16
SEGMEN LPG Masjid Kampung Laut dipercayai sebagai masjid tertua di Asia Tenggara. Tapak asal masjid ini terletak di Kampung Laut, Tumpat Kelantan sebelum dipindahkan ke lokasi sekarang di Pusat Pengajian Islam Nilam Puri. Masjid ini dibina tanpa menggunakan sebarang paku pada sekitar kurun Ke-18. Masjid ini mempunyai persamaan dari segi bumbung perabung lima dengan Masjid Demak di Jawa, Masjid Kono di Champa, Masjid Nad Tanjung dan Masjid Wadi Hussein di Thailand. (Sumber: Seksyen Dokumentasi, Arkib Negara Malaysia) Negara kita telah menggarap banyak pencapaian dan juga perlu terus mengharungi pelbagai cabaran besar di masa hadapan. Dato Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak, (Sumber : Menjulang Transformasi Negara ke Arah 2020, Dr. Badriyah Mohd Salleh, 2012, halaman 59) Masjid Kampung Laut EDISI: 2/2013 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Buletin Sejarah E2

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Contoh tajuk kertas 3 spm sejarah

Citation preview

  • SEGMEN LPGMasjid Kampung Laut dipercayai sebagai masjid tertua di Asia Tenggara. Tapak asal masjid ini terletak di Kampung Laut, Tumpat Kelantan sebelum dipindahkan ke lokasi sekarang di Pusat Pengajian Islam Nilam Puri. Masjid ini dibina tanpa menggunakan sebarang paku pada sekitar kurun Ke-18. Masjid ini mempunyai persamaan dari segi bumbung perabung lima dengan Masjid Demak di Jawa, Masjid Kono di Champa, Masjid Nad Tanjung dan Masjid Wadi Hussein di Thailand.

    (Sumber: Seksyen Dokumentasi, Arkib Negara Malaysia)

    Negara kita telah menggarap banyak pencapaian dan juga perlu terus mengharungi pelbagai cabaran besar di masa hadapan.

    Dato Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak,(Sumber : Menjulang Transformasi Negara ke Arah 2020, Dr. Badriyah Mohd Salleh, 2012, halaman 59)

    Masjid Kampung Laut

    EDIS I : 2/2013

    KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

  • SIDANG REDAKSIPENAUNG

    YBhg. Tan Sri Abdul Ghafar b. MahmudKetua Pengarah Pelajaran Malaysia

    PENASIHATYBhg. Datuk Dr. Amin b. Senin

    Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia(Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan)

    PENGERUSIEn. Abdul Ghani b. Mohamad Niza PMP, AMP

    PengarahBahagian Buku Teks

    TIMBALAN PENGERUSI Hj. Paridin b. Jais

    KETUA EDITORHj. Che Noh b. Muda K.M.W

    KETUA TEKNIKAL PENERBITANHarizan b. Hamzah

    EDITORIALNoriza bt. Hj. Asmuni

    Yusri Amir b. Hj. BahasaMuhamad Zuraidi b. Abdul Jalal

    Painoh b. OthmanZul Hisham b. RazaliAbdul Razak b. Husin

    Md Som b. JelonRoah bt. Abdul Talib

    Shaharizan b. ShamsuddinSiti Rukiah bt. JaafarHasnida bt. Hashim

    Mohd Fadzil b. Ibrahim

    SIDANG TEKNIKAL PENERBITANAzhar b. Mohd ShariAli Hanaah b. Kassim

    Hj. Ab. Rashid b. Md. Yasin

    PENULISMasariah bt. Mispari

    Nor Mastura bt. Bahrum SakmorMat Zaid b. ManLim Chin Guan

    Ridzuan b. HassanMohd Rozi b. Ibrahim

    Azalan b. DaudIshak b. Saidoo

    Roslani b. MaskanMohd Saleh b. Ibrahim

    Abdul Rahim b. AliAbdul Halim b. PendekNorhayati bt. Mat ZainSohaidie b. Mohd ZainMuhammad b. Abduhu

    Edwin ApokNor Azan b. Alias

    Abang Kussaini b. Abang MasaedHarvinder Kaur a/p Ranjit Singh

    Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenar mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buletin ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia bagi tujuan komersial.

    Sebarang cadangan, komen dan lain-lain boleh dihantar melalui e-mel di alamat [email protected] atau [email protected]

    BBT merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada panel penulis, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Lembaga Peperiksaan, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, Bahagian Teknologi Pendidikan, Bahagian Pengurusan Maklumat serta kepada semua pihak yang terlibat dalam pelbagai aspek sehingga Buletin Sejarah ini dapat diterbitkan.

    PENGHARGAAN

    HAK CIPTA

    MAKLUM BALAS

    (Sumber: Sinar Online, 14 Jun 2013)

    Bantu PelajarPengarah Bahagian Buku Teks (BBT) Kementerian Pendidikan Malaysia, Abdul Ghani Mohamad Niza (tiga kanan) serta kakitangan BBT menunjukkan majalah Buletin Sejarah yang baru diterbitkan buat pertama kali oleh BBT sebagai bahan sokongan kepada murid-murid yang akan mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini berikutan mata pelajaran Sejarah dijadikan sebagai mata pelajaran wajib lulus SPM sempena perasmian Festival Hari Guru 2013 dan Pameran Pendidikan di Kompleks Belia dan Sukan Paroi Seremban hari ini- Foto Bernama

    YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan merasmikan Pelancaran Buletin Sejarah pada 14 Mei 2013 di Kompleks Belia dan Sukan Paroi, Seremban

    BULETIN

    SEJARAH - ED

    ISI 2/2013

    2

  • Mat Zaid b. ManGuru Cemerlang

    SMK TENGKU BARIAH, KUALA TERENGGANU

    SEGMENLPG

    BAB4

    Kemunculan Tamadun Islam danPerkembangannya di Makkah

    TINGKATAN 4

    Kemunculan tamadun Islam telah mengubah cara hidup masyarakat Arab Jahiliah kepada kehidupan yang lebih teratur secara beransur-ansur. Tamadun Islam seterusnya memberi rahmat kepada manusia di seluruhdunia termasuk Malaysia. Dalam kalangan negara Islam, Malaysia dianggap sebagai negara contoh.

    Tahukah anda, apakah kejayaan yang dicapai oleh negara kita sehingga diiktiraf sedemikian ?Me

    marta

    batka

    n

    kedud

    ukan

    wanit

    a

    Menyelesaikan koni

    k

    di negara Islam

    Penganjuran tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa

    Mempelopori

    hab halal

    Memajukan sistem

    perbankan Islam

    Mewujudkan perpaduan kaum

    Menyediakan

    sistem pendidikan

    IslamPenubuhan

    Tabung HajiPenu

    buha

    nUI

    AM

    Men

    ghor

    mat

    i ke

    pelb

    agai

    an

    agam

    a

    MENILAI

    Wujud saluran

    radio dan tele

    visyen

    bercorak Islam

    Meny

    elesai

    kan

    masal

    ah m

    elalui

    perun

    dinga

    n

    BULE

    TIN

    SEJ

    ARAH

    - ED

    ISI 2

    /201

    3

    3

  • Nabi MuhammadSAW dilahirkan

    20 April 570M(12 Rabiulawal

    Tahun Gajah)

    Sejak lahirhingga berusia

    4 tahun

    6 tahun

    8 tahun

    8 - 12tahun

    25 tahun

    35 tahun

    40 tahun

    53 tahun

    61 tahun (630 M)

    Tahun (632 M)12 Rabiulawal

    berusia 63 tahun

    Dipelihara dan disusukan oleh

    Halimatul Sadiyah

    Ibunya Aminah meninggal dunia

    Mengembala kambingdan berniaga di Syam

    Berkahwin denganKhadijah bt. Khuwailid

    Kerasulan NabiMuhammad SAW

    Pembukaan KotaMakkah

    Nabi Muhammad SAWwafat

    Peristiwa hijrah danpembentukan negara

    Islam di Madinah

    Menyelesaikan persengketaan Kabilah

    Quraisy dalam peletakansemula Hajar Aswad

    Datuknya Abdul Mutalibmeninggal dunia dan

    dipelihara oleh Abu Talib(bapa saudara)

    Info Sejarah

    KelahiranNabi Muhammad SAW

    Perjalanan Hidup

    Pengamalan sifat-sifat terpuji Nabi Muhammad SAW dapat membentuk

    individu cemerlang ke arah kegemilangan negara.

    Jelaskan penyataan di atas.

    Siddiq(Bercakap benar)

    Tabligh(Menyampaikan)

    Amanah(Jujur)

    Fatonah(Bijaksana)

    Mencipta Inovatif Kreatif Berilmu Berwawasan Menyelesaikan masalah

    Terbuka Perkembangan ilmu Telus Hubungan baik Sabar Hikmah

    MENJANA IDEA/MENGAPLIKASI/MENGHAYATI NILAI

    Sifat-sifat terpujiNabi Muhammad SAW

    Iltizam Bersungguh-sungguh Elak rasuah Tepati masa Tanggungjawab

    Dipercayai Diyakini Dihormati Integriti Berwibawa

    Wafat

    BULETIN

    SEJARAH - ED

    ISI 2/2013

    4

  • Roslani b. MaskanGuru Cemerlang

    SMK TELOK MAS, MERLIMAU MELAKA

    OH,SENANGNYA !

    BAB5

    Kerajaan Islam Di Madinah

    TINGKATAN 4

    Pembentukan kerajaan Islam di Madinah yang kukuh dan mengambil kira perpaduan serta keharmonian hidup pelbagai bangsa perlu dicontohi. Prinsip dan nilai murni yang ditunjukkan menjadi pedoman kepada generasi muda yang bakal mewarisi kepimpinan negara. Bincangkan peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW yang menjadi asas pembentukan kerajaan Islam di Madinah dan kaitannya dengan Malaysia hari ini.

    1. PENGENALAN (5 markah) 2. MEMAHAMI (30 markah) 3. MENGANALISIS (15 markah)

    Murid perlu menceritakanlatar belakang dan konsephijrah.

    Rujuk buku teks Sejarah Tingkatan 4 halaman 119

    Murid perlu menerangkan tentangsebab, tujuan dan kepentinganhijrah.Rujuk buku teks Sejarah Tingkatan 4 halaman 119 - 124

    Amanah Tanggungjawab Ikhlas Dedikasi Sederhana Tekun Bersih BerdisiplinBekerjasama Berbudi Mulia Bersyukur

    Antara nilai-nilai Islam yang diterapkan dalam pentadbiran negara ialah

    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Piagam Pelanggan jabatan kerajaan Mahkamah Syariah Perbankan Islam Kepimpinan Melalui Teladan Bersih, Cekap dan Amanah Wawasan 2020 Dasar Pembangunan Modal Insan Dasar Pandang ke Timur

    Nilai-nilai Islam tersebut diterapkan dalam agensi dan slogan

    Murid perlu menerangkan tentangpembentukan Piagam Madinahdaripada aspek kandungan dankepentingan.Rujuk buku teks Sejarah Tingkatan 4 halaman 124 - 129

    Ceritakan latar belakangdan konsep hijrah Nabi Muhammad SAW Sebab-sebab dan tujuan hijrah

    Nabi Muhammad SAW (15 markah)Kepentingan peristiwa hijrah (15 markah)

    Terangkan tentang perkaraberikut :

    Terangkan penubuhan kerajaan Islamdi Madinah melalui pembentukanPiagam Madinah

    4. MENGAPLIKASI (15 markah) Bagaimanakah semangat hijrah boleh diaplikasikan untuk memajukan masyarakat Malaysia hari ini ?

    Semangat hijrah boleh mendorong kemajuan masyarakat di Malaysia pada hari ini melalui nilai sanggup berkorban seperti orang Islam Makkah yang berkorban meninggalkan kehidupan mereka di Makkah. Murid misalnya perlu berkorban masa dan tenaga demi mengejar masa depan lebih baik. Selain itu , hijrah juga menunjukkan kepada kita pentingnya menyusun strategi yang betul untuk mencapai kejayaan. Seorang murid misalnya, perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk belajar dan merancang demi masa depan yang gemilang. Peristiwa hijrah juga mendidik kita supaya sentiasa berusaha untuk berubah sentiasa bersiap-sedia dan bersikap terbuka menerima perubahan supaya kita tidak ketinggalan dan sesuai dengan perkembangan semasa seperti dalam bidang teknikal dan teknologi maklumat. Seterusnya, peristiwa hijrah juga mengajar kita perlu sentiasa bekerjasama dan bantu membantu antara satu sama lain. Bagi memajukan ekonomi misalnya, seluruh masyarakat perlu berganding bahu bagi memastikan kemajuan Malaysia dapat dicapai. Kita juga mesti berani menghadapi cabaran. Nilai ini dapat dilihat melalui peristiwa hijrah yang mana Nabi Muhammad SAW dan umat Islam menghadapi pelbagai cabaran. Masyarakat Malaysia perlu berani menghadapi cabaran ke arah menjayakan Wawasan 2020. Kita juga mesti sentiasa berpegang kepada ajaran agama. Ini membolehkan kita hidup aman damai walaupun mempunyai kepercayaan yang berbeza. Masyarakat Malaysia yang mengamalkan nilai-nilai murni mampu membentuk keharmonian negara. Peristiwa hijrah juga memberi pengajaran kepada kita pentingnya aspek perpaduan. Dalam negara yang berbilang kaum seperti Malaysia, aspek perpaduan amat penting kerana tanpa perpaduan, kesejahteraan negara akan hancur. Seterusnya memberi impak kepada kemajuan negara. Peristiwa hijrah juga membuktikan kebijaksanaan pemimpin memainkan peranan penting ke arah kegemilangan negara. Kewibawaan tokoh-tokoh pemimpin terdahulu seperti Tunku Abdul Rahman dan Tun Dr. Mahathir bin Mohammad terbukti telah membawa Malaysia ke mercu kejayaan dan meningkatkan imej negara di persada dunia.

    5. MENILAI (10 markah) Penerapan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran negara menjadi agenda penting pemimpin negara. Buktikan.

    Mengerjakan solat

    Memajukan ekonomi

    Penerokaan angkasa lepas

    Bekerjasama

    Bukti

    BULE

    TIN

    SEJ

    ARAH

    - ED

    ISI 2

    /201

    3

    5

    Nabi MuhammadSAW dilahirkan

    20 April 570M(12 Rabiulawal

    Tahun Gajah)

    Sejak lahirhingga berusia

    4 tahun

    6 tahun

    8 tahun

    8 - 12tahun

    25 tahun

    35 tahun

    40 tahun

    53 tahun

    61 tahun (630 M)

    Tahun (632 M)12 Rabiulawal

    berusia 63 tahun

    Dipelihara dan disusukan oleh

    Halimatul Sadiyah

    Ibunya Aminah meninggal dunia

    Mengembala kambingdan berniaga di Syam

    Berkahwin denganKhadijah bt. Khuwailid

    Kerasulan NabiMuhammad SAW

    Pembukaan KotaMakkah

    Nabi Muhammad SAWwafat

    Peristiwa hijrah danpembentukan negara

    Islam di Madinah

    Menyelesaikan persengketaan Kabilah

    Quraisy dalam peletakansemula Hajar Aswad

    Datuknya Abdul Mutalibmeninggal dunia dan

    dipelihara oleh Abu Talib(bapa saudara)

    Info Sejarah

    KelahiranNabi Muhammad SAW

    Perjalanan Hidup

    Pengamalan sifat-sifat terpuji Nabi Muhammad SAW dapat membentuk

    individu cemerlang ke arah kegemilangan negara.

    Jelaskan penyataan di atas.

    Siddiq(Bercakap benar)

    Tabligh(Menyampaikan)

    Amanah(Jujur)

    Fatonah(Bijaksana)

    Mencipta Inovatif Kreatif Berilmu Berwawasan Menyelesaikan masalah

    Terbuka Perkembangan ilmu Telus Hubungan baik Sabar Hikmah

    MENJANA IDEA/MENGAPLIKASI/MENGHAYATI NILAI

    Sifat-sifat terpujiNabi Muhammad SAW

    Iltizam Bersungguh-sungguh Elak rasuah Tepati masa Tanggungjawab

    Dipercayai Diyakini Dihormati Integriti Berwibawa

    Wafat

  • 6. MENJANA IDEA (10 markah) Perpaduan merupakan cabaran yang perlu ditangani bagi merealisasikan Wawasan 2020. Cadangkan langkah-langkah bagi memantapkan perpaduan di Malaysia.

    Antara langkah bagi memantapkan perpaduan di Malaysia ialah melalui aktiviti kokurikulum. Sukan contohnya dapat memantapkan perpaduan melalui penglibatan semua kaum dalam acara-acara yang dipertandingkan seperti dalam Kejohanan Peringkat MSSM atau pun Sukan Malaysia (SUKMA). Selain itu, pendidikan juga berperanan sebagai medium memantapkan perpaduan. sekolah kebangsaan dan Sekolah Wawasan perlu diperkasakan kerana sekolahsekolah ini menjadi tumpuan semua kaum. Penggunaan kurikulum yang sama di peringkat sekolah dapat menyatukan pelbagai kaum di negara kita. Masyarakat juga berperanan dalam mengukuhkan perpaduan negara. Aktiviti-aktiviti kemasyarakatan perlu dirancang dan dilaksanakan dengan jaya. Program-program seperti gotong-royong perdana, ziarah-menziarahi, rumah terbuka dan rukun tetangga akan dapat meningkatkan rasa saling memerlukan dan hormat-menghormati dalam kalangan masyarakat. Kerajaan juga perlu melaksanakan pelbagai dasar yang menjurus ke arah memantapkan perpaduan rakyat. Kempen-kempen melalui media massa, pelaksanaan konsep 1Malaysia dan pengamalan prinsip Rukun Negara yang mantap perlu dilaksanakan demi mengukuhkan perpaduan.

    7. IKTIBAR (10 markah) Pembentukan kerajaan Islam di Madinah penuh dengan nilai-nilai murni, iktibar dan unsur patriotismenya. Nyatakan unsur-unsur tersebut yang dapat membawa masyarakat dan negara kita ke mercu kegemilangan.

    8. MERUMUS (5 markah) Rumuskan tentang pembentukan kerajaan Islam di Madinah daripada aspek pengetahuan yang diperoleh, iktibar kepada diri, bangsa dan negara serta harapan untuk masa depan Malaysia yang lebih cemerlang.

    Antara rumusan yang boleh dibuat ialah pembentukan kerajaan Islam di Madinah membuktikan bahawa corak pentadbiran berlandaskan Islam mampu membawa negara ke mercu kegemilangan. Peristiwa hijrah mengajar kita bahawa tiada sesuatu yang boleh diperoleh dengan mudah. Setiap kejayaan memerlukan kesungguhan dan pengorbanan. Kecemerlangan dalam pendidikan misalnya memerlukan usaha yang bersungguh-sungguh tanpa mengenal erti putus asa. Masyarakat perlu menunjukkan komitmen dan meningkatkan perpaduan untuk menjamin kejayaan Malaysia. Adalah menjadi harapan, kemajuan negara dapat terus dipacu terutamanya untuk merealisasikan Wawasan 2020. Kejayaan negara juga memerlukan pemimpin-pemimpin yang bijaksana dan berwibawa.

    Antara nilai yang boleh dicontohi ialah Semangat setia kawan Kepatuhan kepada pemimpin Sedia berkorban Sikap tidak putus asa Bersikap terbuka/rasional Kebijaksanaan pemimpin/pemimpin berwibawa Mempertahankan maruah agama, bangsa dan negara Bersatu padu Berusaha dan bertawakal kepada Allah SWT.

    PANDUAN MENJAWAB KERTAS 3 Baca soalan dengan teliti Kenal pasti kata tugas dan kehendak soalan Lihat jumlah markah sebagai panduan Dapatkan maklumat tambahan dari sumber-sumber lain Jawapan dalam bentuk esei Sediakan kerangka jawapan Jawapan dibuat berasingan mengikut bahagian Kuasai kemahiran menjawab soalan KBKKI / KBAT (HOTS) Ketahui isu-isu semasa Semua bahan bercetak boleh dibawa masuk ke bilik/dewan peperiksaan Jawab mengikut ceraian dan berperenggan Tuliskan nombor soalan / ceraian / pecahan

    ULASAN SOALAN Soalan ini meminta calon membincangkan pembentukan kerajaan Islam di Madinah bermula dengan peristiwa hijrah dan pembentukan Piagam Madinah serta signikannya peristiwa tersebut terhadap perkembangan dan kemajuan negara Malaysia hari ini. Jawapan calon perlu disesuaikan dan dihubungkaitkan dengan keadaan semasa negara kita.

    Perpaduan

    Pemimpin negara

    Acara Balapan

    Perbarisan KRS

    Menurut Persatuan Sejarah Amerika: "Sebagai sebuah seni liberal utama dunia, anda boleh mempertimbangkan pelbagai kerjaya. Ini termasuk: eksekutif pengiklanan, penganalisis, arkib, penyiar, pekerja kempen, perunding, pembantu kongres, editor, pegawai perkhidmatan asing, pakar maklumat, ejen perisikan, wartawan, pembantu undang-undang, pelobi, pengurus kakitangan awam, penyelidik dan guru.

    Di negara kita, pemegang graduan sejarah berpotensi dipertimbangkan pelbagai kerjaya seperti guru, pensyarah, ahli arkib, kurator, penjaga rekod, pustakawan, pegawai kerajaan, peguam, juru perunding, penyelidik/pembantu penyelidik dan penulis. Jadi, tidak ada kekurangan perkembangan kerjaya bagi graduan dalam bidang ini. Walau bagaimanapun, bersaing rapat dengan gergasi ekonomi seperti kewangan dan kejuruteraan, sejarah menjadi agak terpencil dalam prospek kerjaya yang ditawarkan. Dalam kemelesetan ekonomi, bidang ini kurang terjejas berbanding jurusan sains sosial dan seni.

    Tetapi jangan jadikan ia sebagai tembok penghalang. Sejarah dan jurusan seni lebih diperlukan di dunia, kerana seni dan keindahan sejarah memberi lebih banyak ilmu berbanding statistik dan nombor. Untuk penerangan yang lebih terperinci tentang pasaran kerja untuk major Sejarah, anda boleh membaca artikel Robert B. Townsend. of History's Babel: Scholarship, Professionalization and the Historical Enterprise, 18801940 (University of Chicago Press, 2013).

    Prospek

    Kerjaya

    BULETIN

    SEJARAH - ED

    ISI 2/2013

    6

  • Ridzuan b. HasanGuru Cemerlang

    SEK. SERI PUTERI CYBERJAYA, SELANGOR

    WOW, HEBATNYA !

    BAB 6

    Pembentukan Kerajaan Islamdan Sumbangannya

    TINGKATAN 4

    Apakah aspek kecemerlangan kerajaan Turki Uthmaniyah yangboleh dimanfaatkan untuk kemajuan bangsa dan negara Malaysia?ME

    NGAP

    LIKA

    SI

    Sultan Mehmed Al-Fateh menjayakan misi menakluk kota Constantinople seawal usia 21 tahun

    Kepimpinan Cemerlang Negara GemilangKejayaan negara kita didokong oleh kepimpinan cemerlang sejak merdeka hingga kini. Kepimpinan negara telah membawa pelbagai kejayaan dan kemajuan sehingga meletakkan negara kita terkenal di persada antarabangsa.

    Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj digelar sebagai Bapa Kemerdekaan. Sumbangan terbesar beliau ialah mendapatkan kemerdekaan negara dan merealisasikan pembentukan Malaysia.

    Tun Abdul Razak bin Dato Hussein, mendapat gelaran Bapa Pembangunan kerana sumbangannya melaksanakan pembangunan negara melalui rancangan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

    Tun Hussein bin Dato Onn, digelar Bapa Perpaduan kerana berjaya memupuk semangat perpaduan dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

    Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, dikenali sebagai Bapa Pemodenan kerana kejayaan membangunkan Malaysia menjadi sebuah negara industri baru yang disegani dalam kalangan negara-negara membangun.

    Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, digelar Bapa Pembangunan Modal Insan kerana mengutamakan agenda pembangunan modal insan sebagai aset terpenting untuk memacu negara ke hadapan.

    Dato Seri Mohd Najib b. Tun Abdul Razak, dianugerahkan gelaran Bapa Transformasi Malaysia. Beliau memperkenalkan Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP) untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

    Kerajaan Turki Uthmaniyah merupakan sebuah empayar Islam yang unggul dan bertahan selama hampir 600 tahun. Keunggulan kerajaan ini amat dikagumi kerana sumbangannya kepada ketamadunan manusia sejagat dalam aspek politik, ekonomi dan sosial. Keunggulan kerajaan Turki Uthmaniyah masih relevan untuk membina kecemerlangan tamadun sesebuah negara pada masa kini.

    Kegemilangan kerajaan Turki Uthmaniyah ditunjangi oleh kepimpinan yang bijaksana, antaranya:

    Uthman Ertughrul berjaya menumpaskan tentera Byzantine dan mengasaskan kerajaan Turki Uthmaniyah. Orhan I membentuk Janassari iaitu pasukan tentera elit. Mehmed II digelar Al- Fateh kerana berjaya menakluk Constantinople, ibu negeri Byzantine. Selim 1 digelar sebagai Pelindung Dua Bandar Suci: Makkah dan Madinah. Suleiman 1 digelar Al-Qanuni (penggubal undang-undang) kerana memperkenalkan Kanun Suleiman. Baginda juga di gelar sebagai yang hebat kerana keluasan empayar pemerintahanya.

    KERAJAAN TURKI UTHMANIYAH

    Perdana Menteri Kedua (1970-1976)

    Perdana Menteri Pertama (1957-1970)

    Perdana Menteri Ketiga (1976-1981)

    Perdana Menteri Keempat (1981-2003)

    Perdana Menteri Kelima (2003-2009)

    Perdana Menteri Keenam (mulai 2009)

    BULE

    TIN

    SEJ

    ARAH

    - ED

    ISI 2

    /201

    3

    7

  • Keunggulan kerajaan Turki Uthmaniyah membuktikan bahawa pemerintahan dan kepimpinan berwibawa amat penting untuk kegemilangan sesebuah tamadun.Apakah ciri-ciri kepimpinan yang perlu ada pada generasi muda hari ini untuk memastikan pencapaian cemerlang negara Malaysia dapat diteruskan pada masa hadapan?

    Memajukan ekonomi negara Memelihara perpaduan kaum Bersikap kreatif dan inovatif

    Memupuk semangatpatriotik / jati diri

    Berwawasan Menjamin kestabilan politik

    Mengamalkan sikap terbuka Memajukan pendidikan Meningkatkan kemahiran

    Berpegang teguh kepadaajaran agama

    Sentiasa patuh kepadaundang-undang

    Bertoleransi dan berdiplomasi

    BULETIN

    SEJARAH - ED

    ISI 2/2013

    8

  • 3G 4:08 PM

    Chats Muridonline

    Send

    Sohaidie b. Mohd ZainGuru Cemerlang

    SMK TAMAN MALURI,KUALA LUMPUR

    WOW,HEBATNYA !

    BAB4

    Pembinaan Negara dan Bangsa Malaysia

    TINGKATAN 5

    MENGAPLIKASI/MENJANA IDEA

    Pembinaan negara dan bangsa Malaysia mengambil masa yang lama serta terpaksa menghadapi banyak cabaran. Pengenalan Malayan Union telah menyedarkan orang tempatan tentang perpaduan antara mereka. Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948 berjaya mengembalikan maruah bangsa yang dibentuk dengan mengambil kira sistem politik tempatan sebagai teras pembinaan negara dan bangsa Malaysia yang merdeka.

    Tahukah anda, banyak cabaran dihadapi untuk membina negara dan bangsa Malaysia?

    Apakah cabaran itu?

    Selama ini British menjalankan dasar menerima Negeri Melayu dan orang Melayu sebagai pemilik Tanah Melayu. British juga menerima adat istiadat Melayu, agama Islam dan bahasa Melayu ialah budaya Tanah Melayu.

    Ooo Apakah Malayan Union itu?

    Pengenalan Malayan Union oleh British hampir-hampir menjadikan negara kita dijajah dalam erti sebenarnya.

    Adakah selama ini Tanah Melayu belum dijajah?

    3G 4:12 PM

    Chats Muridonline

    Send

    Dasar British dalam usahanya untuk menghapuskannegara dan bangsa kita yang telah dibina sejak zamanKesultanan Melayu Melaka.

    Adakah penduduk Tanah Melayu menerima begitu sahaja?

    Ada yang menerima dan ada yang menentang. Penentangan yang dilakukan pula secara besar-besaran oleh orang Melayu dan akhirnya Malayan Union terpaksa dibatalkan oleh British.

    Wah, bagusnya! Berkat perpaduan semua negara kita terselamat daripada penjajahan yang sebenarnya Apakah yang berlaku seterusnya?

    Setelah Malayan Union digagalkan, Persekutuan Tanah Melayu 1948 dibentuk dan sejak itu negara kita peroleh banyak kejayaan hasil perpaduan dan kerjasama semua.

    Wow, hebatnya! Maksudnya, penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 itu bukti kejayaan mereka menentang British.

    Ya, betul tu! Berkat kebijaksanaan mereka, kita sekarang menikmati kejayaan dan kini menjadi tanggungjawab kita pula untuk menjaga negara kita dengan baik.

    Saya lampirkan fakta yang bersesuaian dengan soalan.

    Tepat sekali. Bagaimanakah kita nak kekalkan kedaulatan negara kita?

    BULE

    TIN

    SEJ

    ARAH

    - ED

    ISI 2

    /201

    3

    9

  • 3G 4:20 PM

    Chats Muridonline

    Send

    3G4:15 PMChatsMuridonline

    Send

    Apakah manfaat mengekalkan kedaulatan negara?

    Kemajuan ekonomi Kestabilan politik Kemakmuran dan keamanan negara Keyakinan pelabur asing

    Peningkatan taraf hidup rakyat Pembangunan infrastruktur Negara berdaya saing Negara dihormati dunia

    Tumpuan pelancong

    Semangat cintakan negaraboleh diamalkan melalui: Menghayati sejarah negara Mencontohi tokoh negara Berilmu pengetahuan Sentiasa bersyukur Sedia berkorban Mengutamakan kepentingan negara

    Mengamalkan nilai murni

    Bagaimanakah untuk mengekalkan kedaulatan negara kita?

    Menjadi warganegara berilmu Menghormati pemimpin Mematuhi undang-undang Mengamalkan prinsip Rukun Negara Mengamalkan semangat cintakan negara Mengamalkan perpaduan Menjalinkan hubungan diplomatik Mengukuhkan jati diri Berwaspada dengan kuasa asing

    Ooo ya...rupanya banyak cara untuk kita kekalkan kedaulatan negara kita. Cuma kita saja yang tidak mengamalkannya!

    Kita sebagai generasi muda hari ini sepatutnya ada semangat patriotisme yang kental. Sekiranya kita tidak mampu menangani cabaran nescaya negara kita akan tergadai

    Konsep aur dengan tebing patut menjadi pegangan bersama. Baguslah maklumat ini....Banyak yang boleh digunakan ketika menjawab soalan peperiksaan SPM nanti. Terima kasih.

    Baguslah begitu, tetapi jangan lupa membaca buku teks keseluruhan tajuk ini ya. Rujuk buku teks Sejarah Tingkatan 5 halaman 95 hingga 110. Selamat berjaya.

    TRAGEDI 13HB MEI,1969

    Pada hari ini dalam tahun 1969, telah berlaku satu peristiwa yang hampir-hampir menghancurkan keutuhan Negara yang dikenali sebagai Tragedi 13 Mei. Tragedi yang menggugat keutuhan Negara ini adalah ekoran daripada pilihan raya kebangsaan yang telah berlangsung pada 10 Mei 1969 di mana emosi dan sentimen perkauman telah disuarakan dengan begitu lantang. Keadaan ini telah digunakan sepenuhnya oleh pihak-pihak tertentu untuk tujuantujuan politik mereka. Hasil daripada pilihan raya ini Parti Perikatan telah berjaya menubuhkan kerajaan sekali lagi tetapi dengan kelebihan undi yang kurang daripada kemenangan-kemenangan yang lampau dan tanpa perwakilan daripada MCA. Akibat daripada tragedi ini, banyak nyawa yang tidak berdosa telah terkorban dan harta benda musnah. Bagaimanapun, peristiwa malang ini adalah merupakan satu rahmat yang tersembunyi. Ia adalah merupakan titik perubahan corak dan falsafah sosio-politik dan ekonomi Negara, juga menyedarkan semua pihak betapa jurang perbezaan sosial dan ekonomi adalah merupakan masalah asas masyarakat Malaysia. Untuk mengawal keadaan tindakan segera telah diambil oleh kerajaan dengan mengisytiharkan darurat di seluruh Negara oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Pada keesokan harinya Majlis Gerakan Negara atau ringkasnya MAGERAN ditubuhkan untuk bertindak dengan badan pemerintah. Pada 16 Mei, serentak dengan pengisytiharan Darurat, Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak telah dilantik sebagai Pengarah MAGERAN. Dengan pembubaran parlimen oleh DYMM SPB Yang di-Pertuan Agong, MAGERAN menubuh-kan MAJLIS PERUNDANGAN NEGARA pada bulan Januari, 1970 yang mengandungi 66 orang ahli dari semua golongan masyarakat berbagai kaum. Majlis Perundingan Negara ini mengadakan dialog yang serius di kalangan anggota-anggotanya bagi mencari jalan bagi untuk menguatkan perpaduan Negara dan menyediakan satu asas yang kukuh dan kekal untuk kembali kepada demokrasi berparlimen, dan mendapatkan satu panduan yang positif dan praktikal dalam usaha mencapai kerjasama antara kaum dan identiti masyarakat Malaysia yang tulen. Daripada perbincangan kesemua wakil dari semua kaum dan golongan ini lahirlah konsep RUKUNEGARA sebagai manifestasi ideologi kebangsaan. Berdasarkan kepada semangat RUKUN NEGARA, Jawatankuasa Ekonomi Majlis Perundingan Negara telah melahirkan DASAR EKONOMI BARU yang bertujuan untuk menyusun semula masyarakat dan menghapuskan kemiskinan, serta memelihara keselamatan Negara. Dasar Ekonomi Baru inilah yang menjadi asas dan dasar pembangunan Negara dalam semua bidang.

    Tarikh Peristiwa: 13.5.1969

    Sumber : Hari Ini Dalam Sejarah, Jilid 2, Percetakan Negara, Kuala Lumpur, 1981, hal.165

    Rujuk buku teks Sejarah Tingkatan 5 halaman 210

    Lampiran jawapan.

    Hari Ini Dalam

    Sejarah

    BULETIN

    SEJARAH - ED

    ISI 2/2013

    10

  • Roslani b. Maskan/Lim Chin Guan/

    Muhammad b. AbduhuGuru Cemerlang

    SMK TELUK MAS MERLIMAU, MELAKA/SMK PULAU SEBANG, MELAKA/

    MAKTAB SABAH, KOTA KINABALU, SABAH

    OH,SENANGNYA!

    BAB5

    Pembinaan Negara dan Bangsayang Merdeka

    TINGKATAN 5

    Dato Onn Jaafar

    Tun Tan Cheng Lock

    Dato E.E.C Thuraisingam

    Perpaduan telah diperjuangkan oleh pemimpin terdahulu melalui pakatan murni demi mendapatkan kemerdekaan. Bincangkan kepentingan perpaduan dalam merealisasikan Malaysia sebagai sebuah negara maju.

    1. PENGENALAN (5 markah) 2. MEMAHAMI (30 markah) 3. MENGANALISIS (15 markah)Jelaskan konsep pakatan murni Terangkan usaha-usaha yang

    dilakukan bagi mengadakan pakatan murni sebelum pentubuhan Parti Perikatan.

    Terangkan kerjasama melalui Parti Perikatan bagi menghadapi pilihan raya dari 1952 hingga 1955. Murid perlu menyatakan konsep pakatan murni yang berlaku

    di Tanah Melayu Rujuk buku teks Sejarah Tingkatan 5 halaman 119

    Murid dikehendaki menerangkan langkah-langkah Parti Perikatan dalam membentuk pakatan murni bagi mencapai perpaduan dalam kalangan penduduk. Rujuk buku teks Sejarah Tingkatan 5 halaman 119-121

    Murid perlu menerangkan usaha-usaha Parti Perikatan bagi memenangi Pilihan raya Majlis Perbandaran 1952, Pilihan raya Negeri 1954 dan Pilihan raya Umum 1955. Rujuk buku teks Sejarah Tingkatan 5 halaman 121-122.

    4. MENGAPLIKASI (15 markah)

    Sebagai pemimpin masyarakat, bagaimanakah anda mengukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan penduduk?

    Semangat perpaduan dapat dikukuhkan melalui aktiviti gotong-royong seperti dalam kenduri-kendara atau membersihkan kawasan kampung. Amalan kunjung mengunjung perlu disemarakkan terutamanya pada musim perayaan. Rumah terbuka peringkat kampung boleh dilaksanakan bagi memberi ruang semua penduduk berjumpa.

    Selain itu, kempen-kempen yang dapat menyemarakkan perpaduan perlu dijalankan seperti ceramah, pertandingan sukan rakyat, menganjurkan pesta jualan dan sebagainya.

    Amalan lain ialah seperti rukun tetangga, membina penempatan yang membawa kepada percampuran kaum, menyambut perayaan secara bersama, dan menubuhkan persatuan peringkat kampung seperti koperasi nelayan.

    Sebagai pemimpin, saya juga akan menggalakkan masyarakat setempat bertutur menggunakan bahasa Melayu, hidup saling menghormati dan memahami perbezaan budaya, kepercayaan dan agama setiap kaum.

    5. MENILAI (10 markah)

    Buktikan kejayaan yang dicapai hasil daripada kemantapan perpaduan .

    Antara kejayaan yang dicapai oleh negara hasil kekukuhan perpaduan ialah wujudnya kestabilan politik dan dapat meningkatkan imej negara di mata dunia. Dunia mengiktiraf kejayaan Malaysia dalam pelbagai bidang.

    Perpaduan juga membolehkan rakyat hidup dengan penuh harmoni dan aman damai. Masyarakat dapat menjalinkan hubungan akrab sesama mereka dan mengamalkan kebebasan beragama dan bersuara.

    Perpaduan juga mendorong kepada kejayaan dalam bidang ekonomi. Pelaburan sentiasa meningkat dan nilai matawang (RM) sentiasa berada dalam keadaan kukuh. Keadaan ini juga menarik pelancong dari negara luar mengunjungi Malaysia seterusnya membantu perkembangan industri lain seperti perhotelan.

    15 isi

    13 isi

    BULE

    TIN

    SEJ

    ARAH

    - ED

    ISI 2

    /201

    3

    11

  • 6. MENJANA IDEA (10 markah)

    Mengapakah perpaduan sukar dikecapi dalam masyarakat berbilang kaum?

    Perpaduan menjadi agenda utama negara kerana masyarakatnya yang berbilang kaum. Ini kerana setiap kaum mempunyai latar belakang sosioekonomi dan pengalaman sejarah yang berbeza. Mereka juga mengamalkan adat dan kepercayaan yang berbeza malah menuturkan bahasa yang berlainan. Selain itu, perpaduan sukar dicapai berdasarkan pola penempatan yang berbeza. Keadaan bertambah sukar apabila setiap kaum mempunyai ideologi politik yang berbeza berdasarkan penubuhan parti-parti politik berdasarkan kaum, mempunyai persepsi negatif terhadap bangsa lain , kurang sikap saling menghormati sebaliknya taksub kepada kaum sendiri. Ditambah dengan kegagalan media massa menyampaikan mesej perpaduan malah sering menimbulkan isi-isu sensitif.

    7. MENGHAYATI NILAI MURNI (10 markah)

    Apakah nilai-nilai murni yang perlu dimiliki oleh warganegara Malaysia dalam menyuburkan semangat perpaduan?

    Bagi menyuburkan semangat perpaduan, kita perlulah memiliki sikap hormat-menghormati antara satu sama lain. Jangan sesekali mempertikaikan atau menyentuh isu-isu sensitif yang boleh membawa kepada kemarahan kaum lain. Sebarang masalah yang boleh memudaratkan keharmonian dan perpaduan perlu ditangani dengan bijak dan berhati-hati. Selain itu, kita perlu menghormati pemimpin negara dan bersama-sama dengan mereka dalam memastikan perpaduan dapat dikekalkan. Rakyat juga perlu menghormati dan menghayati lambang-lambang negara. Ketaatan kepada raja dan negara perlu ada dalam setiap jiwa rakyat Malaysia. Sebagai warganegara, kita seharusnya berbangga dengan pencapaian dan kejayaan Negara pada hari ini hasil eratnya perpaduan antara kaum. Kita perlu terus memantapkan kerjasama antara kaum dalam pelbagai bidang malah sedia berkorban demi mempertahankan kedaulatan negara.

    8. RUMUSAN (5 markah)

    Rumuskan tentang pentingnya perpaduan dalam aspek pengetahuan yang diperoleh, iktibar kepada diri, bangsa dan negara serta harapan untuk masa depan Malaysia yang gemilang.

    Antara pengetahuan yang diperoleh ialah pentingnya perpaduan bagi menjamin kemakmuran dan kemajuan negara. Kita juga dapat mengetahui proses ke arah pembentukan pakatan murni sebelum kemerdekaan. Generasi hari ini perlu menghargai usaha pemimpin terdahulu dalam menyatupadukan penduduk berbilang kaum di negara kita melalui konsep musyawarah. Semua kaum di Malaysia perlu berusaha mengekalkan perpaduan demi mengekalkan keamanan negara. Pemimpin negara masa kini harus berusaha lebih gigih dalam mengukuhkan perpaduan agar rakyat dapat menikmati kehidupan yang lebih sempurna. Saya berharap perpaduan dalam kalangan masyarakat dapat disuburkan lagi bagi memastikan Malaysia mampu menjadi sebuah negara maju menjelang 2020. Selain itu, diharapkan semangat perpaduan yang sedia ada tidak diganggu gugat dengan isu-isu sensitif yang boleh menjejaskan keharmonian dan kemajuan negara.

    Pilihan raya

    Peningkatan ekonomi

    Kegemilangan Malaysia

    Pemimpin Malaysia

    Perpaduan kaum

    12 isi

    9 isi

    11 isi

    1 isi = 1mOleh itu 5 isi sudah memadai

    Menghayati lambang negara

    BULETIN

    SEJARAH - ED

    ISI 2/2013

    12

  • Edwin ApokGuru Cemerlang

    SMK SUNGAI MAONG, SARAWAK

    WOW, HEBATNYA !

    BAB 6

    Pengukuhan Negara dan BangsaMalaysia

    TINGKATAN 5

    GAGASAN MALAYSIA : APA KATA MEREKA?

    Ada banyak manfaat sekiranya SemenanjungTanah Melayu,Sabah dan Sarawak bergabung dalam Malaysia, antaranya...

    Betul kata Tunku itu, kita lihat sejak pembentukan Malaysia, negara kita sudah mencapai banyak kejayaan contohnya...

    Kita telah mencapai kemajuan dalam bidang ekonomi, contohnya sistem kewangan serta kemasukan pelaburan asing serta kemajuan dalam bidang pertanian, industri petroleum dan gas.

    Dalam bidang pendidikan, negara kita telah menjadi hab pendidikan antarabangsa. Kita juga maju dalam bidang sains dan teknologi seperti penerokaan angkasa lepas.

    Dari segi sistem pengangkutan, kita sudah ada jalinan jalan raya yang baik, serta sistem komunikasi yang canggih. Atlet kita juga berjaya dalam bidang sukan di peringkat antarabangsa.

    Paling penting, para pemimpin kita dapat mengekalkan keamanan serta kestabilan politik, menghapuskan ancaman komunis, bahkan banyak lagi kejayaan lain yang boleh kita banggakan.

    MENILAI

    MENGAPLIKASI

    (Tunku Abdul Rahman Putra)

    (Perdana Menteri Pertama)

    (Presiden Majlis Adat IstiadatSarawak)

    Tunku Abdul Rahman Putra

    (Tun Temenggung Jugah Anak Barieng)

    Tun Temenggung Jugah Anak Barieng

    Dari aspek politik, kita mesti memastikan kerajaan yang kukuh dapat dibentuk, negara semakin membangun dan maju. Usaha ini akan dapat dilaksanakan kepada pengamalan sistem demokrasi dan rakyat mendapat kebebasan serta hak asasi. Sistem pertahanan negara perlu dimantapkan bagi menjamin keamanan negara. Dari segi ekonomi, negara akan lebih maju, jika sekiranya ilmu sains dan teknologi berkembang. Malaysia akan menjadi destinasi pelabur asing yang terkenal dan akan mewujudkan peluang pekerjaan. Dari aspek sosial, pembentukan Malaysia, hubungan perlu dieratkan antara rakyat dalam pelbagai kaum bagi merapatkan integrasi nasional. Dengan itu, rakyat berpeluang menyambut pelbagai perayaan kaum, rakyat bebas mengamalkan agama dan kepercayaan masing-masing dan rakyat dapat mengamalkan budaya yang pelbagai. Oleh itu, akan wujud banyak bahasa yang dipertuturkan dan pelbagai jenis makanan mengikut kaum dapat dinikmati. Pembentukan Malaysia juga akan memperkembangkan sistem pendidikan dan terdapat pelbagai aliran persekolahan.

    Contoh jawapan murid

    Contoh jawapan murid

    6. MENJANA IDEA (10 markah)

    Mengapakah perpaduan sukar dikecapi dalam masyarakat berbilang kaum?

    Perpaduan menjadi agenda utama negara kerana masyarakatnya yang berbilang kaum. Ini kerana setiap kaum mempunyai latar belakang sosioekonomi dan pengalaman sejarah yang berbeza. Mereka juga mengamalkan adat dan kepercayaan yang berbeza malah menuturkan bahasa yang berlainan. Selain itu, perpaduan sukar dicapai berdasarkan pola penempatan yang berbeza. Keadaan bertambah sukar apabila setiap kaum mempunyai ideologi politik yang berbeza berdasarkan penubuhan parti-parti politik berdasarkan kaum, mempunyai persepsi negatif terhadap bangsa lain , kurang sikap saling menghormati sebaliknya taksub kepada kaum sendiri. Ditambah dengan kegagalan media massa menyampaikan mesej perpaduan malah sering menimbulkan isi-isu sensitif.

    7. MENGHAYATI NILAI MURNI (10 markah)

    Apakah nilai-nilai murni yang perlu dimiliki oleh warganegara Malaysia dalam menyuburkan semangat perpaduan?

    Bagi menyuburkan semangat perpaduan, kita perlulah memiliki sikap hormat-menghormati antara satu sama lain. Jangan sesekali mempertikaikan atau menyentuh isu-isu sensitif yang boleh membawa kepada kemarahan kaum lain. Sebarang masalah yang boleh memudaratkan keharmonian dan perpaduan perlu ditangani dengan bijak dan berhati-hati. Selain itu, kita perlu menghormati pemimpin negara dan bersama-sama dengan mereka dalam memastikan perpaduan dapat dikekalkan. Rakyat juga perlu menghormati dan menghayati lambang-lambang negara. Ketaatan kepada raja dan negara perlu ada dalam setiap jiwa rakyat Malaysia. Sebagai warganegara, kita seharusnya berbangga dengan pencapaian dan kejayaan Negara pada hari ini hasil eratnya perpaduan antara kaum. Kita perlu terus memantapkan kerjasama antara kaum dalam pelbagai bidang malah sedia berkorban demi mempertahankan kedaulatan negara.

    8. RUMUSAN (5 markah)

    Rumuskan tentang pentingnya perpaduan dalam aspek pengetahuan yang diperoleh, iktibar kepada diri, bangsa dan negara serta harapan untuk masa depan Malaysia yang gemilang.

    Antara pengetahuan yang diperoleh ialah pentingnya perpaduan bagi menjamin kemakmuran dan kemajuan negara. Kita juga dapat mengetahui proses ke arah pembentukan pakatan murni sebelum kemerdekaan. Generasi hari ini perlu menghargai usaha pemimpin terdahulu dalam menyatupadukan penduduk berbilang kaum di negara kita melalui konsep musyawarah. Semua kaum di Malaysia perlu berusaha mengekalkan perpaduan demi mengekalkan keamanan negara. Pemimpin negara masa kini harus berusaha lebih gigih dalam mengukuhkan perpaduan agar rakyat dapat menikmati kehidupan yang lebih sempurna. Saya berharap perpaduan dalam kalangan masyarakat dapat disuburkan lagi bagi memastikan Malaysia mampu menjadi sebuah negara maju menjelang 2020. Selain itu, diharapkan semangat perpaduan yang sedia ada tidak diganggu gugat dengan isu-isu sensitif yang boleh menjejaskan keharmonian dan kemajuan negara.

    Pilihan raya

    Peningkatan ekonomi

    Kegemilangan Malaysia

    Pemimpin Malaysia

    Perpaduan kaum

    12 isi

    9 isi

    11 isi

    1 isi = 1mOleh itu 5 isi sudah memadai

    Menghayati lambang negara

    BULE

    TIN

    SEJ

    ARAH

    - ED

    ISI 2

    /201

    3

    13

  • Bagi saya, banyak cabaran yang mungkin kita akan hadapi jika Gagasan Malaysia dibentuk...

    Kita akan berhadapan dengan cabaran berkaitan isu perpaduan kaum, kestabilan politik dan ekonomi. Kita juga berhadapan untuk melahirkan pemimpin negara yang mempunyai visi dan menggunakan sumber negara secara efisyen.

    Selain itu, kita menghadapi cabaran untuk melahirkan rakyat yang berilmu bagi memenuhi keperluan tenaga kerja mahir.

    Kita juga sentiasa menghadapi persaingan daripada negara maju iaitu pencapaian teknologi negara kita yang masih rendah. Mungkin juga kita akan berhadapan dengan bantahan daripada negara-negara jiran serta wujudnya masalah sosial dan pencemaran.

    Kita akan dapat mengatasi masalah-masalah tersebut jika langkah-langkah tertentu diambil, seperti melaksanakan program integrasi nasional untuk mengukuhkan perpaduan rakyat dan kestabilan politik.

    Kita juga perlu meningkatkan mutu pendidikan di negara kita untuk melahirkan masyarakat berfikiran kelas pertama dengan memajukan bidang penyelidikan dan pembangunan serta meneroka teknologi baru.

    Kita juga perlu meningkatkan hubungan diplomatik dengan negara-negara lain. Sekiranya semua ini dapat kita lakukan, maka Malaysia akan menjadi sebuah negara yang cemerlang.

    Sebagai pemimpin, saya berpendapat banyak iktibar dan pengajaran yang kita peroleh daripada peristiwa pembentukan Malaysia ini, antaranya...

    Sebagai pemimpin, kepentingan memelihara perpaduan dan kepentingan mengekalkan keamanan. Kita juga perlu bersedia menerima perubahan serta berdikari untuk mentadbir negara sendiri.

    Kita juga merupakan orang yang bertanggungjawab memelihara kedaulatan negara.

    Kita akan menjadi rakyat yang berani menghadapi cabaran, tidak mudah putus asa, rajin berusaha untuk memajukan negara serta berwawasan.

    Kita juga akan lebih memikirkan kepentingan mengekalkan tradisi dan budaya masing-masing serta mengamalkan sikap toleransi kaum, mematuhi undang-undang dan menerima pandangan orang lain .

    MENJANA IDEA

    MENGHAYATI NILAI-NILAI MURNI/IKTIBAR/PATRIOTISME

    (Tun Muhammad Fuad Stephen)

    (Ketua Menteri Sabah Pertama)

    (Yang Di-Pertua Negeri Sabah Pertama)

    Tun Muhammad Fuad Stephen

    (Tun Datu Mustapha Datu Harun)

    Tun Datu Mustapha Datu Harun

    Contoh jawapan murid

    Contoh jawapan muridBU

    LETIN SEJARAH

    - EDISI 2/2013

    14

  • Bagi saya, banyak cabaran yang mungkin kita akan hadapi jika Gagasan Malaysia dibentuk...

    Kita akan berhadapan dengan cabaran berkaitan isu perpaduan kaum, kestabilan politik dan ekonomi. Kita juga berhadapan untuk melahirkan pemimpin negara yang mempunyai visi dan menggunakan sumber negara secara efisyen.

    Selain itu, kita menghadapi cabaran untuk melahirkan rakyat yang berilmu bagi memenuhi keperluan tenaga kerja mahir.

    Kita juga sentiasa menghadapi persaingan daripada negara maju iaitu pencapaian teknologi negara kita yang masih rendah. Mungkin juga kita akan berhadapan dengan bantahan daripada negara-negara jiran serta wujudnya masalah sosial dan pencemaran.

    Kita akan dapat mengatasi masalah-masalah tersebut jika langkah-langkah tertentu diambil, seperti melaksanakan program integrasi nasional untuk mengukuhkan perpaduan rakyat dan kestabilan politik.

    Kita juga perlu meningkatkan mutu pendidikan di negara kita untuk melahirkan masyarakat berfikiran kelas pertama dengan memajukan bidang penyelidikan dan pembangunan serta meneroka teknologi baru.

    Kita juga perlu meningkatkan hubungan diplomatik dengan negara-negara lain. Sekiranya semua ini dapat kita lakukan, maka Malaysia akan menjadi sebuah negara yang cemerlang.

    Sebagai pemimpin, saya berpendapat banyak iktibar dan pengajaran yang kita peroleh daripada peristiwa pembentukan Malaysia ini, antaranya...

    Sebagai pemimpin, kepentingan memelihara perpaduan dan kepentingan mengekalkan keamanan. Kita juga perlu bersedia menerima perubahan serta berdikari untuk mentadbir negara sendiri.

    Kita juga merupakan orang yang bertanggungjawab memelihara kedaulatan negara.

    Kita akan menjadi rakyat yang berani menghadapi cabaran, tidak mudah putus asa, rajin berusaha untuk memajukan negara serta berwawasan.

    Kita juga akan lebih memikirkan kepentingan mengekalkan tradisi dan budaya masing-masing serta mengamalkan sikap toleransi kaum, mematuhi undang-undang dan menerima pandangan orang lain .

    MENJANA IDEA

    MENGHAYATI NILAI-NILAI MURNI/IKTIBAR/PATRIOTISME

    (Tun Muhammad Fuad Stephen)

    (Ketua Menteri Sabah Pertama)

    (Yang Di-Pertua Negeri Sabah Pertama)

    Tun Muhammad Fuad Stephen

    (Tun Datu Mustapha Datu Harun)

    Tun Datu Mustapha Datu Harun

    Contoh jawapan murid

    Contoh jawapan murid

    Nor Azan b. AliasGuru Cemerlang

    SMK SEREMBAN 2, NEGERI SEMBILAN

    WOW, HEBATNYA !

    BAB7

    Sistem Pemerintahan danPentadbiran Negara Malaysia

    TINGKATAN 5

    Negara kita memilih dan mengamalkan sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan.

    Raja kekal sebagai pemerintah tertinggi. Perdana Menteri mengetuai pentadbiran negara.

    KEJAYAAN NEGARAMELALUI PENGAMALAN

    SISTEM DEMOKRASIBERPARLIMEN DAN

    RAJA BERPERLEMBAGAAN

    Mengekalkankerajaan yang

    adil

    Kestabilannegara

    Kesejahteraannegara

    Ke arah sebuah

    negara yangmaju

    Kemakmuranekonomi

    Membentukidentiti negara

    Melahirkanrakyat yang

    taat dan setia

    Perpaduankaum dapatdikekalkan

    MENILAI

    Ciri-ciri Sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen1. Perlembagaan 2. Raja Berperlembagaan3. Parlimen 4. Kuasa pemerintah5. Pilihan raya 6. Parti politik7. Kebebasan asasi

    Negara demokrasi mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan atau sistem Republik.

    Rujuk buku teks Sejarah Tingkatan 5 halaman 161

    BULE

    TIN

    SEJ

    ARAH

    - ED

    ISI 2

    /201

    3

    15

  • Kertas 3(1249/3)

    Bentuk InstrumenMulai 2013

    Jenis Instrumen Tugasan

    Bilangan Tugasan

    Cakupan

    Satu (1)Nota:-- Tema- Tajuk umum dimaklumkan kepada calon 6 minggu sebelum tarikh peperiksaan bagi Kertas 3- Soalan serta panduan menjawab diberi pada hari peperiksaan

    20%

    100

    Konstruk Yang Diukur Kefahaman Mengaplikasi Menganalisis

    3 jamTempoh Ujian

    Wajaran

    Markah

    Sukatan Pelajaran Sejarah Tingkatan 4 dan 5

    INFOTERK

    INI

    Menilai Menjana idea Menghayati nilai

    Badan Perundangan- Terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong, Dewan Rakyat (DR) dan Dewan Negara (DN). Menggubal undang-undang untuk menjamin keadilan dan kesejahteraan rakyat.

    Badan Pelaksana- Jemaah Menteri atau Kabinet merupakan badan Pelaksana dasar-dasar kerajaan. Ada 24 kementerian. Setiap satu diketuai oleh menteri dan timbalan menteri (2013). Mengubal dasar-dasar kerajaan.

    Badan Kehakiman- Berkuasa mendengar dan menentukan perkara sivil dan jenayah. Terdiri daripada Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak. Mahkamah Rendah pula terdiri daripada Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret.

    Bagaimanakah kita dapat memantapkan sistem pemerintahan

    negara?

    Mematuhi undang-undangMeningkatkan ilmu

    Menghormati pemimpin

    Mengutamakan rundingan

    Meningkatkan perpaduan kaum

    Menyemarakkan semangat patriotismeMeningkatkan semangat jati diri

    Mengamalkan toleransi

    Meningkatkan taraf hidup

    Menyokong usaha kerajaan

    Negara kita amalkan konsep pengasingan kuasa iaitu kuasa pemerintahan dibahagi kepada Badan Perundangan, Badan Pelaksana, dan Badan Kehakiman

    Badan Perundangan Badan Pelaksana Badan Kehakiman

    Rujuk buku teks SejarahTingkatan 5 halaman 172

    Rujuk buku teks SejarahTingkatan 5 halaman 173

    Rujuk buku teks SejarahTingkatan 5 halaman 174

    (Legislatif) (Eksekutif) (Judisiari)

    Format Instrumen Pentaksiran Mata Pelajaran Sejarah SPM Kertas 3