23
PENGENALAN Umat islam perlu memahami maksud akidah islamiah kerana ia dituntut dalam A-Quran dan as sunnah. Dengan kefahaman yang betul, umat islam akan dapat membuat perbandingan antara akidah sahih dan akidah fasad. Akidah ahli sunnah waljamaah adalah bersumberkan kepada Al-Quran dan hadis. Dengan akidah yang benar, akan menjadi umat Islam yang sentiasa berada di jalan yang benar. KONSEP AKIDAH Bahasa Akidah diambil dari perkataan Arab iaitu aqada yang bererti menyimpulkan (sama ada hissi dan maknawi). Justeru, akidah Islam bererti simpulan keyakinan atau kepercayaan maknawi. Dari segi penggunaan perkataan aqada sering dikaitkan dengan aktiviti jual beli seperti aqdul bai yang bermaksud melakukan ikatan kontrak jual beli. Ia juga dikaitkan dengan ikatan nikah ikatan kahwin seperti aqdun nikah , malah perkataan ini dikaitkan juga dengan perjanjian seperti aqdulahdi . Perkataan akidah tidak terdapat penggunaannya di dalam Al-Quran. Walau bagaimanapun ada tujuh perkataan yang berakarkan perkataan aqada yang bererti simpulan tali, perjanjian dan lain-lain yang digunakan oleh Al-Quran. Sebaliknya, Al- Quran lebih popular menggunakan perkataan iman baik dalam bentuk kata nama iman dan juga kata kerja (kata nama iman adas 45 tempat, manakala kata kerja terdapat lebih dari 515 kali). Oleh itu, perkataan selalu dikaitkan denganperkataan iman seperti aqaidul iman yang bermaksud simpulan-simpulan iman atau kepercayaan. Akidah atau ikatan kepercayaan mempunyai beberapa kategori iaitu: 1. Kepercayaan yang batil, palsu dan sesat. 2. Kepercayaan/akidah karut marut, bukan bersifat agama, dongeng dan legenda. 3. Kepercayaan yang benar dan sahih menurut ukuran A-Quran dan as sunnah.

Asas Akidah ISlamiah

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Asas Akidah ISlamiah

PENGENALAN

Umat islam perlu memahami maksud akidah islamiah kerana ia dituntut dalam A-

Quran dan as sunnah. Dengan kefahaman yang betul, umat islam akan dapat

membuat perbandingan antara akidah sahih dan akidah fasad. Akidah ahli sunnah

waljamaah adalah bersumberkan kepada Al-Quran dan hadis. Dengan akidah yang

benar, akan menjadi umat Islam yang sentiasa berada di jalan yang benar.

KONSEP AKIDAH

Bahasa – Akidah diambil dari perkataan Arab iaitu “aqada” yang bererti

menyimpulkan (sama ada hissi dan maknawi). Justeru, akidah Islam

bererti simpulan keyakinan atau kepercayaan maknawi.

Dari segi penggunaan perkataan ‘aqada’ sering dikaitkan dengan aktiviti jual beli

seperti ‘aqdul bai’ yang bermaksud melakukan ikatan kontrak jual beli. Ia juga

dikaitkan dengan ikatan nikah ikatan kahwin seperti ‘aqdun nikah’, malah perkataan

ini dikaitkan juga dengan perjanjian seperti ‘aqdulahdi’. Perkataan akidah tidak

terdapat penggunaannya di dalam Al-Quran. Walau bagaimanapun ada tujuh

perkataan yang berakarkan perkataan “aqada” yang bererti simpulan tali, perjanjian

dan lain-lain yang digunakan oleh Al-Quran. Sebaliknya, Al-Quran lebih popular

menggunakan perkataan iman baik dalam bentuk kata nama iman dan juga kata

kerja (kata nama iman adas 45 tempat, manakala kata kerja terdapat lebih dari 515

kali). Oleh itu, perkataan selalu dikaitkan denganperkataan iman seperti “aqaidul

iman” yang bermaksud simpulan-simpulan iman atau kepercayaan.

Akidah atau ikatan kepercayaan mempunyai beberapa kategori iaitu:

1. Kepercayaan yang batil, palsu dan sesat.

2. Kepercayaan/akidah karut marut, bukan bersifat agama, dongeng dan

legenda.

3. Kepercayaan yang benar dan sahih menurut ukuran A-Quran dan as

sunnah.

Page 2: Asas Akidah ISlamiah

Istilah – para ulama sepakat dalam memberikan definisi akidah sebagai suatu

pegangan yang benar.

– Ibnu Taimiah menerangkan bahawa akidah ialah perkara yang

dibenarkan oleh jiwa, hati menjadi tenang, beroleh keyakinan di

kalangan ahlinya serta tidak bercampur dengan sebarang keraguan.

Terdapat banyak lagi definisi akidah dari segi istilah oleh para ulama tetapi yang

secara ringkasnya adalah akidah ialah kepercayaan yang kuat dalam hati terhadap

sesuatu yang benar dan hak.

Akidah secara umum merupakan perkara yang wajib dibenarkan oleh hati,

dan jiwa menjadi tenteram terhadapnya sehingga lahirnya satu keyakinan yaang

kukuh tanpa digoncang atau dicampuri oleh sebarang syak atau keraguan. Akidah

dalam islam merupakan asas di mana tumbuh cabang-cabang syariat darinya.

Syariat pula ialah amalan-amalan yang berupa ibadat dan muamalat yang dianjurkan

oleh Islam hasil dari akidah tersebut. Dengan sebab inilah ilmu akidah itu juga

dinamakan sebagai usuluddin atau yang bermaksud ilmu usul agama.

Dalam agama Islam, akidah merupakan suatu perkara yang telah ditetapkan malah

wajib bagi pegangan akidah itu disertai dengan kepercayaan dan keyakinan yang

kukuh tanpa sebarang syak. Timbulnya sebarang syak merupakan suatu keraguan

(dzan) dan bukan akidah. Firman Allah SWT yang bermaksud:

1.“Alif, Laam Mim. 2. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya. Ia pula menjadi

petunjuk bagi orang-orang bertakwa”.

Masalah-masalah akidah yang wajib diiktikadkan atau keyakinan di dalam hati

merupakan perkara-perkara ghaib yang tiada dapat disaksikan dengan mata

sepertimana yang diterangkan oleh Allah SWT ketika memuji orang-orang yang

beriman.

Page 3: Asas Akidah ISlamiah

Firman Allah bahawasanya:

3.“Iaitu orang-orang Yang beriman kepada perkara-perkara Yang ghaib, dan

mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan)

sebahagian dari rezeki Yang Kami berikan kepada mereka”.

ASAS AKIDAH ISLAMIAH

Page 4: Asas Akidah ISlamiah

Ismail Omar menegaskan bahawa tauhid terbahagi kepada beberapa bahagian1

seperti:

1. Tauhid uluhiyyah atau tauhid ibadah iaitu mengesakan Allah SWT yang

berhak disembah atau diabadikan dalam segala jenis ibadat dan tidak

kepada selain dari-Nya.

Tuntutan Tauhid Uluhiyyah supaya kita bertawajuh atau

menghadap kepada Allah SWT dalam setiap bentuk ibadat dan

menuntut kita supaya membersihkan hati dari menerima pihak

atau pengaruh lain2. Ibadat mengandungi pertalian yang luas,

antaranya:

Wajib ikhlas dalam mencintai Allah SWT: Seseorang

hamba janganlah mengadakan “Nidd” yang setanding

dengan Allah SWT dalam mencintai, dengan erti kata ia

mencintakan “Nidd” itu sama dengan ia mencintakan Allah

SWT, atau ia mengutamakan cinta kepada “Nidd” itu lebih

dari Allah SWT. Sesiapa berbuat demikian, ia termasuk

dalam golongan kaum musyrikin.Firman Allah SWT:

“Dan di antara manusia, ada yang menjadikan selain dari Allah akan (Nidd) itu seperti

cinta mereka kepada Allah manakala orang-orang mukmin pula lebih cintakan kepada Allah”.

(Surah Al-Baqarah: 265)

Wajib Mengesakan Allah SWT dalam berdoa,

bertawakal dan mengharapkan sesuatu kerana Allah

SWT Maha Berkuasa.

Firman Allah SWT:

1 Ismail bin Omar. 1999. Manhaj Aqidah Ahli Sunnah Waljamaah. Shah Alam:Access Infotech (M) Sdn Bhd.2 Muhammad Naim Yasin, Dr. 2001. Al-Iman Wa Arkahanu Wahakiqatuh (terjemahan) Abdul Rahman

Abdullah Wan Nasyri Wa Attauzi’

Page 5: Asas Akidah ISlamiah

106. dan janganlah Engkau (Wahai Muhammad) menyembah atau memuja Yang lain dari Allah,

Yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat

kepadamu. oleh itu, sekiranya Engkau mengerjakan Yang demikian, maka pada saat itu menjadilah

Engkau dari orang-orang Yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri Dengan perbuatan syirik itu).

(Surah Yunus:106)

Wajib mengesakan Allah SWT dalam takut: sesiapa

beriktikad bahawa setengah-setengah makhluk boleh

memberi mudarat dengan iradahnya sendiri, lalu ia takut

kepadanya maka ia telah mempersyirikkan Allah SWT

dengan yang lain. Firman Allah SWT yang bermaksud:

107. dan jika Allah mengenakan Engkau Dengan sesuatu Yang

membahayakan, maka tiada sesiapa pun Yang akan dapat menghapuskannya

melainkan dia; dan jika ia menghendaki Engkau beroleh sesuatu kebaikan, maka

tiada sesiapapun Yang akan dapat menghalangi limpah kurniaNya. Allah

melimpahkan kurniaNya itu kepada sesiapa Yang dikendakiNya dari hamba-

hambaNya, dan Dia lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. (Surah

Yunus:107)

Wajib mengesakan Allah SWT dalam melakukan segala

jenis ibadat badaniah seperti sembahyang, rukuk, sujud,

puasa, sembelih dan tawaf;serta dalam segala ibadat

qauliyyah (perkataan) seperti nazar, istighfar dan lain-lain.

Segala ibadat badaniyyah dan qauliyyah ini wajib

dikerjakan semata-mata kerana Allah SWT. Sesiapa yang

mengerjakan dengan niat lain dari Allah SWT, sudah tentu

ia mempersyirikkan Allah SWT dengan yang lain.

Page 6: Asas Akidah ISlamiah

Firman Allah:

48. “Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya

(dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa Yang lain dari itu bagi sesiapa

Yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). dan sesiapa Yang mempersekutukan

Allah (dengan sesuatu Yang lain), maka Sesungguhnya ia telah melakukan dosa Yang

besar”.(Surah An-Nisa’:48)

2. Tauhid Ma’rifah (mengetahui) dan membenarkan iaitu membenarkan

hakikat zat Allah SWT serta segala nama-nama, sifat-sifat dan perbuatan-

Nya. Bahagian ini dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu, iaitu Tauhid

rububiyyah dan tauhid nama-nama dan sifat-sifat (Tauhid al Asma’

Wassifat).

Tauhid Rububiyyah ialah iktikad yang kukuh

bahawasanya Allah SWT itu adalah Tuhan (ar-Rab) bagi

segala sesuatu dan tiada tuhan selain dari-Nya3. Dari segi

bahasa Arab, perkataan “ar-Rab” bermakna “yang

mengatur”. Tauhid rububiyyah ialah mengakui bahawa

sesungguhnya Allah SWT pencipta segala makhluk,

pemilik segala-segalanya, yang menghidup dan

mematikan mereka, yang mendatangkan manfaat dan

mudarat, yang menyahut doa mereka ketika dalam

kesempitan, yang maha berkuasa ke atas mereka, yang

memberi dan melarang, serta segala ciptaan dan perintah

adalah kepunyaannya. Termasuk dalam jenis tauhid

rububiyyah ini ialah beriman dengan kekuasaan Allah

SWT iaitu beriman bahawasanya segala perkara baru

adalah berlakudan berpunca dari pengetahuan, kehendak

dan kekuasaan Allah SWT. Pengakuan terhadap tauhid

3 Ismail bin Omar. 1999. Manhaj Aqidah Ahli Sunnah Waljamaah. Shah Alam:Access Infotech (M) Sdn Bhd.

Page 7: Asas Akidah ISlamiah

rububiyyah merupakan fitrah semula jadi yang hampir

kesemua manusia mengakuinya.

Sebenarnya golongan manusia yang ingkar kepada tauhid rububiyyah terbahagi

kepada 2 golongan iaitu golongan yang ingkar akan kewujudan tuhan dan

dengan itu mengingkari tauhid rububiyyah dan golongan yang mengakui

wujudnya tuhan tetapi mensyirikkannya dalam sebahagian tauhid rububiyyah-

Nya. Golongan yang mengingkari kedua-dua wujudnya tuhan dan tauhid rububiyyah

merupakan golongan “ad-dahriah” sepertimana firman Allah SWT:

24. dan mereka berkata: "Tiadalah hidup Yang lain selain daripada hidup kita di dunia

ini. kita mati dan kita hidup (silih berganti); dan tiadalah Yang membinasakan kita

melainkan edaran zaman". pada hal mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan

tentang hal itu; mereka hanyalah menurut sangkaan semata-mata. (Surah Al-Jathiah:24)

Di zaman ini, bolehlah kita tafsirkan golongan-golongan yang menyerupai

fahaman ini sebagai golongan-golongan ateis, teori Darwin, sosialismedan lain-lain

lagi. Ada golongan yang mengakui akan wujudnya tuhan, tiada seorang pun dari

mereka yang sebenarnya mengingkari atau mensyirikkan Allah SWT dalam

rububiyyah-Nya.

Pengertian Rububiyyah

Dr Abdul Karim Zaidan dalam kitabnya Syahadah Laa ilahaillallah menyatakan

perkataan al-Rabb mengandungi beberapa erti4. Antaranya, tuhan (al-sayyid) pemilik

sesuatu, pencipta sesuatu, penguasa sesuatu, yang mendidik dan mengasuh orang

lain, yang menjaga muslihat insan, yang mempunyai sultan (kuasa), yang menjadi

tuan, yang melaksanakan perintahnya kepada orang lain. Erti al-rububiyyah tidak

4 Abdul Karim Zaidan, 1984. Usul ad-dakwah, Kuala Lumpur: Pustaka al-Ameen.

Page 8: Asas Akidah ISlamiah

boleh disifatkan atau dimiliki sebenar-benarnya dan sempurna melainkan hanya

Allah SWT. Allah SWT adalah Rabbul’alamin dan tiada tuhan selain daripada-Nya.

Dia ialah pencipta yang menghidupkan dan mematikan, melaksanakan perintah dan

hukum-hukum kepada semua makhluk. Allah SWT menguasai pemerintahan dan

berkuasa atas segala sesuatu. Allah SWT mengurus dan mentadbir alam menurut

kehendak-Nya dan berkuasa atas segala sesuatu. Allah SWT mengurus dan

mentadbir alam menurut kehendak-Nya dan berkuasa memberi manfaat serta

mendatangkan mudarat. Firman Allah SWT:

107. dan jika Allah mengenakan Engkau Dengan sesuatu Yang membahayakan, maka

tiada sesiapa pun Yang akan dapat menghapuskannya melainkan dia; dan jika ia

menghendaki Engkau beroleh sesuatu kebaikan, maka tiada sesiapapun Yang akan dapat

menghalangi limpah kurniaNya. Allah melimpahkan kurniaNya itu kepada sesiapa Yang

dikendakiNya dari hamba-hambaNya, dan Dia lah Yang Maha Pengampun lagi Maha

Mengasihani. (Surah Yunus:107)

Hanya Allah SWT saja yang tunggal, yang memberi dan yang menahan, yang

mengurniakan manfaat dan mendatangkan mudarat. Makhluk selain daripada Allah

SWT adalah semuanya fakir dan berkehendakkan kepada Allah SWT.

Firman Allah SWT:

15. (oleh kerana Allah Menguasai segala-galanya, maka) Wahai umat manusia,

kamulah Yang sentiasa berhajat kepada Allah (dalam Segala perkara), sedang Allah Dia

lah sahaja Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji. (Surah Al-fatir:15)

Page 9: Asas Akidah ISlamiah

Cara-cara Beriman Kepada Tauhid Uluhiyyah dan Tauhid Rububiyyah

Beriman kepada Allah SWT ialah percaya bahawa Allah SWT menjadikan alam

dan mentadbirkan hal ehwal alam. Begitu juga segala apa yang berlaku dalam alam

ini adalah dalam pengetahuan dan kekuasaan Allah SWT dan juga kehendak-Nya.

Allah SWT mengutuskan para rasul dan menurunkan kitab-kitab dengan tujuan

untuk menolong hamba-Nya, menyeru mereka untuk kebaikan mereka sendiri. Oleh

itu, manusia tidak boleh melakukan syirik kepada-Nya dalam apa perkara pun.

Orang-orang yang beriman kepada Allah SWT mengakui bahawa Allah SWT itu ada

dan Maha Esa, juga perlu mengetahui sifat-sifat kesempurnaan-Nya. Antara sifat-

sifat kesempurnaan ialah Allah SWT mengetahui segala-galanya, tiada yang

tersembunyi bagi-Nya barang suatu pun. Firman Allah:

59. dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan Segala Yang ghaib, tiada

sesiapa Yang mengetahuiNya melainkan Dia lah sahaja; dan ia mengetahui apa Yang ada

di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan ia mengetahuinya, dan

tidak gugur sebutir bijipun Dalam kegelapan bumi dan tidak gugur Yang basah dan Yang

kering, melainkan (Semuanya) ada tertulis di Dalam Kitab (Lauh Mahfuz) Yang terang

nyata. (Surah Al-An’am:59)

Allah Maha Bijaksana, mencipta segala sesuatu tidak dengan sia-sia melainkan

semua teratur dengan baik. Alam semesta ini menjadi saksi kenyataan tentang itu

dan juga malaikat-malaikat. Asyahid Qutub dalam hubungan ini menjelaskan bahawa

pengabdian yang mutlak kepada Allah Yang Maha Esa adalah dalam bentuk

mempertuhankan Allah SWT sahaja dari sudut akidah, ibadat dan juga syariat.

Setiap muslim tidak boleh beriktikad bahawa sifat ketuhanan (uluhiyyah) itu

ada pada yang lain daripada Allah SWT, tidak boleh beriktikad bahawa ibadat itu

perlu dilakukan kepada sesiapa pun dari kalangan makhluk-Nya, tidak boleh percaya

bahawa kekuasaan memerintah dan membuat undang-undang itu adalah kepunyaan

yang lain daripada Allah SWT. Sesiapa yang melakukan sedemikian bererti mereka

telah melakukan syirik kepada Allah SWT kerana telah menyabitkan sekutu-sekutu

Page 10: Asas Akidah ISlamiah

dalam urusan (hakimiah) Allah. Allah SWT adalah maha esa, baik dalam zat-Nya,

sifat-Nya serta af’al-Nya. Esa dalam zat bermaksud bahawa zat Allah SWT tidak

tersusun dari beberapa bahagian yang terpotong dan bahawa Allah SWT itu tidak

ada sekutu bagi-Nya dalam pemerintahan dan menguasai kerajaan itu. Wajib tidak

ada sekutu bagi Allah SWT dalam ketuhanannya kerana jika Allah SWT mempunyai

sekutu , maka peraturan alam ini akan rosak binasa.

Daripada huraian di atas, setiap orang islam wajib memutuskan di dalam hati

serta meyakini bahawa tiada yang menjadikan melainkan Allah SWT, tiada yang

memberi rezeki melainkan Allah SWT, tiada yang menghendaki selain daripada Allah

SWT, tiada yang menurunkan hujan selain daripada Allah SWT dan begitulah

seterusnya. Oleh itu, sesiapa yang beriktikad selain daripada Allah SWT maka ia

telah KUFUR.

Tauhid Asma’Wassifat ialah beriktikad dengan kukuh

bahawa Allah SWT disifatkan dengan segala sifat

kesempurnaan, bersih dari segala sifat-sifat kekurangan

dan sifat-sifat-Nya itu hanya khusus bagi-Nya tanpa

menyerupai sifat-sifat makhluk5.

Asas Tauhid Asma’Wassifat

Menjelaskan bahawa bertitik tolak dari pengertian tauhid asma wassifat, ianya

berdasarkan kepada tiga asas6. Sesiapa yang menyeleweng darinya sudah tentu ia

tidak mentauhidkan Allah SWT dari segi asma’ dan sifat.

Asas Pertama: mensucikan sifat-sifat Allah SWT dari menyerupai sifat-sifat

makhluk. Asas ini berdasarkan firman Allah SWT:

5 Ismail bin Omar. 1999. Manhaj Aqidah Ahli Sunnah Waljamaah. Shah Alam:Access Infotech (M) Sdn Bhd.6 Muhammad Naim Yasin, Dr. 2001. Al-Iman Wa Arkahanu Wahakiqatuh (terjemahan) Abdul Rahman

Abdullah Wan Nasyri Wa Attauzi’

Page 11: Asas Akidah ISlamiah

11. Dia lah Yang menciptakan langit dan bumi; ia menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari

jenis kamu sendiri, dan menjadikan dari jenis binatang-binatang ternak pasangan-pasangan (bagi

bintang-binatang itu); Dengan jalan Yang demikian dikembangkanNya (zuriat keturunan) kamu

semua. tiada sesuatupun Yang sebanding Dengan (ZatNya, sifat-sifatNya, dan pentadbiranNya)

dan Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat. (Surah Al-Syura:11)

74. oleh itu, janganlah kamu mengadakan sesuatu Yang sebanding Dengan

Allah, kerana Sesungguhnya Allah mengetahui (setakat mana buruknya perbuatan syirik

kamu) sedang kamu tidak mengetahuinya. (Surah An-Nahlu:74)

Iman al-Qurtubi menyebut ketika menafsirkan ayat yang bermaksud “tiada pun

yang sebanding dengan Allah dan yang mengiktikadkan pada Allah SWT ialah Allah

maha mulia nama-Nya dalam keagungan-Nya, kebesaran-Nya, pemerintahan-Nya,

keelokan nama-Nya dan ketinggian sifat-sifat-Nya tidak serupa sama sekali dengan

makhluk dan sifat-sifat makhluk pula tidak serupa dengan sifat-sifat Allah SWT. Apa

yang telah ditetapkan oleh syarak pada al-Khaliq (pencipta) dan makhluk tidaklah

serupa pada maknanya yang hakiki, kerana sifat-sifat Allah SWT yang qadim

bersalahan dengan sifat-sifat makhluk yang baharu”.

Asas Kedua: memadai dengan nama-nama dan sifat-sifat sekadar yang disebut

dalam Al-Quran dan al-hadis. Asas ini menuntut dari Muslim supaya mencukupi

dengan nama-nama dan sifat-sifat Allah SWT sekadar mana yang dinaskan di dalam

Al-Quran dan al-hadis, kerana nama-nama dan sifat-sifat itu sabitnya daripada Allah

SWT dan rasul-Nya., bukan melalui fikiran manusia. Justeru, kita tidak boleh

menyifatkan Allah SWT melainkan dengan sifat-sifat yang telah ditetapkan oleh Allah

SWT sendiri dan oleh rasul-Nya. Nama-nama Allah SWT juga tidak boleh kita

menamakannya kecuali dengan nama-nama yang diberi oleh Allah SWT kerana

pengetahuan manusia yang sangat terhad tentang zat-Nya, sifat-sifat-Nya dan

nama-nama-Nya. Firman Allah SWT:

Page 12: Asas Akidah ISlamiah

140. "Atau Patutkah kamu mengatakan, Bahawa Nabi Ibrahim, dan Nabi Ismail, dan

Nabi Ishak, dan Nabi Yaakub beserta anak-anaknya, mereka semua adalah orang-orang

Yahudi atau Nasrani, (padahal ugama mereka telahpun ada sebelum adanya ugama

Yahudi atau ugama Kristian itu)?" Katakanlah (Wahai Muhammad): "Adakah kamu Yang

lebih mengetahui atau Allah? dan siapakah Yang lebih zalim daripada orang Yang

menyembunyikan keterangan (saksi dan bukti) Yang telah diberikan Allah kepadanya?"

dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa Yang telah kamu lakukan.

(surah al-baqarah:140)

Berhubung dengan nama dan sifat Allah SWT, baik dari segi naif mahupun isbat

wajib diserahkan kepada apa yang sabit dari Allah SWT dan rasul-Nya.

Asas Ketiga: beriman dengan nama-nama dan sifat-sifat tanpa menyoal tentang

kaifiatnya. Asas ini menuntut dari hamba yang mukallaf beriman dengan nama-nama

dan sifat-sifat Allah SWT seperti yang dinaskan di dalam Al-Quran dan al-hadis,

tanpa menyoal tentang kaifiatnya, kerana mengetahui kaifiat sifat-sifat itu bergantung

kepada mengetahui kaifiat zat Allah SWT , sebab sifat sesuatu berlainan menurut

berlainan mausuf (zat yang disifatkan). Adapun zat Allah SWT tidak harus disoal

tentang hakikat dan kaifiat-Nya. Begitu juga sifat-sifat Allah SWT tidak harus disoal

tentang kaifiatnya, lantaran itu, kebanyakan ulama pada masa dahulu ketika ditanya

mengenai “istiwak” atau bersemayan Allah SWT di atas “aras” mereka menjawab:

“Istiwak itu adalah diketahui, cara-caranya tidak diketahui, beriman dengannya adalah wajib

manakala bertanya tentangnya adalah bidaah”.

Page 13: Asas Akidah ISlamiah

Manhaj untuk Memahami Nama-nama dan Sifat-sifat Allah SWT dengan Cara

yang Sahih

Untuk menghasilkan iktikad yang sahih, penting dijelaskan cara kefahaman atau

manhaj yang betul terhadap tauhid nama-nama dan sifat-sifat yang pada dasarnya

boleh dibahagikan kepada manhaj kefahaman yang dikehendaki. Syeikh Muhammad

al-Amin telah menerangkan dalam muqaddimahnya pada risalah yang bertajuk

“Manhaj Wa Dirasat Li Ayat Al-Asma’Wassifat seperti berikut:

1. Beriman hanya dengan apa yang Allah SWT dan rasul-Nya jelaskan atau

tetapkan bagi dirinya.

Segala nama-nama dan sifat-sifat Allah SWT adalah diistilahkan sebagai

tauqifiyyah. Ini bermakna bahawa dalil-dalil untuk menetapkan nama-nama

dan sifat-sifat Allah SWT dan sunnah rasul-Nya. Penetapan ini kemudiannya

boleh dibahagikan kepada tiga:

Setiap nama-nama dan sifat-sifat Allah SWT yang telah

ditetapkan dalam Al-Quran dan as-sunnah wajib diterima

atau ditetapkan oleh setiap makhluk.

Setiap nama-nama dan sifat-sifat Allah SWT yang

dinafikan dalam keduanya wajib dinafikan dengan

Page 14: Asas Akidah ISlamiah

menetapkan sifat kesempurnaan lawan kepada sifat yang

dinafikan itu.

Adapun segala nama-nama dan sifat-sifat yang tidak

ditetapkan dan tidak juga dinafikan dalam keduanya maka

wajib didiamkan berkenaan dengan lafaznya iaitu tanpa

menetapkan atau menafikannya dalam Al-Quran dan al-

hadis berkenaan dengan nama-nama atau sifat-sifat

tersebut.

2. Kesucian Allah SWT tiada suatu menyerupai-Nya.

Sesungguhnya Allah SWT dalam segala nama-nama dan sifat-sifat yang telah

ditetapkan pada diri-Nya tidaklah menyerupai atau mempunyai persamaan

dengan sesuatu pun dari makhluk-makhluk-Nya. Segala sifat-sifat

kesempurnaan yang jelas tersebut dalam nas-nas sahih. Firman Allah SWT:

74. oleh itu, janganlah kamu mengadakan sesuatu Yang sebanding Dengan Allah,

kerana Sesungguhnya Allah mengetahui (setakat mana buruknya perbuatan syirik

kamu) sedang kamu tidak mengetahuinya.

(surah An-nahlu:74)

Ini pula tidak bermakna bahawa lafaz yang disebutkan untuk nama-nama dan

sifat-sifat tidaklah bermakna penyamaan makna nama-nama atau sifat-sifat

tersebut antara Allah SWT dan selain dari-Nya. Contohnya, nama atau sifat

Allah SWT sebagai yang amat mengetahui, amat mendengar, amat melihat,

amat berkata-kata dan seterusnya, tidaklah sekali-kali membawa erti bahawa

ia adalah serupa atau menyamai sifat-sifat makhluk-Nya yang mengetahui,

mendengar, dan berkata-kata.

3. Kesempurnaan-Nya menghindarkan daripada persoalan untuk mengetahui

hakikat bentuk sepenuhnya.

Seorang mukmin dikehendaki beriman dengan segala nama-nama dan sifat-

sifat Allah SWT yang telah ditetapkan di dalam Al-Quran dan as-sunnah tanpa

menyoal bagaimanakah hakikat bentuk zat atau sifat-sifat tersebut ataupun

cuba mengkaji dengan meneliti secara mendalam berkenaannya.

Page 15: Asas Akidah ISlamiah

Pengkaji atau pengetahuan berkenaan dengan bentuk sesuatu sifat

memerlukan pengetahuan berkenaan bentuk zat kepada setiap sifat tersebut.

Tiada makhluk yang mengetahui hakikat zat Allah SWT yang sebenarnya.

Maka mustahillah bagi mereka mengetahui hakikat nama-nama dan sifat-sifat

Allah SWT yang maha suci.

LANGKAH PENCEGAHAN DAN PENGUKUHAN AKIDAH

Langkah-langkah memelihara akidah

Akidah tauhid menekankan umat islam supaya menetapkan pegangan,

mengukuhkannya serta memeliharanya. Dalam hal ini, beberapa utama yang

mesti dijaga oleh setiap mukmin yang mahu menjaga kesejahteraan imannya

ialah:

1. Mengikhlaskan ubudiyyah kepada Allah SWT

Keikhlasan ubudiyyah (pengabdian) kepada Allah SWT dengan erti

memberi hak uluhiyyah yang sempurna daripada sudut keagungan, kecintaan

yang mutlak kepada Allah SWT. Hal ini akan tercapai dengan:

a) Jangan menjadikan yang lain sebagai tuhan selain Allah SWT.

Firman Allah SWT bahawasanya jangan menjadikan selain

daripada Allah SWT sebagai penolong (wali) dan mencintainya

seperti mencintai Allah SWT. Adalah menjadi tuntutan tauhid

supaya seseorang itu menjadikan cintanya tulen kepada Allah

SWT yakni tidak mengambil dan mencintai wali dalam berhala

Page 16: Asas Akidah ISlamiah

seperti mencintai Allah SWT, kerana wilayah (kepatuhan)

hanyalah kepada Allah SWT dan tidak kepada yang lain.

64. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai ahli kitab, marilah kepada satu kalimah Yang

bersamaan antara Kami Dengan kamu, Iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita

tidak sekutukan dengannya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan

sebahagian Yang lain untuk dijadikan orang-orang Yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari

Allah". kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) barpaling (enggan menerimanya) maka Katakanlah

kepada mereka: "Saksikanlah kamu Bahawa Sesungguhnya Kami adalah orang-orang Islam."

)Surah Ali-Imran:64(

b) Jangan mencari hakikat selain Allah SWT, memberi ketaatan

seperti memberi ketaatan kepada Allah SWT. Sesungguhnya

yang mempunyai hak penentu bagi segala urusan hamba-Nya

serta hak menggubal perundangan (tasyrik) untuk mereka dalam

urusan agama dan dunia hanya Allah SWT sahaja. Dia amat

mengetahui tentang kejadian mereka, amat mengasihani hamba-

Nya serta amat mengetahui apa yang baik dan apa yang buruk

untuk hamba-Nya.

2. Mengkufurkan segala taghut

Mengkufurkan taghut dan membersihkan hati dengan beriman kepada

Allah SWT, sehingga terdapat ayat-ayat Al-Quran kadang-kadang

didahului dengan mengkufuri taghut kemudian mengimani Allah SWT.

Firman Allah SWT:

256. tidak ada paksaan Dalam ugama (Islam), kerana Sesungguhnya telah

nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). oleh itu, sesiapa Yang

tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka

Page 17: Asas Akidah ISlamiah

Sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama)

Yang teguh Yang tidak akan putus. dan (ingatlah), Allah Maha

Mendengar, lagi Maha mengetahui.(Surah Al-Baqarah:256)

3. Memelihara diri daripada melakukan syirik kepada Allah SWT

Umat islam mesti mengetahui tentang semua jenis syirik baik syirik

kecil mahupun syirik besar, terang atau tidak dan membebaskan diri daripada

setiap unsur syirik, serta berjaga-jaga terhadap pintu dan ruang yang boleh

menjerumuskan diri ke dalamnya.

4. Menuntut Ilmu

Orang mencari ilmu untuk dijadikan bekalan dalam perjalanan hidup

untuk hari kemudian dan berniat untuk mencari keredaan Allah SWT semata-

mata termasuk golongan yang bakal memperoleh keselamatan dan kejayaan.

5. Mentaati perintah Allah

Taat itu maksudnya ialah menuntut atau patuh kepada peraturan-

peraturan dan ketentuan-ketentuan yang ditetapkan oleh Allah SWT. Perintah

Allah SWT terdiri daripada amal-amal yang wajib dan yang sunat. Dalam

mentaati perintah Allah SWT, seseorang mukmin mestilah menunaikan

kewajipan-kewajipan yang telah difardukan kepadanya seperti solat, puasa

pada bulan Ramadan, menunaikan haji dan mengeluarkan zakat.

Di samping melakukan perkara-perkara fardu, seseorang mukmin itu

hendaklah meningkatkan dirinya dengan melaksanakan amalan-amalan

sunat. Amalan-amalan yang sunat ini begitu luas lingkupnya. Oleh itu, perkara

yang paling penting dalam pelaksanaan amalan-amalan sunat ini hendaklah ia

berdasarkan petunjuk-petunjuk daripada sunnah Nabi Muhammad SAW.

6. Menjauhi maksiat

Seorang mukmin mestilah menjauhkan diriny daripada maksiat,

memandang berat terrhadap dosa-dosa besar, berwaspada terhadap dosa-

Page 18: Asas Akidah ISlamiah

dosa kecil dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menjauhinya. Iman Al-

Ghazali memberi peringatan bahawa dalam tuntutan din terdapat dua perkara

yang sangat penting iaitu pertamanya meninggalkan dan menjauhi segala

sesuatu yang dilarang dan diharamkan. Kedua, berbuat taat dan menunaikan

segala perintah, beribadat dan berbakti kepada Allah SWT.

Untuk menjauhkan diri daripada pengaruh maksiat, seseorang mukmin itu

mestilah menjaga adab-adab atau akhlak sepertimana ditunjukkan oleh Nabi

Muhammad SAW. Ini kerana, kebiasaannya syaitan menyerang manusia

daripada pintu-pintu yang lemah dalam dirinya. Oleh itu, hendaklah

membentengi dirinya daripada serangan-serangan syaitan.

Langkah-langkah Kembali kepada Iman

Allah SWT maha pengampun lagi maha penyayang. Allah SWT sentiasa

memberi peluang kepada makhluknya untuk kembali ke jalan yang benar, iaitu

jalan Islam, sungguhpun seseorang itu telah melakukan dosa murtad.

Terdapat firman Allah SWT:

217. mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad), mengenai (hukum)

berperang Dalam bulan Yang dihormati; katakanlah: "Peperangan Dalam bulan itu

adalah berdosa besar, tetapi perbuatan menghalangi (orang-orang Islam) dari

jalan Allah dan perbuatan kufur kepadaNya, dan juga perbuatan menyekat (orang-

orang Islam) ke Masjid Al-Haraam (di Makkah), serta mengusir penduduknya dari

situ, (semuanya itu) adalah lebih besar lagi dosanya di sisi Allah. dan (ingatlah),

angkara fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan (semasa perang

Dalam bulan Yang dihormati). dan mereka (orang-orang kafir itu) sentiasa

memerangi kamu hingga mereka (mahu) memalingkan kamu dari ugama kamu

kalau mereka sanggup (melakukan Yang demikian); dan sesiapa di antara

Page 19: Asas Akidah ISlamiah

kamu Yang murtad (berpaling tadah) dari ugamanya (ugama Islam), lalu

ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang-orang Yang demikian, rosak

binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka

itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya (selama-lamanya).

(Surah Al-Baqarah:217)

Sesiapa yang percakapan atau perbuatannya telah merosakkan akidahnya

(kufur), maka dia telah melakukan satu jenayah. Sekiranya dia mati sebelum

bertaubat, maka dia tergolong sebagai matinya orang kafir. Kedudukannya di

dunia ini sebagai seorang yang beriman akan luput dan di akhirat kelak dia

akan dimasukkan ke dalam neraka bersama-sama orang kafir. Orang-orang

yang rosak akidahnya seperti murtad dan ingin kembali beriman, hendaklah

mengikuti langkah-langkah yang dianjurkan oleh Al-Quran. Firman Allah SWT:

159. Sesungguhnya orang-orang Yang menyembunyikan apa Yang telah Kami

turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami

menerangkannya kepada manusia di Dalam Kitab suci, mereka itu dilaknat oleh

Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

160. kecuali orang-orang Yang bertaubat, dan memperbaiki (amal buruk mereka)

serta menerangkan (Apa Yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku

terima taubat mereka, dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha

Mengasihani. (Surah Al-Baqarah:159-160)

146. orang-orang (Yahudi dan Nasrani) Yang Kami berikan Kitab itu mengetahui

serta mengenalinya (Nabi Muhammad dan kebenarannya) sebagaimana mereka

mengenal anak-anak mereka sendiri. dan Sesungguhnya sebahagian dari mereka

Page 20: Asas Akidah ISlamiah

berusaha menyembunyikan kebenaran itu, sedang mereka mengetahui (salahnya

perbuatan Yang demikian). (Surah Al-Baqarah:146)

Langkah-langkah untuk kembali beriman yang digariskan dalam kedua-

dua ayat di atas ialah:

i. Bertaubat

Orang yang murtad hendaklah bertaubat dengan sebenar-

benar taubat. Dia mesti menyedari kesalahannya,

menginsafi keterlanjurannya, berazam untuk tidak

mengulanginya dan menanamkan perasaan benci untuk

kembali menjadi kafir semula selepas beriman. Wajib

baginya mengucap semula Dua Kalimah Syahadat.

ii. Mengadakan islah atau pembaikan

Hendaklah mengadakan pengislahan yang sepenuhnya

dalam hidupnya. Sekiranya dia rosak akidah (murtad) oleh

kerana ucapannya yang dilandaskan kepada kejahilannya

yang berterusan terhadap Islam, maka wajib baginya

belajar dengan orang-orang yang berilmu. Sekiranya

rosak akidahnya disebabkan oleh pengaruh cara hidup

kawan-kawan atau kumpulannya, maka wajib dia menukar

cara hidup tersebut serta meninggalkan kawan-kawan dan

keluar dari kumpulannya yang disertainya sebelum itu.

iii. Menerangkan kebenaran

Wajib baginya menyatakan, menerangkan atau

mengisytiharkan taubatnya kepada kaum Muslimin.

Hendaklah dia menyatakan kesalahannya, dan

membuktikan dalam hidupnya kemudian bahawa dia telah

meninggalkan ucapan-ucapan atau perbuatan-perbuatan

yang merosakkan imannya.

Page 21: Asas Akidah ISlamiah

iv. Berpegang teguh kepada agama Allah SWT

Hendaklah berpegang sepenuhnya kepada ajaran Islam,

melaksanakan perintah Allah SWT dan meninggalkan

segala yang dilarang-Nya. Sekiranya dia tidak berpegang

teguh dengan ajaran Islam, dikhuatiri dia akan kembali

kufur semula.

v. Mengikhlaskan diri kerana Allah SWT

Hendaklah mengikhlaskan seluruh amal dan tindakannya

kepada Allah SWT. Friman Allah SWT:

5. pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya

menyembah Allah Dengan mengikhlaskan Ibadat kepadaNya,

lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan

sembahyang serta memberi zakat. dan Yang demikian itulah

ugama Yang benar. (Surah Al-Bayyinah:5)

Setelah memenuhi kelima-lima langkah di atas, barulah dia tergolong semula di

kalangan orang yang beriman. Firman Allah SWT:

146. kecuali orang-orang Yang bertaubat (dari perbuatan

munafik itu) dan memperbaiki amalan mereka (yang salah), dan

mereka pula berpegang teguh kepada (ugama) Allah, serta

mengerjakan ugama mereka Dengan ikhlas kerana Allah, maka

mereka Yang demikian itu ditempatkan bersama-sama

orang-orang Yang beriman (di Dalam Syurga); dan Allah akan

Page 22: Asas Akidah ISlamiah

memberikan orang-orang Yang beriman itu pahala Yang amat

besar.

Jelas bahawasanya iman dan Islam sahajalah yang dapat menjamin akidah

mereka. Oleh itu, ia mesti dipertahankan supaya dapat menjamin keselamatan

akidah. Akidah sahih yang dipandukan oleh Al-Quran dan al-hadis menjadi panduan,

ikutan dan keyakinan kepada kita. Kita mesti menolak mana-mana akidah yang

menyeleweng, batil dan kufur samada di bawa oleh orang perseorangan, kumpulan,

jemaah dan sebagainya. Kita juga mesti menolak mana-mana penjajahan yang

dilakukan oleh kaum kafir khususnya penjajahan pemikiranmelalui media massa.

Dalam hal ini, kita hendaklah berwaspada dengan berpegang teguh kepada ajaran

Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW.