5
BULETIN BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK BILANGAN 17 : MEI 2021 Pusat Strategi-UKM mengalu-alukan Prof. Ts. DatoDr Mohd Ekhwan Toriman yang dilantik sebagai Naib Canselor UKM mulai 1 Januari 2021 sehingga 31 Disember 2023. Prof. Ts. Dato' Dr. Mohd Ekhwan, seorang Profesor dalam bidang Hidrologi Persekitaran, menjadi warga akademik UKM sejak tahun 1994. Beliau merupakan Naib Canselor pertama yang dilantik dalam kalangan alumni UKM sendiri. PROF DATO’ DR NORMAN MOHD SALEH Pro-Naib Canselor (Strategi dan Pembangunan Korporat) Pelantikan tersebut amat tepat, berdasarkan pengalaman luas beliau yang pernah berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Akademik dan Pembangunan), Jabatan Pendidikan Tinggi, KPT Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UKM dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Pembangunan), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Pelantikan beliau memantapkan lagi perjalanan UKM sebagai sebuah Universiti Kebangsaan yang menerajui agenda masyarakat dengan konsep Universiti Watan Kita”. Konsep kewatanan membawa maksud semangat untuk membela nasib bangsa dan negara dengan semangat kemanusiaan dan persaudaraan. Konsep ini akan diterjemahkan dalam strategi jangka pendek dan panjang, prakarsa dan indikator yang jelas. Beliau juga memperkenalkan T.E.R.A.S. sebagai asas pentadbirannya, yang merujuk kepada Bakat (Talent), Etika (Ethics), Pemerkasaan (Revitalise), Tangkas (Agile) dan Jiwa (Soul). Asas ini penting untuk memastikan warga UKM bekerja dalam satu pasukan yang jitu. Bagai sirih pulang ke gagang Sekali lagi Pusat Strategi-UKM mengucapkan selamat bertugas kepada Naib Canselor UKM dan semoga UKM mencapai kegemilangan di persada antarabangsa. Di akhir Ramadhan yang penuh berkah dan Syawal yang akan mengunjung tiba, Pusat Strategi juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada warga UKM. Semoga hari lebaran ini merapatkan ukhuwah antara kita walaupun dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK

  • Upload
    others

  • View
    25

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK

BULETINBIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK

BILANGAN 17 : MEI 2021

Pusat Strategi-UKM mengalu-alukan Prof. Ts.

Dato’ Dr Mohd Ekhwan Toriman yang dilantik

sebagai Naib Canselor UKM mulai 1 Januari

2021 sehingga 31 Disember 2023. Prof. Ts.

Dato' Dr. Mohd Ekhwan, seorang Profesor

dalam bidang Hidrologi Persekitaran, menjadi

warga akademik UKM sejak tahun 1994. Beliau

merupakan Naib Canselor pertama yang dilantik

dalam kalangan alumni UKM sendiri.

PROF DATO’ DR NORMAN MOHD SALEH

Pro-Naib Canselor

(Strategi dan Pembangunan Korporat)

Pelantikan tersebut amat tepat, berdasarkan pengalaman luas beliau yang pernah

berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Akademik dan Pembangunan), Jabatan

Pendidikan Tinggi, KPT Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UKM dan

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Pembangunan), Universiti Sultan Zainal Abidin

(UniSZA).

Pelantikan beliau memantapkan lagi perjalanan UKM sebagai sebuah Universiti Kebangsaan

yang menerajui agenda masyarakat dengan konsep “Universiti Watan Kita”. Konsep

kewatanan membawa maksud semangat untuk membela nasib bangsa dan negara dengan

semangat kemanusiaan dan persaudaraan. Konsep ini akan diterjemahkan dalam strategi

jangka pendek dan panjang, prakarsa dan indikator yang jelas.

Beliau juga memperkenalkan T.E.R.A.S. sebagai asas pentadbirannya, yang merujuk kepada

Bakat (Talent), Etika (Ethics), Pemerkasaan (Revitalise), Tangkas (Agile) dan Jiwa (Soul).

Asas ini penting untuk memastikan warga UKM bekerja dalam satu pasukan yang jitu.

Bagai sirih

pulang ke gagang

Sekali lagi Pusat Strategi-UKM mengucapkan selamat bertugas

kepada Naib Canselor UKM dan semoga UKM mencapai

kegemilangan di persada antarabangsa.

Di akhir Ramadhan yang penuh berkah dan Syawal yang akan

mengunjung tiba, Pusat Strategi juga ingin mengucapkan

Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada warga UKM. Semoga hari

lebaran ini merapatkan ukhuwah antara kita walaupun dalam

keadaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Page 2: BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK

24 19 3012

25

79 86 121

189259

2016 2017 2018 2019 2020

Kertas PolisiBuku Penyelidikan

2433

28463070 3167

3566

1233 11481438 1319

1724

607 653 710 8331213

2016 2017 2018 2019 2020

Jurnal Terindeks (WoS, Scopus, Era)Jurnal Q1 - Q4 (WoS)Jurnal Q1 & Q2 (WoS)

UKM dan Penyelidikan

2034

22702517 2528

3140

3874

3545

31543321

3584

1927 1940

2258 2309

2016 2017 2018 2019 2020UKM UM UPM USM UTM

UKM telah menunjukkan

peningkatan pencapaian penerbitan

makalah yang konsisten bagi tempoh

lima tahun (2016-2020). Rajah 1

menunjukkan perbandingan

penghasilan makalah (dari

pangkalan data Web of Science,

WoS) bagi lima buah universiti utama

di Malaysia.

Strategi perancangan bersasar oleh

UKM dalam mencapai penyelidikan

berkualiti telah secara langsung

berjaya membantu para penyelidik

UKM menghasilkan penerbitan

bermutu yang menjadi rujukan dunia.

Ini diterjemahkan dengan lonjakan

bilangan penerbitan WoS pada 2020

iaitu sebanyak 3140 buah makalah.

Lebih membanggakan, hampir 40%

(1213 buah makalah) adalah

makalah bertaraf Q1 dan Q2

sepertimana ditunjukkan dalam

Rajah 2.

Rajah 3 pula menunjukkan

pencapaian penghasilan kertas polisi

dan buku penyelidikan bagi UKM

dalam tempoh lima tahun yang

sama. Kadar peningkatan buku

penyelidikan UKM dalam tempoh ini

adalah sangat memberangsangkan.

UKM juga konsisten dalam

penghasilan polisi kepada negara,

dengan purata 22 polisi setahun

sepanjang tempoh ini.

Diharap seluruh warga UKM

meneruskan usaha cemerlang

menghasilkan penyelidikan berkualiti

yang memberi manafaat, bukan

sahaja kepada negara, malah

kepada dunia amnya.

Rajah 1: WoS - Makalah (RU)

Rajah 2 : Makalah oleh UKM

Rajah 3 : Kertas Polisi dan

Buku Penyelidikan oleh UKM

Page 3: BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK

UKM di Persada Dunia

Pada tahun 2020, UKM telah menerima beberapa pengiktirafan dalam pemeringkatan

(Rankings) daripada organisasi di luar negara. Bagi QS World Universiti Rankings yang

mengambil kira indikator seperti reputasi sesebuah universiti dari perspektif rakan

akademik yang lain, perspektif majikan, prestasi penyelidikan universiti berkenaan dan

jaringan antarabangsa, UKM berada pada kedudukan ke-141 terbaik di dunia.

Pengiktirafan ini bermakna universiti ini berada dalam kelompok 12% universiti terbaik di

dunia. Kedudukan UKM di Asia juga turut meningkat saban tahun dengan kedudukan

terkini adalah pada tempat ke-35 universiti terbaik di Asia iaitu dalam kelompok 6%

universiti terbaik di Asia.

Dari segi penarafan subjek yang merujuk kepada bidang yang dipelopori oleh UKM, QS

telah mengiktiraf 11 subjek dari UKM untuk berada dalam kedudukan ke 101-200 terbaik

di dunia. Di Malaysia, sebanyak 6 subjek dari UKM berada di kedudukan kedua terbaik.

Pemeringkatan (Rankings) merupakan perkara yang mengukur dan mengiktiraf sejauh

mana pencapaian sesebuah universiti. Rankings meletakkan kedudukan UKM

berbanding universiti lain dan secara lansung menilai kualiti dan kecekapan UKM dari

pelbagai aspek berbanding universiti lain. Tidak dapat dinafikan bahawa hasil dari kerja

keras warga universiti dalam menyelusuri hala tuju universiti seperti mana yang telah

dirancang dan digariskan dalam pelan strategik UKM menyumbang kepada peningkatan

pengiktirafan UKM, sebuah universiti watan, di persada antarabangsa.

Page 4: BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK

UKM dan Agenda Kelestarian Universiti

Pada tahun 2007, UKM telah mengorak langkah

untuk menerapkan konsep pembangunan

lestari dalam usaha untuk menganjak kampus

UKM menjadi sebuah kampus lestari. Falsafah

yang mendorong usaha ini menekankan

peranan UKM meminimumkan impak negatif

penggunaan sumber ke atas alam sekitar,

ekonomi dan sosial, bagi memenuhi fungsi

pembelajaran, penyelidikan, jangkauan

kesepakatan dan penerajuan (stewardship)

dalam membimbing perubahan gaya hidup

warga, pelajar dan masyarakat agar lebih

lestari. Usaha-usaha ini masih diteruskan, dan

pelbagai inisiatif sedang digerakkan untuk

membudayakan konsep lestari dengan lebih

menyeluruh.

Pengukuran juga di buat oleh UKM umpamanya penarafan

oleh Times Higher Education (THE) melalui Impact

Rankings yang mengukur sumbangan sesebuah Universiti

dalam menterjemahkan aspirasi pembangunan lestari yang

terkandung di dalam United Nation Sustainable

Development Goals (SDGs) 2030. Pada tahun ini, untuk

kali kedua UKM bersama 1153 institusi pengajian tinggi

dari 96 negara, telah menyertai proses penarafan ini, dan

menduduki tempat di dalam julat 101-200 untuk empat

SDG. Keputusan penarafan ini telah memperlihatkan

ruang untuk mengukuhkan lagi usaha pembudayaan

konsep pembangunan lestari dengan lebih menyeluruh. Ini

termasuk melihat peluang untuk memperkasakan inisiatif

sedia ada dan yang baharu untuk membantu UKM

mencapai hasrat yang diiltizamkan pada tahun 2007.

Sebagai pendukung amanah negara, UKM akan

meneruskan sumbangan mengukuhkan gagasan ilmu,

serta memasyarakatkan ilmu tersebut untuk menyumbang

kepada usaha negara dan dunia dalam mencapai aspirasi

pembangunan lestari. Usaha pembudayaan ini akan

diteruskan bertunjangkan semangat T.E.R.A.S yang

menjadi pemangkin pembentukan strategi UKM yang akan

datang.

Page 5: BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK

Aktiviti Pusat Strategi UKM

Penasihat

Prof. Dato’ Dr. Norman Mohd Saleh

Ketua Editor

Prof. Madya Dr. Mohd Azlan

Shah Zaidi

Editor

Prof. Dr. Mohd. Zaidi Omar

Prof. Madya Dr. Wan Zawiah Wan Zin

@ Wan Ibrahim

Prof Madya Dr. Sarah Aziz Abdul Ghani Aziz

Tuan Haji Zanudin Mohd. Daud

Puan Nor Saribon Ramli

Reka Bentuk

Encik Barudin Baharin

Pusat Strategi UKM

Aras 3, Bangunan Canselori

Universiti Kebangsaan Malaysia

43600 UKM Bangi

Selangor Darul Ehsan

Tel: 03-89213856

Faks : 03-89214590

www.ukm.my/strategi-ukm

Sekiranya anda mempunyai sebarang bahan

sama ada berbentuk artikel ataupun gambar

(resolusi tinggi), mohon dapat majukan bahan

tersebut ke alamat e-mel

[email protected]

SIDANG

PENGARANG

HUBUNGI

1. Bengkel Perancangan Kerangka Pelan Tindakan

Strategik 2021 (T.E.R.A.S) secara atas talian. 27

Februari 2021

2. Bengkel Kerangka Pelan Tindakan Strategik UKM

2021 (T.E.R.A.S) pada 27/3/2021 di Bangi Resort

Hotel

3. Audit Dalaman Sistem Pengurusan Kualiti

Perkhidmatan Pusat Strategi UKM oleh SIRIM pada

16 April 2021

PERPINDAHAN DAN KEMASUKAN STAF

DI PUSAT STRATEGI

Pusat Strategi mengucapkan setinggi-tinggi

penghargaan kepada Puan Zaimi Makhtar dan Encik

Shahrin Anuar atas perkhidmatan yang telah

disumbangkan.. En Shahrin telah berpindah ke

INBIOSIS pada 1 Disember 2020 manakala Puan

Zaimi telah berpindah ke Pusat Pengurusan Akademik

pada 8 Februari 2021.Pusat Strategi juga mengalu-

alukan kedatangan semula Ketua Pentadbiran baharu,

tuan Haji Zanudin Mohd Daud yang telah memulakan

tugas semenjak 25 Februari 2021.