5
PROGRAM ILMIAH & SOSIAL (SABAH) 17 – 21 Mac 2015 LAPORAN BIRO AKTIVITI KETUA KUMPULAN : AMNI SYAZANI BINTI MAHAMAD PJ(A) AHLI KUMPULAN : WAN NUR NAJIAH BINTI WAN ABD GHANI PJ(A) : AHMAD UZAIR BIN ZULKIFLI PJ(A) 1

Amni Laporan Ajk Aktiviti Sabah

Embed Size (px)

DESCRIPTION

laporan

Citation preview

PROGRAM ILMIAH & SOSIAL (SABAH)

PROGRAM ILMIAH & SOSIAL (SABAH)17 21 Mac 2015

LAPORAN BIROAKTIVITI

KETUA KUMPULAN: AMNI SYAZANI BINTI MAHAMADPJ(A)

AHLI KUMPULAN: WAN NUR NAJIAH BINTI WAN ABD GHANI PJ(A) : AHMAD UZAIR BIN ZULKIFLIPJ(A)

LAPORAN SEBELUM PROGRAM LAWATAN ILMIAH DAN SOSIALSetelah mesyuarat pemilihan tempat program diadakan, ahli jawatankuasa induk dan pensyarah pembimbing membuat surat menyurat ke beberapa institusi sukan yang terdapat di negeri Sabah. Maklum balas yang diterima adalah daripada Kompleks Sukan Ranau dan Pusat Sukan Satelit ISN Kota Kinabalu. Dua institusi tersebut telah meluluskan permohonan untuk mahasiswa pendidik IPG Kampus Perlis bagi mengadakan lawatan ilmiah dan sosial ke sana. Biro aktiviti telah berbincang dengan pensyarah pembimbing bagi menyusun atur tarikh serta aktiviti yang perlu dilaksanakan sepanjang lawatan ilmiah tersebut. Kami telah berhubung dengan kedua-dua institusi tersebut bagi menjelaskan apa tujuan kami ke sana serta membolehkan pihak mereka membuat persediaan. Jadual aktiviti telah dirangka dan diserahkan kepada semua peserta semasa mesyuarat yang terakhir sebelum bertolak.

LAPORAN SEMASA PROGRAM LAWATAN ILMIAH DAN SOSIALAktiviti pertama bermula dengan acara perasmian program ini bertempat di foyer IPG Kampus Perlis sehari sebelum bertolak ke Sabah. Keesokannya aktiviti berlangsung seperti yang telah dirancang tanpa ada sebarang perubahan pada hari pertama. Namun, bermula pada hari kedua program, biro kami terpaksa merombak semula kesemua aktiviti dalam tentatif program disebabkan penginapan yang agak jauh dari lokasi utama yang harus dilawati. Biro kami perlu banyak berhubung dengan biro pengangkutan bagi membolehkan aktiviti berjalan dengan lancar. Aktiviti ilmiah di Kompleks Sukan Ranau dan Pusat Satelit ISN Kota Kinabalu dapat dilaksanakan seperti yang dirancang walaupun pada mulanya kami menghadapi sedikit kekangan masa disebabkan jarak yang agak jauh untuk ke institusi tersebut. Kerjasama yang diberikan sepanjang program di Sabah membolehkan kami mengatur aktiviti dengan mudah tanpa menerima sebarang maklum balas negatif daripada peserta.

LAPORAN SELEPAS PROGRAM LAWATAN ILMIAH DAN SOSIALSemasa mesyuarat post-mortem yang diadakan beberapa hari selepas tamat program ini, banyak perkara yang telah dibangkitkan. Kebanyakannya hal berkaitan dengan aktiviti. Hal ini kerana aktiviti merupakan tulang belakang program ini. Komen yang diberikan oleh pensyarah adalah kami kurang berhubung dengan pensyarah pembimbing bagi membolehkan beliau memberi penerangan yang lebih jelas berkaitan tugas utama biro kami. Walaubagaimanapun, terdapat juga beberapa komen positif yang diutarakan misalnya, biro aktiviti bertindak segera apabila berlaku sebarang perubahan aktiviti. Cadangan yang diberikan digunakan sebagai penambahbaikan untuk membolehkan pembelajaran ini dipraktikkan pada masa akan datang.

Dilaporkan Oleh,

(AMNI SYAZANI BINTI MAHAMAD)Ketua Biro Aktiviti,Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis

4