Antara Benci Dan Rindu PDF

  • Upload
    kelabk

  • View
    460

  • Download
    76

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/6/2019 Antara Benci Dan Rindu PDF

    1/151

    Ida Farisya

    1

    HIDUP tidak selalunya indah,

    langit tidak selalunya cerah.

    Begitulah perumpamaan yang

    boleh aku tujukan untuk diriku. Kadang-kadang terlintas

    di hati, apakah salah dan dosaku sehingga aku diuji begini?

    Terpaksa melalui hari-hari yang mendatang penuh dengan

    penipuan dan kelukaan. Sungguh tidak kusangka, badai yang

    suatu ketika dahulu pernah bertandang dalam hidupku, kini

    kembali menyapa. Entah apalah silapku sehingga begini

    diriku diuji.

    Terbayang di ruang ingatanku, wajah lelaki yang

    sudah lama ingin kulupakan. Semenjak keluarga lelaki itu

    datang merisikku tujuh tahun lepas, percaturan hidupku

    berubah. Semuanya ibu dan abah yang tentukan. Aku

    langsung tidak diberi ruang untuk membuat pilihan. Kadang-

    kadang aku rasakan diriku ini tidak layak untuk membuat

    keputusan sendiri. Walaupun ia sebenarnya berkaitan denganhidup dan masa depanku. Sedangkan pada waktu itu usiaku

    sudah menjangkau dua puluh tiga tahun. Rasa kecewa dan

    jauh hati hanya kusimpan kemas dalam lipatan sanubari.

    Bab1

  • 8/6/2019 Antara Benci Dan Rindu PDF

    2/151

    Antara Benci dan Rindu

    2

    Tiada seorang pun yang tahu betapa seksa hidupku selepas

    tarikh itu.

    Kalaulah aku tidak bertemu kembali dengan Nisa,

    bekas adik iparku itu... sudah tentu aku tidak perlu melalui

    semua ini. Terpaksa berdepan dengan lelaki yang amat aku

    benci!!! Tapi apakan daya, takdir penentu segala.

    Hidupku kembali hilang keceriaannya semenjak

    tiga bulan lepas....

    Ini Kak Ia, kan? tegur satu suara. Aku yang leka

    memilih makanan waktu itu segera berpaling. Sedikit kaget.

    Gadis itu tersenyum riang. Menampakkan giginya

    yang putih berseri.

    Nisa?

    Ya Allah Kak Ia, akak pergi mana selama ni?

    Langsung tak dapat dijejak! ucapnya lantas memelukku.

    Aku kaget! Pinggan yang penuh berisi, hampir

    terlepas dek terkejut dengan tindakannya. Malu juga apabila

    banyak mata memandang ke arah kami berdua. Setelah agak

    lama barulah dia melepaskan aku.

    Akak pergi mana selama ni? tanya Nisa lagi.

    Akak sambung belajar Nisa. Kat London.

    Kenapa tak contact kami langsung? Kalau ya pun

    marahkan abang, janganlah sampai kami disisihkan....

    Tak, akak tak bermaksud begitu. Errr kita cari

    tempat, Nisa. Susah cakap kat sini.

    Nisa lantas bersetuju dengan sarananku. Kami

    mengambil tempat yang sedikit tersorok. Mudah untuk kamiberbual. Waktu makan tengah hari itu dipenuhi dengan

    menjawab soalan-soalan Nisa yang tidak henti-henti keluar

    dari mulutnya. Tetapi semua itu hanya berkisarkan kehidupan

  • 8/6/2019 Antara Benci Dan Rindu PDF

    3/151

    Ida Farisya

    3

    yang aku jalani dalam tempoh lima tahun selepas berpisah

    dengan abangnya.

    Sesekali Nisa ada juga bertanyakan perihal aku

    dengan abangnya. Tetapi aku hanya mendiamkan diri. Bagiku

    sudah tidak ada keperluan untuk aku menjawabnya.

    Semuanya sudah berlalu. Aku tidak mahu mengingatinya

    lagi. Dan bekas adik iparku itu seolah-olah memahaminya.

    Kami berpisah apabila waktu makan tengah hari

    tamat. Sebelum berpisah, Nisa ada meminta nombor teleondan alamatku. Aku terpaksa turutkan kerana tidak mahu

    menghampakannya. Sangkaku itu adalah kebetulan dan tidak

    mungkin ada apa-apa yang akan berlaku selepas pertemuanku

    dengan Nisa. Tetapi nampaknya lain pula yang terjadi.

    Keesokan harinya aku telah dihubungi oleh seorang wanita

    yang cukup aku kenal. Walaupun sudah lima tahun berpisah

    tetapi kelembutan suaranya masih jelas di ruang ingatanku.

    Itulah bekas ibu mentuaku, Puan Maria. Terlintas di

    fkiranku, tentulah Nisa yang memberikan nombor teleonku

    kepadanya.

    Lama aku berbual dengan bekas ibu mentuaku itu.

    Wanita itu tidak membenarkan aku meletakkan teleon.

    Rindu padaku katanya. Ah, sesungguhnya aku turutmerinduinya.

    Selepas puas berbual, Puan Maria meminta untuk

    berbual dengan ibu pula. Aku hanya turutkan kehendak Puan

    Maria. Selepas itu aku tinggalkan ibu di situ. Malas hendak

    ambil pusing akan perbualan mereka berdua. Hal orang tua-

    tua tidak elok kalau orang muda masuk campur. Lagipun aku

    sendiri perlu melakukan persediaan untuk mengajar esok.

  • 8/6/2019 Antara Benci Dan Rindu PDF

    4/151

    Antara Benci dan Rindu

    4

    SEKALI lagi ia tidak berhenti di situ saja. Keesokan harinya

    selepas pulang ke rumah, ibu meminta aku ke ruang tamu.

    Kulihat abah sudah sedia menunggu. Aku hanya duduk

    tanpa banyak soal. Selepas mendengar kata-kata ibu, aku

    seakan terhenyak di tempat duduk. Kata ibu, Puan Maria

    mengajak kami ke rumahnya pada hujung minggu ini. Dan

    mereka telah pun bersetuju. Puas aku memberi alasan untuk

    mengelak, tetapi tidak diterima oleh ibu dan abah. Mereka

    memang beria-ia hendak aku turut serta. Akhirnya selepasberlaku perang mulut antara aku dengan ibu dan abah,

    barulah aku bersetuju.

    Seperti biasa, jika melibatkan keluarga itu, aku

    pasti tidak akan dapat membuat keputusan sendiri. Semuanya

    ibu dan abah yang tentukan. Aku hanya mengeluh, lalu

    membawa diri ke laman. Tidak tahu berapa lama aku duduk

    di situ melihat keindahan langit yang ditaburi bintang-bintang bergemerlapan. Cuba meredakan kedukaan yang

    bersarang di hati.

    Hai, anak ibu menungkan apa tu?

    Tiba-tiba suara lembut menyapa pendengaranku.

    Lantas aku hadiahkan senyuman manis untuknya. Walaupun

    hati dilanda duka, tetapi untuk menyakitkan hatinya tidaksama sekali.

    Tak ada apalah ibu. Saja Ia ambil angin kat luar

    ni. Kenapa ibu tak tidur lagi? Dah lewat ni.

    Tau pun dah lewat. Habis tu, kenapa Ia tak tidur

    lagi? Esokkan nak bangun awal? tanya ibu sambil

    melabuhkan punggungnya di sebelahku.

    Aku hanya mendiamkan diri. Perlukah aku ke sana?

    Hatiku memang membantah keras. Tetapi kata ibu dan abah

    bukan boleh dibantah. Pasti aku akan dimarahi mereka. Tidak

  • 8/6/2019 Antara Benci Dan Rindu PDF

    5/151

    Ida Farisya

    5

    dinafkan, ibu dan abah memang orang tua yang baik. Begitu

    juga dalam hal yang satu ini, aku tidak boleh melawan cakap

    mereka. Jika tersilap kata buruk padahnya.

    Kadang-kadang aku terfkir apalah yang

    membuatkan mereka begitu menyanjungi keluarga bekas

    menantu mereka itu? Sedangkan hakikat penceraian kami

    sudah jelas benar. Lelaki keparat itu yang menceraikan aku

    kerana aku ini hanyalah pilihan keluarga dan bukanlah

    pilihan hatinya. Aku ini gadis yang kolot dan selekeh. Tidakseperti Anne, teman wanitanya itu. Wanita seksi yang begitu

    bergaya.

    Kenapa Ia diam aje? Ada yang tak kena ke?

    Tak adalah ibu.Emmm... ibu, kalau Ia tak pergi ke

    Kuala Lumpur, tak boleh ke? Ia banyak kerja yang nak

    disiapkan. Ibu dengan abah ajelah yang pergi ya? pujukkulembut. Moga-moga alasan aku kali ini diterima.

    Masuk yang ini sudah kali keberapa aku pujuk

    mereka. Tetapi semuanya hampa kerana ibu mendapat

    sokongan padu abah. Aku harap dengan ketiadaan abah, hati

    ibu dapat dilembutkan.

    Kerja apa? Kita pergikan hari Ahad?

    Suara ibu sudah mula meninggi.

    Tapi bu.

    Dah! Tak ada tapi-tapi lagi. Esok Ia mesti ikut ibu

    dengan abah ke KL. Dah, pergi masuk tidur! Perintah ibu.

    Aku hanya mengeluh hampa. Gagal lagi!

    Nampaknya aku terpaksa juga mengikut mereka. Ya Allah...

    kau tabahkanlah hatiku untuk hadapi semua ini.

  • 8/6/2019 Antara Benci Dan Rindu PDF

    6/151

    Antara Benci dan Rindu

    6

    I

    FApergi mana selama ni, nak?

    Puas kami cari... ujar Puan

    Maria dalam esak tangisnya.

    Sedari tadi tubuhku tidak dilepaskan daripada

    pelukannya. Wajahku juga berkali-kali diciumnya. Suasana

    pilu itu juga turut membuatkan air mataku tumpah.

    Penerimaan bekas mentuaku itu sedikit sebanyak

    mengundang rasa terharu di hatiku. Ternyata mereka tidak

    membuang aku walaupun sudah lima tahun kami tidak

    bersua muka.Ia sambung belajar ma, di London, beritahuku

    dalam nada perlahan.

    Patutlah kami tak dapat kesan Ia langsung. Shima

    dengan Hassan pindah pun tak beritahu kami. Kalaulah Nisa

    tak terserempak dengan Ia kat konvokesyen pendidikan hari

    tu, agaknya sampai sekarang kami tak jumpa dengan Ia

    sekeluarga, marah Puan Maria kepada kami semua.

    Maa, sebab buat Maria sekeluarga tercari-cari.

    Selepas Ia bercerai dengan Rizal, kami malu nak contact

    Bab2

  • 8/6/2019 Antara Benci Dan Rindu PDF

    7/151

    Ida Farisya

    7

    dengan Maria sekeluarga lagi. Takut Maria sekeluarga

    berdendam dengan kami, ujar ibu lembut.

    Abah sekadar mengangguk setuju. Sedangkan

    perasaan aku yang tidak enak. Kata-kata ibu tadi seolah-olah

    menyalahkan aku. Sedangkan aku tidak bersalah pun....

    Kenapa pula macam tu, Shima, Hassan... bukan

    salah Ia pun. Ni semua salah Si Rizal tu sendiri. Intan depan

    mata tak nampak, kaca juga yang dicarinya. Saya pun tak

    tahulah kenapa Rizal tu bodoh sangat waktu tu. Isteri sebaikIa diceraikan. Hah, bila dah tak ada baru terkapai-kapai

    mencari! kata bekas ayah mentuaku pula.

    Hatiku sedikit tenang mendengar kata-katanya.

    Nyata di mata bekas mentuaku, aku tidak bersalah. Tetapi

    anak lelaki kesayangan mereka yang bersalah. Tetapi timbul

    pula persoalan di benakku pada lewat ucapannya. BenarkahRizal mencariku selama ini? Namun aku cepat sedar diri.

    Untuk apa dicari lagi gadis kolot ini, sedangkan dia sudah

    memiliki teman wanita yang cukup sempurna. Agaknya papa

    hanya berkata begitu untuk menyedapkan hati kami

    sekeluarga.

    Eh, marilah masuk. Bersembang kat luar pula kita

    ni. Macam dah tak ada rumah.

    Entah awak ni... bukannya nak diajak tetamu kita

    masuk. Datang dari Kedah mesti penat ni.

    Saya excited sangat bang. Maklumlah, dah lama

    tak jumpa dengan Ia ni. Makin cantik Ia sekarang, puji

    Puan Maria sambil mengelus-elus wajahku.

    Aku tersenyum malu.

    Akhirnya aku melangkah juga ke rumah ini.

    Sesuatu yang tidak pernah aku fkirkan selepas berpisah

    dengan Yusrizal. Tetapi nampaknya semua itu terjadi jua

  • 8/6/2019 Antara Benci Dan Rindu PDF

    8/151

    Antara Benci dan Rindu

    8

    selepas lima tahun kami berpisah. Rumah ini tidak jauh

    berubah. Tetap indah seperti kali terakhir aku melihatnya.

    Makin kelihatan indah dengan keramahan penghuninya.

    Sedari tadi aku dilayan mesra oleh mama dan papa.

    Mama pula awal-awal lagi menyuruh aku bermalam di rumah

    itu. Rindu katanya. Pada mulanya aku menolak, tetapi setelah

    dipujuk oleh ibu dan abah, memandangkan esok adalah cuti

    khas, maka aku terpaksa bersetuju akhirnya.

    Aku bimbang sebenarnya. Bimbang jika terserempakdengan Yusrizal. Bagaimana aku hendak menghadapinya?

    Mesti dia tidak suka dan marah jika melihat aku di sini.

    Maklumlah... perempuan kolot ini kembali lagi dalam

    hidupnya. Perempuan kolot? Huh, itu dulu... tidak lagi

    sekarang!

    Pengalaman banyak mengajar aku erti kehidupan.Dan kepahitan itulah telah membuatkan aku berubah. Malah,

    sebagai seorang pensyarah perakaunan di Universiti Utara

    Malaysia (UUM) menuntut aku supaya lebih berkeyakinan.

    Tempoh lima tahun benar-benar menjadikan aku

    sebagai Ia yang lain. Bukan Ia yang lemah seperti lima

    tahun dulu. Dengan persiapan yang ada dalam diriku

    sekarang, tidak ada alasan untuk aku takut dengan Yusrizallagi. Lagipun aku ke sini bukan kerana dia. Kalau tidak

    disebabkan ibu dan abah yang memaksa, tidak mungkin aku

    ke sini.

    Hai,sis!

    Aku yang sedang leka mengacau gulai, sedikit

    tersentak apabila terasa tubuhku dipeluk dari belakang.Nisa, terkejut akak! marahku sambil menjeling

    manja. Dari mana ni? Baru nampak muka. Akak dah lama

    kat sini, tau.

  • 8/6/2019 Antara Benci Dan Rindu PDF

    9/151

    Ida Farisya

    9

    Sorry, sis. Ada hal sikit. Akak, jom ikut Nisa kejap,

    ajak Nisa sambil menarik tanganku.

    Eh, nak pergi mana ni?

    Alah, jomlah!

    Nanti siapa yang tengokkan kari ni?

    Alah, Mak Idah ada. Mak Idah, tolong tengokkan

    ek? pinta Nisa kepada pembantu rumah mereka yang sedang

    membasuh pinggan.Baiklah, Nisa.

    Aku ditarik oleh Nisa ke depan. Kelam-kabut aku

    membetulkan langkah kerana bimbang akan tersungkur.

    Langkah Nisa terlalu laju.

    Nisa, pelan-pelanlah... jatuh akak nanti.

    Nisa tidak mengendahkan kata-kataku, malah terusmenarik tanganku.

    Abang Rizal, tengok siapa yang datang ni?

    Mataku membulat. Tidak menyangka, rupa-rupanya

    inilah tujuan Nisa beria-ia benar mahu menarik aku ke ruang

    tamu. Ingin menemukan aku dengan abangnya! Pada Nisa,

    aku hadiahkan pandangan kurang senang.

    Gadis itu hanya tersenyum sumbing.

    Kali ini aku dipaksa pula duduk di soa yang

    berhadapan dengan abangnya itu. Geram waktu itu tidak

    usah dicakap. Apatah lagi apabila mataku menangkap

    pandangan mata Yusrizal yang begitu tajam menikam

    wajahku. Macam tidak pernah tengok orang aja! Berbukit

    rasa menyampahku terhadapnya saat ini.

    Macamlah aku tidak tahu apa yang sedang dia

    fkirkan. Mesti tengah mengutuk aku la tu! Buat apalah

  • 8/6/2019 Antara Benci Dan Rindu PDF

    10/151

    Antara Benci dan Rindu

    10

    minah kolot ni datang sini lagi? Tak pun, mesti dia harap aku

    berambus cepat. Maklumlah, sudah tentulah kedatanganku

    ini mengganggu ketenteramannya. Eleh... aku pun tak harap

    nak duduk melongo menghadap muka kau kat sini. Kucing

    kat rumah aku lagi cantik mukanya daripada kau.

    Eh, ya ke? Tak adalah kut. Hakikatnya, Yusrizal

    memang kacak orangnya. Nampaknya dia lebih kacak dalam

    tempoh lima tahun kami berpisah. Sempat juga aku meneliti

    raut wajahnya. Rambutnya yang dahulu dibiarkan panjang,kini telah dipotong pendek. Setahu aku, lelaki ini memang

    tidak pernah membiarkan rambutnya pendek selepas tamat

    sekolah.

    Wajah yang cerah itu kelihatan bersih sekali.

    Seperti wajah orang beriman. Tetapi itu hanya pandanganku.

    Hakikatnya lelaki ini bukan seperti itu. Terlalu sosial. Cakap

    saja aktiviti maksiat yang ada, semuanya pernah dia lakukan.

    Cuma dia tidaklah sampai mengambil dadah dan pilecstasy.

    Eh, Rizal... yang kau tenung Si Ia sampai macam

    tu sekali kenapa?

    Suara Puan Maria tiba-tiba memecah kesunyian.

    Aku mengalihkan pandangan ke sekeliling. Saat itu tidak

    dapat diungkap rasa malu yang datang. Masakan tidak, semuaorang di ruang tamu itu memandang tepat ke arah kami

    sambil tersenyum mengusik. Aku alihkan pula pandanganku

    ke arah Yusrizal.

    Lelaki itu kelihatan tersenyum malu sambil

    menggeleng-gelengkan kepala.

    Tak ada apa-apalah ma... cuma lama tak jumpadengan Ia. Lain Ia sekarang. Ia apa khabar? tanya Yusrizal

    berbasa-basi.

    Terkejut aku dengan teguran itu. Sangkaku Yusrizal

  • 8/6/2019 Antara Benci Dan Rindu PDF

    11/151

    Ida Farisya

    11

    tidak akan menegurku lagi selepas penceraian kami. Itulah

    yang dikatakannya kepadaku lima tahun dulu, bahawa dia

    tidak mahu melihat wajahku muncul di depan matanya lagi.

    Bukan saja wajah, malah bayang aku pun dia tidak mahu

    tengok. Saat itu aku sedar betapa hinanya diri aku di mata

    dia. Bertitik tolak dari situlah, aku tanamkan kebencian

    terhadap dirinya. Dan kebencian itu telah menjadikan aku

    sebagai insan yang baru. Insan yang tidak pernah kenal erti

    kekalahan.Ia, kenapa diam? Kan Rizal tanya tu.

    Suara lembut ibu memecahkan kebuntuanku. Aku

    seakan baru tersedar. Sekali lagi semua mata memandang ke

    arahku.

    Baik.... Dengan malas aku menjawab,

    Kalau Rizal nak tahu, Ia ni sambung belajar, buatmaster kat London. Lepas tu keluarga dia orang pula

    berpindah, sebab tu kita tak dapat cari dia orang sebelum ni,

    terang Puan Maria.

    Oh, ya ke? Berapa tahun Ia belajar kat sana?

    Selalunyamastertak sampai lima tahun, kan?

    Tiga tahun.

    So, Ia buat apa sekarang ni? tanya lelaki itu lagi.

    Aku pula sudah semakin malas mahu menjawab.

    Tetapi disebabkan kami sedang menjadi perhatian, terpaksa

    juga aku ringankan mulut. Kerja.

    Eh, Ia ni... Rizal tu penat bertanya, sepatah-

    sepatah dia jawab, tegur abah.

    Aku hanya mendiamkan diri. Biar semua orang

    tahu yang memang aku tidak bercadang hendak beringan

    mulut dengan Yusrizal. Itu pun sudah kira bertuah aku jawab

  • 8/6/2019 Antara Benci Dan Rindu PDF

    12/151

    Antara Benci dan Rindu

    12

    juga soalan yang diajukan. Kalau langsung tak jawab, macam

    mana?

    Biarlah Hassan. Mungkin Ia tu malu lagi kut.

    Nanti okeylah tu, sampuk bekas ayah mentuaku pula.

    Tuan, puan... makan malam dah dihidangkan.

    Alhamdulillah... nampaknya Mak Idah telah

    menyelamatkan keadaan.

    Hah, jom kita makan. Saya pun dah lapar ni,pelawa bekas ayah mentuaku. Nisa, ajak kakak tu makan.

    Baik papa. Jom, Kak Ia.

    Aku akur. Lagipun seperti bekas ayah mentuaku,

    aku juga lapar. Maklumlah sepanjang perjalanan, aku hanya

    minum air mineral. Selera aku hilang kerana mabuk jalan.

    Itulah kelemahan aku.

    Aku mengambil tempat. Makanan yang terhidang di

    atas meja kelihatan begitu menyelerakan. Terasa seperti

    hendak ditelan semua. Aku mula membayangkan jika aku

    berada di rumah. Tentulah aku tidak sesopan sekarang.He he

    he....

    Keghairahan untuk makan seakan hilang apabila

    Yusrizal mengambil tempat di sebelahku. Aku jadi kaku.Kenapa dalam banyak-banyak tempat, dekat sebelah aku juga

    yang jadi pilihan? Meja makan ini cukup besar. Pilih saja

    tempat lain asalkan bukan dekat aku. Tetapi mungkin

    Yusrizal sudah biasa makan di sini.

    Aku teringat ketika aku masih menjadi isterinya

    dulu. Aku dan Yusrizal akan duduk di tempat yang sama

    seperti yang kami duduki sekarang. Dan bermulalah lakonan

    antara kami. Kami akan berlagak seperti kamilah pasangan

    yang paling bahagia sedangkan hakikatnya bukan begitu.

  • 8/6/2019 Antara Benci Dan Rindu PDF

    13/151

    Ida Farisya

    13

    Walaupun hati aku menangis, tetapi aku terpaksa turutkan

    juga permintaan Yusrizal kerana dia tidak mahu kedua-dua

    ibu bapanya menghidu kedinginan hubungan kami.

    Eh, Ia... kenapa tak makan? Rizal ambilkan nasi

    untuk Ia tu.

    Yusrizal hanya akur akan permintaan bekas ayah

    mentuaku itu. Dua senduk nasi diletakkan di dalam pinggan

    nasiku. Kalau tadi nasi sebanyak ini kurasakan tidak cukup,

    tetapi sekarang separuh pinggan pun belum tentu aku dapathabiskan.

    Ia nak lauk apa? Nanti abang ambilkan.

    Gulp abang? Sejak bila dia membahasakan

    dirinya abang ni? Kalau dulu yalah juga. Tapi kata ganti diri

    itu hanya akan digunakan sekiranya kami berkomunikasi di

    hadapan keluarga masing-masing. Jika tidak, Yusrizal lebihsenang beraku-engkau saja denganku. Takkanlah setelah

    bercerai pun kata ganti diri itu hendak dikekalkan?

    Ia???

    Errr... tak apa. Nanti saya ambil sendiri.

    Yusrizal hanya menganggukkan kepala. Kemudian

    dia menumpukan pada makan malamnya semula. Lelaki itukelihatan berselera benar. Aku pula yang hilang selera. Tetapi

    aku perlu makan untuk menghilangkan rasa laparku.

    Walaupun suasana di meja makan itu agak meriah,

    namun masih tidak dapat mengeluarkan aku daripada dunia

    yang kuciptakan sendiri. Banyak perkara yang aku sedang

    fkirkan sekarang ini. Antaranya termasuklah sikap lelaki

    yang berada di sebelahku ini. Entah mengapa aku dapat

    rasakan kelainan pada siatnya. Tetapi perasaan itu cepat-

    cepat kuhakis kerana aku tahu itu semua hanya lakonan

    Yusrizal. Lakonan yang dilakukan untuk mengaburi mata

  • 8/6/2019 Antara Benci Dan Rindu PDF

    14/151

    Antara Benci dan Rindu

    14

    keluarga kami, sama seperti yang kami lakukan lima tahun

    lepas.

    SELEPAS makan malam, aku dan Nisa membantu Mak Idah

    mengemas ruang tempat kami makan tadi. Kalau diikutkan

    hati memang malas hendak meringankan tangan. Dengan

    perutku yang ull tank ini cukup untuk membuatkan aku

    tidur nyenyak hingga ke esok pagi. Tapi apakan daya, lahir

    sebagai anak perempuan memang itulah kerjanya. Kalau tidak

    menolong dikatakan malas pula!

    Sesudah mengemas, Nisa mengajak aku berbual di

    laman banglo itu. Aku hanya turutkan. Lagipun sudah lama

    aku tidak menghabiskan masa di laman indah yang mamaciptakan ini. Mama memang kreati orangnya. Aku masih

    ingat ketika aku masih menjadi menantu rumah ini dulu.

    Aku sering menghabiskan masa di sini. Laman ini

    membuatkan fkiranku tenang. Terasa tidak ada satu pun

    masalah yang aku hadapi jika aku berada di sini.

    Kami melabuhkan punggung di kerusi kayu yang

    tersedia di tengah laman itu. Aku semakin kagum dengan

    hasil kerja mama. Laman ini bertambah cantik. Malah

    semakin luas. Kalaulah aku mempunyai laman secantik ini,

    sudah tentu dari pagi hingga ke malamlah aku bertapa di

    sini. Dan ibu pun mungkin tidak mengenali lagi anaknya.

    Kerana aku sudah bertukar kerjaya dari seorang pensyarah

    kepada penunggu laman terhormat.He he he....

    Aku dan Nisa terus berbual hingga tidak sedar

    malam sudah semakin lewat. Bukan kami saja, malah ibu

    bapaku dan bekas ibu bapa mentuaku juga nampaknya masih

  • 8/6/2019 Antara Benci Dan Rindu PDF

    15/151

    Ida Farisya

    15

    tidak mahu mengakhiri perbualan. Terlalu banyak yang

    dibualkan. Sesekali terdengar ilai tawa mereka dari ruang

    tamu. Cuma Yusrizal sahaja aku tidak tahu ke mana telah

    menghilang. Mungkin sudah masuk tidur.

    Akak, kalau Nisa tanya sikit akak jangan marah

    ya?

    Belum tanya lagi macam mana nak marah Nisa,

    balasku cuba berseloroh.

    Nisa hanya tersenyum. Ah, gadis ini terlalu murah

    dengan senyuman.

    Janji jangan marah tau? pintanya lagi.

    Akhirnya aku mengangguk sambil tersenyum.

    Emmm... akak masih marahkan Abang Rizal ke?

    Soalan Nisa yang kufkir terlalu drastik itu benar-

    benar membuatkan aku bungkam. Terus terang aku katakan,

    aku tidak tahu hendak berkata apa. Untuk sementara aku

    hanya membiarkan soalan Nisa begitu saja.

    Akak?

    Aku alihkan pandangan ke arah Nisa. Kelihatan

    gadis itu seperti tidak sabar-sabar untuk mendengar butir

    bicaraku.

    Nisa rasa macam mana? tanyaku pula.

    Kalau dari pandangan mata Nisa ni, memang

    nampak macam akak masih marahkan abang lagi. Tapi

    entahlah... jawab Nisa perlahan.

    Kalau itu yang Nisa nampak... so macam tu la,

    jawabku acuh tak acuh. Malas sebenarnya mahumembincangkan hal ini. Lagipun Nisa adalah adik Yusrizal.

    Takkanlah aku hendak mengutuk si abang depan adiknya

    pula. Tidakkah itu keterlaluan? Lainlah kalau yang di depanku

  • 8/6/2019 Antara Benci Dan Rindu PDF

    16/151

    Antara Benci dan Rindu

    16

    ini Linda, teman baikku. Bolehlah juga aku buat ketupat

    (mengumpat). Sepanjang lima tahun ini pun sudah banyak

    manaketupat yang aku buat dengan Linda. Tidak terkira!

    Alah, cakaplah Kak Ia. Anggap saja Nisa sebagai

    tempat luahkan perasaan. Akak tak boleh pendam saja apa

    yang akak rasa. Sesekali kena diluahkan juga. Betul tak?

    Tak ada apa yang nak diluahkan, Nisa. Semuanya

    sudah selesai. Antara akak dengan abang sudah tak ada apa-

    apa lagi. Jadi, tak usahlah kita bincangkan lagi hal ni ya,pintaku. Berharap benar pengertian daripada Nisa.

    Walaupun bekas adik iparku kelihatan tidak puas

    hati, tetapi dia terpaksa turutkan kehendakku. Nisa bukanlah

    orang yang suka memaksa. Dia amat memahami. Aku sudah

    menganggapnya sebagai adik kandungku sendiri. Lagipun

    aku anak tunggal. Tidak ada kakak atau adik perempuan yangboleh berkongsi suka dan dukaku. Pada Nisalah aku luahkan

    segala-galanya sepanjang tempoh aku menjadi isteri Yusrizal

    dulu. Hanya Nisa yang mengetahui perihal rumah tanggaku

    dengan abangnya dulu. Itupun kerana Nisa turut ternampak

    adegan maksiat antara Yusrizal dengan teman wanitanya

    yang berlaku di rumah kami lima tahun lepas.

    Ketika itu aku baru pulang dari kampung keranamenziarahi abah yang kurang sihat. Yusrizal tidak turut

    serta. Selepas mendapat keizinannya aku pulang seorang diri.

    Nasiblah ibu dan abah tidak banyak soal. Mereka hanya

    menerima alasanku yang menantu mereka itu sibuk dengan

    tugas pejabatnya.

    Selepas beberapa hari di kampung dan kesihatan

    abah sudah semakin baik, aku putuskan untuk pulang. Sebaik

    tiba di pudu raya, aku cuba meneleon Yusrizal untuk

    meminta dia menjemputku. Tetapi talian teleon bimbitnya

  • 8/6/2019 Antara Benci Dan Rindu PDF

    17/151

    Ida Farisya

    17

    tidak akti. Beberapa kali kucuba tetapi masih tiada balasan.

    Akhirnya aku terpaksa meminta bantuan Nisa. Gadis itu

    muncul setelah lima belas minit aku menunggu.

    Sebaik sampai di rumah, aku pelik kerana kereta

    Yusrizal ada terparkir diporch. Bermakna Yusrizal tidak ke

    mana-mana. Ah, mungkin dia tidur. Sebab itu dia matikan

    talian kerana tidak mahu diganggu. Tetapi kenapa hatiku rasa

    tidak enak?

    Aku jemput Nisa masuk. Gadis itu hanya menurut. Aku pulas tombol pintu. Semakin pelik apabila aku dapati

    pintu rumah tidak berkunci. Dan sebaik sahaja pintu utama

    rumah kutolak, alangkah terperanjatnya aku dan Nisa dengan

    adegan yang terhidang di depan mata kami. Aku terjelopok di

    atas lantai, tidak percaya lelaki yang bersama wanita itu

    adalah suamiku. Wanita itu hanya berpakaian dalam

    manakala Yusrizal hanya mengenakan seluar pendek. Mereka

    kelihatan asyik sekali berkucupan sehingga langsung tidak

    menyedari kehadiran kami di situ. Jadi inilah alasan mengapa

    Yusrizal tidak mahu mengikutku pulang ke kampung. Ingin

    menghabiskan masa bersama teman wanitanya tanpa

    gangguan aku. Menitis air mataku saat itu.

    Mereka hanya tersedar apabila Nisa berdehem kuat.Terkocoh-kocoh wanita itu mengenakan pakaiannya semula.

    Manakala Yusrizal merenungku dengan pandangan yang

    maha tajam. Mungkin marah kerana aku membawa pulang

    adiknya yang secara tidak sengaja turut menyaksikan adegan

    sebabak itu. Selama ini tiada seorang pun yang tahu, tetapi

    sekarang rahsianya pecah di depan adiknya sendiri.

    Apa yang abang buat ni hah??? Abang tak malu

    ke??? Abang tu dah kahwin tau? Hei... perempuan! Kau buat

    apa kat sini hah??? Keluar!!! pekik Nisa.

  • 8/6/2019 Antara Benci Dan Rindu PDF

    18/151

  • 8/6/2019 Antara Benci Dan Rindu PDF

    19/151

    Ida Farisya

    19

    mendapatkan Nisa yang sudah teresak-esak menangis.

    Tubuhnya kupeluk erat.

    Abang, kenapa abang tampar Nisa? Dia tak

    bersalah, marahku pada Yusrizal.

    Kau diam! Sejak kau hadir dalam hidup aku,

    semuanya porak-peranda. Mulai hari ni, aku tak mahu tengok

    muka kau kat sini lagi. Berambus kau dari hidup aku! Bukan

    saja muka kau, malah bayang kau pun aku tak mahu tengok!

    Mulai hari ni kau bukan isteri aku lagi. Aku ceraikan kau!!!Pergilah mana kau nak pergi. Aku tak peduli lagi!!! Sekarang,

    berambus!!!

    Terpanar aku mendengar kalimah itu. Benarkah

    aku telah diceraikan?

    Abang!

    Berambus aku kata!!!

    Yusrizal menarik aku dan Nisa keluar dari rumah

    itu. Walaupun aku cuba merayu tetapi tidak dipedulikan.

    Hempasan kuat pintu rumah seakan menyedarkan aku

    bahawa aku bukan lagi puan di rumah itu. Walaupun berat

    kaki melangkah, aku gagahkan juga. Aku sudah tidak mampu

    menenangkan Nisa yang semakin galak menangis. Bagaimana

    hendak kupujuknya jika hatiku sendiri luka berdarah.

    Berita penceraian antara aku dan Yusrizal aku

    khabarkan pada orang tua kami. Tetapi aku tidak

    mengkhabarkan tentang apa yang berlaku pada hari terakhir

    aku menjadi isteri Yusrizal. Pada Nisa telah awal-awal lagi

    kupinta agar jangan buka cerita. Aku hanya biarkan Yusrizal

    yang menjawab segala persoalan yang diutarakan oleh orangtuanya. Alasan yang dia berikan ialah kami tidak seahaman

    lagi. Dan dia sudah mempunyai pilihan hati dan ingin

    menikahi teman wanitanya itu selepas habis tempoh edahku.

  • 8/6/2019 Antara Benci Dan Rindu PDF

    20/151

    Antara Benci dan Rindu

    20

    Aku hanya menelan kata-katanya itu. Walaupun

    pahit, itulah yang harus kutelan. Mama dan papa cuba

    memujuknya tetapi pendirian anak lelaki mereka bukan

    senang hendak digoyah. Akhirnya mereka terpaksa akur.

    Masih terbayang di ruang mataku linangan air mata

    mama ketika kali terakhir aku memeluknya. Dan itulah kali

    terakhir aku menatap wajahnya.

    Akak? Akak menangis?

    Aku terkejut. Pantas air mata yang mengalir kusapu

    dengan telapak tangan. Terasa seperti semalam tragedi itu

    berlaku hingga sakitnya begitu mencengkam jiwa.

    Tak adalah. Mata akak masuk habuk, dalihku. Aku

    menghadiahkan senyuman buat Nisa. Tetapi Nisa seakan

    mengerti lalu mengalihkan tempat duduknya di sebelahku.

    Perlahan-lahan air mataku yang masih berbaki disapunya.Aku jadi malu sendiri.

    Nisa minta maa kalau soalan Nisa tadi

    membuatkan akak teringat kisah silam. Nisa janji Nisa takkan

    tanya lagi soalan macam tu. Maakan Nisa, ya?

    Tak apalah, Nisa. Bukan salah Nisa. Memang dah

    nasib akak macam tu.

    Dahlah akak. Jomlah kita masuk.

    Aku mengangguk. Namun belum sempat aku

    bangun, satu suara yang cukup aku kenali menyapa kami.

    Hai... berbual panjang nampak, sapa Yusrizal.

    Aku menghadiahkan jelingan buatnya saat mata

    kami berbalas pandang. Biar dia rasa.Nisa, boleh abang cakap dengan Kak Ia sekejap,

    pinta Yusrizal pada adiknya.

    Nisa mengalihkan pandangannya padaku. Aku

  • 8/6/2019 Antara Benci Dan Rindu PDF

    21/151

    Ida Farisya

    21

    lantas menggeleng. Tidak mahu ditinggalkan. Ditinggalkan

    bersama Yusrizal membuatkan aku jadi tidak betah.

    Baiklah, tapi jangan lewat sangat berbual. Kak Ia

    dah mengantuk tu.

    Aku terkejut dengan reaksi Nisa.

    Nisa berlalu. Tinggallah aku dengan Yusrizal. Lelaki

    itu melabuhkan punggung di sebelahku. Tindakannya itu

    membuatkan aku gelisah. Entah apalah yang hendak

    dicakapkan agaknya. Sedangkan padaku sudah tidak ada apa-

    apa yang hendak dibincangkan antara aku dan dirinya.

    Cantikkan langit malam ni, Ia? Yusrizal

    memulakan bicara.

    Aku mencebik. Itu aje ke dia nak cakap?

    Kalau itu aje yang awak nak cakap, maa... saya tak

    ada masa nak dengar. Saya masuk dulu. Dah mengantuk ni!

    ujarku lantas ingin berlalu.

    Nanti dulu, Ia. Please... duduk dulu. Abang ada

    hal nak bincang dengan Ia ni.

    Awak nak bincang apa lagi? Antara kita dah tak ada

    apa-apa. Kita dah bercerai. So, sekarang teruskan dengan

    kehidupan awak dan saya dengan kehidupan saya.

    Tidak Ia... antara kita masih terlalu banyak

    perkara yang perlu diselesaikan. Please... duduk dulu. Kita

    bincang, pujuk Yusrizal lembut.

    Entah mengapa aku jadi mual apabila mendengar

    suara lembutnya itu. Suara pujuk rayu yang suatu ketika

    dahulu hanyalah untuk perempuan itu.Saya tak mahu. Maa... saya masuk dulu, kataku

    dan mula melangkah.

    Ia masih marahkan abang?

  • 8/6/2019 Antara Benci Dan Rindu PDF

    22/151

    Antara Benci dan Rindu

    22

    Langkah kakiku terhenti. Yusrizal melangkah

    menghampiriku.

    Abang tahu Ia masih marahkan abang. Dan abang

    juga tahu hati Ia masih terluka. Berilah peluang untuk abang

    sembuhkannya. Abang akan tebus semua kesalahan abang

    selama ni. Berilah abang peluang, Ia....

    Aku lantas berpaling menghadapnya. Perasaan

    marah mula menguasai diri. Apa yang awak cakap ni, hah?

    Awak dah gilaek?

    Abang tak gila, Ia. Abang masih waras. Malah

    abang mengaku inilah satu-satunya perkara yang abang

    lakukan dengan fkiran yang waras. Selama ni abang hanya

    turutkan nasu saja. Bagilah abang peluang, Ia. And I

    promise you wont regret it.

    Kata-katanya meletuskan tawaku. Kenapa denganYusrizal ni? Angin tak ada, ribut tak ada, tiba-tiba jadi begini.

    Mana perginya siat kasar lelaki itu? Mana pergi siat

    bongkaknya dahulu. Apa dah jadi? Sehingga sanggup merayu

    pada perempuan yang suatu ketika dahulu dianggap kolot ini.

    Apa dah jadi dengan awak ni sebenarnya? Awak ni

    memang dah hilang akal kut. Awak sedar tak pada siapa yang

    awak rayu ni? Pada perempuan kampung yang kononnya

    kolot, tak tahu bergaya macam teman wanita awak yang seksi

    tu. Yang ketinggalan zaman, yang...

    Cukup, Ia! Abang tahu abang silap. Intan depan

    mata abang tak nampak, kaca juga yang abang puja-pujakan.

    Abang takkan ulang kesilapan abang lagi. Maakanlah abang,

    Ia... rayunya lagi.Rimas aku waktu itu. Sungguh aku tidak percaya

    pada kata-kata yang lahir dari bibirnya itu. Padaku semuanya

    dusta. Entah apalah tujuan Yusrizal merayu pada aku begini?

  • 8/6/2019 Antara Benci Dan Rindu PDF

    23/151

    Ida Farisya

    23

    Pasti ada udang di sebalik batu. Jangan haraplah aku akan

    termakan dengan lakonan kau lagi. Lelaki hipokrit!!!

    Dahlah... awak ni memang dah gila. Saya

    nasihatkan esok awak pergi jumpa doktor betulkan apa yang

    patut. Otak awak tu memang dah mereng sangat-sangat. Saya

    pun nak masuk tidur. Nanti berjangkit pulak penyakit gila

    awak tu. Goodnight!

    Aku terus melangkah tanpa menoleh lagi.

    Meninggalkan Yusrizal yang terkulat-kulat di situ.Panggilannya langsung tidak aku endahkan. Padan muka!

    Baru kau tahu siapa aku sekarang. Ingat senang nak makan

    pujukan kau.

    Huh!

    IFA, nanti janganlah jemu datang melawat kami di sini.

    Mama harap sangat hubungan kita tak terputus macam tu aje.

    Mama dah anggap Ia macam anak mama sendiri, ya sayang?

    ujar Puan Maria dengan linangan air mata.

    Seperti semalam, Puan Maria memeluk erattubuhku. Aku lihat air mata wanita itu bergenang. Sungguh

    hatiku tersentuh. Linangan air mata mama seolah-olah

    menyampaikan maksud yang mama benar-benar maksudkan

    apa yang diucapkannya sebentar tadi. Rasa terharu yang

    bermukim di dada sedikit sebanyak telah mengundang air

    mataku juga. Walau cuba kutahan tetapi ia tetap mengalir

    membasahi pipi. Sekali lagi aku gagal menyembunyikankesedihanku. Kasih sayang wanita itu telah membuatkan aku

    kalah.

    Mama janganlah sedih. Ia janji, Ia takkan lupakan

  • 8/6/2019 Antara Benci Dan Rindu PDF

    24/151

    Antara Benci dan Rindu

    24

    mama sekeluarga. Ia pernah hidup dalam keluarga ni dulu.

    Macam manalah Ia boleh lupa. Aku berkata lirih.

    Sememangnya aku tidak pernah lupakan kasih

    sayang mama padaku. Malah, aku akui sepanjang lima tahun

    berpisah, aku begitu merindui mama. Sunguh beruntung

    Yusrizal dan Nisa kerana mempunyai mama yang begitu baik

    dan penyayang.

    Janji?

    Ia janji, ma....

    Selepas aku melaazkan janji, barulah Puan Maria

    melepaskan tubuhku lalu tersenyum. Mungkin berpuas hati

    dengan janjiku tadi. Sempat juga mama menghadiahkan

    kucupan di dahiku sebelum beralih kepada ibu pula. Aku pula

    beralih kepada Nisa. Dia kulihat sedang mengalirkan air

    mata. Air matanya lantas kusapu.Nisa pantas memeluk erat tubuhku dan aku

    membalas pelukannya.

    Akak jangan lupakan Nisa ya. Selalu-selalulah SMS

    Nisa. Nisa tak ada kakak. Nisa dah anggap akak macam kakak

    Nisa sendiri, ujar Nisa dalam tangisan.

    Semakin laju air mataku menuruni pipi apabilamendengar rintihannya. Aku pantas membalas kata-katanya

    dengan anggukan.

    Nisa belajar rajin-rajin ya? Jangan hampakan

    harapan orang tua, pesanku sambil aku mengesat air mata

    yang mengalir di pipinya.

    Nisa janji kak, janji Nisa kepadaku.

    Aku meleraikan pelukan lalu beralih pula kepada

    papa. Aku menghulurkan tangan kepada papa lalu tunduk

    untuk mengucup tangannya.

  • 8/6/2019 Antara Benci Dan Rindu PDF

    25/151

    Ida Farisya

    25

    Ia minta maa kalau Ia ada buat salah pada papa

    selama Ia di sini. Halalkanlah makan minum Ia selama Ia

    menjadi menantu papa.

    Papa tersenyum sambil menggeleng-gelengkan

    kepala. Telapak tangannya mengusap lembut kepalaku.

    Ia tak salah. Semua tu dah takdir Tuhan. Siapalah

    kita nak menghalang. Papa harap janganlah Ia lupa kami di

    sini, ucap papa yang juga berpesan perkara yang sama.

    Aku hanya menganggukkan kepala sambil

    tersenyum. Aku melepaskan tangan papa. Semua orang telah

    kujumpa melainkan Yusrizal. Lelaki itu menghadiahkan

    senyuman sewaktu mata kami bertentangan. Aku masih

    teragak-agak sama ada hendak maju atau tidak.

    Aku alihkan pandangan kepada semua. Mereka

    turut menjatuhkan pandangan ke arahku. Kupandang ibudengan pandangan penuh bermakna. Ibu lantas tersenyum

    mengangguk.

    Akhirnya dengan berat hati aku terpaksa berdepan

    dengan Yusrizal juga. Aku tahu alangkah tidak sopannya

    sekiranya aku pergi begitu saja. Walaupun dendamku masih

    bermaharajalela, aku terpaksa melakukan ini demi

    menyenangkan hati semua pihak. Mereka pula seakan

    mengerti ketidaksenanganku ketika berdepan dengan

    Yusrizal, lalu bergerak ke keretaku yang tersadai di luar

    pagar. Tinggallah kami berdua di situ dengan suasana yang

    sunyi sepi.

    Aku berdiri bertentangan dengan Yusrizal. Untuk

    beberapa ketika tiada bicara yang terluah antara kami. Hanyapandangan mata yang mengungkap maksud di dada. Yang

    pasti hatiku tidak terasa berat hendak meninggalkannya

    seperti perasaanku pada ahli keluarganya yang lain.

  • 8/6/2019 Antara Benci Dan Rindu PDF

    26/151

    Antara Benci dan Rindu

    26

    Rizal.... Akhirnya aku memulakan bicara.

    Yusrizal masih merenung ke dalam mataku.Renungannya membuatkan aku hampir kalah. Sejak

    mengenali lelaki ini, aku mula menyedari satu lagi

    kelemahanku. Aku tidak akan sesekali mampu untuk

    membalas renungannya. Tetapi hari ini aku gagahkan jua.

    Selepas kita bercerai, ada perkara yang saya nak

    cakap kat awak tapi tak berkesempatan, sebab awak tak nak

    tengok muka saya, malah bayang saya sekalipun, sambungkulagi.

    Wajah Yusrizal berubah apabila mendengar

    bicaraku. Mungkin tidak menyangka yang aku masih

    mengingati kata-katanya dulu. Ah, hakikatnya aku tidak

    mungkin akan lupa! Dan dia juga mungkin tidak menyangka

    yang aku masih mahu mengungkit kisah lama pada saat ini.Dan saya nak bagitau hari ni.

    Apa dia, Ia? Katakanlah... abang sedia

    mendengarnya.

    Saya nak minta maa sekiranya ada kesilapan yang

    saya lakukan sepanjang tempoh saya menjadi isteri awak. Dan

    halalkanlah makan minum saya.

    Tidak, Ia isteri yang baik dan tak pernah

    melakukan kesilapan. Cuma abang yang bodoh kerana tidak

    pandai menilai ketulusan hati Ia. Malah, abang banyak

    melukakan hati Ia. Abang yang sepatutnya minta maa,

    bukan Ia, balas Yusrizal dalam nada yang tenang.

    Aku menggelengkan kepala sambil tertawa kecil.

    Tidak. Saya yang salah dari mula lagi. Sepatutnya

    saya berkeras menolak pinangan keluarga awak dulu, kerana

    saya sedar akan perbezaan kita. Tapi saya kalah dengan

  • 8/6/2019 Antara Benci Dan Rindu PDF

    27/151

    Ida Farisya

    27

    permintaan ibu supaya menerima pinangan tu. Dan akhirnya

    kita berkahwin walaupun pada waktu itu saya terpaksa

    meninggalkan teman lelaki saya kerana awak. Tapi saya reda

    kerana saya percaya pilihan orang tua lebih berkekalan. Tapi

    nampaknya saya silap. Walaupun saya cuba pertahankan

    perkahwinan kita, takdir Tuhan mengatasi segala-galanya.

    Perkahwinan kita hancur juga. Semuanya salah saya.

    Mata Yusrizal tidak berkelip daripada memandang

    wajahku. Kerutan di dahinya menunjukkan yang dia kurangjelas dengan kata-kataku tadi.

    Apa maksud Ia? Ia pun tak bersetuju dengan

    perkahwinan kita dulu?

    Ya! Awak pernah mengatakan yang kehadiran saya

    telah memporak-perandakan hidup awak. Begitu juga saya.

    Semenjak kehadiran awak, hidup saya berubah. Ibu yangselama ni tak pernah menghalang akan keinginan saya, mula

    mengawal setiap gerak-geri saya. Pinangan dari keluarga

    awak saya terima kerana ibu. Saya tinggalkan teman lelaki

    saya juga kerana ibu. Ibu begitu menentang hubungan kami

    selepas kedatangan lamaran dari keluarga awak, sedangkan

    sebelum itu ibu tak pernah kisah pun siapa pilihan saya.

    Hidup saya tak bermakna selepas itu. Kalau awak fkir awaksorang yang menderita dengan perkahwinan itu, awak silap...

    kerana saya yang lebih menderita.

    Aku menarik naas dalam. Hari ini aku mahu

    meluahkan segala-galanya. Biarlah Yusrizal tahu, kerana aku

    sudah tidak mampu lagi menanggungnya seorang diri. Ia

    begitu menjerut hatiku. Kulihat postur Yusrizal masih seperti

    sebelumnya. Tetapi kali ini kerutan di dahinya semakin

    banyak.

    I... Ia ada teman lelaki sebelum kita kahwin?

  • 8/6/2019 Antara Benci Dan Rindu PDF

    28/151

    Antara Benci dan Rindu

    28

    Hanya anggukan yang kuberikan sebagai jawapan.

    Kenapa Ia tak pernah beritahu abang?Sekali lagi aku tertawa. Kali ini sedikit sinis.

    Kenapa saya tak pernah beritahu? Perlukah?

    Lagipun cuba awak fkir, sepanjang setahun perkahwinan

    kita, pernahkah awak ambil berat tentang saya? Tak, Yusrizal!

    Bercakap dengan saya bila perlu saja. Sakit pening saya tak

    pernah awak ambil tahu. Semuanya saya yang tanggung

    sendiri. Yang awak tahu hanya keluar bersuka ria dengan

    Anne. Itupun awak masih bertanya kenapa saya tak pernah

    beritahu? Suaraku sudah sedikit meninggi.

    Yusrizal meraup mukanya. Kekesalan jelas

    terpancar di situ. Bukan aku sengaja mahu mengungkit,

    tetapi setiap kali membincangkan hal ini, amarahku sukar

    dikawal. Walaupun puas aku mencuba, tapi ia hanyalah sia-sia.

    Maakan abang, Ia. Abang tahu abang memang

    bodoh. Punya isteri sebaik Ia tapi abang sia-siakan. Selepas

    abang berkahwin dengan Anne, barulah abang sedar siapa

    intan, siapa permata. Masa tu abang benar-benar menyesal.

    Anne tak seperti yang abang sangkakan. Dia tak layak menjadi

    seorang isteri. Tuhan saja yang tahu perasaan abang waktu

    tu. Abang selalu teringatkan Ia. Kenangan kita sepanjang

    menjadi suami isteri. Tapi abang sedar, terlajak tindakan akan

    menyesal seumur usia. Perkahwinan kedua abang juga

    kecundang, Ia. Tapi kali ini lebih singkat. Perkahwinan

    abang dengan Anne hanya bertahan lapan bulan.

    Aku memandang tepat ke wajahnya. Terjawablahsudah persoalanku selama ini. Patutlah aku tidak nampak

    Anne sepanjang aku berada di sini. Rupa-rupanya mereka

    telah lama bercerai. Tidak kusangka, cinta juga tidak

  • 8/6/2019 Antara Benci Dan Rindu PDF

    29/151

    Ida Farisya

    29

    menjamin kebahagiaan dalam perkahwinan Yusrizal. Ah,

    tidak! Perkahwinan Yusrizal dengan Anne bukan berdasarkan

    cinta, tetapi berlandaskan nasu semata. Benarlah kata para

    ulama, setiap tindakan yang berlandaskan nasu tidak akan

    bertahan lama.

    Sudahlah, saya tak mahu kenangkan lagi perkara

    tu. Apa yang nak saya cakapkan, sudah pun saya luahkan.

    Selepas ni saya harap kita dapat jalani kehidupan kita seperti

    biasa. Saya pergi dulu, kataku lalu mula mengorak langkah.Hatiku lega kerana hari ini sedikit sebanyak beban

    di dadaku sudah terluah. Sekarang aku akan kembali ke

    kehidupanku semula. Semoga ada yang lebih indah

    menantiku di sana.

    Tak adakah peluang kedua untuk abang, Ia?

    Pertanyaan Yusrizal mematikan langkahku.Perlahan-lahan aku berpusing menghadap wajah kusutnya

    semula.

    Maakan saya, Rizal. Saya pernah beri peluang pada

    awak dulu. Bukan sekali, malah berkali-kali. Siang malam

    saya berdoa kepada Allah supaya awak berubah dan menerima

    saya sebagai isteri. Tapi awak tetap tak berubah. Malah, saya

    diceraikan. Saya sudah tak mampu nak memberi peluang

    pada awak lagi. Selagi hati saya masih terasa sakit, selagi

    itulah saya takkan memaakan awak, ujarku nekad.

    Yusrizal berjalan menghampiriku. Wajahnya yang

    tadi kelihatan kusut semakin kusut. Mungkin kecewa dengan

    keputusan yang telah aku ambil. Tapi untuk apa?

    Abang tau bukan mudah untuk Ia lupakan apa yang telah abang lakukan pada Ia dulu. Walaupun Ia tak

    mahu berikan abang peluang, tapi abang akan terus mencuba

    untuk memenangi hati Ia. Abang tahu hanya Ia yang abang

  • 8/6/2019 Antara Benci Dan Rindu PDF

    30/151

    Antara Benci dan Rindu

    30

    tunggu selama ni. Selepas abang mengahwini Anne, barulah

    abang sedar siapa yang abang cinta. Abang hanya cintakan Ia

    dan akan terus mencintai Ia.

    Cukup! Saya tak mahu dengar lagi semua ni. Pada

    saya semua yang keluar dari mulut awak dusta belaka. Tapi

    awak jangan harap saya akan termakan dengan kata-kata

    awak tu. Saya bukan lagi Ia yang dulu.

    Tak Ia, abang betul-betul maksudkan apa yang

    abang cakap. Abang tak tipu! Abang tahu dalam keadaanmacam ni, Ia mungkin tak akan percaya. Tapi abang akan

    buktikan kata-kata abang, Ia. Suatu hari nanti Ia akan

    nampak kebenaran kata-kata abang ni, ujar Yusrizal

    bersungguh-sungguh.

    Hendak ketawa aku mendengar kata-katanya itu.

    Tetapi kutahan kerana bimbang didengari semua orang disitu. Pasti mereka akan tahu yang kami sedang bergaduh

    sekarang ini.

    Kalau itu yang awak cakapkan, saya amat berharap

    yang hari tu takkan pernah wujud. Saya pergi dulu. Jaga diri

    awak. Dan jagalah keluarga awak. Assalamualaikum.

    Kali ini aku melangkah tanpa menoleh lagi. Itulah

    yang aku harapkan. Aku tak mahu lagi memandang ke

    belakang. Aku mahu terus ke depan. Kerana masa lalu terlalu

    menyakitkan.

  • 8/6/2019 Antara Benci Dan Rindu PDF

    31/151

    Ida Farisya

    31

    AKU memerhatikan pelajar-

    pelajarku yang sedang tekun

    menyiapkan latihan yang telah

    kami bincangkan sebentar tadi. Itu adalah keadaan rasmi

    bagi setiap pelajar. Mungkin mereka pun sudah ari dengan

    cara aku mengajar. Sebelum menghadiri kelas aku selalu

    mengingatkan para pelajar supaya membaca nota yang telah

    aku upload ke dalam blog aku. Biasanya aku akan upload

    notaku itu seminggu lebih awal untuk memastikan pelajar-

    pelajarku membuat persediaan yang secukupnya sebelum

    menghadiri kelas. Ini kerana aku hanya akan menekankan

    bahagian teknikal sahaja. Maklumlah, subjek perakaunan

    memang banyak melibatkan pengiraan. Cuma beberapa

    peratus sahaja yang diperuntukkan untuk teori. Dan selalunya

    pelajar jurusan ini memang cukup obia dengan soalan teori.

    Mereka lebih menumpukan pada bahagian pengiraan. Aku

    cukup maklum tentang itu, kerana aku juga pernah menjadipelajar seperti mereka dulu.

    Para pelajar masih leka dengan tugasan mereka.

    Tidak kurang juga yang sedang berbual di belakang kelas.

    Bab3

  • 8/6/2019 Antara Benci Dan Rindu PDF

    32/151

    Antara Benci dan Rindu

    32

    Siapa lagi kalau bukan Malik dan Ridzuan. Tetapi aku tidak

    kisah kerana aku tahu kedua-dua pelajar itu adalah pelajar

    pintar. Sekali ajar sudah tersimpan kemas di dalam kotak

    ingatan mereka. Malah, setiap kali aku mengajar, mereka

    berdualah yang banyak membantuku ketika perbincangan

    kami.

    Aku bergerak dari satu barisan meja ke satu barisan

    yang lain. Sempat juga ku intai workings yang mereka

    lorekkan. Ada yang memuaskan hati, malah ada juga yangtidak. Biasalah, fkirku. Itulah yang dikatakan proses

    pembelajaran. Mesti melakukan kesalahan! Jika tidak

    bukanlah dinamakan belajar.

    Dayana , this is incorrect! Ive told you so many

    times. Retained prot brought orward or the rst journal

    entry in consolidation comes rom the acquisition date. And

    retained prot or minority interest comes rom current year

    amount. Dont you remember?

    Pelajar itu menepuk dahi. Aku tersenyum dengan

    gelagatnya.

    Oh my God. I really orgot about that. No wonder

    my consolidated balance sheet was not tally.

    See? I you make a careless mistake rom the

    beginning it will aect all your workings. So, be more

    careul. This is just a small mistake actually, but I cant help

    you during the exam.

    Okay, Miss Ia. Thanks.

    Aku melihat jam di dinding. Sudah menunjukkan

    pukul tiga setengah petang. Nampaknya aku perlumenamatkan sesi pengajaran walaupun kelas sepatutnya

    tamat pada pukul empat petang. Lalu aku bergerak ke depan

    kelas.

  • 8/6/2019 Antara Benci Dan Rindu PDF

    33/151

    Ida Farisya

    33

    Okay class. We will end our class now. Beore that

    please remember that our topic or next class is changes in

    ownership. I have uploaded it in my blog. So, please get the

    copy and make some revision beore my next class. I will ask

    you some question related to the topic. Just to make sure

    that all o you do the reading. And one more thing, please

    complete your consolidated worksheet or the exercise just

    now. I have already given you the nal answer, right? So, try

    to get the nal answer. I you have any problem do nothesitate to see me, okay?

    Okay, Miss Ia! jawab para pelajar serentak.

    Okay, class is dismissed.

    Tanpa menunggu lama, aku lantas meninggalkan

    kelas dan menuju ke bilikku. Banyak lagi kerja yang

    menantiku di sana. Semuanya memerlukan komitmenkudengan segera. Yang pastinya dalam dua tiga minggu ini aku

    akan sibuk. Bimbang juga jika aku tidak akan punya masa

    untuk pelajarku. Setiap kali consultation hour bilik akulah

    yang paling meriah daripada pensyarah-pensyarah yang lain.

    Pernah suatu ketika dulu, Encik Ramli menegurku kerana

    terlalu ramai student yang datang berjumpaku, sedangkan

    pensyarah lain tidak pula begitu.Hai, Ia... meriah bilik awak ni nampak. Apa hal?

    Ketika itu aku sedang sibuk melayani kerenah

    pelajar-pelajarku yang datang dengan pelbagai permasalahan.

    Biasalah Encik Ramli, ini waktu consultation

    saya, jawabku.

    Hai, susah juga jadi pensyarah avourite pelajarlelaki ya? Waktu consultation mesti penuh dengan pelajar.

    Pelajar lelaki semua pula tu. Pelajar perempuan tak ada pula

    masalah dalam pelajaran ya, perli Encik Rahim.

  • 8/6/2019 Antara Benci Dan Rindu PDF

    34/151

    Antara Benci dan Rindu

    34

    Kelihatan mereka semua hanya tertawa. Aku pula

    malas melayan kerenah mereka lalu kembali menumpukan

    perhatian kepada pelajar-pelajarku. Bagiku, mereka memang

    memerlukan tunjuk ajar. Bukan seperti yang didakwa oleh

    sesetengah rakan pensyarah yang mengatakan pelajar-

    pelajarku hanya mencari alasan untuk berjumpaku.

    Nonsense! Takkanlahstudent nak mengurat pensyarah?

    Aku meneruskan langkah. Saat kakiku menapak di

    depan bilik, hatiku sedikit hairan apabila ternampak seoranglelaki sedang bersandar di pintu bilikku. Di tangannya ada

    sejambak bunga mawar yang sungguh cantik. Lelaki itu

    lantas menyapaku.

    Cik Ia?

    Ya saya.

    Ada pesanan bunga untuk Cik Ia, beritahunyasambil menghulurkan jambangan bunga itu kepadaku.

    Aku menyambut hulurannya dengan seribu

    pertanyaan. Siapa pula yang bemurah hati memberikan

    jambangan bunga ini? Aku adaadmirerke?

    Silasign di sini, Cik Ia, pinta lelaki itu.

    Aku yang masih kebingungan hanya menurutkehendaknya.

    Okey, terima kasih. Saya pergi dulu.

    Aku hanya mengangguk. Selepas itu aku kembali

    menumpukan perhatian kepada jambangan bunga yang

    berada di dalam tanganku. Sekeping kad yang terselit di

    celah-celah kuntuman bunga itu aku ambil dan kubuka.

    Hidup manusia memang tidak pernah sunyi

    dengan melakukan kesilapan,

  • 8/6/2019 Antara Benci Dan Rindu PDF

    35/151

    Ida Farisya

    35

    Dan kesilapanku yang paling besar adalah

    melukaimu,

    Kutahu bukan mudah untuk dirimu

    menerimaku kembali,

    Tapi diri ini akan tetap mencuba,

    Kerana kutahu kau tercipta untuk diriku....

    ~Yusrizal~

    Setelah membaca kata-kata itu, cepat sahaja kakiku

    mencari tong sampah. Lalu jambangan indah itu

    kulemparkan ke dalamnya. Puas hatiku! Tidak cukup di

    rumah, kini Yusrizal berani pula menghantar bunga untuk

    memujuk rayuku. Jangan ingat begitu mudah aku akan

    menerima pujuk rayunya. Hati ini tidak akan sesekali tewas

    dengan pujuk rayunya!

  • 8/6/2019 Antara Benci Dan Rindu PDF

    36/151

    Antara Benci dan Rindu

    36

    TERIMA KASIH ya, ucapku

    kepada penghantar bunga

    itu. Selepas menutup pintu

    aku memerhatikan jambangan bunga mawar yang masih

    kupegang. Selalunya bunga mawar ini hanya akan menjadi

    makanan tong sampah sahaja. Tetapi nampaknya niatku itu

    terpaksa dibatalkan dahulu untuk hari ini kerana tong

    sampah di luar sudah penuh dengan bunga-bunga kiriman

    Yusrizal. Terpaksalah aku bersabar sementara menunggu

    pekerja majlis perbandaran mengosongkan tong sampah itu.

    Sabar ya wahai bunga. Kejap lagi aku akan pastikan

    tempat kau kat dalam tong sampah tu. Tapikan antara semua

    bunga yang dihantar pada aku, kaulah yang paling bertuah.

    Sempat juga kau merasa duduk dalam bilik aku yang cantik

    ni.

    Seperti selalu, pasti sekeping kad akan dikepilkan

    bersama. Teringin juga aku hendak mengetahui apa pulayang mahu diluahkan Yusrizal di situ. Sebelum ini pun aku

    tidak pernah lupa untuk membaca kata-kata yang telah

    dicoretkan Yusrizal untuk diriku. Aku suka apabila Yusrizal

    Bab4

  • 8/6/2019 Antara Benci Dan Rindu PDF

    37/151

    Ida Farisya

    37

    merayu begitu. Ternyata dendam lama masih tidak mampu

    kukikis. Biar dia pula merasai bagaimana perasaanku apabila

    merayu pada dirinya dulu. Rayuan yang tidak pernah

    dipedulikan. Malah ditongsampahkan begitu sahaja.

    Sayangku, andai bisa diputarkan masa,

    Pasti aku tidak akan berasa derita rindu

    seperti hari ini,

    Kerana akulah lelaki yang paling bertuah

    memiliki isteri sebaikmu,

    Sayangku, andai bisa diputarkan masa,

    Aku akan pastikan kaulah wanita yang paling

    bahagia di dunia ini,

    Kerana aku akan cuba menjadi suami terbaikbuatmu.

    ~Yusrizal~

    Huh!

    Kalaulah boleh diputarkan waktu, takkan akubegitu bodoh nak menerima lamaranmu. Kerana kutahu

    derita yang bakal kau rencanakan untuk diriku, ujarku

    menyambung puisi Yusrizal.

    Selama tiga hari ini Yusrizal tidak akan lupa untuk

    mengirimkan bunga untuk aku. Hatiku tertanya-tanya,

    mengapa Yusrizal masih sanggup membazirkan wang,

    sedangkan aku tidak memberikan respons terhadap

    kesungguhannya itu. Mungkin juga playboy seperti Yusrizal

    masih berpegang kuat kepada pepatah Melayu yang

  • 8/6/2019 Antara Benci Dan Rindu PDF

    38/151

    Antara Benci dan Rindu

    38

    mengatakan hati perempuan seperti kerak nasi yang akan jadi

    lembut sekiranya dicurahkan dengan air. Kalau itulah yang

    ada dalam fkirannya, ternyata lelaki itu salah perhitungan

    kerana aku bukan seperti wanita yang selemah itu.

    Deringan teleon bimbit di atas meja sedikit

    membuatkan aku tersentak. Menandakan satu SMS telah

    diterima. Cepat sahaja aku mencapainya kerana aku

    sememangnya sedang menunggu SMS daripada seorang

    pensyarah yang akan memaklumkan tarikh dan waktu untukmesyuarat bagi semua pensyarah perakaunan kewangan

    lanjutan.

    Namun tatkala melihat nombor yang tidak dikenali,

    hatiku sedikit hairan. Tetapi mungkin juga rakan pensyarahku

    itu menggunakan nombor baru ataupun dia meminjam

    teleon orang lain. Lalu, punatreadkutekan.

    Hi, Ia... did you get the fowers? - Yusrizal.

    Aduh! Dia lagi? Sudahlah! Aku dah cukup semak

    dengan bunga yang dikirimkan setiap hari. Kini ditambah

    pula dengan SMS ini. Makin berserabut kepalaku. Dari mana

    pula lelaki itu mendapat nombor teleon bimbitku? Ini mesti

    kerja Nisa! Dia seorang sahaja yang tahu nombor teleon

    bimbitku.

    Isy, tak boleh harap betul budak ni. Sudah berapa

    kali aku mengingatkan dirinya supaya jangan memberikan

    nombor teleonku kepada abangnya itu. Eee... geram betul!

    Kini apa pula yang harus aku lakukan untuk menghadapilelaki ini.

    Aku tidak berniat untuk membalas SMS yang

    dihantarnya. Lantas SMS itu aku delete. Tak mahu ia berada

  • 8/6/2019 Antara Benci Dan Rindu PDF

    39/151

    Ida Farisya

    39

    di dalam teleon bimbitku terlalu lama. Kalau boleh aku tidak

    mahu semua tentang Yusrizal menghantui diriku. Cuma satu

    yang tak bisa kukikis. Kenangan! Ya, kenangan lalu yang

    begitu memeritkan. Seandainya kenangan itu juga boleh aku

    delete seperti yang kulakukan terhadap SMS itu, pasti akan

    kulakukan. Tapi, mana mungkin!

    Semenjak itu aku sering diganggu dengan SMS

    Yusrizal saban hari. Hampir sahaja aku menukar nombor

    teleon, tapi apabila mengingatkan yang nombor ini telahkudatarkan di UUM niatku itu kumatikan sahaja. Jika aku

    menukarkan nombor teleon bimbitku banyak pula prosedur

    yang perlu aku jalani untuk mendatarkan kembali nombor

    itu.

    Gangguan itu berterusan hinggalah ke hari ini.

    Sudah tiga bulan ia berlanjutan. Tapi sekali pun aku tidak

    pernah mempedulikannya. Semua SMS yang dihantar oleh

    Yusrizal, kubiarkan sepi. Selama tiga bulan ini jugalah

    Yusrizal tidak pernah lupa untuk mengirimkan bunga

    untukku. Tidak terkira berapa banyak wang yang Yusrizal

    habiskan. Tapi apa yang dihairankan jika dia anak orang

    berada.

    Ketukan di muka pintu mematikan lamunanku.Daripada bunyi ketukan itu aku sudah kenal akan orangnya.

    Pantas bibirku tersenyum.

    Come in! laungku.

    Apabila daun pintu dikuak, terpacullah wajah lelaki

    yang suatu ketika dahulu terlalu sukar untuk aku lupakan.

    Hai, sibuk ke?Tak adalah, tengah berangan aje.

    Daniel tersenyum. Tanpa disuruh, Daniel menarik

    kerusi berhampiranku lalu melabuhkan punggungnya di situ.

  • 8/6/2019 Antara Benci Dan Rindu PDF

    40/151

    Antara Benci dan Rindu

    40

    So, hari ni dapat bunga lagi? tanya Daniel. Dia

    sudah maklum akan kiriman bunga daripada Yusrizal. Bukan

    niatku untuk mencanangkan itu semua. Tetapi siapa yang

    tidak hairan apabila setiap hari penghantar bunga akan

    berkunjung ke bilikku. Lagi pula aku juga yang selalu

    memenuhkan tong sampah itu.

    Macam biasalah, jawabku sambil memuncungkan

    bibirku ke arah letaknya bunga itu.

    Hai, dah tak buang nampak. Kenapa, nak buathiasan kat dalam bilik ke?

    Tak adalah. Dah buang tebiat agaknya I nak buat

    macam tu. Tong sampah penuhlah. Nanti I buanglah,

    ucapku dengan muka menyampah.

    Daniel tersenyum sambil menggeleng.

    Tong sampah tu tiap-tiap hari makan bunga.Kesian dia... kasilah makan benda lain pula.

    Biarlah dia makan bunga. Sedap apa, bukan senang

    nak dapat tu.

    Kesianex-husbandyou tu. Penat-penat dia belikan

    you bunga setiap hari tapi you buang macam tu saja.

    Buat apa I nak kesiankan dia? Dia tak pernahkesiankan I pun.

    Mungkin dia dah berubah, Ia. Cubalah bagi dia

    peluang.

    Untuk apa? Supaya dia dapat sakitkan hati I lagi.

    No way! I dah serik dengan lelaki buaya macam tu.

    Daniel mengangkat bahu.Suka hati you la. I cuma bagi nasihat. Jangan nanti

    you menyesal sudah.

  • 8/6/2019 Antara Benci Dan Rindu PDF

    41/151

    Ida Farisya

    41

    Nope! I takkan sesekali menyesal dengan lelaki

    macam tu. Sia-sia saja!

    Well, well see. Emmm... so jadi tak lunch nanti?

    Yup!Sure.

    Kalau macam tu jumpa lunch hournantiek.

    Okey.

    PERUT yang berlagu riang memaksa aku melirik ke arah jam

    di pergelangan tangan. Patutlah... dah pukul dua belas empat

    puluh lima tengah hari. Tidak lama selepas itu kedengaran

    ketukan di muka pintu bilikku. Aku tersenyum kerana

    anggapanku sudah tentulah Daniel yang menungguku untuk

    makan bersama.

    Daniel, tunggu kejap, I nak kemaskan meja ni!

    laungku dari dalam bilik. Namun aku sedikit hairan dengan

    bunyi ketukannya hari ini. Terasa lain benar. Mana pergi

    trademark ketukannya seperti selalu? Mungkin dia sudah

    malas hendak melagukan ketukan itu lagi.He he he....

    Setelah berpuas hati, pantas tanganku mencapai

    dompet dan teleon bimbit lalu menyumbat ke dalam kocek

    seluarku. Lebih mudah begitu. Aku tidak gemar membawa

    tas tangan. Ngeri rasanya apabila membaca surat khabar yang

    menceritakan tentang kejadian ragut yang banyak berlaku

    akhir-akhir ini. Aku tidak mahu kejadian itu terjadi kepada

    diriku pula. Jalan terbaik adalah dengan membiarkan

    tanganku kosong.

    Pintu bilik kubuka.

    Im coming, Da. Mulutku ternganga. Tidak

  • 8/6/2019 Antara Benci Dan Rindu PDF

    42/151

    Antara Benci dan Rindu

    42

    percaya dengan apa yang aku lihat di hadapan mataku ini.

    Mustahil!! Bagaimana dia boleh ada kat sini?

    Rizal??? Apa yang awak buat kat sini?

    Lelaki itu hanya tersenyum tenang. Mungkin dia

    sudah menjangkakan reaksi sebegitu daripadaku.

    Hai Ia. Apa khabar?

    Awak buat apa kat sini? Macam mana awak boleh

    ada kat sini?Soalanku tidak dijawab malah dia masih tersengih

    seperti kerang busuk. Sungguh aku tidak menyangka akan

    bertemunya semula. Sangkaku pertemuan di rumahnya tiga

    bulan lepas adalah yang terakhir tapi ternyata tidak! Yusrizal

    masih mahu mengganggu hidupku.

    Ia tak nak jemput abang masuk ke?

    Aku yang masih dalam keadaan terkejut tiba-tiba

    mula tersedar. Mataku meliar memerhati sekeliling. Takut

    sekiranya ada pensyarah-pensyarah lain yang ternampak

    gelagat kami berdua.

    Maa, saya dah janji dengan kawan, jawabku.

    Lunch ke?

    Aku mengangguk tanda mengiyakan.

    Emmm jom lunch dengan abang. Abang pun tak

    makan lagi ni.

    Saya dah janji dengan oranglah, ulangku lagi

    dengan nada menyampah. Cakap bahasa Melayu pun tak

    aham.

    Emmm... cancellah. Abang datang jauh-jauh ni

    sebab nak jumpa Ia. Dengan kawan, esok-esok pun boleh

    lunch sama.

  • 8/6/2019 Antara Benci Dan Rindu PDF

    43/151

    Ida Farisya

    43

    Suka hati awak aja nak suruh saya cancel. Saya

    dah berjanji dengan oranglah.

    Ia tak kesian dengan abang ke? Abang datang

    jauh-jauh ni. Kerja yang berlambak dekat ofs pun abang

    tinggalkan semata-mata nak jumpa dengan Ia.

    Saya tak suruh pun awak buat semua tu. Awak

    yang rela hati nak buat.So, jangan nak salahkan saya.

    Sekarang ni, can you please excuse me? Saya dah lapar.

    Menghadap muka awak ni bukannya mengenyangkan pun!tempelakku. Sengaja menyakitkan hatinya. Sengaja cari pasal

    siapa suruh. Sendiri buat, sendiri tanggunglah!

    Aku pantas melepaskan diri sebaik sahaja mengunci

    pintu bilikku. Yusrizal hanya kubiarkan terkulat-kulat

    memerhatikan tingkah lakuku. Baru sahaja aku berkira-kira

    hendak meneleon Daniel dan memaklumkan bahawa akusedang menunggunya di tepi kereta, tiba-tiba aku terasa

    rentapan kuat di pergelangan tanganku. Terdorong aku ke

    hadapan. Tindakan yang drastik membuatkan tubuhku hilang

    imbangan.

    Rizal! Apa ni? Lepaslah....

    Abang nak lunch dengan Ia sekarang.

    Tapi saya dah janji dengan oranglah. Awak ni tak

    aham bahasa ke? marahku. Namun nada suara masih cuba

    kukawal kerana takut terdengar dek orang lain.

    Abang tak peduli! Cancelkan saja lunch tu.

    Sekarang abang nak Ia ikut abang! tegasnya.

    Dengan langkah kaki yang cuba kukawal agar tidak

    tersungkur, ditambah pula dengan kelakuan Yusrizal yang

    tidak sopan membuatkan hatiku membengkak. Namun aku

    tidak berdaya melawan apabila kami mula menuruni tangga.

  • 8/6/2019 Antara Benci Dan Rindu PDF

    44/151

    Antara Benci dan Rindu

    44

    Aku hanya menuruti langkahnya. Genggaman

    tanganku masih tidak dilepaskan. Walaupun sakit, aku hanya

    mampu bertahan. Tidak elok sekiranya ada para pelajar yang

    terlihat adegan perbalahan antara kami berdua. Saat itu

    hatiku terlalu sebal dengan tindakan Yusrizal itu.

    NASI yang masih penuh di dalam pinggan aku pandang

    kosong. Lapar yang kurasakan sebentar tadi seakan hilang

    kerana terpaksa menghadap wajah yang memang tidak

    kugemari. Sedangkan lelaki itu kelihatan berselera sahaja

    menjamu selera.

    Agaknya dah berapa tahun agaknya tak makan

    mamat ni. Aku yang kat depan ni dia buat tak tahu aja. Baiktak usah ajak aku lunch kalau macam ni!

    Yusrizal masih meneruskan suapannya sehinggalah

    ke suapan yang terakhir. Setelah menghirup air dan mengelap

    bibir barulah lelaki itu menghalakan pandangannya ke

    wajahku.

    Eh, kenapa kuis aja nasi tu? Kenapa Ia tak

    makan?

    Kenyang.

    Tapi tadikan Ia kata lapar? Takkan makan dua tiga

    biji nasi dah kenyang?

    Ayat perli nampak? Aku kenyang sebab menghadap

    muka kau la.

    Ke, sebab kecewa tak dapat keluar makan dengan

    Daniel? perli Yusrizal dengan memek muka yang bersahaja.

    Aku terkejut apabila nama yang pada anggapanku

  • 8/6/2019 Antara Benci Dan Rindu PDF

    45/151

    Ida Farisya

    45

    cukup asing baginya, disebut. Bagaimana pula dia mengetahui

    pasal Daniel? Seingat aku, ketika di rumahnya dulu aku tidak

    pernah sebut nama Daniel di hadapannya. Apatah lagi

    bercerita itu dan ini tentang Daniel padanya.

    Kenapa? Terkejut macam mana abang boleh tahu?

    ujar Yusrizal sambil menyandarkan badannya ke kerusi.

    Mataku mengecil melihat lagaknya itu. Sebagai

    isyarat sebenarnya. Aku mahu dia terus membukakan mulut

    untuk menjawab segala persoalan yang bermain di benakkuini.

    Bukan saja rupanya, malah siapa dia dalam hidup

    Ia sebelum dan selepas kita kahwin pun abang tahu...

    ujarnya. Masih cuba memeningkan kepalaku. Di dalam

    fkiranku pula terlintas adakah Yusrizal sudah bertukar

    kerjaya? Menjadi penyiasat persendirian, mungkin....Daniel tu sebenarnya bekas kekasih Ia, kan? Juga

    merangkap pensyarah perakaunan di akulti Ia, kan?

    Macam mana awak tahu semua ni? soalku. Kalau

    dibiarkanmamat ni merepek, alamatnya sampai ke esok pagi

    pun tak habis.

    Yusrizal menjongketkan bahunya sambil tersenyum

    bangga. Sakit hatiku dengan senyumannya itu. Senyuman itu

    seolah-olah mengejekku.

    Nak seribu daya, Ia. Tak nak, seribu dalih.

    Saya tanya macam mana awak boleh tahu tentang

    dia? tanyaku sekali lagi. Keningku diangkat tanda aku tidak

    berniat hendak bergurau dengannya.

    Abang upah penyiasat.

    Hah? Awak ni dah gila ke?

    Yup!!! Memang abang dah gila. Abang gilakan Ia!

  • 8/6/2019 Antara Benci Dan Rindu PDF

    46/151

    Antara Benci dan Rindu

    46

    Nonsense! marahku. Sampai begitu sekali sikap

    keanak-anakan Yusrizal. Sanggup menghabiskan wang untuk

    menyiasat tentang Daniel. Tetapi kalau difkirkan, salahku

    juga kerana memberitahunya yang aku punya kekasih hati

    sebelum aku mengahwininya.

    Bagi Ia itu semua nonsense. Tapi bagi abang tak!

    Hati abang tak tenang sejak Ia beritahu yang Ia pernah

    bercinta sebelum kita kahwin. Abang nak tahu siapa orang

    tu.Habis tu, bila awak dah tahu puaslah hati awak ya?

    Saya sebenarnya tak aham. Untuk apa awak buat semua ni?

    Tak ada maknanya. Hubungan saya dengan dia dah lama

    putus!

    Memang hubungan Ia dengan dia dah lama putus.

    Tapi Ia masih berkawan dengan dia, kan?So what? Tak boleh ke saya nak berkawan dengan

    dia?

    Tak salah kalau Ia nak berkawan dengan dia. Tapi

    salah kalau Ia berniat nak bercinta semula dengan dia.

    Aku terdiam. Kata-kata Yusrizal memang tidak

    dapat aku terima. Untuk bercinta dengan Daniel semula

    memang tidak mungkin. Daniel sudah punya kekasih hati.

    Tetapi kalau ya pun aku hendak bercinta dengannya, Yusrizal

    tidak berhak untuk halang. Dia langsung tidak punya hak

    untuk itu. Kami sudah tidak ada apa-apa hubungan.

    Yang awak ni kenapa? Kalau ya saya nak bercinta

    dengan dia pun apa salahnya. Saya tak terikat dengan sesiapa

    dan dia pun begitu. Awak siapa nak halang saya? ujarku tidakpuas hati.

    Your ex-husband! jawabnya pantas.

  • 8/6/2019 Antara Benci Dan Rindu PDF

    47/151

    Ida Farisya

    47

    Ex-husband. Awak aham ke maksudex tu? Kalau

    tak tahu biar saya beritahu.Ex maksudnya bekas. Bermakna

    kita sudah tak punya apa-apa hubungan dan awak tak berhak

    nak halang saya! marahku. Tetapi masih cuba kukawal nada

    suaraku kerana bimbang akan mengganggu pengunjung yang

    lain.

    Aku benar-benar mengharapkan kata-kataku akan

    memberikan sedikit reaksi pada wajah Yusrizal. Terkejut

    dengan kata-kataku mungkin. Atau wajahnya sedikit berubahkerana kata-kataku telah menyakitkan hatinya. Dan wajah itu

    ternyata memberikan reaksi. Tetapi bukan reaksi yang aku

    harap-harapkan. Lelaki itu hanya tersenyum senang. Dan aku

    pula yang terasa sakit hati.

    Abang belum habis cakap lagi. Yang abang nak

    cakap tadi,Im your ex-husband and your uture husband.

    Ridiculous!

    Not or me! Abang akan buktikan pada Ia nanti.

    Ingat tak apa yang abang cakap kat rumah abang dulu? Yang

    abang akan cuba memenangi hati Ia semula? Itulah yang

    abang sedang lakukan sekarang.

    Kata-katanya mengundang ketawa sinisku.

    Buatlah apa yang awak nak buat. Tapi saya akan

    pastikan yang awak takkan berjaya. Sekali kita berpisah,

    bermakna awak tak pernah ada lagi dalam kamus hidup saya.

    Faham?!

    Yusrizal menganggukkan kepalanya. Kelihatan

    seperti memperlekehkan kata-kataku sebentar tadi. Well,

    well wait and see.Pantas saja aku mencapai teleon bimbitku di atas

    meja dan bersedia untuk bangun. Lebih lama aku di sini,

    makin bertambah sakit hatiku. Lebih baik aku balik!

  • 8/6/2019 Antara Benci Dan Rindu PDF

    48/151

    Antara Benci dan Rindu

    48

    Ia nak ke mana?

    Balik!Tapi Ia belum habiskan makanan tu lagi.

    Membazir aja.

    Membazir? Tak pun. Awak yang bayar, bukan saya.

    Awakkan orang kaya. Kalau setakat sepuluh ringgit apalah

    sangat, kan? Lagipun saya dah kenyang menghadap muka

    awak!

    Kenapa? Abanghandsome sangat ke hari ni sampai

    Ia kenyang menghadap muka abang?

    Aku semakin bengang. Kali ini aku benar-benar

    telah bersedia untuk meninggalkan meja itu. Tetapi Yusrizal

    pantas menghalang.

    Okey... okey... Im sorry. Tapi Ia kena habiskan

    makanan ni. Abang tengok Ia tak makan pun tadi. Berangan

    aja lebih. Nanti Ia yang lapar. Kalau perut lapar macam-

    mana nak mengajar. Betul tak?

    Kalau saya lapar, tahulah saya nak cari makanan.

    Dekat UUM tu banyak tempat makan.

    Ia dengar cakap abang. Habiskan makanan ni

    dulu. Selagi makanan ni tak habis, selagi tu abang takkanhantar Ia balik, ugut Yusrizal.

    Eleh, ingat aku takut!

    Saya boleh naik teksi la!

    Okey kalau boleh. Tapi setahu abang tempat ni

    susah nak dapat teksi.

    Mana awak tahu? Awak bukan orang sini.

    Memang abang bukan orang sini. Tapi sebelum

    abang bawa Ia datang sini, mestilah abang buatsurvey sikit.

  • 8/6/2019 Antara Benci Dan Rindu PDF

    49/151

    Ida Farisya

    49

    Betul juga, fkirku. Kenapalah aku tak terfkir.

    Yusrizal langsung tidak pernah datang sini. Jadi bagaimana

    pula dia tahu ada satu restoran yang cukup cantik dan selesa

    di kawasan ini? Mesti dia sudah mengkajinya. Mengenangkan

    itu, aku kembali duduk dan meneruskan makan. Tidak

    langsung aku pedulikan senyuman kemenangan yang terukir

    di bibir Yusrizal itu. Untuk apa? Menyakitkan hati aku saja

    nantinya.

    DALAM perjalanan pulang aku hanya mendiamkan diri. Sama

    seperti perjalanan pergi juga. Sakit hati yang kurasakan juga

    sama. Tidak lebih dan tidak kurang. Yusrizal memang lelaki

    yang hebat kerana mampu mengimbangkan kebenciankuterhadapnya.

    Aku menjeling Yusrizal yang tenang memandu.

    Rimas sebenarnya! Dalam hatiku amat berharap agar kakiku

    cepat-cepat dapat memijak bumi UUM. Tetapi nampaknya

    dengan kadar kelajuan kereta yang dipandu Yusrizal, aku

    terpaksa melupakan saja niatku.

    Berapa jam lagilah agaknya aku nak sampai? Bawa

    makan bukan main jauh. Sampai ke Alor Setar. Apa salahnya

    kalau makan kat Changlun aje? omelku di dalam hati.

    Gelisah aje abang tengok Ia ni? Kenapa? Tiba-tiba

    kedengaran suara Yusrizal memecah kesunyian.

    Boleh tak awak pandu laju sikit. Kalau macam ni

    bila nak sampai?

    Mungkin dua jam lagi.

    Selamba saja Yusrizal menjawab.

  • 8/6/2019 Antara Benci Dan Rindu PDF

    50/151

    Antara Benci dan Rindu

    50

    Dua jam lagi? Dah nak pukul dua ni awak tahu

    tak? Pukul dua nanti saya ada kelas. Solat pun belum lagi.

    Okey... kalau macam tu kita pergi solat dulu. Tu

    kat depan tu ada masjid.

    Yusrizal terus membelok keretanya ke kawasan

    masjid. Selepas mematikan enjin dia terus keluar. Sedangkan

    aku masih kaku di tempat duduk. Entah apa yang aku sedang

    fkirkan aku sendiri pun tidak tahu. Yang pastinya aku sedang

    memikirkan tentang lelaki ini. Bukan aku tak tahu. Yusrizalbukannya suka bersolat dahulunya. Tetapi kenapa sekarang

    bermurah hati pula memijakkan kaki ke masjid. Apa dia ingat

    bila masuk masjid boleh pura-pura solat?

    La apa yang Ia tercegat lagi kat situ? Kata tadi nak

    solat? Cepatlah nanti lambat pula sampai dekat UUM.

    Aku pantas melangkah keluar dari kereta lalumengekori Yusrizal. Kami berpisah kerana sudah semestinya

    aku perlu ke tempat solat wanita. Selepas berwuduk aku

    segera mencapai kain telekung yang memang telah

    disediakan oleh pihak masjid. Nasib baiklah kain telekungnya

    bersih. Kalau tak, sebelum sempat aku menghabiskan solat

    sudah tentu aku pengsan dulu.

    Aku mengerjakan solat dengan penuh khusyuk.

    Selepas bersolat sempat juga aku mengintai Yusrizal di

    sebalik langsir yang memisahkan tempat solat wanita dengan

    tempat solat lelaki. Lelaki itu kelihatan sedang berdoa.

    Hairan! Aku tidak pernah melihat wajah Yusrizal yang bersih

    dan setenang itu. Tetapi kenapa aku dapat melihatnya hari

    ini? Benarkah lelaki itu sudah berubah?

    Aku pantas menutup tirai apabila Yusrizal sudah

    bangun dan melipat sejadah. Aku tidak mahu dia menyedari

    perbuatanku itu. Kami bertemu kembali di luar masjid.

  • 8/6/2019 Antara Benci Dan Rindu PDF

    51/151

  • 8/6/2019 Antara Benci Dan Rindu PDF

    52/151

    Antara Benci dan Rindu

    52

    Thanks ajelah untuk jemputan awak tu. And one

    more thing. Pleaselah jangan hantar bunga lagi. Setiap hari

    awak hantar bunga. Tak sayang duit ke? marahku.

    Sayang memang sayang. Tapi abang lebih

    sayangkan bunga yang kat depan mata abang sekarang ni.

    Kalau nak dibandingkan duit dengan bunga ni, memang jauh

    bezanya. Abang lebih rela kehabisan duit daripada kehilangan

    bunga ni. Ujarnya bermadah!

    Nak termuntah aku mendengarnya.

    Oh ya, Ia suka bunga tu?

    Hanya jelingan yang kuberikan sebagai jawapan.

    Suka hati awaklah. Yang nak habis duit awak,

    bukan saya.So, terpulang pada awak. Yang saya tahu sekarang

    saya nak balik UUM.

    Sekali lagi lelaki itu menghadiahkan senyuman

    untukku. Ah, kenapa sekarang lelaki ini begitu murah dengan

    senyuman?

    Okeylah, jom!

  • 8/6/2019 Antara Benci Dan Rindu PDF

    53/151

    Ida Farisya

    53

    I

    BU dengar Ia keluar dengan

    Rizal tadi. Betul ke?

    Soalan ibu yang tiba-

    tiba itu membuatkan otakku berputar ligat. Siapa pula yang

    gatal-gatal mulut bercerita ni? Ni mesti kerja Rizal. Sah! Tapi

    apa pula moti dia?

    Macam mana ibu tahu? soalku sambil

    menuangkan air ke dalam gelas untuk makan malam kami.

    Abah belum lagi turun. Mungkin sedang bersolat.

    Adalah... jawab ibu selamba.

    Ni yang aku tidak suka ni. Mesti ada konspirasi ni!

    Kalau ibu dah tahu, kenapa tanya Ia lagi?

    Jadi betullah Ia keluar dengan Rizal tadi? tanya

    ibu lagi. Wajahnya kelihatan ceria.

    Kalau ibu dah dengar macam tu... so, macam tu

    la, jawabku acuh tak acuh.

    Aku tahu mungkin ibu menganggap hubungan aku

    dengan Yusrizal bakal mekar kembali. Tetapi ibu tidak tahu

    Bab5

  • 8/6/2019 Antara Benci Dan Rindu PDF

    54/151

    Antara Benci dan Rindu

    54

    yang aku tidak akan sesekali membenarkan perkara itu

    berlaku.

    Eh, budak ni... cubalah serius sikit. Main-main

    pulak dia!

    Ibu, pergilah panggil abah. Ia dah lapar ni. Lepas

    ni Ia ada kerja nak buat, ujarku cuba menukar topik

    perbualan. Aku tahu, ibu tidak akan berhenti bercakap jika

    perbualan itu berkisarkan tentang Yusrizal. Bekas menantu

    kesayangannya itu.

    Nak tukar topiklah tu! Tempelak ibu lantas

    bangun menuju ke tingkat atas.

    Aku menarik naas lega. Dapat juga aku melarikan

    diri.

    OKAY class, today all o you have to submit your project

    report. I hope all groups can make it by today. Otherwise

    your marks will be reduced. Remember, marks contribution

    or this project is 20%. Its quite a big proportion or your

    inal marks, guys. So dont lose it! Yes, Malik? tanyakuapabila pelajarku itu begitu beria-ia mengangkat tangannya.

    What about presentation Miss Ia?

    Oh, yes, I was almost orgot about that. Thanks

    Malik or reminding me.

    Kedengaran suara pelajar-pelajar mengeluh.

    Mungkin sedang menyalahkan Malik kerana mengingatkanaku tentang pembentangan itu. Maklumlah, mereka sudah

    semestinya tidak mahu melakukan pembentangan. Suatu

    perkara yang amat tidak digemari oleh para pelajar. Kerana

  • 8/6/2019 Antara Benci Dan Rindu PDF

    55/151

    Ida Farisya

    55

    sudah tentu apabila di hadapan hadirin pelbagai rasa yang

    akan muncul. Malu, gementar dan macam-macam perasaan

    lagi. Bagaimana aku tahu? Kerana aku juga pernah menjadi

    pelajar dulu.

    I think its better i we proceed with the

    presentation next week. I dont want to point up which group

    will present rst. It depends on you. I you think youre ready

    to present, then you can just proceed. Is that, okay?

    Yes! jawab pelajar-pelajarku serentak.

    Good. Ater this you can hand-in your project

    report and class dismiss then.

    Serentak dengan itu, kelas yang tadinya senyap

    sunyi kembali hingar-bingar. Seperti pasar saja keadaannya.

    Aku mengumpulkan laporan projek yang telah

    diletakkan oleh pelajarku di atas meja. Ada yang tebal dantidak kurang juga yang sebaliknya. Tetapi tidak semestinya

    yang kurang ketebalan itu tidak bagus. Aku perlu memeriksa

    isinya dahulu. Nasib baik cover kepada buku projek itu telah

    aku tetapkan warnanya, iaitu warna merah. Kalau tidak

    macam-macam warna yang akan mereka pilih untuk

    dijadikan cover.

    Miss Ia, boleh kita bercakap sebentar?

    Aku mengangkat kepala. Kelihatan seorang pelajar

    perempuan berbangsa India sedang berdiri di depanku.

    Wajahnya yang kelihatan keruh itu menunjukkan kesusahan

    hati yang dialami gadis itu.

    Yes, Melissa?How can I help you?

    Actually, miss, I have a problem....

    What kind o problem?

    Sebenarnya, miss... saya percaya di dalam project

  • 8/6/2019 Antara Benci Dan Rindu PDF

    56/151

    Antara Benci dan Rindu

    56

    report kumpulan saya, ada terselit satu surat. Surat kompelin

    daripada mereka tentang saya.

    Surat kompelin tentang awak? Dahiku berkerut.

    Namun begitu tanganku lincah mencari-cari surat yang

    dimaksudkan oleh gadis itu... dan hasilnya ternyata benar.

    Aku memandang wajahnya sebelum membuka

    sampul surat itu, lalu membaca. Selesai membacaa aku

    kembali memandang Melissa. Mengharapkan penjelasan.

    I think you have to explain it to me.

    Gadis itu sedikit tertunduk.

    Kenapa awak tak beritahu saya sejak dari awal lagi?

    Kenapa bila dah parah macam ni baru awak nak bersemuka

    dengan saya? tanyaku kepada Melissa.

    Gadis itu masih menunduk. Kelihatan air jernih

    mengalir dari kelopak matanya.

    Saya tahu saya salah. Tapi masa tu saya tak tahu

    nak buat apa. Yang saya fkirkan ialah kesihatan emak saya.

    Saya sangat sayangkan emak saya.

    Ya, saya tahu tu. Siapa yang tak sayangkan mak.

    Tapi seelok-eloknya awak beritahu saya dulu. Bolehlah saya

    usahakan apa yang patut untuk awak.

    Jadi, bagaimana sekarangmiss?

    Aku menarik naas dalam-dalam sambil

    menyandarkan badanku ke kerusi.

    Saya rasa awak kena buat individual assignment.

    Saya tak boleh berlaku tak adil pada awak mahupun pada

    group awak. Apa kata esok awak datang semula ke bilik sayadalam pukul tiga petang. Esok saya akan bagi tugasan tu pada

    awak, okey?

    Thanks, miss. I really appreciate that. Saya takkan

  • 8/6/2019 Antara Benci Dan Rindu PDF

    57/151

    Ida Farisya

    57

    mensia-siakan peluang yangmiss bagi pada saya. Ucap gadis

    itu, ceria.

    HAI anak abah! Menungkan apa tu? sapa abah yang baru

    turun ke ruang makan setelah dipanggil oleh ibu. Sekali gus

    melenyapkan ingatanku terhadap Melissa.

    Melihatkan wajah abah yang manis tersenyum

    membuatkan aku memanjat kesyukuran. Walaupun aku anak

    tunggal tetapi keluargaku sempurna. Tidak seperti Melissa

    yang terpaksa menanggung beban tugas yang berat.

    Bagaimana agaknya gadis itu membahagikan masanya untuk

    belajar? Sudahlah terpaksa selalu pulang ke kampung untuk

    melawat ibunya yang terlantar sakit, dalam masa yang samapula terpaksa menumpukan perhatian terhadap pelajarannya.

    La... yang pandang abah macam tu sekali kenapa?

    Soalan abah membuatkan aku tergelak kecil.

    Reaksiku tadi mungkin membuatkan abah sedikit hairan.

    Tak ada apa-apalah... tiba-tiba aje jadi rindu pulak

    dengan abah, jawabku manja. Pantas lengan abah kupaut.Manakala kepalaku pula melentok mesra di bahu abah.

    Dah besar panjang pun nak bermanja dengan abah

    lagi ya? ujar abah sambil mengusap kepalaku.

    Mestilah, dengan siapa lagi Ia nak bermanja kalau

    bukan dengan abah dan ibu?

    Dengan suami! sampuk ibu. Aku mengerutkan dahi. Bila masapulak aku

    kahwin. Aku conuse sendiri.

    Bila masa pula Ia ada suami bu?

  • 8/6/2019 Antara Benci Dan Rindu PDF

    58/151

    Antara Benci dan Rindu

    58

    Lima tahun lepas.

    Itu dulu la bu. Sekarang ni Ia dahsingle, jawabkupantas. Ibu sengaja hendak mendera perasaanku lagi.

    Boleh aje kalau nak berkahwin semula. Tapi kamu

    tu aje yang tak nak, kata ibu lagi.

    Tak naklah Ia. Biar menjanda sampai ke tua pun

    tak apa. Ia dah serik!

    Tiba-tiba abah mencubit pipiku agak kuat. Terjeritaku kesakitan.

    Abah ni kenapa? Sakit tau! aduku sambil

    menggosok-gosok pipi.

    Ibu tersenyum mengejek. Mungkin bersetuju

    dengan tindakan abah itu.

    Mulut tu celopar sangat. Kalau betul nanti tak

    kahwin sampai ke tua macam mana?

    Alah... biarlah. Bukannya Ia tak pernah kahwin.

    Pernah tau. Cuma tak kekal aje, jawabku.

    Makin mencuka wajah ibu dan abah.

    Abah tak suka Ia cakap macam tu. Ia ajelah anak

    kami... satu-satunya anak kami. Kami dah tak ada anak lain.

    Kalau boleh, sebelum kami tutup mata, kami nak tengok ada

    orang jagakan Ia. Ibu dengan abah ni dah tak lama lagi nak

    hidup, Ia. Ia nak ibu dengan abah pergi dengan hati tak

    tenang?

    Alamak! Inilah yang paling aku tak suka.

    Nampaknya perbualan kami sudah semakin serius. Dan yang

    paling aku lemah apabila orang tuaku menggunakan ajalsebagai modal untuk menutup terus mulutku. Aku merenung

    wajah-wajah orang yang paling aku sayangi. Perasaan sayu

    mula menjalar ke seluruh jiwa.

  • 8/6/2019 Antara Benci Dan Rindu PDF

    59/151

    Ida Farisya

    59

    Kenapa abah cakap macam ni? tanyaku dengan

    suara serak.

    Abah tu cakap apa yang betul, Ia. Kalau kami dah

    tak ada nanti, siapalah yang nak jaga kamu. Kami ni risau,

    Ia. Ia tu perempuan, janda pulak tu. Perkara yang paling

    membuatkan kami risau ialah Ia tu tak ada adik-beradik lain.

    Nak harapkan saudara-mara, selama manalah Ia boleh

    mengharapkan mereka. Mereka pun ada komitmen lain.

    Kalau Ia dah ada suami tu lainlah. Terjamin dah masa depanIa nanti, balas ibu pula.

    Hatiku tiba-tiba jadi sayu.

    Ia, bukan tak nak kahwin lagi abah, ibu. Tapi Ia

    serik. Pengalaman jadi isteri Rizal dah cukup membuatkan

    Ia berfkir seratus kali untuk berkahwin lagi. Ia takut

    dikecewakan lagi.Ibu aham perasaan kamu. Tapi hidup ni tak boleh

    berputus asa. Cuba bagi peluang sekali lagi kat Rizal... dan

    yang paling penting peluang untuk diri Ia tu. Ia pun dah

    dua puluh lapan tahun sekarang. Sepatutnya umur macam

    Ia ni dah ada anak dua tiga orang, tahu?

    Kata-kata ibu tadi membuatkan aku terperanjat

    besar. Aku memandang wajah abah pula. Orang tua itu hanya

    tersenyum sambil mengangguk sebagai isyarat bersetuju

    dengan kata-kata ibu tadi.

    Hah? Bagi peluang pada Rizal? Oh, please no...

    no... no... Ia tak nak kahwin dengan dia semula. Cukuplah

    apa yang dia dah buat pada Ia. Ia tak sanggup nak hadapinya

    lagi. Ia sanggup kahwin dengan orang lain daripada kahwindengan dia.

    Tak baik cakap macam tu Ia. Abah rasa Rizal dah

    berubah. Dah tak sama macam Rizal yang dulu.

  • 8/6/2019 Antara Benci Dan Rindu PDF

    60/151

    Antara Benci dan Rindu

    60

    Mana abah tahu dia dah berubah? Ia nampak sama

    aja... ucapku dengan nada menyampah.

    Tapi aku tersedar yang ucapanku langsung tidak

    selari dengan fkiranku. Petang tadi dengan mataku sendiri,

    aku melihat Yusrizal bersolat. Satu perubahan yang agak

    ketara kerana selama tempoh aku menjadi isterinya, tidak

    pernah aku melihat dirinya menunaikan kewajipannya itu.

    Dua hari satu malam dah cukup untuk abah

    mengenali Rizal. Dia memang dah berubah Ia. Ia mungkintak tahu yang Rizal la yang jadi imam solat maghrib dan isyak

    untuk kami semua.

    Aku seakan-akan tidak percaya dengan apa yang

    abah kataka