9
ISU KELUARAN 1) EMOSI AWAL PAGI PENENTU NILAI DIRI 2) TEKANAN DARAH TINGGI 3) DIREKTORI WAKIL AKRAB / SPPSI 4) GAMBAR PROGRAM BULETIN BIL. 164/ NOV. 2017 Sumber Oleh : Nik Hasnah Ismail (BH Online) Rabu, 22 November 2017 Secara teorinya seap orang yang bangkit dari dur dalam waktu sepuluh minit pertama akan menentukan nilai posif dirinya sepanjang hari. Dengan kata lain, sepuluh minit selepas bangkit dari dur hendaklah posian diri dengan emosi terbaik supaya mendapat hasil ndakan yang posif. Menerusi rancangan Islam Itu Indah di IKIMfm, Ustaz Pahrol Muhamad Juoi, berkata apabila bangkit dari dur hendaklah berada dalam situasi posif seper berfikir, bercakap dan berndak dengan perkara yang baik. Katanya, ndakan dan cara berfikir pada awal pagi akan menentukan kejayaan kita pada hari itu. Sebab itu perlu pertahankan perasaan dan emosi posif sehingga jam 10 pagi kerana apabila memperoleh pagi yang baik, ia akan mempengaruhi seluruh hari kita. "Ada sesetengah kita apabila bangkit dari dur akan berasa perkara negaf seper marah, sedih, kecewa dan kekurangan, menyebabkan perasaan dak keruan. Jika berperasaan begini, hendaklah baiki semula ha supaya perkara negaf dak menjejaskan ndakan kita," katanya. Banyak bersedekah Beliau berkata, membuang rasa kemarahan adalah dengan memaaan kerana memaaan orang lain berer kita memaaan diri sendiri. Jika ada perasaan resah gelisah, itu tandanya dosa kita kepada Allah SWT dan ndakan yang perlu diambil adalah memperbanyakkan isghfar serta bertaubat. Begitu juga jika bangun dari dur kita berasa dak ceria dan sedih, berer kita kurang memberi kerana bijak pandai mengungkapkan, yang memberi itu lebih bahagia daripada mereka yang menerima. Justeru, ringan-ringankan tangan untuk menghulur sedekah dan memberi apa yang termampu. Perbuatan memberi akan mendatangkan rasa bahagia dalam ha. Pepatah juga menyebut, tangan yang menghulur bunga mawar pasnya berbau harum. Oleh itu, memberi mendatangkan bahagia kepada penerima dan nikmat kebahagiaan lebih lagi dirasakan oleh yang memberi. Jika kita berasa rezeki, masa atau tenaga yang dimiliki dak mencukupi, maka cepat-cepatlah ucapkan 'Alhamdulillah' kerana berasa syukur akan menjadikan kita berasa cukup. Senasa bersyukur Menurut Pahrol, secara prinsipnya, apabila kita bersyukur dengan hal yang sedikit Allah SWT akan menambah lebih banyak nikmat dan kecukupan kepada kita. Jangan sesekali menunggu mendapat nikmat banyak baharu hendak bersyukur. Katanya, nilai syukur bukan berapa banyak yang kita peroleh tetapi bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Begitu juga jika didatangi rasa malas apabila bangkit dari dur, itu bukan bermakna kita dak mampu melakukan sesuatu kebaikan atau apa sahaja perkara yang perlu dilakukan, tetapi rasa malas datang kerana dosa yang sudah melekat pada pancaindera kita. Jika pancaindera sudah terbiasa dihidangkan dengan perkara buruk atau maksiat, ia menyebabkan kita menjadi malas dan dak bermaya melakukan perbuatan mendatangkan manfaat dan kebaikan. Hasil makanan haram Perasaan malas juga disebabkan kita banyak memakan makanan haram. Makanan haram itu barangkali adalah hasil daripada pekerjaan yang dak halal. Mungkin juga hasil pendapatan kerana kerja curi tulang atau dak sempurna. Begitu juga makanan yang datang daripada sumber syubhah menyebabkan ia dak halal dimakan. Ini yang menyebabkan kita menjadi bosan dan malas kepada perkara baik seper malas untuk mendengar bicara ilmu, menolong orang dan sebagainya. Oleh itu, jangan sesekali memandang remeh perilaku kita seap hari. Ha yang keras sukar untuk dilembutkan jika kita sendiri dak berusaha melenturnya dengan mengiku pengajian agama di majlis ilmu, membaca al-Quran, berzikrullah dan berselawat kepada Nabi Muhammad SAW. Bangkit pada awal pagi dengan ha senasa bersemangat dan selalu bersangka baik terhadap kehidupan. Ia akan diperoleh apabila ha bersih daripada segala dosa dan noda. Mukadimah akan menentukan najah dan menjadi Mukmin berjaya serta cemerlang meslah mengiku ajaran agama Islam. EMOSI AWAL PAGI PENENTU NILAI DIRI BULETIN PEMBIMBING ANDA

BULETIN PEMBIMBING ANDA BULETIN BIL. 164/ NOV. 2017 …rakan.jpm.gov.my/sites/default/files/buletin_kelab/buletin Nov 2017... · "Ada sesetengah kita apabila bangkit dari tidur akan

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: BULETIN PEMBIMBING ANDA BULETIN BIL. 164/ NOV. 2017 …rakan.jpm.gov.my/sites/default/files/buletin_kelab/buletin Nov 2017... · "Ada sesetengah kita apabila bangkit dari tidur akan

ISU KELUARAN

1) EMOSI AWAL PAGI PENENTU NILAI DIRI

2) TEKANAN DARAH TINGGI

3) DIREKTORI WAKIL AKRAB / SPPSI

4) GAMBAR PROGRAM

BULETIN BIL. 164/ NOV. 2017

Sumber Oleh : Nik Hasnah Ismail (BH Online) Rabu, 22 November 2017

Secara teorinya setiap orang yang bangkit dari tidur dalam waktu sepuluh minit pertama akan menentukan nilai positif dirinya sepanjang hari. Dengan kata lain, sepuluh minit selepas bangkit dari tidur hendaklah positifkan diri dengan emosi terbaik supaya mendapat hasil tindakan yang positif.

Menerusi rancangan Islam Itu Indah di IKIMfm, Ustaz Pahrol Muhamad Juoi, berkata apabila bangkit dari tidur hendaklah berada dalam situasi positif seperti berfikir, bercakap dan bertindak dengan perkara yang baik.

Katanya, tindakan dan cara berfikir pada awal pagi akan menentukan kejayaan kita pada hari itu. Sebab itu perlu pertahankan perasaan dan emosi positif sehingga jam 10 pagi kerana apabila memperoleh pagi yang baik, ia akan mempengaruhi seluruh hari kita.

"Ada sesetengah kita apabila bangkit dari tidur akan berasa perkara negatif seperti marah, sedih, kecewa dan kekurangan, menyebabkan perasaan tidak keruan. Jika berperasaan begini, hendaklah baiki semula hati supaya perkara negatif tidak menjejaskan tindakan kita," katanya.

Banyak bersedekah Beliau berkata, membuang rasa kemarahan adalah dengan memaafkan kerana memaafkan orang lain bererti kita memaafkan diri sendiri. Jika ada perasaan resah gelisah, itu tandanya dosa kita kepada Allah SWT dan tindakan yang perlu diambil adalah memperbanyakkan istighfar serta bertaubat.

Begitu juga jika bangun dari tidur kita berasa tidak ceria dan sedih, bererti kita kurang memberi kerana bijak pandai mengungkapkan, yang memberi itu lebih bahagia daripada mereka yang menerima. Justeru, ringan-ringankan tangan untuk menghulur sedekah dan memberi apa yang termampu.

Perbuatan memberi akan mendatangkan rasa bahagia dalam hati. Pepatah juga menyebut, tangan yang menghulur bunga mawar pastinya berbau harum. Oleh itu, memberi mendatangkan bahagia kepada penerima dan nikmat kebahagiaan lebih lagi dirasakan oleh yang memberi.

Jika kita berasa rezeki, masa atau tenaga yang dimiliki tidak mencukupi, maka cepat-cepatlah ucapkan 'Alhamdulillah' kerana berasa syukur akan menjadikan kita berasa cukup.

Sentiasa bersyukur Menurut Pahrol, secara prinsipnya, apabila kita bersyukur dengan hal yang sedikit Allah SWT akan menambah lebih banyak nikmat dan kecukupan kepada kita. Jangan sesekali menunggu mendapat nikmat banyak baharu hendak bersyukur.

Katanya, nilai syukur bukan berapa banyak yang kita peroleh tetapi bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Begitu juga jika didatangi rasa malas apabila bangkit dari tidur, itu bukan bermakna kita tidak mampu melakukan sesuatu kebaikan atau apa sahaja perkara yang perlu dilakukan, tetapi rasa malas datang kerana dosa yang sudah melekat pada pancaindera kita.

Jika pancaindera sudah terbiasa dihidangkan dengan perkara buruk atau maksiat, ia menyebabkan kita menjadi malas dan tidak bermaya melakukan perbuatan mendatangkan manfaat dan kebaikan.

Hasil makanan haram Perasaan malas juga disebabkan kita banyak memakan makanan haram. Makanan haram itu barangkali adalah hasil daripada pekerjaan yang tidak halal. Mungkin juga hasil pendapatan kerana kerja curi tulang atau tidak sempurna.

Begitu juga makanan yang datang daripada sumber syubhah menyebabkan ia tidak halal dimakan. Ini yang menyebabkan kita menjadi bosan dan malas kepada perkara baik seperti malas untuk mendengar bicara ilmu, menolong orang dan sebagainya.

Oleh itu, jangan sesekali memandang remeh perilaku kita setiap hari. Hati yang keras sukar untuk dilembutkan jika kita sendiri tidak berusaha melenturnya dengan mengikuti pengajian agama di majlis ilmu, membaca al-Quran, berzikrullah dan berselawat kepada Nabi Muhammad SAW.

Bangkit pada awal pagi dengan hati sentiasa bersemangat dan selalu bersangka baik terhadap kehidupan. Ia akan diperoleh apabila hati bersih daripada segala dosa dan noda. Mukadimah akan menentukan natijah dan menjadi Mukmin berjaya serta cemerlang mestilah mengikuti ajaran agama Islam.

EMOSI AWAL PAGI PENENTU NILAI DIRI

BULETIN PEMBIMBING ANDA

Page 2: BULETIN PEMBIMBING ANDA BULETIN BIL. 164/ NOV. 2017 …rakan.jpm.gov.my/sites/default/files/buletin_kelab/buletin Nov 2017... · "Ada sesetengah kita apabila bangkit dari tidur akan

B U L E T I N B I L . 1 64 / NO V E M B E R 2 01 7 Mukasurat 2

1) Apakah penyakit tekanan darah tinggi?

Penyakit tekanan darah tinggi atau penyakit hipertensi adalah penyakit kronik yang boleh membawa kepada komplikasi teruk.

Seramai 37% populasi Malaysia mengidap penyakit tekanan darah tinggi. Secara amnya penyakit tekanan darah tinggi tidak

mempunyai penyebab khusus tetapi faktor seperti sejarah ahli keluarga yang mempunyai penyakit darah tinggi, obesiti,

tekanan (stres) dan diabetes telah dikaitkan kepada punca penyakit ini. Pengidap tekanan darah tinggi lazimnya tidak

mempunyai sebarang gejala (symptom) khusus. Tekanan darah yang tinggi akan menyebabkan organ-organ seperti jantung,

otak dan ginjal didedahkan kepada tekanan tinggi yang kronik. Pendedahan kepada tekanan darah tinggi ini akan

mengakibatkan komplikasi saluran darah sempit di otak dan jantung menyebabkan stroke (angin ahmar) dan serangan

jantung. Kegagalan ginjal (buah pinggang) juga boleh berlaku jika tekanan darah yang tinggi tidak dikawal. Penyakit tekanan

darah tinggi boleh dielakkan dengan mengamalkan cara hidup sihat.

2) Bilakah individu itu dikatakan mengidap penyakit darah tinggi dan apakah tindakan yang perlu dilakukan?

Seseorang itu dikatakan mengidap penyakit tekanan darah tinggi apabila bacaan tekanan darah sistolik >140 atau diastolik >

90, (>140/90). Bacaan tekanan darah tidak perlu kedua-duanya (sistolik dan diastolik) tinggi memadai salah satu bacaan

tinggi secara berterusan selama 3-6 bulan. Diagnosa penyakit tekanan darah tinggi hanya boleh dilakukan oleh doktor

setelah pemantauan tekanan darah dan penilaian risiko kardiovaskular dijalankan. Penentuan kepada penyakit darah tinggi

tidak bergantung kepada gejala (simptom) yang di alami oleh individu tersebut. Contohnya sakit kepala atau leher tidak

semestinya disebabkan oleh tekanan darah tinggi. Oleh kerana secara amnya penyakit tekanan darah tinggi tidak mempunyai

gejala khusus, individu hendaklah membuat pemeriksaan tekanan darah sekurang-kurangnya 6 bulan sekali di klinik

kesihatan yang berdekatan. Doktor akan memberi rawatan yang sesuai jika diagnosa penyakit tekanan darah tinggi telah

dikenal pasti.

3) Bilakah bacaan tekanan darah dikatakan tinggi dan apakah cara untuk memastikan tekanan darah sentiasa normal?

Bacaan tekanan darah yang normal dan tidak memerlukan rawatan, bacaannya adalah seperti berikut iaitu tekanan darah

sistolik < 140 dan diastolik < 90 (<140/90). Walau bagaimanapun, tahap tekanan darah sistolik 120 – 139 atau diastolik 80

– 89 (120–139/80–89) dianggap pra-tekanan darah tinggi (pre-hypertensive) dan memerlukan rawatan perubahan cara

hidup (non-pharmacological) untuk memastikan tekanan darah dapat dikawal dan tidak memerlukan rawatan ubat-ubatan.

Untuk pengidap penyakit tekanan darah tinggi, bacaan tekanan darah yang perlu dicapai secara amnya adalah <140/90

menggunakan rawatan ubat-ubatan (pharmacological therapy) dan bukan ubat-ubatan (non-pharmacological therapy).

Pemantauan tahap tekanan darah akan dilakukan oleh doktor secara berkala. Matlamat rawatan adalah untuk mencapai

tahap tekanan darah normal. Individu perlu menjalankan cara hidup sihat dan pengendalian stress yang berkesan supaya

tekanan darah akan sentiasa berada di tahap normal.

4) Apakah rawatan penyakit tekanan darah tinggi dan kesan sampingannya?

Penyakit tekanan darah tinggi boleh dirawat oleh doktor yang berdaftar. Rawatan berbentuk pil dan ia boleh didapati dari

premis kesihatan kerajaan dan swasta. Mekanisma rawatan adalah pelbagai dan ia termasuk rawatan perlindungan kepada

ginjal/buah pinggang (renal protective therapy). Sebarang rawatan hendaklah dipantau oleh doktor dan ubat tidak boleh

dibeli di kedai farmasi tanpa pemantauan rapi. Tidak dinafikan sebarang rawatan perubatan mempunyai kesan sampingan

termasuklah rawatan tekanan darah tinggi. Namun begitu kesan sampingan adalah sedikit, tidak merbahaya, bersifat

sementara dan boleh dirawat oleh doktor. Jika pesakit mendapat sebarang kesan sampingan dengan rawatan yang diberi,

pesakit hendaklah bejumpa doktor supaya ia boleh dirawat dengan segera. Pesakit tidak digalakkan untuk meninggalkan

rawatan kerana ini akan menyebabkan tekanan darah meningkat dengan mendadak dan boleh menyebabkan stroke (angin

ahmar) atau kematian. Tambahan, pesakit juga tidak digalakkan untuk bertukar doktor dengan kerap (doctor shopping)

kerana langkah ini boleh menyebabkan komplikasi lanjut dan pengendalian penyakit tekanan darah tinggi yang sub-optima.

Pengendalian penyakit tekanan darah tinggi memerlukan pengurusan rawatan komprehensif dan multidisiplin. Oleh itu

adalah penting untuk pesakit mematuhi temujanji rawatan susulan di klinik kesihatan atau hospital kerajaan dan swasta.

TEKANAN DARAH TINGGI

Page 3: BULETIN PEMBIMBING ANDA BULETIN BIL. 164/ NOV. 2017 …rakan.jpm.gov.my/sites/default/files/buletin_kelab/buletin Nov 2017... · "Ada sesetengah kita apabila bangkit dari tidur akan

B U L E T I N B I L . 1 64 / NO V E M B E R 2 01 7 Mukasurat 3

5) Apakah peranan supplemen dan rawatan komplementari tradisional (traditional complementary medicine) di dalam

mengawal tekanan darah tinggi?

Sehingga kini, tiada bukti saintifik perubatan (evidence based medicine) yang menyarankan penggunaan rawatan perubatan

tradisional dan supplemen untuk mengawal tekanan darah tinggi. Penggunaan rawatan sedemikian masih memerlukan kajian

lanjut. Pesakit yang ingin menggunakan perubatan tradisional dan supplemen untuk merawat tekanan darah tinggi hendaklah

merujuk kepada Doktor untuk memastikan ia berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dan selamat digunakan.

Pesakit yang sedang menggunakan rawatan perubatan tradisional dan supplemen hendaklah berjumpa Doktor supaya

tekanan darah dapat dipantau dan sebarang kesan sampingan dapat dirawat sewajarnya. Ini adalah kerana kesan sampingan

yang dialami oleh pesakit tidak sama di antara satu individu dengan individu yang lain.

6) Apakah komplikasi penyakit tekanan darah tinggi?

Penyakit tekanan darah tinggi merupakan salah satu penyakit kronik. Essential hypertension atau primary hypertension

adalah penyakit tekanan darah tinggi (hypertensi) yang paling kerap berlaku.Penyakit tekanan darah tinggi juga boleh

disebabkan oleh masalah buah pinggang, penyakit endokrin dan lain-lain.

Tekanan darah tinggi yang kronik akan menyebabkan perubahan atherosclerosis pada dinding salur darah. Ini akan

mengakibatkan salur darah menjadi sempit pada jantung, otak dan salur darah utama. Pengaliran darah menjadi tidak lancar

dan boleh mengakibatkan stroke (angin ahmar) dan serangan jantung (heart attack myocardial infarction). Tekanan darah

tinggi yang tidak terkawal juga akan menyebabkan buah pinggang mengalami tekanan tinggi yang kronik. Ini akan

menyebabkan kerosakan kepada tisu buah pinggang dan selanjutkan akan mengakibatkan kegagalan buah pinggang.

Pesakit yang menghidap penyakit tekanan darah tinggi hendaklah mendapat rawatan lanjut daripada Doktor di klinik

kesihatan atau hospital terdekat.

7) Apakah perkara-perkara yang boleh menyebabkan peningkatan kepada tekanan darah?

Tekanan darah boleh meningkat dalam keadaan tertentu seperti stress, gelisah, penat, kesakitan, berdebar-debar, ketakutan

dan sebaik selepas melakukan aktiviti fizikal seperti bersenam. Walau bagaimanapun ini tidak bermakna individu itu

mempunyai penyakit tekanan darah tinggi kerana tekanan darah ini akan kembali normal. Diagnosa penyakit tekanan darah

tinggi (hipertensi) dibuat apabila tekanan darah tinggi berterusan selepas pemantauan dilakukan dalam jangkamasa 3-6

bulan.

Untuk mendapatkan bacaan tekanan darah yang tepat, beberapa perkara harus diambil kira dengan memastikan alat

pengambilan tekanan darah adalah dalam keadaan baik. Anda juga hendaklah berada dalam keadaan yang tenang dengan

posisi badan yang betul dan tidak merokok atau mengambil kefein dalam tempoh 15 minit sebelum pemeriksaan tekanan

darah. Oleh itu keadaan berdebar-debar dan tidak cukup rehat semasa pengambilan tekanan darah akan mempengaruhi

bacaan tekanan darah tersebut.

Merokok, pengamalan cara hidup sedenteri (tidak aktif), stress dan pemakanan boleh menyebabkan tekanan darah tinggi.

Anda digalakkan membuat pemeriksaan tekanan darah di premis kesihatan yang terdekat sekurang-kurangnya 6 bulan

sekali.

8) Bagaimana cara untuk mengawal tekanan darah tinggi?

Cara untuk mengawal tekanan darah tinggi adalah:

Mengamalkan cara hidup yang sihat seperti bersenam secara berkala.

Amalkan permakanan sihat dan seimbang

Kurangkan pengambilan makanan yang mengandungi garam dan kolesterol berlebihan

Kekalkan jisim berat badan unggul (BMI <23)

Pengurusan stress secara berkesan

Tidak merokok

Mengamalkan cara hidup aktif

Menjalankan pemeriksaan tekanan darah secara berkala

Selain dari langkah-langkah di atas, pesakit yang menghidap penyakit tekanan darah

tinggi hendaklah patuh kepada rawatan ubat-ubatan yang diberi oleh Doktor.

SAMBUNGAN : TEKANAN DARAH TINGGI

Page 4: BULETIN PEMBIMBING ANDA BULETIN BIL. 164/ NOV. 2017 …rakan.jpm.gov.my/sites/default/files/buletin_kelab/buletin Nov 2017... · "Ada sesetengah kita apabila bangkit dari tidur akan

Mukasurat 4 B U L E T I N B I L . 1 64 / NO V E M B E R 2 01 7

Menghubungi Rakan Pembimbing Anda

ENCIK AZMI B. IBRAHIM

JABATAN AGAMA ISLAM MELAKA

(JAIM)

[email protected]

ENCIK NAZARUDIN BIN ALI

AGENSI PENGUATKUASAAN

MARITIM MALAYSIA (APMM)

[email protected]

TUAN HJ RAMLI B. ISMAIL

AGENSI PENGUATKUASAAN

MARITIM MALAYSIA (APMM)

[email protected]

SURIANURAZHA BINTI HUSIN

BHEPMM

[email protected]

PUAN ZAITON BINTI MD BAHROM

BHEPMM

[email protected]

ENCIK NORHISAM B. MISTAR

BAHAGIAN HAL EHWAL UNDANG-

UNDANG (BHEUU)

[email protected]

PUAN NOR WAHIDA BINTI ABDUL

MUNTAK

BAHAGIAN HAL EHWAL UNDANG-

UNDANG (BHEUU)

[email protected]

ENCIK SIDEK BIN AHMAD

BAHAGIAN HAL EHWAL UNDANG-

UNDANG (BHEUU)

[email protected]

PUAN JOHANIZA BINTI JUHARI

JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA

(Mdi, WPKL)

[email protected]

PUAN HAZLINDA S BINTI MOHD ISA

JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA

(Mdi, Selangor)

[email protected]

PUAN MASITAH BINTI BASRO

JABATAN BANTUAN GUAMAN (JBG)

[email protected]

ENCIK FARIS B. MAMAT

JABATAN BANTUAN GUAMAN (JBG)

[email protected]

MOHD EZWANI BIN BAHAROM

BIPSM, JABATAN PERDANA

MENTERI (JPM)

[email protected]

PUAN FATIMAH BINTI MOHAMAD @

YOUSOF

BIPSM, JABATAN PERDANA

MENTERI (JPM)

[email protected]

PUAN ZARINA BINTI MOHAMED

JABATAN PERDANA MENTERI (JPM)

[email protected]

ABD WAHAB BIN DUN

Jabatan Peguam Negara (AGC)

[email protected]

PUAN SHARIFAH HASCINDIE BINTI

SYED OMAR

Jabatan Peguam Negara (AGC)

[email protected]

ENCIK AHMAD RIDHWAN BIN MAT

ZAIN

JABATAN PEGUAM NEGARA (AGC)

[email protected]

PUAN CHE NORLIZA BINTI YAHYA

JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA

[email protected]

PUAN FAIZAH BINTI KASSIM

JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA

[email protected]

PUAN ERMA MARLINA BT. HAMSAN

(JAWHAR)

[email protected]

PUAN MUZAZILA BT. MUSTARI

(JAWHAR)

[email protected]

PUAN NORYATI BT. AHMAD

Mahkamah WPKL

[email protected]

PUAN RODIAH BT. JAMALUDIN

Mahkamah

[email protected]

PUAN ROSMAYATI BINTI JUMIN

MAHKAMAH SEREMBAN

[email protected]

ENCIK AMARENDRAN A/L

RAJARATNAM

BAHAGIAN PENGURUSAN

HARTANAH (BPH)

[email protected]

PUAN ROZILAWATI BINTI MAMAT @

AZIZ

BAHAGIAN PENGURUSAN

HARTANAH (BPH)

[email protected]

DATIN ANIDA BINTI AHMED

BAHAGIAN PENGURUSAN

HARTANAH (BPH)

[email protected]

ENCIK KALIBASKARAN A/L

MUNIANDY

MAMPU

[email protected]

PUAN MAZLOMI NURUL AKMAR

BINTI MOHD NOR

MAMPU

[email protected]

PUAN AIDAH BINTI MARUSIN

MAMPU Sabah

[email protected]

SHALIZA BINTI AHMAD SHAAFFIE

1MOCC, MAMPU

[email protected]

TUAN HJ KHAIRUDDIN BIN BAKAR

Unit Perancang Ekonomi (EPU)

[email protected]

PUAN NAJAH HAINUNI BINTI HAJI

MAT

Unit Perancang Ekonomi (EPU)

[email protected]

ENCIK MOHD AZIMIN BIN CHE WIL

(ICU N.Sembilan)

[email protected]

PUAN NORWAHIDAH BINTI

BAHARUDDIN

ICU PUTRAJAYA

[email protected]

ENCIK REDZUAN B. RUZALI

Parlimen

[email protected]

PUAN DARA ISNITA BINTI MOHD

RUFIN

PARLIMEN

[email protected]

PUAN BON LI MIN

BIRO PENGADUAN AWAM

[email protected]

ABDUL HAZAN BIN JAMBANGAN

Majlis Keselamatan Negara (MKN)

[email protected]

PUAN FAIROJIBANU BINTI ZAINAL

ABIDIN

(JPNIN)

[email protected]

PUAN SUHAIRA BT. RAMLI

(JPNIN)

[email protected]

ENCIK MUHAMMAD MARZUKHI BIN

HASHIM

SPRM PUTRAJAYA

[email protected]

HARUSSANI BIN HAMZAH

SPRM PUTRAJAYA

[email protected]

PUAN FAZLIN BINTI NAIMAN

SPP PUTRAJAYA

[email protected]

PUAN NORASHIDAH BINTI MAT NOH

SERANTA (FELDA)

[email protected]

PUAN NORHANA BINTI SHABUDIN

PTGWP PUTRAJAYA

[email protected]

NORHAFIDA BINTI DARUS

ILKAP

[email protected]

Page 5: BULETIN PEMBIMBING ANDA BULETIN BIL. 164/ NOV. 2017 …rakan.jpm.gov.my/sites/default/files/buletin_kelab/buletin Nov 2017... · "Ada sesetengah kita apabila bangkit dari tidur akan

Hubungi Rakan Pembimbing anda untuk berbincang dan berkongsi pendapat, pandangan, pengalaman dan membuka celik akal melalui telefon atau e-mail. Rujuk pada Buku Panduan

Telefon JPM atau hubungi Seksyen Pengurusan Psikologi (SPPsi) JPM :-

Badrul Hani Bin Abu Hani Mohammed Kamal Bin Hj. Mohamed Yusoff

(Ketua Pegawai Psikologi) ( Pegawai Psikologi Kanan 1)

03-8872 3488 03-8872 1906

[email protected] [email protected]

Haji Ahmad Azam Bin Hj. Hassan Nurulliza binti Muklas

(Pegawai Psikologi Kanan 2) (Pegawai Psikologi Kanan 3)

03-8872 5673 03-8872 5697

[email protected] [email protected]

Siti Zubaidah Binti Othman Siru Suhainiza Binti Saibani (Pen. Peg. Psikologi)

(Pegawai Psikologi Kanan 4)

03-8872 3499 03-8872 3496

[email protected] [email protected]

Nalia Mariana Binti Ab. Rahman (Pen. Peg. Psikologi) Siti Norayu Binti Zakariah (Pembantu Tadbir)

03-8872 1907 03-8872 3498

[email protected] [email protected]

B U L E T I N B I L . 1 64 / NO V E M B E R 2 01 7 Mukasurat 5

ENCIK MOHD FAIZAL B. OMAR BAKRI

Pejabat Perdana Menteri

[email protected]

PUAN CLARE NELLY UNGAH

Pej. SUP Sabah

[email protected]

MARYSIA MEJOR

PSUP SABAH

[email protected]

PUAN MERIAH BINTI IDRIS

LPKP Sarawak

[email protected]

PUAN CYNTHIA KUEH LEE LING

KG BARU

[email protected]

PUAN FARIDAH BT. MOHAMAD

OTHMAN

PSUP SARAWAK

[email protected]

PUAN PELANGI BINTI HAJI SIDI

PSUP SARAWAK

[email protected]

PUAN SURIA BINTI SIDEK

BAHAGIAN PENYELIDIKAN

[email protected]

ENCIK MOHD. YEOZREE IZWAN BIN

DATUK JAMIL

SPR

[email protected]

ENCIK MOHAMMAD HADIL BIN

BERAHEM

SURUHANJAYA PILIHAN RAYA

(SPR)

ENCIK ZAINALDIN BIN MD NOR

ISTANA NEGARA

[email protected]

PUAN ROHAYA BINTI ABDUL

GHAFAR

BTN

[email protected]

PUAN BALAMANI MUTHIAH

BITU

[email protected]

ENCIK JASMI BIN SALLEH

ESSCOM

[email protected]

ENCIK HESDEY BIN AHMAD

UKAS

[email protected]

PUAN KHATIJAH BINTI JUSOH

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN

AWAM (SPA)

[email protected]

ENCIK SAHRUN BIN AMZAH

UNIT PPA1M, JPM

[email protected]

PUAN NORSIDAH BT. MANSOR

BIRO TATANEGARA SARAWAK

[email protected]

ENCIK RIKHAN B. AHMAT

JAWI

[email protected]

PUAN NADIA ZAMMIL BINTI MD

NASIR

JAWI

[email protected]

PUAN SITI ZALEHA BT. MOHD

FATHILLAH

Unit Kerjasama Awam Swasta

[email protected]

PUAN NAZATUL SHYMA HASSAN

SIAP

[email protected]

PUAN ZAINAB BINTI PUTEH

PERDA

[email protected]

PUAN NORASHIDAH BINTI MAT NOH

SERANTA (FELDA)

[email protected]

PUAN NOOR AINI BINTI BABA

JKSM

[email protected]

PUAN NOR HALIJAH DOLGANI

JAWI

[email protected]

PUAN ZALEHA BINTI SHAIK ABDUL

KADIR

KABINET

[email protected]

PUAN ZAIZURINA BINTI MANSOR

ILIM, JAKIM

[email protected]

Page 6: BULETIN PEMBIMBING ANDA BULETIN BIL. 164/ NOV. 2017 …rakan.jpm.gov.my/sites/default/files/buletin_kelab/buletin Nov 2017... · "Ada sesetengah kita apabila bangkit dari tidur akan

B U L E T I N B I L . 1 64 / NO V E M B E R 2 01 7 Mukasurat 6 Sumber : http://www.myhealth.gov.my/tekanan-darah-tinggi-2/

9) Apakah Tanda Dan Gejala Penyakit Tekanan Darah Tinggi?

Penyakit tekanan darah tinggi (hipertensi) adalah salah satu penyakit kronik yang ditakuti oleh orang ramai dan berbahaya

jika tidak dikesan dan dikawal. Malah seseorang itu tidak mengetahui dirinya menghidap penyakit tekanan darah tinggi

kerana tiada gejala dan tanda khusus yang dialami. Walau bagaimanapun gejala seperti sakit kepala yang teruk dan sakit

tengkuk mungkin disebabkan oleh tekanan darah yang tinggi. Tetapi individu yang mengalami gejala ini hendaklah berjumpa

Doktor untuk mendapatkan kepastian iaitu dengan mengambil bacaan tekanan darah. Penyakit tekanan darah tinggi yang

tidak terkawal akan menyebabkan komplikasi stroke (angin ahmar) dan serangan jantung.

10) Apakah faktor risiko untuk mendapat penyakit tekanan darah tinggi?

Penyakit tekanan darah tinggi (hipertensi) dikaitkan dengan beberapa faktor risiko. Faktor risiko terbahagi kepada faktor

risiko yang boleh diubah dan faktor risiko yang tidak boleh diubah.

Contoh faktor risiko yang tidak boleh di ubah adalah:

Sejarah keluarga (genetik)

Gender (lelaki lebih berisiko berbanding dengan perempuan)

Umur (peningkatan umur memberi risiko kepada tekanan darah tinggi)

Contoh faktor risiko yang boleh diubah:

Merokok

Diabetes

Obesiti

Tahap kolesterol yang tinggi

Pengambilan alcohol

Pengambilan garam berlebihan

Stress

Cara hidup sedenteri (tidak aktif)

Faktor risiko di atas boleh diubah melalui pengamalan cara hidup sihat dari aspek pemakanan dan aktiviti fizikal. Pengurusan

stress juga membantu mengawal tekanan darah

11) Apakah amalan cara hidup sihat yang di sarankan untuk mengekalkan tekanan darah normal

Amalan cara hidup sihat yang disarankan adalah:

Mengekalkan berat jisim badan unggul BMI <23 dengan mengamalkan pemakanan seimbang dan sihat serta aktiviti

ffizikal yang bersesuaian

Aktiviti fizikal secara berterusan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu

Berjalan kaki secara deras adalah satu-satunya cadangan aktiviti fizikal yang praktikal (10,000 langkah)

Tidak merokok

Kurangkan pengambilan makanan yang berkolesterol tinggi

Kurangkan pengambilan garam secara berlebihan

Elakkan pengambilan alcohol

Pengurusan stress dan emosi secara berkesan

Cadangan-cadangan di atas boleh membantu menggurangkan risiko menghidap penyakit tekanan darah tinggi. Ia juga boleh

membantu pengidap tekanan darah tinggi mencapai tahap bacaan normal selain dari bantuan rawatan ubat-ubatan.

Sekiranya pengidap penyakit tekanan darah tinggi atau sebarang individu menghadapi masalah untuk melaksanakan

cadangan-cadangan di atas, mereka bolehlah pergi ke klinik kesihatan atau hospital berdekatan untuk mendapat khidmat

nasihat daripada Doktor, pegawai sains pemakanan, pegawai dietetik dan pegawai fisioterapi.

12) Bagaimanakah cara untuk menilai tahap tekanan darah?

Penilaian tekanan darah boleh dibuat menggunakan BP set seperti yang terdapat di klinik kesihatan dan hospital kerajaan

dan swasta. Bacaan tekanan darah hendaklah diintepretasi oleh Doktor. Sebarang tindakan selanjutnya akan diberi oleh

Doktor yang membuat pemeriksaan. Saringan tekanan darah tinggi menggunakan BP set hendaklah dilakukan sekurang-

kurangnya sekali dalam jangkamasa 6–12 bulan.

Individu juga boleh membeli BP set dari kedai farmasi dan membuat pengukuran tekanan darah sendiri (self-monitoring BP)

tetapi semua bacaan tekanan darah yang diambil hendaklah direkodkan. Intepretasi bacaan hendaklah dirujuk kepada

Doktor.

SAMBUNGAN : TEKANAN DARAH TINGGI

Page 7: BULETIN PEMBIMBING ANDA BULETIN BIL. 164/ NOV. 2017 …rakan.jpm.gov.my/sites/default/files/buletin_kelab/buletin Nov 2017... · "Ada sesetengah kita apabila bangkit dari tidur akan

B U L E T I N B I L . 1 64 / NO V E M B E R 2 01 7 Mukasurat 7

Page 8: BULETIN PEMBIMBING ANDA BULETIN BIL. 164/ NOV. 2017 …rakan.jpm.gov.my/sites/default/files/buletin_kelab/buletin Nov 2017... · "Ada sesetengah kita apabila bangkit dari tidur akan

B U L E T I N B I L . 1 64 / NO V E M B E R 2 01 7 Mukasurat 8

Page 9: BULETIN PEMBIMBING ANDA BULETIN BIL. 164/ NOV. 2017 …rakan.jpm.gov.my/sites/default/files/buletin_kelab/buletin Nov 2017... · "Ada sesetengah kita apabila bangkit dari tidur akan

B U L E T I N B I L . 1 64 / NO V E M B E R 2 01 7 Mukasurat 9

PROGRAM TEMU MESRA PSIKOLOGI BERSAMA

AKRAB PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA

23 NOVEMBER 2017

ISTANA KEHAKIMAN PUTRAJAYA