33
ADAB, AKHLAK DAN ETIKA DALAM ISLAM

2 adab, akhlak dan etika dalam islam

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: 2 adab, akhlak dan etika dalam islam

ADAB, AKHLAK DAN ETIKA DALAM

ISLAM

Page 2: 2 adab, akhlak dan etika dalam islam

Matlamat Asas Kehidupan Manusia

• Mentauhidkan Allah serta mengabdikan dirikepadaNya selaras dengan kehendak syarak.

• Mematuhi dan menjadikan apa yang telahdigariskan oleh Allah di dalam Al-Quran dan As-Sunnah sebagai garis panduan hidup.

• Memakmurkan bumi serta mempertingkatkankehidupan manusia ke tahap yang paling tinggiselaras dengan pemuliaan Allah kepadamanusia.

Page 3: 2 adab, akhlak dan etika dalam islam

Tujuan Pembentukan Akhlak

1. Berinteraksi dengan Allah melalui aqidah yang sempurna dan ibadah yang sahih.

2. Berinteraksi dengan diri dan jiwa secara rasional, jelas & benar serta memberi komitmen yang mutlak terhadap manhaj Allah s.w.t.

3. Berinteraksi dengan Allah melalui pelaksanaan hak kepada yang berhak berdasarkan kepertanggungjawaban akal dan syarak –dengan itu mendapat redha jiwa & manusia melalui akhlak Islam.

Page 4: 2 adab, akhlak dan etika dalam islam

Definisi Akhlak• Akhlak dari segi bahasa bermaksud

kebiasaan, tabiat atau maruah.

• Imam al-Ghazali memberi maksud istilahakhlak ialah satu sifat yang tertanam dalamjiwa yang daripadanya timbul perbuatan2 dengan mudah, dengan tidak memerlukanpertimbangan fikiran terlebih dahulu.

• Ibnu Maskaweh mendefinisikan akhlak ialahkeadaan jiwa seseorang yang mendoronguntuk melakukan perbuatan2 tanpa melaluipertimbangan fikiran terlebih dahulu.

Page 5: 2 adab, akhlak dan etika dalam islam

• Kecantikan batin akan terhasil dengan sempurna apabilaasasnya baik & cantik. Asas-asas yang menjadi tonggakkepada kecantikan batin ialah:-

1. Kuasa „ilmu‟/‟hikmat‟ – kebaikan ilmu tercapai melaluikesusahannya untuk mengetahui dan membezakanantara benar & bohong dalam percakapan, antara hak & batil dalam iktiqad dan antara yang baik & buruk dalamperbuatan. Apabila kekuatan ilmu itu baik maka ia akanmeningkat kepada peringkat „hikmat‟. Firman Allah “ dan barangsiapa yang mencapai tahap hikmat maka iaakan mendapat kebaikan yang amat banyak” al-Baqarahayat 269.

(„hikmat‟ ialah satu keadaan jiwa di mana menerusinyadapat mengetahui perkara yang betul dan salah bagimembuat pilihan)

Page 6: 2 adab, akhlak dan etika dalam islam

2. Kuasa „Kemarahan‟ – kebaikan marah ialah apabila iamengecut dan mengembang selaras dengan kehendakhikmat. Kebolehan mengurus marah – dikatakan baik & berani. Jika kemarahan melampaui had – dikatakanpengacau. Jika kemarahan lemah – dikatakan penakut.

3. Kuasa „Syahwat‟ - Kebaikannya apabila ia berada dibawah arahan „hikmat‟ – iaitu arahan daripada akal dansyarak. Kebolehan mengurus syahwat dikatakan baikdan suci. Jika syahwat melampaui batas dikatakan jahat. Jika syahwat kurang dikatakan beku.

4. Kuasa „Keadilan‟ – iaitu mengawalselia syahwat & kemarahan di bawah arahan akal & syarak. Jika berlakuperbuatan menjangkaui batasan maka ia dikatakan zalim

Page 7: 2 adab, akhlak dan etika dalam islam

• Kesimpulannya akhlak ialah tingkahlakuyang dipengaruhi oleh nilai2 yang diyakinioleh seseorang dan sikap yang menjadisebahagian daripada keperibadiannya. Nilai2 dan sikap itu terpancar daripadaaqidahnya iaitu gambaran tentangkehidupan yang dipegang dan diyakininya.

• Aqidah yang benar dan gambaran tentangkehidupan yang tepat dan tidakdipengaruhi oleh kepalsuan, khurafat danfalsafah2 serta ajaran2 palsu akanmenerbitkan keimanan yang sebenar.

Page 8: 2 adab, akhlak dan etika dalam islam

• Akhlak yang baik dan akhlak yang burukmerupakan 2 jenis tingkahlaku yang berlawanandan lahir daripada kualiti kerohanian yang berbeza. Kedua2nya memberikan kesan secaralangsung kepada kualiti kehidupan seseorangmanusia dalam masyarakat.

• Masyarakat yang dikuasai dan dianggotai olehnilai2 dan akhlak yang baik akan melahirkanmasyarakat yang sejahtera dan sebaliknya jikamasyarakat dikuasai oleh individu yang mempunyai nilai2 dan tingkahlaku yang burukmaka akan porak peranda dan kacau bilaumasyarakat sekelilingnya.

Page 9: 2 adab, akhlak dan etika dalam islam

Perbezaan Antara Akhlak dan Perilaku• Akhlak merupakan perkara atau sifat yang

maknawi(rohani) manakala perilaku merupakanterjemahan atau kesan daripada akhlak yang bersifatmaknawi tadi.

• Kadang2 perilaku yang diterjemahkan bukannya dariakhlak yang sebenar kerana ianya dibuat2 atau adapengaruh dari luar.

• Oleh yang demikian, 3 syarat utama untukmemastikan bahawa perilaku adalah terjemahan dariakhlak ialah:-

• 1. Perlu kepada ulangan dan dilakukan secaraberterusan. (Istiqomah)

• 2. Perilaku yang diterjemahkan itu bukanlah daripadaunsur luar.

• 3. Perilaku tersebut mestilah bertepatan dengan al-Quran dan as-Sunnah.

Page 10: 2 adab, akhlak dan etika dalam islam

Perbezaan Antara Akhlak & Etika

1) Akhlak merupakan perilaku berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah manakala etika bermaksud sistemtingkahlaku manusia berdasarkan perundanganatau peraturan yang diciptakan oleh manusia.

2) Akhlak mempunyai daya kekudusan dalammelakukannya manakala etika dilakukan keranaperaturan atau keadaan masyarakatberkehendakkan sedemikian dan bukanlah lahirdari keikhlasan semata-mata.

3) Matlamat daripada akhlak yang baik adalah untukmencapai kebahagiaan di dunia dan akhiratmanakala etika bermatlamat untuk mendapatkankeuntungan dan mengelakkan daripada kerugian.

Page 11: 2 adab, akhlak dan etika dalam islam

4) Prinsip akhlak dalam Islam adalah tetap dantidak berubah2 semenjak dari zamanRasulullah sehingga hari kiamat manakalaetika berdasarkan pemikiran dan pandanganmanusia sentiasa berubah mengikut tempatdan masa.

5) Akhlak yang baik memberi kesan yang mendalam kepada seluruh kehidupanseseorang dari segi mental, fizikal dan rohanimanakala etika memberi kesan kepada satukeadaan sahaja kerana ia berdasarkan logikakal semata2 dan bukannya atas peganganakidah.

Page 12: 2 adab, akhlak dan etika dalam islam

Hubungan Akhlak Dengan Iman• Sumber akhlak Islam ialah al-Quran dan As-

Sunnah yang menjadi dasar kepada kaummuslimin dan muslimat untuk berfikir danbertindak.

• Dalam surah al-Qalam ayat 4 Allah s.w.t berfirmanbermaksud “ dan bahawa sesungguhnya engkau(Muhammad)mempunyai akhlak yang sangat2 mulia”.

• Dalam surah An-Nahl ayat 90 Allah berfirmanbermaksud “Sesungguhnya Allah memerintahberlaku adil, berbuat kebaikan serta memberibantuan kepada kaum kerabat dan melarangdaripada perbuatan yang keji dan mungkar sertakezaliman”

Page 13: 2 adab, akhlak dan etika dalam islam

• Surah al-Maidah ayat 13 di mana Allah berfirman yang memberi maksud supaya orang2 Islam memberikemaafan dan kelonggaran kepada orang yang bersalah.

• Surah Fussilat ayat 34 Allah berfirman yang membawamaksud supaya orang2 Islam menolak kejahatan dengancara yang sebaik2nya.

• Rasulullah pula senantiasa berdoa sebagaimanadiriwayatkan oleh Ahmad

• Hadith riwayat Baihaki Rasulullah s.a.w. ada menyebutbermaksud sesungguhnya aku diutuskan untukmelengkapkan akhlak yang mulia.

Page 14: 2 adab, akhlak dan etika dalam islam

Kedudukan Akhlak Dalam Islam

1. Akhlak mempunyai kedudukan yang tertinggi dalam kehidupan manusia – asas kepada kebangkitan & kemuliaan Nabi Muhammad s.a.w. yang membawa manusia kepada kehidupan yang bertamadun.

2. Perutusan para nabi bertujuan untuk membawa cara hidup yang bermutu dan berkualiti & cemerlang untuk menyusun kehidupan manusia.

3. Akhlak meningkatkan cara hidup/gaya hidup seseorang manusia melalui tingkah laku yang sopan, pemakanan, menjaga kebersihan dll. Akhlak juga mengangkat darjat keimanan seseorang manusia. Surah Ar-Ra‟d ayat 12.

Page 15: 2 adab, akhlak dan etika dalam islam

4. Satu cara hidup yang membawa kepada kejayaan manusia dalam melaksanakan misi & visi yang telah diamanahkan oleh Allah di atas muka bumi dengan menyebarkan perkara yang makruf dan mencegah kemungkaran.

5. Akhlak ialah neraca kejayaan yang sebenar kepada seseorang manusia di akhirat malah ia juga merupakan salah satu aspek asas bagi membebaskan diri dari azab api neraka & memasuki syurga.

6. Akhlak membezakan antara mereka yang baik & mulia dengan yang sebaliknya.

Page 16: 2 adab, akhlak dan etika dalam islam

KAEDAH-KAEDAH PENINGKATAN AKHLAK

1. Mengurangkan pengaruh nafsu negatif sertamengekang diri dari melakukan perbuatan yang bersifat keji.

2. Berusaha untuk melakukan penyucian diri -melatih & menerapkan perkara kebaikan denganmelakukan ibadah wajib & sunat spt. Puasa, solat, zikir, membaca al-Quran dan menjauhidaripada sifat yang keji & tidak baik spt. Dengki, malas, mengumpat dll.

3. „Self recover‟ iaitu menyedari & memahamiterhadap kebaikan & keburukan sesuatuperbuatan yang dilakukan dan segeramemperbetulkannya dengan bertaubat, memohon maaf dll.

Page 17: 2 adab, akhlak dan etika dalam islam

AKHLAK TERHADAP SESAMA MANUSIA• Al-Quran & As-Sunnah menggariskan akhlak2 mulia

dalam realiti kehidupan manusia iaitu melaluipersaudaraan. Surah al-Hujuraat:10 bermaksud“sebenarnya orang2 yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah antara dua saudara kamu”

• Hadith riwayat Ahmad Rasulullah s.a.w. bersabdaberbunyi “perumpamaan orang2 yang beriman itu darisegi saling berkasih sayang dan berkasihan belas, adalahseperti jasad apabila satu anggota mengadu sakit, membawa seluruh jasad turut berjaga malam an demam”.

• Perasaan kasih sayang yang disemai dalam diri orang2 mu‟min adalah sebagaimana ajaran al-Quran dan As-Sunnah.

Page 18: 2 adab, akhlak dan etika dalam islam

• Hadith riwayat at-Tirmizi Rsulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud “ melemparkan senyuman kepada wajahsaudaramu adalah sedekah”

• Rasulullah bersabda lagi berkenaan kepentinganmengucapkan selamat atau memberi salam berbunyi“..sebarkanlah salam di kalangan kamu”

• Orang2 Islam diingatkan supaya menyembunyikankeburukan yang dilakukan oleh seorang mu‟min yang lain. Hadith riwayat Muslim, Ahmad an Abu Daud yang bermaksud “Sesiapa yang menutup keaiban seseorangIslam, Allah menutup keaibannya di dunia & akhirat”

• Menjadi kewajipan orang2 Islam juga untukmemberikan nasihat & berpesan ke arah kebaikankepada semua orang Islam.

Page 19: 2 adab, akhlak dan etika dalam islam

AKHLAK PENENTU HUBUNGAN ANTARA MANUSIA DENGAN ALLAH

• Menggunakan akal, hati atau nafsu scara positif ke arah memberikan kepimpinan terhadap diri dan perkara di luar diri. Allah turunkan mukjizat yang agung iaitu al-Quran sbg petunjuk & ilmu supaya manusia terus melakukan sesuatu yang diredhai olehNya.

• Al-Quran juga memberikan penegasan bahawa Rasulullah pembawa rahmat bagi sekalian alam dan contoh ikutan yang mempunyai watak atau akhlak Qurani. Sesuai dengan hadith Rsulullah yang berbunyi “aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak manusia”

Page 20: 2 adab, akhlak dan etika dalam islam

ETIKA KERJA DALAM ISLAM

• Keperluan bekerja dan berkemahiran dalamsesuatu pekerjaan sangat dituntut dalam Islam. Surah al- Jum‟ah ayat 10 Allah berfirmanbermaksud “..bila selesai mengerjakansembahyang, maka hendaklah kamu bertaburandi merata tempat di muka bumi ini dan carilahsesuatu dari limpah kurniaan Allah..”

• Bekerja ialah kewajipan sosial – fardhu ainkerana manusia wajib mencari makanan & minuman untuk menjamin kesempurnaan hidupdan menjalankan tanggungjawab terhadapAllah, diri, keluarga, masyarakat & negara.

Page 21: 2 adab, akhlak dan etika dalam islam

KONSEP BEKERJA DALAM ISLAM

1. Wajib untuk membayar hutang & menyara keluarga.

2. Bekerja & berusaha sebagai membuktikan keimanan. Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud “Sekiranya mempunyai sangka baik terhadap Allah nescaya mereka mengerjakan sesuatu yang baik”

3. Pekerjaan meningkatkan martabat seseorang dan sesuatu bangsa. Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud “Seseorang itu jika terus menerus meminta kelak dia akan bertemu Allah dalam keadaan wajahnya tiada seketul daging pun, ertinya dia datang kepada Allah tanpa muka, tanpa martabat, tanpa harga diri”.

Page 22: 2 adab, akhlak dan etika dalam islam

4. Bekerja boleh menghapuskan dosa. Rasulullahbersabda berbunyi “Dari sekian banyak jenis dosa, adadosa yang tidak dapat ditebus dengan sembahyang, sedekah atau pun haji tetapi ia dapat dikikis dengansusah payah mencari rezeki”

5. Bekerja adalah setaraf dengan jihad. Rasulullah s.a.wbersabda bermaksud “Barang siapa yang bertungkuslumus mencari sara hidup keluarganya maka ia sepertimujahid fi sabilillah”.

6. Bekerja hendaklah dengan niat yang baik dan halal. Hadith terkenal Rasulullah bermaksud “Setiapperbuatan atau pekerjaan akan dinilai berdasarkanniat” & “Allah suka melihat hambaNya bersusah payahmencari rezeki yang halal”.

Page 23: 2 adab, akhlak dan etika dalam islam

7. Ganjaran dan perolehan adalah melalui usaha & kerja. Surah al-Baqarah ayat 281 Allah berfirman yang bermaksud “Seseorang itu akan mendapat habuanberdasarkan usahanya…”

8. Pekerjaan yang haram mencelakan seseorang di dunia& di akhirat. Sabda Rasulullah yang bermaksud “Orangyang paling menyesal kerugian pada hari kiamat kelakialah orang yang mendapat sara hidup dan rezeki yang tidak halal, sehingga dia masuk bersama2 hambatersebut ke dalam neraka”.

Page 24: 2 adab, akhlak dan etika dalam islam

ADAB PERGAULAN DALAM MASYARAKAT

1. Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud “Hak orang Islam atas orangIslam ada 6 perkara. Apabila bertemu hendaklah ucapkan salam, apabila dia memanggil hendaklah memperkenankan, apabila diameminta nasihat hendaklah memberi nasihat, apabila dia bersindengan memuji Allah maka hendaklah mohonnkan rahmat buatnya, apabila dia sakit hendaklah ziarahi dan apabila dia meninggalhendaklah hantarkan jenazahnya ke kubur”.

2. Sabda Rasulullah lagi bermaksud “Tidak sempurna iman seseorangdaripada kamu sehingga ia menyintai saudaranya apa yang diacintai buat dirinya sendiri”.

3. Sabda Rasulullah lagi bermaksud “orang mukmin terhadapmukmin adalah laksana satu bangunan rumah, di mana satubahagian menguatkan bahagian yang lain”.

4. Rasulullah s.a.w. juga bersabda bermaksud “Dan Allah selalumenolong hambaNya selagi hamba itu mahu menolong saudaranya”

Page 25: 2 adab, akhlak dan etika dalam islam

Adab Dalam Memilih Sahabat

• akal, budi pekerti yang baik, tidak fasik & tidak tamak.

• Allah s.w.t mengingatkan dalam al-Quran Surah al-Kahfi:28 yang bermaksud “Dan janganlah engkaumematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalaidaripada mengingati & mematuhi pengajaran Kami didalam A-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya”.

• „Alqamah pernah memberikan wasiat kepada puteranyadengan berkata “Wahai anakku, jikalau engkau merasaperlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka pilihlahyang mempunyai sifat2 ini iaitu jikalau engkaumelayaninya ia suka melindungimu, jikalau engkaubersahabat dengannya ia akan merupakan hiasan bagidirimu dan jika engkau dalam keadaan kekurangannafkah ia mencukupi keperluanmu…”-(rujuk buku Ihya‟ Ulumuddin m/s.466-468)

Page 26: 2 adab, akhlak dan etika dalam islam

Adab Sopan Pergaulan Dengan Seluruh Lapisan

Masyarakat.

1. Hadapi kawan / musuh dgn wajah gembira & penuhkerelaan, kesopanan & ketenangan. Janganmenampakkan wajah angkuh/sombong.

2. Jangan gemar melihat ke kanan & kiri dan terlampautajam melihat orang lain. Duduk dalam keadaan tenang.

3. Jangan sesekali silangkan jari2 tanganmu dicelah2 jaritangan yang lain dan jangan bermain dengan misai, janggut, cincin. Jangan cungkil gigi dan memasukkanjari dalam lubang hidung di hadapan orang atau ketikabersolat.

4. Bertutur dan berbicara dengan penuh tata tertib dandengarlah percakapan orang di hadapanmu denganhati2 tanpa menunjukkan kehairanan.

Page 27: 2 adab, akhlak dan etika dalam islam

5. Jangan bercakap sesuatu yang membanggakan dirisendiri, anak2 atau sesuatu yang menjadi kebanggaanpada diri sendiri.

6. Jangan engkau bersikap bodoh sebagaimana seoranghamba sahaya dan jangan terlampau mengharap dalammeminta sesuatu yang engkau perlukan.

7. Hindarkan sikap keras hati dan suka bertegang uratkerana kebaikannnya amat sedikit berbandingkeburukannya sebaliknya jikalau perlu bersikap lemahlembut dan mengalah maka lakukanlah tanpamenunjukkan sifat lemah dan daif.

8. Jangan beritahu berapa jumlah harta simpananmukepada keluarga atau orang lain kerana sekiranyadiketahui hartamu sedikit engkau akan dihina sebaliknyajika hartamu banyak tentu mereka merasa kurangsenang.

Page 28: 2 adab, akhlak dan etika dalam islam

9. Jikalau berdebat berpeganglah dengan kesopanan. Jauhkanlah sikap tergesa2 dan banyak berisyarat denganmenggunakan tangan. Sekiranya sedang marah, makadiamlah dahulu dan apabila reda ucaplah isi hati denganbaik.

10. Jangan jadikan harta itu dianggap lebih mulia daripadakehormatan diri.

11. Jikalau memasuki persidangan/majlis hendaklahmengucapkan salam dahulu kepada orang2 yang telahhadir. Duduklah dimana2 tempat kosong dan rendahkanlah diri dan jabatlah tangan orang yang duduk disebelahsetelah memberi salam.

Page 29: 2 adab, akhlak dan etika dalam islam

12. Jauhilah duduk berbual di jalanan tetapi sekiranyaterpaksa maka penuhilah hak2 jalanspt menjagapandangan mata, menolong orang yg dianiaya, menunjukkan jalan kepada orag yg tersesat, menjawabsalam, mengajak ke arah kebaikan, tidak meludahmerata-rata dan jangan meludah ke arah kiblat.

13. Jangan suka bergurau senda dengan orang yang bijakdan tidak juga dengan orang yang kurang akalnya.

14. Apabila dalam sesuatu majlis itu banyaknya gurausenda maka sebaiknya sewaktu berdiri meninggalkanmajlis hendaklah ingat dan berzikir kepada Allah.

15. Jangan menganggap rendah, kecil, atau hina kepadasesiapapun baik yang masih hidup atau telah mati.

16. Jangan menilai seseorang itu berdasarkan hartanyaatau keadaan keduniaan yang dimilikinya.

Page 30: 2 adab, akhlak dan etika dalam islam

Adab-Adab Takziah

1. Selalu merendah diri.

2. Menunjukkan perasaan simpati dan dukacita.

3. Bersama-sama berkabung.

4. Mengurangkan percakapan.

5. Tidak tersenyum-senyum.

Adab Menghantar Jenazah

1. Bersikap tenang, sopan dan tidak mengenang-ngenangkeadaan mayat.

2. Berfikir tentang kematian dan bersiap sediamenghadapinya.

3. Berniat untuk memperbanyakkkan amalan soleh danterus melaksanakannya.

4. 4. Mempercepatkan pengebumian jenazah adalah sunat.

Page 31: 2 adab, akhlak dan etika dalam islam

Hak-Hak Jiran

1. Hendaklah mendahulukan ucapan salam kepadanyasetiap kali bertemu.

2. Jangan terlalu banyak bertanya keadaannya sehari-hari.

3. Ziarahilah jika diri & keluarganya ditimpa musibah atausakit.

4. Tunjukkan simpati dan berikan pertolongan walaupuntidak diminta.

5. Menyatakan perasaan gembira apabila memperolehkesenangan atau kurniaan dari Allah.

6. Ampunilah segala kesalahannya apalagi yang tidakdisengajakannya.

7. Jangan mengintai kecacatan atau keburukannya.

8. Jangan buat sesuatu yang tidak menyenangkannya.

Page 32: 2 adab, akhlak dan etika dalam islam

9. Jangan menyempitkan jalan menuju ke rumahnya.

10. Jangan mengintai2 apa yang dibawa olehnya ke dalamrumah.

11. Tutuplah kecacatan yang kamu nampak dan janganlahhebohkan pada sesiapapun.

12. Berikanlah ia semangat untuk terus berusahamenghadapi kesukaran.

13. Jangan mendengar kata2 orang lain yang mengejidirinya seperti umpatan dll.

14. Tundukkanlah matamu sewaktu melihat isterinya.

15. Bersikap lemah lembut terhadap anaknya baik dalampercakapan dan perbuatan.

16. Tunjukkanlah sesuatu yang tidak diketahui olehnya baikdalam urusn dunia dan akhirat.

Page 33: 2 adab, akhlak dan etika dalam islam

KEUNIKAN & KEISTIMEWAAN AKHLAK ISLAM

1. Beralasan dan mudah difahami berdasarkan logik akal.

2. Bersifat sejagat iaitu penetapan hukum adalah sama tanpa mengira bangsa, keturunan atau agama.

3. Sesuai dengan fitrah dan naluri manusia demi kepentingan masyarakat keseluruhannya.

4. Memelihara realiti iaitu mampu dilaksanakan oleh semua lapisan masyarakat dan adanya tolak ansur dan penerimaan hakikat.

5. Bersifat positif bagi pengamal akhlak Islam iaitu mendapat kekuatan dan menentang kelemahan.

6. Lengkap & menyeluruh.

7. Seimbang antara roh, jasad, dunia, akhirat, realiti & idealistik.