Bbbs Peta Minda Komunis Bbm 3 A

  • View
    121

  • Download
    6

Embed Size (px)

Text of Bbbs Peta Minda Komunis Bbm 3 A

Bab 3 ANCAMAN PARTI KOMUNIS MALAYA DAN DARURAT Dalam bab ini, pelajar akan mempelajari bagaimana pihak komunis cuba menggulingkan sistem pemerintahan di tanah melayu dan digantikan dengan Republik Komunis. Karl Marx merupakan pengasas kepada fahaman komunisme. Beliau juga menentang golongan feudal dan imperialis untuk menggantikan pemerintahan berasaskan komunisme. Komunis menyusup masuk di Tanah Melayu melalui Parti Kuomintang (KMT) dan Parti Komunis Nanyang. Ejen komunis ialah orang cina dan disebarkan melalui kesatuan sekerja, persatuanpersatuan, kelas malam dan penerbitan.

Di kalangan orang melayu, fahaman komunis disebarkan Parti

Komunis Indonesia (PKI). Namun orang melayu tidak tertarik dengan fahaman komunis kerana bertentangan dengan agama Islam dan adat resam orang melayu. PKM ditubuhkan untuk menubuhkanRepublik Komunis Malaya. PKM telah melatih ramai kader dan menyusup ke dalam kesatuan sekerja. PKM melancarkan mogok dan sabotaj bagi melumpuhkan ekonomi British di Tanah Melayu. Mogok yang paling hebat berlaku di lombong Arang Batu di Batu Arang, Selangor. Pemimpin yang terlibat dengan mogok dihantar pulang ke China. Pemimpin PKM ditahan.

Semasa PKM membantu British menyerang Jepun di Tanah Melayu,

pihak british membekalkan senjata. Selepas Jepun menyerah kalah, PKM tidak menyerahkan semua senjata, sebaliknya menyembunyikan sebahagian senjata itu. Bagi anggota MPAJA yang mengembalikan senjata akan dibayar sebanyak $350.00 serta mendapat beg beras daripada kerajaan British. Keganasan komunis amat ketara pada tahun 1948. Pemuda Komunis Asia telah mengadakan persidangan. Persidangan tersebut menggalakkan parti-parti komunis uantuk mengadakan pemberontakan bersenjata bagi mencapai matlamat mereka. PKM melakukan keganasan dengan menyerang ladang dan lombong, serang Balai Polis, bakar kilang, bakar bas, merosakkan landasan kereta api dan membunuh orang yang bersubahat dengan pihak British.

Sebagai penduduk Tanah Melayu yang

belum mempunyai pemerintahan tersendiri, apakah tindakan anda untuk membebaskan diri daripada pengganas komunis?

BAB 3 : ANCAMAN PARTI KOMUNIS MALAYA DAN DARURAT. LANGKAH-LANGKAH MEMBANTERAS ANCAMAN KOMUNIS DAN RANCANGAN BRIGGS . TUGASAN

LANGKAH-LANGKAH MEMBANTERAS KOMUNIS

1. PENGISYTIHARAN DARURAT

2. Mengharamkan PKM dan Parti Berhaluan Kiri

3. MEMPERBESARKAN PASUKAN KESELAMATAN

4. Perang Saraf

5. RANCANGAN BRIGGS

6. Pengampunan Beramai-ramai

7. Pertemuan Baling

1) PENGISYTIHARAN DARURAT Sebab-sebab pengisytiharan :Pembunuhan 3 orang pengurus ladang berbangsa Eropah di Sungai Siput, Perak. - Undang-undang Darurat dikenakan :i) Membolehkan kerajaan menahan sesiapa sahaja yang disyakki terlibat dalam kegiatan komunis ii) Membenarkan tentera menggeledah rumah kediaman, memindahkan penduduk ke penempatan baru atau memagar kawasan yang disyakki penduduknya membantu komunis

2. Pengharaman Parti Komunis Malaya dan Parti Berhaluan Kiri British mengharamkan parti-parti politikberfahaman kiri seperti Angkatan Wanita Sedar (AWAS), PETA, PERAM, PKMM dan Hizbul Muslimin.

3. Membesarkan Pasukan Keselamatan Menyusun semula pasukan polis Keanggotaan ditambah sehingga 70 000 orang. Membawa masuk askar dari Australia, New Zealand, Afrika Timur dan Fiji. Menubuhkan pasukan Home Guard diperingkat kampung. Wanita juga sanggup menyertai Home Guard untuk membantu kaum lelaki memerangi pengganas komunis. Seramai 24 000 orang Mata-mata Khas atau Special Constables dilatih dan dihantar untuk mengawal ladang dan kawasan lombong. Pasukan keselamatan mengebom dan melakukan serangan hendap ke kewasan yang menjadi sarang

RANCANGAN BRIGGS

Pengarah Operasinya ialah Sir Harold Rowdon Briggs

TUJUAN TUJUAN

KAMPUNG BARU

GERAKAN KELAPARAN

1. SEKATAN JALANRAYA 2. SISTEM PENDAFTARAN

TUGASAN

4. Tujuan Rancangan Briggs : Menghapuskan MIN YUEN- MIN YUEN ialah satu pergerakan yang berperanan sebagai pembekal makanan, ubat-ubatan dan maklumat kepada pengganas komunis. -Terdiri daripada petani dan pelombong dan mereka yang tinggal di kawasan kampung serta lombong.

PENUBUHAN KAMPUNG BARU

Penduduk setinggan ditempatkan dikampung-kampung

baru yang dilengkapi dengan kemudahan asas. Kawasan dikawal 24 jam oleh SC dan dipagari dengan kawat berduri Setiap ketua keluarga diberikan kad catuan makanan Tujuannya ialah untuk menghalang sebarang perhubungan antara MinYuen dengan komunis. Bermakna komunis akan terputus bekalan makanan dan ubat-ubatan dan memaksa mereka keluar dari hutan

SEKATAN JALANRAYA

PASUKAN HOME GUARD DAN SPECIAL CONSTABLES

Dilancarkan oleh Sir Henry Gurney di

Rancangan Briggs

Persekutuan Tanah Melayu pada pertengahan tahun 1950. Pengarah operasi yang bertanggungjawab ialah Leftenan Sir Harold Rowdon Briggs. Rancangan Briggs merupakan tindakan oleh kerajaan jajahan British untuk menyekat bekalan makanan serta ubat-ubatan daripada Parti Komunis Malaya yang pada masa itu berniat menguasai Persekutuan. Tujuan rancangan ini adalah untuk mengumpulkan setinggan yang berselerak di kawasan pinggir hutan dan memindahkan mereka di kawasan penempatan baru yang dipanggil Kampung Baru.

Melalui rancangan Briggs, 400 000 orangcina telah dipindahkan ke 400 kawasan kampung Baru di seluruh Tanah Melayu. Rancangan itu merangkumi pemindahaan penduduk Cina dari kawasan-kawasan terpencil yang bertaburan dan menempatkan mereka di kawasan penempatan semula ataupun di Kampung Baru supaya tidak diugut oleh Min Yuen untuk memberi maklumat dan bekalan makanan serta ubatubatan. Tujuannya semata-mata untuk melumpuhkan kegiatan Min Yuen. Kampung Baru terletak jauh dari pinggir hutan, dipagar dengan kawat berduri dan

Setiap keluarga di Kampung Baru diberi kadcatuan makan dan periuk nasi bernombor bagi memastikan tiada makanan yang lebih dibekalkan. Penduduk Kampung Baru diberi banyak kemudahan seperti pendidikan, perkhidmatan kesihatan, tempat tinggal serta bekalan elektrik dan air paip. Rancangan Briggs bukan sahaja dapat menjamin keselamatan penduduk setinggan di pinggir hutan, tetapi dapat memutuskan hubungan mereka dengan pengganas komunis.

Di bawah rancangan Briggs, Gerakan Kelaparan

dijalankan untuk memastikan bekalan makanan, senjata, maklumat dan ubat-ubatan tidak jatuh ke tangan Komunis. Penduduk-penduduk hanya dibenarkan membeli makanan dalam jumlah yang ditetapkan sahaja. Kad pengenalan juga dikeluarkan bagi mengawal pergerakan penduduk di Kampung Baru. Sekatansekatan jalan raya diadakan juga untuk menghalang pergerakan Min Yuen. Gerakan Kelaparan merupakan usaha susulan yang dilakukan oleh kerajaan jajahan British di dalam Rancangan Briggs. Gerakan ini dilakukan bagi melumpuhkan usaha Min Yuen daripada pihak Parti Komunis Malaya.

Rancangan ini melibatkan penyelarasan dankerjasama di antara pegawai-pegawai perkhidmatan awam, polis dan tentera. Dengan itu, satu Jawatankuasa Kerja pada peringkat kebangsaan, negeri dan daerah telah ditubuhkan. Di peringkat daerah, biasanya Pegawai Daerah yang menjadi pengerusi dan bertanggungjawab untuk menghapuskan ancaman komunis di kawasannya. Persatuan Cina Malaya (MCA) yang ditubuhkan pada tahun 1949 banyak membantu usaha kerajaan menempatkan semula orang Cina.

MCA dengan aktifnya membantu setinggan

Cina menjalani kehidupan di kampung baru. Ekoran daripada gerakan kelaparan, maka pengganas komunis sukar untuk mendapatkan bekalan makanan dan ubatubatan. Hal ini menyebabkan PKM terpaksa keluar dari tempat persembunyian untuk mendapatkan bekalan makanan. PKM marah dengan gerakan kelaparan ini, maka PKM ingin mengganas kepada orang tertentu sahaja.

Tahun 1951, PKM meluluskan dasar baruyang mengurangkan kekejaman terhadap orang awam dan hanya memilih kumpulan atau individu tertentu untuk diserang. Mangsa pertama ialah Sir Hendry Gurney, yang merupakan Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu pada masa itu. Beliau dibunuh ketika dalam perjalanan ke Bukit Fraser.

Walaupun Sir Henry Gurney telah dibunuh,

namun Rancangan Briggs tetap diteruskan. Rancangan Briggs berjaya menyedarkan penduduk kampung baru tentang pentingnya kesepakatan dalam menghadapi ancaman pengganas komunis.

Kesan Kejayaan Rancangan Briggs.

Berjaya melumpuhkan rangkaian gerakan

PKM. Sokongan terhadap PKM semakin merosot. Dalam mesyuarat Jawatankuasa Pusat di Pahang, PKM mengambil keputusan untuk mengurangkan kekejaman terhadap orang awam. PKM berundur ke Selatan Thailand.

Pada tahun 1952, Sir Gerald Templer telah

5. Perang Saraf

dilantik menjadi Pesuruhjaya Tinggi Tanah Melayu dan Pengarah Gerakan bagi menggantikan Sir Henry Gurney. Perang Saraf merupakan rancangan British menghapuskan pengganas komunis melalui kempen memenangi hati & fikiran rakyat. Sir Gerald Templer menyedari bahawa penggunaan kekerasan & senjata sematamata tidak akan berjaya menghapuskan pengaruh komunis.

Langkah2 British menjayakan Perang Saraf

1) Kempen Bulan Penduduk Tanah Melayu

menentang Komunis. Berjaya dilaksanakan. Penduduk pelbagai kaum bersama-sama membawa sepanduk mengutuk keganasan komunis. Penduduk membakar patung2 komunis. Risalah menentang komunis diedarkan di pelusuk Tanah Melayu. Perang Saraf menimbulkan kebencian penduduk terhadap kekejaman komunis.

Penduduk rela hati menawarkan diri

menyertai pasukan keselamatan & polis untuk mempertahankan tanah air. 2) Konsep Kawasan Hitam & Kawasan Putih. Kawasan Hitam kawasan yang terdapat kegiatan komunis yang aktif. Kawasan Putih Kawasan yang bebas daripada ancaman pengganas komunis. Untuk kawasan yang penduduknya membantu komunis, kerajaan telah memotong catuan makanan dan melaksanakan perintah berkurung.

Perintah