Click here to load reader

analisis nisbah

  • View
    4.997

  • Download
    3

Embed Size (px)

Text of analisis nisbah

2.2 Analisis nisbah 2.2.1 Nisbah kecairan Kecairan merujuk kepada betapa cepat dan cekap (dikira dari segi kos urus niaga yang rendah) aset dapat ditukarkan kepada tunai. Nisbah kecairan mengukur kecairan syarikat, iaitu keupayaannya memenuhi tanggungjawab atau tuntutan liabiliti semasa. Kemampuan syarikat menunaikan tanggungjawab kewangan jangka pendek ini dapat dilihat dengan merujuk kepada butiran-butiran dalam aset semasa dan liabiliti semas. Nisbah-nisbah kecairan yang lazim digunkan ialah nisbah semasa, nisbah cepat dan nisbah tunai. (i) Nisbah semasa nisbah semasa = aset semasa liabiliti semasa = 728,419,000 391,171,000 = 1.86 kali 1.86 : RM 1 Nisbah semasa bagi Petronas Gas Berhad ialah 1.86 kali, ini bermakna setiap hutang jangka pendek disandarkan dengan 1.86 sen aset semasa. Syarikat ini tidak mempunyai tahap kecairan yang memuaskan.

KOLEJ TEKNOLOGI BESTARI ( KTB )

1

(ii) Nisbah cepat nisbah cepat = aset semasa - inventori liabiliti semasa = 728419000-124424000 391171000 = 1.54 kali 1.54 : RM 1 Nisbah cepat 1.54 kali mengesahkan syarikat mempunyai tahap lecairan yang tidak berapa memuaskan. Jika inventori tidak mampu dijual maka yang mampu dibayar oleh syarikat kepada pemiutang jangka pendek ialah 1.54 sen bagi setiap hutang. (iii) Nisbah tunai nisbah tunai = tunai + sekuriti boleh pasar liabiliti semasa = 394,450,000 + 0 391,171,000 = 1.01 kali 1.01 : RM 1 Berdasarkan nisbah tunai, aset syarikat adalah cair iaitu syarikat mempunyai aset yang mana boleh membayar sebanyak 1.01 sen untuk setiap ringgit.

KOLEJ TEKNOLOGI BESTARI ( KTB )

2

2.2.2 Nisbah Pengurusan Aset Pengurusan aset (asset management) mengukur kecekapan dan keberkesanan syarikat dalam menguruskan aset. Syarikat perlu membuat keputusan asas tentang jumlah pelaburan yang akan dibuat dalam akaun belum terima, inventori dan aset tetap. Seterusnya ia bertanggungjawab untuk menggunakan aset-aset itu dengan berkesan. Kumpulan nisbah pengurusan aset bergantung rapat dengan suasana persekitaran ekonomi dan keupayaan pengurusan syarikat. (i) Pusing ganti akaun belum terima pusing ganti akaun belum terima = jualan kredit1 akaun belum terima = 2,235,684,000 29,527,000 = 75.72 kali 75.72 : RM 1 Syarikat mengambil masa yang lama iaitu 75.72 hari untuk menerima semula bayaran daripada penghutang. Dengan ini syarikat kurang cekap untuk membuat pusingan modal.

1

Jualan kredit @ Jualan

KOLEJ TEKNOLOGI BESTARI ( KTB )

3

(ii)

Tempoh kutipan purata Tempoh kutipan purata = 365 Pusing ganti belum terima = 365 75.72 = 4.82 hari ATAU Tempoh kutipan purata = akaun belum terima jualan kredit sehari = 29527000 235684000 / 365 = 4.82 hari

4.82 : RM 1 Syarikat Petronas mengambil masa selama 4.82 hari untuk memungut akaun belum terimanya. Pelanggan-pelanggan syarikat ini memerlukan 4.82 hari untuk membayar hutang mereka, tempoh ini adalah baik kerana syarikat ini mengambil masa yang singkat untuk mendapatkan wangnya kembali.

KOLEJ TEKNOLOGI BESTARI ( KTB )

4

(iii)

Pusing ganti inventori pusing ganti inventori = kos barang dijual inventori = 2235684000 124424000 = 17.97 kali

(iv)

Tempoh purata jualan inventori tempoh purata jualan inventori = 365 pusing ganti inventori = 365 17.97 = 20.13 hari

KOLEJ TEKNOLOGI BESTARI ( KTB )

5

ATAU tempoh purata jualan inventori = inventori kos barang dijual sehari = 124424000 2235684000 / 365 = 20.31 hari (v) Pusing ganti aset tetap pusing ganti aset tetap = jualan Aset tetap bersih2 = 2235684000 9208361000 615146000 = 2235684000 8593215000 = 0.26 kali 0.24 : RM 1 Pusing ganti aset tetap bagi syarikat adalah sebanyak 0.24 kali bermaksud bagi setiap ringgit aset tetap dapat menghasilkan sebanyak 0.24 hasil jualan. Pusing ganti aset tetap adalah rendah kerana syarikat dapat menghasilkan pulangan yang rendah daripada penggunaan aset tetap

2

Aset tetap bersih = aset tetap susut nilai

KOLEJ TEKNOLOGI BESTARI ( KTB )

6

(vi)

Pusing ganti jumlah aset pusing ganti jumlah aset = jualan Jumlah aset3 = 2235684000 9208361000 + 728419000 = 2235684000 9936780000 = 0.23 kali

0.23 : RM 1 Pusing ganti jumlah asset bagi syarikat menunjukkan bahawa setiap ringgit yang dilaburkan ke atas aset telah menghasilkan jualan sebanyak 0.23 sen. Syarikat ini kurang cekap dalam penggunaan asetnya kerana dihasilkan adalah sebanyak 0.23 kali.

3

Jumlah aset = aset tetap + aset semasa

KOLEJ TEKNOLOGI BESTARI ( KTB )

7

2.2.3 Nisbah leveraj Nisbah leveraj (leverage ratio) menunjukkan keupayaan syarikat dalam memenuhi tanggungjawab atau obligasi kepada pemiutang. Nisbah ini juga mengukur keberkesanan pihak pengurusan mengguna dan menguruskan modal pinjaman. Nisbah-nisbah leveraj yang akan dibincangkan adalah nisbah hutang, nisbah hutang ekuiti, pengganda ekuiti, nisbah perlindungan faedah dan nisbah perlindungan caj tetap. (i) Nisbah hutang nisbah hutang = jumlah hutang4 jumlah aset5

= 391171000 + 3362973000 9208361000 + 728419000 = 3754144000 9936780000 = 0.378 @ 37.8 % 37.8 peratus menunjukkan syarikat telah membiayai 37.8 peratus daripada aset syarikat dengan menggunakan hutang. Nisbah penggunaan hutang oleh syarikat adalah tinggi berbanding nisbah penggunaan aset syarikat. Oleh itu, lebih rendah perlindungan yang diterima oleh pemiutang jika berlaku pembuburan syarikat. (ii)4 5

Nisbah hutang ekuiti

Jumlah hutang = current liabilities + long term liabilities Jumlah aset = Aset tetap + Aset semasa

KOLEJ TEKNOLOGI BESTARI ( KTB )

8

nisbah hutang ekuiti =

jumlah hutang Ekuiti pemegang saham6

=

3754144000 6182636000

= 0.61 kali 0.61 : RM 1 Nisbah hutang ekuiti 0.61 kali menunjukkan bahawa setiap ringgit yang disumbangkan oleh pemegang saham syarikat Petronas terdapat 0.61 sen hutang dalam struktur kewangan syarikat. Syarikat ini menunjukkan nisbah yang terendah dalam membiayai hutang kepada pemegang saham. (iii) Pengganda ekuiti pengganda ekuiti = jumlah aset ekuiti pemegang saham

= 9936780000 6182636000 = 1.61 kali

1.61 : RM 16

Ekuiti pemegang saham @ shareholders equity

KOLEJ TEKNOLOGI BESTARI ( KTB )

9

Nisbah pengganda ekuiti 1.61 kali menunjukkan bahawa setiap ringgit yang disumbangkan oleh pemegang saham kepada syarikat Petronas terdapat 1.61 sen aset dalam struktur kewangan. (iv) Nisbah perlindungan feadah nisbah perlindungan feadah = untung sebelum faedah dan cukai7 belanja faedah = 779088000 96302000 = 8.09 kali 8.09 :RM 1 Nisbah perlindungan faedah 8.09 kali menerangkan bahawa perolehan sebelum faedah dan cukai dihasilkan oleh syarikat Petronas gas berhad mampu untuk membayar faedah kepada hutang (belanja-belanja faedah) sebanyak 8.09 kali. (v) Nisbah perlindungan caj tetap nisbah perlindungan caj tetap = pendapatan sebelum feadah dan cukai + bayaran sewa belanja feadah + bayaran sewa = 779088000 + 6069000 96302000 + 5069000

= 7841570007

Untung sebelum faedah dan cukai diperolehi daripada profit before tax

KOLEJ TEKNOLOGI BESTARI ( KTB )

10

101371000 = 7.7 kali

2.2.4 Nisbah Keberuntungan Nisbah keberuntungan menunjukkan keberkesanan aktiviti urus niaga dan keupayaan dalam menjanakan keuntungan. Nisbah-nisbah keberuntungan menggambarkan pencapaian operasi, risiko dan kesan leveraj. Terdapat dua jenis nisbah keberuntungan: margin keuntungan (profit margins) yang mengukur pencapaian berbanding dengan jualan, dan nisbah-nisbah pulangan (return rations) yang mengukur pencapaian berbanding saiz pelaburan. (i) Margin untung kasar margin untung kasar = untung kasar8 jualan = 779088000 2235684000 = 0.3485 @ 34.85% 34.85 : 1 Margin untung kasar sebanyak 34.85 peratus menunjukkan bagi setiap ringgit jualan yang dihasilkan oleh syrikat Petronas Gas Berhad ialah 34.85 sen yang diperolehi untuk menampung kos operasi.

8

Untung kasar = jualan kos barang dijual

KOLEJ TEKNOLOGI BESTARI ( KTB )

11

(ii)

Margin untung bersih margin untung bersih = untung bersih jualan = 656801000 2230206000 = 0.2945 @ 29.45%

29.45 : RM 1 Margin untung bersih syarikat ialah 29.54%, ini bermakna setiap ringgit jualan yang dijanakan RM 29.45 sen merupakan untung bersih syarikat. Prestasi syarikat Petronas Gas Berhad dari segi keuntungan margin adalah tidak begitu menggalakkan. Walaupun margin untung kasarnya agak tinggi, iaitu sebanyak 34.85%, namun, margin untung bersihnya adalah agak rendah iaitu 29.45%. Nisbah ini menunjukkan bahawa setiap ringgit jualan yang telah dihasilkan, hanya 29.45 sen sahaja yang tinggal setelah kos-kos lain di bayar.

KOLEJ TEKNOLOGI BESTARI ( KTB )

12

(iii)

Pulangan atas aset pulangan atas aset = untung bersih jumlah aset = 656801000 9414204000 = 0.698 @ 6.98 %

6.98 : RM 1 Pulangan aset syarikat ialah 6.98 peratus menunjukkan bahawa untung bersih yang dapat dihasilkan ialah 6.98 sen bagi setiap ringgit yang dilaburkan dalam aset. (iv) Pulangan atas ekuiti Pulangan atas ekuiti = untung untuk pemilik saham biasa jumlah ekuiti biasa = 656801000 6182636000 = 0.1062 @ 10.62 % 10.62 : RM 1 Pulangan atas ekuiti bagi pemegang saham ialah 10.62 peratus iaitu setiap ringgit yang disumbangkan oleh pemegang saham syarikat menghasilkan keuntungan bersih sebanyak 10.62 sen.

KOLEJ TEKNOLOGI BESTARI ( KTB )

13

(v)

Kuasa perolehan kuasa perolehan = untung sebelum feadah dan cukai jumlah aset = 779088000 9936780000 = 0.0784 @ 7.84%

7.84 : RM 1 Kuasa perolehan bagi syarikat Petronas ialah 7.84 peratus. Ini menunjukkan bagi setiap yang dilaburkan dalam aset, terdapat RM 7.84 sen untung sebelum faedah dan cukai akan diperolehi.

KOLEJ TEKNOLOGI BESTARI ( KTB )

14

LAMPIRAN

PETRONAS GAS

Search related