20140310100355Modul KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

  • Upload
    pgb9049

  • View
    58

  • Download
    0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

modul

Citation preview

  • Pusat Program Luar

    Modul Pendidikan Jarak Jauh

    KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

    Mahizer bin Hamzah

    Abdul Talib bin Mohamed Hashim

    Noraini binti Mohamed Noh

    Norazilawati binti Abdullah

  • KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

    PENULIS MODUL

    MAHIZER BIN HAMZAH

    ABDUL TALIB BIN MOHAMED HASHIM

    NORAINI BINTI MOHAMED NOH

    NORAZILAWATI BINTI ABDULLAH

  • iKRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

    ISI KANDUNGAN

    Unit Topik Halaman Unit 1

    Pengenalan kepada Penyelidikan Sekolah Rendah

    1

    Unit 2

    Penyelidikan Kuantitatif

    17

    Unit 3

    Penyelidikan Kualitatif

    31

    Unit 4

    Teori dan Masalah Kajian

    45

    Unit 5

    Tinjauan Literatur

    63

    Unit 6

    Persampelan

    75

    Unit 7

    Paradigma dan Kaedah Kajian

    87

    Unit 8

    Analisis Data

    125

    Unit 9

    Dapatan Kajian dan Perbincangan

    147

    Unit 10

    Menghasilkan Proposal Penyelidikan

    165

  • iKRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

    PANDUAN KURSUS PENGENALAN

    KRL 3033 (Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah) adalah kursus

    yang perlu diambil oleh pelajar yang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda

    Pendidikan (Pendidikan Sekolah Rendah). Kursus ini ditawarkan oleh Fakulti

    Pendidikan dan Pembangunan Manusia. Kursus yang bernilai tiga (3) jam kredit ini

    mendedahkan kepada pelajar tentang kemahiran asas penyelidikan dalam pendidikan

    sekolah rendah.

    SINOPSIS KURSUS

    Kursus ini memberi pendedahan mendalam tentang kemahiran asas dalam

    penyelidikan yang berkaitan dengan bidang pendidikan. Penekanan diberikan kepada

    penelitian teori-teori yang relevan menjadi asas kepada penyelidikan dalam bidang

    pendidikan sekolah rendah. Kemahiran asas seperti mengenal pasti masalah kajian,

    pemilihan sampel, kaedah kajian terpilih, analisis data dan menulis laporan. Akhirnya

    pelajar dapat membina satu proposal penyelidikan yang lengkap dan kemas.

    HASIL PEMBELAJARAN

    Hasil pembelajaran kursus ini ialah seperti berikut:

    1. Menjelaskan perspektif dan teori penyelidikan dalam bidang pendidikan sekolah

    rendah.

    2. Menguraikan pemilihan masalah kajian, prosedur kajian dan persampelan.

    3. Membuat pemilihan kaedah kajian yang sesuai dalam bidang pendidikan sekolah

    rendah.

    4. Menjalankan dan membudayakan amalan penyelidikan dalam pendidikan.

    5. Menunjukan cara penganalisisan data.

    6. Menghasilkan proposal yang sesuai untuk tujuan penyelidikan.

  • ii Panduan Kursus

    TOPIK Kursus ini mengandungi 10 topik utama, berkaitan dengan pengenalan kepada

    penyelidikan pendidikan sekolah rendah, penyelidikan kuantitatif, penyelidikan kualitatif,

    teori dan masalah kajian, tinjauan literatur, persampelan, paradigma dan kaedah kajian,

    analisis data, dapatan dan perbincangan, dan menghasilkan proposal penyelidikan.

    PANDUAN PENGGUNAAN MODUL Terdapat sepuluh unit pembelajaran yang terkandung dalam modul ini yang ditulis oleh

    penulis modul yang tertentu. Setiap unit dalam modul ini menjelas dan membincangkan

    topik dan subtopik yang relevan dengan kandungan kursus. Hasil pembelajaran yang

    diharapkan daripada setiap unit dinyatakan. Peta konsep topik dan subtopik yang

    terkandung dalam setiap unit juga dipaparkan sebagai gambaran awal berkaitan topik

    dan subtopik yang dibincangkan. Setiap unit dalam modul ini juga memaparkan sedikit

    fakta sebagai pencetus idea kepada topik atau subtopik yang dibincangkan. Selain

    fakta sebagai pencetus idea untuk difahami, dibincang dan dianalisis, setiap unit dalam

    modul ini juga menyarankan beberapa aktiviti yang perlu dilakukan oleh pelajar sebagai

    penggerak untuk kelangsungan proses pembelajaran kursus ini. Penilaian Kendiri yang

    mengemukakan beberapa soalan juga terdapat di setiap unit dalam modul ini bagi

    menguji tahap penguasaan kandungan. Walau bagaimanapun pembelajaran kursus ini

    adalah tidak terbatas kepada apa yang terdapat di dalam modul ini sahaja. Sebaliknya,

    para pelajar juga perlu membuat rujukan lanjut daripada buku-buku rujukan atau laman

    web yang disarankan di bahagian rujukan bagi menambahkan lagi ilmu berkaitan

    dengan kaedah penyelidikan dalam pendidikan.

  • iiiKRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

    PENAKSIRAN BENTUK PENAKSIRAN WAJARAN (%)

    KERJA KURSUS

    60

    PEPERIKSAAN AKHIR

    40

    JUMLAH

    100

  • iv Panduan Kursus

  • 1 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

    UNIT 1 PENGENALAN KEPADA PENYELIDIKAN

    PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH

    HASIL PEMBELAJARAN

    Di akhir unit ini, anda diharap dapat:

    1. Menyatakan definisi penyelidikan dalam pendidikan.

    2. Mengenal pasti jenis, tujuan dan ciri-ciri penyelidikan dalam

    pendidikan.

    3. Menghuraikan isu dan etika dalam penyelidikan pendidikan.

    4. Mengenal pasti prosedur penyelidikan dalam pendidikan.

    PETA KONSEP

    Penyelidikan Pendidikan

    Rancangan Kajian

    Alat-Alat Kajian

    Analisis Data

    Populasi & Sampel Kajian

    Soalan & Data Kajian

    Membina Alat-Alat Kajian

    Kebolehpercayaan & Kesahan Alat-Alat Kajian

    Kajian Rintis

    Pengukuran & penaksiran Variabel Kajian

    Analisis Data Kuantitatif

    Analisis Data Kualitatif

    Reka Bentuk Kajian

  • 2 Unit 1 Pengenalan Kepada Penyelidikan pendidikan Sekolah Rendah

    PENGENALAN

    Unit ini memperkenalkan secara ringkas apa itu penyelidikan pendidikan sekolah

    rendah. Definisi, konsep penting seperti jenis, tujuan dan ciri-ciri penyelidikan dalam

    pendidikan juga dibincangkan bersama isu dan etika dalam penyelidikan agar

    menjadi panduan kepada penyelidik. Prosedur penyelidikan diberikan satu persatu

    agar penyelidik jelas akan tertib dalam mengendalikan penyelidikan dalam

    pendidikan.

    ISI KANDUNGAN Apakah Itu Penyelidikan Dalam Pendidikan?

    Penyelidikan bermula apabila sesuatu masalah dirasai.Masalah yang dihadapi

    merupakan rangsangan kepada penyelidikan. Akal yang dirangsang oleh masalah

    akan berfikir dan menimbang sama ada sesuatu masalah yang dihadapi merupakan

    masalah sebenar dan memerlukan penyelesaian.Akal akan mengenalpasti dan

    menganggarkan sejauh mana masalah itu perlu dikaji dan akal juga akan

    menentukan sebanyak mana faedah yang boleh diperolehi daripada penyelidikan

    terhadap masalah. Tanpa masalah akal tidak akan dirangsang dan sekaligus

    penyelidikan tidak akan berlaku.

    Sejarah penyelidikan pendidikan bermula apabila munculnya tamadun

    manusia. Masalah yang dihadapi oleh manusia seperti masalah pengajaran dan

    pembelajaran menyebabkan manusia mengkaji dan terus mengkaji cara untuk

    memperolehi kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan sesuai

    mengikut peredaran zaman. Dengan kata lain, perkembangan penyelidikan berkait

    rapat dengan perkembangan tamadun manusia.

    Berdasarkan beberapa sumber pengetahuan, manusia akan terus menyelidiki

    sesuatu masalah yang dihadapi untuk memperbaiki kehidupan mereka.Menjalankan

    penyelidikan bermaksud mencari maklumat lebih lanjut mengenai sesuatu perkara,

    menyelami lebih lanjut, menjalankan kajian menyeluruh atau menyiasat dengan lebih

  • 3 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

    mendalam.Kerlinger (1973) menyifatkan penyelidikan sebagai penyiasatan saintifik

    untuk membongkar fakta.Apakah yang dimaksudkan dengan penyiasatan saintifik?

    Penyiasatan saintifik merupakan kaedah dan cara berfikir secara sistematik,

    terkawal, dan empirikal yang bertujuan mengkaji hubung kait antara fenomena

    semulajadi yang boleh diperhatikan.

    Penyelidikan dalam pendidikan ialah aplikasi kaedah saintifik bagi mengkaji masalah

    pendidikan dengan tujuan untuk memahami, menerang, menjangka atau mengawal

    fenomena pendidikan. Terdapat beberapa definisi penyelidikan antaranya,

    penyelidikan didefinisikan sebagai penyiasatan yang penuh berhati-hati, mendalam,

    secara bijak dan meluas mengenai sesuatu perkara atau subjek spesifik, dengan

    bertujuan meningkatkan dan meluaskan ilmu pengetahuan sejagat (Manheim, 1997).

    Helmstadtr (1970) pula mendefinisikan penyelidikan adalah aktiviti

    penyelesaian masalah yang membawa kepada pengetahuan dan penemuan baru

    dengan menggunakan kaedah mengenal pasti dan persoalan yang sedang diguna

    pakai oleh sarjana-sarjana di dalam bidang tersebut.Penyelidikan adalah suatu

    penyiasatan atau ujikaji yang bertujuan menemukan dan menginterpretasikan fakta-

    fakta, mengulang semula teori yang diterima di dalam penemuan baru atau amalan

    penggunaan teori atau undang-undang dan peraturan baru atau yang digunapakai

    semula (Woolf, 1975).Oleh yang demikian, dapat disimpulkan bahawa penyelidikan

    sebagai satu aktiviti yang teratur (sistematik) bagi mencari jawapan atau makna

    kepada soalan-soalan khusus yang dikemukakan berdasarkan sesuatu masalah

    yang hakikatnya sudah dikenal pasti.

    Langkah-Langkah Penyiasatan Saintifik

    1. Mengenal pasti masalah dan menggubal soalan kajian atau hipotesis

    2. Mereka bentuk kajian untuk menjawab soalan kajian atau menguji hipotesis

    3. Mengumpul dan menganalisis data

    4. Menjawab soalan kajian atau menerima atau menolak hipotesis

    (John Dewey, 1859-1952)

  • 4 Unit 1 Pengenalan Kepada Penyelidikan pendidikan Sekolah Rendah

    Tujuan Penyelidikan Dalam Penyelidikan Pendidikan Secara umum, penyelidikan pendidikan dijalankan adalah untuk mencapai satu

    daripada empat tujuan utama (Gall, 1996), iaitu :

    1. Untuk memerihalkan sesuatu fenomena yang berlaku di sekeliling kita dalam

    bentuk suatu aktiviti, situasi atau peristiwa tertentu, contohnya fenomena

    dalam kelas secara spesifik atau alam pendidikan secara keseluruhan. Dalam

    kategori ini, tujuan penyelidikan adalah untuk memerihalkan fenomena yang

    berlaku, misalnya situasi pelaksanaan kurikulum baharu dalam pendidikan

    atau aktiviti pengenalan kaedah pengajaran baharu di dalam kelas.

    2. Untuk meramal fenomena yang akan berlaku pada masa hadapan

    berdasarkan situasi masa kini. Contohnya, kejayaan pelajar pada masa

    hadapan diramal berdasarkan prestasi mereka pada masa kini. Keputusan

    peperiksaan calon-calon percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) misalnya

    boleh digunakan untuk meramal keputusan sebenar mereka di dalam

    peperiksaan SPM. Dalam konteks ini, tujuan kajian mungkin berkait dengan

    kebolehtelahan ujian peramal yang dibina. Hal ini kerana penyelidikan

    menekankan usaha memperkembangkan teori-teori yang baik atau usaha

    menemui prinsip-prinsip am yang berguna untuk menelah sesuatu perlakuan

    pada masa hadapan.

    3. Untuk tujuan penambahbaikan berhubung dengan sesuatu fenomena yang

    biasanya melibatkan aktiviti pencelahan (intervention). Tujuan penyelidikan

    adalah untuk menambah baik aktiviti atau situasi yang wujud masa kini

    melalui cara penyelidik menganggu fenomena berkenaan dengan cara

    mewujudkan pencelahan. Melalui cara ini, penyelidik boleh menilai hasil yang

    wujud daripada gangguan tersebut. Contohnya, sebelum melaksanakan satu

    kaedah pengajaran baharu, kaedah baharu tersebut dicuba terlebih dahulu

    oleh penyelidik untuk melihat keberkesanannya.

    4. Untuk tujuan menerangkan satu fenomena tertentu berdasarkan suatu teori,

    model atau kesimpulan. Tujuan kategori ini serupa dengan kategori pertama.

    Perbezaannya, bagi kategori ini yang ditekankan ialah penerangan

    berdasarkan teori, model atau kesimpulan yang sudah wujud berdasarkan

    kajian-kajian lalu. Contohnya, menerangkan tingkah laku kanak-kanak

  • 5 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

    semasa menyelesaikan masalah berayat Matematik menggunakan teori

    perkembangan kanak-kanak Piaget.

    Penyelidikan ialah satu proses sistematik yang membabitkan pengumpulan dan

    penganalisisan maklumat untuk menerang dan memahami sesuatu masalah atau

    isu. Secara amnya, sesuatu penyelidikan melibatkan tiga langkah utama iaitu :

    i. Mengemukakan persoalan

    ii. Mengumpul data untuk menjawab persoalan

    iii. Mengemukakan jawapan kepada persoalan

    Dengan kata lain, proses yang dilalui dalam pelaksanaan sesuatu penyelidikan

    merupakan suatu proses penyelesaian masalah atau mencari jawapan kepada

    sesuatu masalah atau tanda tanya. Oleh itu, maklumat atau data diperlukan sebagai

    bukti atau asas kepada jawapan atau penyelesaian yang dikemukakan.Namun,

    terdapat langkah-langkah lain yang tidak kurang pentingnya untuk menjadikan

    sesuatu penyelidikan itu bersifat lebih ilmiah.Antaranya, persoalan, masalah atau isu

    yang dikemukakan melalui data yang diperoleh daripada pembacaan atau

    penyelidikan yang dilaksanakan dalam bidang yang berkaitan.Ini secara tidak

    langsung menjadikan pembacaan dan pencarian maklumat salah satu aktiviti

    penting dalam pelaksanaan penyelidikan.Namun begitu, penyelidikan tidak terhad

    kepada pencarian dan pengumpulan maklumat semata-mata. Menurut Noraini

    (2010), aktiviti penyelidikan ilmiah merupakan satu aktiviti yang menyumbang

    kepada sesuatu yang baru, sama ada dari segi ilmu ataupun amalan.

    Secara ringkasnya proses penyelidikan meliputi langkah-langkah berikut:

    1. Ia bermula dengan satu persoalan di dalam pemikiran seorang penyelidik.

    AKTIVITI 1.1

    Pada pendapat anda mengapakah sesuatu isu dalam pendidikan itu perlu

    dijalankan penyelidikan?

  • 6 Unit 1 Pengenalan Kepada Penyelidikan pendidikan Sekolah Rendah

    2. Ia memerlukan satu perancangan.

    3. Ia menuntut kenyataan yang jelas mengenai sesuatu masalah.

    4. Ia melibatkan permasalahan utama dengan permasalahan berkaitan.

    5. Ia mencari tuju arah melalui hipotesis berkenaan

    6. Ia melibatkan fakta dan makna fakta.

    7. Ia adalah berhubungkait menghimpun dan menganalisa data.

    8. Availability (Sumber tersedia) penyelidik memastikan adanya sumber tersedia

    seperti instrumen dan data dari kajian yang hampir sama.

    9. Authenticity (Perakuan) penyelidik mestilah memastikan ketepatan data.

    10. Adequacy (Mencukupi) merujuk kepada perolehan data sama ada mencukupi

    bagi membolehkan kesimpulan sah dinyatakan.

    11. Validity (Kesahan) penyelidik hendaklah memastikan data dan maklumat adalah

    tepat dan sah.

    Kepentingan Penyelidikan Pendidikan

    Dalam penyelidikan pendidikan terdapat beberapa kepentingan yang signifikan

    kepada penyelidik. Dengan mengetahui kepentingan ini seseorang itu akan

    mengetahui betapa perlunya sesuatu penyelidikan itu dijalankan. Antaranya ialah :

    1. Penyelidikan menyumbang ke arah penambahbaikan amalan.

    2. Memberi maklumat untuk penggubalan dan penambahbaikan dasar.

    3. Penyelidikan memperkaya pengetahuan sedia ada.

    4. Menambah pengetahuan mengenai isu dalam pendidikan

    5. Membantu meningkatkan keberkesanan amalan semasa.

    6. Membantu kefahaman isu semasa (peroleh pelbagai pendapat).

    7. Meningkatkan kemahiran penyelidikan (pengurusan, analisis, penulisan,

    komunikasi interpersonal, pengucapan awam).

    Jenis Penyelidikan Pendidikan

    Kebanyakan pakar penyelidikan pendidikan berpendapat bahawa bidang

    penyelidikan boleh dikelaskan kepada dua kategori utama iaitu penyelidikan asas

    dan penyelidikan gunaan. Berikut adalah jenis-jenis penyelidikan dalam pendidikan:

  • 7 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

    1. Penyelidikan Asas

    2. Penyelidikan Gunaan

    3. Penyelidikan Penilaian

    4. Penyelidikan Tindakan

    5. Penyelidikan Pembangunan

    6. Penyelidikan Kuantitatif

    7. Penyelidikan Kualitatif

    1) Penyelidikan Asas a. Penyelidikan yang dijalankan untuk menerbitkan dapatan, ilmu atau teori

    baru.

    b. Penyelidikan asas menekankan penemuan pengetahuan semata-mata untuk

    pengetahuan.

    c. Penyelidikan yang lebih menumpukan kajian teori-teori yang wujud dalam

    bidang pendidikan secara lebih mendalam.

    d. Menerusi penyelidikan asas penyelidik memperoleh data empirikal yang boleh

    digunakan untuk mengembangkan dan menilai teori.

    e. Penyelidikan asas kurang berorientasikan cara-cara ke arah penyelesaian

    masalah praktis.

    2) Penyelidikan Gunaan a) Bertujuan untuk menyelesaikan masalah praktis yang dihadapi atau untuk

    menguji sesuatu teori untuk menilai kegunaannya dalam arena pendidikan.

    b) Dapat memberikan data sama ada menyokong sesuatu teori, mengubah suai,

    atau mengembangkan sesuatu teori baru.

    3) Penyelidikan Tindakan Kajian tindakan dalam pendidikan ialah kajian yang dijalankan oleh guru untuk

    meningkatkan keberkesanan pengajaran (Carl Glickman, 1992).

  • 8 Unit 1 Pengenalan Kepada Penyelidikan pendidikan Sekolah Rendah

    4) Penyelidikan Kuantitatif Penyelidikan penilaian ialah penyelidikan yang dilakukan untuk menilai sesuatu

    program. Biasanya ia menilai kesesuaian, kecekapan, keberkesanan dan impak

    sesuatu program yang telah dijalankan.

    5) Penyelidikan kualitatif a. Kajian etnografi

    Satu kajian yang melibatkan sekumpulan manusia untuk mengkaji sosio budaya

    mereka.

    b. Kajian kes

    Kajian kes digunakan untuk memahami mendalam tentang subjek yang dikaji,

    berfokus kepada proses berbanding output, mementingkan penemuan bukannya

    pengesahan sesuatu teori atau dapatan. Melibatkan seorang individu,

    sekumpulan manusia, satu masyarakat, satu bilik darjah.

    c. Kajian sejarah

    Mengkaji tentang sebab-sebab, kesan-kesan atau kecenderungan dari peristiwa

    lepas yang mungkin boleh membantu untuk menerangkan perkara-perkara pada

    masa sekarang dan peristiwa-peristiwa yang dijangka masa akan datang. d. Kajian naratif

    Satu jenis kajian yang digunakan untuk memahami atau mengkaji bagaimana

    manusia membina makna dalam kehidupan mereka.Ia memberi tumpuan kepada

    makna yang ditafsirkan oleh manusia kesan daripada peristiwa-peristiwa yang

    berlaku dalam kehidupan mereka.

    6) Penyelidikan Kuantitatif

    a. Kajian eksperimental

    Peserta-peserta diagihkan secara rawak (random assignment) kepada dua

    kumpulan. Kumpulan pertama diberi rawatan kaedah pertama. Kumpulan yang

    kedua diberi rawatan dengan kaedah kedua. Di akhir kajian min prestasi kedua-

    dua kumpulan dibandingkan untuk mengkaji keberkesanan kedua-dua rawatan

  • 9 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

    yang telah diberikan. Andaian dibuat bahawa kumpulan-kumpulan ini tidak

    mempunyai apa-apa perbezaan dalam semua aspek sebelum rawatan. Syarat

    tiada perbezaan ini ditentukan dengan cara mengawal pembolehubah-

    pembolehubah kawalan.

    b. Kuasi-eksperimental

    Peserta-peserta tidak dibahagikan secara rawak. Kedua-dua kumpulan

    diasingkan menggunakan pengasingan yang sedia ada.Sebelum kajian dijalankan

    kedua-dua kumpulan diberikan ujian pra.Selepas itu kumpulan pertama menjalani

    rawatan dengan kaedah pertama, sementara kumpulan yang satu lagi tidak diberi

    apa-apa rawatan (kumpulan kawalan).Selepas tamat kajian kedua-dua kumpulan

    mengambil ujian pasca.Prestasi kedua-dua kumpulan sebelum dan selepas kajian

    dibandingkan untuk menentukan perbezaan keberkesanan rawatan yang telah

    diberi.

    c. Kajian tinjauan

    Kajian tinjauan melibatkan penggunaan soal selidik atau penggunaan maklumat

    statistik untuk mengumpulkan data mengenai sesuatu populasi, pemikiran atau

    tingkahlaku mereka. Analisis statistik deskriptif seperti min, mod, median, peratus

    dan kekerapan biasanya dijalankan ke atas kajian jenis ini.

    d. Kajian korelasi

    Menentukan perhubungan di antara dua pemboleh ubah yang dapat diberikan

    nilai numerikal.

    Isu Etika Penyelidikan

    Isu etika penyelidikan sering ditimbulkan dan dibincangkan dalam seminar

    penyelidikan, terutamanya dalam bidang sains sosial dan tingkah laku.Ini adalah

    kerana penyelidikan yang dilakukan biasanya menggunakan manusia yang

    mempunyai perasaan dan pengalaman.Kaedah pengumpulan data dalam

    sesetengah kajian pula menyentuh rahsia, emosi, hak, hal peribadi dan kebenaran

    subjek kajian. Oleh sebab data yang dikumpul daripada responden mungkin

    merupakan maklumat rahsia atau sesuatu yang sulit, yang tidak boleh diketahui

  • 10 Unit 1 Pengenalan Kepada Penyelidikan pendidikan Sekolah Rendah

    orang lain, atau yang diumumkan akan mendatangkan kesan yang negatif kepada

    pihak-pihak tertentu (subjek dan pihak-pihak lain), pengkaji perlu mengetahui etika

    penyelidikan sebelum merancang dan menjalankan kajian.Etika penyelidikan

    merujuk kepada peraturan-peraturan/kod atau satu set prinsip/nilai moral yang

    berperanan sebagai panduan dalam menjalankan penyelidikan. Para penyelidik

    perlu menunujukkan perlakuan yang mematuhi etika semasa menjalankan

    penyelidikan.

    a. Kod etika penyelidikan Dalam etika penyelidikan beberapa elemen yang perlu diberi perhatian oleh

    penyelidik seperti berikut:

    i) Mendapat Kebenaran (informed consent)

    Isu mendapat kebenaran daripada responden untuk kajian adalah kompleks.

    Informed Consent merujuk kepada kebenaran yang diberi oleh responden setelah

    memahami beberapa perkara berikut:

    Matlamat dan tujuan kajian. Apa yang dikendaki oleh responden. Semua akibat yang mungkin timbul daripada penglibatan/ tidak dalam

    penyelidikan.

    Sekiranya fokus atau sampel berubah, perundingan semula perlu dibuat Dalam kes yang melibatkan responden yang kurang berupaya untuk

    memberi kebenaran seperti ada penyakit mental atau kanak-kanak,

    cadangan kajian mesti diterangkan dan justifikasi prosedur untuk

    melindungi hak responden.

    ii) Penglibatan (Participation)

    Bakal responden perlu diberitahu tentang matlmat, kaedah, faedah dan masalah yang mungkin timbul dalam kajian.

    Mereka juga patut diberitahu setakat mana penglibatan mereka dalam penyelidikan tersebut.

    Mereka perlu diberitahu penarikan diri dalam kajian tidak membawa apa-apa kesan negatif

  • 11 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

    Mereka boleh membuat komplain terhadap tingkahlaku penyelidik dengan mengikut prosedur tertentu.

    iii) Kerahsiaan (Confidentiality)

    Cadangan dan pelan kajian mesti menyatakan bagaimana kerahsiaan maklumat dijamin berkesan.

    Perlindungan hak responden diutamakan. Prosedur tidak terlalu rigid dan mengongkong responden. Pengkaji mungkin boleh berkongsi maklumat dengan ahli kumpulan dalam

    komuniti penyelidikan

    iv) Anomiti

    Penyelidik mesti menjamin anomiti kepada peserta, contohnya identiti responden.

    v) Rundingan (Negotiation)

    Rundingan melibatkan perkara-perkara berikut:

    Mendapat kebenaran dari institusi Mendapat kebenaran untuk aksesdata Penggunaan data Penulisan laporan Melindungi peserta daripada masalah yang timbul

    b. Prosedur rundingan yang boleh diikuti oleh Penyelidik Berikut adalah prosedur rundingan yang boleh diikuti oleh penyelidik:

    Mendapat kebenaran secara formal daripada pihak berkenaan untuk menjalankan kajian.

    Memberi rangka projek/cadangan/pelan kepada guru besar/pengetua sekiranya penyelidikan dijalankan di sekolah.

    Rangka/pelan/cadangan harus menerangkan dan justifikasi prosedur yang akan diikuti untuk memudahkan data dibaca berkait dengan peserta seperti

    transkrip, nota pemerhatian, bukti dokumen dan memasukkan data ini dalam

    laporan akhir atau teks umum.

    Terangkan makna anomiti dan kerahsian kepada peserta kajian.

  • 12 Unit 1 Pengenalan Kepada Penyelidikan pendidikan Sekolah Rendah

    Tentukan sama ada peserta akan menerima satu salinan laporan dan/atau draf laporan atau transkrip temubual.

    Beritahu peserta apa yang dibuat dengan maklumat yang diberi. Sediakan satu rangka tujuan dan keadaan kajian untuk peserta. Jujur tentang tujuan kajian dan keadaan dalam mana kajian dijalankan. Perundingan amat penting untuk menjayakan penyelidikan.

    Prosedur Penyelidikan Pendidikan

    1. Menyatakan masalah kajian

    Masalah kajian merupakan istilah yang digunakan merujuk kepada isu atau

    persoalan pokok yang kita akan kaji.

    2. Menetapkan objektif kajian

    Objektif kajian menyatakan dengan spesifik perkara-perkara yang ingin

    diselidiki dalam sesuatu penyelidikan yang dijalankan.Ia juga menggambarkan

    pembolehubah yang terlibat dalam sesuatu penyelidikan.

    3. Membentuk soalan kajian

    Soalan kajian dibina berdasarkan objektif kajian.Soalan kajian mestilah jelas,

    tepat dan berfokus. Soalan kajian membantu penyelidik memberi hala tuju yang

    jelas kepada proses penyelidikan dan memudahkannya menulis laporan

    penyelidikan.

    AKTIVITI 1.2

    Berikan pandangan anda mengapakah sesuatu penyelidikan itu perlu ada kod

    dan etika?

  • 13 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

    4. Menghasilkan hipotesis kajian

    Bagi kajian kuantitatif, hipotesis digunakan untuk menentukan sama ada

    sesuatu yang dikaji itu benar atau salah, rawatan berjaya atau tidak dan

    sebagainya. (Kajian Eksperimental, kuasi-eksperimental, korelasi).

    5. Melakukan tinjauan literatur

    Tinjauan literatur diperlukan untuk membolehkan penyelidik mengetahui

    senario, perkembangan dan isu-isu yang berkaitan dengan penyelidikan yang

    akan dijalankan. Ia membantu penyelidik menyatakan masalah kajian, objektif

    dan persoalan kajian. Seterusnya teori-teori yang berkaitan dengan isu yang

    dikaji dan dapatan-dapatan kajian yang lepas boleh membantu penyelidik

    membincangkan dapatan kajiannya.

    6. Merancang kaedah kajian

    Menentukan instrumen, prosedur pelaksanaan kajian.

    7. Mereka bentuk kajian

    Penyelidik perlu menentukan pendekatan kualitatif atau pendekatan kuantitatif

    yang akan digunakan, bentuk instrumen dan penyelidik juga perlu menentukan

    apakah teknik pengumpulan data serta data akan dianalisis nanti.

    8. Menentukan prosedur persampelan

    Persampelan merupakan aspek penting dalam penyelidikan.Sampel yang betul

    perlu dipilih bagi sesuatu kajian supaya dapatan dari sampel boleh

    menggambarkan ciri populasi atau menggambarkan sesuatu kes atau sesuatu

    fenomena yang dikaji.

    9. Membina instrumen kajian

    Instrumen ialah alat untuk membolehkan penyelidik membuat pengukuran atau

    membuat pengumpulan data.Instrumen yang sedia ada boleh digunakan.Jika

    instrumen belum ada penyelidik perlu membina instrumen yang diperlukan.

  • 14 Unit 1 Pengenalan Kepada Penyelidikan pendidikan Sekolah Rendah

    10. Menyatakan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian

    Instrumen yang akan digunakan perlulah ditentukan kesahannya. Terdapat

    beberapa kesahan yang perlu ditentukan, iaitu kesahan kandungan, kesahan

    konstruk dan kesahan muka. Seterusnya kebolehpercayaan instrumen juga

    perlu ditentukan. Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan (konsistensi)

    alat pengukuran.

    11. Menentukan prosedur pengumpulan data

    Prosedur pengumpulan data perlu dirancang dengan teliti supaya data yang

    dikumpul adalah mencukupi, tepat dan dapat menggambarkan dengan benar

    persoalan, isu, fenomena atau kes yang dikaji.

    12. Mengumpul data

    Selepas membentuk persoalan kajian atau hipotesis kajian, maka data perlu

    dikutip. Maklumat dapat diperolehi daripada berbagai-bagai sumber. Terdapat

    berbagai strategi dan teknik yang kita gunakan untuk mengumpul data-data

    atau maklumat dalam penyelidikan. Apa yang penting ialah strategi dan teknik

    yang dipilih mempunyai ciri-ciri kredibiliti, keobjektifan, kebolehpercayaan,

    keesahan dan kebolehan untuk generalisasi.

    13. Menganalisis data

    Dalam langkah ini, penyelidik menganalisis data yang telah dikumpul itu

    dengan menggunakan kaedah yang paling sesuai untuk membuktikan

    persoalan kajian atau hipotesis yang dibentuk dapat disokong dan dan

    dibuktikan kebenarannya. Analisis secara kualitatif dan juga kuantitatif dapat

    dijalankan untuk menentukan sama ada objektif kajian dicapai atau tidak.

    14. Membincang hasil kajian

    Dapatan kajian haruslah dibincangkan, berdasarkan perbandingan dengan

    teori dan dapatan kajian-kajian yang lepas. Hasil perbincangan akan

    menghasilkan rumusan, penambahbaikan, cadangan dan implikasi

    penyelidikan.

  • 15 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

    15. Melaporkan kajian

    Setelah data diterjemah dan dibuat kesimpulan maka penyelidik perlu menulis

    laporan tentang apa yang didapati dalam kajian yang telah dilakukannya.

    Dalam laporan penyelidik perlu menulis tujuan kajian, menerangkan tentang

    latar belakang kajian, objektif kajian, persoalan kajian atau hipotesis kajian,

    terangkan reka bentuk kajian, cara data di analisis, penerangan tentang

    dapatan kajian dan juga cadangan-cadangan yang perlu bagi menjawab

    masalah yang telah dikenal pasti.

    RUMUSAN

    Penyelidikan merupakan suatu perkara penting bagi pendidik kerana fenomena-

    fenomena yang berlaku dalam dunia pendidikan hanya dapat dijelaskan dengan

    adanya penyelidikan. Dalam persekitaran pendidikan, pendidik sentiasa beraksi dan

    berinteraksi dengan dengan orang lain terutamanya pelajar. Dalam interaksi

    berkenaan, pelbagai fenomena akan berlaku. Antaranya ialah kejayaan dalam

    pelajaran, masalah disiplin, globalisasi dalam pendidikan dan sebagainya.Setiap

    yang berlaku ini perlu diteliti dari segi sebab-sebabnya, akibat sesuatu kejadian,

    kesan terhadap individu atau masyarakat, cara-cara mengatasi sesuatu masalah

    dan sebagainya.Semua fenomena ini hanya dapat dijawab dan selesaikan melalui

    penyelidikan.Oleh itu amatlah penting seseorang penyelidik itu mengenalpasti

    dahulu konsep seperti tujuan, ciri-ciri dan prosedur kajian sebelum sesuatu

    penyelidikan itu dijalankan.

    PENILAIAN KENDIRI 1. Berikan empat perkara penting bagi sesuatu cadangan penyelidikan.

    2. Apakah yang dimaksudkan dengan kerangka konsepsual?

    3. Huraikan perbezaan antara kajian asas dengan kajian gunaan?

    4. Satu kajian yang baik mempunyai kriteria-kriteria tertentu. Ini

    termasuklahbahagian pengenalan, tinjauan literatur dan metodologi.

    Bagaimanakah tinjauanliteratur dapat membantu seseorang pengkaji?

    5. Jelaskan kriteria-kriteria kajian yang baik.

  • 16 Unit 1 Pengenalan Kepada Penyelidikan pendidikan Sekolah Rendah

    RUJUKAN Abdul Rahman Abdul Majid Khan (2008).Guru sebagai penyelidik. Kuala Lumpur:

    PTS Professional Publishing. Amir Hasan Dawi(2009). Sekolah dan Masyarakat. Tanjong Malim. Prospecta Sdn.

    Bhd. Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon, Abdul Rahim Hamdan

    ( 2004). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan: Teori, Analisa & Interpretasi Data. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Gall, M. (1996). Educational Research: An Introduction concepts in human

    behaviour, psychology, sociology. Thousand Oaks, CA:Sage Publication. Helmstadtr, G. C. (1970). Research concepts in human behavior: Education,

    sychology,sociology. New York:Appleton-Century-Crofts. John P. Keeves (1997). Educational research, methodology, and measurement : An

    International Handbook. Cambridge. Mohd Majid Konting. (2005). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur:Dewan

    Bahasa & Pustaka. Neuman, W. L. (2000). Social Research Methods-Qualitative and Quantitative

    Approaches. (4th ed). Boston : Allyn and Bacon.

    Noraini Idris (2010). Penyelidikan dalam pendidikan. Kuala Lumpur: Mc Graw-Hill.

  • 17 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

    UNIT 2 PENYELIDIKAN KUANTITATIF

    HASIL PEMBELAJARAN

    Di akhir unit ini, anda diharap dapat:

    1. Menjelaskan penyelidikan kuantitatif.

    2. Mengenalpasti rekabentuk, instrumen, pensampelan dan kaedah

    analisis data penyelidikan kuantitatif.

    PETA KONSEP PENGENALAN

    Unit ini membincangkan tentang penyelidikan kuantitatif.Terdapat beberapa reka

    bentuk penyelidikan kuantitatif yang perlu dikenal pasti oleh penyelidik sebelum

    menjalankan kajian.Selain itu, instrumen dan teknik pensampelan yang sesuai

    dengan kajian dijelaskan sebelum data dikumpul dan dianalisis bagi mendapatkan

    jawapan kepada setiap persoalan kajian.

    Penyelidikan Kuantitatif

    Pensampelan

    Analisis Data

    Instrumen Kajian

    Reka Bentuk Kajian

  • 18 Unit 2 Penyelidikan Kuantitatif

    ISI KANDUNGAN

    Apakah Itu Penyelidikan Kuantitatif?

    Penyelidikan kuantitatif ialah penyelidikan yang sistematik berdasarkan nilai

    numerikal atau statistik. Tujuannya ialah untuk :

    1. Menguji teori

    2. Melihat hubungkait angkubah

    3. Menjelaskan fenomena dari segi sebab penyebab

    4. Membuat ramalan

    5. Membuat tinjauan

    Menurut Sabitha Marican (2005) Penyelidikan kuantitatif akan digunakan sekiranya

    persoalan kajian memerlukan penjelasan yang jitu dalam bentuk numerik. Kajian

    berbentuk kuantitatif selalu diperhatikan dalam bentuk perkiraan yang merangkumi

    nombor dan formula-formula yang tertentu.Hasil kajian merangkumi formula-formula

    tertentu dalam bentuk gambar rajah, jadual dan perkiraan statistik.

    Jenis-Jenis Reka Bentuk Penyelidikan Kuantitatif 1. Kajian Eksperimental

    Dikenali sebagai kajian bandingan kumpulan. Peserta-peserta diagihkan secara

    rawak (random assignment) kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama diberi

    rawatan kaedah pertama. Kumpulan yang kedua diberi rawatan dengan kaedah

    kedua. Di akhir kajian min prestasi kedua-dua kumpulan dibandingkan untuk

    mengkaji keberkesanan kedua-dua rawatan yang telah diberikan. Andaian dibuat

    bahawa kumpulan-kumpulan ini tidak mempunyai apa-apa perbezaan dalam semua

    aspek sebelum rawatan. Syarat tiada perbezaan ini ditentukan dengan cara

    mengawal pemboleh ubah-pemboleh ubah kawalan.

  • 19 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

    2. Kuasi-Eksperimental

    Kajian yang menggunakan kumpulan-kumpulan yang sedia ada sebagai kumpulan

    kawalan dan kumpulan eksperimen. Peserta-peserta tidak dibahagikan secara

    rawak. Kedua-dua kumpulan diasingkan menggunakan pengasingan yang sedia

    ada.Sebelum kajian dijalankan kedua-dua kumpulan diberikan ujian pra.Selepas itu

    hanya kumpulan pertama diberi rawatan.Selepas tamat kajian kedua-dua kumpulan

    mengambil ujian pasca. Prestasi kedua-dua kumpulan sebelum dan selepas kajian

    dibandingkan untuk menentukan perbezaan keberkesanan rawatan yang telah

    diberi.

    3. Kajian Tinjauan

    Cross Sectional digunakan untuk mengutip data yang menggambarkan sikap,

    pendapat atau kepercayaan semasa. Rekabentuk Longitudinal pula digunakan untuk

    mengkaji individu dalam jangka masa tertentu. Kajian tinjauan umumnya melibatkan

    penggunaan soal selidik atau penggunaan maklumat statistik untuk mengumpulkan

    data mengenai sesuatu populasi, pemikiran atau tingkahlaku mereka.Statistik

    deskriptif yang biasa digunakan adalah seperti min, mod, median, peratus dan

    kekerapan.

    3. Kajian Korelasi

    Menentukan perhubungan di antara dua pemboleh ubah yang dapat diberikan nilai

    numerikal.Contohnya membandingkan keputusan peperiksaan murid-murid dalam

    dua matapelajaran yang berbeza.

    Instrumen Kajian Kuantitatif Instrumen kajian merupakan alat yang digunakan dalam kajian untuk mengumpul

    data.Contoh alat kajian kuantitatif ialah soal selidik.Soal selidik digunakan untuk

    mengumpul data secara formal dan sistematik.Sebelum penyelidikan dijalankan

    penyelidik haruslah memastikan setiap soal selidik yang dijalankan memenuhi

    objektif dan persoalan kajian, mempunyai kesahan alat ukur, mempunyai

  • 20 Unit 2 Penyelidikan Kuantitatif

    kebolehpercayaan dan praktikal.Soal selidik mestilah jelas dan mudah dijawab.

    Biasanya terdiri daripada dua bentuk :

    1. Soal Selidik jenis Terbuka

    Instrumen bentuk ini memberi kebebasan kepada responden untuk menyatakan

    pandangan mengenai sesuatu isu.Analisisnya bertujuan untuk mengenalpasti

    maklumat yang penting, mengklasifikasikan maklumat untuk dianalisis dan membuat

    interpretasi dan kesimpulan.Soalan terbuka memberi kebebasan kepada responden

    untuk mengemukakan pendapat dan memberi huraian lanjut berhubung dengan

    soalan yang dikemukakan.Contoh :

    2. Soal Selidik jenis Tertutup

    Pilihan jawapan diberikan untuk dipilih oleh responden berdasarkan pandangan

    sendiri.Jenis-jenis soalan tertutup adalah dichotomous, skala likert, susunan

    keutamaan dan demografi.Soalan tertutup mempunyai jawapan-jawapan tertentu

    yang disediakan.Responden memilih jawapan yang paling sesuai tentang fenomena

    yang berkaitan.Terdapat beberapa jenis skala pengukuran yang boleh digunakan

    bagi soal selidik yang berbentuk soalan tertutup seperti:

    a. Soalan Tertutup Dichotomus

    Skala ini mempunyai dua pilihan Ya/Tidak, Benar/ Salah, ada/ Tiada dan Setuju /

    Tidak Setuju.

    Contoh soal selidik jenis terbuka:

    1. Apakah yang menyebabkan anda minat dengan mata pelajaran sains?

    2. Apakah kaedah pengajaran yang sesuai diajar oleh guru sains untuk

    meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran sains?

  • 21 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

    b. Skala Likert

    Skala ini mempunyai pernyataan yang mempunyai tahap persetujuan. Dalam bentuk

    asal skala ini mempunyai 5 poin iaitu :

    1. Sangat Tidak Setuju

    2. Tidak Setuju

    3. Tidak Pasti

    4. Setuju

    5. Sangat Setuju

    Skala asal Likert juga boleh dihasilkan dalam pelbagai variasi seperti skala yang

    mempunyai 4 poin, 6 poin, 7 poin dan sebagainya.Selain daripada itu, diskriptor bagi

    skala juga boleh diubah.

    Contoh soal selidik jenis skala likert:

    1. Saya mempunyai seorang guru sains yang baik.

    1 2 3 4 5

    Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Tidak Pasti Setuju Sangat Setuju

    Contoh soal selidik jenis Soalan Tertutup Dichotomus:

    1. Adakah anda mengetahui tentang undang-undang dan peraturan sekolah?

    Ya Tidak 2. Penggunaan peta minda membantu guru dalam pengajaran dan

    pembelajaran.

    Setuju Tidak Setuju

  • 22 Unit 2 Penyelidikan Kuantitatif

    c. Susunan Mengikut Keutamaan (Rank Order)

    Skala rank order ini adalah untuk mendapatkan penilaian responden kepada semua

    aspek yang disenaraikan dengan memberi pemberatnya.Susunan aspek ini

    mengikut keutamaan iaitu nombor 1 menunjukkan peringkat tertinggi, nombor 2 dan

    seterusnya hingga nombor terakhir yang menunjukkan paling rendah peringkat.

    d. Maklumat Demografi

    Dalam sesuatu soal selidik pada kebiasaannya mempunyai satu bahagian yang

    mengandungi maklumat demografi responden.Adanya bahagian demografi

    membolehkan analisis dibuat dengan lebih terperinci lagi seperti berdasarkan

    dimensi yang lebih terperinci seperti mengikut jantina pelajar, peringkat sosio-

    ekonomi pelajar dan sebagainya.

    Contoh soal selidik jenis Rank Order :

    Sila beri nombor mengikut keutamaan teknik pengajaran guru yang paling anda

    sukai bermula dengan nombor 1 sebagai sangat suka, diikuti dengan nombor 2

    bagi teknik pengajaran yang kedua disukai dan seterusnya sehingga nombor 5.

    Sila tulis keutamaan (ranking) anda pada kotak yang diberi.

    Teknik pengajaran guru Pemeringkatan (ranking) Kuliah Latih tubi Syarahan Simulasi Lakonan

  • 23 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

    Contoh maklumat demografi dalam soal selidik : 1. Nama Sekolah : __________________

    2. Lokasi Sekolah : Bandar

    Luar Bandar

    3. Tingkatan : Satu

    Dua

    Tiga

    4. Bangsa : Melayu

    Cina

    India

    Lain-lain

  • 24 Unit 2 Penyelidikan Kuantitatif

    Contoh 1, soalan soal selidik kajian kuantitatif:

    PELAKSANAAN PENDEKATAN

    KONSTRUKTIVISME DALAM MATA PELAJARAN SAINS

    Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

    Tuan/Puan,

    Dengan hormatnya dimaklumkan, Tuan/Puan telah dikenal pasti dan dipilih sebagai responden dalam kajian ini. Tujuan kajian ini adalah untuk mendapatkan maklumatmengenai pelaksanaan pendekatan konstruktivisme dalam mata pelajaran sains. Maklumat yang bakal diberikan adalah amat berguna khususnya dalam meningkatkan kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran Sains. Input daripada Tuan/Puan dalam menjawab soal selidik ini secara ikhlas amat dihargai. Maklumat tersebut akan dirahsiakan dan adalah untuk kajian semata-mata. Akhir sekali saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama Tuan/ Puan dalam menjawab soal selidik ini. Sekian, Terima Kasih.

    BAHAGIAN A ARAHAN : Sila isikan ruang-ruang kosong di bawah ini dan tandakan (X) pada petak yang berkenaan.

    1. JANTINA : Lelaki Perempuan

    2. UMUR : 29 tahun dan kurang

    30 tahun dan lebih

    3. ETNIK : Melayu Cina India 4. PENGALAMAN MENGAJAR:

    Kurang daripada 5 tahun

    Lebih daripada 5 tahun

    Lebih daripada 10 tahun

    5. TARAF AKADEMIK: Diploma Ijazah

    Sarjana PHD

    6. OPSYEN : Sains Lain-lain ospyen

    BAHAGIAN B ARAHAN: Soalan bahagian B berkaitan dengan Pelaksanaan Pendekatan Konstruktivisme Dalam Mata pelajaran Sains. Bahagian ini terdiri daripada empat aspek berkenaan dengan tahap pengetahuan, kesediaan, kemahiran dan sikap responden. Sila bulatkan nombor mengikut skala yang diberikan.

    Skala : 1 = Sangat tidak setuju

    2 = Tidak setuju

    3 = Tidak pasti

    4 = Setuju

    5 = Sangat setuju

    PENGETAHUAN SKOR

    1. Kaedah pengajaran berdasarkan

    pendekatan konstruktivisme adalah

    sama dengan kaedah biasa.

    1 2 3 4 5

    2. Saya yakin cara penyampaian

    pengajaran berdasarkan pendekatan

    konstruktivisme lebih berkesan

    daripada kaedah biasa

    1 2 3 4 5

    3. Pengajaran berdasarkan kaedah

    konstruktivisme menggalakkan

    Kreativiti

    1 2 3 4 5

    4. Kaedah pengajaran

    konstruktivisme adalah satu proses

    pengajaran yang mementingkan

    pengetahuan sedia ada pelajar

    1 2 3 4 5

    5. Setiap pelajar membina

    pengetahuan daripada orang lain

    1 2 3 4 5

  • 25 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

    Contoh 2, soalan soal selidik kajian kuantitatif:

    TajukBengkel:

    PendekatanBelajarMelaluiBermainDalamPendidikanAwalKanakKanak2014Tolongpenuhkanborangpenilaianinibagitujuanpenambahbaikanpadamasaakandatang.Kerjasamaandadidahuluidenganjutaanterimakasih.Tema:Pembelajaranmenyeronokkandanberkesan(LearningIsFundanEffective)Silatandakan(/)padapilihanjawapanyangsesuai.1=SangatTidakBaik2=TidakBaik3=Memuaskan4=Baik5=SangatBaik 1 2 3 4 5TemaBengkel Penjadualanaturcarabengkel Bekalanbahanbengkel Peruntukanmasabengkel Acarapembukaanbengkel Urusetiadansekretariat Pendaftaran Komunikasibengkel Makandanminum Susunaturbengkel Tempatbengkeldiadakan Berikancadangandankomenanda:______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

  • 26 Unit 2 Penyelidikan Kuantitatif

    Kebolehpercayaan Dan Kesahan Setiap instrumen yang digunakan perlulah mempunyai kebolehpercayaan dan

    kesahan.Terdapat empat jenis kesahan iaitu:

    1. Kesahan kandungan ialah ukuran sejauh/setepat mana sesuatu ujian dapat mengukur kandungan bidang yang hendak diukur.

    2. Kesahan hubungan kriteria terdiri daripada dua bentuk, iaitu kesahan serentak (concurrent validity) dan kesahan ramalan (predictive validity).

    3. Kesahan konstruk ialah ukuran sejauh/setepat mana sesuatu ujian dapat mengukur sesuatu konstruk/gagasan berassakan teori psikologi tertentu.

    Contohnya: rajin.

    4. Kesahan muka sesuatu instrumen/ujian nampak pada permukaannyadapat mengukur apa yang hendak diukur. Contohnya: bagi instrumen yang

    mengukur rajin, kita sepatutnya nampak item-itemnya berkait dengan ciri-ciri

    orang yang rajin.

    Kajian Rintis Bagi memastikan instrumen yang digunakan mempunyai kebolehtadbiran, satu

    kajian rintis perlu dijalankan.Kajian rintis ini dibuat sebelum kajian yang sebenar

    dijalankan yang bertujuan untuk memastikan instrumen kajian mempunyai

    kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi serta dapat menyelesaikan masalah-

    masalah yang mungkin berlaku semasa kajian sebenar dijalankan. Fungsi kajian

    rintis dijalankan ialah untuk;

    AKTIVITI 2.1

    Dalam kajian kuantitatif terdapat dua bentuk soal selidik iaitu soal selidik jenis tertutup dan jenis terbuka.Pada pandangan anda, soal selidik jenis manakah lebih digemari oleh responden kajian?Huraikan hujah anda.

  • 27 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

    i. menyemak kejelasan item-item, arahan dan susun atur soal selidik.

    ii. mendapatkan maklum balas tentang kesahan item-item soal selididk.

    iii. mendapatkan maklum balas tentang kesesuaian item-item dan format

    jawapan.

    iv. mendapatkan maklum balas tentang kategori jawapan bagi item-item tertutup.

    v. mendapatkan maklum balas tentang daya tarikan soal selidik.

    vi. menyemak masa yang diperlukan untuk menjawab soal selidik.

    vii. mengenal pasti item-item yang tiada kaitan dalam soal selidik.

    viii. menyediakan kod untuk kemasukan data dalam fail data komputer.

    Populasi dan Persampelan Populasi ialah kumpulan orang, perkara, benda yang dikaji.Jika bilangan populasi tidak besar (kurang dari 100) maka diambil semua populasi tersebut.Populasi

    hendaklah relevan dengan kajian.

    Sampel adalah sebahagian daripada populasi.Sampel yang dipilih mesti bersifat representative.Pensampelan adalah satu proses memilih individu bagi sesuatu

    kajian dalam cara yang tertentu supaya mereka mewakili populasi di mana mereka

    dipilih. Sampel kajian hendaklah dikekalkan sehingga habis kajian tersebut.Sampel

    hendaklah terdiri daripada populasi. Jenis-jenis persampelan adalah seperti berikut:

    1. Persampelan Rawak Mudah (Simple Random Sampling)

    2. Persampelan Rawak Berlapis (Stratified Random Sampling)

    3. Persampelan Bersistematik (Sistematic Sampling)

    4. Persampelan Kelompok (Cluster Sampling)

    (Perbincangan selanjutnya tentang persampelan boleh rujuk kepada unit 6 dalam

    modul ini)

    Analisis Data Analisis soal selidik adalah untuk mengira kekerapan, peratusan serta purata bagi

    setiap item.Ia boleh dipersembahkan mengikut kesesuaian seperti carta bar, graf

  • 28 Unit 2 Penyelidikan Kuantitatif

    palang dan graf garis. Tujuannya adalah untuk membuat intepretasi dan kesimpulan

    bagi menjawab persoalan kajian. Analisis data dalam kajian kuantitatif terdiri

    daripada:

    1. Analisis deskriptif - Kaedah analisis bagi tujuan menerangkan ciri-ciri pemboleh ubah.

    2. Analisis inferensi - Kaedah analisis bagi tujuan menerangkan perhubungan antara pemboleh ubah-pemboleh ubah.

    (Perbincangan selanjutnya tentang analisis data boleh rujuk kepada unit 8 dalam

    modul ini)

    Jenis-jenis hipotesis

    1. Pengujian hipotesis hubungan - Pengujian hipotesis adalah teknik analisis pentadbiran (inferential analysis) yang boleh membantu kita menggunakan data

    sampel untuk mentakbir/menganggar parameter populasi.

    2. Pengujian hipotesis perbezaan -Analisis menggunakan ujian t dilakukan untuk mengenal pasti perbezaan min 2 pemboleh ubah manakala ujian Anovadilakukan

    untuk mengenal pasti perbezaan lebih daripada dua pemboleh ubah.

    RUMUSAN

    Penyelidikan kuantitatif memerlukan data numerikal serta melibatkan analisis

    statistik terhadap data tersebut untuk memahami dan menjelaskan fenomena yang

    dikaji.Kajian jenis ini memerlukan alat atau instrumen untuk mendapatkan data

    AKTIVITI 2.2

    Terdapat 2bentuk pengujian hipotesis perbezaan iaitu ujian t dan Ujian Anova. Berikan satu contoh pemboleh ubah yang perlu dianalisis bagi setiap analisis tersebut.

  • 29 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

    kajian.Alat yang biasa digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik yang terdiri

    daripada soal selidik jenis yang terbuka dan tertutup. Dapatan dari soal selidik ini

    akan dianalisis bagi memenuhi tuntutan tujuan kajian. Kajian kuantitatif biasanya

    mengukur tingkah laku yang nampak (luaran). Oleh itu kajian ini tidak sesuai untuk

    mengkaji tingkah laku yang tidak boleh nampak seperti `teacher intention, proses

    kognitif pelajar, budaya sekolah dan ciri-ciri sosial dalam komuniti sekolah. Konsep

    kajian ini tertumpu kepada pembuktian`teori melalui pemerhatian apa yang berlaku

    dan diukur secara objektif.

    PENILAIAN KENDIRI

    Kajian yang melibatkan murid-murid sekolah boleh dibuat dengan menggunakan

    reka bentuk eksperimen atau lain-lain reka bentuk.

    1. Jelaskan apa yang anda faham tentang reka bentuk eksperimen dari segi

    sampel dan pengagihan rawatan kepada kumpulan-kumpulan.

    2. Berikan satu topik kajian berkaitan kaedah mengajar yang

    bolehmenggunakan reka bentuk eksperimen dan nyatakan satu soalan

    kajiannnya.

    3. Jelaskan apakah fungsi kajian rintis?

    4. Alat kajian yang baik mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan yang

    tinggi.Huraikan pernyataan tersebut.

    5. Dengan besertakan contoh yang sesuai bagi setiap satu, jelaskan perkara-

    perkara berikut:

    a. Kesahan kandungan

    b. Kesahan hubungan kriteria

    c. Kesahan konstruk

    d. Kesahan muka

  • 30 Unit 2 Penyelidikan Kuantitatif

    RUJUKAN

    Abu Bakar Nordin. (1995). Penilaian afektif. Kajang: MASA Enterprise. Ary, D., Jacob, L. & Razavieh, A. (1996).Introduction to the research in education

    (5th ed.). Orlando, FL: Harcourt Brace & Co. Azizi Ahmad dan Mohd Isha Awang. (2008). Pengukuran dan penilaian

    pendidikan.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Chua Yan Piaw. (2006a). Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Kaedah Penyelidikan.

    Buku 1. Kuala Lumpur, McGraw-Hill. Chua Yan Piaw. (2006b). Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Asas Statistic.

    Penyelidikan Buku 2. Kuala Lumpur, McGraw-Hill. Noraini Idris.( 2010). Penyelidikan dalam pendidikan. Kuala Lumpur: Mc Graw-Hill. Sabitha Marican. (2005). Kaedah penyelidikan sains sosial. Petaling Jaya: Prentice

    Hall.

  • 31 KRL 3033 KaedahPenyelidikanDalamPendidikanSekolahRendah

    UNIT 3 PENYELIDIKAN KUALITATIF

    HASIL PEMBELAJARAN

    Di akhir unit ini, anda diharap dapat:

    1. Menjelaskan penyelidikan kualitatif.

    2. Mengenalpasti rekabentuk, instrumen, pensampelan dan kaedah

    analisis data penyelidikan kualitatif.

    3. Membezakan penyelidikan kualitatif dengan penyelidikan

    kuantitatif.

    PETA KONSEP PENGENALAN

    Unit unit membincangkan tentang penyelidikan kualitatif. Terdapat beberapa reka

    bentuk penyelidikan kualitatif yang perlu dikenal pasti oleh penyelidik sebelum

    menjalankan kajian. Selain itu, instrumen dan teknik pensampelan yang sesuai

    Penyelidikan Kualitatif

    Persampelan

    Analisis Data

    Instrumen Kajian

    Reka Bentuk Kajian

  • 32 Unit 3 Penyelidikan Kualitatif

    dengan kajian dijelaskan sebelum data dikumpul dan dianalisis bagi mendapatkan

    jawapan kepada setiap persoalan kajian.

    ISI KANDUNGAN

    Apakah Itu Penyelidikan Kualitatif?

    Penyelidikan kualitatif adalah satu bentuk kajian yang dijalankan untuk memahami

    sesuatu situasi itu dalam keadaannya yang tersendiri. Bagaimana individu itu

    bertindak, berinteraksi, menjalani kehidupan harian secara neutral, menunjukkan

    reaksi dalam menghadapi liku-liku kehidupan yang ditempuh. Input akhirnya ialah

    satu hasil kajian yang memberi kefahaman yang mendalam mengenai kehidupan

    sebenar responden yang dikaji (Patton, 1985). Tujuannya ialah:

    1. Memerihal sesuatu fenomena untuk tujuan memahaminya.

    2. Meneroka sesuatu bidang yang belum dan kurang dikaji.

    3. Memahami perspektif responden kajian terhadap sesuatu fenomena yang dipilih.

    4. Memahami sesuatu fenomena sosial secara mendalam.

    5. Membina teori melalui pendekatan induktif (teori yang dibina berasaskan data

    kajian).

    Menurut Sabitha Marican (2005), penyelidikan kualitatif berfokus pada konteks

    sesuatu perkara itu berlaku. Dengan kata lain, ia merupakan satu proses atau

    bagaimana sesuatu perkara itu berlaku dalam satu-satu suasana (setting) yang

    hendak dikaji. Kajian jenis ini berfokus pada proses dan hasil. Hasil kajian pula

    dipersembahkan dalam bahasa seharian. Kajian ini tidak bergantung kepada

    nombor atau perkiraan statistik dalam memberikan penjelasan terhadap

    pembolehubah yang dikaji.

    Pendekatan kajian jenis ini digunakan untuk mengkaji suasana atau proses

    yangsukar diukur dengan nombor, seperti imej diri, tingkah laku, perasaan dan

    tindakan. Kajian kualitatif dijalankan untuk mendapatkan kefahaman yang mendalam

    terhadap sesuatu perkara yang ingin dikaji (Marohaini, 2001). Selain itu, kajian

    kualitatif juga dijalankan untuk mendapat maklumat terperinci berkaitan sesuatu

  • 33 KRL 3033 KaedahPenyelidikanDalamPendidikanSekolahRendah

    perkara yang dikaji (Yin, 1984). Ini bermakna untuk mendapatkan maklumat

    terperinci dan mendalam,kajian kualitatif perlulah dijalankan.Tambahan lagi, kaedah

    ini boleh menerangkan peristiwa secara holistik dalam keadaan sebenar peristiwa

    berlaku tanpa sebarang manipulasi oleh penyelidik. Kajian ini menjawab persoalan

    berkaitan dengan mengapa sesuatu fenomena berlaku sedemikian dan bagaimana

    ia berlaku. Justeru, kajian dijalankan untuk menjawab soalan mengapa dan

    bagaimana yang dikemukakan oleh pengkaji. Pengkaji menjalankan kajian secara

    mendalam untuk mendapatkan jawapan kepada persoalan kajian.

    Contoh persoalan kajian secara kualitatif ialah:

    1. Mengapa guru masih tidak menggunakan pendekatan konstruktivisme dalam

    pengajaran dan pembelajaran mereka?

    2. Bagaimana guru menjalankan aktiviti konstruktivisme dalam pengajaran

    matapelajaran Sains di sekolah rendah?

    Dalam kajian kualitatif, penyelidik menjadi instrumen kajian (Creswell,1994).

    Penyelidik kualitatif merupakan instrumen untuk mengutip data dan menganalisis

    data. Penyelidik menyelidik peristiwa yang berlaku ketika kajian dijalankan. Kutipan

    data dijalankan secara berterusan. Kajian ini jarang membincangkan ciri

    kebolehpercayaan kerana kebolehpercayaan bergantung kepada subjektiviti

    seseorang individu (M. Najib, 1999). Kajian kualitatif merupakan kajian secara

    induktif iaitu penyelidik membina konsep, hipotesis dan teori untuk dikembangkan,

    dinyatakan dan dijelaskan.

    Jenis-jenis penyelidikan kualitatif

    Penyelidikan kualitatif dapat dibahagikan kepada beberapa jenis. Berikut adalah

    jenis-jenis kajian kualitatif:

    1. Kajian Etnografi

    Istilah etnografi bermaksud portrait of a people. Menurut Sabitha Marican (2005),

    etnografi juga dianggap sebagai satu kajian yang paling asas dalam penyelidikan

  • 34 Unit 3 Penyelidikan Kualitatif

    sosial. Kadang kala ia juga didefinasikan sebagai penjelasan bertulis mengenai

    sesuatu budaya, tentang adat, kepercayaan, tingkah laku yang berdasarkan kepada

    maklumat-maklumat yang dikumpulkan dari kajian lapangan.Ia adalah

    kajiandeskriptif ke atas budaya, sub-budaya, institusi atau kumpulan sesebuah

    masyarakat. Kajian jenis ini juga dikatakan satu kajian yang mendalam tentang

    perlakuan spontan dan semulajadi dalam sesuatu kelompok sosial. Ianya bertujuan

    untuk mendapatkan kefahaman tentang perkaitan antara budaya dan perlakuan.

    Kajian jenis ini asalnya dikembangkan oleh ahli-ahli antropologi. Dalam kajian ini

    subjek atau responden dirujuk sebagai sumber maklumat. Kajian jenis ini mengkaji

    tentang budaya dan manusia yang menumpukan kepada budaya sesuatu kelompok

    manusia, bagaimana mereka bertingkahlaku, berinteraksi antara satu sama lain.

    Dengan kata lain, ia bertujuan untuk mengetahui kepercayaan, nilai, perspektif,

    motivasi dan bagaimana perkara-perkara ini berkembang dan berubah mengikut

    masa dan situasi. Participant observation. Kajian ini biasanya menggunakan teknik

    pemerhatian, temubual (sama ada temubual secara formal atau tidak formal),

    analisis dokumen, penelitian sejarah hidup dan penulisan diari. Interpretasi data

    sosio-budaya daripada perspektif subjek kajian dijelaskan dengan menggunakan

    bahasa dan istilah setempat untuk menjelaskan sesuatu fenomena. Contoh kajian

    etnografi ialah: Kajian mengenai gaya pembelajaran pelajar di rumah.

    2. Kajian kes

    Menurut Merriem (1998), kajian kes digunakan untuk memahami secara mendalam

    tentang subjek yang dikaji, berfokus tentang proses berbanding output,

    mementingkan penemuan bukannya pengesahan sesuatu teori atau dapatan.

    Melibatkan seorang individu, sekumpulan manusia, satu masyarakat, satu bilik

    darjah. Contohnya, kajian tentang tanda tingkahlaku bermasalah dan penyebab cara

    meluahkan perasaan dan emosi seorang pelajar.

    3. Kajian sejarah

    Mengkaji tentang sebab-sebab, kesan-kesan atau kecenderungan dari peristiwa

    lepas yang mungkin boleh membantu untuk menerangkan perkara-perkara pada

    masa sekarang dan peristiwa-peristiwa yang dijangka pada masa akan datang.

  • 35 KRL 3033 KaedahPenyelidikanDalamPendidikanSekolahRendah

    Contohnya, Kajian kesan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan

    Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dalam kalangan pelajar sekolah

    menengah.

    4. Kajian naratif

    Satu kajian yang digunakan untuk memahami atau mengkaji bagaimana manusia

    membina makna dalam kehidupan mereka. Ia memberi tumpuan kepada makna

    yang ditafsirkan oleh manusia kesan daripada peristiwa-peristiwa yang berlaku

    dalam kehidupan mereka. Contohnya, Kajian Analisis Naratif Filem Romantik

    Korea: Winter Sonata.

    Reka Bentuk Kajian Kualitatif Terdapat beberapa reka bentuk kajian kualitatif. Antaranya ialah:

    1. Bentuk Kajian lapangan data dikutip melalui temubual dengan responden kajian atau melalui pemerhatian terhadap fenomena yang dikaji.

    2. Bentuk Kajian Kes adalah kajian tentang sesuatu kes atau beberapa kes. a. Berkait dengan manusia, kumpulan manusia, peristiwa kritikal, projek,

    komuniti atau sebahagian daripada program.

    b. Satu kes adalah satu unit asas analisis.

    c. Data kes termasuk data temuduga, dapatan pemerhatian, data rekod

    danyang digunakan ialah pemerhatian lapangan, temuduga dan

    analisis dokumen.

    3. Bentuk Kumpulan Terfokus proses pengutipan data melalui temubual khas untuk kumpulan kecil.

    a. Perlu berbincang menggunakan psikologi secara sedar, separuh sedar

    dan bawah sedar.

    b. Satu kaedah untuk mendapatkan maklumat berasaskan pendapat,

    pengalaman dan sikap.

  • 36 Unit 3 Penyelidikan Kualitatif

    4. Bentuk Kajian Tindakan bertindak secara sistematik untuk menyelesaikan sesuatu masalah spesifik.

    a. Kajian tindakan menggunakan pendekatan kolaboratif dalam kajian.

    Proses kajian ini melibatkan perancangan, tindakan, pemerhatian dan

    refleksi.

    5. Bentuk Analisis Dokumen kajian kualitatif juga boleh dibuat dengan menganalisis kandungan dokumen untuk mendapatkan data kajian.

    6. Bentuk pelbagai Pendekatan pendekatan ini mencantumkan dua atau lebih bentuk kajian kualitatif dan kuantitatif.

    a. Pengutipan data dengan menggunakan lebih daripada satu kaedah.

    Instrumen Kajian Kualitatif Penilaian Dokumen dalam kajian kualitatif merujuk kepada suatu rekod tentang

    pemikiran, perasaan, pendapat atau tindakan seseorang, rekod bertulis tentang

    sejarah institusi, aktiviti, peristiwa atau persembahan. Peringkat analisis data ialah

    secara Pra Masuk (jenis, lokasi, aksesbiliti, jangkamasa dokumen), Merekod (jenis kod, proses rekod diisi), Memproses (pengukuran data, pamir data, verifikasi data) dan Interpretasi (dapatan utama/sekunder). Instrumen Pemerhatian bagi kajian kualitatif mempunyai ciri-ciri seperti satu atau lebih pemerhati diletakkan ditempat

    yang sesuai pada sudut tertentu dan pada masa yang ditetapkan; membantu

    pemerhati dengan menggunakan prainstruksi, pilih pemerhati dan sediakan mereka

    untuk pemerhatian; dan pilih siapa yang hendak diperhati dan bila hendak dibuat

    pemerhatian.

    Alat menemuduga adalah soalan temuduga yang merupakan soalan

    perbualan yang mempunyai tujuan tertentu seperti Temuduga berstruktur atau piawai (soalan yang dibangunkan bertujuan untuk mendapat respon yang spesifik), Temuduga separuh berstruktur atau separuh piawai (soalan adalah daripada beberapa siri soalan pra-penentuan atau soalan terbuka telah dibangunkan,

    Temuduga tanpa berstruktur (soalan temuduga adalah tanpa standard).Kebolehpercayaan dan Kesahan kajian kualitatif adalah bergantung

  • 37 KRL 3033 KaedahPenyelidikanDalamPendidikanSekolahRendah

    kepada alat atau instrumen yang digunakan dalam kajian, proses mengutip data

    dan kaedah analisis data yang dijalankan.Triangulasi merupakan satu konsep yang digunakan umum dalam aktiviti lapangan, membuat peta dan navigasi. Terdapat

    beberapa jenis triangulasi iaitu Triangulasi data yang melibatkan pengutipan pelbagai jenis data untuk menyelidik fenomena yang sama, Triangulasi penyelidikan yang melibatkan pelbagai pemerhati berbanding dengan pemerhati tunggal untuk menyelidik fenomena yang sama, Triangulasi teori yang melibatkan penggunaan lebih daripada satu teori untuk menyelidik fenomena yang sama dan

    Triangulasi kaedah yang melibatkan penggunaan pelbagai kaedah untuk menyelidik fenomena yang sama.

    Persampelan Kajian Kualitatif Dalam kajian kualitatif kaedah persampelan bukan rawak digunakan (non-probability

    sampling). Terdapat empat jenis persampelan bukan rawak iaitu persampelan mudah (subjek kajian yang mudah diperoleh), persampelan bertujuan (pengkaji menggunakan pengetahuan kepakaran/khusus tentang sesuatu kumpulan untuk

    memilih subjek yang hendak dikaji darpada populasi), persampelan bola salji (Snow ball) (mengenal pasti lokasi subjek yang mempunyai atribut/ciri-ciri tertentu semasa kita menjalankan kajian dan persampelan kuota (quota sampling) (pemilihan sampel secara mudah mengikut pembahagian (kuota) ciri-ciri sampel

    yang ditentukan).

    AKTIVITI 3.1

    Satu analisis terhadap filem dokumentari The Kinta Story (1949) telah dilakukan

    untuk mengenal pasti mesej yang ingin disampaikan kepada penonton. Pemilihan

    visual oleh penerbit yang merepresentasikan faktor sosial, teknologi dan pengaruh

    budaya luar telah mempengaruhi tahap literasi dan pembinaan makna oleh

    penonton, seterusnya menjadikan filem dokumentari ini sebagai bahan sampingan

    secara senyap untuk menyuntik nilai pensejarahan dan kekejaman komunis di mata

    masyarakat. Pada pandangan anda apakah reka bentuk kajian kualitatif ini?

    Jelaskan cara pelaksanaannya.

  • 38 Unit 3 Penyelidikan Kualitatif

    Analisis Data Kualitatif Data kajian kualitatif yang didapati daripada dokumen, temuduga atau pemerhatian

    akan melalui fasa analisis seperti berikut :

    1. Tahap pra-analisis semua nota lapangan dibaca, disemak, ditingkat dan

    dilengkapkan. Semua nota dilabel menurut jenis.

    2. Tahap kemasan data data ditranskripsikan dalam word processing atau

    dalam format analisis tekstual menggunakan komputer.

    3. Tahap pamiran data data dipamirkan dalam bentuk jadual, lembaran tanda

    (tally) dan rumusan.

    4. Tahap verifikasi data semua prosedur yang membawa kepada kesimpulan

    dinyatakan dengan tepat.

    5. Tahap dapatan penyemakan dan interpretasi dapatan. Contohnya, bagi

    data dokumen: data dikutip dan diubah menjadi teks, teks dilabel dan

    dikategorikan agar beberapa tema dapat diwujudkan agar bentuk frasa yang

    sama serta hubungan dan kesamaan atau perbezaan dapat dikenal pasti.

    Selepas itu data yang telah ditapis dinilai mengikut kajian lepas.

    Jadual 3.1 Perbezaan Penyelidikan Kuantitatif dan Penyelidikan Kualitatif

    PERKARA KUANTITATIF KUALITATIF

    Istilah yang berkaitan dengan pendekatan

    Eksperimental

    Hard data

    Perspektif luaran

    Empirikal

    Positivist

    Fakta sosial

    Statistik

    Etic

    Etnografi (Kajian tentang sosio

    budaya)

    Kerja lapangan

    Soft data

    Symbolic Interaction

    Perspektif dalaman

    Naturalistic

    Ethnomethodologi

    Diskriptif

    Pemerhatian

    Phenomenological

    Dokumentari

    Riwayat hidup

    Kajian kes

  • 39 KRL 3033 KaedahPenyelidikanDalamPendidikanSekolahRendah

    Ekologikal

    Konsep utama Pemboleh ubah Mengoperasi definisi

    Kebolehpercayaan

    Hipotesis

    Kesahan

    Kesignifikanan statistik

    Replikasi

    ramalan

    Makna

    Pemahaman sejagat

    Definisi situasi

    Kehidupan harian

    Pemahaman

    Proses

    Rundingan

    bertujuan praktikal

    pembinaan sosial

    Grounded Theory

    Gabungan teori Structural functionalisim Realism,Positivism

    Behavioralisme

    Logical Empiricm

    Systems Theory

    Symbolic Interaction

    Ethnomethodology

    Phenomenology

    Budaya

    Idealisme

    Gabungan Akademik Psikologi Ekonomi

    Sosiologi

    Sains politik

    Sosiologi

    Sejarah

    Anthropologi

    Matlamat Menguji teori Memperjelaskan fakta

    Perihalan statistik

    Ramalan

    Hubungan antara pemboleh ubah

    Membina konsep

    Memerihal realiti pelbagai

    Grounded Theory

    Meningkatkan pemahaman

    Reka bentuk Berstruktur Ditentukan lebih awal

    Formal

    Spesifik

    Prosedur kajian yang terperinci

    Terbuka kepada perubahan

    Fleksibel

    Umum

    Membuat tekaan terhadap cara

    penyelidikan

    Penulisan cadangan penyelidikan

    Panjang lebar (detail)

    Menyatakan hipotesis

    Terperinci dan jelas fokusnya Prosedur spesifik dan terperinci Tinjauan bahan kajian yang mendalam

    Ditulis sebelum data dipungut

    Ringkas

    Spekulatif

    Mencadangkan bidang penyelidikan yang hendak dikaji Ditulis selepas mendapat sebahagian daripada data

    Tinjauan bahan kajian tidak mendalam

    Pernyataan pendekatan yang

  • 40 Unit 3 Penyelidikan Kualitatif

    umum Data Kuantitatif

    rekod boleh dikira

    Kiraan dan ukuran

    Pembolehubah yang boleh didefinisikan Statistik

    Diskriptif

    Dokumen peribadi

    Nota kerja lapangan

    Gambar

    Pendapat perseorangan

    Dokumen rasmi

    Bahan-bahan artifak

    Persampelan Besar Berstrata

    Kumpulan kawalan

    Tepat

    Pemilihan secara rawak

    Mengawal pengganggu

    pembolehubah

    Kecil

    Tidak mewakili populasi

    Persampelan teoritikal

    Perposive (bertujuan)

    Teknik / kaedah Eksperimen Tinjauan

    Temubual berstruktur

    Kuasi eksperimental

    Pemerhatian berstruktur

    Set data

    Permerhatian

    Mengkaji pelbagai dokumen dan

    artifak

    Pemerhatian turut serta

    Temubual tidak berstruktur

    Hubungan dengan responden

    Jangka pendek

    Hubungan tidak akrab

    Mengekalkan status sebagai penyelidik dan responden

    Empati

    Menekankan unsur kepercayaan Kesamarataan Hubungan mesra Responden sebagai rakan Mengutamakan keobjektifan

    Alat Kajian Inventori Soal selidik

    Indeks

    Komputer

    Skala

    Ujian

    Alat perakam suara

    Transciber

    Penyelidik bertindak sebagai alat kajian

    Analisis data Deduktif Statistikal

    Dilaksanakan selepas pungutan data

    Berterusan

    Model, tema dan konsep

    Induktif

    Analisis bersifat induktif

    Constant Comparative method

    Permasalahan dalam menggunakan pendekatan

    Mengawal pemboleh ubah yang

    lain

    Mengambil masa panjang

    Kesukaran menyaring data

  • 41 KRL 3033 KaedahPenyelidikanDalamPendidikanSekolahRendah

    Terlalu rigid

    Kesahan

    Kebolehpercayaan

    Prosedur tidak rigid

    Sukar mengkaji responden yang besar jumlahnya

    RUMUSAN Penyelidikan kualitatif adalah lebih sukar dilakukan kerana data adalah subjektif.

    Tiada alat ukur khusus yang mana penyelidik adalah alat ukur utama. Oleh itu

    Penyelidik untuk kajian jenis ini perlukan latihan untuk memberi gambaran

    terperinci dan mendalam tentang sesuatu kejadian/fenomena/organisasi atau

    komuniti (unit sosial). Penyelidikan kualitatif adalah inkuiri holistik dan instrumen

    bergantung kepada kuasa pemerhatian penyelidik.Penekanan kepada kualiti

    (subjektif), sampel adalah purposif (bukan rawak) dan analisis data adalah secara

    induktif. Menerusi kajian kualitatif ia dapat membina teori asas/dasar (grounded

    theory). Penyelidikan kualitatif yang baik perlu mengandungi kriteria seperti

    penyelidik mengambil kira semua perkara dalam membantu pemahaman, tidak

    membuat keputusan awal atau tanggapan mengenai kajian sehinggalah mereka

    berada di dalam konteks penyelidikan sebenar. Fokus kepada individu, interaksi

    seorang dengan seorang yang lain dan memerlukan peruntukan masa yang panjang

    di set kajian dengan responden dan apa yang penting ia memerlukan penyelidik

    mendapat sendiri datanya terus dari responden. Seharusnya penyelidik kajian

    secara kualitatif mestilah berfikiran terbuka bagi setiap penerangan yang diberi,

    elakkan bias, memerlukan maklumat jelas dan mendalam mengenai kajian,

    termasuk juga pandangan responden. Berasaskan kepada tanggungjawab

    AKTIVITI 3.2

    Jelaskan perbezaan penyelidikan kualitatif dengan kuantitatif dari segi

    instrument dan cara penganalisisan data?

  • 42 Unit 3 Penyelidikan Kualitatif

    penyelidik untuk mendapatkan persetujuan responden di samping memastikan etika

    penyelidikan terjamin.

    PENILAIAN KENDIRI

    1. Apakah maksud Triangulasi dalam penyelidikan?

    2. Terangkan bagaimana kesahan dan kebolehpercayaan kajian kualitatif dapat

    ditingkatkan?

    3. Jelaskan bagaimana kajian kualitatif dengan kuantitatif berbeza dari aspek

    berikut:

    a. matlamat b. alat kajian

    c. persampelan d. reka bentuk

    RUJUKAN

    Azizi Ahmad & Mohd Isha Awang (2008). Pengukuran dan Penilaian Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Berg, B.L. (2001). Qualitative Research Methods for the Social Sciences. Boston:Allyn

    and Bacon. Chua Yan Piaw. (2006a). Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Kaedah Penyelidikan

    Buku 1, Kuala Lumpur:McGraw-Hill. Chua Yan Piaw. (2006b). Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Asas Statistik

    Penyelidikan Buku 2. Kuala Lumpur :McGraw-Hill. Creswell (1994). Research Design: Qualitative & Quantitative Approaches. Thousand

    Oaks,CA:Sage Publications.

    Creswell, J. W. (2008).Research Design: Qualitative, Quantitative, and Mixed Methods Approaches (3 rd ed). Thousand Oaks, CA:Sage Publications.

    Glaser, B.G., & Strauss, A.L. (1967).The Discovery of Grounded Theory: Strategies

    for Qualitative Research. New York: Aldine.

  • 43 KRL 3033 KaedahPenyelidikanDalamPendidikanSekolahRendah

    Marohaini. (2001). Penyelidikan kualitatif: pengalaman kerja lapangan kajian. Selangor:Penerbit Universiti Malaya.

    Merriem, S. B. (1998). Qualitative Research and Case Study Applications in Education: Revised and Expanded from Case Study Research in Education. San Francisco: Jossey-Bass.

    Miles, M., & Huberman, A.M. (1994). Qualitative Data Analysis. Thousand Oaks,CA:

    Falmer Press. Noraini Idris (2010). Penyelidikan dalam pendidikan. Kuala Lumpur: Mc Graw-Hill. Patton, M.Q. (1985; 2002). Qualitative Research and Evaluation Methods. Thousand

    Oaks,CA: Sage Publication. Robert K. Yin. (1984). Case Study Research: Design and Methods. Thousand Oaks:

    Sage Publication. Sabitha Marican. (2005). Kaedah penyelidikan sains sosial. Petaling Jaya: Prentice

    Hall. Tesch, R. (1990). Qualitative Research: Analysis Types & Software Tools.

    Bristol:Routledge. Weber, R.P. (1990). Basic Content Analysis. Newbury Park, CA: Sage

  • 44 Unit 3 Penyelidikan Kualitatif

  • 45 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

    UNIT 4 TEORI DAN MASALAH KAJIAN

    HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini, anda diharapkan dapat:

    1. Menyatakan konsep asas dan definisi teori

    2. Membincangkan kepentingan teori dalam penyelidikan

    3. Menyatakan konsep masalah kajian dan sumber-sumber yang

    mencetuskan idea memilih masalah kajian tersebut

    4. Mengaplikasi teori pendidikan dengan masalah kajian yang

    bakal dijalankan nanti

    5. Memberikan justifikasi kesesuaian teori yang dipilih dan

    masalah kajian yang ingin dikaji

    PETA KONSEP

    Teori & Masalah Kajian

    Definisi teori Fungsi teori dalam kajian Masalah kajian

    Definisi masalah kajian& konsep asasnya

    Sumber yang mencetuskan idea

    memilih masalah kajian

    Perkaitan teori dan masalah kajian

  • 46 Unit 4 Teori dan Masalah Kajian

    PENGENALAN Dalam bab ini akan membincangkan secara ringkas pekara-pekara penting iaitu

    konsep serta definisi teori, fungsi teori dalam penyelidikan, definisi masalah kajian

    dan sumber-sumber yang membantu mencetuskan idea pemilihan isu kajian.

    Perkaitan antara teori dan masalah kajian turut diterangkan agar ianya menjadi

    panduan dalam memilih teori bersesuaian dengan masalah kajian. Kesemua aspek-

    aspek ini perlu difahami sebelum sesuatu kajian dijalankan.

    ISI KANDUNGAN

    Definisi Teori Teori merupakan pekara-pekara asas dalam sesuatu bidang sama ada bidang sains,

    sains sosial, ekonomi dan sebagainya. Begitu juga dalam pendidikan, sub-sub

    bidangnya seperti sosiologi, psikologi, pedagogi dan sebagainya, turut mempunyai

    teori-teorinya yang tersendiri.

    Namun, apakah teori? Menurut Kerlinger (1964) dan Babbie (1992) teori

    adalah satu penerangan, di mana ianya memberitahu kita bagaimana dan mengapa

    sesuatu perkara atau benda berkait antara satu sama lain (dalam Bohamn, 2001).

    Leedy dan Ormrod (2005) menyatakan teori adalah konsep yang tersusun dan suatu

    prinsip untuk menerangkan fenomena tertentu. Manakala menurut Mc Millan dan

    Schumacher (2006), teori dapat meramal dan menerangkan fenomena semulajadi.

    Othman Lebar (2009), pula mendefinisikan teori merupakan kenyataan tentang apa

    yang berlaku terhadap fenomena yang ingin difahami. Ia bukan sahaja satu

    kerangka, malah ianya merupakan satu cerita tentang apa yang kita fikirkan berlaku

    dan mengapa.

    Maka, secara rumusannya teori adalah suatu penyataan yang mampu

    menerangkan sesuatu kejadian, mengaitkan pekara-pekara yang menyebabkan

    terjadinya kejadian tersebut, meramalkan sesuatu kejadian dan ianya amat berguna

    sebagai panduan bagi menjalankan kajian. Teori boleh diterangkan dalam pelbagai

    cara, misalnya frasa ayat-ayat atau rajah-rajah tertentu (cth; teori ekologi

    brofenbrenner, teori hieraki maslow). Namun, menurut Suter, (1998), teori-teori

  • 47 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

    akan lebih difahami apabila ianya diterangkan melalui paparan visual, seperti rajah

    ataupun model-model geometri tertentu.

    Dengan ini, sebagai bakal pengkaji, kita perlu memahami definisi sebenar

    teori dan idea atau konsep asas yang ingin diutarakan oleh sesuatu teori.

    Pemahaman tentang pengertian dan maksud teori amat penting, kerana ianya

    merupakan asas utama dalam melaksanakan kajian. Memandangkan ianya penting, pada bahagian berikutnya akan diterangkan peranan atau fungsinya pula.

    Fungsi Teori dalam Kajian Menurut Bogdan dan Biklen (1998), teori digunapakai oleh manusia dalam pelbagai

    cara, misalnya ia digunakan oleh penyelidik kuantitatif dalam bidang pendidikan

    untuk menguji set-set data yang boleh diuji secara empirikal, namun kegunaan teori

    adalah lebih meluas dalam penyelidikan kualitatif, iaitu untuk memahami semua

    kejadian dan masalah yang berlaku. Teori mempunyai beberapa fungsi dan ianya

    diolah dengan pelbagai cara oleh penulis-penulis berbeza.

    Secara umumnya terdapat empat fungsi teori dalam penyelidikan, (Wiersma,

    1986; Wiersma & Jurs, 2005) iaitu membentuk kerangka bagi penyelidikan,

    mensintesis idea baru, menjelaskan sesuatu fenomena dan terakhir sekali adalah

    untuk pembentukan generalisasi yang dapat diuji. Namun bagi memudahkan

    pemahaman umum, fungsi teori diolah dan dinyatakan seperti di bawah.

    AKTIVITI 4.1

    Bincang bersama rakan atau tanya diri anda, apakah teori-teori yang sering digunakan dalam penyelidikan pendidikan. Senaraikan dan nyatakan fungsinya Tips: Anda boleh merujuk jurnal dalam dan luar negara untuk melihat teori-teori yang sering digunakan oleh pengkaji dalam bidang pendidikan.

  • 48 Unit 4 Teori dan Masalah Kajian

    1. Membantu pengkaji dalam membina kerangka konseptual kajian

    Menurut Bogdan dan Biklen (1998), teori akan menghubungkan data-data antara

    satu sama lain, membantu pengkaji agar lebih terarah dalam menjalankan kajiannya.

    Maka, secara amnya teori akan membantu pengkaji untuk menjalankan kajian

    secara sistematik, terarah dan dapat menghubungkaitkan pelbagai aspek-aspek

    penting yang ada kaitannya dengan isu kajian, melalui pembentukan kerangka

    konseptual kajian. Menurut Othman Lebar (2009), teori penting dalam membentuk

    kerangka konseptual kajian kerana dapat membantu penyelidik membuat gambaran

    visual tentang teori yang akan digunakan, gambaran tentang apa yang difikirkan

    sedang berlaku dengan fenomena yang sedang dikaji.

    Secara umumnya, kerangka konseptual adalah satu rajah yang

    menggambarkan beberapa aspek penting dalam kajian, misalnya teori yang

    digunakan, objektif kajian atau soalan-soalan kajian tersebut, pembolehubah yang

    digunakan dan hubungannya dalam kajian. Berikut merupakan contoh satu kerangka

    konseptual yang mengkaji interaksi sosial pelajar pelbagai etnik di Sekolah

    Menengah Kebangsaan. Dalam rajah 4.1 di bawah, dua teori dalam bidang sosiologi

    digunakan bagi membina kerangka kajian ini, iaitu teori fungsionalisme dan teori

    pemilihan rasional.

    Sebagai panduan umum kepada bakal-bakal pengkaji, dalam membina

    kerangka konseptual kajian, pelbagai bentuk geometri (petak, bulatan, segitiga dan

    sebagainya) boleh digunakan. Tidak ada betul atau salahnya dalam memilih bentuk-

    bentuk geometri tersebut, asalkan ianya menggambar keseluruhan kajian yang ingin

    kita dilaksanakan kelak. Namun elemen-elemen penting seperti teori yang diguna

    pakai, soalan kajian atau objektif kajian teori yang ingin diuji dan isu kajian perlu

    dimasukkan dalam kerangka konseptual ini. Bagi penyelidikan kuantitatif pula, pada

    kebiasaanya pemboleh ubah bersandar dan pemboleh ubah dimasukkan dalam

    kerangka konseptual ini. Penggunaan anak panah dapat memberi lebih kefahaman

    kepada pembaca atau penilai untuk memahami perkaitan atau hubungan antara

    pemboleh ubah dalam kajian.

  • 49 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

    Rajah 4.1: Contoh kerangka konsetual kajian

    Secara amnya, dengan adanya teori yang mendasari sesuatu kajian, ianya dapat

    memberi gambaran yang lebih menyeluruh tentang isu kajian tersebut dan ianya

    boleh dipaparkan dalam bentuk rajah tertentu agar mudah difahami oleh pembaca.

    2. Menjelaskan sesuatu fenomena, isu, kejadian atau masalah

    Menurut Othman (2009), teori dapat menceritakan tentang sesuatu fenomena,

    memberi pemahaman baru serta memperluaskan pemahaman kita tentang

    fenomena tersebut. Menurut Suter (1998) pula, teori bukan hanya memfokuskan

    penerangan terhadap fenomena yan boleh dilihat (observable), malah boleh

    menerangkan konstruk (construct) yang abstrak (cth; kepandaian, motivasi, dan

    sebagainya). Dengan ini jelaslah betapa pentingnya teori dalam menghuraikan apa

    Cara pengumpulan data: -Temubual - Pemerhatian -Analisis Dokumen

    Aplikasi teori sosiologi dalam kajian: Teori Fungsionalisme Teori Pemilihan Rasional

    Soalan-soalan Kajian: i. Bagaimanakah bentuk interaksi sosial dalam kalangan pelajar tingkatan 4 yang pelbagai etnik di SMK? ii.Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi interaksi sosial pelajar tingkatan 4 yang pelbagai etnik di SMK? iii. Apakah strategi yang di gunakan oleh sekolah ini dalam meningkatkan interaksi sosial pelajar pelbagai etnik ini?

    Isu kajian: Interaksi sosial pelajar pelbagai etnik di SMK

  • 50 Unit 4 Teori dan Masalah Kajian

    sahaja pekara, termasuklah yang bersifat abstrak (cth:kenapa adanya peningkatan

    motivasi dalam seseorang individu).

    Secara amnya, kesemua teori-teori yang ada dalam bidang-bidang

    pendidikan (sosiologi, psikologi) ini berguna bagi menerangkan sesuatu isu atau

    fenomena yang berlaku dalam sistem pendidikan, bermula daripada peringkat

    pembuat dasar (Kementerian Pelajaran Malaysia), sekolah sehinggalah dalam bilik

    darjah. Sebagai contoh, dalam isu kajian yang dinyatakan di atas Interaksi sosial

    pelajar pelbagai etnik di Sekolah Menengah Kebangsaan, melalui pendekatan dua

    teori sosiologi ini (Teori Fungsionalisme, Teori Pilihan Rasional), isu atau fenomena

    interaksi sosial pelajar di sekolah akan lebih difahami dengan lebih mendalam.

    Menurut Schaefer (2009), perspektif fungsionalisme menekankan setiap bahagian

    dalam masyarakat mempunyai fungsi tertentu yang harus dimainkan, agar

    kestabilan dapat di kekalkan. Maka melalui pendekatan teori ini, memberi pengkaji

    kefahaman, iaitu bagi memastikan interaksi pelajar dalam keadaan baik, guru dan

    sekolah harus memainkan peranan masing-masing. Apabila guru tidak memainkan

    peranannya khususnya untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan, atau pihak

    sekolah yang kurang komited menjalankan usaha mengeratkan interaksi dan pelajar

    yang tidak menunjukkan sikap positif bergaul dengan rakan berbeza etnik, maka

    berlakulah disfungsi mengikut kefahaman aliran teori fungsionalisme.

    Manakala, menurut teori pilihan setiap individu akan bertingkah laku

    berdasarkan rasionalnya dan faedah yang bakal di perolehi hasil tingkah laku

    tersebut, (Yasmin Ahmad & Najeemah Mohd Yusof, 2010). Dalam kajian yang

    dinyatakan di atas, pelajar memilih untuk berinteraksi dengan rakan pelbagai etnik

    adalah atas pilihan sendiri, misalnya agar hubungan erat terjalin, untuk berbincang

    pelajaran dan sebagainya. Selain itu, pelajar tidak berinteraksi dengan etnik lain juga

    adalah atas pilihannya dan ianya mungkin disebabkan oleh sikap negatif yang

    terdapat dalam diri mereka seperti prejudis, stereotaip, perbezaan budaya dan lain-

    lain lagi.

    Dengan ini, dapatlah dirumuskan berdasarkan sesuatu teori, ianya

    menerangkan kenapa sesuatu isu atau fenomena itu berlaku. Ini kerana di

    persekitaran kita, akan terdapat pelbagai isu yang perlu difahami dan dijelaskan

    melalui penerangan berbentuk ilmiah, iaitu melalui penggunaan teori.

  • 51 KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah

    3. Membantu pengkaji meramalkan sesuatu pekara

    Menurut Wiersma dan Jurs (2005), selain daripada bersifat deskriptif, teori juga

    berupaya meramal sesuatu keadaan. Dengan ini, sesuatu teori yang baik akan

    membantu seseorang pengkaji meramal apakah keputusan yang bakal di perolehi.

    Oleh itu, berdasarkan pemahaman pengkaji terhadap teori-teori yang dikuasainya,

    ramalan atau andaian awal dapat di buat. Namun, menurut Amir Hasan Dawi (2006). untuk memastikan andaian awal yang di buat terhadap sesuatu fenomena adalah

    bertepatan atau sebaliknya, memerlukan satu penyelidikan untuk membuktikannya,

    Berikut antara contoh-contoh teori yang digunakan untuk meramal sesuatu pekara

    dalam bidang pendidikan.

    Jadual 4.1: Contoh teori dan ramalan berkaitan kajian

    Teori dan idea utamanya Ramalan berkaitan kajian

    Teori pembelajaran Slavin

    Ianya berkaitan dengan pembelajaran

    kumpulan koperatif

    Pembelajaran koperatif dapat

    meningkatkan pencapaian pelajar.

    Pembelajaran koperatif dapat

    meningkatkan interaksi positif antara

    pelajar.

    Teori pembelajaran sosial Bandura

    Pentingnya modelling dalam

    pembentukan sikap seseorang individu

    Individu yang terdedah kepada

    rancangan televisyen bercorak ganas

    akan cenderung berkelakuan agresif di

    sekolah

    4. Menjana dan menghasilkan penyelidikan baru

    Dengan adanya teori, pelbagai hipotesis atau andaian awal akan dibentuk terhadap

    isu yang berada di pesekitaran kita. Maka, akan muncullah pelbagai kajian yang

    bertitik tolak daripada konsep asas teori-teori ini. Akhirnya hasil