Apa Itu Kanser Dan Tanda Awal Kanser

  • Upload
    vizet

  • View
    299

  • Download
    1

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/27/2019 Apa Itu Kanser Dan Tanda Awal Kanser

    1/13

    Apa itu Kanser Dan Tanda Awal Kanser ?

    Apakah Kanser ?

    Kanser ialah sel yang terhasil secara tidak normal dalam badanseseorang. Satu kelompok sel kanser dipanggil tumor dan jika tidak dirawat iaboleh membesar dan merebak ke anggota badan yang lain.

    Tumor ini akan mengelilingi sel dan mengambil khasiat daripada sel.Tumor ini mungkin adalah kanser. Sel-sel kanser ini akan berkembang dantersebar ke organ badan yang lain melalui saluran darah dan limpa.

    Setiap orang ada sel kanser dalam badan. Sel kanser ini tidak kelihatandalam ujian atau pemeriksaan piawai sehinggalah mereka telah berganda kebeberapa juta.

    Sel kanser tidak mempunyai bentuk khas, wujud dalam pelbagai saizdan berbeza daripada sel sihat yang mempunyai bentuk seragam. Ia bolehdilihat dengan jelas di bawah mikroskop.

    Bagaimana Sel KANSER membiak?

    Sel kanser akan membuat 'laluan' sendiri dan menjangkiti dari satu tisu

    ke tisu lain. Lama-kelamaan sel kanser yang bertambah banyak akan

    merebak dari kawasan permulaan ke organ lain melalui saluran darahatau sistem limpa. Rawatan awal boleh mencegah masalah ini.

    http://www.farmashealth.com.my/images/imageaxd.jpghttp://www.farmashealth.com.my/images/imageaxd.jpghttp://www.farmashealth.com.my/images/imageaxd.jpghttp://www.farmashealth.com.my/images/imageaxd.jpg
  • 7/27/2019 Apa Itu Kanser Dan Tanda Awal Kanser

    2/13

    Tanda tanda awal kanser

    (1) Kanser pangkal rahim sebarang lelehan atau pendarahan ygluarbiasa, sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.

    (2) Kanser payudara bengkak atau gumpalan di buah dada, keluarcairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutanpada kulit di buah dada.

    (3) Kanser usus besar perubahan tabiat membuang air, hilang beratbadan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasamembuang air.

    (4) Kanser paru-paru batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas

    termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.

    (5) Kanser perut hilang berat badan, muntah berdarah, sistempencernaan yg tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit.

    (6) Kanser limpa sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan,turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagianabdomen membengkak.

    (7) Kanser ovari haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian

    abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut ygmelampau, suara menjadi lebih mendalam.

    ( Kanser otak sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan,lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti.

    (9) Kanser prostat sukar dan sakit semasa kencing yangberpanjangan.

    (10) Kanser darah (leukimia) -letih, pucat, mudah lebam dan mudah

    mendapat jangkitan (infection).

    (11) Kanser tekak suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak, sukarmenelan dan kelenjar membengkak di leher.

    10 PENYEBAB UTAMA KANSER-

  • 7/27/2019 Apa Itu Kanser Dan Tanda Awal Kanser

    3/13

    (1) Makanan(2) Tembakau(3) Alkohol(4) Radiasi(5) Sinaran cahaya matahari

    (6) Pekerjaan(7) Pengambilan ubat( Pencemaran air dan udara(9) Perokok yang tidak aktif(10) Keturunan

    Rawatan Barah

    Rawatan barah adalah bergantung kepada jenis barah, bahagian

    anggota tubuh yang dihidapi barah dan juga sekiranya barah telah

    merebak. Malah faktor jenis rawatan barah ini juga dipengaruhi oleh

    umur pesakit. Kebanyakkan barah dirawat secara pembedahan,

    radioterapi (terapi sinar-X) atau kemoterapi. Satu atau lebih cara

    mungkin digunakan dalam merawat pesakit yang menghidapi barah.

    Apa itu kemoterapi?

    Kemoterapi adalah ubat-ubat yang digunakan untuk merawat barah

    dengan cara membunuh sel barah. Ubat kemoterapi ini berfungsi

    dengan cara Sel barah tersebut akhirnya rosak dan mati.Memandangkan ubat tersebut disuntik ke dalam menghalang sel barah

    daripada terus membahagi dan bertambah. darah, ubat tersebut juga

    boleh membunuh sel barah di bahagian tubuh yang lain.

    Ubat kemoterapi yang berlainan mempunyai kesan yang berbeza

    terhadap sel barah. Oleh yang demikian gabungan beberapa ubat

    mungkin digunakan untuk memberi kesan rawatan yang terbaik.

    Namun begitu, ubat kemoterapi ini turut memberi kesan kepada sel-sel

    badan yang normal dan ini menyebabkan beberapa kesan sampingan

    terjadi. Berbeza dengan sel barah, sel yang normal boleh bertambah

    dengan kadar segera menyebabkan kesan sampingan yang berlaku

    hanyalah bersifat sementara. Malah kesan sampingan ini akan hilang

    sebaik sahaja rawatan kemoterapi tamat.

  • 7/27/2019 Apa Itu Kanser Dan Tanda Awal Kanser

    4/13

    Pada kebanyakan keadaan, beberapa ubat kemoterapi diberikan

    serentak kepada pesakit. Hanya dalam kes-kes tertentu, sejenis ubat

    kemoterapi sahaja yang digunakan dalam rawatan.

    Mengapa rawatan kemoterapi diberikan?

    Tujuan rawatan kemoterapi adalah untuk menyembuhkan, mengawal

    penyakit barah atau mengurangkan gejala penyakit barah.

    Tempoh rawatan dan kekerapan rawatan adalah bergantung kepada

    jenis barah dan ubat yang digunakan. Secara amnya, rawatan

    kemoterapi diberikan dalam tempoh enam hingga 12 bulan walaupun

    adakalanya ianya boleh diberikan dalam tempoh yang lebih singkat

    atau lebih panjang. Individu adalah digalakkan untuk berbincang

    dengan doktor yang merawat.

    Bagaimana kemoterapi dilakukan?

    Ubat kemoterapi mestilah memasuki salur darah untuk sampai ke sel

    barah dalam tubuh badan. Ubat kemoterapi memasuki salur darah

    dengan segera sekiranya ia disuntik ke dalam salur darah. Sekiranya

    diberikan secara kaedah lain, ubat tersebut mestilah menyerap masuk

    ke dalam salur darah (contoh: ubat kemoterapi dalam bentuk biji yang

    dimakan dan diserap melalui dinding perut atau usus).

    Ubat kemoterapi ini akan berada dalam sistem peredaran darah dan

    boleh memasuki serta memusnahkan sel-sel tertentu. Sel yang

    dipengaruhi oleh ubat kemoterapi adalah sel-sel yang bertambah

    dengan kadar segera seperti sel barah. Kadar kemusnahan sel barah

    adalah berbeza dan ianya bergantung kepada jenis barah itu sendiri.

    Sel tubuh normal yang bertambah cepat juga boleh terganggu oleh

    kesan ubat kemoterapi tetapi sel-sel normal tersebut berkeupayaan

    untuk pulih dan bertambah semula berbanding sel barah.

    Tempoh rehat di antara dua rawatan dapat memberi peluang kepada

    sel-sel yang normal pulih sebelum tiba masa rawatan yang

    selanjutnya.

    Doktor yang merawat pesakit barah akan mengambil kira beberapa

    faktor dalam membuat perancangan rawatan kemoterapi kepada

  • 7/27/2019 Apa Itu Kanser Dan Tanda Awal Kanser

    5/13

    pesakit. Antara faktor penting tersebut adalah jenis barah, bahagian

    anggota tubuh yang dihidapi barah dan juga sekiranya barah telah

    merebak. Faktor lain yang perlu diambil kira adalah umur pesakit dan

    tahap kesihatan pesakit secara umumnya. Ini bermakna setiap pesakit

    berkemungkinan mendapat rawatan kemoterapi yang berbeza.

    Kekerapan rawatan kemoterapi dan tempoh rawatan adalah

    bergantung kepada jenis barah, ubatan yang diberikan, tindakbalas sel

    barah terhadap ubat dan kesan sampingan ubatan.

    Kemoterapi biasanya diberikan dalam beberapa tahap. Tempoh bagi

    setiap tahap rawatan mengambil masa beberapa jam hingga kepada

    beberapa hari bergantung kepada ubatan yang diberikan. Setiap tahap

    rawatan itu akan diikuti dengan tempoh rehat untuk beberapa minggu

    bagi membolehkan tubuh badan pulih daripada kesan sampinganrawatan. Jumlah keseluruhan tahap rawatan bergantung kepada

    tindak balas barah terhadap rawatan. Rawatan kemoterapi mungkin

    mengambil masa beberapa bulan untuk merawat penyakit barah. Bagi

    sesetengah pesakit pula, mereka dikehendaki memakan ubat

    kemoterapi untuk beberapa minggu atau bulan sebelum diberikan

    tempoh rehat.

    Pesakit mungkin diperlukan untuk menjalani ujian darah, sinar-X atau

    berjumpa dengan doktor sebelum diberikan rawatan kemoterapi danini sememangnya mengambil masa. Kesemua ubatan kemoterapi

    disediakan dengan cara tertentu dan pesakit mungkin perlu menunggu

    seketika sebelum memperolehi ubatan tersebut daripada Jabatan

    Farmasi hospital. Bagi membantu pesakit mengisi masa menunggu,

    mereka disarankan untuk membaca buku, surat khabar, melakukan

    silang kata atau menulis surat.

    KESAN SAMPINGAN KIMOTERAPI

    Masalah usus

    Sesetengah pesakit mungkin menghadapi masalah seperti sembelitatau cirit-birit (setelah diberikan rawatan kemoterapi). Mereka inidigalakkan untuk meminum lebih air bagi mengatasi masalah ini.

  • 7/27/2019 Apa Itu Kanser Dan Tanda Awal Kanser

    6/13

    Sembelit boleh dielakkan sekiranya pesakit mengambil makananberserat tinggi seperti roti gandum dan pasta , bijirin, buah-buahan dansayur-sayuran.

    Bagi mengatasi masalah cirit-birit pula, pesakit dinasihatkan mengambil

    makanan dalam jumlah yang sedikit secara kerap berbanding memakanmakanan dalam jumlah yang banyak. Ambil makanan yang bersuhusuam atau sedikit sejuk berbanding makanan yang panas atau telalusejuk. Elak makanan yang pedas, makanan berserat yang kasar,makanan berlemak atau yang digoreng, berkuah atau bersos, sosej danbuah-buahan atau sayuran yang mentah, berkulit atau berbiji. Makanmakanan snek yang bersesuaian seperti sup, roti bakar, biskut, kejuatau nasi. Apabila cirit-birit telah sembuh, penting bagi pesakit untukmengambil makanan yang seimbang meliputi buah-buahan segar,sayuran dan bijirin.

    Pesakit perlu melaporkan masalah sembelit, cirit-birit atau sakit perutkepada doktor yang merawat.

    Masalah mulut

    Ubat anti-barah juga boleh memberi kesan kepada lapisan dalam mulutdan adakalanya menyebabkan luka / ulser atau jangkitan mulut.Penjagaan kebersihan mulut adalah penting bagi semua pesakit yangmendapat rawatan kemoterapi. Pesakit digalakkan menggosok gigi duakali sehari dengan menggunakan berus gigi yang lembut. Pesakit

    mungkin dibekalkan dengan ubat kumuran bagi mengelakkan jangkitanmulut seperti jangkitan kulat.Pesakit tidak digalakkan mengguna ubat kumur komersil tanpa merujukdengan doktor terlebih dahulu kerana ianya berkemungkinan merengsalapisan dinding mulut. Penggunaan sesudu garam dalam segelas airsuam juga boleh digunakan bagi tujuan yang serupa.

    Jika mulut anda kering, banyakkan mengambil cecair, terutamanya airdan makanlah makanan lembut seperti kaserol. Makan juga buah-buahan masam atau gula-gula berangin. Bincangkan masalah pergigian

    anda dengan doktor. Maklumkan dahulu kepada doktor gigi anda yangsedang menjalani rawatan kemoterapi sebelum menjalani rawatanpergigian.

    Rambut gugur

    Keguguran rambut adalah disebabkan kesan sampingan sementaraubat pada rambut. Walaupun begitu tidak semua ubat kemoterapi

  • 7/27/2019 Apa Itu Kanser Dan Tanda Awal Kanser

    7/13

    menyebabkan keguguran rambut. Tahap keguguran rambut adalahbergantung kepada individu dan jenis ubat yang diberikan. Rambut baruakan tumbuh dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas rawatankemoterapi diberikan.

    Selain daripada keguguran rambut, pesakit juga mungkin kehilanganbulu pada bahagian anggota badan yang lain. Sekiranya pesakitdijangkakan akan menghadapi masalah keguguran rambut,penggunaan rambut palsu, topi atau skaf mungkin dapat membantu.Elakkan kulit kepala terdedah kepada sinar matahari atau keadaansejuk yang melampau. Pesakit hendaklah menjaga kebersihan rambutdan kulit kepala. Sekiranya bulu mata turut gugur, gunakan kaca matauntuk melindungi mata. Pada hari yang berangin, anda perlumemastikan rambut dan kulit sangat bersih.

    Rawatan bagi barah boleh mengubah persepsi pesakit terhadap dirinyadan hubungan dengan orang lain. Sesetengah pesakit menganggap barahtidak memberi apa-apa perubahan tetapi bagi sebahagian yang lain iamembuatkan hubungan dengan pasangan lebih rapat. Pesakit jugaadakalanya mempunyai kurang minat dalam hubungan intim atauhubungan intim tidak penting lagi buatnya untuk sementara waktu.

    Kesan sampingan kemoterapi seperti loya atau keletihan juga menjadipenyebab pesakit kurang berminat mengadakan hubungan seksual denganpasangan. Malah perubahan fizikal badan menyebabkan pesakit

    merasakan dirinya kurang menarik di mata pasangan mereka. Adakalanyapesakit lelaki mempunyai masalah mati pucuk manakala bagi pesakitwanita mereka adakalanya mengadu mempunyai masalah faraj yangkering. Penggunaan KY Jelly sebagai pelincir boleh membantu dalammasalah kekeringan faraj. Sungguhpun begitu masalah ini hanyalahbersifat sementara dan ia biasanya pulih setelah rawatan tamat.

    Sekiranya pesakit merasakan terdapat perubahan dalam hubungan intim,adalah digalakkan berbincang dengan pasangannya. Pasangan mungkintidak menimbulkan hal tersebut berikutan kebimbangannya membuatkan

    pesakit berasa bersalah atau membuat permintaan yang melampau dalamkeadaan pesakit yang tidak sihat. Perbincangan yang terbuka antarapesakit dan pasangan boleh membantu menyakinkan perasaan pesakitakan keperluan berkasih-sayang dan memerlukan pasangan.

    Walaupun pesakit mungkin tidak berminat dengan hubungan seksual,terdapat banyak cara untuk memastikan keintiman berterusan.

  • 7/27/2019 Apa Itu Kanser Dan Tanda Awal Kanser

    8/13

    Bersentuhan, berpelukan, bercium adalah antara aktiviti intim yang bolehdilakukan bersama sementara pesakit pulih secara perlahan untukmembolehkan hubungan seksual dilakukan seperti kebiasaan.

    Kesuburan

    Kemoterapi boleh memberi kesan sementara atau kekal kepadakesuburan pesakit. Pesakit wanita mungkin menghadapi kitar haid yangtidak teratur atau putus haid tetapi keadaan ini hanyalah bersifatsementara. Walaupun kebarangkalian untuk mengandung menurunberikutan rawatan kemoterapi, masih ada pesakit wanita yang hamilsetelah tamat rawatan.

    Bagi pesakit lelaki, rawatan kemoterapi boleh mengurangkan jumlahpenghasilan sperma. Bilangan sperma dalam air mani boleh berkurang

    dalam jumlah yang sedikit atau dalam keadaan yang ekstrem - tiadapenghasilan sperma. Kesan sampingan ini boleh bersifat sementaraatau kekal. Sesetengah pesakit membuat keputusan untuk menyimpansperma sekiranya ia diperlukan untuk kegunaan persenyawaan luarrahim kelak.

    Merancang keluarga

    Walaupun kadar kesuburan berkurangan berikutan rawatan kemoterapi,proses kehamilan masih boleh berlaku. Memandangkan kemoterapiboleh memberi kesan kepada telur (ova) dan sperma maka kehamilan

    tanpa dirancang adalah tidak digalakkan baik bagi pesakit wanita,pesakit lelaki atau pasangan. Maka kaedah cegah hamil yang sesuaiperlu digunapakai. Sekiranya kehamilan berlaku, pesakit perluberbincang dengan doktor secepat mungkin.

    Pil perancang keluarga / cegah hamil mungkin diberikan kepada pesakitwanita muda bukan sahaja bertujuan untuk mencegah kehamilan tetapi

    juga untuk melindungi ovari daripada kesan sampingan ubatkemoterapi.

    RAWATAN MINDA TUBUH & ROHANI

    MONDAY, FEBRUARY 16, 2009

    APA ITU KANSER

  • 7/27/2019 Apa Itu Kanser Dan Tanda Awal Kanser

    9/13

    Kanser merupakan pertumbuhan sel-sel abnormal

    yang tidak terkawal. Sel-sel ini tidak dapat mengawal pembiakan secara

    teratur dan menghasilkan satu ketumbuhan yang disebut tumor, jika

    tumor ini merebak ke bahagian lain ia dinamakan tumor bernigna

    (bukan kanser) tetapi jika ia merebak ke tisu-tisu dan organ-organ

    berhampiran atau merebak melalui saluran darah atau limfa ia

    dinamakan tumor malignan (kanser).

    Mereka yang mempunyai Penyakit Resdung boleh berkembang menjadi

    kanser. Mereka yang berpenyakit Kencing Manis mempunyai 3 kali

    ganda risiko kanser. Buasir yang tidak dirawat akan berkembang

    menjadi kanser.

    JENIS KANSER

    Terdapat 3 jenis kanser iaitu:

    http://2.bp.blogspot.com/_aw6jW3T3zX8/SZm-F_zPJeI/AAAAAAAAAK0/dd6Agmj_UD8/s1600-h/virus+kanser.jpghttp://3.bp.blogspot.com/_aw6jW3T3zX8/SZsNS_v28mI/AAAAAAAAAN8/uhSoPqecXhk/s1600-h/breast.bmphttp://2.bp.blogspot.com/_aw6jW3T3zX8/SZm-F_zPJeI/AAAAAAAAAK0/dd6Agmj_UD8/s1600-h/virus+kanser.jpghttp://3.bp.blogspot.com/_aw6jW3T3zX8/SZsNS_v28mI/AAAAAAAAAN8/uhSoPqecXhk/s1600-h/breast.bmp
  • 7/27/2019 Apa Itu Kanser Dan Tanda Awal Kanser

    10/13

    1. KARSINOMA: Yang berlaku

    dalam tisu yang membahagi dengan cepat, seperti sel-sel yang meliputi

    dan mengalasi badan kita termasuk kulit, kolon (usus besar) payudara

    dan saluran pernafasan.

    2. SARKOMA: Berlaku dalam tisu-tisu yang membahagi dengan lebih

    perlahan seperti otot-otot dan tisu-tisu saraf.

    3. LEUKEMIA: Jenis kanser pada tisu-tisu yang membentuk sel-

    sel darah.

    http://1.bp.blogspot.com/_aw6jW3T3zX8/SZvhNXxSoxI/AAAAAAAAAOU/Jjq4LFKrJQE/s1600-h/309704909_5060c462e3_b.jpghttp://1.bp.blogspot.com/_aw6jW3T3zX8/SZvhNXxSoxI/AAAAAAAAAOU/Jjq4LFKrJQE/s1600-h/309704909_5060c462e3_b.jpghttp://4.bp.blogspot.com/_aw6jW3T3zX8/SZvgjyQH9OI/AAAAAAAAAOM/Ilq_zOZVKI8/s1600-h/mouth_cancer2.jpghttp://4.bp.blogspot.com/_aw6jW3T3zX8/SZm_ghSa7PI/AAAAAAAAALE/Ik_hZPJoHfg/s1600-h/kanser+payudara1.jpghttp://1.bp.blogspot.com/_aw6jW3T3zX8/SZm_XUccKlI/AAAAAAAAAK8/34iBBPXWCfs/s1600-h/kanser+payudara.jpghttp://1.bp.blogspot.com/_aw6jW3T3zX8/SZvhNXxSoxI/AAAAAAAAAOU/Jjq4LFKrJQE/s1600-h/309704909_5060c462e3_b.jpghttp://4.bp.blogspot.com/_aw6jW3T3zX8/SZvgjyQH9OI/AAAAAAAAAOM/Ilq_zOZVKI8/s1600-h/mouth_cancer2.jpghttp://4.bp.blogspot.com/_aw6jW3T3zX8/SZm_ghSa7PI/AAAAAAAAALE/Ik_hZPJoHfg/s1600-h/kanser+payudara1.jpghttp://1.bp.blogspot.com/_aw6jW3T3zX8/SZm_XUccKlI/AAAAAAAAAK8/34iBBPXWCfs/s1600-h/kanser+payudara.jpghttp://1.bp.blogspot.com/_aw6jW3T3zX8/SZvhNXxSoxI/AAAAAAAAAOU/Jjq4LFKrJQE/s1600-h/309704909_5060c462e3_b.jpghttp://4.bp.blogspot.com/_aw6jW3T3zX8/SZvgjyQH9OI/AAAAAAAAAOM/Ilq_zOZVKI8/s1600-h/mouth_cancer2.jpghttp://4.bp.blogspot.com/_aw6jW3T3zX8/SZm_ghSa7PI/AAAAAAAAALE/Ik_hZPJoHfg/s1600-h/kanser+payudara1.jpghttp://1.bp.blogspot.com/_aw6jW3T3zX8/SZm_XUccKlI/AAAAAAAAAK8/34iBBPXWCfs/s1600-h/kanser+payudara.jpghttp://1.bp.blogspot.com/_aw6jW3T3zX8/SZvhNXxSoxI/AAAAAAAAAOU/Jjq4LFKrJQE/s1600-h/309704909_5060c462e3_b.jpghttp://4.bp.blogspot.com/_aw6jW3T3zX8/SZvgjyQH9OI/AAAAAAAAAOM/Ilq_zOZVKI8/s1600-h/mouth_cancer2.jpghttp://4.bp.blogspot.com/_aw6jW3T3zX8/SZm_ghSa7PI/AAAAAAAAALE/Ik_hZPJoHfg/s1600-h/kanser+payudara1.jpghttp://1.bp.blogspot.com/_aw6jW3T3zX8/SZm_XUccKlI/AAAAAAAAAK8/34iBBPXWCfs/s1600-h/kanser+payudara.jpghttp://1.bp.blogspot.com/_aw6jW3T3zX8/SZvhNXxSoxI/AAAAAAAAAOU/Jjq4LFKrJQE/s1600-h/309704909_5060c462e3_b.jpg
  • 7/27/2019 Apa Itu Kanser Dan Tanda Awal Kanser

    11/13

    KAEDAH MELAWAN KANSER

    Cara untuk melawan Penyakit Kansersetakat ini ialah dengan:

    1. Menggunakan Mesin Teknologi Tinggi seperti Sinaran Laser untukmembantutkan (menahan buat sementara waktu).

    2. Mengambil Bahan Kimia seperti Dadah yang kuat, yang mampumembunuh sel (hingga semua sel yang sakit dan yang sihat mati).

    3. Membina ketahanan tubuh dengan melakukan Pernafasan, Senamanagar imun badan dapat melawan segala penyakit termasuk sel kanser.

    4. Memakan makanan yang bukan kimia yang berupaya melawanpenyakit kanser, seperti memakan akar dan ulam untuk kekuatan.

    PANTANG LARANG MAKANAN UNTUK PESAKIT KANSER

    http://2.bp.blogspot.com/_aw6jW3T3zX8/SZ05LJii-iI/AAAAAAAAAPU/Qap4nto295M/s1600-h/researchers-find-big-batch-of-breast-cancer-genes_9.jpg
  • 7/27/2019 Apa Itu Kanser Dan Tanda Awal Kanser

    12/13

    1. Produk Tenusu: Keju, Susu segar, mentega

    dll.www.notmilk.com/driarsen.html .

    2. Seafood: Gamat, Ketam Sotong dll.

    3. Minuman: Kopi, Teh, Minuman bercoklat.

    4. Daging: Daging Merah seperti daging Lembu, Kambing, Unta, Rusa dll.5. Sayur dan Buah: Bergetah dan berangin seperti Nangka, Sukun, Cempedak

    Kundur dll.

    6. Ikan yang Bersisik: Haruan, Gelama, Merah.

    7. Makanan Segera dan Produk dalam Tin,: Ikan Sardin, Laici, Jagung,

    Minuman bergas serta bahan yang mempunyai bahan pengawet.8. Makanan Berjeruk: Ikan Masin, Telor asin, Budu, Belacan dll.

    9. Makanan yang di Panggang: Sate, Ikan Bakar (Semua yang dibakar terdapat

    banyak karbon yang tinggi).

    10. Kulit Ayam dan Itik mesti dibuang.

    11. Makan banyak sayuran crucifer seperti brokoli, kobis bunga dll.

    12. Makan sekurang-kurangnya 3 hidangan ikan air sejuk seperti salmon, tuna,

    tenggiri, kod.

    13. Makan banyak tempeh, tofu, tahu dan air kacang soya.

    14. Makan sayuran organik

    15. Makan cendawan payung, tiram, shitake dsn.

    16. Makan makanan yang banyak betakeratone, karotenoid dan flavonoidseperti tembikai, betik, tomato dan carrot.

    17. Makan sayuran alium seperti bawang putih, bawang merah, bawang hijau,

    kucai dan daun bawang.18. Minum air yang bersih yang bebas dari klorin, banyakkan air mineral.

    19. Jangan memakan kentang, bawang yang bertunas, kerana tempat yang

    bertunas itu tinggi dengan karsinogen atau agen kanser.

    20. Makanlah makanan seperti spirulina.

    21. Kurangkan minuman bergula.

    http://www.notmilk.com/driarsen.htmlhttp://www.notmilk.com/driarsen.htmlhttp://www.notmilk.com/driarsen.htmlhttp://1.bp.blogspot.com/_aw6jW3T3zX8/SZ2kWpbDfuI/AAAAAAAAAPs/uOTB7ZtVlVU/s1600-h/mouth_cancer_3.jpghttp://www.notmilk.com/driarsen.html
  • 7/27/2019 Apa Itu Kanser Dan Tanda Awal Kanser

    13/13

    22. Elakkan kudapan seperti keropok, kerepek, kuih manis, kek yang sarat

    dengan lemak, gula dan garam.

    23. Jika makan di luar, makanlah makanan yang berkukus, sup, reneh/stew atau

    oven grill.Posted byshamrxat 2:41 AM

    Adakah KANSER boleh berulang selepas rawatan?

    Ya! Kanser adalah sejenis penyakit yang boleh berulang walaupun sudah dirawat.

    Kadar kejadian kanser yang berulang adalah bergantung kepada jenis kanser,

    peringkat kanser, kekuatan badan penghidap kanser,samada rawatan yang diberikan

    mencukupi dan terdapat juga kajian menunjukkan bahawa individu yang mempunyai

    kekuatan dalaman, bersikap positif serta emosi yang stabil dapat melawan kanser

    dengan lebih berkesan dan mempunyai kadar penyembuhan yang lebih baik.

    http://www.blogger.com/profile/10299427387429933958http://www.blogger.com/profile/10299427387429933958http://www.blogger.com/profile/10299427387429933958http://rawatkanser.blogspot.com/2009/02/12-pantang-larang-makanan-untuk-pesakit.htmlhttp://rawatkanser.blogspot.com/2009/02/12-pantang-larang-makanan-untuk-pesakit.htmlhttp://rawatkanser.blogspot.com/2009/02/12-pantang-larang-makanan-untuk-pesakit.htmlhttp://rawatkanser.blogspot.com/2009/02/12-pantang-larang-makanan-untuk-pesakit.htmlhttp://www.blogger.com/profile/10299427387429933958