bimbingan pemulihan

  • View
    150

  • Download
    5

Embed Size (px)

Text of bimbingan pemulihan

  • BIMBINGAN IKASPERKHIDMATANPENDIDIKANPEMULIHAN

  • BIMBINGAN KNASPERKHIDMATANPENDIDIKANPEMULIHAN

    SYED ABU BAKAR SYED AKIL

    Dewan Bahasa dan PustakaKuala Lumpur

    1997

  • Cetakan Pertama 1997 Syed.Abu Bakar Syed Akil 1997

    Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulangmana-mana bahagianartikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku mi dalam apa juga bentuk dan dengancara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau caralain sebelum mendapat izin bertulis daripada Ketua Pengarah, Dewan Bahasadan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur, Malaysia. Perundingantertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium.

    Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-daiam-Penerbitan

    Syed Abu Bakar Syed AkilBimbingan khas perkhidmatan pendidikan pemuiihan/ SyedAbu Bakar Syed Akil.Bibliografi: him. 327ISBN 983-62-4102-71. Remedial teaching. 2. Slow learning children--Education. 3. Special education. I. Judul.371.9263

    Dicetak olehPercetakan Dewan Bahasa dan PustakaLot 1037, Mukim Perindustrian PKNSAmpang / Hulu KelangSelangor Darul Ehsan

  • Istimewauntuk Fawziah,Fauzi,Fatimah,Farah danFairuz sertasemuapendidikyang bersimpatidengan kanak-kanak pemulihan

  • Kandungan

    Prolog v

    Bab 1 Keperluan Bimbingan Khas

    Bab 2 Mengenal Pasti Kanak-kanak yang Mengalami 23Masalah Pembelajaran

    Bab 3 Peranan Ibu Bapa Membuat Prognosis atau Menelah 43Risiko Anak-anak Mereka dengan BerpandukanGerak Balas Psikomotor dan Bahasa Kanak-kanakNormal -

    Bab 4 Pemilihan Murid-murid ke Kelas Pemulihan 59

    Bab 5 Mengenal Pasti Punca Masalah Kesulitan 123Pembelajaran

    Bab 6 Ujian Diagnostik 139

    Bab 7 Ujian Diagnostik untuk Bahasa Lisan 189

    Bab 8 Ujian Diagnostik Kemahiran Membaca 209

    Bab 9 Mendiagnos Bahasa Penulisan 231

    Bab 10 Pelajaran Matematik 247

    VII

  • Bimbingan Khas Perkhidmatan Pendidikan Pemulihan

    Bab 11 Pelaksanaan Perkhidmatan Khas Bimbingan PendidikanPemulihan dan Kerja-kerja Susulan 271

    Glo.vari 321

    Bibliografi 327

    Indeks 331

    viii

  • Prolog

    Setelah berpengalaman mengajar sejak 1952, saya dapati penekananpengajaran di sekolah masih lagi untuk meningkatkan peratus (%) ke-lulusan yang dicapai oleh murid-murid. Perangkaan atau statistikkejayaan dalam peperiksaan masih diutamakan oleh akhbar-akhbartempatan. Yang lemah dan lambat maju menjadi beban kepada cita-citadan obsesi sekolah untuk meningkatkan statistik kelulusan mi.

    Justeru itu, segala penyelidikan yang telah dibuat berkenaan denganpenyuburan kanak-kanak dalam berbagai-bagai teori semakin terpisahjauh. Objektif murni untuk memajukan kebahagiaan hidup kanak-kanakyang sedang pesat membesar menjadi kabur. Hasrat untuk menolongmereka mencapai tahap yang optimum diganti dengan harapan pen-capaian yang maksimum.

    Kanak-kanak lambat maju hanyut dalam kesibukan desakan pe-ningkatan statistik prestasi oleh sekolah. Mereka dipaksa mencapaitahap yang boleh dicapai oleh yang cerdas dan yang normal, tanpamengambil kira segala kecacatan ringan atau berat yang berlaku dalamderia dan otak mereka. Masyarakat Iebih senang menganggap bahawajika mereka kelihatan tidak cacat secara fizikal, mereka boleh dima-nipulasikan menjadi bijak.

    Data tentang pengalaman semasa kanak-kanak dalam kandungan,semasa dilahirkan, dan semasa membesar sebelum memasuki sekolah,dilupakan begitu sahaja. Jika ada data sekalipun catatannya kurangIengkap, cuma sekadar untuk memenuhi segala ruang kosong dalamberbagai-bagai borang yang menjadi beban perkeranian pula bagiguru-guru. Lagipun kepentingan markah, peratus, kedudukan dalamkeputusan peperiksaan sahaja yang ditegaskan.

    Petanda-petanda yang boleh digunakan untuk pencegahan daripada

    ix

  • Bimbingan Khas Perkhidmatan Pendidikan Pemulihan

    bertambahnya masalah kesulitan belajar yang patut digunakan oleh i 1 bubapa menjadi bahan perbualan akademik sahaja.

    Adalah diharapkan bahawa buku mi akan membuka suatu lembaranbaru bagi ibu bapa dan guru-guru untuk mengenali masalah kesulitanpembelajaran sejak awal-awal lagi. Beberapa petanda atau ujian mudahboleh dipraktikkan dalam suasana yang selesa di rumah.

    Faktor-faktor dalaman yang membezakan keupayaan pembelajaranyang diwarisi dan dipelajari melalui pengalaman oleh kanak-kanakseperti faktor genetik, proses pengamatan, proses penerimaan, pemi-kiran dan pernyataan juga dibincangkan dengan semudah mungkin.

    Pelunjuran program pemulihan yang boleh dilaksanakan dibincang-kan dengan terperinci, termasuk cara pemilihan atau saringan, caramenggubal ujian saringan, ujian diagnostik serta cara merekodkankeputusan. Teknik pengajaran juga diberikan contoh untuk dijadikanpedoman.

    Pengetahuan tentang masalah kesulitan pembelajaran mi sepatutnyamembuka mata para pendidik tentang pendekatan pengajaran untukmengatasinya. Kejayaan mengetahui dan mengatasi masalah kesulitanpembelajaran sudah pasti akan menjadikan seseorang guru yang terlatihlebih mahir menghadapi kanak-kanak.

    Insya-Allah.

    SyedAbu Bakar bin SyedAkil

  • Bab 1: Keperluan Bimbingan Khas1.1 Isu-isu yang Ditimbulkan 31.2 Peratusan Kanak-kanak yang Lemah 51.3 Jenis-jenis Kecacatan yang Terlibat 61.4 Perkhidmatan Pendidikan Pemulihan 81.5 Kanak-kanak Pemulihan 101.6 Pendidikan Pemulihan Kini di Sekolah-sekolah

    Rendah 131.7 Rasional Penubuhan Kelas Pemulihan 141.8 Strategi Pelaksanaan Program Pemulihan 161.9 Rumusan 19

  • fl Keperluan Bimbingan Khas

    1.1 ISU-ISU YANG DITIMBULKAN

    Sejak merdeka hingga kini, tidak begitu banyak perubahan berlakudalam dunia pedagogi atau sains pengajaran, walaupun sukatan pela-jaran, kemudahan teknologi pendidikan, bangunan sekolah serta peng-urusan dan pentadbiran pendidikan meningkat maju seiring dengankehendak masyarakat. Teknik pengajaran masih lagi mencerminkanaktiviti memberitahu, menerangkan dan menunjuk ajar pengetahuan dankemahiran berasaskan kebolehan kanak-kanak yang normal atau biasayang dianggap sebagai kanak-kanak yang kerap kali lulus dalam ujiandan peperiksaan, berdisiplin, rajin dan aktif dalam semua mata pelajaranyang penting1 danjuga dalam gerak kerja kokurikulum.

    Yang lainnya adalah kanak-kanak yang bukan dalam golongannormal dan dilabelkan sebagai kanak-kanak istimewa atau khashasil terjemahan daripada special children. Istilah-istilah mi digunakanagaknya untuk mententeramkan kemarahan ibu bapa dan untuk meng-hilangkan rasa terhina oleh kanak-kanak mi sekiranya mereka dilabelkan sebagai kanak-kanak bodoh, mundur, lemah atau lembam.

    Tidak ramai ibu bapa yang sanggup menerima hakikat jika anak-anak mereka dikategorikan ke dalam kelompok istimewa atau khasmi. Sungguhpun istilah yang digunakan untuk melabelkan kanak-kanaktersebut tidaklah begitu menghinakan, tetapi implikasinya masih laginegatif, iaitu anak-anak mereka tidak seperti kebanyakan anak-anakorang lain.

    I Mata pelajaran Bahasa dan Matematik.

    3

  • Bimbingan Khas Perkhidmatan Pendidikan Pemulihan

    Walau bagaimanapun, manusia adalah manusia juga dan setiapsistem sosial mempunyai sistem normatifnya sendiri. Orang kulit hitamdalam masyarakat kulit putih, umpamanya, dianggap ganjil dan be-gitulah sebaliknya.

    Cara melabelkan dan mengkategorikan manusia mengikut sifat-sifat zahir dengan berasaskan berbagai-bagai kriteria dan atribut ma-nusia normal yang biasanya terlalu subjektif, telah menimbulkanstigma yang kesannya sangat-sangat dirasai. Tidak ramai murid yangsuka dilabelkan istimewa atau khas.

    Sungguhpun nyata kelemahan yang berpunca daripada melabelkanatau mengkategorikan manusia, ada juga kemungkinan kebaikannya.Label merupakan satu cara yang sesuai untuk menerangkan satu setumum ciri kanak-kanak istimewa mi dan juga sangat berguna untukmengadakan satu jenis perkhidmatan bagi kumpulan khas mi. Satusistem label adalah penting untuk menerangkan sebarang kumpulanmanusia.

    Dilema melabelkan manusia didesak oleh sifat jati manusia yangsuka mengkategorikan benda-benda dalam persekitarannya. Denganyang demmkian, tidaklah menghairankan jika kanak-kanak dengankeperluan khas disalah anggap sebagai ganjil dan manusia dipengaruhiuntuk mengasingkan mereka daripada kanak-kanak yang normal.Trend atau kecenderungan pemikiran begini mengukuhkan kepercayaanbahawa kanak-kanak dengan keperluan khas mi:

    (a) adalah serupa dan sama walaupun sifat-sifat fizikal danpencapaian mereka adalah berbeza;

    (b) patut ditempatkan di satu tempat khas dan barulah mereka miboleh mendapat kemudahan serta layanan yang setimpal;

    dan (c) boleh maju dengan baik jika mereka dikumpulkan bersama-sama mengikut penjenisan kecacatan.

    Tindakan mengasingkan mereka mi daripada masyarakat normalsudah pasti akan mengukuhkan lagi kepercayaan yang mereka mi bukannormal. mi menghinakan.

    Justeru itu, ramai ibu bapa yang mendesak guru-guru supaya me-normalkan anak-anak mereka yang lemah i. Sikap untuk menjadikansemua kanak-kanak itu normal telah menimbulkan kekecewaan, pera-saan hampa dan cemas bukan sahaja kepada kanak-kanak tetapi jugakepada ibu bapa, guru besar dan guru jika mereka gagal menormalkananak-anak tersebut. Obsesi pencapaian normal mi telah menimbulkan

    4

  • Keperluan Bimbingan Khas

    berbagai-bagai kaedah mengajar yang tidak mengambil kira perbezaanfaktor-faktor dalaman individu yang diwarisi oleh kanak-kanak sepertikecerdasan, minat, sifat atau ciri (traits) atau perangai, penyakit yangdialami, dan kecacatan yang dijalinkan dengan intensiti pengaruh alamsekitar mereka. Interaksi antara bibit-bibit warisan baka dan pengaruhpersekitaran inilah yang menghasilkan ciri-ciri perbezaan individukanak-kanak di sekolah-sekolah.

    1.2 PERATUSAN KANAK-KANAKYANG LEMAH

    Untuk menyenangkan pengurusan dan pengelolaan bilik darjah, kanak-kanak dibahagikan kepada tiga ku