115
PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI ATAS TALIAN BAGI TAJUK STATISTIK II AMIRUDIN BIN ABD RAHMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AMIRUDIN BIN ABD RAHMAN · selaras dengan objektif pembelajaran matematik KBSM yang menekankan penaakulan matematik. Walaupun KBSM memfokuskan kepada pemikiran kreatif dan kritis,

  • Upload
    others

  • View
    24

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN

PEMBELAJARAN KENDIRI ATAS TALIAN BAGI TAJUK STATISTIK II

AMIRUDIN BIN ABD RAHMAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ii

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI ATAS TALIAN BAGI TAJUK STATISTIK II

SESI PENGAJIAN : 2009/2010

Saya : AMIRUDIN BIN ABD RAHMAN

(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Hakmilik tesis adalah dibawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan dibiayai oleh UTM, hakmiliknya adalah kepunyaan UTM. 2. Naskah salinan di dalam bentuk kertas atau mikro hanya boleh dibuat dengan kebenaran bertulis daripada penulis. 3. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian mereka. 4. Tesis hanya boleh diterbitkan dengan kebenaran penulis. Bayaran royalti adalah mengikut kadar yang dipersetujui kelak. 5.*Saya membenarkan/tidak membenarkan Perpustakaan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran di antara institusi pengajian tinggi. 6. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentinganMalaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/

badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD Disahkan oleh

____________________________________ _______________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : D0-15, P/PURI SEERI MESRA PM. DR. ZALEHA BT. ISMAIL TAMAN WAWASAN, 43100

HULU LANGAT, SELANGOR

Tarikh : Tarikh :

CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika Tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

(NAMA PENYELIA)

ii

PENGAKUAN PENYELIA

“Saya/kami akui bahawa telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami

karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik)”

Tandatangan: ………………………………............

Nama Penyelia: PM. DR. ZALEHA BT. ISMAIL

Tarikh: ………………………………………

iii

PENGAKUAN

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : .......................................

Nama Pelajar : AMIRUDIN BIN ABD RAHMAN

Tarikh : .......................................

iv

DEDIKASI

Jutaan Terima Kasih Kepada

Ayahanda, Abd Rahman B Jupri

Bonda, Tosilah Bte Marmin

Serta Adinda-adinda

Di Atas Kasih Sayang, Tunjuk Ajar Dan Doa

v

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat

saya siapkan laporan ini selengkapnya. Sesungguhnya segala kebaikan itu datangnya

daripada Allah S.W.T. dan segala keburukan, kekurangan dan kesilapan yang

berlaku adalah hasil daripada kelemahan diri saya sendiri selaku hamba yang lemah.

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih ditujukan kepada PM.

Dr. Zaleha Bt. Ismail atas kerjasama, tunjuk ajar, bimbingan, toleransi serta

kepercayaan yang tidak berbelah bagi yang diberikan beliau kepada saya sepanjang

proses penyediaan laporan ini. Tunjuk ajar beliau serta komen-komen membina yang

beliau berikan banyak membantu dalam meningkatkan lagi kualiti laporan saya

supaya memenuhi kehendak-kehendak yang disasarkan untuk PSM ini.

Tidak lupa kepada ibu bapa yang dikasihi yang banyak memberikan bantuan,

dorongan serta semangat kepada saya untuk meneruskan perjuangan saya sebagai

seorang pelajar. Kepada rakan-rakan, Kak Ikin, Aina dan Kak Zida, Kakak semoga

jasa baik kalian dibalas dengan ganjaran yang setimpal oleh Allah S.W.T. Akhir

sekali, saya sudahi dengan salam takzim penuh penghormatan kepada semua yang

terlibat dalam menjayakan kajian ini. Sekian. Terima Kasih.

vi

ABSTRAK

Pemikiran statistik adalah strategi pemikiran yang melibatkan perwakilan,

penyiasatan empirik berulang, gabungan konteks dalam statistik, kepelbagaian,

pengenalan bagi keperluan data serta penaakulan terhadap model. Pemikiran ini

selaras dengan objektif pembelajaran matematik KBSM yang menekankan

penaakulan matematik. Walaupun KBSM memfokuskan kepada pemikiran kreatif

dan kritis, penaakulan dan penyelesaian masalah, namun di peringkat perlaksanaan

lazimnya penumpuan terbatas kepada kemahiran prosedur sahaja. Di samping itu,

pembelajaran berasaskan web adalah satu alternatif yang berkesan dalam pendidikan

kerana kaedah ini mampu mewujudkan pembelajaran berpusatkan pelajar yang

menyokong pembelajaran kendiri. Sekarang ini, pembelajaran menggunakan e-

pembelajaran banyak diterapkan di sekolah di mana kebanyakan sekolah yang

melanggani beberapa web portal yang sedia ada hanya menekankan pembelajaran

berasaskan peperiksaan semata-mata. Kebanyakkan sekolah yang melanggan adalah

untuk pelajar-pelajar mereka yang akan menduduki peperiksaan seperti UPSR, PMR

atau SPM. Namun, berbeza dengan web portal sedia ada, web portal yang

dibangunkan ini lebih memfokuskan kepada strategi pemikiran statistik yang

menjangkau isi kandungan statistik di sekolah. Bagi membangunkan Web Portal

Pemikiran Statistik II ini, perisian sistem pengurusan kursus yang dikenali sebagai

MOODLE dipilih. MOODLE mempunyai ciri-ciri interaktif dan mesra pengguna

disamping reka bentuknya yang menyokong prinsip konstruktivisme sosial. Bagi

memastikan pembangunan dilakukan dengan sistematik, model ADDIE yang

merangkumi lima fasa iaitu analisis, reka bentuk, pembangunan, pelaksanaan dan

penilaian telah digunakan. Bahan E-Pembelajaran yang terdapat dalam Web Portal

Pemikiran Algebra ini menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik dan interaktif

seperti kuiz yang pelbagai format, tugasan, forum, ‘chat’ dan jurnal. Selain itu,

persekitaran pembelajaran web portal ini turut disertakan dengan grafik, audio, video

dan animasi yang menarik.

vii

ABSTRACT

Statistical thinking is a thinking strategy that involves representation,

empirical enquiry cycle, integrating contextual with statistical, variation, recognition

of the need for data and also reasoning with model. This strategy is paralleled with

the objective of mathematics education in KBSM which emphasize on mathematical

reasoning. In the recent learning of practice, the statistic concentrated only on

procedure skills in spite of KBSM that emphasize on creative thinking, reasoning and

problem solving. Alternatively, Web-based learning is observed as an efficient

means of conveying courses in education as well as this method can sustain student-

centered learning. At the present time, numerous schools persuade their students to

learn through e-learning which they subscribed the web portal in the marketplace.

Unfortunately, these web portals are too focusing on exam oriented. These are for

those students who are going to sit for the upcoming UPSR, PMR or SPM. Different

from the others web portal in market, this web portal focuses on statistical thinking

strategies. The Web Portal Statistic II was constructing on course management

system software called MOODLE. MOODLE is interactive and user-friendly while

supporting the principles of social constructivism. To ensure the development is

systematic, ADDIE’s model which comprises of five phases namely analysis, design,

development, implementation and evaluation are adopted. This web portal provides a

lot of interactive activities likes quiz of various formatting, lesson, assignment,

forum, chat and journal. Besides that, the learning environment is enhanced with an

interactive graphics, audio, video and animations.

viii

ISI KANDUNGAN

BAB TAJUK MUKA SURAT

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI LAMPIRAN xvi

SENARAI SINGKATAN xvii

1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Penyataan Masalah 7

1.4 Objektif Projek 7

1.5 Kepentingan Projek 8

1.5.1 Pelajar 8

1.5.2 Guru 9

1.5.3 Sekolah 9

1.5.4 Ibu Bapa Dan Masyarakat 10

1.6 Skop dan Batasan Kajian 10

1.7 Kerangka Teori 11

ix

1.8 Definisi Istilah 11

1.8.1 Teknologi Maklumat dan

Komunikasi (ICT) 11

1.8.2 Pelajar 12

1.8.3 Web Portal Pendidikan 12

1.8.4 E-Pembelajaran 12

1.8.5 Sistem Sokongan Kendiri Atas Talian 13

1.8.6 Pengajaran 13

1.8.7 Pembelajaran 13

1.8 Penutup 14

2 TINJAUAN PENULISAN 15

2.1 Pengenalan 15

2.2 E-Pembelajaran 16

2.2.1 Definisi E-Pembelajaran 16

2.2.2 Kelebihan E-Pembelajaran 18

2.3 Portal Pendidikan 20

2.3.1 Kelebihan Portal Pendidikan 21

2.3.2 Portal Pendidikan di Malaysia 22

2.3.2.1 Score A 22

2.3.2.2 Cikgu.Net 23

2.3.2.3 Portal Pendidikan Utusan 24

2.3.2.4 Guru.net 25

2.3.3 Portal Pendidikan Luar Negara 26

2.3.3.1 CoolMath.com 26

2.4 LMS (Learning Management System) 27

2.5 MOODLE (Modular Object

Oriented Dynamic Learning Environment) 30

2.6 Kelebihan MOODLE

sebagai LMS Pilihan 31

2.7 MOODLE Sebagai Bahan Bantu Mengajar 33

2.8 Teori Pembelajaran yang disokong MOODLE :

Teori Konstruktivisme Sosial 34

2.9 Pemahaman Konsep dan Penyelesaian

x

berasaskan masalah bagi topik

’Statistics II’ Matematik Tingkatan Tiga 36

2.10 Miskonsepsi dalam Topik ’Statistics II’

Matematik Tingkatan Tiga KBSM 37

2.11 Pemikiran Statistik 40

2.11.1 Definisi Pemikiran Statistik 40

2.12 Penutup 42

3 PROSEDUR PEMBANGUNAN 43

3.1 Pengenalan 43

3.2 Kaedah Pelaksanaan 43

3.2.1 Analisis ( analysis ) 45

3.2.1.1 Pengguna 46

3.2.1.2 Persekitaran Pembelajaran 46

3.2.1.3 Matlamat Pelajaran 47

3.2.1.4 Aras Soalan 47

3.2.1.5 Miskonsepsi Berkaitan

Topik Statistics II Matematik

Tingkatan Tiga KBSM 48

3.2.1.6 Perbandingan Ciri-Ciri

yang Dimiliki dengan Web Portal

Pendidikan Sedia Ada 51

3.2.2 Reka bentuk ( design ) 51

3.2.2.1 Pembentukan Objektif 51

3.2.2.2 Pembinaan Item Teori 53

3.2.2.3 Pemilihan Strategi 54

3.2.3 Pembangunan (development) 54

3.2.3.1 Nota Pengajaran Guru

(Teacher’s Note) 55

3.2.3.2 Nota Pembelajaran

Pelajar (Student’s Note) 55

3.2.3.3 Kuiz (Quiz) 55

3.2.3.4 Tugasan (Assignment) 56

3.2.3.5 Forum 56

xi

3.2.3.6 Chat 56

3.2.3.7 Jurnal 56

3.2.4 Implementasi (Implementation) 57

3.2.5 Penilaian (evaluation) 57

3.3 Penutup 58

4 HASIL PEMBANGUNAN 59

4.1 Pengenalan 59

4.2 Sistem Sokongan Kendiri Atas

Talian (Online Self Study Support System) 60

4.2.1 Skrin akses Daftar Masuk ‘Login’ 60

4.2.2 Penstrukturan dalam penyampaian

bahan E-Pembelajaran 62

4.3 Hasil Projek bahan E-Pembelajaran

bertajuk ‘Statistics II’ 62

4.3.1 Nota Pembelajaran dan

Latihan (Learn & Practice) 63

4.3.2 Kuiz (Test Yourself) 65

4.3.3 Nota Guru (Lecture Note) 67

4.3.4 Tugasan Offline (Do it Offline) 69

4.3.5 Forum

(Which one is the average?) 70

4.3.6 Forum 72

4.3.7 Perbualan (Chat) 72

4.3.8 Jurnal (Journal) 73

4.4 Pengujian 74

4.5 Penutup 75

5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN

KESIMPULAN 76

5.1 Pengenalan 76

5.2 Perbincangan 78

5.2.1 Kelebihan Web Portal 78

xii

5.2.2 Kelemahan Web Portal 79

5.3 Masalah-masalah yang Dihadapi

Semasa Pembangunan Projek 80

5.3.1 Kepakaran Yang Terhad 80

5.3.2 Capaian Internet 81

5.3.3 Bahan-bahan Pengajaran dan

Pembelajaran 81

5.4 Cadangan 82

5.5 Kesimpulan 83

5.6 Penutup 83

RUJUKAN 85

Lampiran 89-97

xiii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Jadual Item Soalan, Jawapan dan

Maklumbalas Bagi Kuiz Statistics II 49

3.2 Jadual Objektif Pembelajaran dan Hasil

Pembelajaran mengikut sukatan matapelajaran

Statistics II Tingkatan Tiga 52

xiv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1.1 Kerangka Teoari Projek 11

2.1 Laman Utama Portal Pendidikan Score A 22

2.2 Laman Utama Portal Pendidikan CikguNet 23

2.3 Laman Utama Portal Pendidikan Utusan 25

2.4 Laman Utama Portal Pendidikan Guru.net 26

2.5 Laman Utama Portal CoolMath.com 27

2.6 Dimensi 1 : Kitaran Penyiasatan bagi

Rangka Kerja ‘Statistical Thinking’ 41

3.1 Aliran Kerja Berdasarkan Model ADDIE 45

3.2 Aras Soalan Dalam Domain Kognitif Bloom (1956) 48

4.1 Skrin Daftar Masuk(Login) 61

4.2 Skrin Create new account 61

xv

4.3 Skrin Pilihan Topik 61

4.4 Skrin Main Menu topik ‘Statistics II’ 63

4.5 Skrin yang menunjukkan penggunaan butang navigasi 64

4.6 Skrin latihan dan maklumbalas dalam

nota pembelajaran dan latihan 64

4.7 Skrin maklumbalas bagi jawapan yang salah

bagi topik ‘Statistics II’ 65

4.8 Skrin maklumbalas bagi jawapan yang betul

bagi topik ‘Statistics II’ 66

4.9 Skrin paparan markah 66

4.10 Skrin pilihan untuk menyimpan nota 67

4.11 Slaid yang terus dimainkan dalam mode skrin penuh 68

4.12 Skrin learning outcome bagi subtopik ’Pie Charts’ 69

4.13 Skrin tugasan bagi topik ‘Statistics II’ 70

4.14 Skrin forum yang memberi arahan untuk

aktiviti Statistical Thinking 71

4.15 Skrin yang menunjukkan pelajar perlu untuk

menekan ‘Reply’ untuk memberikan pandangan. 71

4.16 Skrin ‘Discussion’ forum untuk membincangkan

masalah pelajar 72

xvi

4.17 Skrin aktiviti Chat 73

4.18 Skrin journal bagi topik ‘Statistics II’ 73

xvii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A ITEM MAKLUMBALAS 89

B ANALISIS ITEM MAKLUMBALAS 92

xviii

SENARAI SINGKATAN

CD ROM - Compact Disc – Read Only Memory

CMS - Course Management System

DVD - Digital Video Disc

FTP - File Transfer Protocol

HTML - Hyper Text Markup Language

ICT - Information and communication technologies

IPTA - Institusi Pengajian Tinggi Awam

IT - Information Technology

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KPM - Kementerian Pelajaran Tinggi

LAN - Local Area Network

LMS - Learning Management System

MMLS - Multimedia Learning System

xix

MMU - Multimedia University

MOODLE - Modular Object-Oriented Dynamic Learning Environment

MSC - Multimedia Super Corridor

MyLMS - My Learning Management System

NITA - National Information Technology Agenda

NITC - National Information Technology Council

ORB - Object Request Broker

OUM - Open University of Malaysia

OSSS - Online Self-Study Support System

P&P - Pengajaran dan Pembelajaran

PIPP - Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

PMR - Penilaian Menengah Rendah

SPM - Sijil Penilaian Menengah

UPSR - Ujian Penilaian Sekolah Rendah

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

WAN - World Area Network

2

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Dengan melihat dunia pada masa kini, hampir boleh dikatakan telah tercabar

dengan kemajuan sistem teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang serba

canggih dan moden kerana perkembangannya yang pesat dan membangun di mana

ianya sejajar dengan perjalanan masa sebagai pengaruh apabila ciptaan baru boleh

ditemui pada setiap hari. Sumber maklumat pada masa ini amat mudah diperolehi

jika hendak dibandingkan dengan masa lampau kerana ianya tidak terhad pada satu-

satu sumber sahaja contohnya seperti surat khabar, televisyen malah radio di

antaranya. Sumber-sember maklumat kini boleh didapati di dalam pelbagai bentuk

medium di mana salah satu antaranya yang paling popular iaitu pencarian dan

mendapatkan maklumat melalui jaringan internet. Segalanya kini menjadi mudah

hanya berhadapan dengan monitor, menaip dan menekan tetikus sahaja. Sesuai

dengan perbandingan bahasa yang bermaksud dunia hanya berada di hujung jari.

Sumber yang diperolehi adalah sangat tidak terhad.

Kaedah pencarian maklumat berubah seiring dengan perkembangan teknologi

semasa. Revolusi maklumat yang seterusnya mewujudkan era maklumat yang akan

membawa perubahan yang menyeluruh kepada cara hidup masyarakat baru yang

lebih celik ICT (Baharuddin, 2003). Maka dengan ini, masyarakat kini yang

2

terbentuk kesan daripada perubahan ini adalah lebih berupaya dan berilmu

pengetahuan selari dengan perkembangan teknologi maklumat. Penerimaan yang

diperolehi ini boleh dikatakan memberi impak yang cukup besar terutamanya dari

aspek pendidikan di mana apabila kita melihat kepada pendidikan itu sendiri ianya

membawa maksud proses penerimaan dan pemberian maklumat melalui komunikasi

diantara pendidik dan pelajar, secara tidak langsung proses penyampaian dalam

pendidikan mengalami perubahan yang amat ketara kerana melibatkan penggunaan

teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Kini dengan hanya berhubung melalui jaringan internet, seseorang itu boleh

mendapatkan maklumat hanya di hujung jari. Berbalik semula kaitan antara teknolgi

maklumat dengan pendidikan, gaya pembelajaran yang baru kini dikenali sebagai E-

Pembelajaran. E-Pembelajaran walaupun bukanlah sebagai penyelesaian yang

menyeluruh akan tetapi ianya dilihat sebagai pilihan yang terbaik bagi

merealisasikan pengajaran dan pembelajaran untuk menggantikan kaedah tradisi

‘chalk and talk’. Modul E-Pembelajaran Interaktif yang diperkenalkan ini merupakan

suatu alternatif kepada gaya pengajaran dan pembelajaran yang lama, iaitu

bagaimana sesetengah sumber maklumat itu boleh digarap untuk disampaikan secara

elektronik kepada ramai orang.

Laman web E-Pembelajaran ini dapat merealisasikan segala kemungkinan

yang tidak dapat dinyatakan di dalam kelas kerana ianya merupakan sesuatu yang

tidak terbatas kepada pengajaran secara lisan, namun melibatkan pemvisualan dan

lebih penting ianya adalah interaktif di mana dapat menjadikan suasana persekitaran

pembelajaran lebih bermakna. Apa yang dapat diertikan dengan E-Pembelajaran

Interaktif ini adalah modul penyediaan bahan bantu mengajar secara elektronik atau

yang lebih tepat melalui teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Modul dan

kertas cadangan ini secara tidak langsung akan dapat membincangkan

kepentingannya dalam proses pembelajaran dan membantu guru-guru di dalam

proses pengajaran. Walaubagaimanapun ia bukanlah penyelesai bagi proses

pengajaran dan pembelajaran akan tetapi salah satu strategi alternatif dalam

membawa perubahan bagi proses pembelajaran dan pengajaran dalam pada masa

yang sama dapat meningkatkan pengetahuan pelajar dalam satu-satu subjek yang

mungkin sukar. E-Pembelajaran ataupun dikenali sebagai ‘E-Learning’ ini

3

merupakan kaedah pembelajaran secara elektronik dan digital. Ianya telah lama

diketengahkan oleh intelektual pendidikan dunia dan Malaysia sendiri. Melalui

modul ini juga, segala pengajaran dapat di tambah dan dibaiki dalam peringkat

pelaksanaan. Melalui E-Pembelajaran ini juga yang merupakan modul pembelajaran

tidak terhad di dalam kelas dan di luar kelas, pelajar tidak hanya memperolehi

maklumat melalui buku teks dan rujukan sahaja akan tetapi terus dengan mengakses

laman web yang berkenaan secara tidak langsung. Bagaimana pun, maklumat ini

juga boleh diperolehi melalui CD (Compact Disc-Read Only Memory) dan kedua-

duanya dipersembahkan secara interaktif yang mengabungkan elemen-elemen

multimedia. Persembahan secara animasi dibantu juga dengan bunyi dan suara

memungkinkan pembelajaran berlaku secara lebih menyeronokan di mana ianya

dapat meringankan beban guru sekaligus membolehkan para guru dapat

memfokuskan lebih kepada pengajaran. Kaedah ini juga membantu guru

menyelesaikan masalah penyampaian konsep dalam matematik dengan lebih

berkesan kerana murid memperolehi gambaran langsung tentang sesuatu

permasalahan itu.

Dengan ini, laman web seperti E-Pembelajaran ini dapat mewujudkan proses

pengajaran dan pembelajaran di bilik kelas secara lebih berkesan dan sistematik

dengan pengertian yang lebih interaktif apsbila ianya diselitkan dengan penggunaan

elemen-elemen multimedia. Selain itu, ianya juga dapat menyediakan bahan bantu

mengajar yang relevan dan selaras dengan kemajuan teknologi pada hari ini. Sumber

maklumat dan rujukan untuk pengajaran dan pembelajaran keseluruhannya kini

hampir dapat dicapai di mana-mana sahaja dengan cara yang lebih mudah dan

berkesan. Penyampaian konsep pembelajaran melalui strategi ini juga dapat

dilaksanakan dengan mudah. Seharusnya, E-Pembelajaran mengurangkan beban guru

dalam penyediaan bahan bantu mengajar dan cara penyampaian. Hari ini,

pembudayaan teknologi maklumat dan komunikasi ‘ICT’ tidak lagi dalam terhad

kepada aspek dan sektor ekonomi semata akan tetapi ia berperanan besar dalam

bidang pendidikan dalam melahirkan generasi yang intelektual dan berilmu

pengetahuan serta tidak buta IT (Information Technology). Perkongsian maklumat

dapat berlaku dengan berkesan melalui teknologi ini dalam aspek pendidikan secara

terus-menerus. Sekaligus memungkinkan untuk pelajar menjadi lebih berjaya dalam

aspek pembelajaran.

4

1.2 Latar Belakang Masalah

Akhir ini acapkali didengari rungutan pelajar yang tidak memahami sesuatu

subjek disebabkan oleh penyampaian konsep yang mungkin tidak sistematik,

terutamanya di dalam subjek matematik itu sendiri. Maka berlakulah kesalahan

konsep di mana ianya nampak ketara di dalam topik statistik. Kesalahan konsep

selalunya di definisasikan sebagai sesuatu yang lebih kepada keadaan yang terbatas

atau kongkongan, seperti ketidakfahaman yang berlaku dalam memberikan arahan

terutamanya, penegasan berkenaan perbezaan konsep yang alternatif adalah

berdasarkan daripada pengalaman dan kehidupan biasa (Guzzetti et al., 1993).

Pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang di dasarkan melalui pendekatan secara

tradisional adalah tidak lagi sesuai dan relevan pada masa kini, seiring dengan

perubahan arus masa, ianya kini dianggap lapuk dan ketinggalan zaman. Sistem

pembelajaran kini yang berorientasikan kepada peperiksaan semata-mata

melumpuhkan tujuan utama pembelajaran itu sendiri di mana ianya adalah

pembelajaran sepanjang hayat yang tidak terhad. Tambahan pula, orientasi ini lebih

kepada kandungan yang menjadikan pelajar berasa amat bosan dan tidak suka untuk

mengikuti kelas yang dijalankan (Esah, 2003). Jika dibandingkan dengan teknik dan

kaedah penyampaian lalu, E-Pembelajaran mampu mengaplikaikan konsep-konsep

yang diterapkan dan bersesuaian dengan maksud pembelajaran sepanjang hayat

apabila Matematik itu dapat digunakan di dalam kehidupan seharian.

Menurut Mat Jizat (2006), dalam proses pembelajaran pelajar perlu dan

berkemahiran untuk melakukan aktiviti dan berkreativiti untuk mendapatkan ilmu.

Rentetan itu, bermulalah perubahan sedikit demi sedikit dalam kaedah dan

pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar seperti kaedah

berkumpulan, inkuiri penemuan, perbincangan, penyoalan, penyelesaian masalah,

permainan (games), simulasi dan lain-lain kerana pelajar masa kini dilihat lebih

cenderung kearah pembelajaran yang disifatkan sebagai menyeronokkan keran ianya

aktif dan berpusatkan pelajar itu sendiri. Razali Ismail (2002) berpendapat bahawa

pengajaran secara tradisional memberi penekanan kepada mengingati konsep-konsep

dan istilah-istilah saintifik atau matematik secara terasing yang mana akhirnya akan

dilupai. Ini secara tidak langsung membuatkan pelajar menjadi lebih tertekan dengan

5

menjadikan subjek matematik tu sendiri adalah sukar. Guru juga tidak mampu untuk

menyelia kelas dengan baik kerana kekangan masa dan bilangan pelajar yang ramai

sekiranya kaedah tradisional ini masih lagi digunakan.

Pembelajaran yang diklasifikasikan sebagi berjaya kebanyakkannya juga

bergantung kepada usaha samada guru dan juga pelajar pelajar itu sendiri. Kaedah

tradisional yang melibatkan kaedah ataupun teori sperti behaviorisme dan

sebagainya. Modul pengajaran hanya bergantung kepada buku teks mengakibatkan

pengetahuan pelajar menjadi tersekat kepada pengetahuan di dalam buku teks itu

sahaja. Selain itu, sekiranya pelajar tidak faham di dalam kelas dan malu bertanya

maka pelajar tersebut akan kekal tidak memahami isi pelajaran yang diajar. Perhatian

guru menjadi lebih terhad ditambah beban lain sekiranya guru itu adalah seorang

yang aktif di sekolah. Penyampaian isi pelajaran dan konsep pembelajaran adalah

bergantung kepada guru yang kreatif untuk mewujudkan persekitaran belajar yang

menarik dan menyeronokkan. Sehingga ke hari ini, pengajaran dan pembelajaran

(P&P) hanya dapat dijalankan secara formal terhad di dalam bilik darjah sahaja. Jika

dibandingkan dengan E-Pembelajaran, matlamat utama memfokuskan kepada pelajar

kerana bersifat berpusatkan pelajar. Pelajar lebih aktif dalam mencari dan

menyelesaikan sesuatu masalah dengan cara yang lebih menyeronokkan.

Persekitaran pembelajaran E-Pembelajaran dapat membuka pelajar untuk membuat

perancangan dan mencari bahan atau maklumat dengan daya usaha dan inisiatif

sendiri (Jaya Kumar, 2001).

Di samping ianya dapat membina daya pemikiran statistik pelajar dalam

mencari ilmu matematik berkenaan statistik, pelajar itu sendiri berupaya berfikir

secara kritis dan kreatif di mana tidak tertumpu kepada silibus sekolah sahaja.

Pemerolehan ilmu tanpa penerokaan hanyalah untuk kepentingan pada markah sahaja

apabila ianya berpusatkan untuk peperiksaan semata. Soalan-soalan yang diberikan

kebiasannya lebih menekankan kepada kemahiran untuk menjawab soalan rutin,

menggunakan formula dan prosedur bagi menjawab soalan. Bertepatan dengan Ben-

Zvi (2006), menyatakan bahawa pelajar kini lebih kepada kaedah penghafalan fakta

tertentu dan juga prosedur, di mana ianya tidak lagi menekankan pada penyelesaian

masalah statistik.

6

Melalui kaedah pembelajaran E-pembelajaran ini, pelajar dapat menerima dan

memahami konsep serta berfikiran kritis dengan lebih berkesan kerana elemen

multimedia yang diketengahkan, seharusnya pelajar itu dapat merancang gaya

pembelajarannya yang tersendiri. Teori pembelajaran masteri ini yang melibatkan

pelajar itu meneroka sendiri mengenai apakah yang menjadi pertanyaan sambil

dipantau oleh guru dapat secara tidak langsung dapat menyelesaikan sesuatu

permasalahan yang dihadapi di mana akhirnya berlaku proses pengaplikasian konsep

dalam suasana kehidupan hariannya. Penggunaan sumber ICT yang terancang,

menarik dan isi pelajaran yang berkesan seperti E-Pembelajaran menurut Yahya dan

Wahyu (2006),akan menghasilkan pelajar yang mempunyai ciri-ciri yang berikut:

1. Pelajar yang lebih bertanggungjawab terhadap pelajarannya

2. Pelajar yang boleh menentukan keperluan bahan untuk

pembelajarannya

3. Pelajar yang bebas melakukan carian maklumat mengikut keperluan,

tahap pencapaian dan pengetahuan

4. Pelajar yang dapat membina pengetahuan baru berasaskan kepada

carian maklumat, komunikasi dua hala dan penemuan kendiri.

Dengan E-Pembelajaran, pelajar tidak perlu berasa malu untuk mengulangi

topik pembelajaran yang sama untuk mencapai tahap kepuasan pemahaman konsep

mereka sebelum beralih ke topik pembelajaran yang lain. Kemudahan capaian

internet yang lebih mudah dan meluas kini dapat menjadikannya fleksibel dan

sekaligus mengurangkan beban pelajar dalam mempelajari kandungan ataupun

pembelajaran berdasarkan penyelesaian masalah .

7

1.3 Penyataan Masalah

E-pembelajaran merupakan alternatif utama dalam membantu pelajar

mempelajari ilmu pengetahuan dalam proses-proses kerja selaras dengan kehendak

organisasi sekarang iaitu mengiktiraf bahawa pembelajaran bukanlah semata-mata

berlaku hanya di dalam bilik darjah. Selain itu, kita juga dapat lihat kurangnya

pembangunan bahan E-Pembelajaran yang berasaskan sumber terbuka pada masa

kini.

Melalui penganalisisan yang dilakukan terhadap pelajar, kita juga dapat

mengagak trend pembelajaran pada masa kini adalah lebih berpusatkan pelajar

berbanding pembelajaran bersifat konvensional. Selaras dengan itu, satu projek web

portal dilaksanakan bagi menghasilkan produk yang berkualiti untuk para pelajar

dalam menghadapi globalisasi pendidikan Matematik kini. Web Portal yang

dihasilkan adalah untuk mata pelajaran Matematik KBSM Tingkatan Tiga topik

“Statistics II”.

Pembangunan Web Portal ini dihasilkan bagi menerapkan lagi pemikiran

statistik dikalangan pelajar sekolah bagi memenuhi kehendak dasar Pelan Induk

Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang menekankan kepada penggunaan ICT di

dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

1.4 Objektif Projek

Objektif bagi projek pembangunan E-Pembelajaran ini yang berasaskan

MOODLE ini ialah untuk membangunkan sebuah web portal dengan menggunakan

Learning Management System (LMS) bagi topik Statistics II dalam mata pelajaran

Matematik KBSM Tingkatan Tiga. Ia merangkumi:

8

1. Sumber Pembelajaran Pelajar yang merangkumi nota untuk pemahaman

konsep stastistik dan latihan (Student’s Lesson)

2. Sumber Pengajaran Guru yang dapat digunakan oleh guru sebagai bahan

bantu mengajar di dalam kelas (Teacher’s Lesson)

3. Kuiz pengukuhan mengikut subtopik (Quiz with reinforcement)

4. Ruangan Pemikiran Statistik yang menggalakkan pelajar menganalisis,

membanding serta berfikir secara kreatif dan kritis (Statistical Thinking)

5. Forum dan Perbualan (Forum and Chatting)

1.5 Kepentingan Projek

Projek ini dibangunkan bagi kepentingan individu atau golongan tertentu

dalam peringkat yang berbeza.

1.5.1 Pelajar

Tujuan utama bagi kajian ini adalah diharapkan agar bahan pembelajaran

seperti E-Pembelajaran ini dapat melicinkan dan memudahkan proses Pengajaran dan

Pembelajaran(P&P) sama ada di dalam kelas mahupun di luar bilik darjah. Dengan

wujudnya web portal ini, para pelajar dapat mengembangkan lagi pengetahuan serta

menambah ilmu sedia ada di sambil dapat memanfaatkan segala bahan rujukan yang

ada. Ini adalah sebagai nilai tambah kepada para pelajar supaya dapat menjadikan

bahan bantu mengajar ini sebagai medium untuk mengulang kaji pelajaran di rumah

kerana ia dapat dicapai pada bila-bila masa dan di mana jua serta ianya dapat

digunakan semaksimum yang mungkin. Malah corak pembelajaran adalah lebih

berbentuk konstruktif dan menarik minat pelajar untuk melakukan eksplorasi dalam

9

mendalami dan mencari ilmu pengetahuan. Dalam konteks pengajaran pula, ICT

boleh diguna sebagai alat persembahan dan alat demonstrasi (KPM, 2001).

1.5.2 Guru

Semenjak akhir ini, pergerakan dan tugas seorang guru tidaklah terhad untuk

pengajaran di dalam bilik darjah sahaja, akan tetapi perlu untuk guru mempersiapkan

diri dengan ilmu dan kepakaran dalam mengendalikan sistem teknologi maklumat

dan komunikasi (ICT) bagi memungkinkan segala kesulitan untuk menghadapi dunia

baru yang serba canggih dan moden. Jurnal IPDA (2004), guru-guru seharusnya peka

dengan perkembangan teknologi maklumat yang semakin berkembang pesat ke arah

peningkatan diri dan profesionalisme. Dilihat apabila adanya web portal ini, beban

guru sekaligus dapat dikurangkan memandangkan isi pelajaran yang disediakan

adalah mengikut silibus Kemeterian Pelajaran Malaysia (KPM) dan ia boleh

ditambah dan diperbaharui dari masa ke semasa.

1.5.3 Sekolah

Projek E-Pembelajaran ini amatlah penting kerana ia dapat membantu

meringankan beban guru dan pada masa yang sama dapat membantu dalam

memudahkan pengurusan akademik di sekolah.

10

1.5.4 Ibu Bapa dan Masyarakat

Projek ini adalah sangat penting dalam mewujudkan spersekitaran dan

suasana masyarakat Malaysia yang celik ICT dan mampu bersaing bagi merapatkan

lagi jurang digital dan teknologi antara negara Malaysia dengan negara-negara yang

lain. Selain itu, para penjaga dan ibu bapa pelajar mempunyai lebih peluang untuk

membuat pemantauan prestasi anak-anak mereka di dalam pelajaran melalui

MOODLE (Modular Object-Oriented Dynamic Learning Environment). Pada waktu

yang sama sekaligus dapat memberi perhatian dan menjadi lebih prihatin terhadap

anak-anak mereka di dalam pelajaran.

1.6 Skop dan Batasan Projek

Skop projek ini adalah dalam menyediakan:

1. Resource (Sumber)

2. Lesson (Nota Pembelajaran)

3. Assignment (Tugasan)

4. Quiz (Kuiz)

5. Exercise (Latihan)

6. Journal (Jurnal)

7. Forum (Forum)

8. Kepelbagaian

Batasan projek ini adalah untuk menyediakan bahan pembelajaran bagi satu

tajuk lengkap Statistics II sahaja dan ia merupakan tajuk pertama dalam sukatan mata

pelajaran Matematik KBSM Tngkatan Tiga. Projek ini juga terbatas kerana berfungsi

secara atas talian (online) sahaja. Tanpa perkhidmatan internet, web portal ini tidak

dapat dilayari.

11

1.7 Kerangka Teori

Rajah 1.1 Kerangka Teori Projek

1.8 Definisi Istilah

1.8.1 Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)

Teknologi Maklumat dan Komunikasi bermaksud modaliti multimedia

interaktif dan sumbangannya melalui saluran pantas seperti broadband dan aplikasi

perdananya.

KONSTRUKTIVISME

Setiap individu membentuk perwakilan

pengetahuan mereka sendiri melalui

pengalaman yang dialami

Pembelajaran berlaku jika terdapat

ketidakseimbangan antara kerangka terkini dengan

pengalaman baru

Pembelajaran berlaku dalam konteks sosial, interaksi antara rakan

adalah bahagian penting pembelajaran

Konstruktivisme sosial – Pembelajaran bersifat sosial secara semulajadi, aktif, kolaboratif dan menekankan persekitaran penemuan.

Moodle – Dikenali sebagai sistem pengurusan kursus (Learning Management System)

Model ADDIE

Pembelajaran konseptual - pemikiran statistik

12

1.8.2 Pelajar

Pelajar dalam konteks penulisan ini merujuk kepada pelajar Tingkatan Tiga

yang mengambil mata pelajaran Matematik.

1.8.3 Web Portal Pendidikan

Web portal pendidikan bermaksud pintu gerbang yang menyediakan pelbagai

bentuk kandungan pendidikan di alam maya seperti bahan pengajaran, latihan,

rancangan mengajar, maklumat dan berita terkini, mesej, forum, e-mel dan

sebagainya.

1.8.4 E-pembelajaran

Jamaludin (2000) menakrifkan E-Pembelajaran sebagai pendekatan

pembelajaran yang mana pendidikan, latihan dan maklumat yang berstruktur

disepadukan dan disampaikan oleh komputer melalui internet khususnya web atau

cakera keras, CD ROM, storan mudahalih berkeupayaan tinggi seperti ORB (Object

Request Broker) atau Iomega Zip ataupun melalui sistem jaringan organisasi. Secara

ringkas, E-Pembelajaran ialah penyampaian pendidikan atau latihan melalui internet

dengan menggunakan komputer.

13

1.8.5 Sistem Sokongan Kendiri Atas Talian (Online Study Support System,

OSSS)

OSSS menggunakan ciri-ciri teknologi terkini yang menyediakan sumber-

sumber dan aktiviti bagi pengajaran dan pembelajaran yang dapat memenuhi

keperluan guru-guru tempatan mahupun luar negara, pelajar dan juga ibu bapa. Tidak

seperti pakej pembelajaran tambahan yang konvensional, sistem ini dapat

menyokong pembelajaran yang aktif dengan memberikan perhatian yang khusus

tentang kesesuaian pengguna dan suasana kolaboratif. Secara umumnya, aktiviti

yang terdapat dalam OSSS adalah merangkumi kuiz, ruangan sembang, tugasan,

forum, dan juga soal selidik. OSSS ini telah dibangunkan oleh pelajar-pelajar projek

sarjana muda di bawah penyeliaan PM Dr Zaleha Ismail pada tahun 2008 sebagai

penyatuan projek-projek sebelumnya di bawah satu bumbung. Sehingga kini,

sebanyak 31 topik Matematik sekolah menengah dan 15 topik Biologi telah

dikumpul.

1.8.6 Pengajaran

Mengikut Kamus Dewan (1998), pengajaran membawa maksud segala

sesuatu yang berkaitan dengan mengajar seperti cara atau sistem mengajar.

1.8.7 Pembelajaran

Kamus Dewan Edisi (2002) mendefinisikan pembelajaran sebagai proses

(kegiatan) belajar. Menurut Ragbir Kaur (2005), proses pembelajaran didefinisikan

sebagai perubahan tingkah laku tetap yang dihasilkan melalui pengalaman. Menurut

14

Ee Ah Meng (1995), pembelajaran bermaksud perubahan tingkah laku yang agak

kekal dan ia berlaku kerana pengalaman atau latihan yang diteguhkan.

1.9 Penutup

Web portal pendidikan merupakan satu usaha yang cuba dibangunkan untuk

dimanfaatkan oleh murid-murid, guru-guru tempatan dan luar negara. Pembelajaran

berteraskan web portal ini diharapkan dapat mempermudahkan dan

mempertingkatkan proses P&P di sekolah sekaligus mengharungi dunia teknologi

maklumat dan komunikasi dalam merealisasikan cita-cita negara iaitu Wawasan

2020. Web portal ini menyediakan aktiviti yang tidak dapat ditawarkan di dalam

kelas yang biasa seperti chat, forum, permainan dan pentaksiran komputer.

2

BAB 2

TINJAUAN PENULISAN

2.1 Pengenalan

Perkembangan ICT ataupun Sistem Teknologi Maklumat dan Komunikasi

pada masa kini menekan dan memaksa bagi setiap pembangun untuk arif serta peka

dengan keadaan semasa di mana bagi setiap perisian yang wujud berkembang dan

seringkali berubah mengikut keperluan dan kehendak pengguna. Maka, pendekatan

di dalam mengendalikan ICT perlulah untuk umum mengetahuinya bagi menjadikan

sesuatu perisian pembangunan menjadi lebih berinovasi dan interaktif.

Bab ini bertujuan bagi membincangkan dengan lebih teliti lagi berkait rapat

dengan pembangunan laman E-Pembelajaran ini yang berbentuk web portal dengan

menggunakan MOODLE sebagai pelantar bagi topik Matematik Tingkatan Tiga

‘Statistics II’. Penekanan terhadap E-Pembelajaran turut diselitkan tambahan aspek

komponen Learning Management System (LMS), MOODLE, Kelebihan MOODLE

sebagai LMS pilihan, teori pembelajaran yang disokong MOODLE iaitu teori

konstruktivisme sosial, pembelajaran berasaskan kepada penyelesaian masalah,

pemahaman konsep dan miskonsepsi iaitu pola kesilapan dan kesukaran di dalam

topik Statistics II Matematik Tingkatan Tiga serta pemikiran statistik yang

diterapkan.

16

2.2 E-Pembelajaran

2.2.1 Definisi E-Pembelajaran

Menurut Rosmah, Rasidah, Nor Liza, dan Rohayu (2003), E-Pembelajaran ini

membolehkan pembelajaran paling canggih dilaksanakan dan membolehkan

pencapaian ke atas lebih ramai pelajar tanpa mengira jarak sama ada jauh di samping

membolehkan pembelajaran berlangsung secara berterusan. Oleh sebab E-

Pembelajaran ini adalah sistem pembelajaran yang menggunakan internet sebagai

saluran atau teknologi portal yang menggabungkan sistem data dengan sistem

maklumat yang lain, maka ia berupaya menyampaikan teori, metodologi ataupun

kaedah dan amalan yang telah diterbitkan kepada audien yang lebih besar dan lebih

menarik.

Selain itu E-Pembelajaran juga merupakan satu penggunaan teknologi

internet dalam penyelesaian mendapatkan maklumat ke arah mempertingkatkan ilmu

pengetahuan dan keupayaan. E-Pembelajaran tidak hanya memperkenalkan

penggunaan teknologi dari segi perkakasan dan perisian tetapi membuka ruang

kepada cara pemikiran yang baru ke arah mewujudkan keberkesanan penyampaian

ilmu dalam arus perdana ini.

“The next big killer application for the Internet is going to be education”

(John Chambers, CEO, Cisco Systems)

Definisi E-Pembelajaran atau pembelajaran elektronik seringkali berubah-

ubah selaras dengan kemajuan teknologi pada masa kini. Ia juga seringkali disalah

tafsirkan dalam iklan-iklan promosi pendidikan. Menurut Wahyu dan Yahya (2006),

secara umumnya, E-Pembelajaran adalah sebarang pengajaran dan pembelajaran

yang menggunakan rangkaian elektronik (LAN, WAN atau internet) untuk

penyampaian isi kandungan, interaksi atau pemudahcaraan. Internet, intranet, satelit,

pita audio atau video, televisyen interaktif dan CD ROM adalah sebahagian media

elektronik yang dimaksudkan di dalam kategori ini. Pengajaran boleh dijalankan

17

secara synchronously (pada waktu yang sama) atau asynchronously (pada waktu

yang berbeza). Bahan pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan melalui media

ini mempunyai ciri-ciri multimedia seperti teks, grafik, animasi, simulasi, audio dan

video. Ia juga harus menyediakan kemudahan untuk perbincangan kumpulan serta

membolehkan bimbingan dijalankan dalam talian atau online (Learnframe, 2001).

E-Pembelajaran merujuk kepada penggunaan teknologi internet untuk

menyampaikan penyelesaian yang luas yang meningkatkan pengetahuan dan prestasi

menurut Rosenberg (2001). Ia berasaskan tiga kriteria utama iaitu:

1. E-Pembelajaran adalah berangkaian, yang membuatnya berupaya untuk

melakukan pengemaskinian, menyimpan atau mendapatkan kembali,

menyebar dan berkongsi pengajaran atau maklumat dengan pantas.

Keupayaan ini sangat penting yang mana ia menjadi keperluan mutlak bagi

E-Pembelajaran. CD-ROM dan DVD (Digital Video Disc) digunakan untuk

penyampaian pengajaran dan maklumat, terutamanya untuk simulasi

berasaskan media yang banyak, tetapi ia kurang keupayaan dari segi

rangkaian yang membolehkan maklumat dan pengajaran disebarkan dan

dikemaskinikan dengan pantas. Sungguhpun CD-ROM suatu sistem

pembelajaran berasaskan teknologi, ia tidak sepatutnya diklasifikasikan

sebagai E-Pembelajaran.

2. Ia disampaikan kepada pengguna akhir melalui komputer menggunakan

teknologi internet yang berpiawai.

3. Ia memfokus terhadap pandangan yang luas terhadap pembelajaran dan

penyelesaian pembelajaran yang melampaui paradigma latihan tradisional.

Melihat kepada keadaan ini, E-Pembelajaran telah meluaskan skop

pembelajaran tidak lagi seperti suatu masa dahulu yang acapkali membincangkan

tentang keberkesanan bantuan pembelajaran berasaskan komputer yang statik sahaja

tidak terhad kepada penggunaan internet sebagai medium pengajaran. E-

Pembelajaran bukan sekadar penggunaan powerpoint untuk pengajaran dan

pembelajaran, tetapi ia suatu pendekatan di mana interaksi pelajar dan guru dengan

18

sistem serta pelajar diberikan tumpuan. Dalam menggunakan laman web portal

seperti ini, elemen interaktiviti amatlah penting dalam proses pengajaran dan

pembelajaran di mana maklum balas sewajarnya dan pelajar dapat memberikan

respon yang menggalakkan. Dalam projek ini, pembangun akan membina sebuah E-

Pembelajaran yang merujuk kepada sebuah web portal pendidikan yang

menggunakan rangkaian elektronik iaitu internet untuk berfungsi dan dilayari. Kata

lainnya, E-Pembelajaran ini berfungsi secara atas talian (online). Pengajaran dan

pembelajaran (P&P) boleh dijalankan secara pada waktu yang sama (synchronously)

atau pada waktu yang berbeza (asynchronously). Elemen-elemen multimedia seperti

teks, grafik, animasi, simulasi, audio dan video diselitkan dalam bahan pengajaran

ini. Ia juga mempunyai kemudahan untuk perbincangan kumpulan. E-Pembelajaran

yang dibangunkan juga mempunyai kriteria-kriteria yang telah disebut oleh

Rosenberg (2001) dan seperti yang telah ditakrifkan oleh O’Leary et al. (2003).

2.2.2 Kelebihan E-Pembelajaran

Melihat kepada perkembangan pantas terarah pembelajaran teknologi dan

elektronik jelas dimotivasikan oleh pelbagai faedah yang ditawarkan.Diyakini

bahawa, teknologi yang semakin canggih ini tidak akan menghapuskan keadah

pembelajaran yang ada tetapi sebaliknya dapat membaiki sistem lama yang sedia ada

agar ianya menjadi lebih berkesan. Tidak dapat dinafikan, secanggih mana pun

teknologi, pengajar yang menghubungkan manusia secara dekat dan berhadapan juga

mempunyai kelebihan. Cuma, kemajuan teknologi ini akan menjadi sangat penting

sekiranya terdapat kekangan untuk menerima pembelajaran secara muka ke muka.

Beberapa kelebihan dalam menggunakan E-Pembelajaran telah disenaraikan

oleh Kevin Kruse (2006). Penulisannya adalah lebih memfokuskan kepada organisasi

atau pelatih, namun ianya juga bersesuaian untuk tujuan bagi pengajaran dan

pembelajaran. Antara kelebihannya ialah:

19

1. Pengurangan Kos Bahan – perbelanjaan pengangkutan, bahan-bahan

seperti kertas dapat di kurangkan.

2. Pengurangan Masa Pembelajaran – masa pembelajaran yang dapat di

singkatkan memandangkan pelajar tidak perlu bergerak ke kelas dan

hanya berada di bilik atau di mana-mana sahaja untuk menerima

pembelajaran.

3. Penyampaian konsisten – kandungan yang disampaikan adalah

konsisten kepada setiap pengguna

4. Pengetahuan pakar – dalam menggunakan E-Pembelajaran, pengguna

boleh merujuk pakar-pakar yang menyampaikan isi kandungan (hasil

tulisan / kerja yang telah dimasukkan dalam web atau boleh juga

menghantar email menanyakan pendapat mereka.)

5. Bukti penyiapan dan pensijilan – apa yang disampaikan di dalam

internet boleh direkod dan disimpankan.

Menurut Wahyu dan Yahya (2006), E-Pembelajaran membolehkan

pembelajaran kendiri dilaksanakan dengan lebih berkesan. Ini kerana bahan

pengajaran dan pembelajaran yang mengaplikasikan E-Pembelajaran ini telah

dirancang, disediakan secara profesional dan baik. Untuk menyampaikan kandungan

pelajaran yang berkesan dan menarik, elemen multimedia di adun dalam

pembangunan isi pengajaran. Pelajar juga boleh memilih masa, kandungan serta

mengikut kesesuaian mereka. Tambahan pula, pelajar tidak perlu rasa malu untuk

bertanya dan berpeluang belajar tajuk yang susah berulang kali sehingga pemahaman

mereka tercapai. Sebarang persoalan yang timbul boleh diajukan dalam talian.

Perbincangan kumpulan yang lebih terancang dan teratur juga boleh dicapai dengan

menggunakan teknologi yang sedia ada.

E-Pembelajaran yang dirancang dan diuruskan dengan baik mampu untuk

menyimpan rekod pembelajaran pelajar dengan sistematik agar memberikan kesan

yang baik untuk dijadikan rujukan pelajar, guru, ibu bapa atau sesiapa sahaja yang

menjadi pemantau kepada pembelajaran mereka.

20

Menurut Wahyu dan Yahya (2006) lagi, penggunaaan sumber ICT yang

terancang, menarik dan isi pelajaran yang berkesan akan menghasilkan pelajar yang

mempunyai ciri-ciri yang berikut:

1. Pelajar yang lebih bertanggungjawap terhadap pelajarannya

2. Pelajar yang boleh menentukan keperluan bahan untuk

pembelajarannya

3. Pelajar yang bebas melakukan carian maklumat mengikut keperluan,

tahap pencapaian dan pengetahuan

4. Pelajar yang dapat membina pengetahuan baru berasaskan kepada

carian maklumat, komunikasi dua hala dan penemuan kendiri.

Ciri-ciri menarik yang ada pada E-Pembelajaran ini menjadikan pelajar

berminat untuk membina pengetahuan mereka dengan mengaplikasikan bahan-bahan

di internet. Maka sampailah masanya E-Pembelajaran ini digunakan dengan meluas

bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran. Tambahan pula kejayaan agenda IT

kebangsaan (NITA) banyak bergantung kepada perlaksanaan ICT di sekolah.

Sekiranya pelajar dapat dibimbing untuk menggunakan ‘e-learning’ dengan cara

berfaedah maka ianya akan dapat membantu mengurangkan penggunaan elemen

negatif yang lain semasa mengakses internet.

2.3 Portal Pendidikan

Mengimbas kembali bahawa sejarah portal ini telah bermula pada tahun 1993

apabila Jerry Yang dan Filo iaitu pelajar lepasan universiti mengkaji mengenai

pelayaran web bagi mendapatkan maklumat yang dikategorikan mengikut topik

tertentu (Noor Diyana, 2008). Rentetan daripada kajian mereka, Jerry Yang’s

Directory to the WWW iaitu sebuah direktori web telah dibangunkan. Seterusnya

usaha mereka menghasilkan enjin carian Yahoo!. Penciptaan enjin carian Yahoo! ini

21

melambangkan permulaan kepada perkembangan portal dalam bidang teknologi

maklumat.

Pada ketika ini, diyakini bahawa institusi pendidikan sama ada sekolah

mahupun universiti mempunyai laman portal tersendiri. Bermula pada tahun 2000,

beberapa buah institusi Pengajian Tinggi Awam telah membangunkan portal untuk

tujuan pembelajaran. Tetapi kini, hampir semua Institusi Pengajian Tinggi di

Malaysia mempunyai portal termasuk Universiti Teknologi Malaysia. Menurut Noor

Diyana (2008) lagi, sehingga kini hampir kesemua IPTA di Malaysia beralih kepada

portal yang bersifat lebih dinamik untuk memudahkan warganya memperolehi dan

bertukar maklumat.

2.3.1 Kelebihan Portal Pendidikan

Beberapa implikasi positif dari pelbagai aspek penggunaan portal dalam dunia

pendidikan telah dirumuskan oleh Aslina (2005). Antaranya ialah :

1. Komunikasi dan kolaborasi

2. Penciptaan dan perkongsian maklumat dan pengetahuan

3. Mewujudkan social-capital di kalangan ahli komuniti

4. Capaian ke atas repositori pengetahuan

22

2.3.2 Portal Pendidikan di Malaysia

Di Malaysia, terdapat beberapa web portal yang umum diketahui dikalangan

pelajar-pelajar dan guru-guru sekolah untuk mendapatkan maklumat. Antaranya

ialah Score A, web portal Utusan, Cikgu.net, dan Guru.net

2.3.2.1 Score A (http://www.scorea.com/bm/index.cfm)

Score A adalah satu program interaktif yang komprehensif untuk membantu

para pelajar bersiap sedia dalam menghadapi peperiksaan dan mencapai

kecemerlangan. Score A dibangunkan oleh Kenshido International. Web portal mula

dibangunkan pada tahun 1995. Antara bahan yang disediakan dalam web portal ini

adalah e-Notes, e-Past Year Exam, e-Topic, e-Progress, e-Trial Exam, e-Assessment

dan e-Report card.

Rajah 2.1: Laman utama Portal Pendidikan Score A

23

2.3.2.2 Cikgu.Net (http://www.cikgu.net.my/)

Portal Cikgu.Net diperkenalkan untuk mewujudkan kolaborasi di kalangan

mereka yang terlibat dan berminat di dalam bidang pendidikan. Portal ini boleh

diakses di URL http://www.cikgu.net.my. Ia merupakan usaha bersepadu dalam

penyediaan platform antara pihak pembekal bahan kandungan, penyelia teknologi

dan ahli akademik bagi berpadu kepakaran untuk membantu pendidik merealisasikan

usaha ini.

Cikgu.Net menyediakan kemudahan seperti forum, edisi khas, senarai artikel,

radio online, bank soalan interaktif, permainan, e-mel, e-kelas, chat, kad ucapan,

kalendar dan pengurusan web serta profail. Portal ini tidak hanya tertumpu kepada

bidang pengajaran dan pembelajaran tetapi turut memuatkan ruangan pendapat, Info

Sihat, Hari Ini Dalam Sejarah, Undian Pendidikan dan carian. Berita dan peristiwa

turut dimuatkan mengikut taksonomi tertentu manakala fungsi carian disediakan

untuk memudahkan pencarian maklumat di dalam portal CikguNet.

Rajah 2.2 : Laman utama Portal Pendidikan CikguNet

24

2.3.2.3 Web Portal Pendidikan Utusan (http://www.tutor.com.my)

Portal Pendidikan Utusan merupakan salah satu usaha pihak syarikat Utusan

Melayu (Malaysia) Berhad untuk menyediakan bahan pendidikan yang boleh dicapai

oleh semua pihak dan seluruh lapisan masyarakat. Walaupun usaha tersebut telah

disediakan dalam bentuk cetakan di ruangan pendidikan akhbar Utusan Malaysia

sebelum ini, namun disebabkan keterbatasan ruang dan ketidak upayaan semua

pembaca mendapatkan cetakan di setiap keluaran, maka langkah menyediakannya

dalam bentuk Internet dianggap satu langkah terbaik. Kumpulan sasaran bagi portal

pendidikan ini boleh dibahagikan kepada tiga iaitu:

1) Pelajar - Ia menyediakan bahan pembelajaran yang lebih berstruktur, nota

lengkap dan ringkas, papan diskusi, bank soalan, latih tubi, contoh-contoh

soalan dan lain-lain yang melibatkan pelbagai subjek teras. Antaranya ialah

subjek Matematik, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.

2) Guru - Membantu guru menyediakan rancangan mengajar, aktiviti

pembelajaran, latihan, sumber rujukan serta bank soalan bagi setiap waktu

pembelajaran mengikut mingguan dan bulanan.

3) Penjaga/ ibu-bapa - Membolehkan penjaga memantau, menyemak rancangan

atau turut serta menjadi pembimbing kepada anak-anak dengan cara

menggunakan bahan yang disediakan sebagai satu sokongan pembelajaran di

rumah (Tutor, 2004). Pelbagai aplikasi kolaboratif disediakan di dalam portal

ini. Antaranya ialah e-tuisyen, sembang maya, forum pelajar, motivasi dan e-

kaunseling.

25

Rajah 2.3: Laman utama web Portal Pendidikan Utusan

2.3.2.4 Guru.net (http://www.guru.net.my)

Berita Harian telah memperluaskan fungsinya dalam pendidikan. Pendidikan

dalam akhbar ini berkembang sejajar dengan perkembangan pesat teknologi

maklumat dan komunikasi. Pelajar boleh layari portal pendidikan berita harian

http://websekolah.bharian.com.my/ tetapi, bermula pada tahun 2009, portal

pendidikan ini telah berubah url dan tema penyampaian menjadi guru.net yang boleh

dilayari di url http://www.guru.net.my/.

Web Sekolah Pendidikan Harian mempunyai halaman pendidikan tersendiri,

Sebelum ini, akhbar sisipan setiap Selasa-Didik, setiap Rabu-Minda pelajar, setiap

Khamis-Skor, Buku Soalan Latihan (UPSR dan PMR), Buku Bimbingan Cemerlang,

Seminar peperiksaan dan Keluaran Khas Skor di masukkan dalam portal. Namun

kini, setelah di naik taraf menjadi Guru.net, pelbagai medium interaktif dimasukkan

di dalam web portal ini.

26

Rajah 2.4: Laman utama Portal Pendidikan Guru.net

2.2.3 Portal Pendidikan Luar Negara

Terdapat juga web portal pembelajaran luar negara yang menarik dan boleh

digunakan dalam pengajaran di sekolah. Apabila diperhatikan, sedikit perbezaan

yang dapat dilihat antara web portal luar negara di mana ianya tidak tertumpu hanya

peperiksaan semata-mata.

2.2.3.1 CoolMath.com

CoolMath.com ialah web yang dibangunkan untuk pelajar yang merasakan

matematik itu membosankan, penuh kekeliruan, dan mengecewakan. Laman web ini

menyediakan pembelajaran yang menyeronokkan tetapi masih dapat memenuhi

27

objektif pembelajaran. Terdapat banyak pembelajaran dan permainan yang

melibatkan matematik yang menyeronokkan.

Rajah 2.5: Laman utama Coolmath.com

2.4 LMS (Learning Management System)

Pembangunan laman web portal seperti ini haruslah sentiasa berada dalam

keadaan berwaspada dan peka dengan pembangunan persekitaran di mana di dalam

proses penyelenggaraan E‐Pembelajaran, maka sebuah Learning Management

System (LMS) diperlukan (Muhammad Adri, 2008),. LMS berfungsi untuk mengatur

tata laksana penyelenggaraan pembelajaran di dalam model E‐Pembelajaran. LMS

juga turut dikenali sebagai CMS (Course Management System). Umumnya, LMS

dibangun berasaskan web yang akan berfungsi pada sebuah web server dan dapat

dimasuk (access) oleh penggunanya melalui pelayar web atau web browser (web

client). Server biasanya ditempatkan di universiti atau suatu organisasi dan dapat

dilayari dari mana pun oleh penggunanya dengan memanfaatkan rangkaian internet.

Menurut Muhammad Adri (2008) lagi, secara dasarnya LMS menyediakan sebuah

28

alat (tool) bagi pengajar, guru atau pendidik untuk membuat laman web pendidikan

dan mengatur kawalan masuk (access control), sehingga hanya pengguna yang

berdaftar sahaja yang dapat masuk (access) dan melayarinya. Selain menyediakan

pengawalan, LMS juga menyediakan pelbagai alat (tools) yang menjadikan

pembelajaran lebih efektif dan efisien, seperti menyediakan layanan untuk

mempermudahkan kerja memuat naik (upload) dan berkongsi bahan P&P,

perbincangan atas talian (online discussion), perbualan (chatting), penyelenggaraan

kuiz, soal selidik (survey), laporan (report) dan sebagainya. Cole (2005)

mengungkapkan secara umum, antara fungsi‐fungsi lain yang harus terdapat pada

sebuah LMS ialah:

1. Memuat naik (upload) dan berkongsi bahan

Umumnya LMS menyediakan layanan untuk mempermudah proses

menerbitkan isi kandungan (content publishing). LMS menerbitkan isi

kandungan dengan menggunakan editor HTML, kemudian mengirim

dokumen melalui FTP server, dan dengan demikian memudahkan guru untuk

menempatkan bahan P&P sesuai dengan silabus yang mereka buat. Guru

boleh memuat naik silibus perkuliahan, catatan bahan, penilaian dan

artikel‐artikel pelajaran tidak kira masa dan di mana pun mereka berada.

2. Forum dan perbualan (chat)

Forum online dan chatting menyediakan layanan komunikasi dua arah antara

guru dengan pelajarnya atau sesama pelajar sendiri, baik dilakukan secara

synchronously (chat) atau asynchronously (forum dan emel). Dengan

kemudahan ini, pelajar berpeluang untuk menulis tanggapannya dan

berbincang dengan rakan-rakan yang lain.

3. Kuiz dan soal selidik

Kuiz dan soal selidik secara atas talian (online) dapat digunakan untuk

memberikan gred secara serta merta kepada pelajar. Kemudahan ini

merupakan alat (tool) yang sangat baik digunakan untuk mendapatkan

maklum balas (feedback) langsung daripada pelajar. Proses ini dapat juga

dilakukan dengan membangunkan sebuah bank soalan dan kemudian semua

29

soalan tersebut dapat dijanakan secara serentak untuk muncul sebagai kuiz

atau soal selidik.

4. Mengumpul dan mengulas tugasan

Proses pemberian gred atau markah kepada pelajar dapat juga dilakukan

secara online dengan bantuan LMS.

5. Merekod gred

Fungsi LMS yang lain adalah melakukan perekodan data gred pelajar secara

automatik. Ia disesuaikan melalui konfigurasi dan pengaturan yang dilakukan

oleh guru dari awal perkuliahan dilaksanakan. Antara contoh-contoh LMS

adalah WebCT, Blackboard, MOODLE, Claroline, Ilias, Atutor dan macam-

macam lagi. Fazidah Nishtar dan Azizah Abdul Rahman (2006) menyatakan

contoh LMS boleh dijumpai di www.wbtsystems.com, http://www.karta.com

dan www.moodle.org. Menurut mereka, sistem sistem ini merupakan contoh

sistem komersial yang berskala besar dan beroperasi sepenuhnya. Contoh-

contoh LMS yang digunakan oleh universiti-universiti swasta menurut Marlia

Puteh dan Supyan Hussin (2007):

…The software package used in the delivery of e-learning at Malaysia

Multimedia University (MMU) is the Multimedia Learning System

(MMLS)…

…E-learning at Open University of Malaysia (OUM) is managed by a

homegrown web-based system called MyLMS (My Learning Management

System)…”

Seterusnya, dalam pembangunan ini, pembangun akan menggunakan

MOODLE iaitu selari dengan LMS atau CMS sebagai pelantar untuk

membangunkan laman web portal berbentuk web portal sebagai bahan pengajaran

dan Pembelajaran E-Pembelajaran. Subjudul seterusnya akan membincangkan

tentang MOODLE dan kelebihan MOODLE sehingga dipilih oleh pembangun untuk

membangunkan projek ini.

30

2.5 MOODLE (Modular Object Oriented Dynamic Learning Environment)

Menurut Muhammad Adri (2008), MOODLE diperkenalkan pertama kali

oleh Martin Dougiamas, seorang ahli sains komputer dan pendidik, yang

menghabiskan sebahagian waktunya untuk mengembangkan sebuah Learning

Management System di salah sebuah institut perguruan tinggi di kota Perth,

Australia. Nama MOODLE memberikan suatu inspirasi bagi perkembangan

E‐Pembelajaran. Dari dokumentasi rasmi MOODLE, MOODLE dijelaskan sebagai

berikut:

“The word Moodle was originally an acronym for Modular Object‐Oriented

Dynamic Learning Environment, which is mostly useful to programmers

and education theorists. It's also a verb that describes the process of lazily

meandering through something, doing things as it occurs to you to do them,

an enjoyable tinkering that often leads to insight and creativity. As such it

applies both to the way Moodle was developed, and to the way a student or

teacher might approach studying or teaching an online course. Anyone who

uses Moodle is a Moodler” (www.moodle.org).

MOODLE merupakan sebuah LMS yang berasas atau bernaung di bawah

Open Source Software yang saat ini digunakan oleh universiti, lembaga pendidikan,

K‐12 School, perniagaan dan instruktur individu yang ingin menggunakan teknologi

web untuk pengelolaan kursus mereka (Cole, 2005). Pada saat ini, MOODLE dipakai

oleh lebih dari 2000 organisasi pendidikan di seluruh dunia untuk menjalankan

online courses dan sebagai tambahan (supplement) kepada traditional face‐to‐face

courses. Lebih jauh, Rice (2006) menjelaskan tentang MOODLE sebagai berikut:

“Moodle is a free learning management system that enables you to create

powerful, flexible, and engaging online learning experiences. I use the

phrase "online learning experiences" instead of "online courses"

deliberately. The phrase "online course" often connotes a sequential series

of web pages, some images, maybe a few animations, and a quiz put online.

There might be some email or bulletin board communication between the

31

teacher and students. However, online learning can be much more engaging

than that.”

MOODLE tersedia secara meluas di web (http://www.moodle.org). Sesiapa

sahaja dapat memuatturun (download) dan memasang (install) MOODLE.

MOODLE telah diterjemahkan ke dalam lebih 100 bahasa di dunia dan

mempermudah kita untuk mengembangkan aplikasi E‐Pembelajaran dalam

kehidupan kita.

2.6 Kelebihan MOODLE Sebagai LMS Pilihan

Terdapat beberapa alasan yang kukuh dan kuat, sehingga menjadikan

MOODLE sebagai salah satu LMS atau CMS yang popular digunakan oleh banyak

institusi pendidikan. Menurut Muhammad Adri (2008) antaranya ialah:

1. Percuma dan sumber terbuka

MOODLE bernaung di bawah bendera Open Source Software, di mana semua

orang dapat mengubahsuainya mengikut keperluan institusi yang ingin

menggunakannya. MOODLE disebarkan secara meluas, sehingga tidak

memerlukan sedikitpun dana untuk membeli aplikasinya, kecuali dana yang

diperlukan untuk membayar bandwidth yang dipakai untuk memuat turun

(download) 17 MB master MOODLE.

2. Ukuran kecil, kemampuan maksimum

Dengan ukuran yang kecil (sekitar 17 MB untuk versi MOODLE 1.9), namun ia

mampu mengelola aktiviti kegiatan akademik dan pembelajaran hingga seukuran

sebuah universiti dengan jumlah mahasiswa sebanyak 200 000 orang.

3. Dilandasi oleh falsafah pendidikan

32

MOODLE bukan sahaja dibangunkan oleh seorang ahli sains komputer murni,

tetapi ia juga dibangun berdasarkan kepada pengalaman dan latar belakang

pendidikan dalam bidang ilmu pendidikan. MOODLE mampu menampung

hampir semua keperluan pendidikan konvensional yang dipindah dan diwujudkan

sebagai pembelajaran atas talian (online learning).

4. Mempunyai komuniti yang besar dan saling berkongsi

Komuniti pengguna MOODLE berkumpul dalam satu organisasi di laman web

portal rasminya iaitu www.moodle.org. Perkara yang sama disokong oleh Ining

(2008). Menurut beliau “the university chose Moodle as its next LMS because the

software is based on the constructivist theory of learning…Moodle also has a

large community of users and developers.” Berdasarkan pada kajian yang

dijalankan oleh Marlia Puteh (2007), salah seorang responden dalam kajian

beliau amat berpuas hati dengan Moodle. Responden bernama Chong adalah

seorang pensyarah di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Chong telah menggunakan e pembelajaran semenjak pertama kali E-

Pembelajaran diperkenalkan di UTM pada 2001. Chong telah menggunakan

WebCT dan Moodle dalam pengajarannya. Chong menyatakan bahawa:

“I made comparisons between Moodle and WebCT. We used WebCT as an

introduction for UTM’s first application of the e-learning platform … But

WebCT was very complicated. Moodle originated from Australia. The

person who created Moodle originally worked with WebCT. WebCT was so

complicated and not user friendly, especially for non-technical people.

Some people refer to Moodle as the Open Source Learning Management

System. I find Moodle easy to use and that is why I put all my effort to use

Moodle for my teaching.”

Berdasarkan alasan-alasan yang kuat ini, pembangun dengan yakin

menggunakan MOODLE sebagai LMS untuk membangunkan projek ini. Pembangun

yakin MOODLE adalah LMS yang paling tepat dalam menjayakan projek ini.

33

2.7 MOODLE sebagai bahan bantu mengajar

Kita mengetahui bahawa setiap pengajaran dan pembelajaran yang berlaku

sama ada di dalam atau di luar kelas memerlukan suatu sumber rujukan agar

pemahaman konsep bagi sesebuah topik lebih mudah diterima dengan tahap

pemikiran pelajar yang sesuai. Maka, dijadikan bahawa laman web pembelajaran E-

Pembelajaran seumpama ini dapat untuk menjadi bahan bantu mengajar bagi guru-

guru untuk menambah baik dan mengubah gaya pengajaran.

Umum ketahui di mana bahan bantu mengajar secara tepat dan efektif dapat

memberikan bukti yang kukuh bagi sesebuah pendapat atau ilmu yang subjektif tidak

dapat ditafsirkan secara lisan. Secara tidak langsung, ianya dapat mengaitkan idea

baru dengan pengalaman lepas atau idea yang telah dipelajari. Keadaan ini

seterusnya dapat menjadikan penyertaan pelajar lebih aktif di dalam aktiviti

pembelajaran dan kemudian dapat menyumbang dan memberikan semangat

tambahan untuk pelajar mempelajari matematik terutamanya topik statistics yang

memerlukan pelajar bermain dengan elemen gambar.

Penggunaan bahan bantu mengajar seperti E-Pembelajaran ini, dapat

menumpukan sepenuhnya perhatian terhadap penggunaan konsep yang terlibat dan

seterusnya dapat menjanakan rasa ingin tahu serta menarik pelajar untuk memahami

konsep tersebut. Selain itu, ianya dapat membantu dan mengajar pelajar bagaiman

untuk menyelesaikan masalah dan mencari idea atau pendapat baru untuk di jelajah

dan dalam masa yang sama dapat meningkatkan penguasaan komunikasi di antara

guru dan pelajar. Maka, aktiviti bilik darjah dapat di pelbagai dengan penggunaan

bahan bantu mengajar seperti ini. Tidak dinafikan bahawa dalam E-Pembelajaran

dapat memberikan dan menjadi seperti sebuah program pengkayaan ilmu dan juga

bertindak sebagai pemangkin bagi individu pelajar.

34

2.8 Teori Pembelajaran yang disokong MOODLE: Teori Konstruktivisme

Sosial

Teori pembelajaran apabila dijadikan asas kepada rekabentuk program

pembelajaran berupaya mendorong pelajar untuk belajar dan berubah. Pemahaman

tentang teori pembelajaran akan membantu kejayaan program pembelajaran. Dalam

menentukan kejayaan program pembelajaran, keupayaan menggabungjalinkan

pelbagai teori dapat memberi impak kepada setiap individu yang melalui proses

tersebut. Oleh itu, pemilihan pendekatan pembelajaran yang bersesuaian dengan

pelbagai kerenah pelajar dan cara mereka belajar sangatlah penting di samping

dilaksanakan oleh pengajar yang profesional (Schuman, 1996). Dari dokumentasi

rasmi MOODLE (www.moodle.org), dijelaskan bahawa rekabentuk dan

pembangunan MOODLE berpandukan pedagogi social constructionist. Pedagogi ini

dijelaskan berdasarkan empat konsep utama dibelakangnya iaitu Constructivism,

Constructionism, Social Constructivism dan Connected and Separate. Secara

ringkasnya, pedagogi ini menerangkan bahawa setiap peserta dalam sesuatu kursus

boleh menjadi guru mahupun pelajar.

Terdapat lima hujah yang digunakan oleh Martin Dougiamas sebagai rujukan

di bawah pedagogi social constructionism dan menjadi asas kepada pembangunan

MOODLE. Lima hujah tersebut dinyatakan oleh beliau di dalam dokumentasi rasmi

MOODLE (www.moodle.org). Lima hujah tersebut adalah:

1. Kita semua berpotensi menjadi guru mahupun pelajar. Dalam situasi usaha

sama (collaborative) yang sebenar, kita merupakan guru dan pelajar. Dalam

situasi pembelajaran, guru harus membenarkan pelajar-pelajarnya berkongsi

idea mereka kepada keseluruhan kelas termasuklah guru. Guru haruslah

mengambil perhatian, mendengar dan bertanya soalan yang lebih baik

berbanding orang lain yang terlibat dalam situasi tersebut.

2. Kita belajar dengan baik terutamanya melalui tindakan membina dan

menunjukkan sesuatu untuk dilihat oleh orang lain. Secara ringkasnya, hujah

ini bermaksud belajar melalui perbuatan (learning by doing). Pelajar belajar

35

melalui pengalaman yang dialami atau yang diberikan kepada mereka.

Pembelajaran paling berkesan apabila pelajar menyampaikan dan

mempersembahkan pengumuman (posts), projek, tugasan (assignments),

pembinaan (constructions) dan lain-lain untuk dilihat oleh orang lain.

3. Kita banyak belajar dengan melihat aktiviti yang dilakukan oleh rakan kita.

Pada dasarnya hal ini adalah berkaitan dengan budaya kelas (classroom

culture) atau pembelajaran secara penyerapan (learning by osmosis). Sebagai

contoh, jika kita berada di dalam kelas yang terdiri daripada pelajar-pelajar

yang suka bertanya, secara tidak langsung kita akan berasa lebih bebas untuk

melakukan perkara yang sama. Dengan itu, kita akan belajar bukan sahaja

berdasarkan kepada soalan yang kita tanya sendiri malahan kita belajar

kerana mendengar perbincangan dan soalan daripada orang lain.

4. Dengan memahami keadaan orang lain, kita boleh mengajar dengan cara

yang lebih fleksibel dan terubah. Apabila kita berbual dengan orang yang kita

ketahui latar belakangnya, secara tidak langsung kita akan menyesuaikan

bahasa dan konsep penyampaian kita dengan orang tersebut. Begitu juga

dalam pembelajaran, sesuatu ilmu itu akan lebih mudah difahami oleh pelajar

tersebut apabila kita tahu cara yang sesuai untuk disampaikan kepada pelajar

tersebut. Begitu juga sebagai pendengar, kebiasaannya nasihat daripada

mentor atau rakan iaitu orang yang kita kenali adalah dirasakan lebih baik dan

bermakna berbanding daripada orang yang tidak kita kenali.

5. Persekitaran pembelajaran haruslah fleksibel dan boleh diubah suai, supaya

ia dapat memenuhi keperluan peserta-pesertanya. Persekitaran yang fleksibel

dari segi waktu dan ruang akan menggalakkan pelajar untuk berkongsi idea,

bertanya soalan dan menyampaikan pengetahuan mereka. Maka, aktiviti yang

asynchronous sangat berguna. Melalui aktiviti seperti ini, guru dan pelajar

boleh bekerja bersama walaupun dalam waktu yang berbeza. Hal ini juga

memberi kemudahan kepada pelajar yang berada di zon waktu yang berbeza

atau pelajar berada di zon waktu yang sama tetapi mempunyai waktu lapang

yang berbeza. Keupayaan MOODLE untuk berfungsi di bawah pedagogi

social constructionism memberi satu bonus kepada pembangun dalam usaha

36

untuk membangunkan suatu web portal yang berteraskan Teori Sosial

Konstruktivisme. Pembangun berharap dengan adanya pendekatan teori

pembelajaran ini akan membantu kepada kejayaan dan keberkesanan

pembelajaran pelajar melalui web portal ini.

2.9 Pemahaman Konsep dan penyelesaian berasaskan masalah bagi topik

‘Statistics II’ Matematik Tingkatan Tiga

Penerapan konsep yang betul seharusnya membantu pelajar dalam

menyelesaikan masalah dengan jayanya. konsep adalah asas bagi keperluan pelajar

untuk memahami sesuatu perkara. Namun, strategi pengajaran yang sesuai dan tepat

diperlukan dalam menerapkan konsep-konsep di dalam matematik. Berdasarkan

daripada pengalaman, pemasalahan yang berlaku turut dikaitkan dengan konsep.

Bagi pelajar, untuk menjadikan konsep itu adalah betul, penyelesaian berdasarkan

masalah diperlukan dalam mengukuhkan konsep-konsep matematik tersebut.

Masalah didefinisikan sebagai sesuatu situasi, kuantitatif dan sebaliknya, di

mana mengekang individu atau sekumpulan individu, yang memerlukan

penyelesaian dan bagi individu yang tidak melihat atau menampakkan maksud untuk

mendapatkan penyelesaian (Krulik dan Ridnick, 1989). Maka, masalah perlulah

mempunyai kriteria seperti penerimaan, halangan dan penjelajahan.

Turut juga didefinisikan bahawa penyelesaian masalah itu menurut (Krulick

dan Ridnick, 1989) adalah bermaksud individu menggunakan pengetahuan,

kemahiran dan pemahaman yang dahulu atau lepas untuk memenuhi kehendak

situasi yang tidak menjadi kebiasaan. Kemudiannya menjadikan penyelesaian

masalah itu adalah kemuncak di dalam pembelajaran matematik di mana setiap aspek

kehidupan dihadapi oleh pelajar seperti pengetahuan, kemahiran, nilai dan

pengalaman digunakan sebagai tindakan bagi menyelesaikan masalah. Guru perlulah

37

menjadi pembimbing untuk mengajar bagaimana mencari penyelesaian sesuatu

masalah itu, bukanlah dengan memberi penyelesaiannya.

Implikasi daripada keadaan ini membolehkan aktiviti pemikiran dan

kemahiran untuk merasionalkan langkah yang diambil untuk menyelesaikan masalah

sebagai peranan yang besar. Seterusnya apabila setiap kejayaan yang diperolehi

dalam penyelesaian menjadi motivasi dan peggalak bagi pelajar dalam mempelajari

matematik.

2.10 Miskonsepsi dalam Topik ‘Statistics II’ Matematik Tingkatan Tiga

KBSM

Sedia umum dimaklumkan bahawa di dalam pembelajaran matematik

memerlukan seseorang pelajar mempelajari asas konsep bagi sesebuah topik. Ini

kerana disebabkan oleh tahap pemikiran yang tidak dapat menerima sekaligus

berlaku kesalahan-kesalahan yan cukup kecil terhadap terma-terma dan penggunaan

formula itu sendiri. Pelaez et al. (2005) menyatakan idea terdahulu pelajar mampu

menyulitkan pembelajaran apabila idea-idea tersebut mempunyai konflik dengan

kandungan yang diajar kepada tersebut. Idea yang menghalang pembelajaran ini

dikenali sebagai miskonsepsi. Miskonsepsi didefinisikan sebagai kekaburan dan

tidak kesempurnaan atau salah kefahaman tentang sesuatu. Ia sering berlaku oleh

pelajar dan sukar untuk disingkirkan serta berbeza dengan pengetahuan saintifik

semasa. Miskonsepsi boleh terbit daripada pengalaman terdahulu pelajar, sistem

kepercayaan alternatif, penggunaan analogi oleh guru dan pelajar, serta kekeliruan di

antara maksud istilah saintifik dengan maksud kebiasaannya. Kesilapan yang

mengganggu pembelajaran juga digambarkan sebagai kepercayaan naif, prakonsepsi,

idea yang tidak sempurna dan model kesilapan mental.

Di dalam topik Statistics ini, pelajar seringkali melakukan kesilapan kecil

akibat daripada kurangnya pemahaman dan asas konsep dalam topik ini menjadikan

38

kesilapan seperti ini sebagai suatu masalah yang tidak dapat dielakkan. Maka,

strategi pengajaran perlulah diubah sebagai refleksi bagi menungkatkan mutu

pemahaman konsep bagi pelajar adalah sesuatu yang mudah diterima pakai.

Contohnya dalam subtopik bagi penggunaan min, median dan mod, pelajar perlu

memahami konsep di mana guru menyediakan pengajaran yang berkesan bagi

membantu pelajar dalam menerima konsep asas yang subjektif ini dalam persekitaran

lebih menarik dan menyeronokkan. Seringkali kesalahan yang berlaku apabila

pelajar diberikan suatu permasalahan untuk diselesaikan seperti menentukan median

bagi suatu siri data. Sebagai contoh:

5, 2, 4, 8, 2, 3, 1

Penyelesaian bagi penentuan median untuk siri data tersebut adalah dengan

menyusun semula siri tersebut menjadikan

1, 2, 2, 3, 4, 5, 8

Maka, 3 adalah median bagi set data tersebut. Namun, kesilapan biasa yang

dilakukan oleh pelajar adalah pelajar tidak menyusun semula set data tersebut

dan membuat kesimpulan akhir bahawa jawapan bagi penyelesaian tersebut

adalah 8.

Ini menjadikan kesalahan yang kecil berulang sehingga pelajar telah

memahami konsep sebenar adalah nilai yang berada di tengah-tengah. Selain itu,

bagi konsep mod pula, kesalahan umum yang sering berlaku sebagai contoh:

Markah 0 1 2 3 4

Kekerapan 3 4 3 1 5

Penyelesaian mod bagi set data terkumpul adalah markah 4 kerana

mempunyai kekerapan tertinggi iaitu sebanyak 5. Akan tetapi, yang sering

menjadi kesalahan apabila pelajar membuat kesilapan di mana nilai tiga

39

tersebut telah berulang sebanyak dua kali menjadikan mod bagi set data

tersebut adalah 3.

Selain itu, penentuan min bagi suatu data juga terdapat kesalahan umum atau

miskonsepsi seperti contoh:

Markah 1 2 3 4 5

Kekerapan 4 6 7 0 3

Nilai min bagi data tersebut adalah di mana penyelesaiannya seperti berikut:

Mean = ௦௨ ௗ௧

௨ ௗ௧

= (ଵ୶ସ)ା(ଶ୶)ା(ଷ୶)ା(ସ୶)ା(ହ୶ଷ)

ସାାାାଷ

= ହଶ50

= 2.6

Antara miskonsepsi yang berlkau adalah apabila pelajar salah anggap dan

berfikir bahawa nilai data adalah 5 di mana hanya terdapat 5 petak lajur.

= (ଵ୶ସ)ା(2x6)ା(ଷ୶)ା(ସ୶)ା(ହ୶ଷ)

= 10.4

Didapati kesalahan konsep atau miskonsepsi ini terjadi akibat daripada

strategi pengajaran yang dilihat kurang berkesan. Maka kewujudan laman web portal

seperti ini E-Pebelajaran ini dapat membantu guru dalam menyelesaikan situasi

permasalahan berikut. Guru dapat menambah baik lagi strategi pengajaran dan pada

masa yang sama guru juga dapat mempelbagaikan lagi kaedah pengajaran yang

digunakan tidak terhad kepada gaya engajaran yang tradisional sahaja.

40

2.11 Pemikiran Statistik

2.11.1 Definisi Pemikiran Statistik

Melihat kepada defini, pemikiran statistik adalah gaya pemikiran yang

mengandungi kedua-dua penaakulan logikal dan analitikal di mana ianya menilai

keseluruhan masalah hampir seperti bahagian-bahagian komponennya; dari cubaan

untuk mentaksirkan kesan terhadap keseluruhan perubahan bagi satu atau lebih

pembolehubah yang terlibat, dan cubaan untuk memahami bukan sahaja masalah dan

penyelesaiannya, tetapi proses yang terlibat (Beth, 2002). Namun, terdapat juga

beberapa pakar mendefinisikan pemikiran statistik sebagai :

1. Untuk memasukkan kemahiran mengenalpasti masalah

2. Proses penaakulan

3. Perkarangan persolan yang timbul, kesimpulan dan data

4. Penyelesaian masalah, dan

5. Penerangan kepada masalah, penyelesaiannya dan juga proses yang

terlibat

Pemikiran statistik adalah satu falsafah pembelajaran dan berdasarkan

tindakan yang mengikuti beberapa prinsip asas iaitu;

1. Semua kerja berlaku dalam satu system merupakan proses yang saling

berkait

2. Perbezaan wujud dalam semua proses

3. Pemahaman dan usaha untuk mengurangkan perbezaan adalah kunci

kepada penyelesaian.

Menurut Wild dan Pfannkuch, (1999) rangka kerja pemikiran statistik

mempunyai 4 dimensi. Dimensi pertama adalah pusingan penyiasatan (Investigating

cycle) yang melibatkan kitaran masalah, perencangan, data, analisis, kesimpulan.

Rujuk rajah 2.6.

41

Rajah 2.6: Dimensi 1: Kitaran Penyiasatan Bagi Rangka Kerja ‘Statistical Thinking’

Dimensi ke 2 adalah jenis-jenis pemikiran (Type of thinking). Secara

umumnya, dimensi 2 ini menekankan strategi dalam merancang penyelesaian

masalah, memberi penerangan, memodelkan, dan mengaplikasikan teknik. Lima

jenis pemikiran dikenalpasti oleh mereka sebagai elemen asas dalam pemikiran

statistik iaitu

1. Pengenalan kepada keperluan data

2. Kepelbagaian dalam persembahan data

3. Mengambil kira situasi yang lain dari permasalahan biasa

4. Penakulan terhadap model statistik

5. Mengintegrasikan statistik dengan pemikiran

Dan ditekankan disini bahawa sekiranya tanpa proses pemikiran statistik di

dalam pembelajaran statistik ini, pengurusan dan proses penambahbaikan adalah

cacat, ianya diibaratkan seperti membuat sesutau kajian itu tanpa pengukuran.

42

2.12 Penutup

Teknologi masa kini yang dilihat semakin hari semakin maju dalam

konteksnya pasti akan dapat memberikan impak yang besar dalam dunia pendidikan.

Melalui E-Pembelajaran, kesan positif berlaku apabila ianya menjadi satu strategi

baru dalam pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran, ianya dapat menarik

perhatian khususnya pelajar dengan elemen-elemen multimedia yang diselitkan.

Melalui E-Pembelajaran juga, dengan penerapan pemikiran statistik di dalam bahan

pengajarannya, ianya mampu untuk meningkatkan tahap pemikiran pelajar agar lebih

kreatif dan kritis. Sekiranya proses ini dirancang dan dilaksanakan dengan lebih

efisyen, selaras dengan falsafah pendidikan Malaysia, dapat melahirkan satu generasi

baru yang bukan sahaja mahir dalam pengendalian pengurusan maklumat, malahan

pengaplikasian maklumat berupaya untuk diterapkan dalam aspek kehidupan harian

dengan lebih efektif.

43

BAB 3

PROSEDUR PEMBANGUNAN

3.1 Pengenalan

Di dalam bab ini, kita akan membincangkan langkah-langkah dan prosedur

pembangunan yang diperlukan bagi mereka bentuk bahan E-Pembelajaran

berasaskan MOODLE bagi tajuk ‘Statistics II’ Tingkatan Tiga dan seterusnya

membangunkan web portal yang interaktif menggunakan MOODLE.

3.2 Kaedah Pelaksanaan

Di dalam membangunkan sesebuah web portal, proses pemilihan

pembangunan sesebuah perisian adalah dilihat sebagai langkah yang amat penting.

Ini kerana, untuk membina media pengajaran dan pembelajaran ia mempunyai

hubungan yang rapat dalam proses merancang sesuatu topik untuk menentukan

keberkesanannya. Topik yang akan dibangunkan perisiannya adalah ‘Statistics II’

Tingkatan Tiga. Membangunkan bahan E-Pembelajaran adalah bukan satu proses

yang mudah. Ianya memerlukan ketelitian dan menuntut kesabaran yang tinggi.

44

Pembangun perlulah menganalisis dan mereka bentuk media pengajaran selaras

dengan keperluan guru-guru, pelajar dan masyarakat.

Apa yang kita telah sedia maklum, terdapat pelbagai pendekatan atau model

yang boleh diikuti di dalam proses pembangunan web portal ini. Di antara model-

model reka bentuk instruksi bersistem dan pembangunan multimedia adalah seperti

model ADDIE, model ASSURE, model Hannafin & Peck, model Robert Glasea,

model Waterfall, model Rapid Prototyping, model Jerold Kemp, model Gerlach &

Ely, model Branson, model Diamond, model Smith & Ragan, model Gentry, model

Reiser & Dick, model Van Pattern dan model Leishin Pollock & Reigeluth (

Jamaluddin et al, 2001 ).

Di dalam proses membangunkan E-Pembelajaran berasaskan MOODLE,

media pengajaran yang dipilih ialah Model ADDIE oleh Rossett (1987) yang

digunakan sebagai panduan untuk membangunkan web portal ini. Di antara sebab

dan faktor pembangun memilih model ADDIE adalah model ni model reka bentuk

instruksi yang bersistem dan membantu pembangun dalam melaksanakan tugas

untuk mereka bentuk dan membangunkan E-Pembelajaran berasaskan MOODLE

bagi tajuk ‘Statistics II’ Tingkatan Tiga. Selain itu ia juga mempunyai ciri-ciri

kesesuaian dari segi reka bentuk dan pelaksanaannya ke dalam suasana bilik darjah

bagi tujuan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P).

Menurut (Jamalludin et al., 2001) terdapat lima elemen pada model ADDIE

yang akan diaplikasikan untuk membangunkan membangunkan web portal iaitu:

Analisis (Analysis), Reka bentuk (Design), Pembangunan (Development),

Pelaksanaan (Implimentation) dan Penilaian (Evaluation). Di samping itu,

pembangun perlulah sentiasa melakukan proses penilaian dan penyemakan serta

pengulangan secara berterusan bagi setiap elemen yang dinyatakan di atas untuk

memastikan keperluan pengguna sentiasa di utamakan. Selain itu, kaedah ini dapat

menjamin kualiti dan mutu produk yang dihasilkan dari semasa ke semasa. Rajah 3.1

menunjukkan aliran kerja berdasarkan Model ADDIE.

45

Rajah 3.1 Aliran Kerja berdasarkan Model ADDIE

3.2.1 Analisis ( analysis )

Dalam fasa analisis, latar belakang, gaya pembelajaran dan pencapaian

pengguna adalah merupakan elemen yang utama yang perlu dikaji dan

dititikberatkan. Pembangun juga telah menjalankan analisis terhadap pelajar dengan

mengenal pasti pengetahuan sedia ada yang seharusnya dikuasai pelajar. Perkara-

perkara yang dianalisis oleh pembangun ialah pengguna web portal, persekitaran

pembelajaran web portal, matlamat pelajaran web portal dan miskonsepsi dalam

topik pelajaran.. Bagi topik Statistics, pelajar hanya perlu untuk mengulangkaji topik

tersebut untuk menjawab soalan-soalan ujian.

Analisis ( analysis )

Reka bentuk ( design )

Pembangunan ( development )

Penilaian ( evaluation )

Perlaksanaan ( implementation )

46

3.2.1.1 Pengguna

Sasaran utama pengguna web portal ini ialah guru dan pelajar Tingkatan Tiga

yang mengambil subjek Matematik. Oleh itu, isi kandungan pelajaran dalam web

portal ini hendaklah memenuhi kehendak dan keperluan mereka. Selain itu,

pembangun telah melakukan analisis terhadap kandungan pelajaran di mana

kandungan pelajaran perlu mengikut sukatan pelajaran yang ditetapkan oleh

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

3.2.1.2 Persekitaran Pembelajaran

Seterusnya, pembangun turut menganalisis persekitaran pembelajaran bagi

pelajar dan guru. Asas persekitaran pembelajaran untuk menggunakan web portal ini

adalah penggunaan komputer dan internet. Secara formal, guru boleh mengajar di

kelas dengan menggunakan web portal ini sama ada di makmal komputer, makmal

sains, makmal biologi, mahupun bilik darjah, asalkan terdapatnya kemudahan

komputer dan internet. Di luar waktu persekolahan, proses P&P juga boleh

dilaksanakan secara tidak formal melalui web portal ini. Guru dan pelajar boleh

melalui proses P&P secara synchronously (pada waktu yang sama) atau

asynchronously (pada waktu yang berbeza) di rumah dan kafe siber. Malah dengan

adanya komputer riba dan perkhidmatan internet secara broadband dan wi-fi, guru

dan pelajar boleh melayari web portal ini di mana sahaja seperti di taman rekreasi,

restoran dan lain-lain lagi.

47

3.2.1.3 Matlamat Pelajaran

Selain daripada itu, pembangun turut menganalisis matlamat bagi topic

‘Statistics’. Bagi topic ‘Statistics’ memahami konsep dan membina carta pai serta

melakukan cerapan maklumat dalam menyelasaikan masalah matematik (Represent

and interpret data in pie chart to solve problem), memahami dan mengunakan

konsep mod bagi data terkumpul (Understand and use the concept of mode of

grouped data), memahami dan mengunakan konsep min dan purata bagi data

terkumpul (Understand and use the concept of mean of grouped data), memahami

dan mengunakan konsep median bagi data terkumpul (Understand and use the

concept of median of grouped data).

3.2.1.4 Aras Soalan

Sebagai tambahan, pembangun membuat analisis aras soalan berdasarkan

aras-aras domain kognitif daripada Taksonomi Bloom. Aras-aras soalan kognitif

adalah penting dalam memahami dan menentukan kemahiran berfikir seseorang

pelajar itu sendiri. Bloom (1956) mengemukakan enam aras soalan dalam domain

kognitif iaitu soalan aras pengetahuan, soalan aras kefahaman, soalan aras aplikasi,

soalan aras analisis, soalan aras sintesis dan soalan aras penilaian. Aras-aras soalan

domain kognitif ini diklasifikasikan sebagai aras rendah dan aras tinggi. Soalan aras

pengetahuan, kefahaman dan aplikasi diklasifikasikan sebagai aras rendah.

Manakala, soalan aras analisis, sintesis dan penilaian diklasifikasikan sebagai aras

tinggi. Rajah berikut menggambarkan aras-aras soalan mengikut ketinggian.

48

Rajah 3.2 Aras soalan dalam domain kognitif Bloom (1956)

Maka dalam membangunkan projek E-Pembelajaran ini, item-item soalan

kuiz akan dibina dengan mengaplikasikan aras soalan domain kognitif Bloom.

Penyoalan berstruktur adalah penting untuk menghasilkan serta melahirkan pelajar

yang mempunyai pemikiran minda yang tajam, kritis, kreatif dan reflektif.

3.2.1.5 Miskonsepsi Berkaitan Topik Statistics II Matematik Tingkatan Tiga

KBSM

Seterusnya, pembangun melakukan analisis terhadap miskonsepsi yang

berlaku dalam topik Staatistics II ini. Terdapat banyak miskonsepsi berkaitan dengan

topik Statistics II dalam matapelajaran Matematik Tingkatan Tiga. Oleh itu, item-

item soalan kuiz yang berbentuk aneka pilihan dibina berdasarkan miskonsepsi dan

juga kesilapan umum yang telah dianalisis tersebut. Melalui soalan kuiz berbentuk

aneka pilihan, pengganggu (distractor) memainkan peranan yang penting dalam

penyediaan jawapan. Jadual berikut menunjukkan dua item soalan yang telah dibina

serta maklumbalas untuk setiap jawapan.

49

Jadual 3.1 Jadual yang terdiri daripada item-item soalan, jawapan dan maklumbalas

bagi kuiz ( Statistics )

Item soalan beraneka

jenis Jawapan Maklumbalas Miskonsepsi

1.

Height

(cm)

No.of

Studen

t

140-148 10

149-157 12

158-166 8

167-175 6

176-184 14

Find the mean of

height.

A. 154

B. 162.3

C. 50

D. 8118

A.154

Oh! Incorrect. It’s OK. Let me

help you. check

The class interval for median is

158 – 166. class interval

frequency

= (158 + 166) - 8

2

= 162 – 8

= 154 ( so it wrong )

Students

misundersta

nding about

the concept

of mean and

median.

B. 162.3

Well done! It’s so easy ah,

recheck your method

Mean =Σ﴾ ௫ே﴿

f = frequency

x = midpoint

N = total frequency

(cm) f x fx

140 -

148

10 144 1440

149

157

12 153 1836

158

166

8 162 1296

167 6 171 1026

50

175

176

184

14 180 2520

N 50 8118

ΣN = 50

Σfx = 8118

Mean = 8118 /50

= 162.3

C. 50

Oh! You have done it wrongly.

Check out this:

50 is a total frequency of the

height (cm). (so it’s wrong)

Students

misundersta

nding about

mean and N

(total

frequency)

D. 8118

Oh! You have done it wrongly.

Check out this:

The value of the 8118 is the:

Mean =Σ﴾ ௫ே﴿

Σfx = 8118 (so it’s wrong)

Students

misundersta

nding of the

concept of

mean.

51

3.2.1.6 Perbandingan Ciri-Ciri yang Dimiliki dengan Web Portal Pendidikan

Sedia Ada

Pembangun juga membuat analisis terhadap ciri-ciri web portal yang

dibangunkan ini dengan web portal pendidikan sedia ada yang terdapat di internet.

Terdapat banyak kelebihan dari segi ciri-ciri web portal yang dibangunkan oleh

pembangun berbanding web portal pendidikan sedia ada. Hal ini membawa kepada

satu peningkatan dan sumbangan yang baik terhadap dunia pendidikan. Jadual

berikut menunjukkan perbandingan ciri-ciri web portal ini berbanding web portal

pendidikan iaitu Portal Pendidikan Utusan (http://www.tutor.com.my/tutor/) dan

Web Sekolah Berita Harian (http://websekolah.bharian.com.my/y1f1.html).

3.2.2 Reka bentuk ( design )

Sebelum bermulanya fasa kedua iaitu Reka Bentuk ini , pembangun haruslah

telah selesai melakukan proses analisis keperluan kepenggunaan, persekitaran

pembelajaran dan matlamat pembelajaran. Ianya sekali gus memberikan pandangan

keseluruhan mengenai rupa bentuk, struktur, pendekatan pengajaran, teori

pembelajaran, jenis media dan teknologi yang akan terlibat dalam fasa reka bentuk

ini.

3.2.2.1 Pembentukan Objektif

Selain daripada itu, perlulah untuk pembangun bagi mendapatkan objektif

pengajaran yang sesuai dan tepat serta boleh dicapai oleh pelajar apabila berjaya

52

menamatkan pembelajaran menerusi web portal yang dibangunkan ini. Objektif

pembelajaran dibina berdasarkan sukatan pelajaran yang ditetapkan oleh

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan diukur berasaskan tingkah laku

pelajar. Objektif pembelajaran merangkumi tajuk, topik yang akan disampaikan,

prestasi yang ingin dicapai dan keadaan pembelajaran. Jadual 3.2 menunjukkan

objektif-objektif dan hasil pembelajaran yang perlu dicapai pada akhir proses

pengajaran dan pembelajaran bagi topik Matematik StatisticsII Tingkatan Tiga.

Jadual 3.2 Jadual Objektif Pembelajaran dan Hasil Pembelajaran mengikut sukatan

matapelajaran Matematik Tingkatan Tiga bagi topik Statistics II

Objektif Pembelajaran Hasil Pembelajaran

4.1 memahami konsep dan melukis

carta pai serta melakukan cerapan

maklumat dalam menyelasaikan

masalah matematik.

i. Memperoleh maklumat dan

melakukan cerapan maklumat

daripada carta pai.

ii. Membina carta pai untuk

menunjukkan data.

iii. Menyyelesaikan masalah

melibatkan carta pai.

iv. Menentukan persembahan dan

perolehan data yang sesuai.

4.2 Memahami serta menggunakan

konsep mod, median dan min dalam

menyelesaikan masalah melibatkan

matematik.

i. Menetukan mod bagi:

a) suatu siri data.

b) Data yang diberi di dalam jadual

kekerapan.

ii. Menentukan mod dan kekerapan

tertentu daripada piktograf, carta

53

palang, graf garis dan carta pai.

iii. Menentukan median bagi sutau

siri data.

iv. Menentukan median bagi data di

dalam jadual kekerapan.

v. Mengira min bagi:

a) suatu siri data

b) data di dalam jadual kekerapan

vi. Menyelesaikan masalah

melibatkan mod, median dan min.

3.2.2.2 Pembinaan Item Teori

Bagi melengkapkan web portal sebagai sebuah web pembelajaran, teori amat

diperlukan. Teori Konstruktivisme Sosial digunakan oleh pembangun dalam

pembangunan web portal ini. Pemilihan Teori Konstruktivisme Sosial adalah

disebabkan pembelajaran yang berlaku adalah bersifat sosial dan ianya berlaku

secara semula jadi, aktif (kolaboratif) serta menekankan pemikiran persekitaran

penemuan berdasarkan pengalaman pelajar. Pelajar akan belajar secara sosial antara

rakan-rakan di mana guru bertindak sebagai fasilitator yang akan membimbing

pelajar. Ini dapat memperkembangkan pengetahuan pelajar kerana mereka saling

bertukar pendapat dan idea sesama sendiri. Selain itu, penerapan tentang pemikiran

statistik di kalangan pelajar juga turut ditekankan di mana pelajar perlu berfikir

secara kreatif, kritis melalui statistik untuk menjawab soalan-soalan yang diberikan.

54

3.2.2.3 Pemilihan Strategi

Strategi pembangunan laman web E-Pembelajaran yang menggunakan

perisian MOODLE berdasarkan Learning Management System (LMS) digunakan

untuk pembelajaran Matematik Tingkatan Tiga dalam tajuk ‘Statistics II’.

3.2.3 Pembangunan (development)

Setelah melalui fasa analisis dan fasa reka bentuk, web portal E-Pembelajaran

dibangunkan mengikut perancangan. Web portal E-Pembelajaran dibangunkan

dengan menggunakan Learning Manageent System (LMS) daripada aplikasi

MOODLE. Satu kursus (course) bagi topik Matematik Statistics II diwujudkan oleh

pentadbir. Berikut merupakan fungsi-fungsi yang akan digunakan dalam Moodle

untuk membangunkan web portal ini:

i. Nota Pengajaran Guru (Teacher’s Note)

ii. Bahan Pembelajaran Pelajar (Student’s Lesson)

iii. Kuiz (Quiz)

iv. Tugasan (Assignment)

v. Forum

vi. Perbualan (Chat)

vii. Glosari (Glossary)

55

3.2.3.1 Nota Pengajaran Guru (Teacher’s Note)

Nota pengajaran guru (Teacher’s Note) adalah nota yang disediakan oleh

pembangun untuk membantu guru dalam proses pengajaran dan ia juga boleh

digunakan oleh pelajar sebagai bahan tambahan pembelajaran selain daripada bahan

pelajaran pelajar.

3.2.3.2 Nota Pembelajaran Pelajar (Student’s Note)

Sumber atau bahan rujukan yang disediakan oleh pembangun untuk kegunaan

pelajar sebagai langkah untuk memberi kefahaman dalam menentukan konsep

sesebuah topik di dalam pembelajaran pelajar. Penekanan terhadap pemahaman

konsep dilakukan berdasarkan persembahan nota yang diselang – selikan dengan

aktiviti soalan.

3.2.3.3 Kuiz (Quiz)

Pembinaan item kuiz dibina berdasarkan sukatan mata pelajaran yang sesuai

mengikut tahap kefahaman pelajar dengan penekanan terhadap tahap daya pemikiran

pelajar bagi membolehkan pelajar dapat memahami konsep sesuatu topik itu dengan

mudah dan menyeronokkan tanpa menyebabkan tekanan. Bagi setiap item di dalam

kuiz disediakan berdasarkan analisis miskonsepsi yang telah dilakukan pembangun

di fasa analisis. Kuiz disediakan untuk menguji kefahaman pelajar terhadap setiap

objektif pembelajaran. Keputusan daripada kuiz ini juga dapat dipantau dan

dianalisis oleh guru itu sendiri sebagai rujukan dan juga refleksi kendiri.

56

3.2.3.4 Tugasan (Assignment)

Untuk slot Assignment pembangun menggunakan ‘add an activity’. Pelajar

perlu menghantar Assignment pada tempoh masa yang ditetapkan.

3.2.3.5 Forum

Slot Forum boleh berlangsung samada yang hanya boleh dianggotai oleh

guru-guru sahaja (teacher-only), ahli-ahli kursus sahaja (course news), atau terbuka

untuk semua (open-to-all). Berikut adalah langkah-langkah pembinaan Forum.

3.2.3.6 Chat

Slot Chat pula membenarkan interaksi sesama pengguna dan guru. Pelajar

akan dimaklumkan terlebih dahulu waktu chat berlangsung. Melalui slot ini, pelajar

dapat berhubung dengan guru tidak kira di mana jua berada.

3.2.3.7 Jurnal

Slot Jurnal pula adalah peribadi antara pelajar dan guru, bertujuan untuk

membantu pelajar yang bermasalah tentang pelajaran. Berikut adalah langkah-

57

langkah pembinaan Journal. Melalui ruang ini, pelajar dapat berinteraksi dengan

guru secara tidak berhadapan sekiranya malu untuk bertanya.

3.2.4 Implementasi (Implementation)

Setelah laman web siap dibina, fail-fail akan di upload ke internet. Sasaran

utama dalam Model ADDIE ini ialah penglibatan daripada pelajar. Media pengajaran

yang baik membolehkan penyertaan dan respons pelajar berinteraksi serta mendapat

maklum balas. Ia boleh berlaku sama ada secara individu atau secara berkumpulan.

Ia juga harus bersesuaian dengan aktiviti serta teknik pengajaran yang dilaksanakan.

Di dalam MOODLE ini, pelajar diberi kebebasan untuk mempelajari apa

yang ingin dipelajarinya. Mereka juga diberi kemudahan berkomunikasi dengan

rakan sebaya serta guru di ruangan Chat dan Forum yang disediakan. Dengan adanya

perkhidmatan yang disediakan, segala permasalahan pelajar dapat dikongsi dan

diatasi bersama-sama.

Mana-mana individu boleh turut terlibat dalam menggunakan modul ini

kerana ia adalah percuma dan mudah dilayari.

3.2.5 Penilaian (evaluation)

Penilaian terhadap E-Pembelajaran perlu bagi sesebuah pembangunan laman

web, dan bagi kajian ini, pnilaian telah dilakukan oleh Mohd Fadzilah Mat Radzi

(2009) di sekolah yang terletak di daerah Johor Bahru yang disertai oleh 65 orang

pelajar. Mohd Fadzilah telah membangunkan E-Pembelajaran yang ciri-cirinya juga

58

adalah sama dengan pembangunan E-Pembelajaran ini. Kajian beliau menunjukkan

pelajar menunjukkan bahawa bahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh E-

Pembelajaran dari tujuh aspek adalah agak memuaskan antaranya aspek isi

kandungan, antara muka pengguna, komuniti pembelajaran, pembelajaran kendiri,

penilaian dan maklum balas, pedagogi, dan juga aspek navigasi.

Tambahan lagi, satu kajian atau penilaian mengenai pembelajaran melalui E-

Pembelajaran telah dilakukan oleh Zaidatun et al. (2005). Kajian dilakukan terhadap

pelajar Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Data kualitatif dikumpul

dan analisis data menunjukkan persepsi pelajar terhadap pembelajaran melalui E-

Pembelajaran adalah positif dari sudut Releven (min = 4.19), Pemikiran Reflektif

(min = 3.69), Interaktif (min = 3.26), Sokongan Tutor (min = 3.87), Sokongan Rakan

(min = 3.24) dan Tafsiran (min = 3.59).

3.3 Penutup

Pembangunan E-Pembelajaran berbentuk web portal dapat dibangunkan

dengan menarik dan berkesan berikutan model yang dijadikan panduan iaitu Model

ADDIE menekankan fasa analisis, rekabentuk, pembangunan, pelaksanaan dan

penilaian. Pemilihan model yang bersesuaian dapat menghasilkan satu pembangunan

yang menarik serta mencapai objektif yang dikehendaki. Selain mengikuti proses

model yang dipilih, pembangun juga perlu peka dan arif tentang keadaan semasa dan

persekitaran pada kurikulum semasa agar web portal yang dibangunkan menepati

kandungan kurikulum dan memenuhi kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia

(KPM).

59

BAB 4

HASIL PEMBANGUNAN

4.1 Pengenalan

Web portal bagi tajuk satisitics II Tingkatan Tiga KBSM di bawah

pembangunan sistem sokongan kendiri atas talian yang telah siap dibangunkan ini

merangkumi aktiviti pembelajaran yang interaktif berasaskan MOODLE. Bahan-

bahan yang dibangunkan meliputi pempelajaran untuk pelajar yang mengandungi

seperti nota pembelajaran dan latihan (Learn and Practice); kuiz (Test Yourself);

nota guru (Lecture Note) yang berteraskan slide pengajaran yang boleh dimuat turun

ke komputer pengguna; forum pemikiran statistik (Which one show the average?);

Tugasan (Do it Offline); Forum, Chat dan Journal yang menyokong penerapan

pedagogi konstruktivisme sosial; Glossary; video panduan menggunakan

spreadsheet, muzik bagi tujuan memudahkan pemikiran mengenai statistik bagi topik

mean, median dan mode dan permainan. Penyusunan bahan E-Pembelajaran

mengikut topik menjadikan web ini bersistematik, berstruktur dan memudahkan

pengguna mengunakan web ini.

60

4.2 Sistem Sokongan Kendiri Atas Talian (Online Self Study Support System)

Web portal E-Pembelajaran yang bertajuk ‘Statistic II’ merupakan satu laman

web yang menyediakan pembelajaran kendiri menggunakan pemikiran statistik untuk

pelajar. Ianya dibangunkan dengan menggunakan pelantar MOODLE yang dapat

berfungsi dalam pelbagai pelayar web seperti Internet Explorer, Mozilla Firefox,

Nestcape Explorer, Google Chrome, Safari, Opera dan sebagainya.

4.2.1 Skrin akses Daftar Masuk ‘Login’

Bagi mengakses masuk laman web Statistic II, pengguna boleh melayari URL

http://mathed.utm.my/math/. Pengguna perlu mendaftar (login) terlebih dahulu

dengan mengunakan ‘username’ dan ‘password’ masing-masing supaya dapat

memasuki laman web MathEd seperti Rajah 4.1. Jika pengguna belum membuat

akaun sendiri, pengguna digalakkan membuat akaun dengan memilih ‘Create New

Account.’ Pengguna juga boleh memasuki web ini dengan menekan ‘login as guest’

tetapi penerokaan pengguna menjadi terhad. Untuk membuat akaun baru, butiran

diri seperti Rajah 4.2 perlu dilengkapkan. Email pengesahan akan dihantar ke email

pengguna. Selepas ‘login’ pengguna perlu memilih ‘Statistic’ seperti tertera pada

Rajah 4.3.

61

Rajah 4.1: Skrin Daftar Masuk(Login)

Rajah 4.2: Skrin Create new account

Rajah 4.3 : Skrin pilihan topik

62

4.2.2 Penstrukturan dalam penyampaian bahan E-Pembelajaran

Bahan-bahan yang terdapat di dalam isi kandungan bagi web portal E-

Pembelajaran ini adalah mengikut garis panduan silibus sukatan ’Statistics II’

Tingkatan Tiga KBSM berasaskan MOODLE. Penyusunan isi kandungan turut

melibatkan penambahan bagi ruangan pemikiran statistik untuk menggalakkan lagi

pelajar berdaya fikir kreatif, kritis dan interaktif di mana terdapat aktiviti-aktiviti

yang disediakan merangkumi aspuk-aspek yang ditekankan. Di dalam sukatan

sebenar terdapat dua bahagian, namun dipecahkan menjadi empat bahagian

berasingan yang mempunyai Pengajaran(Lesson) dan juga Nota guru (Teacher’s

note). Selain itu, terdapat juga elemen-elemen multimedia bagi menarik lebih

perhatian pelajar untuk melayari web portal E-Pembelajaran ini antaranya

mengandungi video, ruangan sembang (chat), permainan, kuiz, forum, glosari serta

maklumbalas untuk penambahbaikan pada masa hadapan.

4.3 Hasil Projek bahan E-Pembelajaran bertajuk ‘Statistics II’

Struktur penyusunan bahan E-Pembelajaran bertajuk ’Statistic II’ mengikut

subtopik berdasarkan sukatan Matematik KBSM dan setiap subtopik dilengkapi

dengan aktiviti interaktif disediakan seperti nota pelajar menggunakan Lesson (Learn

& Practice), kuiz (Test Yourself), nota guru (Lecture Note) yang menggunakan

sumber Resource dan berformat power point, Crossword Puzzle yang menggunakan

perisian Hot Potatoes, Assignment, forum, Chat dan Journal. Sila rujuk Rajah 4.4.

63

Rajah 4.4 : Skrin Main Menu topik ‘Statistics II’

4.3.1 Nota Pembelajaran dan Latihan (Learn & Practice)

Modul pembelajaran dan latihan (Learn & Practice) ini merupakan modul

yang merupakan aktiviti yang berbentuk interaktif dalam web ‘StatisticsII’ ini. Nota

pelajar yang menggunakn format ‘Lesson’ yang telah disediakan oleh MOODLE.

Butang navigasi seperti ‘Next’, ‘Previous’ dan ’End’ disediakan bagi

memudahkan penerokaan pelajar seperti dalam Rajah 4.5. Sepanjang pembelajaran,

64

latihan akan diselitkan bagi menguji pemahaman pelajar tentang pembelajaran yang

sebelumnya. Rajah 4.6 menunjukkan paparan latihan serta maklumbalas. Pelajar

mesti menjawab dengan betul untuk meneruskan pembelajaran mereka. Di sini

pelajar boleh menilai tahap kefahaman, kemampuan dan memperbaiki kelemahan

mereka dalam subtopik yang dibincangkan.

Rajah 4.5 : Skrin yang menunjukkan penggunaan butang navigasi

Rajah 4.6 : Skrin latihan dan maklumbalas dalam nota pembelajaran dan latihan

4.3.2 Kuiz (Test Yourself)

65

Lima hingga sepuluh soalan ringkas beraneka pilihan atau jawapan pendek

disediakan bagi setiap subtopik dalam topik ‘Statistics II’ ini. Soalan yang di berikan

akan melibatkan pemahaman konsep, kemahiran dan penyelesaian masalah. Urutan

jawapan juga berubah secara rawak bagi setiap kali percubaan untuk mengelakkan

peniruan, penghafalan jawapan dan menguji tahap kefahaman pelajar. Setelah selesai

menjawab soalan, pelajar perlu menekan ‘submit’ untuk mendapatkan maklum balas.

Setiap jawapan yang betul dan salah akan terpapar seperti yang ditunjukkan dalam

Rajah 4.7 dan Rajah 4.8.

Rajah 4.7 :Skrin maklumbalas bagi jawapan yang salah bagi topik ‘Statistics II’

Rajah 4.8 :Skrin maklumbalas bagi jawapan yang betul bagi topik ‘Statistics II’

Bagi jawapan yang salah, pelajar akan diberi peluang untuk menjawab kali

kedua. Pembayang akan diberikan agar mereka akan menjawab dengan betul. Pelajar

66

diberi kata penggalak dan berunsur motivasi bagi setiap jawapan yang betul atau

salah. Sistem pengkalan data dalam kuiz ini dapat memberikan gambaran prestasi

pelajar. Masa, hari, tarikh, markah dan gred akan dipaparkan mengikut setiap

percubaan yang dilakukan seperti Rajah 4.9.

Rajah 4.9 : Skrin paparan markah

4.3.3 Nota Guru (Lecture Note)

Nota Guru (Lecture Note) dalam modul ’Statistics II’ ini merupakan sumber

yang boleh dimuat turun dan boleh di edit sekiranya menggunakan Open Office.

Walaubagaimanapun, nota guru yang disimpan dalam bentuk slide presentation ini

hanya boleh dimainkan oleh Microsoft Power Point tetapi tidak boleh diedit.

Fungsinya utamanya adalah memberi kemudahan kepada guru-guru untuk

menjadikan bahan bantu mengajar dalam kelas. Sumbernya disediakan berpandukan

objektif pembelajaran dalam sukatan Matematik KBSM namun di terapkan unsur

pemikiran statistik. Ini juga akan memudahkan pelajar memuat turun nota ini untuk

pembelajaran mereka tanpa bergantung sepenuhnya terhadap talian internet

sepanjang masa untuk mengulang kaji. Sekiranya pengguna klik pada sebarang Nota

Guru (Lecture Note) , tetingkap Oppening Subtopic akan keluar dan pengguna boleh

memilih untuk simpan fail atau membuka terus bahan pembelajaran menggunakan

Microsoft Office Power Point seperti seperti Rajah 4.10.

67

Rajah 4.10 : Skrin pilihan untuk menyimpan nota

Untuk terus membuka bahan, pilih ’Open with’ dan memilih aplikasi yang

sesuai untuk membuka bahan yang disediakan. Klik ’OK’ dan fail akan di muat turun

dan terus dimainkan secara automatik di skrin komputer pengguna seperti Rajah

4.11.

Rajah 4.11: Slaid yang terus dimainkan dalam mode skrin penuh

68

Paparan nota guru yang disediakan ini juga ringkas, padat, dan menarik.

Walaupun menggunakan isi kandungan mengikut KBSM, contoh-contoh yang

menunjukkan data yang diperolah dapat di tukarkan dalam pelbagai bentuk rajah.

Situasi melibatkan kehidupan seharian mereka akan memudahkan mereka untuk

memahami isi kandungan pelajaran. Pada setiap nota guru yang disediakan, hasil

pembelajaran (Learning Outcome) yang mesti dicapai dipamerkan terlebih dahulu

bagi memudahkan mereka menekankan pembelajaran mereka seperti rajah 4.12.

Rajah 4.12 : Skrin learning outcome bagi subtopik ’Pie Charts’

4.3.4 Tugasan Offline (Do it Offline)

Tugasan yang disediakan adalah untuk menggalakkan pelajar menggunakan

software seperti Open Office Spreadsheet, Microsoft Excel atau mana-mana software

yang membolehkan mereka membina carta palang atau graf garis. Tugasan offline ini

berada di bawah modul pemikiran statistik. Berdasarkan Rajah 4.13, arahan yang

jelas disediakan kepada pelajar untuk menyiapkan tugasan dan mereka perlu memuat

69

naik fail tersebut untuk semakan oleh guru. Selain itu, tugasan ini menerapkan unsur-

unsur pemikiran statistik kerana ianya melibatkan penerangan data dan mereka perlu

mempelbagaikan bentuk penyampaian dengan satu set data yang diberikan.

Rajah 4.13 : Skrin tugasan bagi topik ‘Statistics II’

4.3.5 Forum (Which one is the average?)

Aktiviti forum dibawah modul pemikiran statistik ini mengutarakan satu

permasalahan. Pelajar perlu mengadakan diskusi tentang masalah yang di utarakan.

Aktiviti ini akan melibatkan kolaborasi pelajar dalam pembelajaran. Pelajar akan

dapat menyatakan pandangan masing-masing untuk menyelesaikan masalah yang di

utarakan. Arahan diberikan untuk mengikuti diskusi ini seperti yang dilihat dalam

Rajah 4.14. Pelajar dikehendaki menekan ’Reply’ pada tugasan yang diberikan

seperti yang dapat dilihat dalam Rajah 4.15. Ini membolehkan pelajar membaca

pandangan pelajar-pelajar lain dan mengutarakan pendapat mereka pula.

70

Rajah 4.14 : Skrin forum yang memberi arahan untuk aktiviti Statistical Thinking

Rajah 4.15 : Skrin yang menunjukkan pelajar perlu untuk menekan ‘Reply’ untuk

memberikan pandangan.

4.3.6 Forum

71

Terdapat juga forum yang membincangkan permasaalahan mereka sepanjang

mempelajari topik statistik ini. Mana-mana bahagian yang tidak jelas diutarakan dan

guru dan pelajar akan cuba menyelesaikan masalah bersama-sama seperti Rajah 4.16

Rajah 4.16: Skrin ‘Discussion’ forum untuk membincangkan masalah pelajar

4.3.7 Perbualan (Chat)

Aktiviti ‘Chat’ seperti Rajah 4.17 ini membolehkan pelajar dan guru saling

berinteraksi pada masa yang sama dan pelbagai kemusykilan dan soalan boleh

diajukan dan dibincangkan. Untuk memudahkan lagi pelajar, waktu yang spesifik

dimaklumkan agar pelajar dapat mengekses pada waktu yang sama dengan guru

mereka bagi menanyakan persoalan-persoalan yang timbul sewaktu proses

pembelajaran kendiri.

72

Rajah 4.17 : Skrin aktiviti Chat

4.3.8 Jurnal (Journal)

Pelajar boleh menulis refleksi tentang pembelajaran mereka dalam jurnal

yang disediakan dan pada sebarang masa juga berkenaan topik statistik yang

dipelajari. Sila rujuk pada Rajah 4.18.

Rajah 4.18 : Skrin journal bagi topik ‘Statistics II’

73

4.4 Pengujian

Web portal ini juga telah menjalani fasa pengujian yang dikalangan guru

pelatih dan juga pembangun web iaitu seramai 6 orang. 35 item soalan diberikan

kepada mereka mengikut beberapa aspek pembangunan. Soalan merangkumi aspek

isi kandungan; motivasi; mesra pengguna penampilan, dan multimedia; strategi

pembelajaran; dan kemahiran berfikir. Skala yang digunakan (1) sangat tidak setuju,

(2) tidak setuju, (3) tidak pasti, (4) setuju, (5) sangat setuju.

Bagi aspek isi kandungan lapan soalan diutarakan yang menanyakan tentang

susunan, bahasa, tatabahasa, gaya bahasa, contoh-contoh yang disediakan, informasi

yang diberikan, kepadatan, dan kecukupan isi kandungan pembelajaran yang

disediakan. Mod bagi aspek isi kandungan adalah setuju (4) dengan bahasa yang

digunakan sesuai, isi kandungan yang sesuai, contoh menepati tajuk yang diutarakan,

dan ruangan dalam modul ini bersesuaian dan tidak terlalu padat.

Melihat kepada aspek motivasi pula, empat item telah diutarakan dan mod

bagi aspek ini adalah 4 dimana rata-rata responden bersetuju dengan penyataan

bahawa modul ini dapat memotivasikan pelajar, menjadikan pembelajaran mencabar,

meningkatkan daya ingin tahu, dan menarik perhatian.

Manakala sebanyak sepuluh item diutarakan bagi menilai penampilan dan

penggunaan multimedia dalam pembagunan ini. Mod bagi aspek ini juga mendapati

responden bersetuju (4) dengan paparan antara muka bersesuaian, persembahan

menarik, saiz tulisan bersesuaian, penggunaan animasi yang mencukupi, muzik yang

sesuai, bahan yang disediakan menarik dan interaktif, serta modul yang dibangunkan

mesra pengguna.

Untuk item berkenaan aspek di dalam strategi pembelajaran pula , 6 item

diutarakan dan mendapati responden juga bersetuju (4) dengan pernyataan modul ini

dapat meningkatkan aktiviti secara kumpulan, menyedia soalan yang menguji

kefahaman, memberikan maklum balas yang bersesuaian kepada setiap soalan, dan

masa yang diperuntukan untuk menjawab soalan mencukupi.

74

Tujuh pernyataan diberikan dari aspek kemahiran berfikir. Mod responden

juga 4 (setuju) dengan pernyataan modul ini membantu dalam meningkatkan

kefahaman mengenai topik, menerapkan strategi pemikiran yang berkesan, soalan

yang dikemukakan mengikut aras pemikiran, dan meningkatkan kreativiti berfikir.

Hasil daripada analisis terhadap responden, hampir kesemua responden

menyatakan persetujuan bahawa web portal E-Pembelajaran ini mampu untuk

dilaksanakan samada di sekolah sebagai bahan bantu mengajar untuk guru-guru

mahu pun sebagai alat pembelajaran kendiri pelajar tidak kira samada di rumah atau

pun di mana-mana.

4.5 Penutup

Bagi web portal E-Pembelajaran, penstrukturan dan penyusunan maklumat

yang telah disediakan dilihat mampu untuk menerapkan daya kreatif dan kritis

pelajar terhadap pembelajaran statistik. Laman ini juga sesuai bagi guru untuk

dijadikan sebagai alatan tambahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh

itu, pembangunan E-Pembelajaran ini berdaya untuk melahirkan individu yang

berfikiran kelas satu serta menjadikan aktiviti harian lebih bermakna.

75

BAB 5

PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 Pengenalan

Pengajaran dan pembelajaran berteraskan komputer dan internet merupakan

satu alternatif pilihan yang baik kepada pelajar untuk belajar mengikut keupayaan

diri sendiri serta penerokaan dalam ilmu pengetahuan. Pembangunan web portal ini

adalah lebih menumpukan kepada pembelajaran berpusatkan pelajar. Pelajar diberi

peluang untuk memilih subtopik yang ingin dipelajarinya dan merancang

pembelajaran mengikut kemampuan dirinya. Seharusnya web portal ini dapat

dijadikan bahan bantu mengajar (BBM) sebagai bahan rujukan samada bagi guru

ataupun pelajar itu sendiri.

Projek ini telah berjaya menghasilkan bahan E-Pembelajaran pada akhirnya

bertajuk ‘Statistics II’ berasaskan MOODLE yang merangkumi nota guru (Lecture

Note) menggunakan sumber (Resource), nota pembelajaran dan latihan (Lesson &

Practise) menggunakan ‘Lesson’, kuiz (Test Yourself), ruangan ‘Statistical Thinking’

yang memfokuskan pemikiran statistik dalam pembelajaran, perbincangan (Chat)

dan ‘Journal’. Nota guru yang disediakan dalam format power point yang

membolehkan pengguna memuat turun. Nota pembelajaran menyediakan paparan

nota ringkas, padat, menarik, serta dengan pelbagai soalan yang memandu pelajar

supaya berfikir. Contoh-contoh yang disediakan juga berpandukan masalah seharian

76

pelajar agar dapat menyediakan pembelajaran bermakna. Web pembelajaran ini juga

menggalakkan penglibatan aktif pelajar dan menyediakan persekitaran

konstruktivisme sosial semasa menggunakannya. Paparan nota yang kebanyakannya

menggunakan ayat pasif menjadikan penyampaian menjadi lebih mudah difahamai

dan menjadikan pelajar seolah-olah berinteraksi dengan guru mereka. Aktiviti

interaktif yang disediakan berasaskan MOODLE adalah seperti kuiz (Test Yourself),

Hot Potatoes Quiz, tugasan (Do it offline), Forum, Glosary, Perbincangan (Chat) dan

Journal. Bagi setiap soalan yang disediakan dalam kuiz, maklumbalas yang dapat

memberi motivasi kepada pelajar diberi bagi jawapan betul atau salah. Di samping

cara penyelesaian dan pembayang diberikan bagi mendapatkan jawapan yang betul.

Sistem pemarkahan dalam kuiz ini bergantung kepada jawapan pelajar. Sistem

pengkalan data di dalam MOODLE ini membenarkan guru dan pelajar dapat

mengikuti prestasi pelajar berdasarkan markah, tempoh masa, kekerapan yang boleh

diperolehi. Aktiviti ‘Chat’ pula membolehkan pelajar menghubungi kawan-kawan

dan guru mereka yang online pada waktu yang sama.

Ruangan ’Statistical Thingking’ pula adalah satu elemen yang menyokong

piawaian National Council of Teacher of Mathematics (NCTM). Aktiviti yang

disediakan adalah berbentuk forum dan tugasan offline. Tugasan yang diutarakan

melibatkan penganalisisan data dari pelbagai aspek pemikiran. Satu data boleh

dimanipulasi kepada perlagai situasi. Dengan adanya ruang ini juga, pelajar

digalakkan untuk menghubungkan statistik secara verbal dan tidak melibatkan

pengiraan semata-mata.

Pembangunan E-Pembelajaran bertajuk ’Statistics II’ ini dibangunkan

menggunakan sistem pengurusan kursus MOODLE (Modular Object Oriented

Dynamic Learning Environment) yang lebih menfokuskan kepada teknologi,

pedagogi sosial konstruktivisme, reka bentuk yang menyokong pakej perisian

sumber terbuka. Sumber terbuka dapat digunakan dengan percuma dan tidak

memerlukan lesen. Pembangunan bahan E-Pembelajaran bukanlah suatu proses yang

mudah. Pembangunan bahannya mengambil masa yang lama dan memerlukan tenaga

yang banyak. Pembangun telah memilih model ADDIE untuk memudahkan prosedur

pembangunan. Model ini mengandungi lima fasa iaitu Analysis (Analisis), Design

77

(Reka Bentuk), Development (Pembangunan), Implementation (Pelaksanaan) dan

Evaluation (Penilaian).

Kekuatan web pembelajaran statistik yang dibangunkan ini adalah bahannya

dibangunkan berdasarkan sumber dan aktiviti yang menyokong konstruktivisme

sosial. Ianya berlandaskan sukatan Matematik KBSM. Namun, kandungannya telah

dimasukkan unsur-unsur pemikiran statistik yang menggalakkan pelajar

membanding, menganailsis, menghurai dan mempelbagaikan persembahan data yang

diperolehi. Aplikasi penggunaan web pembelajaran ini merupakan alternatif kepada

guru dan pelajar terhadap peningkatan kendiri dalam menimba pengalaman baru dan

menggalakkan pembelajaran aktif dan bermakna.

5.2 Perbincangan

Pada ruang perbincangan ini, pembangun akan membincangkan tentang

kelebihan dan kelemahan yang terdapat dalam web portal yang dibangunkan. Di

samping itu, pembangun juga mengutarakan beberapa cadangan untuk diaplikasikan

pada masa akan datang. Akhir sekali, satu kesimpulan juga diselitkan untuk

memberikan gambaran keseluruhan tentang web portal ini.

5.2.1 Kelebihan Web Portal

Antara kelebihan yang terdapat dalam web portal ini adalah seperti ruangan

forum dan chat di mana para pengguna boleh bertukar pandangan dan pendapat

sesama pengguna dan juga dapat menyelesaikan sebarang masalah dan isu-isu

semasa yang berkaitan dengan biologi di dalam web portal ini. Selain itu, terdapat

78

juga ruangan yang menyediakan nota yang boleh dimuat turun oleh para guru dan

pelajar. Nota-nota tersebut telah dipermudahkan dan diringkaskan agar para pelajar

dapat memahami dengan lebih mudah dan cepat.

Web portal ini juga diperlengkapkan dengan soalan-soalan yang terkini dan

disesuaikan dengan kesilapan-kesilapan dalam miskonsepsi yang sering dilakukan

oleh pelajar agar kesilapan yang sama tidak berlaku berulang kali. Animasi yang

memadai iaitu tidak keterlaluan dimasukkan dengan tujuan menarik perhatian pelajar

terhadap isi kandungan pelajaran. Selain itu, grafik-grafik yang menarik dimasukkan

dalam web portal ini. Seperti mana yang telah dibincangkan sebelum ini, web portal

ini bersifat interaktif supaya pelajar dapat merasa seolah-olah komputer sedang

berhubung dengannya. Ciri ini digunakan dalam aktiviti kuiz terutamanya di mana

maklum balas yang memberi galakan kepada pelajar disediakan untuk jawapan yang

betul dan juga salah.

Tambahan lagi, penilaian yang dilakukan terhadap web portal ini

menunjukkan bahawa bahan dan perkhidmatan yang disediakan adalah memuaskan.

Antaranya aspek isi kandungan, antara muka pengguna, komuniti pembelajaran,

pembelajaran kendiri, penilaian dan maklum balas, pedagogi, dan juga aspek

navigasi. Pelajar-pelajar kebanyakan mendapati web portal ini adalah menarik kerana

dilengkapi dengan elemen multimedia yang pelbagai dan menarik seperti grafik,

animasi dan video.

5.2.2 Kelemahan Web Portal

Dalam penggunaan web portal E-Pembelajaran ini, turut terdapat beberapa

kelemahan yang mengganggu kelancaran sistem web portal ini. Antara faktor utama

adalah, pembangunan E-Pembelajaran ini menggunakan pelantar (server) Universiti

Teknologi Malaysia (UTM) di mana bagi capaian di dalam kawasan UTM adalah

sangat baik dari segi memuat turun isi kandungan kerana lokasinya berhampiran dan

79

juga berkemungkinan menggunakan capaian yang telah disediakan oleh pihak

universiti sendiri, namun, ianya agak mendukacitakan bagi capaian jarak jauh iaitu di

luar kawasan UTM kerana prosesnya adalah lambat. Amat susah apabila hendak

dikaitkan pelajar sekolah dengan penggunaan modul E-Pembelajaran ini disebabkan

oleh faktor ini.

Selain kelemahan di atas, terdapat juga beberapa faktor teknikal yang

menyebabkan web portal ini tidak dapat dicapai seperti terdapat beberapa pelayar

(browser) yang tidak menyokong sebahagian aplikasi di dalam MOODLE. Selain itu,

terdapat jugamasalah teknikal lain yang juga turut mengganggu proses pembelajaran

ini, contohnya sekira terdapat banyak dan pelbagai penggunaan sambungan

(extension), maka plug-in sedia ada tidak dapat menyokong aplikasi tersebut,

kekangan ini mengurangkan lagi masa pembelajaran kerana hendak memuat turun

pemasangan plug-in yang bersesuaian.

5.3 Masalah-Masalah Yang Dihadapi Semasa Pembangunan Projek

Semasa pelaksanaan perancangan modul ini, terdapat beberapa kekangan atau

halangan yang terpaksa dilalui bagi menjayakan projek. Masalah-masalah tersebut

adalah seperti berikut:

5.3.1 Kepakaran Yang Terhad

Kualiti persembahan yang baik memerlukan kepakaran dan kemahiran yang

tinggi dalam penghasilan bahan pembelajaran berasaskan Moodle. Bagi

mendapatkan hasil yang bermutu dan berkualiti ia memerlukan lebih daripada satu

80

tenaga pakar agar pembahagian tugas dapat dilaksanakan dengan berkesan dan

berjaya. Namun pembangun tidak mempunyai kepakaran yang sepenuhnya untuk

mengaplikasikan web portal tersebut dengan berkesan. Walaupun demikian, bantuan

daripada rakan-rakan seperjuangan dan penyelia dapat meringankan beban agar

projek tersebut dapat berjalan dengan lancar.

5.3.2 Capaian Internet

Capaian internet juga memainkan peranan penting dalam penyediaan dan

penggunaan web portal ini. Kesibukan laluan di internet kadang kala membuatkan

segala urusan tergendala seketika. Walaupun demikian berbagai-bagai langkah telah

dilakukan bagi mengatasi masalah tersebut.

5.3.3 Bahan-Bahan Pengajaran dan Pembelajaran

Kekurangan bahan juga merupakan salah satu faktor yang amat penting

dalam penghasilan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran web portal.

Pembangunan Student’s Lesson berteraskan Teori Sosial Konstruktivisme adalah

agak sukar kerana ia memerlukan masa yang panjang, daya pemikiran yang tinggi

dan kreatif. Selain itu, rujukan dan maklumat mengenai pemikiran statistik bagi

Matematik Tingkatan tiga KBSM adalah sukar ditemui . Di samping itu, tempoh

masa adalah terhad untuk pembangun membangunkan satu kursus atau topik yang

terdiri daripada empat subtopik pelajaran di mana setiap subtopik mengandungi nota

slaid PowerPoint, nota berbentuk HTML, soalan-soalan kuiz berdasarkan

miskonsepsi dan mengaplikasikan Pengajaran dan Pembelajaran berasaskan Teori

81

Sosial Konstruktivisme serta pemikiran statistik yang memerlukan daya fikir yang

kreatif dalam menyelesaikan masalah.

5.4 Cadangan

Setelah melihat kepada kelebihan dan kelemahan web portal ini, pembangun

mencadangkan beberapa perkara bagi menerbitkan bahan E-Pembelajaran berasaskan

MOODLE yang lebih berkesan dan menarik pada masa akan datang antaranya

pembangun mestilah melengkapkan diri dengan kepakaran dalam bidang

pembangunan web dan juga penyaluran maklumat kerana ianya berkenaan dengan

proses penyampaian maklumat terhadap individu. Penambahbaikan dari segi

interaktiviti perlulah ada untuk menarik minat pelajar lebih terhadap web portal

sebegini.

MOODLE adalah merupakan sumber terbuka yang percuma dan mempunyai

aplikasi yang hebat dalam dunia E-Pembelajaran. Pembangun mendapati

penggunaannya sungguh menarik. Oleh itu, pembangun menyarankan agar

penggunaanya didedahkan pada para pendidik di seluruh negara. Jika inginkan web

portal yang lebih menarik dan lengkap, cadangan pembangun ialah projek sebegini

mestilah dilakukan secara berkumpulan kerana setiap individu mempunyai

kepakaran yang berbeza dalam pelbagai bidang. Contohnya, jika seseorang itu pakar

dalam video tidak semestinya ia pakar dalam rekabentuk pembangunan atau animasi.

Maka, setiap individu berperanan dalam menentukan kewajaran sesuatu maklumat

itu berjaya untuk disampaikan atau tidak.

Pembangun juga mencadangkan agar web pembelajaran ’Statistics II’ ‘ini

dinilai oleh pakar-pakar matematik di Malaysia supaya ianya boleh dipautkan ke

laman-laman web yang berunsur pendidikan untuk kegunaan para guru dan pelajar.

Setelah dinilai dan dikaji sistem penyampaian dan keberkesanannya, web portal ini

mungkin boleh menyumbang kepada negara secara realitinya. Sistem OSSS yang

82

telah mengumpulkan 46 topik ini mungkin boleh mengadakan kerjasama dengan

mana-mana pihak untuk memberi pendedahan kepada guru-guru sains dan matematik

mengaplikasikan penggunaan sistem OSSS ini. Dengan cara ini, bahan ynag

dibangunkan dapat diperluaskan penggunaannya.

5.5 Kesimpulan

Kesimpulannya, pembangun telah berjaya membangunkan sebuah web portal

bagi topik ‘Statistics II’ dalam matapelajaran Matematik Tingkatan Tiga KBSM..

Web portal ini dibangunkan dengan menggunakan pelantar MOODLE sebagai

Learning Management System (LMS) dan mengandungi:

1. Sumber Pengajaran Guru (Teacher’s Lesson)

2. Sumber Pembelajarn Pelajar (Student’s Lesson)

3. Tugasan (Assignment) dan Latihan (Exercise)

4. Forum dan Perbualan (Chatting)

5. Kuiz (Quiz) dan Pegukuhan (Reinforcement)

5.6 Penutup

Pada masa kini, penggunaan E-Pembelajaran memang tidak asing lagi

khususnya bagi pelajar-pelajar di bandar. Begitu juga dengan para pendidik yang

ditugaskan juga sudah menyedari hakikat kepentingan web portal berbentuk E-

Pembelajaran ini. Oleh itu, pembangun mengharapkan pelajar-pelajar yang akan

menggunakan web portal ini supaya gunakanlah ia sebaik mungkin untuk

menambahkan pemahaman terhadap tajuk yang dipelajari agar pembelajaran menjadi

83

lebih bermakna dengan terhasilnya individu yang mempunyai kemahiran generik,

berfikiran kreatis dan juga kritis.

84

RUJUKAN

Beth L. Chance (2002). Components of Statistical Thinking and Implications for

Instruction and Assessment. California Polytechnic State University

Journal of Statistics Education Volume 10, Number 3, Dalam Talian

www.amstat.org/publications/jse/v10n3/chance.html

Baharuddin Aris, Rio Sumarni Shariffudin dan Manimegalai Subramaniam (2002).

Reka bentuk Perisian Multmedia. Edisi Pertama. Skudai: Universiti

Teknologi Malaysia. 65-78.

Baharuddin Aris (2003). Sains Komputer: Teknik dan Teknologi. Selangor Darul

Ehsan: Venton Publishing(M) Sdn Bhd.

Cole, Jason. (2005). Using Moodle. USA : O’Reilly

EE Ah Meng. (1995). Pendidikan moral Pembelajaran dan pengajaran (Tinggi).

Shah Alam, Selangor: Fajar Bakti.

Esah Sulaiman (2003). Amalan Profesionalisme Perguruan. UTM. Skudai.

Fazidah Nishtar dan Azizah Abdul Rahman. (2006). A Framework for

Implementation of a Web-Based Learning Management System. dalam:

Postgraduate Annual Research Seminar 2006, 24 - 25 Mei 2006,

Postgraduate Studies Department FSKSM, UTM Skudai.

Ining, Tracy Chao (2008). Moving to Moodle: Reflections Two Years Later.

Educause Quarterly. Number 3: 46-52.

85

Jamalludin Harun, Baharuddin Aris and Zaidatun Tasir (2001). Pembangunan

Perisian Multimedia: Satu Pendekatan Sistematik, Kuala Lumpur: Venton

Publishings.

Jamaludin Mohaiadin (2000). Isu dan Implikasi “E-learning” Terhadap Sistem

Pendidikan. Dalam: Prosiding Konvensyen Teknologi Pendidikan 2000.

Kuala Lumpur. Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia (PTPM). Kertas

Kerja. 245- 252.

Jaya Kumar C. Koran (2001). “Aplikasi ‘E-Learning’ dalam Pengajaran dan

Pembelajaran di Sekolah-sekolah Malaysia: Cadangan Perlaksanaan Pada

Senario Masa Kini”. dalam. Seminar Kebangsaan 2001.

Jones, R. (2000).Textbook Troubles. American School Board Journal.

Jurnal IPDA (2004).

Kaizan Mamat. (2008). Pembangunan Bahan E-Pembelajaran Berasaskan Moodle

Bertajuk Quadratic Expressions And Equation dan Statistics Tingkatan 4.

Skudai: UTM.

Kamus Dewan. (1998). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Kamus Dewan Edisi Ketiga. (2002). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Maria Chong Abdullah. (1996). The Communicative Approach in the Teaching

of English as a Second Language. Jurnal IPDA. Bil. 4, hal: 54-70

Marlia Puteh dan Supyan Hussin. (2007). A Comparative Study of E-Learning

Practices at Malaysian Private Universities. dalam: 1st International

Malaysian Educational Technology Convention 2007, 2 - 5 November 2007,

Sofitel Palm Resort, Senai, Johor Bahru, Malaysia.

Mat Jizat Abdol, Abdul Razak Idris dan Jessnor Elmy (2006). Teknologi Pengajaran

dan Pembelajaran. University Teknologi Malaysia. Skudai.

86

Mohamed Nor Hassan, Rose Alinda Alias, Baharuddin Aris, Mohamad Bilal Ali,

(2000). Penyelidikan dan pembangunan elektronik (e-learning) di Universiti

Teknologi Malaysia Konvensyen Pendidikan UTM, Skudai.

Muhammad Adri (2008). Bab I Konsep Dasar e-Learning dengan Moodle. Dlm.

IlmuKomputer.Com. Padang, Indonesia: Universitas Negeri Padang. 1 - 6.

Oetomo, B.S.D dan Priyogutomo, Jarot. (2004). Kajian Terhadap Model e-Media

dalam Pembangunan Sistem e-Education, Makalah Seminar Nasional

Informatika 2004 di Universitas Ahmad Dahlan Yogyakarta pada 21 Februari

2004.

Pelaez, N. J., Boyd, D. D., Rojas, J. B., and Hoover, M. A. (2005). Prevalence of

blood circulation misconceptions among prospective elementary teachers.

Advances in Physiology Education. 29: 172–181.

Prosiding Seminar Pembangunan Pendidikan 2001-2010 : Perancangan Bersepadu

Penjana Kecemerlangan Pendidikan : Kementerian Pendidikan Malaysia:

[2001, MS 10]

Ragbir Kaur. (2005). Panduan Ulangkaji Ilmu Pendidkan Kpli Sekolah Rendah &

Menengah. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Rice, William. (2006). Moodle, E‐Learning Course Development : A

Complete Guideto Successful learning using Moodle, Birmingham, UK :

Packt Publishing.

Rosenberg, M.J. (2001). E-learning Strategies for Delivering Knowledge in the

Digital Age. United States of America: McGraw-Hill. 25-29

Ros O’Leary, R., McFarlane, A., Timmis, S., dan Greenwood, S., (2003). E-learning

Strategy. Dalam talian http://www.ltss.bris.ac.uk/elearning/elearn_strat_9.doc

Rosett, A. (1987). Training needs assessment. Englewood Cliffs, NJ: Educational

Technology Publications, Inc.

87

Rosmah Mat Isa, Rasidah Arshad, Nor Liza Abdullah, Rosseni Din (2003). Draf

Manuskrip Prinsip Asas Pendidikan Komputer. Bangi: Fakulti Pendidikan

Universiti Kebangsaan Malaysia.

Schuman, L. (1996). “Perspectives on Instruction”. Dalam talian.

http://edweb.sdsu.edu/courses/edtec540/Perspectives/Perspectives.html

Utomo, Junaidi. (2001). Dampak Internet Terhadap Pendidikan : Transformasi atau

Evolusi, Seminar Nasional Universitas Atma Jaya Yogyakarta, 7 April 2001.

Yahya Buntat dan Wahyu Idrus. (2006). Aplikasi ‘E-Learning‘ Dalam Pengajaran &

Pembelajaran Di Sekolah-Sekolah Malaysia : Isu dan cadangan

perlaksanaannya. Seminar TVE06. 09-10 December 2006. Hotel Sofitel

Palm Resort. (tidak diterbitkan).

Wild, C. J., and Pfannkuch, M. (1999), “Statistical Thinking in Empirical Enquiry”,

International Statistical Review, 67, 223-265.

88

LAMPIRAN A

ITEM MAKLUMBALAS

1. Susunan isi kandungan bersesuaian dengan objektif pembelajaran

2. Ketepatan isi kandungan bersesuaian dengan objektif pembelajaran

3. Bahasa, tatabahasa dan gaya bahasa yang digunakan bersesuaian dengan

subjek pembelajaran

4. Modul menjadikan pembelajaran anda mencabar

5. Contoh yang digunakan dalam modul ini menepati tajuk yang diutarakan

6. Modul ini menimbulkan daya ingin tahu dalam pembelajaran anda

7. Modul ini menarik perhatian anda untuk belajar

8. Paparan antara muka modul bersesuaian

9. Persembahan dalam modul ini menarik

10. Penggunaan saiz dan jenis tulisan yang dalam modul ini bersesuaian

11. Penggunaan animasi yang terdapat dalam modul ini bersesuaian dan

mencukupi.

12. Muzik di dalam modul ini bersesuaian dengan susasana pembelajaran

13. Informasi dan maklumat dalam modul ini mencukupi

14. Ruangan dalam modul ini bersesuaian dan tidak terlalu padat

15. Kaedah penyampaian maklumat dan pengajaran modul ini menarik

16. Kaedah penyampaian maklumat dan pengajaran modul ini interaktif

17. Modul ini dapat meningkatkan pembelajaran secara berkumpulan

18. Modul ini dapat meningkatkan strategi pembelajaran

19. Modul ini menyediakan soalan yang pelbagai dan menguji kefahaman

20. Modul ini memberikan maklumbalas terhadap setiap soalan

21. Kualiti maklumbalas yang diberikan oleh modul ini bersesuaian

89

22. Masa yang diperuntukkan dalam menjawab soalan dalam modul ini

mencukupi

23. Bahan seperti nota dan latihan yang disediakan dalam modul ini sesuai dan

mencukupi

24. Bahan yang disediakan menarik dan interaktif

25. Modul ini merupakan web yang mesra pengguna

26. Kualiti soalan dalam modul ini bagus

27. Capaian yang mudah dalam modul ini

28. Modul ini menguji daya pemikiran anda

29. Modul ini membantu dalam meningkatkan kefahaman mengenai statistik

30. Modul ini menerapkan strategi pemikiran yang berkesan

31. Soalan yang diutarakan mengikut aras pemikiran

32. Modul ini menggalakkan daya pemikiran anda

33. Modul ini meningkatkan kreativiti berfikir

34. Modul ini menerapkan penyelesaian masalah menggunakan strategi

pemikiran

90

LAMPIRAN B

ANALISIS ITEM MAKLUMBALAS

91

Feedback: 6 Questions: 35

Question Responses Susunan isi kandungan bersesuaian dengan objektif pembelajaran

sangat tidak setuju (1)

tidak setuju (2) tidak pasti (3) setuju (4) sangat setuju (5)

Average

0 0 0 5 1 4.166666667 Ketepatan isi kandungan bersesuaian dengan objektif pembelajaran

sangat tidak setuju (1)

tidak setuju (2) tidak pasti (3) setuju (4) sangat setuju (5)

Average

0 0 0 5 1 4.166666667 Bahasa, tatabahasa dan gaya bahasa yang digunakan bersesuaian dengan subjek pembelajaran

sangat tidak setuju (1)

tidak setuju (2) tidak pasti (3) setuju (4) sangat setuju (5)

Average

0 0 0 6 0 4 Modul ini memotivasikan pembelajaran anda

sangat tidak setuju (1)

tidak setuju (2) tidak pasti (3) setuju (4) sangat setuju (5)

Average

0 0 0 6 0 4 Modul menjadikan pembelajaran anda mencabar

sangat tidak setuju (1)

tidak setuju (2) tidak pasti (3) setuju (4) sangat setuju (5)

Average

0 0 1 4 1 4 Contoh yang digunakan dalam modul ini menepati tajuk yang diutarakan

sangat tidak setuju (1)

tidak setuju (2) tidak pasti (3) setuju (4) sangat setuju (5)

Average

0 0 0 6 0 4 Modul ini menimbulkan daya ingin tahu dalam pembelajaran anda

sangat tidak setuju (1)

tidak setuju (2) tidak pasti (3) setuju (4) sangat setuju (5)

Average

92

0 1 0 5 0 3.666666667 Modul ini menarik perhatian anda untuk belajar

sangat tidak setuju (1)

tidak setuju (2) tidak pasti (3) setuju (4) sangat setuju (5)

Average

0 1 0 4 1 3.833333333 Paparan antara muka modul bersesuaian

sangat tidak setuju (1)

tidak setuju (2) tidak pasti (3) setuju (4) sangat setuju (5)

Average

0 0 0 6 0 4 Persembahan dalam modul ini menarik

sangat tidak setuju (1)

tidak setuju (2) tidak pasti (3) setuju (4) sangat setuju (5)

Average

0 1 1 3 1 3.666666667 Penggunaan saiz dan jenis tulisan yang dalam modul ini bersesuaian

sangat tidak setuju (1)

tidak setuju (2) tidak pasti (3) setuju (4) sangat setuju (5)

Average

0 0 0 6 0 4 Penggunaan animasi yang terdapat dalam modul ini bersesuaian dan mencukupi

sangat tidak setuju (1)

tidak setuju (2) tidak pasti (3) setuju (4) sangat setuju (5)

Average

0 1 1 4 0 3.5 Muzik di dalam modul ini bersesuaian dengan susasana pembelajaran

sangat tidak setuju (1)

tidak setuju (2) tidak pasti (3) setuju (4) sangat setuju (5)

Average

0 1 1 4 0 3.5 Informasi dan maklumat dalam modul ini mencukupi

sangat tidak setuju (1)

tidak setuju (2) tidak pasti (3) setuju (4) sangat setuju (5)

Average

0 1 0 4 1 3.833333333 Ruangan dalam modul ini bersesuaian dan tidak terlalu padat

sangat tidak setuju (1)

tidak setuju (2) tidak pasti (3) setuju (4) sangat setuju (5)

Average

0 0 0 6 0 4

93

Kaedah penyampaian maklumat dan pengajaran modul ini menarik

sangat tidak setuju (1)

tidak setuju (2) tidak pasti (3) setuju (4) sangat setuju (5)

Average

0 0 0 6 0 4 Kaedah penyampaian maklumat dan pengajaran modul ini interaktif

sangat tidak setuju (1)

tidak setuju (2) tidak pasti (3) setuju (4) sangat setuju (5)

Average

0 0 0 6 0 4 Modul ini dapat meningkatkan pembelajaran secara berkumpulan

sangat tidak setuju (1)

tidak setuju (2) tidak pasti (3) setuju (4) sangat setuju (5)

Average

0 0 0 5 1 4.166666667 Modul ini dapat meningkatkan strategi pembelajaran

sangat tidak setuju (1)

tidak setuju (2) tidak pasti (3) setuju (4) sangat setuju (5)

Average

0 0 1 5 0 3.833333333 Modul ini menyediakan soalan yang pelbagai dan menguji kefahaman

sangat tidak setuju (1)

tidak setuju (2) tidak pasti (3) setuju (4) sangat setuju (5)

Average

0 0 1 4 1 4 Modul ini memberikan maklumbalas terhadap setiap soalan

sangat tidak setuju (1)

tidak setuju (2) tidak pasti (3) setuju (4) sangat setuju (5)

Average

0 1 0 4 1 3.833333333 Kualiti maklumbalas yang diberikan oleh modul ini bersesuaian

sangat tidak setuju (1)

tidak setuju (2) tidak pasti (3) setuju (4) sangat setuju (5)

Average

0 0 0 6 0 4 Masa yang diperuntukkan dalam menjawab soalan dalam modul ini mencukupi

sangat tidak setuju (1)

tidak setuju (2) tidak pasti (3) setuju (4) sangat setuju (5)

Average

0 0 0 6 0 4

94

Bahan seperti nota dan latihan yang disediakan dalam modul ini sesuai dan mencukupi

sangat tidak setuju (1)

tidak setuju (2) tidak pasti (3) setuju (4) sangat setuju (5)

Average

0 2 0 4 0 3.333333333 Bahan yang disediakan menarik dan interaktif

sangat tidak setuju (1)

tidak setuju (2) tidak pasti (3) setuju (4) sangat setuju (5)

Average

0 1 0 5 0 3.666666667 Modul ini merupakan web yang mesra pengguna

sangat tidak setuju (1)

tidak setuju (2) tidak pasti (3) setuju (4) sangat setuju (5)

Average

0 0 0 6 0 4 Kualiti soalan dalam modul ini bagus

sangat tidak setuju (1)

tidak setuju (2) tidak pasti (3) setuju (4) sangat setuju (5)

Average

0 0 1 5 0 3.833333333 Capaian yang mudah dalam modul ini

sangat tidak setuju (1)

tidak setuju (2) tidak pasti (3) setuju (4) sangat setuju (5)

Average

0 0 1 5 0 3.833333333 Modul ini menguji daya pemikiran anda

sangat tidak setuju (1)

tidak setuju (2) tidak pasti (3) setuju (4) sangat setuju (5)

Average

0 0 0 6 0 4 Modul ini membantu dalam meningkatkan kefahaman mengenai statistik

sangat tidak setuju (1)

tidak setuju (2) tidak pasti (3) setuju (4) sangat setuju (5)

Average

0 0 0 5 1 4.166666667 Modul ini menerapkan strategi pemikiran yang berkesan

sangat tidak setuju (1)

tidak setuju (2) tidak pasti (3) setuju (4) sangat setuju (5)

Average

0 0 1 5 0 3.833333333 Soalan yang diutarakan mengikut aras pemikiran

sangat tidak setuju (1)

tidak setuju (2) tidak pasti (3) setuju (4) sangat setuju (5)

Average

0 0 0 5 1 4.166666667 Modul ini menggalakkan daya pemikiran anda

sangat tidak setuju (1)

tidak setuju (2) tidak pasti (3) setuju (4) sangat setuju (5)

Average

95

0 0 0 6 0 4 Modul ini meningkatkan kreativiti berfikir

sangat tidak setuju (1)

tidak setuju (2) tidak pasti (3) setuju (4) sangat setuju (5)

Average

0 0 1 5 0 3.833333333 Modul ini menerapkan penyelesaian masalah menggunakan strategi pemikiran

sangat tidak setuju (1)

tidak setuju (2) tidak pasti (3) setuju (4) sangat setuju (5)

Average

0 0 1 4 1 4