23
Sari 27 (2009) 143 - 165 Bahasa Jiwa Ilmu: Kes Teori Kenisbian dalam Fizik Teori SHAHARIR MOHAMAD ZAIN ABSTRAK Dalam makalah ini dibentangkan bagaimana Teori Kenisbian Einstein dijiwai bahasa dan sistem nilai bangsa Jerman. Demikian juga dengan pengkritik awal teori ini, Whitehead dan Iqbal yang dijiwai bahasa dan sistem nilai bangsa ibunda mereka masing-masing, Inggeris-Kristian dan Urdu-Islam. Selanjutnya dibuktikan kajian etimologi bahasa Melayu tentang masa sudah boleh digunakan untuk mengkritik Teori Kenisbian ini secara membinanya dan sekaligus menunjukkan potensi baru memperbaiki Teori Kenisbian Barat ini kepada teori yang lebih akrab dengan jiwa Melayu dan tentunya diharapkan dapat menjadi alternatif kepada Teori Kenisbian yang ada kini itu. Kata kunci: Etimologi bahasa Melayu, teori kenisbian Einstein, kosmologi Melayu, kosmologi Inggeris-Kristian, kosmologi Urdu-Islam ABSTRAK We present the nature of Einstein’s Theory of Relativity which is deeply rooted in the German language and values. Similarly, the earlier critics of the theory, Whitehead and Iqbal are shown to be deeply rooted by their respective mother tounges and value systems: the English language and Anglo-Christian values, and the Urdu language and the Indo-Islamic values. Then we prove that the concept of time base on Malay etimology can be used to constructively criticize the Relativity Theory, hence to establish a new potential source of improvement of the Western Relativity Theory. With this finding, it is hoped that the theory would not only become more acceptable by the Malays, but can also hopefully become an alternative to the current Relativity Theory. Key words: Etymology of Malay language, Einstein’s Theory of Relativity, Malay cosmology, English-Christian’s cosmology, Urdu-Islam’s cosmology PENDAHULUAN Biasa disebut “bahasa jiwa bangsa” yang tidak jelas menunjukkan kaitannya bahasa dengan ilmu; walaupun penentuan bangsa terutamanya jika bangsa itu bermaksud negara, iaitu negara-bangsa atau janapada (nasion/nation), maka

Bahasa Jiwa Ilmu: Kes Teori Kenisbian dalam Fizik Teorijournalarticle.ukm.my/1158/1/sari27(1)-2009[09].pdfkorelasi positif antara perkembangan sains negara-bangsa dengan penggunaan

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Bahasa Jiwa Ilmu: Kes Teori Kenisbian dalam Fizik Teorijournalarticle.ukm.my/1158/1/sari27(1)-2009[09].pdfkorelasi positif antara perkembangan sains negara-bangsa dengan penggunaan

143Bahasa Jiwa Ilmu: Kes Teori Kenisbian dalam Fizik TeoriSari 27 (2009) 143 - 165

Bahasa Jiwa Ilmu: Kes Teori Kenisbian dalam Fizik Teori

SHAHARIR MOHAMAD ZAIN

ABSTRAK

Dalam makalah ini dibentangkan bagaimana Teori Kenisbian Einstein dijiwaibahasa dan sistem nilai bangsa Jerman. Demikian juga dengan pengkritik awalteori ini, Whitehead dan Iqbal yang dijiwai bahasa dan sistem nilai bangsaibunda mereka masing-masing, Inggeris-Kristian dan Urdu-Islam. Selanjutnyadibuktikan kajian etimologi bahasa Melayu tentang masa sudah boleh digunakanuntuk mengkritik Teori Kenisbian ini secara membinanya dan sekaligusmenunjukkan potensi baru memperbaiki Teori Kenisbian Barat ini kepada teoriyang lebih akrab dengan jiwa Melayu dan tentunya diharapkan dapat menjadialternatif kepada Teori Kenisbian yang ada kini itu.

Kata kunci: Etimologi bahasa Melayu, teori kenisbian Einstein, kosmologiMelayu, kosmologi Inggeris-Kristian, kosmologi Urdu-Islam

ABSTRAK

We present the nature of Einstein’s Theory of Relativity which is deeply rootedin the German language and values. Similarly, the earlier critics of the theory,Whitehead and Iqbal are shown to be deeply rooted by their respective mothertounges and value systems: the English language and Anglo-Christian values,and the Urdu language and the Indo-Islamic values. Then we prove that theconcept of time base on Malay etimology can be used to constructively criticizethe Relativity Theory, hence to establish a new potential source of improvementof the Western Relativity Theory. With this finding, it is hoped that the theorywould not only become more acceptable by the Malays, but can also hopefullybecome an alternative to the current Relativity Theory.

Key words: Etymology of Malay language, Einstein’s Theory of Relativity, Malaycosmology, English-Christian’s cosmology, Urdu-Islam’s cosmology

PENDAHULUAN

Biasa disebut “bahasa jiwa bangsa” yang tidak jelas menunjukkan kaitannyabahasa dengan ilmu; walaupun penentuan bangsa terutamanya jika bangsa itubermaksud negara, iaitu negara-bangsa atau janapada (nasion/nation), maka

Page 2: Bahasa Jiwa Ilmu: Kes Teori Kenisbian dalam Fizik Teorijournalarticle.ukm.my/1158/1/sari27(1)-2009[09].pdfkorelasi positif antara perkembangan sains negara-bangsa dengan penggunaan

144 Sari 27

adalah hubungan bangsa dengan ilmu dan lebih am lagi tamadun. Ahli bahasamemang membezakan bahasa nasional dengan bahasa janapada nasion. Bahasanasion ialah bahasa lingua franca, bahasa identiti bangsa, bahasa perpaduan,bahasa rasmi, bahasa politik, dan sebagainya bagi sesebuah negara; sedangkanbahasa nasional (yang diterjemah ke dalam bahasa Melayu Malaysia sebagaibahasa kebangsaan) ialah bahasa yang digunakan pemerintah dan kebanyakanrakyat sesebuah negara untuk semua situasi penting, terutamanya sebagai bahasapembangunan, bahasa pendidikan, bahasa ilmu negara tersebut. Teori “bahasakebangsaan” (bahasa nasional) dan “bahasa janapada” (bahasa nasion) initerkenal diutarakan Fishman (1973). Contoh negara yang mengamalkanperbezaan bahasa ini cukup banyak berlaku di Negara Membangun atau NegaraKetiga, dan kini termasuk Malaysia. Kajian atau pandangan tentang hubunganbahasa dengan ilmu yang terawalnya diminati ahli falsafah Eropah abad ke-17ketika mereka mulai mahu meninggalkan bahasa Latin sebagai bahasa ilmu.Antara yang terkenal adalah ahli matematik-falsafah Jerman, Leibniz, yangberhujah tentang pentingnya Jerman menjadikan bahasanya sendiri sebagaibahasa ilmu dan pandangan ini diartikulasikan dengan lebih baik lagi pada abadke-19 oleh ahli falsafah bahasa bangsa Jerman, Herder dan Humboldt, denganmenegaskan bahawa pengucapan sesuatu bangsa dalam bahasanya sendiri ituadalah setara dengan rohani bangsa itu (Hashim 1994); dan oleh itu perbezaanbahasa membawa kepada perbezaan intuisi, fahaman dan tafsiran tentang perkarayang diminatinya. Heidegger, ahli falsafah besar Jerman pada pertengahan abadke-20 itu terkenal dengan falsafah Sein und Zeit ini berhujah bahawa bahasaitulah pembentuk dan tuan manusia, dan bukannya “alat” pemikiran (Gregory2004). Beberapa orang ahli statistik sosial sejak 1960-an lagi menunjukkankorelasi positif antara perkembangan sains negara-bangsa dengan penggunaanbahasa sendiri negara berkenaan seperti kajian Ferguson (1962), Halliday (1979)dan Davies (1991). Ahli sosiologi ilmu pengetahuan abad ke-20 juga banyakmenyumbang kepada kajian tentang hubungan bahasa dengan ilmu dan yangtidak lekang dirujuki orang adalah Ravetz (1971) yang menegaskan perananpositif bahasa terhadap pembanguanan ilmu pengetahuan. Ahli daya pengaryaanjuga membicarakan hubungan bahasa dengan penciptaan ilmu. Ahli yangterkenal di bidang ini de Bono (1991) tidak terkecuali membicarakan hal inisehingga mencetuskan kontroversi kerana katanya bahasa Inggeris bukannyabahasa yang berdaya karya yang hebat. Teori daya pengaryaan yang dikaitkandengan situasi sistem dinamik dalam minda seseorang apabila dia menggunakanbahasanya sendiri sebagai tambahan kepada bahasa ilmu yang sedia ada dalammindanya itu juga telah dibicarakan Shaharir (2005a) dalam konteks TeoriDwicabangan dan Teori Malapetaka (2005a). Perbincangan tentang hubunganbahasa dengan ilmu secara amnya daripada segi pengiktirafan dunia danpenamaan pemilik ilmu atas nama negara-bangsa juga telah dilakukan Shaharir(2005b) dan diperincikannya lagi kemudiannya (Shaharir 2008). Berdasarkankajian tersebut, layak dipopularkan diktum baru “bahasa jiwa ilmu” dan di sini

Page 3: Bahasa Jiwa Ilmu: Kes Teori Kenisbian dalam Fizik Teorijournalarticle.ukm.my/1158/1/sari27(1)-2009[09].pdfkorelasi positif antara perkembangan sains negara-bangsa dengan penggunaan

145Bahasa Jiwa Ilmu: Kes Teori Kenisbian dalam Fizik Teori

juga kami membuktikan benarnya diktum ini dalam bidang sains yang amatberpengaruh dan berprestij, iaitu “Teori Kenisbian Einstein,” “Teori RelativitiEinstein” atau “Teori Relativitas Einstein.”

INTIPATI TEORI KENISBIAN EINSTEIN YANG SARAT NILAI

Teori Kenisbian Einstein (TKnE), atau yang asalnya diistilahkan Einstein (1919)sebagai Relativitatstheorie itu diasaskan pada penghayatan konsep dan falsafahbaru terhadap tabii masa dan ruang. Sebelum Einstein, masa dan ruang dianggapdua kuantiti yang terpisah dan kedua-duanya juga dianggap sebagai perkarayang manusia mengetahuinya secara a priori (asalnya Jerman: Merkmal(s))dan bukannya yang diperoleh secara pengalaman atau emipiris (Jerman:empiriche) atau a posteriori (Jerman: Hinterteil). Ruang (space atau asalnyaJerman: Raum bukannya Abstand, Leartaste, Leerzeichn, Lucke, Platz) adalaha priori 3-matra yang sifat-sifatnya termanifestasi pada bangunan sehebat ahram/piramid itu, bahkan rumah limas di Alam Melayu. Ribuan tahun selepaspembinaan piramid (iaitu abad ke-4M) barulah sifat-sifat asasi ruang (biasadisebut geometri) itu diformalkan ‘Uqlides/Euklid, seorang sarjana diIskandariah/Alexandria (biasa disebut sebagai sarjana Yunani/Grik Purba sahajakerana bahasa karya ini adalah dalam bahasa Yunani, bukan bahasa Mesir),dalam bentuk 5 aksiom (asalnya dinamai postulat) yang dianggap swa-dalildan betul a priori semuanya. Contoh aksiom atau postulat itu adalah “setiapdua titik dapat disambung menjadi satu garis”, dan “setiap garis hanya selaridengan satu garis yang lain sahaja” yang tiada siapa mempersoalkannya, kecualizaman Tamadun Islam yang terhenti dengan runtuhnya tamadun itu pada abadke-14M. Tradisi mengkritik ruang/geometri 3-matra a priori ini dihidupkankembali sarjana Eropah abad ke-17 dan membuahkan ruang/geometri bukan‘Uqlides/Euklid pada abad ke-19, terutamanya ruang/geometri Riemann yangmenjadi inspirasi dan sandaran Einstein. Konsep masa pun demikian juga.“Masa” pada zaman pra-Einstein dianggap hanya kuantiti yang wujud bebasdaripada adanya perubahan atau tidak dan bebas daripada ruang. Tegasnya masaitu adalah mutlak. Fahaman masa yang beginilah yang diutarakan Zeno danParmenides (sarjana Yunani abad ke-5SM) dan dihayati dalam fizik klasik,khususnya oleh Newton. Khususnya, konsep kenisbian dalam fizik Newtontiada hubungan dengan masa: tempoh masa tidak berubah dan keserentakanatau tidak, kekal sepanjang masa. Kant (meninggal 1804) adalah ahli falsafahJerman yang bertanggungjawab mengukuhkan konsep masa dan ruang klasikini menerusi karya agungnya Kritik der Reinen Vernunft yang telah diterjemahke dalam bahasa Inggeris dengan judul Critique of Pure Reason yang sorotanterbarunya dapat ditelaah dalam Gardner (1999). Antara istilah dalam bahasaJerman berhubung dengan konsep masa (zeit dalam bahasa Jerman dan timedalm bahasa Inggeris) diterjemah kepada Inggeris yang mungkin hilang hakikat

Page 4: Bahasa Jiwa Ilmu: Kes Teori Kenisbian dalam Fizik Teorijournalarticle.ukm.my/1158/1/sari27(1)-2009[09].pdfkorelasi positif antara perkembangan sains negara-bangsa dengan penggunaan

146 Sari 27

asalnya adalah Bewu²tsein yang diterjemah sebagai conciousness (menjadikesedaran atau keinsafan dalam bahasa Melayu), wahrnehmung pula diterjemahsebagai perceptions (menjadi persepsi dalam bahasa Melayu), erscheinungenditerjemah sebagai appearances (menjadi wajah atau kemunculan dalam bahasaMelayu) dan anschauung sebagai intuition (menjadi intuisi atau gerak hati dalambahasa Melayu). Maklumat tentang Kant ini diperoleh daripada internet K, Hsieh(2004) dan Faye (t.t).

Konsep dan falsafah Kant itu tidak disenangi seorang sarjana (ahli falsafah)Jerman yang tidak kurang masyurnya, Hegel (meninggal pada 1831) dan beliausering dikaitkan dengan pengasas falsafah kebendaanisme dan dialektisme yangmenjadi asas Marxisme dan komunisme. Padanya konsep dan falsafah Kant itutidak menghayati falsafah masa oleh sebarisan sarjana besar Yunani bermuladengan Hiraklitus disusuli Plato dan Aristoteles tentang nyatanya masa yangtertakrif menerusi perubahan: adanya perubahan itulah masa dan sebaliknya.Hagel mengembangkan falsafah masa ini dengan menegaskan mustahaknyaperubahan, sejarah dan fluks, apabila membicarakan masa. Hegel mengaitkanmasa dengan Geist (bahasa Jerman) yang diterjemahkan oleh setengah sarjanaInggeris sebagai Motion (menjadi Gerakan dalam bahasa Melayu), tetapi yanglain memadankannya dengan istilah keagamaan Kristian, Anima. Mengikutkamus Wikipedia di Internet, Anima adalah bahasa Latin yang bermaksud asyik-maasyuk, rohani dan pati kehidupan; tetapi dalam konteks tradisi Kristian iadipadankan dengan perkataan Yunani, psykhe yang diInggeriskan sebagai psychedan diMelayukan sebagai psike yang cukup akrab dengan “jiwa.” Hegel harapdengan istilah Geist itu, semuanya dapat dijelaskan dalam sebutan hubunganmasa dengan apa juga yang berhubung dengan masa, termasuk Anima dan psike.Mengikut Internet Hegel dikatakannya orang yang meletakkan masa di tempatyang sama dengan ruang sehingga ruang itulah masa dan masa adalah kebenaranruang. Fahaman Hegel juga menjadikan masa bertaraf konsep yang dihubungkandengan keinsafan yang belum pernah diutarakan sebelumnya. Hegel mempra-andaikan “sekarang” sebagai kondisi peletakan diri sendiri satu takat/titik, danbukannya “sekarang” sebagai kejadian/makhluk masa (Berman, 1998).

Fahaman Hegel tentang masa tentunya hanya dapat dihayati sepenuhnyaoleh sarjana berbudaya Jerman. Oleh itu, tidak hairan betapa besarnyakemungkinan Einstein, sebagai sarjana Jerman, terpanggil untuk menghayatinyadengan tidak memisahkan masa dengan ruang, tetapi mengekalkan perbezaan-nya, malah mengaitkan masa dengan kelajuan dalam Teori Kenisbiannnya 1905.Kemudiaan Einstein menjadi begitu tertarik kepada pandangan seorang sarjanabangsanya, bernama Mach (sarjana Austria; meninggal dunia pada 1916) yangmengembangkan falsafah Hegel itu dengan mengetengahkan konsep jisim danjirim yang dianggapnya menjadi penentu segalanya. Mach banyak menyerangpandangan Newton dan penegak Newton tentang ruang/geometri sebagai ilmua priori itu seperti Kant yang terkenal itu. Falsafah Mach yang cuba diterapkanke dalam perluasan Teori Kenisbian Einstein 1905 kepada Teori Kenisbian Am

Page 5: Bahasa Jiwa Ilmu: Kes Teori Kenisbian dalam Fizik Teorijournalarticle.ukm.my/1158/1/sari27(1)-2009[09].pdfkorelasi positif antara perkembangan sains negara-bangsa dengan penggunaan

147Bahasa Jiwa Ilmu: Kes Teori Kenisbian dalam Fizik Teori

Einstein 1917 sehingga masa bukan sahaja tidak bebas kelajuan, tetapi jugabergantung pada taburan jisim (Inggeris: mass; Jerman: Masse) atau jirim(Inggeris: matter; Jerman: Materie) di alam semesta ini. Einstein biasanya tidakpernah mengaku yang beliau terhutang budi/ilmu atau dipengaruhi sarjanasebelum atau sezamannya kecuali Mach. Selain itu, dia mengatakan Mach adalah“penunjuk jalan Teori Kenisbian” dan menamakan satu daripada prinsip dalamTeori Kenisbiannya itu sempena nama Mach, Prinsip Mach (Machprinzip),walau pun ada sarjana yang berpandangan Prinsip Mach ciptaan Einstein initidak menepati pandangan Mach yang asal. Oleh sebab pandangan Mach tentangsains begitu positifis (memenuhi falsafah yang dikenali sebagai positifismemantik (logical positivism atau asalnya, Jerman: logish positivismus)dankebendaanisme (materialism atau asalnya, Jerman: materialismus), makafalsafah Mach amat berpengaruh dalam Golongan Vienna yang membinamazhab positifisme sebagai falsafah sains; dan juga mempengaruhi golongankomunis Marxis. “Prinsip Mach” Einstein itu ialah “inersia sesuatu jasadditentukan semua jasad lain di alam semesta ini.” Sikap Einstein yang tidakmahu/suka mengaku-hormat sumbangan orang lain, memang semakin terdedahdengan tuduhan sebagai plagiaris/penciplak, termasuklah terhadap karyaisterinya sendiri (seorang ahli matematik) dan beberapa orang sarjana yangbesar (kebanyakannya bangsanya sendiri, Jerman). Pertamanya, dia tidak pernahmengaku-hormat kepada Michelson dan Morley 1887 yang membuktikankemutlakan kelajuan cahaya menerusi ujikaji mereka yang masyhur; sebaliknyadia membuat andaian tabii cahaya itu dalam teorinya pada 1905 (dalam ucapanbalasungkawanya kepada Michelson puluhan tahun kemudian sahaja barulahdia membayangkan pengaruh karya Michelson dalam karyanya). Keduanya,dia juga melakukan perkara yang sama kepada ahli matematik besar Perancis,Poincare, yang sebenarnya mengutarakan Teori Kenisbian yang serupadengannya setahun lebih awal daripadanya, walaupun dia bertemu beberapakali dengan Poincare dan oleh itu dipercayai mengetahui karya Poincare itukerana “semua orang” lain di Eropah tahu. Malah Teori Kenibian Khas Einstein(TKnEK) 1905 itu pernah dikenali sebagai Teori Kenisbian Poincare-Einsteinhingga 1920-an sekurang-kurangnya. Ketiganya, dia melakukan perkara yangserupa terhadap Hilbert, ahli matematik Jerman sezamannya, yang memangpernah membicarakan bersama keperluan pembinaan Teori Kenisbian Am itu,dan Hilbert berjaya melakukannya setahun-dua lebih awal daripadanya yangdikatakan diketahui Einstein. Kisah negatif Einstein ini dan lain-lain itu dapatdilihat dalam Bjerkness (2002), Moody (2004), Pavlovic (2000) dan Shaharir(2004a & 2009).

Dengan andaian masa dan ruang berkait dan kontinum, dan ditambah puladengan satu lagi andaian Poincare atau Einstein, iaitu laju cahaya ialah lajuyang terpantas dan mutlak, maka mereka berdua ini secara berasingan berjayamengutarakan hukum gerakan baru yang menjuzuki teori baru dalam astronomimoden walaupun matematik asal Einstein tentang perkara ini masih dipersoalkan

Page 6: Bahasa Jiwa Ilmu: Kes Teori Kenisbian dalam Fizik Teorijournalarticle.ukm.my/1158/1/sari27(1)-2009[09].pdfkorelasi positif antara perkembangan sains negara-bangsa dengan penggunaan

148 Sari 27

ketepatannya kerana hujah-hujah yang lemahnya seperti yang dipaparkan dalambuku Shaharir (2004a) itu.

Bagi membenarkan kemutlakan cahaya itu, kononnya Einstein terpaksamengandaikan tiadanya unsur medium cahaya yang diwarisi berabad lamanyayang dikenali sebagai “akasa” dalam bahasa Sanskrit (menjadi “angkasa” dalambahasa Melayu sekarang dengan makna yang agak berbeza), al-athir dalambahasa Arab yang diLatinkan kepada aether dan diambil oleh Inggeris dalambentuk itu (Jerman mengambil Ather), dan seterusnya diMelayukan sebagaieter (tanpa kesedaran asal-usulnya). Andaian Einstein itu boleh dianggapciplakan kerana cerita hubungan beliau dengan Michelson itu. Michelson (danMorley) memang dianggap orang pertama yang membuktikan tiadanya eterdan kemutlakan cahaya, walaupun kini ujikaji ini pun dipersoalkan keesahannya(Shaharir 2004a). Walau apa pun, TKnEK ini mampu menjelaskan dengan lebihhebat lagi apa-apa yang dapat dijelaskan dengan teori Newton dahulu, tetapidengan lebih bermatematik lagi (suatu yang dikehendaki dalam sains) di sampingmemberi beberapa implikasi baru yang merubah pemikiran ahli sains terhadapmasa, ruang, sukatan (panjang, jisim dan tenaga misalnya), keserentakan dansebab-musabab yang bertentangan dengan fahaman lama.

TKnE Teori Kenisbian/Kerelatifan/Relativiti/Relativitas Einstein TKnEmenjadi terkenal kerana teori ini mampu menjelaskan secara kualitatif tabiipergerakan planet Utarid (Mercury daripada bahasa Latin, Merkurius dan bahasaJerman, Merkur) yang jelas terbukti menerusi cerapan berabad-abad bahawaorbitnya bukan elips, dan ini tidak dapat dijelaskan menerusi teori Newton itu.Ini adalah kerana mengikut teori TKnE ini, orbit setiap planet mengelilingimatahari tidak lagi berada atas satu satah, tetapi meliuk mengelilingi pusat jisimMatahari seperti yang berlaku dengan planet Utarid itu sehingga planet itutidaklah pernah melalui tempat yang sama lebih daripada sekali. Orbit sebeginibiasanya pula diambil oleh “orang awam” bagi mewakili pergerakan elektronmengelilingi sebiji nukleus, suatu langkah pemakaian ilmu yang tidak betul.Malah, inilah satu daripada kelemahan TKnE, iaitu tidak mampu menjelaskantabii dunia atom. Ini dianggap sebagai kelemahan TKnE, selain kelemahan lainyang ditonjolkan Whitehead dan Iqbal yang menunjukkan benarnya “bahasajiwa ilmu” yang dibincangkan secara berasingan seterusnya ini.

KRITIKAN WHITEHEAD TERHADAPTEORI KENISBIAN EINSTEIN

Kritikan TKnE yang terawal dan terkenal adalah daripada sarjana Inggeris yangtidak kurang masyurnya, terutamanya dalam falsafah dan matematik, iaitu AlfredWhitehead, yang amat terkenal dengan falsafah ilmu ciptaannya, bernamaorganisme dan karya falsafah matematiknya bersama Russell (seorang ahlifalsafah-matematik Inggeris yang beroleh Hadiah Nobel Kesusasteraan padatahun 1950) berjudul Principia Matematica. Judul karya ini sahaja dalam bahasa

Page 7: Bahasa Jiwa Ilmu: Kes Teori Kenisbian dalam Fizik Teorijournalarticle.ukm.my/1158/1/sari27(1)-2009[09].pdfkorelasi positif antara perkembangan sains negara-bangsa dengan penggunaan

149Bahasa Jiwa Ilmu: Kes Teori Kenisbian dalam Fizik Teori

Latin, sedangkan semua kandungannya adalah dalam bahasa Inggeris. Ini samadengan kebanyakan karya Melayu sebelum abad ke-20 dengan judul dalambahasa Arab, tetapi kandungannya dalam bahasa Melayu). Misalnya, Sulalahtal-Salatin (karya 1612) dan Alam al-Husab fi ‘Ilm Hisab (karya 1895).Whitehead mengkritik TKnE berasaskan falsafah keagamaan Kristian menerusifalsafah ciptaannya itu dan seterusnya memformulasi Teori Kenisbiannya yangtersendiri yang ternyata tidak dapat menandingi formulasi Einstein atas sebablain, iaitu ateisme, sekularisme dan Zionisme (memihak kepada Einstein) lawanteisme (memihak kepada Whitehead). Namun, kritikan Whitehead memberipengajaran yang amat berguna kepada sesiapa juga: iaitu kritikan yang berakarumbi daripada sistem nilai sendiri yang terbit daripada pegangan agama danpenghayatan bahasa sendiri.

Antara perkara yang tidak disenangi Whitehead adalah kebergantungan“masa Einstien” terhadap pencerap (bahasa Inggeris, observer dan bahasaJerman, beobachter) atau kerangka rujukan (bahasa Inggeris, frame of referencedan bahasa Jerman, der Bezugsrahmen). Selain itu, dia juga tidak senang dengandilasi masa (perubahan panjang-pendek, lambat-bangat masa) antara satu bingkai(pencerap) dengan yang lain, bergantung pada kelajuan dan pecutan/graviti ditempat jam bergerak nisbi dengan jam pegun atau tanpa pecutan/graviti sehinggamenerbitkan “paradoks kembara kembar” yang terkenal itu (yang di roket lambattua) dan “lohong gelap”, “mesin masa”, “kembara masa” dan “paradoks atuk”yang memberi kuasa lain daripada Tuhan untuk mengubah sejarah dan nasibyang lepas dan akan datang. Teori “masa Einstein” juga tidak disenangiWhitehead kerana hilangnya “ciri kesejarahan hidup” atau “ciri laluan,” yangdianggap penting bagi konsep “masa” dan menjadikannya perwakilan ruangsemata-mata. Whitehead juga tidak senang dengan implikasi TKnE yangdigunakan pihak yang anti-Kristian pada zamannya, seperti pihak yang mahumenegakkan ketiadaan kebenaran mutlak menerusi falsafah nisbisme/relatifismedan kebendaanisme-dilektikisme Marxis (yang setiap satunya diperkukuhkanmenerusi TKnE). Dia mahu teori yang tidak mungkin melahirkan tafsiran sepertiini.

Satu lagi implikasi konsep “masa Einstein” yang tidak menyenangkanWhitehead adalah tentang statiknya alam semesta ini; sedangkan Whiteheadberpandangan alam semesta ini suatu struktur “peristiwa-peristiwa” (istilahInggerisnya events yang diberi makna khusus yang lain daripada “peristiwa”Einstein, Ereignissen) yang memiliki ciri yang diungkapkannya sebagai “aliranberdaya karya yang selanjar.” Einstein kemudiannya, iaitu pada tahun 1915,membaiki teorinya kepada teori yang “lebih baik” yang terhapusnya sedikitkritikan Whitehead ini dan teori barunya itu dikenali sebagai Teori KenisbianAm (TKnA), tetapi lazim disebut TKnE atau lebih ringkas lagi TE (Teori Einstein).Namun, semua andaian dalam TKnE itu pun tidak disetujui Whitehead.

Konsep “masa” Einstein yang diperkukuhkan Russell (1925/1997, 1914/1993 & 1953) semata-mata bertitik tolak daripada konsep “keserentakan” yang

Page 8: Bahasa Jiwa Ilmu: Kes Teori Kenisbian dalam Fizik Teorijournalarticle.ukm.my/1158/1/sari27(1)-2009[09].pdfkorelasi positif antara perkembangan sains negara-bangsa dengan penggunaan

150 Sari 27

memang menjadikan “masa” sebagai perwakilan ruang atau “peristiwa” yangtidak disenangi Whitehead. Sebahagiannya kerana Whitehead memangmenganggap Russell yang terkenal dengan pendirian ateis/ mulhid dan anti-agama Kristian itu amat tidak disenangi Whitehead yang dicapnya sebagai“orang sesat,” walaupun mereka berdua pernah akrab dan bersama menciptasejarah besar matematik menerusi Principia Matematica yang telah disebutsebelum ini.

Whitehead menawarkan alternatifnya (Fowler 1975) yang lebih dekatdengan keagamaan Kristian sesuai dengan falsafahnya yang dinamainyaorganisme itu. Organisme itu telah diutarakan Whitehead bagi mengembalikanfalsafah ilmu ke arah keagamaan daripada kesekularan yang sudah begitumenular pada masa itu (awal abad ke-20M) termasuk yang diutarakan rakansekaryanya dalam matematik, Russell dan TKnE. Antara ciri-ciri utamaorganisme adalah bertujuan untuk memberi keunggulan kepada dinamik, prosesdan organik. Yang lebih besar lagi, organisme mengatasi dualisme ataudwicabangisme (yang berasal daripada Descartes dan bermaksud setiap bendaterdiri daripada dua aspek yang terasing, iaitu rohani/minda dan jasmani/bahan);dan menegaskan pengertian tradisi tentang bahan dan mantik subjek-predikattidak mencukupi.

Whitehead (1928/1978) menjelaskan implikasi negatif daripada TKnEmengikut perisa keagamaan dalam konteks falsafah organismenya itu, yangdihuraikan dengan lebih jelas bagi generasi kini lagi oleh Emmet (1966).Falsafah ini membawa makna “masa” (istilahnya “time” dan Einstein, zeit),“diam” (istilah dalam bahasa Inggeris oleh Whitehead, rest; Einstein, Ruhe danbukannya Auflage, Lehne, Raste, Rest, Ruhe, dan Stutze yang kesemuanya bolehdipadankan dengan rest dalam bahasa Inggeris) dan gerakan (istilah Whitehead,motion; Einstein, bewegung dan bukannya Kommen) yang agak berbeza daripadaEinstein yang tidak disetujuinya itu.

Whitehead pun membina konsep “masa” yang alternatif yang dianggapnyalebih benar. Dia menonjolkan hakikat bahawa manusia sedar akan kekiniandan menumpukan kepada persoalan tersebut dan bukannya persoalan“keserentakan” yang dilakukan Einstein dan Russell. Dalam karyanyaProcess and Reality pada 1928 dan dicetak semula pada 1978 itu dia menjelaskanperkara ini dengan panjang lebar dengan menumpukan makna tempo(h) dansekali gus menonjolkan kelemahan teori “masa” Einstein. Sorotan teori masadan teori alternatif TKnEK ini dipaparkan dengan lebih menarik lagi olehFowler (1975).

Prinsip Knisbian Einstein menegaskan bahawa semua sistem inersia (inertialsystem; asalnya tragheitssystem) adalah setara untuk digunakan bagimemerihalkan fenomenon tabii; dan begitu juga halnya berlaku untuk sebarangbingkai rujukan. Dalam Teori Kenisbian Whitehead, andaian ini tiada. Satulagi andaian asasi Einstein yang juga tiada dalam Teori Whitehead adalahkemalaran laju cahaya. Dengan prinsip Kenisbian dan kemalaran laju cahaya,

Page 9: Bahasa Jiwa Ilmu: Kes Teori Kenisbian dalam Fizik Teorijournalarticle.ukm.my/1158/1/sari27(1)-2009[09].pdfkorelasi positif antara perkembangan sains negara-bangsa dengan penggunaan

151Bahasa Jiwa Ilmu: Kes Teori Kenisbian dalam Fizik Teori

Einstein memperoleh hubungan masa dengan ruang menerusi penjelmaan/transformasi yang kemudiannya dikenali sebagai Penjelmaan Lorentz bagimengenangkan teori penjelmaan karya Lorentz yang lebih awal daripada Einsteinyang sama bentuknya dengan yang diperoleh Einstein, walaupun dengan andaianyang berbeza, khususnya tentang kemutlakan cahaya, ekoran ujikaji Michelsondan Morley yang tidak disetujuinya. Whitehead memperoleh rumus yang samatetapi daripada prinsip kinematik dan geometri yang “lebih lemah” (lebih baik)daripada prinsip dan andaian Einstein: (1) keseragaman dan kesimetrian ruang-masa, (2) kesimetrian dan ketransitifan penjelmaan (Yutaka (t.t)).

Mengikut Yutaka (t.t) lagi, Prinsip Kenisbian Einstein selanjutnya adalahmengenai ketaksamaan antara sistem inersia dengan sistem berputar (rotatingsystem atau asalnya, Jerman: Drehsystem) Prinsip ini juga tidak diperaku olehWhitehead. Gantinya, Whitehead mengutarakan suatu pernyataan yang bersifatfalsafah: “Yang menjadi potensi bagi setiap penjadian (becoming) itulah tabiimakhluk (being).” Prinsip ini berasaskan kritikannya terhadap kebendaanismesains, dan penolakannnya terhadap dualisme Cartesan yang membabitkan“dwicabangan alam tabii.” Dalam metafizik Whitehead, penjadian itu lebih asasidaripada makhluk dan ini berupa kebalikan ontologi Aristoteles. Konsep jirimsebagai hypokeimenon alam tabii (istilah Aristoteles dalam bahasa Yunani yangditerjemah ke bahasa Latin sebagai substratum dan kemudiannya didokongioleh bahasa-bahasa Eropah, termasuk Inggeris kecuali Jerman yangmenterjemahnya kepada unterlage), menjadi asas kebendaanisme, sesuai denganpra-anggapan konsep bahan Aristoteles bahawa jirim dikonsepsikan sebagaiMakhluk sebenar yang wujud secara merdeka daripada pempersepsi. Mengikutontologi Aristoteles, Mahkluk mendahului Penjadian kerana Makhluk itudifahaminya sebagai keaktualan Penjadian. Whitehead berpendapat sebaliknya:perkara yang difikirkan sebagai Makhluk bahan itu mestilah ditafsirkan semulasebagai terbitan daripada Penjadian. Oleh itu kategori asasi alam tabii sepatutnyadijumpai dalam “peristiwa” (asalnya events), dan bukan dalam “bahan” (asalnyasubstance). Whitehead mentakrifkan “peristiwa” lain daripada “peristiwa” oranglain, terutamanya “peristiwa” dalam TKnE (asalnya dalam bahasa Jerman,ereignisse dan bukannya veranstalstung, fest) dalam teori Einstein itu.“Peristiwa” Whitehead ialah kejadian reruang-temporal yang tidak semestinyaberupa perubahan pantas; malah ketahanan sesuatu objek ialah juga suatu“peristiwa.” Konsep “peristiwa” Whitehead memang diterangkan denganpanjang lebarnya olehnya yang membabitkan Makhluk dan Penjadian beliauitu. Alam tabii itu sendiri intipatinya suatu penjadian. Satu daripadakesimpulannya adalah “alam tabii adalah kepenjadianan (becomingness)peristiwa dalam sebutan ruang dan masa” dan oleh itu “ruang dan masa adalahpeniskalaan daripada struktur ini”. “Peristiwa” mestilah ditafsirkan sebagai suatubenda yang dipotong daripada keselanjaran ruang-masa yang pra-wujud, tetapiruang-masa itu sendiri suatu peniskalaan daripada keberhubungan. Berkenaandengan istilah Makhluk dan Penjadian, kedua-duanya menjadi dua istilah

Page 10: Bahasa Jiwa Ilmu: Kes Teori Kenisbian dalam Fizik Teorijournalarticle.ukm.my/1158/1/sari27(1)-2009[09].pdfkorelasi positif antara perkembangan sains negara-bangsa dengan penggunaan

152 Sari 27

falsafah Barat yang banyak maknanya; masing-masing diwarnai oleh bahasadan sistem nilai ahli falsafah berkenaan. Dalam tradisi Jerman istilah Makhlukadalah Sein atau Dasein yang diperkatakan hampir setiap ahli falsafah dan yangpaling berlainan dan komprehensif adalah daripada Heidegger. Istilah Penjadiandalam bahasa Jerman adalah Entstehen atau Werdend.

Mengikut Yutaka (t.t), Whitehead tidak bersetuju dengan Einstein yangmempra-anggap jirim (matter, iaitu asalnya: Materie) menentukan reruang-temporal kerana padanya pandangan ini memaksa seseorang memisahkan orangdengan pengalaman persepsinya. Mengikut teori Einstein, yang dipengaruhipandangan Mach itu, sifat-sifat metrik (konsep panjang atau jarak dalam alamsemesta ini) ditentukan sepenuhnya oleh jirim dan ruang-masa “meleding” olehjirim; “kelengkungan” ruang-masa berubah mengikut kehadiran jirim. Inilahyang paling disukai para kebendaanis/materialis, penganut kebendaanisme.Whitehead menolak langsung konsep dan pandangan ini. Padanya jirim itu suatu“adjektif” peristiwa, dan oleh itu jirim tidak boleh mendaga sebarang pengaruhke atas ciri saripati bagi ruang-masa, tetapi ciri itu sewajarnya ditentukan hanyapada aras peristiwa.

Sesuai dengan hasrat dan tujuan Whitehead berfalsafah barunya yangbernama organisme yang sarat dengan keagamaan dan kerohanian itu, mengikutFowler (1975), Whitehead menukar makna atau/dan istilah segala konsep fizikkepada yang baru yang berkonotasi metafizik/kerohanian/keagamaan bukansahaja “masa”, “diam”, “gerakan,” dan “peristiwa” yang telah dibicarakan diatas tetapi kuantiti-kuantiti penting lain dalam TKnE seperti tenaga kepadakemengeningan emosi kuantitatif, bentuk tenaga kepada bentuk spesifik perasaandan vektor bermakna transmisi tertentu daripada tempat lain (bukannya “kuantitibermagnitud dan berarah”) dan lain-lain lagi sehingga membolehkannyamengubah cara berhujah mengenai tafsiran kepada sesuatu natijah dalam TeoriKenisbian beliau atau Einstein itu.

Mengikut Fowler (1975) lagi, ada tiga perkara Whitehead berkonflik deganEinstein:

1. Peranan pengalaman, iaitu aruhan (bagi Whitehead) lawan deduksi (bagiEinstein).

2. Perihal keserentakan, keseragaman alam tabii, sistem-masa selang, dansimetri kinematik; semuanya memenuhi pengalaman serta-merta danlangsung seseorang dalam metafizik. Sebaliknya, prinsip yang dibawaEinstein adalah ciptaan bebas minda dan tidak terbuka kpd pengalamanserta-merta itu.

3. Teori persepsi Whitehead berbeza daripada yang Einstein sehinggamembawa kepada berbezanya doktrin kepenyebaban Whitehead denganyang Einstein. Mengikut teori Whitehead, peristiwa lepas (sebab yang lepas)mempengaruhi masa hadapannya, tetapi tidak semestinya demikian dalamTeori Einstein.

Page 11: Bahasa Jiwa Ilmu: Kes Teori Kenisbian dalam Fizik Teorijournalarticle.ukm.my/1158/1/sari27(1)-2009[09].pdfkorelasi positif antara perkembangan sains negara-bangsa dengan penggunaan

153Bahasa Jiwa Ilmu: Kes Teori Kenisbian dalam Fizik Teori

Namun, setelah dia menerapkan konsep “masa” nya yang nampaknya baruitu ke dalam formulasi Teori Kenisbian yang dianggapnya menjadi alternatifkepada TKnEK itu tidak kesampaian kerana beliau tidak berjaya menerbitkankonsep ruang yang berbeza daripada ruang dalam TKnEK itu. Namun, sepatutnyacara berhujah Whitehead itu popular juga terutamanya di kalangan ahli sainsatau pengajar bidang Kenisbian daripada kalangan yang beragama. Ternyatatidak demikian kerana sukarnya untuk mendapat teori dan cara berhujahWhitehead itu dan sekaligus dengan pendedahan teori dan cara berhujah Einsteindan pengikut-pengikutnya sahaja semuanya sudah termakan dan terasa sedapdengan hidangan itu sahaja. Konspirasi sekularis dan Zionis juga berperananmemperesukkan karya Whitehead ke dalam buku atau makalah sejarah danfalsafah sains dan tidak muncul dalam buku teks Teori Kenisbian. Ini manifestasikekalahan sains teis Barat terhadap sains sekular amnya. Teori KenisbianWhitehead diterbitkan sebagai sebuah buku karyanya oleh CUP (1922) denganjudul Principle of Relativity, dan baru-baru ini diulang terbit oleh Dover Pub.(2004). Mungkin kerana kebangkitan semula sains teis di Barat sedang berlakuekoran daripada kemunculan Teori Reka Bentuk Pintar tentang kejadian alamsemesta (mencabar Teori Deguman yang mendapat sokongan daripada TeoriKenisbiaan Einstein) dan kejadian makhluk (mencabar Teori Evolusi Darwin)itu.

KRITIKAN IQBAL TERHADAP TEORI KENISBIAN EINSTEIN

Bagi Muslim yang terpesona dengan TKnE, dan ingin bergaya bersama dengan“orang yang tidak ketinggalan”, mereka sering menggunakan ayaht al-Qur’an,khususnya Suraht 18 ayaht 11-12 dan 25 (ringkasnya 18: 11-12, 25; tentangmasa yang dialami oleh ash-haab al-kahfi) dan 22:47 (masa penyiksaan diNeraka: 1 hari = 1 ribu tahun di bumi), 32:5 (kepantasan Allah mengurus alamsemesta: kadar masa yang serupa di Neraka itu), dan 70:4 (masa perjalananmalaikat dan ruh untuk mengadap Allah: 1 tahun = 50 ribu tahun di bumi) bagikononnya membuktikan kebenaran TKnE itu tanpa syarat lagi. Ini suatupemadanan yang tergesa-gesa dan tidak wajar kerana “masa” yang disebut didalam ayaht-ayaht al-Qur’an itu bukannya masa alam jasmani kita ini, tetapimasa jenis lain lagi yang setengahnya diakui sarjana Barat, iaitu masa psikologi,nafs atau jiwa (bagi peristiwa ash-haab al-kahfi), dan masa alam nasut danalam lahdut serta masa alam arwah dan alam malakut yang terkenal dalamtasawuf atau ilmu sufi itu (Shaharir 2006 & 2009). Perbezaan masa di planetkita lebih terkenal lagi, tetapi tiada kena-mengena dengan TKnE itu kerana halini berhubung dengan takrif unit masa sahaja, khususnya takrif unit hari dantahun.

Sikap Muslim seperti di atas itu nampaknya begitu menular seperti yangdipersaksikan laman web keIslaman menerusi Google versi bahasa Inggerisatau bahasa Melayu/Indonesia berjudul “Islamic Science,” “Islam and Science,”

Page 12: Bahasa Jiwa Ilmu: Kes Teori Kenisbian dalam Fizik Teorijournalarticle.ukm.my/1158/1/sari27(1)-2009[09].pdfkorelasi positif antara perkembangan sains negara-bangsa dengan penggunaan

154 Sari 27

atau “Relativity in Islam” atau boleh juga di laman “Sains Islam” atau “RelativitiIslam,” “Relativitas Islam” atau “Kenisbian Islam” yang hampir pasti bukansahaja memuatkan perkara tersebut di atas tetapi juga karya Mansour (1990-an?), seorang ahli fizik Mesir, tentang perolehan kelajuan cahaya menerusi Ayahtal-Qur’an 32: 5 yang memberi nilainya hampir benar sama dengan kelajuancahaya yang diandaikan nilainya demikian dalam TKnE itu yang disukat denganalat-alat yang canggih-manggih seperti yang dilakukan Michelson dan Morleyitu. Wardhana (2005), seorang sarjana Indonesia yang swa-belajar TKnE,menghayati cara pendekatan ini (boleh digulung sebagai pendekatanBucailleisme) dan telah dikupas secara berasingan oleh penulis ini (Shaharir2007a, 2009). Penulis-penulis itu tidak juga menghiraukan cabaran daripadapara sekularis Barat dan sebagainya, seperti Carrier (2001) dan sebelumnyaNeumaier (t.t), serta Giron (t.t) yang mencabar Bucailleisme amnya dariperspektif sekularisme yang memang tidak mudah dipatahkan. Baru-baru ini(pada 2005) pun ada sekumpulan penulis berbahas tentang karya Mansour diInternet di bawah “Faith Freedom International” dengan judul “Islam and PseudoScience” yang dimulakan oleh Chessmaniac dan disanggah beberapa oranglain yang nampaknya amatur juga di dalam arena TKnE dan perbahasan merekaitu dirakamkan semula Chessmaniac (2005). Kami telah menjawab balasgolongan sekularis ini (Shaharir 2006) tetapi bukannya dengan caramempertahankan Bucailleisme.

Iqbal sepertilah juga dengan Whitehead yang sezamannya itu tidak senangdangan TKnE kerana teori itu memberi banyak paradoks yang bertentangandengan ajaran agama masing-masing: Kristian bagi Whitehead dan Islam bagiIqbal. Iqbal (1934/2004) banyak mengingatkan kita kembali akan banyaknyasarjana dalam Zaman Tamadun Islam dahulu yang memaparkan “teori masa”masing-masing dan sebahagiannya dibicarakan dan disoroti di sini. Misalnya,katanya tidaklah tepat dakwaan lumrah Barat yang menyatakan Einstein (dankadang-kadang ada juga yang menyebut Poincare) adalah perevolusi konsepmasa dan ruang dengan mengandaikannya tidak boleh dipisahkan. Mengikutsejarah sains Barat, ahli falsafah Jerman yang bernama Hegel itu mendahuluimereka ini. Iqbal menyanggah kesemua ini dengan membawa sejarah sainsIslam. Dia menegaskan pandangan dan teori tidak terpisahnya masa denganruang ini telah dihuraikan secara falsafahnya oleh al-Kindi (dibahasaLatinkanmenjadi Alkindus, dan hidup dalam abad ke-9M) dan dihuraikan lagi Ibn Sina(Avicenna yang hidup pada akhir kurun ke-10 hingga awal kurun ke-11M), IbnHazm (994-1064 di Kordoba, Sepanyol), dan para Mutakallimun (mulai abadke-8M lagi dan sering dianggap berkemuncakkan al-Asy’ari). Iqbal (1934/2004)seterusnnya berpendapat Fakh al-Din al-Razi (Fakhruddin Razi, 543/1149M-606H/1209) adalah sarjana yang memberi perhatian yang paling bersungguh-sungguh terhadap masa dan dianggap oleh Iqbal sebagai sarjana Muslim yangpaling berjaya mentakrifkan “masa” sehinggakan katanya cara-cara sarjana Baratabad ke-20M melihat “masa” (dan “ruang”) dianggap oleh Iqbal hampir sama

Page 13: Bahasa Jiwa Ilmu: Kes Teori Kenisbian dalam Fizik Teorijournalarticle.ukm.my/1158/1/sari27(1)-2009[09].pdfkorelasi positif antara perkembangan sains negara-bangsa dengan penggunaan

155Bahasa Jiwa Ilmu: Kes Teori Kenisbian dalam Fizik Teori

dengan “masa al-Razi” ini. Nampaknya, Iqbal tidak mengetahui Mulla Sadr(sarjana Parsi/Iran abad ke-17) yang membangunkan konsep masa yang lebihcanggih lagi daripada sarjana terdahulu itu, iaitu “masa” bukan sekadar selanjardan bergantung pada gerakan bahan tetapi juga perubahan mutu gerakan/bahanitu. Pada Mulla Sadr, (Sadr al-Din al-Shirazi) gerakan berlaku bukan sahajasecara a‘radh atau ‘aradh (aksiden atau kebetulan) itu tetapi juga secara saripatidan bahan. Gerakan sebegini diistilahkannya sebagai gerakan lintas bahan (trans-bahan; dan fenomenon gerakan ini sebagai “aktualisasi potensi” yang bermaksud“pergerakan hanya berlaku dari kepotensian ke keaktualan,” yang agak berbezadengan pendirian para sarjana sebelumnya seperti Ibnu Sina dll itu. Konsep“potensi dan tindakan” Mulla Sadr berupa teori perubahan yang bitara yangmenjadikan semua fenomenon alam ini (termasuk gerakan) sebagai perkarayang bermakna, hidup dan penuh qasad (tujuan). Perinciannya dalam Andisheh(1999) itu. Konsep masa seperti yang diutarakan oleh Mulla Sadr ini ternyatatidak semuanya ada dalam TKnE itu.

Dengan sebab inilah Shaharir (2004a) merasakan lebih adilnya jika TeoriKenisbian Poincare-Einstein itu dirujuk sebagai Teori Kerelatifan al-Kindi-Poincare-Einstein atau IbnSina-Poincare-Einstein, atau Sadr-Poincare-Einsteinatau ringkasnya, Teori AKISPEN, yang semua nama itu ada dalam singkatan ini.Namun, bagi tujuan perbincangan ini kami juga tetap merujuk Teori Kenisbianitu sebagai TKnE sahaja yang lebih sesuai apabila mengenangkan konsep masasarjana Islam itu masih tidak dihayati sepenuhnya dalam TKnE.

Nampaknya, sarjana Muslim terawal yang terkeluar daripada normaBucailleis dalam isu Teori Kenisbian adalah Iqbal (1934/2004: 31-32), seorangahli falsafah dan pemuisi Islam abad ke-20 yang terkenal itu (walaupunzamannya juga bukannya tidak biasa sarjana Muslim membicarakan sains modenala Bucailleisme itu). Sejak akhir 1920-an, dia menyoroti kupasan sajana besarBarat sezamananya terhadap perkara yang berhubung dengan TKnE, bukansahaja Einstein sendiri, tetapi juga sarjana Perancis, Bergson, Sarjana Jerman,Reichenbach, dan dua orang sarjana agung Inggeris abad ke-20, Whiteheaddan Russell yang terbabit dalam perbincangan konsep masa dan TKnE padazamannya.

Pertamanya, Iqbal menyatakan konsep masa dalam TKnE itu menimbulkan“kesukaran yang besar, iaitu ketakberkenyataan masa”. Katanya lagi, masa dalamTKnE itu suatu yang sudah sedia ada, yang sudah ditetapkan dan telah berlaludan oleh itu masa tidak lagi berupa suatu pergerakan yang berdaya karya yangbebas itu. Einstein memang ada menyatakan “Kelak itu, selama mana puntempohnya, ialah suatu yang semestinya dan ditentukan sebagai yang telah”(Internet E). Seterusnya dia menyatakan, mengikut TKnE itu, kita tidakmenyaksikan sesuatu peristiwa itu berlaku tetapi kita bertemu dengan peristiwaitu. Sepertilah yang dirasai semua orang yang membaca TKnE, Iqbal jugaberpendapat ada sesuatu ciri masa yang dialami seseorang selama ini yang tiadadihayati dalam teori tersebut. Dia seterusnya menyatakan masa dalam TKnE

Page 14: Bahasa Jiwa Ilmu: Kes Teori Kenisbian dalam Fizik Teorijournalarticle.ukm.my/1158/1/sari27(1)-2009[09].pdfkorelasi positif antara perkembangan sains negara-bangsa dengan penggunaan

156 Sari 27

tidak lagi sama dengan tempoh tulen yang diartikulasikan oleh seorang sarjanaPerancis, Bergson (terutamanya karyanya 1889 Essai sur les données immédiatesde conscience yang diterjemah kepada Inggeris 1910, “Time and free will: Anessay on the immediate data of conciousness”). Teori masa Bergson nampaknyabegitu menarik perhatian Iqbal sehingga dihuraikanya semula dengan panjanglebarnya dalam bukunya itu, yang secara tidak langsungnya dianggap lebihbetul daripada teori masa Einstein dalam TKnE, tetapi yang akhirnya dia (suditasi:36-45) menyatakan yang dia masih tidak bersetuju dengan buah fikiran Bergsonitu kerana tidak memenuhi fahaman dan tafsiran beliau tentang “masa” atauistilahnya daripada al-Qur’an, ‘asr dan dahr, sebagai taqdir (pipi 40 dan merata-rata dalam bukunya itu) berdasarkan beberapa Ayat al-Qur’aan (1: 164; 3: 190-91; 10: 6; 24: 44; 23: 80; 25: 58-59, 62; 31: 29; 39: 5 dan 54: 49-50) yangmenjadi sebahagian daripada sandaran hujahnya. Iqbal juga berpendapat konseptempoh dalam TKnE itu bukan sahaja tidak serasi dengan teori masa Bergson,tetapi juga bukannya siri masa yang ditakrifkan Kant, seorang ahli falsafahagung Barat pada akhir abad ke-18M berbangsa Perancis itu, yang menjadi saripati kebersebaban itu.

Iqbal berhujah, jika tempoh itu dianggap masa bersiri, maka dengan pilihankhusus tentang halaju pencerap dan halaju sistem di tempat berlakunya setperistiwa yang dipertimbangkan itu boleh menjadikan akibat atau kesanmendahului sebab dengan memetik karya Reichenbach, sarjana Jerman yangmeninggal 1953, tentang perkara ini. Namun, kami berpendapat Iqbal tidakperlu berhujah sepanjang-lebar seperti itu jika hanya untuk membuatkesimpulannya seperti di atas kerana dalam TKnE sendiri sudah pun menyatakandemikian sehingga satu kuantiti masa baru perlu ditakrifkan yang dinamai“masa wajar” (proper time, atau asalnya, Jerman: eigenzeit) untuk mengambilalih peranan “masa biasa” itu. Walau apa pun, hingga kini tiada sarjana Muslimyang mengupas “masa wajar” dengan “taqdir” yang mungkin bolehmencetuskan inovasi lagi kepada TKnE.

Iqbal juga menghuraikan hubungan masa dengan Kenyataan yang dianggaptidak diwarisi dalam TKnE. Namun, jikalau konsep masa Bergson itu dapatdiwarisi dalam Teori kenisbian baru (yang lebih baik daripada TKnE) itusekalipun beliau menyatakan teori masa Bergson itu nanti tidak serasi denganIslam kerana padanya teori masa Bergson itu membawa kepada masalahdualisme dalam kehendak dan pemikiran yang katanya berpunca daripadafahaman Bergson yang tidak tepat tentang kepintaran. Khususnya Iqbalmenyatakan tidak bersetujunya dia dengan anggapan Bergson bahawa“kepintaran hanyalah kegiatan peruangan; ditentukan hanya oleh jirim, danhanya berkategori mekanis sahaja” dan “pengalaman insaf sebagai sesuatu yangsudah lepas yang bergerak bersama dengan dan beroperasi pada masa sekarang.”Iqbal mengatakan Bergson mengabaikan betapa adanya aspek melihat kelak(masa hadapan) juga dalam “keesaan keinsafan.” Oleh itu bagi Iqbal, Kenyataanada hubungan dengan teleologi yang ditolak Bergson kerana katanya teleologi

Page 15: Bahasa Jiwa Ilmu: Kes Teori Kenisbian dalam Fizik Teorijournalarticle.ukm.my/1158/1/sari27(1)-2009[09].pdfkorelasi positif antara perkembangan sains negara-bangsa dengan penggunaan

157Bahasa Jiwa Ilmu: Kes Teori Kenisbian dalam Fizik Teori

menjadikan masa tidak nyata (real) lagi. Beliau memberi contoh bagaimanateori tempoh Bergson tidak mungkin dapat menjelaskan hakikat adanya sensasiwarna merah yang mengikut teori fizik memerlukan masa 6 ribu tahun untukmenyedarinya, sedangkan manusia menyedarinya hanya sekelip mata Iqbalberhujah dengan panjang lebar tentang kesilapan Bergson itu. Iqbal jugamenggunakan al-Qur’an 25: 58-59 dan 54; 49-50 bagi menunjukkan tempohmasa itu boleh dimodelkan secara bersiri atau tidak bersiri, tetapi semata-matatempoh yang tidak juga sesuai dengan pandangan aliran Asy‘aris tentang masayang berupa silih bergantinya “sekarang-sekarang” atau “kini-kini;” dan lagisekali mengesyorkan taqdir sebagai konsep masa yang paling cocok denganIslam. Pandangan Iqbal itu tidak disambut ahli fizik Muslim sekalipun (mungkinamat jarang yang mengetahuinya pun) bagi tujuan memperbaiki TKnEK, ataumembahas pandangannya sehingga memungkinkan terhasilnya sintesis yanglebih baik.

Sementara itu, Iqbal tertarik dengan konsep “masa” yang diartikulasikanWhitehead yang juga tidak senang dengan teori masa Einstein yang tersiratdalam TKnEK dan menawarkan alternatifnya (Fowler 1975) yang lebih dekatdengan keagamaan sesuai dengan falsafahnya yang dinamainya organisme itu.Satu daripada implikasi konsep “masa” Einstein yang tidak menyenangkanWhitehead (dan juga Iqbal tetapi berasaskan al-Qur’an) ialah tentang statiknyaalam semesta ini; sedangkan Whitehead memerihalkan alam semesta ini suatustruktur peristiwa yang memiliki ciri yang diungkapkannya sebagai “aliranberdaya karya yang selanjar” yang lagi sekali begitu cocok dengan pendirianIqbal. Teori masa Einstein juga tidak disenangi Iqbal dan Whitehead keranahilangnya “ciri kesejarahan hidup” atau “ciri laluan” yang dianggap pentingbagi konsep “masa”, dan menjadikannya semata-mata perwakilan ruang sahaja.Berkenaan dengan hubungan “masa Einstein” yang dihubungkan mereka berduaini dengan statiknya alam semesta itu memang menjadi satu daripada sebabnyakonsep “masa” dalam TKnEK tidak disenangi Iqbal dan Whitehead tanpakesedarannya bahawa Teori Einstein kemudiannya (iaitu 1915 yang dikenalisebagai Teori Kenisbian Am (TKnA) tetapi di sini kami namainya Teori Einsteinyang diringkaskan di sini sebagai TKnE) telah pun membaikinya.

Konsep “masa” Einstein semata-mata bertitik tolak daripada konsep“keserentakan” yang menjadikan “masa” sebagai perwakilan ruang atau“peristiwa” yang tidak disenangi Whitehead itu juga tidak disenangi Iqbal,walaupun alasannya berbeza: satunya keagamaan Kristian dan satu lagi Islam.Namun, Iqbal bersetuju pula dengan pandangan Russell bahawa teori masadalam TKnEK tidak menjadikan teori tersebut bersifat unggulis (iaitu kewujudanmesti menerusi pengalaman) walaupun makna “pengalaman” itu berbeza pula(seperti pengalaman sufi tiada dalam dunia Russell). Mereka bersetuju TKnEKmasih bersifat nyatais, iaitu tidak bergantung pada pencerap, walaupun ini tidaktepat jika mereka berasaskan TKnEK 1905 sahaja. Apapun Iqbal berhujah teorimasa dalam TKnEK tidak serasi dengan konsep masa Islam, iaitu ‘asr, dahr dan

Page 16: Bahasa Jiwa Ilmu: Kes Teori Kenisbian dalam Fizik Teorijournalarticle.ukm.my/1158/1/sari27(1)-2009[09].pdfkorelasi positif antara perkembangan sains negara-bangsa dengan penggunaan

158 Sari 27

waqt: ‘ashr menjadi Suraht 103, al-‘Ashr, dan dahr menjadi Suraht 76, al-Dahr,dan waqt seperti dalam Suraht 2:189 dan terbitannya waaqitu, yang diMelayukansebagai “waktu” tetapi sudah berubah makananya daripada yang asal.

Iqbal tidak mengetahui teori masa Mulla Sadr yang lebih canggih daripadateori masa sarjana Islam sebelumnya yang diketahui dan dirujuk denganbanyaknya oleh Iqbal dalam perbincangannya terhadap masa Islam dalam karyabesarnya (Iqbal 1934/2004). Teori Einstein memang tidak menepati teori masaMulla Sadr kerana rumus tempoh masa atau durasi dalam TKnEK itu tidakmengandungi ruang atau bahan yang dibayangkan sepatutnya ada dalam kedua-dua konsep masa itu. Boleh ditunjukkan kadar perubahan tempoh terhadapgerakan (yang diwakili oleh laju) adalah berkadaran langsung dengan laju danberkadaran songsang dengan tempoh tersebut sahaja; tiada sebutan yang bolehditafsirkan sebagai saripati bahan atau ruang. Ini adalah kelemahan TKnEK yangpatut diatasi.

Whitehead dianggap Iqbal (1934/2004) sebagai sarjana yang paling berjayamenjelaskan implikasi negatif daripada TKnEK mengikut perisa keagamaandalam konteks falsafah keagamaan Kristiannya, iaitu organisme. Bagi Iqbal,model masa Whitehead itu walaupun masih tidak mencukupi sepenuhimpiannya, tetapi sudah menenangkan jiwanya sedikit sehingga dia sanggupmenyatakan bahawa pelajar Muslim akan lebih selesa dengan konsep masaWhitehead daripada Einstein. Ini mungkin kerana Whitehead mementingkanpengalaman (walaupun bukannya “pengalaman dalaman kesufian” yangnampaknya disanjungi Iqbal), teori persepsi dan prinsip kepenyebaban yanglebih meyakinkan agamawan dan ahli sains teis. Iqbal nampaknya bersetujudengan konsep “masa” yang diartikulasikan Whitehead menerusi falsafahorganisme, kerana mungkin dia mengkhayali pengubahsuaian cara berfikirseperti Whitehead itulah akhirnya akan mampu menerbitkan teori kenisbianyang membawa nilai dalam taqdir itu (konsep masa tajaan beliau). Namun,harapan itu tinggal harapan sahaja. Tiada sambutan sarjana Muslim atau sarjanateis lain yang melakukannya hingga kini.

Kini, pendekatan Whitehead itu bersekali dengan falsafah organismenyaitu telah ditenggelami gerakan sekularisme sains dan pengagungan Einsteinyang luar biasa itu. Rasanya amatlah sedikit ahli sains Muslim mengetahuikupasan dan harapan Iqbal terhadap Teori Kenisbian Einstein dan Whitehead.Yang tinggal hanya kritikan terhadap kelemahan teori Whitehead seperti olehBahm (1972), walaupun kritikan terhadap kelemahan teori Einstein itu bukandalam konteks sistem nilai keagamaan juga semakin banyak seperti yang disebutsebelum ini. Walau apapun, oleh sebab segala rumus dalam TKnEK itu jugaberlaku dalam Teori Kenisbian Whitehead, dan oleh sebab segala implikasimatan fizik dan astronomi daripada kedua-dua teori itu sama sahaja, makapersoalan kelemahan kedua-dua teori tersebut dalam konteks peranannyamenjelaskan fenomenon alam tabii dan kuasa ramalannya tetap berlaku (Shaharir2004a, 2007b & 2009) dan aspek ini Iqbal berdiam diri sahaja.

Page 17: Bahasa Jiwa Ilmu: Kes Teori Kenisbian dalam Fizik Teorijournalarticle.ukm.my/1158/1/sari27(1)-2009[09].pdfkorelasi positif antara perkembangan sains negara-bangsa dengan penggunaan

159Bahasa Jiwa Ilmu: Kes Teori Kenisbian dalam Fizik Teori

TABII MASA MELAYU DARIPADA KAJIAN ETIMOLOGINYA

Tabii “masa” atau “waktu” dalam tamadun rumpun Melayu dapat diketahuisedikit-sebanyaknya menerusi kajian etimologi dan perkataan lain yangberhubung dengannya seperti “kala” dan tempoh daripada bahasa Sanskrit)dahulu, telah, lepas, tadi, sakni, sat, kini, sekarang, la, kelak, akan, akan datang,hari muka, ketika dan lain-lain lagi. Kemudian, tabiinya yang lebih dalam lagidapat diketahui menerusi penggunaannya, ungkapannya dan ayatnya,termasuklah peribahasa seperti “masa itu emas,” “masa berlalu,” “masa akandatang,” “masa tidak menunggu kita,” “mengejar masa,” “masa berlalu,” “masayang sempit” dan “masa lapang” daripada bahasa-bahasa suku kaum rumpunMelayu, seperti Jawa, Minangkabau, Bugis, Tagalog dan Papua. Apa juga konsep“masa” atau “waktu” yang terbit daripada kajian ini adalah asli “masa” RumpunMelayu yang berbeza daripada bangsa lain dan oleh itu berpotensi menerbitkansains atau teori dan falsafah masa dan seterusnya fizik kenisbian yang baru danlebih baik daripada fizik kenisbian Barat yang seolah-olah menjadi semesta itu.Sebahagiannya memang sudah dikaji Asmah (2000) dan penulis ini cuma inginmencungkil hasil kajiannya itu daripada perspektif teori masa Barat yangdipelajari menerusi fizik kenisbian yang disekutukan dengan Einstein, fizikquantum, dan pandangan ahli-ahli falsafah Barat terhadap masa yang tidaksemestinya sejajar dengan masa dalam fizik kenisbian dan fizik quantum.

Sarjana di Alam Melayu nampaknya tidak begitu mengikuti perkembanganilmu falak dan astronomi selepas abad ke-20M yang dipenuhi penerapan TKn,walaupun penulis dimaklumkan oleh Mohd Zaidi, seorang berijazah dari Pondokyang gigih mengenengahkan kehebatan pengajian Pondok dan Pesantren diAlam Melayu pada 22 Mei 2006 bahawa konsep masa yang diajar di pondokadalah warisan sarjana Islam abad ke-19, Hassan Attar, yang mewarisi konsepmasa Ibn Hazm yang tidak memisahkan masa dengan ruang (yang berlaku dalamTKn Barat 1904/05). Walaupun konsep masa Ibn Hazm itu lain daripada aliranMutakallimun yang dominan, dan tidaklah secanggih Mulla Sadr itu, tetapikonsep masa itu boleh mencetuskan pemikiran yang baru dalam fizik Melayu-Islam, terutamanya jika sintesis itu dilakukan dengan konsep masa Melayusendiri, seperti yang dihuraikan di bawah ini, tetapi yang diketahui sehinggakini ternyata tidak berlaku (hingga sekarang pun!). Begitu lambatnya sarjanaMelayu berpolemik (akhir abad ke-19M dan ke-20M) tentang pusat alam danberputarnya Bumi dari barat ke timur seperti yang digambarkan sikap SyeikhAhmad Khatib bin Abdul Latif al-Minangkabawi (berkarya pada akhir abadke-19 seperti dilaporkan Wan Mohd Shaghir 2006a & b) dan Awan Din (1968)yang masing-masing nampaknya mewakili dua kumpulan yang berlawanan;sedangkan ahli falak zaman Tamadun Islam dan zaman ‘Uthmaniyah, apatahlagi ahli astronomi selepas 1900 itu sudah berpindah kepada isu yang lebihasasi iaitu “masa.”

Page 18: Bahasa Jiwa Ilmu: Kes Teori Kenisbian dalam Fizik Teorijournalarticle.ukm.my/1158/1/sari27(1)-2009[09].pdfkorelasi positif antara perkembangan sains negara-bangsa dengan penggunaan

160 Sari 27

Orang rumpun Melayu juga memang ada konsep masa yang tersendiri.Asmah (2000) memperkatakan konsep masa orang Melayu dengan panjanglebar mengikut perspektif bahasa yang mungkin tidak disedarinya ada hubungandengan fizik. Misalnya, dia mengatakan perkataan “masa” dalam bahasa asalnyamasya (bahasa Sanskrit) itu bermakna “bulan” (bahasa Melayu asli; bahasaSanskritnya, candra) itu diambil oleh orang Melayu yang mengambilnya untukmakna sebarang masa kerana perkataan “bulan” itu sudah pun ada dalam bahasaMelayu. Namun, kami dapati dalam prasasti Jawa (dalam bahasa Sanskrit yangbertarikh sekitar abad ke-8M yang diterjemah kepada Inggeris oleh de Casparis1950-an dan kemudiannya kepada Melayu oleh Muhammad Alinor 2005) yangmengandungi unsur-unsur kosmologi rumpun Melayu itu tiadalah istilah masyayng digunakan. Pada kepingan prasasti itu, istilah “masa” adalah samayen,“ketika” adalah smin (bukannya ghatika yang biasa dikatakan asal-usul “ketika”itu yang dijelaskan kemudian), “yang lepas” atau “telah” adalah purvvante (yangpurvv(a) diambil orang Melayu menjadi purba), “akan datang” atau “kelak”adalah aparante dan “ kini” adalah purvvparante (terjemahan harfiahnya “lepasdan mendatang”); kepingan c prasasti itu ada anagatah yang bermaksud“bahagian mendatang” (yang diambil orang Melayu sebagai “akan datang”?),atitah (diMelayukan sebagai “telah”?) yang bermaksud “bahagian lepas,” danvarttamanah yang bermaksud “bahagian kini”; manakala di kepingan d dan gprasasti itu adalah anagata/anagatam (variasi anagatah) untuk “masamendatang,” dan di kepingan g ada titam (versi atitah) yang bermaksud “yanglepas.” Jelas tidaklah semua perkataan ini dibawa masuk ke dalamperbendaharaan kata Melayu kemudiannya, kerana nampaknya konsep masadalam bahasa Sanskrit ini tidak mementingkan “kini,” kerana tiadanya istilahkhusus untuk ini yang bertentangan dengan konsep masa rumpun Melayu yangakan diperjelaskan nanti. Orang Melayu kemudian (dengan kedatangan Islam)mengambil waqt Arab menjadi “waktu” sekarang bagi “masa” yang berhubungdengan amalan Islam sahaja, walaupun kini orang Melayu Indonesiamenggunakannya untuk maksud yang sama dengan “masa” dalam bahasaMelayu Malaysia. Apa pun, ini bermakna bahawa bagi orang Melayu “masa”juga dikaitkan dengan pergerakan, khususnya pergerakan bulan. Tanpaperubahan, tiadalah masa ini sama dengan pandangan Hiraklitus dan Aristotelesdan sarjana-sarjana Eropah mulai abad ke-17, seperti Leibniz, Hegel, Huygens,Berkely, Mach dan Einstein yang menumpukan perhatian kepada konsep masamereka kepada “peristiwa,” kerana setiap persistiwa melibatkan perubahan!.Asmah juga menyatakan perkataan “ketika” berasal daripada “ghatika” daripadabahasa Sanskrit yang berupa sebuah periuk khas yang berlubang dan digunakanorang Melayu dahulu untuk menyukat “masa” dengan mengisi penuh air kedalamnya dan lamanya masa diambil untuk keringnya air dalam periuk. Ituadalah satu unit masa Melayu, katanya selama 24 minit!. Namun, kajianYusharina (2007) yang kami perhalusikannya sedikit dalam Shaharir (2007b)menunjukkan ghatika adalah unit masa Melayu masa purba yang bersamaan

Page 19: Bahasa Jiwa Ilmu: Kes Teori Kenisbian dalam Fizik Teorijournalarticle.ukm.my/1158/1/sari27(1)-2009[09].pdfkorelasi positif antara perkembangan sains negara-bangsa dengan penggunaan

161Bahasa Jiwa Ilmu: Kes Teori Kenisbian dalam Fizik Teori

dengan 15 kala, dan kala itu pula bersamaan dengan 450 kelip (mata) ataunamisa.

Mungkin orang Melayu sudah lama menginsafi perlunya unit masaberasaskan 12 seperti dalam tamadun Mesir. Namun, bahasa Melayu kinimenggunakan “ketika” untuk titik atau detik peristiwa tanpa tempoh lagi. Asmahberpendapat perkataan rumpun Melayu asli berkenaan masa ialah “la” (yangmasih digunakan di Kelantan, Terengganu dan negeri-negeri di utaraSemenanjung Malaysia yang variasinya “ila” (bahasa Iban). Perkataan “lani”(=la+ ni) dan “kelak” (=ke+la), dikatakannya terbit daripada “la” itu juga. Bahkanmungkin sekali “telah” itu juga daripada la, iaitu te+la. Dia juga menyebutbeberapa perkataan asli rumpun Melayu lain seperti perkataan “maya” (bahasaIban) yang merujuk kepada masa (bukan “maya” dalam bahasa Sanskrit dalam“alam maya”) “sa-iki” (perkataan bahasa Jawa) untuk sekarang, tetapi beliautidak menyebut “sakni” (perkataan dialek Kelantan) untuk makna “sebentartadi,” “sekejap tadi,” “baru lepas tadi,” atau “tadi.” Mengikut Asmah lagi, sukukata “sa-” di sini bukannya “sa-“ atau “se-” sekarang daripada bahasa Sanskrit,tetapi asli rumpun Melayu (khususnya seperti Ilanun) yang bermaksud “kepada”atau “dalam.”

Berdasarkan kajian bahasa Melayu ini, kita sudah boleh membuat hipotesisbahawa konsep masa asli rumpun Melayu ialah “kini” atau “sekarang” sahajayang lainnya terbit daripadanya sahaja. Sekali gus perkataan “lani” itu patutlahdipopularkan dalam bidang sains masa rumpun Melayu. Ini boleh menerbitkanfalsafah “masa” rumpun Melayu yang menarik dan berpotensi bolehdiperluaskan sehingga menandingi falsafah “masa” di Barat yang muncul dalambuku masa kini. Whitehead, sarjana besar Inggeris itu, hanya menegaskankelemahan masa Einstein adalah kerana tidak mementingkan present (“kini”atau “lani”), sedangkan katanya manusia lebih menyedari “kini” atau “lani”sahaja. Mungkin disebabkan bahasa Inggeris tidak pun membayangkan perkarasebegini maka telah menyebabkan pandangan Whitehead itu tidak mendapatsambutan bangsa Eropah; selain konsep masa Jerman lain dan berjayadiketengahkan oleh Einstein. Antara sarjana Barat lain yang terkenal dalamabad ke-20 yang memperkatakan persoalan “kala” adalah Husserl dan Heidegger(tentunya “kala” Jerman sebab mereka ini Jerman dan menulis dalam bahasatersebut) sehingga Barat masa kini telah melahirkan mazhab kinisme (ahlinyakinis atau pengini; atau lanis atau pelani) yang menegaskan yang ada dalamkala di Barat adalah “kini” /“lani” sahaja dan yang lainnya terbitan daripadanyaatau yang bertaraf mitos itu tidak nyata atau tidak wujud seperti yang telahdibincangkan sebelum ini.

Mengikut Asmah lagi “masa” Melayu bergerak eka-arah, sedangkanInggeris dwi-arah: dari dulu ke sekarang dan kelak. Katanya, bahasa asliMelayu tiada ungkapan “masa akan datang;” ungkapan terakhir ini, katanyaadalah terjemahan daripada perkataan bahasa Inggeris “coming;” yang asliMelayunya “masa sudah tiba.” Ini pandangan yang kurang tepat, kerana “arah”

Page 20: Bahasa Jiwa Ilmu: Kes Teori Kenisbian dalam Fizik Teorijournalarticle.ukm.my/1158/1/sari27(1)-2009[09].pdfkorelasi positif antara perkembangan sains negara-bangsa dengan penggunaan

162 Sari 27

begini boleh juga berlaku pada permukaan melengkung seperti bulatan, sferaatau bola atau permukaan yang tidak tertutup sekali pun! Asmah hanya terikatkepada intuisi alam beliau yang berupa garis lurus atau satah sahaja. Ini memangbersesuaian dengan pandangan Plato-Pithagoras-Stoik berlarutan hingga ZamanPertengahan dan sampailah Kant dan Lock pada abad ke-19M. Yang lebihtepat lagi, “masa” Rumpun Melayu adalah wajar dan boleh ditafsirkan “masaRumpun Melayu tidak kembali” atau “tidak berkala/berkitar.” Di Barat adaaliran falsafah masanya yang dianggapnya masa ini berkitar. Antara sarjanabesar yang berpandangan begini adalah tiga orang sarjana besar Yunani: Plato,Pithagoras dan golongan Stoik; manakala yang terkenal pada abad ke-20 adalahahli matematik besar bangsa Jerman yang bernama Godel. Mereka melawankonsep masa lurus yang didokongi para sarjananya yang telah disebut sebelumini. “Masa” rumpun Melayu jelas tidak berkitar yang memang serasi pula denganajaran Islam.

Asmah juga berpandangan orang Melayu” tidak tunggu masa” datangkepadanya, tetapi masa yang menunggunya! Itulah sebabnya “kelak” itu jugadisebut “hari nanti” atau “nanti” sahaja. Ini sesuai pula dengan ungkapan“mengejar masa” itu. Ini juga dapat menjadi bahan penting untuk membinafalsafah masa rumpun Melayu yang sebahagiannya bertindan dengan falsafahmasa Barat. Kajian Asmah seterusnya juga menunjukkan orang Melayumenganggap masa itu bersekali dengan ruang, iaitu tidak terpisah dengan ruangkerana adanya ungkapan “masa lapang, luang masa, masa kosong, masa yangpanjang, pendek, singkat, suntuk, penuh masa, isi masa, mengadakan masa,mengganti masa, batas masa, sekat masa dan sebagainya. Ini menjadikanpandangan sarjana tamadun Islam dan Barat abad ke-20 tentang tidak terpisahnyamasa dengan ruang itu tidaklah asing bagi penghayat insaf budaya Melayu.Masa Melayu juga dikupas Asmah sebagai komoditi berasaskan adanyaungkapan ambil masa, makan masa, buang masa, cukup atau tak cukup masa,ada atau tiada masa, hilang masa, cari masa, beri masa, sebelah pagi, sebelahpetang dan sebagainya. Memang orang Melayu mengiktiraf masa sebagaikomoditi yang termahal sehingga terungkapnya “masa itu emas”. Di sampingitu orang Melayu juga berpersepsi masa itu tidak tetap kelajuannya, keranaadanya “masa berjalan lambat” atau “pantas.” Semua ini dapat disimpulkan“masa” rumpun Melayu bukan sahaja tidak terpisah dengan ruang, tetapi juganisbi tempohnya, dan boleh bergantung pada mediumnya atau tempat beradanya.Ini seiras dengan pandangan Mulla Sadr, sarjana Muslim abad ke-17M itu. Inisifat masa yang tidak sepenuhnya dihayati dalam teori fizik di barat hinggalani.

KESIMPULAN

Fizik Einstein berasaskan konsep masa Barat yang memang tidak padansepenuhnya dengan konsep masa Melayu atau tamadun Islam (pandangan Mulla

Page 21: Bahasa Jiwa Ilmu: Kes Teori Kenisbian dalam Fizik Teorijournalarticle.ukm.my/1158/1/sari27(1)-2009[09].pdfkorelasi positif antara perkembangan sains negara-bangsa dengan penggunaan

163Bahasa Jiwa Ilmu: Kes Teori Kenisbian dalam Fizik Teori

Sadr). Daripada perbincangannya dapatlah disimpulkan bahawa masa bagi orangMelayu juga bergantung pada gerakan dan ruang yang dikaitkan denganperistiwa, durasi dan tempoh, dan ingatan atau kenangan. Konsep masa MelayuAsmah tentunya belum terhayati sepenuhnya dalam teori masa dalam TKnE.Bagi sarjana yang menginsafi nilai Melayu dalam keilmuannya, ini pun bolehdianggap kelemahan teori TKnE. Hanya ahli fizik dan matematik fizik Melayuyang mungkin dan patut mampu menghayati konsep masanya (dan masa MullaSadr) ke dalam fiziknya yang baru nanti dan sekaligus memperbaiki fizikEinstein.

Sebuah teori dan falsafah masa dan seterusnya Teori Kenisbian baru yangmampu dibina berasaskan bahasa rumpun Melayu dan sekaligus melahirkansains yang lebih tidak bercanggah dengan nilai budaya Melayu dan agama Islamdijangka akan lahir nanti. Dalam kajian ini juga terbukti adanya beberapaperkataan asli Melayu yang tidak ditonjolkan selama ini. Antaranya adalah bulan,la/ila, lani, kelak, telah, maya, sa-iki, sakni, sa (bukan bermaksud sa/se sepertidalam bahasa Sanskrit, tetapi daripada bahasa Ilanun dengan makna kepadaatau dalam. Ini menjadi bukti salahnya sarjana zaman penjajah Inggeris dahulumerendahkan martabat bahasa Melayu dengan mengatakan dalam bahasaMelayu hanya ada enam perkataan aslinya: tanah, besi, babi, batu, kayu danpadi yang dipetik semula dengan penuh sindirannya lagi kepada mereka yangtidak senang dengan “bahasa rojak” oleh Syed Nadri (2006).

RUJUKAN

Andisheh, A. 1999. Time: The Fourth Dimension. DLM Islam-West PhilosophicalDialogue. The Papers Presented at the World Congress on Mulla Sadr Vol. 3.Mulla Sadra and Comparative Studies. SIP In Publication: 307-314.

Asmah, H. O. 2000. Malay Perception of Time. Kuala Lumpur: Akademi PengajianMelayu Universiti. Malaya.

Bahm, A. J. 1972. Deficiencies in Whitehead’s Philosophy. Process Studies 2 (4): 301-305; http:// www. Religion-online.org/ showarticle. asp?title=2331. (5 Jun 2006).

Berman, M. 1998. Heidegger’s Confrontation with Hegel on Time. PhenomenologicalInquiry: A Review of Philosophical Ideas and Trends Vol. 21; http://www.resourcesforchristiantheology.org/content/view/190/37/

Bjerkness, C. J. 2002. Albert Einstein: The Incorrigible Plagiarist. XTX Inc., DowersGrove.

Carrier, R. 2001. The Koran Predicted the Speed of Light? Not Really. Majalah-e sekularisThe Secular Web Kiosk 2001; http://www.secweb.org/index.aspx? action=viewAsset&id=168. Kelih 20 Januari 2006.

Chessmaniac. 2005. Rebuttall Speed of Light in Al Quran. http:// www. geocities.com/indo_faith/IslamPseudoScience002.htm (12 Jun 2006).

Davies, A. 1991. The Native Speaker in Applied Linguistics. Edinburgh: ER.UniversityPress.

Davies, P. 1995. About Time: Einstein’s Unfinished Revolution. Simon & Schuster.de Bono, E. 1991. I am Right, You are Wrong. Pelican.

Page 22: Bahasa Jiwa Ilmu: Kes Teori Kenisbian dalam Fizik Teorijournalarticle.ukm.my/1158/1/sari27(1)-2009[09].pdfkorelasi positif antara perkembangan sains negara-bangsa dengan penggunaan

164 Sari 27

Einstein, A. 1919.Uber die Spezielle und die Allgemeine Relativitatstheorie: Relativitas:Teori Khusus dan Umum. Jakarta: Kepustakaan Popular Gramedia 2005.

. 1921 The Meaning of Relativity. Princeton: Princeton University Press.Emmet, D. 1966. Whitehead’s Philosophy of Organism. New York: St. Martin’s PressFaye, J. (t.t.) Is Time an Abstract Entity? http: //72.14.235.104/ search?q= cache:

gMpinR6qEb4J: www. staff.hum. ku.dk/faye/ Dokumenter/ Is%2520Time%2520an% 2520Abstract% 2520Entity.doc+%22kant +on+time%22&hl= en&gl=my&ct = clnk&cd=4. (25 Jun 2005).

Ferguson, C. A. 1962. The Language Factor in National Development. AnthropologicalLinguistics 4(1): 23-27.

Fishman, J. A. 1973. Language and Nationalism: Two Integrative Essays. Rowley,(Mass): Newbury House Pub.

Fowler, D. R. 1975. Whitehead’s Theory of Relativity. Process Studies 5(3): 159-174;http:// www. Religion-online.org/ showarticle. asp?title=2390. (25 Jun 2005).

Gardner, S. 1999. Kant and the Critique of Pure Reason. New York: Routledge.Giron, D. (t.t.). Islamic Science: Does Islamic literature contain scientific miracles? di

http:// www. infidels.org/library/ modern/ denis_giron/ islamsci. Html. (20 Jan.2006).

Gregory, W. T. 2004. Heidegger on Traditional Language and Technological Languagehttp: //www. Bu.edu/wcp/Papers/ Cont/ContGreg.htm (2/19/2004).

Halliday, M. A. K. 1979. Language as Social Semiotic. London: Edward Arnold.Hashim Musa. 1994. Pengantar Falsafah Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa &

Pustaka.Hsieh, D. M. 2004. Kant on Time. http: // 72.14.235.104/search?q=cache:

XxHk2I7DdM8J: www.dianahsieh.com/ docs/kot.pdf+%22kant+ on+ time%22&hl=en&gl=my&ct=clnk&cd=1. (1 Julai 2006).

Internet E (t.t). Einstein: Religion and Science” . http://www. sacred-texts.com/aor/einstein/einsci.htm. (26 Mei 2006)

Internet H (t.t.). Heidegger on time. http://tribes.tribe.net/thinkingplace/ thread/8b396927-cd81-4aa7-8fee-1e773485bbea

Internet K. (t.t). http: // 72.14.235.104/ search?q=cache:5dHYRw4so94J: philosophy.tamu.edu /~b-everman/ victor/intro/The_World.pdf+%22kant +on+time%22&hl=en&gl= my&ct= clnk&cd=6. (1 Julai 2006)

Iqbal, A. M. 1934/2004. The Reconstruction of Religious Thought in Islam. Edited andannotated by M.Saeed Sheikh. New Delhi: Adam Publishers & Distributors.

Mansour, H.-E. 1990? A New Astronomical Quranic Method for the Determination ofthe Greatest Speed c. Internet. http://www.islamicity.com/Science/960703A.SHTML. (20 Jan 2005).Mason D.H. 1975. Time in Whitehead and Heidegger: SomeComparisons. Process Studies 5(2): 83-105; http://www.religion-online.org/showarticle. asp?title=2396

Moody, R. 2004. Albert Einstein. Plagiarist of the Century. Nexus New Times Magazine11 (1); http:// www. nexusmagazine. com/ articles/ einstein.html. (12 Jun 2006).

Neumaier, A. (t.t) A Rview on a Nw Atronomical Qranic Mthod for the Dtermination ofthe Geatest Seed by Mansour H.-E; http:// www. mat.univie. ac.at/~neum/ sciandf/eng/c_in_quran.txt (20 Jan 2006).

Pavlovic, M. 2000. Einstein Theory of Relativity. Scientifc Theory or Illusion?; http://users.net.yu/~mrp/. (12 Jun 2006)

Page 23: Bahasa Jiwa Ilmu: Kes Teori Kenisbian dalam Fizik Teorijournalarticle.ukm.my/1158/1/sari27(1)-2009[09].pdfkorelasi positif antara perkembangan sains negara-bangsa dengan penggunaan

165Bahasa Jiwa Ilmu: Kes Teori Kenisbian dalam Fizik Teori

Ravetz, J. R. 1971. Scientific Knowledge and Its Social Problems Oxford: ClarendonPress

Russell, B. 1953. Relativity. Philosophical Consequences. Encyclopaedia Britannica.XIX, 99d.

. 1925/1997. ABC of Relativity. London: Routledge 1997.

. 1914/1993. Our Knowledge of the External World a a Field for ScientificMethod in Philosophy. London: Routledge 1993.

Shaharir, M. Z. 2004a. Dinamik Sebutir Dua Zarah Klasik: Penjana Sains Matematik,Peguam Bela dan Penjana Nilai Serta Kontroversinya Sepanjang Zaman. Bangi:Pusat Pengajian Sains Matematik, Universiti Kebangsaan Malaysia.

. 2005a. Beberapa Akibat Daripada Pengajaran Sains dan Matematik dalamBahasa Inggeris di Malaysia: Suatu Penilaian Empiris dan Teori. Kertas KerjaKongres Pendidikan Melayu ke-2. Anjuran Persekutuan Badan Pendidikan danPembangunan Melayu (PBPPM), 26-27 Mac 2005: 17-70.

. 2005b. Pemeribumian Dan Patriotisme Ilmu Sebagai Penjana IlmuTerperibumi Baru. Seminar. Sejarah. & Falsafah Sains Universiti Malaya-DewanBahasa & Pustaka.

. 2006. Teori Masa Barat Mengikut Perspekif Melayu Islam. Mimeograf.

. 2007a. Ulasan buku Wisnu Arya Wardhana Melacak Teori Einstein dalamAl Qur’an. Yogyakarta: Pustaka Pelajar 2005. Jawhar 4(1) Feb/Mac 2007: 17-30.

. 2007b. A Development In Mathematical Sciences In Malayonesian Mould.Proceedings of International Conference on Mathematical Sciences (ICMS),PERSAMA, Bangi. CP: 94-117.

. 2008. Pembinaan Semula Teori Kepemimpinan dan KepengurusanRumpun Melayu. K.Terengganu: UMT.

. 2009. Kritikan Teori Kenisbian Einstein dan Teori Quantum. KualaLumpur: Akademi Sains Islam Malaysia (ASASI) (akan datang).

Syed Nadri, 2006. No Mean Task for Purists. New Straits Times, Oktober 17: 14.Wardhana, W. A. 2005. Melacak Teori Einstein dalam Al Qur’an. Yogyakarta: Pustaka

Pelajar.Whitehead, A. N. 1928/1978. Process and Reality. New York: Free Press.Yusharina, Y. 2007. Sukatan Melayu Sebelum Penjajahan Eropah. Disertasi Sarjana

Sains Matematik. Bangi: PPSM, FST, UKM.Yutaka, T. (t.t). Einstein and Whitehead: The Comparison between Einstein’s and

Whitehead’s Theories of Relativity; http:// www. asahi-net.or.jp/~sn2y-tnk/tanaka_4_0.htm

Shaharir Mohamad Zain, Ph.DNo 11, Jalan 3/4Bandar Baru BangiSelangorEmel: [email protected]