Upload
iqbal-zahin
View
482
Download
9
Embed Size (px)
Citation preview
2
LAPORAN PENYELIDIKAN
AMALAN BID’AH DALAM PENGURUSAN DAN PENYELENGGARAAN JENAZAH : KAJIAN DI KUBANG PASU
MOHD NIZHO BIN ABD RAHMAN MOHD KHADAFI BIN HAJI ROFIE
DR MUHAMMAD KHAIRUL ANWAR OSMAN
SEKOLAH PEMBANGUNAN SOSIAL UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
OGOS 2003
3
LAPORAN PENYELIDIKAN
AMALAN BID’AH DALAM PENGURUSAN DAN PENYELENGGARAAN JENAZAH : KAJIAN DI KUBANG PASU
OLEH:
MOHD NIZHO BIN ABD RAHMAN MOHD KHADAFI BIN HAJI ROFIE
DR MUHAMMAD KHAIRUL ANWAR OSMAN
SEKOLAH PEMBANGUNAN SOSIAL UNIVERSITI UTARA MALAYSIA SINTOK KEDAH DARUL AMAN
OGOS 2003
4
KUMPULAN PENYELIDIK
…………………………………………………….. MOHD NIZHO BIN ABD RAHMAN
(KETUA PENYELIDIK)
…………………………………………………….. MOHAMAD KHADAFI HJ ROFIE
……………………………………………………… DR MUHAMMAD KHAIRUL ANUAR OSMAN
PENGAKUAN TANGGUNGJAWAB (disclaimer)
5
PENGAKUAN TANGGUNGJAWAB
(DISCLAIMER)
Kami dengan ini, mengaku bertanggungjawab di atas ketepatan semua pandangan, komen teknikal, laporan fakta, data, gambar rajah, ilustasi dan gambar foto yang telah diutarakan di dalam laporan ini. Kami bertanggungjawab sepenuhnya bahawa bahan yang diserahkan ini telah disemak dari aspek hakcipta dan hak keempunyaan. Universiti Utara Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap ketepatan mana-mana komen, laporan dan maklumat teknikal dan fakta lain, dan terhadap tuntutan hakcipta dan juga hak keempunyaan. We are responsible for the accuracy of all opinion, technical comment, factual report, data, figures, illustrasions and photographs in the article. We bear full responsibility for the checking whether material submitted is subject to copyright or onwnership rights. UUM does not accept any liability for the accuracy of such comment, report and other technical and factual information and the copy right or ownership rights claims.
6
PENGHARGAAN
Segala puji-pujian bagi Allah tuhan sekelian alam, yang memberikan hidayah dan petunjukNya kepada para penyelidik sehingga berjaya menyempurnakan penyelidikan ini. Melalui kajian ini diharap dapat memberikan nilai tambah dalam bidang pengurusan Islam dan seterusnya mengembangkan lagi ruang lingkup sains sosial. Ucapan penghargaan dan terima kasih dikalungkan kepada Sekolah Pembangunan Sosial khususnya dan Universiti Utara Malaysia amnya di atas peluang dan geran penyelidikan kepada kami.
Selain itu, penghargaan turut diberikan kepada pegawai-pegawai dan ahli jawatankuasa masjid yang sudi membantu dalam penyelidikan ini. Begitujuga kepada pusat penyelidikan dan perundingan, jawatankuasa penyelidikan Sekolah Pembangunan Sosial dan juga rakan-rakan pensyarah di atas galakan dan sokongan anda yang sudi membantu bagi menjayakan penyelidikan ini. Untuk ahli keluarga, terima kasih yang tidak terhingga diucapkan di atas sokongan dan pengorbanan yang diberikan semoga Allah membalasnya di akhirat kelak. Akhir sekali kepada semua yang telah membantu secara langsung atau tidak langsung, khidmat anda tidak kami lupakan. Terima kasih kami ucapkan kepada semua yang terlibat dalam memberi sumbangan dan buah fikiran yang baik kepada kami. Semoga dengan sedikit ilmu yang dipaparkan ini akan memberi kesedaran dan keinsafan kepada kita tentang keagungan dan ketinggian Allah S.W.T serta dapat memberikan manfaat kepada masyarakat. Sesungguhnya segala kejayaan dan kebaikan penyelidikan ini datang dari Allah S.W.T dan segala kekurangan dan kelemahan yang wujud hasil daripada sifat kami, insan yang hina lagi lemah. Wassalam MOHD NIZHO BIN ABD RAHMAN MOHAMAD KHADAFI HJ ROFIE DR MUHAMMAD KHAIRUL ANWAR OSMAN
20 OGOS 2003
7
JADUAL KANDUNGAN HALAMAN PENGAKUAN PENYELIDIK ii PENGHARGAAN iv JADUAL KANDUNGAN v SINOPSIS vii SENARAI JADUAL ix BAB I PENDAHULUAN Pengenalan 1 Penyataan masalah 2 Objektif kajian 3 Skop kajian 4 Kepentingan kajian 5 Definisi konsep dan istilah 6 BAB II ULASAN KARYA Pengenalan 8 Definisi Bid’ah 10 Amalan Dan Bentuk Bid’ah 11 Hukum Bid’ah mengikut Syara’ 15 Larangan Melakukan Perkara Bid’ah 16 Bid’ah Dan Pengurusan Jenazah 17 i Memandikannya 20 ii Mengkafankannya 22 iii Mengiringgi dan menyembahyangkannya 24 iv Mengkuburkannya 29
8
BAB III METODOLOGI KAJIAN Pendahuluan 39 Lokasi 39 Populasi Kajian 40 Pengedaran borang 41 Kaedah Pengumpulan Data 41 Alat ukuran dan amalan bid’ah 43 Penganalisaan Data 44 BAB IV DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN Pendahuluan 45 Maklumat Demografi dan Latar belakang Responden 45 BAB V KESIMPULAN DAN CADANGAN Kesimpulan 62 Cadangan 63 BIBLIOGRAFI 67 LAMPIRAN Borang soalselidik
9
SINOPSIS
Firman Allah yang bermaksud; Setiap yang hidup pasti akan merasai mati.
(Surah al-Anbiya’: 35) Setiap muslim yang mengaku beriman pasti menerima hakikat bahawa kematian bukan bererti segala-galanya akan berakhir di situ bahkan ia merupakan babak baru untuk menempuhi babak-babak seterusnya. Oleh itu, menjadi tanggungjawab kepada waris si mati mengurus dan menyelenggara jenazah sebaik-baiknya kerana si mati akan berada di suatu tempat yang disebut Alam Barzakh untuk di soal oleh Allah. Tanggungjawab ini dikenakan ke atas mereka bermula dari rumah sehinggalah ke tanah perkuburan. Dewasa ini situasi ini berbeza kerana timbulnya amalan-amalan bid’ah dalam pengurusan jenazah kerana sesetengah masyarakat menjadikannya sebagai sumber pendapatan tetap (komersial). Selain itu pihak atau keluarga simati terpaksa menanggung perbelanjaan yang tinggi bahkan bagi golongan yang kurang berada terpaksa berhutang bagi mengurus dan menyelenggara jenazah. Fenomena ini berlaku kerana hilangnya keiklasan dan konsep tolong menolong di kalangan masyarakat kini akibat wang menjadi agenda utama apabila berlakunya sesuatu kematian. Apa yang membimbangkan perkara ini akan menjadikan masyarakat bukan Islam membuat tanggapan yang negatif terhadap Islam sedangkan Islam itu adalah agama yang mudah. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti serta mengukur tiga perkara iaitu, tahap kefahaman masyarakat terhadap perbuatan bid’ah dalam pengurusan jenazah , perbuatan bid’ah yang dilakukan di dalam pengurusan dan penyelenggaraan jenazah dan mengenalpasti faktor- faktor yang menyebabkan berlakunya perbuatan bid’ah dalam pengurusan dan penyeleggaraan jenazah di kalangan masyarakat Melayu. Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik untuk mengukur ketiga-tiga perkara di atas dan ianya dilakukan secara deskriptif. Seterusnya data-data akan dianalisis dengan menggunakan pakej komputer Statistical Package For Social Sciences (SPSS) Kajian ini telah memperlihatkan terdapat ketidakfahaman masyarakat terhadap perbuatan bida’h dan perlakuannya berdasarkan faktor pendidikan, pengalaman dan umur responden. Seterusnya kajian ini mempelihatkan terdapat faktor-faktor yang mendorong berlakunya perbuatan bid’ah akibat menurut kebiasaan, penyerahan kepada institusi tertentu dan tiada kefahaman yang baik tentang pengurusan dan penyelenggaraan jenazah.
10
Hasil kajian ini sedikit sebanyak dapat membantu masyarakat mengetahui dan memahami keadaan yang sebenar berhubung pengurusan dan penyelenggaraan jenazah seperti yang dituntut oleh Islam. Kajian ini juga dapat membantu pihak yang bertanggungjawab menjadikan kajian ini sebagai rujukan dan menilai fenomena yang berlaku dan mengenalpasti permasalahan tersebut agar ianya tidak bertentangan dengan syariat Islam.
11
SENARAI JADUAL
Halaman JADUAL 1 Bilangan Pegawai Dan Ahli Jawatankuasa Masjid 39
JADUAL 2 Borang Soal Selidik Yang Diedarkan Dan Yang Diperolehi 40
JADUAL 3 Umur Responden 45
JADUAL 4 Masjid Mengikut Tempat 46
JADUAL 5 Tahap Pendidikan 47
JADUAL 6 Jawatan 48
JADUAL 7 Tempoh Perkhidmatan 49
JADUAL 8 Frekuensi Dan Peratusan Tahap Kefahaman Pegawai Dan 50
Ajk Masjid Tentang Konsep Bid’ah
JADUAL 9 Frekuensi dan Peratusan Perbuatan Bid’ah Yang 51
Berlaku Dalam Pengurusan Jenazah
JADUAL 10 Faktor Bid’ah 52
12
BAB I
PENDAHULUAN
Pengenalan
Firman Allah yang bermaksud;
Di mana sahaja kamu berada, maut pasti akan mendatangi kamu sekalipun kamu bersembunyi di atas mahligai atau benteng yang kukuh. (Surah al-Nisa’: 78)
Kematian adalah suatu lumrah kehidupan setiap makluk yang bernyawa. Apabila sampai
masa dan ketikanya, maut pasti akan menjadi suatu kepastian yang perlu dirasai dan
ditempuhi oleh makhluk yang ‘hadith’ yang antaranya ialah manusia. Ianya datang
menjemput kita apabila tiba masanya tanpa mengira sesorang itu kaya ataupun miskin,
tua ataupun muda, mulia ataupun hina, berkuasa ataupun rakyat biasa. Itulah sistem tuhan
yang Qadim yang tidak boleh dilawan oleh kehendak dan kepandaian manusia samada
yang beriman mahupun tidak beriman. Semuanya akan kembali kepangkuanNya yang
Maha Esa yang pergi tidak akan kembali buat selama-lamanya. Bagi insan yang beriman,
kematian bukanlah penghujung bagi sesebuah hayat tetapi ia adalah permulaan kehidupan
baru iaitu kehidupan akhirat.
Bagi mereka yang dicabut rohnya ataupun telah mati, jasadnya sudah tiada daya dan
ikhtiar lagi, yang kalau dibiarkan ianya sudah tentu akan reput dan dimakan ulat begitu
sahaja. Oleh itu Islam memberi garis panduan yang lengkap kepada waris simati untuk
mengurus simati atau jenazah, bermula dari saat selepas kematian sehinggalah ke
peringkat perkebumian. Dengan itu, menjadi tanggungjawab kepada waris si mati
13
mengurus dan menyelenggara jenazah simati sebaik-baiknya kerana si mati akan berada
di suatu tempat yang disebut Alam Barzakh untuk di soal oleh Allah tentang amal
perbuatannya semasa hidup.
Sekalipun Islam telah memberi garis panduan yang lengkap, namun masih lagi ada di
kalangan umatnya dan masyarakat Melayu tanpa pengecualian melakukan perkara-
perkara yang dikategorikan bid’ah menurut perspektif perundangan Islam.
Memandangkan bid’ah merupakan perkara yang besar yang dilarang oleh Islam, namun
ianya masih lagi banyak berlaku dikalangan masyarakat Melayu yang berkaitan
pengurusan dan penyelenggaraan jenazah. Sayugia, dirasakan amat perlunya suatu kajian
yang terperinci dilaksanakan untuk menangani permasalahan bid’ah di dalam perkara-
perkara yang berkaitan dengan jenazah.
Penyataan Masalah
Sebenarnya penghayatan masyarakat pada zaman awal permulaan Islam terhadap
pengurusan jenazah adalah berdasarkan kepada amalan dan perbuatan yang telah
ditunjukkan oleh Nabi S.A.W. Dewasa ini, situasi ini berbeza kerana timbulnya amalan-
amalan bid’ah dalam pengurusan jenazah kerana sesetengah masyarakat telah
menjadikannya sebagai sumber pendapatan tetap (komersial). Selain itu pihak atau
keluarga simati terpaksa menanggung perbelanjaan yang tinggi bahkan bagi go longan
yang kurang berada terpaksa berhutang bagi mengurus dan menyelenggara jenazah.
Fenomena ini berlaku kerana hilangnya keikhlasan dan konsep tolong menolong di
kalangan masyarakat kini akibat wang menjadi agenda utama apabila berlakunya sesuatu
14
kematian. Apa yang membimbangkan perkara ini akan menjadikan masyarakat bukan
Islam membuat tanggapan yang negatif terhadap Islam sedangkan Islam itu adalah agama
yang mudah. Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud;
"Permudahkanlah segala urusanmu dan janganlah menyusahkannya"
(Riwayat al-Bukhari)
Objektif Kajian
Secara umumnya kajian ini meninjau fenomena dan amalan bid’ah yang berlaku dalam
pengurusan jenazah di kalangan masyarakat Melayu. Dengan itu secara khususnya kajian
ini akan meneliti 3 aspek iaitu;
1. Mengenal pasti tahap kefahaman mereka yang terlibat dengan pengurusan jenazah
terhadap amalan-amalan yang bertentangan dengan perundangan Islam.
2. Mengenalpasti perbuatan-perbuatan bid’ah di dalam pengurusan dan
penyelenggaraan jenazah.
3. Mengenalpasti faktor- faktor yang menyebabkan berlakunya perbuatan bid’ah
dalam pengurusan dan penyelenggaraan jenazah di kalangan masyarakat Melayu.
Skop Kajian
Memandangkan jangka masa dan bajet yang terhad untuk menyelesaikan kajian ini, maka
kajian ini mempunyai beberapa limitasi seperti yang akan diterangkan di bawah.
15
Kajian ini hanya memberikan tumpuan kepada ahli jawatan kuasa dan pegawai masjid
lelaki sahaja. Ini kerana terdapat beberapa faktor yang utama iaitu meraka lebih mudah
untuk dihubungi berbanding dengan kaum wanita. Keduanya secara keseluruhan
penglibatan ahli jawatan kuasa wanita dalam pengurusan jenazah hanya pada peringkat
memandi dan mengkafankan jenazah manakala upacara seterusnya akan dikendalikan
oleh kaum lelaki. Dengan itu penglibatan kaum wanita agak tehad dan pada kebiasaanya
juga mereka akan meminta pandangan dan pertolongan dari pihak kaum lelaki.
Kajian ini juga akan menyentuh tentang tahap kefahaman mereka yang terlibat dalam
pengurusan jenazah, realiti perbuatan bid’ah dan faktor berlakunya perbuatan tersebut
yang menular dalam masyarakat kini. Persoalan dan permasalahan di dalam kajian ini
juga akan menyentuh dan meninjau tentang persepsi para pegawai dan ahli jawatan kuasa
masjid terhadap tahap kefahaman mereka dan perbuatan bid’ah yang disedari ataupun
tidak disedari berlakunya perbuatan tersebut. Lanjutan daripada kajian ini akan
dikemukakan beberapa cadangan kepada pihak yang berwajib terutamanya Jabatan
Agama Islam, Jakim, Jabatan Mufti dan lain- lain supaya memandang serius terhadap
amalan dan perbuatan bid’ah dalam pengurusan jenazah yang semakin hari semakin
bertambah perkara-perkara yang menyalahi adab dan kesusilaan Islam. Ini adalah
bertujuan untuk melahirkan seorang muslim yang benar-benar memahami tuntutan dan
kehendak agama Islam yang sebenar dalam kehidupan harian mereka memandangkan
Islam merupakan agama yang mudah dan tidak pernah membebankan penganutnya dalam
setiap perkara termasuklah Ibadah, aqidah, muamalah dan lain- lainnya.
16
Kepentingan Kajian.
Hasil kajian ini dapat membantu masyarakat mengetahui dan memahami keadaan yang
sebenar berhubung pengurusan dan penyelenggaraan jenazah seperti yang dituntut oleh
Islam. Selain itu hasil kajian ini juga dapat membantu pihak yang bertanggungjawab
dapat menjadikan kajian ini sebagai rujukan dan mengenal pasti permasalahan yang
berlaku serta menjelaskan kembali kepada masyarakat perkara yang sebenar yang
semestinya dilakukan oleh mereka, agar ianya tidak bertentangan dengan syariat Islam.
Di samping itu, kajian ini juga dapat menyedarkan masyarakat betapa pentingnya
hubungan persaudaraan di dalam Islam dan tolong menolong di antara satu sama lain.
Selain itu, masyarakat juga secara tidak langsung diharap tidak menjadikan kematian
sebagai salah satu sumber mata pencarian terutamanya ganjaran solat jenazah.
Sebaliknya, masyarakat perlu bersifat ikhlas dalam menyelenggara dan menguruskan
jenazah tanpa mempunyai niat yang mengharapkan sebarang bayaran atau ganjaran
sepertimana yang dituntut oleh syara’. Situasi yang murni ini akan meringankan beban
kesedihan serta kewangan yang ditanggung oleh keluarga si mati.
Definisi Konsep Dan Istilah
Konsep dan pembolehubah utama dalam kajian ini adalah pegawai-pegawai tadbir
masjid, AJK-AJK masjid, bid’ah, tahap kefahaman, perbuatan dan pengurusan jenazah.
17
Pengoperasian Konsep dan Pembolehubah Utama
Pentakrifan dan pengoperasian konsep kepada pembolehubah utama kajian ini adalah
seperti berikut:
Pegawai-Pegawai Tadbir Masjid
Merujuk kepada pegawai-pegawai tetap mentadbir masjid yang dilantik oleh Majlis
Agama Islam Negeri Kedah yang selalunya terdiri daripada Imam, dua orang Bilal dan
dua orang Siak.
Ahli Jawatankuasa Masjid (AJK)
Merujuk kepada ahli-ahli jawatankuasa masjid seramai tujuh orang yang dilantik oleh
ahli masyarakat atau ahli kariah setempat untuk menyelenggarakan pengurusan masjid
dari segi kemajuan, aktiviti, kewangan, kebersihan dan sebagainya.
Bid’ah
Merujuk kepada perkara-perkara baru yang dilakukan dalam agama Islam yang
menyalahi Sunnah Rasulullah S.A.W atau perkara-perkara baru yang dilakukan dalam
agama sesudah kewafatan Rasulullah S.A.W.
Tahap Kefahaman
Merujuk kepada peringkat kemampuan atau keupayaan seseorang untuk menilai sesuatu
perkara yang berlaku itu samada bid’ah ataupun tidak.
18
Amalan Atau Perbuatan
Merujuk kepada sesuatu tindakan yang dilakukan secara individu ataupun kolektif
sehingga ianya diterima menjadi satu kebiasaan dalam sesebuah masyarakat di dalam
pengendalian jenazah.
Pengurusan Jenazah
Merujuk kepada urusan untuk menyelenggarakan mayat bermula daripada saat kematian
sehingga ke tanah perkuburkan.
19
BAB II
ULASAN KARYA
Pengenalan
Dewasa ini, menjadi isu yang hangat diperkatakan tentang pengurusan dan
penyelenggaraan jenazah adalah kerana disebabkan terdapat pihak-pihak yang tidak
bertanggungjawab menjadikan perkara ini sebagai satu sumber rezeki (mata pencarian).
Masalah ini berlarutan tanpa ada penghujungnya bahkan bertambahnya amalan bid’ah
yang bertentangan dengan syariat Islam. Amatlah malang suatu amalan yang baik pada
mulanya bertukar menjadi bid’ah disebabkan pengurusan dan penyelenggaraan yang
menyimpang dari ajaran Nabi S.A.W. yang sebenar.
Jika kembali kepada sejarah Nabi S.A.W kita akan dapati setiap perkara yang berkaitan
dengan urusan dan penyelenggaraan jenazah tidak menimbulkan sebarang permasalahan
dan kekecohan. Keluarga si mati merasakan diri mereka mendapat pertolongan dan
simpati tanpa memikirkan persoalan bagaimana hendak mengurus dan menyelenggarakan
janazah sepertimana yang berlaku sekarang. Para sahabat memahami perintah dan
suruhan Nabi S.A.W tanpa sebarang kompromi dalam mengurus dan menyelenggarakan
jenazah. Kesemua amalan ini dilakukan dengan penuh yakin bahawa Allah akan memberi
balasan pahala kepada hamba-hambanya apabila melakukan sesuatu kebajikan
terutamanya membantu dan menolong orang di dalam kesusahan dan kesedihan.
20
Namun terdapat sesetengah umat Islam khususnya di negeri Kedah yang kurang
mengetahui hukum-hakam dan pengurusan yang sebenar menurut al-Sunnah. Malah
mereka lebih terpengaruh dengan amalan dan perbuatan orang-orang yang terdahulu, adat
setempat, bahkan terdapat tradisi masyarakat barat turut diamalkan dan dilaksanakan
dalam pengurusan dan penyelenggaraan jenazah (Abdullah al-Qari, 1995). Perkara ini
menyebabkan semakin hari semakin bertambah permasalahan bid’ah yang timbul dalam
pengurusan jenazah akibat kejahilan, kepentingan diri, hilang konsep tolong menolong
dan sebagainya. Ia juga tidak dilihat lagi sebagai satu ibadah dan kewajipan membantu
rakan taulan yang menghadapi kesusahan, kesedihan, kedukaan dan kesulitan. Kadang-
kadang hubungan persaudaraan boleh menjadi renggang akibat perasaan cemburu atau iri
hati terhadap saudaranya yang lain dalam pengurusan jenazah akibat mengejar wang
dalam mengendalikan pengurusan dan penyelengga raan jenazah. Tujuan atau matlamat
asal ini boleh menyimpang akibat perbuatan atau amalan yang dilakukan oleh sesetengah
golongan tersebut yang mempunyai kepentingan tertentu. Mereka sepatutnya mengambil
berat perkara ini dan dapat membezakan perbuatan-perbuatan bid’ah di dalam
pengurusan jenazah. Ini kerana Islam telah meletakkan garis panduan yang jelas tentang
perkara-perkara yang disunnahkan dan yang bid’ah dalam permasalahan ibadat,
munakahat, muamalat dan lain- lain.
Definisi Bid’ah
Bid’ah dari sudut bahasa membawa maksud; mencipta sesuatu yang baru tanpa contoh
yang sebelumnya. Manakala perkataan bid’ah dari sudut istilah syara’ bermaksud;
21
sesuatu yang diadakan selepas selesai turunnya risalah dengan tujuan untuk mendekatkan
diri kepada Allah. Perkara tersebut tidak pernah dilakukan, disuruh atau diakui oleh
Rasulullah S.A.W dan para sahabat. Oleh itu, amalan bid’ah bukanlah sesuatu amalan
yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W tetapi amalan tersebut dilakukan oleh individu
atau orang perseorangan dengan menyandarkan perbuatan atau amalan yang dilakukan itu
kepada Rasulullah S.A.W. Sebenarnya hukum asal di dalam ibadah dan muamalah,
seseorang itu dituntut mengikut segala suruhan Rasulullah S.A.W dan meninggalkan
larangannya. Firman Allah S.W.T yang bermaksud :
“Dan setiap perkara yang dibawa oleh Rasul hendaklah kamu ambil dan setiap perkara yang dilarang hendaklah kamu tinggalkan.
(Surah al-Hasyr:7)
Ayat di atas menjelaskan setiap bid’ah yang menyanggahi sunnah Rasulullah S.A.W
adalah bid’ah yang tidak diredhoi oleh Allah dan RasulNya. Bid’ah yang menyerupai
hukum syariat dalam hal-hal ibadah tetapi tidak dinaskan dalam al-Quran mahupun hadis
adalah sesat dan setiap perlakuannya akan ditolak (Kajian fikrah semasa, 1999). Maksud
daripada sebuah hadis:
"Sesiapa yang mengada-adakan dalam pekara agama kita ini akan sesuatu yang tidak termasuk dalam agama itu maka hal itu wajib ditolak.
(Riwayat al-Bukhari)
22
Hakikat agama ini adalah terbahagi kepada dua perkara pokok iaitu;
a. Tidak mengabdikan diri melainkan Allah
b. Mengabdikan diri mengikut apa yang telah disyariatkan
Sekiranya berlaku penambahan dan pengurangan di dalam permasalahan ibadah, maka
setiap perlakuan tersebut dikira sesat kerana Allah sahaja yang layak mengubal atau
memutuskan syariat yang telah diturunkan. Ibn Taimiyyah pernah menyebut bahawa
“tindakan seseorang hamba samada dari segi perkataan atau perbuatannya adalah
berkaitan dengan Ibadat yang ada hubungkait dengan agama (al-Din) dan adat yang
diperlukan untuk kepentingan hidup mereka. Setiap perkara yang berkaitan dengan
persoalan ibadat samada yang difardukan atau yang digalakkan oleh Allah, tidak
diwahyukan melainkan melalui utusan rasulNya tanpa ada penambahan dan
pengurangan”
Imam Ahmad juga menyebut bahawa “Asal sesuatu Ibadah itu adalah berbentuk ‘Tauqif’
(terhenti). Tidak boleh melakukan sesuatu ibadah itu, melainkan mengikut setiap perkara
yang disyariatkan oleh Allah. Jika perkara tersebut dilakukan tanpa mengikut syariat
Allah seseorang itu akan termasuk di dalam golongan yang disifatkan oleh Allah dalam
firmannya yang bermaksud;
“Apakah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang mengadakan syariat untuk mereka daripada agama yang tidak diizinkan oleh Allah”. (Surah As-Syura : 21)
23
Amalan Dan Bentuk Bid’ah
Bid'ah dibahagikan kepada dua iaitu keduniaan dan keagamaan. Bid'ah pada keagamaan
adalah sesat dan ditolak. Manakala Bid'ah keduniaan tidak ditolak selama mana ia
memberi manfaat dan maslahat kepada kehidupan dunia dan tidak mendatangkan
mudarat umpamanya mencipta kenderaan seperti kereta, motosikal, basikal dan lain-lain.
Umumnya, terdapat dua jenis bid'ah iaitu bid'ah Hasanah dan bid'ah Dholalah. Bid'ah
Hasanah adalah perbuatan atau perkara baru yang belum pernah dilakukan oleh
Rasulullah S.A.W dan para sahabatnya tetapi dipandang baik kerana mempunyai
kemaslahatan dan manfaat kepada orang ramai, kelonggaran diberikan oleh Islam untuk
menambahkan dan mempermudahkan perlaksanaan agama Islam serta mencegah
daripada pekara-pekara kejahatan. Rasulullah menghormati dan mengasihi umatnya dan
hak mereka dalam urusan keduniaan dari kebaikan dan kesempurnaan dalam
menjalankan ibadah. Bid'ah Hasanah ini dibolehkan kerana tidak mempunyai kaitan
dengan aqidah dan ibadah.
Bid'ah Dholalah atau Madzmumah pula merupakan perbuatan dan pekara baru yang
belum pernah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W dan para sahabatnya. Perbuatan dan
perkara-perkara ini adalah sesuatu yang tercela umpanya tawaf mengelilingi kubur,
menambah raka’at dalam sembahyang, berpuasa sehari semalam tanpa berbuka,
mengutamakan pekara ibadah yang sunat dan mengabaikan ibadah yang wajib,
melakukan perkara-perkara yang menyalahi syara’ dalam pengurusan jenazah dan
sebagainaya. Bid'ah seperti ini dilarang keras oleh agama Islam kerana ia mengandungi
24
pekara-pekara yang mengelirukan dan mendatangkan kemudharatan dan kerosakkan
kepada Islam dan umatnya.
Sesuatu perbuatan itu dikira sebagai bid’ah Dholalah apabila terdapatnya perkara-perkara
berikut;
i. Perkara yang dilakukan itu berkaitan dengan ibadah
ii. Perkara yang dilakukan bertujuan menghampirkan diri kepada Allah
iii. Perkara yang dilakukan tidak ada dalil syara’
Di dalam persoalan ibadah, aqidah dan halal- haram, seseorang itu hendaklah berada pada
batasan yang disyariatkan oleh Allah. Mengada-adakan sesuatu atau menambah perkara
yang tidak disyariatkan adalah dikira sebagai satu penyelewengan dan dikira melakukan
bid’ah pada agama. Bid'ah Dholalah atau Mazmumah ini dibahagikan kepada dua jenis,
pertama Bid'ah Qauliyah I'tiqadaliyah. Bid'ah seperti ini adalah segala pendapat dan juga
I'tiqad pegangan golongan-golongan Jahmiyyah, Mu'tazilah, Rafidah dan lain-lain puak
yang sesat. Kedua, Bid'ah dalam ibadah , beribadah kepada Allah dengan ibadah yang
tidak disyara’kan samada dalam al-Quran atau hadis. Bentuk ibadah ini terbahagi kepada
beberapa jenis:
1. Sesuatu perkara yang memang bukannya ibadah.
Contohnya melalui di bawah keranda jenazah dengan tujuan supaya tidak
melupainya, menyambut Maulid Nabawi, menunaikan solah sunat Nifsu Sya'ban
dan lain-lain
25
2. Menambah-nambah amalan ibadah yang disyara'kan.
Contohnya: menambah raka’at yang ketiga di dalam sembahyang subuh dan lain-
lain.
3. Sesuatu perkara yang merupakan ibadah, tetapi ditunaikan dalam bentuk yang
tidak menurut syara'.
Contohnya: berzikir ketika khatib membaca khutabah dan lain-lain.
4. Mengkhususkan ibadah yang telah disyariatkan dalam waktu yang tidak
dikhususkan syara'.
Contohnya, mengkhususkan siang hari dan malam Nifsu Sa'ban dengan berpuasa
dan solat. Sememangnya mengkhususkan ibadah tersebut pada waktu tertentu
hendaklah bersandarkan kepada dalil.
Terdapat beberapa sebab yang membawa kepada munculnya bid'ah antaranya, jahil
terhadap hukum agama, iaitu apabila manusia semakin jauh daripada risalah maka
semakin sedikit ilmunya dan makin tersebarnya kejahilan. Tiada yang dapat menentang
bid'ah melainkan ilmu dan ulama'.Apabila hilangnya ilmu dan ulama' maka terbukalah
ruang bagi kemunculan bid'ah. Keduanya, Mengikut hawa nafsu, iaitu orang-orang yang
mengikut hawa nafsu adalah mereka yang berpaling daripada al-Quran dan sunnah.
Pekara ini jelas menerusi firman Allah bermaksud:
"Sesungguhnya mereka hanya mengikut hawa nafsu mereka dan tidak ada yang lebih sesat daripada orang yang menurut hawa nafsu tanpa berdasarkan hidayah pertunjuk daripada Allah" (al-Qasas : 50)
26
Ketiga, taksub dan kagum dengan pendapat dan tokoh-tokoh tertentu. Keempat,
terpesona dengan budaya kafir dan mengikut gaya mereka. Contohnya, menyambut
kedatangan hari-hari atau tahun-tahun tertentu seperti Valentine Day, April Fool dan lain-
lain dengan satu amalan atau perayaan khusus yang bercanggah dengan norma dan nilai
Islam (al-Fawzan, 1994).
Hukum Bid’ah Mengikut Syara’
Para ulamak telah bersepakat menyatakan bid’ah yang menyerupai akidah dan hukum
syariat dalam hal-hal ibadah tetapi tidak dinaskan dalam al-Quran mahupun hadis adalah
sesat dan setiap perlakuan tersebut ditolak. Bagi menegaskan dan mengukuhkan perkara
ini, Imam Syafi’i menyatakan bahawa Bid’ah itu dua macam iaitu mahmudah dan
mazmumah, maka apa-apa yang sesuai dengan al-Sunnah itulah terpuji dan apa-apa yang
menyalahi sunnah itulah yang tercela. Pada dasarnya hukum bid'ah menurut syara’ itu
terbahagi kepada lima bahagian, pertama wajib seperti mengumpul dan menyediakan
dalil (bukti) kewujudan Allah untuk menolak pandangan golongan Athies, memasukkan
baris-baris di dalam al-Quran berdalilkan pada kaedah usul fekah. "Sesuatu yang tidak
akan sempurna kecuali dengannya maka ia dikira wajib. Kedua, sunat seperti
penyelidikan, mengarang buku-buku akademik, bina sekolah, pusat-pusat pengajian dan
lain- lain. Ketiga, makruh seperti menghiasi masjid dengan hiasan yang cantik-cantik
hingga menganggu para jemaah untuk khusyuk beribadat kepada Allah. Keempat, haram
iaitu perkara-perkara yang bertentangan dengan Sunnah Rasulullah s.a.w. Kelima, harus