3
Budaya tradisi Etnik Bajau Etnik kedua terbesar di negeri Sabah ini kebanyakannya menduduki kawasan Pantai Barat Sabah, khususnya di Kota Belud, Tuaran, Kota Kinabalu dan Papar. Di segi budaya tradisi etnik Bajau Sama popular dengan tarian kuda pasu dan limbai terutama di daerah Kota Belud dimana tarian ini menggambarkan kehebatan kaum itu dalam aktiviti menunggang kuda. Tarian limbai pula adalah tarian yang diadakan sebagai menyambut ketibaan pengantin. Gerak-geri tarian ini seperti orang yang melambai-lambaikan tangan menyambut ketibaan rombongan pengantin lelaki. Kebiasaannya tarian ini dipersembahkan dalam majlis tertentu seperti majlis perkahwinan dan sebagainya. Seperti etnik lain di Sabah, etnik Bajau juga mempunyai pakaian tradisional khusus yang kebiasaannya dipakai semasa majlis keramaian tertentu. Pada zaman dahulu mereka dikenali sebagai petani yang rajin dan penunggang kuda yang cekap. Mereka juga terkenal sebagai pahlawan yang handal dan banyak membantu pahlawan terkenal di Sabah dalam menentang musuh dan penjajah. Berbeza dengan etnik KadazanDusun yang mengemari warna hitam, etnik Bajau pula mengemari warna garang, seperti warna merah dan juga jenis yang terang seperti hijau dan kuning. Namun pada masa tertentu warna gelap seperti hitam dan biru juga digunakan. Pakaian tradisi etnik ini kebiasaannya dipakai semasa majlis perkahwinan, meraikan lawatan para pemimpin, acara-acara adat dan lain-lain. Tarian etnik ini yang lainnya dikenali sebagai berunsai. Etnik lelaki Bajau biasanya mengenakan baju tradisional yang dipanggil badu. Badu atau baju ini biasanya dipilih kain berwarna hijau. Baju ini dihiasi dengan butang betawi dibelahan hadapannya. Butang betawi juga ada kalanya digunakan untuk hiasan lengan baju. Lengan baju dibelah hingga ke siku memperlihatkan baju bahagian dalam yang berwarna kontra. Badu tradisi ini seperti biasa dipakai pada majlis perkahwinan. Kaum lelaki Bajau juga mengenakan suart atau seluar berwarna hitam yang kebiasaannya digunakan atau

Budaya Tradisi Etnik Bajau

Embed Size (px)

DESCRIPTION

kaum bajau

Citation preview

Page 1: Budaya Tradisi Etnik Bajau

Budaya tradisi Etnik Bajau

 

Etnik kedua terbesar di negeri Sabah ini kebanyakannya menduduki kawasan Pantai Barat Sabah, khususnya di Kota Belud, Tuaran, Kota Kinabalu dan Papar. Di segi budaya tradisi etnik Bajau Sama popular dengan tarian kuda pasu dan limbai terutama di daerah Kota Belud dimana tarian ini menggambarkan kehebatan kaum itu dalam aktiviti menunggang kuda.

Tarian limbai pula adalah tarian yang diadakan sebagai menyambut ketibaan pengantin. Gerak-geri tarian ini seperti orang yang melambai-lambaikan tangan menyambut ketibaan rombongan pengantin lelaki. Kebiasaannya tarian ini dipersembahkan dalam majlis tertentu seperti majlis perkahwinan dan sebagainya.

Seperti etnik lain di Sabah, etnik Bajau juga mempunyai pakaian tradisional khusus yang kebiasaannya dipakai semasa majlis keramaian tertentu. Pada zaman dahulu mereka dikenali sebagai petani yang rajin dan penunggang kuda yang cekap. Mereka juga terkenal sebagai pahlawan yang handal dan banyak membantu pahlawan terkenal di Sabah dalam menentang musuh dan penjajah. Berbeza dengan etnik KadazanDusun yang mengemari warna hitam, etnik Bajau pula mengemari warna garang, seperti warna merah dan juga jenis yang terang seperti hijau dan kuning.

Namun pada masa tertentu warna gelap seperti hitam dan biru juga digunakan. Pakaian tradisi etnik ini kebiasaannya dipakai semasa majlis perkahwinan, meraikan lawatan para pemimpin, acara-acara adat dan lain-lain. Tarian etnik ini yang lainnya dikenali sebagai berunsai.

Etnik lelaki Bajau biasanya mengenakan baju tradisional yang dipanggil badu. Badu atau baju ini biasanya dipilih kain berwarna hijau. Baju ini dihiasi dengan butang betawi dibelahan hadapannya. Butang betawi juga ada kalanya digunakan untuk hiasan lengan baju. Lengan baju dibelah hingga ke siku memperlihatkan baju bahagian dalam yang berwarna kontra. Badu tradisi ini seperti biasa dipakai pada majlis perkahwinan. Kaum lelaki Bajau juga mengenakan suart atau seluar berwarna hitam yang kebiasaannya digunakan atau dipakai semasa majlis perkahwinan, manakala pada majlis yang lain warna kontra akan digunakan.

Lelaki Bajau ini juga memakai topi yang dipanggil tanjak untuk hiasan kepala. Tanjak ini diperbuat daripada kain dastar yang telah dibentuk dan dipakai semasa majlis perkahwinan. Bagi penunggang kuda tanjak ini yang mereka pakai biasanya dipanggil podong. Seperti wanita etnik ini, golongan lelaki juga memakai tali pinggang dipanggil ingkot pangkat. Mereka juga memakai kain selendang yang disulam sebagai hiasan. Selain itu mereka juga memakai puyut yang digunakan sebagai pengikat pinggang atau selempang (selendang).

Kaum lelaki Bajau juga biasa menggunakan perhiasan yang dipanggil supu. Supu ini adalah perhiasan yang digunakan untuk menyimpan sigup atau rokok daun. Disebabkan kebanyakkan golongan lelaki Bajau ini pada zaman dahulu adalah pahlawan-pahlawan yang gagah, maka mereka juga menggunakan perhiasan berbentuk keris dan pida. Keris, pida dan parang panjang dianggap sebagai lambang kepahlawanan etnik berkenaan.

Page 2: Budaya Tradisi Etnik Bajau

Bagi wanita Bajau Kota Belud pula kebiasaanya mereka memakai baju yang dipanggil badu sipak. Baju ini diperbuat daripada kain satin yang terang, selalunya kuning. Sementara baju di bahagian dalam berwarna kontra. Lengan baju dilabuhkan dan dibelah hingga ke paras siku menampakkan lengan baju di bahagian dalam. Pada belahan baju dihiasi dengan butang betawi ini berasal daripada nama betawi atau Batavia (nama asal Jakarta). Butang ini masih lagi digunakan untuk pakaian tradisi bangsa Belanda. Adakalanya lengan baju juga akan dihiasi dengan butang yang sama. Baju ini dipakai untuk majlis perkahwinan.

Semasa menghadiri majlis rasmi etnik wanita Bajau ini biasanya mengenakan baju yang dipanggil badu sampit. Badu sampit ini biasanya dipilih daripada kain jenis satin yang berwarna terang. Mereka juga akan memakai skirt panjang yang dipanggil olos berangkit. Skirt panjang ini digunakan untuk majlis perkahwinan. Kain skirt ini juga ditekat dengan benang warna yang bermotifkan bunga kapas atau pucuk rebung. Kaum wanita Bajau juga memakai suar atau seluar panjang berwarna putih yang digunakan untuk persembahan tarian. Selain itu mereka juga memakai selendang yang disangkutkan di bahu dan membawa sapu tangan atau puyut berumbai yang dihiasi bahagian tepinya dengan rumbai-rumbai. Busana tradisional etnik Bajau ini juga diperindahkan lagi dengan pemakaian barang perhiasan atau aksesori.

Misalnya untuk hiasan bahagian leher, terdapat aksesori yang dipanggil mandapun. Hiasan ini dibentuk seakan kalung dibuat daripada kain baldu yang dihiasi dengan perak atau emas. Kebiasaannya ia dikalungkan di leher.

Mereka juga memakai aksesori untuk bahagian kepala yang dipanggil serempak. Perhiasan ini biasanya kelihatan seolah-olah mahkota dan diperbuat daripada logam warna perak atau emas yang dihiasi dengan manik sebagai bentuk. Serempak ini diletakkan pada bahagian rambut yang telah dibentuk menjadi sanggul dan diikat dengan tali kain bagi mengetatkan.

Barang perhiasan lain yang turut dipakai wanita Bajau ini ialah galang yang diperbuat daripada perak. Mereka juga memakai subang atau anting-anting yang diperbuat daripada emas atau perak. Selain daripada itu mereka juga memakai tali pinggang yang dipanggil ingkot pangkat dan kebiasaannya pada zaman dahulu ia diperbuat daripada logam perak.