127

Click here to load reader

C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

  • Upload
    awe-sky

  • View
    139

  • Download
    30

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

MODUL

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

C1001 BAHAN DAN BINAAN KEJURUTERAAN

KHAIRUL NIZAM MAT AMIN (POLISAS)

DEWI MUHIANI TUMIRAN (POLISAS) ISMAIL HJ JOHARI (POLISAS)

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com

Page 2: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

GRID KURIKULUM MODUL BAHAN DAN BINAAN KEJURUTERAAN (C1001)

TOPIK UNIT

PEMBINAAN KAYU 1

KERJA BATA 2 3

KERJA LOGAM 4

BAHAN BUKAN LOGAM 5

KEMASAN 6

STRUKTUR-STRUKTUR BINAAN 7

UNIT 1 : PEMBINAAN KAYU ( 8 JAM)

1.1 Kayu Tempatan

1.2 Jenis-jenis Kemasan Dan Kegunaanya

1.3 Jenis-jenis Bahan Pelarut Dan Kegunaanya

1.4 Kerja Kayu Dan Kerja Tanggam

UNIT 2 : KERJA BATA ( 2 JAM)

2.1 Jenis-jenis Bata Dan Ukuranya

2.2 Kegunaan Bata Potong

2.3 Bahagian Dan Ukuran Bata

2.4 Istilah-istilah Dalam Kerja Bata

UNIT 3 : KERJA BATA ( 2 JAM)

3.1 Jenis-jenis Ikatan Kerja Bata

3.2 Ciri-ciri Ikatan Bata serta Peraturan

Susunanya

3.3 Takrif Kemas Ikat

3.4 Fungsi Kemas Ikat

3.5 Jenis Kemas Ikat

UNIT 4 : KERJA LOGAM ( 6 JAM)

4.1 Logam Besi

4.2 Logam Bukan Besi

4.3 Pembinaan Struktur Keluli

4.4 Langkah-langkah Kesematan kerja keluli

UNIT 5 : BAHAN BUKAN LOGAM (2 JAM)

5.1 Jenis-jenis bukan logam

5.2 Kegunaan bukan logam

UNIT 6 : KEMASAN ( 4 JAM)

6.1 Kemasan Lantai

6.2 Kemasan Dinding

6.3 Kemasan Siling

6.4 Kemasan Bumbung

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com

Page 3: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

UNIT 7 : STRUKTUR-STRUKTUR BINAAN ( 6 JAM )

7.1 Tingkap

7.2 Pintu

7.3 Dinding

7.4 Tangga

7.5 Bumbung

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com

Page 4: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

PANDUAN MENGGUNAKAN MODUL

1. Modul ini dibahagikan kepada 7 unit. Setiap unit disediakan dalam jilid yang sama.

2. Muka surat dinomborkan berdasar kepada kod subjek, unit dan

halaman.

C1001 / UNIT 1 / 1 Subjek Unit 1 Halaman 1

3. Pada permulaan unit, objektif am dan khusus dinyatakan. 4. Setiap unit mengandungi urutan aktiviti dan diberikan simbol

berikut:-

OBJEKTIF

Bahagian ini mengandungi objektif am dan khusus setiap pembelajaran.

INPUT

Input mengandungi maklumat yang akan anda pelajari.

AKTIVITI

Bahagian ini mengandungi proses pembelajaran secara aktif untuk menguji kefahaman anda. Anda perlu ikuti dengan teliti dan melaksanakan arahan yang diberikan.

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com

Page 5: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

5. Anda perlu mengikuti unit demi unit yang disediakan. 6. Anda boleh meneruskan unit selanjutnya setelah berjaya melalui

unit sebelumnya dan yakin dengan pencapaian anda.

MAKLUMBALAS KEPADA AKTIVITI Bahagian ini mengandungi jawapan kepada soalan-soalan yang dikemukakan dalam aktiviti.

PENILAIAN KENDIRI

Penilaian kendiri menguji kefahaman anda dalam setiap unit.

MAKLUMBALAS KEPADA PENILAIAN KENDIRI

Bahagian ini mengandungi jawapan kepada soalan- soalan yang dikemukakan dalam penilaian kendiri.

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com

Page 6: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

PERNYATAAN TUJUAN Modul ini disediakan untuk kegunaan pelajar-pelajar Semester 1 yang mengikuti kursus Sijil/Diploma di Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia. Ianya bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang konsep sesuatu unit kearah pembelajaran kendiri atau dengan bimbingan daripada pensyarah.

PRA-SYARAT KEMAHIRAN & PENGETAHUAN

Tiada

OBJEKTIF AM MODUL Di akhir modul ini, pelajar-pelajar akan dapat:-

Menghuraikan pengkelasan kayu berdasarkan aspek botani, ketumpatan dan kelasakan serta kekuatan.

Menerangkan proses pengeluaran kayu bersaiz piawai.

Menerangkan tatacara pengeringan kayu dengan kaedah semulajadi dan tanur.

Menyatakan sebab-sebab kecacatan kayu/papan dari segi semulajadi dan faktor luaran.

Menerangkan kesan kecacatan kayu terhadap pembinaan.

Menyatakan tatacara pengawetan kayu dengan kaedah sapuan, semburan, rendaman dan tekanan.

Menerangkan kebaikan dan keburukan kayu sebagai bahan binaan.

Menerangkan jenis-jenis dan kegunaan produk kayu seperti papan lapis, serpihan, gentina, gentian dan lain-lain produk terbaru.

Menyatakan jenis-jenis kemasan kayu dan kegunaannya seperti wax, syelek, lekar dan cat.

Menyatakan jenis-jenis bahan pelarut dan kegunaannya seperti turpentine, spirit dan thinner.

Menerangkan jenis tanggam dan peringkat struktur seperti lantai, tangga, pintu, tingkap, siling dan kekuda bumbung.

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com

Page 7: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

PERALATAN & SUMBER YANG DIPERLUKAN BERSAMA MODUL

1. Sampel jenis-jenis kayu. 2. Contoh bahan kemasan dan pelarut. 3. Gambarajah struktur tanggam pada bangunan.

RUJUKAN

1. Tan Boon Tong, Teknologi Binaan Bangunan, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1994

2. Hafidzah Ahmad Abas, Binaan Bangunan, Delta1987 3. Mohd Nor Ihkasan, Bahan Binaan, Delta 1987 4. Mat Lazim Zakaria, Bahan Dan Binaan, DBP, 1987. 5. Mohd. Fu’ad Suhaimi, Bahan dan Binaan, PUO.

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com

Page 8: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

MODUL POLITEKNIK

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

UNIT 1 PEMBINAAN KAYU

KHAIRUL NIZAM MAT AMIN (POLISAS)

DEWI MUHIANI TUMIRAN (POLISAS) ISMAIL HAJI JOHARI (POLISAS)

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com

Page 9: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

MODUL POLITEKNIK

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

UNIT 2 KERJA BATA

KHAIRUL NIZAM MAT AMIN (POLISAS)

DEWI MUHIANI TUMIRAN (POLISAS) ISMAIL HAJI JOHARI (POLISAS)

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com

Page 10: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

MODUL POLITEKNIK

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

UNIT 3 KERJA BATA

KHAIRUL NIZAM MAT AMIN (POLISAS)

DEWI MUHIANI TUMIRAN (POLISAS) ISMAIL HAJI JOHARI (POLISAS)

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com

Page 11: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

MODUL POLITEKNIK

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

UNIT 4 KERJA LOGAM

KHAIRUL NIZAM MAT AMIN (POLISAS)

DEWI MUHIANI TUMIRAN (POLISAS) ISMAIL HAJI JOHARI (POLISAS)

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com

Page 12: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

MODUL POLITEKNIK

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

UNIT 5 BAHAN BUKAN LOGAM

KHAIRUL NIZAM MAT AMIN (POLISAS)

DEWI MUHIANI TUMIRAN (POLISAS) ISMAIL HAJI JOHARI (POLISAS)

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com

Page 13: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

MODUL POLITEKNIK

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

UNIT 6 KEMASAN

KHAIRUL NIZAM MAT AMIN (POLISAS)

DEWI MUHIANI TUMIRAN (POLISAS) ISMAIL HAJI JOHARI (POLISAS)

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com

Page 14: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

MODUL POLITEKNIK

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

UNIT 7 STRUKTUR-STRUKTUR BINAAN

KHAIRUL NIZAM MAT AMIN (POLISAS)

DEWI MUHIANI TUMIRAN (POLISAS) ISMAIL HAJI JOHARI (POLISAS)

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com

Page 15: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

PEMBINAAN KAYU C1001/UNIT1/1

polisas.nizam.dewi.maail

1

Unit

PEMBINAAN KAYU

OBJEKTIF AM

Memahami konsep–konsep asas kayu, jenis-jenis kecacatan, kesan pembinaan, pengeringan, pengawetan, pemeliharaan, papan lapis, serpihan dan gantian, kemasan, pelarut dan tanggam.

OBJEKTIF

KHUSUS Di akhir unit ini anda dapat :

Menghuraikan pengkelasan kayu berdasarkan aspek botani, ketumpatan dan kelasakan serta kekuatan.

Menerangkan proses pengeluaran kayu bersaiz piawai. Menerangkan tatacara pengeringan kayu dengan

kaedah semulajadi dan tanur. Menyatakan sebab-sebab kecacatan kayu/papan dari

segi semulajadi dan faktor luaran. Menerangkan kesan kecacatan kayu terhadap

pembinaan. Menyatakan tatacara pengawetan kayu dengan kaedah

sapuan, semburan, rendaman dan tekanan. Menerangkan kebaikan dan keburukan kayu sebagai

bahan binaan. Menerangkan jenis-jenis dan kegunaan produk kayu

seperti papan lapis, serpihan, gentina, gentian dan lain-lain produk terbaru.

Menyatakan jenis-enis kemasan kayu dan kegunaannya seperti wax, syelek, lekar dan cat.

Menyatakan jenis-jenis bahan pelarut dan kegunaannya seperti turpentine, spirit dan thinner.

Menerangkan jenis tanggam dan peringkat struktur seperti lantai, tangga, pintu, tingkap, siling dan kekuda bumbung.

DOWNLOAD

http://modul2poli.blogspot.com

Page 16: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

PEMBINAAN KAYU C1001/UNIT1/2

polisas.nizam.dewi.maail

1.0 PENGENALAN

Cuba anda lihat disekeliling anda, pada bangunan terdapat banyak komponen kayu yang digunakan. Kayu tersebut adalah daripada jenis yang pelbagai. Terdapat banyak kegunaan kayu diantaranya:

Sebagai bahan binaan - kayu digunakan untuk membuat tiang, lantai, dinding, rasuk, jambatan, landasan keretapi, cerucuk dan sebagainya.

Sebagai bahan perabot

Untuk pembungkusan – secara ringan atau berat

Untuk membuat alatan dan pemegang

Sebagai bahan larikan (turnery) dan patung permainan.

Dijadikan papan lapis dan papan gantian.

Selain dari itu, kayu juga digunakan untuk menghasilkan kertas dan sebagai bahan mentah dalam menghasilkan alkohol kayu, arang, turpentine dan lain-lain lagi. Malaysia merupakan sebuah negara pengeksport kayu yang terkenal di dunia.

1.1 KAYU TEMPATAN

Banyak jenis kayu tempatan yang bermutu tinggi baik untuk bahan pembinaan mahupun kegunaan bahan yang lain. Jenis kayu yang biasanya digunakan ialah:

Kayu lembut seperti damar minyak (Rajah 1.4). Kumpulan kayu keras yang berat seperti cengal, balau/selayan

batu, kekatung, merbau, tembusu dan resak (Rajah 1.1). Kumpulan kayu keras yang sederhana berat seperti kapur,

kempas, keruing dan tualang (Rajah 1.2). Kumpulan kayu keras yang ringan contohnya jelutung, meranti,

nyatuh, ramin, sepetir dan kayu getah (Rajah 1.3).

Rajah 1.1 : Kumpulan Kayu Keras yang sederhana berat Rajah 1.2 : Kumpulan Kayu Keras yang Berat

INPUT

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com

Page 17: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

PEMBINAAN KAYU C1001/UNIT1/3

polisas.nizam.dewi.maail

Rajah 1.3 : Kumpulan Kayu Keras yang Ringan Rajah 1.4 : Kayu Lembut

Sumber : Teknologi Binaan Bangunan (Tan Boon Tong), DBP (1994)

1.1.1 Pengkelasan Kayu Berdasarkan Aspek Botani, Ketumpatan, Kelasakan dan Kekuatan.

Jadual 1.1 : Menunjukkan Senarai Beberapa Jenis Kayu dan Kegunaanya.

Kumpulan Nama Ketumpatan Kekuatan Tekanan/Kelasakan

Kegunaan

Keras dan berat Gred A

Cengal Balau/ Selayan batu Kekatong Merbau Resak Tembusu

993kg/m3

1027kg/m3

847kg/m

3

9.979N/mm

2

11.38N/mm

2

9.17N/mm

2

4.9-11.45N/mm

2

8.00N/mm

2

Kapal, rangka, ukiran. Jambatan, landasan, cerocok, gelegar, lantai dan perabot Rasuk, rangka pintu/tingkap, pemegang alat lantai parket dan panel. Kerja hiasan, parket, perabot, venir dan pemegang alat. Pembinaan berat, tiang rasuk, cerucuk, lantai, jambatan, kapal, rangka pintu/tingkap, landasan. Pembinaan berat, lantai parket dan perabot.

Keras dan sederhana berat Gred B

Kempas Keruing Kapur Tualang

926kg/m3

926kg/m

3

791kg/m3

875kg/m3

7.52N/mm2

4.34-9.17N/mm

2

6.74N/mm

2

8.0N/mm2

Pembinaan berat, tiang, gelegar, panel, jambatan, parket, gerobok, cerucuk dan pemegang alat. Pembinaan umu, tiang, landasan, jambatan dan gerabak lori. Kekuda, rasuk dan tiang. Tiang, rasuk, parket, lantai dan perabot.

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com

Page 18: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

PEMBINAAN KAYU C1001/UNIT1/4

polisas.nizam.dewi.maail

Keras dan ringan Gred C

Nyatuh Jelutung Meranti Ramin Sepetir Kayu getah

758kg/m3

707kg/m

3

657kg/m

3

707kg/m

3

2.65N/mm

2

3.38N/mm

2

5.93N/mm

2

4.69N/mm

2

Pintu, tingkap, rasuk tiang, lantai, siling dan perabot. Pensel, patung, bingkai gambar dan pemegang berus. Pembinaan ringan, lantai, venir, perabot, papan lapis, pelapisan pintu, tingkap dan panel. Hiasan perabot, dinding dalam dan panel. Gerobok, panel dan perabot. Perabot, panel, parket dan susur tangga.

Lembut Gred D

Damar minyak

Panel hiasan, venir, papan lapis dan perabot

Sumber : Teknologi Binaan Bangunan (Tan Boon Tong), DBP (1994)

1.1.2 Proses Pengeluaran Kayu Bersaiz Piawai Kayu balak setelah digergaji dikelaskan mengikut ukurannya. Pengkelasan yang berikut adalah terdapat dalam pasaran tempatan.

Jadual 1.2 : Jenis dan Ukuran Kayu

Sumber : Teknologi Binaan Bangunan (Tan Boon Tong), DBP (1994)

1.1.3 Tatacara Pengeringan Kayu

Kayu perlu dikeringkan sehingga kandungan lembapannya kurang daripada 15% barulah sesuai digunakan dalam kerja pembinaan, jika kandungan lembapan berlebihan kayu akan mengecut dan mengakibatkan kecacatan pada kerja yang dihasilkan. Oleh sebab itu proses pengeringan kayu merupakan satu langkah yang mesti dilakukan sebelum kayu boleh digunakan. Pengeringan mempunyai tujuan berikut :

menambahkan kekuatan, tahan lasakan dan kesenangan kerja. mengurangkan kemungkinan kayu pecah, mengecut dan

menggeleding.

Bil Nama Ukuran

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

Balak Tiang Kayu segi besar Papan Beroti Beroti kecil Papan jalur

Potongan kayu daripada pokok atau dahan yang tidak digergaji. 100mmx100mm-150mmx150mm Tebal > 100mmxlebar > 150mm Tebal 12mm-37mmxlebar > 150mm Tebal 37mm-100mm < 150mm Tebal 20mm-37mmx25mm-75mm Tebal < 20mmxlebar < 100mm

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com

Page 19: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

PEMBINAAN KAYU C1001/UNIT1/5

polisas.nizam.dewi.maail

mengelakkan kayu daripada serangan serangga dan kulat. mengurangkan berat, menjimatkan kos penghantarannya. untuk kemudahan kerja-kerja mengawet, mengecat dan menggilap. menjadikannya lebih mudah membakar, jika dijadikan sebagai kayu

api.

a) Kaedah Pengeringan Secara Semulajadi

Proses pengeringan ini lambat dan mengambil masa yang panjang. Dalam proses ini kayu basah disusun dengan cara yang teratur dan dilindungi di bawah bumbung. Kayu tersebut dibiarkan menjadi kering sendiri. Jangkamasa yang diperlukan adalah bergantung kepada:

Jenis kayu Kandungan lembapan kayu Cara susunannya Iklim cuaca semasa pengeringan dilakukan

Proses pengeringan ini sukar dikawal. Oleh sebab itu, mutu kayu yang dihasilkan dengan cara ini tidak seragam.

b) Pengeringan Tanur Dengan pengeringan tanur, kayu dapat dikeringkan dalam masa yang lebih singkat disamping menghasilkan kayu-kayu kering yang lebih seragam. Pada dasarnya, pengeringan tanur ini memerlukan satu relau atau tanur yang dapat mengawal suhu, kelembapan dan peredaran udara. Proses ini dapat dicepatkan dengan meninggikan suhu serta mengawal peredaran udara di dalamnya. Stim juga dimasukkan ke dalam tanur pada hujung proses pengeringan untuk mengurangan retak dan mengawal kecacatan kayu serta mencepatkan proses pengeringan, terdapat beberapa jenis tanur yang digunakan, antaranya ialah tanur berbilik, tanur berperingkat, tanur jet stim, tanur berkipas luar dan tanur berkipas dalam.

Selain kaedah-kaedah yang tersebut di atas, terdapat juga kaedah lain seperti pengeringan air, di mana kayu balak dimasukkan ke dalam sungai supaya sebahagian besar ‘sap’ dikeluarkan oleh air.

1.1.4 Sebab-Sebab Kecacatan Kayu / Papan Dari Segi :

a) Semulajadi

Jenis tanah yang ditumbuhi pokok dan iklim yang dialami disepanjang pertumbuhannya boleh menyebabkan kecacatan. Kecacatan yang disebabkan oleh faktor ini ialah

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com

Page 20: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

PEMBINAAN KAYU C1001/UNIT1/6

polisas.nizam.dewi.maail

berbuku, rekah kipas, rekah bintang, rekah bulat dan ira berpintal.

Lumut menyerang kayu apabila kayu tersebut lembap dan akan mengakibatkan kayu itu reput. Contoh kecacatan ini ialah reput kering reput basah dan sebagainya.

Serangga merosakkan kayu dengan memakannya. Serangga seperti kumbang, penggerik dan anai-anai menyebabkan kayu berlubang-lubang dan kadangkala terus meruntuhkan sesebuah binaan

b) Faktor luaran

Kecacatan juga berlaku semasa pengeringan. Ini disebabkan kayu-kayu tidak disusun dengan betul, pengeringan tidak seragam, hawa terlalu tinggi, peredaran udara tidak cukup dan sebagainya. Contoh-contoh kecacatan ialah melengkung, piuh, pecah dan menggeleding.

Kecacatan berlaku semasa kayu balak diproses. Ini disebabkan oleh mesin atau cara kerja. Antara kecacatan jenis ini ialah pecah ira, lekuk, ira pepenjuru dan sebagainya.

1.1.5 Kesan Kecacatan Kayu Terhadap Pembinaan

Terpiuh - hasil daripada pengeringan yang tidak baik Menggeleding – hasil daripada proses pengeringan semulajadi

yang tidak sempurna Pecah – proses pengeringan yang tidak seragam Merekah - hasil daripada proses pengeringan semulajadi yang

tidak sempurna Melengkung – akibat daripada pengeringan yang tidak stabil Berlubang – faktor semulajadi daripada serangan

serangga/haiwan

1.1.6 Tatacara Pengawetan Kayu : Dengan Kaedah Sapuan, Semburan, Rendaman dan Tekanan

Ini merupakan pengawetan pada permukaan kayu sahaja. Kemasukan ubat awet ke dalam kayu biasanya tidak melebihi 3mm. Minyak kreosot panas digunakan untuk menyapu. Bahan kimia cecair dalam digunakan sebagai bahan untuk pencelup.

DOWNLOAD

http://modul2poli.blogspot.com

Page 21: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

PEMBINAAN KAYU C1001/UNIT1/7

polisas.nizam.dewi.maail

Kayu basah sesuai dicelupkan ke dalamnya kerana ubat awet yang pekat mudah diserap oleh sel-sel kayu. Selepas dicelup, kayu disusun tanpa menggunakan beroti selama beberapa minggu. Pengawetan pada kayu lapis dilakukan dengan mencampurkan ubat awet yang beracun seperti klordan atau arsenik trioksida ke dalam glu semasa kayu lapis dilapikkan. Pengawetan ini menjamin kayu lapis tidak dimakan anai-anai atau dirosakkan oleh serangga lain.

Kaedah tekanan pula memerlukan satu silinder yang

bertekanan tinggi, tudungnya ditutup dan kayu dimasukkan kedalamnya.

1.1.7 Kebaikan dan Keburukan Kayu Kayu mempunyai kebaikan dan keburukannya yang tersendiri. Antaranya kebaikannya ialah mudah direkabentuk bagi menghasilkan struktur binaan yang menarik dan mudah diperolehi. Manakala keburukannya pula ialah mudah reput, mudah terbakar, serangan serangga perosak seperti anai-anai, kurang lasak dan memerlukan kos yang tinggi bagi pembinaannya. 1.1.8 Jenis-Jenis dan Kegunaan Kayu :

Papan lapis – merupakan lapisan venir yang diglukan secara bertindih selang-seli. Sekurang-kurangnya tiga lapis venir diglukan dengan ira kayu melintang satu sama lain supaya dapat kekuatan yang lebih. Ia digunakan untuk membuat bahagian-bahagian sekatan di dalam rumah atau bangunan seperti bilik dan sebagainya.

Papan serpihan – merupakan lapisan venir yang diglukan secara bertindih selang-seli. Sekurang-kurangnya tiga lapis venir diglukan dengan ira kayu melintang satu sama lain supaya dapat kekuatan yang lebih. Ia digunakan untuk membuat bahagian-bahagian sekatan di dalam rumah atau bangunan seperti bilik dan sebagainya.

Papan gentina – papan ini diperbuat daripada gentian kayu. Gentian kayu ditekan bersama pengikat dijadikan kepingan besar yang sesuai digunakan untuk pembinaan. Papan ini sesuai digunakan untuk kerja-kerja dalaman seperti dinding, siling, panel, pintu rata, permukaan perabot ayng berangka dan sebagainya.

Papan gentian – papan ini diperbuat daripada gentian kayu. Gentian kayu ditekan bersama pengikat dijadikan kepingan besar yang sesuai digunakan untuk pembinaan. Papan ini sesuai digunakan untuk kerja-kerja dalaman seperti dinding, siling, panel, pintu rata, permukaan perabot yang berangka dan sebagainya.

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com

Page 22: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

PEMBINAAN KAYU C1001/UNIT1/8

polisas.nizam.dewi.maail

AKTIVITI 1A

1.1 Namakan lima jenis kayu tempatan yang sesuai digunakan untuk

pembinaan lantai kayu. 1.2 Nyatakan proses pengeringan kayu. 1.3 Huraikan proses pengeringan kayu secara semulajadi. 1.4 Apakah kelebihan proses pengeringan tanur dibandingkan dengan proses

semulajadi. 1.5 Terangkan kecacatan yang berlaku pada kayu melalui proses

pengeringan serta contoh-contohnya.

SEMAK JAWAPAN

ANDA PADA

MAKLUMBALAS

BERIKUT !

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com

Page 23: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

PEMBINAAN KAYU C1001/UNIT1/9

polisas.nizam.dewi.maail

1.1 Lima jenis kayu tempatan yang sesuai digunakan untuk pembinaan lantai

kayu ialah kayu resak, kayu tualang, kayu nyatuh, kayu meranti dan kayu balau.

1.2 Proses pengeringan kayu ialah secara semulajadi dan pengeringan tanur 1.3 Proses pengeringan ini lambat dan mengambil masa yang panjang.

Dalam proses ini kayu basah disusun dengan cara yang teratur dan dilindungi di bawah bumbung. Kayu tersebut dibiarkan menjadi kering sendiri. Jangkamasa yang diperlukan adalah bergantung kepada jenis kayu, kandungan lembapan kayu, cara susunannya, iklim cuaca semasa pengeringan dilakukanProses pengeringan ini sukar dikawal. Oleh sebab itu, mutu kayu yang dihasilkan dengan cara ini tidak seragam.

1.4 Kelebihan proses pengeringan tanur ialah kayu dapat dikeringkan dalam

masa yang singkat di samping menghasilkan kayu-kayu yang lebih seragam. Stim yang dimasukkan ke dalam tanur dapat mengurangkan retak, mengawal kecacatan dan mempercepatkan proses pengeringan.

1.5 Kecacatan yang berlaku pada kayu melalui proses pengeringan

disebabkan kayu-kayu tidak disusun dengan betul, pengeringan tidak seragam, hawa terlalu tinggi, peredaran udara tidak cukup dan sebagainya. Contoh-contoh kecacatan ialah melengkung, piuh, pecah, dan menggeleding.

OK

MAKLUMBALAS

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com

Page 24: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

PEMBINAAN KAYU C1001/UNIT1/10

polisas.nizam.dewi.maail

INPUT 1.2 JENIS-JENIS KEMASAN KAYU DAN KEGUNAANNYA

Wax – merupakan kemasan yang biasa digunakan sebagai lapisan

terakhir untuk mendapatkan satu permukaan yang licin,rata dan berkilat.

Syelek – merupakan kemasan yang biasa digunakan pada kayu.Syelek ialah resin asli yang dihasilkan dari tahi serangga bernama lac bugs. Resin syelek larut di dalam alcohol dan digunakan untuk mengilat kayu. Syelek boleh digunakan secara sembur atau sapu dengan berus. Syelek didapati sebagai serpihan yang perlu dilarutkan di dalam alkohol untuk digunakan ataupun dibeli siap bancuh.

Lekar – terdiri daripada jenis resin (nitro–cellulose) ia merupakan kemasan lutsinar yang cepat kering. Lekar ini dilarut dengan thinner, boleh disapu ataupun disembur.

Cat – cat digunakan dalam perusahaan kayu untuk memberi lapisan kepada bahan-bahan kayu, besi, lepa, konkrit, batu-bata dan lain-lain lagi. Cecair cat mengandungi bahan-bahan pengikat dan pelarut. Bahan pengikat berfungsi untuk melekatkan pewarna pada permukaan yang dicat serta memberi sifat kalisan dan kelicinan. Pelarut pula berfungsi mengurangkan kelikatan cat dan memberi kesenangan kerja semasa mengecat.

1.3 JENIS-JENIS BAHAN PELARUT DAN KEGUNAANNYA

Turpentin – untuk melarutkan cat dan kerja-kerja pembersihan. Spirit – sebagai bahan pelarut untuk melarutkan syelek Tinner – untuk melarutkan cat yang lebih pekat kepada lebih cair. Kerosin - untuk melarutkan lekar

1.4 KERJA KAYU DAN KERJA TANGGAM Tanggam melebar – untuk menyambung kepingan papan-papan kecil untuk dijadikan kepada kepingan papan yang lebar bagi kegunaan permukaan perabot, dinding, lantai dan sebagainya (Rajah 1.5).

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com

Page 25: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

PEMBINAAN KAYU C1001/UNIT1/11

polisas.nizam.dewi.maail

Rajah 1.5 : Jenis-jenis Tanggam Melebar

TANGGAM GLU GESEL

TANGGAM PENETAP TANGGAM LIDAH

DAN LURAH

TANGGAM TETINGKAT

Tanggam siku – tanggam ini diperbuat daripada dua permukaan kayu yang bertemu secara bersudut tepat. Ia boleh diglukan dan dipakukan atau diskrukan. Jenis tanggam ini digunakan pada pembinaan kotak yang dibuat secara cepat (Rajah 1.6).

Rajah 1.6 : Jenis-jenis Tanggam Siku

Tanggam pemidang – tanggam ini digunakan dalam pembinaan rangka kayu yang berbentuk pemidang. Bahagian kayu disambungkan pada hujungnya dari tepi ke tepi. Contohnya ialah pada pintu berpanel, pemidang gambar, meja, kerusi dan lain-lain lagi (Rajah 1.7).

Rajah 1.7 : Jenis-jenis Tanggam Pemidang TANGGAM LEKAP

TANGGAM KEKANG TANGGAM PENETAP

TANGGAM LUBANG DAN PUTING

TANGGAM

MELEBAR

TANGGAM

SIKU

TANGGAM

BAJANG

BIASA

TANGGAM TEMU

TETINGKAT

TANGGAM

RENCONG

BIASA

TANGGAM

BAJANG HUJUNG

LITUP

TANGGAM

TEMU

TEMU TETINGKAT

LIDAH

BERPARIT

TANGGAM

BAJANG

TUNGGAL

TANGGAM

PEMIDANG

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com

Page 26: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

PEMBINAAN KAYU C1001/UNIT1/12

polisas.nizam.dewi.maail

Tanggam memanjang – tanggam ini diguna apabila menyambung dua keeping kayu untuk menjadikannya lebih panjang. Kerja seperti ini biasanya dilakukan dalam pembinaan bangunan.

Rajah 1.7 : Jenis-jenis Tanggam Memanjang

TANGGAM

MEMANJANG

TANGGAM

SAMBUNG

LEKAP

TANGGAM

SKAF

TANGGAM

PLAT

SAMBUNG

TANGGAM

SAMBUNG

JARI

Untuk menguji kefahaman anda,

sila buat aktiviti di sebelah. Jika

anda tidak berpuas hati dengan

jawapan anda, sila buat ulangkaji

pada input yang masih kabur…..!!!

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com

Page 27: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

PEMBINAAN KAYU C1001/UNIT1/13

polisas.nizam.dewi.maail

1.6 Huraikan bahan-bahan berikut: a. lekar b. syelek c. cat

1.7 Nyatakan kegunaan bahan-bahan pelarut berikut :

a. turpentine b. thinner c. spirit

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com

Page 28: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

PEMBINAAN KAYU C1001/UNIT1/14

polisas.nizam.dewi.maail

1.6 Syelek – merupakan kemasan yang biasa digunakan pada kayu.Syelek

ialah resin asli yang dihasilkan dari tahi serangga bernama lac bugs. Resin syelek larut di dalam alcohol dan digunakan untuk mengilat kayu. Syelek boleh digunakan secara sembur atau sapu dengan berus. Syelek didapati sebagai serpihan yang perlu dilarutkan di dalam alcohol untuk digunakan ataupun dibeli siap bancuh.

Lekar – terdiri daripada jenis resin (nitro–cellulose) ia merupakan kemasan lutsinar yang cepat kering. Lekar ini dilarut dengan thinner, boleh disapu ataupun disembur.

Cat – cat digunakan dalam perusahaan kayu untuk memberi lapisan kepada bahan-bahan kayu, besi, lepa, konkrit, batu-bata dan lain-lain lagi. Cecair cat mengandungi bahan-bahan pengikat dan pelarut. Bahan pengikat berfungsi untuk melekatkan pewarna pada permukaan yang dicat serta memberi sifat kalisan dan kelicinan. Pelarut pula berfungsi mengurangkan kelikatan cat dan memberi kesenangan kerja semasa mengecat.

1.7 Turpentin – untuk mencairkan cat minyak. Spirit – sebagai bahan pelarut untuk melarutkan syelek

Tinner – untuk melarutkan cat, lekar dan melakukan kerja-kerja pembersihan.

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com

Page 29: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

PEMBINAAN KAYU C1001/UNIT1/15

polisas.nizam.dewi.maail

PENILAIAN KENDIRI

1. Kayu tempatan mempunyai banyak kegunaan, mahupun diusahakan secara besar-besaran ataupun kecil-kecilan. Nyatakan di antara kegunaan-kegunaan tersebut?

2. Berikan empat jenis kayu tempatan yang baik yang biasa digunakan untuk

bahan pembinaan mahupun kegunaan bahan lain?

3. Kaedah pengeringan kayu terbahagi kepada dua iaitu pengeringan secara semulajadi dan juga pengeringan secara tanur. Huraikan kaedah pengeringan kayu secara tanur?

4. Berikan kesan-kesan kecacatan kayu yang berlaku terhadap pembinaan?

5. Penggunaan kayu tempatan dalam kerja pembinaan adakalanya lebih

tahan lasak dan adakalanya mudah dimakan anai-anai. Nyatakan kebaikan dan keburukan tersebut kayu dalam kerja-kerja pembinaan?

6. Terangkan perbezaan dan kegunaan kayu-kayu seperti dibawah :

a) papan lapis b) papan serpihan

7. Berikan jenis-jenis kemasan kayu beserta dengan bahan-bahan pelarutnya.

8. Terangkan dengan jelas mengenai tanggam siku.

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com

Page 30: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

PEMBINAAN KAYU C1001/UNIT1/16

polisas.nizam.dewi.maail

MAKLUMBALAS

1. Terdapat banyak kegunaan kayu diantaranya: a. Sebagai bahan binaan - kayu digunakan untuk membuat tiang,

lantai, dinding, rasuk, jambatan, landasan keretapi, cerucuk dan sebagainya.

b. Sebagai bahan perabot c. Untuk pembungkusan – secara ringan atau berat d. Untuk membuat alatan dan pemegang e. Sebagai bahan larikan (turnery) dan patung permainan.. f. Dijadikan venir, papan lapis dan papan gantian. g. untuk menghasilkan kertas dan sebagai bahan mentah dalam

menghasilkan alkohol kayu, arang, turpentine dan lain-lain lagi.

2. Banyak jenis kayu tempatan yang bermutu tinggi baik untuk bahan pembinaan mahupun kegunaan bahan yang lain. Jenis kayu yang biasanya digunakan ialah:

a. Kayu lembut seperti damar minyak b. Kumpulan kayu keras yang berat seperti cengal, balau/selayan

batu, kekatung, merbau, tembusu dan resak c. Kumpulan kayu keras yang sederhana berat seperti kapur,

kempas, keruing dan tualang. d. Kumpulan kayu keras yang ringan contohnya jelutung, meranti,

nyatuh, ramin, sepetir dan kayu getah

3. Dengan pengeringan tanur, kayu dapat dikeringkan dalam masa yang lebih singkat disamping menghasilkan kayu-kayu kering yang lebih seragam. Pada dasarnya, pengeringan tanur ini memerlukan satu relau atau tanur yang dapat mengawal suhu, kelembapan dan peredaran udara. Proses ini dapat dicepatkan dengan meninggikan suhu serta mengawal peredaran udara di dalamnya. Stim juga dimasukkan ke dalam tanur pada hujung proses pengeringan untuk mengurangan retak dan mengawal kecacatan kayu serta mencepatkan proses pengeringan, terdapat beberapa jenis tanur yang digunakan, antaranya ialah tanur berbilik, tanur berperingkat, tanur jet stim, tanur berkipas luar dan tanur berkipas dalam.

4. Kesan kecacatan kayu terhadap pembinaan a. Terpiuh - hasil daripada pengeringan yang tidak baik b. Menggeleding – hasil daripada proses pengeringan semulajadi yang

tidak sempurna c. Pecah – proses pengeringan yang tidak seragam

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com

Page 31: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

PEMBINAAN KAYU C1001/UNIT1/17

polisas.nizam.dewi.maail

d. Merekah - hasil daripada proses pengeringan semulajadi yang tidak sepurna

e. Melengkung – akibat daripada pengeringan yang tidak stabil f. Berlubang – faktor semulajadi daripada serangan serangga / haiwan

5. Kayu mempunyai kebaikan dan keburukannya yang tersendiri. Antaranya kebaikannya ialah mudah direkabentuk bagi menghasilkan struktur binaan yang menarik dan mudah diperolehi. Manakala keburukannya pula ialah mudah reput, mudah terbakar, serangan serangga perosak seperti anai-anai, kurang lasak dan memerlukan kos yang tinggi bagi pembinaannya.

6. Perbezaan dan kegunaan kayu-kayu seperti dibawah:

Papan lapis – merupakan lapisan venir yang diglukan secara bertindih selang-seli. Sekurang-kurangnya tiga lapis venir diglukan denagn ira kayu melintang satu sama lain supaya dapat kekuatan yang lebih. Ia digunakan untuk membuat bahagian-bahagian sekatan di dalam rumah atau bangunan seperti bilik dan sebagainya. Papan serpihan – merupakan lapisan venir yang diglukan secara bertindih selang-seli. Sekurang-kurangnya tiga lapis venir diglukan denagn ira kayu melintang satu sama lain supaya dapat kekuatan yang lebih. Ia digunakan untuk membuat bahagian-bahagian sekatan di dalam rumah atau bangunan seperti bilik dan sebagainya.

7. Wax – merupakan kemasan yang biasa digunakan sebagai lapisan terakhir untuk mendapatkan satu permukaan yang licin, rata dan berkilat. Syelek – merupakan kemasan yang biasa digunakan pada kayu.Syelek ialah resin asli yang dihasilkan dari tahi serangga bernama lac bugs. Resin syelek larut di dalam alcohol dan digunakan untuk mengilat kayu. Syelek boleh digunakan secara sembur atau sapu dengan berus. Syelek didapati sebagai serpihan yang perlu dilarutkan di dalam alkohol untuk digunakan ataupun dibeli siap bancuh. Lekar – terdiri daripada jenis resin (nitro–cellulose) ia merupakan kemasan lutsinar yang cepat kering. Lekar ini dilarut dengan thinner, boleh disapu ataupun disembur. Cat – cat digunakan dalam perusahaan kayu untuk memberi lapisan kepada bahan-bahan kayu, besi, lepa, konkrit, batu-bata dan lain-lain lagi. Cecair cat mengandungi bahan-bahan pengikat dan pelarut. Bahan pengikat berfungsi untuk melekatkan pewarna pada permukaan yang dicat serta memberi sifat kalisan dan kelicinan. Pelarut pula berfungsi mengurangkan kelikatan cat dan memberi kesenangan kerja semasa mengecat.

8. Tanggam siku diperbuat daripada dua permukaan kayu yang bertemu secara bersudut tepat. Ia boleh diglukan dan dipakukan atau diskrukan. Jenis tanggam ini digunakan pada pembinaan kotak yang dibuat secara cepat.

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com

Page 32: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

PEMBINAAN KAYU C1001/UNIT1/18

polisas.nizam.dewi.maail

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com

Page 33: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

KERJA BATA C1001/ UNIT2/1

polisas.nizam.dewi.maill

2

Unit

KERJA BATA

OBJEKTIF AM

Memahami konsep kerja bata, jenis-jenis bata dan kegunaannya, bahagian-bahagian bata, jenis-jenis bata potong dan kegunaannya, jenis-jenis tembok dan susunannya serta jenis-jenis sambungan mortar.

OBJEKTIF KHUSUS

Di akhir unit ini anda dapat :

Mengenalpasti dan membezakan jenis-jenis bata beserta ukurannya.

Mengenalpasti dan membezakan kegunaan jenis-jenis bata potong.

Menerangkan perbezaan bahagian-bahagian dan ukuran bata.

Membeza dan menerangkan istilah-istilah dalam kerja bata.

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com

Page 34: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

KERJA BATA C1001/ UNIT2/2

polisas.nizam.dewi.maill

2.0 PENGENALAN Bata merupakan satu bahan binaan yang tahan lama dan kegunannya meluas. Ia telah wujud beratus tahun lamanya dan penting untuk membina stuktur bangunan dalam bidang kejuruteraan awam. Definisi bata ialah satu bongkah yang dibuat daripada tanah liat dan berukuran 215mm x 102.5mm x 65mm yang mana jika dicampurkan dengan lapisan mortar ukurannya bertambah 10mm. Satu perkara yang menarik tentang bata ialah ukuran dan saiznya tidak berubah dari dulu. Bata yang digunakan dalam pembinaan diperbuat daripada beberapa jenis bahan mentah yang utama seperti tanah liat, pasir dan simen. Antara jenis-jenis bata yang dihasilkan dan digunakan dalam pembinaan tempatan ialah bata tanah liat, bata simen dan blok simen.

Rajah 8: Dimensi Bata

Sumber: Teknologi Binaan Bangunaan (Tan Boon Tong), DBP. Tahun 1994.

2.1 JENIS-JENIS BATA BESERTA UKURANNYA

Jenis-jenis bata yang biasa terdapat dipasaran sekarang ialah bata tanah liat, bata simen dan blok simen.

2.1.1 Bata tanah liat Antara jenis bata yang tersebut di atas, bata tanah liat adalah paling meluas digunakan. Bata ini boleh didapati dalam dua kumpulan iaitu bata biasa dan bata muka elok. Kebanyakkan kilang bata hanya berdaya menghasilkan bata biasa. Bata muka elok cuma dihasilkan beberapa

INPUT

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com

Page 35: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

KERJA BATA C1001/ UNIT2/3

polisas.nizam.dewi.maill

kilang bata yang besar yang mempunyai kemudahan teknologi canggih. Bata muka elok mempunyai ciri-ciri bata yang bermutu tinggi dan harganya pula tiga kali ganda bata biasa. Bata biasa digunakan dalam pembinaan biasa yang hendak dilepa manakala bata muka elok digunakan dalam pembinaan yang tidak dilepa (rujuk rajah 9). Bata tanah liat juga dihasilkan dalam berbagai-bagai bongkah dan jubin (paver) untuk kegunaan yang tertentu (rujuk rajah 10).

SUDAHKAH ANDA FAHAM

APA YANG DIMAKSUDKAN

DENGAN BATA ?

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com

Page 36: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

KERJA BATA C1001/ UNIT2/4

polisas.nizam.dewi.maill

Gambarajah 9 : Jenis bata muka elok (tanah liat)

Sumber: Teknologi Binaan Bangunan ( Tan Boon Tong ) DBP 1994

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com

Page 37: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

KERJA BATA C1001/ UNIT2/5

polisas.nizam.dewi.maill

Gambarajah 10: blok konkrit dan jubin 1994

Sumber : Teknologi Binaan Bangunan ( Tan Boon Tong ) 1994

Antara proses pembuatan bata tanah liat ialah persediaan tanah, membentuk bata, pengeringan dan pembakaran.

Persediaan tanah

Tanah liat digali daripada lombongnya dengan traktor penyodok atau jengkaut, kemudian dimasukkan ke dalam satu mesin penghancur untuk dihancurkan sehingga halus. Setelah itu dimasukkan pula ke dalam mesin pengisar, tempat tanah tersebut digaul dengan sedikit air dan ditekan keluar melalui satu acuan dan dipotong dengan dawai mengikut saiz bata.

Membentuk bata Terdapat dua kaedah menghasilkan bata iaitu bata potong dawai dan bata tekanan. Bancuhan yang telah ditekan keluar dari mesin dipotong dengan dawai dikenali sebagai bata potong dawai. Tanah yang telah dipotong dawai itu dimasukkan ke dalam mesin tekanan, hasilnya bata tekanan. Bata tekanan adalah lebih mampat dan saiznya lebih seragam.

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com

Page 38: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

KERJA BATA C1001/ UNIT2/6

polisas.nizam.dewi.maill

Pengeringan Bata basah iaitu bata yang baru ditekan atau dipotong dawai disusun dalam sebuah pondok dan dibiarkan menjadi kering dengan bantuan udara. Bata-bata tersebut juga boleh dikeringkan dengan stim dan hendaklah disusun berjarak 50 mm antara satu sama lain, membolehkan udara bergerak disekelilingnya untuk memudahkan proses pengeringan. Proses ini mengambil masa agak lama biasanya 5 –7 hari bergantung pada keadaan cuaca dan susunannya.

Pembakaran Batu bata yang sudah dikeringkan itu perlu dibakar di dalam satu relau supaya menjadi bata yang keras. Batu bata ini disusun di dalam relau dengan cara yang tertentu memastikan kesemua bata dapat dibakar dengan sempurna. Pembakaran boleh dilakukan dengan dengan menggunakan kayu api, gas, batu arang atau minyak bakar. Pembakaran dilakukan selama dua hari, kemudian dibiarkan sejuk sebelum bata dikeluarkan. Proses ini mengambil masa lebih kurang dua minggu untuk menyusun bata dengan relau, mengering, membakar, menyejuk dan mengeluarkan bata dari relau.

2.1.2 Bata simen

Bata ini diperbuat daripada simen dan pasir. Nisbah bancuhannya berubah mengikut kekuatan yang dikehendaki. Nisbah 1:8 merupakan bancuhan yang lazim digunakan untuk membuat bata simen tempatan. Kandungan air dalam bancuhan hendaklah dikawal supaya tidak terlampau basah. Bata simen dihasilkan dengan menggunakan acuan. Bata yang baru dicetak hendaklah dibiarkan kering sendiri dan diawet selama dua minggu sebelum ianya sesuai digunakan. Pengawetan dilakukan dengan menyiram air sebaik sahaja bata mengeras, terutama semasa cuaca panas. Saiz bata simen adalah sama dengan saiz bata tanah liat iaitu 216mm x 103mm x 65mm.

2.1.3 Blok Simen

Kegunaan blok simen kian meningkat kerana ianya lebih murah dari segi harganya dan boleh dikat dengan cepat dalam pembinaannya menyebabkan produktiviti bertambah. Contohnya mengikat sebuah blok 450mm x 225 mm x 1000mm adalah sama dengan mengikat 6 bata biasa. Blok dapat dihasilkan daripada bancuhan konkrit yang terdiri daripada konkrit ringan, konkrit padat dan konrit berudara. Definisi blok atau bongkah telah ditetapkan dalam BS2028 yang menyatakan blok itu adalah lebih besar daripada bata dari segi panjang, tebal dan tingginya. Tinggi blok mestilah tidak melebihi panjangnya atau enam kali tebalnya. Dalam pembinaan tempatan terdapat tiga jenis blok yang digunakan iaitu blok padu, blok bersel dan blok berongga.

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com

Page 39: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

KERJA BATA C1001/ UNIT2/7

polisas.nizam.dewi.maill

Rajah 11 : Blok Konkrit

Sumber : Kerja Batu Bata dan Konkrit ( Tan Boon Tong ) 1994

Blok Padu

Blok ini diperbuat daripada konkrit ringan, konkrit padat atau konkrit berudara. Bahan padat dalam jenis blok ini hendaklah sekurang-kurangnya 75 % isipadu blok dari dimensi keseluruhanya. (Rajah 12).

Blok Berongga Blok ini mempunyai satu atau lebih rongga atau lubang-lubang yang lurus. Isipadu bahan padatnya antara 50 % hiingga 75 % isipadu dari dimensi keseluruhanya. ( Rujuk rajah12 ).

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com

Page 40: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

KERJA BATA C1001/ UNIT2/8

polisas.nizam.dewi.maill

Blok Bersel Blok ini mempunyai satu atau lebih lubang yang tidak tembus dalam blok itu. Isipadu bahan padatnya juga antara 50-70 % . Blok bersel selalunya diterapkan dengan menghalakan lubangnya kebawah supaya permukaanya yang rata menghala ketas untuk menerima motar dengan senang. ( Rujuk rajah12 ).

Rajah 12 : Contoh-contoh Blok

Sumber : Teknologi Binaan Bangunan DBP ( Tan Boon Tong ) 1994

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com

Page 41: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

KERJA BATA C1001/ UNIT2/9

polisas.nizam.dewi.maill

2.1.4 Saiz Blok Blok boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan berdasarkan ketumpatanya mengikut yang terdapat dalam BS2028. Merujuk jadual dibawah blok dalam kumpulan A dan B boleh digunakan dalam kerja-kerja pembinaan bangunan yang berbeban ataupun tidak berbeban. Blok dalam kumpulan C cuma boleh digunakan untuk pembinaan bagi tembok dalam yang tidak berbeban sahaja.

Jadual 3 : Saiz kumpulan batu blok

Blok Panjang x Tinggi (mm)(saiz kerja)

Tebal (mm) (Saiz Kerja)

A (ketumpatan : >1500kg/m3)

390 x 90 390 x 190 440 x 225

75,90,100,140,190 140,190 75,90,100,140,190,215

B (ketumpatan: <1500kg/m3)

390 x 90 390 x 190

75, 90,100,140,190

C (ketumpatan : <1500kg/m3)

440 x 190 440 x 215 440 x 290 590 x 190 590 x 215 390 x 190 440 x 190 440 x 215 440 x 290 590 x 190 590 x 215

75,90,100,140,215 60,75

Sumber : Teknologi Binaan Bangunan DBP ( Tan Boon Tong ) 1994

Blok konkrit ringan dihasilkan daripada bahan-bahan ringan seperti tanah atau syal yang dikembangkan sangga (slag) dan sebagainya. Ketumpatanya kurang daripada 1500 kg/m3 . Blok ini memberi penebatan yang memuaskan dan sesuai digunakan untuk membina tembok terutamanya tembok sekatan. Blok konkrit padat menggunakan bahan-bahan yang padat yang mempunyai ketumpatan melebihi 1500kg/m3. Blok ini sesuai digunakan untuk membina tembok-tembok yang bermuka elok jika sambungannya dikemaskan dengan betul. Blok konkrit berudara mempunyai sifat penebatan yang baik. Blok ini dihasilkan daripada simen, pasir, abu dan sejenis agen berudara (serbuk aluminium). Aluminium bertindak balas dengan kapur yang terkandung

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com

Page 42: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

KERJA BATA C1001/ UNIT2/10

polisas.nizam.dewi.maill

dalam simen menghasilkan hydrogen yang cepat digantikan dengan udara. Ini menghasilkan banyak sel kecil dalam kandungan bancuhan konkrit menyebabkan blok ringan berpenebatan baik. Selain dari blok-blok yang tersebut diatas, blok yang berudara juga dihasilkan dengan berbagai-bagai rekabentuk untuk digunakan dalam pembinaan lubang udara tembok.

2.2 KEGUNAAN –JENIS-JENIS BATA POTONG

Prinsip-prinsip utama dalam pengikatan bata ialah : 1. mengadakan lekap ¼ bata atau ½ bata untuk mengelakkan sambungan

tegak yang terus menerus, baik dipermukaan mahupun didalam tembok. 2. mengikut jenis ikatan yang ditetapkan oleh ahli rekabentuk. Prinsip pertama memastikan kekuatan dan kestabilan tembok yang dibina. Prinsip yang kedua pula mengawal kesenian rekabentuk pada permukaan tembok. Dalam sesuatu tembok yang tidak terikat, iaitu sambungan datarnya berterusan ( tidak berlekap ), kekuatan dan kestabilannya adalah kurang. Oleh sebab itu, sambungan yang berterusan itu seboleh-bolehnya hendaklah dielakkan dalam segala kerja bata. Perbandingan di antara tembok yang terikat dengan tembok yang tidak terikat adalah ditunjukkan dalam rajah di bawah ( rajah 13 ). Beban yang dapat ditanggung oleh tapak AB adalah lebih berat jika dibandingkan dengan beban yang ditanggung oleh CD.

Gambarajah 13 : Perbandingan Kekuatan Tembok Dengan Ikatan Terikat (Berlekap) Dan Tidak Terikat (Tidak

Berlekap)

Sumber : ms 139 Teknologi Binaan Bangunan DBP ( Tan Boon Tong )

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com

Page 43: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

KERJA BATA C1001/ UNIT2/11

polisas.nizam.dewi.maill

Tebal tembok biasanya disebut mengikut saiz bata, misalnya tembok bata yang tebalnya sama dengan lebar bata dikenali sebagai tembok setengah bata, manakala tembok yang tebalnya sama dengan panjang bata dikenali tembok satu bata.

Apabila dua tembok bertemu, bata pengikat mestilah digunakan supaya ia mematuhi kepada prinsip pengikatan. Bata pengikat dan bata penutup setengah dalam lapisan bata digunakan untuk mencegah sambungan yang terus menerus pada tembok bersudut tegak dan tembok persimpangan. Di bawah terdapat beberapa jenis keratan bata khas digunakan memenuhi prinsip-prinsip ikatan bata:

Rajah 14 : Jenis-jenis Bata Potong

Sumber : Teknologi Binaan Bangunan DBP ( Tan Boon Tong ) 1994

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com

Page 44: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

KERJA BATA C1001/ UNIT2/12

polisas.nizam.dewi.maill

2.3 Bahagian dan ukuran bata Berikut adalah bahagian-bahagian dan ukuran bata (Rujuk rajah 15 ). Kepala Bata Permukaan hujung bata (65m x 102.5mm) Sisi Bata Permukaan sisi bata (102.mm x 215mm) Kekatak/Lubang

Kesan tekanan di permukaan muka bata. Semasa menerap bata, muka bata menghadap ke atas dan bawah untuk memperolehi ikatan yang kuat.

Aris/Segi Bata. Tepi pepenjuru bata.

Gambarajah 15 : Bahagian dan ukuran bata

Kekatak/Lubang Sisi Bata Segi Bata 65mm Kepala Bata 102.5mm 215 mm

Sumber : Teknologi Binaan Bangunan DBP ( Tan Boon Tong ) 1994

2.4 Istilah-istilah Dalam Kerja Bata

Di bawah ini terdapat beberapa istilah-istilah yang biasa digunakan dalam kerja bata :

Sambungan Datar Bata ini disambung secara mendatar atau mengufuk. Biasanya bagi ikatan sisi bata, ikatan kapala bata, ikatan inggeris dan ikatan flemish.

Sambungan Tegak Merupakan susunan bata yang diikat secara menegak dan berselang antara satu sama lain. Sambungan ini biasanya terdapat pada struktur binaan pada tiang lurus.

Sambungan Tindih Jarak mendatar bagi tindihan bata sebelah atas dan bata sebelah bawah. Biasanya bata diikat dengan berlekap ¼ bata ataupun ½ bata. Lihat rajah 13. Sambungan ini terdapat pada tembok L dan juga T.

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com

Page 45: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

KERJA BATA C1001/ UNIT2/13

polisas.nizam.dewi.maill

Quoin/Pepenjuru Sambungan ini berbentuk L dan biasanya dibuat sebagai tiang dan tepi bangunan. Sambungan batanya disusun secara berselang-seli atau bertindih antara satu sama lain.

Hujung Terhenti Sesuatu tembok yang penjurunya dihentikan ( disiapkan untuk secara menegak ) ini adalah berlainan dengan tembok yang bersudut. Di mana hujungnya berakhir dengan keadaan yang lurus serta tiada pembinaan lain lagi selepasnya.

Gerigi Semasa membina tembok, penjuru atau hujung tegaknya tidak disiapkan terus tetapi ditinggalkan ¼ bata atau ½ bata pada lapisan yang berselang seli, memberikan bentuk bergerigi. Tujuannya adalah untuk memudahkan kerja penyambungan pada masa hadapan.

Pepara Bata-bata ini disambungkan secara biasa iaitu dengan ikatan kepala bata dan menggunakan batu bata yang tertentu dan sesuai. Sambungan ini biasanya dibuat di atas kerangka. Contohnya bagi ikatan bata di atas kerangka pintu atau tingkap.

UNTUK MENGUJI KEFAHAMAN

ANDA, SILA BUAT AKTIVITI

BERIKUT. JIKA ANDA TIDAK

BERPUASHATI DENGAN JAWAPAN

ANDA, SILA MEMBUAT

ULANGKAJI PADA INPUT YANG

ANDA RASA MASIH KABUR.

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com

Page 46: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

KERJA BATA C1001/ UNIT2/14

polisas.nizam.dewi.maill

AKTIVITI 2A

1. Apakah yang dimaksudkan dengan bata ? 2. Nyatakan jenis-jenis bata yang telah anda pelajari. 3. Apakah prinsip ikatan bata. 4. Nyatakan bahagian-bahagian bata.

Untuk menguji kefahaman anda sila buat aktiviti dibawah dengan

ceria…selamat mencuba!

CUBA SEMAK JAWAPAN ANDA

PADA MAKLUMBALAS BERIKUT

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com

Page 47: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

KERJA BATA C1001/ UNIT2/15

polisas.nizam.dewi.maill

MAKLUMBALAS

1. Definisi bata ialah satu bongkah yang dibuat daripada tanah liat dan berukuran 215mm x 102.5mm x 65mm yang mana jika dicampurkan dengan lapisan mortar ukurannya bertambah 10mm.

2. a. Bata tanah liat

b. Bata simen c. Blok simen

3. Antara prinsip-prinsip ikatan bata ialah : a. mengadakan lekap ¼ bata atau ½ bata untuk mengelakkan

sambungan tegak yang terus menerus, baik dipermukaan mahupun didalam tembok.

b. mengikut jenis ikatan yang ditetapkan oleh ahli rekabentuk. 4. Kekatak/Lubang Sisi Bata Segi Bata

65mm Kepala Bata

102.5mm 215 mm

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com

Page 48: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

KERJA BATA C1001/ UNIT2/16

polisas.nizam.dewi.maill

PENILAIAN KENDIRI

Jawab semua soalan tanpa menjeling kawan anda... 1. Bagi mendapatkan batu bata yang bermutu tinggi, terdapat beberapa

proses pembuatannya seperti persediaan tanah, membentuk bata, pengeringan dan pembakaran. Huraikan dengan terperinci proses-proses tersebut.

2. Terdapat banyak jenis batu bata yang berada di pasaran seperti bata

tanah liat, bata simen dan blok simen. Huraikan mana-mana dua jenis bata tersebut.

3. Bata mempunyai rupabentuk yang standard, begitu juga dengan bahagian

serta ukurannya. Terangkan bahagian dan ukuran bata tersebut.

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com

Page 49: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

KERJA BATA C1001/ UNIT2/17

polisas.nizam.dewi.maill

MAKLUMBALAS

1. Antara proses pembuatan bata tanah liat ialah persediaan tanah, membentuk

bata, pengeringan dan pembakaran.

Persediaan tanah Tanah liat digali daripada lombongnya dengan traktor penyodok atau jengkaut, kemudian dimasukkan ke dalam satu mesin penghancur untuk dihancurkan sehingga halus. Setelah itu dimasukkan pula ke dalam mesin pengisar, tempat tanah tersebut digaul dengan sedikit air dan ditekan keluar melalui satu acuan dan dipotong dengan dawai mengikut saiz bata.

Membentuk bata Terdapat dua kaedah menghasilkan bata iaitu bata potong dawai dan bata tekanan. Bancuhan yang telah ditekan keluar dari mesin dipotong dengan dawai dikenali sebagai bata potong dawai. Tanah yang telah dipotong dawai itu dimasukkan ke dalam mesin tekanan, hasilnya bata tekanan. Bata tekanan adalah lebih mampat dan saiznya lebih seragam.

Pengeringan Bata basah iaitu bata yang baru ditekan atau dipotong dawai disusun dalam sebuah pondok dan dibiarkan menjadi kering dengan bantuan udara. Bata-bata tersebut juga boleh dikeringkan dengan stim dan hendaklah disusun berjarak 50 mm antara satu sama lain, membolehkan udara bergerak disekelilingnya untuk memudahkan proses pengeringan. Proses ini mengambil masa agak lama biasanya 5 –7 hari bergantung pada keadaan cuaca dan susunannya.

Pembakaran Batu bata yang sudah dikeringkan itu perlu dibakar di dalam satu relau supaya menjadi bata yang keras. Batu bata ini disusun di dalam relau dengan cara yang tertentu memastikan kesemua bata dapat dibakar dengan sempurna. Pembakaran boleh dilakukan dengan dengan menggunakan kayu api, gas, batu arang atau minyak bakar. Pembakaran dilakukan selama dua hari, kemudian dibiarkan sejuk sebelum bata dikeluarkan. Proses ini mengambil masa lebih kurang dua minggu untuk menyusun bata dengan relau, mengering, membakar, menyejuk dan mengeluarkan bata dari relau.

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com

Page 50: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

KERJA BATA C1001/ UNIT2/18

polisas.nizam.dewi.maill

2. Bata tanah liat Antara jenis bata yang tersebut di atas, bata tanah liat adalah paling meluas digunakan. Bata ini boleh didapati dalam dua kumpulan iaitu bata biasa dan bata muka elok. Kebanyakkan kilang bata hanya berdaya menghasilkan bata biasa. Bata muka elok cuma dihasilkan beberapa kilang bata yang besar yang mempunyai kemudahan teknologi canggih. Bata muka elok mempunyai ciri-ciri bata yang bermutu tinggi dan harganya pula tiga kali ganda bata biasa. Bata biasa digunakan dalam pembinaan biasa yang hendak dilepa manakala bata muka elok digunakan dalam pembinaan yang tidak dilepa. Bata simen Bata ini diperbuat daripada simen dan pasir. Nisbah bancuhannya berubah mengikut kekuatan yang dikehendaki. Nisbah 1:8 merupakan bancuhan yang lazim digunakan untuk membuat bata simen tempatan. Kandungan air dalam bancuhan hendaklah dikawal supaya tidak terlampau basah. Bata simen dihasilkan dengan menggunakan acuan. Bata yang baru dicetak hendaklah dibiarkan kering sendiri dan diawet selama dua minggu sebelum ianya sesuai digunakan. Pengawetan dilakukan dengan menyiram air sebaik sahaja bata mengeras, terutama semasa cuaca panas. Saiz bata simen adalah sama dengan saiz bata tanah liat iaitu 216mm x 103mm x 65mm.

3. Bahagian dan ukuran bata Berikut adalah bahagian-bahagian dan ukuran bata (Rujuk rajah 15 ).

Kepala Bata Permukaan hujung bata (65m x 102.5mm) Sisi Bata Permukaan sisi bata (102.mm x 215mm) Kekatak/Lubang

Kesan tekanan di permukaan muka bata. Semasa menerap bata, muka bata menghadap ke atas dan bawah untuk memperolehi ikatan yang kuat.

Aris/Segi Bata. Tepi pepenjuru bata.

Kekatak/Lubang Sisi Bata Segi Bata 65mm Kepala Bata 102.5mm 215 mm

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com

Page 51: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

KERJA BATA C1001/ UNIT2/19

polisas.nizam.dewi.maill

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com

Page 52: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

KERJA BATA C1001/UNIT3/1

polisas.nizam.dewi.maill

3

Unit

KERJA BATA

OBJEKTIF AM

Memahami konsep kerja bata, jenis-jenis bata dan kegunaannya, bahagian-bahagian bata, jenis-jenis bata potong dan kegunaannya, jenis-jenis tembok dan susunannya serta jenis-jenis sambungan mortar.

OBJEKTIF KHUSUS

Di akhir unit ini anda dapat :

Menerangkan jenis-jenis ikatan dalam kerja bata. Menghuraikan ciri-ciri ikatan bata serta peraturan

susunannya. Mentakrifkan perbezaan antara kemas ikat sambung

dan kemas ikat timbul. Menerangkan fungsi-fungsi kemas ikatan sambung dan

kemas ikat timbul. Mengenal pasti jenis-jenis kemas ikat.

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com

Page 53: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

KERJA BATA C1001/UNIT3/2

polisas.nizam.dewi.maill

INPUT 3.1 JENIS-JENIS IKATAN KERJA BATA

Terdapat pelbagai jenis ikatan dalam kerja menyusun bata. Tujuan ikatan bata adalah untuk mendapatkan ikatan bata yang kuat, susunan bata yang cantik dan menarik dan sesuai dengan kerja ikatan. Antara ikatan ini yang biasa digunakan di Malaysia ialah ikatan sisi bata, ikatan kepala bata, ikatan Inggeris dan ikatan Flemish.

3.1.1 Ikatan sisi bata

Ikatan ini khas digunakan pada tembok yang tebalnya setengah bata atau 112.5mm. Ikatan ini disusun dengan menyambungkan bata pada kepalanya. Lekapnya ialah ½ bata. Pembinaannya bermula dengan satu lapisan bata sisi, lapisan yang kedua pula dimulakan dengan satu bata setengah diikuti dengan bata sisi penuh dan seterusnya. Contoh ikatan ini ditunjukkan dalam rajah 3.1(a). Tembok yang dibina dengan ikatan ini tidak mempunyai keupayaan tanggung yang tinggi. Oleh sebab itu ia digunakan pada jenis binaan yang tertentu seperti tembok sekatan, tembok landasan, semperong dan tembok-tembok dalam struktur berangka di mana tiada beban berat yang disokong.

3.1.2 Ikatan kepala bata

Tiap-tiap lapisan dalam tembok yang dibina dengan jenis ikatan ini mengandungi kepala bata sahaja. Rajah 3.2 menunjukkan pandangan hadapan dan pelan bagi sebahagian tembok lengkung yang dibina dengan ikatan kepala bata. Sambungan mortarnya merupakan bentuk huruf V. Jenis ikatan ini sesuai digunakan pada binaan asas atau pada tembok yang berbentuk bulat atau melengkung.

Rajah 15 :Pandangan hadapan dan pelan bagi sebahagian tembok lengkung yang dibina dengan ikatan kepala bata

Sumber : Teknologi Binaan Bangunan DBP ( Tan Boon Tong ) 1994

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com

Page 54: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

KERJA BATA C1001/UNIT3/3

polisas.nizam.dewi.maill

3.1.3 Ikatan Inggeris Ikatan ini adalah yang paling meluas digunakan. Ikatan ini disusun dengan satu lapisan kepala bata diikuti lapisan sisi bata berselang seli. Sebiji bata penutup setengah mestilah ditempatkan selepas kepala bata penjuru pada lapisan kepala bata. Kegunaan pada penutup setengah ini adalah untuk mengelakkan sambungan tegak yang berterusan dan memberi lekap yang seragam iaitu suku bata. Pada tembok yang tebal, semua bata di bahagian dalam disusunkan secara melintang. Ikatan jenis ini adalah dianggap sebagai ikatan yang kuat sekali antara ikatan-ikatan kerja bata kerana ia tidak mengandungi sebarang sambungan tegak yang berterusan. Rajah 16 (b) menunjukkan pelan tegak hadapan sebuah tembok yang dibina dengan ikatan Inggeris.

3.1.4 Ikatan Flemish

Ikatan ini mengandungi kepala bata dan sisi bata disusun berselang seli dalam satu lapisan yang sama. Sebiji bata penutup setengah mestilah ditempatkan selepas kepala bata penjuru pada sudutnya mewujudkan lekap yang seragam iaitu ¼ bata. Sambungan tegak yang berterusan berlaku di dalam di dalam tembok tetapi tidak kelihatan pada permukaan tembok. Apabila kedua-dua belah permukaan tembok menunjukkan susunan Flemish ia dinamakan „Flemish Kembar‟. Jika sebelah permukaan tembok menunjukkan susunan Flemish dan sebelah yang lain pula menunjukkan susunan Inggeris maka ia dinamakan „Flemish Tunggal‟. Rajah 16 (e) menunjukkan sebuah tembok yang dibina dengan ikatan yang dibina dengan ikatan Flemish. Ikatan ini dapat menghasilkan kedua-dua belah muka tembok yang lebih rata dibandingkan dengan ikatan yang lain. Oleh sebab itu, ikatan ini sesuai digunakan untuk membina tembok yang tidak akan dilepa.

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com

Page 55: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

KERJA BATA C1001/UNIT3/4

polisas.nizam.dewi.maill

Rajah 16 : Jenis-jenis ikatan Bata

Sumber : Teknologi Binaan Bangunan DBP ( Tan Boon Tong ) 1994

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com

Page 56: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

KERJA BATA C1001/UNIT3/5

polisas.nizam.dewi.maill

3.1.5 Lain-lain ikatan bata Selain dari ikatan yang tersebut, terdapat juga beberapa jenis ikatan yang sering digunakan untuk membina tembok. Antaranya ialah ikatan tembok taman Inggeris, ikatan tembok taman Flemish, ikatan Monk, ikatan Dutch, ikatan palang Inggeris, ikatan bata perangkap tikus, ikatan bata silverlock dan ikatan raking.

3.2 CIRI-CIRI IKATAN BATA SERTA PERATURANNYA

Sistem atau cara bata di susun membentuk sebuah dinding dinamakan sebagai susunan. Prinsip yang digunakan dalam membentuk susunan bata ialah ikatan tegak untuk sesuatu lapisan itu hendaklah tidak kurang daripada ¼ bata daripada ikatan tegak lapisan di sebelah atas dan di sebelah bawahnya. Ini adalah supaya beban-beban titik di atas dinding itu diagihkan sama rata kepada batu bata di bawahnya bagi mengelakkan berlakunya kegagalan struktur.

3.3 PERBEZAAN KEMAS IKAT SAMBUNG DAN KEMAS IKAT TIMBUL Kemas ikat merupakan proses terakhir pengemasan sebuah dinding bata bagi menghasilkan rupa yang cantik. Ini dilakukan terhadap dinding bata muka. Ada dua cara untuk melakukan kemas ikat iaitu kemas ikat timbul dan kemas ikat sambung. Kemas ikat sambung ialah proses mengemas sambungan semasa

mengikat bata. Di antara kemas ikat ini ialah condong atas, condong bawah, terbenam, kekunci, sambung V dan sambung rata.

Kemas ikat timbul ialah proses mengemas sambungan yang dilakukan selepas pembinaan. Di antara kemas ikat ini ialah timbul kumai dan timbul julur.

3.4 FUNGSI-FUNGSI KEMAS IKAT TIMBUL DAN KEMAS IKAT SAMBUNG

Kemas ikat sambung dilakukan untuk mengelakan takungan air pada dinding luar.

Kemas ikat timbul pula dibuat untuk memudahkan kerja melepa pada masa hadapan.

3.5 JENIS-JENIS KEMAS IKAT

Terdapat pelbagai jenis kemas ikat yang digunakan dalam kerja-kerja kemasan penerapan bata. Antara jenis kemas ikat yang biasa digunakan ialah:

Sambung “struck” bawah iaitu juga dipanggil santak. Ianya tidak sesuai untuk kemasan dinding luar. Sambung “struck “ atas pula sesuai untuk bata tekan yang licin.

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com

Page 57: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

KERJA BATA C1001/UNIT3/6

polisas.nizam.dewi.maill

Sambung terbenam juga dipanggil keruk. Ia amat sesuai bagi binaan yang menggunakan bata muka tetapi memerlukan kedalaman sambungan yang sama.

Sambung rata dibuat sama rata dengan permukaan dinding atau tembok bata dan sesuai untuk semua kedudukan. Untuk memperolehi kemasan bertekstur, gosokkan permukaannya dengan kepingan kayu atau permukaan yang bertekstur.

Sambung V ini akan kelihatan kecil atau sempit. Kerja ini memerlukan alat untuk menghasilkan ikatan yang kemas dan baik.

Sambung julur pula dibuat untuk memudahkan kerja melepa pada masa hadapan.

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com

Page 58: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

KERJA BATA C1001/UNIT3/7

polisas.nizam.dewi.maill

SILA BUAT AKTIVITI DIBAWAH.....

AKTIVITI 3A

1. Nyatakan jenis-jenis ikatan bata. 2. Terangkan dengan ringkas jenis ikatan bata inggeris 3. Nyatakan perbezaan-perbezaan kemas ikat sambung dan

kemas ikat timbul

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com

Page 59: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

KERJA BATA C1001/UNIT3/8

polisas.nizam.dewi.maill

MAKLUM BALAS 3A

1. Jenis-jenis ikatan kerja bata ialah;

Kerja bata terdapat banyak jenis ikatan untuk menyusun bata. Antara ikatan ini yang biasa digunakan di Malaysia ialah ikatan sisi bata, ikatan kepala bata, ikatan inggeris dan ikatan flemish.

2. Ikatan Inggeris

Ikatan ini adalah yang paling meluas digunakan. Ikatan ini disusun dengan satu lapisan kepala bata diikuti lapisan sisi bata berselang seli. Sebiji bata penutup setengah mestilah ditempatkan selepas kepala bata penjuru pada lapisan kepala bata. Kegunaan pada penutup setengah ini adalah untuk mengelakkan sambungan tegak yang berterusan dan memberi lekap yang seragam iaitu suku bata. Pada tembok yang tebal, semua bata di bahagian dalam disusunkan secara melintang. Ikatan jenis ini adalah dianggap sebagai ikatan yang kuat sekali antara ikatan-ikatan kerja bata kerana ia tidak mengandungi sebarang sambungan tegak yang berterusan. Rajah 3.3 menunjukkan pelan tegak hadapan sebuah tembok yang dibina dengan ikatan Inggeris.

3. Perbezaan kemas ikat sambung dan kemas ikat timbul

Kemas ikat merupakan proses terakhir pengemasan sebuah dinding bata bagi menghasilkan rupa yang cantik. Ini dilakukan terhadap dinding bata muka. Ada dua cara untuk melakukan kemas ikat iaitu kemas ikat timbul dan kemas ikat sambung Kemas ikat sambung ialah proses mengemas sambungan semasa

mengikat bata. Di antara kemas ikat ini ialah condong atas, condong bawah, terbenam, kekunci, sambung V dan sambung rata.

Kemas ikat timbul ialah proses mengemas sambungan yang dilakukan selepas pembinaan. Di antara kemas ikat ini ialah timbul kumai dan timbul julur.

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com

Page 60: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

KERJA BATA C1001/UNIT3/9

polisas.nizam.dewi.maill

PENILAIAN KENDIRI

1. Dalam industri binaan, bata tanah liat amat meluas digunakan. Nyatakan dan lukiskan jenis-jenis bata tanah liat yang terkini yang digunakan dalam industri binaan.

2. Terangkan dengan ringkas proses pembuatan bata tanah liat yang

dihasilkan di kilang-kilang bagi kegunaan industri binaan yang besar.

3. Dengan bantuan gambarajah, terangkan dengan jelas prinsip-prinsip utama dalam pengikatan batu bata.

4. Maksudkan istilah-istilah berikut :

a. kepala bata b. sisi bata c. kekatak / lubang d. aris / segi bata e. sambungan tindih f. bergerigi g. hujung terhenti.

5. Lukiskan contoh-contoh blok simen berikut :

a. blok padu b. blok berongga c. blok bersel d. blok berliang.

SELAMAT MENCUBA......

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com

Page 61: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

KERJA BATA C1001/UNIT3/10

polisas.nizam.dewi.maill

MAKLUM BALAS

1. Nama dan Lukiskan;

2. Antara proses pembuatan bata tanah liat ialah persediaan tanah, membentuk bata, pengeringan dan pembakaran.

Persediaan tanah Tanah liat digali daripada lombongnya dengan traktor penyodok atau jengkaut, kemudian dimasukkan ke dalam satu mesin penghancur untuk dihancurkan sehingga halus. Setelah itu dimasukkan pula ke dalam mesin pengisar, tempat tanah tersebut digaul dengan sedikit air dan ditekan keluar melalui satu acuan dan dipotong dengan dawai mengikut saiz bata.

Membentuk bata Terdapat dua kaedah menghasilkan bata iaitu bata potong dawai dan bata tekanan. Bancuhan yang telah ditekan keluar dari mesin dipotong dengan dawai dikenali sebagai bata potong dawai. Tanah yang telah dipotong dawai itu dimasukkan ke dalam mesin tekanan, hasilnya bata tekanan. Bata tekanan adalah lebih mampat dan saiznya lebih seragam.

Pengeringan Bata basah iaitu bata yang baru ditekan atau dipotong dawai disusun

dalam sebuah pondok dan dibiarkan menjadi kering dengan bantuan

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com

Page 62: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

KERJA BATA C1001/UNIT3/11

polisas.nizam.dewi.maill

udara. Bata-bata tersebut juga boleh dikeringkan dengan stim dan hendaklah disusun berjarak 50 mm antara satu sama lain, membolehkan udara bergerak disekelilingnya untuk memudahkan proses pengeringan. Proses ini mengambil masa agak lama biasanya 5 –7 hari bergantung pada keadaan cuaca dan susunannya.

Pembakaran Batu bata yang sudah dikeringkan itu perlu dibakar di dalam satu relau supaya menjadi bata yang keras. Batu bata ini disusun di dalam relau dengan cara yang tertentu memastikan kesemua bata dapat dibakar dengan sempurna. Pembakaran boleh dilakukan dengan dengan menggunakan kayu api, gas, batu arang atau minyak bakar. Pembakaran dilakukan selama dua hari, kemudian dibiarkan sejuk sebelum bata dikeluarkan. Proses ini mengambil masa lebih kurang dua minggu untuk menyusun bata dengan relau, mengering, membakar, menyejuk dan mengeluarkan bata dari relau.

3. Prinsip-prinsip utama dalam pengikatan bata ialah :

mengadakan lekap ¼ bata atau ½ bata untuk mengelakkan sambungan tegak yang terus menerus, baik dipermukaan mahupun didalam tembok.

mengikut jenis ikatan yang ditetapkan oleh ahli rekabentuk. Prinsip pertama memastikan kekuatan dan kestabilan tembok yang dibina. Prinsip yang kedua pula mengawal kesenian rekabentuk pada permukaan tembok. Dalam sesuatu tembok yang tidak terikat, iaitu sambungan tegaknya berterusan (tidak berlekap), kekuatan dan kestabilannya adalah kurang. Oleh sebab itu, sambungan yang berterusan itu seboleh-bolehnya hendaklah dielakkan dalam segala kerja bata. Perbandingan di antara tembok yang terikat dengan tembok yang tidak terikat adalah ditunjukkan dalam rajah di bawah (rajah 2.5). Beban yang dapat ditanggung oleh tapak AB adalah lebih berat jika dibandingkan dengan beban yang ditanggung oleh CD.

Tebal tembok biasanya disebut mengikut saiz bata, misalnya tembok bata yang tebalnya sama dengan lebar bata dikenali sebagai tembok setengah

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com

Page 63: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

KERJA BATA C1001/UNIT3/12

polisas.nizam.dewi.maill

bata, manakala tembok yang tebalnya sama dengan panjang bata dikenali tembok satu bata. Apabila dua tembok bertemu, bata pengikat mestilah digunakan supaya ia mematuhi kepada prinsip pengikatan. Peraturan-peraturan dalam rajah 2.10 menunjukkkan kedudukan bata pengikat dan bata penutup setengah dalam lapisan bata untuk mencegah sambungan yang terus menerus pada tembok bersudut tegak dan tembok persimpangan. Di bawah terdapat beberapa jenis keratan bata khas digunakan memenuhi prinsip-prinsip ikatan bata :

4. Maksud istilah-istilah berikut;

a. Kepala Bata Permukaan hujung bata (65m x 102.5mm) b. Sisi Bata Permukaan sisi bata (102.mm x 215mm) c. Kekatak/Lubang Kesan tekanan di permukaan muka bata. Semasa menerap bata, muka

bata menghadap ke atas dan bawah untuk memperolehi ikatan yang kuat.

d. Aris/Segi Bata. Tepi pepenjuru bata.

e. Sambungan Tindih Jarak mendatar bagi tindihan bata sebelah atas dan bata sebelah bawah.

Biasanya bata diikat dengan berlekap ¼ bata ataupun ½ bata. f. Gerigi Semasa membina tembok, penjuru atau hujung tegaknya tidak disiapkan

terus tetapi ditinggalkan ¼ bata atau ½ bata pada lapisan yang berselang seli, memberikan bentuk bergerigi. Tujuannya adalah untuk memudahkan kerja penyambungan pada masa hadapan.

g. Hujung Terhenti Sesuatu tembok yang penjurunya dihentikan(disiapkan untuk secara

menegak) ini adalah berlainan dengan tembok yang bersudut.

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com

Page 64: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

KERJA BATA C1001/UNIT3/13

polisas.nizam.dewi.maill

5. Contoh Blok Simen;

a. Blok Padu b. Blok Berongga c. Blok Bersel d. Blok Berliang

TAHNIAH ! SAYA PASTI ANDA DAPAT

MEMBERI JAWAPAN YANG TEPAT

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com

Page 65: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

KERJA LOGAM C1001/UNIT4/1

polisas.nizam.dewi.maail

4

Unit

KERJA LOGAM

OBJEKTIF AM

Mengetahui fakta khusus berkenaan dengan kerja-kerja logam dan kegunaannya dalam pembinaan.

OBJEKTIF KHUSUS

Di akhir unit ini anda dapat : 1. Menerangkan jenis-jenis dan kegunaan

logam besi. 2. Menerangkan jenis-jenis dan kegunaan

logam bukan besi. 3. Menyatakan cara-cara pembinaan struktur

keluli, bentuk, keratan rangka, cara penomboran, cara pemasangan dan penyambungan.

4. Menyatakan langkah-langkah keselamatan semasa kerja dilakukan.

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com

Page 66: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

KERJA LOGAM C1001/UNIT4/2

polisas.nizam.dewi.maail

INPUT 4 4.0 KERJA LOGAM Dalam pembinaan bangunan dan perabut, barang-barang logam memainkan peranan yang penting. Barang-barang ini digunakan untuk tujuan yang tertentu seperti mengikat bahagian-bahagian binaan, menggantung pintu atau tingkap, menutup pintu atau tingkap dan lain-lain lagi. Logam-logam ini di antara bahan binaan yang paling banyak digunakan kerana bahan ini senang diperolehi, mempunyai kekuatan yang tinggi, lasak dan senang dikerjakan. 4.1 LOGAM BESI Logam-logam besi ini terdiri daripada besi tempa, besi tuang dan besi waja (keluli) adalah di antara bahan-bahan kejuruteraan yang paling banyak digunakan dalam industri binaan. Cara mengeluarkan besi daripada bijihnya dengan membakar dalam api. Arang batu telah ditemui secara tidak sengaja lebih kurang pada tahun 1400 sebelum masihi. Apabila besi tempa telah dihasilkan, ia dipanaskan lagi dengan bahan berkarbon. Dengan itu akan menghasilkan suatu bahan yang lebih kuat dan keras iaitu keluli. Pada zaman dahulu ia digunakan untuk membuat pedang. Dalam tahun 1728, besi waja gulung telah dibuat dan tahun 1783, rod dan bar digulung pula dihasilkan. Untuk mengilang besi tuang, suhu yang tinggi diperlukan dan ini hanya dapat dilakukan setelah menukar Bessemer dicipta dalam tahun 1855. Dalam proses pengeluaran besi dan keluli, bijih besi yang utama digunakan ialah hematit (Fe2O3), tetapi magnetit (Fe2O4), Siderit (FeCO3) dan Limonit (Fe2O3+nH2O) ada juga digunakan. Sulfur, fosforus, silika dan tanah liat adalah bendasing-bendasing utama yang mungkin terdapat di dalam bijih-bijih ini. Oleh kerana bijih yang mustahak ini wujud dalam bentuk oksida, maka proses mendapatkan besi hendaklah merupakan satu proses yang dapat mengurangkan atau mengasingkan oksigen. Hasil keluaran yang terjadi daripada pembakaran bijih besi dengan karbon dinamakan besi jongkong.

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com

Page 67: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

KERJA LOGAM C1001/UNIT4/3

polisas.nizam.dewi.maail

4.1.1 Besi Jongkong (Pig Iron)

Mengandungi 93% besi tulen, 3-5% karbon, bahan tambahan lain seperti silika, belerang (sulfur), fosforus dan mangan. Ia tidak boleh digunakan untuk tujuan kejuruteraan kerana ia sebenarnya bahan utama untuk membuat besi tuang, besi tempa dan keluli. Ia cair pada suhu 25350C dan mendidih pada suhu 27500C. Besi tulen diperolehi daripada bijih besi seperti lodestone (magnelite), humalite, limolite, siderite, meteorites. Besi jongkong dan serpihan besi diperlukan untuk :

Bahan asas untuk membuat besi tempa, besi tuang dan keluli.

Oxide of iron (Venetian red) sebagai pigmen cat anti karat, bahan kosmetik dan untuk mengilap lensa.

Perusion blue untuk dijadikan nila dan bahan cetak biru.

Iron cores untuk elektromegnet dalam telefon dan sistem motor. 4.1.2 Besi Tuang (Cast Iron)

Beberapa jenis besi tuang dapat dihasilkan secara menggabungkannya dengan unsur-unsur aloi, selain daripada itu jenis-jenis besi tuang yang berlainan boleh juga dikeluarkan secara fizikal atau dengan mengawal kadar penyejukannya. Pengurangan kadar penyejukan besi tuang akan mengurangkan jumlah karbon yang bergabung, jumlah karbon bebas akan bertambah dan saiz hablurnya juga bertambah. Jadi sekeping besi tuang yang disejukkan perlahan-lahan akan terdiri daripada hablur atau simping grafik yang panjang dan halus dalam satu matriks pearling dan simetit dan berwarna kelabu.

Grafit adalah suatu bahan yang biasa digunakan. Oleh itu dengan adanya simping grafit besi tuang itu menjadi lemah dan rapuh. Kekuatan tegangan puncak besi tuang kelabu antara 67 MN/m2 (10,000 lb/in2) hingga lebih daripada 483 MN/m2 (70,000 lb/in2) dan modular putusnya ialah lebih kurang dua kali kekuatan tegangannya. Pertambahan kadar penyejukan akan membawa dua akibat. Pertama, mengurangkan jumlah grafit bebas dan kedua mengurangkan saiz hablurnya. Jika besi tuang cair disejukkan dengan cepat, kesemua karbonnya akan tertahan atau tertinggal dalam besi sebagai simetit yang keras dan rapuh. Hasilnya besi tuang itu menjadi amat kuat tetapi rapuh.

Oleh kerana tidak ada grafit didalamnya, besi ini mempunyai warna yang cerah dan dinamakan besi tuang putih. Besi kokol ialah sejenis besi tuang yang disejukkan dengan cepat secara menyalutkan sebahagian daripada acuannya dengan logam. Jenis ini banyak digunakan untuk membuat roda gerabak keretapi kerana sifatnya yang tahan haus. Oleh kerana besi tuang boleh dibentuk dengan mudah dengan acuan, maka bentuk-bentuk besi tuang kelabu boleh dihasilkan dengan lebih mudah daripada bentuk-

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com

Page 68: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

KERJA LOGAM C1001/UNIT4/4

polisas.nizam.dewi.maail

bentuk keluli, tetapi disebabkan kekuatan tegangan yang rendah dan sifatnya yang rapuh besi ini hanya sesuai digunakan untuk membina struktur yang mengalami tegasan tegangan yang rendah dan tidak menanggung beban dinamik. Besi tuang kelabu digunakan dengan meluasnya untuk rangka dan alas mesin, paip, acuan (casing) dan tempat bagi alat pencetakan, kepala selinder, roda dan alat pengecap mata wang. Besi kokol digunakan untuk permukaan tahan haus seperti roda keretapi dan bajak.

4.1.3. Besi Tempa (wrough iron)

Selain daripada besi tempa yang dihasilkan terdapat juga jenis besi tulin yang lain yang dikilangkan untuk kegunaan tertentu. Besi tempa boleh dikenali atau dapat dibezakan kerana padanya masih terdapat sangga, terutamanya ferus silikat yang tidak di buang keluar semuanya. Penggulungan besi tempa akan memberikan sifat-sifat arah kerana serat-serat halusnya akan selari dengan arah penggulungan. Operasi ini juga akan mengurangkan saiz ira sangga dan meningkatkan kemuluran serta kekerasannya.

Ketumpatan besi tempa ialah 7690 kg/m3 dan kekuatan mampatan maksimumnya ialah antara 207 MN/m2 hingga 276 MN/m2. Kekuatan ricih maksimumnya ialah lebih kurang 276 MN/m2. Besi tempa mudah dikimpal kerana sifat kesenangan kerjanya yang tinggi. Oleh itu besi ini banyak digunakan untuk kerja hiasan besi, ia juga banyak digunakan untuk membuat paip, plat dandang dan tiub, kepingan logam dan bahagian-bahagian kereta dan gerabak kerana sifatnya tahan karat.

4.1.4. Besi Lembut

Besi lembut ialah bahan yang lazim digunakan untuk binaan kerja keluli. Ia dikeluarkan mengikut gred kekuatan asas seperti gred 43, gred 50 dan gred 55. Kekuatan gred 43, 50 dan 55 menunjukkan kekuatan tegangan muktamad minimum 430 N/mm2,, 500 N/mm2 dan 550 N/mm2. Sifat besi lembut yang penting diketahui ialah kekuatan tegasan tegangan, keanjalan, kemuluran, rintangan hakisan, tahan kebakaran dan pengcuacaan.

4.1.5. Jenis-jenis dan kegunaan paip besi bergalvani

Paip jenis ini diperbuat daripada besi dengan cara dituang besi cair ke dalam acuan pasir atau dituang tegak secara centrifugal. Paip yang dibuat cara pertama ini dipanggil paip besi tuang dan cara kedua dipanggil paip besi spun. Paip ini diperolehi dalam tiga jenis kelas iaitu B, C dan D dan paip jenis ini boleh diperolehi dalam saiz 0 hingga 48”. Panjang paip boleh

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com

Page 69: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

KERJA LOGAM C1001/UNIT4/5

polisas.nizam.dewi.maail

diperolehi 9 kaki, 12 kaki dan 18 kaki. Paip ini disalut dengan cat bituminous di luar dan dalamnya.

4.2 LOGAM BUKAN BESI Umumnya jika dibandingkan logam besi, logam-logam bukan besi lebih mudah bertukar sifat-sifat kejuruteraanya. Apabila dikenakan pengerjaan mekanik tetapi tidak begitu terpengaruh oleh tindakan haba dan tidak mudah berkarat. Logam jenis ini digunakan untuk binaan struktur atau untuk membuat bahan-bahan yang bersifat ringan, mudah mengalirkan elektrik, tahan karat serta bahan-bahan yang takat daya tahan dan modulus keanjalannya boleh diterima.

4.2.1. Tembaga

Tembaga boleh wujud dalam keadaan bebas (dikenali sebagai tembaga asli) atau bentuk oksida atau sulfida. Di antara bijih tembaga yang penting yang digunakan untuk pengeluaran logam tembaga ialah kuprik (Cu2O), kuprum gans (Cu2S) dan kuprum pirit (CuFeS2). Proses yang digunakan untuk menghasilkan tembaga daripada bijihnya ialah bergantung kepada jenis bijih tersebut. Secara umumnya proses yang terlibat ialah pembasuhan dan pengisaran bijih berkenaan, diikuti dengan panggangan, penurunan dan pembersihan. Dalam pasaran tembaga boleh didapati dalam lima bentuk iaitu :

a. Tembaga elektolitik – tembaga ini mempunyai sifat pengaliran haba dan elektrik yang baik dan senang dikerjakan.

b. Tembaga fosfor – tembaga ini mengandungi 0.006% hingga 0.05% fosforos. Sifar pengalirannya kurang baik tetapi tembaga ini lebih kuat.

c. Tembaga argentum – tembaga ini mengandungi sedikit argentum dan sesuai digunakan untuk membuat alat-alat elektrik.

d. Tembaga pengaliran tinggi bekas oksigen. e. Tembaga arsenik - tembaga ini mengandungi 45% arsenik.

Tembaga banyak digunakan untuk membuat alat elektrik dan dawai untuk pengaliran elektrik. Logam ini banyak digunakan dalam perusahan jentera dan untuk membuat lapisan kulit dalam kerja-kerja binaan kerana sifatnya yang tahan karat. Ia juga digunakan untuk membuat spring, tolok dan alat-alat lain yang menerima beban yang berulang-ulang.

4.2.2. Aluminium

Aluminium ialah sejenis logam yang memang banyak terdapat di dunia. Logam ini mengandungi lebih kurang 7.85% pati tanah tetapi bijih perdagangannya hanya bauksit iaitu sejenis alumina hidrat berferus yang mengandungi sebanyak 60 alumina (Al2O3).

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com

Page 70: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

KERJA LOGAM C1001/UNIT4/6

polisas.nizam.dewi.maail

Sifat-sifat utama logam aluminium ialah renggang kuat, tahan karat dan merupakan pengalir elektrik yang baik. Walaubagaimanapun, logam ini mudah dirosakkan oleh tindakan asid hidraulik dan alkali-alkali kuat tetapi tahan terhadap asid nitrit kuat. Hampir separuh daripada bekalan pasaran aluminium dihasilkan sebagai logam tulen.

Dalam bentuk keratan gulung, tiub, kepingan, bar dan dawai. Manakala separuh lagi dalam bentuk aloi-aloi ringan. Logam aluminium dalam bentuk digulung, ditarik dan ditekan banyak digunakan dalam semua bidang kejurutreraan dimana bahan yang ringan, cukup kuat dan tahan karat boleh digunakan sebaik-baiknya. Aloi-aloi aluminium memainkan peranan yang penting dalam pembinaan kapal terbang moden, badan-badan lori, gerabak, dawai pengaliran elektrik, atap bangunan dan perkakas-perkakas memasang peralatan rumah.

4.2.3 Zink

Bijih zink yang paling mustahak ialah sfalerit (ZnS) iaitu sejenis sulfida zink. Zink juga boleh wujud sebagai zink karbonat dan zink oksida. Pada suhu biasa (suhu bilik) zink adalah rapuh tetapi pada suhu 100oC dan 150oC logam ini cukup mudah ditempa untuk digulung menjadi kepingan nipis dan cukup mulur untuk ditarik menjadi dawai. Kekuatan tegangan zink berubah-ubah daripada 27.5 N/mm2 hingga 55 N/mm2 dan boleh dilipat gandakan melalui proses penggulungan atau penarikan.

Logam ini tahan karat dalam udara lembab disebabkan pembentukan suatu lapisan zink karbonat asas yang padat dan melindungi logam dibawahnya. Logam zink banyak digunakan untuk mengalvani. Di antara kegunaan-kegunaannya yang lain adalah untuk membuat lapisan pelindung bateri dan untuk penghasilan aloi zink. Aloi-aloi zink yang biasa ialah loyang iaitu sejenis aloi tembaga-zink, mangan gangsa yang mengandungi 60% tembaga, 38% zink, 1% timah dan 0.5% mangan dengan kekuatan tegangan sebesar 520 N/mm2 dan kekuatan mampatan sebesar 1035 N/mm2. Zink digunakan untuk membuat pam, injap dan injin kapal laut dan jenis-jenis aloi yang lain bersifat tahan karat untuk tujuan umum.

4.2.4 Gangsa (bronze)

Ia merupakan sebatian timah dengan tembaga yang turut ditambah dengan beberapa logam lain untuk mengukuhkan sifatnya. Timah bertindak meneguhkan sifat logam supaya ia lebih kuat, tahan lasak dan tahan karat. Kegunaan gangsa adalah seperti berikut:

Wang siling

Loceng

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com

Page 71: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

KERJA LOGAM C1001/UNIT4/7

polisas.nizam.dewi.maail

Hasil kerja seni seperti arca dan ukiran.

Komponen enjin.

Rod, bar dan sesalur. Gangsa juga terbahagi kepada beberapa jenis iaitu :

Phosphor bronze – menjadikan gangsa lebih kuat, tahan geseran, bermutu tinggi dan mudah dibentuk.

Lead bronze – dijadikan bahagian mesin terutamanya ‘bearing’.

Nickel bronze – dijadikan bahagian mesin seperti gear dan ‘mechinenary bearing’.

Silicone bronze – dijadikan pam, bahagian-bahagian kapal dan komponen elektrik.

4.2.5 Suasa (brass)

Ia merupakan campuran emas dan perak yang turut ditambah dengan beberapa logam lain bagi memperkukuhkan lagi sifatnya. Ia berwarna kuning keemasan. Biasanya ia disadur pada tombol dan juga tempat penyangkut baju pada bangunan-bangunan mewah atau rumah-rumah mewah.

4.3 PEMBINAAN STRUKTUR KELULI (STEEL CONSTRUCTION) Keluli juga dikenali sebagai besi waja iaitu sejenis besi yang mudah ditempa dan mulur. Kandungan karbonnya ialah antara 0.12% hingga 1.8%. Pengeluaran keluli daripada jongkong melibatkan pembuangan bendasing dengan sebanyak mungkin, melaraskan kandungan karbon dan mencampurkan unsur-unsur pancalogam untuk mengubah sifatnya. Bagi keluaran ‘keluli muatan’ yang berkarbon sedikit dengan banyaknya, proses ‘hearth’ terbuka biasanya digunakan. Walaubagaimanapun proses Dupleks dan Bessemer boleh juga digunakan. Untuk pengeluaran yang sedikit bagi memenuhi keperluan khusus seperti keluli karbon banyak proses ‘hearth’ terbuka, pensimenan, pelaburan atau relau elektrik boleh digunakan.

4.3.1 Bentuk dan Keratan Rangka Keluli

Bentuk dan keratan rangka keluli adalah seperti rasuk semesta (universal beam), tiang semesta (universal column) dan sesalur (channel) seperti rajah 4.1. Ia digunakan untuk rasuk, alang, kasau, gulung-gulung dan pengikat. Untuk struktur keratan keluli yang lain sesiku sama dan tidak sama (equal and unequal angel) digunakan untuk bracing members, kasau, gulung-gulung, rembat dan belebas. Bagi struktur T pula (structure Tees) digunakan bagi rasuk pengikat dan kuda-kuda. Manakala bulatan,

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com

Page 72: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

KERJA LOGAM C1001/UNIT4/8

polisas.nizam.dewi.maail

segiempat sama dan segiempat tepat berongga digunakan untuk rangka bangunan, gulung-gulung, lattice girders dan lain-lain.

Keratan gabungan (compound section) adalah seperti berikut (Rajah 4.1): Mengukuhkan keluli keratan tergelek sebagai rasuk semesta

dengan mencantumkannya secara kimpalan dengan kepingan plat. Menggabungkan dengan keratan tergelek untuk girder crane di

mana dua gabungan keluli membawa beban dari arah bertentangan.

Menggabungkan rasuk dengan tiang atau sesamanya dengan sesalur ataupun sesiku untuk menghasilkan satu ikatan struktur yang kuat.

Built up section iaitu membentuk keratan rasuk, tiang ataupun segiempat lompang dengan menggabungkan secara kimpalan bagi membolehkannya menanggung beban yang besar dan tinggi.

Rajah 4.1: Bentuk dan Keratan Rangka Keluli

Sumber :Binaan Bangunan ( Hafidzah Ahmad Abbas ) 1987

Keratan rangka keluli yang lain seperti keratan tergelek sejuk (cold rolled section) terdiri daripada keratan berbentuk Z, sigma, dan C (rajah 4.2).

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com

Page 73: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

KERJA LOGAM C1001/UNIT4/9

polisas.nizam.dewi.maail

Rajah 4.2: Keratan gabungan

Sumber :Binaan Bangunan ( Hafidzah Ahmad Abbas ) 1987

4.3.2 Cara Penomboran sistematik

Cara penomboran sistematik ini perlu di lakukan kerana :

a. memudahkan kerja pemasangan b. mengelakkan terjadinya kekeliruan ketika pemasangan c. memendekkan masa pemasangan

4.3.3 Cara pemasangan dan penyambungan

Cara pemasangan dan penyambungan untuk kerja-kerja logam boleh dijalankan dengan cara-cara seperti berikut :

a) Bolt dan nat Penyambungan ini boleh dilakukan sebagai sambungan sementara bagi anggota struktur keluli. Ia terdiri daripada bolt dan nat serta sesendal, di mana sesendal bertujuan untuk menahan daya yang lebih. Lubang untuk bolt dibuat dengan menggunakan mesin gerudi. Lubang yang ditebuk itu mestilah lebih besar daripada ukuran garis pusat luar bebenang, iaitu lebih kurang 0.5mm.

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com

Page 74: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

KERJA LOGAM C1001/UNIT4/10

polisas.nizam.dewi.maail

Dalam penyambungan ini, dua jenis bolt digunakan, iaitu : bolt keluli lembut bolt tegangan tinggi

Bolt keluli lembut digunakan untuk binaan yang tidak terlalu besar dan tidak mustahak serta pembinaan yang tidak menerima beban yang besar. Bolt tegangan tinggi digunakan untuk mana-mana binaan keluli sebagai pengganti pasak kerana kerja mengetatkan bolt ini sangat mudah (Rajah 4.3)

Rajah 4.3: Contoh Bolt dan Pemasangan

Sumber :Binaan Bangunan ( Hafidzah Ahmad Abbas ) 1987

b) Rivet Diperbuat daripada keluli lembut dan terdapat dua jenis iaitu :

berbentuk kubah kepala benam

Rivet perlu diganti apabila didapati bentuknya tidak tepat, paksi rivet tidak lurus dan kepala retak (rajah 4.4).

Rajah 4.4: Contoh rivet dan pemasangan

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com

Page 75: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

KERJA LOGAM C1001/UNIT4/11

polisas.nizam.dewi.maail

Sumber :Binaan Bangunan ( Hafidzah Ahmad Abbas ) 1987

c) Kimpalan arka dan gas (arc and gas welding) Kimpalan untuk binaan keluli hendaklah dibuat oleh tukang kimpal yang mahir. Kimpalan digunakan untuk penyambungan di antara struktur keluli. Kimpalan boleh dibuat dalam dua cara, iaitu kimpalan arka dan kimpalan gas.

Dalam kimpalan arka, arka terjadi antara dua elektrod atau rod kimpalan dengan atau tanpa logam penambah (filler rod). Caranya ialah dengan mencairkan rod kimpalan dengan arka yang dihasilkan daripada tenaga elektrik dan melekatkan logam penambah pada bahagian yang hendak

dikimpal. Suhunya di antara 2500C–3500C dan voltan arka antara 15V-25V. Kimpalan arka lebih cepat dan memberi penembusan yang lebih dalam. Kimpalan arka lebih sesuai untuk kepingan yang tebal dan boleh digunakan di kedua-dua permukaan.

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com

Page 76: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

KERJA LOGAM C1001/UNIT4/12

polisas.nizam.dewi.maail

Dalam kimpalan gas, nyalaan api gas dari oksiasetilena digunakan untuk keluli sederhana. Dengan hidrogen atomik, suhunya meningkat ke

4000C. Untuk menyambung plumbum (lead), kimpalan gas suhu rendah diperlukan, iaitu menggunakan oksida hidrogen. Kimpalan ini memerlukan tukang yang mahir. Peralatan untuk kimpalan murah dan mudah alih. Kimpalan gas amat berguna untuk penyambungan kepingan keluli nipis, plat dan untuk keratan logam bukan besi.

Rajah 4.5: Jenis-jenis kimpal

Sumber :Binaan Bangunan ( Hafidzah Ahmad Abbas ) 1987

Jenis-jenis kimpalan ialah :

kimpal muka tumpu (butt weld) kimpal kambi (fillet weld)

Kelebihan menggunakan sambungan kimpalan : sambungan ini kelihatan lebih kemas dan elok memudahkan penyelenggaraan kerana tidak berkarat mudah dan cepat dalam kerja-kerja penyambungan pembaziran keluli dapat dikurangkan sambungan ini ringan dan seterusnya mengurangkan beban

binaan.

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com

Page 77: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

KERJA LOGAM C1001/UNIT4/13

polisas.nizam.dewi.maail

4.4 LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN Langkah-langkah keselamatan perlulah dititik beratkan semasa menjalankan tugas. Di antara langkah-langkah keselamatan tersebut ialah:

Tidak bermain-main atau bergurau dengan rakan sekerja semasa menjalankan kerja logam.

Memakai pakaian yang sesuai dengan kerja.

Memakai sarung tangan dan kasut keselamatan semasa berada di tempat kerja.

Mematuhi arahan dan peraturan keselamatan.

Mengambil kira kemampuan diri sendiri.

Menggunakan alatan tangan yang sesuai dengan kerja yang dilakukan.

Mengenalpasti punca kemalangan yang sering berlaku semasa kerja dilakukan.

Mengenalpasti langkah mencegah kemalangan.

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com

Page 78: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

KERJA LOGAM C1001/UNIT4/14

polisas.nizam.dewi.maail

AKTIVITI 4A

1. Terangkan cara-cara pemprosesan logam besi kepada jongkong besi.

2. Apakah keperluan dan kegunaan besi jongkong dan serpihan besi.

3. Terangkan dengan ringkas logam besi lembut.

4. Jelaskan sifat-sifat yang utama bagi logam bukan besi.

LAKUKAN YANG TERBAIK.......

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com

Page 79: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

KERJA LOGAM C1001/UNIT4/15

polisas.nizam.dewi.maail

MAKLUM BALAS 4A

1. Apabila besi tempa yang dihasilkan, ia dipanaskan lagi dengan bahan

berkarbon akan menghasilkan suatu bahan yang lebih kuat dan keras iaitu keluli. Pada zaman dahulu digunakan untuk membuat pedang. Dalam tahun 1728, besi waja gulung telah dibuat dan tahun 1783 rod dan bar digulung pula dihasilkan. Untuk mengilang besi tuang, suhu yang tinggi diperlukan dan ini hanya dapat dilakukan setelah menukar Bessemer dicipta dalam tahun 1855. Dalam proses pengeluaran besi dan keluli, bijih besi yang utama digunakan ialah hematit (Fe2O3), tetapi magnetit (Fe2O4), siderit (FeCO3) dan limonit (Fe2O3 + nH2O) ada juga digunakan.

Sulfur, fosforus, silika dan tanah liat adalah bendasing-bendasing utama yang mungkin terdapat di dalam bijih-bijih ini. Oleh kerana bijih yang mustahak ini wujud dalam bentuk oksida, maka proses mendapatkan besi hendaklah merupakan satu proses yang dapat mengurangkan atau mengasingkan oksigen. Hasil keluaran yang terjadi daripada pembakaran bijih besi dengan karbon dinamakan besi jongkong.

2. Besi jongkong dan serpihan besi diperlukan untuk :

Bahan asas untuk membuat besi tempa, besi tuang dan keluli.

Oxide of iron (Venetian red) sebagai pigmen cat anti karat, bahan kosmetik dan untuk mengilap lensa.

Perusion blue untuk dijadikan nila dan bahan cetak biru.

Iron cores untuk elektromegnet dalam telefon dan sistem motor.

3. Besi lembut ialah bahan yang lazim digunakan untuk binaan kerja keluli. Ia dikeluarkan mengikut gred kekuatan asas seperti gred 43, gred 50 dan gred 55. Kekuatan gred 43, 50 dan 55 menunjukkan kekuatan tegangan muktamad minimum 430 N/mm2,, 500 N/mm2 dan 550 N/mm2. Sifat besi

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com

Page 80: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

KERJA LOGAM C1001/UNIT4/16

polisas.nizam.dewi.maail

lembut yang penting diketahui ialah kekuatan tegasan tegangan, keanjalan, kemuluran, rintangan hakisan, ketahanan kebakaran dan pencuacaan.

4. Umumnya jika dibandingkan logam besi, logam-logam bukan besi lebih mudah

bertukar sifat-sifat kejuruteraanya. Apabila dikenakan pengerjaan mekanik tetapi tidak begitu terpengaruh oleh tindakan haba dan tidakan mudah berkarat. Logam jenis ini digunakan untuk binaan strutur atau untuk membuat bahan-bahan yang bersifat ringan, mudah megalirkan elektrik, tahan karat serta bahan-bahan yang takat daya tahan dan modulus keanjalannya boleh diterima.

IT OKEY !!!!!

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com

Page 81: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

KERJA LOGAM C1001/UNIT4/17

polisas.nizam.dewi.maail

PENILAIAN KENDIRI 4A

1. Nyatakan LIMA bentuk tembaga yang boleh didapati di pasaran.

2. Terangkan dengan jelas perkara-perkara berikut :

a. Besi tuang (Cast Iron) b. Besi tempa (wrough iron) c. Besi lembut

3. Jelaskan sifat-sifat, kegunaan-kegunaan dan jenis-jenis bagi gangsa

(bronze).

4. Terangkan cara-cara pemasangan dan penyambungan bagi kerja logam berikut; a. Bolt dan nat b. Rivet c. Kimpalan arca dan gas

5. Berikan LAPAN langkah-langkah keselamatan yang perlu dititik beratkan

semasa menjalankan tugas untuk kerja-kerja logam.

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com

Page 82: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

KERJA LOGAM C1001/UNIT4/18

polisas.nizam.dewi.maail

MAKLUM BALAS 1. Dalam pasaran tembaga boleh didapati dalam lima bentuk iaitu :

a. Tembaga elektrolitik – tembaga ini mempunyai sifat pengaliran haba dan elektrik yang baik dan senang dikerjakan.

b. Tembaga fosfor – tembaga ini mengandugi 0.006% hingga 0.05% fosforos. Sifar pengalirannya kurang baik tetapi tembaga ini lebih kuat.

c. Tembaga argentum – tembaga ini mengandungi sedikit argentum dan sesuai digunakan untuk membuat alat-alat elektrik.

d. Tembaga pengaliran tinggi bekas oksigen. e. Tembaga arsenik - tembaga ini mengandugi 45% arsenik.

2. Besi Tuang (Cast Iron)

Beberapa jenis besi tuang dapat dihasilkan secara menggabungkanya dengan unsur-unsur aloi, selain daripada itu jenis-jenis besi tuang yang berlainan boleh juga dikeluarkan secara fizikal atau dengan mengawal kadar penyejukannya. Pengurangan kadar penyejukan besi tuang akan mengurangkan jumlah karbon yang bergabung jumlah karbon bebas akan bertambah dan saiz hablurnya juga bertambah, jadi sekeping besi tuang yang disejukkan perlahan-lahan akan terdiri daripada hablur atau simping grafik yang panjang dan halus dalam satu matriks pearling dan simetit dan berwarna kelabu.

Grafit adalah suatu bahan yang biasa digunakan. Oleh itu dengan adanya simping grafit besi tuang itu menjadi lemah dan rapuh. Kekuatan tengangan puncak besi tuang kelabu antara 67 MN/m2 (10,000 lb/in2) hingga lebih daripada 483 MN/m2 (70,000 lb/in2) dan modular putusnya ialah lebih kurang dua kali kekuatan tegangnya. Pertambahan kadar penyejukan akan membawa dua akibat. Pertama, mengurangkan jumlah grafit bebas dan kedua mengurangkan saiz hablurnya. Jika besi tuang cair disejukkan dengan cepat, kesemua karbonnya akan tertahan atau tertinggal dalam besi sebagai simetit yang keras dan rapuh. Hasilnya besi tuang itu menjadi amat kuat tetapi rapuh.

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com

Page 83: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

KERJA LOGAM C1001/UNIT4/19

polisas.nizam.dewi.maail

Oleh kerana tidak ada grafit didalamnya besi ini mempunyai warna yang cerah dan dinamakan besi tuang putih. Besi kokol ialah sejenis besi tuang yang disejukkan dengan cepat secara menyalutkan sebahagian daripada acuannya dengan logam. Jenis ini banyak digunakan untuk membuat roda gerabak keretapi kerana sifatnya yang tahan haus. Oleh kerana besi tuang boleh dibentuk dengan mudah dengan acuan, maka bentuk-bentuk besi tuang kelabu boleh dihasilkan dengan lebih mudah daripada bentuk-bentuk leluli, tetapi disebabkan kekuatan tengagan yang rendah dan sifatnya yang rapuh besi ini hanya sesuai digunakan untuk membina struktur yang mengalami tegasan tenganan yang rendah dan tidak menanggung beban dinamik. Besi tuang kelabu digunakan dengan meluasnya untuk rangka dan alas mesin, paip, acuan (casing) dan tempat bagi alat pencetakan, kepala selinder, roda dan alat pengecap mata wang. Besi kokol digunakan untuk permukaan tahan haus seperti rada keretapi dan bajak.

b). Besi Tempa

Selain daripada besi tempa yang dihasilkan terdapat juga jenis besi tulin yang lain yang dikilangkan untuk kegunaan tertentu. Besi tempa boleh dikenali atau dapat dibezakan kerana padanya masih terdapat sangga, terutamanya ferus silikat yang tidak dibuang keluar semuanya. Penggulungan besi tempa akan memberikan sifat-sifat arah kerana serat-serat halusnya akan selari dengan arah penggulungan. Operasi ini juga akan megurangkan saiz ira sangga dan meningkatkan kemuluran serta kekerasannya.

Ketumpatan besi tempa ialah 7690 kg/m3 dan kekuatan mampatan maksimumnya ialah antara 207 MN/m2 hingga 276 MN/m2. Kekuatan ricih maksimumnya ialah lebih kurang 276 MN/m2. Besi tempa mudah dikimpal kerana sifat kesenangan kerjanya yang tinggi. Oleh itu besi ini banyak digunakan untuk kerja hiasan besi. Besi tempa juga banyak digunakan untuk membuat paip, plat dandang dan tiub, kepingan logam dan bahagian-bahagian kereta dan gerabak kerana sifatnya tahan karat.

c). Besi Lembut

Besi lembut ialah bahan yang lazim digunakan untuk binaan kerja keluli. Ia dikeluarkan mengikut gred kekuatan asas seperti gred 43, gred 50 dan gred 55. Kekuatan gred 43, 50 dan 55 menunjukkan kekuatan tegangan muktamad minimum 430 N/mm2,, 500 N/mm2 dan 550 N/mm2. Sifat besi lembut yang penting diketahui ialah kekuatan tegasan tegangan, keanjalan, kemuluran, rintangan hakisan, ketahanan kebakaran dan pencuacaan.

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com

Page 84: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

KERJA LOGAM C1001/UNIT4/20

polisas.nizam.dewi.maail

3. Ia merupakan sebatian timah dengan tembaga yang turut ditambah dengan

beberapa logam lain untuk mengukuhkan sifatnya. Timah bertindak meneguhkan sifat logam supaya ia lebih tahan, kuat, tahan lasak dan tahan karat. Kegunaan gangsa adalah seperti berikut:

Wang siling

Loceng

Hasil kerja seni seperti arca dan ukiran.

Komponen enjin

Rod, bar dan sesalur

Gangsa juga terbahagi kepada beberapa jenis iaitu : Phosphor bronze – menjadikan gangsa lebih kuat, tahan

geseran, bermutu tinggi dan mudah dibentuk. Lead bronze – dijadikan bahagian mesin terutamanya

‘bearing’. Nickel bronze – dijadikan bahagian mesin seperti gear dan

‘mechinenary bearing’ Silicone bronze – dijadikan pam, bahagian-bahagian kapal

dan komponen elektrik.

4. Cara pemasangan dan penyambungan untuk kerja-kerja logam boleh dijalankan dengan cara-cara seperti berikut :

a) Bolt dan Nat

Penyambungan ini boleh dilakukan sebagai sambungan sementara bagi anggota struktur keluli. Ia terdiri daripada bolt dan nat serta sesendal, di mana sesendal bertujuan untuk menahan daya yang lebih. Lubang untuk bolt dibuat dengan menggunakan mesin gerudi. Lubang yang ditebuk itu mestilah lebih besar daripada ukuran garis pusat luar bebenang, iaitu lebih kurang 0.5 mm. Dalam penyambungan ini, dua jenis bolt digunakan iaitu :

bolt keluli lembut bolt tegangan tinggi

Bolt keluli lembut digunakan untuk binaan yang tidak terlalu besar dan tidak mustahak serta pembinaan yang tidak menerima beban yang besar. Bolt tegangan tinggi digunakan untuk mana-mana binaan keluli sebagai pengganti pasak kerana kerja mengetatkan bolt ini sangat mudah.

b) Rivet

Diperbuat daripada keluli lembut dan terdapat dua jenis iaitu : berbentuk kubah kepala benam

Rivet perlu dganti apabila didapati bentuknay tidak tepat, paksi rivet tidak lurus dan kepala retak.

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com

Page 85: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

KERJA LOGAM C1001/UNIT4/21

polisas.nizam.dewi.maail

c) Kimpalan Arka dan gas (arc and gas welding) Kimpalan untuk binaan keluli hendaklah dibuat oleh tukang kimpal yang mahir. Kimpalan digunakan untuk penyambungan di antara struktur keluli. Kimpalan boleh dibuat dalam dua cara, iaitu kimpalan arka dan kimpalan gas. Dalam kimpalan arka, arka terjadi antara dua elektrod atau rod kimpalan dengan atau tanpa logam penambah (filler rod). Caranya ialah dengan mencairkan rod kimpalan dengan arka yang dihasilkan daripada tenaga elektrik dan melekatkan logam penambah pada bahagian yang hendak

dikimpal. Suhunya di antara 2500C–3500C dan voltan arka antara 15V–25V. Kimpalan arka lebih cepat dan memberi penembusan yang lebih dalam. Kimpalan arka lebih sesuai untuk kepingan yang tebal dan boleh digunakan di kedua-dua permukaan. Dalam kimpalan gas, nyalaan api gas dari oksiasetilena digunakan untuk keluli sederhana. Dengan hidrogen atomik, suhunya meningkat ke

4000C. Untuk menyambung plumbum (lead), kimpalan gas suhu rendah diperlukan, iaitu menggunakan oksida hidrogen. Kimpalan ini memerlukan tukang yang mahir. Peralatan untuk kimpalan murah dan mudah alih. Kimpalan gas amat berguna untuk penyambungan kepingan keluli nipis, plat dan untuk keratan logam bukan besi.

Jenis-jenis kimpalan ialah :

kimpal muka tumpu (butt weld) kimpal kambi (fillet weld)

Kelebihan menggunakan sambungan kimpalan :

sambungan ini kelihatan lebih kemas dan elok memudahkan penyelenggaraan kerana tidak berkarat mudah dan cepat dalam kerja-kerja penyambungan pembaziran keluli dapat dikurangkan sambungan ini ringan dan seterusnya mengurangkan beban

binaan. 5. Langkah-langkah keselamatan perlulah dititik beratkan semasa menjalankan

tugas di antara langkah-langkah keselamatan tersebut ialah: Tidak bermain-main atau bergurau dengan rakan sekerja semasa

menjalankan kerja logam. Memakai pakaian yang sesuai dengan kerja. Memakai sarung tangan dan kasut keselamatan semasa berada

di tempat kerja. Mematuhi arahan dan peraturan keselamatan.

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com

Page 86: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

KERJA LOGAM C1001/UNIT4/22

polisas.nizam.dewi.maail

Mengambil kira kemampuan diri sendiri. Menggunakan alatan tangan yang sesuai dengan kerja yang

dilakukan Mengenalpasti punca kemalangan yang sering berlaku semasa

kerja dilakukan. Mengenalpasti langkah mencegah kemalangan.

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com

Page 87: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

BAHAN BUKAN LOGAM C1001/UNIT5/1

civil engineering.polisas2002 nizam.dewi.maail

5

Unit

BAHAN BUKAN LOGAM

OBJEKTIF AM

Mengetahui fakta khusus berkenaan dengan bahan bukan logam dan kegunaannya dalam pembinaan.

OBJEKTIF KHUSUS

Di akhir unit ini anda dapat : Menyatakan jenis-jenis dan kegunaan bagi bahan-bahan berikut dalam binaan

Kaca Plastik Bitumen dan asfalt Cat Bahan komposit

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com

Page 88: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

BAHAN BUKAN LOGAM C1001/UNIT5/2

civil engineering.polisas2002 nizam.dewi.maail

INPUT

5.0 BAHAN BUKAN LOGAM

Kemajuan teknologi moden sekarang ini telah memungkinkan penghasilan berbagai-bagai jenis bahan bukan logam seperti kaca, plastik, bitumen dan asfalt, cat dan bahan komposit. Pada hari ini di mana-mana sahaja kita boleh melihat hasil daripada bahan bukan logam ini telah dipelbagaikan.

5.1.1 Kaca

Kaca merupakan bahan bukan logam yang dapat kita lihat setiap hari dengan pelbagai jenis. Antaranya ialah kaca optik, kaca keselamatan, kaca untuk memesongkan pancaran atau sinaran, jubin kaca dan blok-blok kaca untuk bangunan.

Jenis kaca yang paling ringkas ialah silika, tetapi disebabkan oleh takat leburnya yang sangat tinggi iaitu 1713 0C, kaca ini lebih mahal daripada jenis-jenis aloi kaca yang lain. Kaca borosilikat diperolehi dengan menggunakan boraks atau asid boric, di samping soda. Takat lebur yang rendah juga diperolehi dan kaca ini adalah lebih stabil dari segi fizikal dan kimia. Kaca kimia dan kaca pireks ialah contoh kaca borosilikat yang tidak mudah pecah apabila dikenakan suhu mengejut. Plumbum oksida kadang-kadang digunakan menggantikan kapur sebagai agen penstabil. Kaca tingkap dan flat kaca ialah dari jenis ini. 5.1.1.1 Jenis-jenis kaca

Kaca terbahagi kepada beberapa jenis iaitu; a. Kaca plat dimana kualiti permukaanya lebih baik daripada kaca

kepingan dengan kurang heroten. b. Kaca Kepingan memberi pandangan yang pada hakikatnya

terang dan tidak herut. c. Kaca Penyerap Haba merupakan kaca kepingan yang berwarna

atau kaca plat yang meyerap sejumlah besar sinaran matahari, mengurangkan pembentukan haba disekitar bagunan dan mengawal silauan.

d. Kaca bersepoh merupakan kaca yang dikuatkan dengan haba bagi meningkatkan ringtangan pada hentaman dan tegasan haba

INPUT

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com

Page 89: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

BAHAN BUKAN LOGAM C1001/UNIT5/3

civil engineering.polisas2002 nizam.dewi.maail

e. Kaca berlapis keselamatan mengandungi kepingan nipis dan kukuh berlapiskan plastik lut sinar antara dua lapisan kaca kepingan atau kaca plat.

f. Kaca berdawai dimana jejaring dawai dimasukkan kedalam kaca yang digelekkan semasa pengilangan.

g. Kaca Penebat mengandungi dua lapisan kaca yang dipisahkan oleh ruang kedap udara untuk meyediakan penebatan haba dan menghadkan pemejalwapan.

5.1.2 Plastik

Plastik wujud disekeliling kita dalam pelbagai bentuk dan keadaan. Campuran plastik dengan bahan-bahan lain boleh memperbaiki bahan tersebut seperti berikut:

a. kayu tidak mudah terbakar atau reput b. getah menjadi kuat c. besi tidak berkarat d. kertas bertambah kuat

Terdapat banyak plastik yang berlainan. Ada jenis-jenis plastik yang dibuat daripada selulos kayu, kapas dan tumbuhan lain. Sesetangah plastik terdiri daripada damar tulin seperti minyak aspal dan juga damar tiruan. 5.1.2.1 Jenis-jenis plastik:

a. polysestar – merupakan bahan plastik yang lutsinardilenali sebagai venil. Terdapat dua jenis venil iaitu lembut dan keras. Venil keras biasanya digunakan pada kemasan lantai dan juga paip untuk saliran air. Ia juga banyak digunakan dalam perusahaan membuat kabel dan dawai. Permukaan tangki asid dan gas yang mudah dihakis dikemaskan dengan bahan ini.

b. Acrylic plastik – ianya lebih jernih daripada kaca dan banyak digunakan untuk membuat kanta. Dalam industri binaan ianya digunakan pada papan tanda, tanda arahan di kilang-kilang dan juga bagi membuat tingkap kaca.

c. Polisterin – ianya digunakan dalam pembuatan cat yang boleh larut. Ianya memperbaiki mutu cat supaya dapat taahan lama dan kalis air.

d. Polyethylene – ianya amat ringan jika dibandingkan dengan plastik-plastik yang lain. Walaubagaimanapun, ianya amat kukuh dan pada masa sekarang ia mula pesat digunakan sebagai pengganti bingkat tingkap.

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com

Page 90: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

BAHAN BUKAN LOGAM C1001/UNIT5/4

civil engineering.polisas2002 nizam.dewi.maail

5.1.2.1 Ciri-ciri plastik.

a. Mempunyai kekuatan tegangan tinggi dan kadar kekenyalan yang rendah

b. Tindakbalas dalam suhu yang tinggi iaitu menjadi lemah apabila dikenakan suhu yang tinggi.

c. Tindakbalas dalam kebakaran iaitu plastik boleh dibakar tetapi dalam penambahan bahan tambahan tahan api.

d. Pengaliran haba bagi plastik yang padat sama seperti kayu. e. Pengaliran elektrik menjadi penebat elektik yang baik. f. Pergerakan Haba iaitu mengembang dengan banyaknya

apabila panas dengan kadar lebih tinggi daripada logam. g. Pergerakan kelembapan iaitu kebanyakan plasti menyerap

air dengan amat sedikit. h. Daya ketahanan iaitu plastik tidak berkarat.

5.1.3 Bitumen dan Asfalt

Bitumen ialah nama am untuk semua hidro karbon. Bahan yang tergulung dalam keluarga bitumen ialah asfalt, tar dan pitch. Asfalt ialah pepejal atau separa pepejal yang didapati dari dalam keadaan semulajadi yang juga dihasilkan dengan memproses petroleum. Asfalt semulajadi boleh didapati dalam bentuk;

a. Lake Asfalt (pasir asfalt) didapati dalam tanah. b. Rock asfalt (batu asfalt) didapati dicelah batu. c. Glisonite didapat melalui bumi seperti arang batu.

Tar pula terhasil apabila proses mereputkan bahan-bahan seperti arang batu, kulit-kulit kerang, tulang-tulang binatang dan benda-benda lain.Manakala pitch pula terhasil apabila tar diproseskan melalui proses distillation keatas tar.

5.1.3.1 Ciri-Ciri Bitumen

a. Warna coklat gelap atau hitam b. Tahan air atau wap c. Tahan serangan asid dan alkali tetapi tidak tahan pada minyak d. Menjadi lembut apabila terdedah kepada cahaya matahari

5.1.3.2 Kegunaan Asfalt

a. Sebagai bahan kalis air dan kalis lembab b. Bahan perekat dan film c. Hasilan cat d. Jubin lantai.

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com

Page 91: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

BAHAN BUKAN LOGAM C1001/UNIT5/5

civil engineering.polisas2002 nizam.dewi.maail

5.1.4 Cat

Cat adalah bahan yang memberi perlindungan dan kecantikan kepada permukaan bahan-bahan binaan. Ianya dilakukan untuk tujuan menghias, kebersihan, perlindungan bahan supaya tahan lebih lama, menambahkan keberkesanan cahaya lampu dan menambah keselamatan. Jenis-jenis cat :

a. cat minyak – cat ini mempunyai pewarna dan cecair minyak linseed. Dalam proses mengecat, biasanya tiga lapisan cat diperlukan iaitu lapisan asas, lapisan alas dan lapisan kemasan.

b. cat air – cat ini mengandungi pewarna dan cecair resin tiruan dan hendaklah dibancuh dengan air semasa digunakan. Cat ini diperbuat daripada getah tiruan dan menghasilkan kemasan yang pudar. Ia sesuai digunakan untuk mengecat permukaan tembok bata dan konkrit.

c. cat distemper – cat ini juga dikenali sebagai cat kapur. Cat ini dihasilkan dengan kapur mati, dibancuh dengan air dan sedikit nila supaya kelihatan lebih putih. Jenis ini biasa digunakan untuk mengecat papan siling, tembok bata dan konkrit.

d. cat kegunaan khas cat aluminium – digunakan sebagai cat asas bagi kayu

yang bergetah dan juga pada permukaan logam seperti paip air, kekuda besi dan sebagainya.

Cat bitumen – ia memberi perlindungan yang berkesan kepada bahan ayng mudah karat seperti besi. Ia cuma digunakan pada tempat yang keindahan permandangannya tidak diutamakan.

Cat kalis kulat – cat ini mengandungi bahan-bahan kimia yang boleh mencegah tumbuhan kulat. Kegunaannya sangat berkesan dan ekonomi bagi tempat-tempat yang mengalami kelembapan.

Cat tahan api – cat ini mengandungi ammonium fosfat yang digunakan untuk menambahkan sifat kerintangan terhadap kebakaran pada kayu dan jenis papan yang tertentu dalam perusahaan pembinaan.

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com

Page 92: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

BAHAN BUKAN LOGAM C1001/UNIT5/6

civil engineering.polisas2002 nizam.dewi.maail

AKTIVITI 5A

1. Nyatakan bahan untuk membuat kaca? 2. Apakah jenis kaca? 3. Apakah bahan-bahan untuk membuat plastik? 4. Nyatakan jenis-jenis plastik?

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com

Page 93: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

BAHAN BUKAN LOGAM C1001/UNIT5/7

civil engineering.polisas2002 nizam.dewi.maail

MAKLUMBALAS 5A 1. Jenis kaca yang paling ringkas ialah silika, tetapi disebabkan oleh takat

leburnya yang sangat tinggi iaitu 1713 0C, kaca ini lebih mahal daripada jenis-jenis aloi kaca yang lain. Kaca borosilikat diperolehi dengan menggunakan boraks atau asid boric, di samping soda. Takat lebur yang rendah juga diperolehi dan kaca ini adalah lebih stabil dari segi fizikal dan kimia. Kaca kimia dan kaca pireks ialah contoh kaca borosilikat yang tidak mudah pecah apabila dikenakan suhu mengejut. Plumbum oksida kadang-kadang digunakan menggantikan kapur sebagai agen penstabil. Kaca tingkap dan flat kaca ialah dari jenis ini.

3. Jenis kaca ialah kaca optik, kaca keselamatan, kaca untuk memesongkan

pancaran atau sinaran, jubin kaca dan blok-blok kaca untuk bangunan.

4. Ada jenis-jenis plastik yang dibuat daripada selulos kayu, kapas dan tumbuhan lain. Sesetangah plastik terdiri daripada damar tulin seperti minyak aspal dan juga damar tiruan.

5. Jenis-jenis plastik ialah;

a. Polysestar b. Acrylic plastik c. Polisterin d. Polyethylene

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com

Page 94: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

BAHAN BUKAN LOGAM C1001/UNIT5/8

civil engineering.polisas2002 nizam.dewi.maail

PENILAIAN KENDIRI

UNTUK MENGUKUR PRESTASI ANDA, MESTILAH MENJAWAB SEMUA SOALAN PENILAIAN KENDIRI INI UNTUK DINILAI

OLEH PENSYARAH ANDA……….!!!

1. Terangkan tatacara pengawetan kayu.

2. Nyatakan kegunaan kayu berserta contoh-contohnya.

3. Berikan empat jenis-jenis kayu yang biasa didapati di negara ini.

4. Terangkan salah satu kaedah pengerinagan kayu.

5. Terangkan dua sebab utama berlakunya kecacatan pada kayu.

6. Apakah perbezaan di antara papan lapis dengan papan gentian.

7. Bagaimanakah pengeringan tanur dilakukan.

8. Namakan Empat jenis tanggan melebar?

9. Nyatakan kegunaan tanggam berikut :

a. Tanggam penetap

b. Tanggam lubang dan putting berbahu tinggi rendah

c. Tanggam skaf

d. Tanggam bajang hujung litup

10. Nyatakan lima jenis-jenis kaca.

11. Terangkan empat jenis plastik yang anda ketahui.

12. Nyatakan kegunaan asfalt.

13. Terangkan empat jenis-jenis cat.

PENILAIAN KENDIRI

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com

Page 95: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

BAHAN BUKAN LOGAM C1001/UNIT5/9

civil engineering.polisas2002 nizam.dewi.maail

1. Tatacara pengawetan kayu: dengan kaedah sapuan, semburan, rendaman dan tekanan;

Ini merupakan pengawetan pada permukaan kayu sahaja. Kemasukan ubat awet ke dalam kayu biasanya tidak melebihi 3mm. Minyak kreosot panas digunakan untuk menyapu. Bahan kimia cecair dalam digunakan sebagaai bahan untuk pencelup.

Kayu basah sesuai dicelupkan ke dalamnya kerana ubat awet yang pekat mudah diserap oleh sel-sel kayu. Selepas dicelup, kayu disusun tanpa menggunakan beroti selama beberapa minggu. Pengawetan pada kayu lapis dilakukan dengan mencampurkan ubat awet yang beracun seperti klordan atau arsenik trioksida ke dalam glu semasa kayu lapis dilapikkan. Pengawetan ini menjamin kayu lapis tidak dimakan anai-anai atau dirosakkan oleh serangga lain.

Kaedah tekanan pula memerlukan satu silinder yang bertekanan tinggi, tudungnya ditutup dan kayu dimasukkan kedalamnya.

2. Terdapat banyak kegunaan kayu dan contohnya ialah:

Sebagai bahan binaan - kayu digunakan untuk membuat tiang, lantai, dinding, rasuk, jambatan, landasan keretapi, cerucuk dan sebagainya.

Sebagai bahan perabot

Untuk pembungkusan – secara ringan atau berat

Untuk membuat alatan dan pemegang

Sebagai bahan laritan (turnery) dan patung permainan

Dijadikan venir, papan lapis dan papan gantian. 3. Empat Jenis kayu ialah;

Kayu lembut: damar minyak

Kumpulan kayu keras yang berat: cengal, balau/selayan batu, kekatung, merbau, tembusu dan resak.

Kumpulan kayu keras yang sederhana berat: kapur, kempas, keruing dan tualang.

Kumpulan kayu keras yang ringan: jelutung, meranti, nyatuh, ramin, sepetir dan kayu getah.

MAKLUM BALAS

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com

Page 96: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

BAHAN BUKAN LOGAM C1001/UNIT5/10

civil engineering.polisas2002 nizam.dewi.maail

4. Salah satu kaedah pengeringan kayu ialah Pengeringan tanur

Dengan pengeringan tanur, kayu dapat dikeringkan dalam masa yang lebih singkat disamping menghasilkan kayu-kayu kering yang lebih seragam. Pada dasarnya, pengeringan tanur ini memerlukan satu relau atau tanur yang dapat mengawal suhu, kelembapan dan peredaran udara. Proses ini dapat dicepatkan dengan meninggikan suhu serta mengawal peredaran udara di dalamnya. Stim juga dimasukkan ke dalam tanur pada hujung proses pengeringan untuk mengurangan retak dan mengawal kecacatan kayu serta mencepatkan proses pengeringan, terdapat beberapa jenis tanur yang digunakan, antaranya ialah tanur berbilik, tanur berperingkat, tanur jet stim, tanur berkipas luar dan tanur berkipas dalam. Selain kaedah-kaedah yang tersebut di atas, terdapat juga kaedah lain seperti pengeringan air, dimana kayu balak dimasukkan ke dalam sungai supaya sebahagian besar sap dikeluarkan oleh air. Proses pengeringan ini lambat dan mengambil masa yang panjang. Dalam proses ini kayu basah disusun dengan cara yang teratur dan dilindungi di bawah bumbung. Kayu tersebut dibiarkan menjadi kering sendiri. Jangkamasa yang diperlukan adalah bergantung kepada:

Jenis kayu Kandungan lembapan kayu Cara susunannya Iklim cuaca semasa pengeringan dilakukan

Proses pengeringan ini sukar dikawal. Oleh sebab itu, mutu kayu yang dihasilkan dengan cara ini tidak seragam.

5. Dua sebab utama berlakunya kecacatan kayu ialah;

a. Semulajadi

Jenis tanah yang ditumbuhi pokok dan iklim yang dialami disepanjang pertumbuhannya boleh menyebabkan kecacatan. Kecacatan yang disebabkan oleh faktor ini ialah berbuku, rekah kipas, rekah bintang, rekah bulat dan ira berpintal.

Lumut menyerang kayu apabila kayu tersebut lembap dan akan mengakibatkan kayu itu reput. Contoh kecacatan ini ialah reput kering reput basah dan sebagainya.

Serangga merosakkan kayu dengan memakannya. Serangga seperti kumbang, penggerik dan anai-anai menyebabkan kayu berlubang-lubang dan kadangkala terus meruntuhkan sesebuah binaan

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com

Page 97: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

BAHAN BUKAN LOGAM C1001/UNIT5/11

civil engineering.polisas2002 nizam.dewi.maail

b. Faktor luaran

Kecacatan juga berlaku semasa pengeringan. Ini disebabkan kayu-kayu tidak disusun dengan betul, pengeringan tidak seragam, hawa terlalu tinggi, peredaran udara tidak cukup dan sebagainya. Contoh-contoh kecacatan ialah melengkung, piuh, pecah dan menggeleding.

Kecacatan berlaku semasa kayu balak diproses. Ini disebabkan oleh mesin atau cara kerja. Antara kecacatan jenis ini ialah pecah ira, lekuk, ira pepenjuru dan sebagainya

6. Beza antara papan lapis dengan papan gentian ialah;

Papan lapis – merupakan lapisan venir yang diglukan secara bertindih selang-seli. Sekurang-kurangnya tiga lapis venir diglukan denagn ira kayu melintang satu sama lain supaya dapat kekuatan yang lebih. Ia digunakan untuk membuat bahagian-bahagian sekatan di dalam rumah atau bangunan seperti bilik dan sebagainya.

Papan gentian – papan ini diperbuat daripada gentian kayu. Gentian kayu ditekan bersama pengikat dijadikan kepingan besar yang sesuai digunakan untuk pembinaan. Papan ini sesuai digunakan untuk kerja-kerja dalaman seperti dinding, siling, panel, pintu rata, permuakaan perabot ayng berangka dan sebagainya.

7. Pengeringan tanur dilakukan;

Dengan pengeringan tanur, kayu dapat dikeringkan dalam masa yang lebih singkat disamping menghasilkan kayu-kayu kering yang lebih seragam. Pada dasarnya, pengeringan tanur ini memerlukan satu relau atau tanur yang dapat mengawal suhu, kelembapan dan peredaran udara. Proses ini dapat dicepatkan dengan meninggikan suhu serta mengawal peredaran udara di dalamnya. Stim juga dimasukkan ke dalam tanur pada hujung proses pengeringan untuk mengurangan retak dan mengawal kecacatan kayu serta mencepatkan proses pengeringan, terdapat beberapa jenis tanur yang digunakan, antaranya ialah tanur berbilik, tanur berperingkat, tanur jet stim, tanur berkipas luar dan tanur berkipas dalam. Selain kaedah-kaedah yang tersebut di atas, terdapat juga kaedah lain seperti pengeringan air, dimana kayu balak dimasukkan ke dalam sungai supaya sebahagian besar sap dikeluarkan oleh air.

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com

Page 98: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

BAHAN BUKAN LOGAM C1001/UNIT5/12

civil engineering.polisas2002 nizam.dewi.maail

8. Empat jenis tanggam melebar ialah;

a. Tanggam glu gesel b. Tanggam penetap c. Tanggam lidah dan lurah d. Tanggam tetingkat.

9. Kegunaan tanggam berikut ialah ;

a. Tanggam Penetap b. Tanggam lubang dan putting berbahu tinggi rendah- c. Tanggam skaf d. Tanggam bajang hujung litup

10. Lima jenis-jenis kaca ialah; a. Kaca plat dimana kualiti permukaanya lebih baik daripada kaca

kepingan dengan kurang heroten. b. Kaca kepingan memberi pandangan yang pada hakikatnya terang

dan tidak herut. c. Kaca penyerap haba merupakan kaca kepingan yang berwarna atau

kaca plat yang meyerap sejumlah besar sinaran matahari, mengurangkan pembentukan haba disekitar bagunan dan mengawal silauan.

d. Kaca bersepoh merupakan kaca yang dikuatkan dengan haba bagi meningkatkan ringtangan pada hentaman dan tegasan haba

e. Kaca berlapis keselamatan mengandungi kepingan nipis dan kukuh berlapiskan plastik lut sinar antara dua lapisan kaca kepingan atau kaca plat.

11. Empat jenis plastik yang saya ketahui ialah;

a. polysestar – merupakan bahan plastik yang lutsinardilenali sebagai venil. Terdapat dua jenis venil iaitu lembut dan keras. Venil keras biasanya digunakan pada kemasan lantai dan juga paip untuk saliran air. Ia juga banyak digunakan dalam perusahaan membuat kabel dan dawai. Permukaan tangki asid dan gas yang mudah dihakis dikemaskan dengan bahan ini.

b. acrylic plastik – ianya lebih jernih daripada kaca dan banyak

digunakan untuk membuat kanta. Dalam industri binaan ianya digunakan pada papan tanda, tanda arahan di kilang-kilang dan juga bagi membuat tingkap kaca.

c. polisterin – ianya digunakan dalam pembuatan cat yang boleh larut.

Ianya memperbaiki mutu cat supaya dapat taahan lama dan kalis air.

d. polyethylene – ianya amat ringan jika dibandingkan dengan plastik-plastik yang lain. Walaubagaimanapun, ianya amat kukuh dan pada

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com

Page 99: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

BAHAN BUKAN LOGAM C1001/UNIT5/13

civil engineering.polisas2002 nizam.dewi.maail

masa sekarang ia mula pesat digunakan sebagai pengganti bingkat tingkap.

12. Kegunaan asfalt ialah;

a. Sebagai bahan kalis air dan kalis lembab b. Bahan perekat dan filem c. Penghasilan cat d. Jubin lantai.

13. Empat jenis-jenis cat ialah;

a. cat minyak – cat ini mempunyai pewarna dan cecair minyak linseed. Dalam proses mengecat, biasanya tiga lapisan cat diperlukan iaitu lapisan asas, lapisan alas dan lapisan kemasan.

b. cat air – cat ini mengandungi pewarna dan cecair resin tiruan dan hendaklah dibancuh dengan air semasa digunakan. Cat ini diperbuat daripada getah tiruan dan menghasilkan kemasan yang pudar. Ia sesuai digunakan untuk mengecat permukaan tembok bata dan konkrit.

c. cat distemper – cat ini juga dikenali sebagai cat kapur. Cat ini dihasilkan dengan kapur mati, dibancuh dengan air dan sedikit nila supaya kelihatan lebih putih. Jenis ini biasa digunakan untuk mengecat papan siling, tembok bata dan konkrit.

d. cat kegunaan khas i. cat aluminium – digunakan sebagai cat asas bagi kayu yang

bergetah dan juga pada permukaan logam seperti paip air, kekuda besi dan sebagainya.

ii. Cat bitumen – ia memberi perlindungan yang berkesan kepada bahan ayng mudah karat seperti besi. Ia cuma digunakan pada tempat yang keindahan permandangannya tidak diutamakan.

iii. Cat kalis kulat – cat ini mengandungi bahan-bahan kimia yang boleh mencegah tumbuhan kulat. Kegunaannya sangat berkesan dan ekonomi bagi tempat-tempat yang mengalami kelembapan.

iv. Cat tahan api – cat ini mengandungi ammonium fosfat yang digunakan untuk menambahkan sifat kerintangan terhadap kebakaran pada kayu dan jenis papan yang tertentu dalam perusahaan pembinaan.

GOOD LUCK !!!!!!!!!!

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com

Page 100: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

STRUKTUR-STRUKTUR BINAAN C1001/UNIT7/1

polisas.nizam.dewi.maail

7

Unit

STRUKTUR-STRUKTUR BINAAN

OBJEKTIF AM

Memahami dan menyatakan jenis-jenis struktur binaan serta bahagian-bahagiannya seperti tingkap, pintu, dinding, tangga dan bumbung.

OBJEKTIF KHUSUS

Di akhir unit ini anda dapat :

Mengenal dan menamakan pelbagai jenis pintu dan tingkap.

Mengenalpasti dan menerangkan dinding menanggung beban dan tidak menanggung beban.

Mengenalpasti dan menamakan pelbagai jenis binaan tangga.

Menyatakan jenis-jenis struktur binaan serta bahagian-bahagian bumbung.

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com

Page 101: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

STRUKTUR-STRUKTUR BINAAN C1001/UNIT7/2

polisas.nizam.dewi.maail

INPUT Jenis-jenis struktur binaan asasnya terbahagi kepada beberapa bahagian mengikut fungsi bangunan tersebut. Di antaranya ialah tingkap, pintu, dinding, tangga dan bumbung. 7.1 TINGKAP Tingkap ialah satu bukaan yang dibuat pada tembok. Pembinaan tingkap terdiri daripada dua bahagian utama, kerangka tingkap dan dedaun tingkap. Bahan-bahan yang biasa digunakan untuk membina tingkap ialah kayu, logam, plastik dan untuk panel digunakan kaca ataupun papan kayu. Tingkap merupakan komponen yang penting dalam pembinaan tembok (Rajah 7.1). Fungsi tingkap ialah:

Membolehkan kemasukan sinar siang.

Mengadakan peredaran udara.

Menebat haba dan bunyi.

Menghalang angin dan hujan.

Rajah 7.1 : Bahagian-bahagian tingkap

Sumber : Binaan Bangunan (Hafidzah Ahmad Abbas) Delta 1987

Tingkap boleh dibahagikan kepada lima jenis iaitu:

Tingkap berpangsi

Tingkap berengsel

Tingkap gelangsar

Tingkap majmuk

Tingkap gantung sisi

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com

Page 102: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

STRUKTUR-STRUKTUR BINAAN C1001/UNIT7/3

polisas.nizam.dewi.maail

7.1.1 Tingkap Berpangsi Tingkap-tingkap dalam kategori ini adalah seperti berikut:

Berpangsi mengufuk (rajah 7.2 a) Berpangsi tegak (rajah 7.2 b) Ram (rajah 7.2 c)

Rajah 7.2 : Jenis-jenis tingkap berpangsi

Sumber : Binaan Bangunan (Hafidzah Ahmad Abbas) Delta 1987

7.1.2 Tingkap Berengsel Tingkap–tingkap di dalam kategori ini adalah seperti berikut :

Daun tingkap kaca gantungan sisi membuka ke luar (rajah 7.3a)

Bingkai daun tingkap gantungan atas membuka keluar (rajah 7.3b)

Bingkai daun tingkap gantungan bawah membuka ke dalam (rajah 7.3c)

Rajah 7.3 : Jenis-jenis tingkap berengsel

Sumber : Binaan Bangunan (Hafidzah Ahmad Abbas) Delta 1987

7.1.3 Tingkap Gelangsar Tingkap gelangsar terbahagi kepada dua jenis iaitu :

Gelangsar menegak (rajah 7.4 a)

Gelangsar ufuk (rajah 7.4 b)

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com

Page 103: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

STRUKTUR-STRUKTUR BINAAN C1001/UNIT7/4

polisas.nizam.dewi.maail

Rajah 7.4 : Jenis-jenis tingkap gelangsar

Sumber : Binaan Bangunan (Hafidzah Ahmad Abbas) Delta 1987

7.1.4 Tingkap Majmuk Tingkap majmuk terbahagi kepada tiga kategori

Unjuran gantungan sisi (rajah 7.4 a)

Unjuran gantungan atas (rajah 7.4 b)

Gelangsar berlipat (rajah 7.4 c)

7.1.5 Tingkap Gantung Sisi ( Berbingkai ) Tingkap ini mempunyai bingkai segiempat sama atau segiempat yang diperbuat daripada kayu. Daun tingkap diengsel pada satu sisi supaya boleh dibuka ke dalam atau ke luar. Lihat rajah 7.5.

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com

Page 104: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

STRUKTUR-STRUKTUR BINAAN C1001/UNIT7/5

polisas.nizam.dewi.maail

Rajah 7.5 : Jenis-jenis tingkap gantungan sisi (berbingkai)

Sumber : Binaan Bangunan (Hafidzah Ahmad Abbas) Delta 1987

7.2 PINTU

Pintu merupakan suatu bahagian bangunan yang sangat penting. Pintu merupakan bukaan pada tembok bagi membolehkan laluan keluar dan masuk ke dalam sesebuah bangunan atau di antara bilik-bilik di dalam bangunan itu. Pintu ada dua bahagian utama iaitu kerangka pintu dan daun pintu. Bahan-bahan yang digunakan dalam pembinaan pintu adalah kayu, logam, kaca dan plastik. Dalam pembinaan pintu didapati beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan iaitu :

Pengekalan bentuk dan kekuatan

Keselamatan

Penebat haba dan bunyi

Perintang api.

7.2.1 Pintu Rata

Digunakan secara meluas dalam binaan bangunan. Ia juga sesuai bagi pintu-pintu di bahagian dalam rumah tetapi dengan menggunakan bahan-bahan yang bermutu ia boleh digunakan di bahagian-bahagian luar rumah. Pembinaan pintu rata biasanya dibuat daripada bahan-bahan seperti papan lapis, papan serau dan lapisan plastik. Pintu rata boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu :

Pintu rata berongga

Pintu rata padu

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com

Page 105: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

STRUKTUR-STRUKTUR BINAAN C1001/UNIT7/6

polisas.nizam.dewi.maail

7.2.2 Pintu Rata Berongga

Bahagian-bahagian utama dalam pembinaannya terdiri daripada bingkai yang mempunyai dua batang sisi bingkai, susur atas, susur tengah dan susur bawah serta beberapa batang susur antara dengan sekeping blok kayu tempat pemasangan kekunci. Pintu rata yang berfungsi ringan, bingkainya mempunyai lebih kurang 30%-40% padu. Pintu yang berfungsi sederhana berat seperti di bahagian luar rumah, bingkainya lebih kurang 50%-60% padu. Untuk mendapatkan binaan yang kukuh, susur-susur antara dipasangkan lebih rapat. Pintu berfungsi ringan, jarak susur antara ialah dalam lingkungan 125mm-150mm dan untuk pintu berfungsi sederhana berat jaraknya ialah 60mm–70mm.

Lapisan permukaan ditampal kepada kedua-dua muka bingkai pintu supaya menutup ruang bingkai. Ia biasanya diglu dan diapit dengan himpitan yang tinggi untuk menghasilkan satu permukaan yang kemas dan rata tanpa menggunakan paku. Kerosakkan pada tepi bibir pintu biasanya berlaku, oleh itu sekeping kayu kecil dipasang kepada sekeliling bibir untuk mengemaskan serta melindungi tepinya.

Pintu rata yang digunakan di bilik mesyuarat atau bilik kuliah boleh disertakan dengan panel kaca dengan memasang kumai tampal untuk mendapatkan kekukuhannya.

7.2.3 Pintu Rata Padu

Pintu ini ialah berfungsi berat yang digunakan di dalam bangunan awam dan sesuai sebagai pintu perintang api. Ia mempunyai sifat-sifat perintang haba dan akaustik yang lebih baik daripada pintu rata berongga. Pembinaannya hampir sama dengan pembinaan pintu rata berongga kecuali ia mempunyai kayu teras yang diperbuat daripada beroti kayu yang diglu dan diapit di antara satu sama lain serta permukannya diperbuat daripada papan lapis yang bibirnya ditutup sepanjang kedua-dua sisi bingkai (rajah 7.6). Pintu rata padu adalah lebih berat dan mahal daripada pintu rata berongga.

Rajah 7.6 : Jenis-jenis tingkap gantungan sisi (berbingkai)

Sumber : Binaan Bangunan (Hafidzah Ahmad Abbas) Delta 1987

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com

Page 106: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

STRUKTUR-STRUKTUR BINAAN C1001/UNIT7/7

polisas.nizam.dewi.maail

7.2.4 Pintu Panel

Pembinaan pintu panel terdiri daripada sisi-sisi bingkai dan susur-susur yang mengelilingi panel kayu yang berjumlah dari satu hingga dua belas atau lebih (rajah 7.7). Bilangan panel adalah bergantung kepada saiz pintu dan rekabentuknya. Saiz kayu yang digunakan ialah di antara 100mm hingga 200mm lebar dan 38mm hingga 45mm tebal. Susur tengah dan bawah adalah lebih lebar daripada susur atas supaya dapat mengimbang rupa bentuk pintu itu.

Rajah 7.7 : Jenis-jenis tingkap gantungan sisi (berbingkai)

Sumber : Teknologi Binaan Bangunan (Tan Boon Tong) 1994

7.2.5 Pintu Kayu Beroti

Pintu kayu beroti ini diperbuat daripada papan beroti yang bertanggam lidah dan lurah. Untuk menambahkan kecantikan papan beroti, alur ‘V’ dibuat dengan mencuramkan tepi papan. Jenis pintu beroti dikenal mengikut kaedah pembinaannya, iaitu pintu beroti berbelas, pintu beroti berbelas dan berembat dan pintu bingkai beroti berbelebas dan berembat (rajah 7.8).

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com

Page 107: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

STRUKTUR-STRUKTUR BINAAN C1001/UNIT7/8

polisas.nizam.dewi.maail

Rajah 7.8 : Jenis-jenis pintu kayu beruti

Sumber : Binaan Bangunan (Hafidzah Ahmad Abbas) Delta 1987

7.2.6 Pintu Kaca Berbingkai Aluminium

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini pengeluaran dan penggunaan pintu kaca berbingkai aluminium telah bertambah penggunaannya terutama sekali sebagai pintu masuk hadapan. Pada masa ini, pintu berbingkai aluminium adalah lebih mahal daripada pintu kayu yang serupa dengan bentuknya tetapi ia mempunyai kelebihan dari segi berikut :

1. keratan bingkai pintu yang lebih kecil boleh digunakan. 2. mengadakan kepingan kaca yang besar untuk pemandangan yang tidak

terganggu. 3. bebas dari kelembapan. 4. keupayaan rintang api. 5. pintu yang lebih ringan.

Kebanyakan pintu kaca aluminium berbentuk panel kaca penuh atau panel kaca separuh berbingkai aluminium. Pemasangan pintu kaca aluminium boleh dilakukan dengan menggunakan engsel atau bergelangsar.

7.2.7 Kerangka Pintu

Kerangka pintu ialah bingkai yang mengelilingi bukaan tempat daun pintu akan dipasang. Kerangka pintu terdiri daripada dua tiang jenang yang tegak disambung kepada sebatang kayu melintang yang dinamakan kepala jenang.

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com

Page 108: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

STRUKTUR-STRUKTUR BINAAN C1001/UNIT7/9

polisas.nizam.dewi.maail

Kerangka mesti mempunyai kekuatan yang cukup untuk menanggung pintu. Ia boleh diperbuat daripada kayu atau logam. 7.2.8 Pemasangan Kerangka Kayu

Kaedah memasang kerangka pintu boleh dilakukan serentak dengan pembinaan tembok, dikenali sebagai bina dalam atau dipasang setelah tempok siap dibina. Dalam pemasangan bina dalam, kerangka pintu diletakkan pada tempat bukaan yang tertentu sebelum tembok batu siap dibina. Pastikan ketegakkan dan dikukuhkan kedudukannya dengan memasang tembok sementara. Semasa pembinaan tempok dijalankan, penampat keluli perlu dipasangkan kepada permukaan belakang tiang jenang pada setiap lapisan mata ketiga atau kelima supaya dapat menetap dan mengukuhkan kerangka itu.

7.2.9 Panel

Panel kayu yang lebar dibuat daripada kepingan papan yang disambung berlidah dan lurah. Kayu yang digunakan mestilah dikeringkan dengan secukupnya supaya mengelakan retak dan piuh. Papan lapis yang setebal 6mm-12mm juga boleh digunakan sebagai panel tetapi hasilnya kurang bermutu berbanding dengan panel buatan papan padu. Panel pintu boleh dihias dengan mengukir dan mengumai permukaannya. Ini akan menambahkan kecantikan dan kekemasan mutu pintu.

Pemasangan panel boleh dilakukan dengan dua cara :

1. memasang panel yang bersegi atau berkumai ke dalam lurah yang dibuat di sisi bingkai.

2. memasang panel ke dalam tetingkat yang dibuat di sisi bingkai dan mengukuhkan kedudukannya dengan memaku kumai di muka sebelah.

Pintu panel diberi nama mengikut bilangan panel yang dipunyainya. Sebagai contoh pintu berpanel menunjukkan pintu ini mempunyai tiga panel dan pintu berpanel empat menunjukkan pintu itu mempunyai empat panel.

7.2.10 Kelengkapan Pintu

Pintu rumah kediaman terdiri daripada dua pintu yang berengsel di sebelah pintu. Ia boleh dibuka ke satu arah sahaja dan digunakan untuk masuk keluar. Selain itu ada juga daun pintu gelangsar atau gelangsar berlipat. Tujuan mengguna pintu gelangsar ialah untuk membolehkan pembukaan yang pantas, mudah menghadang dua bilik yang berhampiran, menghadang ruang luar penggunaan yang lebih luas tanpa halangan. Pintu gelangsar dapat dipraktikkan oleh satu pintu gelangsar. Tujuannya ialah membahagikan

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com

Page 109: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

STRUKTUR-STRUKTUR BINAAN C1001/UNIT7/10

polisas.nizam.dewi.maail

daun pintu yang besar kepada beberapa daun yang lebih kecil supaya dapat menutup ruang bukaan tersebut, ia akan menjadikan satu unit semula apabila daun-daun pintu itu ditutup.

7.3 DINDING Dinding bangunan boleh dibina dengan berbagai-bagai kaedah menggunakan bahan-bahan yang berlainan untuk menilai teknik yang berbeza dalam pembinaan dinding dan baik buruknya adalah perlu mengetahui fungsi dinding pada kedudukan yang berlainan. Fungsi dinding adalah boleh dirumuskan sebagai :

Penyokong lantai atas, bumbung dan beban diri.

Perintang telusan air hujan dan lembapan.

Penebat haba.

Penebat bunyi.

Perintang kebakaran.

Penutup dan perlindung bangunan.

Pembahagi ruang dalam sesuatu bangunan .

Penyediaan tempat bagi pemasangan tingkap dan pintu.

7.3.1 Ciri-ciri Dalam Pembinaan Dinding

Pembinaan dinding dalam struktur-struktur binaan memerlukan penelitian yang terperinci dalam memenuhi ciri-ciri yang dikehendaki. Antara ciri-ciri dalam pembinaan dinding ialah:

(a) Kestabilan Pembinaan dinding dan tembok mestilah kukuh dan stabil supaya tidak runtuh. Kestabilan sesebuah dinding adalah bergantung kepada keadaan asasnya, ketebalan dan ketinggian, tekanan yang dihadapi beban yang di tanggung, dan kedudukan pada pusat gravitinya. Faktor utama yang mengawal kestabilan ialah asas dan pusat gravitinya yang rendah menjamin kestabilan binaan.

(b) Kekuatan

Dinding hendaklah cukup tebal untuk memasukkan tegasan semasa berada pada had yang selamat dan tidak melebihi tegasan mampatan bahan yang digunakan. Tegasan tegangan boleh diperolehi disebabkan oleh beban yang tidak sama bertindak pada dinding dan tegangan ini mestilah dapat diimbangi oleh sambungan ikatan dalam dinding. Nisbah tebal terhadap tinggi dinding hendaklah pada had yang dapat

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com

Page 110: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

STRUKTUR-STRUKTUR BINAAN C1001/UNIT7/11

polisas.nizam.dewi.maail

mengelakkan berlakunya lengkok, dan penyokong sisi hendaklah cukup kuat mengelakkan dinding daripada terbalik.

(c) Perlindungan Cuaca

Kebolehannya mencegah kepanasan dan kesejukkan memasuki ke dalam bangunan. Begitu juga kebolehannya menentang air hujan meresapi ke dalamnya. Ciri-ciri ini juga di kawal oleh kegunaan dan cara pembinaan.

(d) Rintangan Kebakaran

Ini menunjukkan kebolehannya menahan api apabila terbakar. Ciri ini bergantung kepada bahan-bahan yang digunakan. Kayu yang diawet dengan bahan kimia dapat menentang kebakaran dengan memuaskan. Rintangan kebakaran menjamin keselamatan nyawa apabila kebakaran.

(e) Serapan Bunyi

Kaedah pembinaan dan jenis bahan yang digunakan bertanggungjawab kepada kebolehan dinding dan tembok dalam menyerap bunyi. Ciri–ciri ini menjamin keselesaan dan ketenteraman dalam bangunan.

(f) Rintangan Kelembapan

Satu kecacatan yang serius pada bangunan boleh berlaku disebabkan oleh resapan kelembapan. Selain menyebabkan kemerosotan kekuatan struktur, kelembapan juga akan merosakkan kemasan dinding, lantai, perabot dan menggangu kesihatan penghuni. Kelembapan pada dinding boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti resapan melalui dinding, cucur atap dan dinding luar.

7.3.2 Jenis Dinding

(a) Dinding galas beban

Dinding galas beban ialah dinding yang menanggung beban kenaan, beban mati lantai dan bumbung di atasnya selain beban diri. Dinding bata dibina samada sebagai dinding padu atau dinding rongga. Kekuatan dinding ini bergantung pada susunan lapisan dan ikatannya serta mortar yang digunakan. Bata disusun secara berlapis dan berlekap supaya tidak ada sambungan pugak yang berterusan. Dinding yang dibina dengan susunan ikatan yang sesuai dapat mengagihkan beban dengan sama rata ke seluruh panjang dinding. Dinding yang di bina tanpa ikatan, bebannya tidak dapat di agihkan tetapi bertumpu ke sebahagian kecil dinding sahaja.

(b) Dinding panel Dinding panel ialah dinding yang tidak mengakis beban selain beban diri. Dinding ini di buat daripada bata, kayu dan kepingan panel seperti papan lapis, asbestos dan sebagainya. Dinding jenis ini digunakan dalam bangunan berstruktur yang segala bebannya termasuk beban dinding itu

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com

Page 111: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

STRUKTUR-STRUKTUR BINAAN C1001/UNIT7/12

polisas.nizam.dewi.maail

sendiri di tanggung oleh anggota struktur yang lain termasuk rasuk, tiang dan asas. Dinding panel boleh berfungsi sebagai dinding sekat sebab ia boleh di bina untuk membahagi ruang.

(c) Dinding Monolit Dinding monolit adalah dinding konkrit yang selanjar dan biasanya di bina dengan konkrit tuang di situ dan diperkukuhkan dengan tetulang keluli. Dinding monolit jarang terdapat pada bangunan rumah, kecuali bagi tingkat bawah tanah. Dinding jenis ini boleh menanggung beban yang besar. Dinding monolit sendiri, dan beban sekata yang diagihkan sama rata ke seluruh panjang dinding.

(d) Dinding tidak menanggung beban Dinding jenis ini menggunakan konkrit ringan, ia tidak digunakan untuk menanggung beban. Biasanya digunakan untuk membahagikan ruang-ruang seperti bilik bagi rumah-rumah biasa.

Rajah 7.9 : Dinding tidak menanggung beban

Sumber : Teknologi Binaan Bangunan (Tan Boon Tong) 1994

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com

Page 112: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

STRUKTUR-STRUKTUR BINAAN C1001/UNIT7/13

polisas.nizam.dewi.maail

7.3.3 Jenis-jenis Blok konkrit

Terdapat tiga jenis blok konkrit iaitu : JENIS A - Blok-blok konkrit dengan batu baur padat untuk kegunaan am

dalam bangunan am termasuk binaan bawah aras bumi. JENIS B - Blok konkrit dengan batu baur ringan untuk kegunaan am dalam bangunan termasuk binaan di bawah aras bumi dan pada dinding dalam. JENIS C - Blok-blok konkrit batu baur ringan kebiasaanya untuk dinding tidak menanggung beban.

7.3.4 Kebaikan Dan Keburukan Dinding-Dinding Blok Konkrit

Dinding jenis ini digunakan dengan meluas untuk dinding menanggung beban dan juga untuk dinding tidak menanggung beban. Dinding blok konkrit boleh disusun dalam masa singkat berbanding dengan menyusun dinding bata.

Jika dibandingkan harga, harga dinding blok konkrit adalah jauh lebih murah daripada dinding bata. Blok-blok konkrit dari batu baur ringan mempunyai ciri-ciri penebatan yang baik terhadap pemindahan haba dan sering digunakan bagi lapisan dalam dinding konkrit diikuti oleh lapisan luar bata atau lapisan luar blok konkrit itu sendiri.

Keburukan blok-blok konkrit sebagai satu unit dinding ialah kelemahan merintangi pergerakkan kelembapan. Akibatnya, retakkan pada kemasan yang di buat, umpamanya kemasan lepaan berlaku. Untuk mengelakkan ini berlaku hendaklah di adakan sambungan gerakan pugak kepada dinding dan di sikat bahan mastik di dalam sambungan tersebut.

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com

Page 113: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

STRUKTUR-STRUKTUR BINAAN C1001/UNIT7/14

polisas.nizam.dewi.maail

7.4 TANGGA Tangga adalah sebahagian yang penting dalam pembinaan bangunan. Ia membolehkan perhubungan atau laluan turun naik yang mudah di antara satu tingkat dengan tingkat yang lain di dalam sesebuah bangunan. Pembinaan tangga mengandungi beberapa anak tangga yang dibina dalam satu larian terus atau mempunyai beberapa larian yang diselangi dengan pelantar. Pilihan jenis tangga yang sesuai untuk sesuatu keadaan bergantung kepada beberapa faktor, iaitu:

1. kegunaan tangga 2. ruang bukaan bagi tangga yang dibina 3. ukuran naik dan curam yang dikehendaki 4. rekabentuk yang paling berkesan dan ekonomi.

Pembinaan tangga dapat dibahagikan kepada empat jenis utama iaitu : 1. tangga larian lurus 2. tangga suku pusingan 3. tangga separuh pusingan 4. tangga geometri.

7.4.1 Tangga Larian Lurus

Tangga ini meliputi satu deretan anak tangga yang menghubungkan dari satu tingkat ke tingkat yang lain dalam satu arah. Untuk tangga larian lurus yang terlalu panjang boleh diputuskan dengan pembinaan pelantar perantaraan supaya mendapatkan deretan anak tangga yang lebih senang dan selesa didaki. Penggunaan tangga lurus memberikan rupabentuk yang paling mudah dan murah dalam pembinaan tangga.

7.4.2 Tangga Suku Pusingan

Tangga ini meliputi dua deretan anak tangga yang meningkat dari lantai bawah ke lantai atas dengan pelantar yang membelok sejauh 900 (suku pusingan) dipertengahannya. Penggunaan tangga suku amat sesuai untuk ruang bukaan tangga yang terhad di mana tangga larian lurus tidak dapat digunakan.

7.4.3 Tangga Separuh Pusingan

Tangga ini meliputi dua deretan anak tangga meningkat dari lantai bawah ke lantai atas dengan pelantar yang memusing melalui 1800 (separuh pusingan) di pertengahannya. Kedua-dua deret anak tangga adalah selari. Susunan anak tangga di lantai atas biasanya berakhir di atas titik permulaan pada lantai bawah. Ini akan menghasilkan bilangan anak tangga yang sama untuk kedua-dua deretan tangga ini. Penggunaan tangga seperuh pusingan amat

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com

Page 114: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

STRUKTUR-STRUKTUR BINAAN C1001/UNIT7/15

polisas.nizam.dewi.maail

sesuai sebagai tangga awam terutamanya sebagai tangga kecemasan untuk bangunan-bangunan pejabat yang bertingkat-tingkat.

7.4.4 Tangga Geometri

Tangga ini meliputi satu deretan anak tangga berterusan yang disusun mengelilingi tupang tengah menjadikan satu tangga keliling. Pembinaan tangga keliling memerlukan kawasan lantai yang kecil tetapi kegunaannya adalah terhad kerana ia tidak sesuai untuk memindahkan barang-barang besar seperti perabot disebabkan kesempitan anak tangga ini. Tangga elips pula mempunyai rekabentuk yang menarik, ia digunakan sebagai tangga masuk utama bagi bangunan mewah. Rajah 7.10 menunjukkan pelbagai jenis binaan tangga. Tangga-tangga boleh dibina daripada bahan-bahan seperti kayu, konkrit atau logam dan dikemaskan dengan kayu, batu, bata, konkrit dan lain-lain bahan yang sesuai.

Rajah 7.10 : Jenis-jenis tangga

Sumber : Binaan Bangunan (Hafidzah Ahmad Abbas) Delta 1987

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com

Page 115: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

STRUKTUR-STRUKTUR BINAAN C1001/UNIT7/16

polisas.nizam.dewi.maail

AKTIVITI 7A

7.1 Nyatakan tiga faktor yang perlu dipertimbangkan dalam pembinaan pintu. 7.2 Namakan 3 jenis pintu utama. 7.3 Nyatakan faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan semasa memilih jenis

tangga untuk rumah kediaman. 7.4 Namakan empat jenis tangga yang sesuai digunakan dalam bangunan

awam.

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com

Page 116: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

STRUKTUR-STRUKTUR BINAAN C1001/UNIT7/17

polisas.nizam.dewi.maail

MAKLUM BALAS 7A

7.1 Dalam pembinaan pintu didapati bebarapa faktor yang perlu dipertimbangkan iaitu :

a. Pengekalan bentuk dan kekuatan b. Keselamatan c. Penebat haba dan bunyi d. Perintang api.

7.2 Tiga jenis pintu–pintu yang utama ialah :

a. pintu rata b. pintu rata berongga c. pintu rata padu d. pintu kayu beruti e. pintu panel

7.3 Pilihan jenis tangga yang sesuai untuk sesuatu keadaan bergantung kepada beberapa faktor, iaitu:

a) kegunaan tangga b) ruang bukaan bagi tangga yang dibina c) ukuran naik dan curam yang dikehendaki d) rekabentuk yang paling berkesan dan ekonomi.

7.4 Pembinaan tangga dapat dibahagikan kepada empat jenis utama iaitu :

a. tangga larian lurus b. tangga suku pusingan c. tangga separuh pusingan d. tangga geometri.

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com

Page 117: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

STRUKTUR-STRUKTUR BINAAN C1001/UNIT7/18

polisas.nizam.dewi.maail

INPUT 7.5 BUMBUNG Bumbung ialah bahagian atas sekali bagi satu struktur bangunan. Bumbung memberi perlindungan dari angin, panas dan hujan. Bumbung ialah satu struktur berbentuk rata atau curam yang dibina bagi melindungi bangunan. Struktur bumbung dibina daripada kayu, keluli atau konkrit untuk menanggung beban diri, beban penutup bumbung dan beban angin. Bumbung yang dibina hendaklah memenuhi keperluan dan fungsi seperti kestabilan, kekuatan, ketahanlasakan, rintangan cuaca, rintangan terhadap kebakaran, sifat penebat haba, dan rupa bentuk bangunan itu sendiri. Bumbung dibina bagi menyokong beban mati struktur bumbung dan penutupnya, penebatan dan kemasan dalam dan beban angin tanpa mengalami lenturan atau pesongan yang berlebihan sehingga berlaku ubah bentuk. Kekuatan bumbung untuk menanggung beban bergantung pada ciri-ciri bahan binaan yang digunakan, cara pemasangan dan pembinaannya serta bentuk bumbung itu sendiri. Bumbung bangunan hendaklah menggunakan penutup bumbung yang ditentukan oleh Undang-Undang kecil Bangunan untuk memastikan ia mempunyai rintangan yang cukup terhadap kebakaran. Rupa bentuk bumbung mempengaruhi rupa bangunan sama ada dari segi bentuk bumbug ataupun warna dan tekstur bahan penutup bahan itu sendiri.

7.5.1 Pemilihan Jenis Bumbung

Faktor yang mempengaruhi pemilihan jenis bumbung ialah saiz dan bentuk bangunan, nilai estetika dan ekonomi.

Saiz dan bentuk bangunan - bangunan yang berbentuk sederhana

sesuai dibina dengan bumbung curam dan bangunan yang bentuknya kompleks sesuai menggunakan bumbung rata. Rentang juga boleh menentukan jenis bumbung yang dipilih.

Nilai estetika - nilai keindahan semulajadi menentukan jenis bumbung.

Biasanya bumbung curam adalah sesuai bagi bangunan kecil dan bumbung rata pula sesuai bagi bangunan yang besar.

Ekonomi - kos pembinaan dan penyelenggaraan dari semasa ke

semasa hendaklah di ambil kira dalam menentukan pemilihan jenis

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com

Page 118: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

STRUKTUR-STRUKTUR BINAAN C1001/UNIT7/19

polisas.nizam.dewi.maail

penutup bumbung. Sesetengah penutup bumbung seperti kepingan keluli berombak dan bergalvani tidak tahan lama dan kos penyelenggaraan hendaklah dimasukkan ke dalam pengiraan.

7.5.2 Bumbung Curam

Bumbung jenis ini dibuat dengan menegakkan kasau-kasau kayu dengan cerun dan meletakkan satu hujung ke atas dinding dan satu lagi ke atas tulang bumbung. Bumbung ini merupakan satu bentuk yang menarik dipandang. Ia membekalkan satu ruang udara yang bertindak sebagai penebat udara bagi bilik-bilik di bawahnya. Selain dari itu, ia boleh juga digunakan sebagai ruang untuk meletakkan tangki air. Cerun bumbung

berubah-ubah dari sudut 10-45 dari garis lintang.

Jenis-jenis bumbung curam. i. Bumbung ganding (couple roof) ii. Bumbung ganding tertutup (closed couple roof) iii. Bumbung simpai (collar roof) iv. Bumbung gulung-gulung (purlin roof) v. Bumbung pisang sesikat (lean to roof).

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com

Page 119: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

STRUKTUR-STRUKTUR BINAAN C1001/UNIT7/20

polisas.nizam.dewi.maail

Rajah 7.11 : Jenis-jenis bumbung

Sumber : Teknologi Binaan Bangunan (Tan Boon Tong) DBP 1994

7.5.3 Bumbung Ganding

Bumbung curam yang mengandungi kasau dan tulang bumbung digandingkan di sebelah atasnya. Jenis ini biasanya digunakan untuk bangunan-bangunan kecil, di mana lebarnya tidak melebihi 4 meter. Kasau berpasangan dan kepala kasau dipakukan kepada plat dinding. Jika rentang terlalu besar beban dari penutup bumbung dan beban angin akan menyebabkan struktur bumbung berkuak dan dinding akan terbalik. Biasanya rentang maksima bagi bumbung ganding ialah 3.5 meter

7.5.4 Bumbung Ganding Terikat

Kaki kasau bumbung ini diikat dengan alang pengikat atau geleger siling. Dengan cara ini, beban kasau dapat diimbangi oleh alang pengikat dan ini dapat mengelakkan kaki kasau daripada berkuak dan dinding terbalik. Bumbung ini dapat menanggung beban yang lebih besar dengan rentang maksimum 5.5 meter. Dalam istilah lain, untuk mengekalkan kasau daripada

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com

Page 120: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

STRUKTUR-STRUKTUR BINAAN C1001/UNIT7/21

polisas.nizam.dewi.maail

mengembang keluar dan menolak dinding, perlulah diikat kaki kasau ini dengan menggunakan satu kayu panjang melintang yang dipanggil jeriau. Jeriau ini dipakukan ke kasau dan pelit tembok.

7.5.5 Bumbung Simpai

Satu cara lagi untuk mengelakkan kasau dari mengembang ialah dengan mengikat kasau di tengah-tengah diantara kedua-dua kasau iaitu pada jarak 1/3 tinggi bumbung dari paras atas dinding. Kebaikan jenis ini ialah ianya dapat memberi sebahagian ruang untuk bilik dan ini dapat mengurangkan tinggi bangunan. Biasanya simpai berukuran 100mmx38mm. Kebiasannya rentang bagi bumbung jenis ini ialah 4.5 meter. Sambungan alang kecil kepada kasau dengan menggunakan tanggam lekap bajang. Jenis ini mempunyai ruang kepala yang lebih berbanding dengan bumbung yang lain.

7.5.6 Bumbung Gulung-Gulung

Saiz yang jimat untuk kasau ialah 100mmx50mm tetapi bagi bumbung ganding dan simpai, saiz ini hanya boleh digunakan untuk rentang tidak melebihi 15 kaki. Bagi rentang yang melebihi 5 meter pula cara membina bumbung curam ialah dengan membuat bumbung gulung-gulung. Gulung-gulung ialah kayu yang melintang di bawah kasau-kasau berukuran 175mmx75mm untuk menumpangnya di antara tulang bumbung dan pelit tembok. Gulung-gulung ini pula ditumpang oleh jemang iaitu kayu yang ditegakkan di atas dinding sekatan. Gulung-gulung menupang kasau pada jarak sama tengah antara tulang bumbung dan cucur bumbung dan ditupang oleh jermang serta diikat oleh simpai pada jarak setiap empat kasau antara satu sama lain sepanjang gulung-gulung tersebut. Dengan ini, ia menguatkan lagi ikatan gulung-gulung di atasnya. Jermang yang digunakan berukuran 75mmx38mm.

7.5.7 Bumbung Pisang Sesikat

Bumbung jenis ini bukanlah satu bumbung yang penting bagi sesebuah bangunan tetapi merupakan sebahagian kecil sahaja. Bumbung ini adalah bumbung curam dan bahagian perabung bumbung tersandar kepada tembok dinding yang pugak. Bumbung ini adalah contoh mudah jenis bumbung selapis dengan satu dinding dibina lebih tingi daripada dinding yang bersetentang dan kasau direntangkan antara kedua-duanya.

Bumbung jenis ini adalah binaan tambahan kepada bangunan utama seperti anjung, dapur, verendah dan garaj dengan rentangnya tidak melebihi 2.5 meter. Ia boleh dibina secara tunggal atau berkembar. Bahagian atas kepala

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com

Page 121: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

STRUKTUR-STRUKTUR BINAAN C1001/UNIT7/22

polisas.nizam.dewi.maail

kasau dipasangkan kepala plat dinding yang disokong sama ada oleh sesangga bata atau pendakap sesangga keluli.

Selain itu boleh juga menggunakan membina masuk palam kayu ke dalam dinding pada jarak 750mm dari pusat ke pusat di sepanjang permukaan dinding. Plat dinding kemudian dipakukan atau diskrukan pada palam kayu tersebut. Plat dinding juga boleh dipakukan terus kepada dinding dengan menggunakan alat khas.

7.5.8 Bumbung Rata

Pembinaan sama dengan pembinaan lantai kayu. Jeriau kayu yang berukuran 50mm tebal dan lebarnya di antara 100mm–300mm, diletakkan menegak pada sisi masing-masing dengan jarak antara 375mm–450mm. Biasanya kayu akan mengecut akan ini mungkin mengakibatkan jeriau bengkok. Untuk mengelakkan ini, jermang digunakan ialah jermang insang pari.

Bumbung ini adalah bumbung yang mana kecerunannya tidak melebihi 10. Cara yang paling mudah untuk membina bumbung ini ialah dengan melintangkan kayu atau konkrit dan dilapikkan dengan bahan yag kalis air seperti aspal. Dalam hal ini, papan kayu setebal 19mm digunakan untuk melapik bumbung rata, di mana di atasnya dilapikkan pula dengan aspal.

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com

Page 122: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

STRUKTUR-STRUKTUR BINAAN C1001/UNIT7/23

polisas.nizam.dewi.maail

AKTIVITI 7B

7.5 Tingkap merupakan komponen yang penting dalam pembinaan tembok. Nyatakan fungsi-fungsi tingkap.

7.6 Senaraikan jenis-jenis tingkap yang biasanya digunakan dalam

pembinaan rumah atau bangunan.

7.7 Nyatakan faktor yang mempengaruhi pemilihan jenis bumbung

7.8 Berikan fungsi-fungsi dinding.

UNTUK LEBIH PASTI SEMAKLAH JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS AKAN DATANG

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com

Page 123: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

STRUKTUR-STRUKTUR BINAAN C1001/UNIT7/24

polisas.nizam.dewi.maail

MAKLUMBALAS

7.5 Fungsi tingkap ialah: a. Membolehkan kemasukan sinar siang. b. Mengadakan peredaran udara. c. Menebat haba dan bunyi. d. Menghalang angin dan hujan.

7.6 Tingkap boleh dibahagikan kepada lima jenis iaitu:

a. Tingkap berpangsi b. Tingkap berengsel c. Tingkap gelangsar d. Tingkap majmuk e. Tingkap gantung sisi

7.7 Faktor yang mempengaruhi pemilihan jenis bumbung ialah saiz dan bentuk bangunan, nilai estetika dan ekonomi.

7.8 Fungsi dinding adalah boleh dirumuskan sebagai :

a. Penyokong lantai atas, bumbung dan beban diri. b. Perintang telusan air hujan dan lembapan. c. Penebat haba. d. Penebat bunyi. e. Perintang kebakaran. f. Penutup dan perlindung bangunan. g. Pembahagi ruang dalam sesuatu bangunan. h. Penyediaan tempat bagi pemasangan tingkap dan pintu.

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com

Page 124: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

STRUKTUR-STRUKTUR BINAAN C1001/UNIT7/25

polisas.nizam.dewi.maail

PENILAIAN KENDIRI

7.1. Pintu merupakan satu bahagian bukaan yang penting pada sesebuah

bangunan manakala pembinaannya pula memerlukan kerangka. Nyatakan keperluan pembinaan kerangka pada pintu tersebut?

7.2 Terangkan dengan ringkas pembinaan pintu berongga. 7.3 Panel merupakan sebahagian daripada komponen pintu dan tingkap. Terangkan keperluan panel pada pintu dan tingkap tersebut. 7.4 Nyatakan faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan semasa memilih jenis tangga untuk rumah kediaman. 7.5 Tangga separuh pusingan merupakan salah satu daripada jenis tangga dalam pembinaan, nyatakan perbezaan tangga tersebut dengan tangga yang lain seperti tangga larian lurus. 7.6 Terangkan perbezaan antara dinding galas beban dengan dinding tidak galas beban. 7.7 Faktor yang mempengaruhi pemilihan jenis bumbung ialah saiz dan bentuk bangunan, nilai estetika dan ekonomi. Terangkan bagaimana faktor tersebut boleh mempengaruhi pemilihan jenis bumbung. 7.8 Nyatakan jenis-jenis bumbung dan terangkan dua daripadanya.

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com

Page 125: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

STRUKTUR-STRUKTUR BINAAN C1001/UNIT7/26

polisas.nizam.dewi.maail

MAKLUM BALAS

7.1 Pintu merupakan satu bahagian bukaan yang penting pada sesebuah

bangunan manakala pembinaannya pula memerlukan kerangka. Kerangka pintu ialah bingkai yang mengelilingi bukaan tempat daun pintu akan dipasang. Kerangka pintu terdiri daripada dua tiang jenang yang tegak disambung kepada sebatang kayu melintang yang dinamakan kepala jenang. Kerangka mesti mempunyai kekuatan yang cukup untuk menangung pintu. Ia boleh diperbuat daripada kayu atau logam.

7.2 Bahagian-bahagian utama dalam pembinaannya terdiri daripada bingkai

yang mempunyai dua batang sisi bingkai, susur atas, susur tengah dan susur bawah serta beberapa batang susur antara dengan sekeping blok kayu tempat pemasangan kekunci. Pintu rata yang berfungsi ringan, bingkainya mempunyai lebih kurang 30%-40% padu. Pintu yang berfungsi sederhana berat seperti di bahagian luar rumah, bingkainya lebih kurang 50%-60% padu. Untuk mendapatkan binaan yang kukuh, susur-susur antara dipasang lebih rapat. Pintu berfungsi ringan, jarak susur antara ialah dalam lingkungan 125mm–150mm dan untuk pintu berfungsi sederhana berat jaraknya ialah 60mm–70 mm. Lapisan permukaan ditampal kepada kedua-dua muka bingkai pintu supaya menutup ruang bingkai ia biasa diglu dan diapit dengan himpitan yang tinggi untuk menghasilkan satu permukaan yang kemas dan rata tanpa menggunakan paku. Kerosakkan pada tepi bibir pintu biasanya berlaku, oleh itu sekeping kayu kecil dipasang kepada sekeliling bibir untuk mengemaskan serta melindungi tepinya.

7.3 Keperluan tersebut ialah panel kayu yang lebar dibuat daripada kepingan

papan yang disambung berlidah dan lurah. Kayu yang digunakan mestilah dikeringkan dengan secukupnya supaya mengelakan retak dan piuh. Papan lapis yang setebal 6mm-12mm juga boleh digunakan sebagai panel tetapi hasilnya kurang bermutu berbanding dengan panel buatan papan padu. Panel pintu boleh dihias dengan mengukir dan mengumai permukaannya. Ini akan menambahkan kecantikan dan kekemasannya mutu pintu. Pintu panel diberi nama mengikut bilangan panel yang dipunyainya. Sebagai contoh pintu berpanel menunjukan pintu ini mempunyai tiga panel dan pintu berpanel empat menunjukkan pintu itu mempunyai empat panel.

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com

Page 126: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

STRUKTUR-STRUKTUR BINAAN C1001/UNIT7/27

polisas.nizam.dewi.maail

7.4 Pilihan jenis tangga yang sesuai untuk sesuatu keadaan bergantung kepada beberapa faktor, iaitu:

a. kegunaan tangga b. ruang bukaan bagi tangga yang dibina c. ukuran naik dan curam yang dikehendaki d. rekabentuk yang paling berkesan dan ekonomi.

7.5 Perbezaan tangga separuh pusingan dengan tangga–tangga yang lain

seperti tangga larian lurus ialah tangga ini meliputi dua deretan anak tangga meningkat dari lantai bawah ke lantai atas dengan pelantar yang memusing melalui 1800 (separuh pusingan) di pertengahannya. Kedua-dua deret anak tangga adalah selari. Susunan anak tangga di lantai atas biasanya berakhir di atas titik permulaan pada lantai bawah. Ini akan menghasilkan bilangan anak tangga yang sama untuk kedua-dua deretan tangga ini. Penggunaan tangga seperuh pusingan amat sesuai sebagai tangga awam terutamanya sebagai tangga kecemasan untuk bangunan-bangunan pejabat yang bertingkat-tingkat.

7.6 Perbezaan antara dinding galas beban dengan dinding tidak galas beban

ialah: a) Dinding galas beban Dinding galas beban ialah dinding yang menanggung beban kenaan, beban mati lantai dan bumbung di atasnya selain beban diri. Dinding bata dibina samada sebagai dinding padu atau dinding rongga. Kekuatan dinding ini bergantung pada susunan lapisan dan ikatannya serta mortar yang digunakan. Bata disusun secara berlapis dan berlekap supaya tidak ada sambungan pugak yang berterusan. Dinding yang dibina dengan susunan ikatan yang sesuai dapat mengagihkan beban dengan sama rata ke seluruh panjang dinding. Dinding yang di bina tanpa ikatan, bebannya tidak dapat di agihkan tetapi bertumpu ke sebahagian kecil dinding sahaja. b) Dinding tidak menanggung beban Dinding jenis ini menggunakan konkrit ringan, ia tidak digunakan untuk menanggung beban. Biasanya digunakan untuk membahagikan ruang-ruang seperti bilik bagi rumah-rumah biasa.

7.7 Faktor yang mempengaruhi pemilihan jenis bumbung ialah saiz dan bentuk bangunan, nilai estetika dan ekonomi:

a. Saiz dan bentuk bangunan - bangunan yang berbentuk sederhana sesuai dibina dengan bumbung curam dan bangunan yang bentuknya kompleks sesuai menggunkan bumbung rata. Rentang juga boleh menentukan jenis bumbung yang dipilih.

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com

Page 127: C1001_Bahan Dan Binaan Kejuruteraan.pdf

STRUKTUR-STRUKTUR BINAAN C1001/UNIT7/28

polisas.nizam.dewi.maail

b. Nilai estetika - nilai keindahan semulajadi menentukan jenis bumbung. Biasanya bumbung curam adalah sesuai bagi bangunan kecil dan bumbung rata pula sesuai bagi bangunan yang besar.

c. Ekonomi - kos pembinaan dan penyenggaraan dari semasake semasa

hendaklah diambil kira dalam menentukan pemilihan jenis penutup bumbung. Sesetengah penutup bumbung seperti kepingan keluli berombak dan bergalvani tidak tahan lama dan kos penyenggaraan hendaklah dimasukkan ke dalam pengiraan.

7.8 Di antara jenis-jenis bumbung ialah :

I. Bumbung ganding (couple roof) II. Bumbung ganding tertutup (closed couple roof)

III. Bumbung simpai (collar roof) IV. Bumbung gulung-gulung (purlin roof) V. Bumbung pisang sesikat (lean to roof).

DOWNLOADhttp://modul2poli.blogspot.com