Asas Muamalat Islam

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Power Point

Citation preview

PowerPoint Presentation

KONSEP MUAMALAH DALAM ISLAMMAHASURI BINTI MUHAMMADANNOR SYAFIQAH BINTI AMBUTUODARAYANI BINTI JOHARI GPI 1083 Pendidikan IslamPensyarah:Encik Mohd Shahiruddin AmirPengertian Muamalah??Secara Etimologi Secara Terminologi Saling berbuat, saling bertindak, dan saling beramal atau juga berarti kegiatan atau pekerjaan Erti luas dan Erti sempit Muhammad Utsman SyubairMuamalah adalah hukum syarI yang mengatur hukum manusia di bidang harta benda, seperti jual beli, sewa menyewa, wakaf, hibah, rahn, hiwalah dan sebagainyaRuang Lingkup Fiqh MuamalahSecara garis besar sistem hukum islam dapat dikelompokkan menjadi 3, iaitu:Hukum Itiwadiyyah (Aqidah)Hukum Amaliyah (Syariah)a. Ibadah b. MuamalahHukum Khuluqiyah (Akhlak)Konsep Maqashid Al-Syariah dalam MuamalahPeringkat dari kelima unsur pokok: dharuriyat, hajiyat, dan tahsiniyyatMaqashid al-syariat berarti maksud dan tujuan disyariatkan hukum islamLima unsur pokok: terpeliharanya agama (Hifdz al-Din), terpeliharanya jiwa (Hifdz al-Nafs), terpeliharanya keturunan (Hifdz al-Nasl), terpeliharanya akal (Hifdz alAql), dan terpeliharanya harta / kekayaan (Hifdz al-maal)Prinsip Umum MuamalahHal-hal yang di perintahkan untuk dilakukan:Peraturan-peraturan Muamalat1.Mencari harta kekayaan dengan cara yang baik dan diredhai oleh Allah s..w.t

2. Mengamalkan akhlak-akhlak yang mulia dalam menjalankan urusan ekonomi dengan pihak yang lain seperti amanah, adil, jujur, tidak menipu dan lain-lain.

3. Menjalankan sesuatu kegiatan ekonomi yang dapat memberi faedah kepada seluruh manusia.

4. Semua kegiatan yang dijalankan hendaklah berteraskan keimanan dan ketakwaan kepada Allah dan syariat Islam. Keimanan kepada Allah merupakan benteng untuk menghalang seseorang daripada melakukan perkara-perkara yang tidak diingini.

5. Semua kegiatan yang dijalankan bertujuan menjalinkan hubungan baik sesama manusia. Kebaikan-kebaikan yang dilakukan semasa menjalankan kegiatan ekonomi secara tidak langsung akan memupuk semangat perpaduan dan persaudaraan sesama Islam dan yang bukan Islam.Kesan-kesan Yang Timbul Sekiranya Muamalat Yang Dijalankan Tidak Mengikut Syariat Islam Termasuklah :Membawa kepada pergaduhan dan permusuhan

b) Melahirkan sebuah masyarakat yang tidak aman.

c) Melahirkan individu yang bersikap mementingkan diri sendiri.

d) Mendapat harta dengan cara yang tidak halal.

e) Menggunakan harta pada perkara-perkara yang tidak diredhai oleh Allah dan membazir.

f) Melahirkan manusia yang bersifat tamak, kedekut, haloba dan sanggup menindas orang lain demi kepentingan diri sendiri.MURABAHAH (JUALAN PENAMBAHAN UNTUNG)WADIAH (SIMPANAN)BAIUSSALAM (PENANGGUHAN PENYERAHAN BARANG)AL-IJARAH (UPAHAN)AR-RAHNU (PAJAK GADAI)AL-WAKALAH (BERWAKIL)AL-MUDHARABAH (BERKONGSI UNTUNG)AL-QARDH AL-HASAN (HUTANG TANPA SYARAT/JANJI)AL-BAI BITHAMAN AJIL (JUALAN DENGAN HARGA TANGGUH)Perkara Berhubung MuamalatMasalah yang timbul berkaitan muamalah yang akan dibincangkan ialah RIBA Ribaertinya adalah al-ziyadah (tambahan). Daripada segi bahasa, bermaksud tambahan atau kenaikan.

Secara istilah, ia bermaksud penambahan nilai ke atas sesuatu pinjaman yang disyaratkan oleh pemberi pinjaman atau dijanjikan oleh penerima pinjaman manakala

Dalam pertukaran sesetengah barangan dan matawang, ia bermaksud perbezaan nilai akibat kuantiti yang berbeza ataupun perbezaan waktu pertukaran.Firman Allah S.W.T:

Maksudnya:Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), maka ketahuilah, bahwa Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya.

(Surah Al-Baqarah (2): 279)Maksudnya:Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman.

(Surah Al-Baqarah (2): 278)Firman Allah S.W.T: Maksudnya:Dan sesuatu riba (tambahan) yang kamu berikan agar dia bertambah pada harta manusia, maka riba itu tidak menambah pada sisi Allah. Dan apa yang kamu berikan berupa zakat yang kamu maksudkan untuk mencapai keridhaan Allah, maka (yang berbuat demikian) itulah orang- orang yang melipat gandakan (pahalanya).

(Surah Al-Rum (30): 39)Jenis-jenis RibaRiba Fadhl Riba Nasi'ah1. Menurut Qatadah, riba al-nasi'ah adalah riba kaum jahiliyyah dimana seorang menjual sesuatu hingga tempoh waktu tertentu. Apabila tempoh waktu itu tamat sedangkan pembelinya belum mampu melunasi pembayarannya maka harganya dinaikkan dan tempohya dilanjutkan lagi.

2. Mujahid mengatakan bahawa pada zaman jahiliyyah ada orang yang mempunyai hutang kepada orang lain, lalu yang berhutang berkata kepada pemberi hutang, "Hutang saya akan saya bayar "sekian (lebih)" dengan syarat anda melanjutkan tempohnya kepada saya". Lalu orang itu melanjutkan waktunya.

3. Abu Bakar Al-Jashshah mengatakan bahawa pada zaman jahiliyyah riba hanya pinjaman berjangka dengan penambahan bunga bersyarat. Penambahan bunga itu sebagai imbalan dari penundaan waktu pelunasan hutangnya, lalu Allah SWT membatalkan sistem itu.

4. Menurut Al Imam Ar-Razi dalam tafsirnya, "Sesungguhnya riba al-nasi'ah itulah yang terkenal di zaman jahiliyyah kerana seseorang dari mereka meminjamkan wangnya kepada orang lain dengan tempoh tertentu, dengan syarat ia harus memberinya bunga tertentu setiap bulan. Kalau tidak sanggup memenuhi janjinya maka bunganya ditambah dan waktunya dilanjutkan".Jenis riba yang pertama sudah jelas, sedangkan jenis yang kedua hanya terdapat pada perbedaan kualiti barang sejenis yang dipertukarkan sehingga jual beli tersebut digolongkan sebagai riba. Rasulullah memerintahkan untuk menjual dulu kurma yang hendak dipertukarkan dan wangnya digunakan untuk membeli kurma yang lebih bagus. Ini semua diamanatkan oleh Rasulullah untuk menjauhkan ummatnya sejauh mungkin dari bayangan riba.

Begitu pekanya perasaan Rasulullah dari bayangan riba dalam sistem ekonomi masyarakat. Beliau berhasil memecah penyakit riba yang telah mendarah daging di zaman jahiliyyah.Riba Masakini!!

Sistem perbankanSistem perbankan adalam sistem kewangan yang dikenal pasti paling banyak menjalankan urusan riba', seperti pinjaman rumah, kereta, wang tunai, pinjaman pelajaran dll.

Jika peminjam gagal membayar pada tempoh yang ditetapkan, jumlah faedah yang dikenakan juga akan bertambah tinggi dan sekiranya si peminjam gagal juga membayar pinjaman tersebut, bank dengan mudahnya akan membawa kes tersebut ke mahkamah yang seterusnya boleh membawa kepada perisytiharan muflis terhadap si peminjam.Dalam sistem perbankan konvensional, faedah dikenakan ke atas peminjam, bermakna peminjam terpaksa membayar dalam jumlah yang lebih tinggi daripada jumlah sebenar yang dipinjam. Jika peminjam gagal membayar pada tempoh yang ditetapkan, jumlah faedah yang dikenakan juga akan bertambah tinggi dan sekiranya si peminjam gagal juga membayar pinjaman tersebut, bank dengan mudahnya akan membawa kes tersebut ke mahkamah yang seterusnya boleh membawa kepada perisytiharan muflis terhadap si peminjam.Riba Masakini!!

Sistem InsuransUnsur riba terdapat dalam urusniaga Pinjaman dari Polisi (policy loan) yang ditawarkan kepada peserta dalam produk Insurans Nyawa.Syarikat insurans akan mengenakan bayaran faedah (interest) kepada peserta yang membuat pinjaman. Jelas sekali bahawa bayaran faedah tersebut merupakan riba yang dilarang oleh Islam.Elemen riba turut wujud dalam penjanaan keuntungan pelaburan dan insurans yang akan digunakan dalam pembayaran pampasan kepada pemegang polisi.Ini kerana dana-dana tabungan insurans, kebanyakannya dilaburkan dalam instrumen kewangan seperti bon dan juga saham yang kerap melibatkan syarikat-syarikat yang berurusniaga dengan kegiatan sistem perbankan konvensional.Keratan akhbar yang menunjukkan kesan riba:Keratan akhbar yang menunjukkan kesan riba:Penyelesaian Riba(Sistem perbankan)

Bagi membolehkan sistem perbankan yang diamalkan selaras dengan hukum Islam, urusniaga faedah (riba) adalah diharamkan sama sekali. Sebaliknya, bank masih boleh menjana keuntungan walaupun tanpa urusniaga riba melalui konsep-konsep berikut:-Perbankan Islam di Malaysia

Bentuk terawal aktivitiperbankan Islamdiketahui bermula pada bulanSeptember1963 dengan tertubuhnya Perbadanan Wang Simpanan Bakal-Bakal Haji (PWSBH). PWSBH telah ditubuhkan untuk dijadikan institusi bagi umat Islam membuat simpanan sebagai persediaan mengerjakan ibadatHajike tanah suciMekah.

Pada tahun 1969, PWSBH telah bergabung dengan Pejabat Urusan Haji bagi membentuk Lembaga Urusan dan Tabung Haji (kini dikenali sebagai LembagaTabung Haji).

Bank Islam pertama telah ditubuhkan pada tahun 1983. Pada tahun 1993, bank perdagangan, bank saudagar dan syarikat kewangan mula dibenarkan untuk menawarkan produk-produk dan perkhidmatan perbankan Islam di bawah Skim Perbankan Tanpa Faedah (SPTF).

Walau bagaimanapun, institusi-institusi ini dikehendaki mengasingkan dana dan aktiviti urus niaga perbankan Islam daripada urus niaga perbankan konvensional bagi memastikan tiada percampuran dana.

Prinsip Syariah dalam Perbankan Islam

Perbankan Islam mempunyai tujuan yang sama dengan perbankan konvensional melainkan operasinya adalah berlandaskan prinsip Syariah, yang dikenali sebagai Fiqh al-Muamalat (peraturan-peraturan Islam di dalam urus niaga).

Prinsip dasar perbankan Islam ialah perkongsian untung dan rugi dan larangan ke atas riba (faedah).

Pada tahun 1983 Bank Islam pertama telah ditubuhkan.

Pada tahun 1993 pula, bank perdagangan, bank saudagar dan syarikat kewangan mula dibenarkan untuk menawarkan produk-produk dan perkhidmatan perbankan Islam di bawah Skim Perbankan Tanpa Faedah (SPTF).

Walau bagaimanapun, institusi-institusi ini dikehendaki mengasingkan dana dan aktiviti urus niaga perbankan Islam daripada urus niaga perbankan konvensional bagi memastikan tiada percampuran dana. Perkongsian untung (mudharabah)

Simpanan (wadiah)

Usaha sama (musyarakah)

Kos tokok (murabahah)

Sewaan (ijarah).Penyelesaian Riba Sistem Insurans

Para ulamak telah sepakat memutuskan Takaful sebagai ganti kepada Insurans Konvensional. Dasar Tabarru'at menjadi teras utama yang membina paksi Takaful

Penggunaan dasar ini turut menyelamatkan pengurusan Takaful untuk seiring dengan keredhaan

Syarak dalam soal Muamalah Islam. Dengan penggunaan Tabarru'at ini maka Takaful terselamat dari terkena unsur gharar dan maisir.Takrif Tabarru'atTabarru'at merupakan perkataan Arab yang bermaksud menderma secara ikhlas.

Dalam konteks perniagaan Takaful, setiap peserta yang ingin mendapatkan perlindungan

Takaful mestilah hadir dengan niat yang ikhlas untuk menderma bagi membantu para peserta yang lain jika mereka menghadapi musibah.

Dalam erti kata yang lebih tepat ialah, semua peserta tersebut bersetuju untuk saling membantu dikalangan mereka di atas niat yang sama.Keratan akhbar kelebihan takaful:Terima kasih