BAB 3 kjian

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/20/2019 BAB 3 kjian

    1/48

      117

     

    BAB TIGA

    KAEDAH KAJIAN

    3.0 Pendahuluan

    Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif untuk meninjau pandangan

     pentadbir dan guru terhadap situasi konflik sebenar yang berlaku di peringkat

    sekolah menengah. Data dan maklumat dikumpul melalui soal selidik untuk

    menjawab soalan-soalan kajian yang berkaitan dengan situasi konflik, punca-punca

    konflik, tahap konflik, resolusi konflik serta masalah-masalah pengurusan konflik

    di sekolah menengah.

    Bab ini akan menghuraikan reka bentuk kajian, lokasi dan sampel kajian,

    instrumen kajian, tatacara mentadbir soal-selidik untuk mendapatkan data, kajian

    rintis serta kaedah menganalisis data kajian. 

    3.1  Reka Bentuk dan Prosidur Kajian

    Oleh kerana kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui kaedah

    tinjauan, maka beberapa langkah penting telah dilakukan. Pertama, pengkaji

    membuat jangkaan masalah-masalah yang bakal wujud seperti masalah tindakbalas

    daripada responden dan masalah mentadbir soal selidik. Ini diikuti dengan langkah

     pemilihan teknik persampelan dan strategi pengumpulan data yang sesuai melalui

    sasaran populasi untuk menentukan saiz sampel yang diperlukan. Langkah ketiga

  • 8/20/2019 BAB 3 kjian

    2/48

      118

    ialah prosidur membina instrumen untuk mengumpul data. Instrumen kajian telah

    diuji dan disemak sebelum digunakan dalam kajian yang sebenar. Langkah

     berikutnya ialah merencana dengan teliti tentang prosidur dan penentuan tarikh

    untuk mentadbir instrumen dan menganalisis data.

    3.2  Lokasi dan Sampel Kajian

    Sasaran kajian ini meliputi pentadbir dan guru sekolah menengah di

    Semenanjung Malaysia. Memandangkan bilangannya adalah terlalu ramai, kajian

    ini mengendalikan persampelan pada tiga peringkat iaitu peringkat antara zon

    sekolah, peringkat dalam zon sekolah dan peringkat dalam sekolah. Semenanjung

    Malaysia terdiri daripada empat buah zon iaitu Zon Utara, Zon Selatan, Zon Barat

    dan Zon Timur. Zon Utara terdiri daripada tiga buah negeri iaitu Kedah, Perlis dan

    Pulau Pinang. Zon Selatan terdiri daripada Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

    Zon Barat terdiri daripada negeri Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan. Zon

    Timur terdiri daripada negeri Terengganu, Kelantan dan Pahang.

    Pada peringkat persampelan antara zon sekolah, pengkaji menggunakan

    kaedah persampelan strata-rawak untuk memilih sampel berkeberangkalian sekolah

    menengah supaya terdapat wakil sekolah dari setiap zon. Ini merupakan ciri-ciri

    strata dengan rawak. Berdasarkan kaedah persampelan strata pada Jadual 1, satu

    negeri dari setiap kategori zon dipilih secara rawak bagi mewakili zon tersebut di

    Semenanjung Malaysia. Empat buah negeri telah terpilih iaitu negeri Pulau Pinang

    mewakili Zon Utara, negeri Melaka mewakili Zon Selatan, negeri Selangor

    mewakili Zon Barat dan negeri Kelantan mewakili Zon Timur.

  • 8/20/2019 BAB 3 kjian

    3/48

      119

     

    Jadual 1: Kaedah Persampelan Strata Secara Rawak Mengikut Zon

    di Semenanjung Malaysia

    Zon Utara Zon Selatan Zon Barat Zon Timur

    Kedah Negeri Sembilan Perak KelantanPerlis Melaka Selangor Terengganu

    Pulau Pinang Johor Wilayah Persekutuan Pahang

    Seterusnya pada peringkat persampelan dalam zon sekolah, pengkaji

    mensampelkan sekolah di setiap buah negeri yang terpilih berdasarkan persampelan

    strata berkadaran hampir sama. Persampelan strata berkadaran hampir sama

    dijalankan untuk menunjukkan keempat-empat negeri adalah sama penting dan

    negeri yang mempunyai lebih banyak sekolah dapat menyumbang lebih banyak

    sekolah dalam sampel sekolah. Kadaran sekolah yang terpilih dari setiap buah

    negeri adalah antara 13% dan 16.6% seperti ditunjukkan dalam Jadual 2.

    Berdasarkan Jadual 2, sampel sekolah dalam kajian ini melibatkan sebanyak

    74 buah sekolah di seluruh Semenanjung Malaysia iaitu 17 buah sekolah di negeri

    Pulau Pinang yang mewakili Zon Utara, 11 buah sekolah menengah di Melaka yang

    mewakili Zon Selatan, 17 buah sekolah menengah di Kelantan yang mewakili Zon

    Timur dan 29 buah sekolah di Selangor yang mewakili Zon Barat.

    Jadual 2: Pemilihan Sampel Sekolah Menengah untuk Empat Zon

    Empat Zon Negeri yang

    mewakili zon* 

    Jumlah

    Sekolah* 

    Jumlah sekolah dalam kajian

    Zon Utara Pulau Pinang 109 17 (15.5 %)Zon Selatan Melaka 66 11 (16.6 %)

    Zon Timur   Kelantan 130 17 (13.1 %)

    Zon Tengah  Selangor 237 29 (13.0 %)

    JUMLAH 4 buah negeri 542 74 (13.7 %)*Sumber:Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran

    Malaysia

  • 8/20/2019 BAB 3 kjian

    4/48

      120

      Akhirnya, persampelan dalam sekolah dijalankan untuk memilih responden

    kajian. Responden kajian yang terlibat dalam kajian ini adalah terbatas kepada guru

    dan pentadbir sekolah. Responden pentadbir sekolah kajian ini adalah terdiri

    daripada pengetua dan penolong kanan untuk kesemua 74 buah sekolah yang

    terpilih. Manakala untuk responden guru, persampelan rawak mudah dijalankan

     pada peringkat dalam sekolah untuk memilih 30 orang guru. Sepatutnya sampel

    kajian ini melibatkan 30 orang guru dan dua orang pentadbir dari setiap sekolah

    dalam setiap negeri yang mewakili setiap zon. Walau bagaimanapun, tidak semua

    sampel kajian memulangkan soal-selidik kepada pengkaji seperti ditunjukkan dalam

    Jadual 3. Sebanyak 94.4% daripada 2200 orang sampel guru dan 93.2% daripada

    148 orang sampel pentadbir yang memulangkan soal selidik kepada pengkaji.

    Justeru itu, kajian ini melibatkan seramai 2076 orang guru dan 138 orang pentadbir

    sekolah menengah. Jumlah sampel guru dalam kajian ini merangkumi 470 orang

    guru di negeri Pulau Pinang, 318 orang guru di negeri Melaka, 495 orang guru di

    negeri Kelantan dan 793 orang guru di negeri Selangor. Negeri Pulau Pinang

    menyumbangkan sebanyak 22.7%, negeri Melaka menyumbangkan sebanyak

    15.3%, negeri Kelantan menyumbangkan sebanyak 23.8% dan negeri Selangor

    menyumbangkan sebanyak 38.2% daripada jumlah keseluruhan guru dalam kajian

    ini. Jumlah sampel pentadbir dalam kajian merangkumi 32 orang pentadbir di

    negeri Pulau Pinang, 21 orang pentadbir di negeri Melaka, 32 orang pentadbir di

    negeri Kelantan dan 53 orang pentadbir di negeri Selangor. Negeri Pulau Pinang

    menyumbangkan sebanyak 23.2%, negeri Melaka menyumbangkan sebanyak

    15.2%, negeri Kelantan menyumbangkan sebanyak 23.8% dan negeri Selangor

  • 8/20/2019 BAB 3 kjian

    5/48

      121

    menyumbangkan sebanyak 38.4% daripada jumlah keseluruhan pentadbir dalam

    kajian ini.

    Jadual 3: Jumlah Sampel Kajian

    Jumlah Sampel Guru  Jumlah Sampel Pentadbir

     Negeri Jumlahsekolahdalamkajian

    Jumlahsampel

    guruyang

    sepatutnya 

    Jumlahsampel

    gurudalam

    kajian

    Peratussampelguru

    dalam

    kajian

    Peratus jumlah

    keseluruhanguru

    dalamkajian 

    Jumlahsampel

     pentadbiryang

    sepatutnya

    Jumlahsampel

     pentadbirdalam

    kajian

    Peratussampel

     pentadbirdalam

    kajian

    Peratus jumlah

    keseluruhan pentadbir

    dalamkajian 

    P.Pinang 17 500 470 94.0% 22.7% 34 32 94.1% 23.2%

    Melaka 11 330 318 96.7% 15.3% 22 21 95.5% 15.2%

    Kelantan 17 510 495 97.0% 23.8% 34 32 94.1% 23.2%

    Selangor 29 860 793 92.2% 38.2% 58 53 91.4% 38.4%

    Jumlah 74 2200 2076 94.4% 100% 148 138 93.2% 100%

    Berdasarkan Jadual 4, dalam konteks lokasi sekolah, kajian ini melibatkan

    sebanyak 33 buah sekolah di bandar dan 41 buah sekolah di luar bandar. Jumlah

    sekolah-sekolah di bandar dalam kajian merangkumi 9 buah sekolah di negeri Pulau

    Pinang, 7 buah sekolah di negeri Melaka, 6 buah sekolah di negeri Kelantan dan 11

     buah sekolah di negeri Selangor. Jumlah sekolah-sekolah di luar bandar dalam

    kajian merangkumi 8 buah sekolah di negeri Pulau Pinang, 4 buah sekolah di negeri

    Melaka, 11 buah sekolah di negeri Kelantan dan 18 buah sekolah di negeri Selangor.

    Manakala dalam konteks jenis sekolah, kajian ini melibatkan sebanyak 48

     buah sekolah SMK (Sekolah Menengah Kebangsaan) dan 26 buah sekolah bukan

    SMK (Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Agama, Sekolah Sukan, Sekolah

    Pendidikan Khas dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan). Jumlah sekolah SMK

    dalam kajian merangkumi 9 buah sekolah di negeri Pulau Pinang, 7 buah sekolah di

  • 8/20/2019 BAB 3 kjian

    6/48

      122

    negeri Melaka, 12 buah sekolah di negeri Kelantan dan 20 buah sekolah di negeri

    Selangor. Jumlah sekolah-sekolah menengah bukan SMK dalam kajian

    merangkumi 8 buah sekolah di negeri Pulau Pinang, 4 buah sekolah di negeri

    Melaka, 5 buah sekolah di negeri Kelantan dan 9 buah sekolah di negeri Selangor.

    Kesemua sekolah menengah SMK dan sekolah menengah bukan SMK adalah

    terletak di bandar dan juga di luar bandar.

    Jadual 4: Jumlah Keseluruhan Sampel Kajian

    Konteks

    Jawatan Konteks Kategori  Konteks Lokasi 

     Negeri Jumlah

    SekolahDalam

    Kajian

    Jumlah

    SampelGuru

    Jumlah

    SampelPentadbir 

    Jumlah Sekolah

    MenengahKebangsaan

    (mengikut negeri)

    Jumlah

    SekolahMenengah Bukan

    Kebangsaan(mengikut negeri) 

    Jumlah

    Sekolah DiBandar

    (mengikutnegeri) 

    Jumlah

    Sekolah DiLuar Bandar

    (mengikutnegeri) 

    P.Pinang 17 470 32 9 8 9 8

    Melaka 11 318 21 7 4 7 4

    Kelantan 17 495 32 12 5 6 11

    Selangor 29 793 53 20 9 11 18

    Jumlah 74 2076 138 48 26 33 41

    3.3 Instrumen Kajian

    Pembentukan item-item soal-selidik kajian adalah berdasarkan kepada hasil

     bacaan buku rujukan, kajian-kajian tinjauan dan pengalaman-pengalaman guru dan

     pentadbir di sekolah menengah. Permurnian instrumen soal-selidik telah melalui

     proses penyemakan dan pengesahan ahli pakar serta empat peringkat kajian rintis

    untuk menghasilkan instrumen kajian bagi tujuan untuk mengumpul data.

    Walaupun instrumen soal-selidik berstruktur yang sama digunakan untuk

    mngkaji pandangan pentadbir dan guru di peringkat sekolah menengah, namun

    terdapat satu bahagian soal selidik yang berbentuk separa berstuktur khas untuk

  • 8/20/2019 BAB 3 kjian

    7/48

      123

     para pentadbir iaitu Bahagian G. Bahagian G dalam instrumen soal-selidik

     bertujuan untuk mengkaji masalah dan pendekatan pengurusan konflik di sekolah.

    Berdasarkan Rajah 5, terdapat tujuh bahagian dalam instrumen soal selidik.

    Sasaran responden kajian untuk Bahagian A (latarbelakang responden); Bahagian B

    (pandangan tentang konflik di sekolah); Bahagian C (faktor-faktor kewujudan

    konflik); Bahagian D (tahap-tahap konflik); Bahagian E (gaya mengurus konflik)

    dan Bahagian F (kesan-kesan konflik) adalah untuk pentadbir sekolah dan guru.

    Manakala Bahagian G adalah khas untuk pentadbir sekolah sahaja iaitu berkaitan

    dengan campurtangan pengetua dalam pengurusan konflik di sekolah.

    Rajah 5 : Instrumen Soal Selidik untuk Pentadbir Sekolah dan Guru

    BAHAGIAN KANDUNGAN INSTRUMEN SASARAN RESPONDEN

    Bahagian A Latar belakang responden dan sekolah Pentadbir dan guru

    Bahagian B Pandangan tentang konflik di.sekolah Pentadbir dan guru

    Bahagian C Faktor-faktor kewujudan konflik Pentadbir dan guru

    Bahagian D Tahap-tahap konflik Pentadbir dan guru

    Bahagian E Gaya mengurus konflik Pentadbir dan guru

    Bahagian F Kesan konflik Pentadbir dan guru

    Bahagian G Pendekatan untuk mengurus konflik Pentadbir

    Instrumen kajian ini menggunakan skala ordinal yang dianggap selanjar.

    Mengikut Baker (1999) dan Fraenkel (1996), skala ordinal kerap dianggap sebagai

    variabel selanjar dalam pengukuran statistik dan dilihat sebagai skala ‘interval’.

    3.3.1 Bahagian A : Latar Belakang Responden dan Sekolah

    Bahagian ini bertujuan untuk mendapatkan data mengenai latar belakang

    responden. Semua soalan yang terdapat dalam bahagian ini hanya memerlukan

    responden menandakan (/) di ruangan yang sesuai. Bahagian A terdiri daripada tiga

    sub-bahagian. Bahagian pertama adalah mengenai latar belakang responden.

  • 8/20/2019 BAB 3 kjian

    8/48

      124

    Bahagian ini mengandungi sembilan item yang bertujuan untuk mendapatkan

    maklumat latar belakang responden yang meliputi jantina, bangsa, umur, kelulusan,

    kelulusan ikhtisas, pengalaman bertugas di sekolah kajian, jawatan yang dipegang

    di sekolah, opsyen mata pelajaran dan status perkahwinan. Bahagian kedua adalah

    mengenai latar belakang sekolah yang merangkumi nama dan alamat sekolah, gred

    sekolah dan jenis sekolah. Bahagian ketiga adalah mengenai penglibatan guru yang

    mengandungi empat soalan yang terdiri daripada senarai tugas guru, jumlah

    matapelajaran yang diajar oleh guru, jumlah kelas ganti dan jumlah jawatan ko-

    kurikulum.

    3.3.2  Bahagian B : Pandangan dan Gambaran tentang Konflik di Sekolah

    Bahagian ini adalah mengenai pandangan dan gambaran responden tentang

    konflik. Ia mengandungi lima soalan yang merupakan soalan pilihan. Kesemua

    item soalan dalam bahagian ini direkabina sendiri oleh pengkaji.

    Seterusnya bagi melihat persepsi pentadbir sekolah dan guru mengenai

    faktor-faktor kewujudan konflik, tahap konflik, gaya konflik dan kesan konflik,

    responden diminta menandakan persepsi masing-masing dalam lima tahap skala

    likert.

    3.3.3 Bahagian C: Faktor-faktor Kewujudan Konflik

    Instrumen untuk faktor-faktor kewujudan konflik yang digunakan dalam

    kajian ini telah direkabina sendiri oleh pengkaji memandangkan tajuk pengurusan

    konflik dalam bidang pendidikan merupakan bidang penyelidikan yang agak baru di

    negara ini dan belum diterokai secara meluas. Bahagian ini bertujuan untuk

  • 8/20/2019 BAB 3 kjian

    9/48

      125

    meninjau pandangan guru dan pentadbir sekolah tentang punca-punca yang

    mendorong kepada kewujudan konflik berdasarkan pengalaman dan situasi konflik

    yang sebenar di sekolah masing-masing. Mengikut model kajian ini, terdapat empat

     jenis faktor utama yang mendorong kepada kewujudan konflik iaitu faktor

    komunikasi, faktor struktural, faktor kebergantungan tugas dan faktor peribadi.

    Kesemua faktor kewujudan konflik terkandung dalam 59 item yang telah ditentukan

    kesahihan dan kebolehpercayaan daripada kajian rintis.

    Pada asalnya, keempat-empat faktor kewujudan konflik dalam bahagian ini

    mengandungi 82 item dengan koefisien alpha sebanyak 0.78. Pengkaji telah

    mengeluarkan 23 item dari instrumen soal selidik setelah menjalani ujian korelasi

    antara item melalui empat peringkat kajian rintis. Item-item dalam instrumen soal

    selidik yang tidak berkaitan, sukar untuk difahami, kurang jelas dan menunjukkan

    nilai korelasi yang rendah dikeluarkan atau digugurkan dari instrumen soal selidik.

    Pengkaji memastikan pengguguran item tidak menjejaskan konstruk validiti

    instrumen kajian. Setelah pengguguran item dijalankan, item-item instrumen

    didapati bersepadu atau ‘cohere’ dan lebih kukuh dengan nilai kebolehpercayaan

    yang lebih tinggi. Kesan daripada pengguguran 23 item dari bahagian ini, bahagian

    faktor-faktor kewujudan konflik mengandungi 59 item dengan nilai koefisien alpha

    sebanyak 0.89 (Jadual D1 dan D2 di bahagian lampiran).

    Bahagian ini memerlukan responden kajian menandakan persepsi masing-

    masing dalam lima tahap skala likert seperti yang berikut:

    5. Sangat selalu berlaku

    4. Selalu berlaku

  • 8/20/2019 BAB 3 kjian

    10/48

      126

    3. Sekali-sekala berlaku

    2. Kadang-kadang berlaku

    1. Tidak pernah berlaku

    3.3.3.1 Faktor Komunikasi

    Bahagian faktor komunikasi mengandungi empat konstruk iaitu kesukaran

    semantik, ketidaksefahaman, gangguan dalam saluran komunikasi dan

    kepelbagaian maklumat tersembunyi. Keempat-empat konstruk itu terdiri daripada

    16 item. Kesemua item tersebut adalah direkabina sendiri oleh pengkaji.

    Jadual 5 menunjukkan nilai kebolehpercayaan untuk empat konstruk faktor

    komunikasi yang mendorong kepada kewujudan konflik setelah menjalani ujian

    korelasi antara item. Berdasarkan Jadual 5, konstruk kesukaran semantik

    mempunyai 4 item iaitu item nombor F1, F9, F20 dan F29 dengan nilai

    kebolehpercayaan koefisien alpha sebanyak 0.71. Konstruk ketidaksefahaman

    mempunyai 4 item iaitu item nombor F4, F11, F23 dan F49 dengan nilai

    kebolehpercayaan koefisien alpha sebanyak 0.71. Konstruk ‘gangguan’ dalam

    saluran komunikasi mengandungi 4 item iaitu item F31, F38, F52 dan F56 dengan

    nilai kebolehpercayaan koefisien alpha sebanyak 0.70. Konstruk kepelbagaian

    matlumat yang tersembunyi mengandungi 4 item iaitu item F6, F14, F25 dan F55

    dengan nilai kebolehpercayaan koefisien alpha sebanyak 0.71.

    Jadual 5: Taburan Item Mengikut Konstruk tentang Faktor Komunikasi

    Item No. Item Nilai Alpha

    Kesukaran Semantik F1, F9, F20, F29 0.71

    Ketidaksefahaman F4, F11, F23, F49 0.71

    Gangguan dalam Saluran Komunikasi F31, F38, F52, F56 0.70

    Kepelbagaian matlumat tersembunyi F6, F14, F25, F55 0.71

  • 8/20/2019 BAB 3 kjian

    11/48

      127

    3.3.3.2 Faktor Struktural

    Bahagian faktor struktural terdiri daripada empat konstruk iaitu sistem

    ganjaran, sumber yang terhad, bidang kuasa dan desakan kepada perubahan.

    Kesemua konstruk faktor struktural terdiri daripada 16 item. Kesemua item

    tersebut adalah direkabina sendiri oleh pengkaji.

    Jadual 6 menunjukkan nilai kebolehpercayaan untuk empat konstruk faktor

    struktural yang mendorong kepada kewujudan konflik setelah menjalani ujian

    korelasi antara item. Berdasarkan Jadual 6, konstruk sistem ganjaran mengandungi

    4 item iaitu item nombor F3, F8, F16 dan F24 dengan nilai kebolehpercayaan

    koefisien alpha sebanyak 0.70. Konstruk sumber yang terhad mengandungi 4 item

    iaitu item nombor F10, F19, F47 dan F48 dengan nilai kebolehpercayaan koefisien

    alpha sebanyak 0.72. Konstruk bidang kuasa mengandungi 4 item iaitu item

    nombor F7, F32, F37 dan F43 dengan nilai kebolehpercayaan koefisien alpha

    sebanyak 0.73. Konstruk desakan kepada perubahan mengandungi 4 item iaitu

    item nombor F13, F22, F28 dan F34 dengan nilai kebolehpercayaan koefisien alpha

    sebanyak 0.71.

    Jadual 6: Taburan Item Mengikut Konstruk tentang Faktor Struktural

    Item No. Item Nilai Alpha

    Sistem Ganjaran F3, F8, F16, F24 0.70

    Sumber Yang Terhad F10, F19, F45, F46 0.72

    Bidang Kuasa F7, F32, F37, F43 0.73

    Desakan Kepada Perubahan F13, F22, F28, F34 0.71

    3.3.3.3 Faktor Peribadi

    Bahagian faktor peribadi mengandungi tiga konstruk iaitu ketidakserasian

    nilai, ketidakserasian tingkahlaku dan ketidakserasian emosi. Kesemua konstruk

  • 8/20/2019 BAB 3 kjian

    12/48

      128

    faktor peribadi ini terdiri daripada 12 item. Item-item faktor peribadi ini direkabina

    sendiri oleh pengkaji.

    Jadual 7 menunjukkan nilai kebolehpercayaan untuk tiga konstruk faktor

     peribadi yang mendorong kepada kewujudan konflik setelah menjalani ujian

    korelasi antara item. Berdasarkan Jadual 7, konstruk ketidakserasian nilai

    mempunyai 4 item iaitu item nombor F33, F40, F54 dan F59 dengan nilai

    kebolehpercayaan koefisien alpha sebanyak 0.70. Konstruk ketidakserasian emosi

    mengandungi 4 item iaitu item nombor F17, F27, F35 dan F58 dengan nilai

    kebolehpercayaan koefisien alpha sebanyak 0.71. Konstruk ketidakserasian

    tingkahlaku mengandungi 4 item iaitu item nombor F15, F44, F47 dan F57 dengan

    nilai kebolehpercayaan koefisien alpha sebanyak 0.72.

    Jadual 7: Taburan Item Mengikut Konstruk tentang Faktor Peribadi

    Item No. Item Nilai Alpha

     Nilai F33, F40, F54, F59 0.70

    Emosi F17, F27, F35, F58 0.71

    Tingkahlaku F15, F44, F47, F57 0.72

    3.3.3.4 Faktor Kebergantungan Tugas

    Bahagian faktor kebergantungan tugas mengandungi tiga konstruk iaitu

     pembuatan keputusan, perbezaan persepsi dan perbezaan matlamat. Kesemua

    konstruk faktor kebergantungan tugas dalam kajian ini terdiri daripada 15 item.

    Item-item faktor kebergantungan tugas direkabina sendiri oleh pengkaji.

    Jadual 8 menunjukkan nilai kebolehpercayaan untuk tiga konstruk faktor

    kebergantungan tugas yang mendorong kepada kewujudan konflik setelah

    menjalani ujian korelasi antara item. Berdasarkan Jadual 8, konstruk pembuatan

    keputusan mengandungi 5 item iaitu item nombor F2, F18, F21, F26 dan F30

  • 8/20/2019 BAB 3 kjian

    13/48

      129

    dengan nilai kebolehpercayaan koefisien alpha sebanyak 0.76. Konstruk perbezaan

     persepsi mengandungi 5 item iaitu item nombor F39, F42, F48, F51 dan F53

    dengan nilai kebolehpercayaan koefisien alpha sebanyak 0.76. Konstruk perbezaan

    matlamat mengandungi 5 item iaitu item nombor F5, F12, F36, F41 dan F50

    dengan nilai kebolehpercayaan koefisien alpha sebanyak 0.75.

    Jadual 8: Taburan Item Mengikut Konstruk tentang Faktor

    Kebergantungan Tugas

    Item No. Item Nilai Alpha

    Pembuatan keputusan F2, F18, F21, F26, F30 0.76

    Perbezaan persepsi F39, F42, F48, F51, F53 0.76

    Perbezaan matlamatF5, F12, F36, F41, F50 

    0.75

    3.3.4 Bahagian D: Tahap Konflik

    Bahagian ini mengandungi 16 item yang mengambarkan empat jenis tahap

    konflik iaitu tahap konflik terpendam, tahap konflik yang dinampak, tahap konflik

    dirasai dan tahap konflik terbuka. Kesemua item tersebut dibina sendiri oleh

     pengkaji dengan berpandu kepada model Pondy. Nilai kebolehpercayaan koefisien

    alpha untuk bahagian tahap konflik setelah menjalani ujian korelasi antara item

    adalah sebanyak 0.73.

    Jadual 9 menunjukkan nilai kebolehpercayaan untuk empat jenis tahap

    konflik setelah menjalani ujian korelasi antara item. Berdasarkan Jadual 9,

    konstruk tahap konflik terpendam mengandungi empat item iaitu item nombor T1-

    T4 dengan nilai kebolehpercayaan koefisien alpha sebanyak 0.71. Tahap konflik

    yang dinampak mengandungi empat item iaitu item nombor T5 - T8 dengan nilai

    kebolehpercayaan koefisien alpha sebanyak 0.73. Tahap konflik dirasai

  • 8/20/2019 BAB 3 kjian

    14/48

      130

    mengandungi empat item iaitu item nombor T9 - T12 dengan nilai

    kebolehpercayaan koefisien alpha sebanyak 0.72. Tahap konflik secara terbuka

    mengandungi empat item iaitu item nombor T13 - T16 dengan nilai

    kebolehpercayaan koefisien alpha sebanyak 0.71.

    Jadual 9: Situasi Tahap-tahap Konflik (berdasarkan model Pondy)

    Tahap konflik No. Item Nilai Alpha

    Konflik Terpendam Item T1 - T4 0.71

    Konflik Dinampak Item T5 - T8 0.73

    Konflik Dirasai Item T9 - T12 0.72

    Konflik Terbuka Item T13 - T16 0.71

    Bahagian ini memerlukan responden kajian menandakan persepsi masing-

    masing dalam lima tahap skala likert seperti yang berikut:

    5. Sangat selalu berlaku

    4. Selalu berlaku

    3. Sekali-sekala berlaku

    2. Kadang-kadang berlaku

    1. Tidak pernah berlaku

    3.3.5  Bahagian E : Gaya Pengurusan Konflik

    Bahagian E adalah mengenai gaya pengurusan konflik sekolah. Bahagian

    ini bertujuan untuk meninjau pandangan pentadbir dan guru terhadap gaya

     pengurusan konflik yang digunakan di peringkat sekolah menengah. Bahagian ini

    merangkumi lima jenis gaya pengurusan konflik iaitu gaya integratif, gaya

    mengelak, gaya menguasai, gaya menyesuai dan gaya berkompromi yang terdiri

    daripada 28 item. Instrumen untuk gaya pengurusan konflik yang digunakan bagi

    kajian ini telah dipinjam, diterjemah dan diadaptasi daripada soal selidik Rahim

  • 8/20/2019 BAB 3 kjian

    15/48

      131

    Organizational Conflict Inventory II (Rahim, 1983) mengikut kesesuaian soalan-

    soalan kajian. Pengkaji telah memperolehi kebenaran untuk meminjam instrumen

    daripada Profesor M. Azalur Rahim dari Youngstown State University, Amerika

    Syarikat.

    Soal-selidik ROC II telah diterjemah dari Bahasa Inggeris kepada Bahasa

    Melayu oleh dua orang guru bahasa dari sekolah menengah. Kemudian soal-selidik

    ROC II yang telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu diterjemahkan balik

    semula ke dalam Bahasa Inggeris oleh seorang pensyarah bahasa dari UITM.

    Pengkaji membandingkan setiap item soal-selidik yang telah diterjemah dengan

    soal selidik ROC II secara teliti dan terperinci. Kemudian pengkaji bersama-sama

    dengan penyelia pengkaji mengubahsuai soal-selidik yang telah diterjemahkan

    mengikut kesesuiaan konteks sekolah di negara ini . Penterjemahan dan adaptasi

    soal-selidik gaya pengurusan konflik disemak oleh tiga orang ahli pakar dalam

     bidang pengurusan iaitu dua orang pensyarah dari Universiti Putra Malaysia dan

    seorang pensyarah dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Pengkaji menjalankan

    kajian rintis untuk mengkaji kebolehpercayaan soal-selidik ROC II. Ujian

    Cronbach Alpha untuk keseluruhan gaya pengurusan konflik menunjukkan nilai

    alpha sebanyak 0.72. Nilai kebolehpercayaan konsistensi dalaman juga adalah

    stabil dan memuaskan bagi lima sub skala ROC II iaitu nilai koefisien alpha antara

    0.70 hingga 0.78 (Integratif sebanyak 0.78, Mengelak sebanyak 0.75, Menguasai

    sebanyak 0.71, Menyesuai sebanyak 0.77 dan Berkompromi sebanyak 0.70).

    Tujuan pengkaji memilih instrumen Rahim Organizational Conflict (ROC)

    Inventory II adalah kerana beberapa sebab yang kukuh. Secara amnya, terdapat

  • 8/20/2019 BAB 3 kjian

    16/48

      132

    empat jenis instrumen yang wujud untuk mengukur mod pengurusan konflik.

    Instrumen-instrumen tersebut terdiri daripada instrumen oleh Blake dan Moulton

    (1964), Hall (1969), Lawrence dan Lorsch (1967) dan Thomas dan Kilmann (1974).

    Hasil kajian oleh Thomas dan Kilmann (1978, hlm.1142) menyimpulkan bahawa

    nilai koefisien kebolehpercayaan ‘test-retest’ secara keseluruhan untuk empat

    instrumen tersebut jatuh pada tahap ‘rendah hingga sederhana’ iaitu instrumen

    Blake dan Moulton (1964) menunjukkan nilai koefisien kebolehpercayaan dari 0.14

    - 0.57, instrumen Hall (1969) menunjukkan nilai koefisien kebolehpercayaan dari

    0.41 - 0.66, instrumen Lawrence dan Lorsch (1967) menunjukkan nilai koefisien

    kebolehpercayaan dari 0.33 - 0.66 dan instrumen Thomas dan Kilmann (1974)

    menunjukkan nilai koefisien kebolehpercayaan dari 0.61 - 0.68. Malahan, kajian

    oleh Thomas dan Kilmann juga melaporkan bahawa nilai Cronbach alpha untuk

    instrumen Hall (1969) adalah dari 0.39 - 0.73, nilai Cronbach alpha untuk

    instrumen Lawrence dan Lorsch (1967) adalah dari 0.37 - 0.59 dan nilai Cronbach

    alpha untuk instrumen Thomas dan Kilmann (1974) adalah dari 0.43 - 0.71. Nilai

    alpha untuk instrumen Blake dan Moulton (1964) tidak dapat ditabulasikan

    memandangkan instrumen tersebut mengandungi hanya satu item untuk mengukur

    setiap mod pengurusan konflik. Selain itu, pengkaji memilih ROC II kerana

    terdapat kajian-kajian yang menyokong kesahihan kriteria yang terdapat pada

    instrumen tersebut (Rahim & Magner, 1995) seperti Keenan (1984), Lee (1990),

    Levy (1989), Neff (1986), Persico (1986), Pilkington, Richardson & Utley (1988),

    Ting-Toomey et al. (1991) dan Wardlaw, (1988).

    Menurut Rahim, (1983):

  • 8/20/2019 BAB 3 kjian

    17/48

      133

     “Although factor analysis probably is the most powerful method of

    construct validiation, the four instruments did not provide evidence

     for the factorial independence of the five scales of conflict modes”.

    Justeru itu, ROC II dikembangkan untuk mengukur lima gaya mengurus

    konflik interpersonal. Berdasarkan kajian Rahim (1983), faktor analisis data dari

    sampel 184,351 orang pelajar, 133 orang guru, 380 orang pengetua, 185 orang

     pengurus hospital, 1219 orang eksekutif dan 38 orang pengurus mencerminkan

     penggunaan lima dimensi utama gaya konflik. Ujian “test-retest” dan “internal

    consistency reliability coefficients” bagi lima skala adalah memuaskan dengan nilai

    koefisien alpha sebanyak 0.72 - 0.77. Tambahan lagi, mengikut Rahim (1983),

    ROC II sesuai digunakan untuk asas-asas kajian, bidang penyelidikan pendidikan

    dan juga mendiagnosiskan gaya pengurusan konflik interpersonal antara ahli-ahli

    organisasi. Pengkaji tetap menjalankan kajian rintis untuk bahagian gaya

     pengurusan konflik bagi menentukan nilai kebolehpercayaan walaupun telah

    dipinjam daripada soal selidik ROC II yang telah diuji kebolehpercayaannya oleh

    Rahim (1983). Ini adalah kerana terdapat perbezaan dalam konteks nilai dan

     budaya antara negara barat dengan negara ini. Nilai kebolehpercayaan untuk

     bahagian gaya pengurusan konflik menunjukkan koefisien alpha sebanyak 0.72

    setelah kajian rintis dijalankan.

    Jadual 10 menunjukkan nilai kebolehpercayaan untuk lima gaya pengurusan

    konflik setelah menjalani ujian korelasi antara item. Berdasarkan Jadual 10,

    konstruk gaya integratif mengandungi tujuh item iaitu item nombor G1, G4, G5,

    G12, G22, G23 dan G28 dengan nilai kebolehpercayaan koefisien alpha sebanyak

    0.78. Konstruk gaya mengelak mengandungi enam item iaitu item nombor G3, G6,

  • 8/20/2019 BAB 3 kjian

    18/48

      134

    G16, G17, G26 dan G27 dengan nilai kebolehpercayaan koefisien alpha sebanyak

    0.75. Konstruk gaya menguasai mengandungi lima item iaitu item nombor G8, G9,

    G18, G21 dan G25 dengan nilai kebolehpercayaan koefisien alpha sebanyak 0.71.

    Konstruk gaya menyesuai mengandungi enam item iaitu item nombor G2, G10,

    G11, G13, G19 dan G24 dengan nilai kebolehpercayaan koefisien alpha sebanyak

    0.77. Konstruk gaya berkompromi mengandungi empat item iaitu item nombor G7,

    G14, G15 dan G20 dengan nilai kebolehpercayaan koefisien alpha sebanyak 0.70.

    Jadual 10: Taburan Item Mengikut Gaya Pengurusan Konflik

    Gaya PengurusanKonflik Item-item Bil.Item NilaiAlpha

    Gaya Integratif G1, G4, G5, G12, G22, G23 dan G28 7 0.78

    Gaya Mengelak G3, G6, G16, G17, G26 dan G27 6 0.75

    Gaya Menguasai G8, G9, G18, G21 dan G25 5 0.71

    Gaya Menyesuai G2, G10, G11, G13, G19 dan G24 6 0.77

    Gaya Berkompromi G7, G14, G15 dan G20 4 0.70

    Bahagian ini memerlukan responden kajian menandakan persepsi masing-

    masing dalam lima tahap skala likert seperti yang berikut:

    5. Sangat Setuju

    4. Setuju

    3. Kurang Setuju

    2. Tidak Setuju

    1. Sangat Tidak Setuju

    3.3.6 Bahagian F : Kesan Konflik

    Bahagian ini mengandungi 13 item yang menggambarkan kesan konflik

    dengan nilai kebolehpercayaan koefisien alpha sebanyak 0.80. Kesemua item

    tersebut direkabina sendiri oleh pengkaji. Bahagian ini memerlukan responden

  • 8/20/2019 BAB 3 kjian

    19/48

      135

    kajian menandakan persepsi masing-masing dalam lima tahap skala likert seperti

    yang berikut:

    5. Sangat Setuju

    4. Setuju

    3. Kurang Setuju

    2. Tidak Setuju

    1. Sangat Tidak Setuju

    3.3.7 Bahagian G: Pendekatan Mengurus Konflik

    Bahagian ini merupakan soalan separa berstruktur khas untuk pentadbir

    sekolah sahaja. Bahagian ini bertujuan untuk meninjau pandangan pentadbir

    sekolah tentang pendekatan yang diamalkan semasa mengurus konflik. Terdapat

    14 soalan dalam bahagian ini. Kesemua soalan dalam bahagian ini adalah

    direkabina sendiri oleh pengkaji. Soalan nombor 1 hingga nombor 5 adalah

     berdasarkan kepada 12 pendekatan pengurusan konflik yang telah disenaraikan

    oleh pengkaji dalam instrumen soal -selidik. Soalan pertama adalah berbentuk

    skala likert dan item-item soal selidik adalah terdiri daripada 12 jenis pendekatan

    mengurus konflik. Terdapat dua jenis skala likert iaitu skala tentang penggunaan

     pendekatan pengurusan konflik dan skala tentang peratus kejayaan pengurusan

    konflik.

    Bahagian pendekatan pengurusan konflik mengandungi 12 item dengan

    nilai kebolehpercayaan koefisien alpha sebanyak 0.88. Manakala bahagian

    kejayaan pendekatan pengurusan konflik juga mengandungi 12 item dengan nilai

    kebolehpercayaan koefisien alpha sebanyak 0.87. Untuk skala penggunaan

  • 8/20/2019 BAB 3 kjian

    20/48

      136

     pendekatan pengurusan konflik, responden diminta membulatkan jawapan tentang

     pendekatan pengurusan konflik yang biasa diamalkan di sekolah seperti berikut:

    5. Selalu digunakan

    4. Kerap digunakan

    3. Sentiasa digunakan

    2. Jarang digunakan

    1. Tidak pernah digunakan

    Manakala untuk skala tentang peratus kejayaan pengurusan konflik, responden

    diminta membulatkan jawapan berdasarkan skala likert seperti di bawah:

    5. pada sekitar 81 - 100 %

    4. pada sekitar 61 - 80 %

    3. pada sekitar 41 - 60 %

    2. pada sekitar 21 - 40 %

    1. pada tahap kurang dari 20%

    Soalan nombor 7, 8, 10, 11, 12, 13 dan 14 berbentuk soalan pilihan yang

    memerlukan responden menandakan (/) di ruangan yang sesuai. Manakala untuk

    soalan nombor 2, 3, 4, 5, 6 dan 9 adalah berbentuk soalan mengisi tempat kosong

     berdasarkan pengalaman responden di sekolah.

    3.4 Kajian Rintis

    Pengkaji menjalankan kajian rintis terhadap instrumen soal-selidik dengan

    tujuan untuk menentukan kebolehpercayaan dan kesahihan pada instrumen soal

    selidik. Kebolehpercayaan merupakan satu tanda ukur yang menunjukkan

    konsistensi di antara dua pengukuran terhadap perkara yang sama untuk

  • 8/20/2019 BAB 3 kjian

    21/48

      137

    membuktikan kewujudan varians daripada sampel yang diukur (Fraenkel, 1996 dan

    Black, 1999). Kebolehpercayaan bermaksud skor dari sesuatu instrumen adalah

    stabil dan konsisten setelah instrumen yang sama ditadbir berulangkali pada masa

    yang berlainan (Baker, 1999, Creswell, 2005 dan Gay, 1996). Kebolehpercayaan

    yang tinggi menunjukkan kesilapan varians yang minima dalam pengukuran

    manakala kebolehpercayaan yang rendah boleh menghasilkan kesilapan yang besar

    dalam pengukuran kerana ujian statistik tidak dapat mengesan perbezaan yang

    sebenar apabila wujud perbezaan. Semakin tinggi tahap kebolehpercayaan,

    semakin tinggi tahap keyakinan terhadap instrumen yang akan diuji. Nilai

    koefisien kebolehpercayaan dikira untuk menentukan kualiti keseluruhan ujian

    terhadap instrumen. Terdapat beberapa jenis koefisien kebolehpercayaan yang

    dapat menghasilkan semakan kepada kualiti instrumen. Pengkaji menggunakan

    koefisien alpha untuk menentukan kekonsistenan dalaman (internal consistency)

    terhadap kebolehpercayaan instumen kajian.

    Menurut Black, (1999: 272-273):

    “ ... it is not possible to have a valid instrument that is not

    reliable: if it does not produce consistent result (it is unreliable)

    then those result cannot be measuring what they are supposed to

    measure (it is not valid)”

    Sesuatu instrumen yang boleh dipercayai tetapi tidak sahih memang tidak

     berguna kepada pengkaji kerana kajian tersebut hanya mengukur kebolehpercayaan

    instrumen dan bukan mengukur apa yang sepatutnya hendak diukur. Oleh yang

    demikian, kebolehpercayaan dan kesahihan pada instrumen kajian adalah sangat

     penting dan saling lengkap-melengkapi demi untuk menghasilkan data-data yang

    diperlukan bagi menjawab soalan-soalan kajian.

  • 8/20/2019 BAB 3 kjian

    22/48

      138

      Pengkaji telah menjalankan empat peringkat kajian rintis untuk

    membuktikan kesahihan dan kebolehpercayaan instrumen yang digunakan.

    Kesemua peringkat kajian rintis yang dijalankan tidak melibatkan sampel kajian

    yang sebenar. Ujian ‘Cronbach’s coefficient alpha’ digunakan untuk menganalisis

    data kajian rintis bagi menganggarkan kebolehpercayaan bagi setiap komponen

    soalan dalam soal-selidik. Pengkaji juga menggunakan ujian korelasi antara item

    untuk menentukan kebolehpercayaan setiap konstruk dalam soal selidik. Item-item

    yang mempunyai nilai koefisien alpha yang rendah dikeluarkan daripada instrumen.

    Had rendah nilai koefisien alpha untuk korelasi antara item dalam kajian ini adalah

    0.35 (Jadual D1 dan D2 dan ujian korelasi antara item di bahagian lampiran).

    Soalan-soalan pada instrumen yang tidak berkaitan, sukar untuk difahami

    dan salah diintepretasi oleh responden akan membawa kesan kepada

    kebolehpercayaan yang rendah. Oleh yang demikian, semasa menganalisis kajian

    rintis, pengkaji mengeluarkan item-item soalan yang tidak berkaitan, sukar untuk

    difahami, kabur dan kurang stabil daripada instrumen soal selidik supaya dapat

    meningkatkan kebolehpercayaan pada instrumen soal selidik.

    3.4.1 Kajian Rintis Peringkat Pertama

    Kajian rintis peringkat pertama dijalankan pada bulan Februari hingga Mac

    tahun 2005 di salah sebuah sekolah di daerah Kluang di negeri Johor. Kajian ini

    melibatkan tujuh belas orang guru iaitu enam orang guru pakar bahasa dan sebelas

    orang guru biasa untuk menentukan kesahihan kajian. Tujuan kajian rintis pada

     peringkat pertama adalah untuk mengenalpasti tempoh masa yang diambil oleh

  • 8/20/2019 BAB 3 kjian

    23/48

      139

    responden kajian untuk melengkapkan borang soal-selidik dan memastikan sama

    ada kandungan dalam soal-selidik ini dapat difahami. Kajian rintis peringkat

     permulaan juga bertujuan untuk memastikan item-item dalam soal-selidik tidak

    mengandungi perkara-perkara yang boleh menyinggung sensitiviti mana-mana

     pihak yang terlibat. Selain itu, kajian rintis peringkat ini juga bertujuan

    mengenalpasti masalah dari segi bahasa dan pemahaman isi kandungan instrumen.

    Responden kajian diminta untuk menyatakan sebarang kerumitan atau keraguan

    dari soal selidik yang dijawab untuk memastikan kesahihan soal selidik yang

    ditadbirkan. Masa yang diambil oleh responden kajian adalah dalam lingkungan

    28-35 minit. Ini bermakna instrumen tersebut dapat diselesaikan dalam masa yang

    ditetapkan. Seterusnya, pengkaji duduk bersama-sama dengan guru-guru pakar

     bahasa tersebut untuk mengenalpasti masalah yang terdapat pada item instrumen

    dari segi bahasa dan pemahaman isi kandungan instrumen. Kesan daripada

     pentadbiran instrumen dalam tahap kajian rintis pertama, beberapa item yang

     bertindih dan yang mempunyai maksud konsep yang tidak jelas dikeluarkan

    daripada instrumen. Selain daripada itu, pengkaji juga memperbaiki bahasa dan

    semantik dari segi kesalahan ejaan, tipografi dan struktur ayat dalam instrumen

    kajian. Setelah kajian rintis pertama telah dijalankan, pengkaji menyemak semula

    instrumen kajian dengan penyelia pengkaji untuk memurnikan instrumen tersebut.

    3.4.2 Kajian Rintis Peringkat Kedua

    Setelah penyemakan setiap item instrumen dilaksanakan, peringkat kedua

    kajian rintis dijalankan pada bulan April hinggan Jun tahun 2005 yang melibatkan

  • 8/20/2019 BAB 3 kjian

    24/48

      140

    30 orang guru sekolah menengah di daerah Kluang di negeri Johor. Tujuan kajian

    rintis pada peringkat kedua adalah untuk memastikan item-item dalam soal-selidik

    ini dapat difahami oleh guru sekolah serta tidak mengandungi perkara-perkara yang

     boleh menyinggung sensitiviti mana-mana pihak yang terlibat. Tujuannya juga

    untuk menentukan kebolehpercayaan terhadap item-item soal selidik melalu

    analisisi korelasi antara item. Selain itu, tujuan melakukan kajian rintis ini ialah

    untuk memurnikan lagi soalan kajian dalam penyelidikan ini. Responden dalam

    kajian rintis digalakkan untuk memberi teguran dan membuat komen serta

    cadangan berkaitan dengan item yang terdapat dalam instrumen. Maklumbalas

    daripada kajian rintis disemak uji secara komprehensif. Kemudian tabulasi data dan

     prosidur analisis diaplikasikan dalam data pra-ujian.

    Berdasarkan Jadual 11a di halaman sebelah, pengiraan Cronbach alpha

    digunakan untuk menghasilkan koefisien kebolehpercayaan bagi menentukan tahap

    kekonsistenan dalaman bagi instrumen kajian. Setelah kajian rintis dijalankan,

    nilai koefisien alpha untuk soal-selidik pada Bahagian C tentang faktor-faktor

    konflik adalah sebanyak 0.79, Bahagian D tentang tahap-tahap konflik adalah

    sebanyak 0.92, Bahagian E tentang gaya konflik adalah sebanyak 0.84 dan

    Bahagian F tentang kesan-kesan konflik adalah sebanyak 0.90. Untuk

    mendapatkan anggaran koefisien alpha yang lebih kukuh, pengkaji mentabulasikan

    data dengan menjalankan ujian korelasi antara item bagi semua konstruk yang

    terdapat dalam soal selidik sepertimana yang ditunjukkan dalam Jadual 11b.

    Tujuan pengkaji menjalankan ujian korelasi antara item ialah untuk melihat

    hubung-kait antara item-item dalam setiap konstruk. Tujuan lain ialah memastikan

  • 8/20/2019 BAB 3 kjian

    25/48

      141

    tidak terdapat percanggahan nilai-nilai korelasi antara item dalam soal-selidik

    kajian.

    Jadual 11a: Analisis Ujian Cronbach Alpha untuk Kajian Rintis Kedua 

    Bahagian

    Instrumen

    Soal-selidik

    Komponen Bil.

    Item

    Penggugura

    n item

    Sampel Alpha

    Sebelum

    Pengguguran

    item

    Alpha

    Selepas

    Penggugura

    n item

    Bahagian C Faktor Konflik 82 21 30 0.79 0.82

    Bahagian D Tahap Konflik 17 1 30 0.92 0.94Bahagian E Gaya Konflik 28 - 30 0.84 0.84

    Bahagian F Kesan Konflik 14 1 30 0.90 0.94

    Jadual 11b: Analisis Ujian Korelasi antara Item untuk Kajian Rintis Kedua

    Bahagian

    Instrumen

    Soal-

    selidik

    Domain Item Bil.Item

    Penggu-

    guran

    item

    Sampel Alpha Sebelum

    Penggu-

    guran

    item 

    Alpha Selepas

    Penggu-

    guran

    item 

    Kesukaran Semantik 6 2 30 0.58 0.90

    Ketidak Sefahaman 5 1 30 0.74 0.93

    Gangguan Komunikasi 4 - 30 - 0.85

    Komunikasi

    Maklumat Tersembunyi 4 - 30 - 0.89

    Membuat Keputusan 7 2 30 0.79 0.96

    Perbezaan Persepsi 8 3 30 0.74 0.89

    Kebergantungantugas

    Perbezaan Matlamat 11 6 30 0.72 0.90

    Sistem Ganjaran 6 1 30 0.81 0.86Sumber Terhad 6 2 30 0.79 0.91

    Bidang Kuasa 5 - 30 - 0.94

    StrukturOrganisasi

    Desakan Perubahan 5 1 30 0.83 0.86

     Nilai 4 - 30 0.87

    Emosi 6 2 30 0.68 0.96

    Bahagian C

    Peribadi

    Tingkahlaku 5 1 30 0.67 0.86

    Konflik terpendam 4 - 30 - 0.84

    Konflik dinampak 4 - 30 - 0.81

    Konflik dirasai 4 - 30 - 0.83

    Bahagian D Tahap Konflik

    Konflik terbuka 5 1 30 0.80 0.82Gaya integratif 7 - 30 - 0.89

    Gaya mengelak 6 - 30 - 0.92

    Gaya menguasai 5 - 30 - 0.90

    Gaya menyesuai 6 - 30 - 0.92

    Bahagian E Gaya PengurusanKonflik

    Gaya berkompromi 4 - 30 - 0.88

    Bahagian F Kesan konflik 14 1 30  0.94 0.94

  • 8/20/2019 BAB 3 kjian

    26/48

      142

      Berdasarkan Jadual 11b, kesan daripada pengguguran beberapa item yang

    mempunyai nilai korelasi yang terendah telah meningkatkan nilai alpha untuk

    konstruk dan komponen dalam soal-selidik. Pengkaji telah menggugurkan 21 item

    yang mempunyai nilai alpha yang rendah dari Bahagian C tentang faktor konflik

    semasa menjalankan ujian korelasi antara item. Kesan daripada pengguguran 21

    item, nilai koefisien alpha telah meningkat dari 0.79 kepada 0.82. Manakala bagi

    Bahagian D tentang tahap konflik, pengkaji telah menggugurkan satu item yang

    menunjukkan koefisien alpha yang terendah dari instrumen soal selidik semasa

    menjalankan ujian korelasi antara item. Kesan daripada pengguguran item tersebut

    telah meningkatkan koefisien alpha dari 0.92 kepada 0.94.

    Pengkaji tidak menggugurkan sebarang item dari Bahagian E tentang gaya

    mengurus konflik kerana bahagian tersebut dipinjam daripada instrumen ROC II.

    Setelah kajian rintis dijalankan, bahagian gaya mengurus konflik menunjukkan

    tahap kebolehpercayaaan yang tinggi iaitu nilai alpha sebanyak 0.84. Manakala

     bagi Bahagian F tentang kesan konflik, pengkaji telah menggugurkan satu item

    yang mempunyai alpha yang rendah dari instrumen semasa menjalankan ujian

    korelasi antara item. Kesan daripada pengguguran item tersebut telah

    meningkatkan koefisien alpha dari 0.90 kepada 0.95.

    3.4.3 Kajian Rintis Peringkat Ketiga

    Peringkat ketiga kajian rintis dijalankan pada bulan Ogos hingga September

    tahun 2005 di dua buah sekolah menengah di daerah Kluang di negeri Johor.

    Sasaran kajian rintis peringkat ketiga adalah hanya bertumpu kepada pentadbir

  • 8/20/2019 BAB 3 kjian

    27/48

      143

    sekolah sahaja. Kajian rintis ini melibatkan 16 orang pentadbir sekolah yang

    merangkumi pengetua-pengetua, guru-guru penolong kanan, penyelia petang dan

    guru-guru bidang. Tujuan kajian rintis pada peringkat ketiga adalah untuk

    memastikan pentadbir sekolah memahami item-item dalam Bahagian G yang

     berbentuk separa berstruktur. Selain itu, tujuan melakukan kajian rintis peringkat

    ketiga adalah untuk menentukan kebolehpercayaan dan kesahihan bagi Bahagian G

    (Pendekatan Pengurusan Konflik dan Kejayaan Pengurusan Konflik) dan juga

    Bahagian C, D, E dan F yang telah melalui pindaan semasa kajian rintis peringkat

     pertama dan kedua. Pentadbir sekolah digalakkan untuk membuat komen dan

    cadangan berkaitan dengan item yang terdapat dalam instrumen. Maklumbalas

    daripada kajian rintis disemak uji secara komprehensif. Sekali lagi, tabulasi data

    dan prosidur analisis diaplikasikan dalam data pra-ujian.

    Berdasarkan Jadual 12a di halaman sebelah, pengiraan Cronbach alpha

    digunakan untuk menghasilkan koefisien kebolehpercayaan bagi menentukan tahap

    kekonsistenan dalaman bagi instrumen kajian. Setelah kajian rintis dijalankan,

    koefisien alpha untuk soal-selidik pada Bahagian C tentang faktor-faktor konflik

    adalah sebanyak 0.77, Bahagian D tentang tahap-tahap konflik adalah sebanyak

    0.84, Bahagian E tentang gaya konflik adalah sebanyak 0.82 dan Bahagian F

    tentang kesan-kesan konflik adalah sebanyak 0.93.

  • 8/20/2019 BAB 3 kjian

    28/48

      144

    Jadual 12a: Analisis Ujian Cronbach Alpha untuk Kajian Rintis Ketiga

    Bahagian

    Soal-selidik

    Komponen Bil.

    Item

    Item

    Digugurkan

    Sampel Nilai

    Alpha

    Bahagian C Faktor Konflik 61 Tiada 16 0.77 

    Bahagian D Tahap Konflik 16 Tiada 16 0.84 

    Bahagian E Gaya Konflik 28 Tiada 16 0.82 Bahagian F Kesan Konflik 13 Tiada 16 0.93 

    Jadual 12b: Analisis Ujian Korelasi antara Item untuk Kajian Rintis Ketiga

    Bahagian

    Instrumen Soal-

    selidik

    Domain Item Bil.

    Item

    Sampel Alpha

    Kesukaran Semantik 4 16 0.76

    Ketidak Sefahaman 4 16 0.87

    Gangguan Komunikasi 4 16 0.83

    Komunikasi

    Maklumat Tersembunyi 4 16 0.76Membuat Keputusan 5 16 0.94

    Perbezaan Persepsi 5 16 0.91

    Kebergantun-gan

    tugas

    Perbezaan Matlamat 5 16 0.89

    Sistem Ganjaran 5 16 0.87

    Sumber Terhad 4 16 0.96

    Bidang Kuasa 5 16 0.86

    Struktur

    Organisasi

    Desakan Perubahan 4 16 0.93

     Nilai 4 16 0.88

    Emosi 4 16 0.94

    Bahagian C

    Peribadi

    Tingkahlaku 4 16 0.83

    Konflik terpendam 4 16 0.81

    Konflik dinampak 4 16 0.75

    Konflik dirasai 4 16 0.85

    Bahagian D Tahap Konflik

    Konflik terbuka 4 16 0.83

    Gaya integratif 7 16 0.89

    Gaya mengelak 6 16 0.89

    Gaya menguasai 5 16 0.93

    Gaya menyesuai 6 16 0.93

    Bahagian E GayaPengurusan

    Konflik

    Gaya berkompromi 4 16 0.89

    Bahagian F Kesan konflik 13 16 0.93

    Pendekatan Pengurusan Konflik

    Pengguguran 6 item

    16

    10

    16

    16

    0.82

    0.94

    Bahagian G

    Kejayaan Pengurusan KonflikPengguguran 6 item

    1610

    1616

    0.890.94

  • 8/20/2019 BAB 3 kjian

    29/48

      145

      Untuk mendapatkan anggaran koefisien alpha yang lebih kukuh, pengkaji

    mentabulasikan data dengan menjalankan ujian korelasi antara item bagi semua

    konstruk yang terdapat dalam soal selidik sepertimana yang ditunjukkan dalam

    Jadual 12b. Pengkaji tidak menggugurkan sebarang item dari soal-selidik untuk

     bahagian C, D, E, dan F dalam peringkat kajian rintis yang ketiga setelah

    menjalankan ujian korelasi antara item bagi semua konstruk kerana nilai korelasi

    untuk setiap konstruk adalah melebihi 0.35. Walau bagaimanapun, berdasarkan

    Jadual 12b, pengkaji menggugurkan enam item untuk komponen pendekatan

     pengurusan konflik dan enam item untuk komponen kejayaan pengurusan konflik

    di bahagian G kerana item-item tersebut menunjukkan nilai korelasi yang negatif.

    Kesan daripada pengguguran item-item untuk Bahagian G, nilai koefisien alpha

    telah meningkat dari 0.82 kepada 0.94 untuk komponen pendekatan pengurusan

    konflik dan 0.89 kepada 0.94 untuk komponen kejayaan pengurusan konflik

    3.4.4 Penyemakan dan Pengesahan Instrumen Melalui Ahli Pakar

    Sebagai memenuhi prosidur menentusahkan instrumen, pengkaji telah

    mendapatkan pandangan tiga orang panel pakar dari Fakulti Pendidikan yang mahir

    dalam bidang pengurusan iaitu Profesor Dr. Sharifah Mohd. Nor dan Profesor

    Madya Dr. Petri Zabariah Megat Abdul Rahman dari Universiti Putra Malaysia

    serta Dr. Haji Mohammed Sani b. Hj. Ibrahim dari Universiti Kebangsaan Malaysia.

    Proses penyemakan dan pengesahan instrumen melalui ahli pakar dijalankan dalam

    tiga pusingan. Pusingan pertama adalah meminta jasa baik ahli pakar untuk

    memberi pandangan dan menyemak instrumen soal-selidik kajian yang telah

    melalui tiga peringkat kajian rintis. Setelah memperolehi balik maklumbalas

  • 8/20/2019 BAB 3 kjian

    30/48

      146

    daripada ketiga-tiga orang panel pakar, pengkaji kemudian berbincang dengan

    kedua-dua orang penyelia untuk tujuan permurnian terhadap instrumen. Kemudian

     pengkaji menghantar instrumen yang telah dipinda dan diubahsuai kepada ahli

     panel pakar untuk mendapatkan penyemakan semula secara mendalam. Setelah

    memperolehi balik maklumbalas daripada ketiga-tiga orang panel pakar, pengkaji

    kemudian berbincang dengan kedua-dua orang penyelia untuk tujuan permurnian

    terhadap instrumen. Kemudian pengkaji menjalankan kajian rintis peringkat yang

    keempat dengan tujuan menguji sekali lagi kebolehpercayaan soal-selidik yang

    telah dimurnikan. Kajian rintis peringkat yang keempat ini dijalankan di seluruh

    negeri Johor yang merangkumi semua daerah di negeri Johor. Setelah

    memperolehi dapatan kajian rintis, beberapa item digugurkan untuk meningkatkan

    nilai alpha bagi komponen item dalam soal-selidik. Kemudian pengkaji

    menghantar instrumen yang telah dimurnikan dan borang semakan semula pindaan

    kandungan instrumen kepada tiga orang panel pakar untuk menentusahkan semula

    instrumen yang telah dimurnikan. 

    3.4.5 Kajian Rintis Peringkat Keempat

    Peringkat keempat kajian rintis dijalankan pada bulan Januari tahun 2006

    yang melibatkan 19 buah sekolah di sembilan buah daerah (Kluang, Batu Pahat,

    Johor Bahru, Kulai, Mersing, Muar, Pontian dan Segamat) di negeri Johor. Kajian

    rintis ini melibatkan 400 orang sampel yang terdiri daripada 364 orang guru dan 36

    orang pentadbir sekolah menengah. Tujuan kajian rintis pada peringkat keempat

    adalah untuk menguji kebolehpercayaan soal-selidik yang telah dimurnikan melalui

     penyemakan ahli-ahli pakar dan perbincangan dengan dua orang penyelia pengkaji.

  • 8/20/2019 BAB 3 kjian

    31/48

      147

    Maklumbalas daripada kajian rintis disemak uji secara komprehensif. Sekali lagi,

    tabulasi data dan prosidur analisis diaplikasikan dalam data pra-ujian.

    Berdasarkan Jadual 13a di halaman sebelah, pengiraan Cronbach alpha

    digunakan untuk menghasilkan koefisien kebolehpercayaan bagi menentukan tahap

    kekonsistenan dalaman bagi instrumen kajian. Nilai koefisien alpha untuk soal-

    selidik bagi Bahagian C tentang faktor-faktor konflik adalah sebanyak 0.89 setelah

    menjalankan ujian analisis bagi kajian rintis peringkat keempat. Manakala nilai

    koefisien alpha untuk Bahagian D tentang tahap-tahap konflik adalah sebanyak 0.73,

    Bahagian E tentang gaya konflik adalah sebanyak 0.72, Bahagian F tentang kesan-

    kesan konflik adalah sebanyak 0.80 dan Bahagian G tentang pendekatan

     pengurusan konflik adalah sebanyak 0.88 dan kejayaan pendekatan pengurusan

    konflik adalah sebanyak 0.87.  Untuk mendapatkan anggaran koefisien alpha yang

    lebih kukuh, pengkaji mentabulasikan data dengan menjalankan ujian korelasi

    antara item bagi semua konstruk yang terdapat dalam soal selidik sepertimana yang

    ditunjukkan dalam Jadual 13b. Pengkaji telah menggugurkan dua item dari

    Bahagian C tentang faktor konflik semasa menjalankan ujian korelasi antara item.

     Nilai koefisien alpha masih kekal pada 0.89 kesan daripada pengguguran dua item

    dari komponen faktor konflik dalam Bahagian C. Walau bagaimanapun, pengkaji

    tidak menggugurkan sebarang item dari Bahagian D, E dan F dalam peringkat

    kajian rintis yang keempat kerana nilai korelasi dalam ujian korelasi antara item

    untuk setiap konstruk adalah melebihi 0.35 (Jadual D1 dan D2 dan ujian korelasi

    antara item di bahagian lampiran).

  • 8/20/2019 BAB 3 kjian

    32/48

      148

    Jadual 13a: Ujian Cronbach Alpha untuk Kajian Rintis Keempat

    Bahagian

    Instrumen

    Soal-selidik

    Komponen Bil.Item

    Penggu

    -guran

    item

    Sampel Alpha Sebelum

    Pengguguran

    item 

    Alpha SelepasPengguguran

    item 

    Bahagian C Faktor Konflik 61 2 400 0.89 0.89Bahagian D Tahap Konflik 16 - 400 - 0.73 

    Bahagian E Gaya Konflik 28 - 400 - 0.72 

    Bahagian F Kesan Konflik 13 - 400 - 0.80 Pendekatan Pengurusan Konflik  12 - 36 - 0.88 Bahagian GKejayaan Pengurusan Konflik 12 - 36 - 0.87 

    Jadual 13b: Ujian Korelasi antara Item untuk Kajian Rintis Keempat

    Bahagian

    Instrume

    Soal-selidik

    Domain Korelasi Antara Item Bil.Item

    Penggu-

    guran

    item

    Sampel Alpha Sebelum

    Penggu-

    guran

    item 

    Alpha Selepas

    Penggu-

    guran

    item 

    Kesukaran Semantik 4 - 400 - 0.71

    Ketidak Sefahaman 4 - 400 - 0.71

    Gangguan Komunikasi 4 - 400 - 0.70

    Komunikasi

    Maklumat Tersembunyi 4 - 400 - 0.71

    Membuat Keputusan 5 - 400 - 0.76

    Perbezaan Persepsi 5 - 400 - 0.76

    Kebergantungan

    tugas

    Perbezaan Matlamat 5 - 400 - 0.75

    Sistem Ganjaran 5 1 400 0.78 0.70

    Sumber Terhad 4 - 400 - 0.72

    Bidang Kuasa 5 1 400 0.59 0.73

    Struktur

    Organisasi

    Desakan Perubahan 4 - 400 - 0.71

     Nilai 4 - 400 - 0.70

    Emosi 4 - 400 - 0.71

    Bahagian C

    Peribadi

    Tingkahlaku 4 - 400 - 0.72

    Konflik terpendam 4 - 400 - 0.71

    Konflik dinampak 4 - 400 - 0.73

    Konflik dirasai 4 - 400 - 0.72

    Bahagian D Tahap Konflik

    Konflik terbuka 4 - 400 - 0.71

    Gaya integratif 7 - 400 - 0.78

    Gaya mengelak 6 - 400 - 0.75

    Gaya menguasai 5 - 400 - 0.71

    Gaya menyesuai 6 - 400 - 0.77

    Bahagian E Gaya

    Pengurusan

    Konflik

    Gaya berkompromi 4 - 400 - 0.70

    Bahagian F Kesan konflik 13 - 400  - 0.80

    Pendekatan Pengurusan Konflik 12 - 36 - 0.88 Bahagian G

    Kejayaan Pengurusan Konflik 12 - 36 - 0.87 

  • 8/20/2019 BAB 3 kjian

    33/48

      149

      Permurnian instrumen soal-selidik yang telah melalui proses penyemakan

    dan pengesahan ahli pakar serta empat peringkat kajian rintis telah menghasilkan

    instrumen kajian yang digunakan untuk mengumpul data

    3.5 Pentadbiran Instrumen Soal Selidik

    3.5.1 Cara Mentadbir Instrumen Soal Selidik

    Kajian ini hanya dijalankan setelah pengkaji memperolehi kebenaran

    daripada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan (EPRD) di

    Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan

    Daerah (PPD). Setelah memperolehi kebenaran daripada pihak berkuasa, pengkaji

    menghantar surat rasmi yang mengandungi tujuan dan signifikan kajian kepada

    sekolah-sekolah kajian untuk meminta kebenaran daripada pengetua bagi

    menjalankan kajian di sekolah mereka. Kajian ini dijalankan setelah mendapat

     persetujuan dan kebenaran daripada pengetua-pengetua sekolah berkenaan.

    Pengkaji menggunakan dua kaedah iaitu dengan pergi sendiri ke sekolah-sekolah

    kajian dan menggunakan kemudahan pos untuk mentadbir borang soal-selidik

    kajian.

    Prosidur melawat ke sekolah-sekolah kajian untuk mentadbir borang soal-

    selidik ini dijalankan di kebanyakan sekolah-sekolah yang terletak di bandar.

    Semasa melawat ke sekolah-sekolah kajian, pengkaji berjumpa dengan pengetua

    sekolah untuk menerangkan sekali lagi tujuan dan signifikan kajian yang dijalankan.

    Ada kalanya, pengkaji diarahkan oleh pengetua untuk berjumpa dengan kaunselor

    ataupun Guru Penolong Kanan 1 untuk mentadbir borang soal-selidik kajian.

  • 8/20/2019 BAB 3 kjian

    34/48

      150

    Pengkaji menjalankan prosidur mentadbir instrumen soal-selidik berstruktur

    dengan menyerahkan borang soal-selidik kepada guru-guru dan pentadbir sekolah.

    melalui bantuan kaunselor. Pengkaji memberi taklimat ringkas kepada responden

    tentang latarbelakang diri pengkaji serta tujuan dan signifikan kajian ini dijalankan.

    Pengkaji juga memberi sebab-sebab yang kukuh untuk responden bekerjasama

    dengan menerangkan kepada mereka tentang sifat neutral pengkaji di dalam

    mengenalpasti cara mereka menyelesaikan konflik di sekolah. Selain itu, pengkaji

     juga menyatakan kepada pihak responden bahawa tujuan sebenar kajian ini

    dijalankan adalah bukan untuk menilai pihak responden tetapi untuk kajian semata-

    mata sahaja dan segala maklumat yang didedahkan kepada pengkaji adalah

    dirahsiakan. Pengkaji memastikan kerahsiaan responden melalui kaedah

    ‘ketanpanamaan’ (“anonymity”) dalam borang soal-selidik untuk mengelakkan

    sensitiviti responden tentang konflik di sekolah. Seterusnya, pengkaji berada

     bersama-sama dengan responden kajian selama setengah jam untuk memberi

     penerangan yang jelas mengikut peringkat demi peringkat mengenai cara

     pengendalian borang soal-selidik supaya responden dapat memahami kehendak

    kajian.

    Guru-guru dan pentadbir digalakkan supaya menanya pengkaji untuk

    menerangkan mana-mana item yang kurang difahami. Respon guru-guru dan

     pentadbir sekolah terhadap borang soal-selidik ini dibuat secara berperingkat-

     peringkat mengikut bahagian bagi mengelakkan sebarang kekeliruan. Pihak

     pentadbir sekolah diberi masa tambahan sebanyak satu jam untuk menjawab

     borang soal-selidik separa berstruktur tentang campurtangan mereka dalam

  • 8/20/2019 BAB 3 kjian

    35/48

      151

     pengurusan konflik. Pada masa yang sama, pengkaji mengedarkan kertas lampiran

    kepada pentadbir untuk dijadikan panduan bagi menjawab soal-selidik separa

     berstruktur. Kertas lampiran yang diedarkan mengandungi huraian terperinci

    tentang 12 pendekatan pengurusan konflik yang berfungsi sebagai rujukan untuk

    menjawab soalan separa berstruktur. Selepas itu, pengkaji mengumpul balik

     borang soal-selidik dengan bantuan Guru Penolong Kanan 1. Kemudian pengkaji

    meminta jasa baik pengetua ataupun Guru Penolong Kanan 1 untuk melengkapkan

     borang pengesahan menjalani kajian dengan menandatangani borang tersebut.

    Selain daripada melawat ke sekolah-sekolah yang terlibat dalam kajian,

     pengkaji juga menggunakan kemudahan pos untuk mentadbir borang soal-selidik

    memandangkan kajian ini melibatkan lebih kurang 80 buah sekolah yang lokasinya

     berselerak di bandar dan luar bandar di empat buah negeri. Pengkaji menggunakan

    kemudahan pos untuk mentadbir soal-selidik di kebanyakan sekolah-sekolah yang

    terletak di pedalaman ataupun di luar bandar. Prosidur mentadbir borang soal-

    selidik melalui kemudahan pos dijalankan dengan menghantar bungkusan yang

    mengandungi 32 set borang soal-selidik kajian disertai dengan surat lampiran yang

    menerangkan tujuan kajian, cara mentadbir soal-selidik serta rujukan lampiran

    untuk menjawab bahagian separa berstruktur kepada sekolah-sekolah yang terlibat

    dalam kajian melalui surat berdaftar. Kemudian pengkaji membuat panggilan terus

     berulangkali kepada pengetua sekolah untuk memastikan soal-selidik telah ditadbir

    dan dihantar balik kepada pengkaji. Tempoh mentadbir soal-selidik dan

    mendapatkan semula soal-selidik kajian dengan menggunakan kemudahan pos

    melibatkan masa dua hingga tiga minggu. Setelah memperolehi balik borang soal-

  • 8/20/2019 BAB 3 kjian

    36/48

      152

    selidik yang telah ditadbir, pengkaji menghantar surat terima kasih kepada

     pengetua sekolah atas kerjasama yang diberikan semasa menjalankan kajian di

    sekolah-sekolah berkenaan.

    3.5.2 Masalah Pentadbiran Instrumen Soal-selidik

    Pengkaji menghadapi pelbagai masalah semasa mentadbir soal-selidik sama

    ada dengan pergi sendiri ke sekolah kajian ataupun dengan menggunakan

    kemudahan pos. Masalah utama yang dihadapi oleh pengkaji ialah kurang

    kerjasama daripada pihak pentadbir semasa mentadbir soal-selidik di sekolah kajian

    walaupun pengkaji menunjukkan surat kebenaran EPRD dan JPN kepada pihak

     pentadbir. Terdapat pentadbir-pentadbir sekolah yang menyerahkan seluruh

     pentadbiran instrumen kepada guru kaunseling dan mengarahkan pengkaji datang

    semula ke sekolah pada hari kemudian untuk mendapatkan balik borang soal-

    selidik dengan alasan bahawa guru-guru sibuk mengajar. Masalah lain yang

    dihadapi oleh pengkaji ialah terdapat segelintir pengetua yang tidak diberitahu

    langsung tentang penerimaan borang soal-selidik melalui pos kerana menghadiri

    kursus di tempat lain. Akibat daripada itu, terdapat sekolah-sekolah yang

    menghilangkan borang soal-selidik sementara menunggu kepulangan pengetua ke

    sekolah. Oleh yang demikian, pengkaji terpaksa mengirim sekali lagi borang soal-

    selidik kepada sekolah-sekolah berkenaan dan ini menyebabkan masa pentadbiran

     borang soal-selidik terpaksa dilanjutkan. Selain itu, pengkaji juga menghadapi

    masalah kesukaran untuk mendapatkan balik borang soal selidik daripada sekolah-

    sekolah tertentu. Selain daripada membuat banyak panggilan ke sekolah dan

  • 8/20/2019 BAB 3 kjian

    37/48

      153

    menghantar surat rasmi ke sekolah, pengkaji juga terpaksa pergi sendiri ke sekolah-

    sekolah kajian yang terletak di pedalaman untuk mendapatkan balik borang soal-

    selidik. Masalah lain yang dihadapi semasa pengkaji mentadbir borang soal selidik

    ialah tiada kerjasama daripada pihak guru untuk menjawab borang soal-selidik

    kerana takut untuk meluahkan masalah sebenar yang dihadapi di sekolah

    memandangkan kajian yang dijalankan adalah agak sensitif. Akibat daripada itu,

     pengkaji terpaksa menggugurkan beberapa buah sekolah dari kajian kerana borang

    soal-selidik yang dipulangkan adalah tidak lengkap dan tidak mencukupi untuk

    menjalani proses analisis data.

    3.6  Kerangka Kaedah dan Tahap Kajian

    Justeru itu, kerangka kaedah dan tahap kajian ini dihasilkan untuk

    membincangkan model konseptual kajian yang berdasarkan kepada beberapa siri

     peringkat seperti punca konflik, tahap konflik, kesan konflik, resolusi konflik dan

    masalah pengurusan konflik. Dalam kerangka kaedah dan tahap kajian, pengkaji

    telah membahagikan kajian pengurusan konflik kepada enam peringkat.

    Berdasarkan kerangka kaedah dan tahap kajian di Rajah 6, pengkaji

    menggunakan enam peringkat untuk mengkaji pengurusan konflik. Empat

     peringkat proses konflik iaitu peringkat faktor konflik, tahap konflik, kesan konflik

    dan gaya pengurusan konflik memperlihatkan peringkat yang dialami oleh guru dan

     pentadbir di sekolah menengah. Manakala dua peringkat lagi iaitu peringkat

     pendekatan pengurusan konflik dan peringkat masalah pengurusan konflik

    memperlihatkan peringkat yang dialami oleh pentadbir di sekolah menengah.

  • 8/20/2019 BAB 3 kjian

    38/48

     

    Rajah 6: Kerangka Kaedah dan Tahap Kajian (berdasarkan soalan kaj

    Peringkat yang dialami oleh guru dan pentadbir sekolah Peringkat

    penta

    Peringkat 1

    Faktor Konflik Peringkat 2

    Tahap Konflik Peringkat 3

    Gaya Pengurusan

    Konflik 

    Peringkat 4

    Kesan

    Konflik 

    Peringkat 5

    Pendekatan

    Pengurusan Konf

    Mengenalpasti faktor-

    faktor kewujudan

    konflik di sekolahmenengah

    i. komunikasi

    ii. struktural

    iii. kebergantungan

    tugasiv. peribadi

    Mengenalpastikan

    tahap-tahap konflik

    i. terpendam

    ii. dinampak

    iii. dirasai

    iv. terbuka

    Mengenalpasti 5 gaya

     pengurusan konflik

    di sekolah menengahmengikut konteks

    i. integratif

    ii. menyesuai

    iii. menguasai

    iv. mengelakv. berkompromi

    Mengkaji kesan

    konflik yang

    dialami oleh gurudan pentadbir

    mengikut konteks

    Membandingkan

    kesan konflik

    mengikut konteks

    Mengenalpasti

     pendekatan

    mengurus konflikyang konstruktif

    Membandingkan

    faktor-faktor

    konflik di sekolah

    menengahmengikut konteks

    Melihat hubungan antara pandangan konflik dengan

    gaya pengurusan konflik

    mengikut konteks.

    Membandingkan gaya

     pengurusan konflikmengikut konteks

    Melihat perbezaan gaya

     pengurusan konflik dalamkonteks interaksi antara

    variabel

    Mengenalpasti

    sumbangan faktor konflik

    terhadapkesan konflik

    Mengenalpasti

    sumbangan gaya pengurusan konflik

    terhadap kesankonflik

    * mengikut konteks bermaksud konteks jawatan, lokasi sekolah, kategori sekolah dan negeri.

    Menunjukkan urutan tahap kajian

  • 8/20/2019 BAB 3 kjian

    39/48

      155

     

    Peringkat pertama melibatkan langkah mengenalpasti punca-punca

    kewujudan konflik. Empat domain faktor utama yang berpotensi mewujudkan

    konflik di peringkat sekolah adalah Domain Komunikasi, Struktur Organisasi,

    Kebergantungan Tugas dan Peribadi. Pengkaji mengemukakan empatbelas sub-

    faktor konflik iaitu kesukaran semantik, ketidaksefahaman dalam komunikasi,

    gangguan komunikasi, maklumat tidak lengkap, nilai, emosi, tingkahlaku, sistem

    ganjaran, sumber sekolah, kuasa, perubahan, perbezaan keputusan, pesepsi, dan

    matlamat untuk menerangkan empat domain faktor utama kewujudan konflik

    dengan terperinci. Empatbelas sub-faktor tersebut diambil daripada adaptasi

    sumber Vecchio (1995), Robbins (1998) dan George & Jones (1999). Hakikatnya,

    sesuatu konflik tidak dapat diatasi jikalau punca asas konflik tidak dapat dikesan.

    Kebiasaannya, semakin awal punca konflik dikenalpasti, semakin mudah konflik

    dapat diatasi. Peringkat pertama juga melibatkan perbandingan faktor-faktor

    konflik di sekolah menengah mengikut konteks iaitu merangkumi jawatan, lokasi

    sekolah, jenis sekolah dan mengikut negeri.

    Peringkat kedua melibatkan langkah mengenalpasti tahap-tahap konflik

    yang dialami oleh sampel kajian. Peringkat ini mengandungi empat tahap konflik

    yang merangkumi tahap konflik terpendam, konflik dinampak, konflik dirasai dan

    konflik terbuka.

    Peringkat ketiga dalam kerangka teori kajian melibatkan langkah

    mengenalpasti gaya pengurusan konflik yang diamalkan oleh guru dan pentadbir

    sekolah berdasarkan kepada lima gaya pengurusan konflik yang diperkenalkan oleh

  • 8/20/2019 BAB 3 kjian

    40/48

      156

    Rahim dan Bonama (1979) dan Rahim (1983). Gaya pengurusan konflik dalam

     peringkat ini merangkumi gaya integratif, menyesuai, menguasai, mengelak dan

     berkompromi. Peringkat ketiga juga melibatkan langkah mengkorelasikan

     pandangan konflik dengan gaya pengurusan konflik mengikut konteks. Selain itu,

     peringkat ini juga membandingkan gaya pengurusan konflik mengikut konteks dan

     juga melihat perbezaan gaya pengurusan konflik dalam konteks interaksi antara

    variabel. Peringkat ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan gaya pengurusan

    konflik di setiap sekolah kajian.

    Peringkat keempat dalam kerangka teori kajian bertujuan untuk

    mengenalpasti kesan-kesan konflik yang berlaku di sekolah iaitu sama ada kesan

    konstruktif ataupun distruktif terhadap sekolah-sekolah kajian. Selain itu, peringkat

    ini juga membandingkan kesan konflik mengikut konteks dan mengenalpasti

    faktor-faktor konflik dan gaya pengurusan konflik yang menyumbangkan kepada

    kesan konflik konstruktif ataupun distruktif. Langkah ini sangat penting untuk

    mengesan angkubah-angkubah yang menyumbangkan sama ada kepada konflik

    konstruktif ataupun distruktif. Langkah ini juga bertujuan mengenalpasti jenis

    strategi tertentu yang dapat meminimakan konflik distruktif dan memaksimakan

    konflik konstruktif. Pentadbir sekolah harus mempunyai kemahiran untuk

    mengurus konflik. Jika konflik bermanfaat kepada organisasi sekolah, pentadbir

    sekolah patut membenarkan konflik berterusan dengan mengawasi perkembangan

    konflik tetapi jika konflik memudaratkan organisasi sekolah maka pentadbir wajar

    mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi konflik. Peringkat kelima dalam

    kerangka kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pendekatan pengurusan konflik

  • 8/20/2019 BAB 3 kjian

    41/48

      157

    yang sesuai di kalangan pentadbir sekolah untuk mengurus konflik. Manakala

     peringkat keenam dalam kerangka kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti

    masalah-masalah pengurusan konflik yang dialami oleh pentadbir sekolah untuk

    mengurus konflik. Kedua-dua peringkat ini bertujuan membantu pentadbir sekolah

    memahami masalah pengurusan konflik dengan lebih mendalam dan menghasilkan

    strategi yang terbaik untuk meningkatkan kesan konflik konstruktif.

    Kesemua elemen pengurusan konflik yang terdapat pada kerangka teori

    kajian dapat dihuraikan dengan lebih terperinci melalui kerangka konseptual kajian.

    3.7 Kaedah Analisis Data

    Soalan-soalan kajian dalam penyelidikan ini dijawab berpandukan statistik

    diskriptif dan inferential. Analisa faktor-faktor konflik, pandangan tentang konflik,

    gaya pengurusan konflik dan kesan konflik diuji melalui beberapa bentuk ujian

    statistik berdasarkan soalan kajian yang diperinci dalam bahagian berikutnya.

    Taburan frekuensi, peratusan dan min dilaporkan untuk kesemua soalan kajian.

    Ujian-t dan Anova digunakan untuk menganalisis soalan kajian yang menyentuh

     perbandingan antara kumpulan sampel. Pengkaji menggunakan ujian-t untuk

    menganalisis soalan kajian yang menyentuh perbandingan di antara dua kumpulan

    sampel iaitu perbandingan dalam konteks jawatan sekolah (yang terdiri daripada

    guru dan pentadbir), lokasi sekolah (yang terdiri daripada sekolah menengah di

     bandar dan sekolah menengah di luar bandar) dan kategori sekolah (yang terdiri

    daripada sekolah menengah kebangsaan dan sekolah menengah bukan kebangsaan).

    Manakala Anova digunakan untuk menganalisis soalan kajian yang menyentuh

  • 8/20/2019 BAB 3 kjian

    42/48

      158

     perbandingan di antara lebih daripada dua kumpulan sampel iaitu dalam konteks

    negeri yang merangkumi empat buah negeri.

    Selain itu, ujian khi kuasa dua digunakan untuk menganalisis soalan kajian

    yang berkaitan dengan variabel yang beraraskan ukuran ‘nominal’. Manakala ujian

    regresi logistik digunakan untuk menganalisis soalan tentang sumbangan variabel

    tak bersandar kepada variabel bersandar dan juga mengkaji secara mendalam

    tentang darjah sumbangan variabel tak bersandar. Jadual 14 meringkaskan kaedah

    menganalisis data untuk setiap soalan kajian dalam penyelidikan ini.

    Berdasarkan kepada Jadual 14, pengkaji menggunakan peratusan, min,

    faktor analisis, ujian t dan ujian ANOVA untuk menganalisis soalan kajian pertama

    iaitu tentang punca-punca utama yang menyebabkan kewujudan konflik di sekolah

    menengah. Peratus dan min digunakan untuk memaparkan skor purata dan taburan

    skor untuk faktor-faktor kewujudan konflik mengikut konteks jawatan, lokasi

    sekolah, kategori sekolah dan negeri serta perbandingan antara semua kategori.

    Pemberat (‘loading’) dalam analisis faktor digunakan untuk mengukur darjah

     penyumbangan domain faktor konflik kepada kewujudan konflik. Ujian-t

    digunakan untuk menentukan sama ada terdapat perbezaan yang signifikan tentang

    faktor-faktor konflik di sekolah menengah mengikut konteks jawatan, lokasi

    sekolah dan kategori sekolah. Manakala ANOVA digunakan untuk mengkaji sama

    ada terdapat perbezaan yang signifikan tentang faktor-faktor utama konflik di

    sekolah menengah merentas empat buah negeri.

    Untuk menganalisis soalan kajian yang kedua, pengkaji menggunakan

    frekuensi, peratusan dan min serta ujian khi kuasa dua untuk menganalisis

  • 8/20/2019 BAB 3 kjian

    43/48

      159

     pandangan konflik yang berkaitan dengan gaya pengurusan konflik di sekolah

    menengah. Frekuensi, peratusan dan min digunakan untuk melihat amalan gaya

     pengurusan konflik di kalangan guru dan pentadbir di sekolah menengah mengikut

    konteks sampel, lokasi sekolah, kategori sekolah dan negeri. Selain itu, ujian khi

    kuasa dua digunakan untuk mengkaji kaitan pandangan konflik dengan gaya

     pengurusan konflik mengikut konteks jawatan, lokasi sekolah, kategori sekolah dan

    mengikut negeri. Manakala nilai koefisien Eta digunakan untuk melihat kekuatan

    hubungan antara pandangan konflik dengan gaya pengurusan konflik.

    Untuk menganalisis soalan kajian yang ketiga, pengkaji menggunakan ujian-

    t dan ANOVA untuk mengkaji perbandingan gaya pengurusan konflik yang

    diamalkan di sekolah menengah. Ujian-t digunakan untuk mengkaji sama ada

    terdapat perbezaan yang signifikan untuk gaya pengurusan konflik mengikut

    konteks jawatan sekolah, lokasi sekolah dan kategori sekolah. Manakala ujian

    ANOVA digunakan untuk mengkaji sama ada terdapat perbezaan yang signifikan

    untuk gaya pengurusan konflik bagi empat buah negeri.

    Untuk menganalisis soalan kajian yang keempat, pengkaji menggunakan

     peratusan, ujian-t, ANOVA dan regresi logistik untuk mengenalpasti sumbangan

    faktor dan gaya pengurusan konflik ke arah kesan yang konstruktif. Analisis

     peratusan digunakan untuk menentukan kesan konflik yang dialami oleh guru dan

     pentadbir mengikut konteks lokasi sekolah, kategori sekolah dan negeri. Ujian-t

    digunakan untuk melihat sama ada terdapat perbezaan yang signifikan untuk kesan

    konflik mengikut konteks jawatan, lokasi sekolah dan kategori sekolah. Manakala

    ANOVA berdasarkan analisis ‘post-hoc’ digunakan untuk melihat kesignifikanan

  • 8/20/2019 BAB 3 kjian

    44/48

      160

     perbezaan kesan konflik di empat buah negeri. Selain itu, ujian regresi logistik

    digunakan untuk mengkaji dengan lebih mendalam tentang sumbangan dan darjah

    konstruktif bagi faktor konflik dan gaya pengurusan konflik terhadap kesan konflik.

    Untuk menganalisis soalan kajian yang kelima yang berbentuk soalan

    separa berstruktur, pengkaji menggunakan frekuensi dan peratus, pengkategorian

    melalui tema-tema dan konsep serta pendiskripsian secara mendalam untuk

    mengkaji campurtangan pentadbir sekolah dalam pengurusan konflik di sekolah

    menengah.

    Analisis data berdasarkan kaedah-kaedah tersebut dalam penyelidikan ini

    dijanakan oleh perisian “Statistical Package for the Social Science” (SPSS).

    Maklumat-maklumat yang terpungut diterjemahkan, dikodkan dan dimasukkan ke

     perisian ini.

    Jadual 14 : Analisis Data Berdasarkan Soalan Kajian.

    Soalan kajian Perkara yang hendak dikaji Ujian Analisis Data

    1.1 

    faktor-faktor kewujudan konflik di

    sekolah masing-masing

    Peratus dan min

    Pemberat (loading) analisis

    faktor untuk domain faktor

    konflik

    1.2  perbandingan faktor-faktor konflik

    di sekolah menengah mengikut

    konteks jawatan, lokasi sekolah,

    kategori sekolah dan negeri

    1.3 

     perbandingan antara semua kategori

    Peratus dan min

    1. Apakah punca-

    punca utama yang

    menyebabkan

    kewujudan konflik

    di sekolah

    menengah? 

    1.4  perbezaan signifikan tentang faktor-

    faktor konflik di sekolah menengah

    mengikut konteks jawatan, lokasi

    sekolah, kategori sekolah dan negeri

    Ujian-t untuk konteks

     jawatan, lokasi dan kategori

    sekolah manakala ANOVA

    untuk konteks negeri

    2.1 

     pandangan tentang konflik di

    kalangan guru dan pentadbir

    mengikut konteks lokasi sekolah,

    kategori sekolah dan negeri

    Frekuensi dan peratus

    2. Sejauhmanakah

    pandangan

    pentadbir dan

    guru terhadap

    konflik berkaitan

    dengan gaya 2.2 gaya pengurusan konflik di sekolah

  • 8/20/2019 BAB 3 kjian

    45/48

      161

    menengah mengikut konteks

     jawatan, lokasi sekolah, kategori

    sekolah dan negeri.

    Peratus dan minpengurusan

    konflik di sekolah

    mereka masing-

    masing? 

    2.3 

    kaitan pandangan konflik dengan

    gaya pengurusan konflik mengikut

    konteks jawatan, lokasi sekolah,kategori sekolah dan negeri.

    Ujian khi-kuasa dua

    untuk melihat kaitan variabel

    dan nilai koefisien Eta untukmelihat kekuatan hubungan

    antara variabel

    3. Adakah terdapat

    perbezaan yang

    signifikan antara

    gaya pengurusan

    konflik yang

    diamalkan di

    kalangan guru

    dan pentadbir di

    peringkat sekolahmenengah? 

    3.1  perbezaan yang signifikan untuk

    gaya pengurusan konflik mengikut

    konteks jawatan sekolah, lokasi

    sekolah, kategori sekolah dan

    negeri.

    3.2  perbezaan yang signifikan tentang

    gaya pengurusan konflik dalam

    konteks interaksi antara variabel.

    Ujian-t untuk konteks

     jawatan, lokasi sekolah dan

    kategori sekolah manakala

    ANOVA untuk konteks

    empat buah negeri

    ANOVA dua hala

    (Analisis interaksi dalan 2

    hala antara variabel)

    4.1 kesan konflik yang dialami oleh

    guru dan pentadbir mengikut

    konteks lokasi sekolah, kategori

    sekolah dan negeri.

    Peratus

    4.2  perbezaan signifikan untuk kesan

    konflik mengikut jawatan, lokasi

    sekolah, kategori sekolah dan

    negeri.

    Ujian-t untuk konteks

     jawatan, lokasi sekolah dan

    kategori sekolah manakala

    ANOVA untuk konteks

    empat buah negeri

    4.3 

    a. sumbangan faktor konflik

    terhadap kesan konflik.

     b. darjah konstruktif faktor konflik

    terhadap kesan konflik.

    Regresi Logistik

    4. Sejauhmanakah

    faktor konflik dan

    gaya pengurusan

    konflik

    menyumbang

    kepada kesan

    konflik yang

    konstruktif di

    peringkat sekolah

    menengah? 

    4.4 (a) sumbangan gaya pengurusan

    konflik terhadap kesan konflik.

    (b) darjah konstruktif gaya

     pengurusan konflik terhadap

    kesan konflik.

    Regresi Logistik

    5.1 masalah-masalah yang dihadapi oleh

     pentadbir sekolah semasa mengurus

    konflik.

    5. Sejauhmanakah

    campurtangan

    pentadbir sekolah

    dalam pengurusan

    konflik di

    peringkat sekolah

    menengah?

    5.2 

    (a) bentuk konflik yang mudah untuk

    diurus oleh pentadbir sekolah

    (b) bentuk konflik yang sukar untuk

  • 8/20/2019 BAB 3 kjian

    46/48

      162

      diurus oleh pentadbir sekolah

    5.3 alasan pentadbir sekolah tentang

    kesukaran mengurus konflik.

    5.4  (a) pendekatan yang paling sesuai

    untuk mengurus konflik disekolah menengah.

    (b)  pendekatan yang tidak sesuaiuntuk mengurus konflik di

    sekolah menengah.

    5.5 

    alasan pihak pentadbir tentang

     pendekatan yang tidak sesuai untukdigunakan di sekolah menengah.

    Frekuensi dan peratus

    Pengkategorian melalui

    tema-tema dan konsep.

    Pendiskripsian

    5.6 kekerapan pendekatan pengurusan

    konflik yang diamalkan oleh

     pentadbir sekolah menengah.

    Frekuensi dan peratus

    5.7  peratusan kejayaan pengurusan

    konflik yang diamalkan oleh

     pentadbir sekolah menengah.

    Frekuensi dan peratus

    5.8  pendekatan lain yang digunakan oleh

     pentadbir sekolah menengah untuk

    mengurus konflik.

    Frekuensi dan peratus

    Pengkategorian melalui

    tema-tema dan konsep.

    Pendiskripsian

    5.9  (a) jenis konflik yang membawa

    manfaat kepada sekolah.

    (b) jenis konflik yang kurangmembawa manfaat kepada

    sekolah

    Frekuensi dan peratus

    5.10 (a) kekerapan pentadbir sekolah

    melaksanakan program

     pengurusan konflik di sekolah.

    (b) 

    kejayaan pentadbir sekolah

    melaksanakan program

     pengurusan konflik di sekolah.

    Frekuensi dan peratus 

    5.11 masa pentadbiran yang digunakan

    oleh pentadbir untuk menguruskonflik di sekolah menengah.

    Frekuensi dan peratus 

  • 8/20/2019 BAB 3 kjian

    47/48

      163

    3.7 Rumusan

    Secara ringkas, bab ini telah membincangkan kesemua aspek yang berkaitan

    dengan soal tatacara penyelidikan. Perbincangan dalam bab ini merangkumi reka

     bentuk kajian, lokasi dan sampel kajian, instrumen kajian, tatacara dan masalah

    mentadbir soal-selidik, kajian rintis, kesahan dan kebolehpercayaan kajian serta

    kaedah menganalisis data kajian. Seperti yang telah dibincangkan, kajian ini

    menggunakan pendekatan kuantitatif yang melibatkan seramai 2076 orang guru dan

    138 orang pentadbir di sekolah menengah. Data dalam kajian ini dikumpul melalui

    soal-selidik bagi menjawab semua soalan kajian. Pengkaji telah menggunakan

    kaedah tinjaun sebagai metodologi penyelidikan untuk mendapatkan data di empat

     buah negeri. Persampelan strata-rawak digunakan untuk memilih sampel bagi

    mewakili populasi guru dan pentadbir di Semenanjung Malaysia. Data melalui

    soal-selidik yang berdasarkan soalan berstruktur dan separa berstruktur dipungut

    untuk menjawab lima soalan kajian yang dibentang melalui statistik diskriptif dan

    inferential. Pengkaji juga amat menitikberatkan aspek-aspek kesahan dan

    kebolehpercayaan instrumen. Instrumen kajian diuji dan disemak melalui empat

     peringkat kajian rintis sebelum digunakan dalam kajian yang sebenar. Tujuan

    menjalankan empat peringkat kajian rintis ialah untuk memastikan instrumen yang

    direka bina itu boleh dipercayai dan keputusan yang diperolehi adalah sahih. Akhir

    sekali, bab ini ditutup dengan mempersembahkan bagaimana data kuantitatif

    ditadbir dan diurus dengan berdasarkan empat konteks iaitu mengikut jawatan

    sampel, lokasi dan kategori sekolah serta negeri. Seterusnya bab empat dalam

    kajian ini akan menghuraikan hasil analisis data.

  • 8/20/2019 BAB 3 kjian

    48/48

      164