34
BULETIN @JPA EDISI KEDUA (MEI - OGOS 2018)

BULETIN @JPA EDISI KEDUAdocs.jpa.gov.my/docs/transformasi/Buletin_Paskom/2018/buletin... · haji yang mabrur disamping kesihatan yang baik dan sentiasa ceria hendaknya. BULETIN JPA

  • Upload
    vungoc

  • View
    238

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: BULETIN @JPA EDISI KEDUAdocs.jpa.gov.my/docs/transformasi/Buletin_Paskom/2018/buletin... · haji yang mabrur disamping kesihatan yang baik dan sentiasa ceria hendaknya. BULETIN JPA

BULETIN @JPAEDISI KEDUA(MEI - OGOS 2018)

Page 2: BULETIN @JPA EDISI KEDUAdocs.jpa.gov.my/docs/transformasi/Buletin_Paskom/2018/buletin... · haji yang mabrur disamping kesihatan yang baik dan sentiasa ceria hendaknya. BULETIN JPA

BULETIN JPA 2018

EDISI KEDUA1

ybhg. datuk borhan Bin dolahKE-23PELANTIKAN KETUA PENGARAH

PERKHIDMATAN AWAM (KPPA)

Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah memaklumkan mengenai pelantikan YBhg. Datuk Borhan bin Dolah sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Malaysia yang baharu berkuatkuasa pada 13 Julai 2018 bagi menggantikan YBhg. Tan Sri Zainal Rahim Seman yang tamat tempoh kontrak. Surat pelantikan jawatan KPPA yang ke-23 telah disampaikan oleh Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Beliau menjawat jawatan selaku Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar selama hampir dua (2) tahun sebelum dilantik sebagai KPPA. YBhg. Datuk Borhan bin Dolah yang berumur 59 tahun mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda (Antrapologi dan Sosiologi) Kepujian daripada Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Awam dari Universiti Hartford, Amerika Syarikat. Beliau telah berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam selama lebih 30 tahun apabila mula menyertai perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 13 Januari 1986. Beliau berpengetahuan luas dalam bidang pengurusan sumber manusia, pengurusan projek dan pentadbiran am menerusi karier perkhidmatannya di peringkat Daerah, Negeri dan Persekutuan.

Ketibaan YBhg. Datuk Borhan bin Dolah di Jabatan Perkhidmatan Awam pada 16 Ogos 2018 telah disambut dengan perbarisan tabik hormat selamat datang oleh Polis Bantuan JPA, bacaan doa dan seterusnya beliau bersalaman dengan semua barisan Pengurusan Tertinggi JPA sebelum ke aras 13 bagi mendengar taklimat korporat JPA.

Seluruh warga JPA ingin mengucapkan sekalung tahniah di atas lantikan YBhg. Datuk Borhan bin Dolah selaku KPPA yang baharu dan berharap agar JPA terus maju dibawah teraju dan kepimpinan beliau pada masa akan datang.

Page 3: BULETIN @JPA EDISI KEDUAdocs.jpa.gov.my/docs/transformasi/Buletin_Paskom/2018/buletin... · haji yang mabrur disamping kesihatan yang baik dan sentiasa ceria hendaknya. BULETIN JPA

BULETIN JPA 2018

EDISI KEDUA2

TAN SRI ZAINAL Rahim SEMANKE-22 PERSARAAN KETUA PENGARAH

PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

YBhg. Tan Sri Zainal Rahim Seman merupakan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia ke-22 yang telah dilantik pada 16 Januari 2017. Beliau telah menerajui kepimpinan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) selama hampir satu setengah tahun dari bulan Januari 2017 sehingga akhir bulan Mei 2018. Sepanjang kepimpinan beliau, JPA memfokuskan kepada transformasi Perkhidmatan Awam bagi mengukuhkan bidang sumber manusia selari dengan fungsi JPA yang menguruskan hal-hal berkaitan Pembangunan dan Pengurusan Sumber Manusia dalam pentadbiran sektor awam.

Tanggal 31 Mei 2018 merupakan hari persaraan beliau dari jawatan KPPA, satu perhimpunan khas yang bertema ‘Sanjungan Budi Kilauan Bakti’ telah diadakan bagi menghargai jasa baik sepanjang kepimpinan YBhg. Tan Sri selaku KPPA yang ke-22. YBhg. Tan Sri Zainal Rahim Seman yang berkhidmat sebagai penjawat awam selama lebih 35 tahun telah berpengalaman bekerja di peringkat Daerah, Negeri dan Persekutuan sejak tahun 1982. YBhg. Tan Sri menyeru kepada warga JPA supaya menjalankan tanggungjawab dengan amanah dan baik selaku penjawat awam agar

dapat membentuk sebuah Perkhidmatan Awam yang berprestasi tinggi, berintegriti, dinamik dan berjiwa rakyat.

Seluruh warga JPA ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas jasa baik sepanjang beliau menerajui JPA. Di kesempatan ini juga, sekalung tahniah diucapkan kepada YBhg. Tan Sri Zainal Rahim Seman yang dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) yang baharu pada 25 Julai 2018.

Page 4: BULETIN @JPA EDISI KEDUAdocs.jpa.gov.my/docs/transformasi/Buletin_Paskom/2018/buletin... · haji yang mabrur disamping kesihatan yang baik dan sentiasa ceria hendaknya. BULETIN JPA

BULETIN JPA 2018

EDISI KEDUA3

YBHG. Dato’ NUR INCHUNOPERASI PERSARAAN TIMBALAN KETUA

PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM

Tanggal 14 Julai 2018 adalah merupakan hari persaraan bagi Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi), YBhg. Dato’ Nor Inchun binti Mohamed Salleh. Beliau telah berkhidmat di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sejak 10 April 2017 dan mempunyai pengalaman yang luas di dalam sektor awam iaitu selama 37 tahun. Beliau pernah bekerja dan berkhidmat di peringkat Daerah, Negeri dan Persekutuan sejak tahun 1981. Jawatan beliau sebelum ini ialah selaku Timbalan Ketua Setiausaha di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sebelum menjawat jawatan terakhir selaku TKPPA (Operasi) di JPA.

Pada tarikh 14 Julai 2018 juga, beliau diraikan dalam satu majlis dengan kehadiran Pengurusan Tertinggi serta warga JPA di lobi C1 sebelum mengucapkan selamat tinggal dan terima kasih kepada semua pihak yang membantu dan bekerjasama sepanjang perkhidmatannya di dalam sektor awam. Seluruh warga JPA turut mengucapkan ribuan terima kasih di atas khidmat bakti YBhg. Dato’ Nor Inchun binti Mohamed Salleh sepanjang beliau berkhidmat di JPA. Beliau dikenali sebagai figura yang mudah didekati dan mesra khususnya di kalangan wanita. Di kesempatan ini juga, warga JPA ingin mendoakan agar beliau yang sedang menjalani ibadat rukun Islam yang kelima dikurniakan haji yang mabrur disamping kesihatan yang baik dan sentiasa ceria hendaknya.

Page 5: BULETIN @JPA EDISI KEDUAdocs.jpa.gov.my/docs/transformasi/Buletin_Paskom/2018/buletin... · haji yang mabrur disamping kesihatan yang baik dan sentiasa ceria hendaknya. BULETIN JPA

BULETIN JPA 2018

EDISI KEDUA4

LAWATAN KERJA KPPA KE NEGERI SABAH

Sabah negeri di bawah bayu adalah merupakan negeri pertama bagi YBhg. Datuk Borhan bin Dolah mengadakan lawatan kerja rasmi setelah dilantik sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Malaysia yang baharu pada 13 Julai 2018.

Kehadiran YBhg. Datuk KPPA telah disambut mesra oleh Setiausaha Persekutuan Sabah, YBhg. Datuk Nor Rizan bin Mohd Thani dan warga kerja Pejabat Persekutuan Sabah pada 23 Julai 2018 yang lalu. YBhg. Datuk KPPA berbesar hati mengadakan jerayawara (sesi taklimat) bersama warga kerja SUP Sabah. Beliau telah berkongsi mengenai halatuju perkhidmatan awam yang selari dengan Kerajaan baharu serta saranan berhubung tanggungjawab penjawat awam dalam melaksanakan manisfesto Kerajaan dengan jayanya. Ucapan beliau turut diselingkan dengan serangkap pantun yang perlu dihayati semua pegawai dan warga kerja Pejabat Persekutuan Sabah iaitu:

Di kesempatan itu, YBhg. Datuk KPPA juga telah meluangkan masa dan beramah mesra dengan pegawai-pegawai Kerajaan Negeri Sabah melalui program anjuran Persatuan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PPTD) negeri Sabah sebelum penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Puncak Kinabalu lambang sejati,Negeri nan indah di bawah bayu,Teguh integriti tingkatkan produktiviti,Bersatu menjulang harapan baharu.

TYT YANG DI-PERTUA NEGERI MELAKA

Page 6: BULETIN @JPA EDISI KEDUAdocs.jpa.gov.my/docs/transformasi/Buletin_Paskom/2018/buletin... · haji yang mabrur disamping kesihatan yang baik dan sentiasa ceria hendaknya. BULETIN JPA

BULETIN JPA 2018

EDISI KEDUA5

SABAH KUNJUNGAN HORMAT KE ATASTYT YANG DI-PERTUA

NEGERI MELAKADAN YAB KETUA MENTERI MELAKA

Ibarat sirih pulang ke ganggang, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Malaysia yang baharu, YBhg. Datuk Borhan bin Dolah yang berasal dari Bachang, Melaka telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke negeri Melaka pada 27 Julai 2018.

Kehadiran YBhg. Datuk KPPA telah disambut mesra oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, YB Datuk Wira Roslan bin Ibrahim dan warga kerja SUK Negeri Melaka pada pagi tersebut. Selepas perjumpaan bersama YB Datuk Wira Roslan bin Ibrahim, beliau telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YAB Ketua Menteri Melaka, Tuan Hj. Adly bin Zahari. Sejurus selepas itu, YBhg. Datuk KPPA turut mengadakan kunjungan hormat ke atas Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Dr. Mohd Khalil bin Yaakob di Pejabat TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka, Jalan Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka.

Sebaik selesai mengadakan lawatan kerja rasmi tersebut, YBhg. Datuk KPPA telah berbesar hati untuk meluangkan masa dan beramah mesra dengan pegawai-pegawai Kerajaan Negeri Melaka di Botanical Garden. Sesi ramah mesra ini adalah merupakan anjuran Persatuan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PPTD) negeri Melaka.

Page 7: BULETIN @JPA EDISI KEDUAdocs.jpa.gov.my/docs/transformasi/Buletin_Paskom/2018/buletin... · haji yang mabrur disamping kesihatan yang baik dan sentiasa ceria hendaknya. BULETIN JPA

BULETIN JPA 2018

EDISI KEDUA6

TEKS UCAPAN YAB PERDANA MENTERITUN DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD

MEI2018

BERSEMPENA PERJUMPAAN BERSAMA WARGA JABATAN

PERDANA MENTERI (JPM) BAGI BULAN

Tarikh : 21 Mei 2018 (Isnin) Masa : 8.30 Pagi Tempat : Dataran Perdana Bangunan Perdana Putra Putrajaya

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh dan salam sejahtera.

Saya bersyukur kerana sekali lagi dapat memainkan peranan di dalam pentadbiran negara yang bertuah ini. Saya juga bersyukur kerana dapat sekali lagi berjumpa dengan anggota pentadbiran daripada Jabatan Perdana Menteri.

Tuan-tuan dan Puan-Puan,

Kita harus sedar bahawa negara kita ini dahulu dihormati tetapi sekarangnya kita sudah tidak dihormati seperti dahulu. Menjadi tugas kita semua untuk memulihkan negara kita ini supaya sekali lagi ianya dipandang tinggi dan dihormati oleh seluruh dunia. Inilah perjuangan kita semua. Saya amat kecewa kerana sebuah pentadbiran yang dahulu dikenali sebagai sebuah negara yang terbaik dalam Komanwel yang dapat menjalankan tugas dengan baik dan melaksanakan semua program dan perancangan dengan jayanya, tetapi hari ini kita dapati negara kita tidak lagi dihormati dan pentadbir kita juga tidak lagi dipandang tinggi.

Menjadi tugas kita semua untuk memulih keadaan ini supaya kita kembali menjadi sebuah negara yang ditadbir dengan baik dan boleh berjaya dalam pembangunan negara dan dikenali sebagai negara yang mampu mendirikan negara sendiri dengan usaha sendiri.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Kita adalah sebuah negara yang dikatakan demokratik. Di antara pentadbiran negara demokratik ialah perpisahan antara tiga kuasa dalam negara kita. Aspek pemisahan kuasa antara Eksekutif, Legislatif dan Kehakiman amat penting bagi memastikan salah urus tadbir tidak berlaku.

Asas-asas negara demokratik ini perlu ada perpisahan antara tiga kuasa iaitu pembuat undang-undang, pelaksana undang-undang dan kehakiman. Perpisahan ini amat penting kerana jika tidak ada check and balance seperti ini, maka tetap akan berlaku sesuatu yang tidak baik, yang tidak dapat ditegur, tidak dapat dihalang dan tidak dapat dibentang.

Inilah yang kita harus ingat, pentadbir menjadi tangan yang terkuat dalam melaksanakan segala urusan untuk membangunkan negara dan pentadbir mestilah terdiri

daripada pentadbir yang baik yang tidak terpesong kerana sebab-sebab yang lain.

Page 8: BULETIN @JPA EDISI KEDUAdocs.jpa.gov.my/docs/transformasi/Buletin_Paskom/2018/buletin... · haji yang mabrur disamping kesihatan yang baik dan sentiasa ceria hendaknya. BULETIN JPA

BULETIN JPA 2018

EDISI KEDUA7

Ini amat penting sekali dan saya yakin semua kita tahu bahawa kita sebagai pentadbir mestilah akur kepada sistem pemerintahan negara kita iaitu sistem demokrasi. Kalau tidak ada perpisahan ini, maka satu pihak akan menguasai ketiga-tiga pihak dan satu pihak lagi itu tidak akan ditegur dan ditentang bahkan ianya akan menjalankan segala-galanya walaupun apa yang dijalankan atau dicadangkan itu bertentangan dengan undang-undang negara.

Sebab itu kita mempunyai tiga kuasa dalam negara kita dan di antaranya adalah pentadbiran. Pentadbiran merupakan peranan yang amat penting sekali. Mereka mestilah terdiri daripada anggota yang berpegang kepada ikrar mereka untuk berkhidmat demi negara tanpa dipesongkan oleh lain-lain perkara umpamanya kalau kita disuruh melakukan sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang negara, maka menjadi tanggungjawab pentadbir untuk tidak menerima sesuatu yang salah.

Kita lihat dalam beberapa tahun yang lepas ini pentadbir tidak mempunyai kuasa menegur atau pun menentang apabila disuruh melakukan sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang negara. Kita dapati ramai dari anggota pentadbir yang mungkin kerana takut, disogok dengan melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak baik yang merugikan negara. Kita juga dapati kewangan negara umpamanya sudah dicabul dengan begitu besar sehingga sekarang ini kita menghadapi masalah penyelesaian hutang yang sudah meningkat kepada trillion ringgit. Ini tidak pernah dilakukan oleh kita. Dahulu kalau kita ada hutang yang jumlahnya tidak lebih dari tiga ratus billion ringgit, tetapi sekarang telah meningkat kepada lebih satu trillion ringgit. Bagaimana kita hendak selesaikan hutang ini adalah bergantung kepada usaha kita dan daya fikir kita untuk mengatasi cabaran ini. Untuk ini, kita perlu bekerjasama antara

pihak yang menjadi kerajaan daripada wakil-wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat dan juga pentadbiran. Tetapi pentadbir tidak harus melakukan apa-apa yang bertentangan dengan undang-undang walaupun diarah oleh pihak yang menjadi kerajaan sekarang ini.

Perpisahan kuasa antara kita perlu dikekalkan hanya dengan cara itu sahaja boleh menentukan tiada penyelewengan dalam pentadbiran negara kita. Sebenarnya Malaysia adalah sebuah negara yang mampu menghadapi pelbagai cabaran jika berpegang kepada prinsip-prinsip yang telah diletakkan di bawah sistem pentadbiran demokrasi. Jika kita pegang kepada prinsip seperti ini, kita boleh lawan dengan seluruh dunia. Dan ini telah kita buktikan apabila mata wang kita diserang dan kita dapat mengatasi masalah yang besar ini kerana kita semua bekerja ke satu arah sahaja iaitu untuk mempertahankan negara kita. Kita juga telah dilihat bagaimana negara yang dahulunya adalah negara pertanian dapat ditukar kepada sebuah negara industri dengan tidak menimbulkan banyak masalah. Hari ini kita sudah menjadi negara industri tetapi pertanian juga memerlukan perhatian oleh kita.

Industri memerlukan lebih banyak ilmu pengetahuan di kalangan pentadbir. Mereka akan terpaksa menangani permintaan yang berasaskan kepada teknologi baharu yang tinggi dan kalau kita tidak faham apa itu teknologi ini tetapi sekurang-kurangnya pada asasnya maka tidak mungkin kita akan memberikan khidmat yang terbaik kepada pelabur dan lain-lain.

Sebab itu, kita perlu tingkatkan keupayaan, pengetahuan dan ilmu di kalangan pentadbir-pentadbir khususnya di Jabatan Perdana Menteri ini. Kita akan lihat perubahan-perubahan yang akan dilakukan hanya setelah dikaji dengan mendalam akan keperluan perubahan-perubahan ini. Saya tidak boleh jelaskan

Page 9: BULETIN @JPA EDISI KEDUAdocs.jpa.gov.my/docs/transformasi/Buletin_Paskom/2018/buletin... · haji yang mabrur disamping kesihatan yang baik dan sentiasa ceria hendaknya. BULETIN JPA

BULETIN JPA 2018

EDISI KEDUA8

apakah ianya perubahan yang akan dilakukan kerana di waktu ini kita belum dapat maklumat yang cukup untuk membuat perubahan ke arah yang baharu. Namun kita yakin dengan ilmu pengetahuan yang ada pada pentadbir sendiri dan juga kerajaan yang telah dipilih oleh rakyat, saya yakin kita boleh membuat perubahan dengan tidak meningkatkan kos pentadbiran negara. Ini bukan soal menambah pegawai semata-mata atau menubuhkan badan-badan institusi yang baharu tetapi untuk menggunakan institusi yang sedia ada sepenuhnya dengan cara yang lebih efisien supaya kita dapat capai matlamat kita tanpa meningkatkan kos negara kita. Di negara kita ini didapati sekarang terdapat usaha semata-mata untuk high income atau pendapatan yang tinggi tetapi pendapatan yang tinggi yang tidak memberi kepada barangan yang lebih tidak mempunyai makna sama sekali. Sebab itu yang lebih penting ialah daya beli wang kita dan daya beli pendapatan kita. Kalau kita naikkan wang yang kita bayar sebagai upah, tetapi pada masa yang sama, harga barang meningkat dengan tinggi, maka wang yang ditambah itu tidak mungkin akan dibeli lebih daripada dahulu. Dengan itu, kenaikan income tidak akan memberikan apa-apa kesan kebaikan kepada kita. Banyak lagi perkara yang perlu kita kaji sekarang ini dan dalam usaha semua anggota dalam kerajaan akan memberi kerjasama dan menyumbang ilmu dan pengetahuan yang ada pada mereka. Saya bersyukur kerana sehingga kini saya tidak menghadapi banyak masalah tentang kerjasama daripada pegawai-pegawai sedia ada. Tetapi kita harus ingat bahawa yang salah masih salah, sebarang perbuatan yang salah mestilah diuruskan mengikut undang-undang negara. Hanya dengan cara itu sahaja, dapat kita bersihkan pentadbiran kita. Apabila pentadbiran kita menjadi lebih bersih, lebih dikenali, lebih efisien dan lebih maju, maka pada ketika itu akan terpulihlah negara kita. Sebab

itu, saya harap dapat kerjasama yang tidak berbelah bahagi dalam urusan yang dilakukan oleh saya sebagai Perdana Menteri asalkan apa yang dilakukan oleh saya itu tidak bertentangan dengan dasar-dasar negara ataupun undang-undang negara.

Kita perlu menghormati perlembagaan negara kita ini yang sekian lama telah berjaya menyusun dalam pentadbiran kita. Sebab itu, kita perlu mewujudkan pentadbiran yang mengutamakan undang-undang negara. Undang-undang diadakan bukan untuk memberi kuasa kepada kerajaan semata-mata tetapi diadakan untuk melindungi rakyat daripada sebarang jenayah yang dilakukan oleh mana-mana pihak termasuk juga jenayah yang dilakukan oleh kerajaan. Sebab itu, the rules of law adalah begitu penting sekali bagi menjayakan sebuah pentadbiran demokratik. Inilah yang kita idam-idamkan dan percaya dengan kerjasama tuan-tuan dan puan-puan, kita akan mencapai matlamat-matlamat kita.

Saya harap dengan pertukaran kerajaan ini, kita dapat memperbaiki masalah yang dihadapi oleh negara terutama masalah kewangan. Kita yakin kita boleh atasi masalah ini. Tetapi kita perlu kepada pentadbiran yang cekap, efisien dan amanah. Itu sahaja harapan saya dan saya mengucapkan berbanyak terima kasih kerana mendapat peluang ini untuk menjelaskan sedikit sebanyak tentang pendirian kerajaan baharu yang kita telah pilih baru-baru ini. Saya harap dengan kerjasama daripada anggota pentadbir negara di Jabatan Perdana Menteri dan di kementerian-kementerian yang lain, maka dalam jangka masa yang tidak terlalu panjang, kita dapat memulihkan negara kita ini supaya sekali lagi negara kita ini akan dihormati oleh dunia.

Sekian, terima kasih.

Page 10: BULETIN @JPA EDISI KEDUAdocs.jpa.gov.my/docs/transformasi/Buletin_Paskom/2018/buletin... · haji yang mabrur disamping kesihatan yang baik dan sentiasa ceria hendaknya. BULETIN JPA

BULETIN JPA 2018

EDISI KEDUA9

TEKS UCAPAN YAB PERDANA MENTERITUN DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD

Julai2018

BERSEMPENA PERJUMPAAN BERSAMA WARGA JABATAN PERDANA MENTERI (JPM) BAGI BULAN

Tarikh : 9 Julai 2018 (Isnin) Masa : 8.30 Pagi Tempat : Dataran Perdana Bangunan Perdana Putra Putrajaya

Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh dan Salam Sejahtera.

Pagi ini seperti juga pada pagi-pagi yang lain setiap bulan kita berkumpul di sini untuk satu tujuan, iaitu tujuan memperbaiki pentadbiran Negara kita ini. Pentadbir yang berkumpul di sini pada pagi ini adalah pentadbir di puncak pemerintahan negara. Sama ada, negara kita maju kerana ada pentadbiran yang baik atau tidak bergantung kepada kita semua.

Kita telah berdoa meminta kepada Tuhan supaya kita capai matlamat-matlamat kita, tetapi jangan lupa bahawa doa kita mesti disusuli dengan tindakan oleh kita. Kalau kita hanya berdoa, bersembahyang hajat tetapi tidak berbuat apa-apa maka segala cita-cita kita tidak akan datang bergolek ataupun melayang ke arah kita. Untuk kita capai matlamat yang kita suarakan dalam doa kita tadi, kita perlu mengambil tindakan-tindakan tertentu.

Dalam dunia ini kita lihat ada negara yang maju, ada negara yang mundur, bahkan ada negara-negara

yang tidak selamat sama sekali, kerana peperangan di kalangan mereka sendiri. Kita boleh maju seperti orang lain juga kalau kita mempunyai sifat-sifat yang boleh menyumbang kepada kemajuan kita. Kalau kita tidak ada sifat-sifat yang baik ini, nilai-nilai hidup yang baik ini, walaupun kita berusaha kita tidak akan berjaya. Sebab itulah kita kena fikir, tentang sifat dan nilai hidup pegangan kita.

Kalau kita perhatikan, negara-negara maju mempunyai budaya tertentu. Mereka rajin bekerja, amanah, berusaha, tekun, belajar menguasai ilmu dan sebagainya. Mereka juga amal apa yang mereka pelajari, mereka juga amal nilai-nilai hidup yang mulia, yang menjadi sebahagian daripada budaya mereka. Tetapi, ada juga negara yang kurang maju, dan mereka kurang maju kerana rakyat mereka, khususnya pentadbir mereka tidak berpegang kepada nilai-nilai yang mulia. Apabila mereka diberi tempat, diberi kuasa, mereka menyalahgunakan tempat mereka dan kuasa mereka.

Page 11: BULETIN @JPA EDISI KEDUAdocs.jpa.gov.my/docs/transformasi/Buletin_Paskom/2018/buletin... · haji yang mabrur disamping kesihatan yang baik dan sentiasa ceria hendaknya. BULETIN JPA

BULETIN JPA 2018

EDISI KEDUA10

Pentadbir-pentadbir di dalam negara kita ini, memang mempunyai kuasa. Kuasa itu untuk membolehkan kita capai matlamat kita, dengan tindakan-tindakan tertentu. Kuasa itu bukan untuk diri kita, bukan untuk memperkayakan diri kita ataupun keluarga kita ataupun sahabat handai kita. Kuasa itu mempunyai matlamat yang khusus iaitu bagi menjayakan negara kita. Banyak tugas-tugas, kerja-kerja yang perlu dibuat sebelum kita mencapai matlamat kita. Tetapi kalau kita tidak mempunyai niat yang baik, tidak berpegang kepada nilai-nilai yang mulia maka segala cita-cita kita itu tidak akan tercapai. Dia tidak bergantung semata-mata kepada doa ataupun sembahyang hajat yang kita lakukan.

Tuan-tuan dan Puan-puan,

Saya sedang cuba menjelaskan asas-asas kejayaan masyarakat. Kalau masyarakat itu tidak mempunyai nilai-nilai yang mulia maka masyarakat itu tidak mungkin berjaya. Tuhan mengurniakan kepada kita pelbagai kebolehan tidak ada kurang tidak ada lebih semata-mata kerana kita bukan daripada bangsa itu dan bangsa ini ataupun kerana warna kulit kita berlainan, ataupun kerana kita beragama lain. Tuhan mengurniakan kepada kita kebolehan yang sama. Menjadi penting ialah bagaimana kita menggunakan kebolehan yang dianugerahkan kepada kita.

Sebab itu saya ingin merayu dan meminta kepada kita semua, supaya berikrar untuk menjayakan negara tercinta ini dengan mengamalkan nilai-nilai hidup yang mulia. Apakah nilai-nilai hidup yang mulia? Sudah tentu kerajinan.

Untuk ini, kita perlu ikhlas kepada diri kita, kita tidak boleh menipu kerana ingin dilihat sebagai orang yang mencapai matlamat. Kita perlu bekerja dengan ikhlas, dengan hati yang ikhlas dan kita tidak akan menyalah gunakan kuasa kita.

Kuasa kita bukan untuk kita meraih kekayaan bagi diri kita. Kuasa kita diberi dengan tujuan tertentu untuk mentadbirkan negara tercinta ini dengan sebaik mungkin dan kita mempunyai kebolehan itu yang diperlukan semata-mata mempunyai nilai hidup yang mulia iaitu dengan kerajinan, keikhlasan, amanah, disiplin dan macam-macam lagi nilai-nilai yang manusia akui adalah nilai yang mulia. Tetapi kadang-kadang kita terpesong kerana apabila diberi peluang, apabila mendapat peluang untuk membuat sesuatu bagi diri sendiri kita lupa akan tugas kita. Kita tidak diberi kuasa diperingkat ini untuk memperkayakan diri kita. Kita diberi kuasa supaya kita dapat menjalankan tugas-tugas tertentu. Inilah sebabnya yang kita berkuasa.

Apabila sahaja kita menyeleweng, menyalahgunakan kuasa, percayalah kita sendiri, akan jadi mangsanya kemudian. Kita sendiri akan lihat negara kita menjadi negara yang mundur dan yang tidak mungkin mencapai kejayaan. Sudah tentu negara kita tidak akan jadi negara maju yang dicita-citakan oleh kita. Kita telah perkenalkan Wawasan 2020, kita sedang berjalan ke arah itu. Tetapi apabila kita lupa akan kuasa, tujuan kuasa yang diberikan kepada kita maka jalan itu terhenti dan sekarang ini kita tidak lagi percaya kita boleh capai matlamat kita. Kita tidak akan menjadi negara maju pada tahun 2020 tetapi kita boleh jadi negara maju kerana kebolehan itu ada pada kita.

Kerajinan berusaha, bekerja membuat sesuatu untuk mencapai sebaik mungkin daripada hasil kerja kita.

Page 12: BULETIN @JPA EDISI KEDUAdocs.jpa.gov.my/docs/transformasi/Buletin_Paskom/2018/buletin... · haji yang mabrur disamping kesihatan yang baik dan sentiasa ceria hendaknya. BULETIN JPA

BULETIN JPA 2018

EDISI KEDUA11

Bukan dengan apa yang kita dapat tetapi dengan hasil kerja kita. Apabila kita dapat berdiri di sini, kita berasa bangga kerana dahulu kawasan ini ialah kawasan kelapa sawit. Tetapi, hari ini dia menjadi sebuah bandar yang dikagumi oleh seluruh dunia. Siapakah yang mendirikan bandar ini? Tentulah kita. Kalau kita tidak, kalau kita tidak berminat tentu bandar ini tidak dapat didirikan. Terdirinya bandar ini menunjukkan bahawa, apabila ada keikhlasan, apabila kita menjalankan tugas seperti yang dikehendaki daripada kita, Insyallah cita-cita kita akan tercapai.

Jadi tuan-tuan dan puan-puan, setiap sebulan sekali kita mendengar pelbagai syarahan-syarahan. Ini bukanlah satu hiburan untuk kita berseronok tetapi untuk memperingati diri kita bahawa kita menjadi pentadbir kerana harapan masyarakat Malaysia ini kepada kita, bahawa dengan kepimpinan dan kerja kita maka akan tercapailah negara maju yang dicita-citakan

oleh semua rakyat Malaysia. Jadi saya berharap apabila tamat perhimpunan kita pada pagi ini, kita fikir betul-betul apakah tugas kita, apakah sumbangan kita dan apakah kuasa yang diberi kepada kita itu diguna dengan sempurna ataupun tidak.

Percayalah, jika kita tidak mempunyai nilai hidup yang mulia dan kita menyalah gunakan apa sahaja yang diberi kepada kita, maka matlamat kita tidak akan tercapai dan dunia akan memandang hina kepada bangsa ini, yang tidak dapat membangunkan negara sendiri, yang selalu bergantung kepada orang lain, yang suka mendapat sesuatu dengan percuma tanpa berusaha menyumbang kepada kerja-kerja untuk membangunkan negara kita ini.

Sekian, terima kasih.

9 Julai 2018

Hanya yang diperlukan ialah keikhlasan, amanah, kerajinan, usaha dan yang utama sekali berpuas hati

dengan hasil kerja kita.

Page 13: BULETIN @JPA EDISI KEDUAdocs.jpa.gov.my/docs/transformasi/Buletin_Paskom/2018/buletin... · haji yang mabrur disamping kesihatan yang baik dan sentiasa ceria hendaknya. BULETIN JPA

BULETIN JPA 2018

EDISI KEDUA12

TEKS UCAPAN YAB PERDANA MENTERITUN DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD

OGOS2018

BERSEMPENA PERJUMPAAN BERSAMA WARGA JABATAN PERDANA MENTERI (JPM) BAGI BULAN

Tarikh : 13 Ogos 2018 (Selasa) Masa : 8.15 Pagi Tempat : Dataran Perdana Bangunan Perdana Putra Putrajaya

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam sejahtera

Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri;

Yang Berhormat Menteri-menteri;

Yang Berbahagia Tan Sri Ketua Setiausaha Negara dan pegawai-

pegawainya dan seterusnya hadirin sekalian.

Saya baru sahaja balik daripada Negara Jepun. Saya ke Negara Jepun ini sudah hampir 100 kali bermula tahun pada 1961. Sejak daripada masa itu, saya melihat negara Jepun ini semakin lama semakin maju. Tahun 1961, mereka baru sahaja mengalami peperangan. Negara mereka hancur. Sepatutnya mereka berasa amat marah kepada mereka yang menggugurkan bom dan lain-lain letupan ke atas negara

Inilah yang terjadi kerana semangat patriotisme. Tetapi bukan semangat itu sahaja yang ada pada orang Jepun, mereka juga adalah bangsa yang berpegang kuat kepada budaya bekerja kuat. Tidak menghabiskan masa dengan sia-sianya. Mereka bekerja dengan kuat bukan semata-mata untuk upah, tetapi mereka berasa bangga dengan hasil kerja mereka. Mereka bangga kerana kerja mereka menyumbang kepada pemulihan negara mereka. Itulah balasan yang mereka idamkan.

Ini amat penting kalau kita mempunyai semangat yang sebegitu, yakinlah negara kita akan dapat dipulih dan akan

Jepun. Tetapi yang berlaku tidak seperti yang dijangka, sebaliknya negara Jepun berbaik dengan musuhnya, Amerika Syarikat. Tetapi yang lebih utama ialah usaha orang-orang Jepun untuk memulih bagi membangunkan semula negara mereka, dan hari ini kita lihat hasilnya.

Saya berpendapat bahawa berjayanya bangsa Jepun ini dalam memulih semula negara mereka dan membangunkan sehingga menjadi kuasa ekonomi yang kedua di dunia, disebabkan oleh pegangan mereka kepada nilai hidup yang mulia. Mereka mempunyai semangat patriotisme yang amat kuat. Mereka sanggup berkorban untuk memulih semula negara mereka. Pada mulanya, selepas perang mereka amat miskin, tetapi selepas keadaan itu, mereka sanggup bekerja dengan upah hanya dengan satu bola nasi dengan sos. Itu sahaja bayaran yang diberikan kepada pekerja.

Namun, mereka bekerja dengan cukup kuat. Tidak peduli masa, tidak peduli iklim samada waktu sejuk atau panas.

dapat bangun sehingga kita menjadi sebuah negara maju. Ini lah yang mendorong orang Jepun kerana mereka berpegang kepada nilai hidup yang mulia. Apabila bekerja, mereka bekerja dengan cepat. Selain daripada itu, mereka juga beramanah dan mereka mempunyai satu kepercayaan atau sifat atau pun nilai hidup yang menyumbang bertambah kepada kejayaan mereka. Saya telah sebut berkali-kali bahawa orang Jepun ini mempunyai perasaan malu yang amat kuat. Tetapi mereka bukan berasa malu seperti kita berasa malu. Kita berasa malu kalau kita menjadi miskin ataupun tidak dapat sesuatu. Bagi mereka, perasaan malu ini datang apabila mereka gagal

Mereka bekerja kerana yakin sumbangan mereka itu akan menghasilkan pemulihan negara mereka dan

pemulihan itu mungkin lebih baik daripada sebelum peperangan berlaku.

Page 14: BULETIN @JPA EDISI KEDUAdocs.jpa.gov.my/docs/transformasi/Buletin_Paskom/2018/buletin... · haji yang mabrur disamping kesihatan yang baik dan sentiasa ceria hendaknya. BULETIN JPA

BULETIN JPA 2018

EDISI KEDUA13

melaksanakan sesuatu dengan sebaik mungkin. Sebab itu apabila mereka disuruh berperang, mereka rela mati dan akan berasa malu kerana kegagalan mereka mencapai arahan akan matlamat mereka. Sebab itu, jika mereka kalah dalam berperang, beribu-ribu askar mereka akan lompat jatuh daripada lift untuk membunuh diri.

Tetapi apa yang berlaku berkenaan dengan perasaan malu mereka ini ialah setiap sesuatu yang mereka lakukan, hendaklah yang terbaik mungkin. Sebab itu, hari ini kita anggap barangan Jepun dan kereta Jepun mempunyai kualiti yang tinggi. Jauh lagi tinggi daripada kereta Proton. Sebab itu orang kita lebih suka beli kereta Jepun walaupun mahal daripada kereta Proton. Tetapi, ia tidak seperti itu di Negara Jepun apabila mereka telah masuk ke bidang automotif, mereka mengeluarkan kereta yang tidak begitu tinggi mutunya. Lama kelamaan mereka dapat perbaiki sebab kereta keluaran mereka itu dibeli oleh rakyat mereka walaupun tidak sebaik mungkin kerana mereka mempunyai perasaan patriotisme secara praktikal bukan sahaja semangat tetapi gerak geri dan perbuatan mereka mencerminkan perasaan patriotisme mereka. Sebab itu, mereka bantu sebarang industri daripada

Pegawai-pegawai kerajaan lebih bertanggungjawab dan hendaklah buktikan bahawa pegangan mereka ialah kepada budaya yang mulia, budaya yang menolak segala perbuatan yang tidak baik dan rasuah umpamanya. Kalau negara kita mempunyai pegawai yang berminat dengan rasuah, percayalah negara kita ini akan hancur. Hari ini pun, ia sudah sampai ke tahap itu. Kita hutang bertrillion ringgit dan sekarang kita menghadapi masalah untuk mentadbir negara kerana kekurangan wang. Dulu kita lihat, gaji pegawai-pegawai naik tetapi kenaikan gaji dan upah itu tidak mendatangkan apa-apa kebaikan jika ia disusuli dengan kenaikan kos sara hidup kita. Gaji kita lebih tetapi daya beli kita sama dengan

negara mereka. Oleh kerana bantuan mereka terhadap industri-industri ini termasuk pembuatan kereta semakin lama semain maju dan hari ini mereka sudah sampai ke tahap negara yang dikenali dunia. Sebagai sebuah negara yang keluarannya yang bermutu tinggi. Ini adalah hasil daripada pengorbanan mereka iaitu membeli barangan buatan daripada negara mereka sendiri.

Sebenarnya, selama lima belas tahun tanpa henti, saya telah ditugaskan oleh orang Jepun untuk mengajar anak-anak Jepun yang umur belasan tahun di Fukoka, Jepun tentang budaya Jepun. Ini adalah kerana anak muda Jepun masih keliru. Mereka lihat dalam diri, budaya yang berlainan sama sekali daripada budaya yang disampaikan oleh ibu bapa mereka. Sebab itu, mereka perlu dibawa semula kepada budaya yang memberi kejayaan kepada mereka. Saya telah perkenalkan polisi Pandang Ke Timur sebab di timur ada Jepun dan sekarang ini ada Korea dan China. Mereka maju dengan pesatnya sebab polisi budaya mereka. Mereka bekerja keras dan mereka menentukan hasil kerja yang sebaik mungkin. Mereka juga berjaya bersaing sehingga hari ini kita tak nampak lagi kereta buatan mereka atas jalan raya kita dan dikalahkan oleh kereta Toyota, KIA, Hyundai.

gaji kita yang dinaikkan. Negara yang kaya bukan membayar gaji yang lebih tetapi mempunyai daya beli, pendapatan yang lebih tinggi dan meningkat sepanjang masa. Ini bergantung kepada produktiviti kita, dan daya keluaran kita. Jika daya keluaran kita itu meningkat bersamasama dengan upah yang kita dapat, maka daya beli kita juga akan meningkat.

Tetapi jika daya keluaran kita itu kurang di tahap yang lama walaupun gaji naik, kos sara hidup akan meningkat kerana barangan yang lama dan murah dahulu akan jadi mahal. Mereka juga akan dikurangkan oleh pekerja yang bergaji tinggi, kos pengeluaran akan meningkat dan kos sara hidup

Whether you succeed or fail, it depends on your culture.

Page 15: BULETIN @JPA EDISI KEDUAdocs.jpa.gov.my/docs/transformasi/Buletin_Paskom/2018/buletin... · haji yang mabrur disamping kesihatan yang baik dan sentiasa ceria hendaknya. BULETIN JPA

BULETIN JPA 2018

EDISI KEDUA14

juga akan meningkat. Jadi waktu itu, walaupun gaji kita meningkat kepada 25 peratus, tetapi daya beli kita tidak meningkat kepada 25 peratus. Dengan itu, kita sekali lagi memohon supaya ditambah gaji dan upah tetapi jika ditambah tanpa daya pengeluaran yang meningkat dan tambahan gaji yang kita dapat tidak mempunyai apa makna sekalipun.

Sebab itu, kita perlu semai nilai hidup yang mulia. Bagi dewasa, penyemaian ini sukar dilakukan kerana mereka sudah serap nilai hidup yang lama tetapi bagi anak-anak kita yang belasan tahun, mereka perlu disemai dengan nilai hidup yang mulia supaya negara kita terkenal sebagai negara yang bekerja kuat, tidak mungkir janji dan tidak meminta upah yang lebih sebaliknya menunggu kepada daya dan kualiti keluaran kita yang tinggi. Jika kita dapat dalam pemerintahan kerajaan membuktikan bahawa kita mempunyai kualiti yang sebaik mungkin, dan daya kerja kita menghasilkan pentadbiran yang terbaik di dalam dunia ini, maka percayalah walaupun kita terpaksa berdiri di tengah panas pagi-pagi ini, mendengar syarahan daripada Perdana Menteri tetapi hasilnya mungkin baik juga.

Sekian. Terima kasih.

13 Ogos 2018

Harapan saya adalah saya dapat semaikan nilai hidup yang mulia yang akan menjayakan bangsa dan negara

kita supaya kita sekali lagi akan dihormati sebagai 'Harimau Dunia’.

Page 16: BULETIN @JPA EDISI KEDUAdocs.jpa.gov.my/docs/transformasi/Buletin_Paskom/2018/buletin... · haji yang mabrur disamping kesihatan yang baik dan sentiasa ceria hendaknya. BULETIN JPA

BULETIN JPA 2018

EDISI KEDUA15

SESI TOWN HALLYAB PERDANA MENTERIBERSAMA PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK

Satu sesi town hall YAB Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad bersama Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) telah diadakan di Dewan Perdana, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 15 Ogos 2018. Sesi town hall pada kali ini telah dianjurkan oleh Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) yang bertemakan

“Way Forward: The Rise of Authentic Leadership"

Majlis ini turut dihadiri oleh YB Menteri-menteri, Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Dr. Ali Hamsa, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, YBhg. Datuk Borhan bin Dolah, Ketua-ketua Setiausaha, Ketua Agensi dan pegawai-pegawai PTD dari seluruh negara. Sesi town hall dilihat sebagai pemangkin wadah ilmu kepada pegawai-pegawai PTD selaku peneraju perkhidmatan awam untuk berkongsi pandangan dan idea bersama-sama YAB Perdana Menteri dalam menyampaikan perkhidmatan yang terbaik secara profesional dan berintegriti.

YAB Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir bin Mohamad menyeru agar pegawai PTD tidak menyalahgunakan kuasa yang diberi dengan menghormati peraturan dan undang-undang sedia ada. Seseorang pemimpin perlu diterapkan dengan nilai-nilai murni agar perkara yang terlarang seperti rasuah yang berleluasa tidak berlaku yang akan memudaratkan agama, bangsa dan negara kita. Sistem demokrasi yang diamalkan pada masa kini diharap dapat mencapai kemajuan, membangun negara, menentukan kestabilan dan keamanan negara. Pada sesi town hall kali ini juga, pegawai PTD yang hadir mengambil peluang untuk mengemukakan soalan dan berinteraksi bersama YAB Perdana Menteri. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar beramai-ramai YAB Perdana Menteri dan pegawai PTD yang hadir.

Page 17: BULETIN @JPA EDISI KEDUAdocs.jpa.gov.my/docs/transformasi/Buletin_Paskom/2018/buletin... · haji yang mabrur disamping kesihatan yang baik dan sentiasa ceria hendaknya. BULETIN JPA

BULETIN JPA 2018

EDISI KEDUA16

SENARAI KABINET MALAYSIA 2018

Istiadat mengangkat sumpah jawatan Menteri dan Timbalan Menteri bagi barisan Kabinet Malaysia yang baharu telah diadakan pada 2 Julai 2018 di Istana Negara setelah mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V. Istiadat yang berlangsung di Balairong Seri turut disaksikan Perdana Menteri Malaysia, YAB Tun Dr Mahathir Mohamad bersama isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dan Timbalan Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Page 18: BULETIN @JPA EDISI KEDUAdocs.jpa.gov.my/docs/transformasi/Buletin_Paskom/2018/buletin... · haji yang mabrur disamping kesihatan yang baik dan sentiasa ceria hendaknya. BULETIN JPA

BULETIN JPA 2018

EDISI KEDUA17

Page 19: BULETIN @JPA EDISI KEDUAdocs.jpa.gov.my/docs/transformasi/Buletin_Paskom/2018/buletin... · haji yang mabrur disamping kesihatan yang baik dan sentiasa ceria hendaknya. BULETIN JPA

BULETIN JPA 2018

EDISI KEDUA18

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JPAOgos 2018

Majlis Perhimpunan Bulanan JPA yang dianjurkan oleh Bahagian Pasca Perkhidmatan telah berlangsung di Auditorium JPA pada 9 Ogos 2018. Ini merupakan perhimpunan bulanan yang pertama dihadiri oleh YBhg. Datuk Borhan bin Dolah selaku Ketua Pengarah Perkhidmatan yang baharu dilantik pada 13 Julai 2018. Ketibaan YBhg. Datuk KPPA disambut oleh Timbalan KPPA (Pembangunan), YBhg. Dato’ Mohtar bin Mohd Abd Rahman dan juga Pengarah Bahagian Pasca Perkhidmatan, Encik Teow Khian How selaku penganjur perhimpunan bulanan JPA pada kali ini yang bertemakan bulan kemerdekaan. Lagu tema kemerdekaan iaitu ‘Sayangi Malaysiaku’ dan lagu kebangsaan ‘Negaraku’ telah dinyanyikan oleh kumpulan koir JPA.

YBhg. Datuk KPPA telah menyampaikan amanat pertama beliau bersama warga JPA yang hadir. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada warga JPA yang menyambut kedatangan dan sudi menerima beliau selaku KPPA yang baharu. Antara saranan yang disampaikan oleh YBhg. Datuk KPPA kepada warga

JPA ialah untuk menekankan kepada lima (5) aspek penting bagi mencapai aspirasi Negara iaitu:

1. Memenuhi keperluan tugas dengan intregiti dan kebolehpercayaan tinggi;

2. Meningkatkan potensi model insan tanpa mengira usia;

3. Membina sistem kerja berprestasi tinggi dan bertindak segera;

4. Memperkemas sistem penyampaian perkhidmatan dengan mengurangkan birokrasi dan pilih kasih; dan

5. Meningkatkan komitmen memenuhi kehendak pelanggan tanpa membelakangkan prosedur dan dasar Kerajaan.

Di samping itu, YBhg. Datuk KPPA turut menyelitkan beberapa petikan ucapan daripada penulis terkenal seperti A. Samad Said, Hamka dan John C. Maxwell. Antara petikan ucapan tersebut ialah:

“Jangan takut salah, kerana dengan kesalahan yang pertama kita dapat menambah pengetahuan untuk

mencari jalan yang benar pada langkah kedua”

“Setiap yang benar, betapa ditekan tetap menjalar, tanpa dibajakan tetap mekar, tanpa udara pun kan tetap subur”

- Hamka -

- A. Samad Said -

Page 20: BULETIN @JPA EDISI KEDUAdocs.jpa.gov.my/docs/transformasi/Buletin_Paskom/2018/buletin... · haji yang mabrur disamping kesihatan yang baik dan sentiasa ceria hendaknya. BULETIN JPA

BULETIN JPA 2018

EDISI KEDUA19

“A word of encouragement from a teacher to a child can change a life. A word of encouragement

from a spouse can save the marriage. A word of encouragement from a leader can inspire a person to

reach his potential.” - John C. Maxwell -

Perhimpunan ini diakhiri dengan lagu tema kemerdekaan ‘Sayangi Malaysiaku’ disamping warga JPA mengibarkan Jalur Gemilang dengan megah dan semangat kemerdekaan bersama YBhg. Datuk KPPA serta Pengurusan Tertinggi JPA.

Page 21: BULETIN @JPA EDISI KEDUAdocs.jpa.gov.my/docs/transformasi/Buletin_Paskom/2018/buletin... · haji yang mabrur disamping kesihatan yang baik dan sentiasa ceria hendaknya. BULETIN JPA

BULETIN JPA 2018

EDISI KEDUA20

FUTURES THINKING AND SCENARIO PLANNING (FTSP)

WORKSHOP (ELEMENTARY LEVEL)

@ INTAN PUTRAJAYA24 – 26 JULAI 2018

FTSP, lima (5) pendekatan atau model dalam membina senario, dan langkah-langkah dalam melaksanakan Perancangan Senario (Scenario Planning). FTSP Workshop (Elementary Level) ini juga merupakan pendedahan awal kepada ilmu asas FTSP sebelum peserta menghadiri FTSP Workshop (Intermediate Level).

Seramai 36 peserta daripada pelbagai kementerian dan agensi telah menghadiri bengkel ini dan kemudiannya dibahagikan kepada enam (6) kumpulan. Garis masa senario masa hadapan yang menjadi topik perbincangan kumpulan ialah 10 tahun kehadapan iaitu untuk tahun 2028. Antara senario masa hadapan yang menjadi topik perbincangan sepanjang bengkel dijalankan ialah The Future of Child Care Method (For New Born until 6 Years Old) in Malaysia 2028, The Future of Rice Technology in Malaysia 2028, The Future of Entrepreneur Development in Malaysia 2028, The Future of Child Obesity in Malaysia 2028, The Future of Working Mom’s Workplace in Malaysia 2028 dan The Future of Solid Waste Management in Malaysia 2028.

Melangkah ke era baharu Malaysia, perkhidmatan awam negara perlu sentiasa mempertingkatkan mutu penyampaian agar kekal relevan sepanjang zaman. Justeru, penjawat awam kini perlu proaktif dalam menanggapi seterusnya menghadapi cabaran-cabaran yang wujud di dalam dunia ini yang bersifat VUCA; Pantas Bergolak (Volatile), Ketidakpastian (Uncertainty), Kompleks (Complex) dan Tidak Jelas (Ambiguity). Menyedari kepentingan ini, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah menyusun satu bengkel latihan dan pendedahan bagi penjawat awam tentang cara melihat senario masa hadapan yang pelbagai serta menyusun atur strategi yang bersesuaian untuk senario yang berbeza.

Salah satu siri bengkel tersebut ialah Futures Thinking and Scenario Planning (FTSP) Workshop (Elementary Level) yang telah dianjurkan pada 24 hingga 26 Julai 2018 bertempat di Bilik Latihan Galeria, JPA. Bengkel yang dianjurkan selama 3 hari ini memberi pendedahan kepada peserta tentang konsep-konsep penting dalam

Page 22: BULETIN @JPA EDISI KEDUAdocs.jpa.gov.my/docs/transformasi/Buletin_Paskom/2018/buletin... · haji yang mabrur disamping kesihatan yang baik dan sentiasa ceria hendaknya. BULETIN JPA

BULETIN JPA 2018

EDISI KEDUA21

INTAN Bukit Kiara telah menganjurkan Sesi Perkongsian Ilmu bertajuk Design Thinking for Trainers pada 27 Julai 2018. Sesi ini merupakan salah satu daripada program yang dianjurkan di bawah INTAN Trainers Development Series. Program ini bertujuan untuk memberikan kefahaman dan kesedaran mengenai konsep dan tools design thinking kepada jurulatih sektor awam.

Sesi yang diadakan selama dua jam tersebut disampaikan oleh Puan Sujata Muniandy, Perunding Latihan Kanan dari Kluster Pengajian Pembangunan Pengurusan dan Inovasi. Seramai 22 orang jurulatih INTAN serta jabatan lain dari pelbagai gred telah menghadiri sesi ini.

INTAN Bukit Kiara telah mengadakan Sesi Perkongsian Ilmu bertajuk Coaching for Talent Developers pada bulan 3 Ogos 2018. Tujuan sesi ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan mengenai kepentingan coaching dalam memperkasakan pembelajaran serta pembangunan bakat khususnya dalam perkhidmatan awam.

Sesi ini telah disampaikan oleh Kapt.(B) Shanmugam Moorthi dari Teamcoach International Sdn. Bhd. Beliau merupakan seorang jurulatih bertaraf antarabangsa dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang kejurulatihan dan coaching. Seramai 61 orang pegawai dari pelbagai agensi kerajaan telah menghadiri sesi ini.

Design Thinking for Trainers 27 Julai 2018

Page 23: BULETIN @JPA EDISI KEDUAdocs.jpa.gov.my/docs/transformasi/Buletin_Paskom/2018/buletin... · haji yang mabrur disamping kesihatan yang baik dan sentiasa ceria hendaknya. BULETIN JPA

BULETIN JPA 2018

EDISI KEDUA22

MAJLIS PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN

DAN KIBAR JALUR GEMILANG

2018Program Pelancaran Bulan Kemerdekaan dan Kibar Jalur Gemilang 2018 anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang diadakan di Padang Kota Lama, Georgetown, Pulau Pinang pada 4 Ogos 2018 telah dirasmikan Perdana Menteri, YAB Tun Dr Mahathir Mohamad dan turut dihadiri oleh YAB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Ketua Setiausaha Negara (KSN), Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia (KPPA) dan Ketua-ketua Jabatan/Agensi di peringkat Persekutuan dan Negeri.

Program tersebut telah berjaya menarik minat pelbagai kaum dan bangsa yang dilihat berpusu-pusu memenuhi ruang di Padang Kota Lama sejak dari awal petang. Perdana Menteri, YAB Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, yang tiba pada jam 9 malam disambut oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Chow Kon Yeow serta Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Tuan Gobind Singh Deo, Menteri Komunikasi dan Multimedia yang merangkap selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia Tahun 2018.

Antara acara yang diadakan pada majlis tersebut ialah gimik pelancaran, nyanyian lagu Negaraku dan persembahan daripada selebriti tempatan seperti Bunkface, Ella, Siti Nordiana dan The Typewriter. Sambutan majlis berakhir dengan pelepasan Kembara Merdeka Jalur Gemilang dan disusuli dengan persembahan bunga api bagi menambahkan lagi kemeriahan program tersebut.

Page 24: BULETIN @JPA EDISI KEDUAdocs.jpa.gov.my/docs/transformasi/Buletin_Paskom/2018/buletin... · haji yang mabrur disamping kesihatan yang baik dan sentiasa ceria hendaknya. BULETIN JPA

BULETIN JPA 2018

EDISI KEDUA23

2018BIASISWAYANG DI-PERTUAN AGONG

Pada 10 Julai 2018, Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V telah berkenan mengurniakan Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong (BYDPA) sesi 2018/2019 kepada dua belas (12) pelajar di Istana Negara. Kesemua pelajar terdiri daripada enam (6) pelajar peringkat Sarjana dan enam (6) pelajar peringkat Doktor Falsafah (Ph.D). Sekalung tahniah dan selamat maju jaya kepada kesemua pelajar tersebut.

1. Muhammad Adli Amirullah (Ekonomi, University of Malaya)

2. Muhammad Izzat Luqman Shahdan (Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Imperial College, UK)

3. Illa Syafiqah Johari (Farmakologi, USM)

4. Nurhaslisa Zolkefli (Bioteknologi, UPM)

5. Gregory Domnic (Bioteknologi, UPM)

6. Long Zulkarnaen Long Zainudin (Kejuruteraan Lanjutan Mekanikal dan Sistem Kawalan, Imperial College London, UK)

Senarai penerima biasiswa peringkat SARJANA ialah:

Page 25: BULETIN @JPA EDISI KEDUAdocs.jpa.gov.my/docs/transformasi/Buletin_Paskom/2018/buletin... · haji yang mabrur disamping kesihatan yang baik dan sentiasa ceria hendaknya. BULETIN JPA

BULETIN JPA 2018

EDISI KEDUA24

1. Yong Bang Xiang (Kejuruteraan Pembuatan, University of Cambridge, UK)

2. Fatin Najihah Mohd Idrus (Fisiologi, USM)

3. Raif Rafideen Norisam (Fizik, University College London, UK)

4. Koh Kim Jie (Kejuruteraan Awam, University of Cambridge, UK)

5. Ng Wei Kuan (Kejuruteraan Mekanikal, UTM)

6. On Yue Yuan (Biologi, University of Cambridge, UK)

Senarai penerima biasiswa bagi peringkat Doktor Falsafah (Ph.D) ialah:

Pelajar-pelajar tersebut telah dipilih melalui Jawatankuasa BYDPA, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Biasiswa BYDPA telah diperkenalkan sejak tahun 2006 dan sehingga kini seramai 156 jumlah pelajar telah menerima biasiswa iaitu 76 pelajar peringkat Sarjana dan 77 pelajar peringkat Ph.D. Biasiswa BYDPA diperkenalkan bagi mengiktiraf kebolehan luar biasa pelajar dan juga memberi peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana dan Ph.D di universiti tempatan dan luar negara.

Page 26: BULETIN @JPA EDISI KEDUAdocs.jpa.gov.my/docs/transformasi/Buletin_Paskom/2018/buletin... · haji yang mabrur disamping kesihatan yang baik dan sentiasa ceria hendaknya. BULETIN JPA

BULETIN JPA 2018

EDISI KEDUA25

Senarai penerima biasiswa bagi peringkat Doktor Falsafah (Ph.D) ialah:

Bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Dato’ Elyas Omar meninggal dunia ketika menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN). Allahyarham yang berusia 82 tahun disahkan meninggal dunia pada 15 Mei 2018 jam 7.15 malam. Tokoh prolifik itu pernah menjawat jawatan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) dengan membawa pasukan menjuarai Piala Malaysia dari 1987 sehingga 1989. Beliau juga merupakan Chef-de-Mission Kontijen Malaysia ke Sukan Olimpik di Barcelona 1992 yang memenangi pingat Olimpik pertama negara melalui Razif Sidek dan Jalani Sidek dalam acara badminton.

Tan Sri Dato’ Elyas Omar berasal dari Pulau Pinang. Beliau berkelulusan B.A. Hons daripada Universiti Malaya, Singapura; Sarjana daripada Universiti Pittsburgh, Amerika Syarikat dan Doktor Falsafah daripada Universiti Harvard, Amerka Syarikat. Beliau mula berkhidmat dengan

Kerajaan sebagai Assistant Director di Public Services Commission (1960-1964), Assistant Director di Federal Establishment Office Malaysia (1965) dan sebagai Penolong Pengarah di Unit Pembangunan Pentadbiran, Jabatan Perdana Menteri (1966-1970). Jawatan paling akhir dalam perkhidmatan awam yang disandangnya adalah sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur (1981-1992).

Semasa menjadi Datuk Bandar, beliau telah memperkenalkan pelbagai perubahan kepada pembangunan dan usaha mencantikkan Kuala Lumpur seperti kemudahan pengangkutan Light Rapid Transit (LRT), Sistem Awam Bersepadu yang menyatupadukan teksi, monorel, laluan pejalan kaki dan menyusun semula laluan bagi kemudahan awam.

TAN SRI ELYAS OMARDATUK BANDAR KL KE- 3 MENINGGAL DUNIA

Page 27: BULETIN @JPA EDISI KEDUAdocs.jpa.gov.my/docs/transformasi/Buletin_Paskom/2018/buletin... · haji yang mabrur disamping kesihatan yang baik dan sentiasa ceria hendaknya. BULETIN JPA

BULETIN JPA 2018

EDISI KEDUA26

PERDANA JPAMAJLIS BACAAN YASIN

TAHUN 2018

Program Penerapan Nilai-Nilai Murni: Majlis Bacaan Yasin Perdana JPA Tahun 2018 telah diadakan pada 3 Mei 2018 di Auditorium JPA dengan kerjasama di antara Kelab Jabatan Pekhidmatan Awam (JPA), Yayasan Kesejahteraan Bandar dan PUSPANITA JPA. Program ini turut diserikan dengan kehadiran YBhg. Tan Sri Zainal Rahim Seman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dan Pengerusi PUSPANITA JPA YBhg. Puan Sri Dato’ Nik Hasmah binti Nik Kadir. Selain Majlis Bacaan Yasin oleh warga JPA, satu sesi perkongsian ilmu dan selingan lagu-lagu kerohanian bersama artis Ali XPDC telah turut diadakan pada program tersebut.

Page 28: BULETIN @JPA EDISI KEDUAdocs.jpa.gov.my/docs/transformasi/Buletin_Paskom/2018/buletin... · haji yang mabrur disamping kesihatan yang baik dan sentiasa ceria hendaknya. BULETIN JPA

BULETIN JPA 2018

EDISI KEDUA27

LAWATAN SAMBIL BELAJARDELEGASI UZBEKISTAN KE JPA

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah menerima kunjungan delegasi dari Republic of Uzbekistan di bawah program lawatan sambil belajar Institut Islam Hadhari (HADHARI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 3 Mei 2018. Seramai 21 orang Pegawai Tinggi Uzbekistan yang terdiri daripada Penolong Datuk Bandar dan Gabenor telah terlibat di dalam lawatan tersebut. Sesi taklimat berhubung Perkhidmatan Awam Malaysia diakhiri dengan lawatan ke Kaunter 1SERVE bagi memberi pendedahan kepada para delegasi tentang salah satu inisiatif Kerajaan di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan.

Page 29: BULETIN @JPA EDISI KEDUAdocs.jpa.gov.my/docs/transformasi/Buletin_Paskom/2018/buletin... · haji yang mabrur disamping kesihatan yang baik dan sentiasa ceria hendaknya. BULETIN JPA

BULETIN JPA 2018

EDISI KEDUA28

PERSIDANGAN PENGURUS PROGRAM

TAJAAN JPA DENGAN WAKILUNIVERSITI AWAM DAN SWASTA

S E LU R U H M A L AY S I A 2 0 1 8

Persidangan Pengurus Program Tajaan JPA Dengan Wakil Universiti Awam dan Swasta Seluruh Malaysia Tahun 2018 anjuran Bahagian Pembangunan Modal Insan telah diadakan di Dewan Serbaguna, Kementerian Pendidikan Malaysia, Putrajaya pada 16 Ogos 2018. Persidangan ini dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah Bahagian Kanan, Bahagian Pembangunan Modal Insan, YBrs. Dr. Zurina Binti Abdul Hamid dan turut dihadiri oleh wakil daripada Kementerian Kewangan, Universiti Awam dan Swasta terdiri daripada pihak Hal Ehwal Pelajar, Hal Ehwal Akademik dan Pejabat Bendahari.

Persidangan tersebut telah berjaya mencapai beberapa resolusi berhubung isu-isu tadbir urus penajaan JPA bersama pihak universiti dan medium terbaik untuk mengukuhkan lagi kerjasama antara dua pihak (JPA dan universiti) bagi melicinkan dan menambahbaik proses kerja sedia ada.

Page 30: BULETIN @JPA EDISI KEDUAdocs.jpa.gov.my/docs/transformasi/Buletin_Paskom/2018/buletin... · haji yang mabrur disamping kesihatan yang baik dan sentiasa ceria hendaknya. BULETIN JPA

BULETIN JPA 2018

EDISI KEDUA29

MAKLUMAN CUACA PANAS DI MALAYSIA

Malaysia khususnya beberapa negeri di Semenanjung, kawasan barat Sabah dan Sarawak dijangka menerima hujan di bawah paras purata sepanjang Ogos hingga September 2018 berikutan cuaca panas. Negeri terbabit adalah Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka serta Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Jabatan Meteorologi Malaysia berkata keadaan itu disebabkan negara sedang mengalami fasa musim Monsun Barat Daya yang antara lain turut menyebabkan suhu menjadi lebih panas daripada kebiasaan. Cuaca panas yang melanda di kebanyakan kawasan negara dijangka berlarutan sehingga hujung bulan Ogos ini, namun siri cuaca panas masih boleh berlaku sehingga monsun itu berakhir pada hujung September ini.

Page 31: BULETIN @JPA EDISI KEDUAdocs.jpa.gov.my/docs/transformasi/Buletin_Paskom/2018/buletin... · haji yang mabrur disamping kesihatan yang baik dan sentiasa ceria hendaknya. BULETIN JPA

BULETIN JPA 2018

EDISI KEDUA30

KEMUDAHAN PERUBATAN DALAM PERKHIDMATAN AWAM Bahagian

Saraan

SOALAN:

Sekiranya staf sakit semasa bertugas rasmi di luar negara seperti dalam lawatan kerja dan sebagainya, bagaimana prosedur dan rawatan perubatan bagi staf tersebut ?

JAWAPAN:

Sekiranya pegawai jatuh sakit semasa bertugas rasmi di luar negara hendaklah dirujuk ke hospital kerajaan di negara tersebut terlebih dahulu (jika ada). Bayaran hospital adalah ditanggung oleh kerajaan.

Rujuk peruntukan perenggan 6 dan perenggan 6.8, 1PP/ WP 1.4/2013.

SOALAN:

Ibu kepada pegawai (Gred L44) dimasukkan ke Hospital Kluang Johor mengikut kelas yang layak (kelas satu bilik berdua). Tetapi pegawai memohon supaya ibunya ditempatkan di Wad VIP untuk keselesaan pesakit.

Pegawai telah membayar sebanyak RM 2,250 bagi kelas Wad VIP bagi tempoh 15 hari @RM150 sehari. Adakah pegawai layak membuat tuntutan kepada Jabatannya? Sekiranya layak, berapakah kadar tuntutan yang dilayaki?

JAWAPAN:

Sekiranya meminta dimasukkan ke wad yang lebih tinggi dari kelayakan pegawai tersebut, maka caj wad ditanggung oleh pegawai sepenuhnya.

Rujuk perenggan 7, PP4/2010.

SOALAN:

Pihak Pengurusan ingin memohon pandangan mengenai kelayakan Kemudahan Perubatan bagi anak pegawai yang menjalani rawatan bagi penyakit kanser otak (brain tumor) Tahap 4 di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Adakah kos rawatan yang telah dan akan dilakukan dapat ditanggung sepenuhnya (atau dituntut semula) kerana ianya berlaku dalam tempoh di mana usia pesakit di antara 18 tahun dan belum melanjutkan pengajian?

JAWAPAN:

Sekiranya anak pegawai telah mencapai/melebihi kelayakan had umur 18 tahun dan tidak bersekolah (tiada tawaran/pengesahan yang menunjukkan anak pegawai masih dalam pengajian), maka Kerajaan tidak menanggung kos rawatan tersebut.

Page 32: BULETIN @JPA EDISI KEDUAdocs.jpa.gov.my/docs/transformasi/Buletin_Paskom/2018/buletin... · haji yang mabrur disamping kesihatan yang baik dan sentiasa ceria hendaknya. BULETIN JPA

BULETIN JPA 2018

EDISI KEDUA31

KEMUDAHAN PERUBATAN DALAM PERKHIDMATAN AWAM Bahagian

Saraan

SOALAN:

Sekiranya staf sakit semasa bertugas rasmi di luar negara seperti dalam lawatan kerja dan sebagainya, bagaimana prosedur dan rawatan perubatan bagi staf tersebut ?

JAWAPAN:

Sekiranya pegawai jatuh sakit semasa bertugas rasmi di luar negara hendaklah dirujuk ke hospital kerajaan di negara tersebut terlebih dahulu (jika ada). Bayaran hospital adalah ditanggung oleh kerajaan.

Rujuk peruntukan perenggan 6 dan perenggan 6.8, 1PP/ WP 1.4/2013.

SOALAN:

Ibu kepada pegawai (Gred L44) dimasukkan ke Hospital Kluang Johor mengikut kelas yang layak (kelas satu bilik berdua). Tetapi pegawai memohon supaya ibunya ditempatkan di Wad VIP untuk keselesaan pesakit.

Pegawai telah membayar sebanyak RM 2,250 bagi kelas Wad VIP bagi tempoh 15 hari @RM150 sehari. Adakah pegawai layak membuat tuntutan kepada Jabatannya? Sekiranya layak, berapakah kadar tuntutan yang dilayaki?

JAWAPAN:

Sekiranya meminta dimasukkan ke wad yang lebih tinggi dari kelayakan pegawai tersebut, maka caj wad ditanggung oleh pegawai sepenuhnya.

Rujuk perenggan 7, PP4/2010.

SOALAN:

Pihak Pengurusan ingin memohon pandangan mengenai kelayakan Kemudahan Perubatan bagi anak pegawai yang menjalani rawatan bagi penyakit kanser otak (brain tumor) Tahap 4 di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Adakah kos rawatan yang telah dan akan dilakukan dapat ditanggung sepenuhnya (atau dituntut semula) kerana ianya berlaku dalam tempoh di mana usia pesakit di antara 18 tahun dan belum melanjutkan pengajian?

JAWAPAN:

Sekiranya anak pegawai telah mencapai/melebihi kelayakan had umur 18 tahun dan tidak bersekolah (tiada tawaran/pengesahan yang menunjukkan anak pegawai masih dalam pengajian), maka Kerajaan tidak menanggung kos rawatan tersebut.

Skim KWSP

Skim PENCENatau

PERTUKARAN OPSYEN PEMILIHAN SKIM PENCEN ATAU SKIM KWSP

SOALAN:

Saya adalah penjawat awam yang telah memilih Skim KWSP, tetapi selepas tujuh (7) tahun bekerja, saya menyesal atas pemilihan saya. Dengan itu, saya ingin bertanya samada adakah Penjawat Awam yang telah memilih Skim KWSP boleh bertukar kepada Skim Pencen? Boleh kan?

JAWAPAN:

TIDAK BOLEH kerana opsyen yang dipilih adalah bersifat muktamad dan tidak boleh diubah. Kerajaan pernah menawarkan pemberian opsyen semula kepada pegawai yang telah memilih Skim KWSP bertukar kepada Skim Pencen pada tahun 2009 dan ianya hanya berlaku sekali sahaja.

Justeru, opsyen yang telah dipilih adalah MUKTAMAD kerana ianya adalah atas pilihan dan keputusan yang dibuat oleh Pegawai itu sendiri.

Bahagian Pasca PerkhidmatanJabatan Perkhidmatan Awam Malaysia

Page 33: BULETIN @JPA EDISI KEDUAdocs.jpa.gov.my/docs/transformasi/Buletin_Paskom/2018/buletin... · haji yang mabrur disamping kesihatan yang baik dan sentiasa ceria hendaknya. BULETIN JPA

BULETIN JPA 2018

EDISI KEDUA32

SOCIAL MEDIA Jabatan Perkhidmatan Awam

Jabatan Perkhidmatan Awam

Jabatan Perkhidmatan AwamJabatan Perkhidmatan Awam

603 8000 8000

@jpagov

Jabatan Perkhidmatan Awam

Page 34: BULETIN @JPA EDISI KEDUAdocs.jpa.gov.my/docs/transformasi/Buletin_Paskom/2018/buletin... · haji yang mabrur disamping kesihatan yang baik dan sentiasa ceria hendaknya. BULETIN JPA

Blok C1 - C3, Kompleks CPusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62510 W.P Putrajaya, MalaysiaTelefon: 603 8000 8000Emel : [email protected]

Sumbangan Berita : Warga JPAPenerbitan : Unit Komunikasi Korporat (UKK), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

Blok C1 - C3, Kompleks CPusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62510 W.P Putrajaya, MalaysiaTelefon: 603 8000 8000Emel : [email protected]

Sumbangan Berita : Warga JPAPAPPenerbitan : Unit Komunikasi Korporat (UKK), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)PA)P