuatu pekerjaan sangat dituntut dalam Islam. Surah al- Jumah ayat 10 Allah berfirman bermaksud ..bila selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu bertaburan di merata tempat di muka bumi ini dan carilah sesuatu dari limpah kurniaan Allah..Bekerja ialah kewajipan sosial fardhu ain kerana manusia wajib mencari makanan & minuman untuk menjamin kesempurnaan hidup dan menjalankan tanggungjawab terhadap Allah, diri, keluarga, masyarakat & negara.

  • KONSEP BEKERJA DALAM ISLAMWajib untuk membayar hutang & menyara keluarga.Bekerja & berusaha sebagai membuktikan keimanan. Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud Sekiranya mempunyai sangka baik terhadap Allah nescaya mereka mengerjakan sesuatu yang baikPekerjaan meningkatkan martabat seseorang dan sesuatu bangsa. Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud Seseorang itu jika terus menerus meminta kelak dia akan bertemu Allah dalam keadaan wajahnya tiada seketul daging pun, ertinya dia datang kepada Allah tanpa muka, tanpa martabat, tanpa harga diri.

  • 4. Bekerja boleh menghapuskan dosa. Rasulullah bersabda berbunyi Dari sekian banyak jenis dosa, ada dosa yang tidak dapat ditebus dengan sembahyang, sedekah atau pun haji tetapi ia dapat dikikis dengan susah payah mencari rezeki5. Bekerja adalah setaraf dengan jihad. Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud Barang siapa yang bertungkus lumus mencari sara hidup keluarganya maka ia seperti mujahid fi sabilillah.6. Bekerja hendaklah dengan niat yang baik dan halal. Hadith terkenal Rasulullah bermaksud Setiap perbuatan atau pekerjaan akan dinilai berdasarkan niat & Allah suka melihat hambaNya bersusah payah mencari rezeki yang halal.

  • 7. Ganjaran dan perolehan adalah melalui usaha & kerja. Surah al-Baqarah ayat 281 Allah berfirman yang bermaksud Seseorang itu akan mendapat habuan berdasarkan usahanya8. Pekerjaan yang haram mencelakan seseorang di dunia & di akhirat. Sabda Rasulullah yang bermaksud Orang yang paling menyesal kerugian pada hari kiamat kelak ialah orang yang mendapat sara hidup dan rezeki yang tidak halal, sehingga dia masuk bersama2 hamba tersebut ke dalam neraka.

  • ADAB PERGAULAN DALAM MASYARAKAT1. Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud Hak orang Islam atas orang Islam ada 6 perkara. Apabila bertemu hendaklah ucapkan salam, apabila dia memanggil hendaklah memperkenankan, apabila dia meminta nasihat hendaklah memberi nasihat, apabila dia bersin dengan memuji Allah maka hendaklah mohonnkan rahmat buatnya, apabila dia sakit hendaklah ziarahi dan apabila dia meninggal hendaklah hantarkan jenazahnya ke kubur.2. Sabda Rasulullah lagi bermaksud Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga ia menyintai saudaranya apa yang dia cintai buat dirinya sendiri.3. Sabda Rasulullah lagi bermaksud orang mukmin terhadap mukmin adalah laksana satu bangunan rumah, di mana satu bahagian menguatkan bahagian yang lain.4. Rasulullah s.a.w. juga bersabda bermaksud Dan Allah selalu menolong hambaNya selagi hamba itu mahu menolong saudaranya

  • Adab Dalam Memilih Sahabatakal, budi pekerti yang baik, tidak fasik & tidak tamak.Allah s.w.t mengingatkan dalam al-Quran Surah al-Kahfi:28 yang bermaksud Dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati & mematuhi pengajaran Kami di dalam A-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya.Alqamah pernah memberikan wasiat kepada puteranya dengan berkata Wahai anakku, jikalau engkau merasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka pilihlah yang mempunyai sifat2 ini iaitu jikalau engkau melayaninya ia suka melindungimu, jikalau engkau bersahabat dengannya ia akan merupakan hiasan bagi dirimu dan jika engkau dalam keadaan kekurangan nafkah ia mencukupi keperluanmu-(rujuk buku Ihya Ulumuddin m/s.466-468)

  • Adab Sopan Pergaulan Dengan Seluruh LapisanMasyarakat.Hadapi kawan / musuh dgn wajah gembira & penuh kerelaan, kesopanan & ketenangan. Jangan menampakkan wajah angkuh/sombong. Jangan gemar melihat ke kanan & kiri dan terlampau tajam melihat orang lain. Duduk dalam keadaan tenang.Jangan sesekali silangkan jari2 tanganmu dicelah2 jari tangan yang lain dan jangan bermain dengan misai, janggut, cincin. Jangan cungkil gigi dan memasukkan jari dalam lubang hidung di hadapan orang atau ketika bersolat.Bertutur dan berbicara dengan penuh tata tertib dan dengarlah percakapan orang di hadapanmu dengan hati2 tanpa menunjukkan kehairanan.

  • 5. Jangan bercakap sesuatu yang membanggakan diri sendiri, anak2 atau sesuatu yang menjadi kebanggaan pada diri sendiri.6. Jangan engkau bersikap bodoh sebagaimana seorang hamba sahaya dan jangan terlampau mengharap dalam meminta sesuatu yang engkau perlukan.7. Hindarkan sikap keras hati dan suka bertegang urat kerana kebaikannnya amat sedikit berbanding keburukannya sebaliknya jikalau perlu bersikap lemah lembut dan mengalah maka lakukanlah tanpa menunjukkan sifat lemah dan daif.8. Jangan beritahu berapa jumlah harta simpananmu kepada keluarga atau orang lain kerana sekiranya diketahui hartamu sedikit engkau akan dihina sebaliknya jika hartamu banyak tentu mereka merasa kurang senang.

  • 9. Jikalau berdebat berpeganglah dengan kesopanan. Jauhkanlah sikap tergesa2 dan banyak berisyarat dengan menggunakan tangan. Sekiranya sedang marah, maka diamlah dahulu dan apabila reda ucaplah isi hati dengan baik.10. Jangan jadikan harta itu dianggap lebih mulia daripada kehormatan diri.11. Jikalau memasuki persidangan/majlis hendaklah mengucapkan salam dahulu kepada orang2 yang telah hadir. Duduklah dimana2 tempat kosong dan rendahkan lah diri dan jabatlah tangan orang yang duduk disebelah setelah memberi salam.

  • 12. Jauhilah duduk berbual di jalanan tetapi sekiranya terpaksa maka penuhilah hak2 jalanspt menjaga pandangan mata, menolong orang yg dianiaya, menunjukkan jalan kepada orag yg tersesat, menjawab salam, mengajak ke arah kebaikan, tidak meludah merata-rata dan jangan meludah ke arah kiblat.13. Jangan suka bergurau senda dengan orang yang bijak dan tidak juga dengan orang yang kurang akalnya.14. Apabila dalam sesuatu majlis itu banyaknya gurau senda maka sebaiknya sewaktu berdiri meninggalkan majlis hendaklah ingat dan berzikir kepada Allah.15. Jangan menganggap rendah, kecil, atau hina kepada sesiapapun baik yang masih hidup atau telah mati.16. Jangan menilai seseorang itu berdasarkan hartanya atau keadaan keduniaan yang dimilikinya.

  • Adab-Adab TakziahSelalu merendah diri.Menunjukkan perasaan simpati dan dukacita.Bersama-sama berkabung.Mengurangkan percakapan.Tidak tersenyum-senyum.Adab Menghantar JenazahBersikap tenang, sopan dan tidak mengenang-ngenang keadaan mayat.Berfikir tentang kematian dan bersiap sedia menghadapinya.Berniat untuk memperbanyakkkan amalan soleh dan terus melaksanakannya. 4. Mempercepatkan pengebumian jenazah adalah sunat.

  • Hak-Hak JiranHendaklah mendahulukan ucapan salam kepadanya setiap kali bertemu.Jangan terlalu banyak bertanya keadaannya sehari-hari.Ziarahilah jika diri & keluarganya ditimpa musibah atau sakit.Tunjukkan simpati dan berikan pertolongan walaupun tidak diminta.Menyatakan perasaan gembira apabila memperoleh kesenangan atau kurniaan dari Allah.Ampunilah segala kesalahannya apalagi yang tidak disengajakannya.Jangan mengintai kecacatan atau keburukannya.Jangan buat sesuatu yang tidak menyenangkannya.

  • 9. Jangan menyempitkan jalan menuju ke rumahnya.10. Jangan mengintai2 apa yang dibawa olehnya ke dalam rumah.11. Tutuplah kecacatan yang kamu nampak dan janganlah hebohkan pada sesiapapun.12. Berikanlah ia semangat untuk terus berusaha menghadapi kesukaran.13. Jangan mendengar kata2 orang lain yang mengeji dirinya seperti umpatan dll.14. Tundukkanlah matamu sewaktu melihat isterinya.15. Bersikap lemah lembut terhadap anaknya baik dalam percakapan dan perbuatan.16. Tunjukkanlah sesuatu yang tidak diketahui olehnya baik dalam urusn dunia dan akhirat.

  • Imam al-Ghazali, Ihya Ulumuddin, Jil.2 hlm 190, dinukilkan daripada Dr. Ahmad Shalaby, Kehidupan Sosial Dalam Pemikiran Islam, hlm. 268-269. Imam al-Ghazali menegaskan bahawa hak jiran adalah seperti berikut;Hendaklah seseorang itu memulakan memberi salam kepad jirannyaMelawatnya ketika sakitMemberi taziyah dalam musibah dan turut sama menanggungnya Memberi tahniah dalam kegembiraanya dan turut sama menikmatinyaMemaafkan segala kekhilafanTidak menggangu ahli rumahnyaTidak menghalangnya berjalan ke rumahnyaMenutup daripada apa yang tersingkap daripada kesalahan-kesalahan.

  • Mengawal rumahnya apabila dia tiada Jangan mendengar kata-kata buruk mengenai dirinyaBerlemah-lembut kepada anak-anaknya dan mengajarkan perkara-perkara berkenaan ad-Din dan dunia yang tidak diketahuinya

    Imam al-Ghazali juga menegaskan; Jiran yang miskin akan berpaut dileher jirannya yang kaya pada Hari Kiamat seraya berkata:Tuhanku, tanyalah orang ini mengapa dia enggan menolongku dan menutup pintunya kepadaku ketika perutnya kenyang padahal aku selalu sahaja lapar.

  • KEUNIKAN & KEISTIMEWAAN AKHLAK ISLAMBeralasan dan mudah difahami berdasarkan logik akal.Bersifat sejagat iaitu penetapan hukum adalah sama tanpa mengira bangsa, keturunan atau agama.Sesuai dengan fitrah dan naluri manusia demi kepentingan masyarakat keseluruhannya.Memelihara realiti iaitu mampu dilaksanakan oleh semua lapisan masyarakat dan adanya tolak ansur dan penerimaan hakikat.Bersifat positif bagi pengamal akhlak Islam iaitu mendapat kekuatan dan menentang kelemahan.Lengkap & menyeluruh.Seimbang antara roh, jasad, dunia, akhirat, realiti & idealistik.