Busana Sarawak

  • View
    2.134

  • Download
    0

Embed Size (px)

Text of Busana Sarawak

Busana SarawakKeindahan pakaian kaum etnik dari Sarawak terserlah dengan ragamhias yang mempamerkan kemahiran tangan yang menghasilkannya. Ragamhias pada pakaian membentuk motif-motif etnik samada dari tenunan, jalian manik dan labuci. Perhiasan diri dari perak dan manik yang sarat melambangkan status dan kekayaan bagi pemakainya.

Tapok Tunjang dan bulu burung

KainKebat Marek Empang Lampit Sirat Syiling Selampai

G1-Pakaian tradisinal Iban semasa keraian Pakaian Istiadat suku kaum Iban. Lelaki memakai Baju Burung dan sirat serta tali pinggang lampit dan manik-manik. Kepala memakai setapok tunjang dan bulu kenyalang. Wanita memakai bidang berhias syiling dan loceng serta selampai dan marek empang. Perhiasan diri dari perak seperti ringgit gobeng, gelang kelunchong dan sugu tinggi.

1

G2- Pakaian Iban dan kain tenun pua Lelaki Iban memakai Baju Burung iaitu jaket tenunan motif Iban dan sirat atau cawat dari kain tenun kasar dan puncanya dihiasi tenunan bercorak. Memakai ikat kepala dari kain tenun dan tali pinggang perak. Wanita memakai skirt atau bidang tenun Pua. Bahagian atas memakai baju kecil atau kemban dan dilindungi dengan marek empang dari manik. Hiasan diri sarat barangan perak seperti tali pinggang, rawai dan sugu tinggi.

G 3 Pakaian Iban Lelaki Iban memakai jaket bulu kambing atau harimau bintang dipadankan dengan sirat kain tenun, pakaian kepala ketapu berhias perak dan bulu kenyalang. Wanita memakai pakaian istiadat lengkap, bidang, selampai yang disilangkan di dada dan marek empang. Perhiasan diri 2

barangan perak, rawai, ringgit gobeng dan sugu tinggi.

G4- Baju wanita orang Ulu Wanita orang Ulu banyak menggunakan manik dan labuci sebagai penyeri pakaian. Pakaian ini dibuat dari baldu berhias labuci motif aso dan naga. Subang telinga iseng dari tembaga bagi melanjutkan telinga yang menjadi kebanggaan bagi wanitanya.

3

G 5 Pakaian pasangan orang Ulu Pasangan Orang Ulu. Lelaki memakai kulit kambing sunong dan cawat satin serta perhiasan kepala daripada bulu kenyalang. Wanita menggayakan ta'ah baldu merah berhiaskan labuci motif aso dan naga.

G6- Pakaian lelaki Bidayuh semasa keraian Pakaian lelaki Bidayuh baju dan seluar dari satin dihiasi pita merah dan putih. Bahagian luar memakai jipo Boyuh dari kulit kayu dan kalung gigi beruang.

4

G7 Pakaian Bidayuh Pakaian lelaki Bidayuh. Jaket daripada kulit kayu jipo Boyuh dipadankan dengan cawat berlatarkan warna biru, merah dan hitam. Lazimnya lelaki Bidayuh memakai baju berlengan panjang dan seluar berwarna hitam dan menyarungkan jipo di sebelah luarnya.

5

G8- Pakaian wanita Bidayuh Wanita Bidayuh menggayakan baju jipo pendek dan skirt bidang fabrik satin rona hitam berhias selempang merah perhiasan pinggang daripada syiling perak. Perhiasan kepalanya ialah sipiah dari tiga warna hitam, merah dan putih berhias manik, labuci dan syiling perak.

6

G9- Pakaian pasangan Melayu Sarawak Pasangan Melayu Sarawak menggayakan pakaian tradisional. Lelaki berbaju Melayu Cekak Musang dan bersamping songket. Wanita berbaju Kurung Teluk Belanga, kepala dihiasi selayah diserikan selempang sarung di bahu. Baju Melayu Cekak Musang merupakan pakaian tradisional bagi lelaki Melayu. baju ini dipadankan dengan samping songket tenunan Sarawak. Wanita Melayu pula memakai Baju Kurung dan kain sarung songket serta tudung kerengkam

7

G10 Pakaian wanita Melayu Sarawak Wanita Melayu Sarawak menggayakan Baju Kurung broked, sarung songket bunga tabur, selayah kerengkam dan selempang songket.

G11 Pakaian lelaki Melanau Pakaian lelaki Melanau dari satin berwarna gelap dipadankan dengan kain songket bunga tabur dan pakaian kepala sengkulon dari Jawa. Lelaki.

8

G12 Pakaian wanita Melanau Pakaian pengantin zaman silam Serebaeng atau Baju Baban ini digayakan wanita Melanau berketurunan Sembilan Pikul. Bajunya dari kain satin atau baldu dan selendang yang dihiasi kepingan perak dan emas. Kain sarung songket jong sarat dan memakai tali pinggang serta pending.

G13- Pakaian wanita Melanau Wanita Melanau menggayakan baju baldu hitam dengan sarung songket Brunei tenunan Sarawak, bertali pinggang pending besar, diserikan dokoh dan perhiasan kepala kepih sanggul. 9

G14 Pakaian Lelaki Melanau Pakaian tradisional Melanau. Lelaki menggayakan baju potongan moden bersamping broked oren keemasan, pinggang berikat selendang sifon berkopiah Jawa.

10

G15- Pakaian pengantin wanita Melanau Wanita Melanau menggayakan Baju Baban asal pakaian pengantin Melanau. Baju kurung pendek warna hitam dipadankan dengan kain songket. Di dada memakai 2 helai selendang merah dan perhiasan diri kepih dada dan kepih sanggul.

11

G16 Pakiaan wanita orang Ulu Wanita Orang Ulu menggayakan pakaian tradisi lengkap dengan topi hiasan kepala.

G17- Pakaian lelaki orang Ulu 12

Pakaian tradisional lelaki Orang Ulu yang menggayakan jaket sunong dan cawat bah berhias manik dan tali berwarna-warni penyeri tangan dan kaki. Perhiasan kepala lavung kirieng dari manik berhias bulu kenyalang.

G18- Pakaian pasangan orang Ulu Lelaki orang Ulu menggayakan sunong dan bah berhias manik serta perhiasan kepala daripada bulu binatang dan anyaman manik. Wanita Orang Ulu menggayakan busana dipanggil basung dan ta'ah berhias labuci dan hiasan kepala lavung indu.

13

G19- Pakaian bomoh Pakaian Bayuh Borih atau bomoh wanita digayakan semasa Kumang Gawai. Jipo dan bidang dari kain baldu atau satin dihiasi labuci dan manik. Memakai sipiah sebagai hiasan kepala dan tali pinggang gobeng dari untaian syiling-syiling.

Busana SabahPenduduk Sabah terdiri daripada pelbagai suku kaum. Di antaranya 14

adalah Kadazandusun, Bajau, Murut, Kedayan, Bisaya, Irranun, Rungus, Kimarang, Kwijau, Lundayeh, Ubian, Binadan, Orang Sungai, Tatana, Tagaas, Brunei, Suluk dan lain-lain. Perbezaan diantara berbagai-bagai suku kaum tersebut adalah ketara terutama sekali dari segi bahasa, ugama, adat istiadat, corak dan pegangan hidup termasuklah pakaian tradisi mereka. Penggunaan pakaian-pakaian tradisional tersebut boleh dilihat dari dua sudut zaman iaitu zaman klasik dan zaman moden. Di zaman klasik, pakaian-pakaian tradisional ini dipakai semasa uparaca-upacara ritual, hari perkahwinan dan sebagai pakaian seharian. Di zaman moden pula pakaian-pakaian tradisional ini hanya dipakai untuk tujuan-tujuan yang tertentu seperti di hari perkahwinan oleh pengantin lelaki dan perempuan (kadangkala juga oleh pengapit pengantin) serta untuk acara-acara kebudayaan. Kebanyakan suku kaum di Sabah memilih hitam sebagai warna pakaian traditional mereka. Penggunaan warna hitam asalnya daripada kepercayaan bahawa warna hitam adalah lambang kekuasaan atau warna ketuhanan yang mana dapat melindungi si pemakai daripada makhlukmakhluk halus yang jahat. Ada setengah-tengah pihak mengatakan bahawa penggunaan warna hitam adalah disesuaikan dengan cara hidup dan keadaan semulajadi di waktu itu. Hiasan Diri Pada masa lalu, batu akik merah, manik-manik kaca berwarna, kulit kowri, butang putih atau cakera yang dibuat daripada cengkerang dan tembaga digunakan untuk menghiasi pakaian lelaki dan perempuan. Pada hari ini, kebanyakan hiasan-hiasan ini diganti dengan manik-manik plastik dan bahan moden yang lain seperti benang emas dan perak, labuci dan benang berwarna. Seperti dahulu, hiasan-hiasan ini masih lagi disertai dengan tali pinggang yang dibuat daripada berbagai-bagai bahan seperti manik cengkerang dan kaca duit syiling perak, tembaga dan logam-logam 15

lain, lapik pinggang yang dibuat daripada rotan berwarna untuk mengetatkan gaun, seluar atau anak baju. Kalung dibuat daripada berbagai-bagai bahan dijadikan hiasan leher dan dada. Gelang juga dipakai untuk menghiasi lengan, pergelangan tangan serta kaki. Tutup kepala seperti terendak atau tudung dipakai oleh kaum lelaki dan wanita sebagai pakaian biasa sebagai pelindung dan penahan peluh. Pada majlis-majlis upacara, terendak-terendak yang dipakai adalah lebih indah dan berwarna-warni. Spesialis ritual memakai tutup kepala dan pakaian dengan hiasan yang banyak yang membezakan mereka dari orang biasa apabila mereka menjalankan sesuatu upacara tradisional. Kaum lelaki masih memakai sigah sejak dari dahulu lagi. Sigah atau tanjak ini adalah sekeping kain segiempat yang dipakai dalam berbagai-bagai bentuk mengikut daerah atau asal si pemakai. Kaum wanita pula memakai manik, sisir, tudung dan terendak bergantung pada waktu dan kegiatan yang dilakukan Busana tradisional mereka menggambarkan kekayaan hasil tangan seperti tenunan bersulam linangkit dan kreativiti manik dan labuci serta pelbagai hiasan seperti hiasan kepala sarempak, hiasan leher mandapun, penutup kuku keku, tali pinggang berserta pending ingkot pangkat juga selendang. Kemahiran menghias pakaian dan cara berpakaian yang kemas dan cantik menjadikan koleksi pakaian negeri Sabah hebat, unik dan amat menarik perhatian.

16

G20- Kaum Suluk Pakaian tradisional untuk tarian Mengiluk bagi suku kaum Suluk.

17

G21- Kaum Lotud Pakaian tradisional suku kaum Lotud. Lelaki memakai baju baldu atau kapas berwarna hitam dan dihiasi sulaman dan labuci. Kepala memakai sundi dari kain destar. Wanita memakai baju dan sarung dari kain kapas yang dihiasi sulaman tinobogi dan linangkit dari benang berwarna-warni.

18

G22- Kaun Irranum Lelaki dan wanita suku kaum Irranun menggayakan pakaian tradisional yang diperbuat dari kain tenun atau kain Mogah.

19

G23- Kaum Bajau Pakaian tradisional suku Kaum Bajau. Wanita menggayakan blaus badu sampit dan kain sarung olos berangkit, perhiasan leher mandapun dan perhiasan kepala sarempak. Lelaki Bajau menggayakan baju potongan Cekak Musang, seluar, samping dan destar.

20

G24- Wanita Kokos Pakaian tradisional suku kaum Koko