17
PSZ 19:16(Pin.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: TAHAP KOMUNIKASI INTERPERSONAL MURID-MURID SEKOLAH RENDAH DI JAJAHAN TUMPAT, KELANTAN SESI PENGAJIAN: 2008/2009 Saya JUSOH BIN SEMAN No. Matriks BP060076 Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis ini adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( / ) (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan SULIT atau kepentingan Melaysia seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh _________________________ _________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: PT14, Kampung Talak, DR. M. AL-MUZ-ZAMMIL B. YASIN Chabang Empat, 16210 Tumpat, Kelantan Nama Penyelia Tarikh: 25 DISEMBER 2008 Tarikh: _____________________ CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan meyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah atau Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepsz 19:16(pin.1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: tahap komunikasi interpersonal murid-murid sekolah

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepsz 19:16(pin.1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: tahap komunikasi interpersonal murid-murid sekolah

PSZ 19:16(Pin.1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: TAHAP KOMUNIKASI INTERPERSONAL MURID-MURID

SEKOLAH RENDAH DI JAJAHAN TUMPAT, KELANTAN

SESI PENGAJIAN: 2008/2009 Saya JUSOH BIN SEMAN No. Matriks BP060076 Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis ini adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian

sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( / ) (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan SULIT atau kepentingan Melaysia seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD

Disahkan oleh _________________________ _________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: PT14, Kampung Talak, DR. M. AL-MUZ-ZAMMIL B. YASIN Chabang Empat, 16210 Tumpat, Kelantan Nama Penyelia Tarikh: 25 DISEMBER 2008 Tarikh: _____________________

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan

dengan meyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ’ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah atau Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Page 2: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepsz 19:16(pin.1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: tahap komunikasi interpersonal murid-murid sekolah

TAHAP KOMUNIKASI INTERPERSONAL MURID-MURID

SEKOLAH RENDAH DI JAJAHAN TUMPAT, KELANTAN

JUSOH BIN SEMAN

Laporan kajian ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan

(Pengurusan Pendidikan)

FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DISEMBER 2008

Page 3: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepsz 19:16(pin.1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: tahap komunikasi interpersonal murid-murid sekolah

PENGAKUAN “Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : .......................................... Nama Penuh : JUSOH BIN SEMAN Tarikh : 25 DISEMBER 2008

Page 4: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepsz 19:16(pin.1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: tahap komunikasi interpersonal murid-murid sekolah

PENGESAHAN “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya

ini adalah memadai dari skop dan kualiti tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Pendidikan ( Pengurusan Pendidikan ).”

Tandatangan : .......................................... Nama Penuh : DR. M. AL-MUZ-ZAMMIL BIN YASIN Tarikh : 25 DISEMBER 2008

Page 5: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepsz 19:16(pin.1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: tahap komunikasi interpersonal murid-murid sekolah

DEDIKASI

Ditujukan istemewa kepada

Dr. M. Al-Muz-Zammil bin Yasin

Yang sentiasa memberi kerjasama dan tunjuk ajar sepanjang penyelidikan ini dijalankan.

Jasa dan tunjuk ajar mu akan dibawa untuk dimanafaatkan pada anak bangsa di sekolah

kelak.

Untuk Bonda

Yang telah banyak berkorban dan sentiasa mengiringiku dengan doa dan harapan.

Untuk isteri dan anak-anak yang tersayang.

Buat isteri Pn. Nolma dan anak-anak, Anis Syafran, Mohd Zhariff, Nabilah, Aliff Aiman

dan Amalin Syafiqah yang sentiasa memberi inspirasi, dorongan dan sinar harapan

kearah kejayaan ini.

Terima kasih di atas sokongan dan pengorbanan kalian, semoga Tuhan memberkati

kehidupan kita menuju kearah yang lebih cemerlang. Insya Allah

Page 6: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepsz 19:16(pin.1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: tahap komunikasi interpersonal murid-murid sekolah

PENGHARGAAN

Penulis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih

kepada penyelia Projek Sarjana Muda, Dr. M. Al-Muz-Zammil Bin Yasin kerana

didikan, bimbingan, teguran dan dorongan yang diberikan sepanjang tempoh

penyelididkan ini dijalankan. Beliau tidak jemu-jemu memberi tunjuk ajar dengan penuh

dedikasi untuk membantu penulis melengkapkan Projek Sarjana Muda dengan jayanya.

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada isteri dan anak-anak serta kaum

keluarga yang memberikan sokongan sepanjang saya menyiapkan Projek Sarjana Muda

ini. Doa restu kalian amat dhargai dan disanjung tinggi.

Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada rakan-rakan PKPGB, Penyelaras

Program, Dr. Yusof Boon dan murid-murid tahun enam yang sudi menjadi responden,

iaitu murid-murid SK Tumpat, SK Kelaboran, SRK Sri Tumpat (1) dan SRK Sri Tumpat

(2).

Terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan yang sudi menghulurkan bantuan

dan pandangan bernas dan semua individu yang terlibat secara langsung atau tidak

langsung dalam menjayakan Projek Penyelidikan ini.

Page 7: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepsz 19:16(pin.1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: tahap komunikasi interpersonal murid-murid sekolah

ABSTRAK

Kajian dilakukan untuk mengenalpasti tahap komunikasi interpersonal di

kalangan 150 murid di empat buah sekolah di Tumpat kelantan. Instrumen yang

digunakan dalam kajian ini diubahsuai daripada inventori Tennessee Self-Concept Scale

(TSCS). Sebanyak 40 item soalselidik telah dibina bagi mewakili dimensi yang dikaji.

Nilai Alpha Cronbach bagi soalselidik yang telah diubahsuai ialah 0.84. Dapatan kajian

menunjukkan tahap komunikasi interpersonal secara keseluruhannya berada pada tahap

sederhana dengan nilai min 3.14. Beberapa cadangan telah diberikan bagi mengukuhkan

komunikasi interpersonal pelajar. Antaranya adalah aktiviti yang diadakan di sekolah

mestilah difokuskan kepada pembinaan komunikasi interpersonal pelajar. Selain daripada

itu, aktiviti seperti debat dan pengucapan awam sepatutnya digalakkan bagi

meningkatkan kemahiran komunikasi pelajar.

Page 8: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepsz 19:16(pin.1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: tahap komunikasi interpersonal murid-murid sekolah

ABSTRACT

This research or study was conducted to determine the level of interpersonal

communication among 150 year-six students in four schools in Tumpat, Kelantan. The

instrument used in this study was adapted from the Tennessee Self-Concept Scale

(TSCS) inventory. A number of 40 items were constructed to represent the subscales

studied. The Alpha Cronbach value for the adapted questionnaire was 0.84.The findings

of the study showed that the overall interpersonal communication level was at an average

level with a mean value of 3.14. A few suggestions were proposed in order to strengthen

the students’ interpersonal communication. Among the suggestions is that the activities

held in school should be focus towards building students’ interpersonal communication

skills. In addition to that, activities like debate, and public speaking should be made

active to improve the communication skills among the students.

Page 9: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepsz 19:16(pin.1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: tahap komunikasi interpersonal murid-murid sekolah

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGAKUAN i

PENGESAHAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

SENARAI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL x

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar belakang masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 4

1.4 Objektif Kajian 4

1.5 Persoalan Kajian 4

1.6 Kepentingan Kajian 5

1.7 Batasan Kajian 5

1.8 Definisi Istilah 6

1.8.1 Komunikasi 6

1.8.2 Komunikasi Interpersonal 7

1.9 Kesimpulan 7

Page 10: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepsz 19:16(pin.1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: tahap komunikasi interpersonal murid-murid sekolah

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 8

2.2 Komunikasi Interpersonal 9

2.3 Model Komunikasi Interpersonal 10

2.3.1 Model Humanistik 10

2.3.2 Model Pragmatik 11

2.4 Kajian Tempatan 12

2.5 Kajian Luar Negara 14

2.6 Kesimpulan 16

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 17

3.2 Kaedah Kajian 17

3.3 Tempat Kajian 18

3.4 Sampel Kajian 18

3.5 Instruman Kajian 19

3.5.1 Bahagian A 20

3.5.2 Bahagian B 20

3.6 Prosedur Kajian 23

3.7 Analisis Data 24

3.8 Kesimpulan 26

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 27

4.2 Analisis Instrumen 28

4.3 Analisis Data Bahagian A 28

4.4 Analisis Data Bahagian B 29

4.5 Kesimpulan 33

Page 11: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepsz 19:16(pin.1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: tahap komunikasi interpersonal murid-murid sekolah

BAB V RUMUSAN PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 34

5.2 Rumusan Dapatan dan Perbincangan 35

5.2.1 Persoalan Kajian Satu 35

5.2.2 Persoalan Kajian Kedua 36

5.3 Rumusan Perbincangan 37

5.4 Cadangan Tindakan 38

5.5 Penutup 41

Bibliografi 42

Surat EPRD

Soal Selidik

Keputusan Analisis

Page 12: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepsz 19:16(pin.1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: tahap komunikasi interpersonal murid-murid sekolah

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK

3.1 Penentuan Saiz Sampel, Krejcik, R.V & Morgan, D.W

3.2 Skor Bagi Skala Likert (dipetik dari Mohd Najib Ghafar 1999)

3.3 Taburan Item Dalam Soal Selidik

3.4 Skala dan Tahap Komunikasi Interpersonal

3.5 Sela Min Untuk Menentukan Tahap Komunikasi Interpersonal

4.1 Nilai Keseluruhan Alpha Cronbach (kebolehpercayaan) Instrumen Kajian

4.2 Analisis Jantina Responden

4.3 Dapatan Kajian Tahap Komunikasi Interpersonal Bagi Model Humanistik

4.4 Dapatan Kajian Tahap Komunikasi Interpersonal Bagi Model Pragmatik

Page 13: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepsz 19:16(pin.1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: tahap komunikasi interpersonal murid-murid sekolah

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Murid-murid adalah aset yang sangat penting kepada negara. Mereka merupakan

pewaris kepada kepimpinan dan ketamadunan sesuatu bangsa. Keperihatinan dan

kecaknaan kepada golongan ini sangat dituntut bagi memastikan kesinambungan

kemajuan negara dapat berjalan dengan lancar. Justeru itu bidang-bidang yang berkaitan

dengan murid khususnya di awal persekolahan mesti dititik beratkan seperti bidang

pendidikan dan cara murid-murid itu berkomunikasi dengan ibubapa, rakan sebaya dan

juga masyarakat di sekeliling mereka.

Menurut Hashim Fauzi Yaakob (1997) Komunikasi berlaku didalam diri manusia,

dalam sesebuah keluarga, sesebuah organisasi dan masyarakat. Komunikasi mempunyai

fungsi yang sangat luas dalam kehidupan manusia. Bagi ahli sosiologi, komunikasi

adalah satu proses interaksi yang membantu proses sosialisasi, melahirkan institusi sosial

dan berpengaruh ke atas budaya dan struktur sosial. Pendapat ini disokong oleh Dennis

McQuil (1975) dalam Hashim Fauzi (1997) yang mana beliau berpendapat bahawa

semua interaksi boleh dianggap sebagai komunikasi dan apa sahaja proses sosial boleh

dianggap sebagai proses komunikasi. Menurut Jaafar Muhamad (2003), dianggarkan

Page 14: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepsz 19:16(pin.1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: tahap komunikasi interpersonal murid-murid sekolah

bahawa pengurus menggunakan 90 peratus daripada masa bekerja untuk berkomunikasi

sama ada untuk mengirim mahupun menerima maklumat.

Kajian yang dibuat oleh Hart (1992) mendapati hasil dapatan daripada kajian

yang dilakukan sebanyak 50 peratus daripada komunikasi yang disampaikan adalah

secara bukan lisan.

Menurut Abdullah Hassan (2001), komunikasi interpersonal seseorang iaitu boleh

dilihat dari dua model iaitu Model Humanistik melalui ciri-ciri keterbukaan, empati,

dukungan, sikap positif dan kesaksamaan dan satu lagi model ialah Model Pragmatik

dengan ciri-ciri keyakinan sosial, kebersamaan, daya ekspresif, pengurusan interaksi dan

orientasi lain.

Komunikasi interpersonal semakin dititikberatkan di kalangan masyarakat kita

pada hari ini. Marshall dan Kurtz (1982) menyatakan bahawa perlaksanaan kemahiran

komunikasi interpersonal semakin ketara dalam bidang kaunseling dan ia telah diselit

masuk ke dalam bidang kerja sosial dan perubatan dengan begitu cepat. Oleh itu tidak

mustahil semua firma di dalam mahupun di luar negara harus menitikberatkan kemahiran

komunikasi interpersonal di kalangan individu dalam organisasi mereka supaya

perjalanan organisasi lancar seperti yang telah dirancang.

Menurut Ishak Mad Shah (1999) komunikasi interpersonal ini hanya akan

menjadi berkesan apabila penghantar mesej tahu apa yang hendak disampaikan dan

bagaimana cara untuk menyampaikannya.

Tubbs dan Moss (1994) pula berpendapat komunikasi yang berkesan ialah apabila

rangsangan yang diusahakan dan disasarkan oleh pengirim dan penerima begitu secocok

dengan rangsangan yang dijangkakan dan ditindakbalaskan oleh penerima. Maka

kemahiran komunikasi interpersonal yang tinggi merupakan asas kepada perwujudan

komunikasi yang berkesan kerana apabila setiap individu di dalam organisasi dapat

menjalankan komunikasi yang berkesan maka secara tidak langsung komunikasi

organisasi mereka juga akan berkesan “Kalau hendak dilenturkan buluh, biarlah dari

rebunnya” begitulah perumpamaan lama yang boleh digunakan bagi menunjukan

pentingnya sesuatu komunikasi yang berkesan. Ia hanya akan terhasil sekiranya

Page 15: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepsz 19:16(pin.1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: tahap komunikasi interpersonal murid-murid sekolah

komunikasi berkesan tersebut diterapkan dari peringkat awal persekolahan iaitu bermula

dari sekolah rendah barulah ia dapat dikembangkan ke peringkat yang lebih tinggi seperti

di peringkat organisasi.

1.2 Latar belakang masalah :

Masyarakat sedar bahawa komunikasi interpersonal amat penting dalam

membentuk personaliti seseorang, khususnya bagi seorang murid. Corak didikan awal

daripada ibubapa, budaya masyarakat setempat dan tahap komunikasi interpersonal yang

tinggi boleh menggambarkan sahsiah dan keperibadian seseorang.

Kajian yang dibuat oleh Zorn dan Violanti (1996) berfokuskan perkembangan

sistem interpersonal construct individu (Individual’s interpersonal construct system

development) seperti mempunyai perbezaan diri (berlainan dengan individu lain) dan

hubungannya dengan kemampuan komunikasi seperti kepuasan diri. Dapatan kajian

menunjukkan bahawa individu yang mempunyai perbezaan diri yang jelas mempunyai

kejayaan yang lebih besar dalam organisasinya berbanding individu yang kurang

pembentukan yang menggunakan pendekatan pemusatan diri dalam berkomunikasi

memperoleh kejayaan yang lebih baik berbanding dengan individu yang kurang

menggunakan pemusatan diri semasa berkomunikasi. Dapatan kajian ini juga

menunjukkan bahawa kemampuan komunikasi sangat penting umtuk memperoleh

ganjaran dalam organisasi seperti kenaikan pangkat dan Anugerah Perkhidmatan

Cemerlang (APC).

Pont (1991) telah menyatakan bahawa komunikasi merupakan penentu kejayaan

untuk sesuatu aktiviti latihan. Satu kajian yang dibuat oleh Mohd. Shahir Zabidi (2006)

yang telah mengkaji tentang hubungan konsep kendiri dan komunikasi interpersonal

dengan pencapaian akademik di kalangan mahasisiwa dan mahasiswi Tahun 5 SPM dan

5 SPT di Fakulti Pendidikan UTM. Seramai 124 orang responden telah dipilih dan hasil

dapatan menunjukkan bahawa tahap komunikasi interpersonal mahasiswa dan mahasiswi

adalah berada pada tahap sederhana.

Page 16: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepsz 19:16(pin.1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: tahap komunikasi interpersonal murid-murid sekolah

1.3 Pernyataan Masalah

Komunikasi interpersonal amat penting bagi setiap individu khususnya murid-

murid. Sehubungan itu pengkaji ingin melihat apakah tahap komunikasi interpersonal

murid-murid Tahun Enam berdasarkan kepada dimensi-dimensi yang telah ditetapkan.

Kemahiran komunikasi interpersonal akan dapat membantu mereka menilai diri sendiri

dan seterusnya mengambil langkah sewajarnya untuk berubah menjadi murid yang

cemerlang.

Oleh itu, pengkaji merasakan kajian mengenai komunikasi interpersonal murid-

murid Tahun Enam adalah penting kerana berdasarkan pembacaan dan kajian-kajian

yang telah dibuat adalah di peringkat sekolah menengah atau universiti, tidak banyak

kajian dibuat di peringkat sekolah rendah terutamanya di Malaysia.

1.4 Objektif kajian

1. Mengenal pasti tahap komunikasi interpersonal murid Tahun Enam

berdasarkan Model Humanistik bagi ciri-ciri keterbukaan, empati,

dukungan, sikap positif dan kesaksamaan.

2. Mengenal pasti tahap komunikasi interpersonal murid Tahun Enam

berdasarkan Model Pragmatik bagi ciri-ciri keyakinan sosial,

kebersamaan, daya ekspresif, pengurusan interaksi dan orientasi lain.

1.5 Persoalan kajian

Kajian dijalankan untuk menjawab beberapa persoalan berikut:

1. Apakah tahap komunikasi interpersonal murid Tahun Enam berdasarkan

Model Humanistik bagi ciri-ciri keterbukaan, empati, dukungan, sikap

positif dan kesaksamaan.

Page 17: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepsz 19:16(pin.1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: tahap komunikasi interpersonal murid-murid sekolah

2. Apakah tahap komunikasi interpersonal murid Tahun Enam berdasarkan

Model Pragmatik bagi ciri-ciri keyakinan sosial, kebersamaan, daya

ekspresif, pengurusan interaksi dan orientasi lain..