Asimilasi Dan Integrasi-pp

  • Upload
    zxian89

  • View
    749

  • Download
    2

Embed Size (px)

Citation preview

TAJUK : MENGUMPUL MAKLUMAT YANGBERKAITAN DENGAN ASIMILASI DAN INTEGRASI

ASIMILASI

Asimilasi merupakan satu proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama. Menurut Vander Zanden (seorang ahli sosiologi), asimilasi ialah satu proses dalam mana kelompokkelompok yang berfikir, berperasaan dan bertindak secara berlainan, menjadi satu dalam kesatuan sosial serta budaya yang sama. Ia berkaitan dengan penyerapan sehala individu ke dalam etnik yang lain. Asimilasi yang sempurna menyebabkan berlakunya penghapusan penuh perbezaan dari segi kebudayaan dan identiti.

Konsep ini diwakili dengan formula A + B + C = A, di sini A dalam hal ini mewakili golongan dominan sementara B dan C mewakili kumpulan etnik minoriti. Contohnya, orang Melayu di Thailand telah mengalami proses asimilasi yang menyebabkan nama, bahasa dan hampir semua aspek cara hidup mereka (kecuali agama) telah disatukan dengan amalan dan cara hidup orang Thai. Di Malaysia, apa yang berlaku ke atas masyarakat Jawa, Cina Kelantan, Baba dan Nyonya merupakan contoh berlakunya proses asimilasi. Namun, bagi etnik Cina di Kelantan serta Baba dan Nyonya, asimilasi berlaku dalam konteks budaya tanpa melibatkan anutan kepercayaan atau agama.

Proses asimilasi berlaku apabila terdapatnya :

Etnik yang berbeza budaya. Individu di dalam atau di antara etnik sering berinteraksi. Interaksi berlaku dalam tempoh yang lama.

Kejayaan asimilasi bergantung kepada :

Kesanggupan etnik minoriti menghilangkan identiti mereka dan menerima identiti kumpulan etnik majoriti. Kesanggupan etnik majoriti menerima kumpulan etnik minoriti. Perbezaan saiz di antara kelompok majoriti dan minoriti adalah besar atau kelompok minoriti adalah kecil. Terdapat banyak persamaan budaya kumpulan etnik majoriti dan minoriti. antara

Faktor penghalang asimilasi ialah :

Kurangnya pengetahuan kebudayaan sehingga menimbulkan perasaan takut terhadap budaya lain. Timbul perasaan bahawa budaya etnik majoriti lebih tinggi dari etnik lain. Adanya perbezaan kepentingan antara kumpulan etnik yang terlibat. Penguasaan dalam sesuatu bidang khususnya oleh etnik minoriti akan menyukarkan proses asimilasi.

INTEGRASI

Integrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik. (Ahmad Haji Kambar,1987) Proses mencapai sebuah masyarakat integrasi bukanlah sesuatu yang mudah. Menurut Ting Chew Peh(1987), integrasi ialah sesuatu proses yang amat kompleks.

Unsur integrasi terdiri daripada:

Integrasi wilayah yang bertujuan mengurangkan jurang perbezaan pembangunan ekonomi dan sosial antara wilayah yang maju dengan yang mundur. Di Malaysia, tumpuan integrasi wilayah ialah antara Malaysia Barat dengan Malaysia Timur dan Pantai Timur Semenanjung Malaysia dengan Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Integrasi ekonomi yang boleh diertikan sebagai usaha-usaha untuk mengurangkan jurang perbezaan ekonomi antara kumpulan etnik.

Integrasi kebudayaan melibatkan usaha membentuk satu kebudayaan kebangsaan. Integrasi sosial merangkumi usaha-usaha menyatupadukan rakyat melalui program sosial seperti sukan, pendidikan, perumahan dan kesihatan.

Integrasi pendidikan bertujuan untuk mewujudkan satu sistem pendidikan yang bercorak kebangsaan dan sempurna dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Integrasi politik yang merangkumi usahausaha menyatukan rakyat melalui kerjasama dan pembahagian kuasa politik.

Menurut Edward B.Taylor, beliau memandang budaya sebagai satu konsep menyeluruh yang rumit yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undangundang, adat resam dan lain-lain kebolehan serta kebiasaan yang diperolehi oleh manusia sebagai anggota masyarakat.