14
1

A) PROSEDUR KURSUS SAINS SUKANcoachingacademy.isn.gov.my/wp-content/uploads/2020/...A) PROSEDUR KURSUS SAINS SUKAN 1.0 PENGENALAN Kursus Sains Sukan (KSS) merupakan salah satu komponen

  • Upload
    others

  • View
    118

  • Download
    1

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: A) PROSEDUR KURSUS SAINS SUKANcoachingacademy.isn.gov.my/wp-content/uploads/2020/...A) PROSEDUR KURSUS SAINS SUKAN 1.0 PENGENALAN Kursus Sains Sukan (KSS) merupakan salah satu komponen

1

Page 2: A) PROSEDUR KURSUS SAINS SUKANcoachingacademy.isn.gov.my/wp-content/uploads/2020/...A) PROSEDUR KURSUS SAINS SUKAN 1.0 PENGENALAN Kursus Sains Sukan (KSS) merupakan salah satu komponen

A) PROSEDUR KURSUS SAINS SUKAN

1.0 PENGENALAN

Kursus Sains Sukan (KSS) merupakan salah satu komponen di dalam Skim Pensijilan Kejurulatihan

Kebangsaan (SPKK) yang digunakan oleh jurulatih untuk permohonan lesen kejurulatihan di seluruh

negeri bagi meneruskan kerjaya sebagai jurulatih sukan. Kursus ini terbahagi kepada tiga tahap iaitu

Tahap I, II, dan III.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Melatih dan membantu meningkatkan pengetahuan jurulatih dalam perancangan

program latihan yang lebih sistematik dan saintifik sebagai usaha meningkatkan

kualiti kejurulatihan negara.

2.2 Memberi pendedahan awal terhadap aspek sains, perubatan dan teknologi sukan

sebagai elemen teras dalam penyediaan atlet elit.

2.3 Mengiktiraf jurulatih yang berkelayakan melalui Skim Pelesenan Kejurulatihan

Kebangsaan (SLKK).

3.0 TEMPOH KURSUS SAINS SUKAN DAN KADAR YURAN

3.1 Pihak Akademi Kejurulatihan Kebangsaan (AKK) telah menetapkan tempoh kursus

sains sukan adalah seperti berikut (tertakluk kepada pindaan) (sila rujuk Lampiran 2):

Bil Tahap Kursus Jam Tempoh

1 Tahap I 30 Jam 5 Hari

2 Tahap II 36 Jam 6 Hari

3 Tahap III 42 Jam 6 Hari

Page 3: A) PROSEDUR KURSUS SAINS SUKANcoachingacademy.isn.gov.my/wp-content/uploads/2020/...A) PROSEDUR KURSUS SAINS SUKAN 1.0 PENGENALAN Kursus Sains Sukan (KSS) merupakan salah satu komponen

3.2 Pihak AKK telah menetapkan kadar yuran kursus Sains Sukan Tahap I, II dan III bagi

pemohon adalah seperti berikut:

3.3 Yuran ini TIDAK termasuk tanggungan makan dan minum atau penginapan peserta.

3.4 Peserta yang mempunyai kad YAKEB/ OKU akan mendapat potongan yuran

sebanyak RM 50 bagi setiap kursus dengan melampirkan salinan berwarna kad

tersebut.

3.5 Pembayaran yuran perlu dijelaskan hanya secara atas talian dengan melampirkan

bukti pembayaran.

3.6 Pemulangan yuran hanya dilakukan sekiranya tarikh kursus di tukar ataupun

dibatalkan.

3.7 Yuran tidak akan dikembalikan sekiranya kursus berlangsung dan peserta tidak

menghadirkan diri.

3.8 Sekiranya peserta sudah membuat pembayaran yuran tetapi tidak dapat hadir kursus

yang telah dipilih atas sebab-sebab tertentu, beliau perlu menulis surat kepada

Pengarah AKK untuk kelulusan dan dibenarkan untuk menduduki kursus yang lain

pada tahun semasa.

4.0 SYARAT DAN KELAYAKAN PERMOHONAN KURSUS SAINS SUKAN (KSS)

4.1 Terbuka kepada semua individu yang berminat dalam bidang kejurulatihan dan

sukan.

4.2 Peserta hendaklah berumur 18 tahun dan ke atas.

4.3 Mengisi borang permohonan atas talian menerusi laman web

coachingacademy.isn.gov.my.

4.4 Bagi permohonan Kursus Tahap 2, wajib melampirkan sijil Tahap 1 untuk kelayakan

menduduki kursus tersebut.

4.5 Bagi permohonan Kursus Tahap 3, wajib melampirkan sijil Tahap 2 untuk kelayakan

menduduki kursus tersebut.

Bil Kursus

Yuran Peserta Kursus

Warganegara Malaysia Bukan Warganegara

1 Tahap I RM 150 RM 200

2 Tahap II RM 200 RM 300

3 Tahap III RM 300 RM 400

Page 4: A) PROSEDUR KURSUS SAINS SUKANcoachingacademy.isn.gov.my/wp-content/uploads/2020/...A) PROSEDUR KURSUS SAINS SUKAN 1.0 PENGENALAN Kursus Sains Sukan (KSS) merupakan salah satu komponen

5.0 CARA PERMOHONAN KSS (PESERTA)

5.1 Cara permohonan KSS adalah seperti berikut;

Peserta dikehendaki membaca prosedur kss di

laman web coachingacademy.isn.gov.

my

Klik program dan pilih tarikh kursus

Isi borang permohonan kursus dengan lengkap

Sila melampirkan scan berwarna kad

pengenalan/passport, dan salinan kad OKU/

YAKEB sekiranya ada

Sila lampirkan scan sijil Lulus Kursus Sains Sukan

Tahap 1 @ 2

Pembayaran atas talian kepada akaun Institut Sukan Negara : Bank

Islam (14238010010001).

Menerima surat tawaran daripada penganjur

Peserta menghadiri kursus

Page 5: A) PROSEDUR KURSUS SAINS SUKANcoachingacademy.isn.gov.my/wp-content/uploads/2020/...A) PROSEDUR KURSUS SAINS SUKAN 1.0 PENGENALAN Kursus Sains Sukan (KSS) merupakan salah satu komponen

Contoh gambar kad pengenalan, OKU, YAKEB, sijil Lulus Kursus Sains Sukan Tahap 1 dan 2.

contoh contoh contoh

contoh contoh

Page 6: A) PROSEDUR KURSUS SAINS SUKANcoachingacademy.isn.gov.my/wp-content/uploads/2020/...A) PROSEDUR KURSUS SAINS SUKAN 1.0 PENGENALAN Kursus Sains Sukan (KSS) merupakan salah satu komponen

6.0 PENILAIAN KSS TAHAP I DAN II

6.1 Aspek penilaian Tahap I dan II adalah seperti berikut;

Perkara Komponen Pemarkahan

Peperiksaan

a) 60 soalan berbentuk objektif

b) 1 ½ jam

c) Keperluan peserta; Tugasan, borang penilaian, alat tulis (pensil,

pen dan pemadam sahaja).

d) Peraturan peperiksaan;

1. Peserta perlu bersedia di luar dewan peperiksaan 15 minit

sebelum peperiksaan bermula.

2. Perlu menghantar tugasan, dan borang penilaian sebelum

memasuki dewan.

3. Tidak dibenarkan membawa telefon bimbit ke dalam dewan

peperiksaan.

4. Peserta yang didapati meniru atau membawa jawapan yang

disorokkan, akan dikenakan tindakan tatatertib, iaitu akan

diminta untuk keluar daripada dewan peperiksaan serta

merta.

5. Peserta yang didapati meniru tugasan atau membenarkan

tugasan ditiru, tugasan tersebut tidak akan mendapat sebarang

markah.

60%

Tugasan

a) Format penulisan (bertaip komputer) 1.0 spacing, font 12, huruf

arial

30%

Kehadiran a) Tahap I : 5 Hari

b) Tahap II : 6 Hari 10%

MARKAH LULUS 60% dan

keatas

Page 7: A) PROSEDUR KURSUS SAINS SUKANcoachingacademy.isn.gov.my/wp-content/uploads/2020/...A) PROSEDUR KURSUS SAINS SUKAN 1.0 PENGENALAN Kursus Sains Sukan (KSS) merupakan salah satu komponen

7.0 PENILAIAN KSS TAHAP III

7.1 Aspek penilaian Tahap III adalah seperti di bawah;

Perkara Komponen Pemarkahan

Peperiksaan

a) 50 soalan berbentuk objektif

b) 1 ¼ jam

c) Keperluan peserta dan peraturan peperiksaan

(rujuk 12.1)

50%

Ujian lisan

a) Soalan lisan diberikan berdasarkan isu terkini sukan

peserta.

b) Konsep soal jawab bersama media

c) Dinilai oleh panel AKK.

d) Aspek penilaian:

1. Kejelasan suara

2. Keyakinan

3. Gaya penyampaian

4. Keupayaan memahami soalan

5. Ketepatan fakta

6. Gaya interaksi

7. Jawapan yang bernas

8. Keupayaan wacana

10%

Kertas projek

a) Kajian berkenaan salah satu aspek pengkhususan

berdasarkan sukan masing-masing antaranya :

b) Pemakanan sukan

c) Latihan suaian fizikal

d) Perubatan sukan

e) Fisiologi senam

f) Psikologi

g) Biomekanik sukan

h) Contoh;

i. Tajuk : Peningkatan Latihan Anerobik semasa Musim

Pertandingan.

ii. Sukan : Hoki

iii. Perbincangan : Masalah yang dihadapi oleh pemain

30%

Page 8: A) PROSEDUR KURSUS SAINS SUKANcoachingacademy.isn.gov.my/wp-content/uploads/2020/...A) PROSEDUR KURSUS SAINS SUKAN 1.0 PENGENALAN Kursus Sains Sukan (KSS) merupakan salah satu komponen

sendiri dalam pasukan, menyatakan posisi pemain

(berikan data statistik).

iv. Cara mengatasi masalah : Menyatakan jenis latihan,

menggunakan kajian-kajian terdahulu.

v. Cadangan : Mengaplikasikan kajian kepada pasukan/

pemain.

vi. Data : Data kualitatif atau kuantitatif (bergantung

kepada kajian).

d) Format kertas projek;

1. Menggunakan font Times New Roman / Arial

2. Bertaip double – spacing, font 12.

3. Tidak kurang daripada tiga ribu patah perkataan (3,000

patah perkataan)

4. Menghantar 3 salinan kertas projek di fotostat dan comb

binding.

e) Aspek penilaian kertas projek;

1. Isi kandungan

2. Format penulisan

3. Praktikal kajian

4. Hasil kajian

5. Rumusan dan cadangan

6. Rujukan

VIVA

a) Sesi VIVA berlangsung 3 bulan selepas kursus. (Tarikh

akan diberitahu oleh penganjur)

b) Sesi soal jawab berdasarkan kertas projek

c) Peserta yang tidak dapat menghadiri sesi ini perlu

mengemukakan surat dan menghantar kertas projek

beserta salinan sebelum tarikh VIVA, untuk melayakkan

diri datang ke sesi seterusnya.

10%

MARKAH LULUS 50%

Page 9: A) PROSEDUR KURSUS SAINS SUKANcoachingacademy.isn.gov.my/wp-content/uploads/2020/...A) PROSEDUR KURSUS SAINS SUKAN 1.0 PENGENALAN Kursus Sains Sukan (KSS) merupakan salah satu komponen

8.0 TANGGUNGJAWAB PESERTA

BIL PERKARA

TANGGUNGAN PESERTA

1

Segala perbelanjaan, penginapan, pengangkutan, makan minum dan alat tulis semasa kursus adalah

tanggungan peserta sendiri KECUALI dimaklumkan oleh pihak penganjur.

2

Sebarang kehilangan harta benda atau kemalangan yang berlaku pada sebelum, semasa dan selepas

kursus adalah di bawah tanggungjawab peserta sendiri dan pihak AKK atau penganjur TIDAK

AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas kemalangan yang berlaku.

3

Peserta dinasihatkan dan digalakkan mempunyai insuran peribadi sebagai jaminan jika berlakunya

kemalangan sepanjang waktu kursus.

TATACARA PEMAKAIAN PESERTA

4

Semua peserta kursus haruslah berpakaian SUKAN, kemas dan tidak mencolok mata (sila rujuk

Lampiran 6).

5

Berpakaian seperti berseluar pendek, baju tidak berlengan dan berkasut tumit tinggi (bagi wanita)

adalah TIDAK DIBENARKAN.

6

Semua peserta DIWAJIBKAN berkasut sukan sepanjang kursus berlangsung.

Page 10: A) PROSEDUR KURSUS SAINS SUKANcoachingacademy.isn.gov.my/wp-content/uploads/2020/...A) PROSEDUR KURSUS SAINS SUKAN 1.0 PENGENALAN Kursus Sains Sukan (KSS) merupakan salah satu komponen

9.0 PAPARAN KEPUTUSAN KURSUS

9.1 Keputusan KSS boleh disemak melalui cara berikut;

10.0 SIJIL KURSUS SAINS SUKAN

10.1 Pengambilan sijil KSS boleh dilakukan seperti berikut;

Tahap I dan II : Keputusan di laman web [email protected] 30 hari bekerja selepas tamat kursus.

Tahap III : 14 hari bekerja selepas tamat sesi VIVA.

Jika tiada nama tertera, peserta boleh menghubungi AKK untuk kepastian kelulusan.

Semakan kertas peperiksaan hanya terbuka bagi peserta yang gagal sahaja dalam tempoh 30 hari selepas keputusan dikeluarkan di laman web.

Page 11: A) PROSEDUR KURSUS SAINS SUKANcoachingacademy.isn.gov.my/wp-content/uploads/2020/...A) PROSEDUR KURSUS SAINS SUKAN 1.0 PENGENALAN Kursus Sains Sukan (KSS) merupakan salah satu komponen

10.2 Bagi peserta yang ingin memohon sijil baru akibat kerosakan atau kehilangan,

proses adalah seperti berikut;

Peserta menulis surat kepada Pengarah AKK beserta

maklumat kursus, salinan sijil rosak/ laporan

kehilangan, dan no. telefon

Mengisi borang kehilangan sijil yang boleh didapati di

laman web.

Pembayaran secara tunai sebanyak RM50 di kaunter

pejabat AKK.

Sijil akan dikeluarkan dalam masa 3 bulan.

Peserta mengambil sijil di pejabat AKK.

Page 12: A) PROSEDUR KURSUS SAINS SUKANcoachingacademy.isn.gov.my/wp-content/uploads/2020/...A) PROSEDUR KURSUS SAINS SUKAN 1.0 PENGENALAN Kursus Sains Sukan (KSS) merupakan salah satu komponen

11.0 SIJIL BAGI PENGECUALIAN KURSUS SAINS SUKAN

11.1 Sijil Pengecualian KSS merupakan kelebihan yang diberikan kepada pemohon yang

telah mempunyai kelulusan ijazah sarjana muda/ sarjana/ doktor falsafah dalam

bidang yang berkenaan dan telah diperakukan oleh AKK. Kelayakan memohon Sijil

adalah seperti berikut;

KSS Sijil Pengecualian Kursus

Tahap I

Sijil Pengecualian Tahap I

Pemohon mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam Sains Sukan,

Kejurulatihan, Pendidikan Jasmani atau yang setara dengannya.

Tahap II

Sijil Pengecualian Tahap II

Pemohon mempunyai Ijazah Sarjana dalam Sains Sukan, Kejurulatihan,

Pendidikan Jasmani atau yang setara dengannya.

Tahap III

Sijil Pengecualian Tahap III

Pemohon mempunyai Doktor Falsafah dalam Sains Sukan, Kejurulatihan,

Pendidikan Jasmani atau yang setara dengannya.

Page 13: A) PROSEDUR KURSUS SAINS SUKANcoachingacademy.isn.gov.my/wp-content/uploads/2020/...A) PROSEDUR KURSUS SAINS SUKAN 1.0 PENGENALAN Kursus Sains Sukan (KSS) merupakan salah satu komponen

12.0 CARA PERMOHONAN SIJIL PENGECUALIAN KURSUS SAINS SUKAN

Tahap Cara Permohonan Sijil Pengecualian

Tahap I

1)Borang permohonan Sijil Pengecualian.

2)Transkrip dan sijil Ijazah Sarjana Muda (sains sukan/ kejurulatihan/

pendidikan jasmani). (sertakan Diploma Sains Sukan dan dokumen-dokumen

lain yang berkaitan)

-transkrip pemohon perlu merangkumi sekurang-kurangnya tujuh subjek

antaranya Anatomi dan Fisiologi, Pemakanan Sukan, Biomekanik,

Tingkahlaku Motor, Perubatan Sukan dan Kecederaan Sukan, Psikologi

Sukan, Suaian Fizikal.

3)Pembayaran RM 50

Tahap II

1) Borang permohonan Sijil Pengecualian.

2) Sijil KSS Tahap I/ Sijil Pengecualian Tahap I

3) Transkrip dan sijil sarjana (sains sukan/ kejurulatihan/ pendidikan jasmani)

4) Pembayaran RM 75

Tahap III

1) Borang permohonan Sijil Pengecualian.

2) Sijil KSS Tahap II/ Sijil Pengecualian Tahap II

3) Transkrip dan sijil kelulusan peringkat PHD (sains sukan/ kejurulatihan/

pendidikan jasmani)

4) Pembayaran RM 100

12.1 Pembayaran boleh dibuat melalui dua (2) cara:

a) Pembayaran tunai.

b) Transaksi atas talian bagi permohonan secara pos kepada akaun Institut

Sukan Negara : Bank Islam (14238010010001).

12.2 Peserta yang ingin mendapatkan pengesahan Sijil Pengecualian perlu mengisi

Borang Sijil Pengecualian KSS yang boleh didapati di laman web

coachingacademy.isn.gov.my atau di Pejabat AKK.

12.2 Sijil akan dikeluarkan selewat-lewatnya satu bulan selepas permohonan diterima.

12.3 Sekiranya pemohon inginkan sijil dihantar melalui pos, peserta perlu nyatakan

dalam borang permohonan. Sebarang kehilangan atau kerosakan semasa proses

tersebut adalah di bawah tanggungjawab pemohon.

Page 14: A) PROSEDUR KURSUS SAINS SUKANcoachingacademy.isn.gov.my/wp-content/uploads/2020/...A) PROSEDUR KURSUS SAINS SUKAN 1.0 PENGENALAN Kursus Sains Sukan (KSS) merupakan salah satu komponen