29
MAKLUMAT TESIS Tajuk tesis ini ialah “GAYA KEPIMPINAN PENGETUA DAN HUBUNGANNYA DENGAN STRES GURU DI SEBUAH DAERAH DI NEGERI JOHORyang di buat oleh Tinah Binti Naim @ Nain, pelajar Universiti Teknologi Malaysia pada November 2007. Kajian ini dikemukakan oleh Tinah Binti Naim @ Nain sebagai memenuhi syarat penganugerahan Sarjana Pendidikan (Pengurusan dan Pentadbiran), Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dan data diperolehi daripada kaedah soal selidik yang menggunakan skala likert lima mata. Alat ukur “Leader Behavior Description Questionnaire” (LBDQ) digunakan untuk mengukur gaya kepimpinan pengetua dimensi berstruktur dan dimensi timbang rasa. Alat ukur Stres Guru digunakan untuk mengukur tahap stres guru berdasarkan gaya kepimpinan pengetua dua dimensi tersebut. ULASAN BAB 1 Penyelidik telah menjadikan berita berkenaan dakwaan 22 murid ditampar kerana tidak menyiapkan kerja serta 200 orang pelajar perempuan kena berendam dalam kolam kotor kerana kesalahan seorang pelajar membuang tuala wanita dalam mangkuk tandas sebagai latar belakang masalah kajian ini. Ini memberikan gambaran bahawa pengkaji seolah-olah mencari kesalahan berbanding kelemahan guru. Penyelidik menggambarkan guru yang dalam suasana stres berada di persekitaran sekolah. Penyelidik menyatakan tahap stres guru yang tinggi ini disumbangkan oleh perubahan dan persaingan dunia pendidikan dalam menghadapi era globalisasi. Tetapi tidak menjelaskan faktor-faktor sumbangan stres kepada guru-guru di sekolah secara khusus. Penjelasan berkaitan peranan organisasi dalam pendidikan boleh dikhususkan dengan lebih jelas. Hipotesis yang

33304622 Ulasan Gaya Kepimpinan Pengetua

Embed Size (px)

DESCRIPTION

guru besar

Citation preview

Page 1: 33304622 Ulasan Gaya Kepimpinan Pengetua

MAKLUMAT TESIS

Tajuk tesis ini ialah “GAYA KEPIMPINAN PENGETUA DAN HUBUNGANNYA

DENGAN STRES GURU DI SEBUAH DAERAH DI NEGERI JOHOR” yang di buat oleh Tinah

Binti Naim @ Nain, pelajar Universiti Teknologi Malaysia pada November 2007. Kajian ini

dikemukakan oleh Tinah Binti Naim @ Nain sebagai memenuhi syarat penganugerahan Sarjana

Pendidikan (Pengurusan dan Pentadbiran), Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dan data diperolehi daripada kaedah soal selidik

yang menggunakan skala likert lima mata. Alat ukur “Leader Behavior Description

Questionnaire” (LBDQ) digunakan untuk mengukur gaya kepimpinan pengetua dimensi

berstruktur dan dimensi timbang rasa. Alat ukur Stres Guru digunakan untuk mengukur tahap

stres guru berdasarkan gaya kepimpinan pengetua dua dimensi tersebut.

ULASAN BAB 1

Penyelidik telah menjadikan berita berkenaan dakwaan 22 murid ditampar kerana tidak

menyiapkan kerja serta 200 orang pelajar perempuan kena berendam dalam kolam kotor kerana

kesalahan seorang pelajar membuang tuala wanita dalam mangkuk tandas sebagai latar belakang

masalah kajian ini. Ini memberikan gambaran bahawa pengkaji seolah-olah mencari kesalahan

berbanding kelemahan guru. Penyelidik menggambarkan guru yang dalam suasana stres berada

di persekitaran sekolah.

Penyelidik menyatakan tahap stres guru yang tinggi ini disumbangkan oleh perubahan

dan persaingan dunia pendidikan dalam menghadapi era globalisasi. Tetapi tidak menjelaskan

faktor-faktor sumbangan stres kepada guru-guru di sekolah secara khusus. Penjelasan berkaitan

peranan organisasi dalam pendidikan boleh dikhususkan dengan lebih jelas. Hipotesis yang

dikenal pasti oleh Penyelidik digambarkan seperti kurang signifikan dengan objektif kajian.

Penyelidik boleh menambah serta mengembangkan lagi pengetahuan mengenai masalah

ketegangan, tekanan atau stres yang dialami oleh guru terutamanya di sekolah. Penyelidik juga

boleh memberikan panduan penyeliaan dan penilaian serta mencari beberapa alternatif

penyelesaian masalah stres guru serta menyedarkan pihak guru dan pengetua agar lebih

berperanan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing.

Batasan kajian yang dijalankan ini adalah bersesuaian dan relevan bagi daerah Muar,

Johor. Skop kajian hanya meninjau gaya kepimpinan pengetua di sekolah mungkin boleh

Page 2: 33304622 Ulasan Gaya Kepimpinan Pengetua

dikembangkan lagi Tahap stres guru pula ditinjau berdasarkan gaya kepimpinan pengetua dari

dua kepimpinan dimensi kepimpinan tersebut iaitu berstruktur dan timbang rasa adalah dirasakan

relevan dengan kajiannya. Perbezaan tahap stres guru dicari berdasarkan demografi guru boleh

juga dikembangkan berdasarkan pengalaman atau lain-lain elemen yang lebih signifikan.

PENGENALAN

Latar Belakang Masalah

Berita berkenaan dakwaan 22 murid Tahun Empat Sekolah Kebangsaan Gayang, Tuaran

ditampar kerana tidak menyiapkan kerja di rumah serta 200 orang pelajar perempuan SMK

Bawang Assan di denda berendam dalam kolam kotor kerana kesalahan seorang pelajar

membuang tuala wanita dalam mangkuk tandas menjadi asas pembicaraan latar belakang

masalah kajian ini.

Isu yang dibangkitkan ialah mengapakah guru-guru berkenaan bertindak sedemikian?

Adakah kerana “tertekan” atau “stress” oleh gaya kepimpinan pengetua yang mengurus dan

mentadbir sekolah.

Penyelidik membuat rujukan kepada beberapa kajian yang dibuat;

a. Kajian Ohio State melihat gaya kepimpinan pengetua dari dua dimensi iaitu

dimensi berstruktur dan dimensi timbang rasa.

b. Universiti Michingan, melihat gelagat kepimpinan pengetua dari segi kepimpinan

berorientasikan manusia – pekerja dan kepimpinan berorientasikan pengeluaran –

tugas.

c. Manakala grid pengurusan oleh Robert Blake dan Jane Mouton memberi

penekanan kepada manusia dan penekanan kepada pengeluaran.

d. Gaya kepimpinan yang berteraskan teori kotingensi boleh dilihat dari Model

Fiedler, Julat Kepimpinan Tannenbaum dan Schmidt, Teori Situasi Hersey-

Blanchard, Teori Laluan Matlamat dan Model Pemimpin-Penyertaan.

e. Gaya kepimpinan kontemporari pula adalah pengganti kepada kepimpinan dan

kepimpinan transformasional.

Penyelidik juga merujuk Kamarudin (1989) yang telah menggariskan kekurangan dalam

kecekapan pengetua yang menimbulkan masalah ialah :

Page 3: 33304622 Ulasan Gaya Kepimpinan Pengetua

a. Kecekapan pentadbiran yang melibatkan perancangan, pengelolaan, pengarahan,

penyelarasan, pelaporan, perbelanjaan dan sebagainya

b. Kecekapan sosial yang penting untuk mendapatkan sokongan yang mencukupi

daripada semua sektor

c. Kecekapan pengajaran bagi kelas-kelas besar yang pelbagai kaum

1.3 Pernyataan Masalah

Kajian mengenai stres yang dialami oleh guru telah mula diberi perhatian. Menurut Mohd

Taib dan Hamdan (2006), berdasarkan kajian yang dijalankan oleh University of Manchester

Institute Science and Technology didapati bidang bekerjaan guru mempunyai kadar stres yang

tinggi iaitu pada skala 6.2 dari skala stres 0 hingga 10.

Tahap stres guru yang tinggi ini disumbangkan oleh perubahan dan persaingan dunia

pendidikan dalam menghadapi era globalisasi.

Guru-guru terpaksa menjalankan tugas bagi memenuhi kehendak pelbagai pihak seperti

kehendak organisasi sekolah, pengetua, Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri,

Kementerian Pelajaran, serta kehendak pelajar, ibu bapa, masyarakat dan negara.

1.6 Kepentingan Kajian

Menambah serta mengembangkan lagi pengetahuan mengenai masalah

ketegangan, tekanan atau stres yang dialami oleh guru terutamanya di sekolah

menengah yang dikatakan mengalami beban kerja yang banyak.

Panduan penyeliaan dan penilaian serta mencari beberapa alternatif penyelesaian

masalah stres guru

Menyedarkan pihak guru dan pengetua agar lebih berperanan dalam

melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing.

1.7 Batasan Kajian

Kajian ini dijalankan ke atas guru yang mengajar di lapan buah sekolah menengah

harian biasa yang mempunyai dua sesi/sidang persekolahan di daerah Muar,

Johor.

Page 4: 33304622 Ulasan Gaya Kepimpinan Pengetua

Skop kajian hanya meninjau gaya kepimpinan pengetua di sekolah tersebut sama

ada mengamalkan gaya kepimpinan dimensi berstruktur atau timbang rasa.

Tahap stres guru pula ditinjau berdasarkan gaya kepimpinan pengetua dari dua

kepimpinan dimensi kepimpinan tersebut iaitu berstruktur dan timbang rasa.

Seterusnya gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru dicari.

Perbezaan tahap stres guru dicari berdasarkan demografi guru.

1.8 Definisi Istilah

1.8.1 Gaya

Gaya yang digunakan dalam penyelidikan ini adalah merujuk kepada stail, cara, gelagat

dan tingkah laku yang ditunjukkan oleh pengetua dalam mengurus dan mentadbir organisasi

sekolah.

1.8.2 Kepimpinan:

Kepimpinan pengetua yang berkesan ialah apabila seorang pengetua dapat memainkan

peranannya sebagai seorang pemimpin yang bijaksana, mampu memberi arahan serta memimpin

tetapi pada masa yang sama menjaga hati dan perasaan guru serta berjaya mewujudkan suasana

sekolah yang kondusif dan bebas tekanan yang melampau.

1.8.3 Pengetua:

Dalam kajian ini, pengetua dirujuk sebagai ketua dalam pengurusan dan pentadbiran

sesebuah sekolah.

1.8.4 Stres

Dalam kajian ini istilah stres dan tekanan merujuk kepada kadar tekanan yang dirasai

oleh seseorang guru terhadap gaya kepimpinan yang ditunjukkan oleh pengetua.

1.9 Kerangka Kajian

Dalam kajian ini gaya kepimpinan pengetua adalah berdasarkan kepada pandangan guru

iaitu sama ada dimensi berstruktur atau dimensi timbang rasa. Manakala tahap stress guru pula

adalah berdasarkan kepada apa yang guru rasa terhadap gaya kepimpinan yang diamalkan oleh

pengetua.

Page 5: 33304622 Ulasan Gaya Kepimpinan Pengetua

2. SOROTAN PENULISAN

ULASAN

Dalam bab 2 tesis ini membincang dan meninjau kajian-kajian yang telah dijalankan oleh

pengkaji-pengkaji lepas mengenai gaya kepimpinan pengetua dan perkara yang berkaitan dengan

stress kerja guru.

Pelbagai bentuk gaya kepimpinan telah dibincangkan dalam bab ini yang mana ia amat

bersesuaian dengan keperluan kajian yang hendak dijalankan. Gaya kepimpinan adalah satu

struktur keperluan yang memotivasikan tingkah laku dalam pelbagai situasi kepimpinan. Banyak

perkara gaya kepimpinanyang dihuraikan seperti Gaya Autokratik, Demokratik dan Laissez Faire

yang mana ada hubung kait dengan teori pentadbiran pendidikan, iaitu teori keperluan Maslow.

Melalui teori Maslow, Penyelidik telah cuba menerangkan tingkah laku manusia berasaskan

tahap-tahap keperluan atau ‘needs’ manusia. Berasaskan pengetahuan tentang keperluan yang

harus ada dalam diri manusia, Maslow telah cuba memajukan pandangannya tentang motivasi

kerja seseorang itu. Manusia atau pekerja dalam sesebuah organisasi itu adalah berbeza-beza dan

mempunyai keperluan mereka tersendiri. Ciri-ciri keperluan ini boleh ditunjukkan dalam bentuk

tingkah laku pekerja.

Dalam Bab 2 ini juga, Penyelidik membincangkan mengenai definasi dan konsep stress,

petanda dan faktor-faktor stres guru, pendekatan dan teori stres, dan juga kajian-kajian yang

lepas. Penyelidik mengutarakan definasi stress berdasarkan kajian-kajian yang lepas dan

membincangkan mengenai bentuk tekanan yang dihadapi manusia iaitu tekanan yang

berlebihan, tekanan yang memudaratkan, tekanan yang baik dan berguna serta kurang tekanan.

PANDANGAN

Pada keseluruhannya, kajian ini telah dijalankan dengan baik dan menepati objektif

kajian namun begitu dicadangkan penyelidikan pada masa hadapan dilakukan dalam konteks

perbandingan tingkah laku kepimpinan melibatkan lebih daripada satu daerah di Negeri Johor.

Tujuannya adalah untuk melihat perbezaan faktor gaya kepimpinan pengetua dengan stress guru.

Selain daripada itu, Penyelidik boleh juga melihat pelbagai gaya kepimpinan pengetua

berasaskan teori pentadbiran pendidikan seperti Teori Tret, Teori Kontigensi dan Teori Laluan

Matlamat House.

Page 6: 33304622 Ulasan Gaya Kepimpinan Pengetua

Di dalam bab ini, hujah yang diberi adalah bertepatan dengan tajuk yang dikaji. Namun

sekiranya Penyelidik dapat menambah sedikit lagi maklumat khusunya mengenai kajian yang

pernah dilakukan diluar negara, sudah pasti penulisan ini akan nampak lebih bermaklumat dan

menarik. Ini kerana stres dalam kalangan guru adalah fenomena yang merangkumi kesemua

institusi pendidikan seluruh dunia terutama di sekolah dan terdapat banyak kajian-kajian lepas

yang dilakukan di luar negara boleh dijadikan panduan atau melihat perbandingan dapatannya.

Contohnya, kajian-kajian yang dijalankan di Australia (McCormick, 1997), Hong Kong (Hui dan

Chan, 1996), Israel (Yagil, 2004), New Zealand (Manthei, Gilmore, Tuck & Adair, 1996),

United Kingdom (Griffith, Steptoe & Cropley, 1999) dan Amerika Syarikat (Abell & Sewell,

1999) ada menunjukkan trend ini.

Dalam bab 2 ini, Penyelidik ada mengupas mengenai gaya kepimpinan/ stail kepimpinan

pengetua, namun Penyelidik juga boleh menambah lagi Gaya-gaya kepimpinan yang lain seperti

stail karismatik, stail birokratik, stail Aristokratik, stail Demogogik dan sebagainya.

2.2 Gaya Kepimpinan

Menurut Fiedler (1967) dalam Aminudin (1990), gaya kepimpinan ialah struktur

keperluan yang memotivasikan tingkah lakunya dalam pelbagai situasi kepimpinan. Ainon

(2005), menyatakan perbezaan gaya kepimpinan mempunyai kesan penting ke atas produktiviti

individu-individu yang mereka pimpin. Oleh itu pengetahuan tentang gaya kepimpinan

membolehkan seseorang pemimpin untuk lebih yakin dan berkemahiran sebagai pengurus,

pentadbir dan pemimpin.

2.2.1 Gaya autokratik, demokratik dan laissez faire

Gaya autokratik, demokratik dan laissez faire telah dihasilkan oleh Lewin, Lippit dan

White (1939) dalam Aminudin (1990). Ciri-ciri gaya autokratik, demokratik dan laissez faire

adalah seperti berikut:

a. Ciri-ciri gaya autokratik:

i. Pemimpin menetapkan semua polisi

ii. Teknik dan langkah-langkah ke arah mencapai matlamat diarahkan oleh pemimpin,

satu matlamat pada satu masa sehinggalah masa depan sentiasa tidak menentu

iii. Tugas-tugas kerja dan rakan kerja ditentukan oleh pemimpin sendiri

Page 7: 33304622 Ulasan Gaya Kepimpinan Pengetua

iv. Pemimpin bersikap `peribadi’ dalam memberi pujian dan kritik terhadap kerja-kerja

setiap anggota tanpa memberi alasan yang objektif. Dia tidak mencampuri aktiviti

kelompok kecuali ketika menunjukkan sesuatu.

b. Ciri-ciri gaya demokratik:

i. Semua polisi ditentukan oleh kelompok dengan digalak dan dirangka oleh pemimpin

ii.Sebarang aktiviti yang akan dijangkakan oleh anggota akan dapat difahami daripada

penerangan yang diberi mengenai langkah-langkah umum dalam perbincangan pertama.

Jika kelompok memerlukan nasihat teknikal, pemimpin akan memberi dua tiga prosedur

alternative yang boleh dipilih oleh kelompok.

iii. Anggota bebas untuk bekerja dengan siapa sahaja yang mereka suka dan pembahagian

tugas diserahkan kepada kelompok.

iv. Pemimpin cuba bersikap objektif dalam memberi pujian dan kritik dan mengambil

bahagian dalam kelompok secara semangat tanpa banyak campur tangan dalam kerja.

c. Ciri-ciri gaya laissez faire:

i. Pemimpin memberi kebebasan tentang cara kerja dan hanya campur tangan apabila

diminta pandangan Gaya autokratik, demokratik dan laissez faire dibezakan oleh tahap

dan peranan pemimpin ke atas orang bawahannya. Pemimpin gaya autokratik lebih

mengarah, berorientasi tugas dan berpusat kepada pemimpin. Pemimpin demokratik

membenarkan ketua dan pengikut bergerak dan bekerja bersama-sama dalam membuat

keputusan. Pemimpin gaya laissez faire pula memperlihatkan seolah-olah ketua tidak

berperanan.

2.2.2 Gaya Kepimpinan X dan Y Mc Gregor

Gaya kepimpinan McGregor merupakan hasil pengalaman seumur hidupnya sebagai

pengurus, perunding dan ahli akademik. Beliau mendifinisikan dua set andaian yang boleh

digunakan oleh pengurus dan dinamakan Teori X dan Teori Y.

Teori X ialah konsepsi konvensional tentang tugas pengurusan. Pemimpin yang

berpegang kepada teori ini mempunyai anggapan tertentu. Tanggapan tersebut akan menjadikan

diri pemimpin tersebut melihat manusia sama ada secara negatif atau positif. Pemikiran tersebut

seterusnya membentuk gaya kepimpinan yang akan diamalkannya.

Page 8: 33304622 Ulasan Gaya Kepimpinan Pengetua

2.2.3 Gaya kepimpinan dua faktor (Kajian Ohio)

Faktor keberkesanan dan kecekapan kumpulan kerja dalam institusi pendidikan telah

dikaji oleh sekumpulan penyelidik di Ohio, Amerika Syarikat. Hasil dari kajian didapati terdapat

dua jenis gaya pemimpin iaitu:

i. Mementingkan tugas yang berstruktur

ii. Bertimbang rasa

2.2.4 Kajian Universiti Michingan

Kajian Universiti Michingan telah dijalankan bagi mengenal pasti gaya kepimpinan yang

berkesan ke atas satu sampel yang terdiri daripada para kerani sebuah firma insurans yang besar

di Amerika Syarikat. Dalam penyelidikan yang dibuat, terdapat dua gaya kepimpinan yang

diamalkan iaitu :

i. Kepimpinan berorientasikan manusia (pekerja)

ii. Kepimpinan berorientasikan pengeluaran (tugas)

Menurut Aaizat, Intan dan Zainal (2006), kepimpinan berorientasikan manusia

merupakan pemimpin jenis yang lebih suka menekankan aspek perhubungan antara individu.

Manakala kepimpinan berorientasikan pengeluaran pula, memberi penekanan kepada aspek-

aspek tugas.

2.2.5 Grid Pengurusan

Grid pengurusan yang diperkenalkan oleh Robert Blake dan Jane Moulton terhasil

daripada gaya kepimpinan yang berteraskan teori-teori perlakuan atau gelagat. Dimensi

kepimpinan yang digunakan adalah memberi penekanan kepada manusia dan pengeluaran.

2.3 Model atau Teori

Teori kepimpinan yang digunakan untuk menggambarkan kajian ini adalah teori

kontigensi. Menurut Robiah (2003), teori kontigensi mengandaikan bahawa keberkesanan

kepimpinan adalah bergantung kepada kesesuaian atau keselarasan personaliti pekerja dan

tingkah laku pemimpin dengan faktor-faktor situasi seperti struktur tugas, kuasa, kedudukan atau

jawatan, dan kemahiran serta sikap pekerja. Teori ini juga menganggap tiada satu pun gaya

Page 9: 33304622 Ulasan Gaya Kepimpinan Pengetua

kepimpinan yang baik dan sesuai untuk semua situasi, semuanya bergantung kepada situasi

semasa dan tahap keupayaan pekerja.

Pengurus sekolah sebagai seorang pentadbir dan juga pemimpin harus mengenal pasti

faktor-faktor yang paling penting yang boleh mempengaruhi tingkah laku kakitangan atau ahli

yang dipimpinnya dalam situasi yang tertentu, dan meramalkan gaya kepimpinan yang paling

berkesan untuk situasi tersebut. Model teori yang digunakan di bawah teori kontigensi ini ialah

model teori laluan matlamat House yang telah diasaskan oleh Martin G. Evans dan Robert House

pada tahun 1971, diambil dan diubahsuai daripada buku Teori Asas Pendidikan oleh Robiah

Sidin (2003).

2.4.1 Kesan Amalan Gaya Kepemimpinan Terhadap Peningkatan Motivasi dan

Kepuasan Kerja Guru

Amalan gaya kepemimpinan seseorang pengurus sekolah mampu memberi kesan

terhadap motivasi dan kepuasan kerja guru-guru dan staf dibawahnya. .Penyelidik

menyenaraikan beberapa kajian dan dapatan antaranya ialah dari Mohd. Nor (2004) yang

mengkaji amalan gaya kepimpinan guru besar kepada stafnya pula mendapati tingkah laku

(gaya) kepemimpinan pengajaran guru besar memberi kesan positif kepada motivasi dan

komitmen kerja guru.

Kesimpulannya, gaya kepimpinan yang diamalkan oleh pengurus sekolah sama ada gaya

kepimpinan kolaboratif terbuka, gaya kepimpinan autoritatif membina, gaya kepimpinan

pengajaran, gaya kepimpinan situasi atau gaya kepimpinan tranformasional memberi kesan

positif terhadap motivasi dan kepuasan kerja guru. Guru yang bermotivasi dan mendapat

kepuasan kerja dapat membantu mewujudkan sekolah berkesan dan meningkatkan pengajaran

dan pembelajaran.

2.4.2 Kesan Amalan Gaya Kepemimpinan Terhadap Pemantapan Pengurusan Sekolah

Gaya kepimpinan pengurus sekolah memberi kesan terhadap pemantapan pengurusan

sekolah. Gaya pemudah cara, gaya pengajaran, situasi dan transformasional adalah gaya yang

dinyatakan memberi kesan positif terhadap pemantapan pengurusan sekolah.

Kesimpulannya, gaya-gaya kepimpinan pemudah cara, gaya pengajaran, situasi dan

transformasional telah menunjukkan kesan yang positif terhadap pemantapan pengurusan

Page 10: 33304622 Ulasan Gaya Kepimpinan Pengetua

sekolah. Gaya-gaya tersebut juga didapati memberi kesan positif terhadap keberkesanan sekolah

kecuali gaya kepimpinan pemudah cara.

2.4.3 Kesan Amalan Gaya Kepemimpinan Terhadap Perkembangan Potensi Diri dan

Inovasi

Gaya kepimpinan pengurus sekolah mempunyai pengaruh terhadap perkembangan

potensi diri dan inovasi pekerja. Perkembangan potensi diri dan inovasi mencerminkan

kebolehan guru atau staf dalam sesebuah sekolah untuk menggunakan bakat atau potensi diri

dalam melakukan perubahan dalam suatu kaedah P&P atau proses kerja. Perkembangan potensi

diri dan inovasi ini memerlukan dorongan daripada kepimpinan. Dalam tesis ini, penyelidik

mensentaksis beberapa kajian dan dapatan.

Kesimpulannya, gaya kepimpinan pengurus sekolah yang positif juga dapat mendorong

guru dan staf untuk memperkembangkan potensi diri dan melaksanakan inovasi dalam urusan

kerja seharian. Gaya yang positif ini juga dapat mengurangkan tekanan kerja yang dihadapi oleh

guru dan staf.

2.4.4 Kesan Amalan Gaya Kepemimpinan Terhadap Peningkatan Amalan Pengajaran

Dan Pembelajaran Yang Berkesan.

Kajian-kajian yang dilaksanakan mengenai gaya kepimpinan pengurus sekolah

menunjukkan bahawa gaya kepimpinan transformasional , gaya kepimpinan pengajaran dan gaya

pemudah cara apabila diaplikasikan oleh pengurus sekolah dapat meningkatkan amalan

pengajaran dan pembelajaran secara berkesan di sekolah.

RUMUSAN

Kesimpulannya , dalam bab 2 ini(Sorotan Penulisan) Penyelidik telah cuba menghuraikan

dan mengupas beberapa bentuk gaya kepimpinan seperti gaya autokratik, demokratik dan

Laissez Faire . Penyelidik juga turut menerangkan gaya kepimpinan X dan Y Mc Gregor, gaya

kepimpinan dua faktor menurut kajian Ohio, kajian-kajian penyelidikan gaya kepimpinan dari

Universiti Michigan dan Gred Pengurusan. Secara umumnya, bab 2 ini menghuraikan kelompok-

kelompok teori yang berkaitan dengan proses mentadbir yang perlu ada dalam diri pengetua.

Page 11: 33304622 Ulasan Gaya Kepimpinan Pengetua

Tidak semua teori kepimpinan dibincangkan kerana huraian mengenai gaya kepimpinan tertentu

itu ada juga disentuh dalam bab- bab lain.

Dalam bab 2 yang bertajuk sorotan penulisan ini membincangkan dan meninjau kajian-

kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji-pengkaji lepas mengenai gaya kepimpinan pengetua

dan perkara yang berkaitan dengan stres kerja guru. Tujuan utama kajian ini ialah untuk melihat

gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres kerja guru dan bagaimana keadaan itu

dibantu dengan melihat persamaan dan perbezaan keputusan berbanding dengan kajian yang

terdahulu.

Seterusnya, amalan gaya kepimpinan transformasional, gaya kepimpinan pengajaran dan

gaya pemudah cara oleh pengurus sekolah mampu memberi kesan terhadap amalan pengajaran

dan pembelajaran secara berkesan. Melalui gaya-gaya kepimpinan ini, pengurus sekolah

mendapat kerjasama guru dan pelajar yang terlibat secara langsung dalam pengajaran dan

pembelajaran.

3. METODOLOGI KAJIAN

3.2 Rekabentuk Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui perhubungan di antara gaya pengetua dengan

tahap stres yang dihadapi oleh guru. Penyelidik menggunakan kaedah tinjauan kerana kaedah ini

dapat mengukur subjek kajian yang luas berdasarkan soal selidik yang disediakan. Instrumen

soal selidik mempunyai item-item yang terdiri daripada tiga bahagian iaitu bahagian A

merupakan demografi responden, bahagian B merupakan gaya kepemimpinan pengetua iaitu

dimensi pendayautamaan struktur dan dimensi timbang rasa manakala bahagian C pula adalah

tahap Instrumen yang dibina mempunyai kaitan secara langsung di antara gaya kepimpinan

pengetua dan tahap stres guru berdasarkan gaya kepimpinan pengetua yang dikaji.

3.3 Populasi, Sampel dan Tempat Kajian

Populasi kajian adalah guru-guru yang mengajar di sekolah-sekolah menengah harian

biasa yang mempunyai dua sesi persekolahan di daerah Muar, Johor. Sekolah tersebut hendaklah

telah ditadbir oleh pengetua yang sama sekurang-kurang selama setahun. Hanya lapan buah

sekolah yang berkaitan. Jumlah populasi guru di lapan sekolah tersebut ialah seramai 685 orang

(Pejabat Pelajaran Daerah Muar, 2007).

Page 12: 33304622 Ulasan Gaya Kepimpinan Pengetua

Penyelidik telah mengedarkan 50 set soal selidik kepada guru-guru di lapan buah sekolah

berkenaan yang menjadikan jumlah sampel yang terlibat adalah seramai 400 orang.

Bagaimanapun, hanya 314 set soal selidik telah dipulangkan dan boleh diproses.

Selebihnya tidak dipulangkan dan terdapat sebilangan kecil soal selidik yang rosak kerana

responden tidak menjawab ketiga-tiga bahagian dengan lengkap.

3.4 Instrumen Kajian

Instrumen kajian terbahagi kepada tiga bahagian iaitu bahagian A (demografi), bahagian

B (Soal selidik gaya kepimpinan pengetua, LBDQ) dan bahagian C (soal selidik tahap stres

guru).

3.4.1 Bahagian A (demografi)

Bahagian A merupakan demografi responden iaitu jantina, umur, pengalaman mengajar,

status perkahwinan, sebagai guru kelas, mengajar kelas peperiksaan dan sidang / sesi

persekolahan.

3.4.2 Bahagian B (Soal selidik gaya kepimpinan pengetua, LBDQ)

Bahagian B mengandungi 30 item yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang

gaya kepimpinan pengetua berdasarkan pandangan guru iaitu sama ada pengetua mengamalkan

dimensi berstruktur atau dimensi timbang rasa.

Alat ini dicipta oleh Hemphill dan Coons (1950) dan telah diubahsuai oleh Halpin dan

Winer (1952). Alat ini kemudiannya telah dimurnikan oleh Halpin (1966). Soal selidik ini telah

siap diterjemah ke dalam Bahasa Malaysia dan dimurnikan mengikut kesesuaian telah diambil

terus oleh penyelidik dari Ong (2001). LBDQ ini telah digunakan oleh pengkaji lain seperti

Nagayaya (1988), Mohd Shapri (1995), Suaidah (1984) dan Kalaiselvam (2000).

3.4.3 Bahagian C (Soal Selidik Tahap Stres Guru)

Bahagian C merupakan soal selidik tahap stres guru yang dibina sendiri oleh penyelidik

dengan cara mengubahsuai semua item dalam bahagian B (LBDQ). Bahagian C mengandungi

item-item untuk mendapatkan maklumat mengenai tahap stres guru berdasarkan item bagi gaya

kepimpinan pengetua yang mengamalkan sama ada dimensi berstruktur atau dimensi timbang

rasa.

Page 13: 33304622 Ulasan Gaya Kepimpinan Pengetua

3.5 Prosedur Kajian

Kajian yang dijalankan telah terlebih dahulu mendapat kebenaran dari Bahagian

Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Seterusnya

penyelidik memohon kebenaran dari Jabatan Pelajaran Negeri Johor dan Pejabat Pelajaran

Daerah Muar. Soal selidik diedar dan dipungut semula dengan kerjasama guru bimbingan dan

kaunseling sekolah-sekolah berkenaan. Data dimasukkan ke dalam perisian SPSS secara

berperingkat. Kemudian data diproses dan dianalisis. Akhir sekali dapatan kajian ditulis dalam

bentuk laporan projek.

3.7 Kajian Rintis

Soal selidik ditadbir kepada sekumpulan responden yang mempunyai ciri yang sama

dengan populasi sebenar. Jumlah responden seramai 15-20 orang telah mencukupi untuk analisis

kesahan luaran dan indeks kebolehpercayaan. Penyelidik telah menjalankan kajian rintis ke atas

29 orang guru.

3.8 Pembolehubah Kajian

Kajian ini mempunyai dua pembolehubah iaitu pembolehubah bersandar dan

pembolehubah bebas. Pembolehubah bersandar kajian ialah tahap stres guru. Pembolehubah

bebas kajian ialah faktor-faktor demografi responden (guru) iaitu jantina, umur, pengalaman

mengajar, status perkahwinan, sebagai guru kelas, mengajar kelas peperiksaan dan sidang/sesi

persekolahan.

3.9 Analisis Data

Sebanyak 314 daripada 400 borang soal-selidik telah dikembalikan untuk dianalisis. Data

di analisis dengan menggunakan Program Statistical package of Sosial Sciense (SPSS) for

Windows 11.5. Soal selidik dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi.

3.9.1 Kaedah Deskriptif

Page 14: 33304622 Ulasan Gaya Kepimpinan Pengetua

Kaedah deskriptif yang menunjukkan kekerapan, min dan peratusan di gunakan untuk

taburan demografi iaitu jantina, umur, pengalaman mengajar, status perkhawinan, sebagai guru

kelas, mengajar kelas peperiksaan dan sesi persekolahan.

3.9.2 Kaedah Inferensi

Kaedah inferensi digunakan untuk menguji hipotesis yang memerlukan statistik lanjutan.

i. Pengujian hipotesis i :

Pengujian hipotesis yang pertama iaitu untuk menguji perbezaan tahap stress guru dari

segi demografi. Faktor demografi mempunyai dua pembolehubah iaitu jantina, sebagai guru

kelas, mengajar kelas peperiksaan dan sesi persekolahan diuji menggunakan min dan Ujian-t.

Dalam kajian ini analisis Ujian-t digunakan untuk menguji Hipotesis nol (Ho). Aras

signifikan yang digunakan ialah pada aras keyakinan p ≤ 0.05. Pembolehubah yang mempunyai

lebih dari dua kumpulan iaitu umur, pengalaman mengajar dan status perkahwinan diuji dengan

menggunakan ANOVA.

ii. Pengujian hipotesis ii :

Untuk menguji hubungan antara gaya kepimpinan pengetua (dimensi berstruktur dan

dimensi timbang rasa) dengan tahap stres guru menggunakan ujian statistik korelasi Pearson, r

dan diplotkan.

4. DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan

Bab ini akan membincangkan tentang dapatan yang diperolehi melalui soal selidik yang

telah diedarkan. Perbincangan deskriptif menumpukan kepada penghuraian latar belakang

responden seperti jantina, umur, pengalaman mengajar , status perkahwinan , sebagai guru kelas,

mengajar peperiksaan dan sesi persekolahan. Penganalisisan inferensi pula melibatkan kaedah

statistik analisis min, ujian- t, Anova dan ujian korelasi pearson- r untuk melihat hubungan dan

perbezaan pembolehubah yang dikaji berdasarkan hipotesislah yang telah dibina.

4.2 Huraian latar belakang responden

Page 15: 33304622 Ulasan Gaya Kepimpinan Pengetua

Latar belakang responden melibatkan aspek jantina, umur, pengalaman mengajar, status

perkahwinan, sebagai guru kelas, mengajar kelas peperiksaan dan sesi persekolahan.

4.3 Analisis Gaya Kepimpinan Pengetua

Berdasarkan analisis yang telah dijalankan oleh penyelidik, dalam dimensi gaya

kepimpinan pengetua berstruktur berdasarkan pandangan guru, responden telah memilih item

24 iaitu beliau meminta guru mengikut segala peraturan dan syarat kerja yang telah ditetapkan

mencatatkan 2 orang (memilih tidak pernah) 8, (jarang-jarang) , 47 (sekali-sekala), 144

(kerapkali) dan 113 (sentiasa). Min bagi item ini ialah 4.14

Manakala bagi analisis gaya kepimpinan pengetua berdasarkan pandangan guru (dimensi

gaya bertimbang rasa), responden telah memilih item ke 21 iaitu beliau bersedia melakukan

perubahan, seramai 14 orang memilih (jarang-jarang), 80 orang ( sekali sekala), 154 (kerap kali),

dan 65 (sentiasa) . Min dalam bahagian ini ialah 3.99.

4.4 Untuk mengenal pasti tahap stres guru

Tahap stres guru adalah berdasarkan pada gaya kepimpinan pengetua yang berstruktur

dan pada gaya kepimpinan pengetua gaya bertimbang rasa. Berdasarkan analisis yang telah

dijalankan oleh penyelidik , berdasarkan gaya kepimpinan pengetua dimensi berstruktur

memahami sikapnya sebagai item yang mempunyai min yang tertinggi iaitu 3.29. Manakala

dalam analisis tahap stres guru pada gaya kepimpinan pengetua dimensi bertimbang rasa,

responden telah memilih item 1 iaitu pengetua yang tidak menghulurkan pertolongan peribadi

kepada guru mempunyai min yang tertinggi iaitu 3.60

Analisis dapatan dari aspek tahap stres guru berdasarkan gaya kepimpinan pengetua

dilakukan dengan meletakkan kategori sedikit tekanan, agak tertekan, dan pasti tertekan.

Kesimpulannnya tahap stres responden pada gaya kepimpinan pengetua yang berstruktrur

adalah sederhana atau agak tertekan di mana min ialah 2.762. tahap stres responden pada gaya

bertimbang rasa pengetua adalah juga sederhana atau agak tertekan min hanya 2.60.

4.5 Pengujian hipotesis

Hipotesis kajian adalah untuk melihat perbezaan dan hubungan antara pemboleh ubah.

Untuk melihat perbezaan tahap stres di kalangan guru berdasarkan faktor demografi , penyelidik

Page 16: 33304622 Ulasan Gaya Kepimpinan Pengetua

telah menggunakan ujian –t. Dalam kajian ini , min antara dua pemboleh ubah dibandingkan.

Nilai ‘p’ yang digunakan ialah 0.05 untuk menentukan aras signifikan bagi menguji hipotesis

null, iaitu tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap stres guru dari segi demografi( jantina,

sebagai guru kelas, mengajar kelas peperiksaan dan sesi persekolahan)

Untuk melihat perbezaan tahap stres di kalangan guru berdasarkan faktor demografi

(umur, pengalaman mengajar dan status perkahwinan) penyelidik menggunakan One-Way

ANOVA. Ia digunakan untuk menguji wujudnya perbezaan di antara min satu pemboleh ubah

bagi lebih dari dua kumpulan yang tidak saling bergantungan. Nilai ‘p’ yang digunakan ialah

0.05 untuk menentukan aras signifikan bagi menguji hipotesis null iaitu tidak terdapat perbezaan

yang signifikan tahap stres guru dari segi demografi (umur, pengalaman mengajar dan status

perkahwinan)

5. KESIMPULAN DAN DAPATAN KAJIAN

Dalam bab 5 ini , pengkaji membuat perbincangan dan kesimpulan dapatan dari kajian

yang telah dijalankan. Pengkaji menerangkan secara terperinci segala dapatan hasil kajiannya.

Pengkaji mengkategorikan bab 5 ini kepada 7 perkara.

1 Pendahuluan

2 Ringkasan Kajian

3 Keputusan dan implikasi kajian

4 Menjawab Objektif Dan Hipotesis Kajian

5 Cadangan Tindakan Berdasarkan Keputusan Kajian

6 Cadangan Tentang Kajian Lanjutan

7 Kesimpulan

5.1 Pendahuluan .

Di dalam bahagian ini penyelidik menerangkan perkara yang akan dihuraikan hasil

keputusan yang diperolehi dalam bab 4.

5.2 Ringkasan Kajian

Di dalam bahagian ini penyelidik menerangkan tujuan kajian ini dijalan iaitu sebagai

usaha untuk menambah serta mengembangkan lagi pengetahuan mengenai gaya kepimpinan

Page 17: 33304622 Ulasan Gaya Kepimpinan Pengetua

pengetua dari dimensi mengutamakan berstruktur dan bertimbang rasa dan hubungannya dengan

stres guru berdasarkan gaya kepimpinan pengetua yang berkenaan.

Penyelidik juga menerangkan tentang soalan atau hipotesis dalam kajian ini antaranya

mengenalpasti perbezaan tahap stres guru dari segi dari segi jantina, umur, pengalaman

mengajar, status perkahwinan, sebagai guru kelas, mengajar kelas peperiksaan dan sesi/sidang

persekolahan.

Seterusnya penyelidik menerangkan kaedah yang digunakan untuk mendapatkan data

iaitu tinjauan secara soal selidik yang dibahagiakan kepada 3 bahagian. Bahagian A, butir-butir

diri sampel iaitu jantina, umur, pengalaman mengajar, status perkahwinan, sebagai guru kelas,

mengajar kelas peperiksaan dan sesi/sidang persekolahan. Bahagian B soal selidik ini

mempunyai 30 item yang menyentuh tentang gaya kepimpinan pengetua dari dimensi

pendayautamaan struktur dan bertimbang rasa. Bahagian C pula mengandungi 30 item yang

menyentuh tentang tahap stres guru berdasarkan gaya kepimpinan pengetua.

5.3 Keputusan dan implikasi kajian

Bahagian ini membincangkan keputusan dan implikasi kajian. Penyelidik menerangkan

secara terperinci setiap dapatan hasil kajian ini. Penyelidik menerangkan keputusan dan

implikasi kajian ini dengan menggunakan skor min untuk memberikan penjelasan kepada

pembaca. Penyelidik juga menjelaskan / memasukkan hasil kajian dari kajian terdahulu yang

berkaitan dengan tajuk / bidang yang dikaji oleh Penyelidik.

Penyelidik juga menggariskan panduan yang dapat diguna pakai oleh pengetua dan guru

dalam menangani persoalan yang dikaji. Penyelidik menggariskan 6 perkara yang boleh

dijadikan panduan .

5.4 Menjawab Objektif Dan Hipotesis Kajian

Di dalam bahagian ini pula, Penyelidik membincangkan pencapaian objektif kajian dan

hasil pengujian hipotesis berdasarkan kepada 314 borang soal selidik yang telah dilengkapkan

oleh responden.

Penyelidik juga telah memberikan pandangan – pandangan guru hasil dari dapatan kajian

ini. Setiap objektif kajian telah dijawab oleh Penyelidik pada bahagian ini. Penyelidik juga telah

memasukkan hasil kajian terdahulu oleh pengkaji lain berkaitan dengan objektif kajian ini. Skor

Page 18: 33304622 Ulasan Gaya Kepimpinan Pengetua

min telah digunakan bagi menerangkan tentang dapatan hasil kajian ini berdasarkan objektif

kajian.

Penyelidik telah menjelaskan satu persatu setiap hipotesis yang didapati hasil dari kajian

ini. Sembilan hipotesis telah dihuraikan oleh Penyelidik.

5.5 Cadangan Tindakan Berdasarkan Keputusan Kajian

Penyelidik pada bahagian ini telah memberikan beberapa cadangan perlu dilakukan.

Penyelidik telah mengkategorikan pihak yang perlu menjadikan kajian ini sebagai panduan untuk

tujuan penambahbaikan iaitu :

a. Penambahbaikan diri guru dalam menangani tekanan yang dihadapi dan

seterusnya menambahbaikan hubungan di antara pengetua dengan guru.

b. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dan Bahagian Penggubalan Kurikulum

Guru agar mewajibkan semua guru dan pengetua mempelajari ilmu psikologi,

komunikasi dan kepimpinan.

c. Pihak Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan pihak sekolah agar

mengadakan kursus-kursus khas yang memberi fokus kepada pengendalian emosi

dan menangani stres.

d. Kaunselor pentadbir yang berperanan untuk membantu guru dalam menghadapi

sebarang tekanan, konflik dan isu.

5.6 Cadangan Tentang Kajian Lanjutan

Di dalam bab ini Penyelidik telah memberi garis panduan yang boleh dikuti oleh pengkaji

akan datang. Penyelidik telah menjelaskan dengan jelas keperluan kepada pengkaji akan datang

tentang perlunya kajian ini dilanjutkan. Perkara yang dititk beratkan ialah ;

i. Kajian tentang faktor yang menyebabkan tahap stres guru lelaki lebih tinggi

berbanding tahap stres guru perempuan dalam menghadapi gaya kepimpinan pengetua.

ii. Kajian tentang faktor stres dari segi personaliti guru itu sendiri dan cara guru

berhadapan dengan gaya kepimpinan pengetua.

iii. Kajian tentang gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan tahap

pencapaian akademik pelajar dan tahap stres guru di sekolah-sekolah pencapaian

akademik paling rendah dan paling tinggi

Page 19: 33304622 Ulasan Gaya Kepimpinan Pengetua

iv. Kajian tentang hubungan tahap stres guru dengan cara menghadapi tekanan dalam

menghadapi gaya kepimpinan pengetua yang berbeza dimensi.

v. Kajian tentang hubungan gaya kepimpinan pengetua dari sudut dimensi yang lain

dengan tahap stres guru

5.7 Kesimpulan

Di akhir bahagian ini Penyelidik telah membuat kesimpulan kepada perkara yang

dibincangkan di dalam bab 5 ini. Walaupun Penyelidik menjelaskan secara ringkas pada

bahagian kesimpulan ini, Penyelidik telah berjaya memberi kefahaman yang jelas kepada

pembaca. Penyelidik telah menerangkan tentang keputusan pengujian yang telah dijalankan iaitu

hipotesis null yang diterima dan hipotesis null yang ditolak serta penerimaan hipotesis

alternative.

1. Hipotesis yang diterima ialah tiada perbezaan yang signifikan tahap stress guru

apabila dikaitkan dengan umur, pengalaman mengajar, status perkahwinan, sebagai guru

kelas, mengajar kelas peperiksaan, dan dari segi sesi persekolahan.

2. Hipotesis null yang ditolak dan menerima hipotesis alternatif (Ha) pula ialah :

i. terdapat perbezaan yang signifikan tahap stres guru apabila dikaitkan

dengan jantina.

ii. terdapat hubungan yang signifikan antara gaya kepimpinan pengetua

dimensi berstruktur dengan tahap stres guru. Hubungan tersebut adalah pada

tahap yang sangat lemah dan hubungannya adalah secara negatif.

Selain itu, Penyelidik juga telah memberikan kaedah kepada semua pihak yang berkaitan

dengan kajian ini untuk mengatasi permasalahan yang timbul hasil dari dapatan kajian ini.

Secara keseluruhannya tesis ini sangat baik. Penyelidik mampu membuktikan hasil

penyelidikannya dengan ilmiah dan mampu menjadikan tesis ini sebagai satu bahan rujukan

ilmiah.