18
Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia kepada Murid 2 1 BAHAGIAN KEWANGAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ____________________________________________________________ GARIS PANDUAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN 1MALAYSIA KEPADA MURID DI SEKOLAH AGAMA NEGERI (SAN), SEKOLAH AGAMA RAKYAT (SAR) DAN SEKOLAH SWASTA (PERSENDIRIAN) TAHUN 2014

BAHAGIAN KEWANGAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN · PDF fileSenarai Akuan Penerimaan/Penolakan Bantuan dengan disaksikan oleh dua (2) orang sebagai saksi seperti format di Lampiran 4; dan

  • Upload
    ngodien

  • View
    276

  • Download
    8

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: BAHAGIAN KEWANGAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN · PDF fileSenarai Akuan Penerimaan/Penolakan Bantuan dengan disaksikan oleh dua (2) orang sebagai saksi seperti format di Lampiran 4; dan

Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia kepada Murid 2 1

BAHAGIAN KEWANGAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

____________________________________________________________

GARIS PANDUAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN 1MALAYSIA KEPADA MURID DI SEKOLAH AGAMA NEGERI (SAN),

SEKOLAH AGAMA RAKYAT (SAR) DAN SEKOLAH SWASTA (PERSENDIRIAN)

TAHUN 2014

Page 2: BAHAGIAN KEWANGAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN · PDF fileSenarai Akuan Penerimaan/Penolakan Bantuan dengan disaksikan oleh dua (2) orang sebagai saksi seperti format di Lampiran 4; dan

Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia kepada Murid 2 2

GARIS PANDUAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN 1MALAYSIA KEPADA MURID DI SEKOLAH AGAMA NEGERI (SAN),

SEKOLAH AGAMA RAKYAT (SAR) DAN SEKOLAH SWASTA (PERSENDIRIAN)

TAHUN 2014 ____________________________________________________________ 1. PENDAHULUAN

Pada 25 Oktober 2013, YAB Perdana Menteri Malaysia merangkap

Menteri Kewangan semasa membentangkan Bajet Tahun 2014 telah

meluluskan peruntukan sejumlah RM540 juta untuk pemberian

Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia kepada murid Tahun 1

hingga Tingkatan 5 bagi sesi persekolahan tahun 2014.

2. OBJEKTIF

Pemberian bantuan ini bertujuan meringankan beban perbelanjaan

persekolahan pada awal tahun yang ditanggung oleh ibu bapa atau

penjaga murid.

3. KRITERIA KELAYAKAN

3.1 Murid warganegara Malaysia; 3.2 Bagi murid bukan warganegara salah seorang

ibu/bapa/penjaga mestilah warganegara Malaysia;

3.3 Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau setaraf dengannya bagi

sesi persekolahan tahun 2014; dan

3.4 Bersekolah di Sekolah Agama Rakyat (SAR), Sekolah Agama

Negeri (SAN) dan Sekolah Swasta (tidak termasuk Sekolah-

Page 3: BAHAGIAN KEWANGAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN · PDF fileSenarai Akuan Penerimaan/Penolakan Bantuan dengan disaksikan oleh dua (2) orang sebagai saksi seperti format di Lampiran 4; dan

Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia kepada Murid 2 3

Sekolah Antarabangsa/Ekspatriat) yang berdaftar dengan

Kerajaan.

4. TEMPOH PELAKSANAAN

Pelaksanaan bantuan ini adalah bagi sesi persekolahan tahun 2014

sahaja.

5. KADAR

Kadar bantuan sebanyak RM100.00 bagi setiap murid. 6. AGIHAN BANTUAN

Agihan bantuan akan disalurkan oleh Kementerian Pendidikan

Malaysia (KPM) terus ke akaun sekolah/trustee/tunggal/syarikat

secara berperingkat mulai 15 Januari 2014.

7. TANGGUNGJAWAB KEMENTERIAN / JABATAN

7.1 Bahagian Kewangan, Kementerian Pendidikan Malaysia

(KPM)

a) Mengeluarkan Surat Siaran dan Garis Panduan

Pelaksanaan Bantuan Khas Awal Persekolahan

1Malaysia; dan

b) Menyalurkan bantuan ke akaun sekolah/ trustee/ tunggal/

syarikat sekolah-sekolah berkenaan.

Page 4: BAHAGIAN KEWANGAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN · PDF fileSenarai Akuan Penerimaan/Penolakan Bantuan dengan disaksikan oleh dua (2) orang sebagai saksi seperti format di Lampiran 4; dan

Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia kepada Murid 2 4

7.2 Bahagian Pendidikan Islam (BPI) dan Bahagian Pendidikan

Swasta (BPS)

a) Menyelaras data maklumat sekolah dan bilangan murid

daripada Sektor Pendidikan Islam/Sektor Pendidikan

Swasta, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)/Jabatan Agama

Islam Negeri (JAIN)/Majlis Agama Islam Negeri

(MAIN)/Yayasan Islam Kelantan (YIK) untuk dikemukakan

kepada KPM selewat-lewatnya 31 Januari 2014; dan

b) Menyelaras rumusan agihan Bantuan Khas Awal

Persekolahan 1Malaysia daripada JPN/JAIN/MAIN/YIK

untuk dikemukakan kepada Bahagian Kewangan KPM

selewat-lewatnya pada 15 April 2014.

7.3 Sektor Pendidikan Islam/ Sektor Pendidikan Swasta,

Jabatan Pendidikan Negeri/Jabatan Agama Islam Negeri /

Majlis Agama Islam Negeri/Yayasan Islam Kelantan.

a) Memaklumkan kepada semua sekolah yang layak

mengenai pelaksanaan bantuan ini termasuk

mengedarkan Surat Siaran dan Garis Panduan;

b) Mengesahkan data maklumat sekolah dan murid yang

diterima daripada sekolah beserta salinan penyata akaun

sekolah dan mengemukakan kepada BPI/BPS selewat-

Page 5: BAHAGIAN KEWANGAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN · PDF fileSenarai Akuan Penerimaan/Penolakan Bantuan dengan disaksikan oleh dua (2) orang sebagai saksi seperti format di Lampiran 4; dan

Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia kepada Murid 2 5

lewatnya pada 22 Januari 2014 seperti format di

Lampiran 1;

c) Membuat pemantauan bagi memastikan pelaksanaan

pembayaran bantuan mengikut prosedur dan peraturan

kewangan yang ditetapkan; dan

d) Melaporkan rumusan agihan Bantuan Khas Awal

Persekolahan 1Malaysia kepada BPI/BPS selewat-

lewatnya pada 31 Mac 2014 seperti format di Lampiran 2.

7.4 Sekolah

a) Menyediakan senarai nama murid yang layak dan

dikemukakan kepada JPN/JAIN/MAIN/YIK selewat-

lewatnya pada 15 Januari 2014 seperti format di

Lampiran 3;

b) Mengeluarkan Resit Rasmi Pejabat apabila peruntukan

telah sah dimasukkan ke akaun sekolah/ trustee/ tunggal/

syarikat. Resit hendaklah dikeluarkan atas nama

Setiausaha Bahagian Kewangan, Kementerian

Pendidikan Malaysia dan dikemukakan ke Bahagian

Kewangan KPM;

c) Mengeluarkan wang bantuan daripada bank dan

mengagihkan secara tunai kepada ibu bapa/penjaga/murid

Page 6: BAHAGIAN KEWANGAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN · PDF fileSenarai Akuan Penerimaan/Penolakan Bantuan dengan disaksikan oleh dua (2) orang sebagai saksi seperti format di Lampiran 4; dan

Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia kepada Murid 2 6

dalam tempoh empat belas (14) hari daripada tarikh

bantuan diterima;.

d) Pengagihan bantuan selain daripada wang tunai adalah

TIDAK DIBENARKAN;

e) Sekolah hendaklah mengagih bantuan secara tunai

sepenuhnya. Sebarang pemotongan TIDAK

DIBENARKAN SAMA SEKALI;

f) Memastikan ibu bapa/penjaga/murid menandatangani

Senarai Akuan Penerimaan/Penolakan Bantuan dengan

disaksikan oleh dua (2) orang sebagai saksi seperti format

di Lampiran 4; dan

g) Menghantar Senarai Akuan Penerimaan/Penolakan

Bantuan kepada JPN/JAIN/MAIN/YIK selewat-lewatnya

pada 15 Mac 2014.

8. TATACARA PENGELUARAN WANG

Tatacara pengeluaran wang tunai daripada bank oleh pihak sekolah

mestilah selamat dan mematuhi peraturan kewangan semasa.

Pihak sekolah hendaklah mematuhi kaedah pengeluaran wang tunai

seperti berikut :

8.1 Pengeluaran wang sehingga RM10,000.00 oleh Pengetua/Guru

Besar hendaklah diiringi dua (2) orang guru; atau

Page 7: BAHAGIAN KEWANGAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN · PDF fileSenarai Akuan Penerimaan/Penolakan Bantuan dengan disaksikan oleh dua (2) orang sebagai saksi seperti format di Lampiran 4; dan

Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia kepada Murid 2 7

8.2 Pengeluaran wang melebihi RM10,000.00, Pengetua/Guru

Besar adalah dinasihatkan supaya mengambil langkah-langkah

keselamatan tambahan seperti mendapatkan perkhidmatan

eskot polis jika difikirkan perlu.

9. MURID BERPINDAH SEKOLAH 9.1 Sekolah yang telah membuat agihan bantuan ini kepada murid

yang akan berpindah sekolah, perlu mengecop ‘TELAH BAYAR

BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN 1MALAYSIA’

pada borang perpindahan sekolah murid berkenaan. Ini bagi

mengelakkan berlakunya pertindihan agihan bantuan ini di

sekolah baharu nanti; atau

9.2 Murid yang telah berpindah sekolah dan belum menerima

bantuan ini, hendaklah menuntutnya di sekolah baharu.

10. KEKURANGAN DAN LEBIHAN PERUNTUKAN

10.1 Kekurangan Peruntukan

a) Bagi memastikan tidak ada murid yang tercicir daripada

menerima bantuan ini, pihak sekolah diminta

mendahulukan peruntukan sedia ada sekolah atau

lain-lain peruntukan sekiranya peruntukan asal tidak

mencukupi; dan

b) Pihak sekolah hendaklah mengemukakan permohonan

peruntukan tambahan kepada Bahagian Kewangan, KPM

melalui Sektor Pendidikan Islam/Sektor Pendidikan

Page 8: BAHAGIAN KEWANGAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN · PDF fileSenarai Akuan Penerimaan/Penolakan Bantuan dengan disaksikan oleh dua (2) orang sebagai saksi seperti format di Lampiran 4; dan

Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia kepada Murid 2 8

Swasta, JPN/JAIN/MAIN/YIK bersama Senarai Akuan

Penerimaan/Penolakan Bantuan.

10.2 Lebihan Peruntukan

Sekiranya berlaku lebihan peruntukan, Pengetua/Guru Besar

WAJIB mengembalikan lebihan tersebut kepada Bahagian

Kewangan, KPM melalui cek atas nama “Ketua Akauntan,

Kementerian Pendidikan Malaysia” selewat-lewatnya pada

30 April 2014.

11. PENUTUP

11.1 Semua dokumen bagi urusan terimaan dan bayaran Bantuan

Khas Awal Persekolahan 1Malaysia hendaklah dikemaskini dan

disimpan dengan teratur bagi tujuan pemantauan dan

pengauditan.

11.2 Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan mengenai

pelaksanaan program ini, BPI/BPS,JPN/JAIN/MAIN/YIK

/sekolah boleh menghubungi pegawai Bahagian Kewangan

seperti berikut:-

i) Puan Ramlah binti Mohamad Amin No. Telefon : 03-88847642

No. emel: [email protected]

ii) Encik Mohd. Adyirwan bin Arshad No. Telefon : 03-88847091

No. emel: [email protected]

Page 9: BAHAGIAN KEWANGAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN · PDF fileSenarai Akuan Penerimaan/Penolakan Bantuan dengan disaksikan oleh dua (2) orang sebagai saksi seperti format di Lampiran 4; dan

Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia kepada Murid 2 9

Kementerian Pendidikan Malaysia Bahagian Kewangan, Aras 6 & 7, Blok E12, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 PUTRAJAYA.

Page 10: BAHAGIAN KEWANGAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN · PDF fileSenarai Akuan Penerimaan/Penolakan Bantuan dengan disaksikan oleh dua (2) orang sebagai saksi seperti format di Lampiran 4; dan

Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia kepada Murid 2 10

LAMPIRAN 1

RUMUSAN PERMOHONAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN 1MALAYSIA TAHUN 2014 (DISEDIAKAN OLEH PIHAK JPN/ JAIN/MAIN/YIK DAN DIKEMUKAKAN KEPADA BPI/BPS SELEWAT-LEWATNYA PADA 22 JANUARI 2014)

NEGERI: JABATAN: ALAMAT JABATAN: NO. TELEFON / FAKS: JUMLAH PERMOHONAN: RM…………………………….. SENARAI SEKOLAH YANG LAYAK:

BIL. KATEGORI SEKOLAH

NO. PENDAFTARAN SEKOLAH NAMA SEKOLAH

NO. AKAUN BANK SEKOLAH

NAMA BANK JUMLAH MURID KPM JAIN /MAIN/YIK

Page 11: BAHAGIAN KEWANGAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN · PDF fileSenarai Akuan Penerimaan/Penolakan Bantuan dengan disaksikan oleh dua (2) orang sebagai saksi seperti format di Lampiran 4; dan

Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia kepada Murid 2 11

BIL. KATEGORI SEKOLAH

NO. PENDAFTARAN SEKOLAH NAMA SEKOLAH

NO. AKAUN BANK SEKOLAH

NAMA BANK JUMLAH MURID KPM JAIN /MAIN/YIK

JUMLAH KESELURUHAN

Disediakan oleh: Disahkan oleh: (Tandatangan) (Tandatangan)

Nama: Nama:

No. K/P: No. K/P:

Jawatan: Jawatan:

Tarikh: Tarikh:

Page 12: BAHAGIAN KEWANGAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN · PDF fileSenarai Akuan Penerimaan/Penolakan Bantuan dengan disaksikan oleh dua (2) orang sebagai saksi seperti format di Lampiran 4; dan

Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia kepada Murid 2 12

LAMPIRAN 2

RUMUSAN AKUAN PENERIMAAN/PENOLAKAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN 1MALAYSIA TAHUN 2014 (DISEDIAKAN OLEH PIHAK JPN/ JAIN/MAIN/YIK DAN DIKEMUKAKAN KEPADA BPI/BPS SELEWAT-LEWATNYA PADA 31 MAC 2014)

NEGERI: JABATAN: ALAMAT JABATAN: NO. TELEFON / FAKS: JUMLAH KESELURUHAN LEBIHAN PERUNTUKAN: RM…………………………………………….. JUMLAH KESELURUHAN LEBIHAN/KEKURANGAN PERUNTUKAN: RM…………………….

BIL.

NO. PENDAFTARAN SEKOLAH

NAMA SEKOLAH NO. AKAUN BANK

SEKOLAH NAMA BANK

JUMLAH LEBIHAN

PERUNTUKAN (RM)

JUMLAH KEKURANGAN PERUNTUKAN

(RM) KPM JAIN /MAIN/YIK

Page 13: BAHAGIAN KEWANGAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN · PDF fileSenarai Akuan Penerimaan/Penolakan Bantuan dengan disaksikan oleh dua (2) orang sebagai saksi seperti format di Lampiran 4; dan

Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia kepada Murid 2 13

BIL.

NO. PENDAFTARAN SEKOLAH

NAMA SEKOLAH NO. AKAUN BANK

SEKOLAH NAMA BANK

JUMLAH LEBIHAN

PERUNTUKAN (RM)

JUMLAH KEKURANGAN PERUNTUKAN

(RM) KPM JAIN /MAIN/YIN

JUMLAH KESELURUHAN

Disediakan oleh: Disahkan oleh: (Tandatangan) (Tandatangan)

Nama: Nama:

No. K/P: No. K/P:

Jawatan: Jawatan:

Tarikh: Tarikh:

Page 14: BAHAGIAN KEWANGAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN · PDF fileSenarai Akuan Penerimaan/Penolakan Bantuan dengan disaksikan oleh dua (2) orang sebagai saksi seperti format di Lampiran 4; dan

Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia kepada Murid 2 14

LAMPIRAN 3

BORANG PERMOHONAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN 1MALAYSIA TAHUN 2014 (DISEDIAKAN OLEH PIHAK SEKOLAH DAN DIKEMUKAKAN KEPADA JPN/JAIN/MAIN/YIK SELEWAT-LEWATNYA 15 JANUARI 2014)

KATEGORI SEKOLAH: NO. PENDAFTARAN SEKOLAH: NAMA SEKOLAH: ALAMAT SEKOLAH: NO. TELEFON / FAKS: NO. AKAUN BANK SEKOLAH: PENAMA AKAUN: NAMA BANK: ALAMAT BANK: JUMLAH PERMOHONAN: RM…………………………………………. SENARAI MURID YANG LAYAK:

BIL. NAMA MURID NO. KAD PENGENALAN TAHUN / TINGKATAN

Page 15: BAHAGIAN KEWANGAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN · PDF fileSenarai Akuan Penerimaan/Penolakan Bantuan dengan disaksikan oleh dua (2) orang sebagai saksi seperti format di Lampiran 4; dan

Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia kepada Murid 2 15

BIL. NAMA MURID NO. KAD PENGENALAN TAHUN / TINGKATAN

Disediakan oleh: Disahkan oleh: (Tandatangan) (Tandatangan)

Nama: Nama:

No. K/P: No. K/P:

Jawatan: Jawatan:………………………………………………..

Tarikh: Tarikh:

*(Sila sertakan bersama salinan penyata akaun sekolah yang telah disahkan)

Page 16: BAHAGIAN KEWANGAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN · PDF fileSenarai Akuan Penerimaan/Penolakan Bantuan dengan disaksikan oleh dua (2) orang sebagai saksi seperti format di Lampiran 4; dan

Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia kepada Murid 2 16

LAMPIRAN 4

SENARAI AKUAN PENERIMAAN/PENOLAKAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN 1MALAYSIA TAHUN 2014 (DISEDIAKAN OLEH PIHAK SEKOLAH DAN DIKEMUKAKAN KEPADA JPN/JAIN/MAIN/YIK SELEWAT-LEWATNYA PADA 15 MAC 2014)

KATEGORI SEKOLAH: NO. PENDAFTARAN SEKOLAH: NAMA SEKOLAH: ALAMAT SEKOLAH: NO. TELEFON / FAKS: NO. AKAUN BANK SEKOLAH: PENAMA AKAUN: NAMA BANK: ALAMAT BANK: PERUNTUKAN DITERIMA: RM……………………………… PERUNTUKAN DIAGIH: RM………………………………….. LEBIHAN/ KURANGAN: RM…………………………………..

BIL. NAMA MURID MENERIMA (/) / MENOLAK (X)

NAMA PENERIMA NO. KAD

PENGENALAN PENERIMA

TARIKH TANDATANGAN

PENERIMA

Page 17: BAHAGIAN KEWANGAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN · PDF fileSenarai Akuan Penerimaan/Penolakan Bantuan dengan disaksikan oleh dua (2) orang sebagai saksi seperti format di Lampiran 4; dan

Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia kepada Murid 2 17

BIL. NAMA MURID MENERIMA (/) / MENOLAK (X)

NAMA PENERIMA NO. KAD

PENGENALAN PENERIMA

TARIKH TANDATANGAN

PENERIMA

Pembayar: Saksi: Disahkan Oleh Pengetua/Guru Besar (Tandatangan) (Tandatangan) (Tandatangan)

Nama: Nama: Nama:

No. K/P: No. K/P: No. K/P:

Jawatan: Jawatan: Jawatan:

Tarikh: Tarikh: Tarikh:

Page 18: BAHAGIAN KEWANGAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN · PDF fileSenarai Akuan Penerimaan/Penolakan Bantuan dengan disaksikan oleh dua (2) orang sebagai saksi seperti format di Lampiran 4; dan

Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia kepada Murid 2 18