23
PSZ 19:16 (Pind. 1/07) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS Judul : KEBERKESANAN KAEDAH KONSTRUKTIVISME DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK SESI PENGAJIAN : 2008/2009 Saya AFRINALENI BINTI SUARDI (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana/ Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi tinggi. SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh : _____________________________ _________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : 777, Taman Bernam Baru, DR. ZAINAL ABIDIN BIN ZAINUDDIN Tanjong Malim, Perak. Nama Penyelia Tarikh : 27 April 2009 Tarikh : 27 April 2009 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/ organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Borang pengesahan status tesis - fp.utm.my filepsz 19:16 (pind. 1/07) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis ♦♦♦♦ judul : keberkesanan kaedah konstruktivisme

  • Upload
    lynhan

  • View
    241

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

PSZ 19:16 (Pind. 1/07)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦♦♦♦

Judul : KEBERKESANAN KAEDAH KONSTRUKTIVISME DALAM

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

SESI PENGAJIAN : 2008/2009

Saya AFRINALENI BINTI SUARDI

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana/ Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan

Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

tujuan pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran

antara institusi tinggi.

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan

atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di

dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah

ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan

dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh :

_____________________________ _________________________

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap : 777, Taman Bernam Baru, DR. ZAINAL ABIDIN BIN ZAINUDDIN

Tanjong Malim, Perak. Nama Penyelia

Tarikh : 27 April 2009 Tarikh : 27 April 2009

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/ organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh

tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara

penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan,

atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

“Saya mengakui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya

karya ini adalah memadai dari segi skop dan kuantiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik)”.

Tandatangan : ………………………………………............ .. .. .. .. .. .

Nama Penyelia : DR. ZAINAL ABIDIN BIN ZAINUDDIN

Tarikh : 27 APRIL 2009

KEBERKESANAN KAEDAH KONSTRUKTIVISME DALAM PENGAJARAN

DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

AFRINALENI BINTI SUARDI

Tesis ini dikemukakan sebagai

memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2009

ii

“ Saya mengakui tesis ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang setiap satunya telah saya perjelaskan sumbernya.”

Tandatangan : ____________________________________

Nama Penulis : AFRINALENI BINTI SUARDI

Tarikh : 27 APRIL 2009

iii

DEDIKASI

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi. Bersyukur saya

ke hadrat-Nya kerana telah memberi saya kesihatan yang baik dan semangat kental untuk

saya menyempurnakan kajian ini.

Dituju khas kepada ayahanda Suardi Bin Maris,serta bonda Zurmiyetti Bt. Dinar

yang amat dikasihi.Terima kasih di atas segala pengorbanan dan dorongan selama ini.

Istimewa buat suami, Saiful Afendi B. Awang yang banyak memberi dorongan

dan sokongan dalam menjayakan kajian ini .

Buat anakanda Syazlia Bt Saiful Afendi, yang kadang-kadang terpaksa

ditinggalkan demi kerjaya seorang ibu, berkorban masa untuk bersama .

Serta tidak lupa buat rakan-rakan seperjuangan 4 SPT dan pihak sekolah SMK

LKTP Nitar, Felda Nitar, Mersing, Johor. Terima kasih di atas segala bantuan dan

kerjasama yang diberikan.

Semoga Allah merahmati kalian di dunia dan di akhirat.

iv

PENGHARGAAN

Alhamdullillah bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurniaNya

saya dapat menyiapkan Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada pensyarah

penyelia Projek Sarjana Muda ini yang sentiasa memberikan komitmen yang terbaik

iaitu Dr. Zainal Abidin Bin Zainuddin , kerana tanpa kesanggupan dan dedikasi beliau

dalam memberikan bimbingan, nasihat serta cadangan di sepanjang tempoh penyelidikan

pasti projek ini tidak dapat dijalankan dengan lancar. Jasa baik dan sumbangannya

amatlah dihargai.

Penghargaan juga ditujukan kepada suami dan anak saya serta ahli keluarga yang

tersayang kerana memberi sokongan dan galakkan kepada saya sepanjang tempoh

penyelidikan ini.

Tidak lupa juga, penulis ingin merakamkan terima kasih kepada pihak Fakulti

Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia atas kerjasama yang telah diberikan bagi

memudahkan kerja-kerja penyelidikan dijalankan.

Akhir sekali, penghargaan juga ditujukan kepada semua yang terlibat sama ada

secara langsung atau tidak langsung dalam membantu menjayakan projek ini.

Terima kasih semua.

v

ABSTRAK

Kajian ini telah dijalankan di sebuah sekolah di dalam Daerah Mersing,

Kumpulan sasaran kajian ini ialah terdiri daripada 40 orang pelajar Tingkatan 1. Pelajar

yang dipilih adalah berprestasi sederhana dalam matematik berdasarkan keputusan UPSR

2008. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti keberkesanan kaedah konstruktivisme

dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik. Pendekatan kaedah yang

digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk kuantitatif iaitu ujian pra, ujian pos dan soal

selidik dengan memfokuskan tajuk perimeter. Hasil daripada tinjauan, mendapati pelajar

menghadapi beberapa kelemahan menjawab soalan yang melibatkan penggunaan

formula. Hasil pemerhatian semasa kajian dijalankan didapati pelajar tidak memberi

tumpuan semasa proses p & p, tidak memahami kehendak soalan dan tidak memahami

konsep perimeter. Sampel dibahagikan kepada kumpulan eksperimental dimana kaedah

konstruktivisme dijalankan dan kumpulan kawalan sebagai kumpulan yang menjalankan

kaedah tradisional. Data-data dianalisa dengan perisian Microsoft Excel dan SPSS

Version 9.0. Ujian-t dua hujung bagi dipilih untuk menguji semua hipotesis kajian pada

aras kesignifikanan 0.05. Ujian – t digunakan untuk mendapatkan perbezaan terhadap

kaedah konstruktivisme dan kaedah tradisional telah menunjukkan perbezaan yang

signifikan. Dapatan kajian menunjukkan peningkatan prestasi pelajar. Peningkatan

kelulusan 15 % selepas menggunakan kaedah konstruktivisme. Hasil kajian menunjukkan

pendekatan konstruktivisme adalah lebih berkesan dan sesuai digunakan dalam

pengajaran dan pembelajaran matematik di dalam bilik darjah berbanding pendekatan

tradisional.

vi

ABSTRACT

This research has been conducted in school in Mersing. The target group are 40

form one students. Students are among intermediate level in mathematics based on their

2008 UPSR result. The objectives of this study is threw determine the effectiveness of

constructivism method in teaching and learning mathematic. Quantitative approach was

used which include pre and post test and questionnaires focusing on perimeter topic.

Based on observation, students were found having difficulties in answering the questions

with formulas. Student was not able to concentrate during teaching and learning, does not

understand the questions and the perimeter concepts. The sample was grouped into

experimental who underwent constructivism while the control group follow the

traditional method. Data was analyzed with Microsoft Excel and SPSS Version 9.0. Two

tailed t-test with p value 0.05 was conducted to test the hypothesis. The t-test was used to

determine the differences between constructivism and traditional method. The retrieval

research showed approval increase 15 % on performance of students after used

constructivism method. This study showed that the constructivism strategy was more

effective than the traditional strategy and suitable to be implement as part of the

mathematics teaching and learning process in the classroom.

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xii

SENARAI LAMPIRAN xiii

SENARAI SINGKATAN xiv

viii

BAB 1 PENGENALAN

1 .0 Pengenalan 1

1 .1 Pernyataan Masalah 2

1 .2 Rangka Kerja Konsep 5

1 .3 Tujuan Kajian 6

1.3.1 Objektif Umum 6

1.3.2 Objektif Kajian 7

1.3.3 Persoalan Kajian 7

1.3.4 Hipotesis Kajian 8

1 .4 Signifikan Kajian 8

1 .5 Batasan Kajian 10

1 .6 Takrifan Istilah 10

1 .7 Rumusan 12

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2 .0 Pengenalan 14

2 .1 Rujukan Berkaitan 14

2 .2 Model Pengajaran Berasaskan

Konstruktivisme 18

2.2.1 Model Lima Fasa Konstruktivisme Needham 18

2.3 Penggunaan Teori Konstruktivisme Dalam

Proses P & P 20

2.4 Rumusan 23

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3 .0 Pengenalan 26

3 .1 Rekabentuk Kajian 27

3 .2 Sampel Kajian 27

3 .3 Instrumen Kajian 28

ix

3 .4 Prosedur Memungut Data 29

3 .5 Prosedur Menganalisa Data 30

3 .6 Kesahan dan Kebolehpercayaan 31

3 .7 Rasional Pemilihan Tajuk Bagi Kaedah 31

Konstruktivisme

3.8 Rumusan 32

BAB 4 ANALISIS DATA

4 .0 Pengenalan 33

4 .1 Profil responden 34

4 .2 Latar Belakang Responden 34

4.2.1 Bilangan Responden, Jantina & Kaum 35

4.2.2 Pekerjaan Penjaga 36

4.2.3 Latarbelakang Responden-Analisis UPSR 2008 38

4 .3 Persepsi Pelajar Terhadap Subjek Matematik dan

Bahasa Inggeris 39

4 .4 Analisa Dapatan Kajian 41

4.4.1 Analisa Pemerhatian 41

4.4.2 Analisa Temu bual 41

4.4.3 Ujian Pra Dan Ujian Pos 41

4.5 Ujian Pra dan Ujian Pos 42

4.6 Persepsi Pelajar Terhadap Kaedah Pembelajaran

Konstruktivisme 46

4.7 Analisis Item 47

4.8 Rumusan 48

x

BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.0 Pengenalan 49

5.1 Persoalan dan Hipotesis Kajian 49

5.1.1 Analisis Pencapaian Pelajar Melalui

Pembelajaran Konstruktivisme 49

5.1.2 Analisis Persepsi Pelajar Terhadap

Penggunaan Kaedah Pembelajaran

Konstruktivisme 50

5.2 Perbincangan Hasil Kajian 51

5.2.1 Perbincangan analisis Temubual 52

5.2.2 Perbincangan Analisis Ujian 52

5.3 Kesimpulan Kajian 53

5.4 Implikasi Hasil Kajian 53

5.5 Cadangan Kajian 54

5.6 Penutup 55

RUJUKAN 57

LAMPIRAN 59

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

2.1 Fasa –fasa Model Konstruktivisme Lima Fasa

Needham 18

3.1 Jadual Penentu Ujian 28

4.1 Latar belakang responden mengikut kaum

dan jantina. 37

4.2 Analisis Pencapaian UPSR 2008 38

4.3 Analisis Soal Selidik 39

4.4 Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos 42

4.5 Bilangan dan peratusan responden bagi

keputusan ujian pra dan pos mengikut markah

selang kelas. 43

4.6 Perbandingan peratusan gred di antara Ujian Pra

dan Ujian Pos mengikut kelas 44

4.7 Analisis Ujian-t pencapaian pelajar dalam

ujian pos bagi kedua-dua kelas sampel. 45

4.8 Analisis Soalselidik 46

4.9 Jadual Penentu Ujian (JPU) 47

xii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

1.2 Kerangka Kerja 5

4.1 Bilangan pelajar mengikut bilangan

adik-beradik 35

4.2 Pekerjaan bapa pelajar 36

4.3 Pekerjaan ibu pelajar

4.4 Keputusan UPSR 2008 responden 38

4.5 Peratus keputusan UPSR responden 2008 39

4.6 Bilangan responden mengikut minat terhadap

Matematik, Bahasa Inggeris dan Matematik

dalam Bahasa Inggeris. 40

4.7 Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pos mengikut gred 44

xiii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Borang Soal Selidik 59

B Set Soalan Ujian Pra 64

C Set Soalan Ujian Pos 74

D Surat Kebenaran Menjalankan Kajian di Sekolah

daripada Kementerian Pelajaran Malaysia 84

E Surat Kebenaran Menjalankan Kajian di Sekolah

daripada Jabatan Pelajaran Johor 86

xiv

SENARAI SINGKATAN

KBSM - Kurikulum Bersatu Sekolah Menengah

PPK - Pusat Perkembangan Kurikulum

BBM – Bahan Bantu Mengajar

ABM – Alat Bantu Mengajar

P & P – Pengajaran Dan Pembelajaran

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

JPN - Jabatan Pelajaran Negari

JPU - Jadual Penentu Ujian

BAB 1

PENGENALAN

1.0 Pengenalan

Tajuk perimeter merupakan salah satu tajuk yang diperkenalkan kepada murid-

murid sekolah menengah semasa di Tingkatan 1. Kaedah Konstruktivisme digunapakai

dalam kajian ini bagi menentukan keberkesanan dari segi peningkatan prestasi pelajar.

Pendekatan konstruktivisme merupakan proses pembelajaran yang menerangkan

bagaimana pengetahuan disusun dalam minda pelajar. Pengetahuan dikembangkan

secara aktif oleh pelajar itu sendiri dan tidak diterima secara pasif dari persekitarannya.

Ini bermakna pembelajaran merupakan hasil daripada usaha pelajar itu sendiri dan bukan

dipindahkan daripada guru kepada pelajar. Iaitu tidak lagi berpegang pada konsep

pengajaran dan pembelajaran yang lama , di mana guru hanya “menuang ilmu “ kepada

murid tanpa murid itu sendiri berusaha dan menggunakan pengalaman atau pengetahuan

sedia ada mereka . Kaedah Konstruktivisme memainkan peranan yang penting dalam

pengajaran dan pembelajaran matematik, khususnya di sekolah menengah. Untuk

membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru perlu mengambil kira

struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru telah disesuaikan

dan diserap untuk dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah bentuk

baru tentang sesuatu ilmu pengetahuan dapat dibina. Proses ini dinamakan

Konstruktivisme. Beberapa ahli konstruktivisme berpendapat bahawa pembelajaran

bermakna bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid. Manakala

Nik Azis Nik Pa ( 1999 ) menerangkan bahawa Konstruktivisme adalah tidak lebih

daripada satu komitmen terhadap pandangan bahawa manusia membina pengetahuan

sendiri. Ini bermakna sesuatu pengetahuan yang dipunyai oleh seseorang individu adalah

2

hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh individu tersebut, dan bukan suatu maklumat

atau pengajaran yang diterima secara pasif dari luar.

Rutherford dan Algren berpendapat bahawa murid mempunyai idea mereka

sendiri tentang hampir semua perkara sama ada betul atau salah.Jika kefahaman dan

pandangan diabaikan dan tidak diatasi, kefahaman atau kepercayaan asal mereka itu

akan tetap kekal walaupun dalam peperiksaan , mereka memberi jawapan seperti yang

dikehendaki oleh guru.

John Dewey menguatkan lagi teori konstruktivisme dengan mengatakan bahawa

pendidik cekap harus melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sebagai proses

menyusun atau membina pengalaman secara berterusan. Beliau juga menekankan

kepentingan penyertaan murid di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Pengetahuan tidak boleh dipindahkan daripada pemikiran seseorang individu

kepada pemikiran individu yang lain. Sebaliknya setiap insan membentuk pengetahuan

sendiri dengan menggunakan pengalamannya secara terpilih.

Kaedah Konstruktivisme ini juga berkait rapat dengan pengetahuan sedia ada

pelajar. Justeru itu guru matematik seharusnya mengambil kira apa yang pelajar tahu

dan cuba mempertingkatkan interaksi antara pelajar agar pembelajaran menjadi lebih

seronok dan bermakna. Oleh itu, persekitaran pembelajaran Konstruktivisme dapat

meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran matematik dalam bilik darjah melalui

pemahaman kendiri akan konsep dan pengetahuan matematik menerusi persekitaran

pembelajaran yang kondusif.

1 .1 Pernyataan Masalah

Kebanyakan pelajar mempelajari matematik adalah kerana terpaksa semata-

mata untuk lulus peperiksaan tanpa ada penghayatan yang sepenuhnya. Mereka juga

beranggapan bahawa matematik adalah suatu subjek yang sukar dan membosankan

sehingga mereka tidak berminat untuk mempelajarinya. Kini, pencapaian matematik

dikalangan pelajar sekolah menengah agak merosot lebih-lebih lagi apabila

berkuatkuasanya Kursus pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa Inggeris dan

3

Bahasa Melayu untuk matematik dan sains iaitu English for Teaching Mathematics and

Science ( ETeMS) pada 2003 .

Pelajar juga kurang berinteraksi sesama guru dan rakan semasa pembelajaran

matematik sedang berjalan. Justifikasi daripada kelemahan ini menyebabkan ramai

pelajar gagal dalam ujian matematik atau prestasi yang kurang memuaskan. Hasil

daripada pengalaman yang lalu, didapati pelajar menghadapi empat kelemahan didalam

tajuk ini iaitu kelemahan kefahaman, kelemahan mengingat rumus, kelemahan proses

dan kelemahan menggunakan rumus .

i) Kelemahan Kefahaman

Kelemahan kefahaman ialah apabila pelajar tidak dapat menerangkan erti

perkataan-perkataan penting dalam soalan atau tidak dapat menerangkan secara ringkas

apakah yang disoal .

ii) Kelemahan mengingatkan rumus

Kelemahan mengingat rumus ialah pelajar tidak dapat membuat perbezaan

untuk mengingat rumus antara rumus perimeter dan luas. Pelajar sering keliru semasa

menggunakan rumus mencari luas dan mencari perimeter.

iii) Kelemahan Kemahiran Proses

Kelemahan kemahiran proses ialah pelajar menunjukkan kesalahan semasa

menjalankan pengiraan atau operasi-operasi matematik asas atau memilih rumus yang

salah.

4

iv) Kelemahan Menggunakan Rumus

Kelemahan menggunakan rumus ialah pelajar sering membuat pengiraan yang

salah disebabkan tidak mahir dalam mengambil maklumat untuk diisikan ke dalam

rumus. Ini menyebabkan pelajar akan mendapat jawapan yang salah. Kesan dari

kelemahan ini menyebabkan pelajar gagal menyelesaikan pengiraan untuk tajuk luas

dan perimeter dengan betul. Kegagalan ini boleh mempengaruhi penguasaan tajuk-tajuk

lain seperti soalan penyelesaian masalah bagi perimeter dan luas dan akhirnya memberi

kesan kepada pencapaian murid keseluruhannya. Oleh itu suasana persekitaran

pembelajaran bilik darjah dan pengetahuan sedia ada pelajar itu sendiri memainkan

peranan yang amat besar dalam menentukan kejayaan seseorang pelajar dalam

pembelajaran matematik secara bermakna. Guru perlu berusaha mencari kaedah-kaedah

yang sesuai yang boleh menarik tumpuan dan minat pelajar ke arah mempelajari

matematik pada peringkat seterusnya ( Md . Shuib, 1992 ) .

5

1.2 Kerangka Kerja Konsep

Tinjauan Tentang

Kajian

Merancang

Tindakan Kajian

Melaksanakan

Tindakan Kajian

Refleksi Kajian

1. Kekuatan dan Kelemahan

Kaedah Konstruktivisme

2. Pencapaian Pelajar

3. Sikap Pelajar

4. Motivasi atau Minat

5. Maklumbalas Pelajar

Sokongan dari

Pentadbir Sekolah

Aplikasi atau Tidak dalam

Pengajaran dan

Pembelajaran bergantung

kepada Keberkesanan

Kaedah Konstruktivisme

6

Kerangka kerja konsep tersebut menjelaskan bagaimana proses sesuatu kajian

yang akan dijalankan. Ianya bermula dari pengkaji perlu membuat tinjauan tentang

kajian. Setelah membuat tinjauan pengkaji perlu merancang tindakan kajian. Sebelum

pengkaji melaksanakan tindakan kajian sokongan dari pentadbir sekolah amatlah

penting dan diperlukan .

Setelah pengkaji melaksanakan tindakan kajian pengkaji perlulah membuat

refleksi kajian seperti kekuatan dan kelemahan kaedah konstruktivisme, pencapaian

pelajar, sikap pelajar motivasi atau minat pelajar serta maklumbalas pelajar terhadap

sesuatu kajian itu .

Sekiranya kajian menunjukkan keberkesanan kaedah konstruktivisme, pengkaji

boleh memilih sama ada hendak menggunakan atau tidak kaedah ini dalam pengajaran

dan pembelajaran .

1.3 Tujuan Kajian

Kajian ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk menilai keberkesanan kaedah

konstruktivisme dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Prestasi pelajar akan di nilai

dan keberkesanan kaedah ini boleh dijadikan panduan serta pilihan untuk sesi

pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Mutu pengajaran seseorang guru juga boleh

dinilai. Kajian ini juga meninjau minat pelajar ketika p & p berlaku dengan

menggunakan kaedah konstruktivisme.

1.3.1 Objektif Umum

Tujuan Kajian ini adalah untuk menilai keberkesanan kaedah konstruktivisme

dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dalam tajuk Perimeter dalam Tingkatan

1.

7

1.3.2 Objektif Kajian

i . Untuk menguji keberkesanan kaedah kontruktivisme dalam proses

pengajaran dan pembelajaran.

ii . Melihat sikap dan tanggapan pelajar terhadap subjek matematik dalam

kaedah pengajaran konstruktivisme.

1.3.3 Persoalan Kajian.

Untuk mencapai tujuan dan objektif kajian, pengkaji akan mendapatkan jawapan

kepada persoalan berikut:

i. Apakah perbezaan terhadap prestasi pelajar dengan menggunakan

kaedah konstruktivisme berbanding kaedah tradisional.

ii. Adakah terdapat perubahan persepsi pelajar terhadap matematik setelah

pembelajaran pengajaran secara konstruktivisme.

iii. Adakah terdapat perbezaan terhadap minat dalam kaedah

konstruktivisme berbanding sebelumnya kaedah tradisional.