18
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN KERTAS KERJA PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG) FASA 2 AKTIVITI 1: CERAMAH TAHUN 2013 Anjuran: KUMPULAN PISMP SEMESTER 2 AMBILAN JANUARI 2013 Dengan Kerjasama: UNIT KOKURIKULUM IPG KAMPUS DARULAMAN Hari & Tarikh: KHAMIS, 12 SEPTEMBER 2013 Tempat:

Big Paperwork 2013 (Ceramah)

Embed Size (px)

DESCRIPTION

ceramah

Citation preview

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIAINSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

KERTAS KERJA

PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG)FASA 2 AKTIVITI 1: CERAMAHTAHUN 2013

Anjuran:KUMPULAN PISMP SEMESTER 2 AMBILAN JANUARI 2013

Dengan Kerjasama:UNIT KOKURIKULUM IPG KAMPUS DARULAMAN

Hari & Tarikh:KHAMIS, 12 SEPTEMBER 2013

Tempat:DEWAN IBNU KHALDUN,INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN,BANDAR DARUL AMAN, 06000 JITRA, KEDAH.

1.0 PENGENALAN

Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang dirangka khas bagi memenuhi keperluan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) untuk memenuhi syarat mendapat Ijazah Sarjana Muda Perguruan Malaysia. Program ini diletakkan di bawah komponen Asas Dinamika Guru (ADG) bagi kumpulan PISMP Semester 2. Melalui penyertaan dan penglibatan guru-guru pelatih, matlamat program dalam menerapkan nilai-nilai hidup bermoral dan beragama sebagai fokus utama dalam proses pembinaan insan guru dapat dipenuhi. Segala pengisian program tersebut juga selaras dengan asas pembinaan insan guru yang berpaksikan kepada pegangan Prinsip Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sekaligus menjadi asas pembentukan masyarakat dan menjadi kerangka kepada pembentukan negara bangsa.

Proses pembinaan insan guru terbina berlandaskan kepada aspek kesedaran bahawa profession perguruan adalah mulia. Insan guru dilihat sebagai golongan yang dapat membina generasi yang cemerlang di samping menjadi role-model kepada masyarakat. Justeru, guru memerlukan kekuatan dan kemantapan dalam diri mereka dari semua aspek sama ada jasmani, emosi, rohani atau intelek. Sebagai insan yang bergelar guru juga adalah suatu kewajipan untuk menampilkan peribadi dan jati diri yang baik di samping meningkatkan kualiti dan ketrampilan diri. Oleh itu, pengisian-pengisian positif, penerapan nilai-nilai murni dan pengamalannya juga perlu dalam diri guru agar ia menjadi contoh dan ikutan kepada anak didik khususnya dan masyarakat amnya dalam mengharungi cabaran pada era globalisasi.

Program Bina Insan Guru Fasa 2 untuk pelajar PISMP Semester 2 akan dijalankan pada 12 September 2013 di Dewan Ibnu Khaldun IPG Kampus Darulaman. Program yang akan dijalankan adalah ceramah. Antara tema ceramah Program Bina Insan Guru (BIG) adalah terdiri daripada Pembinaan Insan Guru Yang Seimbang, Guru Dan Hubungan Komuniti serta Guru Dan Akauntabiliti. Pembinaan Insan Guru Yang Seimbang dipilih sebagai tema ceramah. Ceramah mengenai tema Pembinaan Insan Guru Yang Seimbang adalah bertujuan untuk membina insan guru yang mulia, menjamin kualiti peribadi dan professionalisme guru serta pembelajaran berterusan seluas hayat dalam kalangan pelajar PISMP Semester 2. Program ini diharap dapat melahirkan guru yang berkualiti serta mempunyai ciri-ciri guru yang dapat memimpin anak bangsa kelak.

2.0 RASIONAL

Rasional ceramah ini dijalankan untuk memberi pengetahuan kepada guru pelatih tentang mendedahkan pelajar dengan kriteria yang diperlukan dalam membentuk seorang guru yang cemerlang serta mampu memberi sumbangan yang baik kepada negara. Selain itu, ceramah ini juga memberi penekanan terhadap guru sebagai seorang insan yang mulia, kualiti peribadi serta professionalisme seorang guru dan pembelajaran yang berterusan dan seluas hayat. 3.0 MATLAMAT

Di samping itu, program ini dapat melahirkan bakal guru yang berilmu, beramal dan berbakti iaitu memahami konsep nilai dan etika keguruan supaya boleh mengamalkan semangat berpasukan, kerjasama dan bertanggungjawab. Pada masa yang sama, program ini dapat membina insan guru yang berakuantabiliti dan amanah. Selain memahami konsep pembinaan modal insan guru yang cemerlang, guru juga sebagai pendidik pembimbing dan pembina akhlak anak bangsa. Kesedaran dalam diri seorang guru tentang tanggungjawabnya dalam mendidik juga penting untuk membentuk peribadi guru yang unggul. Oleh itu, guru pelatih harus memahami konsep dan kepentingannya di dalam komuniti pendidikan.

4.0 OBJEKTIFObjektif ceramah ini membolehkan pelajar-pelajar dapat :i. Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam menganalisis masalah dan situasi komplek untuk membuat keputusan yang jitu dan menyelesaikan masalah serta berupaya berfikir secara reflektif untuk melaksanakan penambahbaikan secara berterusanii. Menunjukkan kecekapan terhadap kepentingan pembinaan modal insan yang cemerlangiii. Boleh bertindak balas secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang berbeza dan mengembangkan kemahiran berkomunikasi dalam kepelbagaian budaya.iv. Menghayati dan menampilkan ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan.v. Merancang, melaksana, memimpin program, berkerjasama dan mengambil peranan secara aktif dalam kumpulan.vi. Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial.

5.0 MAKLUMAT PROGRAMBerikut merupakan maklumat untuk BIG Fasa II.i. Tarikh :12 September 2013ii. Tempat : Dewan Ibnu Khalduniii. Masa : 8.00 pagi 11.00 pagi ( 3 jam )

6.0 PESERTA KURSUS

Peserta program ini terdiri daripada pelajar tersebut :

1. PISMP Pendidikan Pemulihan 126 orang2. PISMP Pendidikan Pemulihan 226 orang3. PISMP Pendidikan Sejarah27 orang4. PISMP Bahasa Inggeris (TESL)18 orang5. PISMP Bahasa Arab22 orang6. PISMP Pendidikan Bimbingan 121 orang7. PISMP Pendidikan Bimbingan 222 orang8. PISMP Pendidikan Khas 116 orang9. PISMP Pendidikan Khas 213 orang_______________________________________________ JUMLAH PESERTA = 191 orang

7.0 AHLI JAWATANKUASA INDUK BIG IPG KAMPUS DARULAMANAhli Jawatankuasa Induk Program Bina Insan Guru (BIG) IPG Kampus Darulaman yang telah dipilih seperti berikut :

PENAUNGTn. Haji Mohd. Mustaffa b. Ahmad( Pengarah, IPG Kampus Darulaman )PENASIHATTn. Haji Hashim b. Asman( Timbalan Pengarah, IPG Kampus Darulaman )PENGERUSIPn. Noorasikin bt. Ismail( Ketua Unit Kokurikulum, IPG kampus Darulaman)SETIAUSAHAEn. Yusri b. Yusof(Ketua Penyelaras BIG, IPG Kampus Darulaman )AHLI JAWATANKUASAEncik Bukhari b. Shafie( Mentor - Pemulihan 1)Encik Aswadi b. Md. Amin( Mentor - Pemulihan 2)Puan Fatahiyah bt. Mohd Ishak ( Mentor - Sejarah )Puan Suzana bt. Ahmad ( Mentor - Bahasa Inggeris TESL )En. Mohd Hafedz b. Salleh ( Mentor - Bahasa Arab )Pn. Zuraida bt. Ahmad ( Mentor - Bimbingan 1 )Pn. Zainab bt. Ismail ( Mentor - Bimbingan 2 )Pn. Umazah bt. Omar ( Mentor - Pendidikan Khas 1 )Pn. Siti Aishah bt. Hamid ( Mentor - Pendidikan Khas 2 )8.0 JAWATAKUASA PELAKSANA BIG FASA 2 SIRI 1 2012

Senarai Ahli Jawatankuasa Pengelola Program Bina Insan Guru (BIG) PISMP Semester 2 2013 yang telah dipilih seperti berikut :

Pengarah Projek: Muhamad Azimin b. ZulkifliTimbalan Pengarah Projek: Nur Anis Farhana bt. Mohd NorSetiausaha: Nur Murni bt. AbdullahTimbalan Setiausaha: Kweh Ci YinBendahari: Auni Farhana bt. AzmanTimbalan Bendahari: Kong Pei Rong

Senarai Exco Program BIGAJK Persiapan Tempat: Muhammad Saufik b. Ahmad IsmailAJK Peralatan: Muhammd Aliff Firdaus b. Ismail AJK Protokol : Marilyan MarcelliusAJK Dokumentasi & Broshur: Mohamad Hazwan Adib b. NadzriAJK Siaraya: Muhammed Izzat Syimir b. Salleh (K) Shaareny A/P M. SaravananAJK Makanan : Muhammad Khairul Arif b. Muhd Radzi

9.0 MAKLUMAT PENCERAMAH

Maklumat penceramah adalah seperti yang berikut :

Nama Penceramah : Encik Rosli b. Haji AhmadNo. IC : 601026-07-5769No. Telefon : 013-4066382Jabatan : Jabatan Bimbingan dan KaunselingKepakaran : Bidang Psikologi

10.0 ANGGARAN PEBELANJAAN

BIL.

PERKARAJUMLAH (RM )CATATAN

1.Elaun makanan pelajarRM 3 x 191 orangRM 573.00

2.Maker pen dan kertas mahjong_Akan diperolehi daripada stor unit.

JUMLAH BESARRM 573.00

Senarai butiran diri pelajar boleh dirujuk di halaman lampiran.

11.0 TENTATIF PROGRAM

7.45 pagi : Pendaftaran 8.00 pagi : Ketibaan penceramah8.15 pagi : Nyanyian lagu NegarakuNyanyian lagu Negeri KedahNyanyian lagu IPDA8.30 pagi : Ucapan aluan pengerusi8.45 pagi : Program Ceramah Pembinaan Insan Guru yang Seimbang11.15 pagi: Penutup : Refleksi Kendiri : Nyanyian lagu Kami Guru Malaysia12.00 tengah hari : Bersurai

11.0 PENUTUPDiharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Kerjasama dan komitmen yang tidak berbelah bagi daripada semua pihak yang terlibat adalah amat diharapkan semoga program ini dapat dilaksanakan dengan sempurna. Justeru, hasil daripada program ini diharapkan dapat melahirkan guru yang cemerlang, gemilang dan terbilang dari aspek fizikal, emosi, rohani dan intelek. Seterusnya mampu mendidik anak bangsa dalam mengharungi cabaran era globalisasi masa kini dengan kekuatan iman yang teguh.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

_________________________ ________________________(NUR MURNI BT ABDULLAH) (YUSRI BIN YUSOF) Setiausaha, Ketua Penyelaras,Program Bina Insan Guru Program BIG,PISMP Januari 2013 IPG Kampus Darulaman.

__________________________(KWEH CI YIN)Timbalan Setiausaha,Program Bina Insan Guru PISMP Januari 2013

LAMPIRAN

BAHAGIAN A : PENSYARAH PENASIHAT / MENTOR

Data dan maklumat yang diberikan adalah betul.

Butiran kewangan yang diberikan adalah betul

Telah disemak dengan teliti

ULASAN:

Tarikh: ............................................ Tandatangan & Cop

BAHAGIAN B : KETUA UNIT KOKURIKULUM

Disahkan betul.

DISOKONG / TIDAK DISOKONG.

ULASAN:

Tarikh: ...................................... Tandatangan & Cop

BAHAGIAN C :PENOLONG AKAUNTAN / PEGAWAI EKSEKUTIF / KETUA PEMBANTU TADBIR /

Kewangan mengizinkan / tidak mengizinkan

Peruntukan yang akan digunakan ialah .

Kenderaan boleh digunakan / tidak boleh digunakan pada tarikh / masa tersebut

ULASAN:

Tarikh:

........................................ Tandatangan & Cop

BAHAGIAN D: TIMBALAN PENGARAH

Tarikh sesuai

Masa sesuai / tidak sesuai

Tempat sesuai / tidak sesuai

Pensyarah Pengiring diluluskan untuk orang sahaja.

DISOKONG / TIDAK DISOKONG.

ULASAN:

Tarikh:....................................................... Tandatangan & Cop

BAHAGIAN E : PENGARAH

ULASAN: .

DILULUSKAN

TIDAK DILULUSKAN

Tarikh:Tandatangan & Cop

14