12
TAHUN 2007 merupakan tahun yang bersejarah bagi Hospital Kulim kerana telah memenangi beberapa anugerah kualiti peringkat negeri dan juga kebangsaan. Hospital Kulim juga telah diisytiharkan sebagai Johan Keseluruhan Anugerah Kualiti Perkhidmatan Tahun 2007 bagi peringkat Jabatan Kesihatan Negeri Kedah Darul Aman. (lagi berita dan gambar di muka surat 4 & 5) PEMENANG SERTA PENERIMA ANUGERAH KUALITI DAN KHIDMAT CEMERLANG PIALA PUSINGAN & SIJIL-SIJIL YANG DIMENANGI MENARIK DI DALAM Maklumat Dari Pihak Pegurusan Hospital..ms 3 Pre SAREX .. ms 4 Konvensyen Kualiti 2007 (JKN) ..ms 5 Konvensyen Kualiti 2007 (KKM) ..ms 6 Nursing audit ..ms 7 Peristiwa di sana sini ..ms 8 Kursus & Taklimat ..ms 9 Lawatan ke HKB .. ms 10 Resepi / Renungan..ms11 Jokes / Sukan..ms 12 BULETIN HOSPITAL KULIM Edisi : 2 / 2007 DO THE RIGHT THING AND DO THE THING RIGHT

BULETIN HOSPITAL KULIM Edisi : 2 / 2007

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: BULETIN HOSPITAL KULIM Edisi : 2 / 2007

TAHUN 2007 merupakan tahun yang bersejarah bagi Hospital Kulim kerana telah memenangi beberapa anugerah kualiti peringkat negeri dan juga kebangsaan. Hospital Kulim juga telah diisytiharkan sebagai Johan Keseluruhan Anugerah Kualiti Perkhidmatan Tahun 2007 bagi peringkat Jabatan Kesihatan Negeri Kedah Darul Aman. (lagi berita dan gambar di muka surat 4 & 5)

PEMENANG SERTA PENERIMA ANUGERAH

KUALITI DAN KHIDMAT CEMERLANG

PIALA

PUSINGAN &

SIJIL-SIJIL YANG

DIMENANGI

MENARIK DI DALAM

� Maklumat Dari Pihak Pegurusan Hospital..ms 3

� Pre SAREX .. ms 4 � Konvensyen Kualiti 2007

(JKN) ..ms 5 � Konvensyen Kualiti 2007

(KKM) ..ms 6 � Nursing audit ..ms 7 � Peristiwa di sana sini ..ms 8 � Kursus & Taklimat ..ms 9 � Lawatan ke HKB .. ms 10 � Resepi / Renungan..ms11 � Jokes / Sukan..ms 12

BULETIN HOSPITAL KULIM Edisi : 2 / 2007

DO THE RIGHT THING AND DO THE THING RIGHT

Page 2: BULETIN HOSPITAL KULIM Edisi : 2 / 2007

NOTA PENGARANG

Salam Sejahtera & ا >@?< =>;:م

Kepada para pembaca khususnya warga Hospital Kulim. Saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi kerjasama dan sumbangan mereka untuk menjayakan penerbitan buletin kali ini. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada semua yang terlibat dalam memperoleh bahan buletin ini sehingga dapat disiapkan. Sinar ilmu pengetahuan akan diperolehi hanya dengan usaha gigih dan pemikiran jernih agar cahaya pemahaman memenuhi seluruh kalbu. Melalui pembacaan akan memberi gambaran yang jelas tentang sesuatu ilmu atau fakta yang diingini. Untuk itu kami hadir dihadapan pembaca sebagai alternatif memenuhi inspirasi dan seruan melalui falsafah budaya ilmu.

Selamat membaca.

Nor Jahan K.Mahidin

Ketua Pengarang Buletin Sinaran Hospital Kulim

DARI MEJA PENGARAH

Salam Sejahtera & ا >@?< =>;:م

Pejam celik pejam celik berakhirlah sudah tahun2007. Walaupun terdapat berbagai dugaan dan rintangan yang terpaksa kita lalui namun Hospital Kulim tidak pernah mengaku kalah dan tetap berdiri megah. Tahun 2007 adalah merupakan tahun kegemilangan bagi Hospital Kulim. Syabas dan terima kasih saya ucapkan kepada seluruh warga kerja Hospital Kulim kerana komitmen yang anda berikan telah dapat mengharumkan nama Hospital Kulim bukan saja diperingkat JKN Kedah tetapi juga di Peringkat KKM. Saya, sebagai pemangku Pengarah Hospital berharap semua warga kerja Hospital Kulim akan terus memberi sokongan kepada semua aktiviti-aktiviti kualiti yang dijalankan dan seterusnya membudayakan pemberian perkhidmatan berkualiti supaya tahun 2008 dapat menjanjikan kejayaan yang lebih cemerlang atau setidak-tidaknya mempertahankan kejayaan kita dalam Anugerah Kualiti Perkhidmatan. Tahniah dan syabas juga saya ucapkan kepada sidang pengarang kerana telah berjaya menerbitkan buletin ini untuk santapan minda, rohani dan jasmani bagi seluruh warga kerja Hospital Kulim disamping mengeratkan perhubungan sesama anggota kerja. Sekian, wasalam Dr Azrinah bt Azuar Timbalan Pengarah Hospital Kulim.

2

SIDANG PENGARANG

Penaung: Dr. Idris bin Ahmad

Ketua Pengarang: Pn. Nor Jahan bt K. Mahidin

Pen. Ketua Pengarang:

Pn. Rozina bt. Basaruddin

Pengarang: Tn. Haji Soid bin. Abdul Hamid

Pn. Rafeah bt. Mohd. Rashid Cik Noraiyani bt. Che Ismail

Pn Rosniza bt. Abdul Hamid

Grafik & Jurugambar: Tn Hj. Abdul Khalid b Ahmad

En. Mohd. Yassir bin Ariffin

Penasihat: Tn Hj Kamal b Mohammad ( Penyelia Hospital )

Pn. Hazizah bt. Siroon ( Penyelia Jururawat )

LEMBAGA PENGARANG 2006/2007

SINARAN EDISI 2/2007

Page 3: BULETIN HOSPITAL KULIM Edisi : 2 / 2007

MAKLUMAT DARI PIHAK PENGURUSAN HOSPITAL

Anggota Hospital Kulim yang bersara dalam tempoh Julai hingga Disember 2007

BIL.

NAMA

JAWATAN TEMPAT BERTUGAS TARIKH BERSARA

1. Zaiton bt Ahmad Pen. Jururawat U14 Klinik Pakar 3 01/07/2007 2. Khalijah bt Awang Pen. Jururawat U14 Klinik Pakar 3 01/07/2007 3. Asmah bt Che Mat Jururawat U32 Dewan Bersalin 15/09/2007 4. Fatimah bt Abdul Ghani Pen. Jururawat U11 CSSU 02/11/2007 5. Tan Sok Looi Jururawat U29 Wad Paediatrik 01/11/2007

Bagi mereka yang telah bersara, pihak Hospital Kulim mengucapkan selamat panjang umur, murah rezeki dan selamat maju jaya dalam apa jua lapangan yang diceburi. JASAMU TETAP DIKENANG

Dalam tempoh Julai hingga Disember 2007, Hospital Kulim telah kehilangan beberapa orang anggota termasuk Pengarah serta Penolong Pegawai Tadbir N32. Walau bagaimanapun tahniah diucapkan kepada mereka yang dinaikkan pangkat. Sudah menjadi lumrah proses kenaikan pangkat akan melibatkan pertukaran. Berikut adalah senarai anggota yang dinaikkan pangkat serta penempatan.

BIL

NAMA JAWATAN

KENAIKAN

PANGKAT KE

JAWATAN

PENEMPATAN

1.

Dr. Idris bin Ahmad Pengarah Hospital Gred

UD52

Pengarah Hospital

Gred UD54

(Memangku)

Hospital Sultanah

Bahiyah.

2.

Roziah binti Aziz Pen. Peg. Tadbir Gred N32 Pen. Peg. Tadbir

Gred N36

(Memangku)

Jabatan

Keselamatan Jalan

Raya,Seberang Jaya.

3.

Zaiton binti Md. Azid Juruteknologi Makmal

Perubatan Gred U29

Juruteknologi

Makmal Perubatan

Gred U32

(Memangku)

Hospital Langkawi

4.

Hamidah binti Jusop Pegawai Khidmat

Pelanggan Gred N17

Jururawat Gred U29 Hospital Sultanah

Bahiyah.

5.

Nor Laila binti Ishak Jururawat Masyarakat

Gred U19

Jururawat Gred U29

(Lantikan KPSL)

Hospital Kulim

6.

Khadijah binti Mat Din Jururawat Gred U29 Jururawat Gred U32

(Memangku)

Hospital Kulim

7.

Sariah binti Che Yang Jururawat Gred U29 Jururawat Gred U32

(Memangku)

Hospital Kulim

8.

Padmini a/p

Subramaniam

Jururawat Gred U29 Jururawat Gred U32

(Memangku)

Hospital Sultanah

Bahiyah

9.

Paridah binti Yahaya Jururawat Gred U29 Jururawat Gred U32

(Memangku)

Hospital Sultanah

Bahiyah 10.

Kamsiah binti Ramli Jururawat Gred U29 Jururawat Gred U32

(Memangku)

Hospital Sultanah

Bahiyah 11.

Salwa binti Din Jururawat Gred U29 Jururawat Gred U32

(Memangku)

Hospital Sultanah

Bahiyah 12.

Norizah binti Shahidan Jururawat Masyarakat

Gred U19

Jururawat

Masyarakat Gred

U24 (Memangku)

Hospital Kulim

3 SINARAN EDISI 2/2007

Page 4: BULETIN HOSPITAL KULIM Edisi : 2 / 2007

4

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE 50

MENGHIASI KAWASAN HOSPITAL DENGAN BENDERA DAN MEMBINA LOGO 50 TAHUN

KEMERDEKAAN DI CERUN GEMILANG HOSPITAL KULIM SECARA GOTONG ROYONG

PRE SAREX 2007

Kulim Hi-Tech Park, 25 Oktober 2007. Dua buah helikopter yang membawa 12 orang pasukan payung terjun setiap satu telah berlanggar dan terhempas di kawasan tasik di Kulim Hi-Tech Park. Kejadian buruk itu berlaku semasa anggota serta ahli keluarga kilang BASF sedang mengadakan sambutan Hari Keluarga di kawasan tasik tersebut. Sebaik sahaja pihak Hospital Kulim menerima maklumat kejadian pada pukul 9.36 pagi, YELLOW ALERT telah diistiharkan. Setelah kejadian disahkan, amaran RED ALERT disiarkan melalui sistem siar raya pada pukul 9.44 pagi dan pihak hospital serta anggotanya telah bersedia untuk menghadapi operasi bencana. Semua mangsa dikejarkan ke Jabatan Kecemasan Hospital Kulim. Bencana tersebut telah mengorbankan 8 orang dan mencederakan 32 yang lain dimana 18 daripadanya parah. Daripada 18 orang yang parah, 8 berada didalam keadaan kritikal manakala 14 orang yang lain hanya mengalami cedera ringan.

Peristiwa di atas merupakan senario bencana yang diwujudkan bagi aktiviti latihan mencari dan menyelamat (PreSAREX) peringkat awal dimana Hospital Kulim telah menjadi tuan rumah dan disusuli dengan latihan mencari dan menyelamat yang akan diadakan 2 bulan sebelum bermulanya pamiran LIMA 2007.

Latihan ini perlu untuk memperkemaskan integriti MERT dan hospital disamping penglibatan agensi kerajaan yang lain serta NGO yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Antaranya ialah PDRM, Bomba, KHTP, Pejabat Kesihatan Daerah, JPA3, Kolej Kejururawatan Kulim, Faber Merdi-serve Sdn. Bhd, kilang BASF serta Persatuan Bulan Sabit Merah.

Pada tepat pukul 11.35 pagi, Operasi Bencana Pre SAREX STEP DOWN telah diistiharkan oleh Dr. Azrinah binti Azuar (penyelaras hospital) menandakan latihan telah tamat. Pada sebelah petang satu sesi post mortem telah diadakan di Dewan Asrama Jururawat yang dihadiri oleh wakil dari semua agensi yang terlibat.

SINARAN EDISI 2/2007

Page 5: BULETIN HOSPITAL KULIM Edisi : 2 / 2007

KONVENSYEN KUALITI PERINGKAT JABATAN KESIHATAN NEGERI KEDAH 2007

5

PROJEK KMK (johan) – A&E PROJEK INOVASI (johan) - FISIOTERAPI

SINARAN EDISI 2/2007

Page 6: BULETIN HOSPITAL KULIM Edisi : 2 / 2007

C

B A

6

PUSAT KONVENSYEN ANTARABANGSA PUTRAJAYA,

5 - 6 DISEMBER 2007 A – PIALA ANUGERAH KUALITI

KKM YANG DIMENANGI BAGI KATEGORI LAMAN WEB (JOHAN) DAN KMK (KETIGA)

B – PESERTA HOSPITAL KULIM

BERGAMBAR BERSAMA YG. BHG. DATO' DR HJH NOORIMI BT HJ MURAD (TIMBALAN KETUA PENGARAH KESIHATAN), YG BHG DATO' DR HJH HASNAH BT ISMAIL (PENGARAH KESIHATAN NEGERI KEDAH D.A) DAN DR IDRIS B AHMAD (PENGARAH HOSPITAL KULIM).

C – DR IDRIS DAN TN HJ

KAMAL SEDANG BERBUAL DENGAN DATO' DR HJH HASNAH.

D – DATO' DR HJH NOORIMI

DAN DR IDRIS SEDANG DIBERI PENERANGAN BERKENAAN DENGAN LAMAN WEB HOSPITAL KULIM

E – PERSIAPAN BOOTH LAMAN

WEB HOSPITAL KULIM MENJELANG KONVENSYEN

C

D

E

E

E E

KONVENSYEN KUALITI KEBANGSAAN (KKM) 2007

SINARAN EDISI 2/2007

Page 7: BULETIN HOSPITAL KULIM Edisi : 2 / 2007

AKTIVITI –AKTIVITI KEJURURAWATAN

Dalam tempoh 6 bulan kedua tahun 2007, Bahagian Kejururawatan Hospital Kulim telah menjalankan NURSING AUDIT seperti di jadual. Hasil kajian telah mengenal pasti beberapa ketidakakuran. Cadangan telah dikemukakan untuk mengatasi kelemahan dan seterusnya mengambil tindakan pembetulan dan penambahbaikan. Pemantauan berterusan melalui audit dapat menjamin perkhidmatan kejururawatan di Hospital Kulim diberi pada tahap yang optimum.

BIL TAJUK NURSING AUDIT TEMPOH AUDIT

1 Blood & Blood Component Transfusion 01/11/07 – 30/11/07

2 Oral Medication 01/11/07 – 30/11/07

3 Administration Of Intravenous Infussion 01/11/07 – 30/11/07

7 SINARAN EDISI 2/2007

Page 8: BULETIN HOSPITAL KULIM Edisi : 2 / 2007

PERISTIWA DI SANA-SINI

6 November 2007 Kursus penyediaan laman web menggunakan open source (Xoops) telah diadakan

di dewan CME

26 Ogos 2007 Ceramah agama sempena Majlis sambutan Isra Mikraj telah diadakan di foyer

Hospital Kulim

29 OKTOBER 2007 Majlis Jasamu Dikenang dan

Jamuan Hari Raya telah diadakan

serentak di Dewan Seminar Asrama

Jururawat

8 SINARAN EDISI 2/2007

Page 9: BULETIN HOSPITAL KULIM Edisi : 2 / 2007

9

TAKLIMAT & KURSUS

DASAR KESELAMATAN DAN PRINSIP-PRINSIP KESELAMATAN PERLINDUNGAN

Pada 26 Jun 2007, Pengurusan Hospital Kulim telah menjemput penceramah dari Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia, Negeri Kedah Darul Aman untuk memberi ceramah berkenaan dengan Dasar Keselamatan Dan Prinsip-Prinsip Keselamatan Perlindungan. Seramai hampir 30 peserta terdiri daripada Ketua Jabatan dan Pengurus Unit telah hadir.

Keselamatan Perlindungan merujuk kepada langkah-langkah untuk

� keselamatan perlindungan dokumen dan maklumat daripada kebocoran.

� Keselamatan perlindungan keatas bangunan dan pepasangan daripada kerosakan fizikal dan

� Kawalan terhadap kesetiaan personel kepada negara.

Penyampaian cenderahati kpd penceramah

Bengkel Juruaudit Dalaman MS ISO 9001

Pada 2 hingga 4 Julai 2007 kursus Audit Kualiti Dalaman telah diadakan di Hospital Kulim. Kursus 3 hari yang bertempat di Dewan Seminar Asrama Jururawat itu telah dianjurkan oleh EQ Management Associates Sdn. Bhd. Seramai 30 peserta telah mengikuti kursus tersebut dan kesemua mereka telah ditauliahkan sebagai Juruaudit Dalaman QMS MS ISO 9001 : 2000 Hospital kulim.

A – Course Presenter sedang menyampaikan ceramah kepada peserta kursus. B – peserta kursus sedang meneiti nota-nota yang disediakan

A

B

Bagi tempoh Julai hingga Disember 2007 seramai 784 anggota berbagai kategori telah mengikuti kursus dan latihan anjuran Jawatankuasa Latihan Hospital Kulim

SINARAN EDISI 2/2007

Page 10: BULETIN HOSPITAL KULIM Edisi : 2 / 2007

Pada 24 Julai, 2007 Hospital Kulim telah mengadakan lawatan ke Taman Herba Hospital Kepala Batas. Tujuan lawatan adalah untuk melihat dengan lebih dekat lagi seni taman yang diwujudkan khas untuk tanaman herba dan rempah. Turut dalam lawatan tersebut ialah Tn. Hj. Aziz dan En. Ismail Mat Asik.

10

LAWATAN KE HOSPITAL KEPALA BATAS

SINARAN EDISI 2/2007

Page 11: BULETIN HOSPITAL KULIM Edisi : 2 / 2007

Tajuk Hadith : Memiliki Kemampuan Bersyukur Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda:”Apabila kamu melihat seseorang dikurniakan kelebihan dengan harta melimpah-limpah dan dengan kecantikan, maka lihatlah pula kepada orang yang serba kekurangan.” (Bukhari) Huraian Firman Allah SWT yang maksudnya:”Dan ingatlah tatkala Tuhanmu memaklumkan sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah nikmat kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku) maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih" (Ibrahim:7). Sesungguhnya setiap nikmat itu wajib disyukuri dan antara kunci rahsia dalam bersyukur yang dapat mengundang nikmat Allah yang seterusnya sebagaimana yang disebut dalam firman Allah di atas ialah

i.) Tidak merasa memiliki kecuali meyakini bahawa segalanya adalah menjadi milik Allah. Hal demikian dapat mengelak seseorang daripada menjadi angkuh dan sombong dengan nikmat yang ada padanya.

ii.) Selalu mengucapkan “alhamdulillah”, memuji Allah dalam segala keadaan sama ada ketika susah ataupun senang kerana nikmat yang harus disyukuri itu sebenarnya lebih banyak daripada musibah.

iii.) Mempercayai bahawa sebarang nikmat yang dikurniakan adalah jalan menuju Allah atau mendekatkan diri kepada Allah dan

iv.) Tahu membalas budi dan berterima kasih dengan kebaikan yang telah diberikan oleh seseorang.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

11

IKAN KUKUS BERSOS CILI THAI

Masa penyediaan dan memasak : 30 minit Hidangan : untuk 6-8 orang Satu hidangan : 4 gm lemak, 172 KcaI (719 kilojoule)

Bahan-bahan

1.5 kg filet ikan

1 Kiub Pati Ikan Bilis 1 camca besar minyak masak

Bahan A

1½ cawan Sos Cili Thai 150 g Yogurt Asli 1 batang serai, dihiris halus 6 biji cili padi Thai, dihiris 5 ulas bawang putih, dicincang 3 tangkai daun ketumbar, dihiris 2 camca besar bijan, digoreng tanpa minyak 2 camca besar jus Iimau nipis, garam dan gula secukup rasa

1. Perap filet ikan dengan Pati Ikan Bilis dan sapu minyak ke atas ikan.

2. Kukus ikan selama 10 minit atau hingga masak.

3. Sementara itu, campur bahan A dan tuang ke atas ikan kukus semasa hendak dihidangkan

RESEPI SIHAT

SINARAN EDISI 2/2007

Page 12: BULETIN HOSPITAL KULIM Edisi : 2 / 2007

12

Teacher: Ted, if your father has RM10 and you ask him for RM 6, how much would your father still have? Ted: RM10. Teacher: You don't know Maths. Ted: You don't know my father! ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Father: Why did you fail your Mathematics Test? Son: On Monday, teacher said 3 + 5 = 8 Father: So? Son: On Tuesday, she said 4 + 4 = 8. On Wednesday, she said 6 + 2 = 8. If she can't make up her mind, how do I know the right answer? --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

JOKES

SUDUT SUKAN

Kelab Sukan Hospital Kulim

telah menganjurkan beberapa

aktiviti sukan sepanjang tahun

2007. Di antara aktiviti yang

telah dijalankan ialah Jogathon

sempena Kempen Cara Hidup

Sihat dan pertandingan Bola

Tampar di antara unit-unit .

APA! ADA UTANG KA ?

WOI ! MANA PI BOLA?

NANTI, STOP DULU! ADA ORANG AMBIL GAMBAQ – SENYUM!

KEJOR YOP

KEJOR!!

SINARAN EDISI 2/2007