Asg Bml3083

Embed Size (px)

Citation preview

SEMESTER 1 SESI 2010/2011

KOD & NAMA KURSUS

PPGPJJ SEMESTER 2 SESI 2012/2013

BML 3083: SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU

DISEDIAKAN OLEH

NAMANO. MATRIK

Zuriaiti @ Yati A . Miun

016-8292046D20112053386

PUSAT PEMBELAJARAN: UPSI16(A122PJJ)

NAMA TUTOR E-LEARNING: DR SITI SANIAH ABU BAKAR

TARIKH SERAH: 05hb Mei 2013SOALAN 1

Berdasarkan pernyataan di atas, berikan lima contoh perkataan dalam bahasa Melayu yang dapat dianalisis berdasarkan penggunaan analisis komponen makna. Huraian yang dikemukakan mestilah dianalisis dengan bantuan gambarajah bagi menjelaskan komponen makna bagi setiap perkataan tersebut.Pengenalan

Perkataan, menurut pandangan ahli-ahli bahasa, adalah unit bahasa yang terkecil yang mengandung makna. Dalam pada itu, Lyons dalam bukunya Introduction of Theoretical Linguistics (1968), berpendapat bahawa perkataan merupakan suatu tanda yang mencakupi dua bahagian, yakni bentuk dan maknanya. Misalnya kata dua, ada bentuknya yang terdiri, iaitu d u a dan maknanya, jumlah satu campur satu atau 1 + 1. Manakala, kata beras, misalnya, ada bentuk beras dan maknanya padi yang sudah dikupas kulit dan sedia untuk dimasak. Ada juga perkataan dalam bahasa Melayu yang ada satu bentuk tetapi maknanya yang banyak, seperti kata dalam, semak, dan rendang. Hal ini akan terbukti jika dicari makna bagi perkataan perkataan tersebut dalam kamus. Selain itu, ada perkataan yang berkongsi dan bertindan makna dengan kata yang lain. Contohnya, perkataan bercakap berkongsi dan bertindan makna dengan kata bisik, jerit, teriak kerana dalam semua perkataan ini ada komponen makna yang berkaitan dengan hal penyuaraan. Demikian juga mawar, teratai, orkid, semua bertindak makna dengan satu sama lain kerana memiliki dalamnya makna umum bunga. Oleh sebab ada pelbagai jenis kata, bentuk kata, makna yang pelbagai, maka kata-kata dalam bahasa Melayu seperti dalam bahasa-bahasa lain dapat dikategorikan kepada beberapa golongan seperti sinonim (makna yang sama), antonim (makna yang berlawan), hiponim (bentuk yang sama tetapi makna yang berbeza) dan sebagainya.

Perbincangan

Dalam hal komunikasi, konteks merupakan suatu faktor yang amat penting (Leech, Semantics, 1974). Mengikut pengalaman bahasa ada banyak ketika kita rasa bingung akan makna dalam sesuatu ujaran atau tulisan kerana kurangnya maklumat kontekstual. Dengan mengambil kira konteks, unsur ketaksaan, makna yang pelbagai dapat dielakkan, walaupun ada pengguguran beberapa komponen dalam ujaran atau tulisan kita. Misalnya, dalam ujaran, Kamal! Kambing!, makna yang hendak disampaikan ialah Kamal, tolong halau kambing kambing itu yang mungkin mahu masuk ke dalam kebun, rumah, atau tempat, bergantung pada tempat ujaran itu dilafazkan.

Konteks memainkan peranan untuk menghilangkan kekaburan dan ketidakjelasan makna. Konteks juga berfungsi untuk menetapkan makna bagi perkataan dalam satu satu ujaran atau tulisan. Misalnya, untuk membezakan golongan kata untuk menentukan makna, seperti dalam kata bilas (basuh / cuci) sebagai kata kerja dan bilas (kabur) sebagai kata adjektif, konteks amat perlu. Konteks juga menjadi amat mustahak dalam hal homonim. Umpamanya, untuk membezakan antara haus sebagai rasa dahaga atau berkurangannya besar kerana tergosok, kita perlu lihat pada konteks penggunaan ayat atau ujaran tersebut. Mungkin, dalam ayat ini Kami semua rasa haus, selepas berjalan kaki ke rumah maknanya ialah rasa dahaga.

Dalam hal ini, Wittgenstein dalam bukunya Philosophical Investigations (1953), yang juga seorang ahli falsafah yang terkenal, pernah dengan tegas menyatakan bahawa makna kata tidak dapat diketahui kecuali dilihat dalam penggunaannya, atau dalam konteks penggunaannya. Demikian juga Ullmann berhujah bahawa makna perkataan hanya dapat ditentukan berdasarkan penelitian terhadap penggunaannya. Oleh itu, makna kata tidak akan menjelma selain dalam konteks penggunaan perkataan atau ayat dalam ujaran atau tulisan. Misalnya, ujaran kata cantik, amat kabur maknanya, kecuali dinyatakan dalam satu konteks seperti diucapkan untuk memberitahu orang lain akan kecantikan seseorang atau pandangan, benda dan sebagainya, atau untuk memberi penghargaan atau pujian terhadap sesuatu perbuatan seperti menjaringkan gol dalam permainan bola sepak. Dalam kedua dua situasi tadi, kata cantik memang tidaklah sama. Dengan yang demikian menjadi nyata bahawa perkataan memperlihatkan makna yang berbeza beza ketika digunakan dalam pelbagai situasi sosial oleh manusia.

Salah satu aspek yang amat diminati dalam kajian makna ialah perubahan makna dalam bahasa. Oleh sebab bahasa bersifat dinamik, maka perkataan yang menjadi unit asas kepada bahas, sentiasa mengalami perubahan. Hal ini sudah sejak dahulu lagi diamati oleh pengkaji bahasa. Menurut mereka, terdapat banyak factor yang merangsangkan perubahan. Ullmann dalam bukunya Semantics: An Introduction to the Science of Meaning (1962), misalnya memberikan enam sebab utama bagi perubahan makna dalam bahasa. Antaranya adalah seperti sebab-sebab sejarah, sebab-sebab sosial, sebab-sebab psikologi, pengaruh luar, keperluan untuk kata baharu.

Bloomfield dalam bukunya Bahasa (1933) pula ada menyenaraikan sembilan jenis perubahan yang berlaku dalam bahasa. Menurutnya, makna kata boleh disempitkan dan diperluaskan. Selain itu, ada metafora, metonimi, sinekdoksi, hiperbola, litotes, pejorasi, dan ameliorasi yang juga menandakan perubahan-perubahan dalam sesuatu bahasa. Makna kata berubah kerana perkembangan dalam bahasa itu sendiri. Ini bermaksud, makna sesuatu perkataan itu akan berubah mengikut perubahan masa, teknologi dan hubungan sosial masyarakat. Misalnya, kata belayar, pada satu ketika dahulu digunakan untuk perahu yang ada layar, tetapi kini telah berubah makna kerana kapal sekarang tidak menggunakan layar tetapi menggunakan kuasa tenaga. Atau, contoh perkataan rawat: Makna umum adalah menjaga dan mengubati orang sakit, tetapi makna barunya sekarang meliputi merawat sisa kumbahan, pokok (nurseri).

Demikian juga kata tangan, pada asalnya dirujuk kepada salah satu anggota badan. Tetapi, makna diubah untuk mencakup makna menguruskan, mengendalikan, dalam ayat seperti Kita perlu berhati-hati ketika menangani kes ini. Ada kalanya makna negatif berubah menjadi makna positif disebabkan penggunaan dalam bahasa. Umpamanya, kini kita sering menemukan ayat atau ujaran. Gejala penukaran kod amat berleluasa di kalangan pengguna bahasa Melayu. Dalam contoh ini, kata gejala bukan dinyatakan sebagai suatu unsur negatif, tetapi sebagai suatu kejadian. Perubahan perubahan seperti ini banyak berlaku dalam bahasa kerana sebab sebab perubahan dalam bahasa itu sendiri.

Selain itu, disebabkan kemajuan sains dan teknologi juga, banyak kata yang telah mengalami perubahan makna. Misalnya, kata taman, pada masa dahulu hanya digunakan untuk merujuk kepada kebun bunga, tetapi maknanya sekarang diperluaskan untuk mencakup makna tambahan seperti kawasan perumahan, kawasan perindustrian dan kawasan alam semula jadi seperti Taman Kinabalu. Demikian juga kata datuk, kini bukan sahaja digunakan untuk merujuk bapa ayah atau ibu seseorang, malah sebagai gelaran kehormat oleh raja bagi orang - orang tertentu kerana jasajasa mereka. Dalam arus perubahan zaman, banyak kata mengalami perubahan makna. Kata kata yang merujuk kepada objek, institusi, idea, dan konsep konsep saintifik merupakan antara kata yang mengalami perubahan makna. Misalnya, kata kebal berubah daripada makna asal kuat dan kukuh dalam bidang ketenteraan menjadi kereta kebal.

Bahasa juga berubah kerana sebabsebab sosial. Peredaran masa menyebabkan munculnya bidang bidang baharu dalam satu satu budaya masyarakat bahasa. Faktor faktor seperti emosi, tabu menjadi punca perubahan makna dalam bahasa. Misalnya, ungkapan orang gaji kini berubah menjadi pembantu rumah, budak pejabat bertukar menjadi pelayan pejabat, dan Hari Buruh menjadi Hari Pekerja. Perubahan perubahan ini berlaku kerana ungkapan yang digunakan dahulu membawa konotasi negatif, dan dengan demikian perlu diubah menjadi lebih halus atau yang tidak membawa unsur negatif.

Selain itu, unsur larangan atau tabu juga menyebabkan perubahan perkataan. Umpamanya, tidak sopan kalau dikatakan saya hendak kencing di khalayak ramai, tetapi ungkapan buang air atau saya hendak ke tandas. Kini kata tandas pula membawa makna yang tidak begitu sopan, maka sudah ada ungkapan bilik air yang digunakan untuk tujuan yang sama, iaitu kencing atau buang air kecil. Ada juga ungkapan bilik selesa yang digunakan untuk merujuk kepada konsep tandas. Pilihan perkataan atau ungkapan seumpama ini, sebenarnya merujuk kepada gejala yang disebut segai eufemisme, yakni penggunaan bahasa secara halus dan sopan.

Dalam Bahasa Melayu, kata daging disempitkan makna untuk merujuk kepada daging lembu sahaja tetapi bagi daging lain pula, disebut daging kambing, daging ayam, atau daging arnab. Sedangkan makna dalam kamus adalah isi pada manusia atau binatang antara kulit dan tulang (Kamus Dewan, 1994).Ada juga makna yang diperluaskan, seperti dalam kata tangan yang menjadi menangani, taman yang merujuk kepada kawasan perumahan atau kawasan perindustrian seperti yang dijelaskan di atas. Untuk menerangkan konsep konsep baharu yang timbul akibat perkembangan sains dan teknologi, maka perluasan makna bagi beberapa banyak perkaaan diperlukan.

Oleh sebab maklumat semantik amat penting dalam bahasa, maka hal makna dalam ayat harus diberi perhatian oleh pengguna bahasa. Jika aspek makna tidak diambil kira dalam binaan atau ujaran ayat, maka ayat ayat yang diujar atau dibina akan merupakan ayat yang taksa, atau tidak benar.

Justeru itu binaan atau ujaran ayat ayat seperti yang berikut seharusnya dielakkan oleh pengguna bahasa Melayu, memandangkan ayat ayat ini tidak betul dari segi semantik, walaupun memenuhi aturan nahu. Perhatikan contoh contoh yang berikut:

i. Mereka mereka yang terlibat dikehendaki menghadiri mesyuarat hari ini.

ii. Ibu bapa Ali sudah meninggal dunia petang tadi.

iii. Ibu merasa kesal dengan perbuatan adik.

iv. Pekerja pekerja akan memulakan kerja mereka bila hujan berhenti.

v. Pak Ismail berdukun sejak lima belas tahun lalu.

vi. Ayah menghantar kawat kepada abang saya di Johor.

vii. Ayah menghadiahkan saya jam tangan.

Dalam ayat ayat di atas, nyata ada kekeliruan dalam memahami makna yang terkandung dalam ayat ayat tersebut. Umpamanya, mereka mereka dalam ayat 1 adalah kelewahan semantik, yakni makna yang berlebihan, yang sebenarnya tidak diperlukan. Demikian juga dalam ayat 2, tidak jelas siapa yang meninggal dunia, sama ada ibu kepada bapa Ali atau kedua dua ibu dan bapanya yang meninggal. Dalam ayat, 6 pula, apakah hapa menghantar dawai atau berita kepada abang? Mungkin ayat 7, perlu diperbetul menjadi Ayah menghadiahkan sebuah jam tangan kepada saya atau Ayah menghadiahi saya sebuah jam tangan.

Perkataan Wacana adalah padanan perkataan discourse dalam bahasa Inggeris. Perkataan discourse dalam Kamus Webster, 1983 : 522 bererti hubungan fikiran dengan kata-kata, ekspresi idea-idea atau gagasan-gagasan atau percakapan. Hubungan secara umum, terutama sebagai suatu subjek kajian atau pokok bahasan, risalah tulisan, disertasi formal, kuliah, ceramah serta khutbah.

Perkataan wacana menurut Kamus Dewan Edisi Baru 1993 : 1484 bermaksud ucapan, pertuturan, percakapan, keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan.

Semua perkara yang melibatkan bahasa ialah wacana. Retorik menjadi komponen yang penting bagi wacana. Wacana adalah sebagai kesinambungan cerita dengan bahasa yang mudah dan kesinambungan ini ditunjang oleh jalinan maklumat. Dalam bidang pendidikan Bahasa Melayu pula telah diperkenalkan beberapa definisi wacana. Dari segi hierarki tatabahasa , wacana terletak pada heirarki yang tertinggi selepas ayat, seperti yang tergambar dalam rajah berikut :

Perkataan --> Ayat --> Klausa --> Frasa --> Wacana

Keseluruhan terbitan atau hasil karya dalam sesuatu bahasa. Berdasarkan erti perkataan wacana di atas dapat disimpulkan bahawa perkataan wacana itu sama dengan perkataan ucapan yang utuh untuk wacana lisan, dan karangan yang utuh untuk wacana tulisan dalam pengajaran bahasa Melayu sebelum ini. Wacana ialah satu unit bahasa yang lengkap . Ia melebihi tingkat ayat. Oleh kerana sifatnya yang lengkap wacana mempunyai tubuh teks seperti berikut:

a. Pendahuluan

b. Tubuh - isi, munasabah, logik, menarik, berkesan, usur-unsur paralinguistik (tanda bacaan, cetakan tebal, miring, garis tebal)

c. Penutup

d. graf, jadual, peta dan statistik.

Wacana boleh ditulis dalam pelbagai bentuk penulisan, iaitu sama ada naratif (pemerian), deskriptif (pengambaran), eksposisi (pendedahan) atau penghujahan. Untuk memperoleh gambaran yang lebih jelas, definisi wacana telah dihurai serta diterangkan oleh beberapa tokoh bahasa di bawah ini, antaranya ialah :

Asmah Haji Omar (1982)3 menegaskan bahawa wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat, yang di dalamnya memperlihatkan hubungan-hubungan dan perkembangan fikiran yang berurutan seperti ayat, sejumlah ayat, ceraian, perenggan, bab, buku, novel, cerpen, cerita, dialog, siri buku (cerita) dan sebagainya. Menurut beliau lagi, wacana tidak mempunyai satu-satu jenis ayat yang terdiri dengan utuhnya tanpa dipengaruhi oleh proses-proses kelahiran ayat. Ini bermaksud bahawa ayat yang selalu didapati dalam struktur dan sistem secara teratur. Asmah telah membezakan ayat sistem daripada ayat wacana. Ayat sistem adalah ayat atau tutur yang dikeluarkan dan diasingkan dari konteks wacana, sedangkan ayat wacana yang juga disebut ayat teks adalah ayat yang betul-betul terdapat dalam wacana teks dan wacana lisan.

Menurut Raminah Haji Sabran (1984:218) dalam bukunya yang bertajuk Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan, mendefinisikan wacana adalah unit bahasa yang melebihi batas ayat, kerana itu ia boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian, bab, buku, dialog, siri buku dan sebagainya yang di dalamnya memperlihatkan hubungan-hubungan dan perkembangan fikiran yang berturutan. Menurut beliau lagi, wacana merupakan kesatuan bahasa yang lengkap.

Menurut Fokker (1951)4 pula, hubungan kesinambungan cerita itu dapat menunjukkan secara nahuan, iaitu perujukan (verwijzing), kata-kata penghubung (verbindingswoorden) dan pengguguran (ellips). Kesatuan makna dalam wacana seperti yang diterangkan di atas akan dilihat dari segi makna logik dan makna tautan. Makna tautan inilah yang merupakan konsep semantik dan merujuk kepada perkaitan kebahasaan yang didapati pada suatu ujaran yang membentuk wacana.

Stubbs, Michael menyatakan bahawa wacana merupakan kesatuan bahasa yang lebih besar daripada ayat atau klausa. Dengan kata lain, wacana merupakan unit-unit linguistik yang lebih besar daripada ayat atau klausa, seperti pertukaran-pertukaran percakapan atau teks-teks tertulis. Secara ringkas, yang disebut teks bagi wacana adalah ayat bagi ujaran.

Harimurti Kridalaksana (1984:204)1 menyatakan bahawa wacana adalah satuan bahasa terlengkap; dalam hierarki tatabahasa merupakan satuan tatabahasa tertinggi atau terbesar. Wacana ini direalisasikan dalam bentuk karangan yang utuh seperti novel, buku, ensiklopedia, dan sebagainya, paragraf, ayat atau kata yang membawa amanat yang lengkap.

Anton M.Moeliono (1995:407)2 mendefinisikan wacana adalah rentetan kalimat yang berkaitan sehingga terbentuklah makna yang serasi di antara kalimat itu.

Henry Guntur Tarigan menegaskan bahawa wacana adalah satuan bahasa yang terlengkap dan tertinggi atau terbesar di atas kalimat atau klausa dengan koherensi dan kohesi tinggi yang berkesinambungan yang mempunyai awal dan akhir yang nyata disampaikan secara lisan atau tertulis.

Setelah dilihat beberapa huraian tentang beberapa definisi mengenai wacana yang diambil daripada berbagai-bagai sumber, dapat dilihat bahawa adanya persamaan dan juga perbezaan pendapat mengenai dengan definisi wacana yang diperolehi dari ahli-ahli linguistik ataupun penulis.

Secara tuntasnya, wacana letaknya lebih tinggi daripada ayat pada skala tatatingkat tatabahasa dan mempunyai keteraturan fikiran logik (coherence) dan juga tautan (cohesion) dalam strukturnya. Wacana dicirikan oleh kesinambungan maklumat. Makna kesinambungan di sini adalah diertikan sebagai kesatuan makna. Terdapat lapan unsur-unsur penting dalam wacana iaitu satuan bahasa, terlengkap, mengatasi ayat atau klausa, teratur atau tersusun rapi, berkesinambungan, kohesi, lisan atau tulisan awal dan juga akhir yang nyata.

1.1 Perbincangan Penggunaan Penanda Wacana dalam Perenggan

Umumnya wacana dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu wacana lisan dan wacana tulisan.

Wacana lisan ialah wacana yang dihasilkan melalui media lisan, iaitu melibatkan pembicara dan pendengar. Komunikasi yang terlibat dalam wacana lisan ini ialah komunikasi interaktif, iaitu komunikasi yang melibatkan hubungan pembicara dan pendengar secara langsung. Dalam wacana lisan, pembicara biasanya akan menggunakan ekspresi wajah, intonasi suara, gerak badan dan sebagainya untuk menyampaikan sesuatu maklumat kepada pendengar. Biasanya dalam wacana lisan, pembicara akan mendapat respon daripada pendengar pada ketika itu juga. Antara contoh wacana lisan adalah menerusi perbualan, temu ramah, ceramah, khutbah, pidato dan siaran televisyen atau radio.

Wacana tulisan pula ialah wacana yang disampaikan secara bertulis. Wacana tulisan melibatkan hubungan antara penulis dengan pembaca.komunikasi yang terlibat ialah komunikasi tidak langsung, iaitu komunikasi satu arah. Penulis tidak berhadapan dengan pembaca sewaktu wacana tersebut dihasilkan. Oleh itu, penulis tidak mendapat respon secara langsung daripada pembaca. Wacana tulisan seringkali disunting terlebih dahulu bagi menghasilkan tulisan yang berkualiti dan tepat. Dalam wacana tulisan, pembaca perlu membaca teks yang ditulis untuk memahami maksud yang ingin disampaikan oleh seseorang pengarang atau penulis.

Antara contoh wacana tulisan ialah tulisan-tulisan yang terdapat di dalam akhbar, majalah dan buku. Rencana di bawah adalah merupakan salah satu contoh wacana tulisan.

Contoh wacana tulisan : Rencana

Tajuk : Masalah-masalah yang Dihadapi Akibat Kemasukan Pekerja Asing.

Oleh : Siti Aminah bt Kasim

Perkembangan ekonomi dalam tahun 80-an dan tahun 90-an menyediakan peluang pekerjaan yang amat banyak hingga negara tidak mempunyai tenaga buruh yang mencukupi. Fenomena ini menyebabkan negara mengimport tenaga dari negara jiran. Sebaliknya, kemasukan tenaga buruh asing menimbulkan pelbagai masalah sosial.

Kedatangan buruh asing secara beramai-ramai yang tidak disaring latar belakang mereka membenarkan kemasukan penjenayah yang datang untuk mencari kesempatan. Sungguhpun, sebahagian besar daripada buruh asing ini datang untuk mencari rezeki terdapat pula mereka yang berniat jahat. Justeru itu, berlakulah jenayah seperti pencurian, rompakan, dan penipuan. Golongan jahat ini datang untuk mencari kesenangan dengan cepat. Oleh itu, kejadian rompakan dan kecurian kerapkali berlaku di mana buruh asing ramai didapati.

Rancangan menerima buruh asing digunakan oleh sesetengah pihak untuk lari dari kampung halaman mereka. Mereka lari dari tempat mereka kerana mereka melakukan jenayah. Apabila mereka datang ke sini mereka mungkin bertemu dengan seteru lama mereka. Justeru itu, kita kerapkali dikejutkan oleh pergaduhan dan pembunuhan di kalangan buruh asing terutama sekali yang datang dari Indonesia dan Filipina.

Selain itu, di kalangan buruh asing itu terdapat juga mereka yang datang bukan untuk makan gaji tetapi untuk berniaga. Walaupun pada mulanya mereka bekerja tetapi setelah beberapa lama mereka berniaga dengan membuka gerai. Mereka berniaga tanpa lesen dan kadang-kadang bersaing dengan peniaga tempatqan. Oleh sebab overhed mereka rendah, mereka berupaya menjual barang-barang mereka dengan murah. Kegiatan ini menimbulkan pelbagai masalah kepada peniaga tempatan. Di samping itu, peniaga tempatan yang tidak boleh bersaing meninggalkan tempat perniagaan mereka. Tindakan ini menambah pula peniaga saing seperti di Chow Kit pada suatu ketika dahulu.

Di samping itu, terdapat pula golongan buruh asing yang cuba menganut budaya tempatan sehingga mereka menjadi seperti penduduk tempatan. Kebanyakan daripada mereka berkahwin dengan gadis-gadis tempatan. Setelah mengumpulkan wang dengan banyak mereka balik ke negara asal mereka dan meninggalkan anak-anak dan isteri mereka. Fenomena ini jika tidak dikawal sudah pasti menimbulkan masalah sosial dan membebankan negara.

Rancangan jangka pendek untuk mengisi kekosongan di kilang, tapak pembinaan, ladang-ladang, hotel, dan restoran rupa-rupanya membawa masalah yang berat. Andainya, pengambilan buruh asing berlanjutan maka kawalan yang ketat dan saringan yang teliti perlulah diambil oleh pihak yang berwajib.

(+348 patah perkataan)

8.0 PENANDA WACANA

Penanda wacana ialah perkataan ataupun rangkaian perkataan yang berfungsi mempertalikan sesuatu idea, hujah dan pandangan seseorang semasa menulis ataupun berucap. Penanda wacana amat penting dalam sesebuah teks kerana penanda wacana dapat mewujudkan pertautan atau kesinambungan antara sebahagian teks dengan yang lain sehingga membentuk kesatuan.

Penanda wacana juga merupakan unsur-unsur bahasa yang mewujudkan kohesi dan koheran antara satu teks dengan teks yang lain sehingga membentuk kesatuan. Terdapat banyak jenis penanda wacana dalam bahasa Melayu. Dalam bahasa Melayu terdapat lima jenis penanda wacana, iaitu

8.1 Penanda Leksikal

Penanda leksikal ialah penanda yang melibatkan pertautan antara perkataan atau frasa secara semantik (makna) dalam sesebuah wacana. Penanda leksikal melibatkan unsur pengulangan kata dan kebiasaannya pengulangan kata yang terlibat ialah pengulangan unsur yang sama, pengulangan sinonim, hiponim dan kolokasi. Pengulangan unsur yang sama bermaksud setiap kata diulang secara penuh tanpa melakukan sebarang perubahan. Contohnya seperti:

Ibu amat menyayangi Ahmad.

Kami juga amat menyayanginya.

Dalam ayat di atas, berlaku pengulangan secara penuh bagi perkataan menyayangi.

Pengulangan sinonim pula merujuk kepada pengulangan kata yang mempunyai makna yang hampir sama seperti:

Suatu ketika dahulu wanita itu amat dikaguminya.

Tetapi kini, wanita itu dianggapnya sebagai perempuan murahan.

Perkataan wanita dan perempuan merupakan pengulangan kata yang sinonim iaitu sama makna.

Pengulangan hiponim pula ialah pengulangan yang melibatkan hubungan antara makna khusus dan makna yang umum yang mana merangkumi makna yang khusus. Makna yang umum disebut sebagai superordinat manakala makna khusus disebut sebagai hiponim. Contohnya ikan merangkumi makna yang khusus seperti tenggiri, bawal, cencaru, selar dan kembung.

Contohnya:

Malaysia telah mengimport pelbagai jenis kereta dari luar negara. Antaranya Honda, Nissan, Toyota dan Volvo.

Pengulangan kolokasi melibatkan kehadiran sekumpulan kata yang saling berkait dengan sesuatu idea, topik, situasi atau konteks. Lazimnya pengulangan kolokasi melibatkan hubungan leksikal selingkungan seperti perkataan almari, meja dan kerusi dikatakan sebagai perkataan yang berkolokasi kerana perkataan-perkataan ini mempunyai lingkungan yang sama iaitu perabot. Selain itu pula, apabila kita mendengar ungkapan tendangan percuma, kita akan menggambarkan situasi permainan bola sepak, dengan kata lain tendangan percuma berkolokasi dengan permainan bola sepak.

Contohnya:

Pembuangan sisa-sisa toksik ke dalam sungai telah menyebabkan pencemaran air. Oleh itu, banyak ikan dan udang yang mati.

Dalam ayat di atas, ikan dan udang merupakan perkataan yang berkolokasi kerana mempunyai lingkungan yang sama iaitu hidupan air.

8.2 Penanda rujukan

Penanda rujukan melibatkan rujukan terhadap ganti nama diri dang anti nama tunjuk. Rujukan ganti nama diri melibatkan ganti nama diri orang pertama, kedua dan ketiga. Contoh rujukan ganti nama diri adalah seperti yang berikut:

Aku, Sani dan Udin akan ke Kuala Lumpur.

Kami bertolak pada pukul empat petang.

Perkataan kami merupakan kata ganti nama diri bagi aku, Sani dan Udin.

Kata ganti nama tunjuk ialah perkataan yang membawa maksud menunjukkan benda atau perkara. Dalam bahasa Melayu, penanda penunjuk terdiri daripada perkataan ini, itu, sini dan situ. Contohnya:

Di manakah awak tinggal?

Saya tinggal di sana.

8.3 Penanda penghubung

Penanda penghubung berfungsi sebagai penjalin unsur-unsur linguistik seperti perkataan, frasa atau ayat yang terdapat dalam sesebuah wacana. Penanda penghubung terdiri daripada penghubung tambahan, tentangan, musabab dan tempoh.

Penghubung tambahan merupakan penghubung yang memberikan maklumat tambahan terhadap sesuatu perkara yang diperkatakan sebelumnya. Antara penghubung tambahan dalam bahasa Melayu ialah dan, malahan, tambahan pula, lebih-lebih lagi, di samping itu dan selanjutnya. Contohnya :

Tugasnya sebagai wartawan di salah sebuah syarikat penyiaran benar-benar member pengalaman kepadanya kerana dia sering diberikan tugasan di luar Bandar. Malahan dia juga berpeluang melawat negara-negara luar seperti Thailand dan juga India untuk menjayakan rancangan dokumentari itu.

Penghubung tentangan ialah penghubung yang menunjukkan pertentangan maklumat antara suatu ayat yang baru diperkatakan dengan ayat sebelumnya dalam sesebuah wacana. Antara contoh penanda penghubung tentangan ialah tetapi, sebaliknya, namun dan walau bagaimanapun.

Contohnya :

Penghuni benua Amerika suatu ketika dahulu bukanlah kaum kulit putih dan berambut perang. Sebaliknya, mereka merupakan kaum yang berambut panjang dan hitam.

Penanda penghubung musabab ialah penanda yang merupakan sebab berlakunya sesuatu. Contoh penanda musabab ialah kerana, oleh sebab dan oleh itu.

Contohnya:

Dia kesuntukan masa. Oleh sebab itu, dia perlu menyiapkan tugasannya secepat mungkin.

Penanda penghubung tempoh ialah penanda penghubung yang menunjukkan urutan masa atau siri berlakunya sesuatu. Contoh penanda penghubung tempoh ialah pertama, kedua, ketiga, kemudian, selanjutnya dan sebagainya.

Contohnya:

Pada peringkat awal pendakian, ramai di kalangan ahli kami yang kepenatan. Kemudian, kami berhenti rehat untuk jangka waktu yang panjang dan selepas itu, kami teruskan pendakian. Akhirnya, berbekalkan semangat juang yang tinggi kami berjaya sampai ke puncak Gunung Kinabalu tepat jam 6.30 pagi.

1. Tambahan

dan, serta, lagi, tambahan lagi, tambahan pula, selanjutnya, seterusnya, di samping.

2. Urutan

Pertama, kedua, seterusnya, selepas itu, kemudian, kemudian daripada itu, akhirnya.

3. Penyataan semula

iaitu, yakni, dengan kata lain, seperti yang diterangkan.

4. Contoh

contohnya, seperti, ibarat, laksana, macam, umpama, bagai, bak kata, sebagai.

5. Rumusan

rumusannya, kesimpulannya, sebagai kesimpulan, akhir kata, sebagai penyimpul kata

6. Tempat

berhampiran dengan, bersebelahan dengan, bertentangan dengan.

7. Waktu

apabila, ketika, semasa, kemudian, selepas, pada mulanya, lama-kelamaan, lambat-laun, akhirnya.

8. Sebab dan kesan

oleh itu, sebab itu, justeru itu, fasal, lantaran, jadi, dengan itu.

9. Bandingan

seperti juga, serupa dengan, sesuai dengan, sama juga dengan.

10. Pertentangan

tetapi, sebaliknya, sungguhpun, walau bagaimanapun, namun begitu, bertentangan dengan.

11. Pengesahan

sebenarnya, sesungguhnya, sewajarnya, tentulah, pastilah, sememangnya.

8.4 Penanda penggantian.

Penggantian ini dikenali sebagai Substitution. Penggantian adalah pengambilan alihan atau pertukaran bagi sesuatu segmen kata, frasa atau klausa oleh kata ganti yang lainnya.

Penanda penggantian terdiri daripada penanda penggantian nominal, verbal dan klausal. Penggantian nominal ialah penggantian yang dilakukan terhadap kata nama tau frasa nama, manakala penggantian verbal melibatkan penggantian terhadap kata atau frasa kerja dan penggantian klausa pula melibatkan penggantian sebahagian daripada ayat. Contohnya :

Saya sengaja tidak mahu menebang pokok durian itu.

Nanti baru saya lakukan.

Dalam contoh di atas, perkataan lakukan menggantikan sebahagian ayat sebelumnya, iaitu menebang pokok durian itu. Penggantian seperti ini merupakan penggantian klausa.

8.5 Elipsis

Elipsis melibatkan pengguguran kata atau frasa yang telah dinyatakan dalam ayat sebelumnya. Ini beerti pengguguran kata atau frasa melibatkan maklumat yang telah diketahui oleh pembaca atau pendengar berdasarkan konteksnya.

Contoh 1 :

Pemuda itu kelihatan resah.

Tidak tahu arah mana yang harus ditujunya.

Dalam contoh di atas, frasa pemuda itu tidak diulang dalam ayat kedua. Walaupun ayat kedua tidak menyatakan unsur yang sama seperti ayat pertama, tetapi ayat kedua ini masih difahami.

Contoh 2 :

Ah Meng suka baju berwarna merah.

Adiknya suka baju putih.

Dalam ayat (1) di atas perkataan tidak diulang dalam ayat (2). Walaupun dalam ayat pertama dan kedua menyatakan unsur yang sama iaitu unsur warna tetapi kedua-dua ayat tersebut masih boleh difahami.

8.5.1 Jenis elipsis.

Terdapat tiga jenis elipsis , iaitu

a) Pengguguran nomina

Contoh :

A: " Kita ini perlu anak. Tau anak! Adanya anak akan lebih bererti hidup "

B: "Kenapa diungkit-ungkit juga soal ^ itu?"

(Leman Ahmad. 1984: 24)

b) Pengguguran verbal

Contoh :

A: "Pernahkah kamu menaiki beca dan basikal?"

B: "ya, pernah ^ "

(Tarigan, H.G. 1995:166)

c) Pengguguran klausa

Contoh :

Guru: "Apakah kamu mahu mendapat biasiswa dari kerajaan?"

Pelajar: "Ya tentu"

(Tarigan, H.G. 1995:147)

Seperti yang diperhatikan dalam Lampiran kosa kata leksis bahasa Melayu yang diperoleh daripadaKamus DewandanTesaurus Umum Bahasa Melayu, kosa katanya dapat dibahagikan kepada tiga kelompok utama, iaitu yang bersifat neutral, dan yang menunjukkan jantina lelaki atau perempuan. Antara ketiga-tiga kelompok ini, kelompok neutral nampaknya kelompok yang menjadi paling banyak. Selain itu, perkataan-perkataan dalam kelompok itu dapat dibahagikan kepada enam jenis yang asas seperti yang berikut:1. kekeluargaan2. bentuk-bentuk panggilan3. gelaran4. jawatan/pekerjaan5. pemerian (adjektif)6. kata ganti diriBerikutnya, perbincangan tentang leksis gender akan dimulakan dengan meneliti jenis pertama, iaitu kosa kata kekeluargaan.Kosa Kata KekeluargaanBanyak perkataan termasuk dalam kelompok ini sepertiabah, adinda, ayah, bapa, ibu, dansaudara. Walau bagaimanapun, kosa kata kekeluargaan ini dapat dibahagi kepada dua subkategori lagi, iaitu kategori panggilan dan kekerabatan. Umpamanya, perkataancucu,menantu, ipar, dandatuktermasuk dalam subkategori kekerabatan manakala perkataananakanda, ayahanda, bonda, dankakakandadigolongkan ke dalam subkategori panggilan. Ada kalanya, sesuatu perkataan dalam kelompok ini dapat dimasukkan ke dalam kedua-dua subkategori tersebut. Contohnya, leksisibudigunakan sebagai rujukan kerabat dan juga untuk panggilan. Lihat pembahagian leksis dalam kelompok seperti dalam Jadual 1 di bawah.

KategoriLeksisKekeluargaanKekerabatanPanggilan

abah-+

abang++

adik++

anak++

anakanda-+

bapa+-

cucunda-+

emak++

ibu++

ipar+-

isteri+-

kakanda-+

saudara++

suami+-

Jadual 1Pembahagian Subkelompok KekeluargaanSelain itu, kalau diteliti perkataan dalam jenis kekeluargaan, didapati bahawa ada yang merujuk kepada jantina lelaki, ada yang merujuk kepada jantina perempuan, dan ada juga yang bersifat neutral. Jadual 2 di bawah akan menunjukkan pembahagian leksis dalam kategori ini kepada tiga kelompok tersebut.

GenderLeksisLelakiPerempuanNeutral

abang+

adik+

adinda+

anak+

cucu+

kakanda+

ipar+

menantu+

sepupu+

Jadual 2Pembahagian Kata Kekeluargaan Mengikut GenderSeperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2 di atas, didapati kebanyakan perkataan dalam kelompok ini bersifat neutral. Oleh sebab itu, leksis gender ini kebanyakan bersifat neutral dalam kategori ini, maka untuk membezakan jantina atau gender digunakan pula pembeza jantina, iaitu lelaki atau perempuan. Misalnya, leksisadikyang bersifat neutral, jika hendak dirujuk kepada jantina perempuan,maka hendaklah ditambah perkataanperempuanuntuk menjadiadik perempuan, manakala ditambahlelakikepadaadikuntuk menjadiadik lelakiagar dapat membezakan jantinaadik. Demikian juga perlu ditambah pembeza jantina perempuan atau lelaki supaya mudah dapat membezakan gender bagi perkataan yang bersifat neutral sepertianak, cucu, ipar,menantu, dansepupu.Setelah diteliti kosa kata kekeluargaan, kita perhatikan pula kelompok kedua, iaitu kosa kata bentuk-bentuk panggilan.Kosa Kata Bentuk-Bentuk PanggilanKosa kata yang termasuk dalam kelompok ini merupakan perkataan yang bersifat panggilan formal, kurniaan, dan keagamaan yang wujud dalam masyarakat Melayu. Misalnya,tuan, puan, encik, dansaudaramerupakan perkataan yang bersifat panggilan formal. Sementara itu, perkataanhaji, hajah,tuan haji, ustaz,danustazahmerupakan bentuk panggilan bersifat keagamaan, manakalaDato, Datin, DatoSeriDatin Seri,Tun,danToh Puanmerupakan panggilan kurniaan. Dalam ketiga-tiga panggilan terdapat leksis gender yang dapat ditunjukkan seperti dalam Jadual 3 di bawah:

GenderLeksisLelakiPerempuanNeutral

tuan+

puan+

encik+

saudara+

haji+

hajah+

tuan haji+

ustaz+

ustazah+

Dato+

Datin-+

Tun+

Toh Puan+

Dato Seri+

Datin Seri+

Jadual 3Gender bagi Leksis Panggilan dan GelaranSeperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3 di atas, setiap panggilan dan gelaran ada gendernya kecuali bagi panggilan Dato dan Dato Seri yang bersifat neutral. Pada suatu ketika dahulu, kurniaan Dato dan Dato Seri hanya dikurniakan kepada lelaki sahaja, tetapi kini wanita pun dikurniakan gelaran-gelaran tersebut.Kosa Kata Pekerjaan/JawatanDalam kelompok ini, terdapat perkataan-perkatan sepertiamah, babu, jururawat, danpelacurmerupakan perkataan merujuk kepada pekerjaan atau jawatan yang dipegang atau dilakukan oleh kaum wanita atau perempuan khususnya. Lazimnya leksis-leksis ini tidak digunakan untuk merujuk kepada pekerjaan yang dilakukan oleh lelaki. Umpamanya, orang-orang yang membantu dalam kerja-kerja rumah tidak disebutamahataubabu. Pada hemat pengkaji, tidak ada leksis khusus yang merujuk kepada lelaki yang bertugas sebagai pembantu rumah.Leksispelacur, misalnya wujud bagi jantina perempuan sahaja. Tiada leksis khusus untuk merujuk kepada lelaki (kalau ada pun lelaki yang melakukan kerja yang tidak bermoral ini). Demikian juga tidak ada leksis dalam bahasa Melayu untuk merujuk kepada konsepgundikdalam bahasa Melayu yang digunakan bagi lelaki. Umpamanya, dalam ayat di bawah, perkataangundiktidak ada padanan bagi merujuk kaum lelaki.

Oleh sebab berselisih faham dengan isterinya, Musa kini tinggal bersamagundiknya.Dalam ayat di atas,gundikatau lelaki simpanan tidak dapat digunakan untuk merujuk kepada lelaki seperti dalam contoh ayat di bawah:*Oleh sebab berselisih faham dengan suaminya, Mariam kini tinggal bersamagundiknya.Nyatalah ayat 2 tidak tepat dari segi makna kerana leksis tersebut tidak ada komponen makna [+lelaki]. Komponen maknanya adalah seperti yang berikut: [+perempuan], [perempuan simpanan], dan [+isteri yang tidak rasmi]. Leksis sepertipelacurdangundikdikatakan bersifat pejorasi, iaitu digunakan untuk tujuan tujuan menghina atau memerendah-rendahkan. Dalam ilmu makna, perkataan-perkataan dikatakan mempunyai makna emotif.Selain itu, seperti yang dinyatakan pada bahagian pendahuluan, wujud kecenderungan di kalangan kaum wanita untuk mencipta leksis gender wanita untuk membezakan jantina. Oleh yang demikian, diciptakan perkataan sepertibeliawanis, biduanita, mahasiswi, pergawati, saudari, danwirawatioleh masyarakat Melayu.Leksis-leksis ini diwujudkan semata-mata untuk membezakan jantina lelaki dan perempuan. Walau bagaimanapun, bagi sesetengah pekerjaan hendaklah digunakan pembeza jantina untuk menunjukkan bahawa jawatan itu dipegang oleh perempuan atau wanita. Umpamanya, bagi jawatan atau kerjaya sperti guru, pengurus, perajurit, pelayan dan penulis, perlu ditambah perkataanperempuanatauwanitauntuk menandakan jantina pemegang jawatan tersebut, sepertiguru perempuan, pengurus wanita, atauperajurit wanita. Hal ini kerana jawatan-jawatan boleh dipegang oleh kedua-dua jantina tersebut.Seterusnya, kita perhatikan jenis yang berikutnya, iaitu kosa kata jantina khusus yang merujuk kepada jantina lelaki atau perempuan.Kosa Kata Jantina KhususAda juga kosa kata yang bersifat khusus yang merujuk kepada satu-satu jantina sahaja. Maknanya, tidak terdapat padanan perkataan alternatif yang lain, seandainya hendak digunakan bagi merujuk kepada jantina lain. Misalnya, perkataanhamilyang ada dalam bahasa Melayu hanya boleh digunakan untuk merujuk kepada seorang wanita atau perempuan yang dikatakan sedang berbadan dua atau mengandung. Mungkin komponen makna bagi leksishamildapat dilakukan seperti dalam Jadual 5 di bawah.LeksisKomponen Makna

wanita yang mengandung

Hamilwanita sudah berkahwin

wanita/perempuan sudah dijimak oleh lelaki/suami

Jadual 4Komponen Makna LeksisHamilTidak ada dalam kosa kata bahasa Melayu yang merujuk kepada lelaki yang mengandung. Tentulah hal sedemikian belum pernah berlaku, setidak-tidaknya di negara kita. Andainya ada yang lelaki yang mengandung, maka tiada perkataan dalam bahasa Melayu, malahan dalam apa jua bahasa pun untuk menerangkan keadaan tersebut. Dalam pada itu, katahamiltidak dapat digunakan bagi mahkluk yang bukan manusia. Tidak tepat makna jika digunakan bagi haiwan. Perhatikan ayat 3 di bawah yang menunjukkan penggunaan maknanya yang tidak tepat.

*Oleh sebab kerbau ituhamil, Pak Abu tidak dapat menyembelihnya.Ayat 3 ini tidak tepat maknanya kerana seperti yang dijelaskan di atas, komponen manusia (perempuan) tidak ada dalam leksis ini. Oleh hal demikian, ayat ini hendaklah dibetulkan dengan menggunakan perkataan yang tepat maknanya, iaitubunting. Komponen makna perkataanbuntingadalah seperti yang berikut: [+makluk hidup][+haiwan], dan [+mengandung]. Justeru ayat yang betul sepatutnya adalah seperti yang berikut:4. Oleh sebab kerbau itubunting, maka Pak Abu tidak dapat menyembelihnya.Demikian juga leksisdudahanya digunakan untuk merujuk kepada lelaki yang sudah kematian isteri atau sudah bercerai daripada isterinya. Oleh itu tidak sesuailah kalau digunakandudauntuk merujuk kepada wanita yang sudah kematian suami atau diceraikan oleh suami sebagaiduda. Untuk merujuk kepada wanita yang kematian suami atau diceraikan suami digunakan leksisjanda. Sementara itu, dalam bahasa Melayu ada juga perkataan yang merujuk kepada perempuan yang kehilangan suami bukan kerana diceraikan oleh suami, tetapi kerana kematian suami. Leksis yang dimaksudkan ialahbalu. Seperti yang dijelaskan di atas, terdapat perbezaan komponen makna antara ketiga-tiga perkataan tersebut. Hal ini dapat dicerakinkan seperti di bawah:i. duda = [+lelaki], [+yang kematian isteri], [+tidak beristeri], dan [+sudah menceraikan isteri]ii. janda = [+perempuan], [+yang kematian suami], [+tidak bersuami], dan [+sudah diceraikan suami]iii. balu = [+perempuan], [yang kematian suami], dan [+ tidak bersuami]Kosa Kata Pemerian (Adjektif)Dalam kelompok ini terdapat juga sebilangan perkataan yang mencirikan jantina. Beberapa daripada kosa kata gender seperticomel, jelita, kacak,mongel, dansuntidigunakan untuk memerikan lelaki atau perempuan. Kata-kata ini lazimnya disebut sebagai kata adjektif. Leksis jenis ini tidak boleh digunakan secara sebarangan, tetapi hendaklah digunakan secara presis untuk menunjukkan ketepatan dan kesesuaian makna. Ada leksis juga yang bersifat neutral. Perhatikan Jadual 5 di bawah yang mencerakinkan hal tersebut.

GenderLeksisLelakiPerempuanNeutral

anggun+

ayu+

cantik+

comel+

kacak+

molek+

manis+

mongel+

ranggi+

rupawan+

segak+

tampan+

Jadual 5Pembahagian Gender bagi Kosa Kata PemerianSeperti yang dicerakinkan dalam Jadual 5 di atas, terdapat leksis gender yang khusus bagi jantina lelaki dan perempuan. Ada beberapa leksis seperticomeldanmongelbersifat neutral kerana leksis ini lazimnya digunakan bagi merujuk kepada bayi, tidak kira bayi lelaki atau bayi perempuan.Satu lagi yang menarik dalam kelompok ini ialah walaupun leksis digunakan bagi wanita sahaja, atau lelaki, namun tidak ada kalanya digunakan bagi perempuan berdasarkan peringkat usia yang berbeza-beza. Misalnya,jelitadigunakan bagi gadis, iaitu perempuan dalam belasan tahun. Tidak tepat makna jika digunakan leksis ini bagi seorang perempuan dewasa atau wanita dalam usia empat puluhan. Perhatikan Jadual 6 di bawah yang menganalisis hal tersebut.

JenisLeksis GenderBayiPerempuanBudak PerempuanGadisWanita

anggun+

ayu+

cantik+++

comel+

jelita+

kesuma+

manis+

molek++

mongel+

sunti+

Jadual 6Leksis Gender bagi Golongan Perempuan Mengikut Peringkat UsiaSeperti yang dicerakinkan dalam Jadual di atas, walaupun terdapat leksis gender bagi jantina perempuan, tetapi digunakan mengikut peringkat usia perempuan. Maknanya, leksis gender tidak boleh digunakan secara sebarangan, tetapi dengan teliti dan sesuai.Terdapat juga perkataan pejorasi sepertisundalyang hanya digunakan untuk perempuan sahaja. Oleh itu, dalam bahasa Melayu tidak terdapat ungkapanlaki sundalkerana leksissundalharus memerikan perempuan yang tidak elok kelakuannya, bukannya lelaki yang berkelakuan sedemikian. Pada hemat pengkaji tidak wujud leksis khusus untuk merujuk kepada lelaki seperti itu dalam bahasa Melayu.Perkataan-perkataan gender seperti ini tidak dapat digunakan untuk merujuk kepada kaum lelaki atau perempuan secara bertukar ganti. Umpamanya, tidak tepat penggunaannya jika dibina ayat-ayat seperti yang berikut:

*Amran lelakijelita.*Pak Musa hendak berubat dengan bomoh kerana diamandul.*Kerana terdesak, lelaki itu menjadipelacurdi kota.*Maimunah menjadidudasetelah suaminya meninggal dunia dalam suatu kemalangan jalan raya.*Cukupmongelsekali guru perempuan itu!*Semua orang tertarik dengan gadis itu kerana dia sungguhkacak.Ayat-ayat di atas, walaupun betul dari segi nahunya, tetapi tidak boleh diterima sebagai ayat yang tepat dari segi makna. Jarang-jarang pengguna bahasa Melayu yang arif dalam soal gender akan membina ayat-ayat seperti ini!Akhirnya, kita teliti pula kelompok leksis gender yang terdapat dalam kosa kata kata ganti nama dalam bahasa Melayu.Kosa Kata Kata Ganti NamaDalam bahasa Melayu, walaupun ada beberapa ganti nama diri, namun tidak ada kata ganti nama yang menunjukkan gender. Kesemua kata ganti diri bersifat neutral, walaupun dalam bahasa-bahasa lain ada diwujudkan leksis gender. Misalnya dalam bahasa Inggeris, kata ganti dirishemerujuk kepada jantina perempuan, manakalahemerujuk kepada jantina lelaki. Dalam bahasa Arab kata gantiantadigunakan bagi lelaki. Kata ganti diri dalam bahasa Melayu sepertiia, dia, kamu, engkau, anda, mereka, dankami, semuanya bersifat neutral. Kita hanya dapat mengenal pasti gender kata ganti nama dalam konteks penggunaan kata tersebut. Misalnya, dalam ayat Milah memberitahu ayahnya bahawadiatidak mahu melanjutkan pelajaran ke aliran sains, kata ganti diridiamerupakan gender perempuan. Hal ini dapat ditentukan berdasarkan nama pengucap ayat ini, iaitu Milah.Kesimpulan

Demikianlah suatu huraian tentang linguistik dan sosiolinguistik dalam bahasa Melayu dari aspek makna dan perubahan makna dalam semantik. Seperti yang dinyatakan dalam perbincangan di atas, aspek makna menjadi penting dalam bahasa, dan jika tidak, bahasa yang digunakan mungkin hanya betul dari segi nahu tetapi tidak boleh difahami manusia kerana bahasa itu tidak jelas maknanya, atau kabur, taksa, dan kerana ada pertentangan makna serta ada unsur kelewahan dan seumpamanya. Sesungguhnya, semantik merupakan suatu bidang kajian yang cukup menarik dan memberangsangkan jika didekati dan dikaji.

Rujukan

Bloomfield Leonard. 1933. Language. New York.

Halliday, M.A.K. 1973. Explorations in the Functions of Language. London

Kamus Dewan, 1994). Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur

Leech, Geoffrey N.,(1974). Semantics. Penguin, Harmondsworth

Lyons (1968), Introduction of Theoretical Linguistics. London: Cambridge University. Press.

S.Nathesan. (2001). Semantik dalam Bahasa Melayu: Satu Pandangan Komprehensif. dalam Dewan Bahasa, 1(9), 21-28

Ullmann, Stephen (1962), Semantics: An introduction to the science of meaning, Oxford: Blackwell

Wittgenstein (1953), Philosophical Investigations. Translated by G.E.M. Anscombe. New York: The MacMillan Company

SOALAN 2

Pengenalan Semantik ialah bidang yang mengkaji dan menganalilis makna kata dan ayat. Kata merupakan unit ujaran yang bebas dan mempunuyai makna. Dalam bahasa, kita dapat menyatakan fikiran, pendapat, emosi, perlakuan dan keperibadian manusia.. Definisi daripada segi istilah pula, semantic berasal daripada perkataan Yunani semantikos yang bermaksud penting atau beerti. Jika dilihat definisi yang diberikan oleh tokoh bahasa, semantic ialah cabang linguistic yang akan membahas erti atau makna (J.W.M. Verhar, 1996). Selainb itu semantik merupakan bidang pengkajian linguistic yang objek penelitiannya makna bahasa (Abdul Chaer, 1994). Menurut kamus Dewan, semantrik bermaksud kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata. Secara umumnya senantik ialah ilmu tentang erti atau perubahan erti sesuatu perkataan. Secara khusus pula ialah kajian tentang lambang-lambang atau tanda yang menyatakann makna , hubungan antara makna dengan makna lain serta pengareuh maknan terhadap masyarakat.a) makna konseptual

Makna konsep dapat menentukan makna, memahami ujaran atau membuat interpretasi dengan mentakrif, memahami, memutus buah fikiran. Tanpa konsep, kita tidak dapat mewujudkan makna denotatif atau makna sebenar. Bergantung pada konteks ayat atau situasi penggunaannya maka makna konseptual atau makna situasional sering juga disebut makna gramatikal. Contoh : konotasi antara perempuan dan wanita adalah berbeza tetapi mempunyai makna yang sama.

Sepotong ayat dapat menerbitkan beberapa maksud yang tertentu. Hal ini demikian bergantung pada intonasi ayat itu diucapkan. Ayat yang dapat menghasilkan pelbagai maksud dikatakan ayat yang mempunyai unsur ketaksaan (ambiguity). Dengan kata lain, ketaksaan ditakrifkan sebagai sifat binaan atau konstruksi yang dapat diberi lebih daripada satu tafsiran.

Contoh:

1. Ibu bapa Mustafa telah meninggal dunia.

Ayat ini mengandungi unsur ketaksaan kerana dapat diertikan sebagai ibu kepada bapa (iaitu nenek) Mustafa telah meninggal dunia, atau kedua-dua ibu bapa Mustafa telah meninggal dunia. Untuk dapat mengenal pasti perbezaan erti ini, kita perlu, secara intuisi, menyedari kewujudan dua jenis binaan ayat yang berbeza. Kita begitu mudah memahami maksud yang terkandung dalam ayat ini jika diucapkan dengan lagu bahasa (intonasi) yang berbeza bersesuaian dengan maksud yang hendak disampaikan.

Dalam ayat 1 di atas, jika kita meletakkan tekanan pada kata ibu, kemudian diikuti dengan jeda (hentian sebentar), pastilah ayat ini menyatakan bahawa ibu kepada bapa Mustafa (nenek Mustafa) telah meninggal dunia.

Sebaliknya, jika tiada tekanan pada perkataan ibu dan tanpa jeda dalam mengucapkan ayat tersebut, maka maksud yang terkandung menyatakan bahawa kedua-dua ibu bapa Mustafa yang meninggal dunia, bukan neneknya.

Jelas bahawa dalam ujaran, intonasi dan jeda memainkan peranan sebagai penentu kepada maksud yang didukung oleh sesuatu ayat. Dalam bentuk tulisan, hal ini dapat dijelaskan dengan penggunaan tanda baca untuk menentukan ketaksaan ayat berkenaan.Terdapat beberapa jenis makna yang ada dalam bahasa Melayu. Antaranya ialah makna konseptual dan juga makna denotatif. Ramai dalam kalangan kita yang tidak dapat membandingkan kedua-dua jenis makna ini dengan baik. Jadi, pada kali ini saya akan cuba menjelaskan konsep kedua-dua makna ini dengan lebih terperinci.

Makna konseptual sebenarnya disebut juga sebagai makna denotatif, iaitu makna kata yang masih merujuk pada acuan dasarnya sesuai dengan konvensi bersama. Namun begitu, ada beberapa perkara yang membezakan kedua-dua jenis makna ini. Makna denotatif sendiri merupakan makna yang asas, asli dan makna sebenarnya. Chaer mendefinisikan makna denotatif sebagai makna asli, makna asal, atau makna sebenarnya yang dimiliki oleh sebuah leksem. Jadi, makna denotatif adalah makna yang terkandung dalam sebuah kata atau leksem yang bersifat luas, sebenarnya dan masih pada satu sumber atau konvensi bersama. Oleh itu, dapatlah dikatakan bahawa makna denotatif merupakan makna dasar sesebuah kata. Lawan makna denotatif adalah makna konotatif, yang lebih bersifat nilai rasa emotif dalam penggunaannya.

Contoh makna denotatif sebenarnya sama dengan makna konseptual tadi. Namun, untuk lebih jelas supaya mudah difahami, saya telah menyenaraikan beberapa contoh makna denotatif. Makna denotatif ialah makna asli, asal, atau makna sebenarnya. Oleh itu, makna denotatif sama dengan makna leksikal. Contoh :

babi = haiwan yang menyusukan anak yang bermuncung panjang, berkulit tebal, dan berbulu kasar, serta diharamkan bagi orang Islam

gerombolan = kumpulan, kelompok atau kawanan

perempuan = orang yang dapat hamil, melahirkan anak dan menyusui

bunga = bahagian tumbuhan yang digunakan sebagai alat reproduksi atau berkembang biak.b) makna konotatif

Makna yang ada kaitan dengan nilai rasa, baik positif mahupun negatif. Ditentukan oleh makna asosiatif dan makna afektif. Makna konotatif berbeda dengan makna emotif karena makna konotatif cenderung bersifat negatif, sedangkan makna emotif adalah makna yang bersifat positif (Fathimah Djajasudarma, 1999:9). Makna konotatif muncul sebagai akibat asosiasi perasaan kita terhadap apa yang diucapkan atau didengar. Misalnya, pada kalimat Anita menjadi bunga desa. Kata nunga dalam kalimat tersebut bukan berarti sebagai bunga di taman melainkan menjadi idola di desanya sebagai akibat kondisi fisiknya atau kecantikannya. Kata bunga yang ditambahkan dengan salah satu unsur psikologis fisik atau sosial yang dapat dihubungkan dengan kedudukan yang khusus dalam masyarakat, dapat menumbuhkan makna negatif. Makna konotatif pula ialah makna lain yang ditambahkan pada makna denotatif yang ada hubungannya dengan nilai rasa orang yang menggunakan kata itu. Contoh:babi = jijik dan kotor, rasa marah dan menyampah.

gerombolan = kawanan perusuh atau penjahat

perempuan = unsur negatifc) makna afektif

berkaitan dengan perasaan dan emosi bukannya fikiran atau daya fikir. Istilah sering digunakan secara eksplisit (lontaran suara/intonasi) sama ada afektif yang positif atau negatif. Makna afektif adalah makna yang muncul sebagai akibat reaksi pendengar atau pembaca terhadap penggunaan bahasa akibat reaksi pendengar yang dipengaruhi unsur perasaan atau emosional. Contoh ayat, "bangun, nak" (kasar atau halus). Makna emotif menurut Sipley (dalam Mansoer Pateda, 2001:101) adalah makna yang timbul akibat adanya reaksi pembicara atau sikap pembicara mengenai atau terhadap sesuatu yang dipikirkan atau dirasakan. Dicontohkan dengan kata kerbau dalam kalimat Engkau kerbau., kata itu tentunya menimbulkan perasaan tidak enak bagi pendengar. Dengan kata lain,kata kerbau tadi mengandung makna emosi. Kata kerbau dihubungkan dengan sikap atau poerilaku malas, lamban, dan dianggapsebagai penghinaan. Orang yang dituju atau pendengarnya tentunya akan merasa tersimggung atau merasa tidak nyaman. Bagi orang yang mendengarkan hal tersebut sebagai sesuatu yang ditujukan kepadanya tentunya akan menimbulkan rasa ingin melawan. Dengan demikian, makna emotif adalah makna dalam suatu kata atau kalimat yang dapat menimbulkan pendengarnya emosi dan hal ini jelas berhubungan dengan perasaan. Makna emotif dalam bahasa indonesia cenderung mengacu kepada hal-hal atau makna yang positif dan biasa muncul sebagai akibat dari perubahan tata nilai masyarakat terdapat suatu perubahan nilai.d) makna asosiatif

makna yang sama dengan lambang atau perlambangan digunakan untuk menyatakan konsep lain yang mempunyai kemiripan dengan sifat, keadaan atau ciri yang ada konsep asal kata tersebut. (Contoh: putih berasosiasi dengan sesuatu yang suci dan kesucian. ) 12)Makna Stilistik : makna dalam sebuah kata yang menunjukkan lingkungan sosial penggunaannya. ( Contoh : naik : bergerak ke atas, mendaki, menumpang, bertambah, kembang )Makna stilistik lebih banyak ditampilkan dalam gaya bahasa iaitu penilaian bahawa penuturnya berbudi bahasa atau tidak. 13)Makna kolokatif : Makna yang berhubungan dengan kata-kata tertentu dan hanya merangkumi kata-kata yang bersesuaian dengannya. (Contoh : cantik dan tampan bermaksud indah. Walau bagaimanapun tampan tidak dapat berkolokasi dengan kata gadis.)Asosiasi antara lambang dengan benda yang konkrit lebih mudah difahami dan dianalisis. Misalnya kata kertas dan rumah. Walaupun kedua-dua kata ini boleh didefinisikan dengan jelas, namun masih wujud kesamarannya.

Kata rumah mungkin bermaksud rumah banglo, rumah beratap rumbia, rumah beratap genting, rumah teres dua tingkat, dan sebagainya, bergantung pada persepsi dan pengalaman seseorang tentang tempat tinggal.

Jika kata konkrit masih terdapat masalah tafsiran, apa lagi kata yang mujarad sifatnya, seperti kata cinta, kasih, sayang, rindu. Hubungan antara lambang dengan perasaan itu tentulah lebih kompleks dan rumit untuk dijelaskan. Jika ada seratus orang sedang bercinta, maka terdapat seratus pengertian tentang cintae) makna denotatif

Makna deskriptik dan makna leksikal. Makna yang bersifat objektif, makna sebenar, makna asal, makna mutlak dan makna dasar. Makna leksikal bermaksud makna yang terdapat dalam kamus atau makna perkataan yang terlepas daripada hubungannya dengan perkataan lain dalam ayat.

Contohnya, perkataan lari, selari, berlari, berlarian, melarikan, larian, pelari dan pelarian memiliki makna leksikal, kerana maknanya dapat dirujuk dalam kamus. Urutan huruf se+, ber+, ber+...+an, me+ (... +kan), +an, pe+, (pe+...) +an tidak memiliki makna leksikal melainkan memiliki makna gramatis.

2.1.1 Kelompok kata

Makna dalam kelompok kata adalah jalinan daripada makna satu perkataan dengan perkataan lain dalam kelompok kata tersebut. Misalnya lima ekor lembu bermakna ada lima ekor lembu.

2.1.2 Kata paduan

Kata paduan ialah dua perkataan atau lebih yang pada mulanya memiliki makna masing-masing, tetapi maknanya telah berpadu menjadi satu, misalnya kereta api, kapal api, bunga api dsb.

2.1.3 Kata gabungan

Kata gabungan ialah dua atau lebih perkataan yang mengandungi satu makna tetapi deretan perkataan tersebut menyimpang daripada deretan perkataan yang umum dalam bahasa Melayu. Misalnya mahasiswa, mahaputera, maharaja, bumiputera dan sebagainya.

2.2 Makna Ayat

Makna ayat boleh dibahagikan kepada tiga iaitu makna tersurat, makna terselindung dan makna tersirat.

2.2.1 Makna Tersurat

Makna tersurat ialah makna yang diperoleh semata-mata daripada makna yang tertulis atau makna yang diujarkan sahaja. Sama ada bahasa bertulis atau bahasa lisan. Misalnya, Burung itu hinggap di ranting pokok.

Jika sesuatu ayat atau bahasa tersebut biasa kita gunakan maka kita menganggapnya sebagai betul.

Contohnya:

1. Para pelajar-pelajar yang dihormati sekalian.

Perkataan para menunjukkan ramai. Perkataan pelajar-pelajar menyatakan ramai. Perkataan sekalian bermaksud ramai. Ayat yang sebetulnya ialah Para pelajar yang dihormati.

2.2.2 Makna Terselindung

Makna terselindung ialah makna yang terselindung dalam sesuatu ayat kerana perkataannya tidak dihadirkan.

Misalnya dalam ayat

Adik ke kedai Pak Ali.

Kata pergi tidak dihadirkan, tetapi pendengar memahami perbuatan adik ialah pergi.

Walaupun sesuatu perkataan ini tidak hadir tetapi ia dapat dikesan oleh pendengar atau pembaca. Atau dengan kata lain perkataan yang tidak hadir dalam sesuatu ayat tetapi masih dapat dikesan maknanya membuktikan adanya struktur dalam, dalam fikiran pendengar atau pembaca,

Contoh lain adalah seperti berikut:

Cikgu Ahmad guru Bahasa Melayu di sekolah kami.

Makna yang terselindung dalam ayat ini ialah kata pemeri yang memerikan pekerjaan Cikgu Ahmad, iaitu guru Bahasa Melayu di sekolah kami. Oleh yang demikian, struktur dalam ayat ini ialah Cikgu Ahmad ialah guru Bahasa Melayu di sekolah kami.

2.2.3 Makna Tersirat

Makna tersirat ialah makna yang diperoleh berbeza dengan makna yang tertulis atau diujarkan, misalnya dalam kiasan Umpama jari di tangan, ada bercincin ada tidak.

Bahasa seperti ini timbul dalam masyarakat Melayu kerana timbulnya keinginan menyatakan sesuatu dengan maksud yang lain. Hal seperti ini dalam bahasa Melayu disebut sebagai peribahasa.

Peribahasa ialah ayat yang khusus untuk makna yang tertentu. Peribahasa dibahagikan kepada beberapa bentuk iaitu bentuk kiasan, bentuk bidalan, bentuk pepatah, bentuk perbilangan, bentuk kata hikmah, bentuk ungkapan, bentuk pemeo dan bentuk simpulan bahasa.

2.2.3.1 Kiasan

Membuat perbandingan perilaku manusia dengan alam alam sekitaran dengan cara yang lembut dan tidak sekitaran dengan cara yang lembut dan tidak tepat pukulannya.

Contoh:

Tangkai jering

Panjang tangan.

Mulut tempayan.

2.2.3.2 Simpulan Bahasa

Kata-kata yang dikiaskan atau dibandingkan dengan dengan benda lain dan bentuknya terdiri daripada benda lain dan bentuknya terdiri daripada dua tiga patah perkataan:

Contoh:

Abu Nawas.

Kaki Kaki bangku bangku.

Kaki ayam.

2.2.3.3 Perbilangan

Perbilangan merupakan susunan kalimat yang bertujuan menjadi pegangan kepada anggota masyarakat sehingga menjadi adat atau peraturan. Berasal daripada adat resam. Berfungsi sebagai pedoman pedoman dalam kehidupan bermasyarakat dan dalam kehidupan bermasyarakat dan bentuknya berkerat-kerat atau berpatah-patah:

Contoh:

Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit sakit dahulu bersenang dahulu bersenang-senang senang kemudian.

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Ada padi semua kerja jadi, , ada beras semua kerja deras.

Perbilangan ini membawa maksud menyelesaikan sesuatu perkara dengan sempurna tanpa merugikan mana-mana pihak.

2.2.3.4 Perumpamaan

Hasil daripada analogi dua perkara dan biasanya menggunakan menggunakan kata perbandingan seperti bagai kata perbandingan seperti, bagai, bak, umpama, laksana dan sebagainya.

Contoh:

Seperti kaca terhempas ke batu.

Bagai tikus jatuh ke beras.

Seperti bumi dengan langit.

2.2.3.5 Bentuk Bidalan

Bidalan adalah susunan bahasa yang menarik dan mudah 'melekat di mulut orang ramai'. Ia merupakan bahasa kiasan yang digunakan untuk melahirkan fikiran yang tajam, tepat, mengandungi perbandingan, teladan, pengajaran, nasihat, dan kata-kata hikmat.

Contoh bidalan:

1.Jika pandai menggunting, hendaklah pandai menjahit- kerja yang dimulakan

hendaklah diselesaikan.

2.Jangan bijak terpijak, biar bodoh bersuluh- Jangan berasa diri bijak tetapi dihina

orang, biar bodoh asal bertanya, pasti akan berjaya.

3.Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga- Kalau tidak mahir

dalam sesuatu bidang itu, akibatnya buruk.

4.Ada gula ada semut - orang akan berkumpul ditempat yang banyak

mendatangkan rezeki

2.2.3.6 Bentuk Pepatah

Pepatah seakan-akan sama dengan bidalan, tetapi pepatah mempunyai rangkaian perkataan berkerat-kerat atau berpatah-patah.

Contoh:

diam ubi berisi, diam besi berkarat

bermaksud orang yang pendiam tetapi berakal itu lebih baik daripada orang yang pendiam tetapi bodoh.

2.2.2.7 Tamsil dan Ibarat

Memberikan penjelasan tentang perkara yang hendak hendak dibandingkan Tamsil biasanya bersajak dibandingkan. Tamsil biasanya bersajak sedangkan ibarat tidak.

Contoh:

Keras-keras kerak nasi, kena air lembut juga.

Tua-tua tua keladi semakin tua semakin menjadi keladi, semakin tua semakin menjadi.

Ibarat bunga yang, segar dipakai, layu dibuang

Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semuanya.

2.2.2.8 Lidah Pendeta

Kata-kata hikmat atau kata-kata pujangga yang mengandungi mengandungi pengajaran atau falsafah hidup pengajaran atau falsafah hidup.

Contoh:

Bertangguh itu pencuri masa.

Bersatu teguh, bercerai runtuh.

Hilang bahasa lenyaplah bangsa.

2.2.2.9 Pemeo

Pemeo ialah perkataan yang popular disebut bertujuan member semangat atau menyindir. Sebagai contoh:

Lebih baik mati daripada dijajah

Pemeo ini bertujuan untuk mengukuhkan keahlian sesuatu organisasi atau memperkuat sesuatu perjuangan.

2.2.2.10 Cogan Kata atau Motto

Cogan kata atau motto ialah kata semboyan atau sesuatu organisasi samada kerajaan atau swasta. Contohnya:

Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

Cogankata ini mewrupakan semboyanh kerajaan Malaysia yang diterajui oleh Dato Seri Najib Tun Abdul Razak.

Hubungan Makna Dari Aspek Fonologi:

Dilihat daripada segi hentian suara, nada suara, intonasi suara - dapat menimbulkan hubungan semantik di antara bahagian wacana intonasi peranan penting sebagai penanda dan pemisah frasa dan pembeza struktur ayat, contohnya seperti ayat di bawah:

1. Malaysia negara yang aman

a. Negara yang aman, Malaysia (ayat penyata)

b. Aman negara Malaysia? (ayat tanya)

Hubungan Makna Dari Segi Leksikal

Berdasarkan pemilihan dan penggunaan perkataan yang sesuai dengan makna yang ingin disampaikan

a. antonim : Pemuda harapan bangsa. Pemudi tiang negara

b. sinonim : Ali seorang yang rajin. Kegigihannya belajar membolehkan dia

melanjutkan pelajaran ke universiti

c. Hiponim: Dia menanam pokok melur, cempaka, bunga raya dan bunga

kertas di halaman rumahnya. Jadi halaman rumahnya nampak

indah dengan pokok-pokok bunga tersebut.

d. Himonim: Bukit yang aku daki sebentar tadi sangat tinggi . Aku berasa letih kerana mengeluarkan banyak peluh sehingga badanku dipenuhi dengan daki.

Hubungan Makna Dari Segi Tatabahasa.

Wacana berkualiti mesti memperlihat hubungan berdasarkan binaan tatabahasa.

Dapat dilihat daripada penggunaan penanda gramatis seperti:

a. Kata hubung: menghubungkan di antara ayat dengan ayat atau perengan dengan perenggan yang lain.

i. Berfungsi sebagai penghuraian: seterusnya, selain itu, pada sudut yang

lain,

iii. Berfungsi sebagai pengembangan idea: seperti, dan, tetapi, oleh itu, dan kerana

iv. Berfungsi sebagai penambahan: sebelum, selepas, kemudian, berikutnya, pada masa, dan ketika itu

b. Kata rujukan : kata yang boleh menggantikan sesuatu, sama ada benda atau

manusia

i. Kata ganti nama : saya, dia, mereka, kami, kita, itu, ini, siapa dan lain-lain.

c. Peleburan dan penggantian: untuk mengelakkan pengulangan terhadap sesuatu maklumat daripada penyataan yang diberikan

contoh : Ali menendang bola dengan laju, manakala Hasan menendang dengan perlahan.

Rujukan:

Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (1994). Tatabahasa Dinamika. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Amat Juhari Moain (2010)Penggubalan Istilah Ilmiah dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Azman Wan Chik.1985. Mengajar Bahasa Malaysia Jilid 2: Latihan Guru Dan Bahan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka

Dewan Bahasa dan Pustaka (1992) Pedoman umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu. Kuala Lumpur.

Puteri Roslina Abdul Wahid (2005) Peminjaman Kata Bahasa Inggeris Dalam Peristilahan Undang Undang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Teuku Iskandar.2008. Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka

PEMARKAHAN

TUGASAN A DAN TUGASAN B