4
Januari 2009 Buletin Kolej LONJAKAN KECEMERLANGAN PMR Www.sahc.kedah.edu.my/buletin/menu_buletin.htm Www.sahc.kedah.edu.my/buletin/menu_buletin.htm Www.sahc.kedah.edu.my/buletin/menu_buletin.htm Www.sahc.kedah.edu.my/buletin/menu_buletin.htm KOLEJ SULTAN ABDUL HAMID K eputusan peperik- saan PMR tahun 2008 yang diumumkan pada 30.12.2008 jelas menunjukkan “budak kolej” tidak pernah menghampakan harapan sekolah kerana telah mencatatkan pening- katan yang begitu ketara berband- ing 2007. Peratusan bilangan ‘A’ telah melonjak daripada 26.55% pada tahun 2007 kepada 41.80% pada tahun 2008. Berdasarkan analisis peperiksaan PMR tahun 2008 seramai 79 orang pelajar daripada 189 orang pelajar keseluruhanya telah berjaya memperolehi keputusan semua ‘A’ dalam mata pelajaran yang di ambil oleh mereka, berbanding dengan tahun 2007 hanya seramai 47 orang pelajar daripada 177 orang pelajar sahaja yang memperoleh semua ‘A’ dalam mata pelajaran yang diambil. Nilai GPS bagi tahun 2008 juga telah menurun menjadi 1.23 ber- banding sebanyak 1.35 pada tahun 2007. Manakala nilai GPA telah meningkat daripada 3.65 pada tahun 2007 kepada 3.77 pada tahun 2008. Kejayaan ini menjadi satu cabaran kepada pelajar tingkatan 3, tahun 2009 untuk mengatasi rekod yang telah dilakukan oleh abang- abang mereka pada tahun lepas. Syabas dan tahniah diucapkan kepada pelajar PMR 2008. MA’AL HIJRAH DAN MAJLIS ASYURA 1430H Kecemerlangan PMR 2008 Kecemerlangan PMR 2008 Kecemerlangan PMR 2008 Kecemerlangan PMR 2008 S ambutan Maal Hijrah peringkat Kolej Sultan Abdul Hamid telah diadakan pada hari Sabtu 10hb Januari 2009, dengan dua aktiviti dilaksanakan iaitu ceramah agama dan aktiviti memasak bubur asyura. Ceramah agama telah diadakan di Surau As- Solihin. Penceramah bagi program ini ialah anak jati Kedah iaitu Ustaz Mohd. Firdaus Abu yang pulang ke Kedah dari Kelantan semata-mata untuk menyampaikan ceramah kepada pelajar Kolej. Intipati ceramah beliau adalah untuk memberikan kesedaran kepada para pelajar betapa perlunya menghormati ibu bapa seperti yang dituntut oleh agama Islam. Manakala majlis memasak Asyura telah dijalankan di bengkel KHB bermula jam 8.30 pagi. Lihat Muka 2

buletin janV2 09 - sahc.edu.mysahc.edu.my/a_portal/penerbitan/kolej/jan_09.pdf · PENDAFTARAN PELAJAR BARU TINGKATAN 1 M ajlis pendaftaran pelajar tingkatan 1 ... AJK Guru : Encik

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: buletin janV2 09 - sahc.edu.mysahc.edu.my/a_portal/penerbitan/kolej/jan_09.pdf · PENDAFTARAN PELAJAR BARU TINGKATAN 1 M ajlis pendaftaran pelajar tingkatan 1 ... AJK Guru : Encik

Januari 2009

Buletin Kolej LONJAKAN KECEMERLANGAN PMR

Www.sahc.kedah.edu.my/buletin/menu_buletin.htmWww.sahc.kedah.edu.my/buletin/menu_buletin.htmWww.sahc.kedah.edu.my/buletin/menu_buletin.htmWww.sahc.kedah.edu.my/buletin/menu_buletin.htm

KOLEJ SULTAN ABDUL HAMID

K eputusan peperik-

saan PMR tahun

2008 yang diumumkan pada

30.12.2008 jelas menunjukkan

“budak kolej” tidak pernah

menghampakan harapan sekolah

kerana telah mencatatkan pening-

katan yang begitu ketara berband-

ing 2007.

Peratusan bilangan ‘A’

telah melonjak daripada 26.55%

pada tahun 2007 kepada 41.80%

pada tahun 2008. Berdasarkan

analisis peperiksaan PMR tahun

2008 seramai 79 orang pelajar

daripada 189 orang pelajar

keseluruhanya telah berjaya

memperolehi keputusan semua ‘A’

dalam mata pelajaran yang di

ambil oleh mereka, berbanding

dengan tahun 2007 hanya seramai

47 orang pelajar daripada 177

orang pelajar sahaja yang

memperoleh semua ‘A’ dalam mata

pelajaran yang diambil.

Nilai GPS bagi tahun 2008 juga

telah menurun menjadi 1.23 ber-

banding sebanyak 1.35 pada tahun

2007. Manakala nilai GPA telah

meningkat daripada 3.65 pada

tahun 2007 kepada 3.77 pada tahun

2008. Kejayaan ini menjadi satu

cabaran kepada pelajar tingkatan 3,

tahun 2009 untuk mengatasi rekod

yang telah dilakukan oleh abang-

abang mereka pada tahun lepas.

Syabas dan tahniah diucapkan

kepada pelajar PMR 2008.

MA’AL HIJRAH DAN MAJLIS ASYURA 1430H

Kecemerlangan PMR 2008Kecemerlangan PMR 2008Kecemerlangan PMR 2008Kecemerlangan PMR 2008

S ambutan Maal Hijrah

peringkat Kolej Sultan

Abdul Hamid telah

diadakan pada hari

Sabtu 10hb Januari 2009, dengan

dua aktiviti dilaksanakan iaitu

ceramah agama dan aktiviti

memasak bubur asyura. Ceramah

agama telah diadakan di Surau As-

Solihin. Penceramah bagi program

ini ialah anak jati Kedah iaitu

Ustaz Mohd. Firdaus Abu yang

pulang ke Kedah dari Kelantan

semata-mata untuk menyampaikan

ceramah kepada pelajar Kolej.

Intipati ceramah beliau adalah

untuk memberikan kesedaran

kepada para pelajar betapa

perlunya menghormati ibu bapa

seperti yang dituntut oleh agama

Islam. Manakala majlis memasak

Asyura telah dijalankan di bengkel

KHB bermula jam 8.30 pagi.

Lihat Muka 2

Page 2: buletin janV2 09 - sahc.edu.mysahc.edu.my/a_portal/penerbitan/kolej/jan_09.pdf · PENDAFTARAN PELAJAR BARU TINGKATAN 1 M ajlis pendaftaran pelajar tingkatan 1 ... AJK Guru : Encik

P rogram Interaksi

Waris kali pertama

bagi tahun 2009 telah

diadakan pada hari

Khamis 15hb Januari. Penera-

gan dan analisa oleh guru-guru

tingkatan kepada para waris

berdasarkan keputusan Peperik-

saan Akhir Tahun 2008.

Kumpulan sasaran

adalah pelajar tingkatan 2, 3, 5

dan Pra-U2. Bagi pelajar tingka-

tan 2, perjumpaan waris telah

diadakan di Dewan Iskandar

danbagi pelajar tingkatan 3, 5

SAMBUTAN 100 TAHUN KOLEJ 1908 –2008 MUKA 2 EDISI 1

PROGRAM INTERAKSI WARIS

dan Pra-U2 aktiviti diadakan di

kelas masing-masing. Majlis ber-

mula pada jam 12.10 tengahari.

Ramai para waris yang telah

hadir dan dalam program ini te-

lah mendapat maklumat lebih

telus dan terperinci tentang anak-

anak mereka daripada guru ting-

katan masing-masing. Diharap-

kan melalui program ini dapat

mewujudkan hubungan dua hala

yang baik dalam kalangan guru

dan ibu bapa sebagai usaha mem-

bina pelajar cemerlang.

MAJLIS ANUGERAH PENGETUA MAJLIS ANUGERAH PENGETUA MAJLIS ANUGERAH PENGETUA MAJLIS ANUGERAH PENGETUA

M ajlis Anugerah Pen-

getua (MAP) kali

pertama bagi tahun

2009 telah di-

jalankan selama dua hari iaitu

pada 13 dan 14 Januari 2009. Pen-

yampaian sijil berdasarkan kepu-

tusan Peperiksaan Akhir Tahun

(PAT) 2008. Kumpulan sasaran

ialah pelajar tingkatan 2, 3, 5 dan

Pra-U2. Majlis Anugerah Pengetua

dimulai dengan nyanyian lagu

Kolej oleh para pelajar, ucapan

pengetua dan seterusnya penyam-

paian sijil kepada para pelajar.

MAP dijalankan dalam 2

sesi iaitu sesi pertama bermula

jam 7.45 pagi dan sesi kedua pada

pukul 12.50 tengahari. Sesi perta-

ma pada 13hb Januari adalah un-

tuk pelajar tingkatan 2, manakala

sesi kedua untuk pelajar tingkatan

3. Pada 14hb Januari, sesi pertama

dikhaskan untuk pelajar tingkatan

5 dan sesi kedua untuk pelajar

Pra-U2.

Keputusan pencapaian pela-

jar tingkatan 2 seramai 30 orang

dan dua orang mendapat GPA 4.0,

tingkatan 3 seramai 26 orang, GPA

terbaik 3.91. Tingkatan 5 seramai

11 orang, GPA terbaik 3.75.

Pencapaian bagi Pra-U2

Sains seramai 7 orang, seramai 2

orang GPA terbaik iaitu 3.50. Pra-

U2 Kemanusiaan seramai 23 orang,

GPA terbaik adalah 3.84. Keputu-

san peningkatan bagi tingkatan 2

adalah seramai 31 orang, tingkatan

3 seramai 27 orang, tingkatan 5 se-

ramai 18 orang, Peningkatan bagi

Pra-U2 Sains seramai 12 orang dan

Pra-U2 Kemanusiaan seramai 6

orang.

PENDAFTARAN

PELAJAR BARU

TINGKATAN 1

M ajlis pendaftaran

pelajar tingkatan 1

telah berlangsung di

Kafeteria Kolej pada

3hb Januari yang lalu. Sebanyak

empat kaunter pendaftaran telah

dibuka. Para waris telah diberikan

taklimat oleh Tuan Pengetua di

Dewan Iskandar. Menurut Penyelia

Tingkatan 1, seramai 220 orang

pelajar telah mendaftarkan diri.

Mereka terdiri daripada 179 orang

pelajar Melayu, 29 orang pelajar Cina,

11 orang pelajar India dan seorang

pelajar Siam. Kesemua pelajar yang

terpilih memasuki Kolej ini

datangnya dari seluruh negeri Kedah.

Pencapaian yang

cemerlang dalam akademik dan

bidang kokurikulum menjadi asas

utama para pelajar ini

ditawarkan belajar di sini. Kolej

menjadi tumpuan kebanyakan ibu

bapa kerana keputusan

peperiksaannya yang tidak

pernah menghampakan. Ada juga

dalam kalangan waris pernah

belajar di Kolej ini pada tahun

1980-an dan pada tahun ini anak

mereka pula berjaya mendapat

tempat di sini dan ini merupakan

satu kebanggaan bagi mereka.

MA’AL HIJRAH

Sebanyak tiga periuk besar bubur

asyura telah dimasak oleh guru-

guru yang diketuai oleh Ustaz

Salleh bin Yusof dan dibantu oleh

pelajar Islam tingkatan 4. Bubur

tersebut dibungkus dan diedarkan

kepada semua guru dan pelajar.

Sambungan Muka 1

Page 3: buletin janV2 09 - sahc.edu.mysahc.edu.my/a_portal/penerbitan/kolej/jan_09.pdf · PENDAFTARAN PELAJAR BARU TINGKATAN 1 M ajlis pendaftaran pelajar tingkatan 1 ... AJK Guru : Encik

M ajlis Perwakilan

Pelajar (MPP)

telah mengan-

jurkan Minggu

Kemanusiaan bermula 19hb

Januari sehingga 22hb Januari

yang bertemakan ”Say No To Vio-

lence”, khas untuk menunjukkan

keperihatinan kita terhadap

rakyat Palestin di Gaza yang

tanah air mereka telah diserang

oleh Rejim Zionis Israel. Peras-

mian program ini telah dilaksana-

kan oleh Tuan Pengetua pada

19hb Januari. Tujuan utamanya

adalah untuk mengutip sumban-

gan berupa wang ringgit daripada

warga Kolej .

Sumbangan tersebut akan

diserahkan kepada wakil MERCY

Malaysia cawangan Kedah.

Antara aktiviti yang dijalankan

selama seminggu ini adalah

seperti pengucapan awam dan

menandatangani kain rentang

yang dijalankan di Kafeteria Kolej

pada waktu rehat, manakala

kutipan derma daripada seluruh

warga Kolej turut dijalankan.

TABUNG KEMANUSIAAN GAZA

MUKA 3 EDIS I 1

MAJLIS BACAAN

YASIN

M ajlis bacaan Yasin

mengikut tingkatan

bagi pelajar beragama

Islam telah diadakan

di Surau As-Solihin. Tujuan majlis ini

diadakan adalah supaya pelajar dapat

memohon keberkatan daripada Allah

s.w.t sepanjang mereka belajar di

Kolej pada tahun 2009 ini.

Pembacaan Yasin ini bermula

jam 1.30 petang iaitu selepas semba-

hyang Zohor dan diketuai oleh Ustaz

Salleh Yusof dibantu oleh Ustaz

Zulkifli Mahamadan dan Ustaz Jamal

Nasir Ash’ari. Majlis pembacaan

Yasin bermula pada 5hb Januari un-

tuk pelajar tingkatan 2 dan Pra-U2,

6hb Januari adalah untuk pelajar

tingkatan 4, 7hb Januari adalah un-

tuk pelajar tingkatan 1 dan pada 8hb

Januari adalah untuk pelajar tingka-

tan 3 dan 5. Besarlah harapan agar

semua pelajar Islam di Kolej tidak

melupakan kurniaan-Nya kepada

mereka di samping sentiasa menghor-

mati guru agar ilmu yang diperoleh

mendapat keberkatan.

PENDAFTARAN PELAJAR ASRAMA

P elajar asrama mula

mendaftar masuk di

asrama Kolej pada

3hb Januari 2009

termasuk pelajar tingkatan 1.

Seramai 207 orang pelajar telah

mendaftarkan diri untuk

menghuni asrama dan

enrolmennya mengikut tingkatan

adalah seperti berikut :

TINGKATANTINGKATANTINGKATANTINGKATAN LLLL PPPP

1111 54545454 ----

2222 31313131 ----

3333 55555555 ----

4444 27272727 ----

5555 19191919 ----

PRAPRAPRAPRA----U2U2U2U2 7777 14141414

JUMLAHJUMLAHJUMLAHJUMLAH 193193193193 14141414

Program suai kenal pelajar

tingkatan 1 telah dilaksanakankan

selama satu minggu. Majlis

penutupan minggu suai kenal ini

telah dilakukan oleh Tuan

Pengetua. Pelbagai pengisian

seperti persembahan telah

dijalankan oleh pelajar

tingkatan 1 bertempat di dewan

makan asrama. Pelajar yang

tinggal di asrama ini

kebanyakannya adalah dari luar

bandar Alor Setar seperti dari

Langkawi, Kuala Muda dan

Padang Terap. Pihak Kolej

berharap agar pelajar tingkatan

1 yang tinggal di asrama dapat

membina keyakinan diri di

samping memupuk hubungan

erat dalam kalangan

penghuninya.

SKUASY HEBAT

K e j o h a n a n S k u a s y

peringkat MSSK(D) Kota

Setar telah berlangsung

pada 22hb dan 23hb

Januari yang lepas bertempat di

Kompleks Sukan Muadzam Shah,

Alor Setar Kedah . Menurut guru

penasihat pasukan skuasy, En. Ku

Azizan Ku Baharom pasukan Kolej

yang turut menyertai kejohanan

Lihat Muka 4

Page 4: buletin janV2 09 - sahc.edu.mysahc.edu.my/a_portal/penerbitan/kolej/jan_09.pdf · PENDAFTARAN PELAJAR BARU TINGKATAN 1 M ajlis pendaftaran pelajar tingkatan 1 ... AJK Guru : Encik

S eramai 67 orang penga-

was telah dilantik untuk

memikul tugas dan tang-

gungjawab pada tahun

ini. Kesemua pengawas yang

dilantik ini terdiri daripada pelajar

tingkatan 3, 4, 5 dan Pra-U2.

Pengawas yang dilantik terdiri

daripada 27 orang pengawas lama

dan 40 orang pengawas baru.

Pelantikan pengawas baru di Kolej

ini melalui beberapa tapisan

bermula sejak tahun 2008 lagi.

Pelajar yang dipilih atas cadangan

semua guru akan menghadapi sessi

temu duga dan bertugas sebagai

pengawas percubaan sebelum

ditauliahkan sebagai pengawas

sebenar pada 12hb Januari yang

lalu. Saudara Dickson Lau telah

diberi tanggung jawab sebagai

Ketua Pengawas, manakala Izzat

Nacquiudin Ibrahim dan Ariff

Kamal Khairi Zulkafli diberi

tanggung jawab sebagai Timbalan

Ketua Pengawas. Ketua Pengawas

perempuan pula disandang oleh

saudari Sty Deyanasuhaila Mat Desa

dan dibantu oleh penolongnya,

saudari Niwashini a/p Sundarajan.

Watikah pelantikan pengawas ini

telah disampaikan oleh Tuan

Pengetua dalam satu perhimpunan

khas.

WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS

MUKA 4 EDIS I 1

MAJLIS ORENTASI PELAJAR 2009

M ajlis orentasi

pelajar tingkatan 1

tahun 2009 telah

diadakan selama

empat hari di Dewan Iskandar,

mulai 4hb Januari sehingga 7hb

Januari. Sepanjang majlis

orentasi ini pelajar tingkatan 1

telah diperkenalkan kepada

pelbagai aspek yang terdapat di

Kolej ini seperti pentadbir, pakej

mata pelajaran, pengurusan

disiplin, aktiviti kokurikulum,

lokasi tempat-tempat utama dan

yang paling utama sekali ialah

nyanyian lagu Kolej dengan

iringan pasukan pancaragam

sekolah. Majlis ini dikelolakan

oleh kaunselor sekolah iaitu Pn.

Normi Dahar dan En. Azhar Md.

Arshad.

Pada 8hb Januari majlis

penutupan orentasi pelajar tingkatan

1 telah dilakukan oleh Tuan

Pengetua. Selepas itu, pelajar

tingkatan 1 ini telah diminta masuk

ke kelas bersama-sama guru kelas

masing-masing untuk aktiviti

pengurusan kelas seperti lantikan

ketua kelas, mengambil buku teks

dan penyerahan profil pelajar.

Diharap dengan adanya majlis ini

pelajar tingkatan 1 akan lebih

berdikari dalam menempuh segala

cabaran yang mendatang di Kolej ini.

Orentasi pelajar tingkatan 4

tahun 2009 pula telah berlangsung di

dewan makan Asrama mulai 4hb

Januari sehingga 6hb Januari.

Kesemua pelajar ini telah belajar

di Kolej selama tiga tahun dan

mereka ini juga telah

membanggakan Kolej dengan

mencatatkan keputusan terbaik

dalam sejarah peperiksaan PMR

tahun 2008. Majlis orentasi ini

dikelolakan oleh kaunselor pelajar

iaitu En. Sheridean Zakaria. Pada

majlis ini aktiviti yang paling

utama ialah pemilihan pakej mata

pelajaran dan pembahagian kelas.

Semua ketua panitia mata

pelajaran telah diminta

memberikan taklimat berkenaan

mata pelajaran masing-masing.

Majlis penutupan orentasi

tingkatan 4 ini telah dilakukan

oleh Tuan Pengetua pada 6hb

Januari, selepas itu pelajar

tingkatan 4 bergerak ke surau

untuk majlis bacaan Yasin.

Sidang Buletin

Penasihat :

Tuan Pengetua

Penyelaras :

Guru Kanan Teknik & Vokasional

Ketua Editor :

Encik Izham Ibrahim

AJK Guru :

Encik Azhar Md Arshad

Puan Roszilawati Yayah

AJK Pelajar :

Muhammad Khairy Mohamad Rosidi

Muhd. Husaini Hashim

Ku. Mohd Farhan Ku. Mohd Faudzi

Mohd Imran Mohd Nordin

Wan Azizul Afif Wan Mohd Hilmi

tersebut telah berjaya membolot

tempat pertama, kedua dan ketiga

bagi kategori bawah 15 tahun.

Manakala bagi kategori bawah 18

tahun hanya berjaya mendapat

tempat kedua sahaja. Tahniah

diucapkan.

Sambungan Muka 3

SKUASY HEBAT