30
CSL2014 Antologi Dirgahayu Bahasaku Prosa Moden 1 MODUL KECEMERLANGAN BAHASA MELAYU SIJIL PELAJARAN MALAYSIA ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU (PROSA MODEN) TINGKATAN 5 CIKGU SAZALI BIN IBRAHIM M.A (Bahasa Melayu) PENOLONG KANAN PENTADBIRAN SMK LALOH, KUALA KRAI, KELANTAN. “ULI SAPA LET IT”

Antologi Dirgahayu Bahasaku Prosa Moden

Embed Size (px)

DESCRIPTION

BM

Citation preview

CSL2014 Antologi Dirgahayu Bahasaku

Prosa Moden 1

MODUL KECEMERLANGAN

BAHASA MELAYU

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU

(PROSA MODEN)

TINGKATAN 5

CIKGU SAZALI BIN IBRAHIM M.A (Bahasa Melayu)

PENOLONG KANAN PENTADBIRAN SMK LALOH, KUALA KRAI,

KELANTAN.

“ULI SAPA LET IT”

CSL2014 Antologi Dirgahayu Bahasaku

Prosa Moden 2

PROSA MODEN CERPEN PAHLAWAN BUNTUNG

(S Othman Kelantan) Sinopsis

Pertemuan semula Khalid (aku) anak Pak Hassan dengan Pak Hussain selepas berpisah selama 30 tahun mengimbas kembali peristiwa peperangan pada zaman Jepun sehingga menyebabkan kesengsaraan hidup orang Kampung Pulau Pak Amat.

Hal ini menyebabkan mereka terpaksa berpindah apabila kampung mereka diserang tentera Jepun.

Sekembali semula dia di kampung halaman selepas tamat perang, orang kampung kembali memulakan kehidupan sebagai nelayan.

Selepas itu, Pak Hussain terkena serpihan bom tentera Jepun yang mengakibatkan kakinya dipotong.

Walau bagaimanapun Pak Hussain dianggap sebagai wira atau pahlawan kerana telah menggadai nyawa demi keselamatan penduduk Kampung Pulau Pak Amat.

Tema

Kesengsaraan hidup akibat peperangan terhadap penduduk kampung serta mengakibatkan kecacatan anggota tubuh badan dan juga kematian.

Persoalan

Kasih sayang yang terjalin antara ahli keluarga terutama semasa kesusahan hidup.

Keberanian dan kecekalan dalam mempertahankan hak dan menentang musuh.

Kerjasama anggota masyarakat dalam menghadapi kesulitan.

Mengenang jasa tokoh yang telah berjasa.

Berusaha membina semula kehidupan selepas kesengsaraan hidup.

Hormat kepada warga tua atau warga emas. Plot

Secara keseluruhannya plot cerpen ini mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu; i. Permulaan

Watak Pak Husain diperkenalkan melalui imbas kembali Khalid akibat peperangan yang telah berlaku berdasarkan fizikal.

ii. Perkembangan Dialog antara Pak Husain dengan Khalid dan imbas kembali Khalid terhadap peperangan yang menyebabkan keluarganya berpindah. Pada ketika itu Pak Husain berusia 30 tahun dan dia telah membantu orang-orang kampung Pulau Pak Amat yang diserang oleh tentera Jepun.

CSL2014 Antologi Dirgahayu Bahasaku

Prosa Moden 3

iii. Konflik

Adik beradik Khalid memeluk ibu mereka kerana perasaan takuat yang amat sangat. Pak Husain hilang semasa mengetuai perpindahan orang-orang kampung. Pak Husain ditahan askar Jepun untuk menggali kubur ketika dalam perjalanan memeriksa barang-barang di rumahnya.

iv. Klimaks Sewaktu Pak Husain melarikan diri dari tahanan askar Jepun dan semangat Pak Husain hilang dan sentiasa meracau apabila teringat kembali tentang mayat-mayat yang dikebumikannya. Ketika pendaratan perompak di kampung Pak Amat, dia telah membedil para perompak dengan senapang yang diambil dari askar Punjabi dan menyebabkan rumah Pak Ngah Isa terselamat termasuklah penduduk kampung.

v. Peleraian

Setahun selepas Jepun menyerah kalah, Pak Husain terkena saki baki bom yang ditanam dan mengakibatkan kaki Pak Husain dipotong. Khalid mengimbas kembali segala peristiwa yang menimpa Pak Husain dan keberaniannya menentang musuh serta berharap hubungannya dengan Pak Husain terus terjalin.

Teknik Plot

i. Pemerian

ketika kami melangkah ke pintu tadi, cahaya Subuh sudah terpancar dari sebelah timur. Kemerah-merahan. Keheningan malam selalunya masa begini telah membawa langkah para nelayan ke gigi ombak…

ii. Dialog

“Jemputlah ke rumah kami, kataku. “ kami tinggal di Jalan ayam. Abang dan Adik kebetulan ada.” “Terima kasih Khalid!” Pak Hussain menanamkan matanya ke dalam mataku.

iii. Saspens

Dia jugalah mengumpulkan ke pengkalan. Dia segala-galanya. Dan dia tetinggal dalam saat akhir bila Pak Ngah memerintahkan kami meninggalkan pengkalan. Tidak seorang pun di antara kami yang sedar bahawa Pak Husain belum turun ke pengkalan. Dan ketika perahu kami melewati Tuk Lukup, Pulau Tukang Dolah, Pulau Panjang dan Sungai Gali, kami belum sedar akan kehilangan Pak Husain. Mak Bidah, isterinya juga tidak sedar. Dan sekarang. Mak Bidah pula meraung…

CSL2014 Antologi Dirgahayu Bahasaku

Prosa Moden 4

iv. Imbas kembali

…usianya baru kira-kira tiga puluh tahun. Aku berusia lebih sedikit empat belas tahun. Pak Husain tegap sasa. Dia berani. Dia banyak dicintai oleh gadis-gadis kampungnya…

Latar Latar Masa

30 tahun lalu (situasi perang)

Tahun 1941 – 1973

Semasa sambutan ulang tahun kemerdekaan

Semasa zaman penjajahan Jepun

Latar Tempat

Kampung Pulau Pak Amat

Kampung Tok Lukup

Sungai Gali

Kampung Dal

Jalan Bayam

Latar Masyarakat

Masyarakat kampung iaitu Kampung Pulau Pak Amat

Masyarakat nelayan yang bekerja menangkap ikan

Masyarakat yang hormat menghormati sesama jiran tetangga

Masyarakat yang setiakawan dalam memberi pertolongan

Watak dan Perwatakan Watak Utama Pak Hussain

Berusia 60 tahun

Dahinya berparut dan kaki kudung (terkena serpihan bom)

Berpakaian sederhana (keperibadian desa – suci murni)

Mengetuai orang kampung semasa peperangan dengan Jepun. Pak Hussain telah mengetuai penduduk kampung berpindah ketika Jepun menyerang Kampong Pulau Pak Amat.

Berpengalaman dan pernah diseksa oleh tentera Jepun. Pak Hussain dipaksa menggali kubur besar dan menguburkan mayat orang kampung sehari suntuk oleh pihak Jepun sehingga semangat beliau hilang dan dia meracau – racau.

Berjasa kepada orang –orang kampong. Pak Hussain dengan berani telah memberitahu pihak jepun bahawa semua penduduk telah melarikan diri. Pak hussain juga pernah membedil kawanan perompak bagi menyelamatkan orang kampong.

CSL2014 Antologi Dirgahayu Bahasaku

Prosa Moden 5

Watak Sampingan i. Khalid (aku)

Anak Pak Hasan

Menghormati pak Husain. Khalid bergitu mengagumi keberanian dan sikap Pak Hussain yang sanggup membohongi tentera Jepun untuk menyelamatkan penduduk kampong

ii. Fatimah

Ibu Khalid

Seorang yang penyayang. Semua anak Fatimah memeluk ibu mereka kerana ketakutan apabila Jepun menyerang kampung mereka.

Gaya Bahasa i. Kata ganda

Contoh: berjabu-jabu

ii. Metafora Contoh : gebar kebingungan

iii. Hiperbola Contoh : diselubungi oleh raksasa ketakutan dan putus asa

iv. Personifikasi

Contoh : ombak pagi yang malas Nilai

Nilai keberanian. Contohnya Pak Hussain berani menghadapi tentera Jepun.

Nilai kebijaksanaan. Contohnya Pak Hussain bijak menggunakan tipu daya untuk menyelamatkan diri daripada askar Jepun.

Nilai kasih sayang. Contohnya Mak Da yang menangisi kehilangan Pak Hussain ketika mereka berpindah.

Nilai patriotisme. Contohnya Pak Hussain yang sanggup menggadai nyawa untuk mempertahankan tanah air.

CSL2014 Antologi Dirgahayu Bahasaku

Prosa Moden 6

Pengajaran

Kita hendaklah berani mempertahankan hak di tanah air sendiri.

Kita hendaklah bijak membuat keputusan bagi menyelesaikan masalah.

Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga dan jiran tetangga.

Kita hendaklah mematuhi arahan ketua semasa menjalankan sesuatu tugas.

CSL2014 Antologi Dirgahayu Bahasaku

Prosa Moden 7

PROSA MODEN CERPEN PENANGGUHAN

(Wijaya Mala) Sinopsis

Kapten Mamat menanggung penyesalan atas tragedi maut yang meragut nyawa Baharum seorang kelasi kapal.

Ekoran itu, Masnah janda Baharum terpaksa menanggung penderitaan hidup kehilangan suami serta dua orang anaknya.

Kapten Mamat cuba menenangkan perasaan Masnah dengan mengandaikan segala yang berlaku perlu ditanggung kerana sudah ketentuan Allah.

Tema

Tanggungjawab kepada amanat kehidupan yang terpaksa dilalui atas ketentuan Ilahi. Kapten Mamat bertanggungjawab terhadap kematian Baharum. Suami Masnah. Baharum yang menjadi kelasi kapal yang diketuai oleh Kapten Mamat telah meninggal dunia kerana terjatuh dari atas tiang agung ke atas geladak. Kapten Mamat bertanggungjawab terhadap kehidupan Masnah dan dua anaknya setelah kematian Baharum. Masnah terpaksa bertanggungjawab terhadap kehidupan diri dan dua orang anaknya setelah kehilangan suaminya.

Persoalan

Kesengsaraan hidup janda setelah kematian suami. Masnah terpaksa mengharungi kehidupan tanpa seorang suami.

Rasa bersalah yang menghantui jiwa. Kapten Mamat rasa bersalah kerana Baharum, suami Masnah telah menemui ajal di atas kapal yang diterajuinya.

Simpati atas penderitaan hidup orang lain. Isteri Kapten Mamat simpati terhadap penderitaan yang ditanggung oleh Masnah setelah kehilangan suami.

Keredaan menghadapi ketentuan Allah. Masnah akhirnya reda dengan ketentuan Allah, iaitu setiap yang hidup pasti akan mati.

Plot Secara keseluruhannya, plot drama ini digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu: i. Permulaan

Plot dimulakan dengan memperkenalkan Kapten Mamat yang sedang duduk berehat di rumahnya ketika cuaca panas terik dengan tidak berbaju sambil terkenangkan peristiwa kematian Baharum, seorang kelasi yang terjatuh dari atas tiang geladak lalu terhempas ke petak besi dan mati serta-merta.

CSL2014 Antologi Dirgahayu Bahasaku

Prosa Moden 8

ii. Perkembangan Kapten Mamat terus mengimbas kembali suasana ketika tragedi itu berlaku. Dia terkenangkan anak-anak yang menjadi yatim dan isteri yang menjadi balu terutamanya isteri Baharum. Dia juga mengimbas kembali saat-saat getir ketika menjalankan tugas syarikat semasa menjadi Kapten kapal. Tiba-tiba dia dikunjungi Masnah dan anaknya. Masnah masih merengek-rengek bertanyakan hal ayahnya yang sudah meninggal dunia sambil dipujuk Masnah. Memandangkan anak Masnah yang menangis itu cukup menyentuh hati lelakinya.

iii. Konflik Pada peringkat ini konflik timbul akibat Kapten Mamat yang cuba menasihati dan memberikan motivasi kepada Masnah agar jangan terlalu mengikut perasaan sedih setelah kematian suami kerana nasibnya sedang diperjuangkan oleh kesatuan. Ketika dialog berlangsung, Masnah menegaskan bahawa dia tidak mahu anak-anaknya bekerja di atas kapal seperti bapa mereka.

iii. Klimaks Percakapan antara Kapten Mamat dan Masnah telah memberikan tekanan terhadap dirinya sehingga dia telah pitam tambahan pula dalam cuaca yang panas terik ketika itu. Keadaan agak cemas namun Kapten Mamat berjaya memulihkan Masnah berdasarkan pengalamannya ketika mengemudi kapal walaupun Masnah pulih buat sementara waktu.

iv. Peleraian Peringkat peleraian berlaku selepas Masnah sedar dari pitam dan Kapten Mamat berjanji untuk membela nasibnya di samping menasihatinya agar membuat pemeriksaan doktor. Masnah pula menyatakan hasratnya untuk pulang ke kampung dan digambarkan dia mula menerima takdir Allah..

Teknik Plot i. Imbas kembali

Kapten Mamat mengingat kembali bagaimana kecelakaan berlaku dalam kapalnya. Baharum seorang kelasi – terjatuh atas tiang agung ke atas geladak. …

ii. Saspens “Perkhidmatannya tidak berpanjangan dan itu sebabnya dia dilupakan. Tetapi saya berasaskan sesuatu yang kejam berlaku terhadap suami saya dan kekejaman itu berpanjangan kepada anaknya.”.

CSL2014 Antologi Dirgahayu Bahasaku

Prosa Moden 9

Watak dan Perwatakan Watak Utama Kapten Mamat

Bekerja sebagai kapten kapal.

Seorang pesara.

Seorang prihatin terhadap masalah anak buahnya. Kapten Mamat prihatin terhadap nasib yang menimpa Masnah sekeluarga setelah kematian suaminya Baharum..

Berasa bertanggungjawab atas kematian Baharum. Kapten Mamat berjanji kepada Masnah bahawa selagi dia masih hidup keluarga Masnah tiadak akan disia-siakan.

Watak Sampingan i. Masnah

Janda Baharum.

Mempunyai dua orang anak.

Seorang yang setia dan penyayang terhadap suami dan anak-anaknya. Masnah amat menyayangi suaminya meskipun Baharum sudah meninggal dunia.

Hidup susah selepas kematian suami. Masnah merasa keperitan hidup setelah dia kehilangan suami yang menjadi tempat bergantungnya selama ini.

ii. Isteri Kapten Mamat

Simpati kepada nasib orang lain. Dia amat simpati terhadap nasib yang menimpa Masnah.

Percaya kepada perubatan bomoh.Dia menyuruh suaminya memanggil bomoh untuk mengubati penyakit yang dihidapi oleh Masnah.

iii. Bahar

Anak Baharum

Masih kecil, tetapi sudah boleh bercakap Latar Latar Masa i. Tengah hari yang panas terik dan berangin sehingga langsir rumah Kapten Mamat

berterbangan dan dia membuka bajunya. Latar Tempat i. Rumah Kapten Mamat.Ketika itu membuka baju dan membiarkan tubuhnya dihembus angin. ii. Anjung rumah Kapten Mamat. Ketika Masnah memimpin tangan anaknya naik ke anjung. iii. Kapal . Tempat Baharum terjatuh kerana memanjat geladak ketika laut bergelora.

CSL2014 Antologi Dirgahayu Bahasaku

Prosa Moden 10

Latar Masyarakat i. Masyarakat yang cekap menghadapi cabaran. Hal ini ditonjolkan Kapten Mamat ketika

berdepan dengan isteri dan anak-anak arwah Baharum. ii. Masyarakat yang bertanggungjawab menjaga kebajikan.Setelah kematian Baharum, kesatuan

kerjanya akan membayar pampasan. iii. Masyarakat yang simpati atas penderitaan orang lain.Kapten Mamat terharu dan prihatin

terhadap penderitaan Masnah dan anak-anaknya yang telah hilang tempat bergantung... iv. Masyarakat yang menghormati tetamu yang berkunjung ke rumah. Tetamu dihidangkan

minuman seperti dilakukan isteri Kapten Mamat. Gaya Bahasa

i. Kata ganda .

Contoh: :tulang-tulang.

ii. Simpulan bahasa Contoh : tulang belakang, mengikat perut.

iii. Penggulangan kata Contoh ; yang malang, yang melinang air mata, yang menanggung rindu.

iv. Personifikasi

Contoh : badannya dihembus angin.

v. Simile Contoh ; jantung saya terasa bagai ditikam-tikam

Nilai

Nilai simpati. Contohnya Kapten Mamat yang simpati atas nasib yang menimpa Masnah dan anak-anaknya.

Nilai kasih sayang. Contohnya Masnah yang amat mengasihi suaminya dan amat sukar menerima kematian suaminya.

Nilai berani. Contohnya Kapten Mamat yang berani menghadapi cabaran bekerja di laut.

CSL2014 Antologi Dirgahayu Bahasaku

Prosa Moden 11

Pengajaran

Kita hendaklah bersimpati atas nasib malang yang menimpa ahli keluarga dan juga sahabat handai. Contohnya Kapten Mamat yang bersimpati dengan nasib Masnah dan anak-anaknya setelah kematian Baharum.

Kita hendaklah saling menyayangi antara suami isteri. Contohnya Masnah tetap mengasihi suaminya walaupun suaminya telah pergi buat selama-lamanya.

Kita mestilah menjadi pemimpin yang memiliki keberanian terutama dalam keadaan genting. Contohnya Kapten Mamat yang bijak mengemudi kapal di lautan terutama ketika laut bergelora.

CSL2014 Antologi Dirgahayu Bahasaku

Prosa Moden 12

PROSA MODEN CERPEN PUNGUT @ ZAHARA @ YAP SIEW HONG

(Mohammed Latif Mohammed) TELAH KELUAR DALAM SPM JUN 2012

Sinopsis

Perjalanan kehidupan Mak Timah yang membesarkan anak angkatnya yang cacat selama 24 tahun.

Mak Timah mengambil anak angkat yang digelar Pungut (diberi nama Zahara, nama asal Yap Siew Hong) yang diambil daripada keluarga Bibik yang berketurunan Cina.

Pada peringkat awal Mak Timah berharap saiz Pungut akan berubah apabila dia besar dan boleh membantunya apabila dewasa tetapi sebaliknya pula berlaku malah Pungut jadi bisu dan pekak serta tidak boleh menguruskan dirinya sendiri.

Pungut mengalami kecacatan kekal hingga dewasa dan Mak Timah terpaksa menguruskan segalanya. Mak Timah berdoa agar Tuhan mengambil nyawa Pungut dahulu sebelum dia meninggal dunia.

Tema

Bertemakan kesabaran seorang ibu menjaga anak angkat yang cacat anggota. Persoalan

Kepincangan masyarakat terhadap penerimaan anak yang cacat. Siew Lan tidak menyukai anaknya kerana anak tersebut cacat dan dikatakan membawa sial.

Ketabahan dalam menjalankan tanggungjawab yang berat. Mak Timah tetap menguruskan Pungut yang cacat walaupun ketika Mak Timah sedang sakit.

Keikhlasan dalam menerima amanah dan takdir Tuhan. Mak Timah tidak membenarkan anak lelakinya menghantar Pungut ke rumah kanak-kanak cacat.

Kejujuran dalam memberi kebajikan tanpa mengharapkan balasan. Mak Timah berdoa agar Tuhan mengambil nyawa Pungut dahulu sebelum dia meninggal dunia kerana dia tahu tidak ada sesiapa pun akan memelihara Pungut.

Plot Secara keseluruhannya, plot cerpen ini disusun secara kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu: i. Permulaan

Pembaca diperkenalkan dengan watak Pungut yang bertingkah laku seperti orang kurang upaya dan dijaga keperluannya oleh Mak Timah sepanjang masa.

CSL2014 Antologi Dirgahayu Bahasaku

Prosa Moden 13

ii. Perkembangan Mak Timah terkenangkan peristiwa 24 tahun lalu bagaimana dia mengenali Bibik dan mengambil anak Siew Lan yang baru dilahirkan sebagai anak angkat yang sah kerana tidak sampai hati apabila mengetahui bayi itu akan dibuang.

iii. Konflik Konflik timbul apabila anak Mak Timah mula bertengkar tentang Pungut dan mencadangkan agar Pungut dihantar ke rumah kebajikan.

iv. Peleraian Mak Timah terus menjaga Pungut dan berdoa agar Pungut mati terlebih dahulu sebelum dirinya..

Teknik Plot i. Pemerian

Dia tergigil-gigil. Mulutnya mengeluarkan bunyi macam suara nyamuk, berdenggung-denggung. Kepalanya di geleng-gelengkan ke kiri dan ke kanan dengan pantas. Kemudian dia meluru masuk bilik…

ii. Monolog “Mungkin Tuhan nak uji kesabaran aku, menjaga dia, “fikir Mak Timah.

iii. Dialog “Mengapa Bik?” Mak Timah bertanya. “Siew Lan.” Jawabnya lambat.

iv. Imbas kembali ..Mak Timah terbayangkan kisah yang berlaku dua puluh empat tahun lalu…

Watak dan Perwatakan

Watak Utama i. Mak Timah

Perempuan tua

Selalu sakit-sakit

Ibu angkat Pungut

Ikhlas menjaga Pungut. Mak Timah sanggup menjaga Pungut selagi dia masih hidup.

Tabah dan sabar menghadapi dugaan. Mak Timah tetap menjaga makan minium dan kencing berak Pungut walaupun dia tidak bermaya kerana sakit.

CSL2014 Antologi Dirgahayu Bahasaku

Prosa Moden 14

Watak Sampingan i. Pungut / Zahara bt Muhamad @ Yap Siew Hong

Berusia 24 tahun.

Cacat fizikal dan mental (terpaksa semua dibantu) dijangkakan tidak hidup lama oleh doktor.

Anak angkat Mak Timah.

Bertubuh sangat kecil (pekak dan bisu).

ii. Bibik

Nenek Pungut.

Berbangsa Cina peranakan.

Percaya kepada ramalan loktang. Bibik tidak suka akan Pungut kerana dia percaya kata-kata loktang bahawa Pungut membawa sial.

Latar Latar Masa i. Tahun 1957 ketika Pungut dilahirkan ii. 24 tahun selepas Pungut dewasa Latar Tempat i. Rumah sewaan Bibik tempat tinggal Mak Timah ii. Rumah lelaki anak bongsu Mak Timah. Latar Masyarakat i. Masyarakat majmuk (bangsa Cina dan Melayu) . terdapat keluarga Siew Lan an keluarga

Mak Timah. ii. Masyarakat yang percaya kepada bomoh (ramalan Loktang). Bibik amat percaya dengan

ramalan Loktang tentang Siew Lan. iii. Masyarakat yang simpati terhadap golongan kurang upaya. Mak Timah kasihan dengan

nasib Siew Lan yang akan di buang lalu sanggup memeliharanya Gaya Bahasa i. Kata ganda

Contoh: digeleng-gelengkan

ii. Bahasa pasar Contoh: sueh, loktang

iii. Sinkope

Contoh: nak, kau

CSL2014 Antologi Dirgahayu Bahasaku

Prosa Moden 15

iv. Personifikasi Contoh : kelakuannya tak ubah macam wayang patung

Nilai Murni

Nilai kasih sayang. Contohnya, Mak Timah mengasihi anak angkatnya Pungut.

Nilai keikhlasan. Contohnya, Mak Timah menguruskan dan menjaga Pungut dengan ikhlas.

Nilai simpati terhadap golongan yang kurang upaya. Contohnya Mak Timah simpati dengan nasib Pungut.

Nilai setiakawan. Contohnya semangat setiakawan antara Mak Timah dengan Bibik.

Nilai hormat-menghormati. Contohnya anak-anak Mak Timah menghormati pendirian emak mereka.

Pengajaran

Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga sungguh pun statusnya hanya anak angkat. Contohnya Mak Timah yang menyayangi Pungut dan memeliharanya sehingga sudah berusia 24 tahun.

Kita mestilah akhlas memberikan pertolongan. Contohnya Mak Timah begitu ikhlas memelihara Pungut sehingga mencapai umur dewasa.

Kita haruslah bersimpati terhadap golongan kurang upaya. Contohnya Mak Timah yang bersimpati dengan nasib Pungut.

Kita hendaklah mengamalkan setiakawan. Contohnya Mak Timah yang bertegur sapa dengan Bibik.

Kita wajarlah menghormati keputusan ibu bapa. Contohnya anak-anak Mak Timah yang menghormati keputusannya menjadikan Pungut anak angkat.

CSL2014 Antologi Dirgahayu Bahasaku

Prosa Moden 16

PROSA MODEN CERPEN TANGGAR AMANAT

(Amaruszati Noor Rahim) Sinopsis

Di Yellowstone, Hawa dan Adam iaitu sepasang suami isteri tinggal di situ.

Hawa yang sedang hamil menghadapi konflik apabila Adam suaminya mengajaknya pulang ke Malaysia sedangkan dia igin terus mempertahankan perusahaan warisan Taman Nasional Melayu Ahmad Abdullah yang pertama di situ.

Tambahan lagi kawasan Yellowstone merupakan kawasan lingkaran gunung berapi.

Dalam keadaan kebingungan ditinggalkan Adam, Hawa berhalunisasi dengan janin dalam kandungannya yang berdialog dengannya tentang kemusnahan yang akan dihadapi jika terus tinggal di situ.

Atas nasihat dan pandangan yang diberikan oleh janin dalam kandungannya, Hawa mengambil keputusan untuk mengikut Adam pulang ke Malaysia.

Tema

Semangat patriotik yang disuntik bagi meneruskan warisan keluarga. Huraian: Halunisasi janin dan Hawa menyebabkan Hawa mengambil keputusan kembali ke Malaysia mengikut suaminya Adam walaupun dia mahukan meneruskan perusahaan warisan Taman Nasional Melayu Ahmad Abdullah.

Persoalan

Kegigihan mencari rezeki di tempat orang. Adam gigih mencari rezeki di Yellowstone, Amerika Syarikat.

Perkahwinan campur di luar negara. Adam berasal dari Malaysia berkahwin dengan Hawa gadis kelahiran Yellowstone, Amerika Syarikat.

Kepincangan hidup di tempat orang.

Kepercayaan atas kuasa Yang Maha Besar. Hawa mengaku segala yang berlaku adalah ketentuan Allah.

Plot Secara keseluruhannya, plot cerpen ini digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu: i. Permulaan

Plot dimulakan dengan memperkenalkan watak Hawa yang mengalami alahan semasa mengandung. Dia terkenangkan Adam yang entah ke mana setelah gagal memujuknya agar meninggalkan tempat itu setelah ada ramalan bahawa Yellowstone akan dilanda bencana.

CSL2014 Antologi Dirgahayu Bahasaku

Prosa Moden 17

ii. Perkembangan

Setelah ditinggalkan Adam, Hawa mula berhalusinasi bahawa dia berada di alam rahim dan berkomunikasi dengan janinnya sendiri.

iii. Konflik

Konflik timbul apabila janin membangkang keputusan Hawa untuk kekal di tempat itu

iv. Klimaks Hawa mula sedar bahawa keselamatan janinnya lebih penting berbanding kepentingan mempertahankan perusahaan di Yellowstone.

v. Peleraian

Hawa tersedar dari halusinasinya kerana mendengar Adam memanggil namanya berkali-kali.

Teknik Plot

i. Pemerian

Contohnya : ..Roma tengkuknya meremang. Topi jaket di tarik ke kepala yang pening semenjak subuh tadi. Dunia bagai diayun. Berdiri bagai tidak jejak bumi. Loya menganggu tekak, tetapi dia…

ii. Suspens Contohnya ; Istighfarnya berenang dalam lautan merah. Hangat terasa. Di mana? Dalam lahar Yellowstone? Tidak mungkin. Ini bukan hangat kawalan api Yellowstone. Tidak mungkin dia hidup dalam tumbuhan gelegak lava. Kalimah Lailahaillallah terdengar…

Watak dan Perwatakan Watak Utama i. Hawa

Keturunan Ahmad Abdullah dan Maria Cruz Abdullah

Seorang yang penyayang. Dia amat menyayangi anak dalam kandungannya dan suaminya, Adam.

Seorang yang setia dengan hubungan keluarga. Amat menyayangi Adam suaminya.

Seorang yang penakut. Dia takut kehilangan suaminya yang akan balik ke Malaysia.

Isteri kepada Adam

CSL2014 Antologi Dirgahayu Bahasaku

Prosa Moden 18

Watak sampingan i. Adam

Suami Hawa

Seorang yang penyabar.Sabar memujuk Hawa supaya mengikutnya kembali ke Malaysia.

Mempunyai sifat patriotik yang tinggi . Ingin kembali dan menetap ke Malaysia..

ii. Janin

Generasi ke-8 Ahmad Abdullah.

Mempunyai keberanian yang tinggi untuk menyatakan pendiriannya.Berani memberi pandangan terhadap ibunya supaya mengikut ayahnya kembali ke Malaysia.

Ikhlas memberi pandangan.Dia ikhlas member pandangan kepada ibunya.

Mempunyai semangat patriotik yang tinggi.Mempunyai semangat patriotik terhadap tanah tumpah darah ayahnya, Adam.

Latar Latar Masa i. Lapan tahun menunggu zuriat. ii. Generasi kelapan Ahmad Abdullah. Latar tempat i. Yellowstone. ii. Devils Tower. iii. Canyon Village. Latar Masyarakat i. Masyarakat yang penyayang terhadap hubungan kekeluargaan, iaitu Hawa yang menyayangi

janinnya. ii. Masyarakat yang memperjuangkan warisan keluarga, Contohnya Hawa yang berkeras mahu

mempertahankan perusahaan keluarganya. iii. Masyarakat yang maju dalam bidang perniagaan, Contohnya Perusahaan Taman Nasional

Yellowstone yang sudah bertahan sehingga generasi kelapan. iv. Masyarakat yang percaya kepada kekuasaan Tuhan, Contohnya janin yang mendengar

degupan jantung yang berzikir kepada Tuhan. Gaya Bahasa i. Kata ganda

Contohnya : tiba-tiba.

ii. Metafora Contohnya : perut bumi.

CSL2014 Antologi Dirgahayu Bahasaku

Prosa Moden 19

iii. Hiperbola Contohnya : kita akan terpelanting, lebur, berkecai entah ke mana.

iv. Simile Contohnya : lidah merah melahap bagai naga menyemburkan api.

v. Personifikasi Contohnya ; kita kembangkan sayap warisan di tempat lain.

vi. Kata pinjaman Contohnya : Bahasa Arab (Kun Fayakun).

Nilai Murni

Nilai kasih sayang. Contoh: Hawa menyayangi perusahaan keluarganya yang telah diwarisi turun-temurun.

Nilai kesabaran. Contoh: Adam masih bersabar dengan Hawa semasa menghadapi pertentangan pendapat.

Nilai ketabahan. Contoh: Ahmad Abdullah yang tabah menghadapi cabaran hidup di rantau orang.

Pengajaran

Kita hendaklah menyayangi sebarang usaha yang menjadi warisan keluarga. Contohnya, Hawa sanggup mempertahankan perusahaan keluarganya di Yellowstone.

Kita hendaklah sabar menghadapi tekanan. Contohnya Adam yang bersabar dengan kedegilan Hawa.

Kita mestilah tabah. Contohnya Ahmad Abdullah yang tabah menempuh dugaan hidup di perantauan.

CSL2014 Antologi Dirgahayu Bahasaku

Prosa Moden 20

PROSA MODEN CERPEN HUTAN RIMBA

(Sasjira) TELAH KELUAR DALAM SPM NOV 2012

Sinopsis

Pak Tua sebagai pemandu traktor menyesali pekerjaannya yang mengakibatkan kemusnahan alam sekitar.

Harapannya agar kawasan hutan kembali merimbun.

Hasil pekerjaannya dia berjaya membesarkan anak-anaknya dengan kerjaya masing-masing.

Atas nasihat anak-anaknya, Pak Tua dapat dipujuk agar reda dengan pekerjaannya yang banyak membantu menyara keluarga dan pendidikan anak-anaknya.

Akhirnya Pak Tua dan anak-anaknya berjaya menceburi bidang pelancongan dengan membuat resort keluarga di hutan simpan miliknya.

Tema

Kemusnahan alam semulajadi untuk pembangunan. Kawasan bekas aktiviti pembalakan akhirnya telah menjadi kawasan perladangan. Estet-estet kelapa sawit luas saujana mata memandang.

Persoalan

Kemusnahan flora dan fauna. Aktiviti pembalakan yang dilakukan telah memusnahkan kehidupan flora dan fauna.

Kekesalan atas kemusnahan khazanah alam. Pak Tua menyesal kerana pekerjaannya sebagai pemandu jentolak dengan syarikat pembalakan menyebabkan khazanah hutan musnah.

Kepentingan pendidikan anak-anak. Empat orang anak Pak Tua telah berjaya dalam bidang pendidikan dan kerjaya masing-masing.

Kepentingan pembangunan dalam memajukan negara. Pembangunan dalam bidang pertanian dapat memberi sumber pendapatan kepada negara.

Plot Secara keseluruhannya plot drama digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu: (i) Permulaan

Pada peringkat ini watak Pak Tua digambarkan sedang memandu jentolak Caterpillar yang mengeluaran asap hitam dan bunyi bising di dalam hutan dara. Jentolak tersebut menumbangkan pokok-pokok dan mengakibatkan binatang-binatang hilang habitat semulajadi. Kawasan hutan dara menjadi gondol dalam sekelip mata.

CSL2014 Antologi Dirgahayu Bahasaku

Prosa Moden 21

(ii) Perkembangan Pada bahagian ini watak Pak Tua dipenuhi perasaan kesal sehingga menitiskan air mata ketika mengimbas kembali pekerjaannya selaku pemandu jentolak 30 tahun yang lalu telah mengakibatkan kemusnahan alam sekitar. Pak Tua berazam untuk mengembalikan kehijauan hutan dara dan flora serta faunanya. Mak Tua pula cuba memujuk Pak Tua dengan menjelaskan bahawa pekerjaan yang dia lakukan dahulu telah membuahkan hasil kerana keempat-empat orang anaknya telah bekerjaya. Sepanjang membesarkan anak-anak juga dia tidak membuat sebarang pinjaman untuk anak-anaknya melanjutkan pelajaran di universiti. Pak Tua terkenangkan zaman mudanya sewaktu dia meninggalkan kampung halamannya untuk mencari pekerjaan. Semasa di kampungnya dia menggunakan bom buatan sendiri untuk menangkap ikan walaupun perbuatan tersebut memusnahkan terumbu karang. Mak Tua terus memujuk Pak Tua agar jangan terlalu menyesali kemusnahan hutan kerana mereka bertemu jodoh dan hidup bahagia sehingga kini kerana dia bekerja di dalam hutan itu.

(iii) Konflik Peringkat ini bermula setelah Pak Tua mewarisi tanah pusaka ibu bapa mentuanya. Pada waktu ini Pak Tua masih lagi dengan rutinnya pada setiap malam Jumaat menghantar juadah ke masjid sambil terus melakukan solat fardhu dan membaca surah Yasin. Tanah pusaka itu dipenuhi buah-buahan tempatan dan buah-buah itu dipungut oleh Pak Tua untuk anak cucunya, namun begitu untuk mendapatkan buah-buahan hutan dia terpaksa meredah belantara. Digambarkan juga dusun Pak Tua didatangi pelawat yang menaiki bas mini dan kereta kerana jalan yang sudah berturap. Konflik timbul apabila Ajam mempersoalkan tindakan bapanya yang menjadikan tanah dusun itu menjadi hutan simpan di samping ada tanah untuk tapak rumah dan dusun buah-buahan. Melati pula mempertahankan tindakan bapanya yang sebenarnya menolong negara melaksanakan pembangunan dan hal ini disokong oleh Budi.

(iv) Klimaks Apabila Bakar mencari pekerja untuk menjaga dusun dan hutan daripada pencuri kayu balak yang semakin menjadi-jadi. Melati menyatakan rnacangan mereka adik beradik untuk menjadikan dusun dan hutan itu sebagai kawasan pelancongan.

(v) Peleraian Pak Tua tidur di ruang utama dengan dikelilingi cucu-cunya sambil bercerita tentang kehidupan sebuah hutan rimba yang indah dan damai. Pada ketika itu juga dia sudah bergelar haji dan berasa lega dengan keputusannya melestarikan harta warisan alam.

CSL2014 Antologi Dirgahayu Bahasaku

Prosa Moden 22

Watak dan Perwatakan Watak Utama Pak Tua

Pemandu jentolak jenama Caterpillar.

Seorang yang bertanggungjawab terhadap keluarga. Bertanggungjawab membiayai perbelanjaan pendidikan anak-anaknya.

Berjaya membesarkan anak-anak dengan pendidikan tinggi. Anaknya yang sulung Ajam berjaya dalam bidang perniagaan pengangkutan bas antarkota. Anaknya yang kedua, Bakar bekerja sebagaipengurus ladang sebuah estet kelapa sawit. Anaknya yang ketiga, Melati menjadi seorang pensyarah di sebuah IPT dan anaknya yang bongsu seorang guru yang memegang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan.

Bangga dengan kejayaan anak-anak.Dia bangga kerana kesemua anaknya sudah Berjaya dalam bidang akademik dan mempunyai kerjaya yang baik.

Bersyukur dengan pembangunan. Pembangunan yang telah dilakukan telah menyebabkan anak-anaknya dapat menikmati kehidupan yang sempurna.

Kesal atas pencerobohan hutan.Pak Tua kesal kerana ketika mudanya dia telah terlibat dengan aktiviti pembalakan.

Watak Sampingan i. Mak Tua

Isteri Pak Tua.

Tinggal di tepi sungai berdekatan hutan dara..

Pandai memasak.Menyediakan makanan yang enak untuk keluarganya.

Pandai mendidik anak-anak. Anak-anaknya saling menyayangi dan menghormati kedua orang tua mereka..

ii. Ajam

Anak sulung Pak Tua

Seorang pengusaha pengangkutan bas antarkota..

Pakar dalam dunia perniagaan.

Gigih. Kegigihannya menyebabkan dia telah menjadi ahli perniagaan yang berjaya..

Berfikiran terbuka. Menerima cadangan adik-adiknya yang mahu membuka kawasan pelancongan

iii. Bakar

Anak kedua Pak Tua.

Berkelulusan Sarjana Pertanian.

Pengurus ladang estet kelapa sawit.

CSL2014 Antologi Dirgahayu Bahasaku

Prosa Moden 23

iv. Melati

Anak ketiga Pak Tua.

Pensyarah IPT.

v. Budi

Anak bongsu Pak Tua.

Seorang guru ijazah Sarjana Muda Pendidikan. Latar Latar Masa i. 30 tahun yang lalu sepanjang usia Pak Tua membesarkan anak-anak. ii. Malam Jumaat . Majlis bacaan Yasin diadakan. Latar Tempat i. Hutan tempat diteroka oleh Pak Tua ii. Sungai tempat Mak Tua mencari ikan iii. Sungai Kinabatangan, Sabah Latar Masyarakat i. Masyarakat penyayang keluarga masing-masing Contohnya Pak Tua menyayangi semua

ahli keluarganya. ii. Masyarakat beriman.., Contohnya Pak Tua yang rajin bersolat di masjid. iii. Masyarakat inginkan pendidikan bagi mencorakkan kehidupan baru, Contohnya anak-

anak Pak Tua yang semuanya berpendidikan tinggi.. iv. Masyarakat yang inginkan pembangunan bagi memajukan kawasan penempatan,

Contohnya Pak Tua yang tidak menghalang hasrat anak-anaknya yang ingin menjadikan kawasan dusun mereka sebagai kawasan pelancongan.

Teknik Penceritaan i. Pemerian

Contoh : Kera dan monyet melompat bergayutan lari meninggalkan habitatnya. Begitu juga dengan gajah, babi hutan, payau dan kijang, namun ada yang tak sempat menyelamatkan diri…

ii. Dialog

Contoh: “Bapa telah melestarikan harta warisan alam.” Bakar mencelah kagum. “Hanya dengan cara inilah bapa dapat menebus kesalahan bapa kerana pernah terlibat dalam pemusnahan hutan suatu masa dahulu.”…

CSL2014 Antologi Dirgahayu Bahasaku

Prosa Moden 24

iii. Imbas Kembali Contoh: Pak Tua cuba meraih kembali ingatannya sewaktu tiga puluh tahun yang lalu.Jari jemarinya terketar-ketar mengurut kerut di dahinya yang menyimpan begitu banyak memori…

iv. Saspens

Contoh: “Tapi kenapa semua kesenangan ini harus terhasil dari sebuah kehancuran. Kehancuran hutan rimba.” Akhirnya kesesakan di dada Pak Tua ikut terluah bersama linangan air matanya. Dia menangis kini. Dia menangis setelah menyedari bahawa tanpa sedar, dia sekali lagi ikut terlibat dalam pemusnahan alam…

Gaya Bahasa

i. Kata ganda Contohnya pohon-pohon ii. Metafora Contohnya ;hutan dara, busana hijau iii. Hiperbola Contohnya…jentolak yang dipandu oleh Pak tua telah merobek dan mengoyak

hasil busana hutan… iv. Personifikasi Contohnya ; bunyi mengaum keras mendengung, membingitkan suasana v. Repetisi Contohnya : Dia menangis kini. Dia menangis setelah… vi. Paradoks Contohnya : …kesenangan ini harus terhasil dari sebuah kehancuran… Nilai

Nilai Tanggungjawab. Contohnya Pak Tua yang bertanggungjawab membesarkan keempat-empat orang anaknya sehingga mereka berjaya dalam kerjaya masing-masing.

Nilai kasih sayang sesama ahli keluarga. Contohnya anak-anak Pak Tua yang saling menyayangi antara satu sama lain dan berbincang dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.

Nilai kegigihan. Contohnya Pak Tua yang gigih mencari rezeki untuk menyara kehidupan keluarganya.

Nilai kerajianan. Contohnya Pak Tua rajin berusaha untuk meningkatkan diri dengan berhijrah meninggalkan kampung halamannya.

CSL2014 Antologi Dirgahayu Bahasaku

Prosa Moden 25

Pengajaran

Kita hendaklah menjadi seorang bapa yang bertanggungjawab. Pak Tua bertanggungjawab untuk membesarkan dan memberi pendidikan yang sempurna kepada anak-anaknya.

Kita hendaklah saling berkasih sayang antara adik-beradik. Anak-anak Pak Tua berbincang sebelum mengambil keputusan untuk menjadikan dusun buah-buahan bapa mereka sebagai kawasan pelancongan.

Kita mestilah menjadi ketua keluarga yang memiliki sifat gigih bekerja. Pak Tua begitu gigih bekerja untuk menyara anak-anak dan isterinya.

Kita hendaklah rajin berusaha untuk membaiki taraf hidup. Pak Tua rajin bekerja sejak zaman mudanya lagi.

CSL2014 Antologi Dirgahayu Bahasaku

Prosa Moden 26

PROSA MODEN CERPEN IDOLA (Zaen Kasturi)

Sinopsis

Kehidupan si penjaga panggung yang menjadikan Hero sebagai idola hidupnya.

Pendiriannya bercanggah dengan pendapat isterinya yang meminta dia mengubah cara hidup agar kehidupan mereka yang miskin dapat diubah.

Pada suatu petang dia berjumpa dengan si Hero yang mengisahkan realiti kehidupannya sebenar dan menasihatinya agar sedar dengan realiti hidup.

Hal ini menyedarkan si penjaga panggung bahawa idola yang ideal hanya wujud dalam pementasan sandiwara dan dia perlu melakukan perubahan diri.

Tema

Bertemakan kekeliruan hidup antara fantasi dan realiti iaitu antara pementasan sandiwara dengan kehidupan sebenar.

Persoalan

Kesempitan hidup dan kemiskinan kerana pendapatan yang rendah. Si penjaga panggung dan keluarganya hanya mampu tinggal di sebuah rumah kecil.

Suka berkhayal untuk menjadi seperti idola. Si penjaga panggung sentiasa berangan-angan menjadi hero.

Kejujuran memberi pengertian kehidupan yang sebenar. Hero meminta si penjaga panggung kembali pada diri sendiri kerana kehidupan sebenar lebih menuntut perjuangan yang sesungguhnya.

Kesedaran diri untuk mengubah nasib diri. Isteri si penjaga panggung cuba menyedarkan suaminya bahawa pentas sandiwara tidak sama dengan pentas kehidupan sebenarnya.

Plot Secara keseluruhannya, plot cerpen ini digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu: (i) Permulaan

Pembaca diperkenalkan dengan watak penjaga panggung yang tinggal seorang diri setelah panggung kosong dan akan menyusun kerusi-kerusi yang ditinggalkan begitu sahaja oleh orang sebelum panggung dibuka, datang berbondong-bondong dari segenap penjuru kota sedangkan ketika itu jam sudah menunjukkan jam dua belas tengah malam.

CSL2014 Antologi Dirgahayu Bahasaku

Prosa Moden 27

(ii) Perkembangan Pada bahagian ini, watak penjaga panggung memerhatikan setiap gerak-geri hero sepanjang pementasan dan berangan-angan menjadi watak hero. Sambil bekerja selepas pementasan tamat dia terkenangkan isteri dan sepuluh orang anak-anaknya yang tinggal di rumah kecil kawasan setinggan. Dia juga memikirkan nasib diri yang masih belum berubah sehinggakan isterinya mula mempersoalkan pekerjaannya kini yang belum mampu membawa sebarang perubahan walaupaun anak lelakinya sudah menjelang remaja.

(iii) Konflik Pada peringkat ini, watak penjaga panggung datang ke panggung pada suatu petang walaupun tidak bertugas waktu itu kerana terlalu ingin bertemu dengan watak hero yang menjadi idolanya selama ini. Penjaga panggung berjabat salam dan berdialog serta memuji lakonan hero. Hero telah menyambut pujian dengan menyatakan lakonannya bukan gambaran sebenar kehidupannya dan meminta penjaga panggung kembali menjalankan tugasnya dan menerima kenyataan hidup walaupun mengetahui penjaga panggung amat teringin menjadi seperti hero.

(iv) Klimaks

Pada tahap ini watak penjaga panggung yang bertugas pada waktu malam selepas pementasan tamat seperti tidak ada kemahuan menyusun kerusi-kerusi seperti biasa kerana dia teringatkan kata-kata hero pada waktu siang semasa mereka bercakap yang sekaligus membuatkan dia berfikir tentang kekuatan dirinya sendiri.

(v) Peleraian Penjaga panggung telah bertindak melemparkan kerusi-kerusi panggung ke dinding sebagai tanda melepaskan amarah dan rasa bersalah yang terpendam dalam dirinya.

Teknik Plot i. Pemerian

Jam di belakang pentas berdentang dua belas kali. Si penjaga panggung membelingas matanya ke sekeliling panggung, menatap dinding. Lamanya ditenungnya dinding kaku bercat kelabu itu…

ii. Monolog “aku…aku berupaya menjadi hero kepada diriku sendiri,” bisik si penjaga panggung kepada dirinya sendiri, antara dengan tidak.

iii. Dialog “Err… tidak,” “Bercakap benarlah saudara.” Err… ya…ya…”

CSL2014 Antologi Dirgahayu Bahasaku

Prosa Moden 28

iv. Saspens Dengan bantuan tangan sasanya, si penjaga panggung mencapai kerusi di sisinya. Dengan sekuat tenaga, kerusi itu dijulangnya, kemudian dilemparkannya ke dinding. Satu demi satu di dalam panggung itu dilemparkannya ke dinding.

Watak dan Perwatakan

Watak Utama Si Penjaga Panggung

Bekerja sebagai penjaga panggung.

Mempunyai seorang isteri dan sepuluh orang anak.

Keliru dengan pendirian diri terhadap idola. Si Panjaga Panggung selalu mengagumi kehebatan hero tanpa mengetahui bahawa Si Hero bukan hanya mahu memegang watak hero.

Watak Sampingan i. Si Hero

Suka menyindir. Si Hero menyuruh Si Penjaga Panggung berhenti memuji dirinya dan meminta memuji diri sendiri.

Seorang pelakon yang memegang watak utama (hero)

Berterus terang tentang realiti kehidupan yang dilaluinya. Si Hero menyatakan bahawa kehidupan di sini hanya sementara. Dia meminta Si Penjaga Panggung melupakan kehidupan di dalam panggung.

ii. Isteri Penjaga Panggung

Berfikiran terbuka dan ingin mengubah nasib. Isteri penjaga panggung cuba menyedarkan suaminya tentang pekerjaan suaminya.

Mempunyai 10 orang anak.

Latar Latar Masa i. Waktu malam semasa si penjaga panggung menjalankan kerja. ii. Waktu pementasan sandiwara, contohnya pementasan dilakukan sebelum hari menjelang

tengah malam.

Latar Tempat i. Panggung sandiwara dipersembahkan yang menjadi tempat kerja si penjaga panggung. ii. Rumah penjaga panggung di lorong sempit dan longkang yang tersumbat oleh sampah.

CSL2014 Antologi Dirgahayu Bahasaku

Prosa Moden 29

Latar Masyarakat i. Masyarakat yang terlibat dengan pementasan, contohnya hero yang menjadi pelakon

pentas. ii. Masyarakat yang tinggal di perkampungan setinggan, contohnya keluarga penjaga

panggung. iii. Masyarakat yang sukakan hiburan, contohnya penonton yang membanjiri panggung

semasa pementasan. iv. Masyarakat yang suka berkhayal, contohnya penjaga panggung yang berkhayal ingin

menjadi seperti hero. Gaya Bahasa i. Kata ganda

Contoh: putera-puteri

ii. Metafora Contoh: kawah lupa diri

iii. Simpulan Bahasa Contoh: merendah diri

iv. Hiperbola Contoh: suaranya bak halilintar

v. Personifikasi Contoh: kerusi-kerusi tetap kaku

vi. Falsafah Contoh: seberkas sampah yang hanya layak digilai lalat dan gagak

Nilai

Nilai kejujuran. Contohnya Hero menyampaikan realiti kehidupan yang dilaluinya adalah berbeza dengan lakonannya.

Nilai kesabaran. Contohnya isteri si penjaga panggung yang sabar menghadapi kemiskinan hidup dan masih lagi tinggal di rumah kecil.

Nilai ketabahan. Contohnya isteri si penjaga panggung yang tabah menghadapi cabaran hidup dan membesarkan sepuluh orang anak dalam keadaan miskin dan tinggal di kawasan setinggan.

CSL2014 Antologi Dirgahayu Bahasaku

Prosa Moden 30

Pengajaran

Kita hendaklah jujur dalam pekerjaan. Contoh: Hero dengan jujur memberitahu kenyataan hidupnya berbeza dengan dunia lakonan.

Seorang isteri mestilah bersabar menjalankan tanggungjawab dalam rumah tangga. Contoh: isteri si penjaga panggung sabar dengan karenah suaminya yang terlalu mengagung-agungkan Hero.

Seorang isteri hendaklah tabah melalui cabaran membesarkan dan memdidik anak-anak. Contoh: isteri si penjaga panggung menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu walaupun dalam keadaan hidup mereka yang susah.