5
3.0 ANALISIS KAJIAN KES : WHAT YOU DON’T KNOW CAN HURT YOU! PENGENALAN Pengurusan bilik darjah didefinisikan sebagai tindakan dan strategi yang digunakan untuk mengekalkan peraturan bilik darjah. Seorang guru perlu membina keadaan bilik darjah yang kondusif dan mengurus disiplin murid secara berkesan. Selain mengajar, guru juga berperanan sebagai pengurus, iaitu mengurus rutin bilk darjah, mengurus murid-murid supaya menjalankan tugas mereka mengikut jadual bertugas seperti membersihkan bilik darjah dan menyusun kerusi-meja, mengurus murid-murid supaya memamtuhi segala peraturan bilik darjah, mengurus keadaan fizikal bilik darjah supaya menjadi lebih kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran, mengurus bahan- bahan pengajaran supaya dapat digunakan dengan lebih berkesan, dan mengurus aktiviti kumpulan supaya dapat dilaksanakan mengikut rancangan. Bilik Darjah merupakan tempat yang penuh dengan ketidakpastian kerana pelbagai perkara boleh berlaku. Oleh yang demikian menurut Haliza Hamzah & JoyNesamalar Samuel (2009), pengurusan bilik darjah amat penting dalam memastikan perjalanan Pengajaran dan Pembelajaran akan beralan dengan lancar, antara cara yang dicadangkan ialah mengawasi perjalanan rutin bilik darjah malah yang lebih penting lagi cikgu perlu memahami tingkah laku , personaliti dan tabiat murid didalam bilik darjah. Kesimpulannya, guru memainkan peranan yang penting dalam pengurusan bilik darjah. Bagi menjalankan pengurusan bilik darjah dengan efektif, guru perlu memahami tingkah laku, personaliti, dan tabiat murid di dalam bilik darjah tersebut. Pembinaan hubungan yang baik antara guru dengan murid dan pengawasan perjalanan rutin bilik darjah supaya berjalan dengan lancar. Selain daripada itu, guru juga perlu mengetahui cara untuk mengenal pasti punca utama kepada masalah disiplin yang berlaku di dalam bilik darjah. Bagi mengenalpasti masalah murid, pengetahuan tentang model-model pengurusan disiplin dan cara-carapelaksanaannya amat penting. Pengetahuan ini boleh dijadikan sebagai panduandalam pengurusan bilik darjah.

Analisis What you dont know can hurt you!

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Analisis What you dont know can hurt you!

3.0 ANALISIS KAJIAN KES : WHAT YOU DON’T KNOW CAN HURT YOU!

PENGENALAN

Pengurusan bilik darjah didefinisikan sebagai tindakan dan strategi yang digunakan

untuk mengekalkan peraturan bilik darjah. Seorang guru perlu membina keadaan bilik

darjah yang kondusif dan mengurus disiplin murid secara berkesan. Selain mengajar,

guru juga berperanan sebagai pengurus, iaitu mengurus rutin bilk darjah, mengurus

murid-murid supaya menjalankan tugas mereka mengikut jadual bertugas seperti

membersihkan bilik darjah dan menyusun kerusi-meja, mengurus murid-murid supaya

memamtuhi segala peraturan bilik darjah, mengurus keadaan fizikal bilik darjah supaya

menjadi lebih kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran, mengurus bahan-

bahan pengajaran supaya dapat digunakan dengan lebih berkesan, dan mengurus

aktiviti kumpulan supaya dapat dilaksanakan mengikut rancangan.

Bilik Darjah merupakan tempat yang penuh dengan ketidakpastian kerana

pelbagai perkara boleh berlaku. Oleh yang demikian menurut Haliza Hamzah &

JoyNesamalar Samuel (2009), pengurusan bilik darjah amat penting dalam memastikan

perjalanan Pengajaran dan Pembelajaran akan beralan dengan lancar, antara cara

yang dicadangkan ialah mengawasi perjalanan rutin bilik darjah malah yang lebih

penting lagi cikgu perlu memahami tingkah laku , personaliti dan tabiat murid didalam

bilik darjah. Kesimpulannya, guru memainkan peranan yang penting dalam pengurusan

bilik darjah. Bagi menjalankan pengurusan bilik darjah dengan efektif, guru perlu

memahami tingkah laku, personaliti, dan tabiat murid di dalam bilik darjah tersebut.

Pembinaan hubungan yang baik antara guru dengan murid dan pengawasan perjalanan

rutin bilik darjah supaya berjalan dengan lancar. Selain daripada itu,

guru juga perlu mengetahui cara untuk mengenal pasti punca utama kepada masalah

disiplin yang berlaku di dalam bilik darjah. Bagi mengenalpasti masalah murid,

pengetahuan tentang model-model pengurusan disiplin dan cara-carapelaksanaannya

amat penting. Pengetahuan ini boleh dijadikan sebagai panduandalam pengurusan bilik

darjah.

Page 2: Analisis What you dont know can hurt you!

3.1 HURAIKAN APA YANG ANDA FAHAM TENTANG KES YANG DIKAJI (WHAT

DO I KNOW)

Melalui pembacaan yang telah dilakukan, cerita ini mengisahkan bagaimana seorang

guru yang cuba membawa sesuatu pendekatan yang berbeza daripada yang biasa

namun mendatangkan beberapa masalah. Dimana John adalah seorang guru dalam

latihan. Pada suatu ketika dia diberikan peluang untuk mengajar di dalam satu kelas

yang mempunyai pelbagai ragam murid. Pada masa itu juga, beliau cuba untuk

menggunakan pendekatan pengajaran yang baru. Namun begitu, ianya telah

menimbulkan perselisihan faham di antara dua murid yang berbeza daripada segi tahap

akademik. Disebabkan oleh itu, John membuat pilihan untuk melepaskan murid yang

bijak itu dan hanya menyalahkan murid yang berada di tahap akademik yang rendah.

Dalam pada itu juga, pertengkaran telah berlaku di antara John dan muridnya Richard.

Masalah tingkah laku dapat dilihat didalam diri muridnya(Richard) seperti melawan kata

guru, bersikap kurang sopan, melakukan vandalism dan sebagainya. Namun begitu, di

akhir cerita ni John telah menyalahkan dirinya kerana menyangka bahawa beliau

adalah penyebab kepada berlakunya masalah Richard tersebut

Page 3: Analisis What you dont know can hurt you!

3.2 APAKAH KONSEP/MODEL/TEORI YANG ANDA PERLU TAHU UNTUK

MEMAHAMI DENGAN MENDALAM KES YANG DIANALISIS? (WHAT DO I NEED

TO KNOW?)

Model Akibat Logikal Dreikurs menekankan kepentingan guru memberikan

kepercayaan dan tanggungjawab kepada murid-murid untuk bersama-sama menjaga

disiplin di dalam bilik darjah. Mereka juga harus diberi autonomi untuk membincangkan

salah laku di dalam bilik darjah. Murid-murid boleh dibimbing untuk ingat-mengingati

antara satu sama lain tentang peraturan yang telah ditetapkan. Apabila murid faham

dan mengamalkan peraturan yang telah ditetapkan, masalah disiplin akan dapat

dikurangkan. Dreikurs menekankan guru perlu mengenal pasti punca kepada masalah

tingkah laku. Antara contoh yang berlaku adalah John mengambil peluang ketika

ketiadaan penyelia dengan cara mendominasi kelas dengan menjalankan proses P&P

mengikut pendekatan yang dirasakan bersesuaian. John memberikan kebebasan

kepada murid untuk memilih ahli bagi setiap kumpulan semasa aktiviti kuiz. Richard

cuba untuk mengancam John untuk mencederakan John. Richard juga mencabar

kuasa John dengan cara Richard tidak dating kepada john setelah dipanggil dan juga

member ugutan terhadap John serta bersikap kurang ajar. Model yang seterusnya pula

adalah model pengurusan kelompok-Kounin dimana Pengurusan tingkah laku dalam

bilik darjah adalah berkaitan dengan kebolehan guru untuk mengawasi kesemua

perkara yang berlaku di dalam bilik darjahnya pada setiap masa dan cara untuk

menangani masalah sebelum menjadi masalah disiplin. Sebagai contoh, John segera

meleraikan pergaduhan diantara Richard dan Chris sebelummenjadi bertambah serius.

Seterusnya pula adalah Model Disiplin Asertif Canter Berasaskan peneguhan

terhadap tingkah laku yang diingini dan penerimaan murid terhada akibat daripada

tingkah laku yang ditunjukkan, Sekiranya murid mematuhi peraturan yang ditetapkan,

guru memberikan peneguhan positif sebaliknya jika murid melanggar peraturan,guru

mengenakan peneguhan negatif yang berstruktur. John mengenakan peneguhan

negatif terhadap Richard iaitu tetap akan mengenakan kelas tahanan terhadap Richard

seandainya dia masih melakukan tingkah laku tersebut. Kita lihat pula kepada Model

Modifikasi Tingkah Laku oleh B.F Skinner dimana ianya menggunakan prinsip

Page 4: Analisis What you dont know can hurt you!

peneguhan yang menggunakan elemen-elemen luaran untuk meningkatkan tingkah

laku yang diingini. Elemen-elemen luaran ini berupa peneguhan-peneguhan yang

menjadi rangsangan untuk meningkatkan tingkah laku yang dikehendaki. Contohnya,

Richard dikenakan hukuman kelas tahanan di atas tingkah lakunya yang kurang ajar

dan tidak mendengar kata. Di dalam Model Abraham Maslow pula, keperluan fisiologi

dan psikologi perlu dipenuhi agar seseorang bermotivasi untuk mengembangkan

potensi diri belajar perkara baru memanipulasi keupayaan diri serta berjaya mencabar

diri untuk melakukan yang terbaik.

Keperluan manusia terbahagi kepada 2 bahagian iaitu keperluan kekurangan dan

keperluan perkembangan. Richard berasal daripada keluarga yang miskin di

mana keperluan perkembangannya tidak dipenuhi bagi membolehkannya

mengembangkan potensi diri. Manakala Chris berasal daripada keluarga yang berada

yang memenuhi segala keperluan untuk mengembangkan potensi diri.

Akhir sekali adalah teori pembelajaran Behavioris iaitu teori pelaziman operan

oleh B.F Skinner. Pelaziman operan menekankan hasil kesan atau akibat membawa

kepada tingkah laku baharu, tingkah laku diteruskan atau diulangi serta sebaliknya.

Kesan atau akibat boleh berlaku dalam bentuk ganjaran atau hukuman. Ianya boleh

dirumuskan dalam bentuk A-B-C dimana A adalah antidcedent (ketidakpuasan hati

berlaku), B adalah behavior (Richard bergaduh dengan Chris) dan C adalah

consequence (Richard dikenakan kelas tahanan).

Mendatangkan kesan ke atas

keperluan yang lain (tingkat

seterusnya)

Richard tidak memenuhi keperluan

asas (tingkat bawah) yang

diperlukan bagi perkembangan

dirinya.

Page 5: Analisis What you dont know can hurt you!

3.3 APAKAH STRATEGI YANG MUNGKIN BOLEH DIAMBIL UNTUK MEMBANTU

MENYELESAIKAN KES YANG DIANALISIS? (WHAT POSSIBLE STRATEGIES CAN

BE TAKEN TO SOLVE THIS CASE PROBLEM)

Melalui kajian kes yang telah dibuat, strategi yang dapat dilaksanakan atau yang dapat

dikenalpasti antaranya ialah pada isu yang pertama, strategi yang diambil ialah John

menghentikan pergaduhan dengan segera kerana mereka sudah mula tolak menolak

antara satu sama lain. Selain itu, John berjaya meneruskan permainan kuiz yang

dirancang dan dianggap tidak berjaya sehingga akhir masa P&P.

Penyelesaian pada isu yang kedua pula ialah John merasakan bahawa dia tidak

sepatutnya membiarkan Richard mengingkari arahannya. Selain itu, John mengambil

keputusan untuk mencari Richard dan menegur kesalahan Richard itu. Di samping itu

juga, John menghantar borang aduan disiplin kepada pejabat sekolah itu.

Penyelesaian isu ketiga ialah Richard dikenakan hukuman berada dikelas

tahanan. Dalam pada itu, Kelas tahanan ini dipantau oleh Mr.Roberts. penyelesaian

bagi isu keempat ialah John menjelaskan kepada Richard bahawa kelas tahanan

berlaku bukan kerana pergaduhan antara mereka berdua tetapi akibat daripada Richard

mengingkari arahan gurunya.

Bagi penyelesaian isu yang kelima ialah John meminta seorang murid

memanggil bekas guru Bahasa Inggeris Richard untuk membantu dalam

menyelesaikan masalah tersebut. Guru tersebut mengarahkan Richard untuk duduk

dengan cara lemah lembut namun turut menerima ancaman. Menyedari hakikat itu,

guru tersebut memanggil vice-principal untuk melepaskan Richard daripada kelas

tahanan.

John berusaha untuk menyelesaikan masalah dengan pelbagai kaedah

walaupun penyelesaian tersebut gagal. John juga berasa menyesal kerana tidak

berkongsi dan tidak meminta pandangan dari guru lain untuk menyelesaikan masalah

tersebut. Berikut ialah penyelesaian bagi isu keenam.