48
WAJ3101 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA ISI KANDUNGAN TOPIK MUKA SURAT PENGENALAN 2 - 4 KONSEP ASAS TAMADUN ISLAM GRAFIK PETA MINDA KONSEP TAMADUN ISLAM 5 GRAFIK PETA MINDA CIRI-CIRI TAMADUN ISLAM 6 ESEI KONSEP TAMADUN ISLAM 7 - 9 INTERAKSI ANTARA PELBAGAI TAMADUN GRAFIK PETA MINDA NILAI-NILAI UNIVERSAL TAMADUN ISLAM YANG TERDAPAT DALAM 10 DALAM TAMADUN LAIN HUJAH DARIPADA AL-QURAN, Al-HADIS, IJMAK 11 - 18 DAN ULAMAK FESYEN PAKAIAN 19 - 20 VISUAL DAN KETERANGAN FESYEN PAKAIAN 21 - 25 SENIBINA ISLAM 26 - 27 NHJ-MAK/PPG/PK/IPIP/2011 1

Assignment Titas

Embed Size (px)

DESCRIPTION

tamadun

Citation preview

WAJ3101 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

ISI KANDUNGANTOPIKMUKA SURATPENGENALAN 2 - 4KONSEP ASAS TAMADUN ISLAM GRAFIK PETA MINDA KONSEP TAMADUN ISLAM 5 GRAFIK PETA MINDA CIRI-CIRI TAMADUN ISLAM 6 ESEI KONSEP TAMADUN ISLAM 7 - 9INTERAKSI ANTARA PELBAGAI TAMADUN GRAFIK PETA MINDA NILAI-NILAI UNIVERSAL TAMADUN ISLAM YANG TERDAPAT DALAM 10DALAM TAMADUN LAIN HUJAH DARIPADA AL-QURAN, Al-HADIS, IJMAK 11 - 18 DAN ULAMAK FESYEN PAKAIAN 19 - 20 VISUAL DAN KETERANGAN FESYEN PAKAIAN 21 - 25 SENIBINA ISLAM 26 - 27 VISUAL DAN KETERANGAN SENIBINA ISLAM 28 32REFLEKSI 33 - 34LAMPIRAN (RUJUKAN) 35

PENGENALAN

Tamadun Islam merupakan tamadun yang unik dan kompleks, dan menggabungkan pelbagai unsur, sama ada yang diambil dari tamadun lain mahupun yang berasal dari Tamadun Islam sendiri. Oleh sebab itu, untuk menghuraikan kandungan Tamadun Islam ianya hendaklah dibuat dalam bentuk yang luas yang boleh menggambarkan keluasan Tamadun Islam itu sendiri.

Mengikut Jurji Zaydan dalam bukunya Tarikh at-Tamaddun al-Islami (lihat dalam M.A.J. Beg, 1982) Tamadun Islam mengandungi perkara-perkara berikut:(i) Negara Islam dan kerajaan (termasuk system pentadbiran);(ii) Bandar-bandar Islam termasuk Basrah, Kufah, Fustat dan Baghdad;(iii) Susun lapis masyarakat;(iv) Sains dan perkembangan ilmu pengetahuan;(v) Bangunan-bangunan dan seni bina Islam; dan(vi) Seni Islam terutama muzik dan nyanyian.

Seorang penulis lain, Hassan Husni Abdul Wahab, dalam tulisannya Waraqat an al-Hadarat al-Arabiyah bi Ifriqiyah al-Tunisia (lihat dalam M.A.J. Beg, 1982) memfokuskan perkara berikut sebagai kandungan utama Tamadun Islam, iaitu(i) Bandar-bandar Islam seperti Qairawan, Abbasiah, Raqqadah dan Susah;(ii) Bangunan-bangunan dan seni bina Islam dengan penumpuan khusus kepada masjid dan bangunan penting lain;(iii) Kehidupan ekonomi, terutama perniagaan dan perusahaan;(iv) Susun lapis masyarakat, terutama masyarakat kota;(v) Sains dan pendidikan, dengan tumpuan khusus kepada astronomi, perubatan dan pengajian Islam; dan(vi) Seni Islam seperti muzik, nyanyian dan seni lukis.

Seorang penulis barat, Rene Grausset (1967) menghuraikan kandungan Tamadun Islam hampir sama dengan huraian sarjana-sarjana Arab di atas. Melalui bukunya The Civilization of The East, beliau memfokuskan dua zaman Islam iaitu zaman Umaiyah dan Abbasiah. Tamadun zaman Abbasiah sebagai contoh difokuskan secara mendalam mengandungi unsur-unsur berikut:(i) Negara Abbasiah;(ii) Bandar Baghdad;(iii) Kemajuan ekonomi pada zaman tersebut;(iv) Aliran-aliran intelektual;(v) Seni islam termasuk seni lukis dan tembikar; dan(vi) Seni bina dan tugu-tugu peringatan.

Ibnu Khaldun (lihat buku terjemahan F. Rosenthals berjudul The Muqaddimah: An Introduction to History, 1978) pula dalam kitabnya al-Muqaddimah menganalisis aspek ketamadunan Islam dengan memberi tumpuan kepada aspek-aspek seperti berikut, iaitu:(i) Pengenalan terhadap tamadun dunia secara umum;(ii) Penjelasan tentang kehidupan masyarakat yang tidak bertamadun;(iii) Negara dan sistem pentadbiran;(iv) Bandar-bandar, asal-usul dan pertumbuhannya;(v) Kehidupan ekonomi dengan penumpuan khusus kepada kegiatan dalam kemahiran dan perdagangan; dan (vi) Sains dan pengajian, seperti Ilmu Hisab, Algebra dan Geografi, Kimia, perubatan dan Pengajian keagamaan.

Berdasarkan pandangan dan tulisan para sarjana ketamadunan, secara keseluruhannya perbincangan menumpukan beberapa aspek utama yang dapat disimpulkan sebagai kandungan atau hasil sesebuah tamadun. Di antara unsur yang difokuskan ialah faktor kerajaan Islam yang mempengaruhi kemunculan tamadun. Di samping itu, difokuskan aspek bandar dan perbandaran dalam kaitannya dengan tamadun, kegiatan ekonomi, pendidikan dan keilmuan serta seluruh cabang seni yang merupakan hasil tamadun yang unggul yang telah diterima oleh generasi yang lalu. Ia dapat memberi gambaran bahawa Tamadun Islam ialah tamadun yang dinamik dan berkembang yang bukan hanya merujuk aspek spiritual dan agama, tetapi merentasi seluruh kegiatan masyarakat dan negara sama ada dalam aspek politik, ekonomi, pendidikan, keilmuan, perbandaran, kesenian, dan yang lainnya. Ia dapat membuktikan bahawa unsur agamalah yang mencetuskan satu peradaban yang tinggi yang dapat dibuktikan melalui hasil pencapaian tamadun yang cukup unggul.

Menekankan fungsi Al-Quran terhadap perkembangan ummah muslim dan peranan Islam sebagai faKtor pembentukan tamadun Islam

Terkandung aspek-aspek akidah, syariah, akhlak, falsafah, kebudayaan dan juga peradaban

KONSEPTAMADUNISLAM

Tidak berorientasikan keturunan atau bangsa

Menekankan pembangunan modal insan

Negara Islam dan pemerintahannya, Bandar-bandar, stratifikasi sosial, sains, pengajaran bahasa Arab, bangunan-bangunan serta seni binanya dan kesenian IslamPencapaian manusia yang sudah melebihi keperluan asas kehidupan

Tamadun yang syumul (lengkap) dan unikMempunyai bentuk tetap dan tidak dipengaruhi oleh hawa nafsuSikap terbuka kepada semua tamadunBersumberkan kepada Al-Quran dan Al SunnahCIRI-CIRITAMADUNISLAMKesesuaiannya dengan tabiat semulajadi manusia

KONSEP TAMADUN ISLAM

Kelahiran Tamadun Islam adalah cetusan daripada Islam itu sendiri. Menurut Syed Qutb Islam itulah tamadun (Rasid Muhammad, 1996: 8). Islam adalah agama universal untuk seluruh manusia, yang tidak dikhususkan untuk bangsa tertentu serta tidak pula dibatasi oleh zaman dan sempadan tertentu.Berdasarkan penelitian dan pengkajian didapati tidak terdapat definisi khusus yang diberikan kepada tamadun Islam oleh para penulis ilmu ketamadunan. Hal ini disebabkan konsep tamadun merupakan suatu konsep yang luas dan kompleks yang boleh di lihat dari pelbagai sudut. Walau bagaimanapun, berdasarkan kepada huraian-huraian yang dikemukakan oleh para pengkaji dan penulis ilmu ketamadunan yang terdahulu, dapat disimpulkan bahawa yang dimaksudkan denganTamadun Islam ialah manifestasi kecemerlangan sesebuah masyarakat dalam pelbagai aspek yang merangkumi unsur kerohanian, jasmani, pemikiran dan kebendaan yang seimbang dan bersepadu, yang terkesan secara langsung daripada penghayatan Islam itu sendiri (Rasid, 1996).Bagi sesetengah sarjana dan pengkaji ilmu ketamadunan lain, mereka mendefinisikan Tamadun Islam sebagai segala yang dihasilkan oleh fikiran orang Islam menurut watak dan panduan agama Islam sendiri, ini termasuklah segala bentuk peralatan dan perkakasan yang mereka hasilkan dan gunakan sejak dahulu hingga sekarang (Abd. Rahman et al.,1995).Berdasarkan catatan sejarah, bangsa Arab merupakan perintis dan pelopor kepada perkembangan Tamadun Islam. Kemudiannya perkembangan ini diteruskan pula oleh bangsa Sepanyol, Parsi, Turki, India, dan bangsa-bangsa lain yang berada dalam pemerintahan Islam. Keadaan ini akhirnya membentuk tamadun Islam sebagai tamadun yang bersifat antarabangsa. Sifat ini boleh dilihat menerusi pencapaian Tamadun Islam itu sendiri dalam pelbagai bidang terutamanya dalambidang kesenian dan seni bina. Berbagai-bagai bentuk hasil seni bina dan kesenian telah lahir daripada Tamadun Islam. Adunan ini berpandukan kepada kitab suci al-Quran dan al-Sunnah yang dilahirkan dalam satu bentuk tamadun pemikiran yang mempunyai sifatnya yang tersendiri. Ini merupakan tamadun yang baru, melambangkan keperibadian Islam yang terus berkembang untuk memberi sumbangan terhadap kehidupan manusia keseluruhannya. Tamadun Islam seperti yang ada sekarang telah mula lahir apabila lahirnya sebuah masyarakat Islam di Mekah pada tahun 610 Masihi serentak dengan kelahiran agama Islam dan perlantikan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai Pesuruh Allah (Rasulullah). Kemudian Nabi Muhammad s.a.w. berpindah ke Madinah pada tahun 622 Masihi, di sana tertubuh sebuah kerajaan Islam yang dipimpin oleh Baginda. Kerajaan Islam inilah yang telah menjadi pendorong dan sebab kepadaperkembangan Tamadun Islam setapak demi setapak hingga terdiri satu tamadun yang tinggi yang telah menjadi sebab munculnya tamadun dunia moden.Tamadun Islam mempunyai ciri-ciri yang tersendiri yang membezakannya daripada tamadun lain. Tamadun Islam tegak di atas dasar atau manhaj Allah s.w.t. yang terpancar di dalam al-Quran iaitu kitab Allah terakhir yang diturunkan kepada manusia. Ianya mengandungi segala nilai, dasar, prinsip serta hukum-hakam yangmembimbing manusia untuk mencapai perkembangan, dan kesempurnaan hidup. Ajaran-ajaran yang dibawa oleh al-Quran dan bimbingan serta panduan yang terdapat di dalamnya telah mewujudkan tamadun yang unggul. Oleh kerana al-Quran adalah wahyu dan kalimah Allah, maka ia menghubungkan manusia dengan perubahan dan perkembangan, dan tamadun yang dicetuskannya sentiasa subur dan berkembang selaras dengan kehidupan. Tamadun Islam sentiasa memenuhi keperluan manusia dan mampu menyelesaikan persoalan yang dihadapi oleh manusia. Menurut perspektif Islam, wahyu (al-Quran dan al-Sunnah) adalah sebagai kriteria bagi menilai sesuatu perkara. Kriteria-kriteria yang lain seperti human experiance (pengalaman manusia), intiution (kebolehan mengetahui sesuatu tanpa berfikir atau mengkaji), reason (akal) adalah sebagai faktor-faktor pembantu kepada wahyuTamadun Islam juga mempunyai bentuk tetap dan bersandarkan kepada kitab Allah.Oleh itu Tamadun Islam terpelihara daripada keinginan dan hawa nafsu manusia kerana perkara-perkara yang berkaitan dengan halal haram, baik buruk, apa yang boleh dan apa yang tidak boleh semuanya jelas tertera dalam kitab al-Quran dan al-Sunnah. Semua ini dikenakan ke atas semua manusia tanpa batas perbezaan. Ini berbeza dengan perundangan manusia yang diciptakan oleh sekumpulan atau sesuatu bangsa yang tidak terjamin daripada dipengaruhi oleh dorongan hawa nafsu dalam mewujudkan undang-undang tersebut. Sementara itu nilai-nilai halal haram dalam perundangan Islam adalah tetap, berbeza dengan perundangan manusia yang dipengaruhi oleh perasaan dan sentimen yang kadang-kadang terpengaruh oleh cetusan fikiran, keinginan untuk mengambil hati segolongan manusia, yang mana kesemua ini akhirnya boleh melenyapkan nilai undang-undang tersebut dan menyebabkan berlakunya ketidakadilan.Keistimewaan ini menjadikan Tamadun Islam sentiasa berkembang maju dan ini menjamin kewujudannya sepanjang zaman. Tamadun Islam bersifat mengambil dan memberi (take and give). Ia menerima pengalaman-pengalaman yang berguna di samping mempersembahkan kepada tamadun asing hasil-hasil serta pencapaian-pencapaian yang diperolehinya. Berdasarkan inilah Tamadun Islam telah bertaut dengan kebudayaan Parsi, Yunani, Romawi, dan sebagainya yang akhirnya telah membuahkan suatu tamadun yang mapan lagi mantap yang dijalin oleh berbagai unsur. Namun demikian corak atau bentuknya adalah corak Islam, setelah kebudayaan-kebudayaan tersebut dilebur dan disisihkan mana-mana yang tidak selari dengan nilai-nilai Islam.Tamadun Islam tegak di atas dasar yang seimbang dengan tabiat semula jadi manusia dan selaras dengan kehendak serta kecenderungan mereka. Ianya mencetuskan dorongan sehingga manusia dapat menjalankan peranan utamanya sebagai pemimpin (khalifah) di atas muka bumi. Ajaran-ajaran dan nilai yang dibawa oleh Islam adalah bertujuan untuk kebahagiaan hidup manusia di dunia dan di akhirat. Justeru itu, tidak hairanlah jika Tamadun Islam yang berteraskan kepada ajaran-ajaran Islam sesuai dengan fitrah dan keperluan manusia.Tamadun Islam adalah satu tamadun yang syumul. Kesyumulannya meliputi semua zaman dan merangkumi seluruh kejadian dan kehidupan manusia pada masa lalu, masa kini, dan masa akan datang. Begitu juga ia dikatakan unik kerana tamadun Islam menyepadukan antara kehidupan keduniaan dan kehidupan kerohanian tanpa ada dikotomi. Tamadun Islam juga menghubungkan antara manusia dengan manusia, manusia dengan alam sekitar, dan manusia dengan Tuhan.

Menekankan aspek kemanusiaan dan institusi kekeluargaan

Menekankan tatacara dan etika dalam kehidupanBerlandaskan idea keagamaan

NILAI-NILAI UNIVERSALTAMADUN ISLAMYANG TERDAPAT DALAMTAMADUN LAIN

Mementingkan kebijaksanaan dalam kepimpinanMenghargai alam sekitar

Mementingkan ilmu dan orang berilmu

NILAI-NILAI UNIVERSAL BESERTA HUJAH DARIPADA AL-QURAN, AL-HADIS, IJMAK ULAMAK DAN LAIN-LAIN

BERLANDASKAN IDEA KEAGAMAAN

Peranan agama dalam semua tamadun Asia sangat penting kerana ia membantu memantapkan struktur sosial dan intelektual sesuatu tamadun. Semua tamadun Asia sama ada berasaskan agama samawi atau budaya, tetap menjunjung tinggi doktrin keagamaan, malah dari agama inilah lahirnya kebudayaan dan sains. Idea ketuhanan yang transcendence (kudus) sama ada dengan panggilan Ti, Brahman atau Sang Hyang Tunggal menyebabkan institusi dan ajaran keagamaan agama lain juga di hormati.Sebagai contohnya, Tamadun Islam bertunjang dan berpaksikan kepada konsep tauhid. Ini bermaksud tauhid merupakan intipati dalam kehidupan bertamadun masyarakat Islam. Justeru itu, asas dalam Tamadun Islam adalah akidah, syariah dan akhlak. Ketiga-tiga aspek ini merupakan komponen dalam agama Islam. Sumber dalam tamadun Islam adalah sumber naqli iaitu sumber wahyu. Sumber ini menjadi sumber asas, manakala sumber aqli iaitu yang berdasarkan akal merupakan sumber sekunder yang mana ketetapannya mestilah tidak bercanggah dengan sumber naqli. Aspek kerohanian dalam Tamadun Islam amat dipentingkan. Kerohanian (spiritual) dan kebendaan (material) mestilah seimbang dan bersepadu. Kesepaduan ini akan membentuk matlamat Tamadun Islam yang paling utama iaitu mencapai keredaan Allah, manakala material berfungsi sebagai wasilah atau alat penghubung dalam mencapai matlamat utama tersebut.

Dan mereka berkata:

Sesungguhnya segala puji bagi Allah yang telah tunaikan kepada kami perjanjian dan yang telah wariskan kepada kami bumi itu. Kami dapat mengambil tempat dari syurga di mana saja kami kehendaki. Maka alangkah baiknya ganjaran bagi orang-orang yang beramal (baik) ( surah al-Zumar : ayat 74)Contoh lain pula dapat dilihat pada Tamadun Cina. Masyarakat Cina tetap percaya kepada konsep ketuhanan walaupun terdapat pelbagai agama yang menjadi anutan mereka. Antaranya, penyembahan roh nenek moyang, fahaman Konfusius, Daoisme atau Taoisme dan Buddhisme. Kesemua agama ini menekankan konsep ketuhanan dan kerohanian yang menjanjikan balasan baik bagi perbuatan baik dan sebaliknya, kecuali Buddhisme.Dalam kosmologi Cina terdapat konsep tian yang bermaksud langit, iaitu merujuk kepada dewa yang terpenting. Dewa dalam masyarakat Cina merupakan pembuktian kewujudan Tuhan. Dalam Dinasti Chou, tian merujuk kepada makhluk unggul di langit (supreme being) yang mengatur perjalanan hidup dan nasib seseorang, menentukan keamanan dan kesejahteraan serta memberi balasan baik dan buruk. Ia juga mungkin menyebabkan kemudaratan sebagai hukuman terhadap insan yang berkelakuan salah. Kepercayaan terhadap konsep ini, mendorong masyarakat mereka mengawal tingkah laku bagi mengelakkan dari mendapat balasan dari tian.Tamadun India juga memperlihatkan hal yang sama mengenai kedudukan agama dan kerohanian yang tinggi dalam masyarakat. Kepercayaan Hindu menekankan konsep ketuhanan dan kerohanian. Antaranya percaya kepada konsep trimurti iaitu percaya kepada ketuhanan Brahma (Tuhan Pencipta), Vishnu (Tuhan Pemelihara) dan Siva (Tuhan Pemusnah).

MENEKANKAN ASPEK KEMANUSIAAN DAN INSTITUSI KEKELUARGAAN

Tamadun Asia begitu sarat dengan elemen rite de passage iaitu adat istiadat dari saat kelahiran hinggalah kematian. Hal ini amat dititikberatkan oleh anggota keluarga. Ini menunjukkan bahawa ikatan kekeluargaan sangat ditekankan. Sebagai contohnya, dalam perspektif Islam, soal institusi kekeluargaan diperhalusi oleh ilmu munakahat yang mengatur pembinaan institusi keluarga bermula dari proses mencari jodoh, tanggungjawab suami isteri dan seterusnya.Selain itu terdapat juga hubungan yang baik dengan Allah (hablum minaLlah) dan hubungan yang baik sesama manusia (hablum minannas). Hablum minannas diikat dengan ukhuwah Islamiyah, dengan maksud semua umat Islam bersaudara dan sama di sisi Allah kecuali orang yang bertakwa. Islam menetapkan agar umatnya sentiasa menjaga akhlak antara sesama manusia yang merangkumi akhlak dengan ibubapa, guru, kawan, jiran, sesama Islam dan bukan Islam, malah akhlak terhadap musuh Islam juga perlu dijaga. Hubungan yang baik sesama manusia amat perlu dijaga, malah andainya seorang Islam tidak mempunyai hubungan yang baik dengan manusia yang lain walaupun mempunyai hubungan yang baik dengan Allah, dia tidak dikira sebagai ahli syurga.

Barang siapa menjamin untukku satu perkara aku jamin untuknya empat perkara. Hendaklah dia bersillaturrahim( berhubungan baik dengan keluarga dekat) nescaya keluarganya akan mencintainya, diperluas rezekinya, ditambah umurnya dan Allah memasukkannya ke dalam syurga yang dijanjikanNya (Hadis Riwayat Ar-Rabli)

Orang yang memutuskan hubungan kekeluargaan tidak akan masuk syurga (Mutafaqalaih)

Cukup berdosa orang yang menyia-nyiakan tanggungjawab keluarga. ( Hadis Riwayat Abu Daud)

Dalam konteks pergaulan juga, syariat Islam diturunkan agar kepentingan 5 hak asasi manusia terlaksana iaitu hak beragama, menjaga kewarasan akal, menjaga nyawa, harta benda dan maruah diri. Ini memperlihatkan ajaran Islam menekankan nilai kemanusiaan.Dalam Tamadun China pula terdapat konsep Ren yang bermaksud kasih sayang. Konsep ini merujuk kepada sifat perikemanusiaan yang dianggap ekspresi jantung manusia. Dalam Tamadun Hindu terdapat konsep Ahimsa iaitu belas kasihan yang boleh membawa kepada tiadanya kekejaman terhadap sebarang makhluk sama ada manusia ataupun binatang.

MENEKANKAN TATACARA DAN ETIKA DALAM KEHIDUPAN

Etika dalam Islam adalah manfaat daripada penghayatan syariat. Syariat diutuskan Allah kepada Nabi Muhammad SAW sebagai panduan dan mengatur kehidupan agar harmoni. Syariat Islam mengatur hubungan manusia dengan Allah melalui pengamalan ibadat dan hubungan manusia sesama manusia melalui pelaksanaan muamalat, munakahat dan jinayat. Syariat Islam juga merangkumi akhlak iaitu sistem nilai yang menjamin kehidupan yang beretika. Akhlak Islam bersifat syumul iaitu meliputi akhlak dengan Allah SWT, Rasulullah SAW, sesama manusia terutamanya ibu, bapa, guru, jiran dan termasuk sesama manusia walaupun dengan bukan Islam. Demikian juga akhlak Islam termasuk dengan alam persekitaran seperti haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Penegasan soal etika dalam ajaran Islam menjadi faktor utama Rasulullah SAW diutus oleh Allah kepada manusia. Justeru itu, Rasulullah merupakan model akhlak yang terbaik kepada umat Islam dan manusia seluruhnya. Dalam hal ini Allah SWT berfirman yang bermaksud:

Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah terdapat contoh ikutan yang baik bagimu iaitu bagi orang yang mengharapkan (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak mengingati Allah.(al-Ahzab: 21)

Dalam Tamadun Asia lain seperti China terdapat konsep Dao (jalan). Begitu juga pemikiran tentang Li (Tatasusila). Menerusi konsep ini, Konfusius menekankan peraturan akhlak dan peraturan kehidupan berasaskan 3 perkara berikut:

i. Peraturan perhubungan manusia dengan Tuhan.ii. Peraturan perhubungan manusia dengan manusia.iii. Peraturan perhubungan politik

Selain itu, Konfusius juga menekankan konsep zhong yong iaitu kesederhanaan. Segala perlakuan manusia perlulah sederhana dan tidak setuju kekerasan sebagai jalan penyelesaian.Dalam Hinduisme pula ia berpaksikan idea dharma (tanggungjawab) dan karma iaitu doktrin perbuatan; baik akan mendapat balasan yang baik. Demikian juga sebaliknya, buruk dibalas buruk. Masyarakat perlu mematuhi etika yang ditetapkan agar kehidupan barunya lebih baik dan mendapat matlamat dalam mencapai mokhsa.

MEMENTINGKAN KEBIJAKSANAAN DALAM KEPIMPINAN

Pemimpin adalah khalifah di muka bumi sinonim dengan kepemimpinan dalam Islam. Politik Islam menggariskan sistem dan corak pemerintahan Islam seperti asas dalam berpolitik adalah tauhid, risalah dan khilafah. Selain itu, prinsip politik Islam adalah keadilan, persamaan, syura dan akauntabiliti. Sumber dalam politik Islam ialah kitabuLlah dan sunnah rasul-Nya, di samping ijtihad dan ijmak ulama.

Sesungguhnya Allah SWT menyuruh kamu supaya menyerahkan segala janji amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia,(Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah SWT dengan (suruhanNya) itu member pwngajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah SWT sentiasa mendengar lagi sentiasa melihat (Surah an-Nisa :58)

Dalam Tamadun China, Konfucius menekankan ajaran moral kepada manusia, antaranya membantu pemerintah yang baik dan sifat baik merupakan satu harta yang paling penting untuk dimiliki oleh setiap pegawai. Dalam hal ini, Raja-raja Chou mengaitkan diri mereka dengan konsep anak syurga dan mandat dari syurga. Ini merujuk kepada maksud raja adalah wakil Tuhan di bumi. Justeru itu mereka perlu memerintah dengan adil dan jika gagal, mandat akan ditarik semula. Selain itu, ajaran Konfusius juga menekankan pemerintahan yang berdasarkan zheng ming, iaitu nama yang betul untuk menjelaskan di antara perkara yang benar dan salah. Ia bermaksud, peranan dan tanggungjawab adalah mengikut nama yang disandang. Tujuannya adalah untuk membezakan antara perkara yang betul dan salah. Pemerintah juga perlu memperbaiki diri sendiri atau zheng ji.Dalam ajaran Hindu dan Buddha pula, konsep dharma dijadikan panduan tingkah laku yang wajar dari raja kepada rakyat. Dharma menekankan nilai-nilai moral seperti mengawal nafsu dan mengamalkan toleransi.

MENGHARGAI ALAM SEKITAR

Islam menekankan hubungan yang harmonis dengan alam dan melarang sebarang tingkah laku dan perbuatan yang bersifat fasad. Sehubungan ini, penggunaan alam sekitar dikawal oleh hukum Islam terutamanya konsep Halal dan Haram.Alam sekitar merupakan anugerah Allah SWT yang diamanahkan kepada manusia untuk dimanfaatkan sebaik mungkin. Allah berfirman yang bermaksud:

Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang ada di bumi sebagai perhiasan baginya agar Kami menguji mereka siapakah antara mereka yang terbaik perbuatannya. (al-Kahfi: 7)

Dialah Tuhan yang menjadikan kamu dapat berjalan di daratan dan berlayar di lautan. Sehingga apabila kamu berada di dalam bahtera dan meluncurkan bahtera itu membawa orang-orang yang berada di dalamnya dengan tiupan angin yang baik dan mereka bergembira kerananya. (Dan apabila) datanglah angin badai dan (apabila) gelombang dari segenap penjuru menimpanya, dan mereka yakin bahawa mereka telah terkepung (bahaya) maka mereka berdoa kepada Allah dengan mengikhlaskan ketaatan kepada-Nya semata-mata. (Mereka berkata): Sesungguhnya jika Engkau menyelamatkan kami dari bahaya ini pastilah kami termasuk orang-orang yang bersyukur. (Yunus: 22)

Selain itu, alam merupakan tanda kekuasaan dan kehebatan Allah SWT. Justeru itu, Allah telah menentukan adab dan akhlak manusia dengan alam termasuk makhluk ghaib.Dalam Tamadun Cina, khususnya ajaran Tao, alam di anggap sebagai ibu atau Dao. Ini menunjukkan bumi sebagai entiti yang perlu dimuliakan. Dalam Buddhism dan Shinto pula, hubungan harmonis manusia dengan alam ditekankan melalui konsep Esho Fui, iaitu manusia dan alam saling memerlukan.Dalam fahaman masyarakat peribumi Malaysia juga terdapat kepercayaan menghargai dan memelihara alam sekitar. Bagi mereka alam mempunyai kuasa ghaib. Mereka percaya petir sebagai penjaga haiwan dan tumbuhan. Justeru itu, peribumi melarang menebang pokok tanpa niat untuk digunakan atau membunuh binatang tanpa niat untuk dimakan. Perbuatan ini akan mengundang kemarahan Tuhan dan akan diturunkan bala bukan sahaja kepada pesalah, malah seluruh komuniti mereka. Kepercayaan ini mendorong mereka menjaga alam sekitar agar berada dalam ekologi yang seimbang.

MEMENTINGKAN ILMU DAN ORANG BERILMU

Konsep ulama dalam Islam berkait rapat dengan ilmu dan orang yang berilmu. Seorang invidu di dalam masyarakat Islam hanya diterima sebagai ulama jika persiapan ilmunya sempurna dan tercermin pada kewibawaan personaliti diri dalam segala aspek. Selaras dengan ini, Allah SWT berfirman yang bermaksud:

Sesungguhnya yang takut kepada Alllah di antara hamba-hamba-Nya hanyalah ulama. (al-Fatir: 28)

Ya Tuhanku, tambahkanlah ilmuku (Taha: 114)

Katakanlah wahai Muhammad, adakah sama orang yang mengetahui dan orang yang tidak mengetahui. Bahawasanya yang mengingati ialah orang-orang yang menggunakan fikirannya (ulul al-bab). (al-Zumar: 9)

Ulama memainkan peranan besar dalam Islam. Antaranya sebagai pembimbing umat, penyelesai masalah, pakar rujuk dan model atau contoh tauladan dalam masyarakat Islam. Justeru itu, Rasulullah SAW menegaskan dalam hadithnya yang bermaksud:

Ulama merupakan pewaris para nabi.

Dalam ajaran Konfusius, terdapat konsep Jun Zhi (orang budiman) yang bermaksud orang yang berilmu dan tahu akan kewajaran sesuatu. Salah satu tingkat dalam empat perjalanan hidup (Asramas) seorang penganut Hindu pula ialah Bramacarya yang memerlukan pengisian ilmu pengetahuan. Tingkat Asramas yang lain adalah tahap Ghastra, Vanaprahastra, Sanayasa.Ringkasnya, Tamadun Asia mempunyai satu kekuatan yang telah diwarisi sejak Asia mula didiami oleh kelompok masyarakat. Kekuatan tersebut ialah nilai kesejagatan dan bersifat sepunya antara tamadun-tamadun di Asia. Nilai kesejagatan ini telah membentuk jalinan interaksi harmoni antara tamadun walaupun antara tamadun ini memiliki dasar pegangan agama yang berbeza.Peranan Islam sangat besar dalam menjadikan nilai-nilai dari ajaran agama diiktiraf sebagai pendorong kepada pembinaan tamadun dalam zaman yang serba moden ini. Umat Islam sebagai ummatan wasata (umat pertengahan) boleh menjadi perantara yang baik dalam berinteraksi dengan tamadun moden mahupun tamadun tradisional. Nilai pertengahan ini juga termasuklah tidak terlalu bersifat kebendaan dan juga tidak menolak dunia secara total. Selain itu, Tamadun Islam juga mempunyai keistimewaan yang tersendiri yang dapat dilihat pada nilai-nilai transenden (kudus) yang merentas batas daerah dan budaya. Nilai ini mampu menjadi nilai universal tamadun manusia.

FESYEN PAKAIAN MENURUT TAMADUN ISLAM

Pakaian adalah satu di antara tiga keperluan asas dan terpenting yang perlu dimiliki dan dipenuhi oleh setiap manusia dalam menjalani kehidupan seharian. Selain sebagai keperluan asasi, pakaian juga boleh menjadi ekoran keperibadian seseorang, sebagai simbol atau tanda dan lain-lain perlembagaan. Kriteria berpakaian itu tidak memadai hanya berdasarkan ukuran adat, kerana adat boleh berubah. Justeru itu, pakaian juga boleh berubah. Oleh kerana itulah ukuran agama adalah yang paling tepat bagi menentukan etika atau criteria berpakaian iaitu menutup aurat yang menepati kehendak hukum syarak.Menurut Tamadun Islam fesyen pakaian tidak dapat lari daripada memperkatakan tentang aurat kerana dalam Islam pakaian dan aurat adalah sangat berkait rapat antara satu sama lain. Dari segi bahasa, aurat itu berasal dari perkataan Arab yang bererti aib atau sesuatu yang memalukan. Menurut istilah syarak pula, aurat adalah bahagian tubuh manusia yang wajib ditutup dan dilindungi daripada pandangan orang lain.Menutup aurat adalah wajib ke atas setiap muslim, tidak kira lelaki ataupun perempuan. Kewajipan ini berdasarkan kepada dalil-dalil daripada Al-Quran dan Hadis. Di antaranya firman Allah S.W.T:

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka. Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka,atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka,atau anak-anak mereka,atau anak-anak tirimereka,atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan,atau perempuan-perempuan islam,atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan, dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada allah, wahai orang-orang yang beriman, suapaya kamu berjaya".

Melalui dalil ini, jelaslah bahawa Islam amat mengambil berat terhadap masalah aurat sehingga diterangkan dengan penjelasan yang begitu terperinci sebagaimana disebutkan didalam ayat 31 surah An-Nur itu, dan lebih daripada itu, kita juga digalakkan untuk menutup aurat dalam keadaan kita berseorangan ,meskipun ditempat yang sunyi dan tertutup.Hukum wajib menutup aurat tidak boleh dipertikaikan lagi dan tidak boleh dimansuhkan dengan hujah akal, walau sehebat mana logiknya hujah itu. Ini kerana hukum itu telah ditetapkan dengan nas yang jelas yang tidak boleh diijtihadkan.

3 VISUAL DAN KETERANGAN FESYEN PAKAIAN MENURUT TAMADUN ISLAM

Konsep Berpakaian Menurut Pespektif Islam

1)Menutup aurat dan sopan2)Tidak ketat sehingga menampakkan susuk tubuh3)Sederhana dan tidak terlalu mahal digalakkan4)Memperlihatkan perbezaan jantina5)Tidak nipis hingga menampakkan warna kulit dan bentuk badan6)Tidak menimbulkan riak7)Diperolehi dari sumber yang halal8)Mengamalkan doa semasa menyarung pakaian, melihat cermin9)Memakai pakaian bermula dengan anggota kanan dan sebaliknya ketika menanggalkannya.

Di dalam Islam adalah tidak ditetapkan bentuk ataupun warna pakaian yang sesuai untuk dipakai, baik ketika beribadah ataupun tidak. Islam hanya menetapkan bahawa pakaian itu mestilah bersih, menutup aurat, sopan dan sesuai dengan akhlak seorang muslim. Namun begitu, Tamadun Islam telah memainkan peranan penting dalam cara pemakaian masyarakat islam masa kini.Perspektif Islam memandang bergaya mengikut trend semasa bukanlah satu perkara yang melanggar undang-undang syariat. Asalkan ia menepati garis panduan yang telah ditetapkan oleh agama.

BAJU KURUNG

Islam menggariskan wanita mesti menutup seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan. Pakaian pula hendaklah daripada jenis kain yang tebal, tidak nipis dan jarang supaya tidak menampakkan susuk tubuh. Selain itu, satu perkara yang harus dititikberatkan ialah perlu berpakaian longgar dan tidak ketat.

Gambar di atas adalah baju kurung yang digayakan oleh masyarakat Melayu di Malaysia pada masakini. Ianya jelas menunjukkan satu daripada fesyen pakaian wanita yang lengkap serta menutup aurat. Cara pemakaian tudung yang betul iaitu labuh menutupi dada dan tidak jarang agar melindungi aurat seorang wanita. Pemakaian sebegini telah digunakan sejak zaman Saidatina Khadijah lagi. Tudung yang dipakai oleh wanita islam hendaklah tidak jarang dan menutup bahagian dada. Baju kurung yang ditonjolkan rajah juga menunjukkan baju yang longgar dan tidak menunjukkan bentuk tubuh badan seorang wanita dan ianya menutup kawasan yang sepatutnya. Kain yang dipakai pula menutup sehingga buku lali. Cara berpakaian begini boleh mengelakkan fitnah daripada orang yang melihatnya.

Allah berfirman bermaksud:

"Wahai Nabi,katakanlah (suruhlah) isteri-isteridan anak-anak perempuanmuserta perempuan-perempuan beriman, supayamereka melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasamereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal(sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu.Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun dan Maha Penyayang." (al-Ahzab:59)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Dua golongan ahli neraka yangbelum pernah aku lihat ialah, satu golongan memegang cemeti seperti ekorlembu yangdigunakan bagi memukul manusia dan satu golongan lagi wanitayang memakai pakaian tetapitelanjang dan meliuk-liukkan badan jugakepalanya seperti bonggol unta yang tunduk. Mereka tidak masuk syurga dantidak dapat mencium baunya walaupun bau syurga itu dapat dicium

Di samping itu, kaum wanita juga perlu memakai sarung kaki untuk menutup aurat. Beginilah cara berfesyen untuk wanita di dalam islam. Pakaian yang lain juga dibenarkan tetapi haruslah menikut dan menepati hukum syarak.

BAJU MELAYU

Baju Melayu adalah salah satu pakaian tradisional bagi kaum Melayu yang biasanya dipakai oleh kaum lelaki di Malaysia. Terdapat 2 jenis baju melayu iaitu potongan Teluk Belanga ataupun Cekak Musang. Pakaian ini biasanya dipakai semasa majlis rasmi ataupun musim perayaan. Pakaian ini juga mungkin dipakai semasa sembahyang Jumaat. Ianya merupakan fesyen turun temurun dari Zaman Sultan Abu Bakar pada tahun 1866. Unsure-unsur baju melayu juga banyak dipengaruhi oleh Tamadun Islam. Contohnya pada bahagian songkok. Songkok telah digunakan semasa zaman Abbasiyyah di mana pegawai kerajaan akan memakai songkok panjang di atas araha pemerintah. Pengaruh tersebut telah meresap masuk ke dalam budaya melayu yang telah menerima islam semasa zaman kegemilangan Melaka.

Baju Melayu dipakai bersama seluar panjang dan selalunya bersama sampin. Seperti baju kurung, baju melayu juga semestinya direka mengikut hukum syarak. Bajunya yang menutupi pusat dan juga seluarnya panjang melepasi lutut. Semua aspek tersebut adalah seperti yang ditetapkan oleh hukum syarak. Di samping itu, baju tersebut juga tidak boleh jarang dan ketat.

GAMIS

Gamis merupakan pakaian tradisi masyarakat arab semenjak zaman Rasullullah S.A.W lagi. Gamis merupakan sejenis pakaian rasmi kerajaan dan rakyat pada zaman dahulu. Sewaktu zaman pemerintahan bani Abassiyyah dan Umayyah pakaian inilah yang digunakan oleh pemimpin-pemimpin pada zaman tersebut. Warna hitam dan putih merupaka pilihan utama untuk pakaian ini. Warna putih merupaka warna utama yang melambangkan kebersihan dan kesucian. Warna hitam juga menjadi pilihan semasa zaman tersebut. Secara tidak langsung ia juga telah menjadi pencetus kepada penggunaan warna dalam pakaian islam.

Baginda bersabda bermaksud:

"Pakailah pakaian putih kerana ia lebih baik,dan kafankan mayat kamu dengannya (kain putih)."(an-Nasaie dan al-Hakim)

Pakaian di atas terdiri daripada ghutra iaitu bahagian yang menutup kepala. Namu pada zaman Rasulullah serban digunakan sebagai penutup kepala. Pakaian ini terdiri daripada pakaian di dalam yang berwarna putih dan bahagian luarnya berwarna hitam. Pakaian yang berwarna hitam itu dipanggil bisht. Pakaian yang berwarna putih di dalam pula dipanggil Thawab Dishdasha. Pakaian ini sama seperti pakaian pemerintah pada zaman dahulu di mana mereka memakai satu lapis baju di dalam dan satu lapis di luar. Walaupun tidak sama seratus peratus, namun unsure pemakaian tersebut tetap ada dan diguna pakai sehingga ke hari ini. Begitulah hebatnya pemakaian dan fesyen Tamadun Islam. Pengaruhnya dapat dilihat sehingga ke hari ini.SENIBINA DARI SUDUT TAMADUN ISLAM

Senibina Islam dibangunkan bertujuan menempatkan manusia dihadapan Tuhan dengan cara memperlihatkan ruang yang dibentuk, diatur, dan disesuaikan dengan pelbagai teknik senibina (Nasr 1987 : 58). Menurut M. A. J. Beg, senibina bukan sahaja dilihat pada bentuk - bentuk bangunan dan tugu - tugu peringatan, malahan ia turut membayangkan tamadun yang dilahirkan (Romzah 1994 : 4).Seyyed Hossein Nasr telah berpendapat bahawa, keutuhan senibina Islam bukan sahaja berhubungkait dengan kesatuan aspek kosmologi dan apa yang ada di sebalik alam dengan Kesatuan Prinsip Ketuhanan itu sendiri, malahan ia juga berhubungkait dengan kesatuan hidup individu dengan masyarakat yang diatur oleh hukum Ilahi ataupunal-Syariah(Nasr 1987 : 73). Menurut beliau lagi, prinsip- prinsip senibina Islam tidak ditemui dalam sumber- sumber penulisan pada zaman awal Islam bukan bermaksud ia tidak wujud, tetapi ia tidak perlu dijelaskan secara terperinci seperti hari ini.Seni itu tidak dapat memainkan suatu fungsi spiritual apabila ia tidak dihubungkan dengan bentuk dan kandungan wahyu Islam. Suatu karya seni dapat dikategorikan sebagai seni Islam bukan hanya kerana diciptakan oleh seorang Muslim, tetapi juga dilandasi oleh wahyu Ilahi (Nasr 1987 : 17 ). Sejarah perkembangan senibina Islam di Tanah Melayu bermula setelah kedatangan para pendakwah Islam seawal abad ke 12M. Hasil peninggalan mereka bukan sahaja menjadi bukti sejarah, malahan telah mempengaruhi kesenian dan kebudayaan masyarakat tempatan termasuklah dalam aspek senibina dan kesannya boleh dilihat di seluruh negara sehingga ke hari ini.Al- Quran banyak menjelaskan kepada kita tentang senibina. Penerangan dari wahyu Allah S.W.T telah dijadikan sumber rujukan bagi para sarjana. Antaranya ialah al- Quran telah memberitahu bahawa Allah S.W.T adalah Maha Mencipta, dan segala ciptaanNya adalah sempurna. Hal ini dijelaskan oleh Allah S.W.T dalam banyak surah, antaranya pada surah an- Naba, ayat 12 dan 13 yang memberitahu kepada manusia bahawa Allah S.W.T telah membinakan tujuh langit yang kukuh di atas manusia:(13) (12)

Antara ayat lain yang membicarakan tentang senibina adalah seperti dalam surah Qaf, ayat 6 tentang pembinaan (penciptaan) langit yang tidak retak walau sedikitpun: Allah S.W.T juga telah menjelaskan bahawa rumah ibadat yang pertama didirikan ialah Kabah, penerangan ini terdapat dalam beberapa surah seperti pada ayat 96, surah Ali- Imran: Terdapat banyak lagi penjelasan al- Quran terhadap senibina. Al- Quran yang merupakan petunjuk dan wahyu dari Allah S.W.T, bukan sahaja dijadikan sebagai sumber hukum, malahan menceritakan perkara ghaib dan peristiwa sejarah, serta mengajar manusia cara- cara membuat pelbagai jenis senibina. Penjelasan oleh Rasulallah s.a.w berkaitan senibina juga terdapat dalam al- Hadith. Antaranya adalah seperti berikut:

Daripada Abu Hurairah r.a, meriwayatkan bahawa Rasulallah s.a.w bersabda:

Seorang mukmin selepas kematiannya akan terus mendapat ganjaran daripada amal kebaikannya iaitu melalui ilmu yang dipelajari lalu diajarkan kepada orang lain dan terus disebarkannya, anak- anak yang soleh yang ditinggalkan, al- Quran yang diwariskan atau masjid- masjid yang dibinanya atau rumah- rumah musafir di perjalanan yang didirikannya atau anak- anak sungai yang dialirinya atau sedekah yang dikeluarkan daripada hartanya ketika sihat dan hidupnya yang berterusan selepas kematiannya (ini merupakan waqaf yang berkekalan untuknya). (Riwayat Ibnu Majah, babtsawab muallim al-nas al-khair,no. 242)

Berdasarkan penjelasan yang diberikan oleh al- Quran dan al- Hadith, jelaslah bahawa kepentingan senibina Islam kepada manusia khususnya umat Islam tidak dapat dinafikan lagi. Tuntutan agama ini telah dijadikan satu kewajipan oleh para pendakwah yang datang ke Tanah Melayu. Mereka bukan sahaja menyumbangkan ilmu, malahan menjadi perintis terhadap perkembangan senibina Islam di Malaysia pada masa kini.

3 VISUAL DAN KETERANGAN SENIBINA MENURUT TAMADUN ISLAM DI KALANGAN MASYARAKAT MALAYSIA

Perkembangan senibina Islam di Tanah Melayu mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Senibina Islam ini muncul selaras dengan perkembangan Islam di Tanah Melayu pada kurun ke-12M. Senibina berunsur Islam ini dibangunkan oleh kelompok pendatang yang berperanan menyebarkan dakwah di Tanah Melayu. Binaan yang dibangunkan oleh golongan tersebut mempamerkan kebudayaan tempat asal mereka.Antara negeri terawal yang menerima pengaruh senibina Islam adalah Kedah pada abad ke-10M, Terengganu abad ke-13M, Sabah abad ke-14M, Negeri Sembilan abad ke-14M, Kelantan abad ke-17M, dan Melaka abad ke-17M. Antara binaan yang dianggap mempunyai ciri senibina Islam adalah seperti masjid dan ciri yang terdapat padanya, istana, batu nisan, batu bersurat, dan bangunan atau kota pentadbiran.Kedatangan Islam ke alam Melayu selain membawa ajaran Islam berupa aqidah, ia juga telah mengembangkan konsep Islam iaituad- Dinsebagai cara hidup. Di antara cara hidup yang terpenting yang berhubung rapat denganad-Dinialah masjid (Abdul Rahman 1981 : 67). Senibina masjid termasuk di dalam senibina bangunan yang penting di Malaysia. Selain menjadi lambang keagungan syiar Islam, masjid juga menjadi pusat pengembangan ajaran Islam. Perkataan Masjid berasal dari bahasa Arab. Secaraharfiahia bererti tempat sujud, iaitu posisi ketiga dalam solat (namaz), ketika dahi orang yang solat menyentuh tanah dalam kepatuhan dan penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah S.W.T (Nasr 1987 : 51).Terdapat seni tertentu didakwa berasal dari Masjid, contohnya seni kaligrafi khat Kufi, dan tilawah al- Quran (seni suara), Secara jelasnya, masjid memainkan peranan penting dalam pengciptaan atau penghasilan seni Islam yang baru ( Nasr 1987 : 23). Ciri-ciri yang nyata pada sesebuah masjid ialah kubah, menara, bumbung, pintu besar, tiang-tiang utama, mimbar masjid, mihrab, hiasan di ruang-ruang sebelah dalam masjid seperti seni ukir dan seni khat.Senibina masjid yang terawal adalah mempunyai ciri senibina rumah Melayu tradisional. Dari semasa ke semasa, binaan yang didirikan diperbaharui, diubah suai, dan disisipkan dengan unsur-unsur keseniandaripada pelbagai bangsa di dunia, terutamanya dari negara Islam yang lain. Gabungan dan percantuman unsur-unsur seni bina Islam dari negara Turki, Arab, Maghribi, Parsi, India, dan China telah membentuk dasar seni bina bagi sebahagian daripada masjid di Malaysia.Hampir semua bentuk masjid yang terawal mempunyai tiang. Lantai masjid biasanya ditinggikan dari paras tanah untuk mengelakkan air daripada memasuki masjid ketika banjir contohnya Masjid Kampung Laut, Kelantan. Bumbung masjid dibina bertingkat-tingkat, tinggi, dan curam untuk memudahkan penyaliran air apabila hujan lebat, supaya air tidak bertakung dan bahan kayu tidak cepat reput, contohnya Masjid Kampung Keling, Melaka.

MASJID KAMPUNG KELING, MELAKA

Masjid ini juga dikenali sebagai Masjid Kampung Balik Pali atau Masjid Kampung Kapur. Masjid ini terletak berhampiran dengan makam Hang Kasturi di bandar Melaka. Masjid ini dibina pada tahun 1748M, iaitu pada zaman pemerintahan Belanda. Seni bina masjid ini dipengaruhi oleh seni bina daripada Sumatera. Pada tahun 1872M, bangunan masjid ini yang asalnya diperbuat daripada bahan kayu telah digantikan dengan batu bata. Pada tahun 1908M, masjid ini diubah suai sekali lagi, tetapi struktumya masih dikekalkan. Ukiran yang terdapat pada bahagian tertentu masjid masih terus dipelihara sehingga ke hari ini. Sebuah menara yang berbentuk 'pagoda' batu telah dibina di sudut sebelah barat bangunan masjid (Mohamad Tajuddin 2000 : 71). Seni bina menara memperlihatkan pengaruh timur dan barat. Terdapat sebuah kolah di sudut selatan masjid ini. Di sebelahnya terdapat alat untuk melihat waktu sembahyang yang diperbuat daripada batu marmar dan simen. Alat inilah yang digunakan untuk menentukan waktu sembahyang sebelum jam direka. Siling, kepala pintu, dan kepala tingkap masjid adalah dihiasi dengan hiasan ukiran yang rumit dan halus mutu pertukangannya . Selain daripada mempunyai sebuah kubah yang konvensional, ia juga mempunyai 3 tingkat bumbung yang berbentuk seperti piramid. Masjid ini mempunyai menara yang berlainan daripada yang biasa disaksikan, di mana strukturnya yang seperti Pagoda memaparkan gabungan pengaruh arkitek Timur dan Barat. Masjid ini terletak di antara persimpangan Jalan Lekiu dan Jalan Tukang Emas. Pembinaan mimbar masjid siap pada tahun 1748 manakala penambahan tiang seri dilakukan pada tahun 1872 (Mohamad Tajuddin 2000 : 77).

ISTANA BALAI BESAR, KEDAH

Pengaruh agama Islam bukan sahaja dapat dilihat pada binaan masjid, malahan istana turut mempamerkan ciri yang berunsurkan senibina Islam yang paling ketara iaitu kubah dan menara. Istana bukan sahaja dijadikan tempat mengajar dan mempelajari agama Islam, malahan berperanan menjadi pelindung gerakan sufi ( Nasr 1987 : 23). Namun begitu, senibina istana di Tanah Melayu tidak banyak yang mengaplikasikan unsur senibina Islam berbanding senibina istana dinasti Islam di benua Asia Barat dan India. Senibina istana di alam Melayu khususnya yang terdapat di semenanjung Tanah Melayu pada zaman awal kedatangan Islam adalah kebanyakannya berkonsepkan tradisional tempatan dan mirip senibina yang terdapat di Sumatera. Setelah kemasukan Islam ke alam Melayu, masyarakat tempatan mula memasukkan unsur senibina Islam pada bangunan istana seperti kubah, menara, binaan menghadap kiblat, serta hiasan pada istana. Antara yang terawal mengaplikasikan konsep senibina Islam adalah Istana Balai Besar di Kedah. Ia dibina semasa pemerintahan Sultan Muhamad Jiwa (1710-1778M). Unsur senibina Islam pada bangunan istana ini adalah dilihat pada cara binaannya yang menghadap ke arah kiblat. Nama sebenar bangunan ini ialah Balai Penghadapan, yang merupakan tempat meletakkan astaka dan singgahsana sultan.Balai Besar dibina dengan gabungan keindahan senibina dan mempamerkan kehalusan dan keseniaan pertukangan kayu melayu yang mangagumkan. Kayu Cengal Emas digunakan sebagai bahan utama dalam pembinaan. Bangunan Balai Besar juga dihiasi dengan ukiran berwarna keemasan dan cermin dari China pada bumbungnya. Terdapat 42 tiang utama yang masih kukuh sehingga ke hari ini.

MASJID UBUDIAH KUALA KANGSAR, PERAK

Masjid Ubudiah terletak di Bukit Chandan, berhampiran dengan istana rasmi sultan Perak di Kuala Kangsar. Masjid ini dianggap sebagai salah sebuah masjid yang tercantik di Malaysia. Masjid ini menjadi kebanggaan umat Islam di negeri Perak. Pembinaan masjid ini dimulakan pada tahun 1913, iaitu pada masa pemerintahan Sultan Idris Mursyidul Azam Shah (1877 - 1916). Masjid ini dibina bagi menunaikan nazar yang baginda lakukan ketika gering. Baginda telah menitahkan pelukis pelan kerajaan negeri- negeri Melayu, A.B. Hubback melukiskan bentuk masjid mengikut idea baginda ( Mohamed 1998: 29).Masjid ini hanya dapat dibuka dengan rasminya pada tahun 1917 oleh Sultan Abdul Jalil Karamutullah Shah. Keluasan ruang bangunan induk masjid ialah 20 m x 20 m dan dilingkungi oIeh serambi selebar 2.5 m. Masjid Ubudiah ini berbentuk bangunan yang berpecah empat dengan empat buah anjung,' empat buah kubah, Iapan buah menara induk, dan 16 buah menara apit dengan kubah induk di tengah-tengahnya. Kubah emas dan menara masjid adalah bukti dari keindahan senibina Islam. Sebuah kolah dibina di sisi timur masjid. Kubah berwarna emas yang bergemilauan dengan menara-menara yang tidak sarna ketinggiannya memberikan pemandangan yang mengkagumkan. Pembinaan masjid ini menggunakan marmar Itali dan London. Seni bina masjid ini berdasarkan seni bina Moor, Timur Tengah, dan India Muslim( Mohamed 1998: 29).

REFLEKSI

Alhamdulillah dan syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, akhirnya kami dapat juga menyiapkan tugasan pendek ini. Walaupun berbagai cubaan ditempuhi namun terhasil jua tugasan ini.Pada peringkat permulaan menerima tugasan ini kami berasa sangat berat kerana ianya adalah tugasan secara berkumpulan. Memandangkan mod program kami adalah secara jarak jauh, maka terpikirlah oleh kami agak sukar untuk mengadakan perjumpaan kerana kami semua bukan daripada tempat yang sama. Namun begitu kami menerimanya secara positif dan memilih ahli kumpulan yang berada dikawasan yang berhampiran. Alhamdulillah kami berdua telah bersetuju untuk menjadi pasangan kerja kursus ini.Kami telah menetapkan setiap orang mencari bahan masing-masing dan setelah selesai kami mengadakan satu perjumpaan sehari yang bertempat di Perpustakaan Negeri untuk mengumpul dan memilih bahan. Semasa proses mencari bahan kami tidak menghadapi sebarang masalah keranan bahan TITAS boleh diperolehi daripada pelbagai sumber berikutan ianya adalah subjuk wajib bagi semua IPT. Banyak juga modul-modul daripada IPT lain menjadi bahan rujukan kami. Sumber-sumber daripada laman sesawang juga sangat memberangsangkan.Masalah mula timbul apabila kami terpaksa mencari Hadis, Al-Quran dan Ijmak Ulamak. Kami terpaksa membuat pembacaan yang lebih untuk mendapat bahan yang sesuai. Namun begitu kami berjaya juga mendapatkan bahannya. Kami juga agak kesuntukan masa kerana dalam masa yang sama kami juga perlu melakukan tugasan lain semasa di sekolah. Masa terpaksa dibahagikan dengan sewajarnya. Tambahan itu pula sekarang adalah bulan puasa dan cabarannya adalah masa yang terhad.Namun begitu, dengan adanya tugasan ini ianya telah menambahkan ilmu pengetahuan kami dalam TITAS. Ianya sangat berguna dan bermakna kepada kami untuk lebih memahami sesuatu itu. Jutaan terima kasih kepada rakan seperjuangan yang banyak memberikan dorongan dan semangat. Bagitu juga Ust. Razimi yang banyak menyampaikan ilmu semasa berada di dalam kelas.Akhirnya semoga selepas ini kami akan diberikan lebih masa lagi untuk melakukan setiap kerja kursus sekiranya ianya melibatkan kumpulan kerana ianya agak sukar dijalankan dengan mod kami sekarang. Seterusnya kami juga berharap agar kami tidak diberikan kerja kursus yang serentak dengan subjek lain dan masa penghantannya juga adalah sama. Namun begitu sekiranya itu adalah cabaran dan dugaan yang perlu kami tempuhi, kami akan sentiasa bersedia dan menyipkan diri daripada segi mental dan fizikal.

Sekian, terima kasih.

RUJUKAN

Abd. Wahid Jais & Faezah Kassim (2006), Interaksi Antara Tamadun Islam dan Tamadun Melayu, Kuala Lumpur, Pustaka Abdul Majid.

Abdul Ghani Samsudin, Ishak Sulaiman, Engku Ibrahim (2001), Seni Dalam Islam, Selangor, Intel Multimedia and Publication.

Abdul Rahman Haji Abdullah (1984). Sejarah dan Pemikiran Islam, Selangor,Penerbitan Pena Sdn. Bhd.

Ahmad Iman Arief (2009), Pembentukan Islam Hadhari,Kuala Lumpur, Sabana Media Sdn. Bhd

Al-Ustadh Mustafa, Abdul Rahman (2000), Hadith 40,Shah Alam Selangor, Dewan Pustaka Fajar

NHJ-MAK/PPG/PK/IPIP/2011 35