72

Cacing Tanah

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Ternakan Cacing Tanah untuk buat duit. Domesticating earthworm to make money.

Citation preview

Page 1: Cacing Tanah
user
Stamp
Page 2: Cacing Tanah

1

Emas Hitam

Resepi Menternak Cacing Tanah untuk

Buat Duit

Page 3: Cacing Tanah

ii

1

Page 4: Cacing Tanah

iii

Emas Hitam

Resepi Menternak Cacing Tanah untuk

Buat Duit

    

MOHAMAD SAAT SUKAMI   

    

Petaling Jaya, Selangor 08.08.08 

Page 5: Cacing Tanah

iv

MOHAMAD SAAT BIN SUKAMI 1249 Jalan Changkat, 46000 Petaling jaya, Selangor. H/P : 019‐5324 999 E‐mel : [email protected] Laman Web : http://emashitam.110mb.com   © Hakcipta terpelihara Mohamad Saat Sukami 2008 Cetakan pertama 08.08.08   Hakcipta  terpelihara.  Tiada mana‐mana  bahagian  daripada  buku  ini  boleh diterbitkan  semula  atau  dipindahkan  kepada  apa‐apa  bentuk  atau melalui apa‐apa  cara, elektronik atau mekanikal,  termasuk  fotostat,  rekod atau apa‐apa  sistem  penyimpanan  dan  pengeluaran  maklumat,  tanpa  kebenaran bertulis daripada Mohamad Saat Bin Sukami.     Perpustakaan Negara Malaysia  Data Pengkatalogan‐dalam‐Penerbitan  Mohamad Saat Sukami 

Emas Hitam : resepi menternak cacing tanah untuk dibuat duit Mohamad Saat Sukami.  ISBN 978‐983‐44105‐0‐6 1.  Earthworm culture  2.  Worms—Ecology.  I. Judul. 639.75 

   Muka Taip Teks : Palatino Linotype Saiz Taip Teks : 11/14 

 

Page 6: Cacing Tanah

v

DEDIKASI        

Buat Abah Hj Sukami Bin Kasmani dan Arwah Emak Hjh Manisah Binti Abdullah yang tercinta, terima kasih kerana melahir,  membesar dan memberikan didikan yang sempurna.   

Buat  Isteri  Fazilah  Binti  Jumat  dan  anak‐anak  tercinta,  Nur Shazwani  serta Muhamad Amirul Syafiq yang  sentiasa memberikan sokongan dan dorongan. 

  

Page 7: Cacing Tanah

vi

1  

Page 8: Cacing Tanah

vii

PENGHARGAAN       Setinggi‐tinggi  penghargaan  saya  ucapkan  buat mereka  yang banyak membantu saya menjayakan penerbitan buku ini sama ada  secara  langsung  ataupun  tidak  langsung.  Tak  mungkin dapat saya balas budi yang telah diberikan, namun suka untuk saya rakamkan nama‐nama mereka di sini:  

En Harlis Samsuri(Alismeru) dari Kelang, Selangor.  Kapt. (B) Kaderi Bin Hj Norit (Omar Ma Enterprise) dari 

Shah Alam, Selangor.  Pn Azlinda Ros (AZR Agro) dari Banting, Selangor.  En Mustaffa (AZR Agro) dari Banting, Selangor.  Pn Roslin Abd Bar (Kimia Malaysia) dari Petaling Jaya, 

Selangor.  En  Mohammed  Nizzam  (Nur  Ikhlas  Resources)  dari 

Kelang, Selangor.    

Page 9: Cacing Tanah

viii

   

1  

Page 10: Cacing Tanah

223

JADUAL MUKA SURAT PENGENALAN 1

Haiwan Primitif 1 Cabaran Hidup Moden 2 Kitar Semula 5 Teknik Pengkomposan 7 Senario di Malaysia 9 Hukum Menternak Cacing 11

MENGAPA KITA PERLUKAN CACING TANAH 12 Mendapatkan Baja 13 Pengawal Makhluk Perosak 14 Perapi Tanah 15 Melengkapkan Kitaran 18 Menstabilkan Nisbah C:N 22 Pemakan Sampah! 23 Untuk Perniagaan – Memenuhi Permintaan Pasaran 23

BIOLOGI ASAS CACING TANAH 26 Jenis-Jenis dan Spesis Cacing Tanah 27 Cacing Merah 29 Anatomi Cacing Tanah 30 Kitaran Hidup Cacing Tanah 40 Cara Cacing Tanah Makan dan Bergerak 41 Cara Pembiakan Cacing Tanah 44 Habitat Cacing Tanah 45

PENGENALAN KEPADA SISTEM VERMIKOMPOS 49 Vermikultur dan Vermikompos 49 Cara Vermikompos Dihasilkan 53 Kadar Penghasilan Vermikompos 54 Kandungan dan Faedah Vermikompos 55

Page 11: Cacing Tanah

224

Teh Vermikompos 57 Cara Penyediaan Teh Vermikompos 59 Tepung Cacing Tanah 61

BAGAIMANA KITA NAK MULA 63 Kaedah Menternak Yang Sesuai 64 Kaedah Menggunakan Bekas 67 i. Bekas Kayu 69 ii. Bekas Plastik 71 iii. Bekas Logam 73 Kaedah Menggunakan Rak Kayu Bertingkat 74 Kaedah Menggunakan Kolah atau Palung 76 Kaedah Menggunakan Reaktor 77 Kaedah Wedge - Batas Terbuka 79

Apa Ada Dalam Bekas 81 Penyediaan Bed dan Medium 82 Di Mana Nak Letak 85 Berapa Besar Bekas Diperlukan 86 Berapa Banyak Cacing Diperlukan 87

MENYELENGGARA CACING TANAH DAN BEKAS 89 Apakah Makanan Cacing 89 Berapa Banyak Makanan Diperlukan 91 Cara Memberi Cacing Makan 92 Cara Menyediakan Medium Untuk Cacing 93 Kawalan Habitat Cacing Ternakan 95 Suhu 96 pH 98 Kelembapan 98 Pengudaraan 99

Tempoh Penuaian 99 Bagaimana Nak Tahu Cacing Kita Sihat 100

MASALAH DI DALAM BEKAS CACING 102 Bau Yang Tidak Menyenangkan Keluar Dari Bekas Cacing 103

Page 12: Cacing Tanah

225

Cacing Meninggalkan Bekas 105 Cacing Mati 106 Banyak Lalat 107 Cacing Tidak Mahu Makan 108 Bekas Cacing Terlalu Beralkali 109 Cacing Hilang! 109 Ulat Besar 110 Cendawan 111 Kulat Putih (Mold) 111

HAIWAN-HAIWAN LAIN YANG ADA DI DALAM BEKAS CACING 112

Semut 113 Ulat Gonggok 114 Ulat Besar 115 Cacing Putih 115 Lalat 116 Lipan 117 Kutu 118 Nematod 121 Lintah 122 Pepijat 122 Haiwan Pemangsa 123 Burung 123 Ayam 123 Cicak 124 Kodok 124 Haiwan Lain 125

CARA-CARA MENUAI HASIL CACING TANAH 126 Kaedah 1 – Kaedah Kon 126 Kaedah 2 – Kaedah Penghijrahan 128 Kaedah 3 – Menapis 128 Kaedah 4 – Kaedah Trommel 129

Page 13: Cacing Tanah

226

MEMASARKAN HASIL VERMIKOMPOS 131 Penggunaan Hasil Vermikompos 131 Pembungkusan 133 Medium Pembungkusan 135 Standard dan Kualiti Produk 137

INOVASI DI BIDANG TERNAKAN CACING TANAH 139 Paten 140 Rekabentuk Bekas Cacing 142 Kaedah Penuaian 143 Kaedah Pembiakan 143

MENGANGGAR PENDAPATAN DARI TERNAKAN CACING TANAH 144

Kos Yang Terlibat 144 Anggaran Jualan 146 Lain-lain 146 Pengiraan 146 Contoh 146

MENYEDIAKAN RANCANGAN PERNIAGAAN 155 Tujuan Menyediakan Rancangan Perniagaan 155 Format Rancangan Perniagaan 156 Penerangan Bagi Setiap Bahagian 157

CONTOH-CONTOH KEJAYAAN 164 Pengusaha 1 : Alismeru, Kelang, Selangor 165 Pengusaha 2 : AZR Agrocentre, Banting, Selangor 168 Pengusaha 3 : NUR IKHLAS RESOURCES, Kelang, Selangor 171 PENUTUP 173

Page 14: Cacing Tanah

227

BIBLIOGRAFI 175

APENDIKS 1 GLOSARI ISTILAH 180

APENDIKS 2 GAMBAR-GAMBAR BERKAITAN CACING 188

APENDIKS 3 PEMBEKAL 196

APENDIKS 4 AGENSI SOKONGAN 197 Bantuan Teknikal: 197 Pembiayaan: 197

APENDIKS 5 STANDARD KUALITI 198 AS 4454, Standard Australia 198

APENDIKS 6 SENARAI INOVASI YANG TELAH DIPATENKAN 200

APENDIKS 7 CONTOH FORMAT PROFORMA PENYATA KEWANGAN 203

INDEKS 207 BORANG PESANAN BUKU 221

Page 15: Cacing Tanah

228

Page 16: Cacing Tanah

xvii

Prakata     Alhamdulillah,  setinggi‐tinggi  kesyukuran  saya  panjatkan kepada Allah  Subhanahu Wataala  kerana hanya dengan  izin‐Nyalah  saya  berkesempatan menyudahkan  buku  Emas Hitam Resepi Menternak Cacing Tanah Untuk Buat Duit ini.    Ilham  untuk  menulis  buku  ini  tercetus  bilamana  saya memikirkan apakah yang  saya perlu buat dengan kawasan di sekitar  halaman  rumah.  Saya  ingin  mengusahakan  sedikit halaman yang  ada  itu dengan  effisien  tetapi  saya  tidak mahu sekadar  mengeluarkan  wang  tanpa  mendapat  apa‐apa pulangan  darinya. Maka  dari  itu  tercetuslah  idea  dari  Allah untuk mencuba ternakan Cacing Tanah.  Apabila  saya  mencari  maklumat  melalui  internet,  buku  dan juga  para  pengusaha  ternakan  ini,  saya  menyedari  bahawa antara  masalah  utama  bagi  mereka  yang  ingin  memulakan usaha  penternakan  Cacing  Tanah  ialah  sumber  rujukan  dari dalam negara. Atas kesedaran dan keinginan membantu para pengusaha mendapatkan  bahan  rujukan  inilah  saya  tergerak untuk mula mengumpulkan maklumat bagi membuat  sebuah buku.   

Page 17: Cacing Tanah

xviii

Alhamdulillah, tugas saya telah dipermudahkan oleh Allah dan dalam  tempoh  sebulan  sahaja  saya  berjaya  menyiapkan manuskrip  asal  buku  ini.  Saya  telah mendapat  bantuan  dari beberapa  pengusaha  ternakan Cacing  Tanah  sedia  ada  untuk membuat  semakan  ke  atas  manuskrip  buku  bagi  menjamin ketepatan maklumat yang ingin disampaikan.    Saya  menyedari  dan  memperakui  akan  kelemahan  serta kekurangan diri  sendiri. Oleh  itu,  suka  saya  nyatakan di  sini bahawa  sudah  tentu  saya  tidak  dapat  menghamparkan maklumat  yang  selengkapnya.  Namun  apa  yang  boleh  saya katakan  adalah  segala  maklumat  yang  ditulis  adalah bermatlamatkan  anda  semua  –  saya  ingin  apabila  anda membaca buku  ini, anda akan mendapat  sekurang‐kurangnya maklumat  asas  bagi  memulakan  usaha  penternakan  Cacing Tanah dengan yakin.   Buku  ini  bukan  hanya  menceritakan  tentang  Cacing  Tanah sahaja,  malahan  juga  ia  bermotifkan  perniagaan  sebagai tunjang  utamanya.  Anda  tidak  perlu  membacanya  sehingga habis sekaligus untuk mendapatkan, sebaliknya bacalah secara beransur‐ansur  mengikut  masa  lapang  anda.  Namun  bagi setiap  bab  yang  anda  baca,  cubalah  fikirkan  dalam  minda bagaimanakah  caranya  untuk  anda  mendapat  manfaat  dari industri yang kian pesat berkembang ini.   Buku  ini  umpama  sebuah  buku  resepi,  ia  menyediakan panduan  untuk  anda  ‘memasak’,  tetapi  sedap  atau  tidaknya ’masakan’  tersebut, andalah yang menentukannya. Gunakanlah 

Page 18: Cacing Tanah

xix

kreativiti  dan  idea  masing‐masing  untuk  mengolahnya  dan menentukan hala tuju perniagaan anda kelak.  Saya berdoa semoga anda akan berjaya merealisasikan  impian untuk menjadi seorang usahawan ternakan Cacing Tanah yang berjaya. Lakukanlah dengan  ikhlas dan  istiqamah,  anda pasti akan berjaya. InsyaAllah.    Mohamad Saat Sukami Penulis Bebas Petaling Jaya, Selangor.

Page 19: Cacing Tanah

ii

1

Page 20: Cacing Tanah

BAB 1

PENGENALAN     

Haiwan Primitif  Ia  wujud  di  sekitar  kita,  lama  sebelum  nenek  moyang  kita meneroka bumi yang kita pijak sekarang ini. Bentuk badannya amat  ringkas;  tanpa kepala,  tangan, kaki atau  sebarang organ pancaindera yang lazimnya dianggap cacat jika dirujuk kepada makhluk  lain. Hidupnya di sebalik pandangan mata kita, nun di  bawah  telapak  kaki.  Jarang‐jarang  kita  melihatnya  kalau bukan  digemburkan  tanah  tempat  tinggalnya  atau  sesekali mungkin kita terserempak dengannya di waktu malam.  Primitif. Mungkin  itu perkataan yang boleh digunakan untuk menerangkan  sifat  fizikalnya.  Primitif  kerana  begitu  ringkas rupa tubuhnya dan primitif kerana itulah rupa tubuhnya sejak zaman dinasour  lagi. Tak pernah  berubah. Namun di  sebalik sifat primitif  tersebut,  ia merupakan haiwan  terpenting dalam kitar hidup makhluk di daratan. Tanpanya tanah tak mungkin 

Page 21: Cacing Tanah

2

menjadi  kembali  subur.  Hutan  tak  mungkin  terbentuk  dan hidupan lain tak mungkin dapat meneruskan survival. Haiwan primitif  inilah  yang  bertanggungjawab  mengurai  bahan organik  reput  dengan  pantas  dan menjadikan  tanah  kembali subur.  Dengan  izin Allah yang maha kuasa,  itulah kelebihan Cacing Tanah,  haiwan  lembut  yang  mempunyai  keupayaan  untuk makan  sebanyak  berat  tubuhnya  sendiri  setiap hari. Hasilnya adalah  bahan  organik  yang menjadi  sumber  kehidupan  bagi tumbuhan.   Dalam  satu kajian yang dijalankan,  satu kawasan bersih yang baru diteroka telah menjadi kembali subur dalam tempoh yang singkat melalui  peranan  yang  dimainkan  oleh  Cacing  Tanah ini. Apa yang lebih menarik, proses penyuburan berlaku secara lunak  dan  seimbang  tanpa melibatkan  sebarang  pencemaran kepada mana‐mana ekologi atau alam sekitar. Namun, berapa ramaikah yang sedar tentang hakikat ini?  

Cabaran Hidup Moden  Dunia  yang  kita  diami  kini  rata‐ratanya  dianggap  sebagai moden. Lumrah bagi sebuah kehidupan moden adalah sama – kepantasan.  Segala‐galanya  mahu  pantas.  Semuanya  perlu segera. Kalau tidak sesuatu akan ketinggalan atau tidak selesai. Disebabkan tekanan kepada perlunya kepantasan inilah, mahu tidak mahu kita  terpaksa untuk melakukan  sesuatu mengikut 

Page 22: Cacing Tanah

3

apa yang dianggap paling penting sahaja bagi kita. Dalam kita mengejar sesuatu yang pantas bergerak ini, tanpa disedari kita secara  tidak  langsung  telah  banyak  menghasilkan  “produk” sampingan  yang  langsung  tidak  diperlukan  oleh  kita,  atau lebih tepat lagi apa yang dipanggil sebagai sampah.   Mari kita namakan hasil sampingan ini sebagai sisa atau dalam Bahasa Inggerisnya waste.   Jika kita  lihat  sekeliling kita, berapa banyakkah  sisa yang kita hasilkan? Dari makanan  kita  ada  sisa. Dari  industri  kita  ada sisa. Dari pertanian kita ada sisa. Dari pejabat kita juga ada sisa. Nampaknya  apa  juga  yang  kita  lakukan  tidak  terlepas  dari menghasilkan  sisa! Tak perlu  rasanya kita  bentangkan di  sini data dari mana‐mana  statistik  tentang  berapa  banyakkah  sisa yang dihasilkan setiap hari. Secara umumnya kita semua akan akui ‐ memang amat banyak. Daripada jumlah yang banyak itu pula, tanpa kita sedari majoriti dari sisa yang dihasilkan adalah sisa berbentuk organik.   Ke mana semua sisa ini dibuang?  Di Malaysia hanya ada dua buah  landfill. Tak mungkin semua sampah  sarap  dan  sisa  kita  akan  dibuang  ke  landfill  ini.  Jadi kebanyakan sampah sarap dan sisa domestik kita akan dibuang ke  tempat  pelupusan  sampah  yang  dikendalikan  oleh  Pihak Berkuasa  Tempatan.  Setiap  tahun  akan  ada  pusat  pelupusan sampah yang ditutup (kerana penuh) dan akan ada pula pusat  baru  yang  dibuka.  Semakin  lama  pusat  pelupusan  sampah 

Page 23: Cacing Tanah

4

menjadi semakin banyak dan pertambahan bilangannya seolah‐olah  seiring  dengan  pertambahan  bilangan  kawasan perumahan  baru  yang  dibuka,  atau  lebih  banyak  lagi.  Di sebalik manfaat yang diperolehi dari pusat pelupusan sampah ini,  sedarkah  kita  akan  kesan  sampingan  yang  timbul daripadanya?   Salah  satu  masalah  dalam  pengendalian  pusat  pelupusan sampah  ini adalah kawalan  terhadap  cecair yang  terhasil dari sampah  sarap  yang  dipanggil  leachate.  Leachate  adalah  cecair yang bersifat toksik. Ianya tidak boleh dilupuskan begitu sahaja tanpa  rawatan,  apatah  lagi  dibiarkan  mengalir  mengikut graviti.  Disebabkan  sifatnya  sebagai  cecair,  ia  akan  turun  ke bawah mengikut  graviti  dan mengalir  ke  tempat  yang  lebih rendah.  Sekalipun  dikawal,  masih  ada  banyak  kes  di  mana leachate ini terlepas dan mengalir ke dalam sungai yang menjadi sumber  air  minuman  kita.  Ini  terutamanya  bagi  pusat pelupusan  sampah yang  telah  lama ditutup. Leachate  ini amat berbahaya  kerana  kita  tidak  tahu  apa  kandungan  sebenar  di dalamnya.  Namun  apa  yang  pasti,  ia  sebahagian  besarnya terdiri dari  bahan  bersifat  organik. Dari mana puncanya, kita semua  sudah  tentu  sedia maklum  –  kebanyakannya dari  sisa makanan kita!  Itu  baru  hal  sisa  buangan  domestik,  belum  lagi  pencemaran dalam  bentuk  lain  –  industri,  pertanian  dan  lain‐lain  lagi. Pendek  kata  semakin  moden  kehidupan  kita,  seolah‐olah semakin  banyak  pencemaran  yang  kita  hasilkan.  Apa  silap 

Page 24: Cacing Tanah

5

kita? Tak bolehkah pencemaran  itu dihapuskan,  atau  setidak‐tidaknya dikurangkan?   Jawapannya boleh, iaitu melalui teknik kitar semula!  

Kitar Semula  Teknik kitar semula diamalkan berasaskan prinsip  tiga R  iaitu Reduce, Reuse dan Recycle  (mengurangkan, mengguna kembali dan  mengitar  semula).  Reduce  sememangnya  menjadi tanggungjawab  setiap  individu,  tetapi  Reuse  dan  Recycle memerlukan  penglibatan  pihak  ketiga  (terutamanya  Pihak Berkuasa  Tempatan)  dan  juga  penggunaan  teknik  atau teknologi. Reuse dapat dipraktikkan  jika  sesuatu  sisa buangan itu masih boleh digunakan, namun apabila majoriti sisa sudah tidak  boleh digunakan  lagi, maka  pilihan  yang  ada  hanyalah Recycle. Di Malaysia  program‐program  Recycle memang  telah lama  dilaksanakan.  Bagi menggalakkan  aktiviti  tersebut,  tiga jenis tong biasanya disediakan di banyak lokasi terutamanya di bandar‐bandar  bagi menggalakkan  orang  ramai menyisihkan sisa  buangan  mereka  sebelum  membuangnya.  Sisa  tersebut kemudiannya akan dipungut untuk dikitar semula.  Walau bagaimanapun antara kekurangan dalam perlaksanaan program  tersebut  adalah,  bukan  semua  sisa  buangan  yang boleh    dikitar  semula.  Hanya  tiga  jenis  sisa  pepejal  boleh dibuang ke dalam  tong‐tong  tersebut  iaitu kertas/logam, kaca dan plastik. Bagi sisa bersifat organik, mahu tidak mahu orang 

Page 25: Cacing Tanah

6

ramai  terpaksa melupuskannya  ke  dalam  tong  sampah  yang kemudiannya diangkut oleh lori ke pusat pelupusan. Sekali lagi masalah  pencemaran  air mungkin  akan  berlaku  seperti  yang dihuraikan  sebelum  ini.  Namun  apakah  pilihan  yang  orang ramai ada?  Jika  di  luar  negara,  program  kitar  semula  melalui  prinsip Recycle telah lama diperluaskan kepada sisa bersifat organik ini. Caranya  adalah dengan menukarkannya kepada bentuk yang lebih  bermanfaat  melalui  kaedah  yang  dikenali  sebagai pengkomposan.  Tak  kira  sama  ada  negara  maju  atau  tidak, kaedah pengkomposan telah berjaya dimajukan sejak berdekad lamanya.  Sebagai  contoh,  negara  Cuba  yang  ditekan ekonomimya telah menjadikan kaedah pengkomposan sebagai pilihan utama untuk menghasilkan baja. Dengan cara itu Cuba dapat melepaskan diri dari penggantungan terhadap baja kimia yang  diimport  dan  seterusnya  menyelamatkan  ekonominya melalui bidang pertanian.   Kompos merupakan  baja  tanaman  yang  dihasilkan  dari  sisa bahan  organik  yang  diuraikan  secara  biologikal.  Kandungan nutriennya  yang  tinggi  dan  seimbang  adalah  hampir  sama dengan humus yang terhasil secara alami. Oleh itu ianya amat sesuai bagi majoriti tanaman dan memberikan hasil yang lebih baik berbanding penggunaan baja kimia.   

Page 26: Cacing Tanah

7

Teknik Pengkomposan  Secara  amnya  teknik  pengkomposan  ini  ada  dua  iaitu  teknik pengkomposan  biasa  dan  juga  teknik  vermikompos.  Teknik pertama  adalah  melibatkan  pereputan  bahan  organik  oleh mikro  organisma    seperti  bakteria  dan  fungi.  Teknik  ini melibatkan pembebasan haba. Teknik kedua pula adalah proses pengkomposan  ’sejuk’ dengan bantuan Cacing Tanah. Melalui teknik  kedua  ini  Cacing  Tanah  yang  bertindak  sebagai  agen pengkomposan  akan  memakan  sisa  organik  dan  akan membuang  najisnya  dalam  bentuk  yang  dikenali  sebagai kasting.  Kasting  inilah  yang  dikenali  sebagai  Vermikompos. Vermi merupakan  istilah  dari  Bahasa  Latin  yang  bermaksud cacing.  Oleh  itu  Vermikompos  bermaksud  kompos  yang dihasilkan oleh cacing.  Kelebihan  penghasilan  kompos melalui  teknik  Vermikompos adalah seperti berikut:  

Ianya lebih mudah dilaksanakan dan lebih cepat,  Prosesnya tidak melibatkan pengeluaran bau yang tidak 

menyenangkan,  Boleh  dilaksanakan  sama  ada  pada  skala  kecil  atau 

besar,  Baja  kompos  yang  dihasilkan  mengandungi  kurang 

mikrob dan pathogen yang berbahaya,  Haba  yang  tinggi  tidak  dihasilkan  semasa  proses 

pengkomposan, 

Page 27: Cacing Tanah

8

Tidak memerlukan  kawasan  yang  terlalu  luas, malah boleh dilakukan di dalam rumah, 

Dan banyak kelebihan lainnya.  Seperti mana diamalkan oleh negara‐negara di luar yang sudah lama mempraktikkan teknik vermikompos, bekas berskala kecil digunakan untuk pengkomposan sisa domestik di dapur. Bekas kecil yang dikenali sebagai worm bin diletakkan di bawah singki dapur dan sisa makanan akan dimasukkan ke dalamnya untuk dikomposkan oleh Cacing Tanah. Apabila penuh, baja kompos yang  terhasil akan digunakan untuk  tanaman bunga dan  juga sayur‐sayuran  yang ditanam  sendiri, manakala Cacing Tanah pula  akan  digunakan  semula  untuk  mengulangi  proses pengkomposan. Jadi, di samping dapat menyelesaikan masalah sisa  buangan  dari  dapur,  mereka  juga  dapat  manfaat penjimatan dari sayur yang mereka tanam.  Teknik  sedemikian  amat  sesuai  dilaksanakan  di  Malaysia memandangkan  negara  kita  mempunyai  iklim  yang  malar. Iklim  tropika  seperti  di  Malaysia  membolehkan  proses pengkomposan  dilaksanakan  dengan  lebih  effisien  sepanjang tahun  berbanding di  negara  yang mempunyai  empat musim. Jadi  sebenarnya  jalan  penyelesaian  telah  sedia  ada  untuk mengatasi masalah sisa buangan bersifat organik ini, cuma kita sahaja yang belum benar‐benar mempraktikkanya.    

Page 28: Cacing Tanah

9

Senario di Malaysia  Akhir‐akhir  ini  semakin  ramai  rakyat  Malaysia  mula memberikan  perhatian  terhadap  Cacing  Tanah.  Kalau  dulu cacing  sekadar  dianggap  sebagai  parasit  yang  menggelikan, kini  hasil  dari  Cacing  Tanah  telah  dianggap  sebagai  Emas Hitam!  Apa  yang  digelar  sebagai  Emas  Hitam  sebenarnya adalah baja Vermikompos yang dihasilkan oleh Cacing Tanah. Ianya  berwarna  hitam  dan  mempunyai  nilai  komersil  yang amat  tinggi.  Perhatian  yang diberikan mereka  bukan  sekadar untuk tujuan kitar semula di rumah masing‐masing, sebaliknya mereka melakukannya  bagi  tujuan  perniagaan.  Kini  semakin ramai  pengusaha  ternakan  Cacing  Tanah  muncul  satu  demi satu. Ada yang mengusahakan  secara  sepenuh masa dan  ada juga  sambilan.  Di  kalangan  mereka  ini  telah  ramai  yang mengusahakan secara skala sederhana, namun kebanyakannya masih  boleh  dianggap  sebagai  skala  kecil.  Mungkin  ianya disebabkan  industri  penternakan  Cacing  Tanah  ini  sendiri masih dikira baru bagi  rakyat Malaysia, maka belum ada  lagi yang  mencapai  tahap  skala  besar.  Ini  menunjukkan  ruang untuk  sesiapa  juga  yang  berminat  menceburi  bidang penternakan sebegini masih luas terbuka.  Ternakan Cacing Tanah secara komersil mula diperkenalkan di Malaysia  pada  sekitar  tahun  80‐an  atas  inisiatif  Jabatan Pertanian Malaysia. Sejak dari itu ramai yang semakin berminat mengusahakannya  disebabkan  faktor  permintaan  yang menggalakkan bagi hasil kompos dan biomas Cacing Tanah ini. Vermikompos dari Cacing Tanah diterima pakai  terutamanya 

Page 29: Cacing Tanah

10

sebagai sumber baja untuk tanaman organik manakala biomass (daging)  pula  digunakan  dalam  bidang  kosmetik  dan perubatan. Di samping itu, oleh kerana industri ini yang masih baru,  permintaan  terhadap  Cacing  Tanah  hidup  untuk dijadikan  induk menjadi amat menggalakkan dan harga yang ditawarkan amat menguntungkan terutamanya bagi yang telah sedia menjalankan industri ini.  Meskipun  baru,  nampaknya  kemajuan  industri  ternakan Cacing  Tanah  di  Malaysia  begitu  pesat  berkembang.  Ini digambarkan  oleh  penyertaan  aktif  orang  ramai  di  dalam forum‐forum online di internet serta kekerapan kursus, bengkel dan juga demonstrasi menternak cacing yang diadakan di sana sini. Kini  telah ada  sistem pawah atau  contract  farming Cacing Tanah yang direka untuk memenuhi permintaan mereka yang berminat  tetapi  tidak  mempunyai  masa  atau  sumber  yang mencukupi untuk mengusahakannya.   Adalah dipercayai bahawa industri penternakan Cacing Tanah ini  akan  terus  berkembang  memandangkan  sokongan berterusan yang diberikan oleh pihak kerajaan dan juga swasta. Bantuan‐bantuan  kewangan,  latihan  dan  teknikal  semakin banyak  dihulurkan  bagi  menggalakkan  lebih  ramai  bakal pengusaha  memulakan  projek.  Antaranya  termasuklah TEKUN,  Jabatan  Pertanian  dan  lain‐lain  lagi.  Jika  senario  ini berterusan, tidak mustahil matlamat untuk merealisasikan satu daerah  satu  industri  akan  berjaya  dicapai.  Secara  asasnya, penternakan cacing tanah ini boleh dimulakan pada skala kecil 

Page 30: Cacing Tanah

11

dan modal  yang  amat  rendah  berbanding usaha pertanian di bidang yang lain.  

Hukum Menternak Cacing  Di  segi  hukum,  berdasarkan  fatwa  yang  dikeluarkan  oleh Majlis  Fatwa  Kebangsaan Malaysia,  hukum memelihara  dan menjual  cacing  serta  hasilnya  bagi  tujuan  baja,  kosmetik, perubatan  serta  penternakan  adalah  harus.  Walau bagaimanapun, hukum memakannya tetap haram.   Oleh  sebab  itu,  bagi  cacing  yang  dijadikan  serbuk  dan digunakan  bagi  tujuan  perubatan  dalam  bentuk  kapsul  dan sebagainya  juga  dihukumkan  sebagai  harus.  Namun,  cacing yang  diberi  makan  media  dari  najis  haiwan  yang  bersifat mukhalazah, hukumnya adalah haram, tak kira walau apa juga tujuan dan hasilnya.  Maklumat mengenai  hukum  yang  dinyatakan  di  atas  adalah berdasarkan  dari  rujukan  kepada  beberapa  orang  yang berpengetahuan dan badan yang diiktiraf di Malaysia. Walau bagaimanapun,  huraian mengenai  hukum  tersebut  adalah  di luar  dari  skop  buku  ini.  Oleh  itu  sekiranya  para  pembaca berkehendakan  penjelasan  yang  lebih  lanjut  mengenainya, nasihat  yang  dapat  diberi  adalah  supaya  merujuk  kepada mereka yang lebih pakar dalam bidang tersebut. 

Page 31: Cacing Tanah

12

BAB 2

MENGAPA KITA PERLUKAN CACING TANAH

    Selama  beratus  tahun  kita  telah  mengabaikan  sumber  yang sedia ada – sumber yang berada hanya beberapa inci di bawah tapak  kaki  kita. Untuk menyuburkan  tanaman,  kita  gunakan baja  berasaskan  kimia  yang  diperolehi  jauh  dari  perut  bumi; sedangkan  baja  yang  kita  guna  itu  selalunya  tidak  seimbang untuk pokok yang ditanam. Kita menyelesaikan  satu masalah tapi dalam masa yang  sama kita menghasilkan masalah yang lain. Contohnya  boleh dilihat dalam proses  penanaman padi. Untuk mendapatkan hasil yang baik kita gunakan baja kimia. Untuk melawan makhluk perosak kita gunakan racun. Kedua‐duanya berasaskan bahan kimia – perlu dibeli dan pastinya ada kesan  sampingan. Di akhir proses penuaian,  jerami padi akan terhasil. Kalau tidak dilupuskan jerami tersebut akan memakan ruang dan boleh menjadi sarang makhluk perosak.  Ianya  juga memakan masa untuk diuraikan  jika dibiarkan  begitu  sahaja. Ini  akan menganggu kitaran  tempoh penanaman padi. Untuk memudahkan  kerja,  jerami  tersebut  selalunya  akan  dibakar 

Page 32: Cacing Tanah

20

               Oleh  sebab  itu  penggunaan  Cacing  Tanah  di  dalam  bidang pertanian  telah  dapat  melengkapkan  satu  kitaran  makanan. Apabila  lengkapnya  kitaran  makanan  tersebut,  dengan sendirinya petani dapat mengurangkan kos yang  terlibat. Apa yang  menjadi  amalan  dalam  bidang  pertanian  sekarang  ini adalah seperti berikut:        

Najis haiwan dibuang 

Hasil tanaman 

Dimakan oleh ternakan 

Racun 

Baja 

Kasting dari cacing 

Hasil dari tanaman 

Najis ternakan 

Page 33: Cacing Tanah

29

                  Cacing Harimau 

 

 

Cacing Merah 

 

Page 34: Cacing Tanah

30

Anatomi Cacing Tanah  Memahami  anatomi  Cacing  Tanah,  walaupun  bukan keutamaan  tetapi  amat  perlu  bagi  menjalankan  proses penternakan  Vermikultur.  Ia  dapat  membantu  penternak memahami tabiat cacing‐cacing yang dibela dengan lebih baik, mengenalpasti  punca  sesuatu  masalah  berlaku,  merancang pengeluaran  supaya  lebih  produktif  dan  mengurangkan kemungkinan kematian cacing.  Gambarajah  di  muka  surat  selepas  ini  merupakan  skematik bagi  seekor  Cacing  Tanah  yang  tipikal.  Cacing  Tanah merupakan  haiwan  analida  bersegmen.  Tubuh  Cacing  Tanah terdiri dari 75 – 90 peratus air tetapi kaya dengan protin. Sebab itulah ia menjadi kegemaran tikus, burung dan ayam.   Cacing  Tanah  tidak  mempunyai  organ  pancaindera  yang spesifik seperti mata, hidung dan  telinga  tetapi  ia mempunyai mulut. Ia juga tidak mempunyai kepala, tangan, kaki atau ekor yang  spesifik.  Lazimnya,  bahagian  hadapan  yang  dirujuk sebagai  anterior  merupakan  bahagian  yang  paling  hampir dengan  klitelum  manakala  bahagian  selebihnya  dipanggil posterior.  Walaupun  tidak  mempunyai  organ  pancaindera yang  spesifik, Cacing  Tanah  amat  sensitif  kepada  ransangan‐ransangan  dari  luar.  Ini  disebabkan  di  bahagian  lapisan epidermisnya  (kulit)  tersusun  saraf‐saraf  untuk  mengesan haba, gegaran, sentuhan, kelembapan dan sebagainya.   

Page 35: Cacing Tanah

36

segmen.  Pada  hujung  serat  saraf  di  lapisan  kulit  ini, terdapatnya organ‐organ dan sel‐sel pengesan. Organ pengesan ini  memberitahu  Cacing  Tanah  mengenai  persekitarannya. Organ  fotoreseptor mampu mengesan  keamatan  cahaya  dan organ pengesan  epitelial  akan memberitahu  cacing  jika  ianya disentuh.   Cacing memerlukan  banyak  air  di  dalam  persekitarannya.  Ia bukan  setakat  diperlukan  untuk  memastikannya  sentiasa lembap,  tetapi  juga  untuk menggantikan  kuantiti  yang  besar yang hilang melalui air kencing. Seekor Cacing Tanah mampu menghasilkan  sehingga  60  peratus  dari  berat  badannya  air kencing sehari.  Berdasarkan kepada gambarajah rentas sebelum  ini, ringkasan fungsi bagi setiap bahagian tubuh Cacing Tanah adalah seperti berikut:  

Bahagian  Fungsinya Anus  Tempat di mana partikel tanah dan bahan 

organik  yang  tidak  dihadamkan dikeluarkan. 

Epidermis  Kulit,  lapisan  luar  dinding  tubuh  yang merembeskan mukus. 

Esofagus  Laluan  di  antara  faring  dan  krop (kerongkong). 

Faring  Bahagian  berotot  pada  mulut  yang menyedut makanan masuk. 

Hempedal  Organ  dalaman  berotot  yang 

Page 36: Cacing Tanah

40

Bahagian  Fungsinya kopulasi. 

Kitaran Hidup Cacing Tanah  Cacing Tanah bersifat hemaprodit,  iaitu mempunyai kedua‐dua organ  jantan dan betina. Sungguhpun begitu, untuk membiak cacing  tetap  akan  mengawan  dan  bertukar  sperma  bersama pasangannya.  Apabila  bertelur,  Cacing  Tanah  akan memasukkan  telur‐telur  tersebut  ke  dalam  kokun.  Kokun merupakan  sebuah  kelongsong  yang  dihasilkan  oleh  induk Cacing Tanah untuk menempatkan  telur‐telur  tersebut. Empat hingga  lima  ekor  anak Cacing  Tanah  akan menetas  daripada sekitar  dua  puluh  biji  telur  yang  dihasilkan  dan  akan  keluar melalui  lubang  yang  ada  pada  hujung  kokun  tersebut. Gambarajah di bawah menceritakan proses tersebut:               

Mengawan

Telur dalam kokun 

Telur cacing menetas 

Cacing dewasa 

7 – 10 hari 

60 – 90 hari  12 – 110 

hari 

Kitaran pembiakan Cacing Tanah 

Page 37: Cacing Tanah

49

BAB 4

PENGENALAN KEPADA SISTEM VERMIKOMPOS

   

Vermikultur dan Vermikompos  Vermikultur  bermakna  penternakan  Cacing  Tanah  manakala Vermikompos  bermakna  proses  penghasilan  kompos melalui teknik vermikultur.   Proses pengkomposan secara semulajadi berlaku apabila bahan organik direputkan dalam beberapa  siri yang berturutan oleh beberapa jenis mikroorganisma. Hasilnya adalah bahan organik yang dipanggil humus. Proses ini merupakan satu proses yang perlahan  dan  banyak  dipengaruhi  oleh  faktor  persekitaran seperti suhu, kelembapan, ketebalan bahan organik dan musim. Dalam  proses  pengkomposan  secara  buatan,  proses  tersebut dipercepatkan  dengan  memanipulasi  faktor‐faktor  yang mempengaruhinya.  

Page 38: Cacing Tanah

59

semaian  ke  tapak  penanaman  kekal  bagi mengelakkan kejutan kepada pokok tersebut. 

v. Dijadikan  penggalak  kepada  biji  benih  sebelum ditanam  dengan  cara  merendam  benih  ke  dalam cecair teh kompos tersebut. 

 Cara Penyediaan Teh Vermikompos  Untuk menyediakan teh vermikompos, peralatan‐peralatan dan bahan‐bahan berikut diperlukan: 

 i. Tangki / Balang / Baldi ii. Pam udara (pam bubler akuarium), iii. Tiub penghantar udara iv. Batu bubler v. Kain kasa vi. Baja vermikompos vii. Gula molas / Gula merah / Gula tebu 

 Pasangkan peralatan seperti gambar lakaran berikut:          

Page 39: Cacing Tanah

63

BAB 5

BAGAIMANA KITA NAK MULA      Setiap  apa  yang  kita  hendak  lakukan  pasti  memerlukan perancangan.  Begitu  jugalah  dengan  usaha  untuk menternak Cacing  Tanah.  Selain  perancangan,  matlamat  juga  perlu ditetapkan  iaitu  ke  arah  mana  usaha  penternakan  tersebut hendak kita bawa. Tanpa kedua‐duanya, kita akan  jadi hilang hala  tuju  di  pertengahan  jalan  dan  mudah  putus  asa  bila menghadapi  masalah.  Harus  diingat,  perusahaan  ini merupakan  suatu  bentuk  perniagaan;  dan  perniagaan  mana yang tidak ada masalah.  Apabila  memperkatakan  tentang  matlamat,  seseorang  bakal penternak haruslah memikirkan perkara‐perkara berikut:  

i. Adakah kita mahu menternak untuk menghasilkan baja vermikompos, atau 

ii. Adakah kita mahu menternak dengan tujuan untuk menghasilkan biomas, atau 

iii. Kedua‐duanya. 

Page 40: Cacing Tanah

75

                   Bagi memanjangkan  jangka hayat  rak kayu dan mengelakkan bahan  kimia  dalam  kayu  dari  meracuni  Cacing  Tanah, bahagian  dalam  rak  kayu  akan  dilindungi  dengan  sehelai lapisan  plastik  gelap  atau  disapukan  dengan minyak  kelapa. Rak direkabentuk  supaya berada di  tempat yang  tetap,  tetapi rak  kosong  boleh  dialihkan  sekiranya  pengubahsuaian susunatur hendak dibuat.   Biasanya  semasa  beroperasi,  rak  akan  diletakkan  di  bawah tempat yang terlindung seperti bangsal yang diselubungi jaring 

Page 41: Cacing Tanah

89

BAB 6

MENYELENGGARA CACING TANAH DAN BEKAS

   

Apakah Makanan Cacing  Oleh kerana cacing adalah haiwan herbivor, maka makanannya mestilah  berasaskan  sayur‐sayuran  atau  tumbuhan.  Sebab itulah, walaupun  ia memakan najis haiwan  tetapi hanya najis haiwan herbivor sahaja yang diterima oleh Cacing Tanah. Najis haiwan  pemakan  daging  seperti  kucing  tidak  diterima langusng.  Cacing  Tanah  tidak  sukakan makanan  dari  bahan organik  yang  mengandungi  minyak,  lemak,  daging,  susu, pedas, manis, masam dan masin.  Pengkomposan  menggunakan  Cacing  Tanah  adalah  teknik pengkomposan  sejuk.  Ia  tidak  melibatkan  pelepasan  haba sebaliknya bahan organik dihadamkan di dalam perut cacing. Oleh  itu  pemilihan  jenis  makanan  Cacing  Tanah  haruslah memastikan  bahawa  makanan  tersebut  tidak  akan membebaskan haba ketika cacing makan. 

Page 42: Cacing Tanah

102

BAB 7

MASALAH DI DALAM BEKAS CACING

    Kebanyakan  penternak  baru  akan  beranggapan  jika  mereka mengikuti  semua  arahan dan  panduan  yang diberikan untuk menternak  menggunakan  bekas  baru  mereka,  mereka  tidak akan menghadapi sebarang masalah. Kenyataannya, penternak baru  akan  mendapati  bahawa  menternak  Cacing  Tanah memerlukan  teknik khusus dan masalah kadang‐kadang akan datang  juga.  Keupayaan  untuk  mengenalpasti  masalah‐masalah    yang  dihadapi  dan  bertindak  cepat  mengatasinya akan membezakan  penternak  yang  berjaya  dengan  yang  tak berapa berjaya.   Setiap  bekas  menternak  cacing  adalah  unik,  jadi  bekas kepunyaan  kita mungkin  berbeza  sedikit  keadaannya dengan orang lain. Faktor yang menjadi unik untuk kita mungkin, suhu dan  kelembapan  tempat  tinggal  kita  dan  juga  lokasi  bekas cacing kita. Faktor yang  serupa di kalangan  semua penternak 

Page 43: Cacing Tanah

112

BAB 8

HAIWAN-HAIWAN LAIN YANG ADA DI DALAM BEKAS CACING

    Walau  macam  mana  sempurna  sekalipun  perancangan  kita, kadang  kala  ada  sahaja  ‘pihak‐pihak’  tertentu  yang  sentiasa ’memerhatikan  segala  tindak  tanduk’  kita.  Tanpa  kita  sedari dalam  pada  kita  menjaga  dengan  baik  bekas  cacing  supaya cacing yang kita ternak sihat dan selamat, rupanya diam‐diam sudah ada  tetamu yang  tidak diundang di dalamnya. Mereka ini yang  terdiri dari  serangga dan organisma yang  lain,  sama ada  sekadar  mencari  kesempatan  pada  bekas  cacing  yang penuh dengan makanan  ataupun pengacau  yang mengancam kesejahteraan  Cacing  Tanah  yang  kita  ternak.  Yang  penting kehadiran  mereka  tidak  boleh  dipandang  ringan  jika  kita mahukan hasil yang produktif dari dalam bekas Cacing Tanah kita.   Mari kita lihat siapakah mereka. 

Page 44: Cacing Tanah

126

BAB 9

CARA-CARA MENUAI HASIL CACING TANAH

    Ini merupakan antara tugas utama terakhir yang paling disukai oleh penternak sebelum memasarkan hasil. Vermikompos dan biomas  Cacing  Tanah  boleh  dituai  dengan  menggunakan pelbagai  kaedah  berdasarkan  kapasiti  penternakan  dan kegemaran  seseorang  penternak.  Sebahagian  dari  kaedah penuaian telahpun dipatenkan dan menjadi hak eksklusif pihak yang mendaftarkan paten tersebut. Tempoh yang sesuai untuk menuai  hasil  vermikompos  ini  diterangkan  dalam  Bab  6; Menyelenggara Cacing Tanah dan Bekas.  

Kaedah 1 – Kaedah Kon  Kaedah ini mengadaptasikan fakta bahawa Cacing Tanah tidak sukakan  cahaya. Sebelum memulakan  tuaian,  satu bekas baru yang siap dengan medium perlu disediakan dahulu. Langkah‐langkah penuaian adalah seperti berikut:  

Page 45: Cacing Tanah

131

BAB 10

MEMASARKAN HASIL VERMIKOMPOS

   Prestasi vermikompos telah dibuktikan melalui beberapa ujian dan kajian mengatasi baja komersil dan juga baja kompos biasa. Penggunaannya di bidang pertanian terbukti tidak merosakkan tanaman dan juga kesuburan tanah. Hasil hiliran vermikompos juga menunjukkan prestasi yang memberansangkan.  

Penggunaan Hasil Vermikompos  Vermikompos  dijual  di  pasaran  sama  seperti  baja  komersil biasa,  tetapi disebabkan prestasinya yang  baik  ia mempunyai harga  yang  lebih  tinggi.  Selain  meningkatkan  kesuburan,  ia  juga mempunyai  keupayaan  untuk meningkatkan  ketahanan terhadap  penyakit  bagi  tumbuhan.  Baja  vermikompos  yang ditaburkan  pada  pokok  yang mengalami masalah  reput  akar telah  berjaya  menyuburkan  kembali  pokok  tersebut  dan membantu memperbaiki kerosakan akarnya.   

Page 46: Cacing Tanah

139

BAB 11

INOVASI DI BIDANG TERNAKAN CACING TANAH

     Kemajuan di dalam bidang penternakan Cacing Tanah banyak disumbangkan  oleh  cetusan  ilham  di  kalangan mereka  yang terlibat.  Banyak  daripadanya  telah  direalisasikan  menerusi rekacipta  peralatan,  kaedah  dan  produk  berasaskan  Cacing Tanah  ini.  Ilham  atau  idea  ini  apabila  melibatkan penambahbaikan keadaan  sedia ada, kita akan memanggilnya sebagai  inovasi. Sesuatu  inovasi  itu pada asasnya merupakan sebuah Harta Intelek, iaitu aset secara maya yang dimiliki oleh orang yang memulakan inovasi tersebut.   Malaysia mengiktiraf peranan dan sumbangan harta intelek ini dengan  mewujudkan  akta  berkaitan  harta  intelek  yang melindungi hasil inovasi perekaciptanya. Antara perlindungan yang termasuk di dalam akta tersebut adalah Hakcipta, Paten, Cap  Dagangan,  Reka  Bentuk  Perindustrian,  Reka  Bentuk Susun Atur Litar Bersepadu dan Petunjuk Geografi. 

Page 47: Cacing Tanah

144

BAB 12

MENGANGGAR PENDAPATAN DARI TERNAKAN CACING TANAH

    Untuk membuat anggaran berapakah pendapatan serta untung atau rugi bagi usaha penternakan kita, seseorang penternak itu haruslah  terlebih dahulu menyenaraikan kos‐kos yang  terlibat dan juga anggaran jualan secara terperinci.   

Kos Yang Terlibat  Kos untuk memulakan penternakan terdiri dari tiga jenis iaitu:  

i. Kos tetap, ii. Kos berulang, dan iii. Kos sekali sahaja (one‐off) 

 Kos tetap boleh terdiri dari:   

i. Kos overhead –  

Page 48: Cacing Tanah

155

BAB 13  

MENYEDIAKAN RANCANGAN PERNIAGAAN

    Sebelum memulakan sesuatu perniagaan, seseorang usahawan yang  baik  akan  menyediakan  satu  dokumen  yang  dikenali sebagai  Rancangan  Perniagaan.  Rancangan  perniagaan merupakan  satu  dokumen  bertulis  yang menerangkan  secara menyeluruh  tentang  perniagaan  atau  projek  yang  hendak dijalankan.  Ia  juga merupakan  pelan  induk  perniagaan  yang menerangkan  kajian‐kajian  yang  telah  dibuat  dan  langkah‐langkah  yang  akan  diambil  pada  masa  hadapan  untuk membangunkan  perniagan,  ramalan  dan  jangkaan  serta  cara‐cara pelaksanaan strategi perniagaan.   Tujuan Menyediakan Rancangan Perniagaan  Penyediaan  rancangan  perniagaan  mempunyai  beberapa tujuan antaranya:  

Page 49: Cacing Tanah

164

BAB 15

CONTOH-CONTOH KEJAYAAN     Setelah empat belas bab, mungkin masih ada sedikit keraguan di  hati  kita  sama  ada  bidang  penternakan  Cacing  Tanah  ini benar‐benar berpotensi cerah atau  tidak. Sebagai penulis, saya tidak  dapat  memberi  keyakinan  kepada  pembaca  sekalian melainkan  jika  saya membawakan  beberapa  contoh  kejayaan dari  pengusaha  sedia  ada  yang  telahpun  berjaya  di  dalam bidang ini.  Walaupun  perusahaan  menternak  Cacing  Tanah  ini  masih dikira  baru  di  Malaysia,  namun  beberapa  pengusaha  telah membuktikan  keupayaan  mereka  menempa  kejayaan  dalam waktu yang dikira sebagai singkat. Apa yang membanggakan, mereka  ini kebanyakannya berjaya dengan hanya berbekalkan sedikit bimbingan dari mereka yang dianggap pakar. Kejayaan mereka  boleh  dijadikan  pedoman  kepada  kita  semua  dalam memulakan  langkah  penternakan  Cacing  Tanah  ini.  Ikutilah kisah‐kisah mereka.  

Page 50: Cacing Tanah

165

Pengusaha 1 :

Alismeru, Kelang, Selangor  Memulakan  perniagaan  pada  suku  keempat  tahun  2007, Alismeru  yang  diterajui  oleh  En  Harlis  Bin  Samsuri  kini merupakan  salah  seorang  pengusaha  yang  berjaya  dan peneraju  di  dalam  bidang  ternakan  Cacing  Tanah  di  negeri Selangor.  En  Halis  memulakan  projek  ternakan  ini  hanya dengan sebuah bekas menternak dan sekilogram Cacing Tanah dari spesis Eisenia foetida.   Kini  dalam  tempoh  satu  tahun,  beliau  telah  bejaya menggandakan  jumlah Cacing Tanah yang diternak  sebanyak 10  kg.  Itupun  selepas  beliau  menjual  lebih  50  kg  kepada pelanggan‐pelanggannya.  En  Harlis  merupakan  orang  yang bertanggungjawab  mempopularkan  seni  menternak  Cacing Tanah  menggunakan  kabinet  plastik  yang  dikenali  sebagai ’Sistem Toyogo’.   Kejayaan  yang  dicapai  oleh Alismeru  bukan  setakat  dikecapi sendiri  olehnya  malahan  beliau  turut  sering  berkongsi pengalaman  dan  pengetahuannya  melalui  kursus‐kursus, seminar  dan  demonstrasi  yang  dikelolakan  sendiri  atau  atas jemputan  dari  pihak‐pihak  lain.  Kini  beliau  memikul tanggungjawab  untuk  mempromosikan  bidang  ini  ke  setiap daerah  di  negeri  Selangor  atas  arahan  Kerajaan  Negeri Selangor, di bawah program Penternakan Dalam Bandar. 

Page 51: Cacing Tanah

166

 Sehingga  kini  beliau  telah  pun  memperolehi  sebanyak  tiga pengiktirafan khusus dari Kerajaan Negeri Selangor atas usaha yang  dilakukannya  itu.  Pengiktirafan  yang  diterima  beliau bukan  setakat  di  negeri  Selangor,  malahan  beliau  turut dipelawa  untuk  memperkenalkan  industri  ini  sehingga  ke Negeri Sabah.   Selain  ilmu  yang  dicurahkan  secara  fizikal  melalui  kursus, beliau turut aktif di dalam forum‐forum online di internet dan memberikan banyak panduan yang berguna.  Dari  segi  latar  belakang,  En  Halis  bukanlah  seorang  yang mempunyai  pendidikan  khusus  di  bidang  pertanian  atau zoologi.  Namun  beliau  telah  membuktikan  bahawa  dengan berbekalkan  semangat  dan  minat,  seseorang  itu  mampu mencapai  apa  yang  diingini  walaupun  ianya  sangat  asing kepada diri sendir sebelum ini.   Di peringkat  awal pembabitannya dalam bidang penternakan Cacing Tanah  ini, beliau  turut  tidak  terlepas dari diduga oleh Allah.  Tak  sampai  sebulan  menternak,  bekas  cacing  beliau (ketika  itu  beliau  menggunakan  styrofoam)  dicerobohi  oleh angkatan  semut.  Sebahagian  dari  cacing  peliharaanya terbunuh.  Perkara  itu  sedikit  sebanyak  telah  mengoyahkan semangat  beliau. Namun  atas  dorongan  rakan  sekeliling  dan matlamat  yang  jelas,  beliau  meneruskan  usaha  tersebut menggunakan baki cacing yang ada. Baginya apa yang berlaku 

Page 52: Cacing Tanah

167

hanyalah  dugaan  dari  Allah  dan  pasti  ada  hikmah  yang tersembunyi di sebaliknya.  Apa  yang  menariknya,  En  Harlis  memulakan  dan membesarkan  perniagaan  ini  tanpa  memohon  sebarang pinjaman  dari  mana‐mana  pihak  pun.  Kini  selepas  setahun, beliau mampu memperolehi  pendapatan  sekitar  RM  2,000.00 seminggu  melalui  jualan  produk  berkaitan  Cacing  Tanah (cacing induk, vermikompos, medium) dan juga perkhidmatan professional (kursus dan bengkel ternakan Cacing Tanah).   Beliau  kini  masih  lagi  bekerja  di  Syarikat  Penerbangan Malaysia  (MAS) Bahagian Kejuruteraan. Baginya kini, bekerja bukan  lagi untuk makan gaji,  sebaliknya untuk kepuasan dan membalas budi majikannya.   En Harlis boleh dihubungi melalui maklumat di bawah:  

HARLIS BIN SAMSURI (ALISMERU) No 33 Batu 6 ½ , Pekan Meru, 41050 Kelang, Selangor 

Tel : 03‐33921054, H/P : 019‐3942827 e‐mel : [email protected] 

     

Page 53: Cacing Tanah

168

Pengusaha 2 :

AZR Agrocentre, Banting, Selangor  

AZR  Agrocentre  merupakan  sebuah  syarikat  ini  dimiliki sepenuhnya  oleh  seorang  usahawanita  bumiputera  iaitu  Pn. Azlinda Ros Abdul Aziz yang merupakan ibu tunggal kepada 2  orang  anak  telah  ditubuhkan  pada  tahun  2006.  Ia merupakan  sebuah  syarikat  yang  menjalankan  perniagaan berasaskan petanian dan  industri  asas  tani. Pelbagai produk pertanian  dipasarkan  oleh  syarikat  AZR  terutamanya  yang berkaitan dengan Cacing Tanah,  lintah dan belut. AZR mula memfokuskan  kepada  kegiatan  penternakan  Cacing  Tanah sejak Julai 2007.   Berlatar  belakangkan  pendidikan  awal  di  Maktab  Rendah Sains  MARA,  Pn.  Azlinda  Ros  kemudiannya  melanjutkan pengajiannya  di  Universiti  Sains  Malaysia  (USM)  dalam bidang Biologi Persekitaran (Environmental Biology). Namun, bidang pengajian yang berbeza tidak menghalang ibu tunggal ini dari menceburkan diri dalam bidang pertanian.   Selain  Pn. Azlinda,  syarikat  ini  turut  diterajui  oleh  seorang Ketua  Pegawai  Eksekutif  (CEO)  iaitu  En.  Mustafa  Abdul Wahab. Bapa kepada 4 orang anak, En. Mustafa yang berasal dari Muar,  Johor dan  telah berkecimpung dalam perniagaan 

Page 54: Cacing Tanah

169

sejak  tamat persekolahan. Beliau mula bergiat dalam bidang pembangunan  (construction)  sejak  tahun  2000  dan  kini mengembangkan  pengetahuan  perniagaan  beliau  di  bidang pertanian  Sehingga ke hari ini, syarikat ini telah mengeluarkan pelbagai produk yang berasaskan Cacing Tanah iaitu baja serbuk, baja pallet,  baja  cecair, makanan  ikan  dan makanan  ayam.  Kini AZR  juga telah mula mengorak  langkah untuk menghasilkan produk  kosmetik  seperti  minyak  dan  pelembab  yang berasaskan Cacing Tanah. Selain  itu,  ia  juga dalam peringkat kajian bagi menghasilkan produk‐produk kesihatan dan ubat‐ubatan yang juga berasaskan Cacing Tanah.   Sebagaimana pengusaha yang lain, AZR juga tidak lupa untuk memberi  sumbangannya  kepada  masyarakat  dengan menjalankan usaha mengembangkan penternakan di kalangan orang  ramai melalui  siri  seminar yang dijalankan di  seluruh Negara. Sehingga ke hari ini, AZR telah mempunyai lebih dari 300  penternak  dan  beberapa  cawangan  di  seluruh Malaysia iaitu di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Kedah. Ia  juga  telah  mengembangka  sayap  ke  Negara  jiran  iaitu Indonesia dengan membuka  sebuah  cawangan di  Solo. AZR kini  mensasarkan  untuk  menghasilkan  1000  penternak dibawah naungannya dengan penghasilan produk  sekurang‐kurangnya  1000  tan  baja  dan  10  tan  cacing  sebulan  bagi menampung  permintaan  dari  dalam  dan  luar  negara.  AZR juga  telah  mensasarkan  untuk  mengadakan  cawangan 

Page 55: Cacing Tanah

170

diseluruh negara  agar dapat menjadi hub pengeluar produk cacing terbesar di Asia Tenggara menjelang tahun 2012.  Pn  Azlinda  Ros  dan  En  Mustafa  boleh  dihubungi  melalui maklumat di bawah:  

AZR AGRO CENTRE (001698370‐1) No 12A Jalan Emas 7, Bandar Sungai Emas,  

42700 Banting, Selangor Tel : 03‐3180 3994, Faks : 03‐3180 3995 

e‐mel: [email protected] laman web : www.azragrocentre.com  

Page 56: Cacing Tanah

171

Pengusaha 3 :

NUR IKHLAS RESOURCES, Kelang, Selangor  Nur  Ikhlas  Resources  diterajui  oleh  En Mohammed  Nizzam Abdul  Razak,  seorang  pengusaha  Ternakan  Cacing  Tanah sepenuh  masa.  Perniagaan  ini  dimulakan  pada  4 Mac  2008. Walaupun  baru,  En  Nizzam  telah  menunjukkan  keupayaan perniagaan  yang  diterajuinya  di  mana  dalam  tempoh  tak sampai  empat  bulan  ia  telah  mampu  untuk  untuk membekalkan  produk‐produk  berasaskan  Cacing  Tanah kepada pasaran di sekitar Lembah Kelang.   Seperti  Alismeru,  beliau  juga  memulakan  perniagaan  pada skala  kecil  iaitu  dua  kg  sahaja. Namun  kini,  beliau memiliki tiga buah rak kayu dan tiga buah palung dengan setiap satunya mempunyai kapasiti 10 kg Cacing Tanah. Dalam tempoh empat bulan menternak, kapasiti beliau telah berjaya menjual lebih 50 kg  Cacing  Tanah  untuk  dijadikan  induk  di  samping  baja vermikompos  dalam  bungkusan  1kg.  Selain  menjual,  beliau juga  turut membeli  Cacing  Tanah  dari  pengusaha  lain  yang ingin  menjual  hasil  biomas  melaluinya.  Dari  hasil  tukaran seperti  itulah    beliau  mengumpulkan  modal  untuk membesarkan  perniagaannya  tanpa  perlu membuat  pinjaman dari mana‐mana pihak.   Selain  menternak  untuk  menghasilkan  produk,  beliau  juga turut  sama mengadakan  Bengkel  Ternakan  Cacing  Tanah  di 

Page 57: Cacing Tanah

172

premisnya.  Kini  beliau  sedang  dalam  proses  menjalinkan usahasama  dengan  Lembaga  Zakat  Selangor  untuk melaksanakan  program  Asnaf  iaitu  salah  satu  Program Membasmi  Kemiskinan.  Melalui  program  ini,  peserta  yang telah berdaftar dan layak mendapatkan bantuan dari Lembaga Zakat  akan  diberikan modal  dan Nur  Ikhlas  akan  bertindak sebagai  mentor  dalam  memberikan  sokongan  teknikal  dan pemasaran dalam bidang penternakan Cacing Tanah.  Produk  vermikompos  keluaran  Nur  Ikhlas  Resources  kini dalam  peringkat mendapatkan  pengiktirafan  kualiti  daripada Jabatan  Pertanian  di  mana  ia  juga  menjalankan  kerjasama untuk membuat penyelidikan dan pembangunan di bidang ini.   En Mohammed Nizzam boleh dihubungi melalui maklumat di bawah:  

NUR IKHLAS RESOURCES (SA0091238‐A) No 33 Batu 6 ½ , Pekan Meru, 41050 Kelang, Selangor 

Tel, H/P: 012‐295 0605, 017‐645 0778 e‐mel: [email protected] , laman web : www.nurikhlas.com    

Page 58: Cacing Tanah

173

BAB 16

PENUTUP     Kejayaan dalam apa  jua bidang hanya boleh dikecapi  jika kita berusaha bersungguh‐sungguh dan tetap atau istiqamah dalam melaksanakan  usaha  tersebut.  Kita  pasti  akan  diuji  dalam perjalanan  melaksanakan  sesuatu  tugas.  Pasti  akan  ada halangan.  Berapa  ramai  orang  yang  menyerah  kalah  hanya beberapa  ’inci’  dari  kejayaannya. Orang  yang  berjaya  adalah orang  yang  tahan  menempuhi  segala  dugaan  dan  melepasi halangan atau ujian tersebut.   Usaha  penternakan  juga  tidak  lepas  dari  ujian  sedemikian. Bagaimana  rupa  ujian  itu,  hanya  kita  sahaja  yang  boleh menjawabnya  kelak.  Walaupun  secara  kasar  nampaknya penternakan Cacing Tanah seolah‐olah mudah, namun lumrah di dalam bidang perniagaan, suka atau tidak kita mesti sentiasa bersiap  sedia  untuk  menghadapi  segala  kemungkinan  yang tidak menyebelahi  kita.  Tapi  janganlah  takut,  kerana  di  luar sana  telah  ramai  pengusaha  yang  berjaya  sehingga menjana pendapatan  yang  lebih  tinggi dari mereka  yang  berkelulusan tinggi.  Bukankah  sembilan  per  sepuluh  punca  rezeki  itu 

Page 59: Cacing Tanah

174

datangnya  dari  perniagaan?  Itu  sunah  Rasulullah  Salallahu Alaihi Wassalam.  Jadi  apa  tunggu  lagi?  Teruskan  niat  yang selama  ini  terpendam  dan  jangan  ragu‐ragu.  Buangkan keraguan itu dan ......  

Ke garisan ....   

Sedia .......   

MULA!   

Sehingga berjumpa lagi di puncak kejayaan!  

Page 60: Cacing Tanah

175

BIBLIOGRAFI  

 Nicola  Blight,  2nd  Edition  Little  Rotters  Composting  Handbook, Environ Trust Ltd, Western Park, Leichester, 2004.  

Kathy Powell, Presentation : Composting, It’s Recycling, Pennstate College of Agricultural Sciences, USA, 2002. 

Leslie  Cooperband,  Presentation  :  Biology  of  Composting, University of Wisconsin, USA. 

Steve Diver, Presentation: Compost Teas : A Tool for Rhizosphere + Phyllosphere  Agriculture, Appropriate  Technology  Transfer  for Rural Areas (ATTRA), North Carolina, 2002. 

George  Kuepper,  Foliar  Fertilization,  Appropriate  Technology Transfer for Rural Areas (ATTRA), USA, 2003. 

Elaine  Ingham, Brewing Compost Tea, Kitchen Gardener, USA, 2006. (Resource from Internet) 

Patrick J. Bohlen, Earthworms, Archbold Biological Station, Lake Placid, Florida, 2006. 

Page 61: Cacing Tanah

180

Apendiks 1

GLOSARI ISTILAH   albumin: Bendalir yang mengandungi protin larut air.    analida  (annelid):  Organisma  yang  mempunyai  badan bersegmen  (berketak),  yang  kelihatan  seperti  gegelang. Segmen‐segmen  tersusun  bersebelahan  antara  satu  sama  lain secara  simetri  sepanjang  tubuh  Cacing  Tanah  untuk membentuk badan.   anekik (anecic): Istilah pengkelasan habitat. Cacing Tanah jenis ini hidup di dalam  liang menegak yang dalam,  tetapi mencari makan pada atau berhampiran permukaan tanah, terutamanya pada waktu malam.   anulasi  sekunder  (secondary  annulation):  Tonjolan  kecil (kedutan)  yang  kelihatan  di  antara  tonjolan‐tonjolan  antara segmen.    anus: Lihat periprokt.  

Page 62: Cacing Tanah

188

Apendiks 2 

GAMBAR-GAMBAR BERKAITAN CACING

 

 Haiwan‐haiwan lain dalam bekas cacing 

 

 Cacing Tanah Berastivasi 

 

Page 63: Cacing Tanah

189

 Cacing Raksaksa Australia 

 

 Alat Pengekstrak Vermikompos ‘Trommel’ 

Page 64: Cacing Tanah

192

Kokun Telur Cacing Tanah

Kokun Yang Telah Matang

Page 65: Cacing Tanah

198

Apendiks 5 STANDARD KUALITI

AS 4454, Standard Australia

 Keperluan Kriteia Fizikal dan Kimia untuk Vermikas pH  

5.0 – 7.5 Jika pH > 7.5, tentukan jumlah CaCO3 

Konduktiviti elektrikal, dS/m  Tiada had Fosforus, terlarut, mg/L dalam ekstrak 

≤ 5 Untuk produk bagi tumbuhan yang sensitif‐fosforus, tidak diperlukan 

Fosforus, jumlah, % jisim kering  ≤ 0.1 Untuk produk bagi tumbuhan yang sensitif‐fosforus, tiada keperluan 

Amonium‐N, mg/L dalam ekstrak 

Tiada keperluan 

Amonium‐N dan nitrogen‐N, mg/L dalam ekstrak 

> 100 Jika sumbangan kepada nutrisi tumbuhan dituntut 

Nitrogen, jumlah, % bahan kering 

≥ 0.8 Jika sumbangan kepada nutrisi tumbuhan dituntut 

Kandung bahan organik, % bahan kering 

≥ 25  

Boron, mg/kg jisim kering  < 200 Produk dengan jumlah B < 100 boleh digunakan tanpa sekatan 

Sodium, % jisim kering  <1 atau sekurang‐kurangnya 7.5 mol kalsium dan magnesium bagi setiap mol sodium dalam bahan kering 

Keboleh basahan, minit  <7 Untuk pecahan < 16  ±1 mm. 

Page 66: Cacing Tanah

200

Apendiks 6

SENARAI INOVASI YANG TELAH DIPATENKAN

 Tajuk / Negara Didaftar  No. Paten  Tahun 

Device for Composting Biologicalally Degradable Material / Jerman 

WO 96/ 18590 

1996 

Activated Biohumus Preparation Process / Rusia 

RU2306303 C1 

2006 

An Extract for Preventing or Treating Thrombotic Disease / China 

EP1927363 A1 

2006 

Anti‐Hagover Composition / Korea  WO2008/ 002019A1 

2008 

Apparatus and Method for On‐Site Vermicomposting Organic Waste / Korea 

WO2004/ 039510A1 

2004 

Apparatus and Method for Surfacing Earthworms / USA 

US 2006/ 0042156A1 

2006 

Apparatus for and Method of Waste Treatment Using Vermiculture 

US2006/ 0131229A1 

2006 

Apparatus for Making a Foliar Liquid / USA 

WO2004/ 046014A2 

2004 

Apparatus for Processing Waste to Yield Biohumus and Vermiculture / Rusia 

RU2115639 C1 

1997 

Apparatus for Use in Vermiculture / USA  US 2006/ 0172410 A1 

2006 

Page 67: Cacing Tanah

203

Apendiks 7

CONTOH FORMAT PROFORMA PENYATA KEWANGAN

  1. Proforma Penyata Aliran Wang Tunai 2. Proforma Penyata Perniagaan dan Untung

Rugi 3. Proforma Kunci kira-kira   

Page 68: Cacing Tanah

207

Indeks

A A. Trapezoids, 28 Acarina, 118 aerobik, 33, 48, 56, 99 agen pengkomposan, 7, 81 air, 16, 18, 30, 36 air kencing, 36 air lelehan, 68, 73 air minuma, 4 air tanpa klorin, 60 akar, 18, 27 akar pokok, 16, 17 Aktinomisit sp., 56 aktinomysin, 66 aktiviti, 5 aktiviti mengorek, 16,17 aktiviti pertanian, 15 akuakultur, 51 akuarium, 24 alam sekitar, 2, 14, 23 alami, 6, 18 Alkaligenes sp., 56 alternatif, 25, 52 amalan, 20 Amerika Selatan, 28 amonia, 93, 113 anaerobik, 47, 48 anak, 40 analida, 30 Anatomi, 30 Anecic, anekik, 15, 27 Animalia, 26 Annelida, 26

anterior, 30, 34, 35, 37, 44 anti karat, 74 anus, 38, 36, 42 aorta, 39 Aporrectodea calignosa, 28 arah, 19 arthropods, 117 asid borik, 120 Asid Laktik, 47 asimilasi, 17, 22 Australia, 79 ayak, 129 ayam, 16, 30, 86, 123 Azobacter sp., 56

B badan diiktiraf, 11 bahagian hadapan, 30 bahagian tubuh, 35 bahagian tumbuhan, 18 bahan asas, 18 bahan kimia, 12, 15 bahan kumuh, 37, 42 bahan mentah, 145 bahan organik, 2, 4, 7, 17, 18, 22,

23, 36, 41, 65 bahan organik reput, 2 bahan organik terurai, 16 baja, 6, 10, 11, 12, 13, 14, 19, 21, 23,

25 baja foliar, 95 baja kimia, 6, 12, 53 baja kompos, 7, 8

Page 69: Cacing Tanah

208

baja organik, 13, 25, 50, 132 baja pokok, 14 baja tanaman, 6 baja vermikompos, 79 bakteria, 7, 18, 82 Bakteria anaerobik, 103 bakteria mesofilik, 65 bakteria pengurai nitrogen, 56 bakteria saikrofilik, 65 bangsal, 75 Banyak Lalat, 107 batas terbuka, 64, 79 Bau, 103 bed, 53, 82 bekas, 47 bekas berskala kecil, 8 Bekas kecil, 8 Bekas Logam, 73 bekas menternak cacing, 102 Bekas Plastik, 71 belerang, 109 Bengkakan, 37 bentuk lebih bermanfaat, 6 beralkali, 15, 16, 109 berasid, 15, 16, 48, 104 berat tubuh, 28 berdarah sejuk, 33 bergabung tenaga, 23 bergerak, 27, 41 berkelenjar, 34 berminyak, 81 bernafas, 33, 47 beroksigen, 33, 39 berotot, 36 bersegmen, 30 bersinambungan, 19 bertelur, 40, 41 berterusan mengorek, 27 bertulang belakang, 33 betina, 38, 40

bibir, 41 bidang pertanian, 6 bidang ternakan, 25 biofuel, 52 biologi, 16, 26 biologikal, 6 biomas, 9, 24, 51, 63, 76, 87, 126 Boron, 55 buah naga, 133 buangan domestik, 4 bubler, 60 bukaan, 37, 41 bulu halus, 34, 39 bumi, 27 burung, 30, 86 busuk, 48 butiran kecil pasir, 42

C Cabaran Hidup Moden, 2 cacing, 7, 11, 14, 15, 16, 17, 28, 30 Cacing biru, 28 Cacing Harimau, 28, 91 Cacing Hilang, 109 cacing induk, 145 Cacing Mati, 106 Cacing Merah, 14, 28 cacing putih, 94, 115 Cacing Tanah, 2, 7, 8, 9, 10, 13, 15,

16, 17, 19, 22, 23, 24, 25, 27, 30, 31, 33, 34, 35, 36, 37, 40, 42, 44, 45, 79

cahaya, 27, 33 cahaya matahari, 18 Cap Dagangan, 139 cendawan, 111 cepat membiak, 28 cerah, 25, 34 cicak, 86

Page 70: Cacing Tanah

221

 

BORANG PESANAN BUKU  Sila  hantarkan  buku  seperti  di  bawah  kepada  saya.  Saya  faham bahawa saya berhak untuk mengembalikan buku yang diterima  jika ianya  tidak  berada  dalam  keadaan  baik.  Bayaran  penuh  akan dikembalikan kepada saya tanpa banyak persoalan.  

Judul  :   Emas  Hitam,  Resepi  Menternak  Cacing Tanah Untuk Buat Duit 

Harga :  RM 49 (termasuk kos penghantaran)  

Nama  : ____________________________________________  

Alamat: ____________________________________________  

    ____________________________________________  

    ____________________________________________  

    ____________________________________________  

Poskod: ____________ Bandar : _______________________  

Negeri : __________________________  

No. H/P : _____________________ Tel. : ________________  

e‐mel : ____________________________________________   

 * Borang ini boleh juga difotostat 

Page 71: Cacing Tanah

222

Borang Pesanan Buku  Kaedah pesanan: 

1. Telefon / SMS: 019‐5324 999 2. E‐mel: [email protected] 3. Pos: Mohamad Saat Bin Sukami 

 1249, Jalan Changkat, 46000 Petaling Jaya, Selangor    

Kaedah bayaran: 

Bayaran boleh dibuat menggunakan salah satu kaedah di bawah: 

1. Pindahan wang ke akaun bank.  

No akaun  : 1602 1401 5079 (Maybank) Nama    : Mohamad Saat Bin Sukami 

E‐mel  /  SMS  butir‐butir  pemindahan:  nama,  alamat,  tarikh pemindahan, masa dan nombor rujukan. 

2. Wang  pos  atau  kiriman  wang.  Sila  tuliskan  nama penerima : Mohamad Saat Bin Sukami.  

Penghantaran buku: 

1. Buku akan dihantar apabila bayaran secukupnya diterima. 2. Buku akan dihantar menggunakan Pos Ekspress. 

Buku ini juga boleh didapati melalui: 

1. Alismeru, 019‐394 2827. 2. AZR Agrocentre, 03‐31803996, www.azragrocentre.com. 3. K. Juslly Elis, 019‐851 0177. 4. Nur Ikhlas Resources, 012‐295 0605, www.nurikhlasrcs.com.  

Page 72: Cacing Tanah