10
Maksud Lambang dan Warna pada Bendera malaysia Setiap lambang dan warna yang terdapat pada bendera Malaysia mewakili maksud-maksud tertentu. Bahagian yang berwarna biru tua di sebelah kiri melambangkan perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, bersatu padu serta berusaha dalam memajukan pembangunan ekonomi berasaskan sains dan teknologi canggih. Warna kuning pada lambang anak bulan dan bintang pecah 14 bermaksud kedaulatan Raja Berperlembagaan serta mendokong dan menghormati lunas-lunas perlembagaan dan falsafah Rukun Negara. Lambang anak bulan membawa maksud Islam sebagai agama rasmi negara sementara bintang pecah 14 menunjukkan perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Merah melambangkan keberanian dan bersedia dalam menghadapi segala rintangan dan cabaran dalam usaha meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara maju. Manakala putih melambangkan kesucian, ikhlasan dan kesungguhan bagi mempertingkatkan ketahanan rakyat yang beradab, berkebudayaan dan berkeperibadian Malaysia. Ukuran bendera masih dikekalkan iaitu 6 kaki lebar dan 3 kaki panjang, mempunyai 14 jalur bagi melambangkan perpaduan 13 buah negeri dan 1 Persekutuan iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, .Terengganu, dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur dan Labuan). Sunday, July 08, 2007 Bendera Johor Berdaulat Bendera Johor sangat berdaulat. Di zaman penjajah, bendera tersebut sentiasa dikibarkan lebih tinggi daripada Union Jack - bendera British. Inilah hikmah kebijaksanaan kesultanan Johor untuk mempastikan kedaulatan sultan dan bumi Johor sentiasa dipelihara dan dipertahankan, waimah di era penjajahan. Lantaran itu, marilah sama-sama kita hayati falsafah di sebalik simbol bintang bulan dan warna-warna pada bendera Johor. Simbol anak bulan dan bintang yang berwarna putih melambangkan Agama Islam dan kesultanan Johor yang berdaulat. Warna merah melambangkan keperwiraan rakyat jelata Johor yang mempertahankan negeri. Warna biru tua pula mencerminkan kesejagatan kerajaan negeri. Dalam ertikata yang mudah, bendera Johor adalah lambang kedaulatan DYMM Sultan Johor, keperwiraan rakyat jelata Johor dan kesejagatan kerajaan negeri Johor. Lebih jelas lagi, bendera Johor adalah lambang yang merangkumkan institusi

Bendera Malaysia Dn Bendera Negeri

Embed Size (px)

DESCRIPTION

brn

Citation preview

Page 1: Bendera Malaysia Dn Bendera Negeri

Maksud Lambang dan Warna pada Bendera malaysia Setiap lambang dan warna yang terdapat pada bendera Malaysia mewakili

maksud-maksud tertentu. Bahagian yang berwarna biru tua di sebelah kiri

melambangkan perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, bersatu padu serta

berusaha dalam memajukan pembangunan ekonomi berasaskan sains dan

teknologi canggih. Warna kuning pada lambang anak bulan dan bintang pecah 14

bermaksud kedaulatan Raja Berperlembagaan serta mendokong dan menghormati

lunas-lunas perlembagaan dan falsafah Rukun Negara. Lambang anak bulan

membawa maksud Islam sebagai agama rasmi negara sementara bintang pecah 14

menunjukkan perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Merah

melambangkan keberanian dan bersedia dalam menghadapi segala rintangan dan

cabaran dalam usaha meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara maju. Manakala

putih melambangkan kesucian, ikhlasan dan kesungguhan bagi mempertingkatkan

ketahanan rakyat yang beradab, berkebudayaan dan berkeperibadian Malaysia.

Ukuran bendera masih dikekalkan iaitu 6 kaki lebar dan 3 kaki panjang,

mempunyai 14 jalur bagi melambangkan perpaduan 13 buah negeri dan 1

Persekutuan iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang,

Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, .Terengganu, dan Wilayah

Persekutuan (Kuala Lumpur dan Labuan).

Sunday, July 08, 2007Bendera Johor Berdaulat

Bendera Johor sangat berdaulat. Di zaman penjajah, bendera tersebut sentiasa dikibarkan lebih tinggi daripada Union Jack - bendera British. Inilah hikmah kebijaksanaan kesultanan Johor untuk mempastikan kedaulatan sultan dan bumi Johor sentiasa dipelihara dan dipertahankan, waimah di era penjajahan.

Lantaran itu, marilah sama-sama kita hayati falsafah di sebalik simbol bintang bulan dan warna-warna pada bendera Johor.

Simbol anak bulan dan bintang yang berwarna putih melambangkan Agama Islam dan kesultanan Johor yang berdaulat. Warna merah melambangkan keperwiraan rakyat jelata Johor yang mempertahankan negeri. Warna biru tua pula mencerminkan kesejagatan kerajaan negeri.

Dalam ertikata yang mudah, bendera Johor adalah lambang kedaulatan DYMM Sultan Johor, keperwiraan rakyat jelata Johor dan kesejagatan kerajaan negeri Johor. Lebih jelas lagi, bendera Johor adalah lambang yang merangkumkan institusi kesultanan, rakyat jelata dan kerajaan negeri.

Hasil kebijaksanaan kesultanan Johor, pada 1885, United Kingdom setuju menandatangani satu perjanjian dengan Johor di mana negeri itu diiktiraf sebagai sebuah negeri merdeka yang mampu mengendalikan pentadbiran sendiri. Sebab itulah pegawai tinggi British yang ditugaskan ke Johor hanya bertindak sebagai konsultan, bukannya penasihat, seperti di lain-lain negeri di Tanah Melayu ketika itu.

Page 2: Bendera Malaysia Dn Bendera Negeri

Dan sebab itulah juga kesultanan Johor ketka itu boleh memilih untuk mengenepikan pandangan pegawai tinggi British dalam pengurusan negeri berkenaan di era penjajah.

Kedua-dua faktor di ataslah yang membolehkan bendera Johor dikibarkan lebih tinggi daripada Union Jack di zaman kolonialis. Ini bermakna bahawa kedaulatan sultan Johor dan bumi Johor sentiasa dihormati oleh British walaupun di zaman penjajah.

Lantaran itu, rakyat jelata Johor wajar berbangga dengan hakikat di atas. Mereka juga perlu menghargai kebijaksanaan kesultanan Johor yang mempertahankan dan memelihara kedaulatan dan maruah bumi Johor di era penjajah.

Oleh kerana sesuatu bendera itu melambangkan perpaduan sesuatu kelompok manusia dari semua latarbelakang kehidupan di dalam sesebuah negeri atau negara, mengapakah harus ada rakyat Johor yang kurang bersemangat untuk mengibarkan bendera Johor dan bendera Malaysia menjelang sambutan kemerdekaan ke-50?

Insaflah, kalau kesultanan Johor sentiasa memelihara dan mempertahankan kedaulatan bumi Johor dan rakyat jelatanya di era penjajah, menerusi bendera Johor yang dikibarkan lebih tinggi daripada Union Jack, tidakkah rakyat Johor hari ini rasa terpanggil untuk terus mempertahankan kedaulatan kesulatanan dan bumi Johor mutakhir daripada sebarang ganggu-gugat oleh mana-mana pihak?

Kibarkanlah bendera Johor dengan penuh semangat dan rasa cinta, kasih dan sayang yang total kepada Johor. Kibarkanlah juga bendera Malaysia atas dorongan semangat yang sama.

Page 3: Bendera Malaysia Dn Bendera Negeri
Page 4: Bendera Malaysia Dn Bendera Negeri
Page 5: Bendera Malaysia Dn Bendera Negeri

Bendera Negeri & Wilayah

Persekutuan

Bendera Kebangsaan ~ Bendera Malaysia

Bendera Negeri Kedah Darul Aman

Bendera Negeri Sembilan Darul Khusus

Page 6: Bendera Malaysia Dn Bendera Negeri

Bendera Negeri Pahang Darul Makmur

Bendera Negeri Kelantan Darul Naim

Bendera Negeri Johor Darul Ta'zim

Bendera Negeri Perak Darul Ridzuan

Page 7: Bendera Malaysia Dn Bendera Negeri

Bendera Negeri Terengganu Darul Iman

Bendera Negeri Perlis Indera Kayangan

Bendera Negeri Selangor Darul Ehsan

Bendera Negeri Melaka Darul Azim

Page 8: Bendera Malaysia Dn Bendera Negeri

Bendera Negeri Pulau Pinang

Bendera Negeri Sabah

Bendera Negeri Sarawak

Bendera Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Page 9: Bendera Malaysia Dn Bendera Negeri

Bendera Wilayah Persekutuan Labuan

Bendera Wilayah Persekutuan Putrajaya

All Rights Reserved. [email protected] Copyright © 2001 Hua Lian Student Club.