10
1.0 PENGENALAN Artikel yang dipilih untuk tugasan analisis kesalahan bahasa ini bertajuk ‘Hak Untuk Didengar’ dan diperoleh dari ‘Current Law Journal’ atau CLJ. Artikel ini akan dianalisis dari aspek tatabahasa dan data-data berupa kesalahan bahasa yang terdapat di dalam teks akan dikumpulkan. Seterusnya, kesalahan-kesalahan yang ada akan diidentifikasikan dan diklasifikasikan mengikut ketegori kebahasaan seperti kesalahan ejaan, imbuhan, pembentukan kata, dan sebagainya. Cadangan-cadangan berupa contoh struktur ayat yang betul akan turut disertakan. 2.0 ANALISIS KESALAHAN BAHASA Definisi kesalahan bahasa ialah kesalahan yang kerap kali dilakukan dalam membuat sesuatu ayat. Kesalahan dari segi tatabahasa ini merangkumi kesalahan pembentukan kata, penggabungan kata, penyusunan ayat, ejaan, dan kesalahan-kesalahan kebahasaan lain seperti penggunaan kata kerja, kata nama, dan yang seumpamanya. Subtopik di bawah akan memberi contoh- contoh kesalahan bahasa yang dapat dikenalpasti dari artikel ‘Hak Untuk Didengar’. 2.1 PENGGUNAAN EJAAN

Bahasa Melayu Undang-Undang [Tatabahasa]: Artikel Hak Utk Didengar

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Bahasa Melayu Undang-Undang [Tatabahasa]: Artikel Hak Utk Didengar

1.0 PENGENALAN

Artikel yang dipilih untuk tugasan analisis kesalahan bahasa ini bertajuk ‘Hak

Untuk Didengar’ dan diperoleh dari ‘Current Law Journal’ atau CLJ. Artikel

ini akan dianalisis dari aspek tatabahasa dan data-data berupa kesalahan

bahasa yang terdapat di dalam teks akan dikumpulkan. Seterusnya, kesalahan-

kesalahan yang ada akan diidentifikasikan dan diklasifikasikan mengikut

ketegori kebahasaan seperti kesalahan ejaan, imbuhan, pembentukan kata, dan

sebagainya. Cadangan-cadangan berupa contoh struktur ayat yang betul akan

turut disertakan.

2.0 ANALISIS KESALAHAN BAHASA

Definisi kesalahan bahasa ialah kesalahan yang kerap kali dilakukan dalam

membuat sesuatu ayat. Kesalahan dari segi tatabahasa ini merangkumi

kesalahan pembentukan kata, penggabungan kata, penyusunan ayat, ejaan, dan

kesalahan-kesalahan kebahasaan lain seperti penggunaan kata kerja, kata

nama, dan yang seumpamanya. Subtopik di bawah akan memberi contoh-

contoh kesalahan bahasa yang dapat dikenalpasti dari artikel ‘Hak Untuk

Didengar’.

2.1 PENGGUNAAN EJAAN

Ejaan adalah salah satu daripada komponen penting dalam

pembentukan ayat bahasa Melayu. Perkataan-perkataan bahasa Melayu

yang kadangkala dipinjam dari bahasa asing menyebabkan wujudnya

kekeliruan dalam pembentukan ejaan. Selain itu, kesalahan ejaan juga

mungkin berlaku akibat pecuaian penulis sehingga mengakibatkan

maksud sesuatu ayat itu terpesong atau tiada makna sama sekali.

Page 2: Bahasa Melayu Undang-Undang [Tatabahasa]: Artikel Hak Utk Didengar

2.1.1 CONTOH KESALAHAN

i) Aorang itu hendaklah diberi peluang menafikan,

membuat komen, memperbetulkan atau membela

dirinya. (Perenggan ketiga, muka surat pertama).

ii) Mahkamah memutuskan bahawa pemohon memang

berhak terhadap hak untuk di dengar, tetapi hak ini

telahpun diberikan kepadanya. (Perenggan keenam,

muka surat keempat).

2.1.2 AYAT BETUL

i) Orang itu hendaklah diberi peluang menafikan,

membuat komen, memperbetulkan atau membela

dirinya.

ii) Mahkamah memutuskan bahawa pemohon memang

berhak terhadap hak untuk didengar, tetapi hak ini

telahpun diberikan kepadanya.

2.1.3 PENJELASAN

Ejaan ‘aorang’ yang terdapat dalam artikel tersebut

menyebabkan ayat tersebut tidak mempunyai makna kerana

perkataan ‘aorang’ tidak terdapat dalam kosa kata bahasa

Melayu.

Berkenaan perkataan ‘didengar’, menurut Tatabahasa Dewan,

perkataan ‘di’ dan perkataan selepasnya mestilah dijarakkan

sekiranya perkataan kedua menunjukkan arah. Oleh kerana

‘dengar’ merupakan kata kerja, maka perkataan ‘didengar’

tidak seharusnya dijarakkan.

Page 3: Bahasa Melayu Undang-Undang [Tatabahasa]: Artikel Hak Utk Didengar

2.2 KATA JAMAK

Kata jamak merujuk kepada kata yang membawa maksud banyak.

Selain itu, kata jamak juga merujuk kepada pengulangan kata bilangan

yang membawa maksud jamak seperti para pemuda, dan pengulangan

kata adjektif seperti baik-baik. Sesuatu kata yang sudah membawa

maksud jamak juga tidak perlu diulang lagi.

2.2.1 CONTOH KESALAHAN

i) Kaedah ini bermaksud bahawa sebelum seorang itu

dicela, dihukum atau dikenakan satu tindakan atau

keputusan… (Perenggan ketiga, muka surat pertama.

Kesalahan yang sama dikenalpasti di perenggan

kelapan, muka surat kedua dan perenggan kelapan,

muka surat keempat).

ii) … amalan memberikan kepada jabatan-jabatan atau

pegawai-pegawai negeri kewajipan memutuskan atau

menimbangkan berbagai-bagai jenis persoalan-

persoalan…(Perenggan keenam, muka surat pertama).

2.2.2 AYAT BETUL

i) Kaedah ini bermaksud bahawa sebelum seseorang itu

dicela, dihukum atau dikenakan satu tindakan atau

keputusan…

ii) … amalan memberikan kepada jabatan-jabatan atau

pegawai-pegawai negeri kewajipan memutuskan atau

menimbangkan pelbagai jenis persoalan… (atau) …

amalan memberikan kepada jabatan-jabatan atau

pegawai-pegawai negeri kewajipan memutuskan atau

menimbangkan berbagai jenis persoalan…

Page 4: Bahasa Melayu Undang-Undang [Tatabahasa]: Artikel Hak Utk Didengar

2.2.3 PENJELASAN

Perkataan ‘seorang’ dalam contoh kesalahan pertama

menujukkan tunggal dan jika dilihat dalam konteks keseluruhan

ayat, adalah jelas bahawa penulis ingin menggunakan kata

jamak ‘seseorang’ bagi menunjukkan mana-mana orang.

Contoh kesalahan kedua pula menunjukkan kesalahan penulis

dalam membuat ayat berbentuk jamak. Seperti yang telah

dijelaskan, sesuatu kata yang sudah membawa maksud jamak

tidak perlu diulang lagi. Oleh itu, adalah menjadi satu

kesalahan untuk menggunakan perkataan persoalan-persoalan

dengan kewujudan kata jamak sebelumnya.

Di samping itu, penggunaan kata jamak berbagai-bagai juga

adalah kurang tepat kerana perkataan yang seharusnya

digunakan ialah berbagai atau pelbagai.

2.3 TANDA BACA

Tanda baca merujuk kepada tanda-tanda yang terdapat di dalam ayat

bertujuan membantu para pembaca untuk membaca sesuatu ayat

dengan betul. Tanda baca yang terdapat dalam tatabahasa bahasa

Melayu termasuk tanda nokhtah, tanda koma, tanda seru, tanda soal,

dan sebagainya.

2.3.1 CONTOH KESALAHAN

i) Dalam erti kata yang ringkas hak untuk didengar ini

adalah satu cara untuk membela diri dari tindakan-

tindakan atau keputusan-keputusan pihak berkuasa

awam yang menjejaskan seseorang individu.

Page 5: Bahasa Melayu Undang-Undang [Tatabahasa]: Artikel Hak Utk Didengar

2.3.2 AYAT BETUL

i) Dalam erti kata yang ringkas, hak untuk didengar ini

adalah satu cara untuk membela diri dari tindakan-

tindakan atau keputusan-keputusan pihak berkuasa

awam yang menjejaskan seseorang individu.

2.3.3 PENJELASAN

Tanda koma diletakkan dalam sesuatu ayat sebagai tanda jeda,

atau tempat perhentian sebentar. Tanda koma perlu diletakkan

selepas perkataan ‘ringkas’ bagi menunjukkan tempat

perhentian sebentar apabila ayat ini dibaca. Sekiranya tanda

koma tidak diletakkan, ayat ini akan menjadi satu ayat yang

meleret. Selain itu, ayat ini juga mungkin akan menimbulkan

unsur ketaksaan sekiranya tanda koma tidak diletakkan.

2.4 KATA GANTI NAMA

Kata ganti nama terdiri daripada kata ganti nama diri pertama, kedua,

dan ketiga. Kata ganti nama diri pertama merujuk kepada diri sendiri

seperti aku atau saya, kata ganti nama diri kedua merujuk kepada orang

yang kita sedang bercakap kepada seperti engkau atau awak, dan kata

ganti nama diri ketiga merujuk kepada orang yang sedang diceritakan

seperti dia atau mereka.

Kata ganti nama diri digunakan untuk mengganti kata nama orang dan

kata ganti nama juga tidak boleh digunakan untuk menda atau

binatang. Tatabahasa Dewan menegaskan bahawa kata ganti nama ia

dan nya tidak boleh digabungkan menjadi ‘ianya’.

Page 6: Bahasa Melayu Undang-Undang [Tatabahasa]: Artikel Hak Utk Didengar

2.4.1 CONTOH KESALAHAN

i) Ianya adalah merupakan satu dari prinsip-prinsip am

yang mesti dipatuhi dan dipakai oleh pihak

pengurusan… (Perenggan kedua, muka surat pertama.

Kesalahan yang sama turut dikenalpasti di perenggan

ketujuh, muka surat ketiga).

2.4.2 AYAT BETUL

i) Hal ini merupakan satu dari prinsip-prinsip am yang

mesti dipatuhi dan dipakai oleh pihak pengurusan…

2.4.3 PENJELASAN

Sebagaimana yang telah dijelaskan dalam subtopik 2.4,

gabungan kata ganti nama ia dan nya menjadi ianya adalah satu

kesalahan dalam tatabahasa bahasa Melayu. Oleh itu, perkataan

‘ianya’ boleh digantikan dengan ‘hal ini’ bagi merujuk kepada

maksud yang dikehendaki.

3.0 KESIMPULAN

Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan seharusnya bahasa ini

dimartabatkan dengan sewajarnya tidak kira dalam bidang perundangan atau

bidang apa sekalipun. Kesalahan-kesalahan yang dijumpai dalam artikel

perundangan ini menunjukkan bahawa walaupun bahasa Melayu ialah bahasa

kebangsaan, namun kesalahan-kesalahan tatabahasa tetap dilakukan. Hal ini

sewajarnya dielakkan bagi memastikan bahasa Melayu terus kukuh dalam

bidang perundangan dan bidang-bidang lain.

Selain itu, analisis yang dilakukan juga dapat membuka mata semua pihak

terutamanya para pelajar tentang peri pentingnya bahasa Melayu dipelajari

Page 7: Bahasa Melayu Undang-Undang [Tatabahasa]: Artikel Hak Utk Didengar

dengan bersungguh-sungguh agar kesalahan-kesalahan tatabahasa yang telah

dikenalpasti dapat dielakkan di kemudian hari.