235
Nizam Zakaria 1 Wilayah Persekutuan Singapura, Malaya 2005... P ADA hari esok, Aliya akan menyambut hari lahirnya yang kelapan belas. Tidak ada seorang pun yang ingin meraikan hari lahirnya. Mereka semua lupa. Pada hari- hari seperti inilah Aliya merasa begitu sepi. Sepanjang malam itu Aliya menghabiskan masanya dengan termenung ketika sedang bekerja di 7-Eleven, di Blok 111, Lorong 1, Toa Payoh. Aliya sebenarnya tidak mempunyai semangat untuk bekerja. Fikirannya berserabut memikirkan tentang kehidupannya yang penuh membosankan. Aliya tidak mempunyai ramai kawan di Singapura. Kedua-dua orang tua dan adik-beradiknya yang lain berada di kampungnya di Segamat, kecuali kakak sulungnya yang mengikut suaminya menetap di Singapura. Aliya telah berhijrah ke Singapura sejak enam bulan yang lalu. Kini dia menumpang di rumah kak longnya. Seperti keluarganya di kampung, keluarga kak longnya itu juga besar. Di rumah kak longnya itu, dia terpaksa tidur

Awang Vampiro

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Awang Vampiro

Nizam Zakaria

1

Wilayah Persekutuan Singapura, Malaya 2005...

Pada hari esok, aliya akan menyambut hari lahirnya yang kelapan belas. Tidak ada seorang pun yang ingin meraikan hari lahirnya. Mereka semua lupa. Pada hari-

hari seperti inilah aliya merasa begitu sepi.

Sepanjang malam itu aliya menghabiskan masanya dengan termenung ketika sedang bekerja di 7-Eleven, di Blok 111, Lorong 1, Toa Payoh. aliya sebenarnya tidak mempunyai semangat untuk bekerja. Fikirannya berserabut memikirkan tentang kehidupannya yang penuh membosankan.

aliya tidak mempunyai ramai kawan di Singapura. Kedua-dua orang tua dan adik-beradiknya yang lain berada di kampungnya di Segamat, kecuali kakak sulungnya yang mengikut suaminya menetap di Singapura.

aliya telah berhijrah ke Singapura sejak enam bulan yang lalu. Kini dia menumpang di rumah kak longnya. Seperti keluarganya di kampung, keluarga kak longnya itu juga besar. di rumah kak longnya itu, dia terpaksa tidur

Page 2: Awang Vampiro

Awang Vampiro

2

sebilik dengan empat orang anak saudaranya yang semuanya masih bersekolah – bersesak-sesak di dalam bilik tidur yang sama. Walaupun dia telah lama menetap di rumah kak longnya, dia masih merasa tidak selesa. dia masih merasakan dirinya orang luar yang datang menumpang, tidak lebih dari itu.

Sejurus selepas selesai bekerja, aliya terus keluar lalu melintasi jalan untuk ke tempat tinggalnya di Blok 116, yang letaknya betul-betul di hadapan Blok 111. Ketika berjalan, aliya mendapati malam itu bulan mengambang cerah. angin pula bertiup kencang. aliya kesejukan. dia berpeluk tubuh ketika berjalan.

aliya memikirkan kembali tentang mimpinya semalam. Mimpinya yang telah berulang-ulang sejak beberapa minggu yang lepas. Mimpi yang sama tentang seorang lelaki yang dilihatnya sedang terjun dari bumbung bangunan tempat tinggalnya. di dalam mimpinya itu, dia dapat melihat wajah lelaki itu dengan jelas. dia dapat melihat lelaki itu memandang kepadanya lalu terjun tanpa berkata-kata di dalam malam bulan mengambang seperti malam ini. Mimpinya itu membuatnya merasa resah tidak sudah....

aliya merenung ke arah muka pintu lif di Blok 116, sehinggalah pintu lif terbuka untuk membawanya ke tingkat atas. Entah mengapa, untuk melayani rasa bosan, dia menekan butang untuk ke tingkat dua puluh dan bukan ke tingkat empat belas. di dalam lif, dia termenung memandang ke arah siling lif. Kemudian dia memandang ke arah jam di pergelangan tangannya. Beberapa minit lagi dia akan menyambut hari lahirnya.

apabila pintu lif terbuka, aliya keluar dari perut lif, lalu menarik nafas dalam-dalam. Suasana di Blok 116 agak

Page 3: Awang Vampiro

Nizam Zakaria

3

sunyi pada malam itu – yang kedengaran hanyalah bunyi sayup-sayup rancangan TV berbahasa Cina yang sedang ditonton oleh seorang penduduk tingkat dua puluh yang masih belum tidur.

aliya mendaki tangga yang menuju ke arah bumbung flat. dia memandang ke atas. aliya dapat melihat terdapat sebuah tangga besi di sana. Tangga besi itu mengarah ke sebuah pintu kecil yang nampaknya tidak terkunci seperti kebiasaannya. dia memberanikan diri meniti tangga besi untuk naik ke bumbung flat.

Setibanya aliya di bahagian teratas tangga besi itu, dia membuka pintu kecil tersebut lalu memanjat sehingga ke bumbung.

aliya tidak tahu dari mana dia memperoleh keberanian untuk meneroka kawasan bumbung flat pada malam-malam buta seperti ini. di dalam masa yang sama, dia turut merasakan seolah-olah suara hatinya terpanggil agar pergi ke sini. Pada malam ini. Pada saat ini.

aliya berjalan dengan berhati-hati di atas bumbung yang berangin itu. Tangannya memegang dinding batu yang menutupi tangki air agar dia tidak terjatuh. Kawasan bumbung itu dilimpahi dengan cahaya bulan yang menerangi bumi pada malam itu. Keadaan hening di atas bumbung ditambah lagi dengan panorama kota Singapura membuatkan perasaan aliya tenang ketika berada di situ.

aliya menarik nafas panjang-panjang. dia duduk di situ. dia memandang ke arah langit yang tidak berawan pada malam itu. dia mengeluarkan coklat Sneakers yang dicurinya dari tempat kerjanya tadi. dia mengeluarkan coklat Sneakers dari bungkusan lalu mula mengunyah.

Ketika itu aliya memandang ke arah hujung

Page 4: Awang Vampiro

Awang Vampiro

4

bumbung. dia terkejut tatkala melihat seorang lelaki dengan pakaian serba hitam sedang berdiri di situ. Lelaki tersebut memandang ke arahnya tanpa berkata apa-apa. aliya yakin dia pernah melihat kelibat lelaki itu sebelum ini. Ya, aliya pasti dia telah mengenali lelaki itu dari mimpinya sebelum ini!

aliya memberanikan diri untuk mendekati lelaki tersebut.

apa yang sedang lelaki misteri itu lakukan di situ pada malam hari seperti ini? tanya aliya kepada dirinya sendiri. Tetapi, dia juga sedang berada di situ. Mungkin mereka mempunyai tujuan yang sama – mencari ketenangan.

“Excuse me...” aliya memulakan bicara. “You buat apa kat sini?”

Lelaki tersebut menoleh ke arah aliya. dia tersenyum nakal. Kemudian katanya perlahan, “aku tunggu kau.”

“apa?”

“Bukankah kau ke sini kerana kau terpanggil untuk ke sini?”

“Sorrylah... wrong number. I nak balik. dah lewat sangat ni,” kata aliya cepat-cepat. dia mahu pergi. dia tidak ada masa hendak melayan perkara yang bukan-bukan di malam hari seperti ini, di atas bumbung Blok 116 yang sepi itu.

“aliya...”

“Huh!” aliya terkejut kerana lelaki tersebut memanggil namanya.

“Nama aku awang... kita pernah bertemu.”

“apa?”

Page 5: Awang Vampiro

Nizam Zakaria

5

“Kau pernah lihat aku di dalam mimpi kau... di sini.”

“Mana kau tahu tentang semua ni?” tanya aliya kehairanan. Tetapi dia tidak takut. dia dapat merasakan dia tidak perlu takut kepada awang.

“aliya... segala-galanya tentang diri kau aku tahu.” awang berjalan semakin hampir ke bahagian tebing bumbung. “aku tahu tentang diri kau lebih daripada kau mengenali siapa diri kau sendiri!”

“Siapa kau sebenarnya?”

Cahaya bulan menyimbah ke wajah awang yang pucat. Wajah awang menampakkan ketenangan. dia mempunyai raut wajah yang tampan, tetapi jelas kelihatan seperti dia pernah menanggung musibah yang tidak terkira beratnya.

“Sudah aku jelaskan... nama aku awang,” jawab awang lalu berjalan meniti tebing di tepi bumbung. Jika tidak berhati-hati, dia akan jatuh ke bawah.

aliya cemas apabila awang berjalan seperti itu, langsung tidak mengendahkan keselamatannya.

“apa yang kau mahu daripada aku?” tanya aliya. Kemudian dia mahu memekik apabila melihat awang memusingkan tubuhnya ke hadapan lalu terjun dari bangunan flat, di hadapan mata kepalanya sendiri.

aliya mahu memekik tetapi lidahnya kelu. dia terlalu terkejut. awang telah terjun membunuh diri. Kini dia menjadi saksi kepada kes bunuh diri!

“aku mahu kau sedar bahawa kau adalah seorang manusia istimewa, aliya,” ujar awang di belakang aliya.

Mulut aliya ternganga apabila dia mendapati awang

Page 6: Awang Vampiro

Awang Vampiro

6

sedang terapung beberapa meter dari permukaan bumbung sebelum dia turun menghadapnya.

aku sedang bermimpi! tingkah aliya di dalam hati sambil menepuk pipinya. dia mahu bangun dari mimpinya.

“Kau bukan bermimpi, aliya!” ujar awang yang telah membaca isi hati aliya.

Perbuatan awang telah membuatkan aliya panik. degupan jantungnya semakin kencang. Lebih-lebih lagi apabila awang semakin mendekatinya. awang menyentuh rambutnya yang panjang mengurai itu. dia memerhatikan rambut aliya dengan penuh minat.

aliya menepis tangan awang. dia dapat merasakan tangan awang sejuk. Terlalu sejuk.

“Kau tentu selalu tertanya-tanya... mengapa kau perlu hidup, sedangkan hidup ini membosankan. Manusia-manusia yang kau kenali tak faham dengan perangai kau yang suka menyendiri dan lebih-lebih lagi keistimewaan semula jadi yang kau ada. Mereka tak faham kau mampu melihat benda-benda yang kau sendiri tak fahami. Jika kau dilahirkan di masa yang lampau, kau akan dianggap sebagai seorang orakel,” awang masih terapung di hadapannya dengan kaki masih tidak menjejak lantai.

Sedetik aliya memikirkan tentang kata-kata awang tadi. Sememangnya ada benarnya kata-kata awang itu. Sejak kecil lagi dia dapat melihat imej yang bukan-bukan di dalam kepalanya. Imej-imej tempat dan wajah yang tidak dikenalinya tiba-tiba sahaja datang meresap ke dalam fikirannya. Sehingga kini dia tidak mampu untuk memahami sebahagian besar dari apa yang dilihatnya. Tatkala masih kecil dia sering menceritakan kepada anggota keluarganya yang lebih tua tentang apa yang dapat dilihatnya - seperti

Page 7: Awang Vampiro

Nizam Zakaria

7

berita kematian orang kampungnya serta musibah yang bakal menimpa mereka. ahli keluarga akhirnya memaksa dia jangan memberitahu kepada orang lain tentang apa yang dapat dilihatnya. Mereka tidak mahu orang kampung menganggap dirinya pembawa kecelakaan kepada penduduk kampung.

apa yang membuatkan aliya lebih gusar adalah dia dapat merasakan seperti ada sesuatu yang tidak kena di dalam hidupnya. aliya juga dapat merasakan seolah-olah dia hanya menunggu masa diseru untuk melakukan sesuatu yang bermakna buat dirinya.

Selama ini aliya hidup dalam keadaan penuh keliru. dia keliru dengan dirinya dan keadaan di sekelilingnya. dia tidak mampu memahami dirinya dan kuasa luar biasa yang dimilikinya.

“Jadi, apa kau mahu daripada aku?” tanya aliya dengan gugup setelah lama dilumangkan sepi.

“aku mahu kau ikut aku pergi dari sini... ke tempat di mana keistimewaan kau ini dapat digunakan untuk menyelamatkan umat manusia.”

“ah, benda ni dah tak masuk akal lagi! aku nak balik!” aliya menggeleng lalu berjalan ke arah anak tangga yang akan membawanya ke tingkat bawah.

“adakah itu yang kau mahu?” tanya awang dengan suara yang lantang.

aliya berhenti melangkah. Kalimah-kalimah awang berdengung di dalam kepalanya.

“Kau mahu terus-menerus hidup begini tanpa mengetahui siapa diri kau sebenarnya?”

aliya menoleh lalu memandang kepada awang. dia

Page 8: Awang Vampiro

Awang Vampiro

8

tidak tahu siapa awang sebenarnya dan masih tidak dapat mempercayai dia sedang mendengar kata-kata seorang lelaki yang mampu terapung di udara. Mungkin dia sedang bermimpi, gamaknya.

“Siapa sebenarnya aku?”

“Kau manusia istimewa dengan salasilah yang cukup istimewa. Keturunan kau sejak turun-temurun telah banyak membantu manusia dengan kebolehan luar biasa yang diturunkan pada kamu semua.”

“apa yang kau cakap ni?”

“Kau anak angkat...”

“aku tahu, jadi kenapa?” jerkah aliya. Sesiapa sahaja yang melihatnya pasti dapat mengagak dia adalah anak angkat keluarganya. dia jelas mempunyai wajah kacukan Melayu - Eropah. Wajahnya manis dan terserlah kecantikannya jika dibandingkan dengan wajah keluarga angkatnya.

Tidak banyak yang aliya tahu tentang latar belakangnya. apa yang dia tahu, ketika masih bayi dia telah ditinggalkan di hadapan rumah keluarga angkatnya. Sejak kecil dia telah menganggap keluarga angkatnya itu sebagai keluarganya sendiri.

“Kau tak kenal siapa keluarga kau sebenarnya kerana kau perlu dilindungi. Jika kau tak disembunyikan, pihak musuh akan cuba mencari kau dan membunuh kau.” awang memulakan cerita.

“ada orang mahu mencari dan membunuh aku?”

“Ya... tak lama lagi kau akan tahu sendiri tentang mereka ini,” jelas awang sebelum dia menambah lagi. “Ibu dan bapa kau tahu bahawa kau manusia yang istimewa. Sebab

Page 9: Awang Vampiro

Nizam Zakaria

9

itu mereka menyembunyikan kau dari musuh-musuh mereka. Kedua-dua orang tua kau tahu kami akan datang untuk mendapatkan kau ketika usia kau tepat lapan belas tahun. dan kini masanya telah tiba.”

“apa yang telah terjadi pada keluarga kandung aku?”

“Mereka telah lama dibunuh. Bila kita ada masa nanti, akan aku ceritakan tentang mereka pada kau.”

“apa yang kau cakap ni semuanya tak masuk akallah!”

“Kau sendiri tahu bahawa kehidupan kau akhirnya akan menuju ke arah ini. Jauh dalam hati kau... kau tahu kau istimewa dan keistimewaan kau ini akan kau gunakan dengan sebaiknya.” Kata-kata awang bergema di dalam kepalanya tanpa awang perlu membuka mulut. awang menggunakan kuasanya untuk masuk ke dalam kepala aliya lagi.

awang kini berjalan menghampiri aliya. awang merenung ke dalam mata aliya. Sepintas lalu aliya dapat melihat apa yang mahu diperlihatkan oleh awang kepadanya.

Wajah aliya pucat. Kini dia lebih memahami. dengan sekelip mata, awang telah membuatkan aliya melihat apa yang perlu dilihatnya. aliya telah diperlihatkan suasana apokalips yang menakutkan apabila umat manusia diperhambai oleh satu kuasa jahat yang mahu menguasai bumi. Pada waktu itu ramai manusia yang terkorban. Yang hidup pula, hidup dalam keadaan kegelapan yang penuh terseksa keadaannya. Bumi ini gelap, kontang, gersang!

aliya mula merasakan perlu melakukan sesuatu dan nalurinya memberitahu dia memang boleh melakukan sesuatu untuk menyelamatkan umat manusia.

“Tapi mengapa aku?”

Page 10: Awang Vampiro

Awang Vampiro

10

“Kerana tanpa kau, kami tak mungkin dapat mengalahkan mereka,” jelas awang walaupun dia tidak memberitahu kepada aliya identiti ‘kami’ yang telah disebutkan dalam kalimah-kalimahnya.

“aku tak faham...”

“Kuasa istimewa kau diperlukan oleh kami untuk menghalang mereka dari cuba memusnahkan manusia dengan menukar perjalanan sejarah.”

“apa?”

“dunia kau ini adalah dunia yang telah mereka ubah perjalanan sejarahnya. Jika kita tak melakukan sesuatu, dunia kau ini akan berubah di luar jangkauan pemahaman kau!”

“Maksud kau?”

“dengan menukar perjalanan sejarah mereka dapat memastikan penguasaan mutlak mereka terhadap manusia.”

“Kau dari mana sebenarnya ni?” tanya aliya yang kebingungan.

“Kau akan tahu kelak,” kata awang tanpa mahu menjelaskan lagi. “aku perlu bawa kau ke dunia aku.”

“Tidak. Maafkan aku. This is too weird!”

“Kau tak ada pilihan lain, aliya.” awang mengeluarkan sebilah pisau tajam dari dalam kotnya. dia menoreh telapak tangannya. dia memastikan darah pekatnya melekat pada pisau itu sebelum dia menghunus pisau tersebut ke perut aliya. Pergerakan awang terlalu pantas dan cekap sehingga aliya tidak sempat hendak mengelak. Baju aliya terus dibasahi dengan darah yang mengalir deras dari perutnya.

aliya dapat merasakan kesakitan yang amat. Bisa

Page 11: Awang Vampiro

Nizam Zakaria

11

tusukan pisau awang terasa sehingga ke tulang sumsum. dengan sepantas kilat, awang menolak aliya ke tebing bumbung sehingga mereka berdua terjatuh dari bangunan dua puluh tingkat itu. dengan serta-merta aliya mula sedar dia sedang berhadapan dengan kematiannya.

aliya dapat melihat dirinya terjatuh bersama awang. Semuanya berlaku seperti sebuah filem yang telah dilambatkan. aliya dapat melihat wajah awang yang kelihatan puas ketika tubuhnya berhenti dari terus terjatuh lalu terapung di tingkat enam.

Tatkala itu, awang menarik kembali pisau yang tertusuk di perut aliya. darah aliya yang membasahi bajunya kini hilang seperti diserap masuk kembali ke dalam tubuhnya.

Sedetik kemudian, tubuh aliya rebah ke atas lantai simen di hadapan sebuah kedai foto di Blok 116. awang yang sedang terapung di tingkat enam dengan selamba masuk ke dalam koridor lalu berjalan ke arah lif terdekat.

Tubuh aliya terkulai kaku di atas lantai simen yang dingin dengan kepalanya terpusing ke belakang.

Seminit kemudian, seorang wanita menjerit apabila terserempak dengan tubuh aliya yang terkulai di hadapannya.

awang berjalan menghampiri tubuh aliya. dia tersenyum puas. Walaupun begitu dia tahu kerjanya masih belum selesai lagi....

AliyA bermimpi. di dalam mimpi ngerinya itu dia dapat melihat kembali kemusnahan umat manusia yang telah

Page 12: Awang Vampiro

Awang Vampiro

12

ditunjukkan oleh awang kepadanya sebelum ini. Mimpi ngerinya itu berulang-ulang - dia langsung tidak dapat melarikan dirinya dari terus digamit mimpi ngeri itu. dia merasa dirinya terperangkap di dalam mimpi ngerinya sendiri.

apabila aliya membuka kelopak matanya, dia mendapati awang sedang berdiri di hadapannya. Bayu dingin malam menyapu wajahnya ketika dia sedang berada di dalam keadaan terbaring di sebelah kubur yang baru sahaja digali.

aliya cuba menggeliat, tetapi dia mendapati tubuhnya telah dikapankan. dua orang gadis kembar berbangsa Eropah berambut perang membuka kain kapan yang melitupi tubuhnya.

Tubuh aliya diselimuti dengan sehelai kain berwarna hitam sebaik sahaja kain kapannya selesai dibuka. Pasangan kembar itu kemudian memandang ke arah awang untuk menunggu arahan seterusnya.

Tatkala itu aliya menghirup udara malam dalam-dalam. dia merasa begitu segar sekali. dirinya merasa begitu bertenaga. dia tidak perlu lagi mengenakan cermin mata atau kanta pelekap untuk melihat dengan jelas. dia merasa pelik, dia seolah-olah sedang berada di dalam tubuh yang lain.

“di mana aku sekarang?” tanya aliya dengan wajah penuh kerisauan. Bingung, lapar dan dahaga datang menerpa.

“Kau di Tanah Perkuburan Bidadari,” jawab awang dengan selamba.

“apa?” aliya memerhatikan keadaan di sekelilingnya. Sememangnya dia sedang berada di kawasan perkuburan.

Page 13: Awang Vampiro

Nizam Zakaria

13

“Mereka telah tanam kau petang tadi.” awang menjelaskan. dia memegang bahu aliya. dielusnya bahu aliya perlahan-lahan seolah-olah dia telah lama mesra dengannya.

“apa ni? Is this a joke?” aliya menepis tangan awang.

“aku telah uruskan agar kematian kau kelihatan seperti kejadian bunuh diri.” awang memandang pada skrin kecil di lengannya yang mula berkelip-kelip. “Sekarang dengan rasminya kau dianggap telah mati. Jadi tak ada sesiapa pun yang akan mencari kau lagi. Kau boleh bergerak bebas untuk ke mana-mana yang kau suka.”

“Kematian aku? apa pula ni? aku masih hidup!” aliya menyerigai dalam kekeliruannya. Walaupun begitu, dia masih dapat mengingati perbuatan awang membunuhnya dengan menusuk pisau ke perutnya lalu menolaknya jatuh dari flat tempat tinggalnya.

aliya memandang perutnya. dia mendapati tidak ada apa-apa kesan tusukan di situ.

“Kau pastinya haus.” awang menukar topik perbualan dengan mencampakkan sebiji botol logam berwarna merah kepada aliya.

dengan pantas aliya dapat menangkap botol tersebut. dia sendiri tidak mempercayai ketangkasan tangannya.

aliya membuka penutup botol tersebut. dia meneguk isi botol tersebut. dia tidak pernah merasa air sesedap itu seumur hidupnya. Setiap tegukan cecair di dalam botol yang masuk ke dalam perutnya membuatkan dirinya semakin segar dan bertenaga. Rasa lapar dan dahaga yang amat tadi hilang dengan serta-merta.

Page 14: Awang Vampiro

Awang Vampiro

14

“air apa ni?” tanya aliya kepada awang. Tubuhnya yang tadi terasa dingin kini dihangatkan oleh haba tenaga luar biasa.

“darah...” jawab awang tenang. “Bukan dari jenis sintetik. aku fikir kau layak merasai darah asli manusia buat kali pertama untuk menghilangkan rasa lapar di dalam diri kau. Mulai sekarang, tubuh kau hanya boleh menerima darah untuk kau minum agar dapat terus hidup. Kau tak boleh makan seperti manusia biasa. Tubuh kau takkan menerima apa yang kau makan. Kau perlu ingat, kau bukan bergelar manusia lagi....”

Wajah aliya berubah pucat. Botol yang dipegangnya tadi terjatuh ke atas tanah. dia tidak mahu mempercayai kata-kata awang tadi hatta nalurinya memberitahu awang berkata benar kepadanya.

dalam pada itu, aliya mula sedar kini pandangan matanya menjadi semakin terang dan pendengarannya juga bertambah jelas. aliya memandang ke arah beberapa lembaga aneh yang muncul di hadapannya. Lembaga itu berjalan mundar-mandir di kawasan tanah perkuburan.

“Siapa mereka?” tanya aliya ketakutan. Bulu romanya naik menegak tatkala melihat kelibat lembaga-lembaga yang kelihatan begitu menyeramkan baginya.

“Tak usah pedulikan siapa mereka. Mereka takkan ganggu kau selagi kau tak mengganggu mereka,” ujar awang.

aliya ketakutan. Sukar untuknya mencerna penjelasan daripada awang tadi, inikan pula menerima apa yang sedang berlaku terhadap dirinya sekarang. dia masih bingung. dia masih yakin sedang bermimpi.

“apa yang dah kau lakukan pada aku?” Sekonyong-konyong aliya bertanyakan soalan ini kepada awang apabila

Page 15: Awang Vampiro

Nizam Zakaria

15

dia semakin sedar perubahan yang berlaku terhadap dirinya. Fikirannya masih bingung. Otaknya masih cacamarba.

“Kau telah dilahirkan semula sebagai makhluk seperti aku.”

“apa maksud kau?”

“Kau sekarang seorang vampiro, aliya.... Seorang orakel yang telah dijadikan seorang vampiro. Kau bakal menjadi antara vampiro yang paling berkuasa yang pernah wujud di dunia ini.” awang menekan skin lebar di lengannya. Sarung tangan hitamnya mengeluarkan cahaya terang pada bahagian hujung jari telunjuknya. Kemudian dia menuding jari telunjuknya ke hadapan seolah-olah ingin menyentuh sesuatu. Ruang kosong di hadapannya kelihatan seperti air yang terpercik kemudian bergelombang. Perlahan-lahan gelombang itu semakin membesar sebelum berubah menjadi sebuah pusaran dengan diameter dua meter lebar.

awang memegang tangan aliya. Serta-merta aliya dapat merasakan dia perlu memberikan sepenuh kepercayaan kepada awang. dia berjalan mengikut awang masuk ke dalam pusaran misteri itu....

Page 16: Awang Vampiro

Awang Vampiro

16

Page 17: Awang Vampiro

Nizam Zakaria

17

Buku

I

Page 18: Awang Vampiro

Awang Vampiro

18

Bab 1

SelAmA hidupku, aku pasti bahawa aku telah dilahirkan pada tahun 1493 - itulah yang aku fikirkan, kerana tatkala itu aku berumur tujuh belas atau mungkin

lapan belas tahun, ketika Portugis datang menyerang Melaka.

Sememangnya aku telah menyaksikan segala-galanya. Jika aku diminta menceritakan kembali peristiwa berdarah serangan Portugis ke atas Melaka, mungkin mereka yang mendengarnya tidak akan mempercayainya. Mereka mungkin tidak akan mempercayai bahawa suatu ketika dahulu bumi Melaka yang bertuah pernah bermandikan darah.

Sayugia dicatatkan di sini, aku sendiri telah melihat bagaimana sungai Melaka pernah bertukar merah. aku sendiri melihat bagaimana ramainya anak Melayu Melaka yang telah

Page 19: Awang Vampiro

Nizam Zakaria

19

dibunuh, disembelih dan diseksa di hadapanku. aku dapat melihat segala-galanya.

Ketika itu aku bersama anak-anak muda Melayu Melaka yang lain, kami telah berhempas pulas cuba mempertahankan kota Melaka. Tetapi tidak banyak yang dapat kami lakukan untuk melawan bala tentera Portugis yang lengkap bersenjata dan cukup terlatih. Masakan anak-anak muda Melaka sepertiku yang hanya bersenjatakan pedang, keris dan tombak dapat melawan bala tentera Portugis yang bersenjatakan meriam, senapang dan panah?

Tatkala aku tidak mampu melawan kemaraan bala tentera Portugis yang terus menyerang, merompak dan memusnahkan kota Melaka, aku terus pulang ke rumahku yang terletak di pinggir kota Melaka untuk mempertahankan nasib keluargaku di sana.

Tengah malam... aku pulang kepenatan dengan baju yang dikotori lumpur dan darah. Hanyir. aku dapat melihat wajah bimbang ibu dan bapaku. Ibuku menangis sambil memelukku. dia fikir aku sudah mati, kerana ramai anak jiran-jiranku yang diberitakan telah mati. aku memberitahu kepadanya bahawa nyawaku masih liat. aku belum mahu mati lagi.

Tidak sampai sejam aku berada di rumah, seorang anggota tentera Portugis merempuh masuk ke dalam rumahku. Sebelum api pelita di rumahku padam, aku dapat melihat wajahnya yang pucat dengan rambutnya yang perang keemasan. Tidak seperti tentera-tentera Portugis yang lain, aku dapati wajahnya licin tidak berjambang. Matanya biru. Wajahnya berseri. Usianya mungkin sekitar pertengahan dua puluhan. dia masih muda lagi.

aku pasti boleh melawannya. Oleh itu aku

Page 20: Awang Vampiro

Awang Vampiro

20

mengambil kerisku dan bapaku pula mengeluarkan tombak untuk menewaskannya. Kami cuba sedaya upaya untuk menyekat kemaraannya, tetapi dengan cepat aku sedar bahawa apa yang cuba kami tentang pada ketika itu adalah sesuatu yang berada jauh di luar jangkauan kami.

Seteruku itu terlalu kuat. Terlalu hebat. Sebaik sahaja pelita dipadamkan olehnya, aku langsung tidak dapat melihat kelibatnya dengan jelas. aku hanya dapat melihat satu bayangan hitam yang bergerak pantas di dalam gelap. Kemudian tanpa amaran, dengan sekali libas, dia membuatku terpelanting ke udara lalu rebah melanggar dinding kayu rumahku sehingga pecah. aku tidak dapat mengingati apa yang telah berlaku selepas itu. aku jatuh pengsan buat seketika.

Tatkala aku membuka kelopak mata, aku dapat melihat bahagian dapur rumahku mula terbakar. di dalam cahaya samar-samar, aku dapat melihat tubuh adik-adikku yang masih kecil bergelimpangan dalam keadaan mengerikan. aku dapat mendengar suara ibuku menjerit-jerit sambil memeluk tubuh adik bongsuku yang berlumuran darah. Lehernya telah dikelar.

apabila aku memandang ke arah pintu yang mengarah ke anjung rumahku, aku dapat melihat bapaku pula - di hadapan mataku sendiri, bapa dibunuh dengan cara yang kejam. Lehernya ditoreh dengan sebilah pisau besi yang akhirnya aku kenali sebagai pisau secespita – sebilah pisau yang telah digunakan untuk membunuh keluargaku yang kini menjadi milikku.

darah memancut keluar dengan deras dari leher bapaku, lantas darahnya itu diratah oleh tentera Portugis yang kejam itu, yang kemudian aku kenali dengan nama Cassius, orang paling kanan Fernao de Magalhaes; seorang

Page 21: Awang Vampiro

Nizam Zakaria

21

nakhoda salah sebuah kapal perang dalam satu armada yang telah diketuai oleh alfonso d’albuquerque.

Ibuku, kerana terlalu ketakutan melihat adik-adik serta bapaku dibunuh dengan kejam oleh Cassius terus pengsan di hadapanku. Beberapa detik kemudian ibu dibunuh oleh Cassius dengan cara yang sama. darahnya dihisap dengan lahap sehinggalah ke saat nadinya terhenti. Terkulai. Mati.

Tatkala aku melihat keluargaku dibunuh dengan kejam oleh Cassius, aku langsung tidak mampu melawan. Tubuhku pada waktu itu terlalu lemah rasanya. Kaki dan tanganku seperti telah dilumpuhkan oleh Cassius. Sememangnya aku lebih rela mati pada malam itu dari melihat Cassius membunuh mereka yang aku sayangi. Tetapi hakikatnya, kematian yang aku minta tidak akan dapat dikecapi sehinggalah aku berusia dua puluh lapan tahun. Hanya pada waktu itulah aku diberikan peluang untuk mati.

Setelah Cassius selesai membunuh seluruh anggota keluargaku di hadapan mataku, dia telah menangkapku, lantas dia membawaku ke atas kapal yang dikendalikan oleh Fernao. di sana, aku telah dipasung bersama beberapa lagi tawanan lain. Cassius telah dibenarkan untuk melakukan apa sahaja ke atas tawanan-tawanan perangnya. dia diberikan kuasa ini sebagai ganjaran oleh Fernao kerana telah membantu pihak Portugis menawan Melaka.

Maka pada ketika itulah aku terus diperlihatkan kekejaman Cassius yang tidak mengenali batas. dia cuba mengorek rahsia daripadaku untuk mengetahui tempat persembunyian saki-baki tentera Melaka yang masih cuba berjuang menentang penjajahan Portugis sehingga ke titisan darah yang terakhir. aku sememangnya langsung tidak tahu- menahu tentang hal ini. aku cuba memberitahunya melalui

Page 22: Awang Vampiro

Awang Vampiro

22

seorang pedagang India bahawa aku anak seorang pedagang yang berasal dari Sumatra. aku langsung tidak tahu-menahu tentang rahsia ketenteraan Melaka.

“dia kata kau berbohong,” ujar pedagang dari India itu kepadaku dengan suara terketar-ketar di dalam bahasa Portugis yang telah dipelajarinya di Goa.

Cassius memandang wajahku dalam-dalam sebelum dia keluar dari bilik penyeksaan.

Beberapa minit kemudian, dia muncul semula ke dalam bilik dengan membawa kawan sekampungku yang bernama Kasturi. Kami telah bersama-sama berjuang melawan kemaraan Portugis ke Melaka beberapa hari yang lalu. Hubunganku dengan Kasturi memang rapat, malah aku telah menganggapnya sebagai abang kandungku sendiri. Jika bukan kerananya, aku tidak mungkin akan berhempas pulas cuba mempertahankan Melaka dari ditawan Portugis.

Kasturi yang tua tiga tahun daripadaku itu telah diiringi oleh dua orang tentera Portugis. aku dapat melihat Kasturi berada di dalam keadaan bogel dengan tubuhnya dipenuhi dengan tanda-tanda sebatan. aku mahu memalingkan kepalaku ke arah lain, tetapi Cassius telah memegang kepalaku dengan kuat agar aku dapat menyaksikan kekejaman yang bakal dilakukannya terhadap Kasturi.

“Beritahu kepadanya di mana hulubalang-hulubalang bersembunyi!” pedagang India itu memberitahu kepadaku kemahuan Cassius. Kasturi merintih meminta agar diriku dibebaskan.

Kasturi mencium kaki Cassius lalu memberitahu kepadanya bahawa dia sanggup mati asalkan aku tidak diapa-apakan. Cassius hanya mentertawakannya lalu menyuruh dua orang pembantunya agar mencangkuk kaki dan tangan

Page 23: Awang Vampiro

Nizam Zakaria

23

Kasturi dengan cangkuk besi yang tajam. Kasturi menjerit sekuat hati menahan sakit.

“aku tak tahu!” getusku cuba melawan. “dia boleh bunuh aku kalau dia mahu, tapi aku tak boleh beritahu kepadanya apa yang aku sendiri tak tahu!”

Cassius menggeleng, seolah-olah bosan mendengar penjelasanku.

“Kalau kau tak beritahu, dia akan siat kulit kawan kau!” ucap pedagang India dengan suaranya menggambarkan ketakutan yang amat.

“aku cakap aku tak tahu...” kataku dengan suara lesu. Salah seorang tentera Portugis telah diminta Cassius agar memegang kepalaku dan mataku dibuka secara paksa.

aku akhirnya menangis walaupun pada ketika itu tidak ada air mata lagi yang mampu mengalir – apabila aku melihat kulit Kasturi disiat-siat oleh Cassius. Jeritan Kasturi begitu menyayat hati sehingga hari ini jeritannya itu masih terngiang-ngiang di telinga.

Kulit Kasturi telah disiat dengan begitu teliti oleh Cassius. Sememangnya Cassius mempunyai ketelitian yang tinggi di dalam bidang ini. dia telah melakukan kerjanya dengan begitu teliti dengan pisau secespita yang tajam sehingga kulit Kasturi dapat ditanggalkan seperti baju. darah merah pekat Kasturi membuak-buak mengalir ketika Cassius melakukan pekerjaannya ini.

aku tidak dapat membayangkan keperitan penyeksaan yang terpaksa dilalui oleh Kasturi pada ketika itu. aku tidak sanggup melihat keadaannya. Pedagang India yang ada bersama pada ketika itu jatuh pengsan tatkala melihatkan kekejaman yang telah dilakukan terhadap Kasturi.

Beberapa kali Kasturi telah meminta agar Cassius

Page 24: Awang Vampiro

Awang Vampiro

24

membunuhnya sahaja daripada dia terpaksa menanggung kesakitan yang amat - lebih-lebih lagi apabila Cassius menyiat kulit kepalanya dan mukanya sehingga hanya kelihatan biji mata dan daging merah yang masih melekat di tengkorak mukanya.

arakian selepas itu, aku dapat mendengar jeritan Kasturi terhenti. Yang tertinggal pada waktu itu hanyalah sekujur tubuh merah yang tidak berkulit dengan darah menitik ke atas lantai papan. Ketika itu, aku dapati Kasturi masih bernafas lagi. dia masih hidup lagi di dalam keadaan tubuhnya yang mengerikan itu. Cassius menjilat darah Kasturi yang menitik dari tubuhnya itu sehingga ke titisan yang terakhir apabila nyawa Kasturi akhirnya berpisah dari tubuhnya.

Genggaman di kepalaku dilepaskan sebaik sahaja Cassius selesai melakukan tugasnya. aku memandang ke bawah lantas melihat darah Kasturi yang tergenang di papan lantai dengan bau hanyir menusuk ke hidung. Menjijikkan! aku mahu muntah, tetapi perutku tidak terkandung sebarang sisa untuk aku muntahkan setelah tiga hari tidak menjamah makanan.

“aku tahu kau tak tahu-menahu tentang tempat persembunyian tentera Melaka...” kata Cassius sambil menggenggam rambutku tanpa mulutnya bergerak-gerak. dia telah menujukan kalimah-kalimah yang aku fahami ini terus ke dalam hatiku.

“Jadi, kenapa kau perlu seksanya begini?” aku memberanikan diri bertanya soalan ini kepadanya.

“Kerana aku mahu mengujimu.” Itulah jawapan yang diberikan sebelum Cassius mengheret keluar tubuhku yang lemah dari bilik penyeksaan. “dan kerana aku tahu jika

Page 25: Awang Vampiro

Nizam Zakaria

25

dia mati, maka tak ada lagilah manusia yang kau sayangi lagi dalam dunia ini...” kata Cassius sebelum aku dihumbankan kembali ke dalam bilik tawanan yang gelap serta busuk dengan bau mayat-mayat yang masih tidak dikeluarkan lagi.

Fernao telah memilih untuk membiarkanku daripada dijadikan bahan hiburan oleh Cassius - dengan diriku diseksa setengah mati sebelum aku dibahamnya seperti tawanan-tawanan lain.

Cassius pernah memberitahuku, tatkala Fernao pergi melawat tawanan-tawanannya, dia terpegun melihat keindahan wajahku dalam kalangan tawanan yang ada.

Kata Cassius, “keindahan wajahmu tatkala disinari sinaran cahaya bulan merupakan satu keindahan yang berjaya membuat dirinya terpesona. Kau mempunyai wajah yang mampu melembutkan jiwanya.”

di atas permintaan Fernao, dia telah mengarahkan Cassius agar aku dibebaskan lantas dihadiahkan kepadanya sebagai hamba tebusan. Cassius bersetuju, walaupun katanya, sebelum ini dia telah bercadang untuk menoreh dadaku dan mengeluarkan jantungku ketika ia masih lagi berdegup kencang.

Maka, Fernao telah menjadikanku sebagai hamba suruhannya. Lagipun sudah menjadi satu tradisi untuk anggota angkatan laut Portugis diberikan seorang hamba tebusan perang. Cuma kebanyakan daripada mereka mengambil hamba tebusan wanita yang mana keturunan mereka terus berada di Melaka sehingga kini....

Tetapi pada mulanya bukan satu perkara yang mudah untuk menerima hakikat bahawa aku dijadikan seorang hamba. Memang sejak dari kecil lagi aku telah menunjukkan bahawa aku mempunyai sifat yang degil dan

Page 26: Awang Vampiro

Awang Vampiro

26

keras kepala. akan tetapi, Cassius mempunyai caranya yang tersendiri untuk melentur malah memecahkan semangat kentalku. Selama hampir dua minggu aku tidak diberi makan dan dikurung bersama berpuluh-puluh tawanan yang lain. dan dalam masa itulah bermacam-macam jenis kekejaman dan keganasan yang dapat aku lihat terus dilakukan oleh Cassius terhadap tawanan-tawanan perang Portugis. Tatkala itulah aku mula sedar bahawa Cassius bukan seorang manusia mahupun haiwan. dia adalah sesuatu makhluk yang hanya mampu muncul di malam hari untuk menyeksa kemudian meratah darah tawanan-tawanannya.

Mereka yang telah mati, mayat mereka telah dibiarkan busuk di dalam bilik tawanan. Entah berapa puluh mayat yang busuk disimpan di dalam bilik kurungan sebelum mayat-mayat itu dibuang ke dalam laut. Satu demi satu tawanan yang telah dipasung, dibunuh dengan cara yang kejam. aku hanya menunggu masa sahaja untuk mati, dan mati dengan cara yang perlahan dan menjijikkan. Tetapi aku tidak diberikan pilihan oleh Cassius untuk memilih jalan yang berakhir dengan kematian. dia mahu aku terus hidup. Setelah aku memikirkan tentang nasibku kini hidup sebagai seorang vampiro, mungkin ada baiknya jika aku mati sahaja pada waktu itu. Tetapi ini tidak, dia terus menyeksaku dengan menjadikan aku seorang vampiro.

Perlahan-lahan akhirnya aku akur bahawa diri tidak mungkin mampu melawan seteruku Cassius. Cassius yang aku benci setengah mati itu tidak mungkin dapat aku lawan. Jika dia manusia, mungkin aku boleh melakukan sesuatu. Sekurang-kurangnya membuka pencak silat, seperti yang pernah diajarkan oleh bapaku, seorang pedagang dari Sumatra yang terkenal, yang juga seorang guru silat yang tersohor, lantas mencederakannya. Tetapi masakan dia

Page 27: Awang Vampiro

Nizam Zakaria

27

mampu melakukan ini semua kerana dia bukan manusia biasa. aku akhirnya akur bahawa aku tidak mungkin boleh mencederakan, malah membunuh sesuatu yang sudah lama mati, yang tidak mungkin lagi dapat diterima bumi - yang mana kejadiannya dilaknati dan tidak lagi dapat difahami oleh manusia biasa seperti Cassius.

Pada waktu itu, entah mengapa semangatku untuk terus hidup tiba-tiba muncul dalam diri. di dalam hatiku, aku menyimpan cita-cita untuk membunuh Cassius suatu hari nanti. dan untuk membunuh Cassius, aku perlu terus hidup.

aku perlu tahu kelemahannya kerana aku pasti setiap makhluk Tuhan ada kelemahannya. aku terpaksa menerima hakikat bahawa untuk terus hidup, aku perlu menjadi seorang hamba. aku bersungguh-sungguh mahu terus hidup setelah melihat kematian demi kematian yang kejam berlaku di hadapanku, lebih-lebih lagi kematian keluargaku sendiri. aku akhirnya bernekad tidak mahu mati dibunuh oleh Cassius yang sememangnya sudah lama hilang sifat-sifat peri kemanusiaan.

Maka, aku telah dijaga oleh Fernao seperti dia menjaga anaknya sendiri, dan pastinya lebih dari itu. aku terus disayang dan dibelainya, malah lebih dari apa yang mampu diberikannya kepada isterinya sendiri, Biatriz yang selalu sahaja ditinggal-tinggalkannya.

Seterusnya Fernao mengurniakanku dengan nama baru, Enrique. Satu nama yang diberikan kepadaku secara paksa, tanpa pengetahuanku sendiri pada mulanya. Satu nama yang akan membuatkan diriku dicapkan oleh sejarah sebagai tali barut Portugis buat selama-lamanya.

Satu nama yang telah diberikan kepadaku setelah

Page 28: Awang Vampiro

Awang Vampiro

28

aku dibaptis tatkala sedang berada dalam keadaan separuh sedar setelah dikeluarkan dari dalam kurungan di atas kapal yang dikendalikan oleh Fernao di Selat Melaka dahulu. Tetapi apa yang pasti bagiku, perkara ini hanya wujud pada nama dan secara paksa. aku bernekad untuk terus mentaati agama yang dianuti semenjak aku dilahirkan. Cukuplah dengan yang Satu itu, aku tidak perlu dipaksa untuk menyembah yang lain.

Setelah aku dibaptis, aku terus dididik dan dibelai oleh Fernao. diberinya aku segala pendidikan yang seharusnya layak diberikan kepada anak-anak bangsawan Portugis. Melalui pendidikan yang aku terima daripada Fernao, dengan segera aku dapat mempelajari bahasa Portugis dan beberapa bahasa lain Eropah. Fernao akhirnya akur bahawa anak Melayu seperti aku cerdik dan bukannya bodoh sepertimana yang difikirkan oleh bangsanya yang angkuh itu. Maka setelah dia mengenaliku dan kemampuan yang aku ada, langsung ditolaknya ke tepi segala prasangka buruk tentang kelemahan umat manusia Nusantara yang pernah ada di dalam jiwanya.

Walaupun hubunganku dengan Fernao baik, sejak dari mula lagi aku dapati hubunganku dengan pelaut-pelaut yang lain agak renggang. Mungkin aku sendiri tidak mahu mengadakan hubungan rapat dengan mereka, kerana aku tidak mungkin dapat melupakan bahawa mereka adalah bangsa yang telah menjajah bangsaku.

Selain dari menerima nama jolokan ‘hitam’ kerana kulitku yang jelas lebih gelap dari pelaut-pelaut Portugis yang putih dan pucat itu, aku telah diberikan nama jolokon ‘muy ladino’, kerana kebolehanku bertutur dalam pelbagai bahasa. dengan kebolehanku bertutur dalam beberapa bahasa Eropah, aku telah menolong dan mengajar Francesco

Page 29: Awang Vampiro

Nizam Zakaria

29

antonio Pigafetta mempelajari bahasa Melayu. dengan bantuanku, Francesco akhirnya dapat mengumpul sebanyak empat ratus dua puluh enam perkataan Melayu, lantas diabadikan di dalam kamus Melayu - Itali pertama oleh alessandrio Bausini.

Berbekalkan ilmu pelayaran yang pernah dipelajarinya daripada bapaku, serta apa yang diajarkan sendiri oleh Fernao, aku akhirnya menjadi seorang yang ahli dalam seni pelayaran.

Kesetiaan aku pada ketika itu hanya kepada Fernao yang selama ini telah banyak berbudi kepadaku. Walaupun begitu, pada waktu itu aku tidak pernah lupa bahawa Fernao dan Cassius adalah seteruku dan mereka berdua adalah penyebab mengapa aku perlu terus hidup. Kedua-duanya harus mati di tanganku nanti!

arakiannya, aku telah mempelajari tentang kejadian Cassius tatkala dia bersama bala tentera Portugis pergi memerangi pihak Moor di Maghribi setahun selepas mereka berjaya menakluki Melaka. Tatkala berperang di tanah afrika di dalam peperangan azamor itulah aku telah menyelamatkan nyawa Fernao, walaupun aku kadangkala merasakan Fernao seharusnya dibiarkan mati di sana.

dalam keadaan tempang, di atas kapal perangnya, Fernao telah menunaikan apa sahaja permintaanku sebagai ganjaran kerana telah menyelamatkan nyawanya. aku tidak meminta ganjaran dari segi wang dan harta, memandangkan aku tidak pernah berminat pada kekayaan, mahu pun kebebasannya sendiri, kerana fikirku, aku sudah cukup puas dapat belayar ke segala pelosok Nusantara sehingga ke Eropah bersamanya. apa yang aku mahu daripadanya adalah cerita mengenai latar belakang Cassius....

Page 30: Awang Vampiro

Awang Vampiro

30

Maka Fernao menunaikan permintaanku itu. Lagipun Fernao sudah merasakan bahawa telah sampai masanya untukku mengetahui kisah sebenar tentang kejadian Cassius. dengan panjang lebar Fernao telah menceritakan kepadaku mengapa Cassius hauskan darah dan hanya dapat hidup dengan darah. Fernao memberitahuku bahawa makhluk seperti Cassius dikenali di Lisbon dan di beberapa tempat di Eropah dengan nama vampiro. dia mungkin telah hidup sejak beratus-ratus tahun yang lalu, atau mungkin lebih dari itu.

Menurut Fernao, Cassius telah berjaya ditangkap hidup-hidup di India ketika beliau cuba lari ke Venice - satu perkara yang jarang dapat dilakukan kepada makhluk vampiro. Fikir Fernao, mungkin juga Cassius mahu dirinya ditangkap. apa yang pasti, Fernao sedar bahawa dia harus menggunakan segala kelebihan yang ada dalam diri Cassius untuk mengalahkan lawannya tatkala berperang. Jika bukan kerana bantuan Cassius dengan menggunakan kuasa luar biasa yang ada di dalam dirinya, masakan bala tentera Portugis seramai seribu dua ratus orang tentera dengan empat belas buah kapal masih boleh menakluki Melaka, sedangkan Melaka mempunyai bala tentera seramai dua puluh ribu orang yang dilengkapkan dengan dua ribu patah senapang.

Maka terburailah segala rahsia kekuatan bala tentera Portugis dan juga siapa Cassius sebenarnya. Jika selama ini kisah mengenai Cassius hanya menjadi desas-desus anak-anak kapal, kini desas-desus itu telah disahkan sendiri oleh Fernao. Maka dengan kepastian ini, dapatlah aku mengetahui serta mempelajari segala kelemahan yang mungkin ada pada diri Cassius dan cara untuk memusnahkannya jika perlu.

Page 31: Awang Vampiro

Nizam Zakaria

31

Peluang untuk aku bersemuka kembali dengan Cassius timbul apabila malang mula menimpa diri Fernao selepas melakukan tugas-tugas ketenteraan di afrika dan di India. Beliau telah dituduh melakukan salah laku mengadakan hubungan perdagangan haram dengan pihak Moor sehingga Raja Portugis, Manuel I tidak mahu Fernao menghadapnya lagi. dan dalam kekecewaan ini, Fernao telah menawarkan khidmatnya kepada Sepanyol.

Untuk meyakinkan Raja Carlos I agar memberikan tugas meneroka lautan yang tidak pernah diterokai oleh kuasa-kuasa Eropah, Fernao telah membawa aku menghadap Raja Carlos I di istananya. aku telah dipersembahkan kepada Raja Carlos I dan Majlis dirajanya sebagai seorang jurubahasa dan pelaut yang dapat berkhidmat untuk pihaknya sebaik sahaja pihak Sepanyol tiba di kepulauan rempah nanti.

Maka pada waktu aku dibawa untuk menghadap Raja Carlos I yang pada ketika itu masih lagi berusia lapan belas tahun. aku akhirnya dapat melihat sendiri kedaulatan dan keagungan seorang raja Eropah yang amat berkuasa pada waktu itu - termasuk segala kekayaan yang telah dirampasnya dari andalusia. di istananya yang gah itu aku telah diuji sama ada benar aku mampu berbahasa Melayu - seorang gadis yang berasal dari Sumatra yang telah dijadikan hamba dibawa untuk berhadapan denganku.

aku agak terkejut melihat seorang gadis Melayu yang berpakaian Eropah dihadapkan di hadapan Raja Carlos I. dengan perasaan takut-takut aku bertutur kepadanya.

“Saya mahu pulang. Beritahu pada mereka saya mahu pulang! Saya lebih rela mati dari terus diperhambakan begini!” Itulah kalimah-kalimah pertama yang kudengari diluahkan kepadaku. Gadis yang tidak sempat aku tanya namanya itu hampir mahu menangis di hadapanku.

Page 32: Awang Vampiro

Awang Vampiro

32

aku menarik nafas panjang-panjang. aku pasti bahawa gadis tersebut yang senasib denganku itu telah dijadikan hamba seks oleh tuannya. Jika difikirkan, nasib kami sebenarnya serupa dalam banyak hal.

“Saya tak dapat membantu, kerana saya sendiri seorang hamba,” sambutku sebelum menoleh kepada Raja Carlos I, lantas memberitahu kepada baginda dalam bahasa Perancis tentang apa yang telah dikatakan oleh gadis tersebut.

Raja Carlos I sekadar ketawa, seolah-olah baginda sedang berhadapan dengan dua buah anak patung automatik yang mampu berkata-kata dan bukan dua orang manusia yang mempunyai hati dan perasaan. aku rasa pada waktu itu, baginda cukup terpesona tatkala melihat sendiri kebolehanku bertutur dalam beberapa bahasa utama Eropah dengan fasih.

Raja Carlos I yang mempunyai cita-cita tinggi untuk menjadikan Sepanyol sebuah kuasa besar akhirnya bersetuju untuk meneroka jalan barat untuk ke Nusantara dan khususnya ke Maluku. Fernao menerima berita baik ini dengan gembira, walaupun dia telah terlebih dahulu diberitahu oleh Rui Faleiro, ahli nujum, ahli astronomi dan ahli matematik yang menjadi rakan kongsinya di dalam ekspedisi ini bahawa dalam tilikannya, sememangnya Fernao telah ditakdirkan untuk mengelilingi dunia.

Raja Carlos I telah memberikan Fernao dan Rui Faleiro lima buah kapal. San antonio, Conception, Victoria, Santiago serta kapal utama Trinidad untuk dikendalikannya bagi mencari jalan dari arah barat untuk ke Maluku kerana pihak Portugis telah mendominasi jalan dari arah timur. Sekali lagi, untuk melakukan tugas yang berat ini, Fernao telah mendapatkan khidmat Cassius.

Page 33: Awang Vampiro

Nizam Zakaria

33

Rui Faleiro tidak bersetuju dengan keputusan Fernao mendapatkan khidmat Cassius. dalam tilikannya, dia dapat melihat kejadian yang tidak baik bakal menimpa dirinya jika dia mengikut ekspedisi ini. dia akhirnya memberitahu kepada Fernao dia mahu menarik diri dari ekspedisi ini. Fernao kecewa dengan keputusan yang telah diambil oleh Rui Faleiro.

Sebelum mereka berpisah, Rui Faleiro telah membisikkan sesuatu ke dalam telingaku. Katanya, dalam ramalannya, dia dapat melihat Fernao akan menemui ajalnya di dalam ekspidisi mencari jalan baru ke Kepulauan Rempah Maluku.

“aku pula bagaimana? apa yang boleh kau lihat dari hasil tilikanmu?” aku memberanikan diri bertanya soalan ini kepada Rui Faleiro.

“Kau perlu berhati-hati dengan Cassius. Hidup dan matimu ada di tangannya.” Itulah kata Rui Faleiro tanpa mahu menambah lagi. Itulah kali terakhir aku bertemu dengannya.

Maka aku, Fernao, Cassius serta anak-anak kapal seramai lebih dua ratus tujuh puluh orang berlepas dari pelabuhan Sepanyol di Sanlucar de Barrameda pada tanggal 20 September 1519. Satu perjalanan penuh bersejarah dan akan terus diingati oleh manusia sejagat.

“PerSediAAn selama lapan belas bulan telah diambil sebelum kita boleh belayar dari Seville. dan sekarang, kita terdampar di sini!” ujar Cassius yang tiba-tiba muncul di belakangku. Wajahnya nampak pucat di bawah sinaran bulan yang sedang mengambang pada malam itu.

Page 34: Awang Vampiro

Awang Vampiro

34

aku terkejut melihat kemunculannya yang datang secara tiba-tiba. Tatkala itu aku sedang termenung kosong di atas kapal Trinidad di Teluk San Julian yang terletak di amerika Selatan.

“Pelayaran ini mengambil masa yang lama untuk disediakan kerana para perisik Raja Manuel telah mengetahui tentang pelayaran ini. Mereka telah melakukan segala-galanya untuk memastikan agar pihak Sepanyol gagal menguasai jalan untuk ke Maluku,” jelas Cassius, memberitahu kepadaku sesuatu yang telah lama aku ketahui dari mulut Rui Faleiro sendiri.

“Tapi pelayaran ini telah dirahsiakan. Tidak ada sesiapa pun yang sepatutnya tahu tentang perjalanan kita ini.” Mataku terus memandang ke hadapan. Kalau boleh aku tidak mahu menatap matanya yang biru itu.

“Raja Manuel beranggapan segala kekayaan di timur adalah miliknya dan miliknya saja.”

dahiku terkerut tatkala mendengar penjelasan Cassius tadi. aku tidak faham mengapa dia perlu membuka lembaran bicaranya ini kepadaku.

Sambung Cassius lagi, “malah aku sendiri telah dibayar oleh para perisik Portugis untuk memastikan bahawa pelayaran ini gagal.”

aku kurang pasti jika Cassius berkata benar kepadaku ataupun dia sengaja mahu berjenaka. Lantas untuk mengetahui dengan lebih lanjut, aku memberanikan diri merenung ke dalam matanya. Tidak ada apa-apa yang dapat aku baca dari merenungnya begitu. Seolah-olah jiwanya kosong.

“aku tak sejahat yang kau fikirkan...” Cassius tersengih sambil memandangku.

Page 35: Awang Vampiro

Nizam Zakaria

35

Kalimah-kalimahnya ini langsung membuatkan tekakku terasa loya tatkala mendengarnya. aku terus mendiamkan diri sambil terus memandangnya. aku dapat melihat wajahnya tidak pernah dimakan usia sejak kali pertama aku bertentang mata dengannya di Melaka dahulu. Malah kini, wajahku pula nampak lebih tua daripadanya.

“Yang lebih keterlaluan bagi aku adalah rancangan don Juan de Fonseca, Bishop Burgos merangkap perunding kanan Raja Carlos dan para peminjam wang dari Jerman yang telah membiayai pelayaran ini. Mereka sebenarnya kurang senang dengan ganjaran besar yang bakal diterima Fernao jika dia berjaya mencari jalan baru ke Maluku. Mereka cukup takut pelayaran ini terlalu ‘Portugis’, jadi Bishop Fonseca telah mendapatkan anak luar nikahnya, Juan de Cartagena untuk menjadi nakhoda. Beberapa kelasi Sepanyol juga telah diambil menjadi anak kapal. Semua orang saling mencurigai di sini.”

“aku tahu mereka saling mencurigai, lebih-lebih lagi pada anak-anak kapal berbangsa Portugis. Kesetiaan anak-anak kapal Portugis pada Sepanyol selalu dipersoalkan oleh mereka, termasuk juga kesetiaanku, kerana hubunganku dengan Fernao...”

“aku tahu,” Cassius memandang ke arahku dengan satu pandangan yang tajam. dia seolah-olah bersimpati denganku. “Mengikut Perjanjian Tordesillas tahun 1494, mana-mana jajahan timur Rom adalah milik Portugis dan di baratnya pula milik Sepanyol. Fernao fikirkan dengan belayar ke arah barat, dia akan dapat mencari jalan ke Maluku lalu membuktikan Kepulauan Rempah-rempah adalah milik Sepanyol, dan bukan Portugis. Tapi...”

“Tapi apa?”

Page 36: Awang Vampiro

Awang Vampiro

36

“aku rasa kau pasti pernah melihat salinan peta-peta Ptolemy ketika berutusan dengan Rui Faleiro. Peta-petanya telah dilakarkan dengan merujuk kepada bentuk bumi yang bulat. aku pernah berdebat dengannya tentang jarak ‘Semenanjung Emas’, nama yang telah diberikannya kepada tanah semenanjung di mana letaknya Melaka sekarang ini dengan negara China ketika dia masih hidup dahulu di Iskandariah. Tapi sayang, banyak dari peta-petanya hilang. Walau bagaimanapun, aku ada menyimpan peta-petanya yang jelas menunjukkan ukur lilit bumi yang telah dikiranya dengan lebih tepat,” Cassius menjelaskan. dia telah menyatakan dia mengenali Ptolemy, seorang ahli matematik, astronomi dan pemetaan yang tersohor dari Iskandariah yang hidup kira-kira seratus tahun sesudah Masihi. Kini timbul pula perasaan ingin tahu berapakah usia Cassius sebenarnya.

“Kau masih menyimpan peta-peta lamanya?” tanyaku ingin tahu. aku pernah melihat Rui Faleiro menelaah peta-peta lama Ptolemy dari buku ‘Geographica’ untuk membuat persediaan pelayaran Sepanyol yang diketuai oleh Fernao. aku dapat mengagak Rui Faleiro telah merujuk peta-peta Ptolemy yang telah dialih bahasa ke bahasa Latin untuk mencari jalan dari barat Sepanyol untuk ke Maluku.

“Lukisan peta dunia di dalam koleksi ‘Geographica’ Ptolemy sepertimana yang telah diterjemahkan oleh Jacopo d’angelo da Scarperia bukan satu-satunya hasil kerjanya. Melalui penelitian aku kepada peta-peta Ptolemy yang ada di tanganku, Fernao akan melakukan kesilapan yang besar nanti. Satu kesilapan yang akan melebihi kesilapan Columbus yang memikirkan perjalanan ke asia dari arah barat lebih dekat dari yang sepatutnya.”

“Jadi kalau kau tahu tentang hal ini, mengapa tak beritahu saja pada Rui Faleiro?”

Page 37: Awang Vampiro

Nizam Zakaria

37

“ahli nujum gila itu terlalu angkuh! dia tak suka aku bersekongkol dengan Fernao, kerana dia tahu aku seorang vampiro. Sebab itulah peta-peta lama Ptolemy kepunyaanku tak pernah aku tunjukkan padanya. Lagipun aku membencinya kerana katanya, aku akan membawa kepada kemusnahan Fernao satu hari nanti. Errr... mungkin benar juga kata-katanya itu,” Cassius ketawa seorang diri.

“apa yang telah kau lakukan untuk menggagalkan pelayaran ini?” tanyaku dengan serius. aku mahukan penjelasan yang jujur daripadanya. Tidak ada apa lagi yang boleh dilakukan oleh Cassius sehinggakan akan mengejutkanku.

“Sebenarnya aku tak perlu melakukan apa-apa. Pelayaran ini sejak dari mula lagi seperti telah disumpah agar ia berakhir dengan musibah,” suara Cassius penuh bersahaja. “Kenapa kau selalu saja fikir yang bukan-bukan tentang aku?”

aku kelihatan sedikit terganggu. Banyak kali rasanya Fernao memberitahu kepadaku bahawa Cassius mempunyai kebolehan luar biasa untuk menilik fikiran orang di sekelilingnya. aku mula merasakan bahawa apa yang dinyatakan oleh Fernao mungkin ada kebenarannya.

“Kau fikirkan aku tak tahu apa yang kau mahukan daripadaku?” kata Cassius tiba-tiba. dia tersengih-sengih sendiri. “Kau mahu aku mati. Bukannya aku tak tahu kau membenciku setengah mati. Kalau boleh kau sendiri mahu membunuhku!”

“aku tak faham maksud kata-kata kau tu!” sambutku lantas memberanikan diri untuk terus memandang wajahnya yang nampak bengis itu. anak-anak kapal lain mungkin tidak seberaniku untuk berhadapan dengannya begini. Sejak mereka berlabuh di Teluk San Julián,

Page 38: Awang Vampiro

Awang Vampiro

38

bermacam-macam cerita yang aku dengar tentang kejadian-kejadian yang tidak diingini berlaku di sini. Terdapat beberapa orang anak kapal yang hilang ataupun mayat mereka dijumpai dalam keadaan yang mengerikan. Begitu juga dengan penduduk-penduduk tempatan Tehuelche, yang telah ditangkap dan diperhambakan, dan ramai antara mereka yang terkulai mati pada keesokan harinya. ada beberapa orang anak kapal seolah-olah tahu semua ini telah dilakukan oleh Cassius sendiri.

Perkara ini telah membuatkan beberapa anak kapal takut dan ada antara mereka yang mahu memberontak. Walaupun begitu, pemberontakan tersebut dapat dipatahkan oleh Fernao dengan membunuh ketua pemberontak yang bernama Quesada dan anak-anak buahnya. dan kini, aku pasti darah Quesada dan pemberontak-pemberontak lain telah dihisap hingga kering oleh Cassius.

“Kau tentu sudah tahu siapa aku sebenarnya.” Cassius mendekatkan dirinya kepadaku, seolah-olah mahu menghiduku. aku rasa dia dapat mencium bauku yang didapatinya kurang mengeluarkan bau ketakutan. aku tidak takut kepadanya.

Cassius tersenyum sendiri. Biar dia tahu bahawa anak muda dari Melaka yang pernah diheretnya ke dalam kapal Portugis untuk dijadikan makanannya ini rupa-rupanya seorang yang berani menghadapinya. Membunuhnya suatu hari nanti!

aku mengangguk perlahan. dalam pada itu, aku dapat memerhatikan keadaan tubuh Cassius yang segar-bugar, sedangkan aku dan anak-anak kapal yang lain semakin kurus dan tidak terurus. Sentiasa sahaja berlapar siang dan malam.

Page 39: Awang Vampiro

Nizam Zakaria

39

“Mungkin masanya akan tiba kelak apabila aku akan jadikan kau sebahagian dari diriku,” ujar Cassius. dia ternyata dapat menilik apa yang akan berlaku pada masa depan. Satu tilikan yang terlalu menggusarkan buat diriku, kerana aku tidak mungkin rela menjadi sebahagian dari apa yang aku benci setengah mati!

“Tak mungkin!” ujarku sambil memandang ke arah Tanah Besar Patagonia. aku tidak mengerti mengapa aku harus menjadi makhluk terkutuk seperti Cassius. aku tidak mungkin mahu menjadi sepertinya.

dengan tiba-tiba, Cassius menggenggam tanganku. aku cuba menarik tanganku kembali tetapi tidak berjaya. Tidak mungkin aku dapat melawannya. aku tahu betapa kuatnya Si Cassius ini. Kekuatannya yang luar biasa itu melebihi kekuatan sepuluh orang lelaki.

Cassius memandang ke atas telapak tanganku. dia meneliti garisan-garisan halus yang terdapat di situ. dia tersenyum. dia cukup puas dengan apa yang dapat dibacanya.

“Kau memang ditakdirkan untuk menjadi makhluk sepertiku. Memang aku sudah rasa dari mula, tapi kini aku semakin yakin bahawa kaulah orangnya,” jelas Cassius. Tetapi penjelasannya itu membuatku merasa kurang selesa.

“Tak mungkin!” getusku dengan kuat.

“Kau tak perlu bimbang... lambat-laun kau akan menerimanya juga,” ujar Cassius. dia berjalan semakin dekat ke arahku lantas berdiri di sebelahku sambil memandang ke arah Teluk San Julian. Kemudian dengan suara yang perlahan, dia menceritakan kepadaku tentang sejarah kehidupannya.

Cassius telah dilahirkan di dalam sebuah keluarga bangsawan ‘patricians’ di kota Rom pada tahun 70 Masihi.

Page 40: Awang Vampiro

Awang Vampiro

40

Bapanya adalah seorang ahli politik tersohor di kota Rom. di usia muda, dia telah diajar oleh ahli falsafah Rom yang terkenal, Epictetus di kota Nicopolis dengan pelbagai ilmu untuk menjadikannya seorang ahli politik yang berjaya, dan dalam masa yang sama, seorang gladiator yang telah dibebaskan, Quartus telah diambil untuk melatihnya menjadi seorang pejuang yang hebat. Tatkala berusia dua puluh enam tahun, Cassius mula menempah nama sebagai seorang panglima tentera Rom yang terkenal. Namanya mula disebut-sebut sebagai pengganti tempat bapanya. dan mungkin lebih dari itu....

Cassius sentiasa hauskan saingan baik yang dapat menguji kebolehannya untuk berlawan dan berperang. Tidak cukup rasanya dengan tugasan-tugasannya di kota jajahan Rom di Philadelphia. Beliau sendiri telah banyak kali berlawan dengan para gladiator semata-mata untuk menguji kekuatannya.

Pada suatu hari, Cassius telah mendengar cerita tentang kewujudan seorang bangsawan buta dari Jerash yang bernama Tiresias yang mungkin boleh menjadi saingannya. Beliau sendiri telah ke Jerash untuk bertemu dengannya. Cassius mahu menguji kebolehan bangsawan buta itu untuk bertarung dengannya. Permintaan tersebut telah dimakbulkan oleh Tiresias.

dalam pertarungan mereka, yang telah dilakukan pada waktu tengah malam di kawasan Forum di Jerash yang indah dengan kolum-kolum hebat diperbuat dari batu-batu marmar itu, buat pertama kalinya Cassius dapat dikalahkan, Malah pertarungan itu berakhir dalam masa yang begitu singkat. Sememangnya Cassius tidak boleh menerima hakikat beliau telah dikalahkan oleh seorang lelaki yang buta.

Cassius tidak berpuas hati atas kekalahannya. dia

Page 41: Awang Vampiro

Nizam Zakaria

41

naik berang. dia seolah-olah mahu melawan Tiresias kembali, maka dia pun masuk ke istananya, walaupun perkara ini dibantah sekeras-kerasnya oleh pengawal-pengawal peribadi Cassius dari Praetoria. dan pada malam itulah perkara yang tidak disangka-sangka berlaku. Tiresias telah menggigit leher Cassius dengan gigi taringnya yang tajam lantas menghisap darahnya. Tiresias telah memberitahu Cassius dalam bahasa Yunani bahawa inilah pemberiannya kepada Cassius. Satu pemberian yang dicari-carinya selama ini.

Sejak dari hari itu, Cassius terus menjadi makhluk kejam penghisap darah. Walaupun begitu, dia tidak pernah menyesal akan nasib yang telah menimpanya, malah dirasakan seolah-olah inilah takdir yang dinanti-nantikannya.

“Tapi aku bukan binatang seperti kau!” bantahku setelah Cassius habis bercerita.

“aku tahu kau membenciku, Enrique,” sambut Cassius, memanggilku dengan nama yang telah diberikan oleh Fernao kepadaku. Mungkin dia sengaja memanggilku dengan nama ‘Enrique’ kerana dia tahu aku benci dipanggil dengan nama ini.

“aku tahu kau mahu membalas dendam ke atas kematian keluarga kau di Melaka.”

aku cuba menahan sabar. Nafasku turun naik dengan cepat.

“aku tahu apa yang kau mahukan dalam hidup ini selain dari melihat aku mati...” Cassius bergerak beberapa tapak ke belakang, terus tubuhnya digelapkan oleh bayang-bayang yang hitam.

“aku tahu kau mahukan kebebasan. aku tahu kau tak mahu menjadi hamba tebusan seumur hidup. Kau mahu jadi manusia bebas seperti guruku Epictetus yang telah

Page 42: Awang Vampiro

Awang Vampiro

42

dilahirkan sebagai hamba di Hierapolis yang akhirnya menjadi seorang rakyat Rom yang bebas.”

Maka pada saat itu, aku susah mendapatkan kepastian bahawa sememangnya Cassius mampu membaca isi hatiku. aku tidak mungkin dapat berahsia dengannya.

“Perkara yang paling kau takut adalah apabila Fernao mati nanti. Kau terus akan menjadi seorang hamba tebusan, walaupun kau tahu dalam wasiatnya, dia mahu kau dibebaskan selepas dia mati kelak. Itu janjinya pada kau.”

“Ya... aku mahu menjadi manusia bebas. Bukan seorang hamba seperti sekarang ini.” aku mengakui dengan suara yang perlahan. Walaupun kadangkala aku cukup benci dengan Fernao kerana telah menjadikanku hamba tebusannya, aku tetap setia kepadanya setelah lama kami bersama.

Untuk terus hidup, aku memerlukan Fernao. aku merasakan perlu terus hidup agar segala dendamku terhadap Cassius dapat dibalas suatu hari nanti!

“Kau sebenarnya tak banyak beza dengan aku, Enrique.” Cassius tiba-tiba sahaja muncul di belakangku, begitu dekat denganku.

“Bukan, aku bukan seperti kau! aku bukan seorang vampiro!”

Cassius tersenyum lebar. dia mengusap-usap rambut perangnya yang tumbuh dengan subur. Kemudian dia menepuk bahuku dengan satu tepukan yang padu. Katanya kemudian, “satu perkara yang pernah Epictetus beritahu kepadaku sebelum dia dibuang dari Rom oleh Maharaja domitian adalah, kita semua harus menerima segala takdir yang telah ditentukan kepada kita kerana segala-galanya datang daripada-Nya, yang telah menjadikan dunia ini sebaik

Page 43: Awang Vampiro

Nizam Zakaria

43

mungkin untuk kita semua. Kita perlu hidup mengikut ketentuan alam, Enrique.”

Cassius nampaknya cukup pasti bahawa masanya akan tiba apabila aku akan menjadi makhluk vampiro sepertinya. Cassius hanya perlu menunggu sedikit masa sahaja untuk perkara ini berlaku, kerana tanda-tanda yang nyata sudah mula ada dalam diriku untuk mengesahkan bahawa aku akan menjadi vampiro tidak lama lagi.

SetelAh enam bulan terdampar di San Julian, Fernao akhirnya belayar ke arah selatan dan seterusnya ke bahagian paling selatan benua amerika lalu menamakan selat tersebut sempena namanya. Kemudian, beliau mengarahkan kapal-kapalnya bergerak ke arah utara, ke sebuah lautan luas yang dinamakan Pasifik, atau membawa maksud ‘tenang’. Kerana didapatinya lautan yang luas ini lebih tenang dari lautan atlantik.

Pada masa ini, hanya tiga buah kapal sahaja yang tinggal. Kapal Santiago dikatakan telah tenggelam sebelum sempat menyeberangi selat yang memisahkan dua buah lautan yang luas itu. San antonio pula tanpa diketahui Fernao, belayar kembali ke Sepanyol.

Pada 6 Mac 1521, setelah menempuh segala keperitan dahaga, lapar dan kepenatan merentasi lautan Pasifik, kami tiba kepulauan Landrones, sebelum terus bergerak ke arah selatan untuk menuju ke arah Maluku.

akhirnya pada 16 Mac, lapan belas bulan selepas meninggalkan Sepanyol, kami tiba di Samar, salah sebuah dari tujuh ratus pulau di Filipina.

Page 44: Awang Vampiro

Awang Vampiro

44

Pada waktu itu, kami telah menemui beberapa orang penduduk asli yang menetap di pulau itu dan aku telah diminta untuk bercakap dengan mereka - akan tetapi tidak ada seorang pun yang dapat memahami bahasa Melayu yang aku gunakan, sehinggakan aku terpaksa menggunakan bahasa isyarat untuk meminta diberikan sedikit makanan kepadaku dan anak-anak kapal yang kebuluran.

Tanggal malam 28 Mac, Fernao telah membawa kapal-kapalnya belayar menuju ke Pulau Limasawa. Ketika berlabuh di Limasawa, Fernao dapat melihat dua buah sampan panjang yang dikenali dengan nama Ballanghai menuju ke arah kapal mereka. Ballanghai itu dipenuhi dengan beberapa orang lelaki yang sedang mendayung dan seorang raja yang duduk di bahagian Ballanghai yang beratapkan daun mengkuang.

aku terus diutus oleh Fernao agar cuba berbicara dengan raja tersebut yang memperkenalkan diri dengan nama Raja Kolambu. apabila aku mengeluarkan kalimah-kalimah Melayu untuk berurusan dengan baginda, aku dapati baginda memahami kata-kataku. Sememangnya pada waktu itu, bahasa Melayu merupakan lingua franca di segala pelosok Nusantara. Bukan namanya seorang pemimpin jika tidak memahami bahasa rasmi Nusantara ini.

Fernao menghadiahkan sedikit saki-baki makanan dan minuman yang dapat dicarinya di dalam kapal kepada Raja Kolambu ketika mereka bertemu. dan Raja Kolambu pula membalas dengan memberikannya makanan sedap-sedap yang pedas dan berempah. Makanan itu telah dihidangkan di atas pinggan dan mangkuk yang diperbuat dari negara China.

Kini timbullah satu kesedaran dalam diri Fernao dan kami semua bahawa inilah detik paling penting dalam

Page 45: Awang Vampiro

Nizam Zakaria

45

sejarah manusia. Kami akhirnya telah pun tiba ke kawasan Nusantara. Fernao merasa begitu gembira sehingga menitikkan air mata tatkala dia menjerit mengatakan bahawa kami akhirnya berjaya untuk mencari jalan ke Nusantara.

Maka betullah kata-kata Cassius sebelum ini. Jarak ke arah Nusantara dari arah barat lebih jauh dari yang disangka oleh Fernao. Pengiraan jarak untuk ke Nusantara seperti mana yang digunakan Fernao berdasarkan penyelidikan Rui Faleiro ke atas peta Ptolemy di dalam ‘Geografica’ ternyata banyak silapnya. Walaupun begitu, Fernao akhirnya dapat membuktikan bahawa dunia ini bulat, dan bukannya pipih – satu perkara yang telah lama diketahui oleh Cassius. Kata Cassius, dunia barat telah lama mengetahui bahawa dunia ini bulat, cuma mereka terlupa akan kebenarannya.

Cerdik pandai Yunani seperti Pythagoras dan aristotle telah lama membuktikan hal ini melalui pengiraan matematik yang mereka lakukan. akan tetapi, pengetahuan ini hilang seketika di dalam zaman ‘kegelapan’ di Eropah. Perkara-perkara yang berlaku seperti ini terus mengingatkanku kepada satu kenyataan mengenai manusia yang telah aku pelajari setelah sebegitu lama aku hidup di dalam dunia ini – bahawa manusia mudah lupa dan sejarah yang pernah berlaku tidak semestinya diingati oleh mereka. Malah sering kali peristiwa sejarah akan diubah-ubah sehingga kebenarannya terus hilang, seperti kisah hidupku ini.

Walaupun namaku dan Fernao sepatutnya diingati sebagai manusia pertama yang mengelilingi dunia, buat beberapa ratus tahun selepas peristiwa bersejarah ini berlaku, nama kami dilupakan dan nama nakhoda kapal Victoria, Juan Sebastian Carlos del Cano pula disebut-sebut.

Sayugia sejarah mencatatkan dengan secara

Page 46: Awang Vampiro

Awang Vampiro

46

rasminya bahawa Juan Sebastian Carlos del Cano sebagai manusia pertama yang mengelilingi dunia. Nakhoda kapal yang pernah memberontak dan menderhaka kepada Fernao ketika detik-detik awal pelayaran ini akhirnya dapat pulang ke Sepanyol dengan Kapal Victoria bersama lapan belas orang anak kapal, daripada dua ratus sembilan puluh yang ada sebelumnya. Kapal Victoria membawa pulang muatan penuh dengan rempah. dan sudah semestinya, untuk diiktiraf sebagai wira pelayaran Sepanyol, Juan Sebastian langsung mengetepikan nama Fernao di dalam cerita pelayarannya yang penuh dengan onak dan duri itu. Juan Sebastian terus mendapat nama sebagai manusia pertama yang mengelilingi dunia dan terus menerima habuan demi habuan ketika hayat hidupnya.

Nama Fernao dan namaku hanya diingati kembali apabila jurnal pelayaran yang ditulis oleh rakan karibku, Francesco antonio Pigafetta yang tiba-tiba sahaja muncul untuk dibaca oleh khalayak ramai di Eropah beberapa ratus tahun kemudian. Jika bukan kerananya, kemungkinan besar namaku dan Fernao akan dilupakan sejarah sampai bila-bila.

Jika aku fikir-fikirkan, kemungkinan besar sejarah Sepanyol pada abad keenam belas dahulu sengaja mahu melupuskan Fernao di dalam catatan sejarah mereka. Masakan mereka boleh menerima seorang bangsa Portugis dengan bantuan seorang anak Melayu membawa sebuah armada Sepanyol mengelilingi dunia? Lagipun, ada antara mereka yang mengatakan bahawa Fernao telah bersekutu dengan syaitan, kerana hubungannya dengan Cassius.

apa yang pasti, nama Cassius tidak pernah muncul di mana-mana kitab sejarah. aku yakin, tidak mungkin ada penulis yang berani untuk mengiktiraf akan kewujudannya, seorang vampiro dari Rom, termasuklah Pigafetta.

Page 47: Awang Vampiro

Nizam Zakaria

47

FrAnceSco Pigafetta, penulis jurnal rasmi penerokaan Fernao merangkap sahabat baikku itu termenung seketika sebelum terus menulis di atas jurnalnya. dia berpeluk tubuh sambil sesekali memandang ke arahku sebelum menyambung untuk menulis semula.

Pada malam itu, seperti biasa aku akan duduk berehat di dalam bilik Francesco sambil mendeklamasikan semula puisi-puisi Itali yang cuba aku hafal. Usia kami hampir sama, jadi hubungan kami berdua amat rapat. daripada Francesco, aku belajar untuk bertutur bahasa Itali, Sepanyol dan Perancis - dan sebagai balasan, aku telah mengajar Francesco beberapa ayat dalam bahasa Melayu. apa yang diajar olehku, kesemuanya ditulis oleh Francesco, dengan harapan apa yang dikumpulkan akan dapat digunakannya suatu hari nanti.

adakalanya Francesco cemburu dengan kebolehanku mempelajari apa yang diajarnya dengan pantas. dia tidak faham bagaimana aku memperoleh kecerdikan untuk bertutur dalam bahasa Itali, Perancis dan Sepanyol dalam masa yang begitu cepat. dia juga sedia memaklum bahawa penguasaanku dalam bahasa Portugis sememangnya fasih, memandangkan hubungannya yang begitu akrab dengan Fernao.

Francesco minat menulis. Setiap perkara yang berlaku di dalam pelayaran ini akan ditulis ke dalam jurnalnya. di dalam jurnalnya, dia ada menulis tentang bagaimana terkejutnya diriku apabila mendapati aku boleh menggunakan bahasa Melayu untuk berbicara dengan Raja Kolambu dan pembesar-pembesarnya. Francesco telah melihatku begitu tersentuh sehingga menitis air mata, setelah aku mula sedar bahawa aku telah pun tiba ke Nusantara, iaitu tempat yang telah lama aku tinggalkan, semenjak aku dijadikan hamba tebusan oleh Fernao.

Page 48: Awang Vampiro

Awang Vampiro

48

Francesco sedar bahawa Fernao begitu menyayangiku. Masakan tidak, seorang penulis sepertinya hanya diberi gaji seribu maravedis. Seorang nakhoda pula gajinya dua ribu maravedis, sedangkan aku menerima seribu lima ratus maravedis sebulan. Malah, wang pendahuluan sebanyak enam ribu maravedis juga telah diberikan kepadaku sebelum aku dibawa Fernao belayar!

Ternyata, aku ini telah dianggap istimewa di mata Fernao. Pernah Fernao memberitahuku dia telah memberi namaku ‘Enrique’ sempena nama ‘Enrique Pelayar’ yang diagung-agungkannya. ‘Henry Pelayar’ merupakan nama jolokan bagi Putera Enrique dari Portugal yang meminati dunia pelayaran sehingga baginda membina sekolah pelayaran untuk melatih jurumudi dan ahli pelayaran di samping membina limbungan kapal. dan kerana usaha bagindalah, Portugis kini maju dalam bidang pelayaran.

akan tetapi, aku cukup benci dengan nama ini, kerana aku cukup sedar, dom afonso Enrique merupakan seorang raja Katolik yang telah merampas kota Lisbon dari tangan orang Islam Moor dengan cara yang kejam.

Seharusnya aku dapat memerhatikan bahawa rasa sayang Fernao terhadapku semakin mendalam. Lebih-lebih lagi setelah kami berjaya sampai ke Pulau Limasawa dan akhirnya bertemu dengan Raja Kolambu.

Pada malam kami meraikan kejayaan tiba ke Nusantara, Fernao telah mengesahkan niatnya untuk membebaskanku, apabila dia memberitahuku bahawa dia sudah lama melakarkan surat wasiat untuk membebaskanku dari terus menjadi seorang hamba - malah akan dihadiahkan kepadaku wang sebanyak sepuluh ribu maravedis apabila dia mati kelak. Sepuluh ribu maravedis yang bakal diwariskan oleh Fernao bukan satu jumlah yang banyak,

Page 49: Awang Vampiro

Nizam Zakaria

49

tetapi kebebasan yang bakal kukecapi itu rasa-rasanya tidak ternilai harganya

Pada malam itu, dalam keadaan samar-samar bilik kabinnya, Francesco menulis tentang pengalaman kami menemui Raja Kolambu dan isterinya Ratu Triana bersama anak gadis mereka yang jelita, dayang Maanyag. Francesco sempat memberitahuku bahawa dayang Maanyag cukup berkenan denganku, kerana mata anak gadis itu hanya terlekat memandangku sewaktu kami bersama. Francesco tersenyum sendiri ketika dia sakan mengusikku sedangkan aku hanya diam tanpa kata.

Francesco kulihat tekun menulis dan menceritakan kembali peristiwa sebatang kayu salib yang telah ditanam di atas sebuah bukit di Pulau Limasawa - setelah masa pertama di atas bumi Filipina dilaksanakan oleh Paderi Pedro de Valderama. Katanya, dia sempat memerhatikan mataku berubah sayu apabila penduduk Limasawa yang dinamakan oleh anak-anak kapal Fernao dengan panggilan ‘pintados’ - kerana tubuh mereka yang dipenuhi dengan tatu, menukar agama mereka kepada agama Katolik yang dibawa oleh Fernao. aku dapat dilihatnya tertunduk dengan wajah penuh bersalah ketika menterjemahkan kata-kata paderi serta Fernao kepada Raja Kolumbo dan penduduk Limasawa.

Pada hari itu jugalah Francesco telah memintaku duduk di sebelahnya ketika kami dijemput untuk minum arak dengan berkongsi cawan bersama Raja Kolambu. Tatkala minum, banyak yang ingin diceritakan oleh Raja Kolambu kepadaku dan Fernao. aku mabuk apabila dipaksa minum oleh baginda, jadi tidak banyak yang dapat kufahami daripada Raja Kolambu yang cuba berbicara denganku, memandangkan penguasaan bahasa Melayu baginda tidaklah begitu baik. Tetapi Raja Kolambu dalam keadaan mabuk ada

Page 50: Awang Vampiro

Awang Vampiro

50

menceritakan tentang pulau-pulau lain yang berdekatan, seperti Pulau Butuan, Calangan dan Cebu. Baginda ada menyebutkan kekayaan yang terdapat di Cebu, dan hanya itulah yang difahami oleh Francesco. Tanpa bantuanku perkara ini terus diberitakan kepada Fernao.

Francesco telah menulis segala-gala yang dilihat dan dialaminya ke dalam jurnalnya, kecuali tentang Cassius. Mungkin tidak ada langsung yang telah ditulis tentang Cassius di dalam jurnalnya itu, kerana tidak banyak tentang diri Cassius yang difahami oleh Francesco - walaupun tatkala Francesco terjatuh dari kapal pada malam 25 Mac 1521, Cassiuslah yang telah menyelamatkan nyawanya. Francesco langsung tidak tahu berenang - walaupun sudah separuh lautan dunia telah dijelajahinya.

“Kau perlu terus hidup dan aku akan pastikan kau hidup sehingga pelayaran ini tamat kelak. Tulisan kau amat penting kerana ia akan diingati sampai bila-bila,” ujar Cassius kepada Francesco setelah dia menyelamatkannya.

Francesco tidak faham apa yang cuba dimaksudkan oleh Cassius. dia juga tidak faham bagaimana cara Cassius menyelamatkannya dan mengapa tubuh Cassius langsung tidak dibasahi dengan air laut sepertinya. dia cuba bertanyakan kepadaku tentang hal ini, tetapi aku hanya mampu menggeleng berpura-pura tidak tahu. aku tidak mungkin dapat memberitahunya bahawa aku dapat melihat Cassius terbang ketika cuba menyelamatkannya dari mati lemas.

Francesco memandang ke arahku yang sedang membaringkan tubuhku di sebelahnya, tidak lagi mendeklamasi puisi Itali dalam keadaan separuh mabuk kepadanya seperti tadi. Francesco tersenyum. dia menyuruhku keluar dari kamarnya dengan alasan dia mahu

Page 51: Awang Vampiro

Nizam Zakaria

51

masuk tidur, lantas memintaku pergi ke kamar Fernao. Francesco pasti Fernao mahu aku menemaninya di atas ranjangnya pada malam itu, seperti malam-malam sebelumnya....

tAnggAl 4 april 1521, Fernao telah mengambil keputusan untuk belayar dari Limasawa ke Cebu dengan melalui lautan sempit antara Mactan dan Cebu. Setibanya kami ke Cebu, aku telah ditugaskan untuk memberitahu penduduk-penduduk tempatan bahawa rombongan dari Sepanyol telah datang ke sana dengan tujuan untuk menemui raja yang menguasai Cebu, membeli bekalan makanan dan mencari jalan untuk ke Maluku.

Pada tengah hari itu, Francesco yang berjalan di sekitar kota Cebu bersamaku, Fernao dan beberapa orang pegawainya dapat melihat sendiri kesibukan kota ini. Walaupun aku menganggap kota Cebu tidaklah sesibuk kota Melaka, aku tetap dapat melihat penduduk-penduduknya giat melakukan aktiviti-aktiviti perdagangan. Para penduduk dan pedagang nampaknya langsung tidak mengendahkan kehadiran kami di kota perdagangan ini, kecuali mungkin beberapa orang pedagang dari China yang bertanyakan kepada rombongan kami jika kami mempunyai sebarang benda yang boleh diperdagangkan dengan mereka.

aku dapat merumuskan bahawa fabrik pakaian yang digunakan oleh mereka di Cebu pasti datangnya dari negara China. Menurut Francesco, jika di Florence atau di kota Venice, hanya keluarga bangsawan seperti Bardi, Perruzi dan Medici sahaja yang mampu memakai fabrik seperti yang

Page 52: Awang Vampiro

Awang Vampiro

52

dipakai oleh penduduk-penduduk serta para pedagang di Cebu. aku lihat Francesco berkali-kali menggelengkan kepalanya melihat kekayaan yang dinikmati oleh penduduk di Cebu jika dibandingkan dengan Eropah.

Bahasa Melayu merupakan lingua franca di sini, maka agak senang untukku berinteraksi dengan penduduk-penduduk tempatan dan juga para pedagang yang datang berniaga. Fernao cukup teruja apabila beliau dapat melihat kepelbagaian jenis rempah ratus yang diperdagangkan di sini. Kini dia cukup pasti bahawa impiannya untuk tiba ke Maluku akan dapat dicapainya tidak lama lagi.

dan pada ketika itulah aku tiba-tiba diseru oleh sekumpulan lelaki yang bertombak supaya rombongan kami menghadap ke istana. aku telah diberitahu oleh mereka bahawa aku bersama kumpulan orang putih yang ada bersamaku dibenarkan untuk menghadap Raja Seripalda Humabon di istananya.

Tanpa berlengah lagi, rombongan dari Sepanyol yang diketuai oleh Fernao terus ke istana Raja Humabon. Istana Raja Humabon dikawal rapi oleh beberapa orang pengawal istana. Ketika masuk ke dalam istana, aku dapat melihat beberapa perhiasan yang mungkin datangnya dari Tanah arab dan China yang mungkin telah dihadiahkan kepada baginda. Sememangnya istana ini walaupun kecil, ia dilimpahi dengan pelbagai jenis kekayaan yang datangnya dari seluruh ceruk dunia.

di dalam singgahsana, tatkala dibenarkan bercakap, aku telah memperkenalkan diriku sebagai penterjemah merangkap juragan kepada kumpulan pedagang Sepanyol yang datang berlabuh di kawasan jajahan Raja Humabon. Kemudian aku terus memberitahu kepada baginda tujuan utama kami ke Cebu adalah untuk berdagang, membeli

Page 53: Awang Vampiro

Nizam Zakaria

53

barang bekalan untuk belayar dan mencari jalan ke Maluku.

aku merenung tepat ke dalam mata Raja Humabon. Ketua kepada jajahan Cebu ini pendek dan gemuk orangnya. Baginda sedang memakai serban berwarna kuning dan bersarung. di atas tubuhnya penuh dengan tatu dengan rekaan khas yang menunjukkan kedudukannya yang tinggi di mata masyarakatnya. Baginda sedang memakai barang kemas berbagai-bagai bentuk yang diperbuat daripada emas, permata dan mutiara. di samping baginda, beberapa orang pembesar duduk di sebelahnya. Masing-masing berpakaian hampir serupa dengan baginda.

Raja Humabon langsung tidak mahu mendengar apa yang ingin dinyatakan kepadanya. dengan penuh bersahaja Raja Humabon memberitahu kepadaku bahawa tujuan utama baginda memanggil perwakilan Sepanyol menghadapnya adalah untuk memintaku memberitahu kepada ketua perwakilan Sepanyol yang tempang itu - Fernao bahawa setiap kapal yang berlabuh di Cebu perlu membayar ufti kepadanya.

aku merasakan agak sukar untuk melakukan kerjaku kali ini. Persoalan demi persoalan timbul di dalam diri. Mahu sahaja aku memberi amaran kepada Raja Humabon tentang kemahuan sebenar rombongan dari Sepanyol yang mengikut serta bersamaku. Pihak Sepanyol mempunyai kuasa dan wang untuk menjajah pulaunya ini sesuka hati mereka!

aku cukup memahami bahawa Raja Humabon berhak untuk melakukan apa sahaja di atas tanah jajahannya termasuk meminta pihak Sepanyol membayar ufti. Tetapi dalam masa yang sama, baginda juga perlu diingatkan bahawa jika tersalah langkah, pasti padah akan menimpa kerajaannya nanti.

Page 54: Awang Vampiro

Awang Vampiro

54

aku ternyata serba salah. Mahu sahaja aku memutarbelitkan kata-kata Raja Humabon agar baginda kelihatan bersifat lebih diplomatik dengan Fernao. aku telah melakukan perkara ini tatkala berada di Limasawa, tetapi rasa-rasanya buat kali ini aku perlu menterjemahkan segala permintaan Raja Humabon dengan tepat. Jika tidak, lebih padah jadinya nanti.

Fernao ketawa dengan angkuh setelah aku memberitahu kepadanya tentang apa yang dinyatakan oleh Raja Humabon tadi. Lantas dengan angkuh dia memintaku agar memberitahu kepada Raja Humabon bahawa dia tidak akan membayar apa-apa ufti atau cukai kepada baginda kerana dia mewakili seorang raja yang agung yang tidak membayar ufti kepada sesiapa pun. Kata Fernao lagi, “dan beritahu kepadanya bahawa padah akan menimpa dirinya dan penduduk-penduduk Cebu jika dia mahu terus meminta ufti daripada kami.”

“Tapi tuan... ini kawasan mereka. Kita tak sepatutnya...”

“Jangan banyak soal, Enrique!” Fernao meninggikan suaranya.

Beberapa orang pegawai Sepanyol tidak percaya bahawa aku berani menyuarakan bantahanku kepada Fernao. Mereka agaknya tidak kisah jika aku sekali-sekala akan berkasar kepada duarte Barbosa, seorang pelaut dari Portugal yang tidak begitu menyukaiku, malah kepada Cassius yang ditakuti oleh semua orang kerana kekejamannya, tetapi bukan kepada Fernao yang bersikap bengis dan garang kepada pelaut-pelaut di bawah jagaannya.

aku berasa agak terganggu pada waktu itu. Tiba-tiba aku teringatkan peristiwa penaklukan Melaka oleh pihak

Page 55: Awang Vampiro

Nizam Zakaria

55

Portugis. Helah yang sama telah digunakan mereka untuk menakluki Melaka. Mula-mula mereka akan mengatakan mereka hanya mahu datang berdagang, kemudian setelah mereka dapat mengumpul kekuatan bala tentera, mereka akan menakluk dan menjajah. Perkara yang sama ingin dilakukan oleh pihak Sepanyol terhadap kerajaan Cebu.

Pada malam sebelumnya, Cassius telah berkali-kali mengingatkanku supaya berhati-hati ketika berurusan dengan mereka yang berada di Cebu, kerana dia sudah dapat melihat tanda-tanda yang jelas menunjukkan bahawa ajalku akan menyapaku tidak lama lagi.

apabila ditanya bagaimana aku akan menemui ajalku, Cassius telah memandang tepat ke arahku sebelum dia berkata, “orang-orang pulau akan membunuh kau dan Fernao. dan kau tak boleh melakukan apa-apa pun untuk mengelakkan perkara ini dari berlaku.”

aku mengeluh. aku cuba melenyapkan kata-kata amaran daripada Cassius dari benakku. Jika sebelum ini sukar untukku mempercayai kata-kata Cassius, kini lebih sukar lagi kerana Cassius mengatakan aku akan mati di tangan orang pulau yang akan kutemui nanti.

“Kenapa kau diam saja, Enrique?” bentak Fernao kepadaku.

aku telah mengambil masa yang agak lama dengan termenung sambil berfikir panjang sebelum aku dapat menterjemahkan kata-kata Fernao kepada Raja Humabon.

Seorang pedagang dari arab yang sedang berada di sebelah kanan balai menghadap tiba-tiba meminta kebenaran untuk memulakan bicara. Tatkala itu, beliau ada bersama seorang pedagang dari arab yang lain dan seorang lagi pedagang dari Siam. Pedagang dari arab itu jelas tidak

Page 56: Awang Vampiro

Awang Vampiro

56

berpuas hati kerana urusannya bersama Raja Humabon telah diganggu dengan kemunculan Fernao dan para perwakilannya. Pedagang dari arab itu sejak tadi telah membisikkan sesuatu ke dalam telinga rakan yang sebangsa dengannya, sebelum beliau memandang ke arah Fernao sambil menyepetkan matanya.

Raja Humabon membenarkan pedagang arab itu menyuarakan pendapatnya. Lantas, pedagang arab itu memberi amaran kepada baginda bahawa kumpulan orang putih yang sedang menghadap beliau sekarang merupakan wakil kepada seorang raja yang telah menjajah India dan Melaka.

“apa yang dia katakan? Kamu faham bahasa arab, bukan?” tanya Fernao meminta penjelasan.

aku mengangguk. Bahasa arab merupakan bahasa asing pertama yang telah kupelajari sejak kecil lagi di Melaka. Malah, ketikaku khatam membaca al-Quran dalam usia semuda tujuh tahun, aku sudah mampu memahami segala apa yang kubaca.

aku cuba mendengar kata-kata pedagang arab itu sehingga dia selesai berucap kepada Raja Humabon, sebelum aku cepat-cepat memberitahu kepada Fernao tentang apa yang telah diperkatakan oleh pedagang arab itu kepada baginda.

“Pedagang arab itu kenal dengan tuan ketika tuan berkhidmat dengan Portugis dahulu. Perlukah saya memberitahu kepada mereka bahawa sekarang tuan berkhidmat dengan Tuanku Raja Carlos dari Sepanyol dan bukan Tuanku Raja Manuel dari Portugal?” tanyaku kepada Fernao.

Fernao menggeleng-gelengkan kepalanya.

Page 57: Awang Vampiro

Nizam Zakaria

57

aku tertunduk buat beberapa ketika. aku teringatkan kata-kata seorang pedagang arab yang pernah kutemui di tanah afrika dahulu bahawa orang putih akan melakukan apa sahaja untuk memperolehi apa yang mereka mahu, termasuklah menipu dan mencuri.

aku dapat melihat perubahan pada wajah Raja Hamubon. Lebih-lebih lagi apabila seorang menteri yang memberitahunya bahawa Raja Guban dari kerajaan Takarunga pernah menolong untuk mempertahankan Melaka tatkala Melaka diserang Portugis dahulu. Sememangnya Raja Hamubon sudah lama memusuhi Raja Guban dan sekutu-sekutunya terutamanya datu Bancao dan datu Lapu-lapu. Baginya, sesiapa yang dimusuhi oleh lawannya Raja Guban dan terutamanya datu Lapu-lapu adalah sahabat gerombolannya.

aku dapat merasakan bahawa Raja Hamubon sedang memikirkan tentang sesuatu dengan mendalam. Kadangkala dia akan memerhatikan senjata yang dibawa oleh perwakilan Sepanyol. dari raut wajahnya, dia jelas nampak kagum melihat kelengkapan senjata yang ada kami bawa bersama.

Baginda tersenyum seketika sebelum bertitah kepadaku, “berikan kami sedikit masa untuk berfikir dengan menteri-menteri. Sebelum menerima jawapan daripada kami, kami menjemput perwakilan kamu ke satu jamuan untuk meraikan kedatangan kamu semua ke tanah jajahan kami.”

aku menterjemah apa yang telah diberitahu kepadanya oleh Raja Humabon. Fernao nampak puas, begitu juga dengan pegawai-pegawai yang ada bersama-sama mereka.

Pada malam itu, pelaut-pelaut orang putih itu telah dijamu dengan makanan yang berbagai-bagai jenis dan cita

Page 58: Awang Vampiro

Awang Vampiro

58

rasa. Kesemua lauk-pauk berdaging itu dihidangkan di atas pinggan mangkuk yang berasal dari negara China. arak juga turut disediakan.

Pada malam itu, Raja Humabon telah memanggilku supaya membawa Fernao agar datang menghadapnya.

Buat sekali lagi, aku telah diminta Fernao untuk memberitahu Raja Humabon bahawa kedatangan perwakilan Sepanyol adalah untuk berdagang dengan mereka, dan tidak lebih daripada itu. Buat sekali lagi aku terpaksa berbohong bagi pihaknya.

Raja Humabon nampak puas. Sesekali aku akan menoleh ke arah Cassius yang sedang berdiri di belakang Fernao seperti pengawal peribadinya. aku dapat melihat Fernao seolah-olah dapat membaca fikiran Raja Humabon, lantas dia tersenyum sinis.

“Beta berpuas hati dengan penjelasan yang telah kamu berikan. dengan itu, beta harapkan persahabatan kita nanti akan berkekalan,” ucap Raja Humabon sebelum seorang menterinya mempersembahkan sebilah badik yang telah diletak di atas sebuah dulang emas.

“Kita harus mengadakan upacara kasi-kasi untuk mengingati persahabatan ini,” titah Raja Humabon.

aku tidak memahami apa yang dimaksudkan dengan upacara kasi-kasi ini. dalam masa yang sama, seorang menteri kanan Raja Humabon mengesyorkan agar aku ditunjukkan dahulu upacara ini. dan katanya lagi, memandangkan Raja Humabon tidak pernah merasai darah orang putih yang difikirkan mungkin beracun, ada baiknya aku cuba dahulu.

aku memberitahu kepada Fernao tentang permintaan Raja Humabon. Tanpa teragak-agak, Fernao

Page 59: Awang Vampiro

Nizam Zakaria

59

menjawab dengan tegas, “kau perlu lakukan semua ini demi Sepanyol. Kita telah belayar terlalu jauh untuk merosakkan rancangan kita untuk menakluki wilayah ini.”

aku mengeluh seraya mengangguk lesu. aku melihat Raja Humabon tersenyum puas. aku mendongak ke langit. aku dapati bintang-bintang berkelipan cantik. angin malam menyapu lembut ke wajahku.

Beberapa detik kemudian, seorang dayang istana yang mempunyai wajah yang amat jelita membawa secawan arak. dayang tersebut mengambil badik tersebut dari dulang lantas memandang ke arahku dan kemudian kepada beberapa orang putih yang ada bersamanya.

dayang tersebut telah mendekati Cassius. Mungkin dia telah memilih Cassius kerana terpesona melihat ketampanan wajah Cassius dengan rambutnya yang berwarna keemasan, matanya yang berwarna biru dan wajahnya yang kemas tanpa jambang - tidak seperti anak-anak kapal Sepanyol yang berjambang kerana tidak dijaga wajahnya. Setelah puas menatap wajah Cassius, dia memegang tangan Cassius lalu menggunakan badik di tangannya untuk menoreh telapak tangan Cassius.

Cassius tidak membantah sama sekali ketika tangannya ditoreh sehingga berdarah. Malah aku lihat wajahnya sedikit pun tidak berubah.

darah Cassius dibiarkan menitik ke dalam cawan yang berisi arak itu. Kemudian, perkara yang sama dilakukan kepadaku. dengan pisau yang masih dilekati dengan darah Cassius, digunakan untuk menoreh telapak tanganku.

Entah mengapa, rasa sakit di tanganku ketika ditoreh dengan dalam hilang, lebih-lebih lagi apabila aku dapat melihat darah Cassius seolah-olah meresap masuk ke dalam lukaku.

Page 60: Awang Vampiro

Awang Vampiro

60

Setelah darah aku dicampur ke dalam cawan berisi arak itu, cawan tersebut dipersembahkan kepadaku.

“dipersilakan minum, Panglima awang!” titah Raja Humabon.

aku nampak gusar lalu berpaling ke arah Fernao. aku dapati Fernao nampak risau, tetapi dia hanya kaku mendiamkan diri. Cassius pula kulihat tersengih memandangku.

aku menelan liur sebelum aku memberanikan diri untuk meneguk arak bercampur darah yang diberikan kepadaku. aku minum dengan perasaan ragu-ragu.

Keadaan menjadi senyap sunyi. ada antara orang tempatan memikirkan aku akan mati setelah meneguk air yang telah diberikan kepadaku, kerana aku telah diberitahu bahawa mereka pernah mendengar cerita bahawa darah orang putih dipenuhi dengan racun, sebab itu orang putih boleh menang dengan senang ketika berperang.

Cawan yang sama kini diberikan kepada Cassius. Cassius meneguk air di dalam cawan sehingga habis. dia nampak puas. Mungkin terlalu puas lagaknya.

aku dapati Raja Humabon kelihatan lega. Baginda kemudian mengarahkan seorang lagi dayang membuat persediaan yang sama kepada dirinya dan Fernao.

dayang itu datang membawa sebilah badik yang kelihatan lebih panjang dengan ukiran yang cantik di hulunya. Badik yang sama dibersihkan dahulu dengan air limau, dikeringkan dengan sehelai kain kuning – di dalam satu upacara yang halus kelihatannya, sebelum digunakan untuk menoreh tangan Raja Humabon dan Fernao.

Maka upacara kasi-kasi antara Fernao dan Raja Humabon berjalan dengan lancar dan berjaya. Setelah

Page 61: Awang Vampiro

Nizam Zakaria

61

upacara dijalankan, Raja Humabon nampak lebih senang dengan kehadiran kami di Cebu.

Selama Fernao berada di Cebu, beliau telah mendapati bahawa agama Islam masih belum dapat bertapak dengan kuat di sini jika dibandingkan dengan di Melaka, Sumatra dan di Pulau Jawa. Maka peluang ini telah diambil olehnya untuk memperkenalkan fahaman Katolik kepada penduduk-penduduk di sini.

Fernao menggunakan persahabatannya dengan Raja Humabon untuk melakukan kerja-kerja mubaligh dengan menerangkan tentang agama Katolik yang dianutinya kepada baginda. Itulah yang telah dilakukannya, sehinggalah Paderi de Valderama berjaya mencacak salib kayu di tengah-tengah kota Cebu, dan Raja Humabon bersama lapan ratus pengikut-pengikutnya menganut fahaman agama Kristian.

Fernao gembira akan keputusan Raja Humabon untuk menganuti agama yang dibawanya. Malah telah menjadi salah satu tujuan utama rombongan Sepanyol datang ke bahagian Timur ini – untuk menyebarkan agama mereka di sudut dunia ini.

Belum cukup dengan kerja-kerja Fernao untuk menjadi seorang conquistador merangkap mubaligh, beliau mengambil keputusan untuk campur tangan dengan hal-hal politik dalaman di sini. Perkara ini telah menggusarkanku. Fernao mula serba salah untuk melakukan segala tugasan yang perlu dilakukannya sekarang.

Fernao telah menamakan Raja Humabon sebagai raja kepada sekalian raja serta ketua-ketua kawasan di sekitar Cebu. dia telah memerintahkan agar mereka semua tunduk kepada Raja Humabon yang kini dikenali dengan nama ‘don Carlos’ sempena nama raja Sepanyol.

Raja Humabon telah melaporkan kepada Fernao

Page 62: Awang Vampiro

Awang Vampiro

62

bahawa bukan semua raja yang ada di Cebu dan pulau-pulau di sekitarnya mahu tunduk kepada pemerintahannya. Fernao dengan angkuh memberi amaran bahawa jika mereka tidak menurut kehendaknya, para conquistador akan membunuh mereka dan kesemua harta benda mereka akan diserahkan kepada don Carlos.

Pada 26 april, Raja Zula salah seorang raja dari sebuah wilayah di Mactan, sebuah pulau yang letaknya berdekatan dengan Cebu, menghadiahkan dua ekor kambing kepada Fernao.

“Kami minta maaf kerana tak banyak yang boleh kami beri,” sebut Raja Zula kepada Fernao. Baginda faham bahawa baginda sekarang berhadapan dengan raja sebenar Cebu, dan bukan Raja Humabon yang hanya menjadi boneka kepada pihak Sepanyol.

“Mana rempah ratus dan emas yang telah kami minta?” tanyaku dengan suara yang lembut ketika menterjemahkan permintaan Fernao. Suara Fernao jelas angkuh dan marah-marah tatkala mengetahui Raja Zula tidak membawa emas dan rempah ratus sepertimana yang diharapkannya.

Raja Zula mengeluh. Sudahlah baginda dipaksa untuk membayar ufti, kini ada juga ura-ura untuk memaksa penduduk-penduduk di bawah naungannya untuk memeluk agama Kristian. Ini merupakan satu perkara yang tidak dapat diterimanya sama sekali. Lagipun baginda bukan seperti Raja Humabon yang sanggup melakukan apa sahaja asalkan apa yang dihajati tercapai olehnya.

aku termenung. aku cukup bersimpati dengan nasib yang menimpa Raja Zula dan penduduk-penduduk di sekitar Cebu.

Pada malam sebelumnya, aku telah diberitahu

Page 63: Awang Vampiro

Nizam Zakaria

63

Cassius bahawa penduduk-penduduk tempatan di sekitar Cebu bernasib baik kerana tidak terdapat terlalu ramai orang Sepanyol dalam pelayaran ini. Jika tidak para conquistador ini pasti akan memberi pilihan kepada penduduk tempatan sama ada untuk memilih dihukum bunuh ataupun memeluk fahaman Katolik yang dibawa oleh mereka. Sekurang-kurangnya, seorang bangsa Portugis seperti Fernao lebih mementingkan soal perdagangan dan meletakkan soal kerja-kerja mubaligh ke tempat kedua. Tetapi bagiku, apa yang dilakukan oleh Fernao tetap salah. dia sendiri telah melihat dengan mata kepalanya sendiri tentang kekejaman bangsa Portugis di Melaka. di mata aku, sama ada mereka orang Portugis ataupun Sepanyol, mereka semua sama sahaja. Mereka tamak haloba dan kejam!

“Kau perlu sedar, anak-anak kapal serta nakhoda Sepanyol sudah tidak tahan lagi dengan kelembutannya.” Cassius memberitahuku dengan penuh bersahaja. aku tahu dia berkata benar. dia tidak mempunyai apa-apa kepentingan dengan pihak Sepanyol mahupun Portugis. dia tidak akan tertunduk kepada sesiapa pun.

“Kenapa?”

“Kerana dia cuba berbaik dan bertolak ansur dengan penduduk-penduduk tempatan di sini. Jika diikutkan kehendak nakhoda Sepanyol yang lain, mereka akan merogol, menyeksa dan selepas itu menjual orang tempatan ini sebagai hamba untuk mendapatkan keuntungan.”

“Jadi, apa bezanya kau dengan mereka?” tanyaku sinis.

“Bezanya... aku lakukan apa yang perlu aku lakukan untuk terus hidup. Mereka lakukan kekejaman ini semua kerana mahu mencari nama dan kekayaan dunia, yang mereka tidak sedar bahawa kekayaan dunia tidak akan

Page 64: Awang Vampiro

Awang Vampiro

64

berkekalan. Kecuali jika mereka mampu hidup buat selama-lamanya seperti aku.”

“apa yang kau dengar lagi daripada anak-anak kapal Sepanyol?”

“Mereka mula mengesyaki Fernao seorang perisik Portugis...”

“apa?”

“Ya.... Jadi kau perlu berhati-hati mulai sekarang, Enrique.”

Kata-kata Cassius itu terus terngiang-ngiang di telingaku. aku bimbangkan akan keselamatan Fernao yang terikat kepada diriku. Jika Fernao ditimpa musibah di daerah ini, aku pasti keselamatan diriku akan tergugat sama.

“Kami tak boleh beri lebih dari apa yang diminta oleh tuanmu, Panglima awang.” Raja Zula memberi penjelasan. Suara baginda disulami dengan perasaan sedih bercampur aib.

“Tapi kenapa?” tanyaku dengan suara yang lembut. Peluhku mencurah-curah turun. aku merasa kurang selesa berdiri di tengah-tengah cahaya matahari terik di hadapan pantai Cebu pada tengah hari itu. Inilah kali pertama aku merasa begitu kurang selesa ketika terpaksa melaksanakan tugasku di luar kapal, walaupun keadaan pantai nampak cantik dengan pasirnya yang halus dan laut yang membiru di hadapanku.

“Kami terpaksa mengikut perintah Raja Lapu-lapu yang memerintah Mactan. Pengaruhnya kuat di sana. Pengikutnya ramai!” jelas Raja Zula. Baginda langsung tidak memandang ke arah Raja Humabon. Sememangnya baginda telah lama membenci Raja Humabon yang tamak kuasa itu. Walau bagaimanapun, baginda sendiri kurang senang dengan

Page 65: Awang Vampiro

Nizam Zakaria

65

sikap Raja Lapu-Lapu yang tiada noktah, yakni suka mengganggu prinsip pemerintahan di jajahan baginda.

“Jahanam!” tempelak Raja Humabon dengan marah.

“apa yang sedang berlaku, Enrique?” tanya Fernao terpinga-pinga tatkala melihat Raja Humabon yang meledak marah dengan tiba-tiba.

aku menceritakan kepada Fernao tentang rasa kurang senang Raja Humabon dengan Raja Lapu-lapu. diceritakan kepada Fernao tentang perebutan kuasa dan hak ke atas Pulau Mactan antara Raja Humabon dengan Raja Lapu-lapu.

“Panglima awang, beritahu kepada Fernao bahawa untuk membuktikan pakatannya dengan beta, dia mesti pergi menyerang Mactan! Mereka perlu diajar. Lapu-lapu mesti ditumpaskan!” Raja Humabon menjerit dengan lantang.

aku terpaksa memberitahu kepada Fernao apa yang diminta oleh Raja Humabon kepadanya.

Fernao mendongak, lantas terus memberitahu kepada Raja Humabon bahawa dia akan memenuhi hasrat baginda. dengan yakin Fernao berkata, “tentera Kristian dapat menumpaskan musuhnya bila-bila masa saja!”

“Beritahu kepada tuanmu, Panglima awang, bahawa tentera Kristiannya boleh mengalahkan Raja Lapu-lapu jika dia pergi mendapatkan bantuan tambahan dari pihak Portugis di Melaka,” ujar Raja Zula. “Jika tidak... mungkin padah jadinya. Raja Lapu-lapu mempunyai bala tentera yang kuat dan terlatih.”

aku terkejut dengan jawapan yang diterima daripada Fernao apabila aku memberitahu kepadanya kata-kata nasihat daripada Raja Zula tadi. dengan angkuh Fernao

Page 66: Awang Vampiro

Awang Vampiro

66

terus mengatakan bahawa dia akan menyerang Lapu-lapu pada esok hari tanpa perlu dibantu oleh sesiapa pun. Lebih-lebih lagi pihak Portugis yang telah menidakkannya sebelum ini.

Sukar untuk aku menerima keangkuhan yang ada dalam diri Fernao. Mungkin segala tekanan yang diterimanya semenjak mereka belayar dari Seville membuatkannya bersikap begini. Lebih-lebih lagi terdapat desas-desus yang mengatakan bahawa terdapat ramai anak kapal yang semakin membencinya malah mahu memberontak pula.

Pada keesokan paginya, pada pukul tiga pagi Fernao bersama enam puluh orang pengikutnya mendarat di pantai Mactan. Cassius dengan segala kelengkapannya berperang berdiri rapat di sebelahku. Telah berkali-kali Fernao memintaku supaya duduk di atas kapal bersama anak-anak kapal yang telah diarah berjaga di sana, tetapi aku berdegil juga mahu ikut bersama. aku begitu yakin bahawa masalah antara Fernao, Raja Humabon dan Raja Lapu-lapu dapat diselesaikan olehnya dengan perbincangan diplomatik.

Setibanya dia di atas pantai jajahan Raja Lapu-lapu, Fernao tidak terus menyerang. dia telah meminta tentera-tenteranya supaya berehat di atas pantai, walaupun Cassius berkali-kali meminta supaya menyerang musuhnya selagi fajar masih belum menyingsing. Tetapi Fernao tetap berdegil.

“Fernao seharusnya menerima tawaran Raja Himabon yang mahu dia membawa bersamanya enam ratus orang panglimanya. Tapi dia terlalu angkuh!” Cassius cukup benci melihat keangkuhan Fernao. Tatkala panglima-panglima Raja Himabon mendayung dengan tiga puluh buah sampan ke arah Mactan, Fernao telah menyuruh mereka jangan campur tangan dan melihat sahaja bagaimana caranya orang putih bertarung dalam peperangan dan menang.

Page 67: Awang Vampiro

Nizam Zakaria

67

Cassius berjalan beberapa tapak ke hadapan kemudian ke belakang. dia nampak resah. Matanya terus ke ufuk timur. Tidak berapa lama lagi, matahari akan terbit.

“Mungkin dia fikirkan apa yang ada sudah cukup untuk melawan Raja Lapu-lapu,” aku bersuara perlahan. Mataku redup memandang ke arah pasir yang begitu halus bertaburan di atas pantai.

“Mungkin semua ini sudah ditakdirkan,” kata Cassius. dia termenung jauh ke ufuk timur.

Buat pertama kali aku dapat melihat kesayuan di wajah Cassius.

“Kau masih percaya pada takdir?” tanyaku, sengaja menyindirnya.

Cassius membuahkan senyuman yang lekang. Kemudian dia menggenggam leherku. Kukunya kurasakan menggores leher. Tajam. “Guruku Epictetus pernah menegaskan kepadaku bahawa takdir yang tidak dapat kita kawal tidak harus kita takuti atau ingini.”

Selepas dia melepaskan genggamannya dari leherku, dia terus merapatkan dirinya kepadaku. dia memandang ke arahku dengan satu pandangan yang kurang dapat aku fahami maksudnya.

“Kau tak perlu takut walaupun aku terpaksa pergi jika Fernao masih mahu terus menunggu sehingga matahari terbit untuk menyerang Raja Lapu-lapu dan pengikutnya,” jelas Cassius kemudian membetulkan kemasan baju perisai yang kupakai. “Kau tak perlu takut jika aku tak dapat melindungimu dan Fernao. Kalau aku ada sekalipun untuk membantu, aku rasa aku tak mungkin dapat melawan takdir yang telah ditentukan terhadap dirimu. Kerana aku rasa, masanya sudah tiba untuk kau mati.”

Page 68: Awang Vampiro

Awang Vampiro

68

Kata-kata Cassius itu membuatkan keningku berkerut.

aku cuba berundur beberapa tapak ke belakang. Tetapi kakiku terasa kaku. Tubuhku keras seolah-olah telah dipukau oleh Cassius.

Cassius mengusap rambutku dengan lembut.

aku cuba menepis tangan Cassius tetapi aku tidak mampu.

“apa yang kau lalui nanti, kau perlu lalui dengan tabah. Buat sementara waktu ini, aku dapat melihat bahawa hidup kau nanti akan dipenuhi dengan kekeliruan dan akan bertambah sukar. Tapi aku sentiasa ada untuk membantumu. Ingat!” bisik Cassius kemudian ke dalam telingaku.

aku buat-buat tidak mendengar apa yang telah diperkatakan oleh Cassius kepadaku, walaupun kata-kata Cassius terus mengganggu fikiranku.

“ambil sedikit masa untuk melihat sendiri keindahan terbitnya matahari di ufuk timur. Kau akan mengingatinya sampai bila-bila, kerana inilah antara kali terakhir untuk kau melihatnya,” bisik Cassius ke telingaku.

Tatkala aku mahu menoleh ke arah Cassius, aku mendapati kelibat Cassius hilang entah ke mana. Yang tinggal hanyalah seekor burung helang yang terbang ke arah kapal Sepanyol yang sedang berlabuh di hadapan pantai Mactan.

Fernao terus menunggu di atas pantai Mactan sehingga ke pagi. Malah dia telah membenarkan Raja Lapu-lapu untuk mengumpulkan kekuatan tenteranya. Perbuatannya ini membuatku risau, tetapi aku tidak mampu untuk menegurnya sama sekali.

Fernao memulakan serangan dengan meminta agar

Page 69: Awang Vampiro

Nizam Zakaria

69

kapalnya menembak ke kawasan penempatan penduduk. Walau bagaimanapun, meriam hanya mampu memusnahkan beberapa buah pondok buruk yang ada di tepi pantai. Ini kerana meriam tidak banyak membantu. dalam keadaan marah, Fernao telah mengarahkan agar pengikut-pengikutnya membakar pondok-pondok penduduk Mactan. Perkara ini hanya membuatkan penduduk-penduduk tempatan menjadi semakin marah. dalam keadaan mereka yang marah, tentera Fernao dihujani dengan serangan bertubi-tubi panah beracun, yang terbukti lebih berkesan dari senjata-senjata yang digunakan oleh pihak Sepanyol.

Raja Lapu-lapu dengan bala tenteranya terus menyerang Fernao dan pengikut-pengikutnya. Mereka bersenjatakan tombak ‘kampilan’, pedang ‘kalis’ dan pisau ‘daga’. Jika diikutkan, memang mereka bukan lawan kepada tentera Fernao yang lengkap bersenjata, tetapi dengan pengikut-pengikutnya, Raja Lapu-lapu terus menyerang Fernao dengan membawa seribu lima ratus pahlawannya.

aku, Francesco dan Fernao berhempas-pulas dan bermati-matian melawan musuh mereka walaupun menghadapi pelbagai kesukaran. Walaupun berperisai, pahlawan-pahlawan Raja Lapu-lapu telah menggunakan senjata mereka untuk mencederakan bahagian kaki dan leher kami yang tidak dilindungi.

Tentera Sepanyol yang semakin sedikit jumlahnya menjadi semakin panik. dalam keadaan keliru seperti ini, beberapa orang penduduk Cebu yang cuba menolong telah dilawan dan dibunuh.

Pada waktu itu, berkali-kali Fernao menyeru agar meriam di atas kapal diarahkan kepada pihak musuh. Walau bagaimanapun, arahannya itu langsung tidak diendahkan. Malah, bantuan tentera tambahan juga tidak

Page 70: Awang Vampiro

Awang Vampiro

70

kunjung tiba.

aku mula berasa gusar. Satu demi satu tentera Sepanyol gugur di sekelilingku. Terdapat juga beberapa orang tentera Sepanyol yang berlari ke arah sampan untuk berdayung ke kapal. Mereka tahu bahawa mereka tidak mampu mengalahkan pahlawan-pahlawan Lapu-lapu yang terlalu ramai untuk dilawan.

“aku mahu kau balik ke kapal!” tempelakku kepada Francesco, tatkala aku menghunuskan pedangku ke dalam dada seorang pahlawan Mactan yang hampir-hampir mahu menetak Francesco. “aku mahu kau bantu Fernao untuk berundur!” kataku lalu menarik balik pedangku. darah dari pahlawan muda yang telah kubunuh memercik membasahi wajahku.

Francesco mengangguk. dia bergerak ke arah Fernao yang tempang akibat cedera parah kerana sebatang panah tertusuk ke dalam pahanya.

Keadaan di sekelilingku kucar-kacir. aku merasa tertekan, lebih-lebih lagi apabila aku dapat melihat keadaan diriku yang cedera parah. Bahuku berdarah akibat terkena tusukan tombak yang telah dilakukan oleh seorang pahlawan Mactan yang bertempur denganku tadi. darah yang keluar membuak-buak akibat tusukan buluh yang tajam itu telah tertusuk tepat pada saluran urat di bahuku.

Francesco akhirnya berjaya merapati Fernao. Pada saat itu, Fernao berjaya menikam dada seorang pahlawan Mactan dengan tombaknya. Tusukannya begitu dalam sehingga sukar untuk Fernao mengambil kembali tombaknya itu.

Fernao bergerak beberapa langkah. dia ingin menggunakan pedangnya pula untuk bertarung. Fernao cuba

Page 71: Awang Vampiro

Nizam Zakaria

71

mengeluarkan pedangnya, tetapi belum sempat pedang itu dapat dikeluarkan dari sarungnya, sekumpulan pahlawan menyerang Fernao dengan segala jenis senjata yang mereka ada. dalam keadaan kelam-kabut itu, sebilah tombak yang diperbuat daripada sebatang buluh tajam menusuk ke mukanya.

Fernao mengeluarkan tusukan tombak di mukanya lantas menggunakan tombak yang sama untuk membunuh penikamnya tadi. Fernao rebah di atas gigi pantai. darahnya masih mengalir keluar dengan deras dari wajahnya itu.

Fernao tidak dapat diselamatkan. Francesco tidak dapat melakukan apa-apa kecuali terus berundur. Matanya kini mencari kelibatku.

Francesco menjerit sekuat hati apabila beliau melihatku gugur di atas pasir halus apabila sebilah pedang berjaya menetak bahagian leherku. darah merah keluar mencurah-curah dari bahagian leherku lalu mengubah warna keemasan pasir pantai kepada warna merah.

aku merasakan kesakitan yang amat. aku cuba menggenggam leherku untuk mengelakkan darahku dari terpancut keluar. aku mengerang kesakitan di atas pasir. Tubuhku menggeletar menahan keperitan yang tidak pernah kukenali wujud untuk terus menyeksaku sebelum ini. Mataku berpinar-pinar dan penglihatanku semakin gelap. Beberapa detik kemudian, aku dapat merasakan sebilah tombak yang tajam telah menikam ke arah paha dan kakiku berkali-kali. dua orang pahlawan Mactan yang masih muda terus menikamku untuk memastikan agar aku dibunuh sehingga mati.

Tatkala menahan perit yang amat, aku tersedak beberapa kali apabila darahku mula memenuhi rongga tekak

Page 72: Awang Vampiro

Awang Vampiro

72

lalu naik dengan cepat sehingga memenuhi ruang mulut. aku tidak mampu memuntahkan kembali darahku sendiri lantas membuatkan ruang pernafasanku langsung tersekat. aku tidak dapat bernafas.

Kemudian, aku terus disapa kegelapan. aku kini tidak dapat merasa sakit ataupun perit. aku merasa tenang. Buat pertama kali dalam masa lebih sedekad sejak seluruh anggota keluargaku dan Kasturi dibunuh di hadapanku, aku dapat menikmati ketenangan yang sungguh mengasyikkan....

Page 73: Awang Vampiro

Nizam Zakaria

73

Aku membuka kelopak mata dengan perlahan. Malam. aku mendapati Cassius sedang berdiri di hadapanku. aku menggosok-gosok mataku untuk memastikan

aku tidak bermimpi. aku merasa begitu segar sekali, seolah-olah baru sahaja tidur yang begitu lenyak gamaknya.

Beberapa saat kemudian rasa khayalku hilang, lantas aku terus teringatkan kembali leherku yang telah ditetak. Cepat-cepat aku memegang leherku.

aku dapati di leherku terdapat kesan luka kecil. aku tidak merasa sebarang kesakitan pada bahagian leherku, walaupun perisaiku nampak berkerak dipenuhi dengan darah yang telah beku. Bau hamis darahku dapat kucium, namun ia langsung tidak membuatku rasa loya, tetapi rasa lapar pula

Bab 2

Page 74: Awang Vampiro

Awang Vampiro

74

yang kurasakan. Entah mengapa, aku terasa begitu lapar dan dahaga pada malam itu.

“aku hanya boleh ke sini sebaik sahaja matahari terbenam.” Cassius menghulurkan tangannya ke arahku. aku tidak menyambut tangannya.

aku cuba berdiri dengan sendiri tanpa bantuan Cassius.

“aku tahu kau lapar. Kau perlu makan. Tapi masanya belum sampai lagi untuk kau makan. Kita perlu tunggu sehingga malam esok apabila kau betul-betul lapar nanti,” kata Cassius kemudian tanpa kupedulikan kata-katanya itu.

“di mana Fernao?” Mataku memandang ke arah sekeliling. aku dapati terdapat beberapa mayat yang masih bergelimpangan di sekitarku. Keadaan di atas pantai agak gelap, tetapi pandangan mataku begitu terang sekali. aku dapat melihat suasana pantai dengan jelas pada malam itu. Malah pendengaranku juga semakin bertambah baik sehingga aku mampu mendengar suara anak-anak kapal Concepcion yang sedang berbual-bual di atas kapal yang sedang berlabuh jauh dari pantai.

“dia tiada lagi di sini.” Cassius berterus terang.

“dia di atas kapal?”

“dia sudah mati! dibunuh pahlawan Lapu-lapu.”

aku tidak mahu mempercayai kata-kata Cassius. duniaku tiba-tiba sahaja rebah di hadapanku. aku dapat merasakan seolah-olah sebahagian dari diriku hilang begitu sahaja.

aku meluahkan kalimah-kalimah ini dengan suara yang sedih, “satu ketika dulu, setiap hari aku berdoa supaya dia mati. Tapi sekarang...”

“Mungkin suatu hari nanti kau akan merasa

Page 75: Awang Vampiro

Nizam Zakaria

75

kesedihan yang sama bila aku mati. Bukannya aku tak tahu dengan perangai kau, Enrique. Kau akan setia pada sesiapa saja yang sanggup memberi sedikit kasih sayangnya pada kau,” Cassius cuba mengusik. Tetapi jenaka Cassius langsung membuatku marah, walaupun aku tahu kata-katanya itu ada kebenarannya.

aku tidak pernah begitu marah seperti sekarang. Selama ini, ketika kepalaku dipijak-pijak atau dihina oleh kelasi-kelasi kapal dengan kata-kata pedas semata-mata kerana aku bukan berdarah Eropah, aku masih boleh bersabar. Tetapi bukan untuk kali ini.

aku tidak tahu dari mana datangnya tenaga amarah ini ketika aku menumbuk muka Cassius sehingga dia terpelanting jauh ke hadapan. aku terkejut melihat kekuatan yang ada pada diriku.

aku bergerak mendekati Cassius. aku mendapati kepalanya terpusing ke belakang. Leher Cassius jelas patah.

“Masanya belum sampai untuk kau bersuka ria. aku belum mati lagi,” ujar Cassius dengan nada berjenaka ketika aku melihat tubuhnya terlantar di atas pantai. dengan sendirinya dia terapung lalu berdiri di hadapanku. Kepalanya perlahan-lahan dipusingkan ke hadapan sehingga terdengar bunyi tulang-tulangnya yang patah. Cassius membetulkan kedudukan kepalanya seperti sedia kala. Kemudian dia tersenyum kepadaku.

“apa yang telah berlaku padaku?” aku memandang telapak tanganku. Keliru. “apa yang telah kau lakukan padaku?” tanyaku kemudian kepada Cassius.

“aku tak lakukan apa-apa pada kau. Tapi sebahagian dari diriku ada dalam dirimu sekarang.” Cassius menjelaskan.

Kemudian aku teringatkan upacara kasi-kasi yang

Page 76: Awang Vampiro

Awang Vampiro

76

disertainya beberapa hari yang lalu. darah Cassius kini telah menjadi sebahagian dari darahku!

“Tak mungkin!”

“Kau perlu menerima hakikat bahawa pada hari inilah kau akan mengenali erti kehidupan yang sebenar.”

aku meletakkan tangan Cassius ke dadaku. aku mendapati dia tidak dapat merasakan degupan jantungku. aku merasa seram sejuk. Bulu romaku berdiri tegak.

“Sebenarnya, sejak kali pertama aku bertentang mata dengan kau dulu, aku sudah dapat merasakan bahawa kau pasti akan menjadi sebahagian dari diriku. Sukar untuk aku jelaskan, tapi aku sudah dapat merasakannya sejak dari mula lagi. Sebab itulah aku tidak membunuh kau, tapi membawa kau ke atas kapal untuk dipersembahkan kepada Fernao. aku tahu hanya melalui jagaan Fernao aku akan dapat memastikan kau sentiasa dekat denganku.”

“Kau memang jahanam!” Kali ini aku betul-betul marah. aku mula mempersoalkan segala-galanya. Kewujudanku di dunia ini, mengapa aku telah dilahirkan dan sekarang aku mati. Itu pun bukan betul-betul mati. Jadi mana keadilan bagi diriku?

“Nasib kita serupa. apa kau ingat aku diminta untuk dijadikan begini?” dengus Cassius.

“aku lebih rela mati dari...”

“Kau sudah mati, Enrique. Tak perlu kau minta sesuatu yang sudah pun berlaku pada dirimu.”

“aku tak mahu jadi seperti kau!” Secepat kilat aku bergerak mengambil sebatang tombak buluh yang terpacak di sebelahnya. aku hampir-hampir mahu menusuk tombak tersebut ke bahagian dada kiri Cassius, tetapi aku berhenti. aku tidak mampu untuk membunuhnya.

Page 77: Awang Vampiro

Nizam Zakaria

77

“aku tahu kau takkan mampu lakukannya.” Cassius tersengih lalu ketawa sendiri. “Kau perlukan aku. Masakan kau boleh membunuh aku selagi kau memerlukan aku.”

aku mendengus kuat. Memang aku akui, inilah kelemahanku. aku taat kepada Fernao atas alasan yang sama. aku memerlukan Fernao agar diriku dilindungi supaya aku dapat terus hidup sambil belayar melihat dunia. Kini tanpa kehadiran Fernao, aku hanya ada Cassius untuk dijadikan tempat bergantung.

“Kau kini seorang vampiro. Percayalah... kau akan terus hidup begini sebagai seorang vampiro setelah kau ketahui apa yang mampu kau lakukan nanti.”

Nafasku turun naik. aku masih tidak boleh menerima penjelasan Cassius mahupun kejadianku sekarang.

“Enrique, dengar apa yang nak aku beritahu pada kau sekarang...” Cassius bersuara memulakan lembaran bicara sewaktu suasana semakin tegang.

“apa lagi!” aku berdiri bertentangan dengan Cassius. Mataku merah, marah.

“Kau sekarang bukan lagi seorang manusia. Kau seorang vampiro. Kau mempunyai kuasa-kuasa luar biasa di luar jangkauan manusia. Kau juga mempunyai kelemahan. apa yang penting, kau perlu sedar bahawa dunia kau sebagai seorang manusia akan perlahan-lahan kau tinggalkan.” Cassius berpaling ke arah kanan. dia sedang memerhatikan dua mayat tentera Sepanyol yang belum lagi diuruskan.

aku menoleh sama.

aku terkejut besar apabila melihat dua lembaga lelaki di hadapan mayat-mayat tersebut. Seorang sedang berdiri dan seorang lagi sedang terduduk sambil meratapi

Page 78: Awang Vampiro

Awang Vampiro

78

mayatnya sendiri. Lembaga yang sedang berdiri mendongak lantas merenung tajam ke arahku.

Mataku terbeliak apabila aku mendapati lelaki yang kini sedang memandang tepat ke arahku adalah Fernao. aku terkejut sehingga aku berundur beberapa tapak ke belakang.

“aku pasti Fernao akan melakukan apa saja untuk mendapatkan tempat kau sekarang ini.”

aku terus tidak bersuara kerana terlalu gerun melihat apa yang dapatku lihat pada malam itu. Lidahku kelu.

“duarte sepatutnya membantu ketika Fernao diserang, tapi dia tak melakukan apa-apa. dia langsung tak membenarkan meriam digunakan untuk menyerang pahlawan Lapu-lapu mahupun menghantar bantuan tambahan. dia telah melakukan semua ini kerana dia mahu membalas dendam terhadap Fernao, kerana Fernao pernah menumpaskan percubaannya untuk memberontak....”

Wajahku jelas pasrah, walaupun aku cukup marah dengan duarte. Perlahan-lahan aku cuba mencerna hakikat tentang kematianku. Kematian Fernao dan pengkhianatan duarte.

Sejak dari saat pertama bertentang mata dengan duarte, aku telah membencinya. duarte pernah mahu memberontak melawan Fernao, tetapi kesalahannya ini telah dimaafkan oleh si tempang Fernao yang jarang-jarang memaafkan kesalahan sesiapa pun yang cuba menentangnya. Fernao tahu bahawa duarte adalah seorang pelaut yang cekap, walaupun beliau sering bersikap kurang ajar kepada Fernao dan terutamanya kepadaku yang sering sahaja diherdik dan dihinanya – mungkin sebab itulah agaknya Fernao tidak menjatuhkan hukuman bunuh terhadapnya.

Page 79: Awang Vampiro

Nizam Zakaria

79

Fernao memerlukan seberapa ramai pelaut yang berpengalaman di dalam pelayarannya ini. Lagipun, mana mungkin dia boleh menghukum duarte, kerana duarte adalah adik iparnya.

di sepanjang pelayaran ini, aku terpaksa berhadapan dengan ramai anak kapal yang mempunyai sikap perkauman yang menebal selain duarte. Tetapi duartelah yang kuanggap paling buruk antara ramai yang ada. Sememangnya aku lebih senang melihat duarte dihukum mati tatkala dia telah ditangkap ketika cuba mengkhianati Fernao dahulu.

“Sekarang duarte mengetuai pelayaran ini, sekali gus menggantikan tempat Fernao.” Cassius memberitakan hal ini kepadaku.

aku menutup mata seketika. Menahan geram seperti ditusuk baran yang membakar jiwaku pada waktu itu. Tatkala itu, tanpa diundang, aku dapat melihat keadaan duarte yang sedang bersuka-suka di dalam bilik Fernao, bersama seorang gadis Cebu yang sedang diperkosanya di dalam kepalaku. apa yang aku lihat dengan jelas, seolah-olah duarte sedang berada betul-betul di hadapanku.

“Jadi kau boleh melihatnya sekarang, bukan?” tingkah Cassius. “Inilah antara kebolehan yang kau ada sebagai seorang vampiro. Kau mempunyai kebolehan untuk ‘melihat’.”

aku mengangkat muka. aku benci akan kebolehan Cassius yang dapat membaca fikiranku. dalam masa yang sama, naluriku memberitahu bahawa aku kini mampu menyekat Cassius dari terus membaca isi hatiku.

“aku mahu pulang ke kapal,” kataku sambil melangkah ke arah pantai. Tetapi tidak ada sebarang sampan

Page 80: Awang Vampiro

Awang Vampiro

80

pun di atas gigi pantai. Kini kudapati Cassius tidak datang ke Mactan dengan bersampan.

Cassius mendekatiku. dia merenung ke dalam mataku. Seperti dipukau, aku terus merenung ke dalam mata Cassius yang semakin lama semakin dekat kepadaku.

Tanpa diduga, tiba-tiba aku mendapati diriku sedang berada di atas kapal Trinidad. aku memandang sekeliling.

“Kau masih penat. Kau perlu berehat,” ujar Cassius.

aku sememangnya terlalu lemah, seolah-olah terlalu banyak tenaga telah digunakan sejak sedar tadi.

aku terkulai lesu, lantas pengsan di atas tubuh Cassius....

Aku membuka mata. aku mendapati diri sedang terbaring di dalam kabin sempit Francesco. Hari sudah siang. Keadaan yang agak terang ketika pintu terbuka membuatkan mataku silau.

“Enrique, Tuan Barbosa mahu berjumpa dengan kau sekarang!” ujar Francesco. dia duduk di sebelahku ketika aku sedang terbaring di atas katilnya.

aku menjeling ke arah pintu kabin. aku merasa terlalu malas untuk keluar lalu berhadapan dengan duarte.

“aku belum bersedia.” aku menjawab ringkas.

“Mungkin kau masih bersedih memikirkan tentang kematian Fernao...” suara Francesco ketara sedih. dia sendiri

Page 81: Awang Vampiro

Nizam Zakaria

81

menghormati Fernao, malah menganggapnya sebagai seorang tokoh pelaut yang amat dihormatinya.

“Ya.” aku mengiakan sahaja, walaupun aku lebih memikirkan tentang nasibku kini apabila duarte dilantik menjadi ketua dalam pelayaran ini.

“Tuan Barbosa mahu meneruskan perjanjian perdagangan dengan Raja Humabon.”

“Mengapa kau tak buat saja?” tanyaku dengan nada sinis. “Bukankah aku sudah mengajar kau untuk memahami bahasa Melayu?”

“Loghat yang kau ajar aku tak sama dengan yang digunakan di daerah ini. Lagipun, aku tak secerdik kau untuk memahami pelbagai bahasa dengan pantas.”

“Semuanya alasan semata-mata!” aku menyelubungi diri dengan kain selimut.

Francesco diam buat seketika sebelum dia menyambung, “aku fikirkan kau telah mati. Mungkin aku tersalah nampak. Walau apa pun, aku tak sepatutnya meninggalkan kau di Mactan.”

Sukar bagi aku untuk menceritakan kepada Francesco hal sebenar yang telah berlaku ke atas diriku. Mungkin lebih baik jika Francesco tidak tahu. Lagipun dia tidak perlu tahu.

“Kau tak bersalah. Kita memang sepatutnya berundur,” sambutku. di dalam hatiku, aku menyumpah duarte si pengkhianat itu. dendam kesumatku kepada duarte semakin meluap-luap. Jika bukan kerana duarte, aku dan Fernao pasti masih hidup lagi!

“duarte akan mengamuk jika kau tak keluar menemuinya, Enrique,” kata Francesco dengan lembut.

Page 82: Awang Vampiro

Awang Vampiro

82

aku memberanikan diri untuk keluar dari kabin. Sebaik sahaja aku keluar dari perut kabin, aku terus merasa tidak selesa. Keadaan pada petang itu mendung, malah gerimis, tetapi kulitku terasa seperti terbakar tatkala aku menjejakkan kaki di luar. aku terus menyelubungi diri dengan kain selimut yang tebal.

“apa si hitam itu buat di situ?” suara duarte kuat mengherdik.

Francesco memegang bahuku lantas membawaku menghadap duarte yang garang itu.

“aku mahu si hitam ini pergi berjumpa dengan Raja Humabon dan memberitahu kepadanya bahawa pihak Sepanyol mahukan hak-hak perdagangan istimewa di dalam kerajaan naungannya!” getus duarte kepada Francesco, seolah-olah dia tidak boleh memberitahu sendiri kepadaku, yang terlalu hina pada pandangan matanya.

aku membelakangi duarte, seolah-olah tidak mahu mendengar perintahnya. aku mahu kembali ke bilik Francesco.

“Tuan aku hanya satu, Tuan Fernao Magalhaes!”

duarte naik darah. dia tidak dapat menerima bagaimana seorang hamba yang hina sepertiku bersifat kurang ajar kepadanya.

“anak haram jadah!” jerit duarte dengan lantang tatkala dia menendang tubuhku sehingga aku jatuh tersungkur. duarte terus menendang tubuhku yang lemah.

Francesco serba salah. dia berjalan untuk mendapatkanku tetapi berhenti di tengah jalan. dia tidak berani meminta agar duarte berhenti dari terus menyeksaku.

aku tidak merasa sebarang kesakitan. Mungkin

Page 83: Awang Vampiro

Nizam Zakaria

83

kerana aku merasa terlalu lemah untuk melawan. Tubuhku tidak bermaya. Perutku terasa terlalu lapar dan dahaga.

“Walaupun tuanmu sudah mati, kau tetap seorang hamba!” duarte terlanjur bicara.

aku meneliti isi hatinya lalu aku mendapat tahu duarte sedar tentang wasiat Fernao untuk membebaskanku pada saat Fernao meninggal dunia. aku terus mendalami hati duarte lantas mengesahkan tentang rancangannya yang tidak mahu menolong Fernao lalu membiarkan Fernao mati di Mactan. dendam duarte terhadap Fernao terlalu mendalam.

“apabila kau aku bawa pulang ke Sepanyol nanti, aku akan pastikan kau akan terus menjadi hamba kepada Biatriz!”

aku mahu membalas dendam bagi pihak Fernao. aku mahu menerkam duarte lantas membunuhnya di situ juga, tetapi terdengar suara halus di dalam kepala memintaku agar menunggu. Masaku untuk membunuh duarte Barbosa bedebah akan tiba juga nanti.

“Kau hanya perlu menunggu sedikit masa saja lagi. Kau masih lemah,” ujar Cassius. Suaranya yang hanya boleh didengar di dalam fikiranku.

Tatkala itu, dalam fikiranku timbul pula satu rancangan untuk membalas dendam terhadap Fernao dan konco-konconya.

“Baik tuan. Saya akan pergi menemui Raja Humabon, sekarang juga,” kataku akhirnya kepada duarte dengan suara yang rendah. aku berdiri, lantas melangkah untuk menyiapkan diri untuk ke Cebu.

duarte puas setelah mendengar kata-kataku yang difikirkannya berjaya ditundukkan, sebagaimana seorang vaqueros dapat menundukkan dan menjinakkan seekor kuda yang liar.

Page 84: Awang Vampiro

Awang Vampiro

84

Aku pergi menghadap Raja Humabon dengan memakai jubah yang hampir menutupi kesemua bahagian tubuhku yang telah kupinjam daripada Paderi Valderamma.

“Utusan dari Sepanyol semakin lemah, tuanku. Tuanku harus mengambil peluang ini untuk merampas segala harta benda yang telah mereka kumpul selama ini.” aku memberitahu tanpa merasa sebarang penyesalan kepada baginda yang sememangnya aku tahu gilakan harta dan kuasa. Baginda juga sanggup melakukan apa sahaja untuk menjadi lebih kaya dan berkuasa dari raja-raja yang memerintah di sekitar tanah jajahannya.

Suasana di balai menghadap menjadi riuh dengan tiba-tiba. Para pembesar berbincang sesama mereka. Raja Humabon jelas mencurigai kata-kataku.

“adakah semua ini benar, Panglima awang? ataupun ini hanya permainan kata-kata orang putih terhadap beta?” tanya Raja Humabon meminta kepastian.

“ampun tuanku.... Tapi adanya patik hanya mampu berkata yang benar. Lagipun... tuan baru patik, Tuan Barbosa akan mengambil segala barang-barangan yang telah mereka kumpul di gudang dan akan belayar dari sini pada hari esok. Mungkin dengan beberapa orang penduduk tempatan yang akan mereka culik dan akan dijadikan hamba. Kerana itulah yang sering mereka lakukan. ampun tuanku.”

Raja Humabon memikirkan kembali tentang kekalahan yang memalukan pihak Sepanyol pada musuh ketatnya Lapu-lapu. Baginda menyesal kerana tidak mengendahkan amaran yang pernah diterimanya daripada pedagang-pedagang arab yang mengatakan tentang sikap pedagang orang putih yang kuat menipu dan merompak.

Raja Humabon ternyata tidak mahu kerajaannya

Page 85: Awang Vampiro

Nizam Zakaria

85

menerima nasib seperti Melaka. Baginda merasakan perlu melakukan sesuatu untuk memastikan agar pihak Sepanyol tidak memperkotak-katikkan kerajaan pimpinannya. dia perlu melakukan sesuatu. Lalu titahnya kemudian, “jika begitu, malam ini beta akan mengambil kesempatan ini untuk mengadakan jamuan untuk pegawai-pegawai tertinggi rombongan Sepanyol.”

aku mengangguk puas. aku faham akan maksud sebenar Raja Humabon. Lalu aku meminta diri lantas melangkah keluar dari istana.

aku pulang ke kapal Trinidad. Cepat-cepat aku pergi menemui duarte, lantas memberitahunya bahawa Raja Humabon mahu menjamunya pada malam ini dan mahu memberikan sejumlah emas, permata dan yang lebih penting, rempah ratus sebagai hadiah serta pampasan kepada pihak Sepanyol kerana telah membantu mereka melawan pihak Lapu-lapu walaupun kalah.

duarte dengan sifatnya yang tamak haloba itu ketawa bangga. dia tidak sabar lagi menunggu waktu malam untuk meraikan hari pertamanya menjadi nakhoda pelayaran yang penuh bersejarah ini.

dan begitu juga aku. aku juga tidak sabar menunggu malam menjelma....

duA puluh lapan pegawai Sepanyol tersenyum-senyum apabila mereka melangkah di atas pantai Cebu. dari jauh lagi mereka melihat pesta jamuan makan malam yang telah diadakan khas untuk mereka.

“Francesco... baik kau pulang saja ke Trinidad. Bawa Paderi Valderamma bersama,” ujarku kepada kawan baikku itu sewaktu mereka berada di atas gigi air.

Page 86: Awang Vampiro

Awang Vampiro

86

“Tapi mengapa?”

“Kau tak perlu banyak soal,” suaraku semakin tegas. aku memandang ke arah Cassius. “Kau seharusnya tinggal di atas kapal untuk membantu don antonio merawat mereka yang cedera parah.”

“Mungkin kita seharusnya pergi!” ujar Paderi Valderamma yang sememangnya kurang senang dengan kehadiran Cassius sejak kali pertama dia mengenali akan kewujudannya.

Francesco hairan melihat perangaiku yang ganjil. Tetapi dia membiarkan sahaja. Fikirnya aku masih bersifat ganjil kerana sedih dan kecewa di atas kematian Fernao. Bersama Paderi Valderamma, dia pulang menaiki sampan ke kapalnya.

Pegawai-pegawai Sepanyol tampak kacak dengan pakaian malam. Mereka gembira melihat pelbagai jenis makanan dan arak yang telah dihidangkan. Ini belum termasuk gadis-gadis yang telah disediakan khas untuk mereka ratah.

Sewaktu pegawai-pegawai Sepanyol sedang bersuka ria, aku dan Cassius pergi menghadap Raja Humabon. Cassius meminta Raja Humabon dan orangnya berundur apabila dia bersedia kelak.

Entah mengapa, Raja Humabon terus mendengar kata-kata Cassius tanpa banyak soal, seolah-olah baginda telah dipukau.

“aku tahu kau lapar, Enrique,” ucap Cassius sambil berpura-pura bersuka ria menikmati juadah yang dihidangkan. Sepertiku, dia langsung tidak menjamah makanan-makanan yang telah disediakan.

“aku cuma rasa lemah,” sambutku, cuba

Page 87: Awang Vampiro

Nizam Zakaria

87

berbohong. Pada kebenarannya, aku tidak pernah terasa begitu lapar dan dahaga di dalam hidupku. Walaupun perutku terasa kosong, seleraku langsung tidak terbuka untuk menjamah bermacam-macam jenis hidangan yang disediakan di hadapanku. aku tidak lalu makan. Malah aku langsung tidak menyentuh makanan yang ada.

“Bagaimana kau lakukannya?” tanyaku kemudian.

“Maksud kau, hidup di dalam dunia mereka dengan sebegitu lama tanpa mereka sedari kecuali sesetengah orang seperti kau dulu?” tanya Cassius kembali.

“Ya. Bagaimana kau mampu lakukannya?”

“Kerana manusia hanya mampu dan mahu melihat apa yang hendak mereka lihat.” Maka itulah penjelasan ringkas yang diberikannya.

aku akur akan kebenaran kata-katanya. Sejak aku dilahirkan semula sebagai makhluk terkutuk ini, bermacam-macam keganjilan yang dapat aku perhatikan dengan mataku ini. Ketika aku memandang ke hadapan, kadangkala aku akan dapat melihat lembaga aneh dari pelbagai jenis dan rupa merayau-rayau di waktu malam tanpa diketahui oleh manusia. Mereka kelihatan seperti cahaya yang malap, ada pula seperti bayang-bayang yang gelap. aku dapat merasakan kebencian dan dendam dalam diri makhluk-makhluk yang gelap ini. adakalanya, makhluk-makhluk ini sedar aku sedang memerhatikan mereka. apa yang pasti, mereka takut kepadaku dan terutamanya kepada Cassius. ada sesuatu tentang diriku sebagai seorang vampiro yang begitu mereka takuti.

“Mereka tahu kau istimewa...” jelas Cassius. “Mungkin mereka juga tahu kau adalah sebahagian dari diriku dan aku pula sebahagian dari diri Tiresias anak

Page 88: Awang Vampiro

Awang Vampiro

88

kepada Everes dan Chariclo, bidadari kesayangan athena. Tiresias orakel buta berbangsa Yunani yang kutemui di Jerash ini merupakan salah seorang dari tujuh ahli pengasas Majlis Vampiro yang juga dikenali dengan nama amesha Spentas yang boleh dijejak salasilah kejadian mereka di Babylon.

“Menurut satu mitos, Tiresias pernah terlihat athena berbogel di hadapannya. athena menutup matanya, lalu Tiresias menjadi buta. Ibu Tiresias, Chariclo telah meminta athena mencelikkan kembali penglihatan anaknya itu tapi athena tidak dapat mengembalikan penglihatan Tiresias. akan tetapi, athena telah menghadiahkan Tiresias dengan kemampuan seorang orakel. dengan kemampuan orakelnya, dia merupakan vampiro yang paling berkuasa dalam kalangan pengasas Majlis Vampiro.

“apabila aku menjadi vampiro, aku telah mewarisi sedikit dari kebolehannya ini. dan kini kau akan mewarisi kebolehan ini, tetapi sebagai salinanku, kebolehan menilik ini mungkin tak sebaik yang aku ada. Tapi aku pasti kau akan memperoleh kebolehan-kebolehan yang lain. Semakin lama kau hidup di dalam dunia ini, kau akan mempelajari kemampuanmu sendiri....”

“Jadi, kenapa hanya aku dan Fernao tahu akan kewujudanmu? Mengapa yang lain hanya boleh mengagak, tapi tak boleh memastikan?” aku bertanya tatkala bersamanya di dalam suasana pesta pada malam itu yang langsung tidak aku endahkan.

“Semata-mata kerana aku telah membenarkan. dan bila-bila saja ingatan tentang kewujudan aku boleh dihilangkan dari ingatan mereka. Satu hari nanti kau akan belajar tentang kebolehan ini, dan akan kau gunakan untuk mengawal mereka.”

Page 89: Awang Vampiro

Nizam Zakaria

89

“aku tak perlu itu semua,” kataku sambil termenung jauh memandang ke arah unggun api.

“aku sendiri bersependapat dengan kau pada mulanya...” ujar Cassius dengan senyuman meleret. “Tapi aku terus mengetepikannya setelah aku memperoleh kuasa-kuasa luar biasa ini yang sememangnya mengasyikkan!” Cassius kemudian menggunakan tangan kanannya seolah-olah memberitahu kepada Raja Humabon agar meninggalkan kawasan jamuan. dan seperti dipukau, Raja Humabon dan pengikut-pengikutnya akur.

Pengawai-pegawai Sepanyol terus bersuka ria walaupun penduduk-penduduk pulau sudah lama menghilang.

Cassius kini berjalan menghampiri duarte sambil memimpinku. dia memegang kepala duarte dan duarte mengikut sahaja tanpa membantah mahupun sedar dia diperlakukan begitu oleh Cassius.

“aku pasti kau mahu membunuhnya sendiri,” ujar Cassius sambil memandang tepat ke arah urat tebal di leher duarte yang kulitnya kelihatan kemerahan akibat sekian lama dimamah matahari. Uratnya itu berdenyut mengikut denyutan nadinya. aku sendiri dapat mendengar degupan tersebut yang semakin lama semakin kuat.

Wajah Cassius kini berubah. dia kelihatan menakutkan dengan matanya yang berubah merah dan wajahnya menjadi semakin bengis selayaknya seperti seekor binatang yang buas. Mulutnya terbuka lebar lalu menampakkan gigi-giginya yang tajam.

aku memerhatikan wajah Cassius yang menakutkan. Wajah itu pernah kulihat di Melaka dahulu - tatkala dia membunuh kesemua anggota keluargaku dengan kejam. Seraut wajah yang amat kutakuti dan benci.

Page 90: Awang Vampiro

Awang Vampiro

90

Wajah Cassius kini berubah menjadi wajah yang ganas dan menggerunkan!

Cassius membenamkan kepalanya ke leher duarte. duarte langsung tidak dapat melawan walaupun dari anak matanya aku dapat membaca bahawa duarte cukup sedar dengan apa yang telah diperlakukan terhadap dirinya. duarte tidak dapat berbuat apa-apa.

aku dapat menghidu bau darah duarte apabila darahnya itu mengalir keluar dari lehernya.

“Bukankah ini yang kau mahukan?” tanya Cassius. dia menyerahkan tubuh lemah duarte kepadaku. Wajahnya kembali kepada bentuk manusia.

aku berpaling ke tempat lain. aku tidak mampu menerima hakikat tentang kejadianku, ataupun apa yang perlu kulakukan untuk menghilangkan rasa lapar dan dahaga yang ada dalam diriku.

Tiba-tiba sahaja Cassius muncul di hadapanku. Secepat kilat, Cassius mengucup bibirku. darah duarte yang memenuhi mulut Cassius kini dipindahkan ke dalam mulutku.

aku menjilat sisa-sisa darah duarte di bibir Cassius. aku tidak pernah merasakan sesuatu yang begitu lazat, yang mampu membuatku bertenaga kembali. Serta-merta aku merasa tubuhku segar.

Pada saat itu, aku tidak dapat menahan diri lagi. aku berhenti dari terus mengucup Cassius, lantas aku memandang ke arah leher duarte. dengan lahap, aku mengambil leher duarte lantas kuhisap darahnya sehingga tubuh duarte kejang dan kaku.

aku menjilat-jilat leher duarte tatkala tiada lagi darah panas duarte yang dapat kuhisap lagi. Tatkala itu aku

Page 91: Awang Vampiro

Nizam Zakaria

91

dapat melihat Cassius sedang menggila membunuh setiap anggota perwakilan Sepanyol yang ada. dia menggunakan pedangnya. Sebilah pedang dari jenis ‘Gladius Hispaniensis’ yang sentiasa disisip di pinggangnya dan dibawa ke mana sahaja dia pergi.

dalam pada itu, seorang pegawai Sepanyol, Jaoa Serrao berlari ke arah pantai. Seperti orang gila lagaknya dia berlari ke arah sampan.

aku berlari ke arah Jaoa Serrao.

Jaoa Serrao membaling sebilah lembing ke arahku. aku dapat melihat lembing itu terbang dengan begitu perlahan lantas dengan senang aku dapat mengelak dari terkena lembing yang telah diarahkan supaya kena tepat ke arahku.

Jaoa Serrao terkejut melihat aku bergerak sepantas kilat lalu mengelak dari terkena tusukan lembingnya. dia berlari semula ke arah pantai.

aku mengejar Jaoa Serrao.

Jaoa Serrao kelihatan begitu takut berhadapan denganku. ditunjukkan kepadaku rantai salib yang dipakainya. diharapkan rantai tersebut akan menakutkanku, tetapi aku bergerak semakin hampir kepadanya. aku mencantas rantai salibnya yang tidak membawa apa-apa makna buatku lalu kucampak ke laut. aku mentertawakannya.

Jaoa Serrao mendapati apa sahaja yang dicubanya, tidak mampu menghalauku pergi. dia menyembah ke bumi, meminta agar aku membiarkannya kembali ke kapal.

dalam kegilaan malam itu, aku tidak mahu mendengar sedu-sedannya meminta agar dirinya tidak kubunuh. Wajahku bertukar bengis seperti wajah menakutkan Cassius yang telah kulihat tadi. aku mahu

Page 92: Awang Vampiro

Awang Vampiro

92

membalas dendam terhadap segala pengkhianatan yang dilakukan oleh Jaoa Serrao si konco duarte.

aku terus menerkam kepala Jaoa Serrao, kemudian merobek leher Jaoa Serrao sehingga hanya tinggal separuh sahaja lehernya yang masih bersambung ke tubuhnya. darah memercik keluar dengan deras dari lehernya yang telah kurobek itu. Lantas kujilat darah Jaoa Serrao yang kini banyak terpercik ke baju dan wajahku. Bajuku kini basah lenjun dengan darah-darah mangsaku. aku puas.

di atas kapal, anak-anak kapal dapat melihat sesuatu pandangan yang berbeza. Mereka dapat melihat bagaimana pegawai-pegawai Sepanyol diserang oleh penduduk-penduduk tempatan. Mereka beramai-ramai ketakutan dan sedar bahawa kini mereka tidak mempunyai sebarang pegawai yang berpengalaman untuk mengetuai pelayaran Sepanyol ke Maluku.

dalam keadaan sedar tak sedar, mereka semua mengorak langkah untuk bergegas meninggalkan Cebu. dalam fikiran mereka yang dipukau oleh Cassius, dapat dilihat kapal Concepcion yang ditinggalkan itu dibakar oleh penduduk-penduduk Cebu. dalam keadaan tergesa-gesa mereka terus belayar, lebih-lebih lagi dengan adanya beberapa buah sampan dipenuhi pahlawan-pahlawan Cebu bergerak ke arah kapal-kapal mereka untuk menyerang dan merampas apa yang ada. Juan Sebastian del Cano dengan pantas mengambil alih tugas duarte sebagai nakhoda pelayaran ini.

“Mereka nampaknya telah pergi tanpa kita,” kataku sambil memerhatikan wajah Cassius yang kembali seperti sedia kala, tidak lagi berwajah ganas.

“Biarkan mereka pergi,” ujar Cassius sambil

Page 93: Awang Vampiro

Nizam Zakaria

93

mengelap kesan darah pada wajahnya. dia tersenyum sendiri. “Kita masih ada Concepcion.”

“Jadi, apa yang boleh kita lakukan dengan Concepcion?”

“Kita boleh isi dengan beberapa orang penduduk tempatan dan orang Sepanyol yang tak sempat kita kerjakan. Kita perlu pulang ke Eropah.”

aku termenung jauh. aku diam sahaja. Mataku melihat keadaan pantai yang senyap sunyi. Beberapa mayat bangsa Sepanyol bergelimpangan di hadapanku.

“apa, kau mahu pulang ke Melaka?” tanya Cassius meminta kepastian.

“Tak ada apa lagi yang boleh aku cari di Melaka,” kataku berterus terang dengan suara perlahan.

“Concepcion sarat dengan emas dan rempah ratus. Kita akan belayar sehingga ke Venice. aku ada kenal pedagang dari sana yang akan memberikan harga yang baik untuk barangan yang akan kita bawa pulang,” suara Cassius tegas dengan harapan yang menyala.

“Mengapa kau lakukan semua ini?” tanyaku tiba-tiba.

aku mencangkung di atas pantai. aku langsung tidak mahu memerhatikan keadaan penduduk tempatan yang seperti dirasuk di kawasan pekan di belakangku. ada antara mereka yang sedang sibuk membakar kayu salib yang telah ditanam di tengah-tengah pekan.

“Setelah begitu lama kau hidup, kau mula sedar kau sanggup lakukan apa saja agar hidup kau tak membosankan,” jelas Cassius dengan matanya meleret memandangku. “aku suka berperang, sebab itulah aku mahu

Page 94: Awang Vampiro

Awang Vampiro

94

diri aku ditangkap oleh Fernao dulu dan membuat perjanjian untuk berjuang bersama tentera Portugis. dan seperti kau, aku juga berminat untuk belayar dan melihat dunia.”

“Kau sanggup melakukan ini semua semata-mata kerana ingin menghilangkan rasa bosan?”

“Ya.... aku dan beberapa lagi vampiro sepertiku ketika Portugis menyerang Melaka dulu. Sebab itulah Melaka senang ditawan oleh Portugis.”

Cassius tersenyum. Mungkin jelas baginya sekarang aku seorang yang suka bertanya.

“apa maksud kau, ‘vampiro sepertiku'? Siapa yang kau maksudkan?” aku menagih jawapan.

“Yang wujud seperti kita. Pasti kau tak terfikir hanya kita berdua saja yang begini?”

“Kau tak perlu takut. Kau takkan pernah kesunyian lagi,” ucap Cassius menenangkan perasaan aku yang gusar pada waktu itu.

Maka pada malam itu, diceritakan Cassius kepadaku dengan panjang lebar alkisah bagaimana dia mula-mula mengenali Fernao dahulu – satu kisah yang pernah diceritakan oleh Fernao kepadaku dengan ringkas. Cassius telah bercerita kepadaku ceritanya ini dengan harapan aku akan dapat mengenali dengan lebih dekat, atau mungkin dia mahu mendapatkan kepercayaan daripadaku.

Menurut Cassius, pada awal abad keenam belas, Fernao telah diarahkan untuk bertugas di bawah naungan Francesco de almeida, wizurai Portugis pertama di India. Kerajaan Mesir kurang senang dengan penguasaan Portugis di India, lantas dengan bantuan Venice, Sultan Mesir cuba menyerang jajahan Portugis di India sehingga menyebabkan anak lelaki almeida terkorban. Walau bagaimanapun, Mesir

Page 95: Awang Vampiro

Nizam Zakaria

95

akhirnya berjaya ditumpaskan oleh Portugis, apabila Mesir menyerang sekali lagi pada tahun 1509 - dan pada waktu itulah Cassius telah berjaya ditangkap oleh Fernao di India apabila dia berjuang di bawah panji-panji tentera Venice untuk membantu Mesir melawan Portugis.

Sejak peristiwa penangkapan itulah, Fernao mula mengenali Cassius, seorang tentera upahan yang pernah bekerja untuk duke of Milan, Ludovico Sforza. Setelah Ludovico Sforza dihalau dari Milan oleh raja Perancis, Louis XII, Cassius berhijrah pula ke Venice untuk tujuan belayar melihat dunia dan seterusnya terjebak dengan pertelingkahan Mesir dan Portugal di India....

Aku memikirkan kembali apa yang telah dilakukan oleh pelaut-pelaut Sepanyol sejak mereka belayar meninggalkan Seville. Mereka merogol, membunuh dan menculik penduduk-penduduk tempatan untuk dijadikan hamba. Tidak ada yang baik tentang mereka. Hatiku pasti akan meluap-luap marah setiap kali memikirkan tentang perkara ini. Lebih-lebih lagi kerana aku tidak dapat membuat penafian tentang penglibatanku dengan mereka. dan sekarang, aku terpaksa melakukan perkara yang sama agar aku dan Cassius dapat kembali ke benua Eropah. Kapal Concepcion yang kami gunakan dipenuhi dengan pedagang-pedagang asing dan orang tempatan yang telah diculik dan dipaksa bekerja mengendalikan kapal ini dalam keadaan terpukau sepanjang masa.

Pelayaran Sepanyol akhirnya hanya tinggal Juan Sebastian del Cano, nakhoda kapal Victoria yang meneruskan

Page 96: Awang Vampiro

Awang Vampiro

96

perjalanan pulang ke Seville. Walaupun Fernao tidak dapat meneruskan perjalanannya, setelah beberapa lama namanya dibayangi nama Juan Sebastian del Cano, kesudahannya pada hari ini, dia terus akan diingati sejarah sebagai Ferdinand Magellan, manusia pertama yang telah mengelilingi dunia, melalui perjalanannya yang terdahulu.

Namaku pula terus ditelan masa.... Mungkin perkara ini ada juga hikmahnya.

Sememangnya aku sendiri tidak mahu namaku disebut-sebut. aku tidak mahu diriku diingati. aku malu menjadi sebahagian daripada mereka yang akhirnya telah menyebabkan Filipina dijajah Sepanyol buat beratus-ratus tahun. Lagipun, banyak dari kisahku telah dilupuskan, juga kisah Cassius makhluk penghisap darah yang dilaknati itu dari lembaran sejarah.

Page 97: Awang Vampiro

Nizam Zakaria

97

AlkiSAhnyA, sebuah kapal pedagang arab yang kami serang dibiarkan hanyut setelah subuh mula menyingsing. dua orang pedagang terselamat

kerana mereka bersembunyi di dalam sebuah kotak simpanan makanan. apabila diselamatkan, mereka bercerita tentang sebuah kapal lanun berhantu yang telah menyerang. anak-anak kapal berbilang bangsa itu diketuai oleh dua makhluk ganas penghisap darah. Buat beberapa puluh tahun selepas itu, legenda mengenai sebuah kapal Sepanyol yang berpuaka terus menghantui pelayar-pelayar yang belayar ke Nusantara....

Pelayaran Concepcion untuk ke Venice lancar, walaupun anak-anak kapal Concepcion terpaksa kami jadikan lanun. Kapal-kapal yang tidak bernasib baik telah bertembung dengan Concepcion akan menerima padah. Habis barang-

Bab 3

Page 98: Awang Vampiro

Awang Vampiro

98

barang berharga dipunggah dan kapal mereka dimusnahkan. Kami melakukan kerja di waktu malam, kerana aku dan Cassius tidak mungkin boleh hidup lama di bawah cahaya matahari. Ketika kapal kami memasuki lautan Mediterranean, ia bukan sahaja sarat dengan muatan rempah ratus, tetapi emas permata dirampas juga.

Setibanya di Venice, kami dapati anak-anak kapal Concencio hanya tinggal dua belas orang. Yang lain telah dijadikan habuan untuk meneruskan hidup kami ketika belayar. Sisa-sisa anak kapal ini kami tinggalkan di dalam sebuah sampan kecil disertakan dengan dua peti besar emas dan permata. Kami berharap mereka dapat membahagikan harta sesama mereka apabila tersedar daripada pukau Cassius selama ini. Seterusnya, kami berdua melabuhkan Concepcion di sebuah kawasan berpaya di ceruk-ceruk Laguna Veneta yang agak terpencil, tetapi tidak begitu jauh dengan kota Venice. dari sana, kami pergi menemui beberapa orang pedagang dari Venice yang pernah dikenali Cassius untuk menjual segala jenis harta benda yang berjaya kami kaup dan bawa pulang ke sini.

Pulangan yang dihasilkan melimpah-ruah banyaknya. Cukup untuk kami hidup mewah di Eropah berkurun lamanya. Wang yang terkumpul kami simpan di dalam bank yang dikendalikan oleh keluarga Medici dari Florence dan Fugger dari augsburg. Kedua-dua bank ini tidak pernah bertanya dari mana datangnya hasil kutipan wang yang begitu banyak - kerana yang penting, wang yang terkumpul boleh mereka jadikan modal untuk dipinjamkan pula kepada para bangsawan Eropah untuk berperang sesama mereka demi menakluki negara-negara yang lebih lemah.

aku terpaksa menerima hakikat bahawa aku tidak mungkin dapat berdiri sama tinggi dengan Cassius kerana

Page 99: Awang Vampiro

Nizam Zakaria

99

warna kulitku. Cassius sendiri telah memberitahuku dari awal lagi walaupun kini aku bukan lagi seorang hamba, tetapi jika aku mahu terus tinggal di Eropah, aku mesti menganggap diriku sebagai hamba kepunyaan Cassius. aku menerima hakikat ini dengan akur. Lagipun dia tidak kisahkan sangat tentang kedudukanku ini di mata orang lain, asalkan aku sendiri tahu aku bebas. Yang penting buat aku sekarang, Cassius menganggapku sebagai sebahagian dari dirinya yang juga dianggapnya mempunyai kedudukan lebih tinggi dari manusia biasa.

Kami menetap di sebuah istana kecil yang telah diberi nama Palazzo Minuo yang terletak di kawasan San Polo di Venice. Nama untuk istana kecil ini telah dipilih sendiri oleh Cassius. Minuo dalam bahasa Latin - bahasa yang telah dituturkan tatkala dia bergelar manusia dahulu membawa maksud perbuatan untuk mengeluarkan darah. Seperkara yang disedariku tatkala pertama kali dibawa ke istana Cassius adalah tulisan yang terpampang di hadapan bangunan istana gothic ini:

Nascentes Morimur

“Mengapa ‘nascentes morimur’?” tanyaku setelah dibawa masuk ke dalam istana yang telah lama tidak dihuni

itu. “Kita dilahirkan untuk mati,” jelas Cassius, walaupun dia

tahu benar aku memahami asas bahasa Latin. “Tulisan ini telah diletakkan oleh penghuni awalnya. Sebenarnya... sebenarnya aku rasa lebih sesuai jika aku tukarkan tulisan yang kau lihat itu kepada ‘mors ultima linea rerum’, yang membawa maksud kematian adalah tanda untuk garisan terakhir.”

“Tapi kenapa?”

Page 100: Awang Vampiro

Awang Vampiro

100

“Untuk mengingatkan aku, bahawa aku telah dilahirkan sebagai seorang manusia, tapi kini aku bukan lagi manusia, kerana aku telah mati dan kini tak mati-mati pula.” Cassius tertawa sambil berjalan di atas lantai marmar carraranya yang penuh berhabuk. “Pulvis et Umbra Sumus... kita hanya sekadar habuk dan bayang-bayang. Inilah kejadian kita. Tak

lebih dari itu.” “Palazzo ini perlu dibersihkan,” ujarku sambil melihat

suasana malap Palazzo Minuo. Palazzo ini cantik jika ia dijaga betul-betul, itulah yang aku fikirkan. Kerja-kerja membersihkan palazzo ini pasti memerlukan masa dan tenaga yang banyak memandangkan saiznya yang besar dengan entah berapa puluh bilik di dalamnya.

“Esok akan disegerakan hal ini,” sambut Cassius dengan pasti. Seorang anak bangsawan sepertinya memang tidak mampu hidup dalam suasana yang kotor dan tidak terjaga, terutamanya tatkala dia sedang berada di kota-kota besar. Satu masa dahulu di Rom, beliau telah dilahirkan di Bukit Palatine, di dalam sebuah rumah besar dengan berpuluh-puluh hamba yang digunakan hanya untuk menjaga kebersihan rumahnya sahaja.

“daripada siapa kau dapatkan palazzo ini?” tanyaku ingin tahu.

“dari musuh Ludovico Sforza, duke of Milan, yang telah menyuruh aku membunuh musuhnya, tuan punya palazzo ini,” jelas Cassius dengan selamba. Katanya lagi, “Ludovico tahu aku mahu berpindah ke Venice setelah aku bosan dengan keadaan di Milan, jadi dia menghadiahkan palazzo ini kepadaku.”

“apa yang sudah terjadi pada Ludovico sekarang ini?” “dia dah lama mati di dalam penjara Istana Loches, di

Perancis,” kata Cassius bersahaja.

Page 101: Awang Vampiro

Nizam Zakaria

101

aku termenung seketika setelah mendengar penjelasannya. aku mahu tahu tentang kisah lampaunya bergaul dengan bangsawan-bangsawan Eropah. Tetapi aku pasti masanya akan tiba nanti apabila dia akan bercerita kepadaku tentang kisah hidupnya merayau ke seluruh Eropah. Lagipun, dia mempunyai banyak masa untuk bercerita kepadaku.

“Tak ada apa tentang dirinya yang perlu kau kisahkan sangat, kecuali tentang persahabatanku dengan Leonardo da Vinci...” Cassius bersuara untuk memecahkan kebuntuan yang terwujud antara kami.

“Siapa Leonardo?” tanyaku yang tidak pernah mendengar nama Leonardo sebelum ini.

“Seorang lelaki yang telah aku kenali di bengkel Verrocchio di Florence. Verrocchio sendiri yang telah memperkenalkan aku kepadanya sebagai salah seorang muridnya yang paling berbakat. aku pula telah memperkenalkan Leonardo kepada Ludovico, lantas terus diambil Leonardo sebagai pelukis dan juruteranya.”

“Kau pengumpul seni...” pintasku yang mula sedar Cassius banyak mengumpul arca-arca pelbagai bentuk dan lukisan-lukisan yang menghiasi palazzo ini.

di dalam Palazzo Minuo, sememangnya terdapat beberapa lukisan terbaru, yang telah dapat dikumpulkan oleh Cassius. Terutamanya yang telah dilukis oleh pelukis-pelukis Venice seperti Cima da Coneglianon dan Giovanni Bellini selain dari hasil-hasil seni beratus tahun lamanya.

“Ya... itu saja tentang manusia yang menarik perhatian aku. Seni yang mereka mampu lahirkan dari bakat yang mereka ada. aku begitu berminat melihat bagaimana gaya persembahan seni mereka berubah mengikut peredaran

Page 102: Awang Vampiro

Awang Vampiro

102

waktu.... Cuba lihat lukisan-lukisan dari era Byzantine oleh Paolo Veneziano dan Michele Giambono, dan cuba bandingkan dengan lukisan-lukisan Bellini pula. ada sedikit kelainan bukan?” tanya Cassius, kemudian dia menjemputku agar masuk ke dalam bilik perpustakaannya. Bilik yang paling disukainya di dalam palazzonya ini.

aku memerhatikan segala-gala hasil seni yang telah dikumpul oleh Cassius di dalam bilik perpustakaannya – di dalam bilik di mana dia banyak mempamerkan lukisan-lukisan dari koleksi simpanannya sehingga tidak ada tempat lagi untuk dipamerkannya. ada antara lukisan-lukisannya yang tidak ternilai harganya ini disandarkan sahaja di tepi-tepi rak buku.

“apakah hasil seni yang paling kau hargai di sini?” tanyaku seolah-olah menguji sewaktu mataku mencerap lukisan-lukisan yang tergantung di dinding.

“Bab-bab yang hilang dari buku de architectura oleh Vitrivius. Satu-satunya yang masih wujud sekarang ini,” ujar Cassius dengan bangga. dia bergerak ke arah sebuah peti simpanan di belakang sebuah lukisan Vittore Carpaccio yang menunjukkan keindahan suasana pesta di Rialto. Setelah membuka peti tersebut, Cassius mengeluarkan sebuah manuskrip yang kelihatan sedikit usang. di dalam peti besi itu juga aku dapat melihat beberapa lebaran peta yang telah dihadiahkan oleh Ptolemy kepadanya yang masih disimpannya sehingga kini. Juga sebuah peta usang Piri Reis, laksamana Osmaniah yang mempunyai minat yang mendalam dalam bidang kartografi dan beberapa keping peta yang lain dari albertin di Virga dan Zuane Pizzigano.

“Kenapa kau begitu menghargainya?” tanyaku. Sambil itu mataku memandang Manuskrip Vitruvius yang telah dipegang oleh Cassius dengan teliti.

Page 103: Awang Vampiro

Nizam Zakaria

103

“Kerana isinya yang terlalu jauh ke masa depan. Vitruvius hidup sezaman dengan bapaku. Tapi apa yang ditulisnya sehingga kini sukar untuk aku fahami. Ia begitu sukar untuk difahami sehinggalah dikeluarkan dari terbitan asalnya dan ia terus dilupakan tentang kewujudannya.”

“Jadi, kenapa kau simpan?”

“aku pasti satu hari nanti di masa depan pasti ia akan difahami,” jelas Cassius bersungguh-sungguh. “aku fikirkan Leonardo akan memahami kandungan bab-bab yang hilang, tapi dia sendiri tak faham. Juga Rui Faleiro. Ya, aku pernah menujukkan bab-bab yang hilang ini kepadanya, tapi Rui juga tak faham apa yang ditulis dan dilakarkan oleh Vitruvius. Leonardo dan Rui mungkin cerdik, tapi seperti yang aku katakan... apa yang ditulis Vitruvius terlalu jauh ke depan.”

Cassius kemudian meletakkan manuskrip yang dihargainya itu kembali ke dalam peti simpanan. Kemudian dia bergerak ke meja utama di dalam perpustakaannya itu untuk mengambil beberapa keping kertas yang terdapat di atas meja.

dia menyerahkan kertas-kertas yang telah dilukis itu kepadaku dan memberitahuku bahawa itulah lukisan-lukisan rekaan Leonardo yang telah dikumpulnya. Cassius yakin bahawa satu hari nanti, Leonardo akan menjadi seorang manusia yang terkenal. Mungkin lebih dikenali dari Vitruvius sendiri.

“apa yang kau lihat adalah senjata-senjata rekaannya yang hanya wujud di atas kertas. dia juga seperti Vitruvius... banyak mereka dan benda-benda yang direkanya terlalu jauh ke depan.”

“apa yang terjadi pada Leonardo sekarang?”

Page 104: Awang Vampiro

Awang Vampiro

104

“dia meninggal dunia kira-kira empat bulan sebelum kita berlepas dari Seville... tahun 1519,” ujar Cassius yang mungkin sudah dapat meneka tarikh kematian Leornardo sebelum dia menemui ajalnya di Cloux, Perancis.

“Kira-kira tiga tahun yang lepas...” kataku kemudian termenung jauh sambil memikirkan keadaan diriku pada waktu itu.

“Banyak yang telah berlaku selama tiga tahun ini. antaranya, Venice tak lagi semewah dulu. Lebih-lebih lagi apabila Portugis sudah mula menguasai jalan untuk ke timur dan bukan lagi pedagang-pedagang arab yang telah berurusan dengan Venice sejak berkurun lagi.”

“Tak lama lagi... giliran Sepanyol pula.”

“Ya... tak lama lagi giliran Sepanyol pula untuk menguasai dunia,” sambut Cassius dengan perlahan, seolah-olah dia faham benar dengan rentak dunia yang sentiasa sahaja berubah tarian dan senandung manusia yang mendiaminya.

hAmPir setiap malam, aku cuba untuk membiasakan diri hidup sebagai vampiro di dalam kota Venice yang begitu indah. dalam pada itu, aku mula sedar tentang kelebihan luar biasaku sebagai seorang vampiro.

aku mendapati bahawa aku mempunyai kekuatan yang luar biasa. dari hari ke sehari, kebolehan deria penglihatanku semakin tajam. daya pemikiranku pula semakin utuh, lantas membolehkanku menyerap lebih banyak maklumat dari apa yang termampu olehku sebelum

Page 105: Awang Vampiro

Nizam Zakaria

105

ini. Kebolehanku ini telah menyebabkan aku sentiasa haus dengan ilmu pengetahuan yang mahu aku pelajari. Semakin banyak yang aku belajar, semakin kecil rasanya dunia ini dan semakin aku dapat merasakan dunia ini penuh dengan keajaiban dan keindahannya yang tersendiri. dan seperti Cassius, aku juga mula jatuh cinta kepada keindahan seni yang dihasilkan oleh manusia....

aku mula sedar bahawa kelebihanku kini telah membolehkanku menikmati keadaan sekeliling dengan lebih baik lagi. aku kini mampu melihat pergerakan kupu-kupu malam seolah-olah ia terbang dengan perlahan. di dalam masa yang sama, aku sendiri dapat bergerak dengan begitu pantas sehingga pergerakanku hanya dapat dilihat sebagai satu bayangan kelam dalam pandangan manusia. Satu perkara yang sering aku lakukan agar kehadiranku tidak disedari oleh manusia yang menghuni kota Venice yang indah ini.

Kebolehkanku ini juga menyebabkanku dapat melihat lembaga-lembaga gelap yang tidak mahu kulihat. Tatkala angin Sirocco yang dikatakan dapat membuat orang menjadi gila bertiup menyapa Venice, aku akan dapat mendengar suara-suara jeritan yang datangnya entah dari mana. deria bauku yang semakin kuat menyebabkanku dapat menghidu ketakutan, kegembiraan dan keraguan manusia yang aku temui. di Venice ini, dengan bermacam-macam jenis barang-barang yang diperdagangkan ke seluruh Eropah yang datangnya dari segala pelosok ceruk di dunia ini – bau-bauannya yang eksotik suka kucium untuk kufahami asal usulnya.

Kadangkala, ketika berjalan malam, aku akan terserempak dengan vampiro-vampiro yang lain. Ya, seperti aku, mereka kelihatan seperti manusia biasa. Tidak ada

Page 106: Awang Vampiro

Awang Vampiro

106

perbezaan langsung, kecuali para vampiro sepertiku itu tidak mengeluarkan sebarang bau yang boleh kucium. Tidak seperti manusia, para vampiro langsung tidak mengeluarkan sebarang bau yang mungkin dapat membocorkan rahsia perasaan yang cuba disembunyikan mereka dan dapat kubaca dengan deria bauku. Mereka juga tahu bahawa aku ini makhluk yang segerombolan dengan mereka melalui cara ini. Mereka juga tahu bahawa sebahagian dari darahku merupakan darah Cassius dan Tiresias. Sehingga kini, hanya aku dan Cassius sahaja yang mempunyai jalinan darah dengan Tiresias, vampiro yang paling disegani dalam kalangan vampiro-vampiro yang ada.

Pernah ditanya kepada Cassius berapa ramai makhluk vampiro yang ada sepertinya di dalam dunia ini. Kata Cassius tidak ramai. Malah dirinya sendiri, selama dia menjadi vampiro, aku sahaja vampiro yang datangnya dari dirinya. Itu pun dengan cara tidak sengaja, yang difikirkan Cassius sebagai satu kejadian yang tidak dapat dielakkannya, tetapi telah diramalkan oleh Tiresias beberapa ratus tahun sebelum ini – bahawa pada satu hari nanti Cassius akan menjadikan seorang teman untuk memburu dalam kalangan seorang lelaki yang ditemuinya di kawasan ‘Semenanjung Emas’.

“Tapi mengapa tidak?” tanyaku kehairanan. Tatkala itu kami sedang berdiri di atas sebuah gondola sambil memerhatikan suasana malam yang masih segar di Canal Grande.

“apa maksudmu?” tanya Cassius kembali.

“Mengapa sebelum kau menemui aku, kau tidak mencari manusia lain untuk dijadikan vampiro sebagai temanmu?”

Page 107: Awang Vampiro

Nizam Zakaria

107

“Kejadian kita bak haiwan pemangsa. Kita tak perlu mempunyai jumlah yang terlalu ramai, jika tidak... pasti sukar untuk kita mencari mangsa bagi membolehkan kita terus hidup,” jelas Cassius. Gondola yang bergerak perlahan itu kemudian berhenti di hadapan Palazzo Dario, sebuah palazzo yang bahagian hadapannya kelihatan lain dari yang lain kerana penggunaan batu marmar pelbagai warna.

“Lagipun, aku tak mahu jadi seperti vampiro-vampiro lain yang hidup berkumpulan. aku lebih suka hidup menyendiri.”

Pendayung gondola menerima upah sekeping ducat perak daripadaku. Satu jumlah yang lebih banyak dari yang patut diterimanya.

“dua lagi ducat perak jika kamu tunggu di sini sehingga menjelang subuh nanti,” beritahuku kepada si pendayung.

Pendayung gondola itu mengangguk perlahan sambil mengucapkan terima kasih tanpa memandang ke arahku mahupun Cassius. aku dapat mencium bau gementarnya. dari dalam kotak fikiran si pendayung yang dapat kubaca, dapatlah kuketahui bahawa Palazzo Dario yang dibina oleh Giovanni dario ini berhantu. atau itulah yang difikirkan oleh si pendayung gondola....

“Palazzo ini baru saja dibina, tapi terus dianggap berpuaka...” Cassius menjelaskan.

aku melihat beberapa lembaga yang sedang berdiri di dalam palazzo sambil memakai topeng. Mereka menunduk hormat kepada kami berdua.

“Kenapa?” tanyaku ingin tahu mengapa palazzo ini dianggap berpuaka oleh penduduk-penduduk Venice. Setahu aku, Giovanni dario adalah seorang ahli diplomat Venice

Page 108: Awang Vampiro

Awang Vampiro

108

yang telah mengadakan perundingan damai dengan Turki pada tahun 1479. Kerana tugasnya di luar negara, Giovanni dario jarang mendiami palazzo mewahnya ini.

“Kerana mereka,” ujar Cassius sambil membawaku masuk ke dalam dewan tarian yang dipenuhi dengan beberapa lembaga bertopeng. dengan sekali pandang, walaupun bertopeng, aku sudah dapat membezakan sama ada mereka terdiri dari golongan vampiro ataupun manusia. “Seperti kota-kota pelabuhan besar yang lain, kota ini menjadi tempat tinggal dan persinggahan kepada ramai vampiro. dari masa ke semasa mereka akan mengadakan pesta di sini.”

aku dapat mendengar berpuluh-puluh suara yang menyelinap masuk ke dalam fikiranku. Walaupun bertopeng, aku dapat mengesan bahawa vampiro-vampiro ini datang dari segala pelosok sudut dunia. ada yang berumur berkurun lamanya seperti Cassius dan ada pula yang masih baru sepertiku.

Ketika berjalan merentasi dewan tempat berkumpulnya para vampiro yang sedang berpesta dan menari sambil menikmati lagu berentak madrigal hasil karya komposer adrian Willaert yang namanya disanjung di Venice pada ketika itu, aku dapat merasakan bahawa diriku dapat diterima dengan baik di sini. Para vampiro di sini nampaknya langsung tidak menghiraukan warna kulit mahupun latar belakangku. aku terus dianggap dan sebagai saudara baru mereka di sini, malah mereka cukup hormat denganku.

Tatkala aku dan Cassius berehat di sebuah sudut yang gelap, kami didekati oleh seorang budak lelaki yang comel. Budak lelaki yang mempunyai rambut berwarna perang dan kerinting itu telah menyerahkan dua pasang topeng untuk dipakai oleh kami berdua.

Page 109: Awang Vampiro

Nizam Zakaria

109

aku tersenyum. apabila aku mengambil topeng tersebut daripada budak lelaki yang mungkin masih berumur dua belas tahun itu, aku dapat melihat bekas gigitan pada bahagian tangan dan lengannya.

Kini aku pasti bahawa budak lelaki itu dan juga manusia-manusia yang ada di situ adalah hamba darah kepada vampiro-vampiro yang ada. Tugas mereka sama seperti lembu-lembu yang diperah susunya. Manusia-manusia ini dihisap darah mereka, tetapi tidak dihisap sehingga akan menyebabkan mereka mati. Mereka tidak dipukau. Mereka memberikan darah mereka dengan sukarela. Mereka lebih rela dijaga dan diberi makan serta gaji oleh para vampiro dari hidup tidak tentu arah sebagai kutu jalanan di kota Venice ini.

“Kau akhirnya berteman,” ujar seorang vampiro yang sedang memakai topeng seperti burung lengkap berparuh. “aku fikirkan aku hanya dengar berita angin. Rupa-rupanya betul.”

“Ini pun secara tak sengaja, Garcia!” sambut Cassius. dia terus memakai topengnya yang berwarna putih itu.

“Ya, aku pasti.” Garcia menyambut sinis sebelum dia memandang ke arahku. dia membuka topengku. dia mahu memandang wajahku dengan lebih jelas lagi. dia merenung ke dalam mataku. Kemudian dia mengusap pipiku.

“Kacak orangnya. Senyumannya menawan. Jadi dengan secara tidak sengaja pun kau masih mengambil seorang teman memburu yang cantik kejadiannya.”

“Bukankah kita semua begini?” Cassius sengaja bertanya kembali dengan suara yang cukup sinis.

Page 110: Awang Vampiro

Awang Vampiro

110

“di mana kau mula-mula bertemu dengan Cassius dulu?” tanya Garcia kepadaku.

“Melaka.”

“Oh, Melaka.... Nama Melaka pernah satu ketika dahulu begitu dikenali di Venice ini,” beritahu Garcia. “andainya di sana Cassius boleh menemui seorang lelaki sekacakmu, jika aku ke sana, pasti aku dapat menemui gadis-gadis yang cantik-cantik belaka!”

“Melaka tak mungkin akan jatuh ke tangan Sepanyol, Garcia.... Melaka kini milik Portugis,” kata Cassius sambil menjeling.

Garcia ketawa.

“Kau dijadikan vampiro oleh Cassius... antara vampiro yang paling disegani di sini. dan antara yang tertua. Jika dia tak ada nanti, kau akan menggantikan tempatnya. Tapi aku pasti, perjalanan hidup Cassius masih panjang lagi,” ujar Garcia dalam bahasa Sepanyol yang begitu pekat loghatnya kepadaku.

aku pasti Garcia sedang tersenyum dan menyeringai sehingga ternampak taringnya di sebalik topeng yang dipakainya. Garcia kemudian terus diam. dia tunduk hormat kepada Cassius sebelum dia berjalan ke sebuah sudut yang lebih gelap untuk memerhatikan seorang hamba dari afrika yang sedang dihisap darahnya oleh seorang gadis vampiro.

“Bagaimana pesta darah seperti ini boleh dilakukan di sini? di tengah-tengah kota Venice? Tidakkah pihak doge ataupun Majlis Sepuluh menerima sebarang aduan di a bocca di leone?” tanyaku yang pernah sekali mendapatkan seorang mangsaku di sana - ketika aku mendapat tahu tentang seorang peniaga yang ingin menganiaya rakan niaganya sendiri dengan menulis sebuah surat penuh fitnah dan ingin

Page 111: Awang Vampiro

Nizam Zakaria

111

dimasukkan ke dalam peti surat di a bocca di leone. aku tahu jika surat itu dibaca, pasti pihak yang telah difitnahkannya itu akan menerima padah. aku membunuh mangsaku itu sebelum dia sempat memfitnahkan rakan niaganya sendiri.

“Pastinya mereka tahu. Cuma di sini wang menguasai segala-galanya.” Cassius memerhatikan suasana palazzo yang telah dihias indah dengan lukisan-lukisan dan hasil-hasil seni. Makanan-makanan yang dihidangkan untuk para hamba darah juga berbagai-bagai jenis dan sedap-sedap belaka untuk mereka nikmati. Hidangan itu langsung tidak disentuh oleh para vampiro.

“Kau tak bosan hidup sendiri?” tanyaku mengubah arus perbualan. aku merasa kurang selesa memakai topeng. Sukar untuk menikmati bau-bauan indah yang dapat kucium dan nikmati di sini.

“Kau tak faham dengan kehidupanku,” jawab Cassius sedikit terganggu dengan soalanku tadi.

“Tapi bagaimana kau mampu hidup hampir empat belas abad lamanya?”

“adakalanya aku tak mampu. aku rasa ramai vampiro yang tak tahan hidup begini, seperti beberapa vampiro aku kenali yang hampir menjadi gila. ada pula yang membunuh diri dengan sengaja membuatkan diri mereka dapat ditangkap oleh manusia...”

“Tapi kau terlalu cintakan kehidupan ini. Kau mahu melihat sejauh mana kemajuan manusia akan membawa mereka satu hari nanti,” pintasku yang semakin mengenali dirinya.

Cassius berjalan ke arah tingkap palazzo yang besar itu untuk melihat keadaan air laut adriatic yang sedang mengalir lesu melalui terusan besar Venice. aku

Page 112: Awang Vampiro

Awang Vampiro

112

pergi mendapatkannya lalu termenung dengan agak lama di situ.

aku dapat mencium bau hanyir air di terusan dan bau darah manusia yang masih panas di belakangku. Setelah lama termenung kosong begitu, aku menoleh ke belakang. aku terus dapat melihat Cassius menghisap lengan seorang wanita yang bertopeng yang mengipas-ngipas dirinya. Wanita tersebut kelihatan teruja. dia menghulurkan lengannya kepadaku, tetapi aku sekadar menggeleng....

SetelAh meneroka hampir setiap sudut dan ceruk Venice dalam jangka masa lima puluh tahun, aku akhirnya merasa cukup resah dengan kota ini. Barangkali betul kata Cassius - vampiro seperti kami perlu sentiasa melakukan sesuatu yang menarik agar hidup kami tidak membosankan. Jadi untuk menghilangkan rasa bosan, adakalanya kami akan bergerak dari satu kota ke kota yang lain di Eropah. Melancong atau mengembara....

Pada malam itu, malam St Bartholomew’s Ogos 24, 1572 kami berada di Paris. Para vampiro dari Paris nampaknya telah keluar beramai-ramai untuk menyaksikan satu perkara yang sudah kami jangkakan akan berlaku. Satu malam di mana ramai manusia dibunuh di atas nama agama yang mereka anuti.

dalam masa seminggu selepas itu, lebih dari seratus ribu penganut Protestan di Perancis yang dikenali dengan panggilan Huguenot mati dibunuh oleh para penganut agama Katolik. Sungai-sungai di Perancis dipenuhi dengan mayat sehinggakan orang di Perancis takut

Page 113: Awang Vampiro

Nizam Zakaria

113

untuk memakan ikan yang ditangkap di sungai hingga berbulan-bulan lamanya.

Pada malam berdarah itu jugalah aku mula mengenali nama daevas. Satu nama yang ditakuti oleh golongan vampiro, terutamanya Cassius. dia tidak pasti dari mana asal usul mereka dan sejak bila mereka wujud. Tetapi apa yang pasti, golongan daevas yang diketuai oleh ketua mereka yang termaklum dengan nama ahriman ini dikenali dengan pelbagai nama dan manifestasi di dalam pelbagai tamadun di dunia ini. Mereka telah lama wujud dalam kalangan manusia dan wujud lama sebelum kemunculan tujuh vampiro terawal - amesha Spentas di Babylon.

Cassius kurang pasti jika mereka terdiri dari golongan manusia, walaupun kadangkala golongan daevas ini akan memperlihatkan diri mereka menyerupai manusia. Seperti golongan vampiro, mereka juga mampu hidup dalam jangka hayat yang lama dan sukar untuk dibunuh. Mereka mempunyai kuasa luar biasa yang tidak mungkin ada di kalangan manusia. Mereka mempunyai kelebihan yang tidak ada pada golongan vampiro; mereka boleh hidup dalam kalangan manusia pada siang hari.

Setahu Cassius, ahrimanlah yang telah menyebabkan Tiresias hampir mati dibunuh apabila dia cuba memerangkap ahriman ketika ia cuba memusnahkan kota yang agung itu. Setelah bertungkus-lumus berjuang, akhirnya Tirisias berjaya untuk menewaskan ahriman lalu memenjarakannya di dalam sebuah kotak khas yang telah ditanam di sebuah tempat rahsia yang hanya Tiresias sahaja yang tahu. Pengikut-pengikut ahriman, golongan daevas ini mahu membalas dendam ke atas Tiresias di atas perbuatannya ini. Oleh yang demikian diri Tiresias sentiasa diburu. Tiresias terpaksa berpindah randah dari satu tempat ke tempat yang

Page 114: Awang Vampiro

Awang Vampiro

114

lain di kawasan timur tengah semata-mata untuk melarikan diri dari para daevas yang memburunya untuk mendapatkan maklumat untuk membebaskan tuan mereka.

“Tiresias dapat melihat bahawa ahriman perlu memusnahkannya. Tapi dia tidak dapat melakukannya. Tapi dia yakin ahriman akan dapat dimusnahkan jua. ada sesuatu perkara yang dapat Tiresias lihat akan berlaku di masa depan yang melibatkan kau,” ujar Cassius kepadaku sewaktu kami sedang berjalan di sebuah lorong gelap di Paris. Keadaan Paris pada malam itu terlalu cacamarba.

“apa dia?”

“Buat masa ini kau tak perlu tahu...” Cassius mengeluh tatkala melihat mayat-mayat yang bergelimpangan di tengah jalan. dia berhenti di hadapan mayat seorang pemuda yang kacak wajahnya. Cassius menggelengkan kepalanya kerana dia terkilan tidak dapat menghisap darah pemuda ini sebelum dia dibunuh begitu sahaja. Pemuda ini dibunuh semata-mata kerana dia mengikut fahaman Protestan di dalam sebuah negara Katolik seperti Perancis.

“Kau juga perlu berhati-hati dengan ahriman dan pengikut-pengikut daevasnya. Mereka berada di mana-mana. Malah mereka juga ramai tali barut dalam kalangan manusia!”

aku mengangguk tatkala mendengarkan kata-kata Cassius mengenai makhluk yang dikenalinya dengan nama ahriman ini. aku melangkah beberapa mayat yang bergelimpangan di atas jalan. darah mereka mengalir membasahi bumi. Paris pada malam itu dipenuhi dengan bau hanyir darah yang masih segar.

“Tiresias dapat melihat saat kematiannya. dia tahu satu hari nanti, dia pasti akan dibunuh oleh seorang tali barut

Page 115: Awang Vampiro

Nizam Zakaria

115

golongan daevas,” kata Cassius lagi. “Seorang yang kau kenali...”

“apa?”

“Ya... kau mengenalinya, tapi aku tak pasti siapa. Satu hari nanti kau akan bertarung dengannya untuk membalas dendam ke atas kematian Tiresias.”

“Tapi aku tak mengenali Tiresias dan dia belum mati lagi!”

“Satu hari nanti kau akan mencarinya. Kau sendiri tahu bukan?”

“Ya,” jawabku perlahan. di dalam mimpiku, aku sudah dapat melihat diriku merentas padang pasir saujana mata memandang semata-mata untuk mencari Tiresias - untuk mendapatkan jawapan kepada soalan yang masih belum aku dapat pastikan isi kandungannya. dalam mimpiku itu, aku dapat melihat diriku cuba untuk menyelamatkan nyawanya, tetapi aku gagal. Kecuaianku akan menyebabkan kematian Tiresias.

“Jadi jika dia tahu akan mati dibunuh, kenapa dia tak cuba untuk menghalang mereka?” tanyaku. Mataku jelas mencerminkan kebimbangan.

“Mungkin dia tahu tak mungkin dapat melawan takdirnya...”

aku melihat dahi Cassius kini terukir dengan garis-garis halus yang penuh dengan perhitungan.

“adakah kita juga perlu bimbang golongan daevas buat masa ini?”

“Ya.... Tapi mereka hanya akan muncul jika tiba masanya kita akan dimusnahkan. Buat masa ini mereka hanya beranggapan golongan vampiro bukan satu ancaman

Page 116: Awang Vampiro

Awang Vampiro

116

buat mereka. Mereka hanya tunggu masa sehingga ahriman akan bebas semula dari kotak emas yang digunakan Tiresias untuk memenjarakannya. Masanya akan tiba jua akhirnya. Tapi bukan sekarang...”

Penjelasan daripada Cassius ini membuatku mahu mengetahui dengan lebih mendalam tentang ahriman dan makhluk halus bergelar daevas ini. aku perlu tahu tentang kewujudan mereka. aku perlu mengetahui mengapa mereka mahu menguasai dunia. aku kemudian bertanyakan Cassius soalan ini:

“Jadi... ahriman ini bersungguh-sungguh mahu memusnahkan golongan vampiro satu hari nanti?”

“dia bukan saja mahu memusnahkan golongan vampiro, tapi manusia sejagat. Begitulah menurut Tiresias,” jelas Cassius dengan perlahan, dia berhenti seketika untuk memerhatikan seorang lelaki Katolik menyembelih leher seorang gadis Huguenot sehingga gadis itu terkulai mati.

aku memandang darah yang keluar mengalir dari leher gadis tersebut. aku tidak dapat melakukan apa-apa pada ketika itu selain dari menjadi seorang pemerhati. Seorang pemerhati yang tidak dapat melakukan apa-apa kecuali mengintai keganasan dan kekejaman yang dilakukan manusia dari jauh.

aku melihat keadaan sekelilingku apabila kami mula melangkah ke kawasan Place Maubert yang terletak di tengah-tengah kota Paris. aku mendapati banyak mayat yang bergelimpangan di kawasan ini. aku dan Cassius pernah ke sini satu masa dahulu, pada tahun 1546 apabila ahli falsafah Etienne dolet dibakar hidup-hidup di sini kerana telah mencetak karya-karya penulis humanisme terutamanya karya Erasmus.

Page 117: Awang Vampiro

Nizam Zakaria

117

“dan manusia katakan kita lebih kejam daripada mereka...” Cassius memegang tubuhnya, cuba memikirkan tentang segala peristiwa yang pernah berlaku di sini dahulu dan apa yang sedang disaksikannya sekarang. dia hanya menggeleng-gelengkan kepalanya.

Aku dan Cassius kurang pasti jika kami harus berpindah ke Paris dari Venice setelah menyaksikan peristiwa berdarah yang sedang berlaku di sini. Rasa-rasanya seperti Paris akan kekurangan manusia setelah melihat begitu ramai penduduk Huguenot Protestannya telah dibunuh dengan kejam oleh pengikut-pengikut fahaman Katolik. Semuanya ini berlaku enam hari setelah Permasuri Margot dikahwinkan dengan Henri dari Navarre, ketua bagi golongan Hugeunot. Sebuah perkahwinan yang telah dirancangkan oleh Catherine Medici yang berakhir dengan tragedi.

Setelah suasana di Paris semakin reda, aku dan Cassius berpindah ke Paris. Lebih-lebih lagi apabila Venice telah diserang dengan penyakit hawar pada tahun 1575. Kami berpindah ke Paris setahun selepas pelukis yang disayangi oleh Cassius, Titian meninggal dunia akibat wabak tersebut di samping seratus ribu penduduk Venice yang lain. Ternyata, pada waktu itu bukan satu masa yang baik untuk kami berada di Venice kerana kurangnya jumlah mangsa yang dapat kami cari untuk meneruskan kehidupan.

aku juga mula sedar bahawa untuk terus hidup tanpa diganggu, kami perlu berpindah dari satu kota ke satu kota. agak sukar untuk kami hidup terlalu lama di satu-satu tempat, memandangkan wajah kami tidak pernah berubah akibat dimakan usia.

Page 118: Awang Vampiro

Awang Vampiro

118

aku mendapati Cassius cukup senang dengan kota Paris, sebuah kota yang ramai penduduknya. Jadi kami akhirnya mengambil keputusan untuk berpindah ke Paris agar senang untuk mencari mangsa di sini.

Setelah lebih dua ratus tahun aku menjadikan Paris sebagai tempat untuk memburu mangsa-mangsaku, buat pertama kalinya aku akhirnya bertemu dengan seorang pengikut ahriman. Seorang wanita bernama Kira dari golongan daevas yang dikatakan telah wujud sejak zaman Raja Kala Jengking yang telah memerintah Mesir pada tahun 3200 sebelum Masihi dahulu....

Page 119: Awang Vampiro

Nizam Zakaria

119

di kota Paris inilah aku mula mengenali dunia sastera. Banyak dari masaku telah kuhabiskan dengan membaca. Jika diikutkan, ada baiknya jika di Venice

dahulu aku menghabiskan masaku belajar di Universiti Padua. di Paris pula, mahu sahaja aku menjadi pelajar di Universiti Paris. Tetapi aku tahu perkara ini tidak mungkin akan menjadi kenyatan, kerana aku seorang vampiro. Walaupun begitu, Cassius telah berulang kali mengatakan bahawa satu hari nanti, pasti anak-anak Melayu sepertiku akan belajar di universiti-universiti besar di dunia, malah di Universiti Oxford di England. Buat masa ini, aku sudah cukup puas membaca dan belajar di dalam ruang masaku sendiri.

di dalam bilik perpustakaan di rumahku di Marais, terdapat beribu-ribu judul buku yang telah dikumpulkan oleh Cassius dan diriku selama ini. dalam masa lebih

Bab 4

Page 120: Awang Vampiro

Awang Vampiro

120

dua ratus tahun aku menetap di Paris, entah berapa banyak buku yang telah aku telaah. Masa-masa santaiku telah kuhabiskan dengan menelaah hasil-hasil karya Plato, Plutarch, Livy dan Virgil. Itu sahajalah yang mampu kulakukan untuk menghabiskan detik hidupku yang dirasakan terlalu lama ini.

Pada waktu itu, aku banyak menghabiskan masa dengan membaca karya-karya Molière dan Racine. Karya-karya dari era yang kemudian dikenali sebagai ‘Le Grand Siècle’ oleh para sejarahwan. Satu era yang menandakan kekuasaan serta pengaruh kerajaan Perancis yang tiada tandingannya di Eropah. Istana Versailles yang telah dibina dengan seni bina baroque menjadi kebanggaan penduduk Perancis terutamanya Raja Louis XIV. Segala kemewahan ini walau bagaimanapun telah mendatangkan banyak musibah pada Perancis, di mana ia dibayangi perang dan kemiskinan yang teruk sehingga menular dalam kalangan rakyatnya.

Walaupun dunia di luarku sentiasa bergolak suasana politik yang tidak menentu, aku tidak pernah mahu ambil tahu, lebih-lebih lagi tatkala Raja Louis XV mula menaiki tahta kerajaan Perancis pada tahun 1715. Malah sejak kebelakangan ini, aku begitu berminat untuk mengkaji tentang kewujudan golongan daevas yang diselubungi misteri. aku terlalu ingin mengetahui tentang latar belakang golongan daevas ini, selain dari menelaah karya-karya terbaru dari Voltaire, denis diderot dan Turgot yang ada antara karya-karya mereka belum sempat lagi kusentuh.

Banyak dari masaku telah kuambil untuk meneliti skrol-skrol kepunyaan Cassius yang telah ditulis dalam tulisan purba Yunani, Mesir, Latin dan adakalanya dalam bahasa aramaic. dalam salah satu skrol purba yang terdapat dalam koleksi Cassius, ada menceritakan dengan secara ringkas tentang hubungan ahriman dan vampiro. Skrol purba ini dipercayai

Page 121: Awang Vampiro

Nizam Zakaria

121

dicuri oleh seorang vampiro yang berasal dari kota Petra, dari Perpustakaan Iskandariah - sebelum perpustakaan ini musnah dalam satu kebakaran besar lantas memusnahkan segala-gala pengetahuan dunia yang tersimpan di dalamnya.

Skrol ini adalah antara beberapa skrol purba yang dijaga dengan rapi oleh Cassius. aku hanya diberikan kebenaran untuk menyelidiki isi kandungan skrol-skrol ini setelah Cassius betul-betul mempercayaiku. Itu pun perkara ini hanya berlaku setelah lebih dua ratus tahun aku mengenalinya....

dalam kajianku, aku akhirnya dapat mengetahui bahawa golongan vampiro mempunyai talian darah dengan golongan daevas, atau begitulah yang dijelaskan oleh pengarang skrol kuno yang tidak kukenali ini. Menurutnya, seorang kerabat Raja Nabopolassar bernama Kasra dari Babylon bercita-cita untuk hidup buat selama-lamanya.

apabila Kasra pergi menemui seorang dukun istana dari Babylon dan menyatakan hasrat ini kepadanya, Kasra telah diberitahu tentang wujudnya Haoma, sejenis minuman yang wujud dalam mitos Parsi yang dikatakan dapat menjadikan sesiapa yang meminumnya hidup buat selama-lamanya. Menurut dukun tersebut, minuman ini disediakan dengan memasak daun-daun beracun yang kemudiannya dicampur dengan satu lagi bahan yang dikatakan hanya boleh dicari di Mesir pada ketika itu.

Ketika mengikut rombongan Raja Nabopolassar menyerang Mesir pada tahun 610 sebelum Masihi, Kasra telah pergi mencari bahan yang disebutkan oleh dukun dari babylon itu: darah sejenis makhluk yang berkuasa telah hadir lama sebelum tamadun Mesir kuno diasaskan lagi. di Mesir, makhluk ini dikenali dengan nama aldinach dan apabila diseru, ia hanya akan muncul di hadapan manusia dalam bentuk seorang wanita yang cantik.

Page 122: Awang Vampiro

Awang Vampiro

122

Tatkala berada di Mesir, rombongan perang yang diketuai Kasra telah menyeru lalu menangkap salah seorang dari makhluk menyerupai manusia ini yang telah bersekutu dengan Firaun Nekau II. Makhluk aldinach yang mempunyai wajah jelita dengan tubuh yang menggiurkan ini lantas ditoreh lengannya oleh Kasra untuk dikeluarkan semangkuk darahnya, lalu diberikan kepada si dukun untuk menyediakan minuman Haoma.

Lantas Kasra meminum air Haoma yang telah disediakan untuknya. Seperti yang telah dijangkakan oleh si dukun Babylon, Kasra mati sebaik sahaja meminum Haoma, tetapi bangkit kembali pada malam hari sebagai seorang makhluk yang mempunyai kemampuan untuk hidup buat selama-lamanya dengan kuasa luar biasa melebihi kuasa yang mampu difahami oleh manusia biasa.

Maka timbullah kesedaran di dalam diri Kasra bahawa darah dari makhluk aldinach ini jika diminum akan meracuni jiwa serta tubuhnya. darah aldinach, seperti satu wabak penyakit, mengubah dirinya menjadi makhluk yang luar biasa, tetapi dia juga mempunyai kelemahan yang luar biasa, iaitu untuk terus hidup, dia perlu menghisap darah dan dia tidak boleh terkena cahaya matahari, jika tidak musnahlah dirinya nanti.

Walau bagaimanapun, Kasra ternyata tidak dapat menikmati kehidupannya dengan lama. Hanya beberapa ratus tahun selepas Kasra dihidupkan kembali - Seth, tuan kepada makhluk aldinach ini dikejutkan dari tidurnya untuk menyelamatkan hamba suruhannya yang telah dipenjarakan di Babylon oleh Kasra selama ini. Maka Seth datang sendiri ke Babylon untuk mencari Kasra, lalu memusnahkannya. Seth yang pada mulanya bermukim di Mesir lalu disembah sebagai dewa di sana, berpindah pula ke Babylon, kota yang paling tersohor di dunia pada waktu itu.

Page 123: Awang Vampiro

Nizam Zakaria

123

di Babylon, Seth telah dikenali dengan nama ahriman, dan hamba-hamba suruhannya pula dikenali dengan nama daevas. di Babylon, ahriman merupakan dewa kepada kegelapan, pemusnah kepada kebaikan dan penjelmaan kejahatan. di dalam bahasa kuno Parsi, ahriman yang membawa maksud ‘semangat jahat’, kerana ahrimanlah pembawa kepada segala-galanya yang jahat dan jelek di dalam dunia ini.

Kemunculan ahriman ke Babylon telah dikatakan membawa banyak musibah pada kota yang agung itu sehingga ia telah berjaya ditawan oleh Iskandar Zulkarnain pada tahun 331 sebelum Masihi. Kira-kira seratus tahun selepas itu, pendeta-pendeta dari Babylon telah menyeru seorang orakel buta dari Yunani bernama Tiresias untuk memerangkap ahriman lalu memenjarakannya buat selama-lamanya. Sememangnya Tiresias berjaya melakukan apa yang patut dilakukannya. Tetapi di dalam masa yang sama, dia dapat menilik bahawa suatu hari nanti, ahriman akan kembali berkuasa lalu membawa kebinasaan kepada dunia ini. dan apabila masa itu tiba nanti, kuasa ahriman akan bertambah. dan kebinasaan yang akan dibawanya adalah satu kebinasaan yang mutlak.

Lalu Tiresias mengambil keputusan melakukan sesuatu untuk memastikan agar perkara ini tidak berlaku atau sekurang-kurangnya, ahriman dapat dikalahkan apabila dia muncul kembali di muka bumi untuk memusnahkan umat manusia.

“AdAkAh aku yang kau seru?” ujar satu suara yang tiba-tiba dapat kudengari di dalam kotak fikiranku tatkala aku sedang sibuk membaca skrol mengenai ahriman di bawah cahaya

Page 124: Awang Vampiro

Awang Vampiro

124

lilin yang gelap di dalam bilik perpustaanku. aku memerhatikan ke seluruh bahagian bilik

perpustakaan yang malap. aku pasti tidak ada sesiapa pun yang sedang berada bersamaku pada waktu itu. aku tidak dapat mencium sebarang bau manusia, mahupun melihat roh-roh yang kadangkala akan tersesat jalan, lantas bertembung denganku di sini.

“Namaku Kira,” beritahu suara tersebut dengan lembut. Selama ini setahuku, hanya Cassius sahaja yang selalu menyeruku dengan cara ini.

aku dapat merasakan bahawa Kira sedang berada di luar bangunan tempat tinggalku. aku mahu melihatnya, tetapi tidak mungkin untukku menyelak langsir lantas membuka tingkap yang dilitupi papan dan langsir baldu yang tebal untuk mengelakkan cahaya matahari dari memasuki rumah.

di luar, suasana di Marais hingar bingar dengan aktiviti penduduk Paris pada waktu siang. ada yang baru sahaja pulang dari membeli-belah dan ada pula sedang sibuk mengerjakan pekerjaan masing-masing. Suara mereka dapat kudengari dengan jelas. dan jika aku betul-betul boleh menumpukan fikiranku, aku akan dapat melihat keadaan di luar sana di dalam kotak fikiranku. dan aku melakukan perkara ini sekarang adalah untuk melihat Kira.

Maka pada waktu itu aku dapat melihat Kira yang berpakaian seperti seorang gadis bangsawan Perancis yang pastinya terbaru dan paling cantik sepertimana yang tersebut dalam jurnal fesyen Mercure de France - sambil duduk sopan di dalam kereta kudanya. dia sedang memegang kipas. Berkipas untuk mendinginkan tubuhnya yang mula merasa bahang pertengahan musim panas di Paris.

Wajah Kira bukan iras wajah orang Eropah yang berkulit putih pucat dan berambut perang. Rambut Kira berwarna hitam. Matanya besar dan bulat. Kulitnya sedikit gelap. dia

Page 125: Awang Vampiro

Nizam Zakaria

125

mungkin berumur di sekitar awal dua puluhan. “aku tak menyeru sesiapa!” aku akhirnya bersuara di

dalam hati. aku tahu Kira akan mendengar suara hatiku ini. “aku tahu kau ingin mengetahui tentang kewujudan

kami.... Jadi aku datang agar kau akan dapat mengenali kami dengan lebih rapat lagi,” ujar Kira sambil mengipas-ngipas dirinya.

“Nampaknya kau mewarisi kebolehan Tiresias daripada Cassius. Si vampiro buta itu mampu melihat dengan lebih baik dari mana-mana manusia yang hanya menggunakan mata hatinya,” jelas Kira dengan nada sedikit bongkak apabila dia mendapati aku mampu melihat dirinya yang sedang berada di luar rumahku.

“Kau pernah cuba membunuh Tiresias ketika dia bertarung dengan ahriman dulu!” kataku setelah dapat membaca fikiran Kira dan melihat sendiri bagaimana Kira pernah cuba membunuh Tiresias tetapi gagal. Kira kemudian ditangkap oleh Tiresias dan sehingga kini Kira mendendami Tiresias.

“Cepat kau dapat menangkap tentang sejarah lamaku. Bukan semua vampiro dapat melakukan semua ini. Nampaknya Cassius telah mendapatkan seorang vampiro yang cerdik. Mungkin lebih cerdik dari dirinya sendiri.” Kini Kira memerli pula.

“apa yang kau mahu?” “aku cuma mahu berkawan.” “Sejak bila pula konco-konco ahriman berkawan dengan

golongan vampiro?” “Nampaknya banyak juga yang masih belum kau

ketahui tentang hubungan golongan vampiro dan daevas!” “ada banyak perkara yang ingin aku tanya... mengenai

kejadian aku ini....” “Tapi bukan sekarang. Mungkin malam ini. Kita

Page 126: Awang Vampiro

Awang Vampiro

126

berjumpa di hadapan Place des Vosges... tengah malam ini. Nanti aku akan jelaskan segala-galanya.” Kereta kuda yang dinaiki Kira bergerak meninggalkan bangunan yang dihuniku dan Cassius.

“Kenapa kau termenung?” tanya Cassius yang tiba-tiba sahaja muncul dalam bilik perpustakaan.

aku sedikit tersentak melihat Cassius muncul secara tiba-tiba begitu.

“Tak ada apa-apa,” ujarku sambil menggeleng. aku termenung seketika sebelum mencapai sehelai skrol papyrus dari Mesir mengenai jampi serapah yang telah digunakan Terisias untuk memerangkap ahriman di dalam sebuah kotak emas - dengan separuh hati.

tePAt pada tengah malam, aku telah menunggu ketibaan Kira di tempat yang telah dijanjikan. Kawasan di sekitar dataran Place des Vosges agak sunyi pada malam itu. Mungkin kerana pada malam itu cuaca terlalu sejuk.

Kemudian muncul kereta kuda Kira dan kulihat Kira keluar dari kereta kuda tersebut sambil tersenyum memandang ke arahku. Wajahnya ternyata jelita, walaupun aku dapat merasakan dia sudah menghabiskan masa lebih empat ribu tahun di bumi ini.

aku memerhatikan ke dalam mata Kira. aku langsung tidak dapat membaca perasaannya sepertimana yang dapat dilakukannya terhadap manusia. Bagiku, fikiran manusia seperti sebuah buku yang terbuka, begitu senang untuk dibaca dan difahami. Tetapi bukan Kira....

Kira ini lain lagaknya. aku dapat merasakan seperti memandang sesuatu yang kosong dan tidak bernyawa. aku pasti Kira mempunyai perasaan, tetapi dia pandai

Page 127: Awang Vampiro

Nizam Zakaria

127

menyembunyikannya. Mungkin semua daevas sepertinya mempunyai keistimewaan ini.

“Kami tak selemah manusia, jika itu jawapan yang kau cari!” ucap Kira sambil tersenyum sinis. dia berjalan ke arah tengah-tengah dataran.

aku terus mengekorinya dari belakang. “apa yang kau mahu daripada aku?” tanyaku terus tanpa

mahu berlengah lagi. “aku cuma mahu mengenali kau dengan lebih dekat lagi.

Lagipun, sudah lama aku perhatikan kau.”“Perhatikan aku?” “Sejak di Venice lagi....”“Jadi, mengapa kau tak menghubungi aku sejak dari

dulu lagi?”“Mungkin kau belum bersedia.”“Bersedia untuk apa?” Kira memandang aku dari atas ke bawah. Kemudian dia

berkata, “kau tak pernah bawa pedang... tak seperti Cassius.” “Perlukah aku membawa pedang ke mana-mana?”

tanyaku. “aku menganggap diriku sebagai seorang ahli sarjana, bukan seorang pejuang seperti Cassius.”

“Manusia sentiasa membawa pedang ke mana saja mereka pergi. Lebih kepada perhiasan dari senjata untuk mempertahankan diri, tidak kira jika mereka seorang ahli sarjana atau seorang pahlawan.”

“Seperti apa yang aku katakan tadi. aku tak perlukan semua itu. aku bukan seperti manusia yang perlu membawa senjata ke mana saja mereka pergi untuk mempertahankan diri. aku dapat menumpaskan musuh tanpa menggunakan senjata.”

“Sudah tentu...” Kira mendongak ke arah langit. Ke arah bintang-bintang yang bergemerlapan pada malam itu.

“apa kena-mengena pedang dengan diriku?” tanyaku

Page 128: Awang Vampiro

Awang Vampiro

128

kehairanan. “Bukan aku tak tahu kau mempunyai pengalaman

bertempur ketika kau bergelar manusia dulu. Tapi kau selalu lupa kau mewarisi kebolehan dan kepandaian Tiresias menggunakan pedang,” getus Kira sambil menjeling ke arahku. Wajahnya tidak kunafikan cantik. Mungkin terlalu cantik.

“Tapi untuk apa?” “Satu hari nanti kau mungkin akan memerlukannya.” “Untuk apa?” aku mengulangi soalanku itu. Kali ini aku

seolah-olah mendesak untuk mendapatkan jawapan daripada Kira.

“Mungkin untuk mempertahankan diri kau daripada Cassius satu hari nanti...”

“Cassius tak mungkin akan mencederakanku.”“Kau fikir dia dah terlalu baik?”“Bukan itu maksud aku.”“apa kau sudah lupa, dia yang membunuh keluarga kau

dulu?” aku terdiam. aku tidak dapat menjawab pertanyaan Kira

tadi. Setelah lebih dua ratus tahun aku bersama Cassius, aku rasa sudah mampu untuk memaafkannya. Walaupun aku telah memaafkannya, aku tidak mungkin dapat melupakan apa yang telah dilakukan oleh Cassius kepada keluargaku dahulu.

“apa sebenarnya tujuan kau menemuiku?”“aku cuma ingin memberitahumu bahawa mungkin

sudah sampai masanya untuk kamu berdua berpindah dari Paris.”

“Kenapa?”“Beberapa minggu lagi kita akan menyambut tahun

1787. Berapa lama agaknya kau menjadi vampiro? dua ratus enam puluh lima tahun?” tanya Kira tanpa mahu menjawab

Page 129: Awang Vampiro

Nizam Zakaria

129

soalan aku tadi. “Begitulah agaknya. aku tak mahu ingatkan sangat. aku

tak pernah mahu mengira,” bohongku, walaupun setiap hari aku mengingati jumlah hari yang telah kuhabiskan sehingga kini sebagai seorang vampiro.

“dalam masa yang begitu lama, sudah tentunya kau tahu bahawa kami mampu menentukan perjalanan sejarah manusia. Kami mampu merancang, memilih siapa yang harus menjadi raja, menentukan jatuh naik sesebuah kerajaan....”

aku hanya memandang tepat ke arah Kira. aku tidak mengiakan mahupun menidakkan, walaupun aku tahu bahawa golongan daevas mampu melakukan perkara ini semua dan mungkin telah pun mereka lakukan selama ini, seperti yang pernah dinyatakan oleh Cassius.

“Cassius telah membuat kesilapan besar dengan menjadikan seorang anak haram Kerabat di raja Bourbon sebagai mangsanya. Cassius dalam keangkuhannya sering mencari mangsa yang mempunyai pertalian darah dengan kerabat diraja Eropah. dari kerabat Nassau, Oldenburg, Savoy, sehinggalah kepada Saxony. Semuanya telah dirasainya. Tapi dia tak sepatutnya menyentuh anak-anak berdarah Bourbon. Itu kesilapannya. Kerana lambat-laun mereka tahu akan kewujudannya dan mereka akan melakukan apa sahaja untuk memusnahkannya. Malah aku pasti mereka telah pun tahu tentang tempat persembunyian Cassius di Marais dan mereka hanya menunggu masa untuk membalas dendam.”

“Mereka mahu membalas dendam ke atas kematian seorang anak haram Bourbon?”

“anak haram yang kau maksudkan itu adalah seorang pegawai tinggi pasukan dragoon,” jelas Kira mengenai pasukan khas tentera Perancis yang terkenal dengan kebolehan mereka bertarung dengan pedang.

“Jadi, apa yang kau rasa patut aku lakukan sekarang?”

Page 130: Awang Vampiro

Awang Vampiro

130

“aku berikan kau maklumat ini agar kau takkan terheret dalam kancah dendam kerabat Bourbon terhadap Vampiro Cassius.”

“Jadi sememangnya kau mahu dirinya diburu?”“Tidak.... Cassius bukan musuhku. Kau tentunya sudah

tahu, golongan daevas sudah lama tak bermusuhan dengan kaum vampiro. Para vampiro telah menepati janji mereka selama ini untuk tidak mengganggu kami.”

“Mereka takkan mencariku...” kataku dengan pasti, kerana aku tidak bersalah di dalam hal ini.

“Itu apa yang mahu kau fikirkan. Bagi mereka, kau juga turut bersubahat sama!” Kira menjelaskan seolah-olah dia sedang mengherdik seorang anak remaja yang degil perangainya.

“dengar sini, awang.... Kami sendiri merasakan bahawa sudah sampai masanya untuk kerajaan pimpinan kerabat Bourbon ditumbangkan dan digantikan dengan sebuah republik... dengan falsafah dan sistem politik yang baru. Kami sedang berusaha ke arah ini. Tak lama lagi, Bourbon dan kerabat-kerabatnya yang lain akan kehilangan kuasa mutlak mereka memerintah Perancis. Tapi buat masa ini, mereka masih lagi berkuasa di Perancis. dan selagi mereka berkuasa, nyawamu dan Cassius berada di tangan mereka!” Kira memberi amaran dengan suara yang keras.

“dan mengapa golongan daevas perlu melakukan ini semua? Mengapa kamu perlu mengawal perjalanan sejarah manusia?”

“Manusia... dalam banyak hal tak ubah seperti haiwan ternakan. Sekali-sekala mereka perlukan bantuan kami untuk memastikan agar mereka dapat terus maju ke depan.”

“Kau telah menyebabkan kematian dan kemudaratan kepada manusia sehingga kami sendiri takut untuk memikirkannya. apa kau ingat aku tak tahu kau dalang di

Page 131: Awang Vampiro

Nizam Zakaria

131

sebalik wabak hawar yang menyerang Eropah dan asia dulu? Siapa dalang di sebalik Perang Salib, Spanish Inquisition, dan kebakaran besar di London pada tahun 1666, jika bukan daevas?”

“Kami lakukan semua ini di atas nama kemajuan manusia sejagat. Kamu pasti takkan memahaminya sampai bila-bila pun, hatta aku mengambil masa selama seratus tahun untuk menjelaskannya.”

aku mendengus. aku terasa diriku dihina dek kata-kata Kira yang keras tadi.

“Kami mahukan sesuatu daripada Cassius. Sesuatu yang dipunyainya yang sepatutnya menjadi hak kami.”

“aku... aku setia padanya,” ujarku tersekat-sekat. “aku takkan mengkhianatinya.”

“Kau perlu fikirkan tentang keselamatan kau dan Cassius yang terancam sekarang,” Kira akhirnya memberitahu.

“aku tahu benar tentang diri kau, vampiro! Lebih lama kau hidup, lebih lama kau mahu melihat dunia ini. Kau tak mahu mati kerana kau terlalu cintakan dunia ini. Kau mahu melihat saat-saat kemajuan manusia apabila satu hari nanti mampu menjelajah sehingga ke bulan atau lebih dari itu. Kau sendiri mahu melihatnya. Kerana walaupun kau bukan lagi manusia, kau masih mencintai kehidupan mereka... dan itulah membezakan aku dengan kau.”

“Kau bencikan kehidupan ini bersama manusia. Kalau boleh kau mahu kembali ke dunia kau.”

Kira mengangguk. dia menjeling benci, tetapi bukan ditujukan kepadaku. Mungkin pada segala-gala yang ada di sekelilingnya.

“Kalau kau mahu... aku boleh jadikan kau seperti aku. Hidup di siang hari.”

aku terkejut kerana diberi tawaran seperti itu.

Page 132: Awang Vampiro

Awang Vampiro

132

aku memikirkan tentang waktu siang yang sudah lama tidak aku alami. aku hampir terlupa akan keindahan musim bunga di Eropah. ataupun keindahan langit yang membiru. aku rindukan semua itu.

“aku tahu kau mahukan semua itu. Kau mahukan ketenangan. Kau tak mahu membunuh lagi. Kau tak mahu hidup seperti manusia biasa...” Kira pasti telah membaca isi hatiku.

“aku sudah mencapai ke satu tahap tak menyesal dengan kejadianku ini!” bantahku dengan suara yang semakin meninggi.

“awang... kau hanya perlu ikut beberapa permintaanku ini. Kemudian, kau takkan perlu jalani hidup sebagai seorang vampiro lagi. darah kau akan bersih dan kau takkan ketagihan darah lagi.” Kira meyakinkan. angin musim dingin bertiup menguraikan rambutnya yang panjang.

aku pernah membaca sekeping skrol yang ada menceritakan tentang sumber tenaga ahriman dan juga golongan devas ini - untuk terus hidup, mereka mengambil tenaga dari manusia. dengan hanya meletakkan tangan mereka ke mangsa, tenaga dari manusia dapat mereka sedut. Mangsa mereka akan merasa begitu penat, dan ada yang akan jatuh sakit dan dalam beberapa keadaan, akan menyebabkan kematian.

Jika aku menerima tawaran Kira, mungkin aku tidak perlu membunuh lagi....

“dan aku hanya perlu mengkhianati Cassius?” tanyaku meminta kepastian.

“apa yang kau takutkan?” “aku tak takutkan sesiapa!” “Mungkin kau sayangkan Cassius.” Kira ketawa kecil

sambil menyentuh bibirnya. aku terdiam. Mungkin ada benarnya kata-kata Kira tadi.

Page 133: Awang Vampiro

Nizam Zakaria

133

Mungkin aku sayangkan Cassius setelah begitu lama kami bersama. Cassius yang pernah aku benci setengah mati ini kini menjadi teman yang paling rapat di dalam hidupku.

“Fikirkanlah betul-betul tawaranku ini...” ujar Kira. dia kemudian memegang tanganku yang pucat dan dingin.

Pada saat itu aku tiba-tiba merasakan dunia di sekelilingku berubah. Tidak lagi gelap seperti tadi, tetapi menjadi siang. aku menutup mukaku kerana ketakutan. Pernah beberapa kali secara tidak sengaja kulitku terkena sinaran matahari. Jika perkara ini berlaku, kulitku akan terbakar seperti disimbah minyak panas. Menurut Cassius, kulit seorang vampiro akan terbakar dan menjadi hitam dan kering jika terkena pancaran matahari dalam jangka masa tidak sampai seminit. Jika seorang vampiro didedahkan pada matahari lebih dari lima minit, tubuhnya akan menjadi abu. Satu perkara yang tidak pernah aku lihat berlaku dan pastinya aku tidak mahu lihat ia berlaku ke atas diriku.

“Kau tak perlu takut,” Kira bersuara lembut. dia membelai rambutku yang panjang sehingga ke bahu itu.

aku tidak merasa sebarang kesakitan sewaktu cahaya matahari memamah kulitku. Kulitku tidak terasa terbakar. dengan teragak-agak aku membuka mata. aku mendapati bebola mataku tidak melecur.

“apa yang telah berlaku?” tanyaku ingin tahu, walaupun telah lama kuketahui dari pembacaanku tentang golongan daevas bahawa mereka mampu mengawal dan mengubah realiti.

aku berasa kagum. aku cuba memikirkan tentang mekanisme kejadian yang sedang berlaku kepadaku sekarang. aku merasa keliru. aku kurang pasti jika Kira telah mengawal fikiranku ataupun Kira telah mengawal keadaan di sekitarku sekarang.

aku melihat dan memerhatikan keadaan di sekelilingku

Page 134: Awang Vampiro

Awang Vampiro

134

dengan perasaan kagum - di dataran Place des Vosges di waktu tengah hari, tatkala terdapat beberapa penduduk Paris berjalan mundar-mandir di sekelilingnya tanpa memandang ke arahku dan Kira.

aku menarik nafas untuk mencium udara segar di siang hari sedalam yang mungkin. aku dapat mencium bau bunga dan dedaun yang kering pada siang hari. aku melihat ke arah langit yang membiru dan awan yang memutih bak kapas.

Sudah beratus tahun aku tidak melihat awan sebegitu biru, kecuali dalam lukisan-lukisan yang dikumpulkan oleh Cassius. Jiwaku terasa sayu. aku mahu menangis.

Kini mengertilah aku mengapa Cassius begitu berminat pada seni lukisan dan para pelukis yang dihormatinya - semata-mata kerana dia mahu mereka melukis suasana seperti ini yang tidak mungkin dapat dialaminya sendiri.

dan kini aku dapat mengalaminya sendiri apa yang mungkin tidak dapat dialami Cassius selama berabad-abad lamanya. aku tidak dapat mempercayai betapa cantiknya suasana pada siang hari. aku hampir sudah lupakan semua itu. Tentang bau-bauannya. Warnanya. Kehangatannya. Bunyi tiupan angin di siang hari dan juga kehadiran mergastua pelbagai bentuk dan warna. Semua keindahan ciptaan Tuhan ini aku nikmati dengan perasaan penuh dengan rasa kesyukuran.

“aku boleh memberi ini semua kepada kau jika kau sanggup bekerjasama dengan kami, awang.” Kira menjelaskan. Wajahnya nampak lebih cantik di bawah sinaran matahari.

“apa yang kau mahu daripada Cassius? Kau mahu dia mati?”

“awang, oh awang... kau masih tak faham-faham lagi, bukan?”

“apa yang kau mahu aku lakukan?” tanyaku lagi yang

Page 135: Awang Vampiro

Nizam Zakaria

135

ingin pastikan apakah harga yang perlu aku bayar kepada kebebasan yang ingin diberikan kepadaku.

“Tak banyak yang aku mahu kau lakukan. Seperti apa yang aku katakan tadi... Cassius mempunyai sesuatu yang kami mahukan daripadanya. Sekarang keselamatan kau dan dia terancam kerana diri kau dan dia mula diburu tentera dragon. Jika kau sanggup menolong kami, aku boleh usahakan agar kau dan Cassius dibawa ke England.”

“England? Mengapa England?” tanyaku. Selama ini aku hanya mengenali England melalui pembacaan. aku tahu benar bahawa England kini semakin berpengaruh sebagai sebuah kuasa besar di Eropah. Mungkin juga suatu hari nanti ia akan lebih kaya berkuasa dari Belanda, itulah telahanku.

“Pihak kami telah mula menumpukan perhatian kepada England. Jadi ada baiknya jika kamu berdua ke sana agar senang nanti untuk kami memantau dan melindungi kamu berdua apabila kamu berada di sana nanti.”

“Kami tak perlukan perlindungan daripada daevas!” “Itu yang mahu kau fikirkan...” Kira menjeling. Matanya

kini tepat kepada seekor rama-rama yang sedang terbang di hadapanku.

aku begitu khayal melihat rama-rama itu terbang indah di hadapanku.

“Kami sebenarnya telah melindungi kamu berdua sejak kau dan Cassius mula-mula tiba ke Venice lagi.”

aku dapat merasakan kesegaran angin musim panas di Paris dan sinaran matahari yang menggigit wajahku. aku menutup mataku sambil menarik nafas panjang.

“Kau hanya perlu mendapatkan Manuskrip Vitruvius untuk kami...”

“Maksud kau mencuri?” aku cepat-cepat memintas. “Kau boleh cakap apa saja yang kau suka.” “dan balasannya... ini semua?”

Page 136: Awang Vampiro

Awang Vampiro

136

“Ya, dan mungkin lebih daripada itu.” “apa yang lebihnya?” “Kau boleh menjadi sebahagian dari pengikut-pengikut

kami dengan segala kelebihan yang datang bersamanya.”aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal. aku

merasa serba salah. Kemudian aku bertanya kepada Kira, “ada apa dengan Manuskrip Vitruvius sehingga kau beria-ia memerlukannya?”

“Ia perlu disimpan dengan baik. Jika ia jatuh di tangan yang salah, padah jadinya.”

“Mengapa? ada apa dengan manuskrip itu sehingga ia begitu istimewa?”

“dari masa ke semasa, kami akan menghubungi manusia-manusia yang mempunyai kebolehan luar biasa. Maka kami akan turunkan kepadanya segala pengetahuan yang ada di dalam diri kami agar pengetahuan itu dapat digunakan oleh manusia sejagat. Kami telah melakukan perkara ini di Mesir, benua amerika, Pulau Jawa dan atlantis.

“Kesilapan besar yang telah kami lakukan kepada Virtruvius ialah, kami telah memberitahu kepadanya tentang rahsia ruang dan waktu. Yang lebih mengejutkan, dia telah memahaminya lantas menulis tentangnya, walaupun tak mungkin ada sebarang alat pada masa ini yang dapat dibina untuk mengawal ruang dan waktu. Tapi, beberapa ratus tahun dari sekarang, mungkin manusia akan dapat membinanya juga. Kami tak mahu perkara ini dari berlaku.

“Manusia belum bersedia dengan semua ini. Selama ini kami sering memandang rendah terhadap manusia. Tapi manusia ternyata lebih cerdik, dan lebih kejam dari yang kami sangkakan. Mereka mampu memusnahkan dunia ini jika kami lalai,” terang Kira panjang lebar.

“Jadi, kau mahu lakukan semua ini demi kesejahteraan manusia?” tanyaku penuh curiga. “Bukankah tugas kau untuk

Page 137: Awang Vampiro

Nizam Zakaria

137

membantu ahriman memusnahkan manusia?”“Mengapa kau mahu percaya kepada setiap pembohongan

yang kau baca tentang diri kami?” Kata-kata Kira membuatku keliru. aku sedar bahawa

kisah sejarah dikawal oleh mereka yang berkuasa. Mungkin daevas sememangnya mahu membantu manusia, dan selama ini kisah tentang mereka telah diburuk-burukkan oleh seteru-seteru mereka.

“Ya. Kau mungkin tak mahu mempercayainya. Tapi ini semua tugas kami. Kami bukan saja melakukan ini semua di atas kesejahteraan manusia, tapi kamu juga melakukannya demi kesejahteraan kami sendiri.”

“Sudah tentu... kau perlukan tenaga manusia untuk terus hidup. Tanpa mereka, masakan kau semua boleh terus hidup?” aku memerli dan Kira pula mengangguk akur.

“Jadi fikirkanlah baik-baik, awang. ambil Manuskrip Vitruvius yang berada di dalam simpanan Cassius itu keluar dari rumahnya, dan kami akan menguruskan segala-galanya untuk kamu berdua selepas itu,” ujar Kira.

Suaranya berdengung di dalam kepalaku. Kemudian sepantas kilat juga, aku mendapati Kira hilang dari pandanganku dan suasana di sekelilingku menjadi seperti sedia kala. Malam. dan bukan itu sahaja. aku dapati kini aku sedang berada di hadapan rumahku di Marais. di sisip kiriku tersemat sebilah pedang Rapier yang nampak halus rekaannya, yang selayaknya dipakai oleh golongan bangsawan di Perancis ini.

aku cepat-cepat masuk ke dalam rumah. Suria pagi akan menerangi angkasa tidak lama lagi. aku tidak tahu bagaimana masa boleh bergerak dengan begitu pantas atau bagaimana dia boleh sampai ke hadapan rumahku sendiri.

aku kebingungan. aku masuk ke dalam rumah. Kulihat Cassius sedang memerhatikan sebuah lukisan yang baru

Page 138: Awang Vampiro

Awang Vampiro

138

sahaja dicurinya dari mangsanya yang terbaru. Wajahnya nampak puas menikmati lukisan yang telah dilukis oleh pelukis Jacques-Louis david – sebuah lukisan tentang watak mitos Yunani purba, Telemachus.

“Ke mana kau pergi tadi?” tanya Cassius tanpa memandangku.

“Memburu seperti biasa... di Versailles.” “dan Pedang Rapier itu pula?”“Kepunyaan seorang anak bangsawan yang menjadi

mangsaku di sana.” Cassius terus memandang ke arah lukisan di hadapannya.

dia langsung tidak menoleh ke arahku. aku bergegas masuk ke dalam kamar tidurku.

aku cuba untuk tidak memikirkan apa yang telah dijanjikan oleh Kira kepadaku tadi, walaupun sememangnya aku mahu hidup seperti manusia biasa. apa yang ditawarkan oleh Kira sukar untuk kutolak.

aku tidak tahu apa yang perlu aku lakukan sekarang. aku merasa serba salah....

Page 139: Awang Vampiro

Nizam Zakaria

139

Aku terpaksa membuat pilihan - sama ada cuba menyelamatkan Cassius ataupun pergi menyelamatkan Tiresias yang sedang diburu di Saqqara, Mesir. aku

perlu membuat keputusan ini dengan cepat. aku perlu memilih sama ada mahu ke utara, ke Callais untuk menyelamatkan Cassius, atau ke selatan ke Marseilles untuk mendapatkan sebuah kapal yang telah disediakan khas untuk ke Mesir.

Cassius memberitahuku agar meneruskan perjalananku ke arah selatan. aku serba salah. aku merasa terperangkap sekarang ini.

Mungkin lebih baik jika aku memulakan hikayatku dengan menceritakan kembali apa yang telah berlaku sehingga aku berada di dalam keadaan yang begitu terdesak ini.

Bab 5

Page 140: Awang Vampiro

Awang Vampiro

140

kini sudah hampir dua minggu sejak pertama kali aku menemui Kira. Hampir setiap malam dan siangku akan kuhabiskan memikirkan tentang tawarannya itu. Kadangkala Kira akan bersuara ke dalam kotak fikiranku lalu memintaku melakukan apa yang disuruhnya. aku memintanya supaya menunggu sehingga masanya sesuai kelak untuk aku melakukannya.

dalam pada itu juga, aku perlu tahu daripada Cassius tentang Tiresias. Sejak kebelakangan ini, aku sering bermimpi tentang Tiresias hampir setiap hari.

di dalam mimpiku itu, tatkala aku hampir-hampir dapat bertemu dengan Tiresias, aku telah menemui satu makhluk berkepak seperti malaikat - sepertimana yang telah dilukis oleh pelukis Itali seperti Michelangelo, Carravagio dan Botticelli. aku tidak dapat melihat wajah makhluk ini dengan jelas kerana ia telah membelakangiku, dan apabila makhluk ini menyedari akan kehadiranku, ia terus mengeluarkan cahaya indah yang terang sehingga mataku hampir-hampir buta akibat merenungnya terlalu lama.

Kemudian aku terbangun dari lena. dan hampir setiap kali aku tidur, aku akan bermimpi perkara yang sama. Berulang-ulang.

Pada petang itu aku bangun dari tidur. aku keluar dari kamarku lalu masuk ke dalam kamar Cassius. aku mengejutkannya dari tidurnya.

“Kau perlu ceritakan kepadaku kembali tentang Majlis Vampiro...” pintaku kepada Cassius sebaik sahaja dia membuka matanya.

Cassius memandang kepadaku dengan satu pandangan penuh kehairanan. Katanya, “bukankah aku sudah banyak kali ceritakan kepadamu tentang tujuh ahli pengasas Majlis Vampiro, amesha Spentas?”

“aku tahu, tapi ceritakan padaku sekali lagi. Terutamanya

Page 141: Awang Vampiro

Nizam Zakaria

141

tentang Tiresias!” pintaku lagi dengan penuh harapan. Cassius bangkit dari perbaringan lalu menghadapku. “Kau bermimpi tentangnya lagi?” “Ya.” “Mungkin ini satu alamat...” Cassius termenung seketika.

dia sedang memikirkan sesuatu dengan mendalam. “apa yang telah Tiresias lakukan setelah dia berjaya

memenjarakan ahriman dan menangkap seorang pengikut daevanya?” tanyaku.

aku cukup sedar pada ketika itu bahawa anggota daeva yang telah ditangkap oleh Tiresias tidak lain dan tidak bukan adalah Kira.

Cassius melepaskan nafasnya sebelum dia bercerita kepadaku.

“ketika itu Tiresias dapat melihat apa yang akan berlaku di dunia ini beberapa ribu tahun di masa hadapan. Lalu dia beritahu apa yang dapat dilihatnya ini kepada beberapa orang pendeta Babylon. Pendeta-pendeta Babylon ini kemudian berkumpul, lalu memberitahu kepada Tiresias bahawa mereka perlu melakukan sesuatu. Mereka memberitahu kepada Tiresias bahawa dia dan beberapa orang pahlawan perlu terus hidup untuk memastikan agar ahriman dapat dikalahkan sama sekali apabila ahriman dapat membebaskan dirinya nanti di masa hadapan.

“Pendeta-pendeta Babylon ini tahu tentang rahsia Kasra. Mereka tahu tentang rahsia minuman Haoma yang boleh mereka sediakan untuk diminum oleh Tiresias agar dia dapat hidup buat jangka masa yang lama seperti Kasra. Pada mulanya Tiresias berkeras tidak mahu memikul tanggungjawab yang berat ini, tetapi akhirnya, setelah dia memikirkan kembali tentang kemusnahan yang bakal dilakukan oleh ahriman, dia akhirnya bersetuju.

Page 142: Awang Vampiro

Awang Vampiro

142

“Selain dari Tiresias, pendeta-pendeta dari Babylon ini telah memilih enam orang pahlawan... tiga wanita dan tiga lelaki. Pahlawan-pahlawan berbilang bangsa ini berasal dari seluruh kawasan tanah jajahan yang pernah ditakluki oleh Iskandar Zulkarnain. Walaupun pahlawan-pahlawan ini telah dijanjikan dengan kekayaan yang melimpah ruah dan keupayaan untuk hidup buat selama-lamanya, ini bukan menjadi sebab utama mereka bersetuju untuk menjadi makhluk seperti Kasra.

“Mereka sesungguhnya mahu memastikan agar umat manusia dapat dibantu dan diselamatkan apabila masanya tiba kelak. Mereka telah bersumpah untuk melakukan apa saja untuk memastikan agar ahriman dapat dimusnahkan sama sekali apabila dia kembali untuk cuba memusnahkan manusia. Maka akhirnya, setelah setiap satu daripada mereka meminum air Haoma, mereka berubah menjadi makhluk malam yang kita kenali sekarang sebagai vampiro dan seterusnya menjadi tujuh pengasas amesha Spentas atau Majlis Vampiro.”

“di mana disembunyikan kotak yang telah memenjarakan ahriman?”

“Tak ada sesiapa pun yang tahu kecuali Tiresias,” jelas Cassius. “Tapi apa yang aku ketahui, ia telah ditanam di sebuah tempat di tengah-tengah padang pasir... berdekatan dengan Persepolis.”

“Bagaimana dengan anggota amesha Spentas yang lain, mereka juga tidak tahu?” soalku.

Cassius menggelengkan kepalanya. “Kau pernah bertemu dengan ahli-ahli amesha Spentas

yang lain?” tanyaku. “Tidak... kita tak mungkin akan dapat menemui mereka

semua di satu tempat yang sama...” “di mana mereka sekarang?”

Page 143: Awang Vampiro

Nizam Zakaria

143

“di seluruh pelosok dunia. Mereka akan bersatu hanya apabila diseru nanti.”

“Jadi apa yang akan berlaku jika salah seorang daripada mereka mati dibunuh?”

“Tempatnya perlu diganti. Itu saja yang aku tahu, tapi jangan tanya aku mengapa dan kenapa.” Cassius berdiri di tepi katilnya lalu meninggalkanku di kamarnya.

aku tidak tahu ke mana dia menghilang selepas itu.

Aku membuka peti simpanan Cassius lalu mengeluarkan Manuskrip Virtruvius. aku meletakkan manuskrip itu di atas meja. aku meneliti manuskrip itu. Sememangnya apa yang ditulis dan dilukis oleh Vitruvius terlalu aneh dan sukar untuk aku fahami.

Vitruvius menjelaskan tentang konsep ruang dan masa. dia menulis beberapa kaedah terperinci membina sebuah alat yang difikirkannya boleh merentasi masa. ada antaranya ditulis oleh Vitruvius dapat kufahami, ada pula tidak.

Vitruvius ada menulis tentang sebuah alat yang dapat melakukan berbilion-bilion pengiraan matematik di dalam masa tidak sampai sesaat yang perlu dicipta sebelum alat ini dapat digunakan. Sebuah alat yang lain pula diperlukan untuk membuka sebuah ruang agar masa dapat direntas.

aku menggulung manuskrip ini. aku kurang pasti jika aku harus keluar dari rumahku lalu memberi manuskrip ini kepada Kira ataupun menyimpan kembali manuskrip ini dan beranggapan pertemuan aku dengan Kira tidak pernah berlaku.

Page 144: Awang Vampiro

Awang Vampiro

144

“Bawa Manuskrip Vitruvius ini padaku, awang!” suara Kira bergegar di dalam kepalaku.

aku berkira-kira di dalam kepala. aku perlu melakukan sesuatu. aku memikirkan tentang Cassius dan kepercayaan yang telah diberikan kepadaku selama ini. Kemudian aku memikirkan tentang dirinya yang pernah membunuh seluruh anggota keluargaku dan kawanku Kasturi di hadapan mataku.

Mungkin inilah peluangku untuk membalas dendam kepada Cassius. Tetapi entah mengapa, aku tidak mampu untuk melakukannya. aku perlu mendengar suara hatiku sendiri yang memberitahu agar aku harus meletakkan manuskrip ini kembali ke tempat asalnya.

“Tidak. Maafkan aku,” jawabku. aku meletakkan Manuskrip Vitruvius kembali ke dalam peti besi. aku menutupnya rapat-rapat.

“Kau akan menyesal, awang,” ujar Kira dengan suara marah yang ditahan-tahannya.

“Kau pasti tahu, aku tak pernah menyesali apa-apa yang telah aku lakukan,” kataku dengan penuh yakin.

Kira menjerit dengan kuat di dalam fikiranku. Begitu kuat sehingga kepalaku terasa seperti mahu pecah. Kepalaku terasa begitu sakit sehingga aku tidak mampu untuk menanggungnya lagi. aku jatuh terjelepok ke lantai lalu duniaku berubah gelap.

apabila aku sedar, aku dapati Cassius sedang menepuk-nepuk pipiku. dia menyerahkan sehelai sapu tangan kepadaku. aku dapati hidung dan telingaku berdarah. aku mengelap darahku yang mula membeku itu.

“Kau cuba melawannya,” kata Cassius sambil tersenyum. “apa?” tanyaku keliru. Mataku berpinar-pinar.

Cassius menghulurkan tangannya untuk membantuku berdiri. aku menyambut tangannya itu.

Page 145: Awang Vampiro

Nizam Zakaria

145

“aku tahu dia cuba untuk menggodamu dengan tawaran-tawaran hebatnya. Tapi kau memilih untuk setia kepadaku.”

“Jadi, selama ini kau tahu tentang hal ni?” “Sudah tentu....” “Jadi, kenapa kau tak cuba menghalangku? Bagaimana

kalau aku berpaling tadah pada Kira?” “aku pasti kau takkan lakukannya!” kata Cassius

dengan suara yang jelas. dia tersenyum kepadaku sebelum dia menambah lagi, “ada seorang manusia yang perlu aku kenalkan pada kau.”

“apa?” aku kehairanan. Cassius jarang membawa mangsanya ke rumah kami. Kenapa dia perlu melakukannya kini?

Seorang lelaki dengan pakaiannya yang kelihatan seperti pakaian bangsa Inggeris masuk dengan malu-malu ke dalam perpustakaan. dari pengamatanku dan apabila aku mengimbas fikirannya, aku mendapat tahu bahawa dia seorang pelukis. dan Cassius tidak mungkin akan menjadikan seorang pelukis sebagai mangsanya.

“Blake... ini awang,” ucap Cassius dengan perlahan. “Blake... William Blake. Panggil saja William,” ujarnya

sambil mengetapkan bibirnya.“Kau bawa seorang pelukis Inggeris pula ke sini?” Tangan

kiriku mengurut kepalaku yang berdenyut-denyut, tangan kananku pula bersalaman dengan William Blake.

“Ya,” jawab Cassius pendek. dia memerhatikanku. dia nampak risau melihat keadaanku sekarang.

“Cassius selalu bawa pelukis-pelukis sepertimu ke sini. aku tak tahu pula sekarang dia berminat dengan penyajak sepertimu,” kataku sewaktu menarik tanganku kembali selepas bersalaman dengannya.

“Bagaimana kau tahu aku menulis sajak?” tanya William Blake. dia menerbitkan sendiri kumpulan sajaknya. Tetapi

Page 146: Awang Vampiro

Awang Vampiro

146

pada waktu itu tidak ramai yang membaca karya-karyanya ataupun mengenalinya sebagai seorang penyajak inikan pula seorang pelukis.

“Kau pernah membaca ‘Poetical Sketches’?” “Ya,” jawabku pendek. Buku ini ada di dalam

perpustakaanku. “Kau akan jadi seorang ahli penyajak yang terkenal satu hari nanti, dan kau akan disanjung sebagai antara pelukis Inggeris yang paling agung. Tapi buat masa ini, mereka masih tidak memahami karya-karya kau dan kau tak mungkin akan dihargai ketika kau masih hidup. Malah kau akan hidup dalam kemiskinan. Tapi aku pasti kau sudah tahu tentang hal ini sejak dari mula lagi. Kau melukis dan menulis sajak bukan semata-mata kerana mahu mencari nama dan harta... sukar benar untuk aku cari manusia seperti kau sekarang ini!”

“awang... kau tak sihat. Sebab itu kau membebel,” tegur Cassius. Sememangnya aku dapat merasakan sesuatu yang tidak kena di dalam fikiranku. Kepalaku pusing. Tetapi apa yang pasti, aku sudah dapat merasakan bahawa aku sedang berhadapan dengan seorang manusia yang bakal diingati sebagai seorang pelukis dan penyajak yang agung. aku amat menghormati manusia-manusia sepertinya.

“Pandai kau membaca fikiranku, awang,” kata William Blake sambil tersenyum.

“If the doors of perception were cleansed everything would appear to man as it is, infinite,” sebutku dalam bahasa Inggeris. Satu bahasa yang kuanggap tidak selembut bahasa Perancis, Itali dan Sepanyol. “Kau boleh gunakan kata-kataku ini dalam salah satu sajakmu itu nanti.”

“Bahasa Inggerismu agak fasih.” William Blake memuji. aku terus memandang ke arahnya. aku mula dapat

merasakan Cassius tidak membawanya ke sini sekadar mahu berbincang mengenai hal-hal seni sepertimana yang sering

Page 147: Awang Vampiro

Nizam Zakaria

147

dilakukannya dengan pelukis-pelukis lain. William Blake ini lain daripada yang lain, kerana sejak awal lagi dia tahu Cassius dan aku adalah makhluk vampiro.

“William adalah anggota kumpulan alumbrados,” beritahu Cassius.

aku tidak pernah berjumpa dengan anggota kumpulan ini yang bersekongkol dengan golongan vampiro sejak Majlis Vampiro diasaskan di Babylon lagi. Nama mereka berubah mengikut zaman. Kini alumbrados lebih dikenali dengan nama Illuminati.

Illuminati berasal dari pengikut-pengikut Osiris yang dikatakan menjadi musuh kepada Seth, yang kini lebih dikenali sebagai ahriman. Kumpulan mereka ini menggunakan lambang mata Osiris yang juga dikatakan sebagai ‘mata yang melihat segala-galanya’.

Sejak dari dahulu lagi kumpulan ini telah ditubuhkan untuk memastikan ahriman dapat dilupuskan terus dari muka bumi. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kumpulan Illuminati berjaya menembusi kumpulan Frère Maçon, sebuah kumpulan yang dianggotai manusia yang bersubahat dengan daevas, yang akan melakukan kerja-kerja jahat buat mereka.

“William sebenarnya berkawan baik dengan Lilith...” beritahu Cassius sambil memegang bahu William Blake.

“Lilith?”“Lilith nama kepada lembaga yang datang menemuinya.

Ia datang dalam bentuk sebenar daevas,” jelas Cassius. Perkara ini sudah aku ketahui dari penyelidikanku sendiri. daevas dalam bentuk asalnya merupakan sejenis makhluk serangga yang mempunyai ciri-ciri seperti serangga yang hidup berkelompok yang diketuai oleh seorang ketua seperti ahriman. dan kini apabila ahriman dipenjarakan, tindak-tanduk mereka yang kehilangan arah umpama lebah-lebah yang kehilangan permaisurinya....

Page 148: Awang Vampiro

Awang Vampiro

148

“dan?” aku mahu Cassius menambah penjelasannya lagi.

“Lilith menjadi sahabatnya setelah dia berpaling tadah kepada Illuminati,” beritahu Cassius. aku meneroka ke dalam minda William. aku dapat melihat lembaga yang telah dilihatnya. Satu lembaga yang menakutkan dengan tulang belakang yang berbonggol dan berdenyut-denyut. Kepalanya bersisik dengan matanya yang membonjol dengan lidah yang panjang; otot-otot di tubuhnya berwarna merah seolah-olah dia tidak berkulit lantas digantikan dengan darah yang mengering. Wajahnya kelihatan menakutkan seperti seekor kutu.

“Tapi kenapa golongan daevas membuangnya?” aku bertanya meminta kepastian.

Kerana Lilith telah melakukan kesilapan bercinta dengan seorang manusia. Pasangan manusianya dibunuh dan kuasa Lilith untuk menyerupai manusia ditarik balik.”

“apa yang Lilith beritahu pada kau, William?” tanyaku berpaling kepadanya. Seperti aku katakan, golongan daevas ini mempunyai ciri-ciri serangga. Mereka berfikir secara kolektif. aku percaya Lilith masih dapat mempergunakan kebolehannya menembusi pemikiran daevas dan mengetahui gerak-geri mereka. Jadi aku pasti William mengetahui sesuatu yang begitu penting sehingga aku dapat merasakan kerisauan di dalam diri Cassius.

“Buat masa ini kau tak perlu tahu,” Cassius menghalangku dari membaca fikiran William Blake. Wajahnya mencerminkan kebimbangan.

“Isy!” dahiku berkerut seribu apabila imbasanku dihalang oleh Cassius.

“Enrique... kau perlu menyerahkan sepenuh kepercayaan kau padaku sekarang. apa yang akan aku suruh kau lakukan adalah untuk kebaikan kita semua. Percayalah!” Mata Cassius

Page 149: Awang Vampiro

Nizam Zakaria

149

nampak redup. aku dapat merasakan kejujurannya tatkala mengeluarkan

kalimah-kalimahnya ini. “Jadi... apa yang patut kita lakukan sekarang?” tanyaku

dengan suara yang perlahan. “Kau perlu ke selatan Perancis. di dalam perjalanan kau

nanti aku akan beritahu ke mana tempat yang perlu kau tuju selepas itu.” Cassius mengarahkan. dia kemudian membuka peti besinya. dia mengeluarkan Manuskrip Vitruvius. Manuskrip yang lain dibiarkan terus di dalam peti besi. Cassius menggulung manuskrip itu, lalu memasukkannya ke dalam sebuah bekas yang diperbuat dari gading gajah dan emas. Bekas itu juga yang dihiasi dengan ukiran di dalam bahasa Latin: ‘Fere libenter homines id quod volunt credunt’ yang membawa maksud; manusia rela mempercayai apa yang mereka hajatkan.

Kata Cassius kemudian kepadaku yang langsung membuatku tergamam, “kau perlu pergi malam ini juga. ambil pisau secespita ini. Hanya pisau ini yang dapat kau gunakan untuk membunuhnya nanti dengan satu tusukan. Bukan dua. Ingat! dua tusukan hanya akan membuatkannya lebih berkuasa,” kata Cassius dengan bersungguh-sungguh.

Kata-kata Cassius itu mengelirukanku.“Kita akan bertemu lagi. Kau tidak perlu risaukan tentang

diriku. Jawapannya ada di dalam Manuskrip Virtruvius. Jadi jaga manuskrip ini seperti kau menjaga nyawamu sendiri. Pulangkan pisau ini kepadaku bila kita bertemu lagi.”

“apa maksudmu ‘bila kita bertemu lagi’. Kau mahu ke mana? Mengapa kita tak ke selatan Perancis bersama?”

“aku perlu mengelirukan mereka agar mereka tak mengekori kau nanti,” Cassius memberi alasan.

“dan pisau secespita ini pula?” “Bila masanya tiba kelak, kau akan tahu untuk

Page 150: Awang Vampiro

Awang Vampiro

150

menggunakannya!” kata Cassius dengan suara yang tegas. dia merapatkan tubuhnya kepadaku.

aku memandang wajah muda Cassius. aku memegang pipinya yang sejuk itu.

Cassius menutup matanya dengan rapat. dia cuba menahan dirinya dari menangis.

aku semakin bingung melihat keadaannya begitu. “Buat masa ini kau perlu meninggalkan Paris. anggota-

anggota Illuminati akan membantu kau pada sepanjang masa sehingga kau selesai melakukan tugasmu ini dan lama selepas itu. Mulai malam ini mereka akan menganggap kau sebagai penggantiku,” kata Cassius dengan tergesa-gesa.

“Tugas apa? aku masih tak faham!” tanyaku tergesa-gesa.

“Buat masa ini, kau perlu pergi. Mereka sedang menunggumu di luar.” Cassius menolak tubuhku agar aku berjalan keluar dari perpustakaan.

Cassius membuka pintu. aku dapati sebuah kereta kuda dengan tingkap yang berlapikkan kain baldu hitam yang tebal sedang menungguku di luar.

“Tunggu arahan seterusnya daripadaku nanti!” perintah Cassius mengingatkan.

aku bersalaman dengan Cassius. aku memandang wajahnya yang diulit resah. aku tidak pernah melihatnya begini. Kebimbangan yang menyelubungi diriku semakin membebankan jiwa.

aku terpaksa mengangguk setuju. aku masuk ke dalam kereta kuda. aku dapati bahagian dalam kereta kuda ini seperti sebuah keranda yang besar. Langsung tidak ada cahaya yang dibenarkan masuk. Perjalanan yang aku ambil ini mungkin akan memakan masa berhari-hari lamanya.

Kereta kuda terus bergerak meninggalkan Marais. di dalam kereta kuda yang gelap itu dapat aku rasakan adanya

Page 151: Awang Vampiro

Nizam Zakaria

151

makhluk lain selain dari diriku. “Siapa kau sebenarnya?” tanyaku dengan suara perlahan.

di dalam keadaan gelap tanpa cahaya dengan mataku yang mampu melihat dalam gelap itu, aku dapat melihat lembaga yang sedang duduk di hadapanku bertubuh besar. dia sedang memakai jubah yang selalunya dipakai oleh rahib-rahib Franciscan.

“Namaku Lilith. aku dibawa ke sini oleh Tuan Blake!” jawab Lilith dengan suara yang keras.

“Buat apa kamu di sini?” tanyaku memandang ke arah wajahnya yang menggerutu.

“Untuk melindungi kau,” kata Lilith lalu membuka tudung jubahnya.

aku dapat melihat wajahnya yang mengerikan itu. Tetapi aku pasti, dia tidak akan mengapa-apakanku. dia bukan seperti anggota daevas yang lain.

“Mulai sekarang aku akan menjadi hambamu.” “Kau bukan hamba kepada sesiapa pun, Lilith,” kataku

dengan pasti. “Kau boleh pergi jika itu yang kau mahu.” Lilith langsung tidak menjawab kata-kataku tadi. dia

sekadar menutupi kembali kepalanya dengan jubah yang dipakai.

Lilith kemudian membuka tingkap kereta kuda yang diperbuat daripada logam lalu menyelak langsir baldu yang tebal itu. dia menghirup udara malam. dia memerhatikan suasana malam di Paris dengan satu pandangan penuh ketakjuban. Lilith terus berkeadaan begitu sehinggalah sang suria mula menampakkan dirinya ke ufuk timur.

Tingkap dan langsir ditutup rapat. Kami berdua langsung ketandusan bicara. Kereta kuda terus membawa kami ke arah selatan.

Ketika tiba di Lyon, aku tersentak dari tidur. aku bermimpikan Cassius yang sedang dalam keadaan kesusahan.

Page 152: Awang Vampiro

Awang Vampiro

152

“Kita perlu berhenti,” kataku kepada Lilith. aku menjerit dan mengetuk bumbung kereta kuda yang kunaiki.

“Berhenti!” perintahku dengan suara yang keras. Kereta kuda terus bergerak laju. anggota Illuminati yang

membawa kereta kuda ini langsung tidak mengendahkanku. “Mereka telah diperintahkan supaya terus ke Marseille,”

kata Lilith dengan bersahaja. “Tapi Cassius sedang berada dalam keadaan bahaya!”

kataku dengan berang. “aku tahu. Chevaliere d’Eon sendiri yang pergi

menangkapnya di Callais sebelum dia sempat belayar ke England bersama Tuan Blake,” jelas Lilith yang dapat melihat perkara ini berlaku di dalam fikirannya.

“Kapten dragoon yang berpakaian wanita itu merupakan anggota Frère Maçon. Kau pastinya tahu tentang hal ini, bukan?”

“Cassius perlukan bantuan kita!” getusku tanpa menjawab soalannya tadi.

“Kita tak boleh lakukan apa-apa sekarang ini untuk membantunya kerana kita perlu ke Marseilles, lalu belayar ke Mesir dari sana!”

“Cassius!” aku menumpukan seluruh perhatian untuk menghubunginya.

“Kau perlu mendapatkan Tiresias. dia sedang berada di dalam keadaan bahaya sekarang. Tempat persembunyiannya sekarang sudah diketahui oleh daevas. Mereka sedang menghantar seorang pembunuh untuk membunuhnya. Lilith akan membawamu ke sana... ke Saqqara.”

“Tapi bagaimana dengan kau?” “Kau tak perlu risau tentang diriku. Jawapannya

ada di dalam manuskrip Viruvius. apabila kau dapat memahami kandungannya nanti, kau akan datang untuk menyelamatkanku,” kata Cassius dengan penuh yakin.

Page 153: Awang Vampiro

Nizam Zakaria

153

aku dapat merasakan dia sedang dikurung di dalam sebuah keranda besi dan keranda itu dirantai, diikat dan dikunci. dia sedang berada di dalam sebuah kapal yang sedang berada di Selat Inggeris.

aku terus mengetuk bumbung kereta kuda yang kunaiki. Permintaanku agar kereta kuda ini berhenti, lalu bergerak ke arah utara untuk ke Calais tidak diendahkan sama sekali.

aku pasrah. Tanganku menggeletar. Beberapa minit kemudian aku dapat merasakan keranda

yang memerangkap tubuh Cassius dibuang ke dalam laut. Keranda itu tenggelam ke dasar laut yang sedang bergelora.

Beberapa detik kemudian, hubungan psikikku dengan Cassius terus terputus. aku tidak tahu ke mana hilangnya selepas itu. Seolah-olah Cassius terus lenyap dari muka bumi ini.

aku menjadi marah. Wajahku berubah bengis. di dalam keadaan marah itu Lilith menyentuh tanganku. dia cuba menenangkanku.

“Cuba selami jiwa kau itu... kau tahu kita akan menyelamatkannya. Cuma sekarang bukan masanya lagi untuk kita melakukannya...” Lilith cuba memujukku. Tangannya yang menggerutu itu memegang tanganku dengan erat.

“Kita perlu melakukan dan melaksanakan satu tugas yang lebih penting. Satu tugas yang telah dipertanggungjawabkan oleh Cassius kepada kau. aku pasti dia akan kecewa jika kau tak dapat melakukannya dengan betul.”

aku mengangguk perlahan sambil mengeluh. Mengiakan sahaja kata-kata Lilith apabila kereta kuda yang kami naiki terus bergerak ke Marseille dengan laju.

Jiwaku terasa kosong. aku kini kehilangan pasanganku. Vampiro selalunya hidup berkumpulan, setidak-tidaknya berpasangan. Kini aku keseorangan. aku tidak tahu sampai bila aku akan mampu hidup keseorangan begini....

Page 154: Awang Vampiro

Awang Vampiro

154

Page 155: Awang Vampiro

Nizam Zakaria

155

dAri Marseille, kami menaiki sebuah kapal untuk ke Iskandariah. dari Iskandariah pula kami menaiki sebuah sampan yang besar untuk menyusuri Sungai

Nil untuk ke Kota perkuburan para Firaun di Saqqara. di sepanjang perjalanan dari Paris ke Marseille dan ketika mer-entasi lautan Mediterranean, aku mendapati Lilith tidak ban-yak bercakap. dia hanya duduk di hadapanku seperti sebuah arca bernyawa.

Sebaik sahaja malam melabuhkan tirainya pada hari itu, aku terus keluar dari kabin sampan yang kunaiki. aku menghirup udara senja sambil memandang bangunan piramid di Giza yang gah menyapaku. aku tidak pernah menyangka bangunan purba ini rupa-rupanya lebih besar dari yang kusangkakan.

“akhirnya sampai juga aku ke Mesir...” bisikku perlahan.

Bab 6

Page 156: Awang Vampiro

Awang Vampiro

156

Selama ini aku hanya membaca mengenai negara para firaun yang terkenal dengan bangunan piramidnya. Kini aku dapat melihat dengan mata dan kepalaku sendiri.

“Kau kagum melihat bangunan piramid di hadapanmu ini?” tanya Lilith yang tiba-tiba sahaja bersuara kepadaku.

“Ya... sudah pasti,” jawabku bersungguh-sungguh. “Kau fikir siapa yang telah memberitahu Imhotep, arkitek

pertama yang telah membina piramid di Mesir sehingga terbinanya bangunan piramid di Giza yang sedang kau lihat sekarang di hadapanmu?” getus Lilith kepadaku.

“daevas?” “Ya...” ujar Lilith sambil memandang ke arah seorang

anak kapal yang sedang melakukan sesuatu pada layar sampan. dari pengamatanku, aku dapat melihat tatu kecil dengan simbol mata di atas tangannya.

“apabila kita tiba ke Saqqara nanti, kita akan masuk ke dalam makam raja Netjerikhet yang telah direka olehnya sebelum kita ke kuil Osiris yang letaknya di dalamnya.”

“Kau bukan seperti kami.” aku cuba memintas kata-katanya sambil cuma untuk mengamati wajahnya yang tersorok di sebalik tudung jubahnya.

“Maksud kau?” “Kau makhluk seperti serangga.”“Kau pula makhluk seperti monyet. Kau pernah terfikir

seperti itu?” “Tidak,” aku tergelak mendengar kata-katanya. “Jadi kau

dari mana sebenarnya?” “Maksud kau?” “aku ada membaca sebuah legenda Sumeria yang

mengatakan daevas ini berasal dari langit.” “Ya. Jadi kenapa?” “dari kayangan?”

Page 157: Awang Vampiro

Nizam Zakaria

157

“Kami berasal dari sebuah tempat yang lebih jauh dari awan-awan yang kau lihat... jika itu yang kau maksudkan. Begitu jauh sehingga sukar untuk kau fahami.” Lilith menjelaskan. “Mungkin satu hari nanti aku akan ceritakan kepada kau tentang tempat asalku. Tapi bukan sekarang. Kau belum bersedia lagi untuk mengetahuinya.”

“Tapi mengapa?” bantahku bersungguh-sungguh. angin senja yang bertiup melebarkan lagi layar di atas sampan yang kami naiki, lantas mempercepatkan lagi perjalanan kami ke Saqqara.

“Buat masa ini mungkin sukar untuk kau memahaminya. Tamadun manusia masih jauh beratus ribu tahun ke belakang jika dibandingkan dengan tamadun kami. Kami wujud di sini sudah lama sebelum epik Gilgamesh ditulis lagi...” Lilith menjelaskan dengan penuh bersahaja.

“Bagaimana kamu ke sini?” “dengan sebuah kapal yang kalau aku jelaskan berjela-

jela pun, kau mungkin takkan faham.” Kata-kata Lilith membuatkan aku terkesima buat

seketika. “Jadi kenapa kau perlu ke sini?” Naluriku berganjak

meminta penjelasan. “Kau pernah melihat bagaimana serangga-serangga

seperti lebah, semut dan anai-anai hidup dan membiak?” “Tidak, tapi aku pernah membaca mengenainya,” jelasku

meniti kata-kataku dengan berhati-hati. “Mereka mempunyai golongan pekerja... raja dan

permaisuri. Kami juga begitu. Itu saja cara kami untuk membiak. Semua makhluk mempunyai tujuan yang serupa, awang. Iaitu untuk mengembangkan keturunannya.”

aku memandang tangan Lilith yang kelihatan keras menggerutu dengan warna merah gelap. “dan sekarang kau melakukannya di sini?”

Page 158: Awang Vampiro

Awang Vampiro

158

“Mengapa tidak?” nada Lilith disulami keangkuhan. “Ini bukan kali pertama kami melakukan perkara ini. aku pasti, apabila manusia semakin maju nanti, mereka akan melakukan perkara yang sama.”

Kini satu kesedaran mula timbul di dalam diriku. Mereka sedang menunggu masa untuk membiak di bumi. dan manusia pula akan dijadikan sumber makanan mereka nanti. Kerana daevas ini di dalam bentuk asalnya merupakan sejenis makhluk penghisap darah.

“ahriman sedang menunggu ketibaan permaisurinya!” aku cuba meneka.

Lilith menoleh ke arahku sambil berkata dengan ujaran separuh terkejut, “kau memang bijak!”

Lilith kemudian memalingkan tubuhnya ke arahku. Katanya lagi, “seorang daevas yang terpilih akan diasuh dan disediakan untuk dijadikan permaisuri, sepertimana seekor larva lebah diberikan makanan yang khas sehingga ia berubah menjadi seekor lebah permaisuri. Tapi buat kami, proses ini mengambil masa beribu tahun lamanya....”

“di mana permaisurinya sekarang?” “Kau sedang bercakap dengannya,” jelas Lilith. “aku

adalah antara daevas yang telah diasuh untuk menjadi permaisuri ahriman...”

“apa?” “Tapi aku membelot. aku terlalu cintakan kepada dunia

ini dan makhluknya untuk melihatnya dimusnahkan oleh kaumku nanti.”

Kata-kata Lilith telah membuatku termangu-mangu. aku kurang pasti kalau aku akan melakukan perkara yang sama jika aku berada di tempatnya.

“Jadi, siapa pengganti tempatmu untuk menjadi permaisuri ahriman kelak?”

“Kira... kau sepatutnya membunuhnya ketika kau

Page 159: Awang Vampiro

Nizam Zakaria

159

bertemu dengannya dulu,” Lilith bersuara sinis. “Kami lebih senang dibunuh dan ditangkap ketika kami muncul dalam bentuk manusia.”

aku dapat merasakan Lilith membenci Kira. ada sesuatu tentang diri Kira yang cukup-cukup dibencinya.

“Kira telah membelot kepadaku dengan memberitahu kepada daevas yang lain bahawa aku telah jatuh cinta dengan seorang manusia lelaki. aku fikir aku boleh mempercayainya, tapi...”

“aku tahu kau mendendaminya. Mungkin satu hari nanti kita akan dapat bersama-sama memburunya lalu membunuhnya,” kataku cuba memujuk Lilith.

Lilith tidak menjawab. dia kembali menoleh ke arah Sungai Nil. ada sesuatu tentang dirinya yang memberitahuku mungkin pasangannya dahulu berasal dari daerah ini....

kAmi tiba di Saqqara pada subuh hari yang sama. Ketika berlabuh, aku dapat melihat sebuah sampan yang sedang dijaga oleh seorang budak lelaki berusia awal belasan tahun. dia memandang ke arahku dan ke arah Lilith. aku dapat merasakan dia merasa risau ke atas keselamatan bapanya yang sedang berada di salah sebuah makam firaun di Saqqara.

aku dibawa Lilith berjalan menuju ke arah makam Raja Netjerikhet - sebuah piramid usang yang kelihatan seperti ia telah lama dimakan usia. di sana, aku dibawanya ke sebuah bangunan empat persegi yang letaknya berdekatan dengan piramid tersebut.

“Tiresias sedang berada di dalam sana,” ujar Lilith, jarinya menuding ke arah bangunan di hadapanku. “Tapi kita mungkin sudah terlambat. Mereka telah sampai di sini lebih

Page 160: Awang Vampiro

Awang Vampiro

160

awal dari yang aku sangka.” di bangunan empat persegi itu terdapat sebuah pintu

yang menuju entah ke mana. dari jauh lagi aku dapat melihat beberapa orang manusia sedang berkawal di sana. Sebaik sahaja mereka nampak akan ketibaanku, mereka terus mengeluarkan pedang untuk menyerangku. aku sekadar berdiri tatkala mereka berlari meluru ke arahku.

“adakah kau akan berdiri tercegat di situ atau kau akan menolong aku?” tanyaku kepada Lilith.

“aku takkan membunuh,” kata Lilith perlahan. “aku telah bersumpah kepada pasangan manusiaku dulu yang aku takkan membunuh lagi.”

aku hanya menjeling. Itu pilihannya. aku tidak boleh memaksa.

aku mencium bau lelaki-lelaki yang sedang berlari ke arahku. aku dapat merasakan mereka bukan dari Mesir. Mereka dari wilayah Kerajaan Osmaniah, pastinya dari Istanbul.

aku mengeluarkan Pedang Rapier yang telah diberikan Kira kepadaku. Sebaik sahaja mereka dekat, pedang itu terus aku gunakan untuk bertempur dengan mereka. aku akui, lelaki-lelaki bertubuh agam yang datang menyerangku pada ketika itu mempunyai kebolehan bermain pedang. Tetapi mereka tidak mungkin boleh melawan kepantasan seorang vampiro sepertiku yang dapat bergerak pantas sehingga aku kelihatan seperti satu kekaburan buat mereka.

Selang beberapa saat kemudian, aku dapat memenggal kepala dua orang penyerangku. Tiga orang lagi sedang menggelupur di atas tanah memegang isi perut mereka yang terburai. dalam pada itu, aku dapat melihat Lilith membuka tudung kepalanya lalu meratah darah yang meleleh keluar dari tubuh mangsaku yang telah kupenggal. Lidahnya terjelir menjilat darah yang terkeluar deras untuk menghilangkan rasa laparnya.

Page 161: Awang Vampiro

Nizam Zakaria

161

Tanpa membuang masa, aku terus melangkah masuk ke bangunan di dalam kompleks makam raja Netjerikhet. Lilith mengekoriku dari belakang. Kami berjalan semakin jauh ke dalam makam dengan menuruni tangga yang menghala ke bawah tanah.

Makam ini lebih besar dari yang aku sangkakan. Obor dibakar di tepi dinding untuk menyinari bahagian dalam makam ini yang nampaknya kelihatan seperti tidak terusik dimakan zaman. di dinding terdapat tulisan-tulisan hieroglifik yang menceritakan tentang peperangan antara kuasa baik dan jahat Seth dan Horus....

Seterusnya di bahagian hujung bangunan makam yang berbumbung tinggi dengan tiang-tiang yang besar ini, aku dapat melihat dua orang pengawal sedang berjaga di hadapan sebuah pintu palsu yang terukir di atas sebuah dinding batu.

Mereka nampak terkejut melihat kehadiranku di situ. Mereka terus mengeluarkan pedang untuk memastikan agar pintu palsu itu tidak dapat dibolosi olehku.

aku tidak ada masa untuk melayani kerenah mereka. aku menggunakan kuasa yang selalu aku gunakan untuk menghidupkan unggun api di rumah kepada mereka. Buat sekelip mata, tubuh mereka diselimuti api yang panas seolah-olah mereka telah disimbah dengan minyak panas yang sedang membakar. Mereka menjerit menahan kesakitan sambil berlari keluar melepasi Lilith yang sedang berjalan di belakangku.

“Kau tak perlu sekejam ini, awang.” Lilith seperti memerli. aku tidak menjawab kata-katanya.

aku tahu anak kepada lelaki yang baru kubakar hidup-hidup tadi sedang menunggu di atas sampan dalam keadaan risau. Mungkin selepas ini, dia pula akan menjadi mangsaku apabila aku menghisap darahnya.

“dia tahu kau dah sampai ke sini,” bisik Lilith kepadaku, memintaku agar lebih berhati-hati.

Page 162: Awang Vampiro

Awang Vampiro

162

“aku tak dapat membaca kehadirannya.” aku mengakui kelemahan diri.

“Kau tak perlu takut padanya,” sambut Lilith. dia memandang pada pintu palsu yang menghadap ke arah barat di hadapannya – sebuah pintu yang tidak mungkin dapat dibuka dengan cara biasa. Pintu ini merupakan sebuah gerbang perantaraan di atas dunia mereka yang masih hidup dan yang telah mati.

“Kita perlu memasukinya,” jelas Lilith. “Tapi bagaimana?”“Kau akan dapat menembusinya, percayalah!” kata Lilith.

dia mengeluarkan sebiji kristal dari dalam jubahnya, lalu dia menyentuh kristal itu ke permukaan pintu palsu ini yang telah diukir di atas sebuah tembok yang tebal. Sebaik sahaja kristal tersebut menyentuh ke permukaan tembok, pintu palsu ini kelihatan seperti sebuah tirai yang bergelombang.

aku mendongak, lantas melangkah berjalan menembusi pintu palsu ini. Sememangnya pintu palsu ini dapat kutembusi, lalu aku masuk ke dalam sebuah dewan yang besar.

Setibanya aku di situ, aku dapat melihat sesuatu yang telah muncul di dalam mimpiku selama ini - satu lembaga berkepak yang sedang membelakangiku.

aku kaget. Lembaga itu kemudian mengeluarkan cahaya yang terang dan indah, sepertimana yang pernah aku saksikan di dalam mimpiku. Langsung seperti yang telah berlaku di dalam mimpiku, aku tidak pasti apa yang perlu dilakukan pada ketika itu.

“Gunakan pisau pemberian Cassius!” jerit Lilith kepadaku. “Kau masih mempunyai masa untuk membunuhnya.”

Lembaga itu seolah-olah tergesa-gesa ingin melakukan sesuatu. aku pula seolah-olah terlalu gugup untuk melakukan apa-apa. Keindahan yang aku lihat pada ketika itu mampu buat aku terkedu lalu melupakan segala-galanya yang perlu

Page 163: Awang Vampiro

Nizam Zakaria

163

aku lakukan pada ketika itu. Lilith menepuk bahuku.aku terkejut, lalu dengan spontan aku mengeluarkan

pisau secespita dari sisip pinggangku. Lembaga itu menoleh memandangku, lalu ia kelihatan seperti ketakutan tatkala melihat pisau yang kupegang.

aku tidak dapat melihat wajah lembaga itu yang telah disimbah dengan cahaya terang yang dikeluarkan dari seluruh bahagian tubuhnya. Tetapi aku yakin aku mengenali lembaga itu dari kehidupanku sebelum ini.

“awang!” sergah lembaga itu. Ia jelas mengenaliku. aku bergerak semakin hampir ke arahnya. dalam masa

yang sama aku sedaya upaya cuba untuk mengelakkan cahaya yang muncul dari tubuhnya dari menyilaukan mataku.

Lembaga itu menggerakkan sayapnya lalu terbang ke belakang sambil merenung wajahku. Pada ketika itulah aku dapat melihat tubuh seorang lelaki terkulai di atas lantai. Lembaga itu terbang menembusi dinding di belakangnya lalu menghilang entah ke mana.

Serta-merta aku dapat meneka bahawa lelaki yang sedang terkulai lemah di hadapanku ialah Tiresias, mungkin kerana sebahagian dari dirinya ada di dalam diriku.

aku dapat melihat bahawa Tiresias yang buta itu mempunyai rambut yang perang seperti Cassius. Tubuhnya sederhana tinggi, tetapi dia tetap kelihatan seperti seorang pahlawan gagah. Pedangnya kulihat masih digenggam erat.

“Maafkan aku, aku lalai. aku sepatutnya dapat membunuhnya tadi,” ucapku kepada Tiresias dengan penuh sesal.

“Kau tak perlu risau.... Ini adalah takdirku,” sebut Terisias dengan nada yang pasrah. Wajahnya kelihatan jernih walaupun tubuhnya nampak terlalu lemah. “Masa kau untuk mengalahkannya juga belum tiba lagi.”

Page 164: Awang Vampiro

Awang Vampiro

164

“apa yang telah dia lakukan pada kau?” tanyaku kepada Tiresias. aku memangku kepalanya di atas pahaku.

“dia telah menyedut tenaga hidupku,” jawab Tiresias dengan lemah. Wajahnya kelihatan muda. aku pasti dia telah berubah menjadi seorang vampiro ketika berumur sekitar pertengahan tiga puluhan.

“apa yang dapat aku lakukan untuk menolongmu?” Tiresias menggelengkan kepalanya. aku dapat merasakan

dia hanya tinggal nyawa-nyawa ikan sahaja.“Kau perlu mencari penggantiku. Seorang orakel dari

keturunan pengikut Osiris yang akan muncul di Semenanjung Emas.” Tiresias merenung ke dalam mataku.

aku dapat melihat wajah orakel yang akan menggantikan tempatnya. Seorang gadis yang hanya akan dilahirkan lebih tiga abad dari sekarang.

Tiresias menoleh ke arah Lilith. Matanya terus kaku di situ. aku dapat merasakan dia sudah tiada lagi di dunia ini. dia sudah mati.

“apa yang harus aku lakukan sekarang, Lilith?” tanyaku dengan suara sedih dan sayu.

“Buat apa saja yang patut, awang,” ujar Lilith sambil memegang bahuku. “aku akan sentiasa setia bersamamu.”

aku meletakkan tubuh Tiresias yang aku rasakan semakin ringan itu ke atas lantai. Beberapa detik kemudian aku mendapati tubuhnya bercahaya lalu berubah menjadi abu. Yang tinggal kini hanyalah Pedang Macedonia kepunyaan Tiresias.

aku mengambil pedangnya itu lalu mencampakkan Pedang Rapier ke tepi. Biarlah nanti apabila sejarawan di masa akan datang keliru apabila mereka menjumpai pedang dari Perancis ini di sini.

Fajar akan menyingsing di ufuk timur tidak lama lagi.

Page 165: Awang Vampiro

Nizam Zakaria

165

aku dan Lilith terpaksa pulang ke sampan kami. Tidak ada apa lagi yang boleh kami lakukan di sini. Kecuaianku telah menyebabkan kematian Tiresias. Satu perkara yang mungkin akan menghantuiku sampai bila-bila....

Page 166: Awang Vampiro

Awang Vampiro

166

Page 167: Awang Vampiro

Nizam Zakaria

167

Buku

II

Page 168: Awang Vampiro

Awang Vampiro

168

Singapura, September 1939...

PetAng itu damak tiba ke Stesen Kereta api Tanjong Pagar. Keadaan stesen yang telah dirasmikan oleh Gabenor Cecil Clamenti Smith pada tahun 1932 itu

hingar bingar. Orang ramai sedang menunggu ketibaan kereta api untuk menuju ke destinasi masing-masing. ada wajah-wajah berketurunan Eropah di sini, ada yang berpakaian tentera dan ada pula dengan pakaian biasa yang ras-anya tidak sesuai dengan cuaca panas tropika di Singapura. Mereka dengan dunia mereka sendiri. Seolah-olah mahu membawa secebis dari negara mereka lalu diletakkan di sini agar hidup mereka akan lebih selesa.

damak memerhatikan bahagian dalam stesen yang telah dibina mengikut seni bina art deco. dia kemudian jalan

Bab 1

Page 169: Awang Vampiro

Nizam Zakaria

169

dengan perlahan ke arah Habib’s Railway Bookstore. dia memerhatikan beberapa buah buku yang ada dijual di sana. Kemudian matanya terus pada akhbar The Straits Times. di bahagian muka hadapan diberitakan tentang serangan tentera Jerman terhadap Poland.

damak menggeleng-gelengkan kepala. dia dapat merasakan perang dunia akan meletus tidak lama lagi.

damak membetulkan songkoknya. Terlalu banyak masanya dihabiskan dengan melihat-lihat apa yang ada di dalam kedai buku tanpa membeli apa-apa. Beberapa orang pengunjung berbangsa Eropah mula memandang-mandang ke arahnya, seolah-olah kehadirannya di dalam kedai buku itu terlalu mengganggu mereka.

damak membetulkan kot hitam yang dipakainya sambil berjalan keluar dari Habib’s Railway Bookstore. dia sememangnya kelihatan segak. dia berjalan ke hadapan tanpa memandang ke kiri atau ke kanan dengan langkah penuh yakin.

“Nama tuan, damak?” tanya seorang lelaki sambil memegang sekeping kertas yang tertulis namanya di dalam bahasa Jawi. Lelaki tersebut bercakap dengan bahasa Melayu yang fasih tetapi menggunakan loghat Baba Peranakan.

“Ya, aku damak,” jawab damak sambil menghulurkan tangannya untuk bersalaman.

“Saya terlambat ke?” tanya lelaki tersebut dengan wajah yang risau.

“Tak, aku baru saja tiba,” jawab damak. Begnya diambil oleh lelaki tersebut.

“Oh ya, nama saya James Gwee. Panggil saja Jimmy.” dia tersengih. Usianya masih muda. Mungkin baru melepasi usia dua puluh tahun. Rambutnya dipotong pendek. Kulitnya agak gelap bagi seorang anak Cina Selat.

“Kita nak ke mana selepas ini?” damak bertanya sambil

Page 170: Awang Vampiro

Awang Vampiro

170

menghidupkan rokok kereteknya dengan sebatang mancis yang disimpan di dalam kocek kotnya.

“Tuan nak ke mana?” tanya Jimmy. “Terus ke New World.” damak menguak juntaian

rambutnya yang jatuh ke dahi. “Tuan tak mahu berehat dulu? Tuan mungkin penat?” “Tak apa.”“Baiklah...” Jimmy menyilakan supaya damak

mengikutnya berjalan ke luar stesen kereta api. di sana, sebuah kereta Bentley sedang menunggu. Jimmy membuka pintu. Jimmy menyuruh damak masuk, sementara itu pemandu Melayu yang sedang berdiri di tepi kereta Bentley tersebut sempat menghulurkan tangannya untuk bersalaman sambil mengucapkan salam kepada damak.

“dah lama kita tak ketemu,” ucap Lim Hong Bee, atau dikenali dengan nama Stanley oleh damak. Mereka terus bersalaman sebaik sahaja bertemu. Genggaman damak cukup padat ketika menggenggam tangan Stanley.

“Cukup lama,” jawab damak. dia terus duduk di sebelah Stanley. Jimmy pula dengan tergesa-gesa duduk di bahagian hadapan, lalu meminta pemandu supaya meninggalkan stesen kereta api.

“Memang betul kata Hanim. Wajah kau tetap nampak muda macam dulu juga,” kata Stanley memuji. Mata tuanya terus teracap pada wajah damak. “Cuma aku saja semakin tua.”

“Bagaimana keadaan Hanim sekarang?” Pandangan mata damak ke luar tingkap kereta. dia memerhatikan keadaan kota Singapura yang semakin hari semakin pesat membangun. Kini nampaknya, semakin banyak bangunan tinggi yang dibina di kota singa ini sejak kali terakhir dia ke Singapura beberapa tahun yang lalu.

“Oh, kau tak dengar ke?”

Page 171: Awang Vampiro

Nizam Zakaria

171

“dengar apa?”“Nama Hanim terkenal sekarang. Macam nama

Khairuddin pelakon bangsawan kita tu. Namanya disebut-sebut sehingga di Pulau Pinang.” Stanley memberitahu dengan wajah yang bangga.

“Entahlah, aku dah lama tak ikuti semua ni,” jelas damak, walaupun dia pernah mendengar nama pelakon bangsawan Khairuddin, yang lebih dikenali dengan nama ‘Thairu’ atau ‘din’. Nama Khairuddin memang terkenal dan sering disebut-sebut. di sesetengah tempat, dia lebih terkenal dari para pelakon Hollywood seperti Charlie Chaplin dan Clark Gable. Sebenarnya damak meminati dunia bangsawan. Pada satu ketika dahulu, dia pernah ke Singapura untuk ke Theatre Royal di North Bridge Road semata-mata hendak melihat persembahan bangsawan seperti ‘ali Baba dan Empat Puluh Penyamun’ di sana. Tetapi buat masa ini, damak jelas tidak menunjukkan sebarang minat tentang semua ini. dia hanya mahu mengetahui tentang keadaan Hanim.

“Jadi... Hanim sekarang bahagia dengan hidupnya?” tanya damak kemudian.

“Ya, sudah tentu. dia ada ramai peminat.” Stanley mengeluarkan bekas menyimpan rokok yang diperbuat dari perak. dia mengeluarkan sebatang rokok berjenama Players.

“Paul pula bagaimana?” tanya damak. Kereta yang dinaikinya melalui Jambatan Cavenagh dengan perlahan. Sempat damak melihat beberapa tongkang Cina yang sedang berlabuh di sungai Singapura. Beberapa orang kuli sedang sibuk memunggah barangan keluar dari tongkang untuk dibawa ke tepi sungai.

“dia baik, tiga tahun lepas dia baru saja pulang dari England. dia bekerja dengan sebuah firma guaman British di Raffles Place,” sambut Stanley dengan tangannya menuding ke arah Raffles Place yang letaknya agak dekat dengan jalan

Page 172: Awang Vampiro

Awang Vampiro

172

yang dilaluinya sekarang. “dah besar budak tu sekarang. Tak tahu pula aku kalau

dia masih ingat aku lagi atau tidak.” damak menggelengkan kepalanya sambil tersenyum. diam tak diam, damak mendapati terdapat sebuah bangunan baru tersergam gah berdekatan dengan Kelab Kriket Singapura. damak memandang ke arah luar untuk melihat dengan lebih jelas bangunan Mahkamah Tinggi Singapura yang baru sahaja dirasmikan oleh Sir Shenton Thomas, Gabenor Negeri-negeri Selat beberapa bulan yang lalu. Bangunan berwarna putih itu nampak gah, dengan kubahnya yang besar menghadap ke kawasan padang dan Esplanade.

“dia masih mengingati kau lagi. Masakan kami boleh melupakan kau. Kau banyak berjasa dengan keluarga kami.” Stanley menyalakan puntung rokoknya. “dialah satu-satunya anak lelaki yang aku ada. Sampai sekarang aku tak tahu bagaimana nak membalas jasa-jasa kau.”

“Kau telah membalas dengan menjaga Hanim dengan baik. Percayalah!” damak cuba meyakinkan. dia tersenyum. Sinar cahaya matahari yang jatuh ke wajahnya menampakkan rautnya yang ceria.

Stanley tersenyum. dia kagum dengan sikap damak. Walaupun damak boleh memilih untuk hidup mewah dengan ilmu yang dia ada, tetap dia memilih untuk hidup dengan cara sederhana – kecuali pakaian yang dipakainya. damak tetap mahu kelihatan segak dengan fesyen yang terbaru dan yang paling tinggi mutunya.

“Oh, ya. Bibik kirim salam. dia mahu kau datang makan malam di rumah kami malam ni. aku dah jemput Hanim sekali!” cadang Stanley bersungguh-sungguh. “Jadi ke Katong la aku malam ini...” damak menjeling mesra. dia memandang ke luar kereta. dia membiarkan angin luar menyapa wajahnya sambil dia menarik nafas dalam-dalam.

Page 173: Awang Vampiro

Nizam Zakaria

173

Stanley mengangguk sambil tersenyum. dia melihat gelagat damak yang sedang melihat beberapa bangunan baru yang baru sahaja dibina di Singapura, termasuklah bangunan Cathay, bangunan yang paling tinggi di Singapura. di hadapan bangunan tersebut terpampang poster filem arahan Zoltán Korda , ‘The Four Feathers’.

“Kau mahu terus ke The New World? Tak mahu singgah minum kopi dulu?” ujar Stanley. Mahu sahaja dia mengajak damak minum-minum di sebuah kedai kopi kegemarannya di Orchard Road.

“Tak apa... aku baru saja minum tadi.”“Mungkin kau sudah makan di Hassan’s Railway Station

Canteen. Makanannya memang sedap. aku suka beriani ayam dan sayur lodehnya. Teh tariknya pun sedap.... Kalau dah rasa masakannya, pasti mahu lagi!” Stanley menjilat bibirnya, mengingati teh tarik Hassan yang terkenal dalam kalangan peladang-peladang Inggeris di Singapura dan di Persekutuan Tanah Melayu.

“Ya... aku singgah di sana tadi,” jawab damak. dia memandang terus ke mata Stanley sebelum dia menambah lagi dengan suara yang jujur kedengarannya, “aku mahu jumpa Hanim dulu.”

“Kau tentu rindukan dia.” Stanley cuba meneka sesuatu yang sudah diketahui jawapannya.

“aku pernah jaga dia macam abang kandung dia sendiri. Tentu aku rindukan dia.”

Stanley mengangguk perlahan. abu rokoknya dibuang ke luar. Stanley mendapati damak sudah lama menghabiskan rokok kereteknya, lalu Stanley menawarkan rokok Players kepadanya.

damak menggeleng. dia mengeluarkan rokoknya sendiri.

“aku pasti Hanim memanggilku ke sini dengan

Page 174: Awang Vampiro

Awang Vampiro

174

bersebab...” “aku suruh Hanim panggil kau ke sini sebab kawan baik

aku, Ong Boon Tat perlukan bantuan kau.” Stanley berterus terang kepada damak. “Bukankah dia majikan Hanim?” tanya damak. Tubuhnya tersandar ke kanan kerana kereta yang mereka naiki sedang memotong sebuah bas trolley yang sedang menuju ke arah Pasar Teluk ayer.

“Ya, dia pemilik The New World. Tempatnya itu bermasalah sekarang.”

damak mengeluh. dia tahu benar ‘masalah’ yang dimaksudkan oleh Stanley tanpa perlu diberitahu kepadanya.

Kereta yang mereka naiki berhenti di hadapan taman rekreasi The New World yang terletak di Jalan Besar. Walaupun jam menunjukkan pukul enam petang, kawasan di hadapan pintu masuk The New World sudah mula hingar-bingar. ada ramai orang yang berkumpul mengelilingi seorang tabib Cina yang senang menunjukkan kekuatan kung funya. dia menetak-netak tubuhnya yang kebal itu dengan sebilah parang. Tidak cukup dengan itu, dia telah meminta seorang penonton supaya menetakkan tubuhnya yang nampak pejal itu.

di satu sudut yang lain pula, terdapat seorang lelaki India sedang meniup seruling. di hadapannya, seekor ular tedung sedang menari-nari mengikut lentok lagu yang dimainkannya. alunan bunyi seruling mewarnai suasana taman rekreasi The New World.

“Tuan-tuan mahu beli tali kasut? Pengilat kasut pun saya ada!” ucap seorang Yahudi Peranakan di tepi tingkap kereta.

damak cepat-cepat menggeleng. Matanya hanya tertumpu ke pintu gerbang New World.

“Tempat ini memang berpuaka,” getus damak dengan selamba. Wajahnya nampak bosan. Puaka merupakan satu kalimah yang mampu digunakannya untuk membuatkan Stanley faham. “Malam ni selepas makan di rumah kau, aku

Page 175: Awang Vampiro

Nizam Zakaria

175

akan cuba selesaikan masalah di sini.” “Baguslah.... Lagipun kau perlu berehat.” Stanley

menyarankan. “Hanim pun ada menunggu kau di rumahnya.”

“Baiklah,” sambut damak sepatah. Suaranya rendah. dia menghirup udara petang sepuas hati. Sudah lama dia tidak bertemu dengan Hanim. Tidak sabar rasanya untuk dia bertemu dengan wanita bernama Hanim itu.

Kereta yang mereka naiki terus bergerak dari Jalan Besar ke arah Serangoon Road. Setibanya mereka di Serangoon Road, mereka berhenti di hadapan sebuah rumah batu bersaiz kecil. Taman kecil di hadapan rumah itu nampak dijaga dengan pokok-pokok bunga yang ditanam di dalam pasu.

“Pukul sembilan nanti ali akan jemput kau di sini. aku faham, kau tentu mahu sembahyang dulu sebelum makan malam,” kata Stanley dengan suara yang perlahan. dia keluar dari keretanya.

ali, pemandunya serta Jimmy terus duduk di dalam kereta sambil memerhatikan tuan mereka berjalan sambil menjengah ke dalam rumah yang didiami Hanim di luar pintu pagar.

“Hanim pasti ada di dalam,” kata Stanley. “Ya, dia ada di dalam. dah lama dia menunggu aku,”

damak berkata dengan penuh yakin. dia senyum sendiri ketika menutup pintu kereta.

“Kalau begitu, kita jumpa lagi malam ini.” Stanley membalas senyuman nakal damak. Stanley bersalaman dengan damak sebelum masuk ke dalam kereta. Stanley melambaikan tangan selepas meminta ali supaya membawanya pulang ke banglonya di Katong.

damak menarik nafas dalam-dalam. dia memberi salam di luar pintu pagar. Seorang mak cik tua keluar mendapatkannya. Mak cik tersebut tersenyum meleret.

Page 176: Awang Vampiro

Awang Vampiro

176

“Muka Cik Kiah makin cantik pula saya tengok,” damak sengaja mengusik. dia memang suka mengusik Kiah sejak dia mula-mula mengenalinya dahulu.

“alah... kau ni damak! Suka sangat perli mak cik!” balas Kiah sambil membuka pintu pagar. “Keluarga Cik Kiah di Kampung Siglap macam mana?” tanya damak membuka bicara.

“Macam biasa, damak. Si Halim yang kau ubatkan dulu sekarang dah boleh berlari-lari. Yalah, dulu kakinya lumpuh dek kena kacau orang halus.”

“Yang ganggu dia setan, Cik Kiah. Saya sekadar menolong mana termampu,” sambut damak dengan selamba. Matanya kemudian memandang terus ke dalam rumah. dia dapat melihat bayang Hanim di sebalik langsir jendela.

“dia dah lama tunggu kau,” beritahu Kiah dengan nada berbisik. Kiah terus menjemput damak masuk ke dalam rumah. “Kejap lagi Si Halim tu datang. dia akan teman kau tidur di sini.”

damak mengangguk faham.“dia buat apa sekarang?”“dia nak habiskan belajar di madrasah. Nak jadi ustaz

katanya,” suara Kiah jelas bangga. “Baguslah tu, Cik Kiah.” Besar hati damak mendengar

perkembangan terbaru tentang Halim. damak mencongak-congak. Mungkin usia Halim kini sudah menjangkau lima belas tahun.

di dalam rumah, damak terus disambut oleh Hanim. Wajah Hanim jelas berseri-seri. Tubuhnya montok dan sederhana tinggi. Kulitnya putih bersih. Matanya besar tetapi nampak sedikit kuyu. Hidungnya mancung dan runcing. Memang tidak syak lagi, Hanim adalah seorang wanita yang rupawan.

“abang damak!” panggil Hanim dengan manja.

Page 177: Awang Vampiro

Nizam Zakaria

177

“aku dengar, sekarang kau dah jadi anak bangsawan yang terkenal.” damak meletakkan begnya ke tepi.

“Entahlah, bang. dah rezeki saya.”“Kau cantik. Sebab itu mereka suka tengok kau jadi seri

panggung.” Hanim tersipu malu. dia menjemput damak duduk di

ruang tamu.“Stanley kata dia menyuruh kau seru aku ke mari kerana

Baba Ong perlu mendapatkan pertolongan daripada aku?” sebut damak, kali ini dengan nada yang lebih serius.

“Baba Ong memang ada masalah dengan The New World,” beritahu Hanim dengan suara yang perlahan.

“aku dah tengok tempat kau cari makan tu tadi. Memang tempat tu tak elok. Tempat orang buat maksiat.”

“Bukan itu yang saya maksudkan.”“aku faham.” damak tersenyum nakal. “ada lembaga kecil yang mengganggu setiap kali

bangsawan dimainkan. Ramai budak kabaret diganggunya.” “Itu saja?” “Sebenarnya... dah dua orang jadi mangsa.” Hanim

memberitahu. “Tapi saya rasa bukan sebab lembaga kecil tu... tapi sebab lain.”

Cik Kiah keluar sambil menatang dulang berisi dua cawan teh dan sepiring pisang goreng panas.

Perbualan mereka terhenti. Hanim termenung seketika sebelum menjemput damak untuk minum petang bersamanya.

PAdA malam itu, seperti yang dijanjikan, damak telah ke rumah Stanley bersama Hanim untuk makan malam. Setibanya mereka di banglo besar Stanley di Katong, mereka berdua terus dilayan oleh Stanley dan isterinya dengan baik.

Page 178: Awang Vampiro

Awang Vampiro

178

Baba Ong, teman baik Stanley juga ada dijemput bersama. Tukang masak Stanley, Cik aminah berasal dari Melaka.

Masakan Cik aminah memang terkenal di Melaka satu ketika dahulu. Begitu tersohor keenakan masakannya sehingga Stanley telah meminta aminah menjadi tukang masak keluarganya. ali, suami kepada aminah telah diambil oleh Stanley sebagai pemandunya. ali dan aminah sekeluarga kini tinggal di sebuah rumah kecil di belakang banglo Stanley. Jika bukan melalui ali, mungkin Stanley tidak akan mengenali damak.

Stanley memerlukan bantuan damak satu ketika dahulu kerana anak lelakinya Paul dikatakan telah disampuk penunggu Pulau Tekong. Perkara ini telah berlaku setelah Paul berkhemah di sana dengan pasukan pengakapnya dari Sekolah anglo Chinese. Keadaan Paul agak teruk. Kedua-dua belah kakinya lumpuh.

Paul meracau siang dan malam selama hampir sebulan. Jenuh Stanley mencari ubat, tetapi sakit Paul tidak juga sembuh, sehinggalah damak datang menolong. Stanley terhutang budi terhadap damak. dia telah bernekad untuk menunaikan apa sahaja permintaan damak setelah damak menyelamatkan nyawa satu-satunya anak lelakinya. damak tidak meminta apa-apa balasan, kecuali membantu mencari pekerjaan untuk seorang gadis yang cantik rupa parasnya bernama Hanim. Stanley bersetuju, lalu dijaganya Hanim seperti anaknya sendiri. Rumah sewanya di Seranggon Road itu juga telah dipinjamkan kepada Hanim dengan percuma.

“Terlebih dulu saya ingin berterima kasih pada Encik damak kerana sudi datang ke Singapura untuk menolong saya,” ucap Baba Ong kepada damak sebaik sahaja damak dibawa oleh Stanley duduk berehat di ruang tamu rumahnya setelah selesai makan malam. Ruang tamunya itu menghadap ke arah Selat Singapura. Bunyi ombak yang menghempas

Page 179: Awang Vampiro

Nizam Zakaria

179

pantai menenangkan lagi keadaan malam yang diterangi dengan cahaya bulan.

“aku mahu membantu dengan iklas. Lagipun kau dah banyak tolong Hanim.” Mata damak tertancap pada seekor cicak yang baru sahaja mengeluarkan bunyi berkali-kali.

“aku telah diberitahu tentang masalah yang kau hadapi di New World. aku dah tengok tempat kau tadi. Hanim ada beritahu ada orang terkorban.”

“Betul, Encik damak. dua orang penari kabaret kami mati dengan cara yang mengerikan. Mereka masih muda lagi. Kedua-dua gadis tu kami bawa dari Shanghai. Seorang baru saja mati minggu lepas... seorang lagi pemain trompet dari Filipina. Kesemua yang mati kelihatan seperti darah mereka dihisap sampai kering,” beritahu Baba Ong. dahinya berpeluh-peluh. dia cepat-cepat mengeluarkan sapu tangan untuk mengelap dahinya yang basah itu.

“dah buat laporan dengan mata-mata?” tanya damak meminta kepastian. dia mengambil cerut dari Cuba yang telah diberikan oleh Baba Ong kepadanya.

“Sudah. Mereka tak boleh buat apa-apa. Siang-siang lagi mereka beritahu ini kerja orang yang mahu dengki dengan saya. Kerja orang halus kata mereka.”

“Kau ada musuh?” damak membakar bahagian hujung cerutnya. Kemudian dia menghisap cerutnya dalam-dalam.

“Saya peniaga... memang aku tak boleh nafikan, ramai yang dengki.” Baba Ong memegang pipinya sambil termenung seketika. “Perniagaan saya teruk terjejas. Ramai penari kabaret, pemain muzik dan beberapa pelakon bangsawan mahu berhenti. Ini tak dikira lagi dengan para pelanggan saya yang takut nak ke New World sekarang.”

“Memang susah kalau manusia ada sifat hasad dengki,” keluh damak. dia termenung jauh. Udara segar dari laut masuk ke dalam ruang tamu lalu menyapa wajahnya.

Page 180: Awang Vampiro

Awang Vampiro

180

“aku tak boleh janji.... Tapi aku akan cuba selesaikan masalah ini sebaik mungkin.”

“Terima kasih,” ucap Baba Ong sambil tertunduk sekali. Perasaannya sedikit tenang. Tidak lagi seresah sebelumnya.

Baba Ong merenung ke dalam wajah damak. dia masih sukar untuk mempercayai bahawa lelaki Melayu di hadapannya adalah sehebat yang diceritakan oleh Stanley. Tetapi Baba Ong menghormati Stanley dan dia tahu bahawa rakannya itu boleh dipercayai. Lagipun dia tidak mempunyai banyak pilihan. Pelbagai cara telah diusahakannya untuk menghalau puaka yang datang mengganggu taman rekreasinya. Semuanya menemui jalan buntu. dia benar-benar berharap damak dapat menyelesaikan masalah besar yang terpaksa ditanggungnya sekarang....

dAmAk telah dibawa oleh ali ke New World pada malam itu. ali nampak takut-takut. Tetapi sejak dari awal lagi dia tidak menyuarakan sebarang pendapat.

“Kalau kau nak balik, kau boleh balik,” kata damak setibanya dia di hadapan pintu gerbang New World.

“Tak apa tuan, lagipun isteri saya Si Minah tu dah tahu saya akan balik lambat,” jelas ali.

damak tersenyum tawar. Entah sudah berapa kali dia meminta ali supaya jangan memanggilnya tuan, tetapi ali seperti tidak reti bahasa gamaknya.

ali memarkir keretanya ke tempat meletak kereta. di sana ada beberapa buah kereta sedang dijaga oleh si pemandu yang sedang menunggu tuan mereka yang baru sahaja mahu pulang. Malam semakin larut menyusup ke pagi.

damak masuk ke dalam New World. Terus dia berjalan

Page 181: Awang Vampiro

Nizam Zakaria

181

masuk ke arah dewan kabaret. dari luar dia sudah boleh mendengar bunyi muzik kabaret dimainkan. dia tahu lagu yang sedang dimainkan. Lagu tersebut merupakan lagu Melayu popular yang berjudul Terang Bulan – sebuah lagu yang sering dimainkan melalui alat pemain rekod di FMS Bar & Restaurant di Ipoh yang pernah dilawatinya lebih setahun yang lalu.

damak mengemaskan sedikit kot yang dipakainya. dia sememangnya nampak segak pada malam itu. Beberapa penari yang ada memandang ke arahnya. Mereka tersenyum manis. Mereka tidak pernah nampak kelibatnya sebelum ini.

“Saudara kawan kepada Tengku Hassan?” tegur seorang gadis Melayu yang nampak manis berkebaya ketat.

“Bukan,” jawab damak sambil tersenyum. “Saya fikirkan saudara kawan Tengku Hassan. dia kata mahu datang ke mari malam ini bersama kawan-kawannya.”

“Mungkin dia sibuk malam ni,” jawab damak sambil tersenyum nakal apabila melihat gadis itu cuba bermanja dengannya.

“Mungkin juga.” Wajah gadis itu mula pudar. dia cuba menyembunyikan rasa kecewanya setelah mendengar penjelasan daripada damak.

“Saya perlu berjumpa dengan alfred Tan. dia ada di sini?” tanya damak dengan meredupkan matanya seolah-olah memujuk gadis tersebut agar jangan bersedih. dia telah diberitahu oleh Baba Ong bahawa dia perlu menemui alfred Tan yang mungkin dapat membantunya melakukan pekerjaannya pada malam ini.

“Oh, dia di sana.” Gadis tersebut menjuihkan bibirnya ke arah bar. di sana, berdiri seorang lelaki Cina yang sedang menghisap sebatang cerut.

“Terima kasih,” ucap damak. dia ingin bergerak ke arah alfred Tan, tetapi lengannya telah dipegang oleh gadis

Page 182: Awang Vampiro

Awang Vampiro

182

tersebut. “Saudara ini... kawan Hanim bukan?”“Ya,” jawab damak pendek. “Jadi... betullah cakap

Hanim. Saudara ini memang kacak orangnya.” Gadis tersebut menggigit bibirnya.

“Saudari kenal dengan Hanim?”“Siapa yang tak kenal dengan dia?” Wajah gadis tersebut

berkerut kehairanan, seolah-olah tidak percaya telah disoal perkara tersebut oleh damak.

“Maksud saya, saudari berkawan dengan Hanim?”“Ya. Saya selalu ke bilik persalinannya kalau saya ada

masa. Saya mahu menjadi pelakon bangsawan, tapi entahlah...” gadis tersebut mengeluh sambil merenung lantai.

“Siapa nama saudari?” “Latifah.” “Saudari berasal dari mana?” “Kelantan...” jawab si gadis serba salah. “Latifah, saya terpaksa bertemu dengan Encik alfred Tan.

Jika kita ada masa nanti, kita boleh berbual panjang,” ucap damak dengan sopan.

damak melangkah beberapa tapak ke hadapan sebelum berhenti sebentar lalu mendapatkan Latifah kembali.

“Jangan dibuang anak dalam perut saudari itu walaupun Tengku Hassan takkan mengaku itu anaknya. Jaga dia baik-baik. Bila dah besar nanti budak itu akan jadi orang besar di Malaya nanti.” Latifah tercengang mendengar kata-kata damak tadi. Masakan damak tahu tentang dirinya yang hamil sedangkan dia sendiri baru sahaja disahkan tentang hal ini tengah hari tadi dan tidak ada orang lain yang mengetahuinya kecuali dirinya sendiri. Namun begitu Latifah mengangguk. damak meninggalkan Latifah lalu pergi mendapatkan alfred Tan.

Seorang tauke Cina datang menghampiri Latifah

Page 183: Awang Vampiro

Nizam Zakaria

183

lalu menghulurkan sekeping tiket berwarna merah jambu. Latifah membenarkan tauke tersebut memegang tangan serta pinggangnya yang ramping, lantas mereka terus menari mengikut lagu yang sedang dimainkan oleh pancaragam kabaret. Wajah Latifah dihiasi senyuman walaupun jiwanya terganggu setelah mendengar kata-kata damak tadi.

“alfred... nama saya damak.” damak menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan alfred Tan.

“Tuan Ong ada beritahu encik akan datang. Tapi saya fikirkan esok malam.” alfred Tan menggenggam tangan damak dengan kuat. alfred Tan nampak terkejut, mungkin sedikit terpegun. dia merenung ke dalam wajah damak. dia menyangka dukun yang akan menemui malam ini tua orangnya. Tetapi sangkaannya ternyata meleset.

“Jadi... boleh beritahu saya apa yang sebenarnya berlaku di sini?” tanya damak.

alfred Tan mengangguk. dia memegang bahu damak, lantas membawa damak keluar dari dewan melalui pintu belakang.

“Tempat ini... banyak susah untuk saya cerita, Encik damak.” alfred Tan menggelengkan kepalanya dengan lesu.

“apa yang susahnya?” “Begini... dulu tempat ini tidak pernah ada masalah.

Tapi sekarang, entahlah...” alfred Tan menggeleng lesu. “Cuba lihat di dalam sana. dulu tempat ini penuh dengan pelanggan. Sekarang makin lama makin kosong.”

“Jadi, apa yang buat kacau di sini?” alfred Tan memandang ke kiri dan ke kanan. dia jelas

nampak takut-takut untuk terus bercerita. dia menelan air liurnya sebelum menyambung, “benda itu keluar malam-malam buat kacau... suka kacau orang di sini. Benda itu laparkan darah!” Mata alfred Tan memandang ke kiri dan ke

Page 184: Awang Vampiro

Awang Vampiro

184

kanan ketika dia mengeluarkan kalimah-kalimah ini. damak tersenyum sendiri, walaupun wajah alfred Tan

jelas bimbang. Peluh jantan mula menitik di dahi alfred Tan. Wajahnya

yang lesu itu jelas nampak pucat. “Jadi, kau percaya dengan benda karut ni semua?” tanya

damak kepada alfred Tan. Suaranya keras walaupun dia cuba berjenaka.

“Benda tu memang ada! Saya pernah nampak!” getus alfred Tan bersungguh-sungguh.

“Benda tu macam mana?”“Tubuhnya kecil, tapi wajahnya menakutkan,” ucap alfred

Tan bersungguh-sungguh. “Meremang bulu roma tengkuk saya bila ingatkan balik.”

“Saya faham...” “Jadi, encik boleh tolong kami?” “Boleh. Tapi semuanya dengan izin allah,” ujar damak

dengan penuh reda akan kebesaran-Nya. alfred Tan mengangguk mengerti. “Encik ikut saya. Selalunya ia akan muncul di bawah.”

alfred Tan mengajak damak berjalan mengekorinya ke arah sebuah pintu yang berdekatan.

Tangan alfred Tan terketar-ketar tatkala mengeluarkan kunci dari kocek seluarnya apabila tiba di hadapan bilik yang dikatakan berpuaka itu.

“Ini bilik stor kami.”damak turun untuk ke bilik stor yang terletak di

bawah tanah. alfred Tan terburu-buru memetik suis lampu apabila dia melihat damak menuruni anak tangga di dalam gelap.

“Tempat simpan botol arak...” getus damak sambil memandang ke arah sekelilingnya. Keadaan di dalam stor agak dingin jika dibandingkan di luar.

Page 185: Awang Vampiro

Nizam Zakaria

185

“Kami banyakkan simpanan, lebih-lebih lagi apabila Perang dunia sudah bermula di Eropah.” alfred Tan menjelaskan keadaan bilik stor yang penuh diisi dengan stok minuman dan makanan.

“Banyak persediaan yang kau lakukan.” “Kami takut nanti apabila Eropah sibuk berperang, stok

barang-barang yang kita selalu beli daripada mereka akan terhenti. Tapi tak apalah. Saya rasa perang ini akan berakhir tak lama lagi. Kita di sini tak perlu takut. Tak ada sesiapa yang akan menyerang Singapura selagi British ada memerintah di sini,” kata alfred Tan dengan yakin. dia mengelap peluhnya yang menitik di kepala.

damak memerhatikan berkotak-kotak botol arak serta makanan kering yang tersimpan di dalam bilik stor. Bunyi lagu yang dibawa oleh orkestra di tingkat atas dapat didengarinya di dalam bilik stor yang bersaiz besar itu walaupun sayup-sayup.

Tiba-tiba lampu mentol berkelip-kelip. Kemudian terdengar bunyi seperti orang sedang berjalan di belakang mereka.

alfred Tan menoleh, tetapi dia tidak dapat melihat apa-apa kecuali kerawang labah-labah yang ada di sudut-sudut tembok.

“Encik dengar tu?” tanya alfred Tan dengan dahinya terkerut seribu. dia nampak gelisah.

“dengar,” jawab damak dengan selamba. dia langsung tidak nampak takut.

“Kalau kau takut, kau boleh naik ke atas. Kau tunggu saja di atas. Kalau dengar apa-apa yang pelik, jangan cuba turun ke bawah.”

alfred Tan mengangguk dengan cepat. dia menarik nafas lega. Lantas dengan cepat juga dia melangkah untuk naik ke atas.

Page 186: Awang Vampiro

Awang Vampiro

186

damak berjalan ke arah hujung bilik stor ke tempat dia dapat mendengar bunyi seorang anak kecil ketawa sendiri. damak tidak dapat mencari anak kecil yang mungkin sedang bermain-main di dalam bilik stor ini. dia kini berhadapan dengan sebuah tembok batu. dia merenung ke arah tembok di hadapannya. dia memegang permukaan tembok tersebut. Terasa sejuk seperti air batu.

damak menarik nafas panjang-panjang. Buat pertama kali pada malam itu dia mula menunjukkan wajah risau. damak dapat merasakan sesuatu yang tidak kena. dia dapat merasakan bahawa bukan dia seorang yang ada di dalam bilik stor bawah tanah itu.

damak sekali lagi dapat mendengar suara seorang anak kecil sedang ketawa di belakangnya. damak menoleh. dia dapat melihat kelibat seorang anak kecil berlari-lari di tepi matanya. apabila dia cuba mendekatinya, kelibat anak kecil itu hilang begitu sahaja.

“Kau buat apa di sini? Siapa tuan kau?” tanya damak dengan suara yang tenang.

Seorang anak kecil yang botak dan berbogel merangkak-rangkak di hadapannya. Kemudian anak kecil itu berdiri. Wajah anak kecil itu jelas nampak menakutkan. Kulitnya pucat kehijauan. Matanya putih tanpa biji mata.

Lembaga di hadapannya itu dikenali dengan nama toyol di sesetengah tempat.

Semakin galak anak kecil itu ketawa, tetapi mulutnya tidak sedikit pun bergerak.

“aku cuma mahu tahu siapa tuan kau.” damak bersuara lembut.

Tiba-tiba bahagian dinding yang sejuk tadi kini kelihatan berombak. Beberapa detik kemudian, ia mengeluarkan cahaya yang kelam dan bahagian dinding itu mula berpusar. Kelibat seorang lelaki dan dua orang

Page 187: Awang Vampiro

Nizam Zakaria

187

kembar wanita yang berpakaian serba hitam tiba-tiba muncul di hadapannya. Mereka seolah-olah kelihatan tergesa-gesa untuk masuk ke dalam pusaran di permukaan dinding tersebut.

damak tercengang. dia kenal benar dengan salah seorang lelaki tersebut. dengan cepat dia berundur beberapa tapak ke belakang sambil membuka langkah untuk menyerang.

“di sini bukan tempatnya, damak!” jelas lelaki tersebut dengan pantas.

Salah seorang kembar wanita yang sedang memakai pakaian serba hitam serta sedang berdiri di sebelah lelaki tersebut membaca sesuatu yang tertulis di atas skrin di lengannya.

“Vorteks akan tertutup dalam masa kurang dari seminit, awang!” ucapnya dengan suara tegas. “Kita perlu keluar cepat dari dunia ini sebelum mereka menyedari kehadiran kita di sini.”

awang memandang terus pada damak yang sedang berdiri kaku, seolah-olah dia sedang menantikan awang melakukan sesuatu terhadap dirinya.

“Kenapa kau berada di sini? Bukankah aku sudah pinta kau jangan sekali-kali datang ke sini!” damak melenting marah.

“Kau dah berjanji takkan buat kacau lagi!” “Kau tak faham, damak. Sampai bila-bila pun kau takkan

faham.” “apa yang perlu aku fahamkan?”“Kami ke sini kerana telah diamanahkan dengan tugas.

Kami telah berjaya melakukan tugas kami, dan sekarang kami perlu pulang ke tempat asal kami!”

“Siapa mereka?” tanya damak sambil memandang pada si kembar. damak nampak keliru. dia cuba meneliti pakaian

Page 188: Awang Vampiro

Awang Vampiro

188

yang dipakai oleh mereka, tetapi dia tidak pernah melihat jenis fabrik mahupun beberapa peralatan yang dibawa bersama mereka.

“Kau tak perlu tahu!” “Jangan kau cuba mencabar kesabaran aku, awang. Kau

tahu apa yang boleh aku lakukan pada kau!”awang menggaru-garu tengkuknya. dia memandang ke

arah toyol di hadapannya. dia mencangkung, lalu memandang tepat ke arah toyol tersebut, sebelum memandang kembali ke arah damak.

“aku jumpa toyol ni di Kampung Tanjung Irau. Tuannya sudah aku… bunuh. dia tak bertuan, jadi aku simpan dia di sini.” awang cuba mengusik toyol itu dengan memegang pipinya. Tetapi toyol itu cuba menggigit jarinya dengan gigi yang tajam. Pantas awang menarik balik jarinya. dia tersenyum sendiri.

“Jangan berdolak-dalih lagi, awang! Beritahu padaku apa yang kau buat di sini!”

“aku ke sini untuk melakukan satu tugas yang kau tak perlu tahu. Setelah berada di sini selama lebih dua minggu, kini kami mahu pulang,” kata awang. dia bergegas berdiri kemudian memandang ke arah skrin di lengannya. Skrin tersebut mengeluarkan amaran dengan memancarkan warna merah berkelip-kelip. awang menekan skin tersebut berkali-kali. dia nampak risau apabila pusaran yang bercahaya di hadapannya menjadi semakin kecil.

awang telah mengarahkan dua orang yang bersamanya tadi supaya masuk ke dalam pusaran. Mereka akur dengan perintah awang, lantas terus hilang masuk ke dalam dinding. awang kemudian melangkah masuk ke dalam pusaran tersebut, tetapi tangannya telah digenggam kuat oleh damak.

“Sudah aku katakan, aku bukan musuhmu, damak!” tempelak awang dengan kuat. Tatkala itu juga mata awang

Page 189: Awang Vampiro

Nizam Zakaria

189

berubah merah. dia menyeringai sehingga menampakkan giginya yang tajam. Wajahnya menakutkan. awang mengaum kuat, lantas mengeluarkan suara yang menggerunkan.

dengan pantas damak memegang tangan awang. dia tidak mungkin akan membenarkan awang melepaskan dirinya begitu sahaja. digenggam lengan kiri awang dengan kuat sehingga timbul tali-tali urat di lengannya sendiri.

“Lepaskan aku, damak!” suara awang keras dan garau. damak masih tidak mahu melepaskannya pergi. Kini awang mula menyesal kerana telah memilih tempat ini sebagai lokasi tempat keluar dan masuknya ke dalam dunia ini semata-mata kerana dia mahu melihat Hanim yang sudah lama tidak ditemuinya dari jauh.

awang kemudian mengeluarkan sebiji kiub kecil yang telah disimpan di salah satu kocek bajunya. Kiub kecil itu dilontarkan ke atas lantai kemudian kiub tersebut terbuka sendiri pada bahagian tengah dengan satu pergerakan mekanikal.

damak memandang ke arah awang. dia mendapati awang sedang memakai sepasang cermin mata hitam dengan tangan kanannya.

“Ini hadiah untuk kau!” tempelak awang sambil tersenyum memandangnya.

damak memandang kembali ke arah kiub tersebut. didapatinya kiub itu seolah-olah sedang menyerap segala sumber tenaga di sekelilingnya. Lampu mentol sekali lagi berkelipan sebelum ia terus mati.

di tingkat atas, di dalam dewan kabaret serta kesemua bahagian New World gelap-gelita. Suara beberapa orang wanita menjerit dapat didengar oleh damak, walaupun kelam dan perlahan.

Kiub tersebut kini mengeluarkan cahaya yang begitu kuat sehingga menerangi seluruh pelosok bilik stor. Cahaya tersebut begitu kuat sehingga alfred Tan dapat melihatnya

Page 190: Awang Vampiro

Awang Vampiro

190

dari luar bilik stor. dia kurang faham apa yang telah berlaku. Mata damak berpinar-pinar menahan sinaran cahaya

yang telah membuat matanya buta buat seketika. damak melepaskan genggamannya di lengan awang lantas cepat-cepat menggunakan tangannya untuk menutup mata.

damak terpinga-pinga buat seketika. Keadaan kembali tenang. dia menggosok-gosok matanya yang masih kabur itu. dia melihat awang sudah hilang dari pandangan. Yang ada hanyalah toyol yang kelihatan kaku di hadapannya. Ia terbaring kejang seperti sebuah anak patung. Ia tidak lagi kelihatan menakutkan seperti sebelumnya.

damak mengeluarkan pisau belit yang disimpan di dalam kocek seluarnya. dia melangkah ke arah sekarung beras. dia menggunakan pisaunya untuk membuka karung tersebut lantas mengeluarkan isi beras yang ada. Kemudian digunakan karung tersebut untuk menutup tubuh toyol yang telah kaku itu. Tubuh toyol itu dibawa keluar dari bilik stor.

“apa yang dah terjadi?” tanya alfred Tan. dia mengesat peluh di atas dahinya yang luas itu. alfred Tan cepat-cepat menutup pintu bilik stor sebaik sahaja damak melangkah keluar.

damak termenung jauh. dia nampak keliru. Sukar benar untuknya menjawab soalan alfred Tan tadi. Sepanjang hayatnya, telah banyak kali dia menghadapi kejadian demi kejadian yang ganjil, tetapi apa yang telah dilihatnya tadi lain daripada yang lain.

“apa yang encik bawa keluar?” tanya alfred Tan sambil memandang ke arah karung yang kini kelihatan basah dan berlendir.

“Kau tak perlu tahu!” tegas damak sambil memegang dengan erat karung yang mula bergerak-gerak dengan sendiri.

Page 191: Awang Vampiro

Nizam Zakaria

191

alfred Tan mengangguk faham. anak tekaknya bergerak-gerak.

“Tempat ini takkan diganggu lagi. Sekurang-kurangnya itu yang mahu aku fikirkan,” jelas damak ragu-ragu.

alfred Tan mengangguk mengerti. Penjelasan daripada damak tidak begitu penting baginya. apa yang penting sekarang adalah dewan kabaretnya tidak akan diganggu lagi dengan segala bencana yang datang mengganggu sejak sebulan lalu.

dAmAk pulang ke rumah Hanim. didapatinya Hanim masih belum tidur lagi. Halim, anak bujang ali pula sedang berjaga di luar. Matanya kuyu tatkala membuka pintu pagar.

ali membisikkan sesuatu kepada Halim. ali meminta anaknya supaya menjaga diri. ali terpaksa pergi untuk pulang ke Katong. Halim faham dengan nasihat yang telah diberikan oleh ayahnya itu.

Hanim tidak banyak bercakap. dia hanya memandang ke arah bungkusan yang sedang dipegang oleh damak. Wajahnya jelas risau.

“Halim... kau berjaga di luar ya,” pinta damak dengan suara kepenatan.

Hanim pula masuk ke dalam biliknya kemudian keluar semula dengan sebiji bantal dan sehelai selimut untuk diberikan kepada Halim. Hanim terus menyarankan supaya Halim tidur di atas bangku panjang di luar rumahnya.

Halim berkeras tidak mahu tidur, tetapi entah mengapa, matanya terlalu berat untuk dibuka. dia berjalan ke arah bangku panjang. dia kelihatan seperti telah dipukau. Halim

Page 192: Awang Vampiro

Awang Vampiro

192

terus membaringkan dirinya di atas bangku panjang dan tidak lama kemudian dia terus terlelap.

“apa yang dah berlaku tadi?” tanya Hanim ingin tahu. dilihatnya damak meletakkan bungkusan yang bergerak-gerak itu di atas meja. dia berasa lemah, seolah-olah tenaganya telah diserap.

“Tadi aku bertemu dengan awang,” beritahu damak perlahan.

Mata Hanim terbeliak kerana terlalu terkejut. Kali terakhir dia bersemuka dengan awang adalah sepuluh tahun yang lalu di Province Wellesley, apabila damak memintanya supaya pergi ke tanah kelahirannya di aceh dan jangan sekali-kali menjejakkan kakinya ke Tanah Semenanjung Tanah Melayu lagi.

“Bagaimana keadaan dia sekarang?” tanya Hanim dengan bersungguh-sungguh, seolah-olah menagih jawapan daripada damak.

damak tidak mahu menjawab. dia tahu bahawa hubungannya dengan awang agak erat satu ketika dahulu. Malah dalam satu ketika yang lain pula, jika bukan kerana awang, dia mungkin tidak akan berpeluang mengenali Hanim.

damak membenci awang. agaknya, tidak ada lagi makhluk dalam dunia ini yang lebih dibencinya. damak membenci awang sejak kali pertama dia mengetahui tentang kejadian awang sebagai seorang vampiro. dan sememangnya damak menganggap semua vampiro sebagai petualangnya yang harus dimusnahkan sama sekali.

“aku sepatutnya biarkan dia mati dulu!” tegas damak. Suaranya jelas marah.

“Sabar, bang. Yang lepas tu biarkan lepas,” pujuk Hanim. dia duduk bersimpuh di hadapan damak. Sesekali dia akan memandang ke arah bungkusan di hadapannya.

“Kau juga yang mahu dia terus hidup.” damak

Page 193: Awang Vampiro

Nizam Zakaria

193

menyalahkan Hanim. Suaranya jelas berbaur cemburu. damak kadangkala akan merasa kurang senang dengan hubungan Hanim yang terlalu rapat dengan awang.

“apa yang abang bawa balik?” tanya Hanim, sengaja menukar arus perbualan.

damak membuka karung yang menyelubungi toyol. dalam bahagian karung tersebut penuh dengan lendir berwarna hijau.

dengan penuh berhati-hati, damak membersihkan lendir tersebut. didapatinya toyol tersebut kini kelihatan seperti seorang anak kecil yang normal.

“dia dah berubah!” ujar damak. dia langsung tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.

“apa yang dah berubah?” tanya Hanim kehairanan. dia membetulkan sanggul di kepalanya.

“dia dah jadi seperti kau. dia dah berubah,” ujar damak. Kata-katanya terus difahami oleh Hanim.

“Macam mana pula dia boleh berubah?” tanya Hanim sambil memegang belakang tengkuknya.

“Sebelum awang hilang, dia ada menggunakan sejenis alat yang mengeluarkan cahaya yang kuat. alat yang digunakan awang tadi mungkin telah menyerap tenaga aku, dan kemudian tenaga itu dilepaskan dan budak ini menyerapnya.” damak menggaru-garu kepalanya. Jika difikirkan dengan teliti, bentuk senjata yang digunakan awang tadi pernah dilihatnya pada satu ketika yang begitu lama dahulu, tetapi dalam bentuk yang lain.

“Jadi, apa kita nak buat dengan budak ni, bang?” tanya Hanim yang mula memberanikan diri menghampiri anak kecil yang diletakkan di atas meja di ruang tamunya. Kepala anak kecil itu botak, dia mengusap-usap kepala anak kecil itu dengan manja.

“awang dah bunuh tuannya. Kalau tak kita boleh hantar

Page 194: Awang Vampiro

Awang Vampiro

194

dia balik pada tuannya.”“apa kata abang benarkan saya jaga budak ni?”“Eh, kau ni mengarut aja!” “alah abang, apa salahnya?” “Nanti apa pula orang kata?” “Saya kata ini anak kakak saya dari Melaka. Saya

terpaksa menjaganya kerana kakak saya tu dah meninggal. Saya pasti orang akan faham,” kata Hanim dengan teratur.

damak termenung jauh. dia cuba menimbangkan cadangan Hanim tadi. dia tahu Hanim keseorangan. Hanim tidak berteman. Jika satu ketika dahulu awang sering menemaninya, kini awang hilang entah ke mana.

“Bagaimana pula dengan kerja kau?” tanya damak. dahinya berkerut.

“Saya boleh dapatkan pengasuh untuk menjaganya bila saya keluar bekerja. Lagipun saya selalu kena kerja malam,” jelas Hanim dengan bersungguh-sungguh. dia berharap damak akan memahami kerjayanya sebagai seorang pelakon bangsawan.

“Lagipun tentu abang tahu... saya dah lama mahukan anak.”

Hanim memandang kosong ke hadapan. dia mengeluh. dia sedang memikirkan sesuatu yang telah lama mahu dilupakannya. Hanim bergerak mengangkat anak kecil di hadapannya lantas mengendongnya seperti anaknya sendiri.

“Kita namakan dia Osman, ya bang!” saran Hanim. Hanya dia sahaja yang tahu mengapa anak itu diberi nama Osman.

“Suka hati kaulah, Hanim...” keluh damak. dia mendapati Osman mula membuka matanya. Osman nampak tenang tatkala Hanim mendukungnya. Osman nampak manja, seolah-olah telah lama menunggu saat untuk menerima kasih seorang ibu.

Page 195: Awang Vampiro

Nizam Zakaria

195

damak termenung jauh. dia memikirkan kembali tentang kejadian yang telah dialaminya. dia masih kurang mengerti apa yang dilihatnya mahupun apa yang dimaksudkan oleh awang kepadanya tadi.

damak memikirkan kembali tentang awang. damak membenci awang, walaupun dia telah mengenali awang dan berkawan dengan awang sejak dari kecil lagi. Ketika itu mereka di Melaka lebih empat ratus tahun yang lampau. dan ketika namanya dikenali oleh mereka yang masih hidup pada ketika itu dengan nama Kasturi.

Page 196: Awang Vampiro

Awang Vampiro

196

KetikA Kasturi dilahirkan, Sultan Mahmud Shah ada-lah sultan yang memerintah Melaka. Tun Perak masih hidup tetapi beliau sedang menghabiskan sisa-sisa

hari tuanya melihat kegemilangan Melaka dari hari ke sehari semakin pudar dek pimpinan sultan-sultan yang lemah serta gila kuasa.

Melaka yang satu masa begitu gemilang, kini seperti menanti hari-hari kejatuhannya. Kuasa-kuasa Eropah seperti Portugis mula mencari jalan ke timur dan mula lapar untuk menjajah sebuah pelabuhan yang kaya dan tersohor seperti Melaka untuk memperkuatkan lagi kedudukan ekonomi negara mereka.

Bapa Kasturi merupakan bomoh yang terkenal di kampungnya dan ibunya pula seorang bidan. Sejak kecil lagi Kasturi telah diturunkan oleh bapanya ilmu-ilmu kebatinan

Bab 2

Page 197: Awang Vampiro

Nizam Zakaria

197

yang diharapkan suatu hari nanti Kasturi akan dapat menjadi seorang bomoh sepertinya.

apabila Kasturi berumur sembilan tahun, dia mempunyai minat yang mendalam dalam seni persilatan. Berbekalkan kecekalan diri, dia telah meminta bapanya supaya membenarkannya berguru dengan seorang guru silat dari Pasai. Seorang pedagang Pasai yang menetap di hujung kampungnya, di Kampung Gajah Berang bernama Budiman.

Sewaktu Kasturi berguru dengan Budimanlah dia mula mengenali awang. awang yang berusia tiga tahun lebih muda daripadanya itu mula rapat dengannya sejak hari pertama Kasturi berguru dengan Budiman. Ke mana sahaja Kasturi pergi, awang mahu ikut sama. dari awal lagi awang, anak sulung Budiman itu menganggap Kasturi sebagai abangnya sendiri.

Kasturi dan awang mempunyai sifat yang amat berbeza. Jika Kasturi suka pada dunia persilatan dan dunia mistik, awang pula lebih suka menghabiskan masanya membaca kitab-kitab agama yang telah dikumpul oleh bapanya. Jika Kasturi suka menghabiskan masa lapangnya dengan mengembara, awang pula lebih suka mengukir dan bertukang di rumah.

Mungkin perbezaan yang ada antara mereka inilah yang membuatkan hubungan mereka rapat. awang suka mengikut apa sahaja yang dilakukan oleh Kasturi. Jika Kasturi mahu pergi mengail di sungai, dia akan ikut sama dan belajar untuk mengail.

Jika Kasturi mahu belajar seni persilatan dan berlatih sehingga ke larut malam, awang akan melakukan perkara yang sama – menemaninya dengan setia. Hubungan mereka memang rapat dan awang langsung tidak menyembunyikan perasaan sayangnya kepada Kasturi dengan memberitahunya bahawa dia menyayanginya seperti seorang adik yang

Page 198: Awang Vampiro

Awang Vampiro

198

menyayangi abangnya. apabila Kasturi meningkat dewasa, semangatnya untuk

belajar dunia kebatinan daripada bapanya semakin mendalam. Jika tidak cukup berguru dengan bapanya, dia akan masuk ke dalam hutan dan bertapa di sana. awang yang rapat dengannya akan mengikut sama, walaupun dia langsung tidak tahu apa yang dilakukannya bersama Kasturi. awang juga yakin dia tidak akan mendapat apa-apa faedah dari pertapaannya.

Oleh yang demikian, lama-kelamaan awang tidak ikut serta, lalu belajar daripada bapanya ilmu pelayaran. Melalui ilmu pelayaran yang dipelajarinya ini, sejak dia berumur enam belas tahun dia telah berjaya belayar sehingga ke Pasai dan pulang semula dengan membawa barang-barang perdagangan yang boleh diperdagangkan oleh bapanya di kota Melaka.

Ketika berusia enam belas tahun itu jugalah, pada tahun 1509, awang dapat melihat sendiri seangkatan kapal dari Portugis yang diketuai oleh diego Lopez de Sequiera tiba di Melaka. Walaupun Melaka pada masa itu sering dilawati oleh pelbagai bangsa dari segala pelosok asia, itulah kali pertama Melaka dilawati oleh orang dari benua Eropah.

kASturi memandang sekumpulan pedagang Portugis yang berjalan di Kota Melaka. Matanya tertumpu pada mereka. dia ada mendengar beberapa orang pedagang Melaka yang telah memanggil mereka dengan nama ‘Benggali Putih’ dan ada pula dengan nama Feringgi. Kumpulan mereka dikerumuni oleh anak-anak Melaka yang mahu memegang janggut serta menyentuh pakaian yang mereka pakai.

Kasturi mendapati awang lebih berminat untuk mendekati mereka, mendengar apa yang terkeluar dari mulut

Page 199: Awang Vampiro

Nizam Zakaria

199

mereka. Mata awang terus pada mereka dengan pandangan penuh kagum. dia tidak menyangka akhirnya akan bertemu dengan orang Eropah yang selama ini hanya diketahuinya melalui pembacaannya mengenai kisah-kisah perang salib dari kitab-kitab kepunyaan bapanya.

Pada ketika itu, Kasturi lebih berminat melihat pertunjukan ahli sihir dari Mesir yang sedang mengadakan pertunjukan di tengah-tengah kesibukan kota Melaka. Beberapa orang pemuda Melaka sibuk memperkatakan tentang pertunjukan tersebut yang dikatakan penuh dengan keajaiban yang tidak pernah mereka saksikan sebelum ini.

“Cepatlah sikit!” Kasturi menarik tangan awang yang sedang tercengang mendengar perbualan pedagang Portugis di kedai rempah ratus kepunyaan keluarganya.

“Tapi saya nak tahu apa yang mereka bualkan sesama mereka!” tegas awang apabila rombongan dari Portugis itu datang ke gerai keluarganya untuk melihat lada hitam yang diperdagangkan di sana. Seorang lelaki Portugis sedang mengambil segenggam lada hitam lalu menciumnya. Wajahnya jelas takjub.

“Kau nak pergi ke tak nak? Kalau kau tak nak aku boleh pergi sendiri!” ujar Kasturi dengan nada mengugut.

awang mengeluh lesu. awang memberi isyarat kepada ibunya bahawa dia mahu

mengikut Kasturi ke bahagian hujung Pasar besar di kota Melaka.

Ibunya mengangguk perlahan. Kalau boleh dia mahu anaknya dapat membantunya melayan kerenah Benggali Putih yang sedang bertanyakan itu dan ini kepadanya dengan menggunakan bahasa yang langsung tidak difahami.

Kasturi sudah berjalan pantas ke hadapan meninggalkan awang. awang dengan cepat mengekorinya dalam kalangan ramai pengunjung yang datang ke Pasar Besar Melaka.

Page 200: Awang Vampiro

Awang Vampiro

200

Nampaknya, pertunjukan sihir sudah lama diadakan. Ramai pengunjung pasar besar Melaka yang datang mengerumuni ahli sihir itu ketika dia sedang mengadakan pertunjukan. Kasturi menolak beberapa orang pengunjung ke tepi agar dia dapat berdiri di bahagian paling hadapan dan melihat pertunjukan ahli sihir dengan lebih jelas. awang berdecit, tetapi dia terus melakukan perkara yang sama agar dia dapat berdiri di samping Kasturi.

Kasturi memerhatikan ahli sihir yang memperkenalkan dirinya sebagai Musa, berasal dari Kaherah dengan begitu takjub. Musa melakukan pertunjukan silap mata dengan menjadikan dirinya terapung, mengeluarkan air dari cawan yang sebelumnya kosong dan yang paling menakjubkan, dia dapat menukarkan wang pitis buaya yang diperbuat daripada timah kepada emas.

“Hebat kebolehan dia,” bisik Kasturi ke telinga awang. awang pula sekadar menjeling, kerana dia tahu semua

ini hanya usaha ahli sihir melalaikan penonton-penonton yang datang menyaksikan pertunjukannya.

“Semua ni sihir semata-mata. dia dah pukau semua orang untuk melihat pitis buaya tu bertukar jadi emas!”

Kini mata awang berpindah pula kepada dua orang anak gadis yang sedang memandang ke arah Kasturi. Mereka tersenyum-senyum melihat Kasturi. Mungkin mereka tertarik dengan Kasturi yang bertubuh tinggi dan jelas kelihatan gagah dengan badan yang tegap itu. Lagipun wajah Kasturi memang kacak. Pernah tuk penghulu di kampungnya yang sudah agak berumur itu mengatakan wajah Kasturi sekacak Hang Jebat ketika muda dahulu. agaknya sebab itulah Kasturi digilai oleh gadis-gadis tidak kira ke mana sahaja dia pergi.

“Mana pulak! Kau tak tengok ke kehebatan dia tadi? dia ni hebat tahu tak!” bantah Kasturi. dia memeluk tubuhnya.

Page 201: Awang Vampiro

Nizam Zakaria

201

dia mula sedar dua orang gadis di hadapannya sedang memandang ke arahnya. dia tersenyum lalu menggenyitkan mata kepada mereka. Kedua-dua gadis itu ketawa tersipu-sipu dengan wajah mereka merona merah.

“Bang... kalau dia boleh ubah timah pada emas... dia tak payah jadi tukang sihir tepi jalan macam ni. dia dah boleh jadi saudagar besar di Melaka ni,” awang menjelaskan.

Kasturi sekadar menjeling.apabila Musa selesai melakukan persembahan silap mata

dan mengutip wang yang telah dicampakkan oleh penonton-penonton, Kasturi terus mendekatinya. dia cuba berbual dengan Musa tetapi Musa tidak fasih berbahasa Melayu.

“Tanya pada dia aku nak jadi anak muridnya,” ujar Kasturi kepada awang yang diketahuinya fasih berbahasa arab.

“Eh, abang dah gila ke?” tukas awang dengan membeliakkan matanya. dia menjeling ke arah ahli sihir tua itu dengan pandangan yang mencurigakan.

“Gila apa pulak?” “Takkanlah dia senang-senang nak ambil abang jadi

muridnya?” “Kalau kau tak tanya, mana dia tahu!” Kasturi

meninggikan suaranya. dia memang angkuh, kerana selama hidupnya, dia akan memperolehi apa yang dimahukannya.

“Kawan saya ingin bertanya pada tuan jika tuan tidak keberatan untuk menjadikannya anak murid,” ujar awang takut-takut dalam bahasa arab. dia tidak berani memandang ke arah mata Musa yang galak serta bercelak itu.

Musa memandang ke arah awang seolah-olah dia dapat membaca sesuatu tentang dirinya. Musa menelan liur, seolah-olah takut kepada awang. Kemudian dia memandang ke arah Kasturi. dia ingin memastikan sesuatu lalu dia memegang tangan Kasturi untuk membaca garisan-garisan halus di

Page 202: Awang Vampiro

Awang Vampiro

202

telapak tangannya. Musa menarik nafas dalam-dalam sebelum berkata,

“suruh dia datang ke rumahku malam ini. di Kampung arab, di sebelah rumah Sheikh Razali.... Suruh dia datang seorang diri.”

awang memberitahu kepada Kasturi apa yang telah dikatakan oleh Musa.

Kasturi tersenyum lalu bersalaman dengan Musa. Kasturi berjalan ke arah pelabuhan dengan wajah girang.

“Saya macam rasa tak senang hatilah, bang...” awang akhirnya memberanikan diri untuk bersuara. Matanya tertumpu pada kapal-kapal Portugis yang sedang berlabuh di pelabuhan.

“Kenapa?” tanya Kasturi kehairanan. dia membiarkan deruan angin laut menyapu wajahnya.

“Macam ada sesuatu yang tak kena.” “Kau ni macam-macamlah, awang!” getus Kasturi sambil

menjeling. dia memang degil orangnya. Kalau dia mahukan sesuatu, dia akan mendapatkannya tanpa memikirkan pendapat orang lain.

Jadi pada malam itu, Kasturi telah mengambil keputusan untuk berjumpa dengan Musa di rumah sewanya di pinggir kota Melaka, walaupun sudah ditegah oleh awang.

Rumah Musa senang dicari. apabila Kasturi memberi salam dan mengetuk pintu, Musa terus membuka pintu lalu membenarkannya masuk.

“Kau datang seorang?” tanya Musa berbahasa Melayu. “Ya,” jawab Kasturi kehairanan, kerana setahunya Musa

tidak pandai berbahasa Melayu. “aku tak mahu pedagang arab yang lain tahu aku pandai

berbahasa Melayu. Lagipun aku baru saja tiba di sini,” Musa menjelaskan.

“dari mana kau belajar bahasa Melayu?” tanya Kasturi.

Page 203: Awang Vampiro

Nizam Zakaria

203

“aku hanya perlu minum rendaman air batu permata ini. Permata ini aku beli di Baghdad,” ujar Musa menunjukkan kepada Kasturi sebutir permata merah yang telah terbenam di dalam sebiji cawan yang diletakkan di atas meja.

dahi Kasturi terkerut. dia tidak tahu sama ada mahu mempercayai kata-kata Musa atau tidak.

di dalam rumah sewa Musa yang kecil ini, Kasturi dapat melihat beberapa barang-barang yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini. Terdapat beberapa buah kotak yang masih belum dibuka.

Pada malam itu, Musa memperkenalkan dirinya kepada Kasturi dan memberitahu bahawa dia seorang ‘Ul-Khemi’ atau ‘al-kimia’. Musa berpindah ke Melaka kerana di sini terdapat banyak rempah ratus diperdagangkan dan dia mahu menghabiskan masanya mengkaji inti pati rempah ratus ini yang diharapkan boleh dijadikan ubat.

Seyogia, sejak pada malam itu, banyak dari masa Kasturi dihabiskan bersama Musa. Sememangnya Kasturi mahu mempelajari sendiri ilmu menghasilkan ubat daripada Musa, jadi dia tidak kisah jika terpaksa bekerja dengan Musa sebagai pembantunya.

Beberapa bulan selepas Kasturi berkawan dengan Musa, ‘al-kimia’ dari Mesir itu telah membuka sebuah kedai ubat di kota Melaka.

Setelah mengenali Musa dengan rapat lagi, akhirnya Kasturi sedar bahawa Musa sememangnya menggunakan kebolehan sihirnya untuk membuat orang lain melihat bahawa dia mampu menukarkan apa sahaja kepada emas. Musa mengakui dia masih tidak mampu mengubah logam seperti timah kepada emas, tetapi menurutnya, perkara ini boleh dilakukannya mengikut ilmu yang telah dipelajarinya di Istanbul. di mana pada satu ketika dahulu, menurut satu legenda, Raja Midas dari Phrygia dengan bantuan dewa

Page 204: Awang Vampiro

Awang Vampiro

204

Silenus berjaya menukarkan apa sahaja yang disentuhnya kepada emas.

Ilmu Raja Midas ini telah diturunkan dari zaman ke zaman walaupun ramai tidak mengetahui tentangnya. dan kini Musa mengetahui tentang ilmu ini dan semahu-mahunya menggunakan ilmu yang diketahuinya itu untuk menjadikan dirinya kaya, sekaya Raja Midas yang tamak haloba itu.

Ketika ini, Musa cukup sedar bahawa dia memerlukan Kasturi untuk menzahirkan kemahuannya ini. Hanya Kasturi sahaja yang dapat melakukannya, fikir Musa. dan apabila Kasturi diberitahu tentang hal ini oleh Musa, dia cukup teruja jadinya. apa tidaknya, siapa yang tidak mahu memperoleh kebolehan untuk menukarkan apa sahaja kepada emas?

“Jadi, apa yang perlu saya lakukan, tuan?” tanya Kasturi kepada Musa. Wajahnya bersinar-sinar dengan harapan agar ilmu ini akan diturunkan oleh Musa kepadanya.

“Kau tak perlu buat apa-apa kecuali membaca sepotong ayat yang akan aku beritahu kepadamu apabila nyawamu terancam nanti,” kata Musa sambil mengacau cecair berwarna biru yang sedang disulingkan di bahagian belakang kedai ubatnya.

Kasturi mengangguk. dia bersetuju untuk melakukan apa sahaja yang diminta oleh Musa, asalkan ilmu yang luar biasa ini dapat dipelajarinya dan akhirnya digunakan untuk menjadikannya kaya dan berkuasa. Mungkin lebih kaya dari Sultan Mahmud Shah yang memerintah Melaka pada ketika itu.

tAnggAl 25 Julai 1511, tentera Portugis datang menyerang Melaka. apabila perkara ini berlaku, pemuda-pemuda di Melaka telah dikumpulkan untuk mempertahankan Melaka.

Page 205: Awang Vampiro

Nizam Zakaria

205

Kasturi adalah antara anak-anak muda Melaka yang paling awal menawarkan diri untuk mempertahankan kedaulatan Melaka. apabila awang menyedari tentang hal ini, dia juga mahu turut serta, walaupun ibu dan bapanya jelas menentang akan kehendaknya ini.

“Kita boleh belayar ke Pasai malam ini juga. Kita tak perlu masuk campur,” ujar Budiman kepada awang. Kapal dagangnya sememangnya perlu belayar ke Pasai dalam masa sehari dua lagi.

“Pasai sudah diserang Portugis, pak. Itulah yang saya dengar daripada pedagang arab yang saya jumpa semalam. dah tak ada lagi yang boleh kita lakukan di situ. Sekurang-kurangnya di Melaka ni, kita masih boleh lakukan sesuatu untuk mempertahankannya dari dilanggar Feringgi!” ujar awang dengan penuh semangat.

Baru semalam keadaan Melaka aman rasanya dengan majlis persandingan puteri Sultan Mahmud Shah dengan Sultan Pahang yang telah diadakan secara besar-besaran, tetapi hari ini lain pula jadinya.

Pada awal pagi tadi dia dapat melihat kemusnahan yang telah dilakukan oleh pihak Portugis. Kapal-kapal yang berlabuh di Melaka habis mereka musnahkan kecuali kapal-kapal kepunyaan pedagang India dan China.

“dahlah tu, awang.... dengar saja cakap bapak kau tu,” ujar ibunya sambil mengesat air mata yang sudah mula berlinangan. dia sebenarnya ketakutan. Selepas menunaikan solat subuh, dia dapat mendengar bunyi meriam dilancarkan bertubi-tubi dari kapal perang Portugis ke arah kota Melaka. Bunyinya menakutkan seperti dunia akan kiamat, atau sekurang-kurangnya itulah yang difikirkan oleh ibu awang - lebih-lebih lagi apabila dia melihat banyak rumah dan kedai yang terbakar dek letupan meriam dari Portugis itu.

“Maafkan saya, pak... mak. Saya perlu pergi sekarang.

Page 206: Awang Vampiro

Awang Vampiro

206

abang Kasturi dah lama menunggu di luar.” Itu sahaja yang dijawab oleh awang pada pagi itu.

Ibunya menangis teresak-esak melihat anak sulungnya yang berusia lapan belas tahun itu berjalan keluar dari rumah sambil memeluk dua orang anak perempuannya yang masih kecil. awang sudah nekad dengan keputusannya. dia tidak boleh berpatah balik lagi. Walaupun dia tahu dia bukan anak Melaka dan sekadar seorang anak pedagang dari Pasai, kesetiaannya tetap pada Melaka. dia telah menetap di Melaka sejak berusia enam tahun dan hanya ke Pasai satu atau dua tahun sekali. Masakan dia boleh akui Pasai itu sebagai tanah tumpah darahnya sendiri, lalu meninggalkan Melaka begitu sahaja tatkala Melaka memerlukan tenaga mudanya untuk mempertahankannya?

“Jadi, apa yang tukang ubat dari Mesir tu beritahu pada abang?” tanya awang ketika dia diberikan parang dan perisai yang sedang diedarkan oleh anak penghulu kampung. Suara awang jelas sinis kedengaran ketika bertanyakan soalan ini kepada Kasturi. Sejak Kasturi bekerja dengan Musa, Kasturi langsung tidak ada banyak masa untuk bersuka-suka dengannya seperti dahulu.

“Namanya Musa... isy, kenapalah kau selalu suka buat-buat lupa nama dia?” Kasturi menjeling marah.

“Saya bukan tak ingat... cuma saya tak suka dengan dia. Entahlah... saya rasa dia dah ajar benda yang bukan-bukan pada abang....”

“Bukan-bukan apa ni?”awang mengeluh lesu. dia tidak mungkin dapat

memberitahu kepada Kasturi tentang bisikan nalurinya tentang Musa. dia yakin Musa mempunyai niat jahat untuk mempergunakan Kasturi demi kepentingan dirinya sendiri.

“Katanya, pertahanan Melaka lemah kerana rahsia

Page 207: Awang Vampiro

Nizam Zakaria

207

pertahanan Melaka telah diketahui sejak awal lagi oleh pihak Portugis.” Kasturi akhirnya menjawab soalan awang. Tubuhnya yang tinggi itu jelas menampakkan dirinya lebih gagah daripada pemuda-pemuda lain yang telah dikumpulkan untuk mempertahankan kota Melaka.

“apa?” tanya awang. Matanya terkebil-kebil. “Portugis telah menggunakan khidmat Nina Chattu

dan Uthimutha yang bekerja di istana sultan Melaka. Mereka pengkhianat Melaka!”

“dia dah tahu sejak awal-awal lagi?” “Ya... hasil dari tilikannya,” jawab Kasturi sambil meraba-

raba jambangnya yang tidak sempat dicukur kerana bergegas keluar dari rumah tadi.

“Kalau kau tak percaya nanti lihatlah. Mereka yang bersubahat dengan Portugis akan diberi bendera untuk diletakkan di hadapan rumah mereka agar tidak disamun oleh tentera Portugis.”

“Jadi... kalau Si Musa tu dah tahu... mengapa dia tak beritahu pada laksamana ataupun temenggung bahawa Melaka akan diserang Portugis?”

“Nak beritahu pada laksamana dan temenggung? Kau ingat mereka akan percaya kata-kata seorang tukang ubat seperti Musa?” tanya Kasturi kembali sambil mendongakkan kepala beberapa kali kepada awang.

Tilikan Musa tentang serangan Portugis yang kini menjadi kenyataan membuatkan Kasturi semakin percaya kepada kuasa ghaib yang ada dalam diri Musa. Satu kuasa yang dia sendiri mahu peroleh suatu hari nanti.

awang mengeluh. Kemudian dia termenung sendiri. Mahu sahaja dia memberitahu kepada Kasturi bahawa dia merasa takut untuk pergi berperang melawan Portugis. Tetapi disimpan perasaan takutnya di dalam hati. dia tidak mahu Kasturi melihat garis-garis kerisauan terlukis pada wajahnya.

Page 208: Awang Vampiro

Awang Vampiro

208

dia perlu nampak berani dan tabah seperti Kasturi. “awang... apa-apa pun yang berlaku, aku ada untuk

menjaga kau. Kau tak perlu risau, ya?” kata Kasturi dengan lembut kepada awang sambil mengusap-usap rambutnya yang tebal itu.

awang mengangguk perlahan. Pada pagi itu dia merasa selamat selagi Kasturi ada di

sampingnya.

AWAng tidak tahan lagi menyaksikan Melaka bermandikan darah. Kota pelabuhan tersohor ini tidak dapat dipertahankan walaupun terdapat ramai tentera upahan dari Jawa, Parsi dan negara Kerajaan Osmaniah yang dibayar untuk mempertahankan kota Melaka. Kehadiran mereka langsung tidak dapat mengalahkan kegagahan tentera Portugis yang bersungguh-sungguh mahu menakluki Melaka agar Portugis dapat menguasainya lalu melupuskan penguasaan Iskandariah, Kaherah dan Venice sebagai pusat perdagangan lada hitam.

Portugis tidak mungkin dapat bertahan lama di Melaka jika bukan kerana bantuan pedagang-pedagang yang membelot. Pedagang dari China contohnya telah membelot dengan mengerahkan anak-anak kapal mereka membantu tentera Portugis menyerang Melaka. dengan lima buah kapal layar China yang digunakan untuk mengepung kota Melaka, sukar untuk tentera-tentera Sultan Mahmud Shah mempertahankan Melaka dan mendapatkan bantuan dari luar.

Sejak dari hari pertama Melaka diserang, pihak Portugis dengan saranan Ruy d’araujo kepada alfonso d’albuquerque, akur bahawa perkara pertama yang perlu mereka lakukan apabila mendarat ke Melaka nanti adalah untuk menawan

Page 209: Awang Vampiro

Nizam Zakaria

209

jambatan besar yang merentangi sungai Melaka. Jambatan ini menghubungkan dua bahagian kota Melaka. dengan tertawannya jambatan ini, maka kota Melaka serta bala tenteranya akan terbahagi dua. Maka tujuan utama mereka adalah untuk memecahbelahkan kota ini serta tenaga-tenaga yang mempertahankannya.

Pada tengah hari itu, awang dan Kasturi telah ditugaskan untuk menentang tentera Portugis yang telah pun mendarat ke kota Melaka sejak pagi tadi dan kini berkawal dan menyerang di sekitar kawasan jambatan Melaka. awang dan Kasturi mula sedar bahawa walau apa pun yang cuba dilakukan oleh ketumbukan pertahanan Melaka, tentera Portugis terus dapat bertahan menawan jambatan yang menjadi nadi kepada kota Melaka.

“Semakin lama kita tunggu di sini, semakin banyak tentera Feringgi yang datang!” bisik awang kepada Kasturi. Mereka bersama-sama ketumbukan pemuda-pemuda Melayu yang lain sedang berdiri menunggu arahan daripada seorang hulubalang untuk menyerang tentera Portugis yang sedang berkubu di jambatan Melaka.

“dah, jangan merungut! Tumpukan perhatian kau pada arahan hulubalang! Nanti lain pula jadinya,” tegur Kasturi dengan suara garang. Kasturi sudah sedia maklum bahawa sejak pagi lagi tentera Portugis telah mendarat di kedua-dua bahagian tebing sungai Melaka. Malah masjid besar Melaka yang terletak di sebelah tebing selatan juga telah berjaya cerobohi lalu dengan biadab membunuh setiap lelaki, perempuan dan kanak-kanak yang bersembunyi di dalam masjid tersebut.

Beberapa detik kemudian, awang dapat merasakan gegaran di atas tanah - bunyi gemuruh, semakin lama semakin jelas derunya. Kemudian bunyi jeritan gajah yang meluruhkan jantungnya. apabila awang menoleh ke belakang, dia dapat

Page 210: Awang Vampiro

Awang Vampiro

210

melihat bala tentera bergajah yang diketuai Sultan Mahmud Shah dan anaknya Tengku ahmad. dua puluh ekor gajah berlari laju betul-betul di sebelahnya lalu menyerang tembok pertahanan tentera Portugis. Walau bagaimanapun, tentera bertombak Portugis terus mengukuhkan kedudukan mereka. Tentera bergajah Sultan Mahmud Shah berundur beberapa tapak ke belakang.

Pada ketika itu, dari jauh Kasturi dapat melihat ketumbukan tentera Jawa seramai lebih tujuh ratus orang menyerang tentera Portugis dari arah utara kota Melaka. Tetapi belum sempat mereka sampai ke jambatan, ramai antara mereka lari bertempiaran apabila tentera Portugis melepaskan tembakan bertubi-tubi ke arah mereka. ada antara mereka mencari perlindungan dengan terjun ke dalam sungai hanya untuk ditikam oleh tentera-tentera Portugis yang sedang menunggu di atas sampan.

Tentera bergajah Sultan Mahmud Shah sekali lagi menyerang ke arah jambatan Melaka. Tetapi kali ini tentera bertombak Portugis terus mara untuk menikam gajah-gajah yang datang menyerang. Tombak yang digunakan oleh panglima Portugis, de Lima berjaya menusuk ke mata gajah utama yang menyerang ketumbukannya.

Keadaan terus menjadi cacamarba apabila gajah itu naik berang lantas berundur ke belakang lalu berlari ke hadapan memijak mati beberapa orang tentera Melaka yang sedang berjaga di belakang tentera bergajah Melaka. Ramai antara mereka bertempiaran lari.

Tentera bertombak Portugis semakin berani maju ke hadapan, walaupun ada antara mereka yang cedera parah dan ada pula mati dipijak gajah. Mereka terus menggunakan tombak yang tajam untuk menikam gajah-gajah sehingga ada beberapa ekor gajah yang menjerit kesakitan akibat ditikam sehingga berdarah.

Page 211: Awang Vampiro

Nizam Zakaria

211

Gajah yang dinaiki oleh Tengku ahmad tersungkur ke atas tanah lalu tercungap-cungap sebelum ia mati di situ juga. Tangan Tengku ahmad berdarah. Seorang pengawal istana terus membantu Tengku ahmad lalu membawanya pergi entah ke mana. Kini hulubalang yang mengetuai ketumbukan yang dianggotai oleh awang dan Kasturi memberi arahan supaya mereka maju ke hadapan.

awang menoleh ke arah Kasturi. dia mendapati wajah Kasturi disulami dengan semangat berkobar-kobar mahu mempertahankan kedaulatan bangsa dan agamanya. Ketakutan hilang apabila dia melihat wajah Kasturi yang cukup yakin dengan dirinya.

Mereka bergerak maju ke hadapan. apabila awang berpaling ke arah sungai Melaka, dia melihat banyak mayat yang bergelimpangan di sana. anak-anak Melayu Melaka dan tentera-tentera upahan Melaka gugur satu per satu dikalahkan oleh tentera bertombak Portugis yang terus merempuh ke arah mereka yang hanya bersenjatakan parang dan keris. Warna sungai Melaka kini berubah merah.

apabila kedudukan mereka semakin dekat ke jambatan Melaka, hulubalang terus mengeluarkan arahan untuk menyerang tentera Portugis. Ketumbukan yang disertai oleh awang dan Kasturi terus menyerang sambil melaungkan kalimah 'allahuakbar!'

Fikir awang, jika dia mati pada hari itu, biarlah dia mati dalam keadaan mati syahid.

awang seperti mahu menangis apabila melihat jambatan Melaka terus dikuasai pihak Portugis walaupun hampir sejam dia bertungkus-lumus untuk melawan tentera-tentera Portugis dengan segala tenaganya yang ada. Rumah-rumah yang telah dibina di tepi sungai kini dibakar oleh tentera Portugis.

angin yang bertiup kencang pada petang itu menyemarakkan lagi api kemusnahan yang semakin menggila

Page 212: Awang Vampiro

Awang Vampiro

212

membakar sebahagian besar dari bangunan-bangunan yang ada di kota Melaka.

Fikiran awang pada ketika itu terlalu keliru. dia memandang ke arah Kasturi. Wajah Kasturi berlumuran darah. dia baru sahaja membunuh seorang tentera Portugis dengan menetak mukanya dengan parang sehingga hancur.

Tiba-tiba sebatang tombak yang tajam menghunus ke arah Kasturi. dengan cepat awang memegang batang tombak tersebut untuk mengelakkan muncung tombak dari menikam tubuh Kasturi. dia memandang ke hadapan. Seorang tentera Portugis dengan wajah dan tubuhnya berlumuran darah dengan bersungguh-sungguh mahu menikam Kasturi.

dengan menggunakan sepenuh tenaganya seraya menjerit sekuat hati, awang menyentap tombak itu dari tangan tentera Portugis yang nampak lemah itu lalu menggunakan tombak yang sama untuk menikam ke arah lehernya. darah merah deras tersembur apabila awang menarik kembali tombak dari leher tentera Portugis yang telah dibunuhnya itu. Nafas awang turun naik dengan cepat. Inilah kali pertama dia mengambil nyawa seorang manusia.

“Kita perlu pergi dari sini!” perintah Kasturi sambil memegang bahu awang. “Hulubalang suruh kita berundur dan mengawal kota Melaka dari terus dibakar Portugis!”

awang langsung tidak menjawab. Tubuhnya menggeletar. dia akan mengikut ke mana sahaja Kasturi pergi. Kalau boleh dia tidak mahu membunuh lagi. Kalau boleh, dia mahu pulang pada saat itu juga untuk mendapatkan keluarganya.

api yang membakar semakin menggila memusnahkan rumah-rumah serta gudang yang terdapat di kota Melaka pada petang itu. Bahang panas dari kebakaran dapat dirasakan oleh awang walaupun dia dan Kasturi berlari semakin jauh dari kawasan pertempuran.

awang mula merasakan dunianya musnah begitu

Page 213: Awang Vampiro

Nizam Zakaria

213

sahaja. Kedai rempah ratus keluarganya hangus dijilat api. Kini dia cukup risau akan keselamatan keluarganya. dia berdoa agar kampungnya di Gajah Berang tidak diapa-apakan oleh tentera Portugis yang sedang menggila pada ketika itu.

awang dan Kasturi kini berjaga-jaga di belakang sebuah lorong sempit bahagian utara kota Melaka dengan tujuan menyerang hendap tentera-tentera Portugis dan konco-konco mereka. Mereka datang untuk merompak serta membakar rumah-rumah penduduk Melaka yang kini sedang bersembunyi di dalam rumah. Penduduk Melaka kini dalam ketakutan.

apabila malam menjelma, tugas mereka menjadi semakin sukar gamaknya. Keadaan yang gelap menyukarkan lagi tugas mereka untuk menyerang pihak musuh. adakalanya, mereka akan bertembung dengan penduduk Melaka yang cuba keluar dari rumah untuk melarikan diri ke kawasan pendalaman Melaka.

“abang, saya nak balik!” kata awang dalam gelap. Badannya berbau hanyir dengan darah musuh yang berjaya ditumpaskannya - yang kini mulai kering.

“Balik? dalam masa-masa begini kau kata kau nak balik?” tegah Kasturi sambil berpaling kepada awang yang sedang duduk di sebelahnya dalam keadaan penat dan lapar.

“Tolonglah bang, sekejap pun jadilah. Saya nak pesan pada mak bapak supaya tinggalkan rumah kami di Gajah Berang dan pergi berlindung ke Bukit Beruang. Sekurang-kurangnya mereka akan selamat di sana,” pinta awang sambil memegang lengan Kasturi dengan erat. “Lepas tu, kita cepat-cepat kembali ke kota Melaka.”

Kasturi hanya mendiamkan diri buat beberapa ketika. Beberapa minit kemudian dia berdiri lalu mengelus rambut awang yang kelihatan kusut itu dengan manja. Katanya dengan perlahan, “baiklah... kita balik ke kampung buat

Page 214: Awang Vampiro

Awang Vampiro

214

seketika. Kita suruh orang kampung supaya bersembunyi di kawasan pendalaman sehingga keadaan reda. aku pun risaukan keselamatan keluarga aku.”

“Terima kasih, bang,” ucap awang dengan suara penuh kesyukuran. dia melihat Kasturi berjalan dengan berhati-hati sambil mengintai ke hadapan dan ke belakang di lorong yang gelap.

awang mengekori Kasturi dari belakang - berjalan ke arah kampung yang telah mereka tinggalkan sejak awal pagi tadi.

Page 215: Awang Vampiro

Nizam Zakaria

215

AWAng dan Kasturi mendapati suasana di kampung mereka senyap sunyi seperti dilanggar garuda gamaknya. Mungkin semua penduduk kampung sedang berada

di dalam rumah ataupun ramai antara mereka telah lari bersembunyi jauh ke pendalaman Melaka.

Kasturi mengambil keputusan untuk menghantar awang sehingga di hadapan rumahnya. awang nampak lega apabila selamat sampai di rumahnya. dia memandang ke arah rumahnya, senyap sunyi. Semua pintu dan tingkat tertutup rapat.

“awang, jangan lama-lama sangat. Sejam dua dari sekarang aku akan tunggu kau di sini. Kita kena kembali ke kota Melaka secepat mungkin!” Kasturi mengingatkan.

awang mengangguk lemah.

Bab 3

Page 216: Awang Vampiro

Awang Vampiro

216

Kasturi mengorak langkah untuk pulang ke rumahnya.

“Bang... terima kasih,” ucap awang.

“Untuk apa?” tanya Kasturi kehairanan. “Untuk segala-galanya, dan untuk ini,” ujar awang.

Kasturi sekadar mengangguk sebelum kelibatnya hilang dimakan kegelapan malam.

awang mengetuk pintu sambil memberi salam. Pintu rumah cepat-cepat dibuka. Bapanya menyambutnya lantas mendakap tubuhnya. Ibunya pula menangis tersedu-sedu sambil mencium pipinya. Mereka fikir awang sudah mati seperti beberapa orang pemuda kampung yang telah disahkan mati ketika berjuang melawan Portugis.

“Pak, ada baiknya bapak bawa keluarga kita ke bahagian pendalaman.” awang menasihatkan. dia dapat melihat dua orang adik perempuannya kelihatan gelisah melihat keadaan dirinya yang tidak terurus pada ketika itu.

“Kau pula bagaimana?” tanya Budiman dengan riak wajah bimbang.

“Saya perlu kembali ke kota Melaka, pak!” kata awang sambil matanya memandang ke bawah.

“Jangan awang! Kau ikut kami lari ke pendalaman!” pinta ibunya sambil mengambil kain yang dibasahkan lalu mengelap tubuh awang yang dikotori lumpur dan darah itu.

“Temankan Si Melati dan Melur ni nanti. Mereka risau sangat bila kau pergi tadi. Sehari suntuk mereka menangis.”

“Tak boleh, mak! Lagipun sekejap lagi abang Kasturi akan ambil saya di sini!”

“Ikut hati mati, ikut rasa binasa, awang!” ucap Budiman sambil menggeleng.

“Kalau Kasturi tu nak mati, biarkan dia. Jangan kau ikut cara dia!” suara ibu awang tersekat-sekat. Marah

Page 217: Awang Vampiro

Nizam Zakaria

217

bercampur sedih. Kecewa dengan sikap anak bujangnya itu.

“Mak... maafkan saya kalau saya tak boleh dengar cakap mak dan bapak. Saya dah dewasa. Lagipun saya lelaki. Saya perlu pertahankan Melaka. Saya tak boleh lari masuk ke dalam hutan bila orang lain bertungkus-lumus mempertahankan Melaka.” awang tertunduk sedih. anak tekaknya terasa perit menelan kata-katanya ini.

Budiman mengeluh. apabila isterinya Teja cuba bersuara, dia meminta supaya isterinya diam. Katanya kemudian dengan perlahan kepada awang, “kau buatlah apa yang patut, awang. apa-apa pun, bapak tetap berbangga dengan kau.”

Ibu awang hanya mampu menggeleng. dia terus mengesat tubuh awang dengan kain basah. air matanya berlinangan lagi.

Lebih kurang sejam lamanya awang duduk berehat di dalam rumah tatkala ibu dan bapanya mengemaskan beberapa barang keperluan yang boleh mereka bawa bersama untuk mencari perlindungan ke kawasan pendalaman.

awang cuba makan, tetapi seleranya langsung tertutup. dia terlalu penat. Mahu sahaja dia melelapkan mata buat sementara, itu pun sukar untuk dia lakukan. Yang hanya mampu dilakukan sekarang adalah melayan Si Melur dan Si Melati yang masing-masing berumur enam dan lapan tahun itu berbual. Mereka petah bertanyakan kepada awang tentang apa yang telah dilaluinya tadi.

Ketika dia sedang sibuk melayan kerenah adik-adiknya, pintu di hadapan rumahnya tiba-tiba pecah. Seorang lelaki berbangsa Eropah berambut perang merempuh masuk ke dalam rumahnya. Maka ketika itulah kali pertama awang bertembung dengan Cassius.

Kasturi mengucapkan selamat jalan pada keluarganya yang akan berangkat ke arah utara. Kasturi berjanji kepada

Page 218: Awang Vampiro

Awang Vampiro

218

orang tuanya, adik serta kakak-kakaknya bahawa dia akan pulang apabila keadaan Melaka reda nanti. Mereka menangis ketika melihat Kasturi membuka langkah meninggalkan mereka lalu berjalan ke arah rumahnya.

Sebaik sahaja Kasturi sampai ke rumah awang, dia mendapati sebuah kereta lembu diletakkan di hadapan rumah itu. di atas kereta lembu itu, dia melihat tubuh tiga pemuda Melayu terkulai. Mereka masih hidup lagi tetapi berada di dalam keadaan tidak sedarkan diri. Kasturi pasti mereka adalah hulubalang-hulubalang Melaka yang telah berjaya ditawan oleh tentera Portugis apabila dia memerhatikan pakaian yang mereka pakai.

apabila Kasturi memandang ke hadapan, dia dapat melihat tubuh layu awang diangkat oleh Cassius di atas bahunya. Tanpa berfikir panjang, Kasturi terus mengeluarkan parangnya lantas menyerang Cassius.

dengan pantas, Cassius bergerak, lalu menghilang entah ke mana.

Tiba-tiba Cassius muncul di belakang Kasturi. Cassius menghentak kepala Kasturi dengan sikunya sehingga Kasturi terjatuh pengsan. Cassius mengangkat tubuh Kasturi lalu mencampakkan tubuh itu ke atas kereta lembu. Tubuh awang pula diasingkan lalu dibaringkan di bahagian tempat duduk kereta lembu.

apabila Kasturi membuka matanya, dia mendapati dirinya berada di dalam sebuah bilik kecil di dalam kapal Portugis. di dalam bilik itu terdapat ramai pemuda sepertinya. ada antara mereka telah dipasung. ada juga yang telah mati dengan tubuh mereka dihurung lalat.

Kepala Kasturi terasa sakit. dia memegang kepalanya. dia mendapati rambutnya keras. Kesan darah beku. dia mengeluh. dia teringatkan awang. dia mencari awang. dia memanggil nama awang. Tetapi awang tidak ada di dalam

Page 219: Awang Vampiro

Nizam Zakaria

219

bilik itu. Mungkin awang ada di tempat lain, fikirnya. Kerana dia dapat merasakan kehadiran awang dekat padanya.

Pada petang itu dia diseksa. dia diikat di tiang kapal lalu bahagian belakangnya disebat. dia ditanya pelbagai soalan tentang kekuatan hulubalang Melaka dan di mana lokasi markas rahsia mereka. Kasturi tidak tahu. Masakan dia tahu kerana dia bukan seorang hulubalang Melaka. Tentera Portugis yang menyeksanya tetap dengan pendirian mereka bahawa Kasturi sebenarnya tahu akan kesemua soalan yang ditujukan kepadanya.

Setelah diseksa bertubi-tubi selama beberapa hari lamanya, akhirnya Kasturi dibawa masuk ke dalam sebuah bilik, dalam keadaan bogel. di dalam bilik itulah dia diketemukan dengan awang. dia dapat melihat keadaan awang yang lemah. dia tidak sampai hati melihat awang begitu. Jiwanya meruntun lalu meminta agar dirinya dibunuh sahaja oleh Cassius. dia mahu awang dibebaskan.

Pada malam itulah Kasturi telah diseksa dengan kejam sehingga mati. Kulitnya telah disiat dengan begitu teliti - dia masih hidup lagi ketika seluruh bahagian kulit yang pernah menyeliputi tubuhnya itu berjaya dilapah oleh Cassius.

Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir, dia telah berdoa agar awang tidak diapa-apakan lagi. Biarlah dia mati asalkan awang tidak perlu melalui segala keperitan yang terpaksa dilaluinya.

Kasturi mati dalam keadaan terseksa.... Tubuh Kasturi yang merah dengan darah masih menitik itu diusung keluar dari bilik penyeksaan. Kemudian tubuhnya dilitupi dengan sehelai kain lusuh sebelum dicampakkan ke atas sebuah sampan kecil yang sedang menunggu di bawah kapal.

dua orang pendayung mendayung sampan itu bergerak

Page 220: Awang Vampiro

Awang Vampiro

220

ke arah pantai Melaka. Sesekali pendayung-pendayung itu akan memerhatikan Cassius yang sedang berdiri di atas sampan dan ke arah mayat Kasturi yang kelihatan mengerikan itu. Mereka ketakutan. ada sesuatu tentang diri Cassius yang menakutkan mereka.

Sebaik sahaja sampan mendarat di pantai Melaka, mayat Kasturi diletakkan di atas sebuah kereta lembu. Kemudian Cassius menyuruh penunggang kereta lembu itu membawa mayat Kasturi ke Kampung arab.

Kereta lembu itu membawa mayat Kasturi melintasi kawasan Melaka yang hampir musnah akibat kebakaran yang dimulakan oleh pihak Portugis. di beberapa simpang di jalan yang dilalui oleh Cassius, dia dapat melihat ceracak-ceracak kayu yang diletakkan kepala wanita dan kanak-kanak yang telah dipenggal. di beberapa tempat lain pula kelihatan tubuh-tubuh layu pemuda-pemuda Melayu yang telah disula dengan sebatang kayu tajam dan diselaputi lemak binatang. ada yang masih hidup dan mengerang menahan kesakitan yang tidak terperi rasanya. Bau hanyir darah tebal menyelinap di udara, amat meloyakan siapa sahaja, kecuali Cassius.

di satu simpang berdekatan dengan Kampung arab, seorang anak muda yang mungkin seusia dengan awang diangkat tinggi-tinggi oleh tali barut Portugis, sebelum dia didudukkan di atas penyula sehingga bahagian kayu yang tajam menusuk ke bahagian duburnya. Tubuh anak muda itu dilepaskan lalu dia menjerit sekuat hati. Batang kayu itu menembusi sehingga ke dalam bahagian perutnya melalui lubang duburnya. Batang kayu itu semakin merah dengan darah. Muka anak muda itu menyala menahan kesakitan. Suaranya tidak kedengaran, cuma mulutnya ternganga luas serta mata tertutup rapat dan urat lehernya timbul menahan kesakitan yang tidak dapat dibayangkan.

Cassius tahu bahawa anak muda itu tidak akan mati

Page 221: Awang Vampiro

Nizam Zakaria

221

sehingga sekurang-kurangnya tengah hari esok. Jika dia bernasib baik, ceracak kayu yang menyulanya akan menusuk ke bahagian jantungnya atau ke paru-parunya untuk mempercepatkan kematiannya. Jika tidak, kayu ini akan terus menikam tubuhnya sehingga ia terkeluar di bahagian mulut atau di tengkuknya.

“Berhenti di sini!” perintah Cassius sewaktu kereta lembu itu berada betul-betul di hadapan satu-satunya rumah yang ada mengibarkan sehelai bendera Portugis di Kampung arab.

Cassius mengangkat mayat Kasturi di atas bahunya, lalu berjalan ke muka pintu untuk mengetuk pintu rumah tersebut. Pintu rumah dibuka dengan tergesa-gesa.

“Ini mayatnya seperti yang dijanjikan,” kata Cassius kepada Musa. dia mencampakkan mayat Kasturi di atas lantai. Mayat Kasturi tergolek lalu meninggalkan kesan darah di atas lantai rumah Musa.

“Kau sendiri yang menyiat kulitnya?” tanya Musa dengan kagum setelah melihat hasil kerja Cassius. dia sememangnya tidak menyangka Cassius dapat memburu Kasturi hanya dengan memberinya cebisan baju terpakai kepunyaan Kasturi yang diciumnya.

“Ya,” jawab Cassius pendek dengan suara yang menjelaskan kebosanan.

Musa berpuas hati dengan ganjaran yang diberikan kepadanya, setelah lebih dua tahun dia menjadi perisik bagi pihak Portugis. Ini sahaja yang dimahukannya. Tubuh anak muda yang telah diisinya dengan ilmu kebatinan yang disiat kulitnya dan yang akan dihidupkan kembali untuk menjadi hambanya - yang diharapkan Musa akan mempunyai kuasa untuk mengubah apa-apa sahaja yang disentuhnya kepada emas.

“Mengikut perjanjian kita...”“Ya, aku tahu apa yang kau nak!” sergah Cassius. dia

Page 222: Awang Vampiro

Awang Vampiro

222

mengeluarkan pisau secespita dari sisip pinggangnya lalu menoreh lengan kirinya dengan satu torehan yang dalam sehingga terpotong uratnya. darah bercucuran turun dari lengannya itu.

Musa cepat-cepat mengambil mangkuk perak dari atas mejanya lalu menadah darah Cassius.

Setelah darah Cassius cukup semangkuk ditadah, Cassius menutup lukanya dengan tangan kanannya. Lukanya dengan cepat tertutup dengan sendiri. darah di dalam mangkuk berombak-ombak seolah-olah ia hidup dan bernyawa. dan sememangnya inilah rahsia yang diketahui oleh Musa. dia tahu bahawa darah para vampiro sememangnya mempunyai fikirannya sendiri – satu perkara yang difahaminya tetapi tidak dapat dihuraikan secara mendalam.

“Terima kasih wahai vampiro,” ucap Musa dalam bahasa Latin yang difahami oleh Cassius. Inilah bahan paling penting yang diperlukan oleh Musa untuk membangkitkan mayat yang terkujur di atas lantai.

Cassius menyeringai. Musa nampak takut jika dirinya akan diapa-apakan oleh Cassius.

“Jadi mana bahagian aku yang kau janjikan?” tanya Cassius. Matanya nampak liar. Seperti seekor haiwan buas yang senang memerhatikan mangsanya yang bakal dibaham.

Musa cepat-cepat mengangguk, lalu mengeluarkan sebuah manuskrip lama dari sebuah peti berkunci yang telah diletakkan di tepi dinding rumahnya. Manuskrip Vitruvius yang pernah disimpan di Perpustakaan Iskandariah, hilang buat beberapa ratus tahun, berpindah dari satu tangan ke tangan yang lain dan kini ia akan berpindah pula ke tangan Cassius.

“Mengapa manuskrip ini begitu penting bagi kau?” tanya Musa ingin tahu sebelum dia menyerahkan manuskrip yang

Page 223: Awang Vampiro

Nizam Zakaria

223

telah dibayar dengan harga darah Cassius. “Jika aku beritahu kau sebabnya, aku terpaksa membunuh

kau selepas itu,” kata Cassius sambil tersengih. Musa terus menyerahkan manuskrip itu ke tangan

Cassius. Kemudian Cassius membuka langkah untuk beredar dari rumah Musa.

“Kau tahu bukan, dia akan membunuh Vampiro Tiresias satu hari nanti?” tanya Musa dengan jari telunjuknya menuding ke arah mayat Kasturi.

“Ya, aku tahu.... Ini adalah takdir yang terpaksa dia hadapi sendiri,” kata Cassius dengan suara yang tenang. “Kau juga aku rasa tahu, teman budak yang aku lapah ini akan menjadi vampiro satu hari nanti...” katanya kemudian dengan suara yang lebih perlahan.

“Ya, aku tahu... awang namanya. aku dapat melihat perkara ini sejak kali pertama aku bertemu dengannya. dia akan menjadi seorang vampiro yang hebat. Mungkin dia takkan menjadi seorang vampiro sekejammu, tapi dia tetap hebat.” Musa memberitahu apa yang dapat ditiliknya.

Cassius menguap lesu tatkala mendengar penjelasan daripada Musa. Matanya sengaja diredupkan sebelum dia bersuara, “kau fikir aku tak tahu kau suruh dia baca mantera yang kau berikan padanya agar aku tak dapat membaca fikirannya dan menilik masa depannya ketika aku menyeksanya tadi?”

Mata Cassius kini tepat ke arah Musa. “Kau tahu apabila dia membaca mantera itu, kau sendiri

takkan menilik apa yang akan dilakukannya selepas ini?”“Ya. aku tahu,” jawab Musa teragak-agak. “Tapi

kegunaan mantera itu sebenarnya adalah untuk membekukan ilmu batinnya ke dalam tubuhnya di saat-saat terakhir kematiannya.”

Cassius menjeling. dia perlu pergi, subuh semakin

Page 224: Awang Vampiro

Awang Vampiro

224

menjelang. dia perlu pulang ke kapalnya secepat mungkin. Katanya kemudian kepada Musa, “kelemahan kau, Musa... kau dapat menilik masa depan orang lain kecuali diri kau sendiri!”

Musa mengangguk perlahan. Wajah tuanya berkerut seribu.

“Kalau begitu... kau tak mungkin mahu tahu apa yang akan berlaku pada kau nanti!” kata Cassius dengan sinis lalu meninggalkan kata-katanya tergantung di situ sahaja. dia meninggalkan Musa dengan senyuman puas terukir di wajahnya tatkala memikirkan tentang kematian kejam yang bakal menunggu Musa nanti....

Page 225: Awang Vampiro

Nizam Zakaria

225

SebAik sahaja Cassius keluar, Musa mengheret mayat Kasturi sehingga ke bahagian belakang rumahnya. darah Cassius yang kelihatan berombak-ombak dan

menggelegak itu dituang kesemuanya ke dalam mulut Kasturi, kemudian mulut Kasturi dijahit dengan benang yang tebal supaya mulutnya tertutup rapat.

kASturi mendapati matanya begitu sukar untuk dibuka walaupun dia sedang berada di dalam keadaan sedar. dia cuba menggerakkan tangannya. dia mendapati dirinya berada dalam keadaan di mana dirinya mungkin tertanam di dalam tanah.

Bab 4

Page 226: Awang Vampiro

Awang Vampiro

226

Kasturi menggunakan tenaganya untuk bangun. Tanah yang menimbusnya merekah. dalam keadaan teragak-agak dia cuba membuka matanya.

Tanah-tanah di wajahnya yang telah kering pecah ketika Kasturi cuba membuka kelopak matanya. apabila dia cuba membuka mulutnya, dia mendapati mulutnya tertutup rapat. dia meraba-raba bahagian mulutnya. dia mendapati mulutnya telah dijahit rapat.

Kasturi mendapati dirinya sedang berada di belakang rumah Musa dan Musa pula sedang duduk di hadapannya sambil membaca mantera seraya menabur kemenyan yang dibakar ke arahnya.

dengan teragak-agak Musa mendekati Kasturi. dia mengambil gunting yang tajam lalu memotong tali yang menjahit rapat mulut Kasturi. Tali-tali jahitan ditarik lalu bekas jahitan di mulut Kasturi terus tertutup dengan sendirinya tanpa meninggalkan sebarang kesan.

“apa yang telah berlaku?” tanya Kasturi kehairanan. dia terlalu keliru. dia hampir terlupa tentang peristiwa yang telah berlaku pada dirinya sebagai tawanan perang pihak Portugis sehingga menyebabkan dirinya diseksa dan mati.

Kasturi memandang ke arah Musa. dia mendapati Musa kelihatan sedikit teragak-agak untuk memandang ke arahnya. Kasturi dapat mencium bau ketakutan yang dikeluarkan oleh Musa. Satu perkara yang dirasakannya tidak mampu dilakukannya sebelum ini.

Kasturi melihat ke arah tangannya. dia mendapati kulitnya kini berwarna hitam, lembap dan berminyak. dia memegang tubuhnya. dia cuba membersihkan tanah yang menimbus tubuhnya tadi. dia mendapati kulitnya kini diganti dengan selaput berminyak berwarna hitam.

“apa yang dah berlaku pada aku?” tanya Kasturi sementara dia cuba berdiri untuk memeriksa keadaan dirinya

Page 227: Awang Vampiro

Nizam Zakaria

227

yang jelas telah berubah.“Vampiro itu telah melapah kulitmu hidup-hidup

sehingga kau mati.” Musa memberitahu. dia cuba untuk memberanikan diri memandang ke arah Kasturi. “apabila aku menjumpai mayatmu... keadaan dirimu memang tak berkulit.”

“Mayat?” Kata-kata Musa terus berdengung di dalam kepalanya.

adakah dia sudah mati? Masakan dia sudah mati sedangkan kini dia merasakan dirinya masih hidup lagi!

Perasaan Kasturi cukup-cukup terganggu apabila teringat kembali akan peristiwa kulitnya disiat sehingga mati di dalam keadaan penuh terseksa. dia mendendami Cassius. Kini, satu-satunya perkara yang mahu dilakukannya adalah untuk memburu Cassius lalu membunuhnya. Kemudian Kasturi terfikir pula tentang awang. dia betul-betul risau tentang keselamatan awang. adakah awang masih hidup lagi atau sebaliknya?

“awang... adakah dia masih berada di atas kapal Portugis?” tanya Kasturi kerisauan.

“dia tak mungkin hidup lagi. Mungkin seperti kau, dia dah lama mati.” Musa menjelaskan dengan suara yang dibuat-buat sedih.

“Mati? apa yang kau cakapkan ni? Berapa lama aku tak sedarkan diri?” soal Kasturi dengan suara cemas.

“Empat puluh hari empat puluh malam.” Musa meletakkan bekas kemenyan ke tepi. dia cuba memeriksa tubuh Kasturi dengan lebih dekat lagi.

“apa?” Kasturi sukar untuk mempercayai kata-kata Musa, kerana dia merasakan seolah-olah baru sahaja tersedar dari tidurnya yang nyenyak.

Syahadan, kejadian Kasturi amat berlainan dengan kejadian seorang vampiro seperti Cassius. darah ‘bernyawa’

Page 228: Awang Vampiro

Awang Vampiro

228

seorang vampiro seperti Tiresias diperkenalkan ke dalam tubuh Cassius ketika Cassius masih hidup lagi, sedangkan darah vampiro diperkenalkan kepada tubuh Kasturi setelah dia mati.

darah Cassius yang diperkenalkan ke dalam tubuh Kasturi dengan perlahan-lahan membina kembali sel-sel tubuhnya yang telah mati. Termasuklah kulitnya yang telah digantikan dengan bahan-bahan yang telah disediakan oleh Musa, seperti lumpur berminyak dari tanah kubur tujuh orang yang telah mati dibunuh. Tanah lumpur berminyak ini dicampurkan lalu diselaputkan ke tubuh Kasturi sebelum dia ditanam selama empat puluh hari, empat puluh malam. Bahan-bahan ini lantas digunakan oleh darah-darah ‘hidup’ yang berada di dalam tubuh Kasturi untuk membina kulitnya yang dapat melindungi bahagian dalaman tubuhnya dari alahan pada cahaya matahari – satu perkara yang menjadi kelemahan bagi golongan vampiro.

Kini tubuh Kasturi kelihatan seperti separuh siap gamaknya. dalam masa yang sama, dia dapat merasakan perubahan yang berlaku ke atas dirinya. dia dapat merasakan deria penglihatan dan pendengarannya bertambah baik. Tubuhnya juga dirasakan semakin kuat, walaupun kekuatannya ini belum sempat diujinya.

“apa yang telah berlaku pada Melaka selama aku tidur?” tanya Kasturi ingin tahu. diharapkan Portugis dapat dikalahkan oleh tentera Melaka. Sekurang-kurangnya apa yang berlaku kepadanya sekarang tidak sia-sia belaka.

“Melaka akhirnya berjaya ditawan Portugis setelah empat puluh hari kota Melaka ditawan,” Musa menjelaskan. Sebaik sahaja dia menghabiskan kalimah-kalimahnya, dia melihat tubuh Kasturi perlahan-lahan berubah bentuk – menggerutu dan mengeras seperti sedang memakai perisai.

“Banyak yang perlu kau belajar untuk mengawal tubuh

Page 229: Awang Vampiro

Nizam Zakaria

229

barumu ini.” Musa mengingatkan ketika melihat perubahan pada tubuh Kasturi.

“Kawal? aku mahu tubuhku kelihatan seperti sedia kala. Seperti manusia biasa... bukan seperti ini!” Kasturi meraba tubuhnya yang kembali berubah seperti sedia kala - hitam dan berminyak apabila marahnya mulai reda.

“Semuanya ini adalah sementara,” Musa cuba menenangkan perasaan Kasturi yang sedang kacau.

“Sementara?” tanya Kasturi seperti tidak percaya apa yang diberitahu oleh Musa. Buat masa ini, dia merasakan diri sanggup melakukan apa sahaja dari kelihatan seperti lembaga serba hitam yang menggantikan tubuh manusianya.

“aku tak boleh hidup dalam keadaan hodoh seperti ini!”“Kau perlu mengumpul tenaga agar darah vampiro di

tubuhmu itu akan dapat membina kulit yang menyerupai manusia. dan, supaya kamu akhirnya dapat menukarkan logam seperti timah kepada emas. Bukankah itu yang kau mahu dulu?”

“Tapi bukan dengan cara ini!”“Setiap apa yang kita mahukan ada harga yang perlu kita

bayar, Kasturi!”Kata-kata Musa semakin merimaskan fikirannya.

Kasturi serba salah. dia tidak tahu apa yang perlu dilakukannya sekarang, kecuali membalas dendam kepada pembunuhnya.

Setelah Kasturi mendiamkan diri buat beberapa ketika, kemudian membuka mulutnya untuk bertanya, “kau ada menyebut tentang darah vampiro... aku tak faham.”

“Cassius, lelaki yang telah membunuh kau adalah seorang vampiro.”

“Vampiro?”“Vampiro adalah sejenis makhluk malam yang kejam.

Page 230: Awang Vampiro

Awang Vampiro

230

Vampiro Cassiuslah yang telah membunuh kau dan awang sekeluarga.” Musa sengaja mengapi-apikan keadaan. Memburuk-burukkan Cassius agar Kasturi tidak mengetahui tentang rancangan jahatnya sehingga menyebabkan diri Kasturi berubah seperti sekarang.

Mata Kasturi bertukar merah. Musa dapat melihat wajah Kasturi berubah menjadi makhluk yang menakutkan. Kulitnya menggerutu, kepalanya bertanduk tajam, jari-jemari tangannya panjang dengan kuku yang tajam.

“Kau perlu belajar mengawal kuasa yang ada dalam dirimu, Kasturi!” perintah Musa. dia mula melihat Kasturi dapat merubah zarah-zarah di dalam tubuhnya lalu menyerupai apa sahaja yang dimahukannya. Satu kebolehan yang perlu dipelajari agar dia dapat mengawal serta menggunakannya dengan sebaik-baiknya.

“aku perlu mencarinya! aku mahu membunuhnya dengan tangan aku sendiri!” Gigi Kasturi yang tajam menyeringai seperti harimau yang sedang lapar. dia cukup marah dengan Cassius.

“Kau tak mungkin boleh melawannya sekarang. dia terlalu kuat untuk kau. Lagipun dia masih menyimpan senjata yang digunakan untuk membunuh kau,” Musa menasihatkan. “Kau perlu kumpulkan tenaga kau sehingga kau betul-betul mempunyai kuasa untuk memusnahkannya. Lagipun aku rasa, dia sudah berangkat ke India. Jadi kau tak perlu terlalu memikirkan tentang dirinya sekarang, Kasturi.”

“Kasturi sudah mati,” kata Kasturi dengan nada kesal. Wajahnya perlahan-lahan berubah pada bentuk sedia kala – hitam dan berkilat. dia melihat keadaan dirinya yang mampu berubah itu. Keadaan ini membuatkan dirinya semakin keliru.

“Ya, Kasturi sudah mati,” Musa mengangguk. “Jadi aku rasa, mulai sekarang kau harus dikenali dengan nama lain.”

Page 231: Awang Vampiro

Nizam Zakaria

231

Musa kemudian menjelaskan kepada Kasturi bahawa dia mempunyai kuasa yang berada di luar jangkauan manusia biasa. dia juga memberitahu kepada Kasturi bahawa mulai sekarang, nama sebenarnya tidak perlu diketahui oleh sesiapa pun, kerana itulah satu-satunya cara untuk sihir dapat digunakan bagi menumpaskannya. Selain dari itu, kelemahannya adalah pada senjata yang digunakan untuk membunuhnya.

“Panggil saja aku damak.” akhirnya Kasturi berkata setelah lama berfikir.

“Mengapa damak?” tanya Musa ingin tahu.“damak adalah nama datukku...” jawab Kasturi perlahan.

dia tahu, dia perlu melupakan keluarga dan segala-gala yang bersangkut paut dengan kehidupannya sebelum ini. “Tak ada sesiapa pun yang tahu tentang hal ini sekarang kecuali kau, anggota keluargaku... dan awang.”

dAmAk telah diajar oleh Musa untuk mengawal setiap zarah di dalam tubuhnya. Satu kebolehan yang sehingga kini terus-menerus membuatkannya kaget setiap kali dia mencuba kemampuan ini.

Perkara pertama yang diajar oleh Musa adalah cara untuk dia bergerak menembusi tembok. Satu perkara yang dapat dilakukan oleh damak dengan mudah, sepertimana yang dilakukannya sekarang. Kasturi cuba masuk ke dalam sebuah rumah di Kampung Jawa. apabila dia menembusi dinding papan rumah tersebut, segala zarah di tubuhnya bergetar, berpisah, lalu bergerak ke dalam tembok kayu itu sebelum zarahnya bercantum semula di bahagian yang berjaya

Page 232: Awang Vampiro

Awang Vampiro

232

ditembusinya.damak masuk ke dalam bilik seorang anak gadis yang

sedang tidur. dia meletakkan tangannya ke atas lengan gadis itu yang terdedah lalu menyedut tenaga kehidupan gadis tersebut. damak telah memastikan agar tenaga hidup gadis tersebut tidak disedutnya sehingga mampu menyebabkan kematian. apa yang pasti, di lengan gadis ini akan terdapat tanda lebam berwarna hitam setelah dia selesai dengan tugasnya. Gadis ini akan bangun dalam keadaan kepenatan dan pasti akan jatuh sakit selama berhari-hari lamanya. Si gadis kemudian akan menyalahkan perbuatan ‘pelesit’ apa yang berlaku kepadanya.

Walau bagaimanapun, adakalanya kehadiran damak akan disedari oleh mangsa-mangsanya yang tersedar sewaktu dia melakukan kerjanya ini. apabila mereka menjerit, damak akan terus lari menembusi dinding rumah lalu hilang entah ke mana. apa yang dilaporkan oleh mereka adalah kehadiran satu lembaga serba hitam bertubuh yang kelihatan berkilat dan berminyak. Lama-kelamaan, lembaga yang muncul di waktu malam ini dikenali dengan nama 'orang minyak' oleh penduduk tempatan. damak telah diberitahu oleh Musa bahawa dia perlu mengumpul tenaga hidup empat puluh orang anak gadis yang masih belum terusik daranya sebelum dia memperoleh kuasa untuk menyerupai seorang manusia biasa dan akhirnya dapat merubah jisim objek yang disentuhnya kepada emas.

Seyogia, sewaktu damak keluar pada waktu malam untuk mencari mangsanya dia dapat melihat bagaimana kota Melaka akhirnya benar-benar dapat dijajah Portugis. dia dapat melihat bagaimana pagar-pagar kayu telah dibina di sekeliling kota Melaka. dilihatnya juga bagaimana beberapa buah masjid di Melaka diruntuhkan dan batunya digunakan untuk

Page 233: Awang Vampiro

Nizam Zakaria

233

membina sebuah kubu pertahanan di atas tapak bekas istana sultan Melaka yang telah hangus dibakar Portugis. Kubu ini akhirnya dinamakan a Famosa.

damak serba salah melakukan kegiatannya sekarang. dia tahu apa yang dilakukannya ini melampaui batas, tetapi dia perlu melakukan sesuatu agar mampu kelihatan seperti manusia biasa. dia tidak sanggup melihat keadaannya seperti sekarang. dia tidak boleh keluar pada waktu siang kerana takut dirinya yang hodoh itu akan diketahui orang ramai. dia perlu kelihatan seperti manusia biasa!

Semakin ramai anak dara yang dijadikan mangsa damak, semakin bertambah-tambah lagi kuasa yang ada dalam dirinya. Kini, damak dapat mengumpul zarah-zarah yang ada di kawasan sekelilingnya lalu mencipta bahan-bahan yang kecil seperti segenggam beras ataupun secawan air. air panas boleh dibekukan serta-merta hanya dengan menyentuhnya dan mengawal getaran zarah air. Ini tidak dikira lagi bentuk-bentuk luar biasa yang dapat dilakukan kepada dirinya sendiri, seperti mengubah bentuk wajah dan tubuhnya kepada apa sahaja yang dimahukannya.

apabila cukup empat puluh orang anak gadis berjaya diserap tenaga hidup mereka oleh damak, dia merasakan dapat melakukan perkara-perkara yang lebih hebat lagi.

Page 234: Awang Vampiro

ISBN:- 978-967-5067-05-1

Jumlah muka surat :- 550

Harga Runcit :- S/M: RM19, S/S: RM22

Harga ahli KKN :- S/M: RM15, S/S: RM18

Sinopsis:-

Siapa kata vampire hanya wujud di dunia Barat sahaja? Buktinya, awang anak jati negeri Melaka yang menyaksikan kejatuhan Melaka ke tangan Portugis telah bertukar menjadi vampire setelah digigit oleh laksamana perang Portugis bernama Cassius.

awang telah mengembara ke seluruh pelosok dunia

Page 235: Awang Vampiro

dan pulang semula ke tanah air, menyaksikan pembangunan pesat Malaysia tercinta. Bersama sahabat karibnya, Kasturi (yang telah bertukar menjadi orang minyak) mereka harus menyelamatkan umat manusia daripada cengkaman makhluk ganas bernama daevas. Persoalannya, bolehkah vampire dan orang minyak menyelamatkan umat manusia?

Naskhah yang wajib dimiliki untuk menjawab segala persoalan yang timbul. anda boleh dapatkan aWaNG VaMPIRO di rangkaian kedai buku MPH, Popular dan kedai-kedai berdekatan anda.

anda juga boleh terus melanggan dengan Kaki Novel Enterprise melalui online atau pun pos.

Untuk melanggan melalui online, sila layari laman web kami di:- www.kakinovel.com.

Untuk melanggan melalui pos, anda hanya perlu tuliskan nama, alamat lengkap, no. telefon, tajuk novel yang ingin dilanggan dan jumlah naskhah berserta wang pos/kiriman wang atas nama:- KaKI NOVEL ENTERPRISE dan poskan ke alamat berikut:-

Kaki Novel Enterprise

No. 33-2, Jalan Wangsa delima 12,

d’Wangsa, Wangsa Maju,

53000 Kuala Lumpur.

No. Telefon:- 03-4149 0096

No. Faks:- 03-4149 1196