14
BAHASA MALAYSIA PENULISAN TEKNIK MENJAWAB SOALAN CEPAT DAN TEPAT Oleh : Cikgu Ismail Sabi

Bm penulisan upsr

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Bm penulisan upsr

BAHASA MALAYSIAPENULISAN

TEKNIK MENJAWAB SOALAN CEPAT DAN TEPAT

Oleh :Cikgu Ismail Sabi

Page 2: Bm penulisan upsr

TERBAHAGI KEPADA TIGA BAHAGIANBAHAGIAN A

MENULIS LIMA AYAT BERDASARKAN GAMBAR YANG DIBERI

-masa diperuntukkan 15 minit-10 markah

BAHAGIAN BMENULIS SATU KARANGAN DARIPADA TIGA TAJUK

DIBERI-masa diperuntukkan 40 minit

-30 markah

BAHAGIAN CMEMBUAT ULASAN

-masa diperuntukkan 20 minit-20 markah

Page 3: Bm penulisan upsr

BAHAGIAN A-terdapat TIGA arahan yang berbeza:1)Tulis lima ayat berdasarkan gambar yang diberi (AM)

2)Tulis lima ayat berdasarkan aktiviti-aktiviti yang terdapat di dalam gambar.(KATA KERJA)

3)Tulis lima ayat berdasarkan situasi di dalam gambar.(KATA ADJEKTIF/KATA SIFAT)

MENG

APA ADA TIGA

ARAHAN YANG

BERBEZA?

Page 4: Bm penulisan upsr

BAHAGIAN AARAHAN PERTAMA

1)Tulis lima ayat berdasarkan gambar yang diberi.(AM)

-setiap ayat yang dihasilkan mesti mengandungi kata kerja,kata sifat,dan Kata hubung dan penanda wacana.

-jangan menulis ayat yang terlalu ringkas

-jangan menulis AYAT PENYATA

-tentukan ayat-ayat yang dihasilkan menepati kehendak grafik

-ayat-ayat yang dihasilkan mengikut hukum bahasa dari segi struktur ayat,kosa kata,ejaan,tanda baca dll.

Page 5: Bm penulisan upsr

BAHAGIAN AARAHAN KEDUA

2)Tulis lima ayat berdasarkan aktiviti-aktiviti yang terdapatdi dalam gambar.( KATA KERJA )

-pastikan ayat-ayat yang dihasilkan mengutamakan KATA KERJA disampingdimasukkan kata sifat,kata hubung dan penanda wacana.

-buat penelitian pada gambar,tandakan bahagian-bahagian yang ada kaitandengan Kata Kerja.

-pastikan Kata Kerja yang digunakan tidak sama atau berulang-ulang

-setiap ayat yang dihasilkan mengikut hukum bahasa dari segi struktur ayat,kosa kata,ejaan,tanda baca dll

APAKAH IA KATA KERJA ?

Page 6: Bm penulisan upsr

BAHAGIAN AARAHAN KETIGA

3) Tulis lima ayat berdasarkan situasi di dalam gambar.

-setiap ayat yang dihasilkan mesti mengutamakan KATA ADJEKTIF/KATA SIFATdisamping memasukkan juga Kata Kerja,Kata Hubung,Penanda Wacana dll

-setiap ayat yang ditulis menepati kehendak gambar/grafik

-tandakan bahagian bahagian gambar yang ada kaitan dengan Kata Adjektif

-dibenarkan menyatakan ‘warna’ pada gambar walaupun gambar yang diberitidak berwarna

-ayat yang dihasilkan menepati hukum bahasa terutamanya dari segi struktur ayat,kosa kata,ejaan,tanda baca dllAPAKAH IA KATA SIFAT/KATA ADJEKTIF?

Page 7: Bm penulisan upsr

Kesilapan yang sering dilakukan oleh calon dalam Bahagian A

-menulis ayat penyata-ayat yang terlalu ringkas-ayat tidak menepati kehendak grafik-maksud ayat yang berulang-ulang-kesalahan dari segi ejaan,tanda baca,struktur ayat,kosa kata dll-menulis ayat kurang atau lebih daripada lima-tidak memahami kehendak soalan

Page 8: Bm penulisan upsr

BAHAGIAN B-menulis SATU karangan berdasarkan tiga

pilihan tajuk yang diberi-masa : 40 minit-markah : 30 markah-bahagian B banyak membantu calon lulus-pilih karangan yang paling senang sahaja-elakkan memilih karangan yang berformat kecuali ia betul-betul kamu fahami-karangan yang baik sekurang-kurangnya5 atau 6 perenggan,ada pembuka danpenutup karangan-pastikan struktur ayat,ejaan,dll ditulis dengan betul

Page 9: Bm penulisan upsr

Kesilapan yang sering calon lakukan pada Bahagian B

-tidak memahami kehendak tajuk yang dipilih-isi karangan tidak menepati kehendak tajuk-menulis karangan tidak mengikut format yang betul-isi karangan yang berulang-ulang-kurang isi karangan-banyak kesalahan tatabahasa seperti struktur ayat,ejaan,tanda baca,kosa kata,dll-gagal membahagikan masa dengan betul-isi karangan yang kurang menarik,membosankan-karangan tidak mengikut urutan (plot) yang betul-menulis karangan lebih daripada 1 tajuk yang disyaratkan

Page 10: Bm penulisan upsr

BAHAGIAN C

-membuat ulasan berdasarkan petikan,pantun,sajak dan syair-buat ulasan satu perenggan sahaja dengan menyelitkan penggunaan penanda wacana-jangan meniru atau menyalin semula ayat-ayat dalam petikan,guna idea sendiri-cari nilai yang tepat,buat huraian bersertakan contoh-sekurang-kurangnya mesti ada lima nilai-masa diperuntukkan: 20 minit-20 markah-merupakan bahagian yang sukar mendapatmarkah yang bagus-boleh dikatakan ‘killer’dalam penulisan

Page 11: Bm penulisan upsr

Formula Menjawab Bahagian C

Menggunakan ayat hafalan

Berdasarkan petikan/pantun/sajak/syair di atas terdapat beberapa nilai-nilai murni/pengajaran/faedah yang dapat kita contohi.Antaranya ialah……………………..Selain itu………………….Oleh itu…………………………………Disamping Itu………………………………..Seterusnya………………………………………………………….Akhir sekali………………………………..Kesimpulannya kita hendaklah mengamalkan nilai-nilai murni/pengajaran/faedah di dalam kehidupan seharian kita.

Page 12: Bm penulisan upsr

Kesilapan yang sering calon lakukan pada Bahagian C

-tidak memahami kehendak soalan iaitu antara nilai-nilai murni,faedah,atau pengajaran-gagal menggunakan masa yang diperuntukkan dengan betul.-meniru atau menyalin semula ayat-ayat yang terdapat dalam petikan-gagal memberi nilai,pengajaran,faedah dengan tepat malah ditulis berulang-ulang-bentuk ulasan yang membosankan-gagal menyelitkan kata hubung,penanda wacana dalam ulasan-banyak kesalahan tatabahasa seperti ejaan,struktur ayat,tanda baca,kosa kata dll-tidak disertakan huraian dan contoh-mengambil contoh lain selain yang terdapat dalam petikan-membuat ulasan terlalu panjang

Page 13: Bm penulisan upsr

CONTOH JAWAPAN BAHAGIAN C UPSR 2012

Berdasarkan petikan di atas,terdapat beberapa nilai yang dapat kita contohi.Antaranya ialah,kita bersatu hati seperti Imran,Aidil dan Rajesh yang berkawanrapat .Selain itu,kita hendaklah berpendirian tegas seperti Imran dan Rajesh yang tidak bertuju dengan tindakan Aidil mengajak memanjat pokok.Di samping itu,kita mestilah mendengar nasihat,contohnya bukan seperti Aidil yang berdegil dan terus memanjat pokok.Seterusnya,kita sewajarnya bersikap baik hati seperti Pak Harun menghantar Aidil ke hospital.Akhir sekali,kita patutlah insaf seperti Aidil yang berasa atas perbuatannya.Kesimpulannya,kita hendaklah mengamalkan nilai –nilai murni di dalam kehidupan seharian kita. NILAI MURNI

BERSATU HATI,BERPENDIRIAN TEGAS,MENDENGAR NASIHAT,BAIK HATI,INSAF

Page 14: Bm penulisan upsr

DI MANA ADA KEMAHUAN,DI SITU ADA JALAN

SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN

JANGAN SUDAH TERHANTUK BARU NAK TERNGADAH

JADILAH GOLONGAN CERDIK PANDAI YANG BERHATI MULIA

SELAMAT MAJU JAYA