4
RUANGAN EDITORIAL Assalamualaikum. IMAM Jr Edisi Khas ini diter- bitkan hasil kerjasama IMAM Eire SC dengan ISMA Ireland bersempena Road Show Pales- tine Eropah; Search for Sala- huddin. InsyaAllah tujuan IMAM JR Edisi Khas diterbitkan adalah untuk meningkatkan lagi kese- daran dan pengetahuan tentang isu Palestine. Kami dari pihak editorial ber- harap keluaran-keluaran ini bermanfaat bagi semua pem- baca. -Sidang Editorial IMAM Jr EK Kelebihan Amalan Bersedekah secara Saintifik KenapaPalestine? Jenayah kejam rejim Yahudi Zionis di Palestin dan di ka- wasan-kawasan sekitarnya bukanlah sesuatu yang baru di dalam sejarah peradaban dunia moden. Beberapa dekad pasca Deklarasi Balfour 1917 menyaksikan penghijrahan Yahudi Eropah dan Rusia secara pukal ke bumi istimewa ini yang kemudiannya diikuti oleh penjajahan yang sis- tematik sehingga hilanglah nama Palestin dari peta dunia moden. (...bersambung di dalam…) ISI KANDUNGAN KENAPAPALESTINE??? Apakah Kempen 5? Program RSP: SOS di Ireland JR imam IslamicmedicalassociationofMalaysiajournal EDISI KHAS KELUARAN PERTAMA

Buletin IMAM Edisi Khas SOS: #1

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Edisi Khas sempena Roadshow Palestin: Searching for Solahuddin

Citation preview

Page 1: Buletin IMAM Edisi Khas SOS: #1

RUANGAN EDITORIAL

Assalamualaikum.

IMAM Jr Edisi Khas ini diter-

bitkan hasil kerjasama IMAM

Eire SC dengan ISMA Ireland

bersempena Road Show Pales-

tine Eropah; Search for Sala-

huddin.

InsyaAllah tujuan IMAM JR

Edisi Khas diterbitkan adalah

untuk meningkatkan lagi kese-

daran dan pengetahuan tentang

isu Palestine.

Kami dari pihak editorial ber-

harap keluaran-keluaran ini

bermanfaat bagi semua pem-

baca.

-Sidang Editorial IMAM Jr EK

Kelebihan Amalan Bersedekah secara Saintifik

Kenapa Palestine?

Jenayah kejam rejim Yahudi Zionis di Palestin dan di ka-

wasan-kawasan sekitarnya bukanlah sesuatu yang baru di

dalam sejarah peradaban dunia moden. Beberapa dekad

pasca Deklarasi Balfour 1917 menyaksikan penghijrahan

Yahudi Eropah dan Rusia secara pukal ke bumi istimewa

ini yang kemudiannya diikuti oleh penjajahan yang sis-

tematik sehingga hilanglah nama Palestin dari peta dunia

moden. (...bersambung di dalam…)

ISI KANDUNGAN

KENAPA PALES

TINE???

Apakah Kempen 5?

Program RSP: SOS di Ireland

JR imam Islamic medical association of Malaysia journal

EDISI KHAS

KELUARAN PERTAMA

Page 2: Buletin IMAM Edisi Khas SOS: #1

Kenapa Palestine?

Peliknya, dunia antarabangsa terus menjadi saksi

bisu terhadap rentetan kekejaman bangsa yang sungguh biadap lagi sombong ini. Tragedi Deir

Yassin, Nakbah 1948, Naksah 1967, Sabra

Shatila 1982, Khalil, Jenin, Gaza dan ratusan lagi siri keganasan rejim Zionis Israel ini bukanlah

satu yang rahsia lagi. Masyarakat antarabangsa

dan umat Islam hanya mampu menonton, mengu-tuk atau sekadar bersimpati dengan nasib malang

rakyat Palestin. Selagi kuasa besar dunia menjadi

boneka yang bersekongkol dengan Pertubuhan Zionis Sedunia, maka selagi itulah siri jenayah ini

akan terus bermaharajalela.

Namun begitu masih ramai di kalangan

umat Islam di seluruh dunia samada di negara-

negara Arab atau di negara-negara Islam lainnya termasuk negara kita sendiri masih begitu naif

terhadap permasalahan Palestin yang merupakan

isu terbesar umat di abad ini.

Kenapa kita harus turut sibuk dengan isu

Palestin?

Isu Palestin adalah isu umat Islam seja-

gat. Kenapa tidak, di situlah letaknya Masjid Al Aqsa yang merupakan qiblat pertama umat Islam

dan tempat berlakunya peristiwa Isra’ dan Mi’raj.

Masjid ini adalah masjid yang ke dua dibangunkan di muka bumi selepas Masjidil Haram dan meru-

pakan masjid yang ke tiga suci di sisi Allah swt.

Di bumi inilah telah dihantarnya para nabi secara berkesinambungan termasuklah Nabi Ibrahim,

Nabi Sulaiman, Nabi Daud, Nabi Musa, Nabi Isa

dan lain-lainnya untuk mengajak manusia agar beriman kepada Allah, Tuhan yang Esa. Bumi ini

telah dijajah silih berganti oleh bangsa Yahudi,

Rom dan Parsi sehinggalah ianya dibuka kembali oleh Umar al Khattab yang telah mengistiharkan

bahawa bumi ini adalah tanah wakaf milik umat

Islam sehingga ke akhir zaman. Selepas itu, Pal-estin terus dinaungi keamanan dan keadilan di

bawah pemerintahan Islam untuk ribuan tahun

kecuali di abad ke 12 Masihi apabila bumi ini dino-dai dengan kekejaman tentera salib. Namun Pal-

estin telah dibebaskan semula oleh Solahuddin al

Ayyubi yang berketurunan Kurdi.

Tidakkah semua ini menjadi bukti yang kuat ba-

hawa isu Palestin bukan sekadar isu orang Pales-

tin sahaja, bukan isu orang-orang Arab sahaja bahkan isu Palestin adalah isu kita, isu umat Is-

lam sejagat?

Benarkah dakwaan Yahudi bahawa mereka adalah

penduduk asal Palestin?

Dakwaan ini sebenarnya adalah fakta

sejarah yang telah dipalsukan Yahudi. Rakyat

Palestin hari ini adalah keturunan kaum Kan’an yang telah mengasaskan Palestin sejak 4500

tahun dulunya. Ketika Bani Israel mendatangi

Palestin, telahpun wujud lebih 200 penempatan di bumi Palestin yang menunjukkan bahawa bukanlah

mereka pengasas bumi istimewa ini. Tidak kita

nafikan bahawa Bani Israel pernah memerintah Palestin selama kira-kira 4 abad di sekitar zaman

Nabi Daud dan Nabi Sulaiman tetapi kerajaan

mereka turut hancur sebagaimana yang telah berlaku kepada kerajaan Firaun, Greek dan Ro-

man disebabkan kefasadan tangan dan kaki

mereka sendiri sehingga mereka semua dising-

kirkan dari bumi rebutan ini.

Mana-mana bangsa dan tamadun yang celik tentang sejarah peradaban mengakui ba-

hawa Islam adalah pemerintah Palestin yang pal-

ing lama dan paling adil sehinggalah berlakunya penjajahan Palestin oleh bangsa Yahudi Zionis

yang sombong lagi kejam sejak awal abad ke 20

Masihi.

(...Part 1 of 3…)

Page 3: Buletin IMAM Edisi Khas SOS: #1

Kelebihan Amalan Bersedekah Secara Saintifik

PROFESOR psikologi dari Universiti Oregon, Ulrich Mayr berpenda-

pat amalan bersedekah mengaktifkan sel-sel otak dan ini akan men-

jadikan orang yang berbuat demikian berasa seronok. Pandangan itu

diterbitkan oleh jurnal Science (2007) yang diketahui oleh ahli

akademik sebagai jurnal berpengaruh.

Ulrich Mayr juga mendapati bahawa rasa seronok bersedekah itu

bolehlah dikatakan sama atau lebih daripada menikmati makanan.

Selain itu amalan suka bersedekah juga dikaitkan dengan sifat suka menolong orang lain yang juga

menjadikan seseorang itu rasa seronok selepas berbuat demikian. Itu sebabnya orang yang menolong

selalu keberatan menerima habuan kewangan kerana berasa seronok membantu. Ini dikatakan sebagai

sifat altruisme atau bahasa mudahnya ringan tulang.

Kajian Ulrich Mayr dan dibantu dua orang pakar ekonomi itu dilakukan ke atas 19 sukarelawan

wanita dan dibekalkan sebanyak AS$100 (RM347). Kemudian pengkaji-pengkaji ini meneliti aktiviti

otak dengan menggunakan pengimbas Functional Magnetic Resonance Imaging (FMRI)`

Apabila wang tersebut disahkan telah diterima, maklumat tersebut segera mengaktifkan ba-

hagian otak untuk rasa seronok. Bahagian-bahagian itu ialah caudate nucleus dan nucleus accumbens

yang diketahui sebagai bahagian untuk rasa seronok. Kajian tersebut juga menunjukkan jika sukarela-

wan itu terpilih untuk mengedarkan wang tersebut, contohnya, menjadi wakil untuk memberikan wang

sedekah kepada rumah anak yatim, ia akan meningkatkan lagi rasa seronok.

Kajian terdahulu menunjukkan bahawa bahagian otak yang teraktif itu jugalah bertanggung-

jawab untuk rasa seronok seperti memakan manisan, hubungan kelamin, perlindungan, dan juga rakan

taulan. Ini semua adalah dikaitkan sebagai keperluan asas seorang manusia.

Nabi kita telah memberitahu kita lama dahulu bahawa hanya orang yang banyak bersedekah

tahu nikmatnya. Tidak hairanlah penulis pernah melihat pakcik tua pada hari Jumaat pasti bersedekah.

Pakcik tersebut tahu, kita yang muda ini mungkin ada banyak pilihan lain untuk berseronok.

Teringat pula kehebatan Saiyidina Umar Al-Khattab bersedekah separuh hartanya dan dia rasa

seronok; tetapi hebat lagi sedekahnya Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq yang bersedekah seluruh har-

tanya.

1. Raise Awareness

2. Give Hands 3. Boycott Zionist Sponsors

4. Spread the Word

5. Make Du’a

Page 4: Buletin IMAM Edisi Khas SOS: #1

Road Show Palestin (RSP) adalah merupakan program tahunan anjuran Aman Palestin dan Sek-

retariat Antarabangsa Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA). Ia adalah bertujuan untuk:

i. Menanam kesedaran tentang kepentingan isu Palestin kepada warga Malaysia di Luar Negara

melalui perkongsian pengalaman aktivis yang bekerja di medan.

ii. Menunjukkan satu laungan suara kalangan para pelajar Malaysia di Luar Negara dalam mem

bantu mangsa keganasan rejim Israel di Palestin yang kini hidup sebagai pelarian di tanah air

sendiri.

iii. Mengumpulkan sumbangan untuk membantu saudara-saudara se-Islam kita di bumi Palestin

yang terjajah demi membebaskannya.

Untuk pengetahuan, Aman Palestin Malaysia Berhad (AP) akan ke Gaza dua kali dalam setahun

kerana AP mempunyai cawangannya sendiri di dalam Gaza.Tahuni ini, AP memilih Eropah sebagai desti-

nasi setelah New Zealand, Australia, Mesir, India, Korea, Jepun, Jordan dan Indonesia. Dari keluasan

eropah, AP memilih Ireland sebagai destinasi pertama!

ISMA Ireland dengan kerjasama IMAM Ireland bakal menganjurkan Road Show Palestin

Eropah (RSP Eropah), bertemakan 'Searching For Solahuddin (SOS)' di lokaliti Ireland. Kempen 5

untuk Palestine akan berlangsung selama sebulan di seluruh Eropah supaya masyarakat Eropah teruta-

manya warga Malaysia dapat menanam kefahaman dan meningkatkan kesedaran mengenai isu Palestin

ini.

Aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sepanjang Kempen 5 untuk Palestin:

Kutipan derma online dan di setiap universiti

Jualan makanan di UCD, Hospital Beaumont dan RCSI

Pertandingan Memasak Sisters

IMAM Journal special edition RSP:SOS2011

Kuiz Cakna Palestin- disertakan bersama IMAM Journal

Pertandingan Poster

Jualan Buku-buku Aman Palestin

Road Show Talk: Intifadah Palestin - Jejak Generasi Solahuddin

Sesi Bersama Pakar,

Prof Madya Dr Zainur Rashid Zainuddin

Fiqh Perubatan, Kerjaya Perubatan dan Misi Kemanusiaan.

JOM SERTAI KAMI!! Generasi Salahuddin itu perlu dicari dari dalam diri kita sendiri!!

RSP: Searching for Solahuddin Ireland

Dibawakan kepada anda oleh