24
PSZ 19:16Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: TINJAUAN MASALAH AHLI JAWATANKUASA KANTIN DALAM MEMANTAU KANTIN SEKOLAH DI ZON BANTING, DAERAH KUALA LANGAT, SELANGOR. SESI PENGAJIAN: 2008/2009 Saya RAMLAN BIN OMAR (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana /Doktor Falsafah )* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan Pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara Institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh, ___________________________ ___________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: LOT 576, KAMPUNG CHODOI, EN. MOHD. RIZAL BIN MOHD. SAID , 42700 BANTING, SELANGOR NAMA PENYELIA Tarikh: APRIL 2009 Tarikh: APRIL 2009 CATATAN * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara Penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filePerpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan Pengajian sahaja. ... Jasa Mu Tiada Nilainya, Hanya

  • Upload
    vuthien

  • View
    224

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filePerpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan Pengajian sahaja. ... Jasa Mu Tiada Nilainya, Hanya

PSZ 19:16Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ♦

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: TINJAUAN MASALAH AHLI JAWATANKUASA KANTIN

DALAM MEMANTAU KANTIN SEKOLAH DI ZON BANTING, DAERAH KUALA LANGAT, SELANGOR.

SESI PENGAJIAN: 2008/2009

Saya RAMLAN BIN OMAR(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

Pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

Institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD __ (T A

LO 42 Ta CATATAN

Disahkan oleh,

_________________________ ___________________________ ANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

lamat Tetap: T 576, KAMPUNG CHODOI, EN. MOHD. RIZAL BIN MOHD. SAID ,

700 BANTING, SELANGOR NAMA PENYELIA

rikh: APRIL 2009 Tarikh: APRIL 2009

* Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara Penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 2: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filePerpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan Pengajian sahaja. ... Jasa Mu Tiada Nilainya, Hanya

“Saya akui bahawa telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”.

Tandatangan : .......................................................................

Nama Penyelia : ENCIK MOHD. RIZAL BIN MOHD. SAID

Tarikh : .......................................................................

Page 3: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filePerpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan Pengajian sahaja. ... Jasa Mu Tiada Nilainya, Hanya

TINJAUAN MASALAH AHLI JAWATANKUASA KANTIN DALAM

MEMANTAU KANTIN SEKOLAH DI ZON BANTING,

DAERAH KUALA LANGAT, SELANGOR.

RAMLAN BIN OMAR

Laporan Projek Ini Dikemukakan

Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2009

Page 4: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filePerpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan Pengajian sahaja. ... Jasa Mu Tiada Nilainya, Hanya

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : .......................................

Nama Penulis : RAMLAN BIN OMAR

Tarikh : .......................................

Page 5: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filePerpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan Pengajian sahaja. ... Jasa Mu Tiada Nilainya, Hanya

iii

DEDIKASI

Dengan Nama Allah Maha Pengasih Maha Penyanyang

Hanya Engkaulah Tempat Ku Berserah

Buat Ayah Dan Ibuku,

Omar Bin Taib Dan Allahyarhamah Maznah Binti Safar

Jasa Mu Tiada Nilainya, Hanya Doa Dapat Ku Sampaikan.

Semoga Allah Kurniakan Kebahgiaan Dunia Dan Akhirat

Untuk Yang Tercinta

Isteri Yang Amat Disayangi Sharifah Ruslini Syed Omar

Terima Kasih Atas Segalanya

Serta

Untuk Anak-Anak Yang Dikasihi

Umar Syarif Dan Siti Sara

Kau Adalah Semangatku

Tidak Lupa

Penyelia Pembimbing Yang Banyak Memberikan Didikan Dan Bimbingan

Encik Mohd. Rizal Mohd. Said

Akhirnya

Rakan-Rakan PKPG

Sentiasa Bersama Menempuh Suka Dan Duka

Page 6: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filePerpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan Pengajian sahaja. ... Jasa Mu Tiada Nilainya, Hanya

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulilah segala puji dan syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan

limpah dan kurnia-Nya Projek Sarjana Muda ini dapat disempurnakan.

Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih khasnya kepada, Encik Mohd

Rizal Bin Mohd. Said di atas segala bimbingan, tunjuk ajar, saranan-saranan yang

bernas, sokongan yang berterusan serta kesediaan beliau meluangkan masa

menyemak laporan ini di sepanjang tempoh laporan kajian ini disiapkan.

Kerjasama daripada Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran

Negeri Selangor, dan sekolah-sekolah yang terlibat dalam kajian ini. Tidak lupa juga

kepada individu-individu yang sanggup memberikan bantuan dan sokongan.

Penghargaan juga ditujukan kepada semua pensyarah dan kakitangan

akademik Fakulti Pendidikan UTM. Tidak lupa juga ucapan terima kasih buat rakan-

rakan seperjuangan, 4 SPH PKPG serta kepada semua yang terlibat sama ada secara

langsung atau tidak langsung membantu menjayakan projek penyelidikan ini.

Page 7: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filePerpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan Pengajian sahaja. ... Jasa Mu Tiada Nilainya, Hanya

v

ABSTRAK

Kajian ini merupakan satu tinjauan untuk mengenalpasti masalah yang

dihadapi oleh Ahli Jawatankuasa Kantin dalam memantau kantin sekolah. Masalah

yang dikaji adalah masalah dari aspek kekurangan pengetahuan, aspek hubungan

bebanan tugas dan aspek kekangan masa. Seramai 70 orang di kalangan Ahli

Jawatankuasa Kantin Sekolah dari Zon Banting, Daerah Kuala Langat, Selangor

terpilih sebagai responden dalam kajian ini. Kajian ini dijalankan dengan

mengedarkan set borang soal selidik kepada responden. Data yang diperolehi telah

dianalisis secara statistik deskriptif menggunakan program Statistical Package for

Science (SPSS) versi 15.0 untuk mendapatkan kekerapan dan peratus. Hasil kajian

telah menunjukkan masalah dari aspek kekurangan pengetahuan, aspek hubungan

bebanan tugas dan aspek kekangan masa wujud pada tahap yang rendah dalam

menjalankan tugas pemantauan kantin sekolah. Cadangan telah dikemukan bagi

meningkatkanlah keberkesanan pemantauan kantin sekolah.

Page 8: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filePerpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan Pengajian sahaja. ... Jasa Mu Tiada Nilainya, Hanya

vi

ABSTRACT

The purpose of this study was to identify the problem faced by School

Canteen Committee Member in monitoring school canteen. Problems looked into

are lack of knowledge, job load and time constraints. 70 respondents from School

Canteen Committee member in Banting Zone, Kuala Langat District, Selangor were

selected as respondents for this study. This study was conducted by distributing

questionnaires to respondents. Data collected were analyzed using descriptive

statistics and Statistical Package for Science (SPSS) version 15.0 to seek frequency

and percentage. Survey results had pointed out problem from lack of knowledge, job

load and time constraints in low-level pursuant to school canteen monitoring task.

Recommendations have been forth in enhancing the effectiveness of school canteen

monitoring.

Page 9: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filePerpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan Pengajian sahaja. ... Jasa Mu Tiada Nilainya, Hanya

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xii

SENARAI SINGKATAN xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latarbelakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 7

Page 10: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filePerpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan Pengajian sahaja. ... Jasa Mu Tiada Nilainya, Hanya

viii

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Kepentingan Kajian 9

1.6.1 Sekolah 9

1.6.2 Jawatankuasa Kantin 9

1.6.3 Pengusaha Kantin 9

1.7 Batasan Kajian 10

1.8 Definasi Istilah 10

1.8.1 Masalah 10

1.8.2 Jawatankuasa 11

1.8.3 Pemantauan 11

1.8.4 Kantin 11

1.8.5 Kekurangan pengetahuan 11

1.8.6 Hubungan bebanan tugas 12

1.8.7 Kekangan masa 12

1.9 Kesimpulan 12

2 SOROTAN PENULISAN 13

2.1 Pengenalan 13

2.2 Pemantauan Kantin Sekolah 14

2.3 Aspek Kekurangan Pengetahuan 15

2.4 Aspek Bebanan Tugas 18

2.5 Aspek Kekangan Masa 21

2.6 Kesimpulan 23

3 METODOLOGI KAJIAN 24

3.1 Pengenalan 24

3.2 Rekabentuk Kajian 25

Page 11: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filePerpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan Pengajian sahaja. ... Jasa Mu Tiada Nilainya, Hanya

ix

3.3 Populasi Dan Sampel 25

3.4 Tempat Kajian 26

3.5 Instrumen Kajian 27

3.6 Keesahan Soal Selidik 30

3.7 Kajian Rintis 31

3.8 Kebolehpercayaan Soal Selidik 31

3.9 Prosedur Kajian 32

3.10 Penganalisaan Data 34

3.11 Kesimpulan 36

4 ANALISA DATA 37

4.1 Pengenalan 37

4.2 Analisis Data Bahagian A 38

4.2.1 Jantina 38

4.2.2 Status Perkahwinan 39

4.2.3 Taraf Pendidikan 39

4.3 Analisis Data Bahagian B 40

4.3.1 Analisis Dapatan Persoalan Kajian 1 41

4.4 Analisis Data Bahagian C 43

4.4.1 Analisis Dapatan Persoalan Kajian 2 44

4.4.2 Analisis Dapatan Persoalan Kajian 3 48

4.5 Ringkasan Dapatan Kajian 51

4.5.1 Ringkasan Dapatan Kajian Bahagian A 51

4.5.2 Ringkasan Dapatan Kajian Bahagian B

Dan Bahagian C 52

4.6 Kesimpulan 52

Page 12: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filePerpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan Pengajian sahaja. ... Jasa Mu Tiada Nilainya, Hanya

x

5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 53

5.1 Pengenalan 53

5.2 Rumusan 54

5.2.1 Rumusan Latar Belakang Responden 54

5.2.2 Rumusan Persoalan Kajian 55

5.3 Perbincangan 56

5.3.1 Persoalan Kajian 1 57

5.3.2 Persoalan Kajian 2 58

5.3.3 Persoalan Kajian 3 60

5.4 Cadangan 61

5.4.1 Cadangan Kepada Sasaran Kajian 61

5.4.1.1 Sekolah 61

5.4.1.2 Ahli Jawatankuasa Kantin 62

5.4.1.3 Pengusaha Kantin 62

5.4.2 Cadangan Untuk Kajian Lanjutan 63

5.5 Kesimpulan 64

RUJUKAN 65

LAMPIRAN A – E 70 - 80

Page 13: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filePerpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan Pengajian sahaja. ... Jasa Mu Tiada Nilainya, Hanya

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Taburan Saiz Populasi 26

3.2 Item Bahagian A Mengikut Latarbelakang Responden 28

3.3 Taburan Soalan Aspek Kekurangan Pengetahuan 28

3.4 Taburan Soalan Aspek Hubungan Bebanan Tugas

Dan Aspek Kekangan Masa 29

3.5 Pengkelasan Skala Likert Dengan Lima Nilai Skor 30

3.6 Skala Penentuan Nilai Pengetahuan 34

3.7 Klasifikasi Terhadap Item Soalan 35

3.8 Penentuan Tahap Peratusan 35

4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 38

4.2 Taburan Responden Mengikut Status Perkahwinan 39

4.3 Taburan Responden Mengikut Taraf Pendidikan 39

4.4 Skala Penentuan Nilai Pengetahuan 40

4.5 Taburan Responden Tentang Aspek Kekurangan

Pengetahuan Pengurusan Penyediaan Makanan Dalam

Memantau Kantin 41

4.6 Taburan Responden Mengikut Nilai Pengetahuan 43

4.7 Taburan Responden Tentang Aspek Hubungan Bebanan

Tugas Dalam Memantau Kantin 44

4.8 Taburan Responden Tentang Aspek Kekangan Masa

Dalam Memantau Kantin 48

Page 14: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filePerpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan Pengajian sahaja. ... Jasa Mu Tiada Nilainya, Hanya

xii

SENARAI RAJAH

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Carta Aliran Prosuder Kajian 33

Page 15: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filePerpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan Pengajian sahaja. ... Jasa Mu Tiada Nilainya, Hanya

xiii

SENARAI SINGKATAN

B Betul

BPPDP Bahagian Pembangunan Dan Penyelidikan Pendidikan

PIBG Persatuan Ibu Bapa Dan Guru-Guru

PKG Pusat Kegiatan Guru

S Salah

S Setuju

SPSS Statistical Package for Social Science

SS Sangat Setuju

STS Sangat Tidak Setuju

TH Tidak Tahu

TP Tidak Pasti

TS Tidak Setuju

UTM Universiti Teknologi Malaysia

f Frekuensi

% Peratus

Page 16: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filePerpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan Pengajian sahaja. ... Jasa Mu Tiada Nilainya, Hanya

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Surat Kebenaran Fakulti 70

B Surat Kebenaran Kementerian Pelajaran Malaysia 71

C Surat Kebenaran Jabatan Pelajaran Selangor 72

D Borang Pengesahan Soal Selidik 73

E Borang Soal Selidik 74

Page 17: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filePerpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan Pengajian sahaja. ... Jasa Mu Tiada Nilainya, Hanya

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Perkhidmatan makanan merupakan salah satu industri yang terus

berkembang bagi memberikan perkhidmatan dalam penyediaan makanan. Menurut

Chmelynski (2005), perkhidmatan makanan merupakan sesebuah organisasi atau

syarikat yang bertanggungjawab menyediakan makanan kepada pengguna lain.

Pengguna-pengguna ini biasanya adalah luar dari kediaman mereka yang

memerlukan perkhidmatan makanan. Perkhidmatan ini termasuklah di restoran,

kedai kopi, kedai makanan segera, hotel, dalam kapal terbang dan keretapi, dan

terdapat juga di institusi-institusi seperti hospital, kilang, kolej dan sekolah.

Dalam bidang perkhidmatan makanan seperti kafeteria hospital, kafeteria

kilang dan kantin sekolah ia mempunyai pelanggan yang tetap bagi kelompoknya

sendiri. Keadaan begini adalah berbeza dengan restoran atau gerai yang lebih

mengutamakan keuntungan (Sue Grossbauer, 2001). Ini penting sebagai

tanggungjawab sosial dan saling pergantungan antara pengusaha perkhidmatan

makanan seperti kantin sekolah yang mendapat peluang peniagaan di premis yang

disediakan oleh pihak pelanggannya di situ. Atas dasar tanggungjawab ini, pihak

Page 18: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filePerpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan Pengajian sahaja. ... Jasa Mu Tiada Nilainya, Hanya

2

kantin sekolah perlu menyediakan makanan yang mempunyai nilai makanan yang

lebih tinggi mutunya dari segi nutrien dan tahap kebersihan serta keselamatan bagi

memenuhi keperluan pelanggannya seperti pelajar yang terdiri dari kanak-kanak.

Kanak-kanak memerlukan makanan yang bermutu sifatnya. Makanan yang

bermutu dan berkhasiat penting untuk kesihatan kanak-kanak. Mengikut Mohd.

Sharani (2004), kanak-kanak yang berkembang memerlukan pemakanan yang

seimbang dan udara yang bersih. Kekurangan makanan yang berzat dan seimbang

terutamanya zat protein akan membantutkan sel otak, urat saraf dan juga bahagian

badan yang lain. Oleh itu, kantin sekolah perlulah menyediakan makanan yang

mempunyai nilai nutrien yang tinggi kerana premis inilah satu-satunya tempat utama

untuk pelajar mendapatkan makanan di sekolah.

Selain dari menyediakan makanan yang berkhasiat, pihak kantin sekolah juga

perlu memastikan penyediaan makanan adalah bersih dan selamat supaya pelajar

tidak dijangkiti penyakit (Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 6, 1998). Peraturan ini

ditekankan kerana kurangnya penjagaan kebersihan dan sanitasi akan mencemarkan

makanan. Makanan tercemar akan mengandungi bakteria yang menghasilkan toksin,

lalu bertindak balas dalam sistem penghadaman. Ini akan menyebabkan keracunan

makanan. Kebanyakan kes keracunan makanan adalah disebabkan oleh memakan

makanan yang mengandungi patologi bakteria. Bagaimanapun keracunan makanan

juga boleh disebabkan oleh virus, bahan kimia dan tumbuhan atau haiwan yang

beracun. Simptom keracunan makanan adalah muntah, cirit-birit, sakit perut dan

terdapat juga sakit kepala. Muntah dan cirit birit adalah disebabkan oleh sistem

penghazaman tidak dapat menerima kehadiran agen toksik tersebut, ia berfungsi

sebagai pencegahan bahan toksik dari terus masuk ke saluran darah ( Jill Trickett,

2001 ).

Kesan keracunan makanan sangat berbahaya kepada kesihatan kanak-kanak,

terutamanya pelajar sekolah. Memandangkan kantin sekolah merupakan sumber

utama pelajar memperolehi makanan, ia perlulah bebas dari masalah ini. Namun,

Page 19: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filePerpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan Pengajian sahaja. ... Jasa Mu Tiada Nilainya, Hanya

3

tahap kebersihan makanan di kantin sekolah yang sepatutnya mempunyai jaminan

yang tinggi telah berlakunya kes-kes keracunan makanan. Dalam sepanjang tempoh

tujuh bulan pertama tahun 2007 terdapat 20 kes keracunan makanan yang berlaku.

Kes ini membabitkan 1,177 orang dan kebanyakannya melibatkan pelajar sekolah.

Masalah ini ada berkaitan dengan penyediaan makanan di kantin sekolah (Utusan

Malaysia, 22 Julai 2007).

Kes sebegini perlu diberi perhatian utama oleh pihak sekolah kerana ia

melibatkan keselamatan pelajar yang ramai bilangannya. Pihak sekolah

bertanggungjawab dalam menyelia segala perjalanan sesebuah kantin sekolah itu

beroperasi. Tanggungjawab ini terletak di bawah kuasa Guru Besar dan dibantu oleh

Ahli Jawatankuasa Kantin (Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 2, 1983). Ahli

Jawatankuasa Kantin terdiri dari Guru Besar atau Pengetua sebagai penasihat, Guru

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid selaku pengerusi, manakala setiausahanya di

kalangan guru dan ahli jawantankuasanya pula adalah dari wakil guru, wakil PIBG,

wakil staf sokongan serta wakil pelajar (Panduan Pengurusan Kantin Sekolah, 2004).

Ahli Jawatankuasa Kantin ini berperanan memastikan perkhidmatan makanan di

kantin sekolah berjalan lancar dengan memantau aktiviti yang dilakukan serta dapat

mengelakkan masalah keracunan makanan berlaku.

Masalah keracunan makanan banyak berlaku setiap tahun. Mengikut

Anthony T.Tu et al (1983), terdapat 400 hingga 600 kejadian wabak keracunan

makanan yang melibatkan 10,000 hingga 30,000 kes dilaporkan setiap tahun di

Amerika Syarikat berdasarkan laporan tahunan wabak tersebut dalam tempoh 50

tahun (1938-1987). Laporan ini juga mengenalpasti bahawa ianya disebabkan

kekurangan dalam sanitasi dan fasiliti fizikal, iaitu ketika penyediaan dan

pemprosesan makanan. Selain itu, taraf hidup dan pendidikan sesebuah masyarakat

juga menyumbang kejadian wabak ini. Perkara yang sama juga berlaku di negara ini

kerana banyak kes keracunan yang telah dilaporkan. Terdapat 11,226 kes keracunan

makanan berlaku di sekolah di seluruh negara dari Januari sehingga 15 September

2007 berbanding dengan 5,613 kes pada tempoh yang sama pada tahun sebelumnya,

iaitu peningkatan hampir 100 peratus (Utusan Malaysia, 29 Oktober, 2007).

Page 20: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filePerpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan Pengajian sahaja. ... Jasa Mu Tiada Nilainya, Hanya

4

Peningkatan hampir sekali ganda ini menunjukan kes sedemikian perlu dipandang

serius. Keadaan ini lebih membimbingkan apabila ianya banyak berlaku di sekolah

yang melibatkan golongan pelajar dan guru. Masalah ini masih berterusan dengan

mencatatkan 421 orang lagi yang terdiri dari pelajar dan guru terlibat dengan kes

keracunan makanan di sepanjang bulan Januari dan Februari 2008 meliputi Negeri

Sembilan, Selangor, Kedah, Pulau Pinang, dan Terengganu. Kes ini bukan sahaja

melibatkan sekolah kerajaan tetapi turut berlaku di sekolah swasta (Md. Zan Saari,

2008).

Kejadian keracunan makanan ini adalah disebabkan terdapat makanan-

makanan yang dijual di kantin-kantin sekolah telah dicemari bahan-bahan yang boleh

menghasilkan toksik dan memberikan kesan keracunan setelah menikmati hidangan

tersebut. Ini dapat dilihat berdasarkan kajian yang dijalankan ke atas makanan sedia

dimakan yang dijual di kantin sekolah sekitar Selangor. Kajian yang dijalan telah

mendapati 14 sampel dari 70 sampel yang dianalisis mempunyai unsur-unsur

patagon seperti E.Coli O157:H7, Salmonella, B.cereus, dan S.aureus. Patagon-

patagon ini juga di dapati mempunyai paras kandungan yang berstatus ‘tidak

mematuhi’ yang boleh memudaratkan pelanggannya. Ini jelas menunjukkan makanan

yang dijual di kantin sekolah memungkinkan penyumbangan kepada kes-kes

keracunan makanan di sekolah (Makmal Keselamatan dan Kualiti Makanan Selangor,

2005).

1.2 Latar Belakang Masalah

Memandangkan kebanyakan kes keracunan makanan di sekolah adalah

melibatkan makanan yang dijual di kantin, pihak Kementerian Pelajaran telah

mengeluarkan arahan bagi membendung masalah keracunan makanan ini. Arahan

tersebut dikeluarkan kerana menyedari risiko terdedahnya gejala keracunan makanan

di kalangan warga sekolah adalah tinggi dari penyediaan makanan di kantin sekolah.

Page 21: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filePerpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan Pengajian sahaja. ... Jasa Mu Tiada Nilainya, Hanya

5

Mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 5 (1995), pihak Kementerian Pelajaran

telah memandang serius masalah keracunan makanan tersebut. Kandungan surat ini

mengandungi arahan yang meliputi kebersihan individu, peralatan, bangunan serta

semua kemudahan, dan mengamalkan amalan-amalan baik bagi pengendali

makanan. Pihak sekolah telah diminta untuk memastikan pengusaha kantin

menjalankan proses penyediaan makanan sepenuhnya di kantin, tidak memasak

makanan terlalu awal, menubuhkan jawatankuasa khas peringkat sekolah bagi

penyeliaan dan pemeriksaan harian, mengadakan kempen kesedaran kebersihan

makanan dan premis makanan, dan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan bagi

menggalakkan kebersihan dan kesihatan. Oleh kerana masalah ini memerlukan

perhatian dan tindakan segera, pihak sekolah telah menubuhkan jawatankuasa khas

peringkat sekolah bagi penyeliaan dan pemeriksaan harian kantin mengikut arahan

Kementerian Pelajaran seperti yang terkandung dalam surat pekeliling yang

disampaikan.

Tujuan menubuhkan Jawatankuasa Kantin adalah untuk memastikan kantin

dikendalikan dengan cekap dan efisyen. Jawatankuasa Kantin Sekolah berperanan

membuat perancangan, perlaksanaan dan penilaian berkaitan dengan pengurusan

kantin. Ia juga berfungsi sebagai perantara dalam menyampaikan maklum balas dan

cadangan antara pihak pengurusan kantin dengan pelanggannya. Penyeliaan dibuat

dengan memantau serta pemeriksaan harian dilakukan. Laporan harian, laporan

mingguan dan laporan bulanan perlu disediakan bagi mengawasi pengurusan kantin

yang cekap dan selamat. Pemeriksaan ini dilakukan oleh Guru Penolong Kanan Hal

Ehwal Murid dan guru bertugas di kalangan Ahli Jawatankuasa Kantin sekolah.

(Panduan Pengurusan Kantin Sekolah , 2004).

Pemantauan oleh guru di kalangan Ahli Jawatankuasa Kantin sentiasa

dijalankan bagi memastikan keselamatan makanan terkawal. Kekerapan pemantauan

terhadap pengurusan kantin adalah tinggi. Aspek-aspek pemeriksaan dijalankan

adalah mengikut kriteria-kriteria yang ditetapkan oleh pihak kementerian. Semuanya

ini terkandung dalam Buku Laporan Kendiri Kantin Sekolah (Kementerian Pelajaran

Malaysia, Jawatankuasa Induk 3K Kebersihan, Kecerian Dan Keselamatan). Menurut

Page 22: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filePerpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan Pengajian sahaja. ... Jasa Mu Tiada Nilainya, Hanya

6

Abdullah Sani (2005), pemantauan memerlukan laporan kemajuan dan maklumat

pemantauan ini membolehkan sekolah mengikuti pembangunan pelan sekolah seperti

yang dirancang. Ini bermaksud, melalui pemantauan yang dijalankan dapat

menjadikan kualiti perkhidmatan kantin akan lebih bermutu dan masalah kantin

seperti keracunan makanan dapat dielakkan. Tindakan pemantauan pihak sekolah

dapat mengawasi tahap kebersihan pengendali makanan di kantin, kebersihan bahan

serta peralatan penyediaan makanan, dan kebersihan kemudahan-kemudahan yang

terdapat di kantin mengikut garis panduan yang ditetapkan. Keadaan ini akan

menjadikan tahap keselamatan makanan lebih terjamin sebelum makanan tersebut

dihidangkan, malah ia dapat meningkatkan lagi perkhidmatan kantin sekolah.

Walaupun pemantauan telah dijalankan di sekolah oleh Ahli Jawatankuasa

Kantin, namun apa yang didapati masalah perkhidmatan di kantin masih kurang

memuaskan. Mengikut Noor Diana dan Rosli (2003), pengusaha kantin sekolah

mengabaikan Garis Panduan Tahap Perkhidmatan Kantin Sekolah yang telah

ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Kesihatan

Malaysia yang perlu mereka patuhi. Penyeliaan kantin yang dilakukan oleh guru-

guru di kalangan Ahli Jawatankuasa Kantin adalah salah satu komponen yang dapat

meningkatkan mutu perkhidmatan kantin sekolah. Pemantauan penting dalam

memastikan segala tugasan dapat dijalankan dengan berkualiti. Tanpa pemantauan

yang baik dan berkesan hasil kerja yang disiapkan kurang menepati piawaian sesuatu

organisasi (Abdul Ghani, Abd dan Mohammed Zohir, 2008). Pihak Ahli

Jawatankuasa Kantin juga perlu memahami tujuan utama pemantauan kantin

dilaksanakan supaya hasil pemantauan dapat membaiki kelemahan perkhidmatan

kantin yang timbul. Mengikut Ayob bin Jantan (2003), apabila matlamat dan objektif

pemantauan difahami proses penyeliaan dapat dijalankan dengan harmoni. Dalam

proses pemantauan akan terdapat masalah-masalah yang timbul dan perlu dihadapi

oleh pihak Ahli Jawatankuasa Kantin bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

Oleh itu, kajian ini perlu dijalankan untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh

guru-guru di kalangan Ahli Jawatankuasa Kantin dalam memantau kantin di sekolah.

Page 23: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filePerpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan Pengajian sahaja. ... Jasa Mu Tiada Nilainya, Hanya

7

1.3 Penyataan Masalah

Berdasarkan latar belakang masalah yang dihuraikan, kajian yang ingin

dilakukan adalah tinjauan tentang masalah-masalah Ahli Jawatankuasa Kantin yang

dihadapi dalam memantau perkhidmatan kantin sekolah di Zon Banting, Daerah

Kuala Langat, Selangor.

1.4 Objektif Kajian

Tujuan kajian ini adalah untuk mendapat maklumat tentang masalah yang

dihadapi Ahli Jawatankuasa Kantin dalam memantau kantin sekolah di Zon Banting,

Daerah Kuala Langat, Selangor. Antara objektif yang ditetapkan dalam kajian ini

adalah:

1) Mengenalpasti masalah aspek kekurangan pengetahuan pengurusan

penyediaan makanan di kalangan Ahli Jawatankuasa Kantin dalam

memantau kantin sekolah di Zon Banting, Daerah Kuala Langat,

Selangor.

2) Mengenalpasti masalah aspek hubungan bebanan tugas di kalangan

Ahli Jawatankuasa Kantin dalam memantau kantin sekolah di Zon

Banting, Daerah Kuala Langat, Selangor.

3) Mengenalpasti masalah aspek kekangan masa di kalangan Ahli

Jawatankuasa Kantin dalam memantau kantin sekolah di Zon Banting,

Daerah Kuala Langat, Selangor.

Page 24: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filePerpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan Pengajian sahaja. ... Jasa Mu Tiada Nilainya, Hanya

8

1.5 Persoalan Kajian

Mengikut objektif kajian yang ditetapkan, persoalan kajian yang

dikemukakan dalam kajian ini adalah :

1) Adakah aspek kekurangan pengetahuan pengurusan penyediaan

makanan merupakan masalah di kalangan Ahli Jawatankuasa Kantin

dalam memantau kantin sekolah di Zon Banting, Daerah Kuala

Langat, Selangor ?

2) Adakah aspek hubungan bebanan tugas merupakan masalah di

kalangan Ahli Jawatankuasa Kantin dalam memantau kantin sekolah

di Zon Banting, Daerah Kuala Langat, Selangor?

3) Adakah aspek kekangan masa merupakan masalah di kalangan Ahli

Jawatankuasa Kantin dalam memantau kantin sekolah di Zon Banting,

Daerah Kuala Langat, Selangor ?