20
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA HBML1203 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Nama: Masyitah binti Ismail No. Kad Pengenalan: 720831-02-5774 No. Telefon: 013-6501029 E.Mail: [email protected] Nama Pensyarah: ENCIK ROSLI BIN ALIMAN PUSAT PEMBELAJARAN MELAKA, UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA KOMPLEKS PERNIAGAAN AL-AZIM MELAKA Semester MEI 2012

Assignment Fonetik Dan Fonologi PDF

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Assignment Fonetik Dan Fonologi PDF

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBML1203

PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Nama: Masyitah binti Ismail

No. Kad Pengenalan: 720831-02-5774

No. Telefon: 013-6501029

E.Mail: [email protected]

Nama Pensyarah:

ENCIK ROSLI BIN ALIMAN

PUSAT PEMBELAJARAN MELAKA, UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA

KOMPLEKS PERNIAGAAN AL-AZIM MELAKA

Semester MEI 2012

Page 2: Assignment Fonetik Dan Fonologi PDF

HBML1203 2303 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

MASYITAH BINTI ISMAIL

720831025774 2

NO PERKARA MUKA SURAT

1.0

Pengenalan

3 - 4

2.0

2.1

2.2

Penghasilan Bunyi-bunyi Vokal dan Konsonan Bahasa

Melayu

Bunyi vokal

Bunyi Konsonan

4

4 – 10

11 - 13

3.0

3.1

3.2

Perbezaan di Antara Fonem dan Alofon dalam Sistem

Fonologi Bahasa Melayu

Fonem

Alofon

13 - 14

14

15

4.0

Ciri-ciri Suprasegmental Sesuatu Bahasa Melayu dan

Kepentingannya Dalam Pengajaran Kemahiran Lisan

16 - 18

5.0

Kesimpulan

18 - 19

6.0

Bibliografi

20

Page 3: Assignment Fonetik Dan Fonologi PDF

HBML1203 2303 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

MASYITAH BINTI ISMAIL

720831025774 3

1.0 Pengenalan

Di negara Malaysia, bahasa Melayu diberikan peranan dan status yang amat penting.

Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi di negara ini. Dalam sistem

pendidikan kebangsaan, bahasa Melayu ialah bahasa pengantar di sekolah dan juga di

institusi pengajian tinggi. Antara matlamat utama dalam pengajaran Bahasa Melayu di

sekolah rendah adalah memberikan asas yang kukuh dalam kemahiran Bahasa Melayu

seperti kemahiran mendengar dan bertutur serta kemahiran membaca dan menulis dalam

bahasa tersebut di kalangan murid. Selain itu, memberikan aspek yang kukuh dalam

pelbagai aspek tatabahasa, fonologi dan sistem ejaan, perbendaharaan kata dan

sebagainya. ‘Bahasa merupakan alat perhubungan yang amat penting di dalam kehidupan

manusia. Melalui bahasa seseorang itu dapat berkomunikasi dengan orang lain bagi

menyampaikan kehendak, perasaan, pendapat, pengalaman, buah fikiran, pengetahuan,

mendapatkan maklumat, menambahkan ilmu pengetahuan, memahami orang lain dan

sebagainya. Semakin baik penguasaan seseorang itu terhadap kemahiran-kemahiran

bahasa, semakin tinggi keupayaannya untuk berkomunikasi secara berkesan, sama ada

secara lisan, bacaan ataupun penulisan.(Raminah Hj. Sabran,1989)

Seseorang yang ingin mempelajari sesuatu bahasa mestilah menguasai sistem bunyi atau

sistem fonologi sesuatu bahasa itu. Fonologi ialah kajian tentang sistem bunyi sesuatu

bahasa yang terhasil melalui mulut manusia. Ia lazimnya dibahagikan kepada dua

bidang,iaitu fonetik dan fonemik. Ilmu fonetik termasuk dalam bidang ilmu linguistik.

Jika diikut urutan kajian dalam linguistik, ilmu fonetik akan menjadi ilmu pertama dikaji

diikuti oleh fonologi(sistem bunyi), morfologi(sistem kata), sintaksis(sistem ayat), dan

semantik(sistem makna). ‘ Fonetik mengkaji bunyi bahasa dari segi cara pengeluarannya,

daerah pengeluarannya dan sifat fizikalnya. Ada tiga bidang kajian ilmu fonetik, iaitu

fonetik artikulasi, fonetik akustik dan fonetik auditori. Fonetik artikulasi membincangkan

bagaimana bunyi bahasa dihasilkan dengan bantuan organ dalaman, fonetik akustik pula

mengkaji gelombang udara dan bagaimana bunyi dibawa ke pendengaran pendengar, dan

fonetik auditori menghuraikan pula bagaimana gelombang bunyi tadi diproses oleh

telinga dan seterusnya dihantar ke otak untuk diproses menjadi bunyi-bunyi yang

Page 4: Assignment Fonetik Dan Fonologi PDF

HBML1203 2303 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

MASYITAH BINTI ISMAIL

720831025774 4

bermakna.’(Nor Hashimah Jalaluddin,1998) Fonemik pula menitikberatkan analisis

sistem bunyi sesuatu bahasa yang dapat dikaji pada masa tertentu khususnya untuk

menghasilkan sistem tulisan. Ia merupakan bidang yang mempelajari fonem-fonem dalam

sesuatu bahasa.

2.0 Penghasilan Bunyi-bunyi Konsonan dan Vokal Bahasa Melayu

Dalam berkomunikasi manusia menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. Bunyi-bunyi bahasa

ini adalah bunyi-bunyi yang dipersetujui oleh masyarakat penuturnya sebagai sesuatu

yang bermakna. Ia juga diwakili dengan lambang-lambang yang ditentukan. Bunyi-

bunyi bahasa Melayu dibahagikan kepada tiga jenis iaitu vokal, konsonan dan diftong.

Seseorang itu haruslah mengetahui jenis-jenis bunyi dan tahu pula bagaimana bunyi-

bunyi itu dihasilkan dengan menggunakan alat-alat pertuturan yang tertentu. Kita akan

membincangkan penghasilan bunyi-bunyi konsonan dan vokal yang dihasilkan oleh

alat-alat pertuturan manusia.

2.1 Bunyi Vokal

Bunyi vokal bahasa Melayu terbahagi kepada tiga, iaitu vokal hadapan, vokal tengah

dan vokal belakang. Menurut Mohamad Yunus Maris(1964), terdapat lapan buah

vokal dalam bahasa Melayu. Kedudukan vokal dijelaskan dalam rajah keratan rentas

lidah di bawah.

Depan Tengah Belakang

Sempit i u

Separuh sempit e Ə o

Separuh luas ɛ ɔ

Luas a

ə

Page 5: Assignment Fonetik Dan Fonologi PDF

HBML1203 2303 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

MASYITAH BINTI ISMAIL

720831025774 5

Bunyi ini terhasil apabila udara yang dikeluarkan dari paru-paru melalui rongga mulut

tanpa mengalami sebarang sekatan. Jenis-jenis bunyi vokal dapat ditentukan

berdasarkan kedudukan lidah yang terlibat dan keadaan bibir. Kedudukan lidah dapat

dibahagikan kepada empat peringkat, iaitu sempit, separuh sempit, separuh luas dan

luas; manakala bahagian lidah yang terlibat pula terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu

depan, Keadaan bibir terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu neutral, hampar dan

bundar. Terdapat enam jenis vokal yang dapat dihasilkan dalam bahasa Melayu

standard iaitu [i,e,a,o,u,ə] dan dua vokal tambahan dalam dialek Melayu, iaitu [ɛ]

dan [ɔ]. Bunyi-bunyi vokal mempunyai ciri-ciri kelantangan dan kepanjangan, dalam

erti kata bunyi itu dapat didengar dengan jelas dan lebih panjang daripada bunyi-bunyi

konsonan.

Vokal depan

Vokal depan ialah bunyi [i], [e], [ɛ] dan [a]. Alat artikulasi yang terlibat dalam

menghasilkan bunyi ini ialah lidah dan saiz rongga mulut dan bentuk bibir. Manakala

daerah artikulasi yang terlibat ialah lelangit keras.

1. Vokal depan sempit [i]

Dibunyikan dengan menaikkan hadapan lidah hingga hampir-hampir menyentuh

lelangit keras (tetapi tidak menyentuh lelangit keras) sementara hujung lidah

didekatkan pada gusi. Lelangit lembut diangkat untuk menutup rongga hidung. Udara

dari paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa sekatan dan bibir berada dalam

keadaan terhampar. Vokal ini hadir dalam semua lingkungan, iaitu pada awal, tengah

dan akhir perkataan. Contoh penggunaan vokal [i]:

Page 6: Assignment Fonetik Dan Fonologi PDF

HBML1203 2303 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

MASYITAH BINTI ISMAIL

720831025774 6

[ikan] [biliɁ] [hari]

[ixtiar] [tidur] [jari]

2. Vokal separuh sempit [e]

Hadapan lidah dinaikkan tetapi tidaklah setinggi seperti membunyikan vokal [i].

Kedudukan alat-alat pertuturan lain adalah sama seperti semasa membunyikan vokal

depan sempit [i]. Pembukaan bibir semasa melafazkan bunyi ini agak

sederhana.Contoh penggunaan vokal [e]:

[elaɁ] [beloɁ] [kole]

[enaɁ] [lenconŋ] [tauge]

3. Vokal depan separuh luas [ɛ]

Depan lidah diturunkan dua pertiga dari kedudukan semasa melafazkan bunyi [e] dan

lidah tidak menyekat arus udara dari paru-paru. Bibir dihamparkan/leper, glotis

Page 7: Assignment Fonetik Dan Fonologi PDF

HBML1203 2303 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

MASYITAH BINTI ISMAIL

720831025774 7

dirapatkan dan lelangit lembut dinaikkan. Udara ditekan keluar dari paru-paru dan pita

suara bergetar. Vokal ini hadir dalam beberapa dialek. Dalam bahasa baku, vokal ini

merupakan kelainan bagi vokal [e]. Contoh penggunaan vokal [ɛ]:

[ɛloɁ] (elok dalam dialek Kedah)

[modɛ] (modal dalam dialek Kedah)

4. Vokal depan luas [a]

Depan lidah diturunkan serendah-rendahnya dalam rongga mulut dan udara dari paru-

paru lalu tanpa sekatan. Bibir dihamparkan, glotis dirapatkan dan lelangit lembut

dinaikkan. Udara ditekan keluar dari paru-paru dan pita suara bergetar. Contoh

penggunaan vokal [a]:

[alur] [ramal] [sama]

[ambil] [takat] [taŋga]

Page 8: Assignment Fonetik Dan Fonologi PDF

HBML1203 2303 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

MASYITAH BINTI ISMAIL

720831025774 8

Vokal tengah [ə]

Dihasilkan dengan menaikkan sedikit tengah lidah ke arah lelangit keras. Keadaan

bibir tidak dibundarkan dan buka antara rahang adalah sederhana. Lelangit lembut dan

anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui

rongga hidung. Vokal ini hadir pada pada awal dan tengah perkataan. Contoh:

[əmpat] [təpat]

[əmpuɁ] [kənduri]

Vokal belakang

Bunyi vokal belakang adalah [u], [o], [ɔ] dan [ᾳ]. Alat artikulasi yang terlibat semasa

menghasilkan bunyi ialah lidah dan lelangit lembut. Rongga mulut dan saiz bukaan

mulut menentukan kadar bukaan luas. Daerah artikulasi yang terlibat adalah lelangit

keras. (Indirawati Zahid & Mardian Shah Omar, 2006)

1. Vokal belakang sempit [u]

Belakang lidah dinaikkan tinggi (setinggi mungkin) ke arah lelangit lembut. Lelangit

lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat

keluar melalui hidung. Udara keluar melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita

suara. Semasa lafaz bunyi ini berada dalam keadaan bundar. Contoh penggunaan vokal

[u]:

[ubi] [bubur] [labu]

Page 9: Assignment Fonetik Dan Fonologi PDF

HBML1203 2303 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

MASYITAH BINTI ISMAIL

720831025774 9

[untuk] [gandum] [kelambu]

2. Vokal belakang separuh sempit [o]

Belakang lidah diturunkan kira-kira satu pertiga daripada kedudukan semasa

menghasilkan bunyi vokal belakang sempit [o], dan lidah tidak menyekat arus udara

dari paru-paru. Bibir dibundarkan/bulat, glotis dirapatkan dan lelangit lembut

dinaikkan. Udara ditekan keluar dari paru-paru dan pita suara bergetar. Contoh

penggunaan vokal [o]:

[oleh] [soraɁ] [kuno]

[ombaɁ] [celoteh] [pidato]

3. Vokal belakang separuh luas [ɔ]

Belakang lidah diturunkan dua pertiga daripada kedudukannya semasa menghasilkan

vokal [u], dan lidah tidak menyekat arus udara dari paru-paru. Bibir dibundarkan/bulat,

glotis dirapatkan dan lelangit lembut dinaikkan. Udara ditekan keluar dari paru-paru

Page 10: Assignment Fonetik Dan Fonologi PDF

HBML1203 2303 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

MASYITAH BINTI ISMAIL

720831025774 10

dan pita suara bergetar. Seperti vokal [ɛ], vokal [ɔ] hadir dalam dialek-dialek dan

dalam bahasa baku merupakan kelainan bagi vokal [o]. Contoh penggunaan vokal [ɔ]:

[bɔrak] (berbual, dialek Kedah)

[tumpɔ] (mati, dialek Bota Perak)

4. Vokal belakang luas [ᾳ]

Belakang lidah diletakkan di titik paling dan sejauh-jauhnya ke belakang terus-

menerus. Lelangit lembut pula diangkat rapat kepada belakang tekak dan menutup

rongga hidung. Udara keluar melalui rongga mulut dan bibir berada dalam keadaan

bundar. Contoh penggunaan vokal [ᾳ] :

[gulᾳ] (gulai, dialek Sungai Perak)

Page 11: Assignment Fonetik Dan Fonologi PDF

HBML1203 2303 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

MASYITAH BINTI ISMAIL

720831025774 11

2.2 Bunyi Konsonan

Bunyi konsonan adalah bunyi-bunyi selain daripada bunyi vokal. Faktor utama

dalam klasifikasi bunyi-bunyi konsonan ialah titik artikulasi dan cara

artikulasi.Ketika menghasilkannya, udara keluar daripada paru-paru mengalami

sekatan atau sempitan di rongga mulut, hidung atau tekak oleh alat-alat artikulator

yang tertentu seperti lidah, bibir dan anak tekak. Bunyi-bunyi konsonan juga ada

yang bersuara dan ada yang tidak bersuara. Di samping faktor bersuara dan tidak

bersuara, kedudukan velum (bagi menentukan bunyi oral atau sengau) memainkan

peranan penting dalam menghasilkan bunyi-bunyi konsonan. Dalam bahasa

Melayu, bunyi-bunyi konsonan dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu

konsonan-konsonan asli dan konsonan pinjaman. (Raminah Hj. Sabran, 1989)

Konsonan asli bahasa Melayu adalah konsonan-konsonan yang memang sedia ada

dalam sistem bunyi bahasa Melayu. Mengikut Yunus Maris (1980), terdapat 19

konsonan asli bahasa Melayu dan berdasarkan cara pengeluaran dan daerah-daerah

artikulasi konsonan-konsonan tersebut boleh dibahagikan kepada tujuh jenis iaitu;

letupan, geseran, letusan, getaran, sisian, sengauan dan separuh vokal. Rajah di

bawah menunjukkan cara-cara menghasilkan bunyi-bunyi konsonan bahasa

Melayu.

Daerah

Cara

Bibir Gigi Gusi Lelangit

Keras

Lelangit

lembut

Pita

suara

Letupan tak

bersuara

p

t

c

k

Ɂ

Letupan

bersuara

b

d

j

g

Geseran tak

bersuara

f

s

ʃ

h

Geseran

bersuara

z

Page 12: Assignment Fonetik Dan Fonologi PDF

HBML1203 2303 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

MASYITAH BINTI ISMAIL

720831025774 12

Sengau m n ɲ ŋ

Sisian l

Getaran r

Separuh

vokal

w

y

1. Konsonan Letupan

Letupan juga dikenali sebagai plosif. Cara menghasilkan letupan adalah dengan

melepaskan udara yang disekat dengan serta-merta. Udara dari paru-paru akan disekat

di salah satu titik artikulasi sama ada di bibir, gigi-gusi dan sebagainya oleh

artikulator kemudian dilepaskan sehingga terdengar bunyi ‘pop’. Bunyi konsonan

yang terhasil ialah [p], [b], [t], [d], [k], [g],[j] dan [Ɂ].

2. Konsonan Geseran

Bunyi geseran boleh dihasilkan dengan menyempitkan ruang di antara titik artikulasi

dengan artikulator. Udara yang keluar dari paru-paru akan keluar di ruang yang

sempit bagi menghasilkan bunyi-bunyi geseran. Bunyi konsonan yang terhasil ialah

[s] dan [h].

3. Konsonan Getaran

Getaran dihasilkan dengan menggetarkan hujung lidah beberapa kali ke lelangit keras.

Hujung lidah menjadi artikulator yang aktif sementara lelangit keras menjadi titik

artikulasi yang pasif. Konsonan getaran yang terhasil ialah [r].

4. Konsonan Sisian

Bunyi sisian dihasilkan dengan menaikkan hujung lidah ke arah gusi dan udara akan

keluar melalui bahagian tepi lidah. Udara yang keluar akan bergeser di pita suara bagi

menghasilkan bunyi geseran. Konsonan sisian yang dihasilkan ialah [l].

Page 13: Assignment Fonetik Dan Fonologi PDF

HBML1203 2303 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

MASYITAH BINTI ISMAIL

720831025774 13

5. Konsonan Sengauan (Nasal)

Dalam bahasa Melayu terdapat empat jenis bunyi sengauan. Ia dihasilkan dengan

membiarkan udara yang keluar dari paru-paru terus keluar melalui rongga hidung. Udara

boleh keluar melalui rongga ini kerana anak tekak dan lelangit lembut diturunkan,

menyebabkan ruang ke rongga hidung terbuka. Udara itu disekat pada bahagian-bahagian

tertentu seperti pada bibir, gusi, lelangit keras atau lelangit lembut.

[m] – Dinamakan sengauan dua bibir bersuara yang dihasilkan apabila dua bibir

dirapatkan.

[n] – Dinamakan sengauan gusi bersuara yang dihasilkan apabila hujung lidah

dinaikkan ke gusi.

[ɲ] – Dinamakan sengauan lelangit keras bersuara yang dihasilkan apabila tengah

lidah dinaikkan ke lelangit keras.

[ŋ] – Dinamakan sengauan lelangit lembut bersuara yang dihasilkan apabila belakang

lidah dinaikkan ke lelangit lembut.

Separuh Vokal

Bunyi ini mempunyai ciri vokal kerana tiada berlaku apa-apa pergeseran atau sekatan dalam

rongga mulut di antara titik artikulasi dengan artikulator semasa menghasilkan bunyi ini. Ia

pula dianggap konsonan kerana melibatkan pelbagai titik artikulasi dan titik artikulasi ini

tidak serupa dengan titik artikulasi vokal. Bunyi yang dihasilkan ialah [w] dan [y].

(Indirawati Zahid & Mardian Shah Omar,2006)

3.0Perbezaan di Antara Fonem dan Alofon Dalam Sistem Fonologi Bahasa Melayu

Bidang Fonemik adalah bidang yang membincangkan hal yang berkaitan dengan sistem atau

fungsi bunyi bahasa. Bidang ini juga menitikberatkan analisis sistem bunyi sesuatu bahasa

Page 14: Assignment Fonetik Dan Fonologi PDF

HBML1203 2303 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

MASYITAH BINTI ISMAIL

720831025774 14

yang dikaji pada masa tertentu khususnya untuk menghasilkan sistem tulisan. Bunyi-bunyi

bahasa akan dianalisis dan menentukan taraf sesuatu bunyi itu sama ada bunyi itu

distingtif(membezakan makna) atau tidak distingtif.Jika bunyi bahasa itu menunjukkan

perbezaan makna/erti ia adalah fonem. Sekiranya bunyi itu tidak membezakan makna maka

ia adalah alofon.

3.1 Fonem

Fonem ialah unit bunyi terkecil yang membezakan makna. Perbezaan makna ini dapat dilihat

pada pasangan minimal atau pasangan terkecil perkataan. Pasangan minimal ialah pasangan

kata yang menunjukkan perbezaan perkataan yang paling kecil tetapi kedua-dua perkataan

yang berpasangan itu mempunyai makna yang berlainan. Contoh kata cawan dan kawan,

bunyinya hampir sama. Apa yang membezakan antara dua kata itu ialah fonem [c] dan [k].

Sudah pastinya bunyi-bunyi fonem [c] dan [k] yang membezakan maknanya. Oleh itu, bunyi

[c] dan bunyi [k] adalah bertaraf fonem yang berbeza dan ia diletakkan dalam kurungan

fonem iaitu /c/ dan /k/. Contoh-contoh pasangan minimal yang lain yang membezakan makna

adalah seperti berikut:

1. /saya/ - /raya/

/s/ dan /r/ adalah fonem yang berbeza

2. /tamak/ - /tanak/

/m/ dan /n/ adalah fonem yang berbeza

3. /tabuŋ/ - /sabuŋ/

/t/ dan /s/ adalah fonem yang berbeza

4. /berat/ -/jerat/

/b/ dan /j/ adalah fonem yang berbeza

Selain contoh di atas terdapat banyak lagi pasangan minimal yang lain yang membezakan

makna. Contohnya: bawang dengan bayang; bekal dengan cekal; daun dengan taun, dan lain-

lain

Page 15: Assignment Fonetik Dan Fonologi PDF

HBML1203 2303 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

MASYITAH BINTI ISMAIL

720831025774 15

3.2 Alofon

Alofon ialah anggota-anggota kepada satu fonem. Sekiranya pasangan perkataan yang

mempunyai perbezaan yang paling minimum tadi tidak berbeza maknanya maka bunyi yang

berbeza itu bukanlah dua fonem yang berlainan tetapi adalah alofon dari satu fonem. Ia

disebut sebagai variasi atau kelainan bunyi yang bebas. Contoh: /fikir/ - /fikir/; /faham/ -

/faham/ dan /bilik/ - /bili?/. Bervariasi bebas bermaksud walaupun bunyi-bunyi itu berbeza

dalam perkataan tetapi perbezaan bunyi tidak membawa makna yang berbeza(maknanya

sama). Kelainan bunyi yang tergolong ke dalam satu fonem ini berlaku akibat terpengaruh

oleh bunyi tertentu sama ada yang terdahulu atau terkemudian daripadanya. Misalnya bunyi

fonem /k/ dalam bahasa Melayu mempunyai beberapa kelainan bunyi (alofon) kerana

terpengaruh oleh bunyi di sekitarnya. Contohnya alofon k, k dan ?.

Bunyi alofon k terjadi akibat kehadirannya dalam perkataan kiri (iaitu k yang diikuti oleh

vokal depan i.

Bunyi k terjadi kerana kehadirannya dalam perkataan kuda (iaitu k yang diikuti oleh vokal

belakang u).

Bunyi ? terjadi kerana kehadirannya dalam suku kata tertutup seperti dalam perkataan kata?.

Dalam hal ini alofon k, k, dan ? adalah alofon-alofon daripada keluarga yang bunyi yang

sama iaitu fonem /k/. Ketiga-tiga bunyi k, k, ? itu adalah bunyi yang mempunyai kesamaan

fonetik. Ia bermaksud bunyi-bunyi alofon tersebut hampir-hampir sama dari segi

pengucapannya dan juga cara penghasilannya. Ketiga-tiga bunyi itu adalah saling melengkapi

iaitu masing-masing bunyi tersebut menduduki posisi tertentu (tempat masing-masing) dalam

bahasa Melayu.

Dalam bahasa Melayu terdapat juga beberapa perkataan yang hampir sama dari segi sebutan

tetapi maknanya sama (tidak berbeza). Contohnya fonem /a/, /i/, dan /u/ yang hadir pada

lingkungan yang sama dalam perkataan agama, agama dan agama tetapi maknayan tidak

berbeza. Oleh itu, fonem a, i, dan u dikatakan beralternasi babas.

Page 16: Assignment Fonetik Dan Fonologi PDF

HBML1203 2303 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

MASYITAH BINTI ISMAIL

720831025774 16

4.0Ciri-ciri Suprasegmental Bahasa Melayu dan Kepentingannya Dalam Pengajaran

Kemahiran Lisan.

Fonem Suprasegmental juga disebut fonem suprapenggalan. Ia adalah ciri atau sifat bunyi

yang menindihi atau menumpangi sesuatu fonem. Maksudnya ciri suprasegmental hadir

bersama-sama fonem penggalan dengan cara menumpangi bunyi segmental. Fonem-fonem

ini tidak boleh dipisahkan daripada fonem-fonem yang ditumpanginya iaitu fonem-fonem

yang menjadi tempat letaknya fonem-fonem suprasegmental itu. Fonem suprasegmental

tersebut terdiri daripada tekanan, kepanjangan, jeda, tona dan intonasi.

1.Tekanan

Tekanan merupakan ciri linguistik yang boleh membezakan perkataan-perkatan atau frasa-

frasa apabila diletakkan di tempat yang berbeza. Lemah atau kerasnya suara penyebutan

sesuatu suku kata merupakan ciri yang utama. Ia biasanya berlaku pada suku kata dalam

perkataan dan ditanda dengan tanda [’] dan lambang ini diletakkan di atas suku kata yang

menerima tekanan itu contohnya [ko’tak], [ku’da], [ce’rmin]. Tekanan berlaku pada vokal

kerana dalam bahasa Melayu bunyi vokal disebut dengan lantang dan boleh dipanjangkan.

Dalam bahasa Melayu tekanan biasanya berlaku pada suku kata yang kedua seperti dalam

perkataan ma ta, ba tu, pe ti dan seumpamanya. Tekanan dalam bahasa Melayu juga tidak

menunjukkan perbezaan makna. Ia mungkin hanya untuk menyedapkan percakapan atau

bacaan (misalnya dalam bacaan sajak) atau untuk menandakan tempat atau aspek yang perlu

diberi perhatian. (Kamaruddin Hj. Husin,1999)

2.Nada

Nada adalah kadar meninggi atau menurunnya pengucapan sesuatu suku kata atau morfem. Ia

ditandai oleh nombor-nombor 1(rendah), 2(biasa), 3(tinggi), 4(tinggi sekali). Di dalam bahasa

Melayu, nada tidak bersifat fonemik. Hal ini bermaksud bahawa nada tidak mempunyai sifat-

sifat bunyi seperti penghasilan sesuatu fonem. Kewujudannya lebih ketara dalam bahasa

Page 17: Assignment Fonetik Dan Fonologi PDF

HBML1203 2303 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

MASYITAH BINTI ISMAIL

720831025774 17

Cina. Misalnya ‘Ma’ dalam bahasa itu boleh bermaksud emak, atau kuda, atau jerami atau

marah. Ini bergantung pada cara ia dilafazkan.

3.Jeda

Jeda juga disebut sebagai persendian iaitu unsur hentian yang memisahkan antara unsur-

unsur linguistik, sama ada perkataan, ayat atau rangkai kata. Lambang yang biasa digunakan

untuk memisahkan ayat dan unsur-unsurnya ialah # dan unsur ini boleh membezakan makna.

Contohnya, ayat [# saya pakai baju abang#] adalah berbeza maknanya dengan ayat [#saya

pakai baju # abang]. Begitu juga halnya dengan ayat [ # saya henda? pergi ke kandang

binatang # ] berbeza maknanya dengan ayat [ # saya henda? pergi ke kandang # binatang #].

Lambang jeda yang menunjukkan pemisahan antara perkataan yang umum digunakan pula

ialah tanda [+]. Di dalam bahasa Melayu, unsur ini nyata boleh membezakan makna misalnya

gabungan bunyi-bunyi di dalam [berikan] adalah berbeza maksudnya dengan [ber + ikan].

Erti bagi perkataan pertama ialah ‘menyerahkan’ sementara bagi perkataan kedua ialah

‘mempunyai ikan’. Begitu juga [keramat] adalah berbeza maknanya dengan [kera + mat].

4.Intonasi

Intonasi adalah turun naik suara dalam pengucapan frasa atau ayat. Ia juga disebut lagu

bahasa dan intonasi ayat dalam bahasa Melayu adalah berbeza-beza. Intonasi ayat berita

misalnya menurun di akhir ayat sementara ayat tanya intonasinya meninggi di akhir ayat.

Lambang-lambang yang digunakan untuk menandakan intonasi ialah:

[ll] intonasi menurun beransur-ansur

[l] intonasi menaik pada bukan akhir ayat

[//] intonasi menaik beransur-ansur

[===] intonasi tinggi tetapi mendatar

[u] intonasi menurun dan menik

Page 18: Assignment Fonetik Dan Fonologi PDF

HBML1203 2303 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

MASYITAH BINTI ISMAIL

720831025774 18

5.Kepanjangan

Panjang pendek adalah kadar panjang atau pendek sesuatu bunyi itu diucapkan. Lambang

bagi panjang pendek ini ditanda dengan tanda titik yang dipanggil mora. Lambang [:] bererti

panjang sebutan bunyi itu ialah satu mora. Lambang [::] menunjukkan dua mora dan lambang

[.] adalah setengah mora. Bagi bahasa Melayu, unsur ini tidak membezakan makna tetapi

sebaliknya bagi bahasa Inggeris. Contohnya perkataan [sit](duduk) berbeza maknanya

dengan [si:t](tempat duduk); [fit](sesuai) berbeza dengan [fi:t](kaki). Di dalam bahasa Arab,

unsur ini disebut sebagai ‘harkat’.

Di dalam pengajaran kemahiran lisan aspek sebutan, tekanan, intonasi, jeda, mora dan nada

harus diberi perhatian. Bertutur adalah kegiatan melafazkan bunyi yang dilahirkan daripada

alat sebutan (articulator) manusia. Dalam ilmu linguistik bahasa diungkap dengan sempurna

dalam pertuturan. Ini kerana dalam tulisan, aspek sebutan seperti intonasi, tekanan, rentak

dan persendian tidak dapat digambarkan dengan jelas. Murid perlu diasuh supaya mahir

dalam sebutan, boleh menggunakan nada dan intonasi yang betul dan lancar serta fasih dalam

berbahasa. Selain itu, murid harus dapat membezakan di antara sebutan dan intonasi yang

betul dan sesuai dengan yang tidak betul dan kurang sesuai. Mereka juga harus boleh

mengesan perbezaan makna yang dibawakan oleh intonasi yang berbeza walaupun

menggunakan perkataan atau frasa yang sama tetapi dalam konteks yang berlainan.

Kesimpulan

Fonologi adalah merupakan sebahagian dari linguistik deskriptif yang mempelajari tentang

bunyi-bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia. Bidang ini terbahagi pula

kepada fonetik dan fonemik. Fonetik merupakan bidang yang mempelajari segala bunyi

bahasa (bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat pertuturan manusia) dan memberikan

simbol fonetik untuk bunyi-bunyi tersebut. Bolehlah dikatakan bahawa fonetik adalah kajian

tentang bunyi-bunyi ujar. Fonemik pula bermaksud bidang yang mempelajari bunyi-bunyi

bahasa dan cara pengelompokan mereka ke dalam fonem-fonem. Ia merupakan bidang yang

Page 19: Assignment Fonetik Dan Fonologi PDF

HBML1203 2303 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

MASYITAH BINTI ISMAIL

720831025774 19

mempelajari fonem-fonem dalam sesuatu bahasa. Sebenarnya banyak bunyi bahasa boleh

diujarkan oleh alat artikulasi, tetapi bukan semua bunyi itu penting. Bunyi yang banyak itu

boleh digolongkan kepada beberapa keluarga bunyi yang penting sahaja dan bilangan

keluarga bunyi yang terhad ini dipakai berulang-ulang kali dan dalam gabungan dengan

bunyi yang berlainan. Di dalam bahasa Melayu terdapat tiga jenis bunyi iaitu vokal, diftong

dan konsonan. Bunyi bahasa adalah amat kompleks dan berbeza-baza. Dalam pengajaran dan

pembelajaran, kegunaan fonetik amat luas sekali terutama dalam kemahiran lisan. Fonetik

dikatakan boleh membantu murid menggunakan secara tepat sifat-sifat bunyi seperti panjang-

pendek, tekanan dan tinggi-rendah suara dalam bahasa yang dipelajari. Dalam bahasa

Melayu, penggunaan fonetik secara bersungguh-sungguh dalam bidang pengajaran bahasa

belum dilaksanakan lagi. Namun demikian, pengetahuan fonetik akan membantu guru yang

mengajar bahasa mengajar dengan lebih berkesan dan membantu murid terutamanya yang

mempelajari bahasa sebagai bahasa kedua.

Jumlah perkataan : 3150 perkataan

Page 20: Assignment Fonetik Dan Fonologi PDF

HBML1203 2303 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

MASYITAH BINTI ISMAIL

720831025774 20

Bibliografi

Arbak Othman (1983). Permulaan Ilmu Linguistik: Satu Pengenalan Konsep dan Bidang

Kajian Secara Teoritis. Kuala Lumpur: Sarjana Enterprise.

Indirawati Zahid & Mardian Shah Omar (2006). Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu. Kuala

Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Kamaruddin Hj. Husin (1999). Pengajaran Lisan. Selangor Darul Ehsan: Kumpulan budiman

Sdn. Bhd.

Modul Bahasa Melayu Pendidikan Rendah BMM 3108 (2010) Fonetik dan Fonologi Bahasa

Melayu. Cyberjaya: Institut Pendidikan Guru.

Nor Hashimah Jalaluddin (1998). Asas Fonetik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Prof. Dr. Abd. Hamid Mahmood (2007).Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu. Serdang,

Selangor : Universiti Putra Malaysia

Raja Mukhtaruddin bin Raja Mohd. Dain (1965). Ilmu Fonetik dengan Latihan. Petaling

Jaya: Agensi Penerbitan Nusantara

Raminah hj. Sabran. (1989). Kecekapan Berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia:Petaling

Jaya: Kursus Bahasa Fajar Bakti