79971102 Asimilasi Dan Integrasi Pp

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/29/2019 79971102 Asimilasi Dan Integrasi Pp

    1/12

    TAJUK :MENGUMPUL MAKLUMAT YANG

    BERKAITAN DENGAN ASIMILASIDAN INTEGRASI

  • 7/29/2019 79971102 Asimilasi Dan Integrasi Pp

    2/12

    ASIMILASI

    Asimilasi merupakan satu proses percantuman dan

    penyatuan antara kumpulan etnik berlainan budayasehingga membentuk satu kelompok dengankebudayaan dan identiti yang sama.

    Menurut Vander Zanden (seorang ahli sosiologi),asimilasi ialah satu proses dalam mana kelompok-kelompok yang berfikir, berperasaan dan bertindaksecara berlainan, menjadi satu dalam kesatuansosial serta budaya yang sama.

    Ia berkaitan dengan penyerapan sehala individu ke

    dalam etnik yang lain.

    Asimilasi yang sempurna menyebabkan berlakunyapenghapusan penuh perbezaan dari segi kebudayaandan identiti.

  • 7/29/2019 79971102 Asimilasi Dan Integrasi Pp

    3/12

    Konsep ini diwakili dengan formula A + B + C = A, di siniA dalam hal ini mewakili golongan dominan sementara Bdan C mewakili kumpulan etnik minoriti.

    Contohnya, orang Melayu di Thailand telah mengalamiproses asimilasi yang menyebabkan nama, bahasa danhampir semua aspek cara hidup mereka (kecuali agama)telah disatukan dengan amalan dan cara hidup orangThai.

    Di Malaysia, apa yang berlaku ke atas masyarakat Jawa,Cina Kelantan, Baba dan Nyonya merupakan contohberlakunya proses asimilasi.

    Namun, bagi etnik Cina di Kelantan serta Baba danNyonya, asimilasi berlaku dalam konteks budaya tanpamelibatkan anutan kepercayaan atau agama.

  • 7/29/2019 79971102 Asimilasi Dan Integrasi Pp

    4/12

    Proses asimilasi berlaku apabila terdapatnya :

    Etnik yang berbeza budaya.

    Individu di dalam atau di antara etnik sering

    berinteraksi.

    Interaksi berlaku dalam tempoh yang lama.

  • 7/29/2019 79971102 Asimilasi Dan Integrasi Pp

    5/12

    Kejayaan asimilasi bergantung kepada :

    Kesanggupan etnik minoriti menghilangkanidentiti mereka dan menerima identiti kumpulanetnik majoriti.

    Kesanggupan etnik majoriti menerima kumpulanetnik minoriti.

    Perbezaan saiz di antara kelompok majoriti danminoriti adalah besar atau kelompok minoriti

    adalah kecil.

    Terdapat banyak persamaan budaya antarakumpulan etnik majoriti dan minoriti.

  • 7/29/2019 79971102 Asimilasi Dan Integrasi Pp

    6/12

    Faktor penghalang asimilasi ialah :

    Kurangnya pengetahuan kebudayaan sehinggamenimbulkan perasaan takut terhadap budayalain.

    Timbul perasaan bahawa budaya etnik majoritilebih tinggi dari etnik lain.

    Adanya perbezaan kepentingan antara kumpulanetnik yang terlibat.

    Penguasaan dalam sesuatu bidang khususnya olehetnik minoriti akan menyukarkan prosesasimilasi.

  • 7/29/2019 79971102 Asimilasi Dan Integrasi Pp

    7/12

    INTEGRASI

    Integrasi merupakan satu proses bagimewujudkan satu identiti nasional dalamkalangan kumpulan yang terpisah dari segikebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah

    unit politik. (Ahmad HajiK

    ambar,1987)

    Proses mencapai sebuah masyarakat integrasibukanlah sesuatu yang mudah.

    Menurut Ting Chew Peh(1987), integrasi ialahsesuatu proses yang amat kompleks.

  • 7/29/2019 79971102 Asimilasi Dan Integrasi Pp

    8/12

    Unsur integrasi terdiri daripada:

    Integrasi wilayah yang bertujuan mengurangkanjurang perbezaan pembangunan ekonomi dansosial antara wilayah yang maju dengan yangmundur.

    Di Malaysia, tumpuan integrasi wilayah ialahantara Malaysia Barat dengan Malaysia Timur danPantai Timur Semenanjung Malaysia denganPantai Barat Semenanjung Malaysia.

    Integrasi ekonomi yang boleh diertikan sebagaiusaha-usaha untuk mengurangkan jurangperbezaan ekonomi antara kumpulan etnik.

  • 7/29/2019 79971102 Asimilasi Dan Integrasi Pp

    9/12

    Integrasi kebudayaan melibatkan usaha

    membentuk satu kebudayaan kebangsaan.

    Integrasi sosial merangkumi usaha-usahamenyatupadukan rakyat melalui program

    sosial seperti sukan, pendidikan, perumahan dankesihatan.

  • 7/29/2019 79971102 Asimilasi Dan Integrasi Pp

    10/12

    Integrasi pendidikan bertujuan untukmewujudkan satu sistem pendidikan yangbercorak kebangsaan dan sempurna dari segi

    jasmani, emosi, rohani dan intelek.

    Integrasi politik yang merangkumi usaha-usaha menyatukan rakyat melalui kerjasamadan pembahagian kuasa politik.

  • 7/29/2019 79971102 Asimilasi Dan Integrasi Pp

    11/12

  • 7/29/2019 79971102 Asimilasi Dan Integrasi Pp

    12/12

    Menurut Edward B.Taylor, beliau memandang

    budaya sebagai satu konsep menyeluruh yangrumit yang mengandungi ilmu pengetahuan,kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang-undang, adat resam dan lain-lain kebolehanserta kebiasaan yang diperolehi oleh manusia

    sebagai anggota masyarakat.