10
KRM 3043- ASAS PENGURUSAN DATA NORAZURAH BT AHMAD ( D20102040887 ) KRM 3043: ASAS PENGURUSAN DATA PORTFOLIO KUMPULAN UPSI 11 DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. ID NO. TELEFON NORAZURAH BT AHMAD D 20102040887 0176631304 NAMA TUTOR E-LEARNING: DR. SAZELLI BIN AB GHANI TARIKH SERAH: 11 NOVEMBER 2012 BAHAGIAN A : TUGASAN 2 (a) AKTIVITI PENGAJARAN 1

aktiviti piktograf

Embed Size (px)

DESCRIPTION

tugasan asas pengurusan data

Citation preview

Page 1: aktiviti piktograf

KRM 3043- ASAS PENGURUSAN DATA NORAZURAH BT AHMAD ( D20102040887)

KRM 3043: ASAS PENGURUSAN DATA

PORTFOLIO

KUMPULAN

UPSI 11

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. ID NO. TELEFON

NORAZURAH BT AHMAD D 20102040887 0176631304

NAMA TUTOR E-LEARNING: DR. SAZELLI BIN AB GHANI

TARIKH SERAH: 11 NOVEMBER 2012

BAHAGIAN A : TUGASAN 2 (a)

AKTIVITI PENGAJARAN

1

Page 2: aktiviti piktograf

KRM 3043- ASAS PENGURUSAN DATA NORAZURAH BT AHMAD ( D20102040887)

RANCANGAN AKTIVITI PENGAJARAN PIKTOGRAF

Mata pelajaran : Matematik

Tahun : 4Alif

Masa : 30 minit

Bidang pembelajaran : Piktograf

Objektif : Mengguna piktograf untuk membaca dan mempamerkan data

Hasil Pembelajaran : Menganalisis maklumat daripada piktograf

Bahan Bantu Mengajar : Kertas majong, gambar watak animasi, gambar graf, kad

simbol, kad huruf,komputer, LCD projektor.

LANGKAH PENGAJARAN

Fasa 1 - Persediaan ( 7 minit )

1. Guru melekatkan kad huruf ( P,I,K,T,O,G,R,A,F) secara rawak ,sekeping gambar

watak animasi kartun popular Upin & Ipin, dan sekeping gambar graf di papan hitam

Gambar Animasi Gambar Graf

2. Murid diminta menyusun huruf-huruf tersebut untuk membentuk perkataan yang

mempunyai kaitan dengan dua gambar yang ditunjukkan.

3. Guru mengaitkan perkataan tersebut dengan topik yang akan dipelajari.

Fasa 2- Imaginasi dan Penjanaan Idea( 10 minit)

1. Guru menerangkan konsep piktograf dan menunjukkan menunjukkan contoh piktograf

melaui tayangan slaid power point serta menyatakan apa maklumat yang perlu ada

dalam graf

 a) Tajuk

 b) Paksi (perkara/bilangan)

 c) Simbol

d) Petunjuk

2

Page 3: aktiviti piktograf

KRM 3043- ASAS PENGURUSAN DATA NORAZURAH BT AHMAD ( D20102040887)

Slaid Piktograf

Fasa 3 - Perkembangan ( 13 minit)

1. Guru memaparkan slaid watak animasi popular iaitu, Upin & Ipin, Boboiboy,dan Bola

Kampung.

Slaid Watak Animasi

2. Guru menyediakan sebuah jadual kosong dan kad simbol .Jadual piktograf kosong

ditampal dipapan hitam dan kad simbol diberi kepada setiap murid.

3

Page 4: aktiviti piktograf

KRM 3043- ASAS PENGURUSAN DATA NORAZURAH BT AHMAD ( D20102040887)

Contoh : jadual piktograf kosong

Kad simbol

3. Murid diminta memilih satu watak animasi yang disukai dan membina kumpulan

peminat animasi yang disukai. Murid diminta membuat tiga barisan kumpulan peminat.

4. Murid paling hadapan dalam setiap barisan mengira bilangan murid dalam kumpulan

mereka dan menulis bilangan murid dalam jadual yang disediakan.

5. Guru meminta murid lain dalam setiap barisan menukarkan angka bilangan murid

dengan menggunakan perwakilan simbol

6. Murid melekatkan kad simbol yang disediakan pada jadual untuk membentuk piktograf

lengkap.

7. Guru membimbing murid menganalisis maklumat pada piktograf tersebut dengan

bertanyakan soalan yang berikut?

a) Manakah animasi yang paling digemari?

b) Manakah animasi yang kurang digemari

c) Berapakah perbezaan bilangan peminat animasi Upin Ipin dan Boboiboy?

Animasi Bilangan

Upin & Ipin

Boboiboy

Doraemon

4

Page 5: aktiviti piktograf

KRM 3043- ASAS PENGURUSAN DATA NORAZURAH BT AHMAD ( D20102040887)

Fasa 4 – Penilaian ( 10 minit)

1. Guru menyediakan permainan kuiz interaktif melalui komputer

2. Guru memantau latihan kuiz murid

3. Setelah murid menjawab soalan kuiz, berbincang tentang jawapan kuiz tersebut.

5

Page 6: aktiviti piktograf

KRM 3043- ASAS PENGURUSAN DATA NORAZURAH BT AHMAD ( D20102040887)

KESUKARAN DALAM TOPIK PIKTOGRAF

Matematik adalah mata pelajaran abstrak yang melibatkan penggunaan rumus,

peraturan-peraturan langkah kerja, algoritma dan teorem-teorem yang kerap digunakan

(Short & Spanos 1989). Mata pelajaran ini mempunyai bahasa tersendiri yang khusus,

walaupun kerap dikatakan bahasa matematik adalah ringkas tetapi ia mempunyai

maksud yang khusus dan tepat bagi mempelajari matematik. Setiap pelajar secara

amnya mempunyai latar belakang yang tersendiri iaitu dari segi latar belakang keluarga

dan pergaulan. Guru berdepan dengan pelajar yang membawa ilmu dan pengalaman

yang dipelajari dari luar yang kemungkinan bercanggah dengan apa yang guru

sampaikan semasa sesi pengajaran. Sekiranya ilmu yang bercanggah ini tidak

diperbetulkan makan ia akan membentuk miskonsepsi dalam ilmu yang ingin

disampaikan.

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang saya rancang ini dijangkakan akan

menimbulkan sedikit kesukaran pelaksanaannya. Jangkaan saya kesulitan akan timbul

dari aspek pengurusan masa dan kawalan kelas pada aktiviti fasa 3 dan Fasa 4. Agihan

masa yang diperuntukkan mungkin berbeza daripada yang dirancang dan kawalan kelas

mungkin akan menjadi kurang terkawal kerana murid akan menjadi bising kerana

keseronokkan mereka memilih watak animasi yang digemari dan keterujaan mereka

hendak mengetahui pilihan rakan-rakan yang lain pada aktiviti Fasa 3. Sementara aktiviti

pada Fasa 4, yang melibatkan penggunaan komputer dan multimedia untuk permainan

kuiz interaktif memang digemari murid-murid. Murid akan berebut dan menjadi aktif untuk

menjawab soalan kuiz ini. Kedua-dua permasalahan ini berkait rapat kerana apabila

kawalan kelas kurang terkawal, guru perlu mengambil masa menenangkan keadaan

kelas agar aktiviti yang dirancang berjalan lancar.

Oleh yang demikian, sebagai langkah mengatasinya, saya perlu menegaskan

pada murid tentang peraturan permainan iaitu aspek disiplin. Dari semasa ke semasa,

murid diingatkan dan diberi amaran tentang disiplin dan kerjasama kumpulan.

Selain kesukaran perlaksaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang

dijangkakan berlaku, kesukaran lain yang akan dihadapi ialah miskonsepsi murid dalam

mempelajari topik piktograf ini. Di dalam piktograf, data yang ditunjukkan atau diwakilkan

melalui simbol atau gambar. Oleh yang demikian miskonsepsi yang selalu dihadapi oleh

murid adalah berkaitan menginterpretasi data daripada piktograf. Kesilapan sering

berlaku apabila simbol atau ruang dilukis secara tidak sekata, berbeza saiz dan ruang

6

Page 7: aktiviti piktograf

KRM 3043- ASAS PENGURUSAN DATA NORAZURAH BT AHMAD ( D20102040887)

diantara simbol dan tidak kemas. Ini menyebabkan murid tersalah kira bilangan

perwakilan simbol. Tambahan pula, jika murid yang selalu mengambil jalan mudah

mengira perwakilan simbol dengan hanya memerhati ruang di antara simbol kemudian

membuat anggaran bilangan simbol pada baris yang berikutnya tanpa melihat dengan

teliti. Justeru itu, untuk mengatasi miskonsepsi ini, murid-murid hendaklah selalu

diingatkan agar meneliti setiap perwakilan perwakilan simbol dan sentiasa merujuk

kekunci yang diberi.

Disamping itu miskonsepsi yang sering berlaku dalam topik piktograf ini adalah

kesilapan menginterpretasi data yang melibatkan simbol atau gambar yang diwakili

sebahagian(pecahan) bilangan item. Murid yang lemah dalam penguasaan fakta asas

akan menghadapi kesukaran mengira jumlah bilangan perwakilan simbol. Oleh yang

demikian, cara mengatasi kesukaran ini guru boleh menggalakkan murid mengira

bilangan perwakilan hanya dengan fakta asas sahaja tanpa melibatkan operasi pecahan.

Lihat contoh di bawah :

Saiz simbol dan ruang yang tidak sama besar dengan simbol pada baris lain

Miskonsepsi:

Simbol yang mewakili sebahagian (pecahan) bilangan item.Simbol ini menunjukkan ¾ daripada 1000 iaitu 750

7

Page 8: aktiviti piktograf

Cara mengatasi:

Kira bilangan item menggunakan operasi yang mudah iaitu bahagi

1000 4 = 250

KRM 3043- ASAS PENGURUSAN DATA NORAZURAH BT AHMAD ( D20102040887)

Diharap aktiviti yang dirancang ini akan mencapai hasil pembelajaran yang

diingini dan kesukaran yang dijangkakan akan dapat di atasi dan berjaya menarik minat

murid mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang saya jalankan. Pendekatan

belajar sambil bermain seperti permainan kuiz interaktif ini diharap akan menimbulkan

minat murid untuk mempelajari matematik yang seringkali diberi tanggapan sebagai mata

pelajaran yang susah. Seharusnya kanak-kanak belajar melalui pengalaman dan

membentuk ilmu pengetahuan berdasarkan permainan dan eksperimen dan tidak

bergantung sepenuhnya dengan guru. Guru hanyalah seorang fasilitator yang akan

memantau perkembangan kanak-kanak dalam mempelajari sesuatu konsep. Menurut

pandangan konstruktivime, kanak-kanak membina pengetahuan barunya dengan sendiri

dengan menyesuaikan pengetahuan sedia ada. Melalui konsep konstruktivisme ianya

mungkin akan sedikit sebanyak membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam

pendidikan matematik masa kini. Kanak-kanak itu ibarat bekas yang kosong dan guru

berperanan untuk memenuhkan bekas tersebut dengan ilmu pengetahuan yang berguna

untuk diaplikasi dalam kehidupan seharain mereka.

8

Page 9: aktiviti piktograf

KRM 3043- ASAS PENGURUSAN DATA NORAZURAH BT AHMAD ( D20102040887)

RUJUKAN

Kennedy, L.M, & Tipps, S.(2011). Guilding Children’s Learning Mathematics. (12th) Ed).

Bermont: Wadsworth.

Wan Yusuf Wan Ngah, Lee Gik Lan & Rabiyah Fakir Mohd. (2011). Kurikulum

Bersepadu Sekolah Rendah Matematik Tahun Empat Sekolah Kebangsaan Buku Teks,

Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dr. Jamil Ahmad, Norlia Goolamally, Norhashimah Saad. (11 – 12 OKT 2008). Kertas

Kerja Seminar Kebangsaan Pendidikan Sains Dan Matematik, Miskonsepsi Matematik –

Satu Refleksi : Jabatan Pendidikan Negeri Johor

http://www.softschools.com/math/data_analysis/pictograph/games/

http://www.proprofs.com/quiz-school/story.php?title=piktograf

9

Page 10: aktiviti piktograf

KRM 3043- ASAS PENGURUSAN DATA NORAZURAH BT AHMAD ( D20102040887)

10